Hadith


Beramal dan Menyampaikan


Random Hadith Widget

Bismillah

Bismillah

Friday, October 28, 2016

Maaf, jangan telefon saya

Allahuakhbar. Sejak akhir-akhir ini, agak kerap juga saya menerima missed calls daripada orang-orang yang tidak dikenali. Soalan pendek yang diajukan menyentuh hati saya. Mereka mahu mengetahui tentang madrasah Dengkil tempat Naqib belajar. Ada hajat yang mahu diajukan untuk disampaikan.

Saya tidak dapat menjawab panggilan-panggilan ini kerana kampung saya tiada coverage untuk Maxis. Memang menyedihkan. Sepatutnya sudah lama saya tukar line saja. Tetapi sejak akhir-akhir ini juga kehidupan saya begitu kelam-kabut dengan bermacam hal yang mendatang, khususnya berkaitan Naqib dan kesihatannya. Maka saya hanya mampu melihat notification tentang panggilan atau sms yang tidak dapat dijawab.

Ada juga yang menghantar pertanyaan melalui wassap. Yang ini tiada masalah, alhamdulillah.

Maka ingin saya mewar-warkan bahawa wassap saya dengan nombor berkenaan (017) itu aktif macam biasa. Anda bolehlah menghubungi saya melalui wassap.

Jangan buat panggilan kerana memang tak masuk line. Saya dalam proses menukar nombor telefon. Simkad sudah ada tetapi dalam poket dompet suami saya sebab dia yang uruskan hihi ... dan dia belum balik kampung lagi untuk bertemu saya. Sekarang ni sudah jadi pengantin baru memanjang, jumpa hujung-hujung minggu je huhu ...

Kebetulan semasa saya menulis ini, si dia sedang teramat sibuk dengan urusan di tempat kerjanya. Urusan ke bawah duli, gitu. Semoga Allah mudahkan urusan kekanda tersayang, aameen.

Selain wassap, boleh juga emel kepada saya di mnormazzuin@yahoo.com.my. In syaa Allah saya kerap juga menyelidik emel dan mengemaskininya.

Alhamdulillah, syukur kerana ada juga sesuatu yang bermanfaat tentang kisah anak saya di madrasah untuk ibu bapa di luar sana. Blog ini sudah lama bersawang kerana keadaan memudahkan saya berada di fb dan wssap saja. In syaa Allah dengan perkembangan terbaru di rumah kampung saya ni yang baru buat wiring semula, saya ada meja sendiri ala-ala opis gitu. Ada fon cordless juga di sisi laptop saya. Semangat untuk menulis bangkit kembali. Semoga semangat ini semakin marak menyala-nyala untuk sesuatu yang lebih bermanfaat. In syaa Allah. Allahumma aameen.

Blog Naqhuhines, i am back.

Sunday, August 14, 2016

Mana Air Putih?

Tugasan pertama - buat surat menyatakan alamat surat-menyurat dan nombor telefon terkini.

Tugasan kedua - menyiapkan sinopsis cerpen dewasa dan pos ke blog berkenaan.

Tugasan ketiga - mengemas bilik-bilik mengikut keperluan yang sudah ditetapkan.

Alhamdulillah, hari ini hari ke-8 pekerja-pekerja bertungkus-lumus menyiapkan stor aka dapur di belakang. Pintu bilik untuk CAPD pun sudah dipasang, cuma ada sedikit pembaikan di tombol pintu. Kena pasang selak saja luar dan dalam.

Seluruh rumah masih berantakan, itu istilah yang paling sesuai agaknya. Berantakan sejak lama. Dan bertambah berantakan ia dengan barang-barang kami yang mula diangkut sedikit demi sedikit, juga buku-buku yang disusun sedemikian rupa hanya supaya nampak kemas.

Perabot lebih besar masih menunggu masa untuk dibawa denga lori. Selesai urusan latihan CAPD Jumaat petang kelmarin, 12 Ogos 2016, saya dan Naqib terus bergerak balik ke Kg Kubang Gajah selepas Isyak. Hampir jam 12 malam baru sampai di rumah. Benar, terasa letih badan. Hanya mampu mengeluarkan barang-barang untuk Naqib buat CAPD malam itu saja. Itu pun sudah lebih 30 minit sebenarnya.

Tekanan darah Naqib 199/123.  Mak oii, tekojot den! Apo tinggi bebona osah ehh ... Saya rasa Naqib agak stress melihat keadaan bilik rawatan yang belum cukup sempurna.  Namun dia memang orang kuat. BP sedemikian tinggi masih steady.  Allahu ... umur masih terlalu muda. Tetap kena jaga kadar tekanan darah supaya tidak berlarutan.

Pagi Sabtu semalam, Naqib buat sendiri di bilik rawatan. Kemudian kami ke HTAN menumpang Klinik Hemodialisis untuk dua sesi CAPD ~ tengahari dan petang. Malam tadi buat di tepi katil je. 12.30 baru selesai. Itu pun terjaga kerana abah Naqib baru sampai dari Mersing. Semua terlelap termasuk dia. Janji nak buat jam 11-11.30. Dek kerana mengantuk agaknya, saya diminta membuat CAPD untuknya. Layankan saja ...

Pagi ni selepas Subuh, saya diminta lagi membuat CAPD untuknya.  Kata mak, dia nak bermanja ... hmm.  Masa ni la baru perasan air putih untuk dressing tidak ada.  Mungkin Nurse Tan dah terlupa nak masukkan dalam kotak.

Klinik Hemodialisis pulak tutup. Sama ada tunggu esok tumpang klinik, atau pergi rayau kat farmasi beli sendiri sebotol.

Temujanji akan datang kena ingat untuk minta air putih dan lain-lain di CAPD unit HTAR, insya Allah.

Semoga kami dan anda semua dikurniakan syifa yang baik, agar kita dapat beribadah dengan lebih sempruna.  Aameen.

Saturday, August 6, 2016

Angkut barang lagi

Alhamdulillah, rasa-rasanya dah lebih lima trip angkut barang-barang peribadi dengan CRV. Pertama angkut semua kain baju masuk bonet. Serupa nak buat car boot sale je. Kelmarin angkut semua buku-buku. Memang betul-betul macam car boot sale. Cuma cari port je lagi. Tadi sumbat lagi segala barang kecik-kecik yang boleh muat. Tadi pertama kali balik seorang diri, ditemani Kiko. Dan pertama kali Kiko aman sepanjang perjalanan. Dia nampak selesa duduk berkurung dalam carrier tu. Sebelum ni gunakan cage, aduh memang mabuk dibuatnya apabila Kiko 'melepas' dan mengeow bising. Tak dapat nak bersihkan sebab dia dah stuck dengan segala barang. Nak keluarkan Kiko, kena keluarkan dulu barang lain. Memang tidak la jawabnya. Dan memang berkorban jiwa la kami menahan perasaan dan menahan bau selama 2 jam. Sabar saja laa ... Notis dua bulan. Akhir September akan kosonglah rumah sewa ala-ala chalet yang comel tu, insya Allah. Selepas ni nak fikir macam mana nak mengemas rumah ni pulak. Rangka stor kat belakang dah mula nampak bayang. Tapi macam tak cukup luas. Aku rasa kena lebih besar lagi. Dan projek-projek lain semoga menyusul dengan mudah. Aameen. Hari ni kawab sekolah terima menantu. Semoga majlis Intan Marsila diberkati Allah. Maaf tak dapat hadir. Majlis anak saudara sepupu di Klang juga tidak dapat bersama. Mohon dimaafkan. Hari ini juga insya Allah hari terakhir anakanda Naqib menjalani rawatan dialisis darah. Syukur alhamdulillah. Pasti ada hikmah apa yang terjadi semuanya. Semoga Naqib dan kita semua beroleh hidayah Allah, dan menjadi asbab hidayat seluruh alam. Aammeen. Hari ini, aku menyedari sekian ramai perempuan berminat memakai furdah dan niqab. Semoga Allah beri kekuatan dan hidayat kepada anda semua, juga saya dan anak-anak perempuan saya, juga keturunan kita semua mengikut sunnah Ummul Mukminin ini hingga akhir hayat, hingga Kiamat. Aameen. Hari ini, aku dengan mudah menemui pemandangan yang menyenangkan hati. Lelaki-lelaki Melayu berjanggut tebal dan berjubah paras keting di mana-mana. Alhamdulillah. Aku menunggu lelaki sebegitu datang nazor anakanda puteriku. Bila agaknya? Hari ini, aku membuat pilihan mengutamakan apa yang perlu diutamakan. Selamat tinggal yang selainnya dan tutup pintu rapat-rapat. Maaf zahir batin. Alhamdulillah. Seronok menulis. Walau tidak dapat menulis semua yang ada dalam hati dan fikiran. Tidak semua perlu dicatatkan. Sekadarnya saja. Alhamdulillah. Beberapa insan wssp untuk bertanya berkenaan pengajian hafalan untuk anak-anak di madrasah. Salam kenal. Semoga perkongsian kita ada manfaatnya. Usah risau ragu dan bimbang. Apabila Allah sudah memilih, Dia memilih yang terbaik dan mengurniakan yang terbaik juga. Semoga anak-anak dan keturunan kita sentiasa menjadi pilihanNya hingga akhir zaman. Aameen. Terima kasih sudi berkunjung ke blog merapu ini.

Monday, August 1, 2016

Alhamdulillah.

Alhamdulillah.

Pagi ini menghirup udara segar di lembah perbukitan bersama suami. Membiarkan oksigen segar memenuhi seluruh ruang paru-paru tanpa rasa lemas. Menatap fajar sidiq yang mula berserakan kuning merah jingga di celah-celah dedaunan hijau. Mengutip butiran embun di hujung daun dan menyegarkan wajah dengannya. Mendengar kicauan burung dan kokokan ayam bersahutan. Cuma suara ungka yang kadangkala menangis kadangkala ketawa sudah beberapa hari senyap saja.

Alhamdulillah.

Terima kasih ya Allah. Sebelum sempat kami merancang perjalanan seterusnya, telah Kau rencanakan langkah yang terbaik untuk keluarga kecil kami ini. Asbab anakanda Naqib, Kau berikan keyakinan yang tidak berbelah-bagi kepada hati kami.  Kini kami menjadi pemastautin sementara di tanah Adat Perpatih ini. Kesementaraan sebelum kami berpindah alam.

Insya Allah.
Alhamdulillah.
Segala puji untukMu Ya Allah.

* hantar Hidayatullah ke madrasah Nurul Quran, Seri Menanti.
* hantar Naqib ke HTAR untuk training CAPD
Insya Allah.

Wednesday, June 29, 2016

Friday, April 8, 2016

Aku masih memikirkan.

Bagaimana sebuah impian yang tidak selari dengan kehendak Allah akan mencapai kejayaan?

Apakah impian itu akan disampaikan Allah, bertunjangkan kesabaran?

Apakah Allah akan membuka lorong-lorong untuk seseorang mencapai hasratnya?

Sedangkan perbendaharaan Allah teramat luas.

Apakah rahsia Allah memberi seseorang itu hasrat yang kuat untuk mencapai kehendaknya?

Tidakkah mustahil jika Allah memalingkan hatinya menjadi sebaliknya?

Segalanya adalah dalam rahsia Allah belaka. Allah Maha Berkehendak. Allah Maha Kuasa. Allah Maha Mengetahui.

Kita teruskan langkah di atas jalan yang diperintahkanNya. Hati-hati jangan tersasar dalam mengatur kehidupan. Siapa lagi yang akan memberi petunjuk jika Dia tidak mengizinkannya? Hanya Allah yang Maha Pengasih dan Maha Memberi Petunjuk kepada sesiapa yang disukaiNya. Semoga kita semua tergolong dalam golongan orang yang beruntung dunia dan akhirat. Aameen.


Sesudah kepayahan akan datang kemudahan

Mata aku dah ketat. Lagi 4 minit ke jam 12 tengah malam. Tapi rasa nak menulis lagi sikit, yang terakhir untuk hari ini.

Baru sebentar tadi terima berita gembira. Alhamdulillah. Kawan aku sedang bergembira. Alhamdulillah. Kegembiraan yang didambakannya untuk beberapa tempoh kebelakangan ini. Kesabaran tahap langit ke 7 yang dilakukannya bersama tekanan yang bukan kepalang sehingga dia rasa nak telan pil tidur berbakul-bakul, akhirnya membuahkan hasil. Apabila Allah nak ambil semula ujian dan dugaan tu dan memberi penyelesaian, sekejap saja. Dia pun tak pernah menyangka sedemikian mudah Allah nak memudahkan. Aku dapat membayangkan wajahnya yang berseri-seri, senyumannya yang melirik, matanya yang bersinar-sinar dan aliran darah yang begitu lancar di sekujur tubuhnya. Masya Allah betapa besar kurniaan Allah untuk hamba-hambaNya yang benar-benar bersabar dan bertakqwa kepadaNya.

Aku masih memikirkan seorang yang lain. Yang selalu merintih dan mengadu kesengsaraan jiwanya. Kesedihannya. Malang nasibnya. Pertanyaan demi pertanyaan mengapa dia dilanda ujian sebegini. Oh, aku turut terseret sama ke dalam derita perasaannya yang sangat parah. Aku rasai tekanannya. Aku rasai kesakitannya. Aku dapat bayangkan wajahnya yang murung. Suaranya yang lemah. Jiwanya yang pecah-belah. Aduhai .. Betapa sukar dan sulitnya memberi percubaan memberi sinar kepada orang yang hidup dalam suasana malap. Matanya menjadi silau lalu dia menutup wajahnya dengan tangan. Dia kembali ke dalam suasana suram yang diliputi lemahnya harapan. Aku kadang-kadang merasa hampa dengan perasaannnya yang tidak membina. Lalu aku turut tertanya-tanya.. mengapa dia jadi sedemikian rupa? Semoga Allah memberinya hidayat dan taufik untuk  mengikut jalan yang diredhaiNya. Itulah jalan kebahagiaan dan kesejahteraan. Mungkin rezekinya untuk beroleh keceriaan belum tiba. Tunggulah sebentar saja lagi. Semoga Allah memberi dia kesabaran dan kecekalan untuk meneruskan langkah. Allah tidak sekali-kali akan membiarkan dia bersendirian. Allah sentiasa bersamanya. Semoga dia menyedari hal ini. Aameen.

Seorang yang lain juga muncul dalam fikiran. Seorang yang kerinduan kepada yang dikasihi. Apabila fitrah alam berlaku, manusia selalu kebingungan. Sedangkan setiap pertemuan pasti ada perpisahan. Hanya tempoh pertemuan itu tidak dapat disukat mengikut kehendak insan. Semuanya sudah tetap dalam perancangan Allah. Hanya untuk berlaku sabar dan redha itu memang teramat pahit dan melukakan. Namun ia hanya luka yang ringan dan orang yang bersabar lagi bertakwa pasti akan melaluinya dengan senyuman. Semoga Allah memudahkan urusanmu dan mengembalikan kasih sayang yang hilang tidak lama lagi, dengan kasih sayang yang sejati. Aameen.

Seorang yang lain. Rindunya masih utuh. Walaupun berpuluh tahun masa berlalu. Rindu itu selalu muncul tanpa diundang, katanya. Dia tidak meminta rindu itu datang kerana ia menyeksakan. Namun perasaannya amat mendalam. Segala kenangan tidak dapat dilupakan. Ketika dia bertempik dan mengherdik, semua berterbangan. Tatkala dia bersendirian, perlahan-lahan rasa pohon rindu tumbuh semakin lama semakin teguh. Anehnya dia sangat sabar melayani perasaan rindu itu. Dia percaya kesabarannya pasti akan dibalas Tuhan dengan kejayaan dan kebahagiaan. Dia rela menderita. Dia sanggup menahan rindu walau dia amat sakit melalui saat demi saat. Semua kekuatan datang dari Allah. Semoga dia berhasil mencapai hasratnya dan sentiasa dalam petunjuk Allah untuk mengikut jalan yang diredhai.  Aameen.

Seorang insan. Jiwanya sendu. Semua disembunyikan di sebalik tawa riang. Dia ada pendirian sendiri. Dia memiliki kekuatan jiwa dan kemahuan yang tinggi. Kadang dia seperti akan tewas. Kadang dia seperti akan terbang ke langit tinggi. Dia juga belajar erti sabar. Teramat sabar. Teramat kental jiwa. Entah apa rahsia hatinya. Hanya Allah yang Maha Mengetahui. Semoga dia sentiasa dalam perlindungan dan rahmat Illahi. Aameen.

Dia di sana. Malu berkongsi rasa. Tidak mengapa. Semoga Allah memudahkan urusannya.

Dia yang lain, di sana. Tiba-tiba tanpa salam tanpa pembuka bicara terus meluahkan apa yang terpendam dalam jiwa. Alhamdulillah. Terima kasih kerana mempercayai saya untuk membaca catatan rintihan dari dalam dada yang remuk. Saya sedia membacanya lagi. Di antara sekelian manusia yang Allah jadikan, saya antara yang terpilih untuk menjadi pembaca dan pendengar yang baik. Insya Allah.

Hanya usahlah kecewa berlarutan. Jangan biarkan jiwa tenggelam dalam derita. Bangkitlah. Carila kekuatan. Mintalah kekuatan itu dari Yang Maha Kuat. Selagi ada matahari, hidup pasti akan diteruskan. Teruskan langkah dengan semangat waja. Tiada sesiapa dapat menolong kita jika kita sendiri lemah mahu bangkit berdiri dan lemah mahu melangkah.

Sebarkan salam. Hadiahkan senyuman. Maafkan mereka. Mintalah kemaafan. Paling penting sujud memohon keampunan dari Yang Maha Pengampun dan Maha Menerima Taubat. Jangan tutup pintu hati dari hidayat Allah. Bukalah ia seluas-luasnya. Kelak seluruh alam akan tersenyum meraikan kita. Allah sayang, seluruh alam pun sayang. Insya Allah aameen.


Thursday, April 7, 2016

Saya di sini.

Membina azam. Menanam azam. Menyenaraikan azam baru. Lagi dan lagi. Salah satunya tiba-tiba muncul keinginan untuk berblogging semula secara aktif. Dan membaca kisah-kisah lama. Mungkin ada yang boleh dijadikan cerita untuk manfaat pembaca dalam bentuk cerpen atau novel.

Insya Allah.

Anak-anak Banat yang selalu menghubungi di ruang maya ketika mereka bercuti kerap bertanya. "Mama, cerita kitaorang dah siap ke?"

~ Mira. Hany. Qoiyah. Nurin. Antara yang berpeluang berchatting. Yang lain, kalau ke Banat insya Allah kena serbu dengan pertanyaan yang sama.

Aduhh ... Ia adalah janji. Janji yang mesti ditepati. Ada banyak kisah-kisah mereka yang boleh dikongsikan.

Insya Allah.

**

Manusia selalu kerinduan. Manusia juga selalu merintih kerana kasih dan sayang. Ditinggalkan pergi. Dikuasai hingga tiada baki ruang untuk diri sendiri. Mengharap kasih. Menagih sayang. Mencurah cinta kepada yang bukan miliknya. Betapa rasa kasih sayang rindu cinta itu sangat menguasai dan sangat mengesankan manusia.

Itu baru 1%.

Ini dunia. Dunia sementara. Allah bagi 1% saja untuk nikmat kasih. Sudah tabrakan hidup insan. Allahu..

Apa yang pasti, kasih Allah tiada bertepi dan tiada kesudahan. Marilah kejar kasih cinta Allah. Cinta Allah. Cinta Rasulullah SAW.

Hari ini tak rasa. Tunggu di saat sakaratul maut. Tunggu di saat alam bersatu menjadi padang yang luas. Di sana, baru mencari. Baru merasa sesal. Semoga kita tidak demikian.

Ayuh, ikut jalan yang ditunjukkanNya. Menuju Dia. Usah ragu lagi.

* Istikharahlah. Andai berhijrah itu baik, silakan. Mulakan hidup baru. Bina azam baru. Baiki niat selalu. Saling mendoakan. Semoga Allah memudahkan. Allahumma aameen.


Monday, March 28, 2016

Block .. done.

Biasanya. Kebanyakannya. Kerapkali. Normal. Kau akan block orang yang menganggu. Yang menyusahkan fikiran.

Ada pengalaman kena block?

Ada. Doktor alternatif block aku sebab terhantar gambar pokok bunga dalam pasu atas meja, yang dibekalkan air menggunakan tiub kecil. Tersalah hantar ok!

Err sebenarnya ... ada sesuatu. Mungkin aku menyusahkan fikiran dia. Sudah kena block. Ok redha.

Sebelum itu seseorang juga telah block aku. Unblock. Reblock semula. Selama-lamanya. Aku friend. Unfriend. Request friend. Tak dijawab hingga sekarang. Ringkasnya. Selama-lamanya. Ok redha.

Pasti ada hikmah.

Terkini. Aku block orang pulak. Block kerana aku rasa bersalah. Sudahlah, lagi cakap banyak nanti lagi banyak salah cakap. Maka aku block dia. Supaya aku tidak bercakap banyak.

Terluka.
Aku harap block ini buat selama-lamanya. Walau dia seorang yang kuat mental. Peduli apa. Kuat iman ke kuat mental yang power?

Semoga ada hikmah. Insya Allah.

Terluka.

Tamat.

Tuesday, February 16, 2016

Haii

Assalamualaikum wbt.

Jenguk blog sekejap. Kuciwa tak dapat baiki cerpen. Boleh la nak buat di tab Lenovo tu, tapi tak puas rasanya.

Betul, tak jumpa lagi macam mana nak bukak microsoft word kat notebook orang ni. Dia bagi dengan murah hatinya. Tapi tersimpan je atas meja. Hari-hari guna laptop sendiri yang dah uzur tu. Hidayat yang guna untuk main games. Huhh!

Hari ini ikram Naqib. Ikut dia ke PDM Andalas. Dah siap emel cerpen tu dari laptop (problem dengan bateri. Beli bateri baru pun masih semput. Ada virus yang tak dapat dijumpai katanya ... huhhu).

Ok sudah copy dari emel, nak transfer ke microsoft word. Puas cari tak jumpa der ..

* Kelemahan sendiri. Letakkan kekurangan kat notebook. Aku yang tak updated atau zaman terlalu laju.

Apa pun, mati itu pasti.
Jom solat.


Wednesday, January 20, 2016

Di Cyber Cafe.

Mencari 'twist plot'.

Semoga Allah memudahkan, aameen.

Wednesday, January 13, 2016

Bonda semakin uzur

Assalamualaikum wbt
Mak kandung saya, Bonda Ramlah Paan semakin uzur. Skrg dia di rumah adik di Sendayan. Mohon doa dari semua semoga Allah memudahkan urusan bonda saya, beroleh husnul khotimah dan keredhaan dari Allah SWT. Allahumma aameen. 😭😭😭

Sunday, January 3, 2016

Karya baru lagi

Assalamualaikum wbt.

Alhamdulillah, 2016 telah muncul.  Dan alhamdulillah, masih diizinkan Allah menghirup udara dunia.

Promosi karya antologi terbaru yang bakal terbit dibawah selenggaraan dan terbitan Celikhuruf.  Sesiapa berminat boleh hubungi saya seperti nombor tertera.  Dengan sukacitanya :).

Kisah saya dan abah yang sangat saya sayangi.  Hmm tahun-tahun yang lepas, hanya melepaskan kisah diri saja.  Azam baru untuk berkarya di luar diri.  Insya-Allah.  Dan membaiki ejaan yang keliru.  Juga menyusun waktu dengan lebih cermat untuk pekerjaan ini.  Insya-Allah.

Tuesday, December 8, 2015

Naqib dan Tanda Kekuasaan Allah

Alhamdulillah.

Seperti plot sebuah novel yang bermula dengan nada datar, semakin kritikal dan akhirnya berakhir dengan penuh kelegaan.  Begitulah perjalanan kisah anakanda Muhammad Naqib.

Ketika dia dalam keresahan yang memuncak, saya menyahut panggilan telefon dan menjawab pertanyaan suami dengan nada kerisauan yang tidak dapat lagi disembunyikan.  Bersama air mata yang mengalir, saya khabarkan anakanda sedang keresahan.  Cukuplah perkataan 'keresahan' untuk saya gunakan bagi menggambarkan keadaan yang amat mencurigakan hati nurani.

Suami yang seolah-olah hanya menanti masa untuk saya mengalah, dengan segera menyatakan akan pulang menguruskan Naqib ke hospital.

Saya mengalah dengan keadaan Naqib.

***

Kretinin 4000.  Doktor mengatakan ia adalah keajaiban.  Pertanyaan demi pertanyaan yang diajukan sama ada kepada saya, suami atau Naqib sendiri membayangkan ada rasa hairan dan musykil bersarang di sanubari mereka.

Naqib tidak koma, tidak pengsan hatta tidak merapu.

Naqib diberi kekuatan oleh Allah Zat  yang Maha Agung untuk memperlihatkan tanda-tanda kekuasaanNya.  Masya Allah.

***

Naqib pulih dengan begitu cepat.  Hari kedua di ICU, hanya tinggal sedikit wayar di jari dan saluran oksigen di  hidung.  Dia kelihatan begitu segar dan ceria.  Dibandingkan dengan 9 pesakit lain yang kronik, Naqib jauh berbeza.  Alhamdulillah.

Masuk ICU pada petang Rabu 25 November 2015, dijemput dengan ambulan.
Dialisis dan masuk darah 5 pain.

Sabtu 28 Noverber 2015 selepas dialisis kedua dan masuk darah 1 pain lagi, Naqib dihantar ke Wad 8A.  Pada hari tersebut dan esoknya, dia menerima ramai pelawat termasuk kawan rapatnya, Taufik yang meminta izin dari pihak madrasah Sri Petaling untuk berziarah.  Juga pasangan kembar Budin dan Hafiz.  Yang paling tidak disangkakan, kehadiran seorang gadis bersama ibunya, ibu Taufik la juga haha ...

* Akhirnya bersua muka juga kita ...

***

Jumaat 3 Disember 2015 Naqib dibenarkan keluar setelah kami berjaya memperolehi tempat dialisis terhampir dengan rumah.  Namun buat beberapa ketika dialisis akan dilakukan di Mukmin Dialisys Centre Andalas.

***

Saya masih optimis dan terus memanjatkan doa ke hadrat Allah untuk memberikan syifa yang sempurna kepada anakanda.  Saya optimis dia tidak perlu melakukan dialisis sepanjang hayat.  Laporan ultra sound memperlihatkan buah pinggang yang radang, bukan mengecut.

Ada beberapa perkara lain yang tidak dapat dinyatakan di sini.  Ia masih di dalam pemerhatian dan usaha diteruskan untuk terus mendapatkan pertolongan dan keredhaan Allah.

Insya Allah.

Wassalam.

Sunday, October 25, 2015

Semoga Allah makbulkan, aamenn.

Bismillahirahmanirrahim.
Allah beri sebab untuk memudahkan manusia. Begini, hasilnya begini. Begitu, hasilnya begitu. Walaupun Allah tidak sekali-kali berharap kepada asbab yang dijadikannya. Boleh saja sesuatu berlaku tanpa sebab.
Sihat dulu. Tidak pening rasa kepala. Tekanan darah normal. Badan tidak letih terlalu. Tidak muntah berjela dengan lendir dan darah beku. Tidak perlu menu khusus untuk santapan. Jadi mukmin yang gagah sihat dan cerdas cergas. Penuh kreativiti dan semangat juang yang tinggi. Tinggi fokus dan ada matlamat hidup. Hidup bukan untuk main-main. Dan hidup hanya seketika. Bahkan hidup untuk mati sebenarnya.
Jadi sementara masih ada 'hidup' dalam diri, hiduplah sebenar-benar hidup. Bukan hidup separuh mati. Bukan hidup hilang erti. Bukan hidup sekadar menghirup oksigen dan menghembuskan karbon dioksida.
Bukan sekadar berkelip mata memandang.
Bukan sekadar menanti matahari muncul dari balik jerebu.
Bukan sekadar mengharap bulan akan penuh malam ini.
Apabila semua sudah kembali di atas paksinya, yang sebelum ini berantakan tidak keruan. Janji akan dilaksanakan, insya Allah.
Semoga anakanda Muhammad Naqib mencapai segala hajat yang baik-baik dan diredhai Allah SWT. Semoga Allah SWT mengurniakanmu takdir yang terbaik dan menyelamatkanmu dari takdir buruk. Semoga Allah memudahkan segala urusanmu, mengampuni segala dosa-dosamu, melapangkan dadamu, memberi tenteram pada jiwamu, menguatkan imanmu. Semoga Allah menyembunyikan aibmu, dan menggantikan keburukanmu dengan kebaikan dari sisiNYA. Semoga Allah mengurniakanmu pasangan hidup yang solehah lagi bertakwa, berkekalan dalam redhaNYA hingga Jannah. Dan memilih kamu semua menjadi alim hafiz, membuat usaha agama dengan ikhlas bersama jemaah yang Allah redha hingga hari kiamat.
Semoga Allah beri kesembuhan. Semoga Allah beri syifa yang sempurna.
Allahumma aameen. Makbulkanlah ya Allah.

Saturday, October 24, 2015

Ketidaksabaran.

 Apakah sebenarnya kami selalu terburu-buru?  Astaghfirullahalazim.  Ini adalah benar-benar kelemahan kami.  Sebulan pengambilan ubat dan Naqib masih sakit kepala, kami tukar ubat lain.  Kami hantar buat check darah, kretinin tinggi.  Kami risau.  Setiap kali menerima repot ujian kesihatan Naqib, hati kami berdetak kencang.  Kretinin semakin tinggi dan terus meninggi.  Cuma alhamdulillah sakit kepala Naqib sudah berkurang, hanya sesekali saja. 

Sebulan pengambilan ubat kedua, dari doktor alternatif yang lain.
Rawatan batin sudah bersama pembedahannya di perut Naqib.
Mendapatkan dignosis dari pusat rawatan tanpa ubat dan pusat rawatan yang menggunakan air garam untuk mandian bersama auranya.
Rawatan dari doktor alternatif dan kontemporary di Salak Tinggi.
Pengambilan ubat dari tabib China.
Rawatan penyakit saka 

Rawatan ubat dari doktor iriodology.  Kali ini ada sesuatu yang baru.  Doktor bekas tentera ini memberitahu masalah Naqib berpunca dari hati.  Doktor menguruti-urut kawasan jantung dan belikatnya, Naqib kata ada rasa lega.

Dalam semua keadaan, tekanan darah Naqib yang saya arahkan ambil bacaan beberapa kali sehari, dengan setiap kali pemeriksaan dengan tiga bacaan, masih tinggi.  Naqib masih sakit kepala.  Dia masih solat duduk.  Kebanyakan masa siang jika diserang sakit kepala, Naqib akan tidur hampir sepanjang hari.  Dia bangun hanya untuk solat dan makan ubat.

Selain bertemu langsung dengan perawat alternatif, suami saya turut membeli pelbagai pemakanan kesihatan untuk kidney dan bermacam faedah lain. 

Akhirnya saya sampaikan juga suara hati untuk membawa anak kami bertemu doktor alternatid di Kubang Krian, Dr Danial.

Alhamdulillah, perjalanan yang jauh dan berhimpit dalam kereta, kami rasa berbaloi dapat bertemu doktor yang nampak muda dari usia ini sekali gus menjadi tetamu di rumah beliau.

Namun kami masih kurang sabar dan kurang faham dengan kaedah pengubatan sesuatu cabang rawatan itu.   Iyalah, kami hanya ibu dan bapa yang tidak terlibat dengan perubatan moden, dan hanya mahu Naqib sembuh.  Muntah lendir bercampur jejeran darah hitam seperti darah ikan di dalam muntah setiap pagi, membuat hati kami semakin resah.  Kehadiran tompokan darah hitam itu sangat mengesankan dan meresahkan.

Tanpa dirancang, saya anggap ia gerakan dari Allah jua.  Ketika menanti jawapan dari doktor Danial tentang hasrat kami mahu ke sana secepat mungkin, saya terdorong untuk share gambar Naqib sedang tersengih ceria semasa aidil fitri lalu bersama kata-kat mendoakan kesihatan Naqib.  Apabila suami berkongsi post itu, bermulalah era baru dalam senarai perawatan Naqib.

Kami bertemu Kapten Amiruddin Abdullah. 

Ketika ubat diberikan dan mula digunakan, kami diberitahu agar menangguhkan pemeriksaan darah Naqib dalam tempoh tiga bulan dari hari ini. 

Lalu saya terfikir sesautu.  Sepatutnya kami memberi peluang kepada setiap pengubatan yang diambil untuk bekerja di dalam tubuh naqib untuk satu tempoh yang mencukupi.  Kapten menjelaskan tempoh untuk Naqib adalah 78-90 hari.  Bagaimana dengan kucing-kucing lain? Eh silap maaf, mengantuk.

Wallahu'alam.  Apa yang pasti, kami mesti berusaha mendekatkan diri kepada Allah.  Dan saya benar-benar berdoa untuk anak saya semoga Allah berikan kesembuhan, segala doa yang baik-baik.  Semoga Allah mengampuni dosa-dosanya, menyembunyikan keaibannya, menggantikan keburukannya dengan kebaikan dari sisi Allah.  Semoga Allah berikan dia hati yang tenang, dada yang lapang, iman yang kukuh dan isteri yang solehah lagi bertakwa.  Semoga Allah menggantikan takdirnya yang buruk dengan takdir yang baik.  Semoga Allah mengangkat darjatnya ke darjat yang tinggi dunia dan akhirat.  Semoga memudahkan segala urusannya dan memilih dia sebagai daieNYA, hafiz dan alimNYA.  Semoga sakit dan sembuh ini menjadi asbab hidayat seluruh alam.  Semoga Allah memberi kami sifat sabar dan qanaah. 

Allahumma aameen.

Semoga Allah beri sembuh kepada anakku, Muhammad Naqib Hasmeon.  Semoga Allahjadikan kamu seperti bintang di ufur ilmu.  Selamat maju jaya dan jangan nakal-nakal.

Monday, October 12, 2015

Apabila menulis, menulislah dari hati, akan sampai ke hati.

Apabila menangis, menangislah dari hati.  Akan sampai ke hati juga ?

Menulis dengan memaksa diri, tidak enak sekali.

Menangis dengan memaksa diri, menyeksa jiwa sahaja.

Menulis apa yang mahu ditulis.

Menangis apa yang menyiat hati, ada nikmatnya.

Menulis kebesaran Allah, ingat kepada Allah. Menjadi saksi di sana nanti.

Menangis mengenang alpa diri.  Mengharap kepada Allah.  Mengharap keampunan Allah.  Mengharap kasih-sayang Allah.  Air mata takut kepada Allah.  Membongkar aib diri dengan Allah.  Allah Allah Allah.

Menulis hingga dapat Allah.

Menangis hingga dapat Allah.

Semuanya kembali kepada Allah juga.

Sunday, October 11, 2015

Di Sebalik Tembok

DI SEBALIK TEMBOK

Di sebalik tembok itu 
Aku melihat keluar 
Dari kewarasan tua 
Melihat gerombolan belon angin 
Terawang-awang mencari penyudah.. 

Alhamdullilah.. 
Landasanmu atas kalimah 
Iman mu berselindung di sebalik purdah..

HY
Ahad 
4 Oktober 2015 


***

KIAMBANG BERTAUT

Sahabatku
Di dada kenangan ini penuh senyum duka gelak lucu
Mengira terbalik dua tiga tujuh satu
SELAMAT PAGI CIKGU ...
Ketika KELAS tiga KONONnya berpacaran dia dan aku
Berjalan pulang menyusur permatang tersenyum tersipu-sipu.

Aghhh ... Bila dewasa semuanya hilang
Menjejak mimpi mengubah haluan.

Segumpal mimpi yang sudah dewasa
Teman seperjalanan dulunya sama berdiri
Ada yang keduluan mengadap Ilahi, Al Fatihah

ALHAMDULILLAH ...
Kita boleh bual bicara
Di gigi-gigi mentari yang masih menyala
Mengamit langkah, hati serba warna
Sebuah cerita lama
Berdendang semula
Pada sepasang mata jingga.

Adakah kau terfikir
Bunga di CERUNAN ledang akan hilang
Disentuh angin nan kencang ...

Sahabatku ...
KITA DI TITIAN ANTARA PERSIMPANGAN.

HY
30 Julai 2014
Hari ini hantar tab ke kedai baiki handfon.  Selasa ambil.  Charge RM50.  Reformate.  Tak pasti boleh atau tidak.  Dan semua dalam tu akan ghaib.  Jadilah, sementara menunggu yang baru.  Insya Allah.

Layu Dihujung Mekar

Tak pernah mendengar.  Tiba-tiba tidak disangka, seseorang melagukannya.  Katanya khas untuk saya.

Sebagai penghargaan, saya 'simpan' ia di sini.

Terima kasih, jazakallah khoyr katheera.




Search This Blog

Blog Archive

Rakan Blog

cinta hingga Firdaus

Lilypie Angel and Memorial tickers
Lilypie Kids Birthday tickers Lilypie Kids Birthday tickers Lilypie Kids Birthday tickers Lilypie Kids Birthday tickers

Terima kasih :)

utamakan Bahasa Melayu

utamakan Bahasa Melayu

Pantai Lumut

Pantai Lumut

Pantai Mersing

Pantai Mersing