Idea dalam karya - idea yang samar-samar akan mengaburkan karya menjadikan karya itu hilang punca sekaligus bercelaru.
Puisi sebagai pernyataan indah - bukan idea semata-mata. Dalam puisi bukan semua bahasa digunakan. Ia dapat diterjemahkan dengan licin dan baik menggunakan kata-kata yang sesuai dan tepat iaitu dengan memanipulasikan bahasa. Dalam puisi ada imej, perlambangan dan kata-kata simbolik.
Penciptaan Puisi : satu proses kreatif - mahukan puisi yang baik mesti serius. Ia mungkin muncul tiba-tiba atau difikirkan tentang sesuatu. Namun ia tidak muncul sempurna sekali gus. Murnikan sebaik mungkin, simpan dan baca lagi hingga ia benar-benar sebati.
Buku yang membuka dimensi baru buat saya terhadap puisi.
Satu Cerita Cinta
Di hari ia melahirkan cintanya
ia berkata kepada kekasihnya
"Kita tidak usah berjanji untuk setia
kerana kita tidak mahu setia kerana janji
kita akan setia kerana cinta
hanya kerana cinta."
Di hari perkahwinannya
ia berkata kepada kekasihnya
"Perkahwinan ini hanya ikatan
tapi kita tak usah terikat kerananya
kita terikat kerana cinta
hanya kerana cinta."
Di hari-hari kemudiannya
ia berkata kepada dirinya
"Perkahwinan kadang-kadang mengajar kita
melupakan cinta
untuk belajar hidup bersama."
(memetik petikan salah satu puisi dari kumpulan 'Keberangkatan' di sini)
Apabila hati bersuara, ia adalah bisikan paling halus dari sudut hati yang paling tersembunyi. Tiada sesiapa mengetahui melainkan Allah Taala yang Maha Seni. Lalu hanya kepada Allah aku berserah diri. Ya Allah, kurniakan daku takdir yang baik di dunia ini dan takdir yang baik juga di akhirat nanti. اللهحم امين
Bismillah
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
Search This Blog
Blog Archive
-
▼
2010
(216)
-
▼
Aug 2010
(14)
- Lawak Suami Isteri
- Teringat Munaliza
- LST - antara faktor kegagalan pengarang puisi
- samb. LST - berkelana di belantara kata
- Lim Swee Tin berkelana di belantara kata..
- Selamat Kembali buat Cik Mat yang diingati
- Alhamdulillah syukur ya Allah
- Satu hari, Hanessa dan telatahnya.
- Panorama Alam 2
- Terima kasih sekali lagi
- Tahap Kritikal
- Bulan Penuh Rahmat menjelma lagi
- Perpustakaan Kampung Pandan Kuala Belait
- Dia Tak Kisah..
-
▼
Aug 2010
(14)
Terima kasih :)
utamakan Bahasa Melayu
Pantai Lumut
Pantai Mersing

No comments:
Post a Comment