Pagi ini saya membaca komen yang sangat ringkas (dengan maksud tersirat la tu) bunyinya, "nasibla" atas cerita ceriti pasal top up celcom kelmarin. Saya pun ziarah la ke blog saudara kita tu, rupa2nya blog ini telah terfollow dua kali, maka dua wajah saya berada di sana. Apa la... dan saya terbaca saranannya supaya pergi ke setting untuk try n error bagi membuang muka dari follower di sana.
Hanya untuk peringatan sendiri supaya lain kali tak terlupa, kita boleh g ke dashboard dan klik di 'manage' seterusnya klik blog yang anda tak mahu follow lagi tu. Saya klik dan muka saya sudah hilang satu, tinggal satu di blog saudara kita tu. Kena selalu try n error, semua menu ada di situ. Dah tulih kat sini senang lain kali terus buat tak payah fikir panjang.

No comments:
Post a Comment