Hadith


Beramal dan Menyampaikan


Random Hadith Widget

Bismillah

Bismillah

Sunday, August 14, 2016

Mana Air Putih?

Tugasan pertama - buat surat menyatakan alamat surat-menyurat dan nombor telefon terkini.

Tugasan kedua - menyiapkan sinopsis cerpen dewasa dan pos ke blog berkenaan.

Tugasan ketiga - mengemas bilik-bilik mengikut keperluan yang sudah ditetapkan.

Alhamdulillah, hari ini hari ke-8 pekerja-pekerja bertungkus-lumus menyiapkan stor aka dapur di belakang. Pintu bilik untuk CAPD pun sudah dipasang, cuma ada sedikit pembaikan di tombol pintu. Kena pasang selak saja luar dan dalam.

Seluruh rumah masih berantakan, itu istilah yang paling sesuai agaknya. Berantakan sejak lama. Dan bertambah berantakan ia dengan barang-barang kami yang mula diangkut sedikit demi sedikit, juga buku-buku yang disusun sedemikian rupa hanya supaya nampak kemas.

Perabot lebih besar masih menunggu masa untuk dibawa denga lori. Selesai urusan latihan CAPD Jumaat petang kelmarin, 12 Ogos 2016, saya dan Naqib terus bergerak balik ke Kg Kubang Gajah selepas Isyak. Hampir jam 12 malam baru sampai di rumah. Benar, terasa letih badan. Hanya mampu mengeluarkan barang-barang untuk Naqib buat CAPD malam itu saja. Itu pun sudah lebih 30 minit sebenarnya.

Tekanan darah Naqib 199/123.  Mak oii, tekojot den! Apo tinggi bebona osah ehh ... Saya rasa Naqib agak stress melihat keadaan bilik rawatan yang belum cukup sempurna.  Namun dia memang orang kuat. BP sedemikian tinggi masih steady.  Allahu ... umur masih terlalu muda. Tetap kena jaga kadar tekanan darah supaya tidak berlarutan.

Pagi Sabtu semalam, Naqib buat sendiri di bilik rawatan. Kemudian kami ke HTAN menumpang Klinik Hemodialisis untuk dua sesi CAPD ~ tengahari dan petang. Malam tadi buat di tepi katil je. 12.30 baru selesai. Itu pun terjaga kerana abah Naqib baru sampai dari Mersing. Semua terlelap termasuk dia. Janji nak buat jam 11-11.30. Dek kerana mengantuk agaknya, saya diminta membuat CAPD untuknya. Layankan saja ...

Pagi ni selepas Subuh, saya diminta lagi membuat CAPD untuknya.  Kata mak, dia nak bermanja ... hmm.  Masa ni la baru perasan air putih untuk dressing tidak ada.  Mungkin Nurse Tan dah terlupa nak masukkan dalam kotak.

Klinik Hemodialisis pulak tutup. Sama ada tunggu esok tumpang klinik, atau pergi rayau kat farmasi beli sendiri sebotol.

Temujanji akan datang kena ingat untuk minta air putih dan lain-lain di CAPD unit HTAR, insya Allah.

Semoga kami dan anda semua dikurniakan syifa yang baik, agar kita dapat beribadah dengan lebih sempruna.  Aameen.

No comments:

Search This Blog

Blog Archive

Rakan Blog

cinta hingga Firdaus

Lilypie Angel and Memorial tickers
Lilypie Kids Birthday tickers Lilypie Kids Birthday tickers Lilypie Kids Birthday tickers Lilypie Kids Birthday tickers

Terima kasih :)

utamakan Bahasa Melayu

utamakan Bahasa Melayu

Pantai Lumut

Pantai Lumut

Pantai Mersing

Pantai Mersing