Semalam, 15 Ramadhan 1430. Selesai menunaikan solat Asar, kami sekeluarga bergerak menuju Dengkil. Selepas Naqib menjalani temuduga minggu lepas, kami telah merancang untuk melihat madrasah tersebut dari dekat. Setelah terlajak beberapa meter dari simpang, akhirnya kami menemui madrasah yang dimaksudkan. Seorang lelaki muda berjubah putih dan berkopiah tinggi sedang menunggang motorsikal keluar dari kawasan madarasah. Melihat kedatangan kami, beliau berhenti lantas menghulurkan salam. Rupa-rupanya beliau, Ustaz Azmin, merupakan salah seorang tenaga pengajar yang terlibat dengan madrasah ini. Aku dan anak-anak perempuan tinggal di dalam kereta manakala suamiku, Naqib dan Hidayat (yang lengkap berjubah warna coklat, baru dibeli di Sri Petaling serta berserban - dia kelihatan lebih menonjol sebagai pelajar hafiz berbanding abangnya yang amat simple) melawat kompleks madrasah yang baru membangun itu. Di kiri kami ada sebuah khemah besar. Ustaz itu memberitahu khemah ini menyimpan segala peralatan khemah dan dulang-dulang yang digunakan semasa Ijtimak dulu. (Kami dimaklumkan kos Ijtimak itu dari segi pengurusan mencecah RM2juta, termasuk peralatan perkhemahan, makanan dll - kalau ada kesilapan harap dibetulkan. Ini anggaran sahaja).
Bangunan madrasah ini merupakan bangunan dua tingkat di mana tingkat atas merupakan tempat belajar dan menyimpan semua Al-Quran dan tingkat bawah dijadikan bilik pelajar. Aku dapat melihat besi merah katil dua tingkat pelajar yang tersusun di tepi tingkap. Beberapa tiang Roman terpacak di kiri madrasah. Sebuah surau akan didirikan tidak lama lagi dan pusat pengajian akan berpindah ke surau sepenuhnya. Manakala tempat belajar sekarang akan dijadikan asrama keseluruhannya. Perancangan jangka panjang juga akan menyaksikan asrama dan pusat pengajian hafizah turut dibangunkan di situ. Semoga Allah memudahkan dan memberkati usaha ini.
Kami dimaklumkan pelajar yang paling jauh adalah dari Brunei Darussalam. Tahun hadapan mungkin pelajar dari negara-negara jauh juga akan berada di sini. Masya Allah!
Ya Allah, permudahkanlah...permudahkanlah...permudahkanlah...
Kemudian kami meneruskan perjalanan ke TTDI Jaya, Shah Alam, untuk menziarahi keluarga angkat yang baru mendapat musibah. Rumah beliau telah terbakar pada pagi Khamis lepas. Ketika kami sampai, kelihatan tilam dan bantal serta pelbagai barangan rumah berlambak di garaj dan ruang tamu. Bahagian siling rumah tingkat bawah dan atas hitam kesan jelaga asap. Tidak ada apa yang tinggal di ruang dapur melainkan rangka kayu yang akan jatuh bila-bila masa. Sungguh sedih dan menginsafkan! Rumah ini tidak seperti rumah terbakar jika dilihat dari luar. Encik masih tenang, sikapnya seperti biasa. Dari mulut Encik, jiran-jiran amat mengambil berat keadaan mereka sekeluarga bahkan berebut-rebut mengajak menumpang ke rumah masing-masing. Alhamdulillah, warga TTDI Jaya terutama orang-orang lama memang terkenal dengan sikap mengambil berat perihal jiran-jiran. Petang ini Encik dijemput berbuka puasa di rumah Kak Ema.
Encik memang seorang yang tabah. Sepanjang kami mengenali beliau, pelbagai dugaan yang beliau telah lalui. Beliau menjaga arwah suaminya yang mengalami lumpuh seluruh badan dengan penuh kasih sayang selama beberapa tahun. Apabila suaminya kembali ke rahmatullah, rumah yang mereka diami selama ini dan dibayar setiap bulan ditarik oleh pihak bank. Rupa-rupanya sekian lama duit bayaran yang sepatutnya diserahkan ke bank masuk ke poket tuan rumah asal. Encik berusaha mengadakan solat hajat sepanjang Ramadhan agar Tuhan memudahkan urusan pembicaraan berkaitan hal ini. Pada masa yang sama Encik sekeluarga terpaksa berpindah ke rumah lain. Encik masih bertenang. Dan yang terbaru inilah musibahnya. Ubat kencing manis dan darah tinggi Encik pun basah terkena siraman air bomba. Mujur ada jiran yang prihatin membawa Encik ke klinik bagi mendapatkan ubat lain.
Semasa hendak beredar semalam, terdengar suara Encik bergetar menahan kepiluan. Aku tidak dapat membayangkan keadaan Encik pada hari kejadian. Tetapi menurut Encik, baru sekarang dia merasa agak tertekan dan memikirkan hal kebakaran ini. Sebelum ini dia disibukkan oleh ziarah sahabat-handai dan saudara-mara. Namun Encik masih tergelak kecil semasa bercerita. Dia memerhatikan sekeliling sambil bersuara, "Apa Encik nak bagi kamu?" Dalam keadaan dia ditimpa musibah, dia masih hendak memberi sesuatu sebagai buah tangan. Pelik Encik ini. Aku faham maksudnya, dia hendak memberi sesuatu kepada anak-anak kami. Memang sudah lama kami tidak menziarahi beliau. Kali terakhir ialah semasa kunjungan hari raya pada tahun lepas ketika kami sekeluarga menziarahi kawan-kawan lama di sini.
Inilah seorang insan di antara insan-insan yang kami kenali yang banyak menerima dugaan hidup.
...> Mampukan aku bersikap redha seperti Encik seandainya musibah yang sama menimpaku? Ya Allah, jadikanlah aku orang yang sabar dan redha atas takdirMu. Berilah aku takdir yang baik dan selamatkan aku dari takdir yang buruk.
...> Setiap ujian yang Allah beri adalah bersesuaian dengan kemampuan pada diri. Sesungguhnya Allah tidak sekali-kali menzalimi hamba-hambaNya. Ujian itu adalah peluang yang Allah beri untuk kita dapat merintih kepadaNya. Ujian itu juga tanda kasih sayang Allah. Dan selepas ujian pasti datang kemudahan. Insya Allah. Umpama awan gelap pasti berarak pergi dan muncullah sinar matahari menyuluh kehidupan. Iman dan Taqwa, cinta dan rindu pada Illahi.
Apabila hati bersuara, ia adalah bisikan paling halus dari sudut hati yang paling tersembunyi. Tiada sesiapa mengetahui melainkan Allah Taala yang Maha Seni. Lalu hanya kepada Allah aku berserah diri. Ya Allah, kurniakan daku takdir yang baik di dunia ini dan takdir yang baik juga di akhirat nanti. اللهحم امين
Bismillah
Sunday, September 6, 2009
Saturday, September 5, 2009
Cerita Satu Impian - Haslisa Ramli
Saya berjaya menyudahkan novel ini hari ini. Semenjak Naqib meminjam buku ini beberapa minggu lepas, saya sudah menyelak-nyelak muka suratnya. Seperti biasa saya lihat di bahagian tengah dahulu dan bahagian akhir dengan membaca sepintas lalu. Menarik, tetapi saya mempunyai novel-novel lain yang perlu disudahkan. Saya meminta Naqib kemaskini tarikh pemulangan dan sejak kelmarin saya tekun membacanya.
Novel ini terbitan PTS Fortuna, 2006. Berdasarkan tajuk kecil di bahagian atas, 'Sebuah Diary Kehidupan', mungkin ia perjalanan hidup penulis sendiri.
Bahasa yang digunakan tentulah Bahasa Melayu Tinggi. Mudah dan cepat difahami. Saya terbayang-bayang suasana yang dimaksudkan. Bahkan saya terasa ingin kembali ke alam persekolahan dan berjuang hebat seperti Harlina juga!!
Naqib memberitahu cerita ini memang 'best giler'. Dia jarang memberi komen positif kepada novel-novel yang dibacanya. Ada novel remaja yang dia kata ceritanya bagus tetapi bahasanya 'entah apa-apa'. Kadang-kadang saya minta dia tunjukkan bahagian yang dikomennya itu kerana saya malas membaca novel itu.
Ain juga telah membaca novel ini tetapi biasanya dia hanya memberi komen secara umum sahaja.
Saya sarankan kepada semua khususnya para pelajar agar membaca novel ini untuk menyerap semangat kegigihan Doktor Harlina. Saya juga belum terlambat untuk berusaha..........menjadi penulis yang menghasilkan buku dan buku dan buku, insya Allah.

Friday, September 4, 2009
Hidangan petang ini
Kelmarin kami anak-beranak berbincang ringkas mengenai 'ayam panggang madu'. Terliur dibuatnya. Kata suamiku, hujung minggu nanti boleh la buat hidangan ayam istimewa ini. Namun tak sempat ke hujung minggu, pagi tadi kami berpakat membeli seekor ayam sedang-sedang untuk menu tersebut petang nanti. Aku membeli seekor ayam sekitar 2 kilo lebih sedikit di kedai Aceh. Membeli di tengahari, pilihan telah menjadi terhad. Namun ayamnya masih segar. Kembali ke rumah, suamiku memulakan tugas kerana idea ini lebih merupakan idea beliau, aku hanya menyokong sahaja. Sebenarnya kami hendak menceriakan anak-anak terutamanya Hidayatullah yang baru belajar berpuasa penuh tahun ini. Alhamdulillah, hanya sehari sahaja dia menguzurkan diri meniru aku yang uzur syar'e pada permulaan puasa. Setelah ayam diperap dengan pelbagai bahan termasuk madu yang hampir kehabisan (ada madu lain tapi dah dimasuki semut, tidak boleh digunakan), suamiku keluar semula membeli coleslaw, kentang putar dan bun di KFC di TPG. Hidangan berbuka hari ini menyerupai hidangan di KFC termasuk semangkuk sup cendawan untuk setiap orang. Cumanya ayam ini pasti tidak memuakkan dan tiada air bergas yang tinggi kandungan gulanya itu. Namun Naqib masih hendak keluar ke kedai bagi mendapatkan ais 50sen tetapi tidak berkesempatan kerana tinggal lagi 2 minit untuk azan Maghrib dilaungkan. Alhamdulillah, hari ini kami berbuka seadanya selepas meneguk secawan air teh suam Teh Lipton, beberapa biji kurma dan 7 biji kismis setiap orang. Kemudian, masing-masing pun menjamah hidangan istimewa itu dengan penuh berselera. Aku tidak mengambil nasi, sebaliknya aku membalun beberapa bun yang dibeli oleh suamiku tadi. Aku cicah ke dalam sup cendawan dan makan bersama ayam panggang madu. Fuh, memang sedap! Tak ubahnya seperti sedang makan di KFC. Ketika pinggan hampir licin, aku berbasa-basi dengan suamiku bertanya lagi berapa hari kita puasa. Suamiku menjawab dengan nada hairan, sudah dua minggu berpuasa bermakna ada lagi dua minggu untuk sampai ke hujung Ramadhan. Ehem, sebenarnya aku ada maksud lain. Lalu aku suarakan satu lagi idea menu yang pastinya digemari oleh seluruh ahli keluarga kami; lambchop!
Hidangan ini juga tak kurang istimewanya. Suamiku memang pakar menyediakan lambchop yang enak dan sosnya yang sempurna. Tak ubahnya seperti lambchop di mana-mana restoran makanan segera, Big Plate atau yang seumpamanya. Suamiku hanya diam, pasti dalam hatinya berkata-kata, hidangan di depan mata belum selesai sudah merencana hidangan yang lain. Namun aku tidak merisaukan hati dengan responnya yang dingin itu. Minggu depan pasti menu ini akan muncul di meja makan kami, insyaAllah.
Sungguhpun hidangan ini sederhana tapi berat, aku masih mengingatkan anak-anak khususnya Naqib dan Ain agar menghadkan makanan. Naqib terpaksa mengambil tisu untuk mengelap peluhnya yang berjurai di dahi dan leher. Ain pula terus berselera dan menghabiskan ayam adik-adiknya yang berbaki di dalam pinggan. Suamiku awal-awal telah mengasingkan sebahagian kecil ayam panggang madu itu untuk bersahur. Jika tidak, pasti licin menjelang Isyak. Ini kerana anak-anak ini suka menziarahi dapur dan menyingkap tudung saji di atas meja.
Alhamdulillah, syukur ke hadrat Allah yang telah mengurniakan rezeki yang lazat ini. Setiap kali selesai makan suamiku suka mengajak kami bersyukur bersama-sama sambil mengenang golongan yang tidak bernasib baik bagi meningkatkan lagi kesyukuran di atas kurniaan Illahi. Sekiranya ada anak-anak yang terlepas cakap merungut tentang makanan yang tidak sesuai dengan seleranya, suamiku kerap kali menegur. "Kamu bersyukur dapat makan semewah ini, ada orang yang tidak masuk seulas nasi pun ke perutnya kerana kemiskinan atau penyakit yang tidak mengizinkan dia makan. Kita mesti bersyukur kepada Allah", tekan suamiku lagi.
.....> Bersyukurlah kepada ALlah di atas kurniaanNya dan Dia akan menambahnya lagi.

Thursday, September 3, 2009
Naqib bercuti panjang
Semenjak Naqib menghadiri temuduga di Sri Petaling tempohari, dia seolah-olah sedang bercuti panjang. Sekiranya nasib menyebelahinya dan rezekinya ada untuk menjadi seorang hafiz, dia akan memulakan pengajian di madrasah tersebut pada awal Oktober ini. Jadi dia berehat panjang di rumah selama hampir 2 bulan. Dijangkakan berat badannya akan bertambah. Hati senang jiwa tenang. Tetapi hal ini sudah pasti tidak boleh dibiarkan. Dia telah mengalami obesiti. Ura-ura nak membeli produk Herba Prima untuknya, berdasarkan testimoni yang mengkagumkan itu. Apa yang penting ialah keinginan empunya diri untuk menguruskan badan.
...> Semoga tempoh bertenang ini membawa satu impak maksima yang positif ke dalam diri Naqib.

Wednesday, September 2, 2009
Naqib demam
Menjelang Maghrib petang semalam, Selasa, 1 September 2009, Naqib mengadu demam. Aku jamah dahinya dengan belakang tangan, memang panas. Dia berkelubung dengan sehelai toto tebal hingga ke kepala. Sejuk, katanya. Sesekali dia mengadu ada rasa nak muntah. Agak bimbang, aku suruh dia berehat saja sehingga waktu berbuka nanti.
Selepas berbuka puasa, suamiku menyuruh dia menelan sebiji panadol. Dia tidak pergi ke surau seperti selalu sebaliknya terus baring di katilnya.
Sahur dia bangun seperti biasa, masih kurang ceria. Dua butir spirulina ditelannya untuk membantu pertahanan diri dari dalam disusuli dengan sebutir panadol. Dan tadi kami ke klinik kerajaan di hadapan sekolah, sekali dengan menghantar Ain dan Hidayat. Mujur hari ini kurang pesakit yang datang untuk mendapatkan rawatan, tidak seperti bulan lepas semasa aku membawa Ain yang sakit tekak dan lidahnya. Naqib dapat nombor pertama.
Pegawai perubatan yang memeriksa, Encik Din yang ramah itu melakukan pemeriksaan seperti biasa. Katanya degupan jantung Naqib agak laju. Dia menasihatkan sekiranya Naqib mengalami sakit di bahagian dada (jantung) bersegera berjumpa doktor. Kemungkinan kerana Naqib demam atau ada sesuatu yang lain yang perlukan rawatan lebih teliti. Memang beberapa kali sebelum ini Naqib pernah mengadu sakit di dadanya. Encik Din meminta Naqib buat pemeriksaan darah (cucuk sedikit di hujung jari), tetapi Naqib enggan. Aku merungut kecil tetapi dia tetap enggan. Anak yang seorang ini, prinsipnya kalau hitam, hitamlah, kalau putih, putihlah. Kecuali dengan abahnya, dia terpaksa akur dengan hitam putih abahnya.
Semasa kami menunggu mengambil ubat di farmasi, dia memberitahu, kawan-kawannya mengatakan pemeriksaan darah dengan cucuk di hujung jari itu amat menyakitkan. Sama seperti ramai mengatakan berkhatan itu hanya seperti gigitan semut walhal dia merasakan amat sakit. Laa... begitu sekali dia dipengaruhi oleh kawan-kawannya.
Aku terkenang peristiwa Ain yang menangis ketakutan semasa pengambilan darah di urat lengannya beberapa bulan lepas. Dalam suasana kalut, aku sempat mengambil gambar Ain sambil pegawai perubatan yang boleh tahan kacak itu cuba menenangkannya. Aku cuba bayangkan keadaan Naqib pula di tempat yang sama, macamana agaknya ya.
Aku mengharapkan agar tidak ada apa-apa yang serius berkaitan dengan kesihatan kami sekeluarga. Setakat ini suamiku dan Naqib sudah menjalani pembedahan membuang apendiks. Naqib mempunyai G6PD. Ain dengan sakit tekak dan asmanya. Hidayat dan Hanessa belum ada apa-apa simptom penyakit yang spesifik. Suamiku dengan ulser ususnya. Aku, setakat ini alhamdulillah. Asma teruk yang selalu menyerangku semasa kanak-kanak sudah tidak lagi kualami. Naqib juga mungkin sudah semakin sembuh dari G6PDnya, dia pernah makan kacang parang dalam kuantiti yang banyak tanpa mengalami apa-apa simptom yang teruk, semasa tinggal di madrasah tempohari. Untuk rekod, dia pernah mengalami muntah sepanjang perjalanan kami balik dari Perak sehingga tiada apa yang keluar dari perutnya dan tiada pakaian lagi untuk dipakai, kerana makan makanan ringan daripada kacang parang (hanya satu batang sahaja, bukan satu peket). Waktu itu dia berumur 3 tahun dan makan makanan ringan itu tanpa pengetahuan kami (sepupunya, juga 3 tahun, beri padanya).
..........> Sentiasa berfikiran positif dalam apa jua keadaan. Bersabar, bersyukur dan redha demi keredhaan Allah.
Aku catatkan ini sebagai peringatan sewaktu pandemik H1N1 yang tidak mengenal mangsa melanda dunia. Ya Allah, selamatkan kami dan rakyat Malaysia dari penyakit yang merebak ini.

Tuesday, September 1, 2009
Lelaki yang suka buat action
Ahad pagi, kami diperingatkan supaya bersiap pada 5 petang untuk berbuka puasa di luar. Orang perempuan diminta bawa telekung untuk solat. Saya meneka mungkin kami akan akan ke masjid TTDI di Shah Alam, tapi dia menafikan. Ikut sajalah, katanya. Tandatanya bersarang di hati tetapi saya yakin tujuan tetap ke TTDI. Ke mana lagi nak berbuka kalau tak ke masjid. Dia bukan jenis suka bawa anak bini merambu ke mana-mana. Mesti ada tujuan yang pasti. Samalah juga kalau mencari rumah kenalan yang pertama kali nak dikunjungi. Mesti ada alamat lengkap, siap dengan landmark supaya senang dijumpai kelak. Kalau setakat main teka-teka, balik ke rumah semula la jawabnya.
Dia memandu masuk ke jalan yang lain. Nak ke rumah Bang Ngah Iwan ke? Dia ketawa, nak buat apa ke rumah dia? Manalah tau, kot-kot kita dapat jemputan berbuka puasa. Setelah agak jauh sedikit, saya dah boleh teka arah tujuan kami. Rupa-rupanya kami dibawa berbuka puasa di De Selat, Pelabuhan Utara Klang.
Sesekali kami ada ke sini. Makanan seafoodnya boleh tahan sedap dan sesuai dengan harganya. Sudah banyak kali kami ke sini untuk menjamu ahli keluarga. Arwah abah, mak, uwan dan terkini ialah abah Hj Mat, suami mak yang baru, juga berkesempatan ke sini.
Setelah menjamah kurma dan meneguk air, kami bergilir-gilir menunaikan solat di surau yang disediakan. Yang kecil-kecil tinggal di meja menunggu hidangan. Kemudian kami sama-sama menjamu selera dengan penuh semangat. Hidangan yang dipesan ialah siakap kukus, udang goreng butter, kailan goreng ikan masin, sup tulang, tuka bakar dan air teh o satu jug. Kurma, bubur kacang hijau dan kuih-muih disediakan percuma oleh pihak restoran. Semasa sedang menyuap, tiba-tiba dia kata yang ditujukan kepada anak-anak, "makan-makan ni sempena hari jadi mama. Selamat hari lahir pada mama.." Semua anak-anak mengucapkan hari lahir kepadaku hampir serentak. Lucu juga mereka bercakap sambil mulut mengunyah dan tangan silang-menyilang mencedok lauk-pauk. Aku rasa sungguh terharu. Cepat-cepat aku sambut dengan meminta anak-anak semua ucap terima kasih pada abah mereka di atas kejutan yang diberinya ini.
Dia memang suka buat kejutan. Yang ini aku suka. Ada juga kejutan yang aku tak suka. Aku kadang-kadang risau sekiranya satu hari mendapat kejutan yang menakutkan.
Namun, untuk ketika ini, kali ini, aku amat sukakan kejutan ini. Aku rasa seronok dan dihargai.
Kesimpulannya, lelaki memang tidak pandai menggunakan perkataan. Mereka memilih menggunakan perbuatan untuk menyatakan perasaan.
Kepada abang, terima kasih di atas kasih sayang yang diberikan.

Monday, August 31, 2009
Nisa Irdina semakin maju
Nisa telah masuk buku 6 dalam Siri Bacalah Anakku. Dia semakin lancar membaca, cuma kadangkala agak keliru dan tidak yakin hendak menyebut perkataan baru, seperti 'mem'. Apabila tamat buku 5 tempohari, saya menyerahkan bungkusan hadiah ke tangannya, kecil dan ringan sahaja. Tempat letak pensel yang dibeli dari kedai RM2. Tetapi budak ini mempunyai citarasa yang tinggi. Dia pernah komen hadiah sebelum ini. Saya hanya tersenyum. Tujuan saya cuma untuk memberi keseronokan kepada dia saat menerima hadiah dan motivasi untuk menamatkan buku-buku seterusnya. Selain itu, saya juga akan mencolekkan sedikit minyak wangi tanpa alkohol di urat nadi pergelangan tangannya setiap kali selesai belajar. Dia akan terkekeh-kekeh ketawa gembira sambil mencium tangannya. kadang-kadang saya colekkan sedikit di belakang telinganya, supaya bau harum itu dapat bertahan lebih lama. Saya berjanji akan menghadiahi dia sebotol minyak wangi Epal apabila dia tamat buku 8 nanti (bersama bungkusan hadiah yang telah siap awal-awal lagi). Dia bertambah tidak sabar hendak menyelesaikan tusyen membaca ini.
Naqib pergi temuduga

31 Ogos / 10 Ramadhan 1430.
Pagi ini Naqib (13 tahun) ke Sri Petaling untuk menghadiri temuduga. Dia dihantar oleh bapanya dan diiringi oleh adiknya, Hidayat. Dia menyarung jubah putih dan melilit serban di kepala. Semoga Naqib lulus temuduga.
Temuduga apa? Untuk kemasukan ke madrasah di Dengkil. Semoga Allah memasukkan anak ini dalam golongan yang diberi takdir baik dalam hidupnya, mencapai kecemerlangan dalam usahanya menuntut ilmu, dimudahkan segala urusannya di atas landasan yang benar dan Husnul Khatimah. Amin.
Sunday, August 30, 2009
Kamsis Aminuddin Baki
Aku pernah menginap di kamsis ini. Kemudian tanpa disangka-sangka, anak saudaraku, Nur Aisyah, juga menginap di kamsis yang sama, setelah bertahun aku meninggalkan kediaman penuh kenangan itu. Semua kawan-kawan yang pernah bersama sebumbung juga entah ke mana.
Nano baru menerima ijazahnya pertengahan bulan ini. Tahniah kepada Nano dan selamat maju terus maju.

Friday, August 28, 2009
satu sinopsis
saya baru selesai membuat satu ringkasan novel yang saya targetkan untuk remaja sekitar 14-15 tahun. Berapa lama masa yang saya perlukan untuk menyiapkannya dari langkah pertama sehingga perfect, wallahualam. Jadual harian mungkin perlu diubahsuai dan berbincang dengan ahli keluarga mengenai penggunaan laptop ini.
Pengisian kursus tempohari memberi satu keseronokan kepada saya untuk memartabatkan Bahasa Melayu Tinggi di dalam novel saya kelak. Ada perbezaan yang besar di antara novel yang menggunakan BMT dan BMR. Cubalah anda baca dan bandingkan sendiri!
Selamat Berpuasa, hari ini hari ke-tujuh Ramadhan.

Novel
Ada kawan suruh saya tulis cerita semasa zaman persekolahan. Satu era remaja yang penuh warna-warni. Mungkin boleh dijadikan cerita yang menarik jika dapat diolah dengan BMT dan alunan perasaan yang mendalam.
Wednesday, August 26, 2009
Seorang insan yang mengkagumkan
Pagi ini saya bangun awal seperti biasa untuk menyediakan juadah ringkas bersahur. Keheningan yang mencengkam membuatkan saya tergerak untuk membuka siaran tv. Peti tv lama milik abah yang dibawa dari kampung (dua tv lain jadi perhiasan di tepi dapur kerana kerosakan yang mengganggu siaran lebih lancar) ini telah 'lari' tune siarannya. TV1 tidak berwarna namun masih jelas gambarnya. Pagi sebegini saya tidak berselera pula hendak menonton tv swasta yang sentiasa ceria itu, lalu tv1 menjadi pilihan (saya jarang menonton siaran tv1). Masa pun berlalu perlahan sambil saya ditemani suara tv yang sedang menyiarkan siri Syahadah.
Setelah lengkap hidangan di meja makan seadanya, saya mula menggerakkan setiap anggota keluarga untuk bangun bersahur bersama-sama. Kala itu, siaran siri Syahadah telah tamat dan rancangan baru mengambilalih. Ia mengenai seorang insan kurang upaya bernama Roslan Bidin. Sambil menyuap makanan sambil mata saya melihat siaran di tv. Semakin lama semakin menarik cerita mengenai individu ini. Ia memperlihatkan kehidupan harian beliau serta beberapa usaha yang dilakukan untuk menyara hidup. Dipaparkan juga beberapa novel dan buku kanak-kanak yang telah dihasilkannya. Ini yang amat menarik perhatian saya sebenarnya. Rakaman menunjukkan beliau sedang menaip (saya tidak berapa pasti sama ada komputer atau mesin taip) di meja dengan tekun menyebabkan hati saya berdetik. 'Sesungguhnya hendak seribu daya, tidak hendak seribu dalih'. Saya mula merasa kagum kepada pemilik nama ini. Saya akan cari novel yang telah dihasilkannya untuk dibaca. Dan tidak dinafikan cerita beliau sedikit sebanyak memberi suntikan semangat kepada saya untuk menulis novel juga.
Semoga kehidupan kita dipermudahkan oleh Allah SWT. Tiada kudrat melainkan dengan kudrat-Nya, maka hanya kepada-Nya kita memohon kekuatan menjalani hidup.
..: idea ada tapi tak cuba dikembang-kembangkan. sudah ada yang menunggu novelku tapi aku belum memulakan. sedangkan masa terus berlalu tidak menunggu. perasaan tidak mampu ini perlu diatasi. sebuah keyakinan diri.

Tuesday, August 25, 2009
Pengurusan blok berasingan
Blog untuk anak-anak, bagi rakaman memori, akan diasingkan untuk masing-masing menguruskan dan update sendiri. Bermula dengan Nurhanessa, saya telah membuat satu blog berasingan, dan blog di sini akan ditutup. Semoga saya diberi kemampuan oleh Tuhan untuk melakarkan sesuatu yang berguna, yang boleh diambil manfaat terutama oleh Nurhanessa di tahun-tahun akan datang apabila dia akan mampu membaca dan menulis, waktu dia bakal menempuh era persekolahan.
Monday, August 24, 2009
Mampukah aku...??
Saya menghantar emel kepada Puan Sifu seperti yang telah dipesan oleh beliau kepada para peserta kursus pagi kelmarin. Tadi saya telah menerima contoh sinopsis untuk ditelaah. Sifu juga berpesan agar saya menelaah novel-novel terbitan PTS untuk mengenalpasti kehendak editor. Sebenarnya saya mula rasa tergugat, keyakinan dan hasrat saya bergoyang. Aduh, mampukah aku???
Saya berkongsi berita kepergian ke kursus dengan dua orang kawan, seorang ialah bekas staf yang sangat akrab dengan saya, manakala seorang lagi kawan lama yang tersangat lama dari zaman persekolahan usia awal remaja.
Tatkala saya adukan perihal idea yang masih kabur, yang seorang menyarankan saya bersendirian dan bermenung-menung. Manakala yang seorang kawan lagi terus menyarankan zaman persekolahan dulu.
Sebelum saya mula menyusun huruf, saya hendak lihat dahulu contoh sinopsis dari Sifu. Saya perlu menyelami kehendak PTS agar saya tidak berbuat sia-sia.
Alang-alang menyeluk pekasam biar sampai ke pangkal lengan.
Aduh saya rasa amat mengantuk, selamat malam semua. Esok bangun sahur semua. Pagi tadi kami semua terlewat tidak sempat bersahur. Hidayat, 7 tahun, pun menguzurkan dirinya untuk menjamu selera bersama adiknya, Hanessa, 4 tahun.

Sunday, August 23, 2009
Bangun sekarang!
23 Ogos 2009, Ahad.
2 Ramadhan 1430.
Sudah 7.50 pagi! Namun saya masih seperti melekat di kerusi ini, menghadap laptop. Saya sedang menyusuri blog Web Sutera yang saya temui di shout box PTS. Saya baca sepintas lalu catatan penulis. Walhal saya perlu bangun untuk bersiap sekarang, atau saya akan terlewat untuk menghadiri kursus penulisan pertama pagi ini. Sudah bertahun saya tidak memandu sendirian ke kawasan Hulu Klang. Kali ini saya akan ke sana dan saya bercadang membawa Naqib bersama sebagai teman. Namanya telah saya daftarkan petang semalam di blog PTS bersama nama adik saya, Hasni, yang akan bergerak dari Seremban. Saya amat berharap Hasni akan turun, dapatlah saya bertemu dia setelah beberapa lama tidak bersua.
Saya akan berkursus, setelah lama tidak menghadiri sebarang kursus semenjak menjadi surirumah sepenuh masa. Saya akan bertemu dengan manusia-manusia yang tidak saya kenali. Saya cuba membayangkan sedikit sebanyak suasana yang bakal saya lalui. Agak mendebarkan juga.
Saya akan bawa dua cerpen yang telah selesai yang mana satunya telah keluar di majalah e-baca, berkat pertolongan kekanda saya, Zulina Hassan. Saya benar-benar berharap akan mendapat sebanyak mungkin ilmu yang bermanfaat sepanjang kursus percuma 3 jam ini, demikian juga anakanda saya, insyaAllah. Juga saya ingin benar menambah kenalan seperti mana yang sering saya lakukan.
Ya Allah ya Tuhanku, berkatilah perjalananku ini, perjalanan kehidupan seorang perempuan yang sering kelelahan. Hanya padaMu tempat berserah diri dan mengharap kebahagiaan dunia dan akhirat. Amin.

Saturday, August 22, 2009
Naqib, buku dan saya.
Naqib memang seorang penggemar buku. Dia pandai memilih buku-buku yang menarik untuk dibaca. Ketika saya berbual sebentar dengan Puan Rina di kaunter perpustakaan desa minggu lepas, saya katakan bahawa kini saya mula membaca buku-buku yang anak-anak saya pinjam. Saya dapati buku-buku itu menarik dan berjaya memancing minat saya. Lantas Puan Rina segera mengakui citarasa Naqib dalam pemilihan buku.
Naqib juga sangat pantas membaca. Novel setebal lebih setengah jengkal dapat dihabiskannya dalam beberapa jam sahaja. Dia akan duduk atau baring membaca dengan tekun. Kadang-kadang tidak sesuai dengan keperluan matanya terhadap pencahayaan kerana suasana samar. Kerap kali saya menegur tabiat yang kurang baik itu.
Novel yang dipilih oleh Naqib tidak terhad untuk remaja walaupun kebanyakannya memang untuk usia sepertinya. Novel jibunsyi Dalam Kehadiran Sofiah dia yang meminjamnya. Katanya, best gila. Memang tidak dinafikan, saya juga tidak mengantuk langsung menatap buku ini baris demi baris. Touching!
Minggu ini Naqib bercuti di rumah. Namun dia tidak dapat meminjam di perpustakaan kerana perpustakaan itu ditutup sehingga Selasa ini. Kadang-kadang kami pergi ke perpustakaan Shah Alam yang besar dan sejuk itu. Namun buku-buku di sana agak mengecewakan kerana sukar mendapatkan buku yang bersesuaian dengan kehendak kami. Perpustakaan desa yang kecil ini lebih memenuhi permintaan hati kami. Mujur ada perpustakaan desa dan berhampiran dengan rumah.
Seperkara lagi, saya semakin pandai menikmati penceritaan samada cerita novel mahupun cerita di kaca tv. Saya hentam membaca semua buku-buku dan koleksi cerpen yang dipinjam oleh anak-anak mahupun saya sendiri meminjamnya sambil memerhatikan perkataan yang disusun oleh penulis. Saya rasa sungguh menarik. Kata Puan Rina setiap kali saya update tarikh pinjaman buku, "kakak bukan membaca tapi kakak menelaah!"
Kesannya yang lain ialah saya kini telah berebut remote tv dengan Hanessa, aduh...memang teruk betul diri saya. Mujurlah cerita Soleha tidak bertembung dengan siri animasi kegemarannya, Wonderpet. Cuma semalam saya ambil remote itu yang tidak pernah lekang dari tangan kecilnya semasa menonton cerita Tukang Penggali Kubur setengah jalan. Oh ya, saya baru saja mula menonton tv, maka cerita-cerita seperti Soleha, Aqso dan Madina itu tidak saya tonton dari awal dan saya tidak faham cerita awalnya (saya bukan peminat siri tv dari Indonesia terutama semenjak siri Bawang Putih Bawang Merah yang sangat menyakitkan hati saya). Saya cuba melihat dari sudut sebagai penulis skrip, yang sangat pandai menyusun ceritanya, walaupun kalau di baca komen-komen yang diberikan oleh orang-orang muda Indonesia di internet, kebanyakannya negatif terhadap keseluruhan cerita tersebut. Saya terfikir-fikir samada saya perlu menonton cerita Hindustan pula, yang telah bertahun tidak saya tonton, untuk melihat jalan ceritanya. Hmmm, mungkin belum ke situ. Cerita Hindustan panjang berjela. Saya tidak larat nak melihat tarian dan pakaiannya.
***Apabila sesuatu itu difikirkan ada gunanya barulah dirasakan kebaikan yang ada padanya. Bersihkan hati maka bersihlah pandangan. Sayangi masa yang masih berbaki, agar tidak sesal di kesudahan. Carilah ilmu dan dekati orang berilmu, agar mendapat tempiasnya seperti keharuman yang terbau apabila berhampiran dengan tukang minyak wangi.

Setelah beberapa waktu berlalu...
Assalamualaikum!
Saya telah kembali, saya fikir begitu.
Insya Allah blog ini akan saya tuliskan sesuatu jika tidak hari-hari, mungkin selang beberapa hari. Saya fikir telah ada sesuatu yang boleh saya coretkan di blog ini.
Pagi ini saya menziarahi blog PTS untuk mengambil alamat tempat kursus yang bakal saya ikuti esok. Kemudian saya layari entri-entri sekadar melihat tajuk, lalu saya terhenti di tajuk ini. Kepada Puan Ainon, maaf saya mohonkan, dan selepas ini saya akan nyatakan kemaafan ini di blog puan. Saya ambil entri di bawah kerana saya sangat terpesona dengan pengisiannya, sedikit pemakluman yang menjawab banyak persoalan. Terima kasih kepada Puan Ainon yang tidak terhingga.
Sila baca...
Novel Sastera dan Novel Picisan
Banyak novel yang bermutu sastera sebenarnya ceritanya biasa-biasa sahaja. Banyak juga novel picisan yang mengemukakan cerita yang bermutu. Yang mengangkat cerita menjadi sebuah karya sastera adalah bahasanya.
Apalah luar biasanya cerita seorang perempuan bernama Salina, yang berhati mulia, tetapi telah menjadi perempuan-P akibat Perang Dunia II yang menimpa Singapura. Apalah luar biasanya cerita gadis kampung bernama Siti Nurbaya di Sumatera pada tahun 1940-an, yang dipaksa berkahwin dengan lelaki tua kayaraya akibat ibu bapanya yang tidak mampu membayar hutang kepada si tua itu.
Cerita biasa-biasa seperti kisah Salina dan Siti Nurbaya, apabila ditulis menggunakan Bahasa Melayu Tinggi, maka cerita itu menjadi luar biasa disebabkan bahasanya yang luar biasa, yang tidak akan kedengaran digunakan orang di kaki lima, di stesen LRT, di dalam disko, dan di gerai nasi campur.
Jadi, yang dikatakan sastera itu ada pada bahasanya. Ayat-ayat dan dialog-dialog yang tertulis dalam karya sastera itu tidak akan dapat didengar dalam percakapan sehari-harian.

Friday, August 21, 2009
Sebuah novel jibunsyi
Sebuah novel jibunsyi terbitan PTS, Dalam Kehadiran Sofiah, kisah ibu bapa muda yang direzekikan oleh Allah seorang anak istimewa. Kelahiran yang sukar sehingga lemas meenjadi sebab kepada kecacatan kekal cerebral palsy iaitu masalah gangguan dan kerosakan pada otak. Sofiah telah dua minggu lewat dilahirkan dari tarikh sepatutnya, bahkan air ketuban telah kering dan beberapa drip ubat telah dimasukkan ke tubuh ibunya namun tidak memberi sebarang tindakbalas untuk melahirkan. Akhirnya dia bergelar blue baby dan mendiami inkubator dengan wayar berselirat di tubuhnya.
Yang menjadi keanehan ialah sikap doktor yang masih memaksa kelahiran normal kepada ibunya walhal dia memang tidak berdaya sehingga separuh pengsan akibat kesakitan dan kesan ubat penahan sakit yang diberikan. Bayangkan, dua minggu sesudah semua operasi kelahiran normal dirancang oleh doktor gagal, masih dipaksakan kelahiran secara semulajadi. Siibu tiada masalah penyakit kritikal yang menghalang pembedahan dilakukan. Dia juga telah dimaklumkan akan dibedah sekiranya lewat tetapi doktor di hospital bukan sahaja bersikap kasar kepadanya, malah mengugut akan membiarkannya sekiranya dia tidak meneran bayinya.
Mungkin ini takdir. Tuhan telah menentukan takdir lewat sikap manusia sendiri. Ibu dan bapa muda ini yang masih jahil tentang ilmu keibubapaan terus dilanda pertanyaan demi pertanyaan di setiap temu janji dengan doktor yang memeriksa bayi mereka setiap bulan. Pemeriksaan yang berlanjutan tanpa sebarang keputusan, hanya menimbulkan persoalan tidak berpenghujung.
Satu kisah yang lain dari yang lain. Bukan kisah cinta yang direka-reka. Sebuah catatan kehidupan realiti penulis. Amat sesuai untuk dibaca bagi membuka pandangan baru terhadap mereka yang malang bergelar OKU serta memahami perasaan ibu bapa yang dianugerahkan insan istimewa seperti itu.

Tuesday, August 18, 2009
harapan berpanjangan
dalam tenang ada duka
dalam duka ada harapan
apakah harapan akan kesampaian...
apakah kesampaian akan berpanjangan...
...lebih satu jam saya berbicara dengan Ustaz Firdaus.
saya cuba memahamkan ustaz muda ini dengan cerita sebenar di sebalik apa yang telah dan sedang berlaku.
gaya ustaz ini yang rilex dan tidak keberatan untuk tertawa kecil pada satu-satu ketika membantu saya lebih santai dan sedikit demi sedikit muncul kisah-kisah yang diharapkan dapat membantu membaiki pandangan semasa.
pelajar sedang direhatkan memandangkan beberapa orang telah mendapat demam, yang diharapkan tidak seserius wabak yang sedang melanda negara. Insya Allah.
selamat...selamat...selamat...

Thursday, August 13, 2009
Samudera Nasihat
Bismillahirrahmanirrahim.
Sudah lama blog ini saya pinggirkan. Bukan tiada idea tetapi kegilaan yang menyerang pada pertama kali saya membuat blog ini tiada berbisa lagi. Saya hanya ternanti-nanti kedatangan Ramadhan yang mulia. Ada sedikit kelainan yang di luar kebiasaan. Saya sendiri tidak mengerti.
Untuk tidak membiarkan blog ini terus terpinggir sedangkan ia boleh dimanfaatkan, saya berhajat untuk mengambil petikan, menyadur, atau menulis semula sesuatu yang semoga dapat memberi manfaat kepada jiwa saya sendiri khususnya buat peringatan dari kelalaian dan keterlekaan dengan urusan duniawi yang sentiasa sibuk setiap saat.
Buat awalannya di sini, saya mengambil petikan dari buku Nasihat Buat Setiap Diri, yang saya beli ketika bergelar pelajar dulu. Ia mengandungi nasihat yang telah disusun bab demi bab, yang diambil dan diterjemahkan oleh penyusunnya dari kitab Nasoihul Ibad dan Al Wasail Ila Ma'rifatil Awail karangan Imam Sayuti.
Berkata Jibril a.s :
1. "Wahai Muhammad! hiduplah sesuka hatimu, tapi ingat sesungguhnya engkau akan mati."
2. "Wahai Muhammad! kasihilah sesiapa sahaja yang engkau suka, tetapi ingat sesungguhnya engkau akan berpisah dengan mereka."
3. "Wahai Muhammad! berbuatlah apa yang engkau suka tapi ingat sesungguhnya engkau akan dibalas tentangnya."
Semoga bersama mandapat manfaat, inysa Allah.

Subscribe to:
Posts (Atom)
Search This Blog
Blog Archive
Terima kasih :)
utamakan Bahasa Melayu
Pantai Lumut
Pantai Mersing