Alhamdulillah, aku baru je posting bab 10. Sedaya upayaku menyelesaikan apa yang tersangkut. Sikit aje, bila sifu suruh aku pelbagaikan satu paragraf itu kepada monolong soalan. Muka surat bab 10 ni dah jadi 25 muka. Banyak tu, sepatutnya dalam 18 muka je.
Esok dan lusa, sifu cuti. InsyaAllah sifu akan menjenguk thread peserta mengikut giliran pada Isnin nanti.
Sekiranya ada pembaikan, kena buat lagi tapi rasanya tak banyak kot. Selepas tu sambung bab 11.
Kakak aku kata dia tak berbakat dalam penulisan novel. Dia dah mencuba dan dia mengetahuinya sesudah itu. Kini khabarnya dia menulis buku serius, tapi dia enggan memberitahu lebih lanjut. Aku? Ntah ... sifu tetap memberi motivasi yang mengujakan.
Sudahlah, aku tak mahu menulis mencecer-cecer lagi macam dulu. Biar ringkas dan padat.
Nak rehat. Esok kena ikut budak-budak ni ke sekolah untuk program derma buku. Lum sempat nak masukkan gambar Abaya Kegemaranku. Sabar ya. :)
Stop dulu.

No comments:
Post a Comment