Marilah bersama menguatkan azam untuk memenuhi malam-malam Ramadan dengan amal ibadah yang sudah dijanjikan Tuhan pahala berlipat kali ganda berbanding malam-malam lain. Bulan di mana sudah dijanjikan keampunanNya, pintu-pintu neraka ditutup tanpa satupun dibiarkan terbuka. Syurga-syurga dihiasi seindah-indahnya dan udara harum bertebaran merata, semua pintu-pintunya dibuka selebar-lebarnya tanpa satu pun dibiarkan tertutup. Para bidadari pun berhias diri dengan segala perhiasan yang disediakan untuk mereka. Jadilah mereka permata marjan yang kepalang indah, semakin indah jadinya.
Hidayat akan bercuti sekolah ugama selama satu bulan sepanjang Ramadan. Pelajar pra, darjah 1-3 semuanya. Manakala pelajar darjah 4-6 akan ke sekolah mulai jam 12.30 pm - 2 pm. Separuh hari lagi mereka akan berada di rumah. Semua pejabat kerajaan ditutup jam 2 manakala swasta bermula jam 4 pm.
Demikianlah jadual harian sebulan ini. Dengan kelapangan masa yang panjang untuk merehatkan diri yang lelah, semoga kita semua dan anak-anak dapat lebih menghayati ibadah di Ramadan yang mulia.
Alhamdulillah juga, Hurin semakin sembuh dari sakit tekaknya. Sejak semalam dia memberitahu tekak semakin kurang perit. Dia kini sedang menghabisi set tiga botol ubat Homeopathy yang didapatkan dari satu-satunya (sepanjang pengetahuan kami) klinik homeopathy di sini, milik rakyat Malaysia. Kata cikgunya, dia perlu mendapatkan lagi ubat-ubat itu sehingga sakitnya benar-benar sembuh.
Buat masa ini, sehingga dibaiki apa yang tak kena, internet tidak akan dapat dibuka dari rumah. Entah di mana silapnya, error memanjang apabila try connection or redial. Hmm.. kena la tunggu ia dibaiki oleh rakan sekerja cik abang.
Kemungkinan hari ini hari terakhir makan siang. Esok atau lusa akan berpuasa. Selamat berpuasa buat anda!
Psst.. puasa qada dah settle ke? Gurau je, hehe..

No comments:
Post a Comment