Aku sedang pulun baiki novel lagi.
Kedai masih beroperasi normal terutama siang hari. Malamnya agak galak, apatah lagi bila suamiku mengwarwarkan sup UFO dalam roti tu. Ramai yang terliur dan telan air liur :)) lalu bercita-cita nak datang untuk mencubanya. Silakan silakan dengan segala hormatnya berkunjung untuk menikmati sup UFO ini. InsyaAllah tidak akan mengecewakan. InsyaAllah sekali try akan datang lagi lain kali.
Ada dua pekerja baru iaitu Kak Mah dan Aidil. Esok akan hadir seorang lagi tukang masak. InsyaAllah. Semoga Allah beri kekuatan dan hidayah kepada kami untuk terus bersyukur kepadaNya di atas segala limpah kurniaNya ini. Ia juga boleh bertukar bila-bila masa sahaja menjadi cubaan dan ujian. Semoga Allah menyelamatkan kami, memberi kami sifat sabar dan ikhlas, serta terus teguh di atas jalanNya.
Alhamdulillah. Syukur kepada Allah.

No comments:
Post a Comment