Hadith


Beramal dan Menyampaikan


Random Hadith Widget

Bismillah

Bismillah

Thursday, February 11, 2010

Salam buat Zehann ur Rakhie

Salam buat penulis dari peminat karya anda.  Penuh emosi, ilusi, imaginasi, kreativiti dan memang hebat.  Watak utama yang unggul dan cukup mengesankan, walaupun mungkin satu dalam sejuta dalam realiti.  Menepati selera pembacaan saya.  Baru belajar membaca semula setelah sekian lama, dan buku anda menuntut tempat pertama dalam ranking pilihan saya.  Buku-buku lain juga menarik, dengan jalan cerita yang canggih dan hebat, tapi kurang uhhmmm.. umum sahaja jangan ada yang marah pulak. Hanya ada satu watak lagi yang menerobos minda saya sehingga ke tahap ini iaitu riwayat PBT (perjalanan hidupnya, keperibadiannya dan kisah peperangannya memang meremangkan bulu roma) tak kurang hebatnya.  Riwayat Baginda saw penghulu kita sudah pastilah tidak dinafikan lagi... tiada tandingannya.  Nampaknya pilihan bacaan saya agak terhad, tolak buku-buku cinta.  
Kisah cinta yang canggih dan pelik (andaian zaman kanak-kanak dulu) ialah dalam Hikayat 1001 Malam. Teringat zaman kanak-kanak tenggelam dalam pengkesahan Hikayat 1001 Malam hingga memberi kesan kepada cara memandang dunia.  Di perpustakaan sini, saya jumpa buku ini di rak kanak-kanak, hikayat ini telah ditulis semula dengan pendekatan untuk kanak-kanak, perlu cari yang asal untuk nikmat pembacaan yang sukar diterjemahkan.  Tak pastilah di Perpustakaan Shah Alam ada ke tidak buku ini. Setakat ini buku-buku di sana tu teruk,  tak tahulah kalau saya tak pandai cari, tapi dah berapa kali pergi memang teruk.  Nak pergi ke perpustakaan negara... sukar sikit.  (merungut la pulak. ish..)
argh hari ini mood kurang bagus pulak.  
"Mama, Hidayat menangkan rumah sukan Hidayat tadi.  Semua perempuan, Dayat je lelaki.  Bila cikgu tiup wisel, Dayat lari kuat-kuat.  Rumah sukan Dayat menang!" kata Hidayat, bangga sangat.
"Kenapa Dayat lawan lari dengan budak perempuan?" pelik juga.  Kan ke lelaki lawan lari dengan lelaki.
"Ntah, cikgu yang suruh." Hidayat angkat bahu.
Aku sedang membuka kasut untuk masuk ke dalam rumah, yang lain sudah menghilangkan diri untuk urusan masing-masing.  Hidayat masih terhegeh-hegeh berjalan sambil bercakap kepadaku.  
"Ohh, ye ke?  baguslah."  kataku.  "Cepatlah masuk!!" aku menggesa dia, kurang sabar melihat kelecehannya.

Masuk ke dalam rumah, aku segera ke ruang belakang rumah untuk mengangkat pakaian dari jemuran.  Hidayat muncul lagi di pintu dapur. 
"Mama, Dayat nak sekolah kat Brunei esok!"  Laa pulak...  Belum sempat aku bertanya, dia terus mengalirkan airmata dengan memek muka yang pilu, tapi tak sempat nak berkejar ambil hp atau kamera untuk snap gambar dia di samping khuatir dia akan marah diambil gambarnya (tapi memang cantik penuh emosi wajah dia).
"Izuddin ambil gambar kereta Dayat.  Dayat nak ambil balik dia pukul Dayat.  Dia ada abang darjah 3, kuat.  Dia dengan abang dia dua-dua lelaki.  Huaaaa..!!" Hidayat terus bercakap umpama bertih goreng bersama siraman airmata yang meleleh di pipi.
"Ain, esok pergi tengok Izzuddin."  Saya pandang Ain yang sedang mencuci tangan untuk makan petang.
"Tapi abang dia kuat, darjah 3."
"Kakak lagi kuat, dia darjah 6."
"Dayat nak sekolah kat abah jugak."
"Nantilah mama check dulu kat pejabat.  Sekarang ni mungkin sekolah sana dah penuh.  Kena urus dulu."  aku nak menyedapkan hati Hidayat.  Aku bercakap seperti bercakap dengan rakan sebaya pulak.

"Heh, Dayat.  Jangan fikir pindah sekolah tak kena buli," sampuk Nabilah sambil mengunyah.  Dia sedang mengadap makan malamnya sebelum kembali masuk kerja jam 7 nanti.
"Kakak dulu dah puas kena buli tau," Nabilah menekankan kata-katanya sambil tersenyum kepadaku.

"Haah, jangan lari dari masalah," kataku lagi seperti berbicara kepada rakan sebaya masih.  Kutekan punat tv dan berlalu ke laptop.  Tak mahu menonton pun, sekadar nak bagi budak-budak mencuci mata sambil makan-makan.  Kalau tidak, senyap sahaja.  Beku suasana.

Malam menjelang.  Hidayat lupa pasal sekolah dan rakan pembuli.  Mungkin dia menerima kata-kata Nabilah.  Kalau setakat dari mulutku, masih banyak sanggahnya.  Biasalah, kanak-kanak pelik sikit, mereka lebih mudah menerima kata-kata orang dari kata-kata ibu sendiri.  Kalau cikgu kata, semua betul.  Kalau Nabilah kata, pun nampaknya betul pada dia.

...............................................................

Kisah pagi ini, Khamis 10 Feb 2010.

Segak Hidayat dalam seragam sekolah berkemeja putih bersih dan seluar biru.  Dia ceria, bahkan sudah terbalik sebab pagi ini dia yang menggesa Hanessa bangun cepat.  Selalunya dia yang payah sikit.  Selesai menyiapkan dia, Hanessa pula perlu disiapkan.  Sambil itu, Hidayat mengajakku berborak.
"Mama, nanti jumpa Izzudin masa sekolah petang, dengan abang dia sekali."
Kalau ada pembuli, memang aku jadi mangsa disuruh 'melihat' muka pembuli tersebut.
"Haah, iyalah." jawabku sambil lewa.
Tiba-tiba bertukar pulak, "Mama, karang mama ikut Dayat ke kelas, jumpa Izzudin."
Laa pulak, "Pagi pun sekelas ke?"
Hidayat angguk-angguk kepala.
"Hmm.. tak payahlah.  Sikit-sikit mama nak jumpa.  Tak apa, bulan 3 nanti Along cuti boleh jumpa dia." Uh, Naqib pulak dijadikan kambing hitam.  Naqib pun bukan rajin sangat nak pergi tayang muka kat sekolah lamanya tu, tapi Hidayat ni perlu diberi sedikit harapan supaya dia senang hati.
Akhirnya, "Hidayat cubalah lawan sikit budak tu."
"Tapi dia kuat.. abang dia lagi kuat."
Ish, tak ada keyakinan diri.
"Dayat lawan balik je.. boleh tu." Risau jugak bercakap macam ni.  Jangan jadi pembuli pulak, udah.  Setakat mahu dia mempertahankan diri saja, dan jangan heavy sangat.
Sebelum turun dari kereta, dia bersalaman denganku dan seperti biasa ubun-ubunnya ditundukkan untukku tiupkan selawat dan doa.  Semoga anak ini sentiasa dalam pimpinan Allah Taala, semoga dia dihiasi dengan akhlak yang indah dan terang hatinya menangkap ilmu yang diajarkan oleh guru.  Semoga dia lebih laju menulis dan tidak tertinggal nota di papan hijau.  Semoga dia tidak berangan dan tidak hilang tumpuan semasa belajar, merenung papan hijau 'sehingga tembus ke kelas sebelah'..
Aku seperti itu.  Naqib mengikuti sikapku, guru-gurunya dulu dari darjah 1 hingga darjah 6 menceritakan hal yang sama. Awal tahun kelmarin, guru Hidayat di Tahun 1 pun bercakap hal yang sama.  Teringat anak saudaraku, Aizat dan Harris, ibunya kata pun demikian juga komen guru mereka.  Eh eh, kenapa ya?  Keturunan ke... Macam orang berangan, macam khayal, macam hilang terawang-awang.  Melainkan time menulis, kalau time mendengar jadi begitu.
Sebab itu penting untuk mencatat semasa mendengar.  Kalau tidak, memang boleh lost.  Cuma, Naqib pernah memberi sedikit kejutan apabila prestasinya begitu baik sehingga cikgunya berkata mungkin dah stail dia berangan tapi masih mendengar.  Bila kusampaikan kepada Naqib perihal komen gurunya, dia cuma kata dia ingat juga apa yang disampaikan oleh gurunya walaupun 'hilang dalam tumpuan'.  Gitulah pulak, tapi budak begini memang kena pantau lebih, dek kerana itu dapatlah dia result cukup-cukup makan macam yang dia perolehi dalam UPSR lepas.  Kesibukanku waktu itu membuatkan tumpuan yang sepatutnya ditingkatkan bukan setakat kurang diberikan bahkan diabaikan.  Kasihan...
Tapi so far, tiada komen sedemikian dari guru Ain.  Setakat ini, kalau diperhatikan cerita Ain, dia bukan seorang yang kuat berangan.  Sebaliknya dia peka dengan suasana sekitar.  Peka dengan usikan dan renungan secret admirenya, dan peka dengan pengajaran guru.  Dia juga lone ranger, sama seperti Naqib. (rasa-rasanya semua anak-anakku memiliki peribadi lone ranger, macam aku dulu; ..anak emak), ada kawan tapi tidak terlalu bergantung pada kawan.  Boleh juga berkawan dengan sesiapa sahaja yang sesuai dan selesa.
Menjadi seorang lone ranger, ada baik dan ada kekurangannya.  Tiada group yang boleh jadi back-up kalau dibuli, tapi boleh bergerak ke mana sahaja dengan hati yang yakin dan berani. Ada kawan tetapi yang terpilih sahaja untuk menjadi karib. 
Hanessa okay je, seronok pergi sekolah mewarna dan baca Kalam, sarapan dan makan tengahari sedap belaka.  Tiap-tiap pagi Asyraf akan tunggu dia di pintu dan panggil nama dia ulang-ulang kali sambil senyum lebar-lebar walaupun tak dapat respon baik dari Hanessa.  Hehe budak-budak.. aku pula yang membalas senyuman Asyraf.
Sedikit catatan, pagi ini Ain mengadu sakit perut dan mengalami muntah serta loya.  Jadi dia dicutikan.  Dahi yang dijamah dan jari yang disentuh rasa okay je.  Tidak mengapalah, sesekali takkan tak boleh sakit, anugerah Illahi supaya sentiasa menyedari diri bahawa diri kita ini amat lemah dan hanya kepadaNya mengharapkan kesihatan serta kesejahteraan hidup, hati, dunia dan akhirat.  Cuma jangan dia sibuk nak bluetooth lagu ke hp sudah, sebab abahnya baru bagi hp (yang sepatutnya untuk aku tapi belum terbuka ruang untuk explore penggunaannya), memang nak kena sound.  Sakit buat cara sakit.. Nabilah pun cemburu melihat Ain menukar setting menu menggunakan gambar-gambar yang ceria sesuai dengan seleranya yang masih keanak-anakkan.  Semoga Ain cepat sembuh dan boleh pergi sekolah ugama petang ini macam biasa, insyaAllah.

(Sesekali menggunakan pendekatan 'aku' berbanding  'saya', lain sikit feelnya.  Nawal kurang suka penggunaan 'aku' ni, faham la tu.  Cepat je dia komen.  'Saya' tu lebih formal dan sepatutnya gitu. Tapi sesekali (dah banyak kali jugak ni) menggunakan 'aku' seronok jugak.  Pasar sikit, dan rasa lebih akrab.  Eh, gitu la pulak, entahlah... ikut mood je.  Saja nak tukar cara.  Cuma bahan bacaan memang kurasa mempengaruhi cara pemikiran dan tindakan.  So, pesanan buat diri, pilihlah bacaan yang bagus-bagus untuk menghasilkan yang bagus-bagus juga, serta rajin-rajinlah membaca.)

(Nanti nak cari buku nukilan Zehann ur Rakhie lagi di perpustakaan, sungguh menepati selera.  5 stars (lebih pun tak pa) untuk penulis ini dan buku yang dihasilkan.  Nabilah pun nak baca, cuma Naqib yang kata bahasanya tinggi tak tercapai akalnya dan tak memenuhi seleranya.. memang pun lebih baik dia tak payah baca melainkan lagi beberapa tahun akan datang.)  Siapa tahu tajuk lain buku penulis ni, boleh habaq kat saya?...

Wednesday, February 10, 2010

"Berwaspadalah terhadap syaitan demi keselamatan agama kamu. Dia telah berputus asa untuk menyesatkan kamu dalam perkara-perkara besar, maka berjaga-jagalah supaya kamu tidak mengikutnya dalam perkara-perkara kecil."

Antara ' barangan mereka ' yang telah dijadikan ikutan oleh kebanyakan dari kita.

1. Kita diajar dalam buku biologi, buku pemakanan (kajian dan terbitan para kafir ni) bahawa kalau nak dapat vitamin B dan kalau nak tambah darah kita kena makan hati haiwan dan hati ayam. tetapi sebenarnya Nabi kita tidak menggalakkan pemakanan organ dalaman. Nak ikut kafir ke nak ikut nabi kita? Sebenarnya makan hati ayam dapat melembabkan otak kita sbb hati merupakan organ dimana semua toksin akan dikumpulkan dan dineutralkan. so kepekatan toksin adalah tinggi di hati ayam. makanlah kita toksin tersebut serta bengaplah otak kita umat Islam sebab percaya buku sains keluaran kafir ini.



2. Kita diajar dalam sains bahawa kopi tidak bagus untuk kesihatan. Namun sebenarnya kopi adalah antara minuman kegemaran Nabi kita selain susu dan madu. Cuba tengok Yahudi, mereka minum kopi, Starbuck. Profesor di UK yang Yahudi semua ada segelas kopi dit tangan mereka.



3. Kita diajar memakan kambing tinggi kolesterol, namun kambing juga adalah makanan Nabi kita. Seolah-olah buku sains ni nak merendahkan pemakanan Nabi kita. Sebenarnya daging kambing adalah daging paling kurang kolesterol.



4. Kita diajar bahawa makan McDonalds adalah bagus, namun sebenarnya McDonalds adalah makanan yang sangat tinggi MSG dan kolesterolnya dan paling banyak lemak tepu trans.



5. Para kafir ni juga menggalakkan kita minum dan makan makanan yang langsung tak berkhasiat, contohnya coke dan maggi. Coke tu sangatlah beracun, pastu sangat tidak bagus untuk kesihatan (gula tinggi, berasid, pH dalam lingkungan 3.5, ada racun tersembunyi). Dan para Melayu kita juga yang ketagih minum.



6. Untuk pengetahuan, para kafir agen dajjal ni gak mengwar-warkan kebaikan minum soya (sebab USA merupakan pengeluar soya terbesar), namun sebenarnya soya dapat melemahkan kejantanan lelaki dan mengurangkan kesuburan lelaki dan perempuan. selain itu juga soya dapat meningkatkan risiko kanser payudara, kanser ovari, kanser prostat, serta melemahkan otak dan tulang sbb dalam soya ada hormon estrogen yang sama dgn estrogen kat wanita. pastu soya ada phytic acd yang membuatkan penyerapan kalsium, magnesium dan zinc yang penting untuk badan kita terjejas.





Ini adalah sebahagian artikel dlm blog tersebut...sila bace dgn lebih lanjut di http://holywar-efairy.blogspot.com/2009/12/pope-roman-peter-ii-cantus-benedictine.html





Dari segi pemakaian..pangkat..kerja..semua telah dirancang… Fikir2kan…

Monday, February 8, 2010

Stop following

Pagi ini saya membaca komen yang sangat ringkas (dengan maksud tersirat la tu) bunyinya, "nasibla" atas cerita ceriti pasal top up celcom kelmarin.  Saya pun ziarah la ke blog saudara kita tu, rupa2nya blog ini telah terfollow dua kali, maka dua wajah saya berada di sana.  Apa la... dan saya terbaca saranannya  supaya pergi ke setting untuk try n error bagi membuang muka dari follower di sana.  
Hanya untuk peringatan sendiri supaya lain kali tak terlupa, kita boleh g ke dashboard dan klik di 'manage' seterusnya klik blog yang anda tak mahu follow lagi tu.  Saya klik dan muka saya sudah hilang satu, tinggal satu di blog saudara kita tu.  Kena selalu try n error, semua menu ada di situ.  Dah tulih kat sini senang lain kali terus buat tak payah fikir panjang. 

Saturday, February 6, 2010

Celcom, jangan buat trick

Pertamanya, sila maklumkan sekiranya saya memang dah salah faham isu ini.  
Keduanya, saya minta maaf kalau memang saya dah salah faham.  
Ketiganya, saya tidak alert sangat perihal iklan Maya Karin itu, cuma saya tahu ada offer dari Celcom untuk tambah nilai RM50 bagi 2 tahun expiry date top up.

Maka, tadi hubby bermurah hati gara-gara promotion saya untuk tambah nilai telefon bimbit Naqib dan Ain dengan nilai RM50 setiap seorang semata-mata untuk mendapatkan tempoh 2 tahun expiry date tu.  Kalau RM3, hanya 3 hari sahaja kemudian masing-masing mula merengek minta top up lagi.  Iyalah, tak terlayan la kalau selang 3 hari minta top up walaupunRM3.  Tidak penting pun menggunakan telefon bimbit tu, sekadar terikut-ikut dengan peredaran semasa. Kekadang minta RM5, kekadang minta RM10 (kurang dilayan pun..)

Semasa menjemput Nabilah untuk break 1 hour petang tadi, saya pun menghulurkan RM100 untuk top up Rm50 dua, dan Nabilah memulangkan semula RM2 sebagai bonus hadiah, katanya.  Tetapi nampaknya nilai itu tidak dapat tempoh 2 tahun yang dijangkakan.  Nabilah pun tidak mendapatkannya setelah dia membuat tambah nilai yang sama.  Hanya untuk sebulan sahaja.  Bertanya kepada pembantu bos di kedai tempat dia bekerja itu pun tidak dapat jawapan yang memuaskan; serupa tak payah tanya... macam tak tau macam tak faham.  Tricky jugak offer iklan ni...

Sedang saya bersantai mendengar nasyid Doa Perpisahan sambil mata meniti baris demi baris novel Vamphra yang semakin mendebarkan (kerana Massurya Syah telah hilang tidak dapat dikesan di dalam dewan yang mempunyai lambang yang dicarinya itu, suspennnn...), Ain mengadap ke bawah duli mengabarkan Nabilah mahu bercakap sesuatu.  Alahai, malam ini sudah dua kali Nabilah menganggu ketekunan saya, tapi tidak mengapalah, auntie maafkan awak... mesti ada yang mustahak tak boleh tunggu esok ni.

Nabilah pun berkata, bahawa dia telah dua kali menalipon centre Celcom untuk bertanya tentang offer yang diwar-warkan melalui si cantik manis Maya Karin itu.  Dari maklumat oleh pihak yang menjawab panggilan, rupa-rupanya RM50 itu akan ditelan oleh Celcom sebagai kos untuk penyediaan tempoh tamat dua tahun tanpa dapat digunakan walau sesen pun oleh pengguna Celcom, dan untuk mengaktifkan pengguna perlu menambah tambah nilai sebanyak RM30 di dalam tempoh 6 bulan dari tarikh pengaktifan.  Bermakna pengguna hanya boleh menggunakan RM30 yang tamat selama dua tahun, dengan kos sebanyak RM80 (RM50 + RM30) tadi.

Adakah kefahaman saya silap?  Saya sekadar hendak berkongsi kisah dengan bloggers.  Tidak berniat hendak memanjangkan hal ini pun.  Bikin susah naik mahkamah nanti.  Al maklum zaman teknologi ni tak boleh sebarang cakap, saman menyaman main juta-juta nilainya.

Mungkin saya kena tengok tv selalu dan buka mata besar-besar pasang telinga betul-betul apa yang dicakap oleh Maya Karin bukan main dengar je tangkap muat faham sikit-sikit akan iklan ini.  Agar dengan demikian saya betul-betul faham dan tak terasa dipermainkan.

Okey, Nabilah, lepas ni kalau terdengar iklan ni lagi kita cuba pasang telinga betul-betul.  Hmm.. nanti cuba awak cari kat google ke... auntie tak faham sangat tang tu.

aku sekadar blogger di pinggiran


Friday, February 5, 2010

Vamphra (bab 35)

... dan hatinya terus berbisik.

'Matamu hitam besar dan bersinar bagaikan bintang di kolam malam.  Wahai tuan Melayu... apakah yang kau simpan di dalam hatimu?  Kau kelihatan begitu jauh dan sepi, entah mengapa kau begini.  Dirimu adalah bayangan bulan di air tenang.  Dapat kulihat namun tak dapat kupegang.  Kudengar kembaramu jauh sekali, apakah yang kau cari?  Malang sekali kau bukan dari daerah ini, jika tidak tentu aku...'  tiba-tiba Leela tergeli hati sendirian.  Ketawa kecilnya membuatkan Massurya Syah berkerut memandangnya.  Leela pun tersipu-sipu.

Vamphra (bab 34)

"Titik Qalbu itu adalah pusat segala-galanya.  Ia terterap dari ruang fikiran.  Fikiran pula akan membuka ruang ilmu, ilmu akan mencetuskan hal dan hal akan menggerakkan tindakan-tindakan anggota. Di sana berdirilah kekuatan Ilahiyah.  Maka segala yang berlawanan darinya adalah sesuatu yang menyimpang.  Ingatlah sifat haiwani itu akur kepada nafsu amarah dan aku tahu benar mengenainya.  Darah yang mengalir dalam tubuhku tercalit darinya.  Kerana itulah aku mencari mereka demi menghapuskan 'darah' itu.  Manakala kamu wahai Ibrahim, mempunyai kelebihan di atas perkara ini."

Vamphra (bab 34)

...

Massurya Syah terangguk-angguk.  Sejurus dia bangun berdiri tegak dan memandang kosong ke arah tasik.  Kedua tangannya dipaut ke belakang.  Kemudian Massurya Syah pun bersuara.

"Lihatlah tasik itu.  Airnya tergenang indah, tenang dan damai baik dalam samar malam mahupun terang siang.  Namun dapatkah kita menyatakan secara pasti bahawa tasik itu sememangnya suatu tempat ketenangan?  Ataukah ianya hanya suatu kenyataan yang samar?"

Massurya Syah pun berpaling memandang Ibrahim.

"Bagiku, kesamaran yang paling nyata adalah pandangan di permukaan semata.  Kita tidak akan mengetahuinya secara pasti sehingga kita terjun ke dalamnya dan menyelam hingga ke dasar lubuk, bukankah begitu?" kata Massurya Syah.

.....

Jawapan yang diterima adalah sangat memeranjatkan dan menggemparkan hati pemuda itu.  Sambil memandang tepat ke wajah Ibrahim, Massurya Syah menjawab - "Aku... adalah salah seorang dari mereka!  Leluhurku adalah dari penguasa Alam Hitam yang tersembunyi dari mata dunia."...

Vamphra

Perjalanan yang jauh serta memakan masa itu membuatkan Massurya Syah, Ibrahim dan Rappu semakin mengenali diri sesama mereka.
Sejak awal pertemuan lagi Ibrahim mendapati perawakan lelaki bernama Massurya Syah itu begitu instrinsik, sekali gus mengkagumkan.  Walaupun mereka bersama, tetapi pahlawan itu dirasakan jauh dan terasing.  Ada sesuatu yang membuatkan dirinya tak seperti insan biasa.  Percakapannya sedikit dan perlu sahaja namun setiap patah perkataannya berisi dan bermakna.  Jarang benar dia melihat pahlawan dari Tanah Melayu itu tersenyum atau ketawa.
Perkara itu diam-diam dipersetujui oleh Rappu yang menceritakan kepadanya tentang bagaimana 'tuan'nya itu bertarung nyawa untuk menyelamatkannya dari pedagang hamba yang membuat dia menjadi pengikut setia kepada Massurya Syah.  
Selain dari ciri kepahlawanannya dan sikapnya yang tersendiri, perkara yang paling menakjubkan bagi Ibrahim mengenai Tuan Syah itu ialah apabila dia mendapati lelaki itu seolah-olah ghaib dari pandangan orang ramai.  Hanya apabila dia menghampiri dan bercakap dengan seseorang itu barulah kehadirannya disedari.  Dia bertanyakan sebabnya tetapi hanya menerima jawapan yang hambar dari Massurya Syah.
"Aku tidak pernah mempersoalkannya jua tidak cuba untuk mengkajinya."  Begitulah jawapan yang diterima.  Bila ditanya tentang asal-usulnya, Massurya Syah akan berkata - "cukuplah aku mengetahui apa yang perlu bagiku dan orang-orang yang akan mengerti bila tiba waktu."
Ayat itu seolah-olah memberi isyarat kepada Ibrahim bahawa mungkin belum masanya untuk Ibrahim mengetahui tentang kisah hidupnya.  Malah kepada pemuda itu telah dipesannya dari awal perjalanan agar jangan terlalu taksub kepada perkara-perkara yang mungkin akan mereka tempuhi.  Kisah Vyandra telah memberi satu contoh kepada Ibrahim mengenai pesanan itu.  Ibrahim cuba untuk mengupas kejadian itu namun Massurya Syah agak keberatan untuk menjelaskannya.  Katanya belum waktu untuk Ibrahim mengetahui secara mendalam tentang perkara itu kecuali jika dia mendapat petunjuknya.

(sedutan Vamphra Bab 30)

Thursday, February 4, 2010

Apabila berita sensasi muncul di tv

Aku bukan seorang yang berfikiran terbuka, apabila pemberita tv jam 8 malam tadi membacakan perihal kejadian kes liwat yang sedang mashyur seantero dunia sekarang ini.  Hidayat dan Hanessa sedang menikmati hidangan malam, sambil suara pemberita mula membaca ayat demi ayat dengan detail.  Tidak sempat hendak memperlahankan atau menutup tv langsung (jarak agak jauh untuk menuju ke tv sedangkan pemberita terus bercakap), aku menyanyi-nyanyi kecil sambil menghalang pemandangan mereka.  Remote sudah sewel, bukan sekali tekan terus berfungsi.  Mengapa perlu mereka memperincikan kisah sebegitu sedemikian rupa.  Setelah keluar istilah-istilah yang menyebabkan aku (dan ibu-ibu lain umumnya, kurasa) payah hendak menerangkan kepada anak-anak yang sedang di usia rancak mahu tahu segala-galanya, mahu bertanya semua perkara, barulah keluar kenyataan agar perkara itu dibincangkan secara tertutup di mahkamah. 
Akukah yang bersalah kerana tidak tutup sahaja tv itu?   Atau aku bersalah kerana bodoh, jumud, tidak open minded tentang hal semasa.  Alah... itukan perkara biasa.  Sudah lama tak settle2 lagi.  Berapa banyak lagi kisah dalam kain yang sudah tersebar, entah-entah awak sahaja yang tak peka dengan anak-anak.  Begitukah?
Aku memikirkannya, dan aku bersyukur setakat malam tadi Hidayat tidak perasan langsung dengan berita sensasi di tv itu.  Kalau tidak, jenuhlah aku hendak menjawab soalan-soalannya, yang Nabilah kata pelik-pelik dan tak dijangka dia boleh mengeluarkan soalan sedemikian.  Anak yang seorang ini, kadangkala membuatkan aku tak tahu nak menjawab bagaimana, kerana bagaimanapun jawapan tepat ke, sipi ke, tipu ke, akan mengundang rantaian soalan seterusnya.  Cuma dia belum pernah lagi mengeluarkan soalan cepumas tentang bagaimana seorang bayi boleh wujud di dunia ini.  Hanessa lebih pandai meneka, bahawa bayi lahir dari pusat ibunya.  Andai muncul soalan itu, walaupun aku sudah didedahkan sedikit cara-cara hendak menjawabnya, tentu aku masih cuba mengarang jawapan yang tersirat, dan tentu dia akan terus menyusun soalan demi soalan yang menyeksakan.

Makhluk paling riang

Waduhh, pagi ini aku sudah berlari-lari di dalam kawasan sekolah kerana hendak mengejar Ain yang sedang menuju ke kelasnya.  Kalut sedikit pagi ini, agak terlewat menghantar mereka ke sekolah.  Sehingga sampai di pagar sekolah yang baru dicat warna kuning itu, bersalaman dan mencium pipi masing-masing, mereka berlalu pergi tanpa wang saku.  
Kasihan memikirkan di waktu rehat nanti mereka bakal terpinga-pinga mencari wang di dalam saku, aku gagahkan diri memanjat tangga ke kelas Ain. Dia agak terperanjat (langsung tak ingat pasal wang saku la tu..) kemudian tersenyum, dan aku pesankan agar dia pergi ke kelas Hidayat juga (segan nak merayap di kawasan sekolah dari hujung ke hujung) untuk memberikan wang kepada adiknya itu.  Kelas Hidayat di bangunan berasingan dan paling jauh dari bangunan kelas Ain.  Ain enggan tetapi kemudian harus akur dengan amanah yang kuberikan.
Menuruni tangga, kulihat dua pengawas sedang memujuk Hanessa yang terduduk di mata tangga sambil menangis.  Di tangannya ada sehelai wang kertas RM1 dan beg tersadai di belakangnya. "Ini anak acik ke?" tanya pengawas perempuan yang lebih besar sambil memandangku.  Aku mengangguk sambil menghadiahkan senyuman.  Lalu kubangunkan Hanessa membawanya menuruni tangga.  Hampir dia terjatuh kerana kurang imbangan badan.  "Duit ni..." katanya mengunjukkan wang di tangannya.  Sejak aku memberinya wang tadi, dia kepoh sedikit kerana tidak dapat menyimpan wang di poket belakang seluarnya.  Semalam guru telah memberi semua pelajar sepasang pakaian untuk dipakai setiap Selasa dan Khamis, iaitu baju-t berwarna kuning dan seluar track berwarna merah menyala dengan tulisan prasekolah Sekolah Kebangsaan Sijangkang.  Sejak malam tadi Hanessa sudah menyiapkan pakaian itu untuk dipakai hari ini.  Bersemangat sungguh dia. Cuma poket seluar baru itu di bahagian belakang, sukar untuk dia meletakkan wang ke dalamnya.  

Kami terus berjalan ke kelas prasekolah Anakku Gemilang.  Tidak ada pelajar yang bersidai seperti selalu.  Cuma ada seorang kanak-kanak lelaki yang agak lucu menghampiri pintu lalu menyapa Hanessa, menyebut namanya berkali-kali.  Aku teringat pelajar inilah yang juga mengulang-ulang nama Hanessa semalamnya.  Dia ketawa riang sekali.  Hmm.. kanak-kanak memang putih bersih hatinya, tidak memikirkan sebarang permasalahan dunia.  Keriangan dan tawa mereka begitu tulus dan jujur.  Andai hati rawan dan bimbang, lihatlah kerenah anak-anak yang periang ini, pasti kita akan terhibur.  Banyakkan bersedekah kepada kanak-kanak kerana mereka makhluk yang paling ikhlas menerima pemberian anda; keikhlasan dan kegembiraan mereka menjadi penyebab doa anda diterima Allah Taala, insyaAllah.
Tatkala Hanessa melangkah masuk ke kelasnya, sempat kujenguk ke ruangan belajar.  Kebanyakan kanak-kanak sedang duduk di tempat masing-masing asyik bermain sesuatu di tangan sambil menanti waktu untuk minum pagi.  Pagi ini tiada aroma yang menyelerakan yang kadang-kadang menyapa pancaindera bau kami, jadi mungkin hidangan pagi ini ialah biskut dan air teh sahaja. Di satu meja, seorang kanak-kanak lelaki sedang duduk menghadap arah pintu.  Dia tersengih lebar memandang Hanessa sebagai alu-aluan.  Hanessa yang masih bersisa bekas tangisan di pipi, tiada langsung secebis senyuman.  Namun, urusanku tetap beres apabila dia tidak berpaling lagi meninggalkan pesanan demi pesanan seperti selalu.  Aku tahu hatinya kembang riang kerana berpakaian baru seperti kawan-kawannya yang lain.  Tentu hatinya bertambah kembang berbunga-bunga apabila bakal menerima sepasang uniform ungu pula.

Wednesday, February 3, 2010


"Di madrasah ini, kami bukan saja mengajarkan bab agama dan kerohanian malah jua pengetahuan lain yang kami kira amat penting dalam usaha menyebar luas agama kita.  Mengira, menulis dan memahami bahasa-bahasa adalah antara aset penting di madrasah ini mengikut peringkat-peringkat.  Kanak-kanak yang anda lihat ini pada suatu hari nanti akan keluar menjengah dunia dengan ilmu-ilmu yang mereka perolehi agar Islam itu berkembang bukan saja pada rangkup dakwah kerohanian dan kehambaan pada yang Maha Esa malah jua pada jurus ketamadunan insan dan kemasyarakatan."

"Perkataan Tuan Syeikh adalah benar," ucap Massurya Syah perlahan.

"Angin perubahan zaman menuntut kesemua itu.  Kegemilangan Islam sepatutnya berada di kedudukannya.  Namun hari ini kita telah melihat bagaimana orang-orang Eropah mula menerokai dunia yang disertai dengan para mubaligh mereka berdasarkan pencapaian keilmuan.  Malah dari satu sudut aku kira zaman ini adalah zaman mereka.  Justeru itu jatuh bangun Islam yang kita warisi dari Baginda s.a.w yang tercinta terletak anak-anak kita.  Tanpa ilmu yang mantap, mereka tak mungkin dapat menyaingi kemaraan pengaruh para musuh yang datang dalam berbagai rupa dan bentuk mahupun dari topeng-topeng zahiriah dan batiniah.  Kita telah menghadapi serangan mereka secara nyata mahupun ghaib," kata Syeikh Ali Sharmani lagi.

Sedutan dari Vamphra Rahsia Agenda Alam Hitam II (Zehann ur Rakhie)


Gadis Kecilku

Hari ini hari ketiga bulan pertama gadis kecilku tidak membuat ragam di pagi hari.  Dua hari semalam ada tercetus rengekan kecil tetapi cepat padam dek amaranku.  Dia tidak lagi berdukung ke kereta, tidak juga ke kelasnya.  Cuma aku masih perlu menghantar dia sambil berpegangan tangan dengannya, hingga ke hadapan pintu kelas.  Hari ini hari pertama juga dia membuka kasutnya sendiri dan meletakkan di rak kasut.  Kemunculannya disambut oleh senyuman rakan-rakannya, yang bersidai di hadapan pintu kelas.  Ada yang memanggil-manggil namanya berulang kali, hingga "Apa? Kau ingat aku pekak ke?..." jawab gadis kecilku dengan nada suara yang ceria diiringi senyuman mesra.
Aku mengucup kedua pipinya dan menghembuskan doa selawat ke ubun-ubunnya, dan dia mencium tanganku.  Aku melangkah dengan tenang tanpa ada lagi pesanan seperti 'mama, tunggu di pondok itu.' atau 'mama, tunggu dalam kereta sahaja.' yang tidak pernah aku lakukan sebenarnya.
Alhamdulillah, dia semakin pandai menyesuaikan diri dengan suasana pembelajaran di sekolahnya.  Setiap kali pulang, kami menuju ke kedai pilihannya dan di sana ada juga kawan-kawannya yang sedang membeli jajan sebagai hadiah setelah setengah hari berseronok dan makan-makan di kelas.  Jadi setiap hari dia akan memastikan duit poketnya juga ada seperti yang diperuntukkan buat kakak dan abangnya.  "Mama, Baby nak duit kertas." katanya memperingatkan setiap pagi. Dia akan bersiap hendak membayar di kaunter dengan wang kertas RM1 itu dan aku perlu menyediakan wang lagi untuk mencukupkan bayaran.
Kelmarin dia bercerita bahawa kawan-kawannya begitu seronok bermain magnet.  "Jadi, kamu bawa magnet ke sekolah?" aku membayangkan magnet-magnet bujur berwarna hitam yang  kubeli semasa belajar dulu, untuk permainan dan pembelajaran kanak-kanak di nurseri.  Gadis kecilku mengangguk sambil tersenyum lebar-lebar.  
"Mana magnet itu sekarang?" 
"Kawan-kawan Baby nak.." katanya tanpa secubit pun perasaan bersalah.
Aku mengalahkan perasaan sendiri, bahawa itu adalah hadiah gadis kecilku kepada rakan-rakannya.  Nampaknya kebaikan hatinya itu telah menambat mereka terhadapnya seperti yang kulihat akhir-akhir ini daripada sambutan selamat datang yang diberikan.
Awal minggu, dia bercerita tentang kawan-kawan termasuk gurunya yang kegelian melihat lipas getah yang dibawanya dari rumah.  Dia sungguh riang ketika menceritakan kisah itu.  Tentu lebih gamat andai dia membawa cicak getah yang lembik dan sejuk itu.  "Cikgu suruh Baby simpan lipas tu balik," katanya bersahaja.

Semangatnya semakin melonjak dan membuak.  Dia pelajar paling menikmati pembelajaran di sekolah dibandingkan dengan dua lagi pelajar di rumah ini.  Sebaik sahaja kembali ke rumah dari sekolah, dia akan mengeluarkan buku Kalam (mengenal huruf) dan mula membaca di bawah pemantauanku.  Dia akan membaca dari muka surat pertama walaupun sudah kenal benar dengan huruf  a  dan b itu.  Dia akan susah hati apabila lambat mewarnakan gambar-gambar yang ada.  Kadang-kadang guru membekalkan beberapa buah buku untuk disiapkan dan dia tanpa bertangguh akan menyelesaikannya.  Apabila abangnya lambat membuat homework, dia dengan bangga mengatakan homeworknya sudah selesai.  
Secebis kisah tentang gadis kecilku, satu-satunya orang terakhir yang membuat perubahan baik di prasekolah SKS ini. Semoga dia terus cemerlang dalam usaha mencari ilmu buat pedoman di hari-hari yang dilalui.  Ameen.

Tuesday, February 2, 2010

JANGAN...

24 PERKARA JANGAN DILAKUKAN

Sesungguhnya di dalam hidup kita dikelilingi oleh perkara-perkara yg. menyeronokkan. Tetapi itulah sesungguhnya yg. mendatangkan keburukan kepada kita. Di bawah ini terdapat 24 perkara -perkara yg. jangan dilakukan yg. seharusnya kita ambil iktibar supaya kita dapat memuhasabah diri sendiri. :



1. Jangan sengaja lewatkan solat. Perbuatan in tidak disukai oleh  ALLAH s.w.t.


 2. Jangan masuk ke bilik air tanpa memakai alas kaki (selipar). Dikhuatiri terbawa keluar najis dan mengotori seluruh rumah kita.


3. Jangan makan dan minum dalam bekas yg. pecah @ sumbing. Makruh kerana ianya merbahayakan.


 4. Jangan biarkan pinggan magkuk yg. telah digunakan tidak berbasuh. Makruh dan mewarisi kepapaan.


 5. Jangan tidur selepas solat Subuh, nanti rezeki mahal (kerana berpagi-pagi itu membuka pintu berkat)


 6. Jangan makan tanpa membaca BISMILLAHHIRRAHMANNIRAHIM dan doa makan. Nanti makanan yg. dimakan adalah dari muntah syaitan.


 7. Jangan keluar rumah tanpa niat membuat kebajikan @ kebaikan. Takut-takut mati dalam perjalanan.


 8. Jangan pakai kasut atau selipar yg. berlainan pasangan. Makruh dan mewarisi kepapaan.


 9. Jangan biar mata liar di perjalanan. Nanti hati kita gelap diselaputi dosa.


 10. Jangan bergaul bebas ditempat kerja. Banyak buruk dari baiknya.


 11. Jangan menangguhkan taubat bila berbuat dosa kerana mati boleh datang bila-bila masa.


12. Jangan ego untuk meminta maaf kepada kedua ibubapa dan sesama manusia kalau memang kita bersalah.


 13. Jangan mengumpat sesama rakan taulan. Nanti rosak siratulrahim.



14. Jangan lupa bergantung harap hanya kepada ALLAH s.w.t dalam setiap kerja kita. Nanti sombong bila berjaya dan kecewa pula bila gagal.


 15. Jangan bakhil untuk bersedekah. Sedekah itu memanjangkan umur dan memurahkan rezeki kita.


16. Jangan banyak ketawa nanti mati jiwa.


 17. Jangan biasakan berbohong kerana ia adalah ciri-ciri munafik dan menghilangkan kasih sayang org. kepada kita.



18. Jangan suka menganiaya manusia atau haiwan kerana doa makhluk yg. teraniaya cepat dimakbulkan ALLAH s.w.t.



19. Jangan terlalu susah hati dengan urusan dunia. Akhirat itu lebih utama dan kekal selamanya. Carilah kehidupan dunia untuk akhirat.



 20. Jangan duduk dalam bilik air terlalu lama kerana disitulah tempat tinggal jin kafir dan syaitan.


 21. Jangan merokok dan memasang kemenyan kerana asap itu adalah makanan jin.


 22. Jangan lupa membaca BISMILLAHIRRAHMANNIRAHAIM dan salam ketika masuk kerumah dikhuatiri jin dan syaitan masuk bersama.


 23. Jangan memakai tangkal kerana ALLAH s.w.t tidak sempurnakan agama seseorang itu jika memakai tangkal ini adalah kerana dikhuatiri kita bergantung kepada tangkal bukan kepadaNYA.


 24. Jangan mempertikaikan kenapa ISLAM itu berkata jangan sebab semuanya untuk kebaikan dan sesungguhnya ALLAH s.w.t itu lebih mengetahui. Yang baik itu adalah dari ALLAH s.w.t dan yg. buruk itu dari hambanya juga.

Wallahuallam.

Monday, February 1, 2010

Sayang Along!

pabila hendak berpisah, terasa sayang
pabila sudah berjumpa bergaul mesra, kadang2 bergaduh jua
gelagat Hidayat dengan Naqib

Naqhuhines masak nasi lemak

"Esok mama nak masak nasi lemak. Okey tak?" tanya saya kepada Naqib. Mengenangkan dia peminat nasi lemak, saya ingin memasak hidangan ini yang bukan sahaja ringkas, mudah disediakan dan juga enak untuknya sebelum dia pulang ke madrasah.  Telah 3 minggu Naqib berehat (kuarantin) di rumah oleh doktor tempohari, termasuk 1 minggu tambahan menggunakan cara tradisional.  Saya siapkan sepucuk surat yang dikepilkan dengan dua keping sijil cuti sakit buat makluman pentadbir madrasah.  
Ahad semalam, ialah hari Naqib akan pulang ke sana.  Mood saya pula bertukar apabila resah melihat timbunan pakaian kering yang belum dilipat, perlu dikemaskan untuk mencari pakaian Naqib juga.  Akhirnya saya tenggelam dalam keasyikan melipat kain baju manakala Naqib mula tertanya2 mengenai janji saya semalamnya.
"Kamu pergi beli kelapa parut sebiji, serai cari yang segar (dipesan juga kerana dia pernah membelikan saya serai kecut) dan kacang tanah," saya mengarahkan sambil terus melipat pakaian.  Naqib keluar menghantar Nabilah ke kedainya, dan terus singgah di kedai Aceh membeli pesanan saya itu.
"Alamak, terlupa nak beli kacang tanah.." kata Naqib sambil bergolek-golek santai di atas katil di hadapan saya.  Naqib keluar lagi ke kedai membeli kacang tanah pula.
Saya masih melipat kain baju sambil mengasingkan pakaian mengikut pemiliknya.  Terasa lenguh di bahu dan tengkuk.  "Mama, semua dah ada.  Bila mama nak masak?"
Saya perhatikan jam sudah menghampiri 12 tengahari.  Pakaian beransur kurang tetapi mood menjahit lencana kain ke baju Hidayat pula muncul.  Ustazah baru memberikan lencana itu minggu lepas, dan Hidayat mula merengek apabila baju sekolahnya kosong dari lencana.
"Along masak nasi lemak tu, boleh?  Senang je."  Saya renung mata Naqib.  Dia suka memasak dan berani mencuba.  Dia tidak takut percikan minyak seperti telatah Ain.  Semasa hujung tahun Tahun 6 selepas UPSR, dia memasuki pertandingan memasak nasi goreng di sekolah dan menang nombor satu.

Seperti Naqib akur, dan saya terangkan apa yang perlu dilakukannya.  Dia mencuci beras, dan menyukat santan. Namun santan tidak cukup dan dia keluar lagi membeli sebiji lagi kelapa parut.  Cumanya apabila nasi sudah kering, barulah saya tahu dia lupa hendak menaburkan sedikit garam.  Hmm, tidak mengapa... masih enak dan lengkap dengan bilis gorengnya, kacang goreng, timun, telur dadar dan sambal petai (hanya sambal ini saya masak, semalam, sambal petai permintaan Naqib juga). 

Jam sudah menghampiri 2 petang.  Kami duduk menikmati hidangan nasi lemak hasil tangan Naqib.  Sambal yang 'enak gila' tafsiran anak-anak (kerana sesuai dengan selera mereka, tidak pedas dan sedikit manis) mengatasi rasa nasi yang hambar tidak bergaram.  Jam tiga, kami bergegas keluar mengambil Nabilah di kedai (hari Ahad dia bekerja setengah hari hingga jam 3) dan terus menuju ke Bukut Changgang.  Kami singgah di Banting membeli tilam dan bantal baru.  Penumpang di seat belakang tenggelam tersorok di sebalik tilam yang masih berbalut plastik, menahan wap panas terhalang dari pendingin udara.  Mujur dua yang kecil terlelap tidak menyedari hal yang kurang menyenangkan ini.  Di pertengahan jalan, saya terpaksa singgah di Petronas untuk membeli air buat pembasah tekak dan menghilangkan mengantuk.  Saya memang agak alah dengan nasi lemak, mata cepat mengantuk.  Memikirkan amat berbahaya memandu dalam keadaan demikian, mujur selepas itu mata kembali cerah dan segar.
Demikianlah sedikit catatan mengenang kesungguhan Naqib yang mula mengasah bakat memasak.  Nabilah teruja hendak menjamah nasi lemak itu apabila dikhabarkan kisah Naqib, lagipula dia memang kelaparan belum menjamah makan tengahari.  
Akhirnya kami tiba di madrasah dengan selamat.  Beberapa kereta mewah turut sampai dengan urusan yang sama.  Kami menunggu sehingga Naqib (dan Hidayat) menunaikan solat Asar.  Kemudian seperti biasa, Naqib akan mencium pipi saya berkali-kali tanpa rasa silu terhadap Nabilah yang memerhatikan, sehingga wajah saya dibasahi air peluh yang meleleh di dahinya.  ALhamdulillah, tiada airmatanya menitis, setakat peluh sahaja.  Manakan tidak, Sabtu ini kami akan bertemu lagi.  Abah Naqib sudah berjanji akan menjemputnya pulang ke rumah untuk berkumpul sekejap sekeluarga.  InsyaALlah.

Saturday, January 30, 2010

Berpesan-pesanlah...

(dari emel yang dikirimkan kpada saya. mungkin anda sudah membacanya, pernah menerimanya juga. mungkin juga anda belum pernah dikirimkan sepertinya. anda mungkin sudah tahu sejak dulu dari pengajian, dari pembacaan etc. saya juga demikian. namun mari kita bersama membuka hati untuk membaca dan menghayati pesanan ini buat sekian kalinya. tanpa mengira siapa pengirimnya dan siapa watak yang ada di dalamnya. emel ini ringkas, tidak ada beban untuk memikirkan keterlaluan, cuma buat ingatan. dalam menempuh dunia akhir zaman.)


Assalamualaikum
Sekadar menyampaikan. ......

Pesanan terbaik dari seorang rakan....

Assalamualaikum,

Just wanna share with everyone kisah benar yang saya lalui. Baru- baru ni ketika saya nak ke Surau berdekatan dgn rumah saya untuk sembahyang Isyak, seorang pak cik berjanggut putih dan berjubah putih dari jauh melemparkan senyum kepada saya. Kerana masih ada banyak waktu, saya tunggu pak cik berjanggut putih tu dan bertongkat yang tidak saya kenali itu. Timbul di hati saya untuk jalan seiringan ke surau.

Bila beliau hampir pada saya, kami saling memberi salam. Orangnya sudah berumur. Tiba-tiba, pak cik itu memulakan perbualan. Beliau cakap dalam bahasa Melayu dan Inggeris yang agak baik. Beliau cakap semua ayat Quran baik dan penting, tapi ada
tiga surah yang beliau 'pegang' betul-betul , dan beliau nasihatkan saya supaya pegang betul-betul juga. Beliau juga nasihatkan saya supaya pesan pada anak-anak supaya pegangnya betul-betul.

Pertama, kata beliau, surah Al-Fatihah. Selain penting untuk sah sembahyang, ia juga ada doa minta bantuan Tuhan dan mintak tunjukkan jalan yang betul. Mudah-mudahan dengan 'menjaga' bersungguh-sungguh surah Al-Fatihah, akan terbuka pintu bantuan dan jalan yang betul untuk kita, kata pakcik.

Kedua,
Surah Al-Ikhlas . Surah ini, katanya, s urah tauhid.
Kita mesti ingat Tuhan itu Esa dan semua amalan mesti untuk-Nya. Tak guna buat baik tapi tak ikhlas.

Ketiga, surah
Al-Kafirun , kata pak cik. Bahagian ini, menarik sikit. Pak cik tu cakap surah Al-Kafirun ada kena mengena dengan zaman sekarang, zaman globalisasi. Dalam zaman globalisasi, katanya, anak-anak saya mesti diajar supaya pegang betul-betul surah itu. Sebab, dalam zaman globalisasi, anak saya mungkin kena kerja atau belajar sampai ke Amerika atau ke mana-mana.

Kalau dia pegang pada surah Al-Kafirun, insya-Allah, dia akan selamat, kata pak cik. Dia akan bergaul dengan orang beragama lain, tapi dia sedar
'untukmu agamamu, untukku agamaku' .
Betul juga, fikir saya. Kemudian, pak cik cakap ada satu lagi perkara yang saya mesti pegang. Orang Islam, katanya, mesti ada tiga kekuatan.

Pertama, kekuatan minda

Minda, kata pak cik, ialah ilmu. Orang Islam mesti ada ilmu, termasuk ilmu moden, ilmu teknologi, ilmu teknologi maklumat (IT) dan > sebagainya kerana ilmu-ilmu itu perlu untuk hidup.

Kedua, kekuatan hati

Hati ialah iman, kata pak cik. Hati orang Islam mesti kuat supaya betapa banyak sekali pun ilmunya, dia sedar siapa yang lebih berkuasa. Bila ilmu ada iman, barulah ilmu dan hidup jadi betul. Kala u minda kuat tapi hati tak kuat, maknanya kekuatan tak seimbang dan ilmu boleh rosakkan iman, kata pak cik..

Ketiga, kuat fizikal

Pertama-pertama, kalau tubuh badan lemah, susah ilmu nak masuk dalam minda, kata pak cik. Kala u pun ada ilmu dan ada iman, jika tubuh badan tak kuat, susah nak beramal. Maknanya, kekuatan masih tak seimbang, katanya
.

Habis saja pak cik cakap pasal tiga surah dan tiga kekuatan, beliau minta diri dan hilang dari pandangan saya setiba nya di surau tersebut.
Terima kasih kepada pak cik berjanggut tu. Sebelum itu beliau berpesan agar saya sebarkan kepada yang lain. Pesanannya memang baik untuk saya sampaikan..

Iqra'.....!

Take a break....... .meditate. ..3 minutes & calm your mind...
Recite 3x :
1. Katakanlah (wahai Muhammad); " (Tuhanku) ialah Allah Yang Maha Esa;
2. "Allah Yang menjadi tumpuan sekelian makhluk untuk memohon sebarang hajat;
3. 'Ia tidak beranak, dan Ia pula tidak diperanakkan;
4. "Dan tidak ada sesiapa pun yang setara dengan-Nya".

Friday, January 29, 2010

"Ain!" saya agak menjerit kepada Ain.  Kelibat gurubesar terlihat sedang memerhati pelajar-pelajar yang masih bergerak menuju kelas masing-masing.
Ain menunggu lalu saya hulurkan duit poketnya yang terlupa hendak dibagi selepas bersalaman di kereta tadi.  Hanessa merengek-rengek minta didukung tapi tidak saya perduli, terus sahaja menyeretnya laju menuju bangunan prasekolah Anakku Gemilang.  Ramai pelajar tahun 4 di bangunan bersebelahan bersidai di tepi pagar menunggu waktu untuk pendidikan jasmani.  Loceng belum berbunyi.  Seorang kanak-kanak lelaki bermain buaian, manakala beberapa orang lagi bergayut di monkey bar.  Saya berbisik kepada Hanessa yang mula monyok, "Nak main buaian?"
Hanessa mengangguk-angguk perlahan.  Suasana pagi ini agak meriah dan ceria berbanding dengan hari-hari lain.  Hanessa saya tuntun ke arah buaian.  Mungkin ini boleh menjadi daya penarik kepadanya untuk lebih gembira hendak ke sekolah.  Kanak-kanak di prasekolah hanya berkesempatan bermain permainan luar yang disediakan tatkala mereka pulang di tengahari ketika cuaca telah panas terik dan berbahang.  Biasanya di waktu pagi mereka terus masuk ke kelas selepas menyusun kasut di rak disediakan.  Hingga hari ini Hanessa masih menangis apabila saya membuka pakaian tidurnya untuk dimandikan, dan "tak nak sekolah.." itulah perkataan yang diulang-ulang setiap pagi.  Kemudian saya terpaksa mendukungnya dari dalam rumah ke kereta, dari kereta ke depan pintu kelasnya.  Hanya hari ini saya telah mengheretnya laju kerana hendak mengejar Ain tadi.
Selepas meninggalkan Hanessa yang masih leka bermain buaian dan memberikan lambaian bye-bye, saya menuju ke kereta semula.  Loceng telah berbunyi.  Hidayat masih lagi di dalam kereta berpangku dengan Naqib di seat depan.  
"Cepat, loceng dah bunyi!" kata saya menggesanya keluar.
Alahai, dia menangis pula.  Hidayat enggan keluar dari kereta.  Setelah bertarik-tarik masih kaku, satu cubitan singgah di tubuhnya, mana yang dapat dek jari saya.  Makin banyak airmatanya keluar bersama raut cemek di wajahnya.
"Naqib, keluarkan dia." Saya suruh Naqib mengangkat Hidayat keluar dari pangkuannya.  Masih bertarik-tarik, saya beri isyarat supaya Naqib mengunci pintu kereta dan membantu saya menyongsong Hidayat masuk ke kawasan sekolah.  Tidak kisah mata yang memandang.  Ah, biasalah budak-budak punya perangai.  Naqib memegang lengan kanan Hidayat manakala saya di kirinya memegang kuat-kuat agar tidak terlepas.
"Tak payah pegang!" bentak Hidayat kepada Naqib sambil cuba melepaskan pegangan.
"Kau lari, siap!" gertak Naqib pula.
Saya terus mengheret Hidayat menaiki tangga menuju kelasnya dengan Naqib umpama back up di belakang Hidayat, andai kata dia mahu melarikan diri.  "Aduh, sakit mama," kata saya kesakitan.  Dalam saya memegang lengannya, Hidayat membenamkan kukunya (panjang, lum potong) ke daging saya. 
"Hidayat, sakit mama!" bentak Naqib yang terdengar jeritan kecil saya tadi tanpa mengetahui sebabnya.  Hidayat diam tetapi sekali lagi kukunya dibenamkan ke lengan saya sehingga berbekas.  Saya hanya dapat bersabar sahaja sambil menahan sakit.  Sampai di kaki tangga, saya terus menariknya tanpa memberi peluang dia melepaskan diri dari pegangan.  
Hidayat mengalah dan terus mengikut saya ke mejanya.  Begnya masih terbuka, dan buku Matematik masih di atas meja dengan semua alat tulis seolah-olah dia sedang membuat kerja sekolah.  Sebenarnya tengahari semalam kami terlupa hendak mengambil beg Hidayat gara-gara kelam kabut dengan kes Hidayat qada hajat di dalam seluar.  Hanya pada malam tadi baru saya menyedari apabila saya tanyakan homework yang ada untuk dibuat, Hidayat memberitahu beg tertinggal di sekolah.  Itulah yang ditangiskannya, dia rasa malu seandainya kawan-kawan mengejeknya nanti.  Sensitif benar anak yang seorang ini.  Hidayat duduk tapi dengan mata berair.  Saya menegur rakan-rakan di sekelilingnya,  bertanya nama dan pesankan supaya memberitahu cikgu tentang kelewatan Hidayat membuat homework kerana tertinggal beg semalam.  
"Cikgu tak datang, cikgu demam." Kata kawan-kawan Hidayat.
"Oh ya? Hidayat boleh buat homework ni sebab cikgu tak ada, buat sampai siap."  Saya berlalu pergi tanpa teringat hendak mencium pipi Hidayat seperti selalu.
Memang terasa kelam kabut setiap pagi menguruskan hal anak-anak. Daripada mengejutkan mereka bangun, terpaksa pula memandikan yang kecil, yang sudah boleh mandi sendiri pun mahu dimandikan dengan air suam pula, pakaikan baju sekolah hingga setokinnya.  
Terkenang kelmarin berkejar-kejaran dengan Hanessa yang berlari ke pintu pagar sekolah kerana enggan bersekolah.  Mujur ada seorang guru wanita berdiri di pintu pagar itu menghalang Hanessa membuka pagar.  Manakan tidak jadi demikian, satu ketika dia maelihat pelajar Tahun 1 menangis enggan masuk ke kelas.  Kira ok lagi, setakat tahun 1 boleh diterima.  Tapi kelmarin itu, pelajar Tahun 4 yang buat perangai sehingga guru disiplin paling garang terpaksa datang membantu.  Sudahlah kelas pelajar itu bersebelahan dengan bangunan prasekolah Hanessa dan dapat dilihatnya dengan jelas.  Sehingga akhirnya seorang lelaki (mulanya saya sangkakan guru di situ) mengherdik dan menengking pelajar lelaki itu yang sedang memeluk ibunya supaya masuk ke kelas segera, barulah pelajar itu dapat ditarik oleh ibunya ke tempat duduknya di dalam kelas sambil diperhatikan oleh guru-guru dan pelajar-pelajar yang ada.  Kemudian kelihatan lelaki garang tadi menaiki kereta dengan wajah yang masih berbaki kegarangannya bersama ibu pelajar itu.  Oh, bapanya rupanya.  Pelik juga apabila pelajar Tahun 4 yang bersikap demikian.  
Makanya, setiap kali mak menalipon pasti akan ditanya tentang Hanessa.  Apabila saya ceritakan perihal Hanessa setiap pagi, mak ketawa.  "Anak bongsu, gitulah."  Nampaknya kurang berkesan air jampi pak Haji yang kami ambil di kampung kelmarin.  Sekadar hendak berusaha dan mencuba.  Sebenarnya saya fikir, Hanessa masih belum dapat menyesuaikan diri dengan jadual persekolahan yang memerlukan dia bangun awal pagi dan bersiap dengan pakaian sekolah.  Dia tidak biasa sebagaimana kebiasaan anak-anak orang bekerja yang dibangunkan awal pagi semenjak masih merah untuk dihantar ke nurseri atau baby sitter.  Silap saya juga kerana sudah diperingatkan awal-awal supaya membiasakan dia dengan rutin ini dari mula. tetapi masih terleka  Hmm, tidak mengapalah.  InsyaAllah seiring dengan masa, Hanessa akan dapat melalui perubahan ini dengan lebih baik.  Bukan mudah hendak membaiki diri, apatah lagi seorang manusia lain walaupun anak sendiri.  Cumanya jangan ada rasa putus asa dalam mendidik anak-anak (mengingatkan diri sendiri...).  Ini semua akan jadi kenang-kenangan sebagai ikatan kasih sayang dan kemesraan yang tidak terlupakan apabila satu ketika tiba-tiba disedari mereka sudah bersedia untuk menjalani kehidupan sendiri.

Thursday, January 28, 2010

Mencipta Perwatakan

Mencipta Perwatakan Yg Lain Drpd Yg Lain
Saturday, January 23, 2010 Posted by azmah nordin
(Sdr2, tulisan ini ditulis utk membantu peserta bengkel memahami ttg perwatakan dlm karya kreatif, terutama sekali utk Sdr Mazzuin kita :)


Sebelum anda memulakan sebuah karya kreatif, ambil masa untuk mencipta watak2 baru yang dirasakan belum pernah ditulis oleh orang lain sebelum ini. Menghasilkan karya dgn watak2 yg sudah pernah ditulis penulis lain, bukan tidak boleh. Namun, hasil karya anda tidak akan sebaik karya penulis asalnya, kerana penulis itu tentu lebih mengenali watak2 tersebut, berbanding dgn anda bukan? Silap2, sebaik saja membaca karya anda yg menggunakan perwatakan ciptaan penulis lain, dengan pantas pihak editor menolaknya bulat2.



(robot2 kat atas ni pun, dicipta punya perwatakan sesuai dgn jalan ceritanya, ini kan pula manusia kan?)



Bagaimana hendak memulakannya? Mula2 sekali, pilih satu nama watak utama yang anda rasa sesuai. Ingat, anda akan `berhadapan’ dgn watak utama ini, utk beberapa lama, sehingga karya anda siapa. Jadi, pilihlah nama yang paling anda senangi. Nama itu bukan hanya sesuai dan disenangi utk karya anda, tp perlu mudah diingati oleh pembaca kelak. Nama yg terlalu glamorous akan membuatkan pembaca terpaksa mengingatinya, sekaligus terkial-kial cuba menghayati karya anda. Itu tak termasuk lagi apabila anda sendiri terpaksa menaipnya. Lebih dahsyat, apabila editor memikirkan kita mencipta nama sebegitu, hanya kerana mahu memperpanjangkan jumlah mukasurat, kerana kita tidak cukup idea untuk membuat pengisian ceritanya.

Jadi, untuk mencipta perwatakan, anda perlu mengenali orang itu. Ia akan memudahkan anda `merujuk’ semula kepada watak tersebut, andainya terlupa di pertengahan jalan. Ini adalah kaedah yang lazim digunakan oleh para pelakon antarabangsa untuk menghayati watak. Jika anda tahu dari mana asal watak anda, apa susur galurnya, akan memudahkan anda mengingati watak anda dengan lebih baik.




Duduk di hadapan skrin computer anda, dan tanyakan kepada diri sendiri; watak anda lair di mana? Ibu dan bapanya bagaimana? Dia membesar dalam keluarga yang bagaimana, miskin, hidup sederhana, orang berada atau kaya raya? Semua soalan ini akan membawa anda untuk mengenali watak anda dengan lebih baik. misalnya, andainya jika anda menangkat watak yang hidup miskin, tentulah bermakna dia tidak akan semberono saja apabila berbelanja. Setiap sen bermakna untuk kelangsungan hidup mereka. Ini tentulah berbeza dengan watak yang dibesarkan dalam keluarga orang berada atau kaya raya bukan?

Apa yang berlaku adalah, anda sedang mencipta sifat watak2, dan tidak mungkin anda dpt melakukannya dgn leih meyakinkan, jika anda tidak tahu latar watak itu dahulu.

Kemudian, anda perlu memberikan kehidupan, di luar cerita anda. Apa yg watak anda buat, utk menampung penghidupan (jika dewasa)? Apa hobi kegemarannya? Jika watak anda digambarkan menikmati aktiviti yang sedari awal lagi tidak termasuk dalam kegemarannya, cerita anda tidak akan hidup. Misalnya, andainya watak anda tidak sukakan kucing, tentulah tidak logik jika dia membiarkan saja pernganiayaan ke atas haiwan tersebut di depan mata, bukan? Begitu juga jika watak itu seorang ustaz, tentu tidak logik jika seorang agamawan tiba-tiba terkinja-kinja di kelab malam – kecuali, kalau dia dah `buang tabiat’!

Dlm erti kata yg lain, pastikan watak anda berada dlm perawatakannya, dan jangan sampai dia `buang tabiat’ kecuali mmg itulah tujuan plot cerita anda yang sebenarnya.

Akhir sekali, ambil masa untuk mengenali watak anda. Kadang2, dalam kehidupan realiti juga, biarpun kita mengenali seseorang, tidak bermakna kita benar-benar `mengenali’ sifatnya yang sebenar. Jadi, anda perlu betul2 mengenali watak2 anda, utk membolehkan mereka benar2 hidup dlm karya anda.

Jadi, bagaimana mahu mempastikan anda mengenali perwatakan watak2 anda? Mudah saja;

1. ciptakan satu biografi untuk watak baru anda. Anda perlu memikirkan dari aspek fizikal (perawakan) watak anda dahulu;

a. Rupa paras; bentuk hidung, mata, rambut, kulit, telinga dll

b. Bentuk badan; gemuk, kurus, tinggi, pendek, dll

2. Kemudian, bentukkan perwatakannya;

a. Perangai
b. Etika/moral/kepercayaan agama
c. hobi
d. sifat
e. kebiasaan khusus dlm tingkah laku
f. yg disukai dan yg tidak disukai
g. phobia dan ketakutan
h. cita2 jangka pendek dan panjang
i. impian dan harapan
j. cinta/kasih sayang


Kadangkala, jika anda tiada sesiapa untuk dirujuk sebagai watak2 anda, potonglah gambar2 drpd majalah atau surat khabar yg sesuai dengan jalan cerita anda. Lekatkan gambar2 ini berhampiran dgn tempat anda berkarya. Namun, itu belum cukup lagi utk anda menghasilkan watak yg unik dan lain daripada yang lain, tentunya. Anda perlu buat draf atau peta seterusnya, untuk menguatkan watak anda.

Walaupun watak protoganis, dia harus juga ada kelemahan yg perlu diatasi di penghujung karya. Seboleh mungkin, dari awal lagi, jgn tunjukkan bahawa dia akan menang di akhir cerita. Bermakna dia terpaksa berkorban kepentingan diri utk mencapai matlamat. Di sini letaknya nilai murni dlm karya anda kelak.

Begitu juga watak antagonis; dia harus ada sedikit kebaikan, dan situasi dan kelemahannya menghadapi situasi itulah yg membuatkan perangai dia begitu dan pada penghujung cerita dia akhirnya akan menyedari akan kelemahan ini (tp, sedar tak semestinya insaf kan? Kalau nak buat dia insaf juga boleh, tp perlu halus dan punya nilai murni juga)

Jika anda mengangkat lebih daripada satu watak utama, pastikan anda berkarya dr sudut pandangan yg betul. Yakni dgn memasuki sepenuhnya kedlm jiwa watak tersebut. Jika anda angkat watak A, maka bahagian watak A harus dari sudut pandangan watak A saja; mendengar, merasa, menyentuh, melihat, menghidu, mengalami dan sebagainya. Begitulah sebaliknya. Bermakna anda perlu bersikap adil kpd setiap watak utama dlm bahagian tersebut, merasa, mendengar, menyentuh, melihat, menghidu dan mengalami apa yang dialami oleh watak tersebut.

Perlu diwujudkan satu krisis/isu/masalah utama yang besar dan rumit, dan setiap watak hanya memikirkan ttg isu utaka ini di samping isu2 peribadi yg ada persamaan dgn isu utama. Dengan menghigh-lightkan pelbagai rintangan yg terpaksa dihadapi oleh watak utamanya, anda dapat menyerlahkan perwatakannya. Di sinilah anda memperlihatkan bagaimana watak ini berjuang/bergelut untuk membuat keputusan utk bertindak hingga Berjaya dgn cemerlangnya, biarpun kadangkala terpaksa bayar (berkorban) mahal utk itu. Mungkin dia akan berkorban cinta, utk memperjuangkan agama dia dll. Yg pasti, di hujung novel, watak utama ini sudah sepatutnya mampu mengatasi atau mengenal pasti kelemahan diri – secara logik k

Watak utama yang bukan hero juga, sentiasa memikirkan dan terlibat dgn isu/masalah utama besar, di samping masalah peribadi yg perlu diatasi sediri. Mereka tidak perlu terlibat seratus peratus dlm isu/masalah utama besar tu, sebaliknya mereka adalah pembantu kpd watak utama hero anda. Sementara watak sampingan pula tidak perlu diketengahkan masalah mereka, kerana mereka tidak lebih drpd prop/perhiasan dlm karya anda, dan jalan hidup mereka tidak ada relevan dgn jalan cerita.


Pendek kata, jika mahu membentuk perwatakan yg kuat, apa yg perlu anda lakukan hanyalah dgn mengizinkan watak2 itu bergerak dan melakukan apa yang natural padanya. Anda perlu wujud dan kuatkan perawatakan watak2 tersebut dengan beberapa tabiat yang bersesuaian.

Diharap, tulisan di atas ini dpt membantu.
Hidayat oh Hidayat..
Hidayat ohh Hidayat..
Hidayat ohhh Hidayatttt...

Waktu sedang menunggu Naqib memulangkan buku dan memperbaharui tarikh untuk buku-buku yang tidak disentuh lagi di perpustakaan awam berdepan dengan sekolah, tiba-tiba masuk panggilan dari nombor yang tidak dikenali.
"Mama, datang sekolah cepat! Hidayat sakit perut," suara Ain menerjah telinga.  Semestinya dia menggunakan telefon gurunya.
"Ok, mama kat library ni.  Bawa Hidayat ke pondok pengawal,  mama ambil di situ."
Saya bergegas ke pagar sekolah dan menemui Ain di situ. 
"Mama, cikgu suruh mama ambil Hidayat di tandas.  Mama masuklah ke sana," Ain menggesa saya.
Alamak, saya sengaja membawa Naqib bersama agar dia turun mengambil Hanessa dan membantu memulangkan buku, tanpa saya perlu turun dari kereta.  Nampaknya saya terpaksa kembali ke rumah, tukar pakaian yang lebih sempurna dan membawa pakaian ganti untuk Hidayat.
Kembali ke sekolah semula, loceng terakhir untuk pelajar tahap 1 telah berbunyi.  Pelajar tahun 1, 2 dan 3 telah keluar untuk pulang ke rumah.  Ain masih menunggu saya dengan setia di pintu pagar dan kami beriringan menuju tandas.
"Siapa bagitahu Ain pasal Hidayat?" tanya saya ingin tahu.
"Faez yang bagitahu.."
Saya teringatkan Faez, anak jiran kami yang sebaya dengan Hidayat.  Dalam diam saya berterima kasih kepada Faez kerana sikap mengambil beratnya itu.
Di dalam tandas, Hidayat sedang berdiri di tepi pintu.  Tanpa menyedari kehadiran saya, Hidayat menangis sambil meminta Ain memberitahu saya tentang keadaannya.  Sedihnya dia... Saya terus masuk menunjukkan diri, dan tangisan Hidayat menjadi lebih kuat...
"Kenapa Hidayat buat macam ni? Mengapa tak bagitahu cikgu Hidayat sakit perut?" tanya saya bertubi-tubi.
"Hidayat tak dapat buka talipinggang..." lirih sahaja suaranya.
"Kenapa tak minta tolong cikgu?" tanya saya lagi, geram jugak ni.
"Cikgu tak ada, cikgu dah keluar."
Saya terdiam.  Talipinggang biru berkepala besi itu memang agak ketat sehingga saya sendiri selalu gagal hendak membukanya dan kerapkali menyuruh Hidayat meminta tolong daripada Naqib.
"Sudahlah, buka baju ni dan pakai baju yang mama bawa," gesa saya.  Tidak mahu berlama-lama di tandas itu.
Ada seorang pakcik sedang menyemburkan air ke serata tandas.  Dia hanya ketawa apabila mengetahui perihal Hidayat yang tidak dapat membuka talipinggang untuk menunaikan hajat.  Semua tandas tiada kemudahan air paip, ada paip yang tidak berkepala, ada yang langsung tiada paip air.  Oh, begini rupanya tandas sekolah ini..  Pakcik itu menyerahkan paip getah yang sedang digunakan kepada saya. 
Ohh... mujur anak sendiri.  Itupun dua tiga kali saya hampir terbelahak menahan perasaan.  Lama kelamaan barulah hidung dapat menyesuaikan diri dengan bau-bauan utama yang muncul.  Mujur bukan dalam mengandung, mungkin-mungkin saya muntah hijau di situ juga.
Sambil dibersihkan, Hidayat masih mahu bercakap-cakap dengan saya.
"Mama, kawan Hidayat kata nak panggil kakak tapi dia terus balik."
"Hmm tak mengapalah, Faez dah bagitahu kakak."
"Mama, semalam Hidayat nak beli cd Rabbani, tapi mama tak bagi."
Kisah semalam petang pun disebut, ada-ada sahaja. 
Sambil membersihkan Hidayat sebersih mungkin, fikiran melayang.  Andai pelajar tahun 1 yang sedemikian, tambahan pula sekiranya ibu bapanya bekerja di tempat yang jauh, tentu tidak dapat tidak gurulah yang terpaksa menguruskan pelajar itu.  Besarnya pengorbanan seorang guru.  Semasa Naqib di tahun 1 dulu, pernah juga terjadi hal sebegini, dan saya hanya menerima Naqib yang sudah dipakaikan dengan pakaian bersih oleh gurunya.  Terkenang pula semasa di darjah 1 dulu, ada kawan-kawan yang takut hendak memberitahu guru sehingga terbuang hajat di dalam kelas.  Sesudah itu gurulah yang terpaksa membersihkan kelas. 
Hidayat telah bersih dan memakai pakaian basahan yang saya bawa.  Stokin dan kasutnya telah basah.  Dia terpaksa berkaki ayam mengekori saya menuju ke kereta.  Saya telah terlupa hendak membawa seliparnya.  Sampai di rumah, saya menyuruh Hidayat terus masuk ke bilik air untuk membersihkan badannya dengan sabun mandi.
"Sabun dan mandi, sabun lagi dan mandi."
"Lepas tu?"
"Sabun dan mandi lagi."
"Lepas tu?"
"Sabun dan mandi lagi."
"Sampai malam?
"Haah..."
Pakaian sekolahnya saya rendam di dalam mesin basuh dengan empat sekop sabun, dan kasut sekolahnya juga direndam dengan 2 sekop sabun.
"Sakit perut tak?"
"Tak.."
"Siap pergi sekolah petang."
"Tak mahu, tadi mama kata tak payah sekolah petang."
"Tadi mama ingat Hidayat sakit perut, tapi tak sakit perut maknanya boleh sekolah."
"Tak mahu."
Macam-macam kerenah anak-anak.. dari yang sulung hingga yang bongsu.  Bukan mudah menjadi seorang ibu.

Search This Blog

Blog Archive

Rakan Blog

cinta hingga Firdaus

Lilypie Angel and Memorial tickers
Lilypie Kids Birthday tickers Lilypie Kids Birthday tickers Lilypie Kids Birthday tickers Lilypie Kids Birthday tickers

Terima kasih :)

utamakan Bahasa Melayu

utamakan Bahasa Melayu

Pantai Lumut

Pantai Lumut

Pantai Mersing

Pantai Mersing