Sedetik saya menyesal kerana anak-anak saya sudah besar ... yang bongsu sudah lima tahun. Astaghfirullah! Tidak sepatutnya saya berasa kesal. Bukankah saya sepatutnya berbahagia dan bersyukur kerana mereka tumbuh membesar dengan sihat. Jadi, mereka tidak lagi terlalu bergantung kepada saya untuk urusan remeh-temeh, walaupun kadangkala masih bersuap dan menemani mereka ke bilik air.
Kesal ini bukan kerana yang lain, melainkan kerana kelemahan diri saya sendiri. Saya sudah agak lewat untuk menggunakan keistimewaan seorang bayi yang mampu menyerap segala rangsangan mengikut acuan yang saya mahukan. WALHAL saya mengetahuinya kerana pernah mengikuti kursus khas pendidikan awal kanak-kanak. Ini gara-gara amat terkesan dengan kisah Darwisya.
Baiklah, namun saya berjaya dalam usaha hendak menghantar Naqib ke madrasah tahfiz walaupun tidak semudah itu pada awalnya, termasuk dari empunya diri sendiri. Sehingga hari ini, dia sudah boleh menjawab dengan tegas "tak berkat tukar-tukar guru" apabila mak saya kadang-kadang masih 'menyucuk jarum' halus supaya dia berpindah ke sekolah yang 'lebih baik'. Mujur mak pun tak meneruskan usaha yang lebih gigih, walaupun mak sudah 'ziarah' sekolah yang dia maksudkan.
Dan lagi, abah Naqib pun sealiran fikiran, bahkan dia sangat menggalakkan anak lelaki 'keluar' jauh dari keluarga untuk berdikari dan mencari ilmu sebanyak-banyaknya seperti yang dia pernah lakukan. Hidayat bakal menanti giliran, lagi empat tahun. Insyaallah, kini dia baru lapan tahun. Kalau ikutkan kehendak saya, tahun lepas lagi dia mesti masuk madrasah dan dia pun mahu sahaja mengikut alongnya belajar. Tetapi abahnya tidak bersetuju, dengan alasan biar dia menguasai kemahiran 3M dulu sekurang-kurangnya. Jangan sampai hafaz al-Quran tetapi membaca rumi merangkak-rangkak. Dan boleh mengira dengan baik serta pelbagai kemahiran yang lain. Mungkin ini lebih baik, dan dalam pada itu saya terus memberikan galakan dan bayangan bahawa dia akan mengikut jejak alongnya nanti. Ya Allah, permudahkanlah ...
Kini, kami sekeluarga sedang menanti keputusan Peperiksaan Sekolah Rendah tahun 6 (macam UPSR) untuk dimajukan kepada pihak Institut Tahfiz. Hurilain sedang menghabiskan empat kertas lagi untuk peperiksaan sekolah ugamanya tahun 4 (dia terpaksa turun dua kelas - di sini sistem sekolah ugama macam Johor, masuk pra darjah dua sekolah pagi. Guru Besar memohon supaya kami tidak merayu dia membenarkan Hurilain meneruskan di tahun 6 - ada keluarga dari tanahair yang berbuat demikian dan menyulitkan pihak sekolah sebenarnya) dan ada subjek baru yang dia tak belajar secara khusus di sekolah lama dulu. Saya jangka kami perlu menulis surat sokongan dan pernyataan lagi beserta kedua-dua keputusan peperiksaan ini ke pihak tahfiz nanti, sekiranya tidak melepasi syarat kelayakan. Dia hanya lima bulan duduk belajar dan terus periksa. Namun subjek sekolah ugama lebih mudah kerana dia sudah belajar lebih awal di sekolah lama.
Moga-moga dipertimbangkan dan semoga tetap ada rezeki Hurilain belajar di situ, yang pada saya jauh lebih baik dari semua sekolah di sini. Saya mahu dia berada dalam persekitaran yang murni dan jernih fikiran, kerana dia BUDAK HITAM yang telah selalu menangis dan menahan hati oleh ejekan di sekolah. Semoga di sekolah yang saya yakin terbaik ini (di sini), dia bakal merintis jalan menjadi bidadari yang berhati bersih dan bergantung kepada Tuhannya semata. Semoga tidak ada kesedihan lagi melainkan kesedihan tentang kesalahan dan dosa yang dilakukan. Tidak ada lagi ejekan dan kata-kata yang menyakitkan hatinya, melainkan teguran-teguran yang membetulkan dia terhadap kesalahan-kesalahan yang dilakukan untuk membaiki diri. Insyaallah.
Hanessa, juga sudah dibayang-bayangkan untuk mengikut jejak langkah along. Walaupun ada yang pernah berkata, hebat sangat kalau keempat-empat anak menjadi hafiz (maksudnya lebih kurang mustahil ...), tetapi hati saya berkecenderungan untuk mereka mengikut jalan ini. Pada saya, inilah jalan yang terbaik buat mereka sebagai asas kehidupan sebelum menempuh kehidupan yang lebih mencabar lagi apabila semakin meningkat usia dan semakin jauh perjalanan. Apa yang sudah terlintas di hati, adalah dari Allah SWT juga.
Saya menulis dalam cahaya samar-samar. Lampu utama sudah dipadamkan. Semua sudah nyenyak tidur. Saya mendengar siaran Nur Islam Radio Brunei, yang saya dengar mulanya gara-gara nak mendengar nasyid Maher Zain semata. Akhirnya saya 'lekat' dengan siaran ini yang rupa-rupanya ada banyak pengisian rohani yang menyegarkan jiwa. Buat masa ini Nur Islam menyampaikan banyak informasi tentang umrah dan haji, sempena musim haji ini. Ia membuatkan saya terbayang-bayangkan Tanah Suci dan Kaabah yang mulia. Sms dari kakak yang sudah masuk ke Mekah membuatkan saya seperti melihat dia sedang berjalan mengelilingi Kaabah. Maka semakin kuatlah rasa hati terhadap satu lagi cita-cita yang lama.
Kami adalah musafir. Dan akan terus bermusafir. Bina matlamat dan kuatkan tekad. Dan janganlah bersusah hati. Semoga Allah Taala membantu mencapai cita-cita yang baik. Insyaallah. Hanya kepada Allah SWT tempat bergantung hati dan berserah diri dan aku hanyalah hamba yang lemah dan banyak berbuat dosa. Ya Allah, ampuni dosa-dosa kami.
Apabila hati bersuara, ia adalah bisikan paling halus dari sudut hati yang paling tersembunyi. Tiada sesiapa mengetahui melainkan Allah Taala yang Maha Seni. Lalu hanya kepada Allah aku berserah diri. Ya Allah, kurniakan daku takdir yang baik di dunia ini dan takdir yang baik juga di akhirat nanti. اللهحم امين
Bismillah
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
Search This Blog
Blog Archive
-
▼
2010
(216)
-
▼
Oct 2010
(15)
- Musafir di dunia
- Prolog dan Dialog
- Ibnu Yaacob, Darwisya dan Hamka
- Jeneral Mahdi and the Last Generation Army
- Askarnya hilang tangan
- Temuduga dan ustazah nan ayu
- Panggilan Temuduga
- Sejak semalam Hidayat meminta saya berjanji untuk ...
- Alhamdulillah, hari ini Selasa 12hb, saya rasa sem...
- Jangan Lurus Bendul
- pelbagai.com
- Semoga ... semoga ... dan semoga ...
- Nabi SAW bersabda, "Tidaklah berkumpul orang di sa...
- Kicap putih?
- Memohon Takdir Terbaik
-
▼
Oct 2010
(15)
Terima kasih :)
utamakan Bahasa Melayu
Pantai Lumut
Pantai Mersing

No comments:
Post a Comment