Apabila hati bersuara, ia adalah bisikan paling halus dari sudut hati yang paling tersembunyi. Tiada sesiapa mengetahui melainkan Allah Taala yang Maha Seni. Lalu hanya kepada Allah aku berserah diri. Ya Allah, kurniakan daku takdir yang baik di dunia ini dan takdir yang baik juga di akhirat nanti. اللهحم امين
Bismillah
Tuesday, October 28, 2014
Rahsia
yang perlu aku hebahkan. Usaha sudah dibuat. Tentangan sudah berakhir. Persetujuan sudah diterima. Aku mengusahakannya. Pengarah Pejabat Pendaftaran PutraJaya bilang, nanti prosedur memakan masa. Anak-anak dan pelbagai dokumen yang ada. Haihh pening kepala, pusing, rungsing, risau, rasa hilang selera makan dan minum. Hilang rasa nak senyum.
Ia salah satu sebab aku menukillkan novel tersebut. Diri arwah kakak menjadi intinya. Sifu menjadi pengiring aku menyudahkan dengan jaya. Keluarga menjadi penyokong di balik tabir. Natijahnya adalah nama aku sendiri. Aku mahu warwarkan, sebagai usaha yang termampu. Adakah cara ini salah sebenarnya?
Aku sudah maklum siapa ayahku. Siapa ibuku. Siapa abang, kakak dan adikku. Siapa sepupuku, siapa atuk dan nenekku, siapa siapa dan siapa. Ya, siapa pula yang telah membela dan membesarkan sejak tapak kakiku sebesar dua jarinya. Siapa yang mengulitiku hingga tidur lena.
Allah jua yang memberi semuanya, dan menetapkan perjalanan ini sedemikian rupa.
Abahku, yang menjadi asbab aku diizinkan Allah menghirup udara dunia bernama Hassan bin Karim. Orangnya sangat suka menulis. Bertubuh gempal dan ada tempelan daging seperti kismis di belakang belikat kanan (kalau aku tak silap) yang gemar aku usik-usik setiap kali bertemu. Abah suka memakai singlet tidak berlengan, maka daging kismis itu selalu kenampakan.
Ibuku tak perlulah tahu namanya, walaupun sudah banyak kali aku khabarkan di celah-celah kisah di blog ini. Kalau nak tahu, scroll la ye. Orangnya rincing langsing dan cantik sekali. Sopan dan sukakan kedamaian. Tidak pemarah dan lemah-lembut. Anak kesayangan arwah ibunya.
Alhamdulillah, aku tahu ini semua menjelang usia 13 tahun. Satu ketika aku pulang bercuti penggal persekolahan, arwah abah mengumpulkan adik-beradik yang ada untuk bermesyuarat. Diringkaskan cerita, di waktu itulah abah mengabarkan kedudukan diriku yang sebenarnya. Aku melalui dua perasaan serentak. Lain kali la aku cerita ...
Ada saranan mengikut contoh orang terdahulu, yang menyewa ruang di kertas akhbar untuk memberitahu bahawa si polan binti si polan adalah sebenarnya bernama si polan binti si polan.
Perlukan itu sebenarnya?
Ketika aku cuba menyembunyikan nama, walaupun tak sesembunyi mana, sudah terhebah pun sebenarnya.
Namaku Nor Mazzuin binti Hassan.
Hassan itu bapa kandungku.
Dia menjadi asbab kelahiranku ke dunia ini dengan izin Allah.
Kerana ini semua, salah satu asbab, aku jatuh cinta dan sangat cinta kepada usaha dakwah. Walaupun aku masih payah nak faham dan ikut semuanya. Ya Allah, pilihlah daku dan suamiku, dan anak cucu keturunanku menjadi pembantu agamaMu.
* hal yang timbul semula ini amat membuatkan rasa rungsing. Pasti ada hikmahnya. Masa kian beredar dan kian singkat. Ya Allah tolong mudahkan urusan dengan ibuku. Aameen.
Cekodok Jumbo
"Besarnya, napa besar sangat ni ..." tanya suami macam terkejut. Aku terus membalik-balikkan cekodok dalam kuali. Api tungku aku besarkan supaya cepat garing walaupun kerap ada bahagian yang terhitam sedikit.
"Nak buat comel-comel sejam baru siap. Lagipun senang dorang nak kira dan agih." jawabku sambil terbayangkan cucur udang yang jumbo saiz jugak. Takde pulak orang berkirakan saiznya, lagi besar lagi orang suka kot.
Masa mula-mula buat cekodok dulu, ada jugak pelajar yang menceritakan dengan bangga maknya buat cekodok comel-comel. Lalu aku segera teringat cekodok pisang kakak iparku yang comel-comel belaka, bulat-bulat molek terbentuk dan sedap rasanya. Maka akupun buat la agak comel-comel tapi melambatkan siap, dan jadual mereka pun teranjak.
Supaya ia tidak berulang lagi, sesenduk demi sesenduk aku masukkan dalam kuali. Nak, kan senang nak kira, senang nak agih, cepat pulak masaknya. Kamu juga yang buat tu semua kan. Aku tidak peduli dan melupakan kebanggaan pelajar tentang cekodok comel ibunya. Pada aku cekodok jumbo ni juga comel cuma ia bersaiz besar, ia tetap comel!!!
Untuk memudahkan lagi pekerjaan, termasuk dalam hal menyedapkan cekodok ni, aku aduk dengan air panas. Campuran air panas melembutkan tepung dan sebenarnya menyebabkan tepung separa masak sebelum masuk dalam minyak panas. Jadi, semasa menggoreng di dalam minyak panas, tak perlu tunggu garing sangat dah boleh angkat kalau nak jimat masa macam stail aku. Yang penting ia lembut.
Perencahnya? Aku blender bawang merah, bawang putih, bilis dan cili padi. Garam dan sedikit kunyit untuk mencantikkan warnanya supaya tidak pucat lesi. Boleh campur kobis hiris nipis, kacang panjang potong dadu, kentang dadu, dan sayur-mayur lain yang sesuai. Kalau tak sempat itu sahajalah, pun dah sodap. Nanti dicicah dengan sos Ummi. Kalau ada kuah semalam, kari ke, asam pedas ke, memang menyelerakan.
Tadi, aku diperintahkan suami menggoreng ikan pekasam, kiriman anak saudara yang balik dari Kedah Darul Aman, buah tangan dari ibu mertuanya. Minyak goreng ikan pekasam yang sedikit suam itu turut aku curahkan ke dalam adunan tepung. Hmm ...
Malam tadi aku buat teh untuk pelajar sebagai minuman malam bersama kek pisang. Sedikit baki susu pekat itu aku bancuh dengan air panas dan curah dalam adunan tepung juga. Hmm ...
Rasanya, tidak manis tetapi lemak. Tidak pula masin tetapi masih berperisa. Nak kata ia, tidak. Nak kata tidak, ia.
Alhamdulillah. Allah Maha Kuasa makhluk tiada kuasa.
***
"Assalamalaikum, mamaaaa ..." anak bongsu memberi salam. Baru je keluar ke madrasah, dah muncul semula. Apa saja la ...
"Ada apa?" tanya aku sedikit dingin, sebab sedang kedinginan pagi-pagi duduk dalam bilik ekon. Skrin laptop aku turunkan 90 darjah supaya si bongsu tidak dapat melihat apa yang ada di situ. Dia duduk di birai katil, betul-betul di sisiku. Memang mudah membaca apa yang ada di skrin.
"Mama," dia gelak kecil. "Mama masak apa hari ni?" dia merebahkan badan.
Aku tarik nafas. Sabar sahaja la. "Kenapa? Sapa nak tau ni?"
"Saja je tanya. Mama masak apa, cakaplah ..."
"Terung paceri." dingin.
"Paceri tu apa?"
"Karang dah siap tengoklah paceri tu camana. Sapa tanya ni?"
"Hmm ... Grup satu."
"Grup kamu ye? Sapa?" berangin.
"Kak Sofia, Kak Syirah."
"Cakap kat diorang tu, tawajjuh hafazan. Jangan sibuk nak tau apa mama nak masak. Asik fikir makan je, bila nak tawajjuhnya. Target hujung tahun depan nak khatam. Pegi cakap kat kumpulan kamu tu macam tu." Geram.
Gonjol. Belum hadam cekodok dalam perut, dah sibuk tanya lauk untuk makan tengahari. Dan semulajadi pantang kalau ditanya apa aku nak masak. Sesemulajadinya pantang kalau ada yang sibuk nak baca apa yang sedang aku tulis walaupun baru satu ayat. Bisa sahaja ada perubahan pada menu, sebisasaja ada perubahan pada tulisan. Aku kurang gemarmembuatkan orang kecewa tertanya-tanya membocorkan rahsia plan, hmm ... cakap menu lain tapi yang dihidang menu lain. Tadi tulis lain tapi yang dibaca benda lain. Kejutan selalu menyeronokkan, mengujakan. Rami orang sukakan kejutan, tak gitu? Suka dapat kejutan, suka memberi kejutan. Macam kejutan menerima kiriman gambar Cikgu tempohari hehe ...
"Dah pegi cepat." aku jeling jam loceng. Jeling skrin laptop. Lama lagi bongsu kat sini, lesap la idea aku nanti. "Meh cium sket." Cara supaya bongsu yang sensitif ni tak terasa kena 'halau' atau kena marah, cepat-cepat minta pipinya untuk dicium.
"Ishh mulut mama!" Aku pun bukak mulut dan hembus nafas ... haha ... dia berlalu pergi selepas menghidu bau kopi.
"Nak buat comel-comel sejam baru siap. Lagipun senang dorang nak kira dan agih." jawabku sambil terbayangkan cucur udang yang jumbo saiz jugak. Takde pulak orang berkirakan saiznya, lagi besar lagi orang suka kot.
Masa mula-mula buat cekodok dulu, ada jugak pelajar yang menceritakan dengan bangga maknya buat cekodok comel-comel. Lalu aku segera teringat cekodok pisang kakak iparku yang comel-comel belaka, bulat-bulat molek terbentuk dan sedap rasanya. Maka akupun buat la agak comel-comel tapi melambatkan siap, dan jadual mereka pun teranjak.
Supaya ia tidak berulang lagi, sesenduk demi sesenduk aku masukkan dalam kuali. Nak, kan senang nak kira, senang nak agih, cepat pulak masaknya. Kamu juga yang buat tu semua kan. Aku tidak peduli dan melupakan kebanggaan pelajar tentang cekodok comel ibunya. Pada aku cekodok jumbo ni juga comel cuma ia bersaiz besar, ia tetap comel!!!
Untuk memudahkan lagi pekerjaan, termasuk dalam hal menyedapkan cekodok ni, aku aduk dengan air panas. Campuran air panas melembutkan tepung dan sebenarnya menyebabkan tepung separa masak sebelum masuk dalam minyak panas. Jadi, semasa menggoreng di dalam minyak panas, tak perlu tunggu garing sangat dah boleh angkat kalau nak jimat masa macam stail aku. Yang penting ia lembut.
Perencahnya? Aku blender bawang merah, bawang putih, bilis dan cili padi. Garam dan sedikit kunyit untuk mencantikkan warnanya supaya tidak pucat lesi. Boleh campur kobis hiris nipis, kacang panjang potong dadu, kentang dadu, dan sayur-mayur lain yang sesuai. Kalau tak sempat itu sahajalah, pun dah sodap. Nanti dicicah dengan sos Ummi. Kalau ada kuah semalam, kari ke, asam pedas ke, memang menyelerakan.
Tadi, aku diperintahkan suami menggoreng ikan pekasam, kiriman anak saudara yang balik dari Kedah Darul Aman, buah tangan dari ibu mertuanya. Minyak goreng ikan pekasam yang sedikit suam itu turut aku curahkan ke dalam adunan tepung. Hmm ...
Malam tadi aku buat teh untuk pelajar sebagai minuman malam bersama kek pisang. Sedikit baki susu pekat itu aku bancuh dengan air panas dan curah dalam adunan tepung juga. Hmm ...
Rasanya, tidak manis tetapi lemak. Tidak pula masin tetapi masih berperisa. Nak kata ia, tidak. Nak kata tidak, ia.
Alhamdulillah. Allah Maha Kuasa makhluk tiada kuasa.
***
"Assalamalaikum, mamaaaa ..." anak bongsu memberi salam. Baru je keluar ke madrasah, dah muncul semula. Apa saja la ...
"Ada apa?" tanya aku sedikit dingin, sebab sedang kedinginan pagi-pagi duduk dalam bilik ekon. Skrin laptop aku turunkan 90 darjah supaya si bongsu tidak dapat melihat apa yang ada di situ. Dia duduk di birai katil, betul-betul di sisiku. Memang mudah membaca apa yang ada di skrin.
"Mama," dia gelak kecil. "Mama masak apa hari ni?" dia merebahkan badan.
Aku tarik nafas. Sabar sahaja la. "Kenapa? Sapa nak tau ni?"
"Saja je tanya. Mama masak apa, cakaplah ..."
"Terung paceri." dingin.
"Paceri tu apa?"
"Karang dah siap tengoklah paceri tu camana. Sapa tanya ni?"
"Hmm ... Grup satu."
"Grup kamu ye? Sapa?" berangin.
"Kak Sofia, Kak Syirah."
"Cakap kat diorang tu, tawajjuh hafazan. Jangan sibuk nak tau apa mama nak masak. Asik fikir makan je, bila nak tawajjuhnya. Target hujung tahun depan nak khatam. Pegi cakap kat kumpulan kamu tu macam tu." Geram.
Gonjol. Belum hadam cekodok dalam perut, dah sibuk tanya lauk untuk makan tengahari. Dan semulajadi pantang kalau ditanya apa aku nak masak. Sesemulajadinya pantang kalau ada yang sibuk nak baca apa yang sedang aku tulis walaupun baru satu ayat. Bisa sahaja ada perubahan pada menu, sebisasaja ada perubahan pada tulisan. Aku kurang gemar
"Dah pegi cepat." aku jeling jam loceng. Jeling skrin laptop. Lama lagi bongsu kat sini, lesap la idea aku nanti. "Meh cium sket." Cara supaya bongsu yang sensitif ni tak terasa kena 'halau' atau kena marah, cepat-cepat minta pipinya untuk dicium.
"Ishh mulut mama!" Aku pun bukak mulut dan hembus nafas ... haha ... dia berlalu pergi selepas menghidu bau kopi.
Monday, October 27, 2014
Cerpen itu asasnya sudah selesai. Tetapi fikiran masih berjalan. Dan muncul sesuatu untuk penambahan. Tidak sempat menatapnya, secara tidak langsung bagai telah memeramnya. Cerita yang hanya pada permukaan lautan, rupa-rupanya ada banyak lagi inti pati yang boleh diselitkan. Umpama lautan yang luas dan dalam, demikian juga dengan maksud yang nak disampaikan. Jadikan ia sarat dengan pengajaran dan perasaan. Setakat di permukaan, tidak nikmat dan kurang penghayatan.
* masih belum sempat untuk penambahbaikan.
Semoga Allah memudahkan semua urusan kita, insyaAllah Allahumma aameeen.

Thursday, October 23, 2014
Sedang bertukang sebuah karya pendek. Banyak monolog yang tak perlu. Plot pun kena baiki lagi. Semoga dapat selesaikan sehari dua ini dan berhenti memikirkannya. Ada sesuatu yang lain perlu diberi perhatian. Ia lebih besar dan sukar.
Pada masa yang sama fikiran tetap berputar. Hati mengatakan tidak, tetapi apabila diletak di neraca timbangan, hati menjadi goyah. Tidak sampai hati. Tidak mahu menelan tidak mahu membuang. Wajar beristikharah lagi. Semua berjalan dengan qada' dan qadar Allah jua.
Semoga Allah memudahkan urusan kita semua dan memberi petunjuk ke jalan yang diredhaiNYA. Aameeen.

Wednesday, October 22, 2014
Selesai dan cuba rasa puas sendiri. Aku ulang baca. Ini caraku. Tak pasti bagaimana yang sebenarnya. Andai ia diterima, syukur kuucapkan ke hadrat Allah. Andai ia tidak memenuhi kehendak penganjur, aku tetap mengucapkan syukur alhamdulillah. Pasti ada hikmahnya.
Ia hanya permulaan.
Tadi petang aku sudah menghantar tulisan empat muka surat itu. Ia hanya percubaan.
Selesai dan cuba rasa puas hati. Aku mahu membaiki cerpen pula. Sedangkan novel yang ditukangi sudah terhenti. Anggap saja ia sedang diperam walaupun belum siap, berlubang-lubang dan bocor di mana-mana.
Dan aku tidak respon kepada apa-apa isu panas, suam apatah lagi sejuk beku di sini. Hal-hal semasa aku lepaskan di sana, di laman sosial yang kadang-kadang memuakkan itu. Panas akan menjadi suam, lalu sejuk. Lepaspun tidak keterlaluan, mesti ada had dan garisan sempadan. Bukankah semua itu dalam perhatian. Manusia .. hmm. Lebih penting, perhatian dari TUHAN.
Adik-beradik aku diam. Ipar-duai aku senyap. Mereka respon benda lain je. Eloklah daripada tiba-tiba mengeluarkan fatwa segera ala-ala mufti. Aku menasihati diri sendiri; kalau kau tak tau sangat lebih baik kau diam. Tak payahlah tunjuk lagak macam pandai benar. Kalau tak tau tanya pada yang tau. Jari-jemari kau yang menekan keyboard akan ditanya nanti. Ingat, ada neraca akan menimbang. Ada titian akan terbentang. Ada kampung berapi. Ada sungai madu menanti. Kau nak balik kampung mana, sayang oii?
Dan macam selalu, aku terimbas sikap kakak. Haihh .. sabar betul dia menahan dari memakai telefon yang membolehkan dia berWhats App. Aku menduga, hanya sesekali dia menjengah melihat dindingnya di laman sosial dalam diam-diam, mungkin beberapa kali setahun. Itu bukan keperluan dan tuntutannya. Keutamaannya lain. Aku sangat respek padanya.
Kakak yang seorang lagi ada Whats App juga laman sosial. Tetapi senyap sepertinya sibuk memanjang. Yelah, itu juga bukan keutamaannya. Tugasnya di menara tinggi tidak melibatkan keperluan itu, bahkan akan menganggu tugasnya yang lebih wajar diutamakan.
InsyaAllah sekiranya nama pena diperlukan aku sudah memilih dan menetapkan.
Semoga Allah SWT mengizinkan aku berkarya dan membaiki karyaku untuk menjadi asbab hidayat dan kegembiraanku di akhirat sana, aameen insyaAllah. Alhamdulillah.

Tuesday, October 21, 2014
Alhamdulillah. Cerpen itu umumnya sudah selesai. Bergantung
kepada kerajinan dan semangat untuk menjadikan ia sempurna cantik dan mengesankan, aku tidak jumpa waktu untuk memeramnya. Cerpen tentang
rindu dan benci.
Mata yang kabur. Terasa kering apabila menatap skrin tab. Petanda tab perlu disingkirkan dari keutamaan. Ya, gadget ini perlu disingkirkan dari keutamaan. Ia bukan keutamaan sebenar yang sepatutnya. Ia hanya kelalaian dan mengecewakan. Ia tidak kekal dan ia lambang dunia yang diperindahkan walhal kosong.
Semenjak me'like' page Saya Sayang Kucing (bukan nama sebenar), aku jadi asyik dengan gelagat haiwan comel itu. Terasa ngam dengan ahli kumpulan, mungkin kerana minat yang sama. Aku turut berkongsi gambar kucing-kucing kesayangan yang kini sudah berpindah alam, dapat like banyak! Ada banyak lagi gambar yang sengaja aku simpan. Nanti-nantilah, tengok point yang sesuai. Tengok mood jugak. Tetapi apabila mula muncul gambar si cantik yang berselfie dengan kucingnya, dan buat-buat tanya 'sapa lagi cantik, dia ke saya?' contohnya, aku mula rasa ... bosan. Mengaku saja. Aku bosan dengan selfie. Dan aku suka kalau gambar macam tu dapat 5-6 like saja. Tu pun dah banyak!
Rupa-rupanya kan, dalam page kucing ni macam-macam cerita ada. Kisah penipuan ada, kisah penderaan ada, kisah kematian ada, kisah perkahwinan ada. Cari menantu macam aku pun ada. Dapat juga maklumat cara nak buat wetfood sendiri yang digemari si bulus sampai dia tersandar kekenyangan. Tengok je keletah video si bulus memang naik geram. Kalau dapat, memang penyet dipicit-picit rasanya. Akhirnya ngidam nak bela bulus semula aduhaii ... ntah dapat ntah tidak. Ntah sempat ntah tidak. Ntah diizinkan ntah tidak ...
Ok, akhirnya aku mula rasa geram dengan diri sendiri. Sukar nak menahan diri daripada membelek status tentang kucing dan bagi komen. Apa ni haa? Apa keutamaan aku sebenarnya haa?
...
Instict aku mengatakan, tak lama lagi aku akan beredar. InsyaAllah. Setiap yang bermula akan berakhir. Dan kesilapan yang dilakukan, tak siapa menegur tetapi rasa hati mengatakan 'aku dah buat banyak silap'. Aku sengaja buat silap? Atau ia manifestasi rasa hati yang terbayang sekilas pada aksi? Wallahu'alam. Hanya Allah jua yang Maha Mengetahui.
Haha ... berbaik sangka. Sebenarnya hidup ini ada keutamaan dan ada keperluan. Di mana ada keutamaan, maka pilihan harus dilakukan. Semua dengan izin Allah belaka.
...
Jom buat krim sendiri untuk merawat wajah supaya sentiasa remaja.
Madu lebah, susu kambing, minyak zaitun, tepung pulut dan sedikit air, dikacau rata dan oleskan pada wajah setiap pagi dan malam sebelum tidur. Urut-urut wajah dan cuci dengan air suam.
Boleh campurkan pegaga, manjakani, lendir lidah buaya.
Untuk scrub wajah, sangai beras pulut hingga hangus dan tumbuk/kisar kering hingga halus. Boleh campur dengan krim tadi dan gosok perlahan pada wajah menggunakan jari manis. Bacalah bismillah dan selawat. Menghadap wajah ke cermin jangan lupa baca doa tengok cermin. Semoga awet selalu, dengan izin Allah.
* koreksi niat di hati. Betulkan niat kerana Allah. Semoga beroleh redho Allah dan kesukaan Allah. Jaga hak Allah, Allah jaga hak hambaNya. Aameen.
***
Aku ke kaunter klinik itu sebagai mematuhi anjuran suami. "Ayang beli di kaunter je, cakap nak ubat titis untuk mata." Begitulah suaranya yang keluar dari speaker Lenovo tadi.
Namun petugas klinik itu berkata dengan lemah-lembut, "Saya tak berani nak jual gitu-gitu je kak. Sebab mata ni sensitif. Karang silap ubat bahaya. Doktor pun tak de pasien. Akak nak masuk jumpa doktor tak?" Cair hati mendengarnya. Memanglah sepatutnya, tetapi dah suami anjur beli je kat kaunter, aku cuba juga bertanya begitu.
"Ok, saya masuk la," sahutku sambil sengih-sengih di balik niqob. Tak ada salahnya untuk bertemu doktor. Mataku turut tersenyum dan petugas berunifom serba merah jambu itu juga senyum. Selesai urusan pendaftaran, aku pun dipanggil masuk.
Oh doktor wanita, terasa lega walaupun aku sudah bersiap mental memikirkan doktor lelaki yang selalu merawat suami ketika dia dijangkiti bisul besar di dada beberapa bulan lepas. Manis doktor ini, iras teman di Kelana Jaya membuatkan aku segera menyukai dia.
Doktor meminta aku membuka niqob. Mataku yang sudah tidak merah disuluh dengan lampu picit.
"Doktor, mata saya kabur. Ia sementara ke kekal? Kalau sakit mata merah memang akan kabur ke? Anak akak pun mengadu matanya jadi kabur."
"Tak pasti la kak. Tapi masih ada sedikit merah kat tepi mata tu. Akak cuba dulu ubat ni, kalau kabur juga cuba akak check power mata semula Atau mungkin mata akak terlebih silau."
Aku tersengih. "Tapi spek ni baru je buat doktor." Terlayang kepada harganya yang boleh beli treadmill idaman yang terpakai di online, seperti milik my dear friend di Kelana Jaya tu.
"Hmm kadang-kadang mungkin power tu berubah.. Akak ada alahan ubat tak? Kencing manis?"
Aku geleng kepala. Mudah-mudahan kabur ini hanya sementara dan bertambah elok selepas ini insyaAllah.
Menanti ubat di kaunter, aku menulis pesanan ringkas kepada suami. 'Abang, kena masuk jumpa doktor. Tak boleh beli ubat di kaunter.' tetapi ia tidak aku kirimkan kerana belum tahu jumlah bayaran yang dikenakan.
Selesai urusan, aku pulang ke rumah. Di rumah, aku menyambung pesanan ringkas yang terhenti tadi. 'Abang, kena masuk jumpa doktor. Tak boleh beli ubat di kaunter. Kena 41$.' Ia tentu termasuk pendaftaran kerana aku tidak pernah mengambil sebarang rawatan di situ, hanya beberapa kali menemani suami dan membawa pelajar, hingga doktor dah kenal denganku (doktor lelaki yang selalu ditemui suami).
Teringat tadi ketika menolak keluar pintu kaca klinik yang agak berat, telingaku menangkap suara wanita yang baru sampai di kaunter pendaftaran, "Akak kena sakit mata, anak pun sakit mata." Hmm ... syukur dan sabar, semoga Allah beri kesembuhan aameeen.

Friday, October 17, 2014
Malu nak menelefon cikgu. Rasa tak tau nak cakap apa. Malu yang selalu menghantui di zaman kanak-kanak tiba-tiba muncul kembali.
Hari ini ada bunyi hon lagi di depan pintu. Aku yang berkain batik segera menyarung burqa. "Ada apa ye?" tanyaku dari belakang pintu. Nak buka engsel pintu pula ketat tiba-tiba. Yang di luar tidak menjawab, diam sahaja. Kalau aku tak nak bukak pintu pun boleh je. Dugaanku tepat, staf pos laju sedang berdiri di situ.
"Kak, sain tulis nama no aisi." Lantas dia menghulur fail yang terselit kertas putih dan sebatang pen.
Siapa saja yang mengirimi aku sesuatu ini? Sri Kenayan Sdn Bhd. Wahh ... di luar dugaan ini.
Aku menutup pintu dan membuka burqa. Sampul coklat diletak di atas katil dengan perasaan sabar. Selesai menguruskan diri, aku pun duduk membelek sampul surat coklat. Ejaan namaku ada perubahan kecil, sama seperti yang tertera di atas kiriman Cikgu Mail kelmarin. Pasti bukan cikgu yang menulis, sebab corak tulisannya milik orang perempuan yang masih muda. Aku agak mungkin awal 20-an.
Sri Kenayan.
Terukir senyumku. Wajah Cikgu Mail muncul dari lipatan kertas di dalam sampul coklat. Benarkah sudah lebih 34 tahun tidak bersua? Masih ada saki baki ketampanan pada wajah cikgu yang nampak sayu. Lantas aku teringat betapa segaknya cikgu melangkah di perkarangan sekolah. Tinggi, rambut ikal hitam dan berkulit cerah. Cikgu memang hensem. Dan garang, oh! Namun cikgu rajin juga bercanda dengan anak-anak muridnya.
Aku menjeling tab di sisi. Terasa ingin mendengar suara cikgu. Tapi, aku sangat malu. Malu yang selalu menghantui aku di zaman kanak-kanak muncul semula tiba-tiba. Argh! Maka muncul pula alasan-alasan yang entah dari mana. Aku kurang dengar kalau bercakap di telefon. Aku tak tau nak tanya apa kat cikgu. Aku malu sangat. Aku segan. Aku ...
Baiklah, aku beri diriku masa untuk bertenang. Tak perlu memaksa diri. Apabila Allah izin, aku pasti akan melakukannya tanpa paksaan dari diri sendiri atau sesiapa. Semoga ada sesuatu yang bermanfaat untuk aku bicarakan bersama cikgu. InsyaAllah.
* Terima kasih, jazakallahu khoyr katheera buat Cikgu Mail. InsyaAllah satu ketika semoga Allah rezekikan kita berjumpa. Semoga jadi asbab kebaikan aameeen.
* aku minta member snap gambar cikgu senyap-senyap, tapi dia beritahu cikgu pulak haishh! Hasilnya cikgu kirim gambar kat aku. Hehe ... untung juga.
* selepas 10 minit berlalu, rasa tak sedap hati. Aku capai sampul coklat dan belek nombor telefon yang tertera. Aku dail tiga kali tetapi tidak berjaya. Ended tiba-tiba. Sebenarnya boleh saja aku bertanya pada Hisham dan Maria. Ok nanti aku tanya no telefon cikgu ya.
"Kak long, bak no tepon cikgu ... den nak try tepon cikgu."
***
MasyaAllah aku baru je bercakap dengan cikguuuuuu!!!
Wahh masih gayat rasanya nih. Bayangkan, cikgu boleh tanya aku apa warna motor Vespa arwah abah aku!!! Dia kata hijau cair ka ... aku kata mbe macam kuning cair kot. Hmm .... Dan cikgu kata dia suka bahasa aku dalam novel tu. Bagus katanya. Cikgu kata cikgu suka cara penulisan 'Bahasa Lima'. Hujung semua sama. Tiba-tiba aku rasa macam terikut loghat Utara plak hahaha ... InsyaAllah semoga Allah izin kita bersua lagi cikgu. InsyaAllah.

Thursday, October 16, 2014
Setiap hari dengan rutin yang tidak jauh berbeza.
Setiap hari dimulai dengan mengucapkan kesyukuran ke hadrat Illahi.
Mencicipi rezeki yang Allah beri.
Dan aku kembali menyusun aksara berisi.
Berangan-angan tinggi
Aku mahu meneruskan legasi ini
Ya Allah izinkanlah
Ya Allah bantulah
Ya Allah mudahkanlah
Baikilah daku selalu.
Saat demi saat
Sukatan masa kian singkat
Kebenaran itu mengerikan
Kengerian itu membenarkan.

Wednesday, October 15, 2014
Mata masih rasa tidak selesa. Aku rasa macam nak letak jawatan je, setelah kali kedua puteri menitiskan madu ke dalam biji mataku yang berwarna merah saga. Kali pertama ok je, cool. Maka aku berani berazam untuk tiga kali titisan madu. Namun, aku mengeletek menahan pijarnya manisan ini pada titisan kali kedua. Serta-merta teringat pada tingkahnya yang merayu kesakitanketika tatkala menghadapi sikap tegasku ketika wabak sakit mata melanda madrasah kali kedua.
"Sakit mama, macam letak cili."
"Nak letak cili ke letak madu?"
"Letak madu la mama, huhu ..."
Tadi, ketika mereka mendengar pengakuan tulusku tentang pijarnya madu, terbongkarlah rahsia ketenangan mereka selama itu. Rupa-rupanya depan aku je mereka cool. Lepas aku beredar, masing-masing mengelintin menahan pedih pijar madu yang meresap bercampur airmata. Ohh ... aku rasa nak letak jawatan je sebab terasa dah menganiaya mereka. Tidak, sebenarnya aku cuma nak ikut sunnah, dalam sunnah adak kejayaan.
Tetapi aku berjaya melangsaikan azam dua kali sahaja. Selepas itu aku masih melakukan yang dianjurkan baginda SAW iaitu memakai celak. Aku gunakan celak serbuk dengan minyak badam yang kubeli di Sri Petaling dengan harga RM5. InsyaAllah. Mata aku akan sembuh tak lama lagi. Aameen.
***
Aku sedang menyejukkan badan di hadapan kipas gedang, sambil meneguk air sejuk dari freezer. Peluh menitis dari dahi turun ke tepi bibir. Tentu masin rasanya. Tiba-tiba ada bunyi hon beberapa kali.
Siapa saja daa ... bagi la salam kok ye pun. Inikan madrasah.
Aku terus duduk tanpa memperdulikan. Hanya meninjau dari celah tingkap yang sedikit renggang kayunya dan nampak kereta sendiri yang tercegel di depan pintu rumah. Ah.
"Mama .. ada pos laju. Dia suruh mama sain." Hidayat anak bertuah datang terburu-buru.
"Hah? Pos apa pulak. Eh cepat kamu je sain."
Tak lama kemudian Hidayat anak bertuah datang menghulurkan bungkusan nipis yang lebih besar dari saiz
A4 paper. Terbeliaklah mata melihat kiriman dari utara.
Ia adalah kiriman buku karya guru bahasaku dulu, Cikgu Ismail Hanapiah, yang kini kembali ke kampung halaman beliau di Pulau Langkawi.
Alhamdulillah. Semoga ada manfaatnya. Jazakallahu khoyr katheera buat cikgu Mail yang terkenal garang dan tegas mengajar. Hingga kini aku menyimpan rajuk yang tak siapa perasan, tetapi saat ini ia sirna begitu sahaja diganti rasa sejiwa. Andai ada umur yang panjang diberi kesempatan oleh Allah SWT, aku berhajat menziarahi cikgu insyaAllah.

Monday, October 13, 2014
Menitis air mata membaca rangkap-rangkap wasiat anakanda. Bertarikh 11 Oktober 2014. Entah apa musababnya. Aku tak tahu.
"Mama, baca ni. Menangis membacanya." kata puteriku tiba-tiba. Di tangannya ada telefon bimbit berwarna putih.
Wasiat biasa sahaja. Namun yang tersirat di sebalik wujudnya wasiat biasa ini, membuat hati bergetar jantung berdebar.
"Kita semua akan sama-sama tulis wasiat juga." putusku tiba-tiba pula.
Pasti ada rahsia Allah menggerakkan hati anakanda menyusun wasiat itu. Rahsia Allah untuk kita semua. Air mata yang mengalir dikeringkan. Ia pasti akan menitis lagi. Sehingga jasad disemadikan di dalam ruang berdinding dan bertilam tanah. Kali terakhir air mata kan tumpah.
Alhamdulillah, syukur ya Allah. Tuhan yang Maha Hidup lagi Maha Kekal selamanya. Setiap jiwa pasti kembali ke sisiNYA. Semoga perjalanan kita dimudahkan Allah SWT dan dosa-dosa kita diampuniNYA. Semoga aib kita disembunyikanNYA dan keburukan kita diganti dengan kebaikan dariNYA. Semoga perpisahan diredhoiNYA dan pertemuan denganNYA penuh gembira. Aameeen.

Wednesday, October 8, 2014
Mencatat dari Sri Pantai, Mersing.
Pakai kacamata baru, masih kabur juga menatap skrin laptop. Rabun apakah ini?
Alhamdulillah, kenduri tahlil dan kesyukuran yang dihajatkan selesai dengan sempurna dan membahagiakan. Ramai juga tetamu yang datang, khususnya kehadiran kaum wanita. MasyaAllah. Lama sudah tidak mengadakan kenduri di rumah ibu kandungku ini. Dan lama juga aku tidak bertemu muka dengan jiran-jiran berdekatan yang ada bau-bau bacang. Mereka tidak mengenali aku.
"Eh ni sapo ni? Ani ko?"
Apabila jawapan diberikan, begini pula ~ "Ooo patut la gomok sikit. Ani tak gomok." Aduhaii ... Aku tak gemuk! Tolongggg ... aku cuma sedikit berisi daripada kakak aku. Apatah lagi musim perayaan macam ni ..
Hehe ...
Memikirkan bab makanan untuk tetamu, aku bertenang sahaja. Sehingga masa semakin dekat untuk menyenduk dan menghidang. Allah juga yang bagi cukup dan sedap semuanya. Alhamdulillah, makanan mencukupi. Seperti yang aku jawabkan pada pertanyaan dari sesiapa dan juga dari hati sendiri yang kadang-kadang timbul cuak ragu, 'insyaAllah Allah bagi cukup, insyaAllah." Ia adalah harapan dan doa. MasyaAllah, benar ia cukup dan bakinya hanya sesuai dibawa ke sarapan pagi esoknya. Ada juga dibekalkan untuk beberapa orang tetamu yang istimewa.
Bertemu dengan mantan penerbit drama tv RTM, kakak aku menunjukkan novel kepada beliau. Katanya, dia sudah 6 tahun pencen, sekiranya masih di RTM boleh sahaja dia mempromosi Seharum Doa Bonda untuk didramakan. Di pintu, dan dia tetamu akhir yang bersiap untuk pulang, kami berbual sekadarnya. Dan dia mendoakan kejayaanku di masa hadapan; yang sangat menyukakan aku. Aameeen.
Post aku tentang ini di page Seharum Doa Bonda rupa-rupanya mendapat perhatian dari my loving dear sifu. Respon beliau, 'mazzuin, andai mmg ada rezeki kat situ, pastikan ia melalui ITBM k.. penting ni'. Aku tak faham sangat maksud sifu tetapi InsyaAllah aku rasa tiada masalah dan tiada persoalan dari diriku untuk mematuhi nasihat beliau.
Resah. Resah adalah sesuatu dari hati. Hati adalah wadah yang mencintai kebenaran. Andai sesuatu yang kau lakukan tidak selari dengan kehendak Allah, maka resah akan datang tanpa kau pinta, tanpa kau sedari. Resah adalah kata kunci untuk cerpen yang sedang aku cuba selesaikan. Bergelut dengan jadual kehidupan yang di luar kebiasaan semasa cuti perayaan seperti ini, aku hanya mampu memikirkan di kepala berbanding menulis untuk membaiki cerpen itu.
Novel pula macamana? Tarikh tutup pertandingan di akhir Januari 2015. Aku tak dapat meneka bila akan selesai. Untuk mengembangkan plot bukanlah mudah untuk aku yang masih 'muda setahun jagung' di dunia penulisan novel. Ura-ura berpindah rumah lagi, aku memang tak dapat jangka apa-apa tentang novel ini. Cuma, walau apapun, aku masih menjaga standard kesempurnaan. Kalau tak sempurna aku akan biarkan ia berlalu begitu sahaja. Pasti ada hikmahnya ~ untuk memujuk diri dan hati. Kecilkan dunia besarkan akhirat. Semenjak lama, aku sentiasa berdoa semoga Allah SWT yang Maha Pengasih mengizinkan dan membaiki karyaku. Aameeen. Penting untuk aku mengukur kemampuan diri. Pertandingan penulisan hanya satu wadah di antara sekian banyak cara. Usah kecewa.
#dalammoodbercutitakdapatnaktulispanjangwalaupunbanyakceritamenarik
***
Setelah beberapa ketika baru aku ingat kaca mata ini multifocal. Untuk aktiviti di skrin laptop ada gayanya apabila harus menggunakan kaca mata si tua. Hmm ... aku sudah tua. Bukan, aku sedang tua. Ohh, aku di penghujung muda. Patut la pakai kaca mata pun masih kabur alahai ...

Wednesday, October 1, 2014
Perlahan-lahan rasa bengang yang datang beransur pudar. Tak mengapalah. Perut pun dah kenyang, perasaan enjoy sedikit berborak isu menarik dengan teman di Whats App. Hanya rasa terkilan masih ada.
Bukan apa. Pagi-pagi telinga sudah mendengar kata-kata kutukan. Mengapa mesti manusia mengutuk manusia lain? Adakah manusia yang menentukan jalan takdir manusia lain? Aku selalu fikir, daripada mengutuk manusia lebih baik mendoakan manusia. Mengutuk memang sedap, puas hati aku!!! Betul tak? Abih keluar semua dalam perbendaharaan kata maki hamun..
Sudah jelas dalam hadis, ada banyak doa yang sangat ampuh lagi cepat makbul. Yang paling cepat ditunaikan adalah doa untuk saudara tanpa pengetahuannya.
Berkata yang buruk, dapatlah yang buruk
Berkata yang baik, dapatlah yang baik.
Tetapi nafsu manusia memang nak puaskan hati belaka. Adakah puas benar? Hidup kat dunia ni hanyalah sementara. Dan manusia selalu lupa. Itulah masalahnya.
Maka sebab itulah kena cakap pasal iman tiap-tiap hari. Besarkan akhirat kecilkan dunia. Dunia ni memang Allah jadikan indah dan menarik nafsu. Manusia ikutilah nafsu, yakinlah tak ke mana. Puas benarkah? Mungkin, tetapi hanya sebentar sahaja. Nafsu akan mencari lagi dan lagi. Mulut akan berkata lagi mengikut kehendak nafsu. Semua pancaindera. Kasihannya manusia.
Kemudian tiba waktu lelah. Tua menjelma. Tau-tau dan nazak. Allah ...
Ya Allah, berilah dia hidayat supaya dia sukakan kebaikan dan bencikan kejahatan. Berilah kami semua hidayat dan pilihlah kami semua untuk membantu agamaMu. Terimalah kami, ampunilah kami, tutupilah aib kami dan tukarkan keburukan kami dengan kebaikan dari sisiMu. Aameen.
* pelajar bergotong-royong untuk bercuti esok.
Bukan apa. Pagi-pagi telinga sudah mendengar kata-kata kutukan. Mengapa mesti manusia mengutuk manusia lain? Adakah manusia yang menentukan jalan takdir manusia lain? Aku selalu fikir, daripada mengutuk manusia lebih baik mendoakan manusia.
Sudah jelas dalam hadis, ada banyak doa yang sangat ampuh lagi cepat makbul. Yang paling cepat ditunaikan adalah doa untuk saudara tanpa pengetahuannya.
Berkata yang buruk, dapatlah yang buruk
Berkata yang baik, dapatlah yang baik.
Tetapi nafsu manusia memang nak puaskan hati belaka. Adakah puas benar? Hidup kat dunia ni hanyalah sementara. Dan manusia selalu lupa. Itulah masalahnya.
Maka sebab itulah kena cakap pasal iman tiap-tiap hari. Besarkan akhirat kecilkan dunia. Dunia ni memang Allah jadikan indah dan menarik nafsu. Manusia ikutilah nafsu, yakinlah tak ke mana. Puas benarkah? Mungkin, tetapi hanya sebentar sahaja. Nafsu akan mencari lagi dan lagi. Mulut akan berkata lagi mengikut kehendak nafsu. Semua pancaindera. Kasihannya manusia.
Kemudian tiba waktu lelah. Tua menjelma. Tau-tau dan nazak. Allah ...
Ya Allah, berilah dia hidayat supaya dia sukakan kebaikan dan bencikan kejahatan. Berilah kami semua hidayat dan pilihlah kami semua untuk membantu agamaMu. Terimalah kami, ampunilah kami, tutupilah aib kami dan tukarkan keburukan kami dengan kebaikan dari sisiMu. Aameen.
* pelajar bergotong-royong untuk bercuti esok.
Monday, September 29, 2014
Yang aku hajatkan dah jumpa, tapi aku masih berpusing-pusing lagi di dalam kedai jamu yang besar ni. Banyak betul barangan produk bumiputera yang ada. Naik juling biji mato den. Anak bongsu k mengekori sahaja.
"Tak mo beli pape ea," aku pesan beberapa kali. Biasa la pesanan penaja mesti ada. Tapi akhirnya dia datang dan bagitahu dia dah ambik perapi syampo shayla. "Ok," angguk saja.
Si bongsu ni, kalau boleh di setiap persinggahan aku, dia pun nak juga membeli untuk dirinya. Memang aku dah cam sangat. Berbakul pesanan dalam perjalanan, ditambah semasa aku mencari barang, tetap dia sempat rembat sesuatu. Ada je keperluan dia. Melainkan sesuatu tu dia baru je beli, memang tak diizinkan beli lagi. Nanti muka pun monyok macam tertelan ubat pahit.
Dalam berpusing-pusing seluruh pelusuk kedai tu, sambil remind diri jangan lama sangat karang masuk call haa menjawab! Suami tak turun kereta, park kat tepi kedai je. Aku kurang suka kalau ditunggu, sebab aku sentiasa rasa lama sangat bila dalam penantian. Maka aku tak suka suami menunggu aku membeli barang. Seeloknya bersama-sama cari barang. Lepas tu tengok saja la dia pilih barang dia jugak, lagi banyak lagi mahal dari barang aku. Tapi kali ni dia tak boleh tinggalkan kereta nanti kena saman. Si bongsu saja menemankan aku.
Akhirnya teringat sesuatu.
"Mama nak cari lipstik la dik."
Si bongsu segera menjawab. "Heii mana boleh mama beli gincu. Tak baik. Tabarruj. Berdosa."
Adohaii ... "Eh bukan nak pakai bagi orang tengok. Mama nak melawa kat abah je."
Lepas bayar, aku pun masuk kereta dan rasa aman. Alhamdulilllah. Tak ada call masuk sebab suami sibuk dengan fesbuk dia. No worries dah, kalau tengah memandu pun jeling fesbuk tak de nak risau dia marah menunggu lama sangat, tapi aku pulak yang kena sound dia sebab membahayakan nyawa. Mujur dia jarang-jarang buat macam tu.
Aku pun bukak kotak lipstik dan oles ke bibir. "Bang, ayang beli lipstik." Dia tak pandang pun. Tak nampak apa sebab terselindung di balik niqob. :D
"Mama, nak tengok lipstik." Si bongsu bersuara dari seat belakang. Dah agak dahhh ...
Aku pun bagi kat dia. "Haa tutup bebaik. Sapu sikit je. Jangan tekan." Teringat satu ketika dulu zaman bersolek bergincu sakan, dia dan kakaknya menyelongkar isi beg aku, antaranya lipstik aku selesai penyek dikerjakan.
Aku toleh, dia senyum simpul. Wahh ... cantik bibir hang!
Supaya suami tak rasa terpinggir, aku pun berkata, "Abang, lipstik ni lelaki pempuan boleh pakai. Bibir hitam hisap rokok nanti cerah balik." Tak dilayan langsung. :P Tapi suami tunjuk gambar wanita cantik dari Thailand pulak. Owh insan dua alam rupanya, huhu ...
Pagi ni di tingkap dapur.
"Ehhh mamaaaa ... mama pakai apa?"
"Well, pakai gincu la"
"Wahhh cantik bibir."
"Siap kolagen lagi nih .." sambil buat muncung itik. Depa pakat gelakkan aku. "Gincu ikut darah."
Warna natural is better. Teringat zaman belum bernikah. Sempat jadi dealer ustaz, menjual produk Ana. Paling laris adalah lipstik ikut darah jenama Ana.
* berhenti di gerai tepi jalan Jalan TAR, membelek syawla panjang.
"Adik ni mak paksa pakai ke atau nak pakai sendiri?" Seorang wanita yang sedang duduk di tepi kain-kain yang bergantungan bertanya kepada si bongsu.
Aku baru selesai membuat pembayaran di dalam gerai. Wanita bertudung yang manis wajah ni bertanya lagi pada si bongsu. Suami aku memerhatikan sahaja.
"Pakai sendiri." jawab si bongsu dengan nada malu-malu kucing.
"Owh kalau macam tu ikhlas la pakai ye." kata wanita ni lagi.
Aku yang baru selesai memasukkan uncang ke dalam handbag terus hulur tangan kepadanya dan beri salam, 'Assalamualaikum.'
Kami segera berlalu pergi. Aku tak perduli apa. Aku hanya selalu mengingatkan anak-anak perempuanku supaya azam istiqomah memakai purdah atau niqob. Kami lebih selesa dengan niqob yang tutup dahi. Hanya sesekali kami mengenakan purdah, terutama semasa bersama keramaian dengan keluarga, di mana ada ahli keluarga jauh yang jarang-jarang bertemu turut hadir.
Ya Allah, aku azam berniqob hingga akhir hayat. InsyaAllah. Demikian juga dengan anak-anak dan keturunanku. Pilihlah kami menjadi pembantu agamaMu dan kebanggan Rasulullah SAW. Aameen.
***MATI IS ANYTIME.

Sunday, September 28, 2014
Aku berdoa semoga buku-buku terbitan ITBM akan masuk semua kedai-kedai buku seluruh Malaysia. Aameen insyaAllah.
Tadi aku dan suami ke Pustaka Mukmin Jalan TAR mencari sesuatu keperluan. Aku rayau jeling-jeling kot-kot ada buku sorang tu. Tak de. Masa bayar novel SAYA TUNGGU AWAK yang akhirnya terjumpa di situ, aku tanya kat lelaki jaga kaunter.
"Buku terbitan ITBM ada ambik tak?"
Dia termenung sejenak. "itbn?"
"Bukan. ITBM." Aku sebut 'mmm' panjang sikit.
Dia geleng kepala sambil tekan mesin duit, pulangkan baki duit bayar novel yang kubeli. "Tak ada ambik."
Dalam kereta, aku terfikir. Tak ada salahnya dan walau apa pun sebabnya, aku berdoa "Ya Allah semoga semua kedai-kedai buku seluruh Malaysia akan ambil buku-buku terbitan ITBM untuk dijual di rak-rak buku di kedai mereka."
Suami dan si bongsu (yang mengikut pulak hari ni) diam je. "Aameen kan le!"
"Aameeen ..."
Alhamdulillah. InsyaAllah. Tak tau bila tapi satu hari tak lama lagi buku-buku terbitan ITBM akan memecah masuk ke dalam rak kedai-kedai buku seluruh Malaysia. InsyaAllah.
Allah sudah siap untuk memakbulkan doa seseorang sebelum doa itu dipanjatkan ke hadratNya. Aku yakin. InsyaAllah. Dan Allah malu untuk melihat hambaNya menadah tangan melainkan DIA akan memperkenankan doanya. Alhamdulillah. Maha Pengasih Maha Penyayang Maha Pemurah Allah SWT Pencipta seluruh alam.
* sejak aku sibuk menghebohkan aku menulis novel beberapa tahun lepas, ada insan-insan yang telah sudi hendak berkongsi kisah mereka untuk dijadikan idea novel aku seterusnya. Ada kisah pelajar hensem romeo yang kuciwa. Ada kisah seorang insan yang mengukir bahagia dari derita kehidupan lampau.
* Yang terbaru, kelmarin punya cerita, yang memang berdenyut juga kepala mendengarnya.
"Mama, bila nak buat novel kisah saya?"
... "Kisah kamu ni heavy la. Kena stail novel dewasa baru thrill. Mama kena menuntut lagi baru boleh buat novel kamu ni." Berdenyut kepala semula.
Ya Allah, izinkanlah aku berkarya dan jadikanlah ia sebagai asbab kebaikan. Aameen insyaAllah.

Saturday, September 27, 2014
Hari ni tak ada peluang nak tulis panjang-panjang. Sibuk (perasan macam sibuk :P ) mengedit cerpen untuk pertandingan. Bukan edit, tapi mengolah. Bukan olah, tapi dah tukar plot dah adoiiii ... Sebab plot asal tu tak ada ending, terjumpa masa godek laptop. Bila feel masa tulis tu dah hilang, nak settlekan hari ni jadi macam tak real.
Oh ya sejam yang lalu aku share pic kucing aku posing serius macho kat fesbuk page Kelab Kucing Ku Sayan. Setakat ni gambar tu dapat lebih 200 like. Aku hanya nak cover perasaan dukacita para pecinta kucing yang pedih luka dukacita dek post lama di page tersebut, tak mau sebut apa post tu. Sedih sedih ... Harap cuaca di page kembali happy macam selalu. Cheer up guys. Doa hidayat untuk semua seluruh alam, aameen.
So tangguh dulu. C U tomoro.

Friday, September 26, 2014
"Napa tak makan ubat lagi?" jerkah kat dia. Tangan kanannya masih memegang kotak kecil ubat berwarna merah. Tentu dia belum makan ubat tu lagi.
Dia tersengih-sengih. Dia dah siap-siap baring dah tunggu aku letak madu kat biji mata dia. Matanya paling merah. Merah sebab asyik diusik dengan jari. Bikin aku geram je.
"Sekarang bangun gi makan ubat ni. Tadi sibuk nak ubat kan. Ceri beri la hapa la ... satuuu! duaaaa! ti.." dia bingkas bangun sambil sengih-sengih lebar.
Sementara menunggu dia makan ubat, aku ke bilik ustazah untuk titiskan madu ke mata ustazah. Mudah benar berurusan dengan orang matang dan lebih dewasa. Ustazah yang masih dalam mood honeymoon ni rileks je walaupun matanya terkejip-kejip kepedihan. Selesai alhamdulillah.
Lepas tu dia baring balik. Dah siap-siap peluk bantal kusam. Haishh!
Aku berlutut di sisinya. "Okay, awak cool je. Rileks. Ni madu tau. Bukan cili. Lembutkan badan awak. Turunkan tangan awak ke tepi."
Aduii ... aku pujuk dia lemah-lembut. Kalau tak cair jugak tak tau la ... Dia sengih-sengih. Kejang je badannya. Pelik sungguh.
"Awak lebih suka ubat mata yang pahit kat tekak tu?"
"Pedih la mama. Macam taruk cili."
"Ok awak nak letak cili ke letak madu??"
"Madu la mama huhu ..."
"Awak tau tak, madu ni sunnah. Kat syurga ada sungai madu. Kat sana awak main cedok-cedok je nak minum madu." Aku cuba bagi bayangan, yang mana tentu jauh dari hakikat sebenar. Apa yang ada di syurga tak pernah terlintas di hati dan fikiran manusia, tidak pernah menyentuh pancaindera ahli dunia.
"Haah kan mama. Kat sana nak menyelam dalam sungai madu pun boleh." ketua pelajar yang sudah lama aku titiskan madu di matanya, tiba-tiba menyampuk.
Akhirnya dapat juga aku titiskan madu ke mata kanan dia. Serta-merta dia mengejip-ngejipkan mata sekuat hati hingga madu mula terkeluar bersama airmatanya. Arghhhh!!!
"Janganlah kejip mata kuat sangat. Habih keluar tu ha!" aku sergah dia. "Sekarang mata sebelah pulak. Turunkan tangan awak ni. Rileks je. Jangan kejip la susah nak titiskan madu ni la ... alahaiiiii"
Memang yang seorang ni fobia benar dengan ubat. Madu ke susu ke hapa ke apatah lagi ubat doktor. Ada lagi seorang. Berdua la kiranya. Sanggup menahan demam begitu sahaja.
Senang je aku nak cakap. "Lain kali jangan ngadu sakit itu sakit ini. OK?"
Selepas berjaya juga titiskan ke mata kirinya, sepantas kilat dia kejip mata lagi. Grrrr!!! Sukahati awak la.
Aku beredar menghampiri pelajar lain pula. Anak aku sendiri rupanya. Pun sama je lebih kurang perangai, sebab dia dah terasa agak pedih sedikit selepas kali pertama titisan madu masuk ke matanya. Bikin geram jugak. Lepas tu menangis pulak. Sabar jeh ... Settle.
Aku pandang balik kat dia. Haihh siap peluk bantal kat muka!!!
"Awak lap bantal tu kat mata awak ye??? Awak tau tak, awak dah lap nanti karang awak sentuhkan lagi bantal tu kat mata awak, dah elok boleh sakit balik mata awak. Kat bantal tu dah ada kuman-kuman tau tak."
Secepat kilat dia menolak bantal kusam hingga tercampak ke hujung kakinya. "Dah mama, saya dah jauhkan bantal ni."
Adoiii, bila sorang-sorang aku teringat balik perangai pelajar kat sini, sengih juga dibuatnya. Ada macam-macam kerenah, perangai, keletah. peristiwa yang sentiasa mewarnai kehidupan di sini. Apa yang pasti, semuanya mengajar aku juga. Memberi nilai kepada kehidupan aku sendiri. Nilai yang tidak aku jumpa di luar sana.
* petang semalam berlaku satu kes amuk. Sayangnya aku tak pandai nak melempang macam suami aku. Cakap je kang lempang kang, tapi tak pernah pun buat. Aku hanya boleh tolong redakan amuk dengan cara yang aku tahu. Dan aku tarik orang yang aku rasa boleh aku uruskan. Ikut kemampuan diri la. Last sekali aku suruh diam. Kalau nak bercakap jugak aku pun tak menahan. Tapi lepas tu kita akan boikot dia separuh gila. Amacam? Lone Ranger ok lagi. Kalau dah setakat budak-budak sekolah tadika je yang nak melayan awak, suka ke? Budak bermasalah tu, semakin lama semakin tak ada yang nak melayannya. Kasihan dia. Kasihan kasihan ... kasihan kepada ibunya, kasihan kepada ayahnya. Semoga Allah memberi hidayat kepada mereka dan kita semua, aameen.

Thursday, September 25, 2014
PROMOSI UNTUK KAUM HAWA
Aku sudah menggunakannya, maka barulah boleh buat promosi. Promosi ini pula bukanlah untuk diri aku sendiri, macam promosi novel sulung aku SEHARUM DOA BONDA tu. Promosi ini untuk memanjangkan kebaikan kepada kaum sejenis.
Snowdrop. Ia menjual CLOTH PAD yang bukan sahaja selesa digunakan, kemas buatannya dan cantik. Kain yang digunakan lembut dan senang dihilangkan kekotoran padanya.
Apa dia CLOTH PAD? Senang cakap, pad kain.
Kalau dulu-dulu, orang perempuan koyakkan kain batik lusuh yang dah tak nak dipakai tu, lipat lipat dan guna untuk menampung darah haid. Lepas tu barulah ada dijual pad pakai buang. Pad pakai buang ini dibuat dari bahan terbuang yang dikitar semula, seperti suratkhabar dan kotak-kotak. Ia diproses dan warna dilunturkan sehingga jadi putih bersih. Tetapi sebenarnya, ia tetap bahan terbuang yang tidak sihat untuk digunakan.
Dua tahun lepas aku sempat jadi dealer pad mahal yang dibuat dari bahan bersih, bukan bahan terbuang. Habis dijual dan habis menggunakannya, lepas tu tak sambung beli pakai. Kenapa ye? Mahal kot. Lepas tu nak repeat order dengan orang lelaki yang menjualnya pulak. Dah banyak kali jadi dealer bermacam jenis pemakanan sihat dan barangan, aku jadi lemah nak buat tempahan macam ni. Dengan kata lain, aku sudah meninggalkan zaman beli barang kat dealer direct selling atau yang sekufu dengannya.
Baru-baru ni tergerak hati nak cari cloth pad. Beberapa ketika sebelum tu, aku baca isu pad pakai buang akan disabotaj oleh pihak tertentu dengan meletakkan virus AIDS dan sejenis dengannya yang apabila digunakan oleh wanita, akan menyebabkan jangkitan. Target mereka khusus kepada wanita Islam. Biasa la, mana ada yang setuju dengan Islam dan penganutnya. Ada je yang nak dibuat nak bagi cantas ugama Allah ni. Hampeh.
Kebetulan ada ustazah yang menjualnya di madrasah puteri aku, tapi kurang mendapat sambutan. Aku pun deal untuk try jual di sini. Alhamdulillah ada sambutan jugak. Lepas tu aku search kat internet dan bertemu dengan brand Snowdrop ni.
Try search, insyaAllah akan jumpa. Boleh whats app, dan ada page kat fb.
Jadi, demi kebaikan bersama kita orang perempuan ni, aku dengan serius mencadangkan penggunaan CLOTH PAD sebagai alternatif kepada pad pakai buang. Ia mahal sedikit tetapi berbaloi untuk KESIHATAN ANDA.
Nak tau lebih lanjut, silalah layari web berkenaan. Ada beberapa jenis mengikut saiz dan aliran haid.
Orang lelaki pun elok concern bab ni. Sayangi isteri dan anak perempuan anda. Hadiahkan mereka CLOTH PAD sebagai tanda kasih sayang. Tak ada salahnya pun. Jangan kedekut sangat ok!
* ada orang kata cerita SEHARUM DOA BONDA telah membuatkan airmatanya bergenang. Ye, aku faham. Semasa menguliti manuskrip ini dengan sifu, beliau sudah mengelap airmatanya sendiri. Bukan tujuan aku sengaja nak orang cry, ia hanya sebuah kisah yang berlaku dan telah berlalu. Aku tak nangis sebab aku kuat jiwa bab ni insyaAllah. Tak percaya? Doesn't matter mehhh ... haha.

Wednesday, September 24, 2014
Malu sungguh.
Aku azam tak akan pergi kedai itu lagi selepas ini. Semoga budak tak berjanggut yang jaga cashier tu memaafkan aku. Semoga Allah memberinya hidayat dan memudahkan semua urusannya dunia akhirat. Semoga doa ini dapat gantikan rasa aibnya dibuat dek aku.
Sudah tiga empat kali aku menjeling kedai ini. Terpikat melihat pisang-pisang ranum kuning emas yang banyak tergantung. Aku berangan-angan nak buat pisang goreng, tetapi sayangnya yang dijual hanyalah pisang untuk dimakan. Bukan pisang untuk digoreng. Maknanya tak sesuai untuk digoreng.
Maknanya aku masih lemah dalam mengenal jenis pisang. Mungkin itu pisang montel. Cantik ranum. Enak dimakan begitu sahaja.
Aku singgah lagi. Ramai juga pelanggan yang datang. Aku pun membuat pembayaran. Sesudah selesai, aku pun berlalu. Tak jauh dari kedai, tiba-tiba terdetik di hati nak rekod nama barang kat resit (hanya ada harga dan nombor scan) dan ketika itulah aku lihat macam ada kesilapan harga.
Aku beli sabun baju dan bayar asing sebab ia bukan barang madrasah. Belikan kiriman pelajar. Yang lain tu barang madrasah le. Untuk dibuat sarapan pagi. Tapi aku tengok sudah scan harga sabun dan tadi aku bayar lain sabun tu. Kenapa dia suruh aku bayar dua kali? Ini tak boleh jadi ni. Dah la ramai pelanggan datang kedai tu. Kesilapan mesti dicantas dan dibetulkan. Nanti banyak pulak ada penipuan harga. Macam khabar yang terjadi pasaraya-pasaraya, entah kes terpencil entah memang ada tektik untuk melariskan barangan hampir tamat tempoh. Aku tak pasti.
Hari semakin mendung tanda akan hujan sebentar lagi. Aku pun turun dari kereta. Wahh macam garang je nih!
Aku perhatikan je dia. Budak tu cool je melayan pelanggan. Ada seorang pekerja lain perhatikan aku pulak. Hairan agaknya melihat aku pegang resit pembelian.
Aku pun menyampuk memecah ketenangan apabila melihat dia macam tak perasan je aku berdiri tercegat kat tepi kaunter. "Awak scan harga sabun lepas tu awak minta duit lagi tadi." kata aku tegas dan jelas.
Tegas menegakkan kebenaranku. Budak tu, yang aku konfius bangsanya, tapi ni kedai aceh rasanya, tapi macam iras-iras Bangladesh je, pun belek resit tu. Dia tekan-tekan kalkulator. Lepas tu dia keluarkan duit yang secukupnya sesuai dengan harga sabun baju yang aku maksudkan. Aku masih tak puashati. Macam masih tak cukup je, kenapa aku berkira sangat pulak ni?
Aku tekan-tekan calculator kat hp samsung. Tadi dah kira dah, masa kat dalam kereta. Bila kat situ blur pulak. Budak tu pun sebut satu satu barang yang aku beli. Alamak!
Aku mula rasa ada yang dah tak kena dengan aku sendiri. Macamana aku boleh lupa aku ada beli santan kotak?
Budak tu kata aku beli lima kotak. Aku rasa dia pun dah blur. Aku jawab, ye ada tapi tiga kotak je.
Huhu ... lepas tu kan ... aku pun masuk balik dalam kereta. Hujan dah makin lebat. Aku dah pulangkan balik duit yang dia bagi untuk 'claim' aku tu. Dalam kereta, aku capai setiap barang dan belek harga. Kira lagi. Sebenarnya dia dah silap harga. Sekarang, aku yang sepatutnya bagi RM1 kat dia.
Betul buat aku termenung sejenak. Kalau suami aku ada, apa dia akan kata? Teringat pula ini untuk makanan yang jadi darah daging aku dan khususnya pelajar yang sedang menghafaz.
"Harga dia RM2.70" akhirnya aku turun dan siap bawak satu kaya roti tunjuk kat dia.
"Ya saya salah harga. Saya kira RM2.50." Dia senyum sumbing. "Tak mengapalah." Geleng kepala.
"Maaf ye. " Aku letak duit RM1 di depannya dan cepat-cepat berlalu.
** aku rasa sangat malu. Aku tak akan singgah lagi kat kedai tu sampai hujung tahun.
** Semoga Allah makbulkan doa untuk dia. Semoga Allah pilih dia keluar dakwah seluruh alam. Aameeen.

Aku sudah bertanyakan hal ni. Hairan sungguh, kerana semua kutukan tidak dijawabnya. Seperti seorang abid yang sibuk beribadah. Manusia biasa seperti aku memang musykil dibuatnya. Tinggi sungguh tahap kesabarannya.
Aku pun bertanya. Baru terfikir nak bertanya. Dan aku pun ajukan soalan bersama sedikit cerita pendek untuk menyokong pertanyaan.
Berjela jawapan yang diberikan.
Membuatkan aku ternganga tidak percaya, tapi ... benarlah tidak ada angin masakan pokok akan bergoyang.
Pagar tempat aku bertenggek mula berbunyi 'prakkk'...
* berselindung di sebalik telunjuk.

Tuesday, September 23, 2014
Betapa ...
Mengapa ...
Ya Allah ...
Pagi ini hati tersentap.
Menatap tubuh kecil yang mengerekot bahana kezaliman tentera zalim yang tidak berperikemanusiaan mengenakan seksaan arus elektrik kepada seorang kanak-kanak lelaki.
...
Aku mula buruk sangka.
Entah apa lagi kezaliman yang mungkin telah dilakukan oleh manusia. Di mana-mana.
Mengapa ...
Mengapa???
Aku lihat kucing terbelah muka mungkin dilibas dengan senjata tajam. Apa salah kucing tu? Curi ikan? Menyelongkar tong sampah? Mengapa sampai diperlakukan sedemikian sekali?
Ya Allah, turunkanlah yang zolim dan naikkanlah yang adil. Allah sebaik-baik Pemelihara dan Maha Pengasih lebih dari orang-orang yang mengasihani. Tentu Allah tak akan membiarkan si penzalim berleluasa. Hanya diberi sedikit masa sahaja. Semoga Allah memberinya hidayat. Namun doa orang yang dizalimi sudah terangkat. Maka tunggulah sahaja. Nauzubillahiminzalik.

Monday, September 22, 2014
mengapa aku menulis?
Aku menulis cerpen kanak-kanak. Dunia kanak-kanak sangat dekat denganku. Anak-anak yang dari lahir berada di hadapan mata. Mengendalikan kanak-kanak di tadika dan nurseri. Menatap wajah jernih dan mata bening bayi yang comel dan suci bersih. Mereka adalah sebahagian dari kita, walau di mana usia kita. Maka aku mahu lakaran kisah mereka abadi dalam cerita.
Aku berkarya novel remaja. Asuhan dan gerakan menguja dari seorang sifu yang berpengalaman. Asalnya tetap kisah kanak-kanak. Akhirnya bertukar watak menjadi remaja. Ada perjuangan dan cabaran. Remaja tidak pernah berpisah dengan tandatanya yang terus berkembang. Perasaan ingin tahu, teka meneka, agak mengagak, cuba mencuba, try and error, sambil memerhati dan mempelajari untuk menjadi dewasa. Zaman remaja penuh keterujaan dan semangat membara. Dada yang selalu berdebar-debar. Angan-angan yang tidak bersempadan. Azam dan keinginan yang diasuh menjadi cita-cita. Ada sedih, sayu, pilu, risau, rengsa, duka, cemburu, irihati, dengki, benci, serba tak kena dan rindu cinta sayang kasih yang bergelodak berpadu bersatu di dalam jiwa. Ada luka yang tidak sembuh menjadi nanah. Ada juga guris berdarah yang tinggal parut sahaja. Ada hati yang bersih, ada hati yang kebal, ada hati yang lembut, ada hati yang keras. Baik hati maka baiklah diri, sebaliknya pula.
Di sini, ada sesuatu yang bernilai. Hati yang sentiasa ditempa alunan ayat-ayat Al Quran adalah umpama wadah yang selalu dibersihkan dan diisi dengan kesucian. Bersih dan suci itu menyerak, menyerap, menyeluruhi dalam diam-diam.
Semuanya hanya Allah yang Maha Mengetahui.
* aku nak tulis lain, jadi lain ... hmm ...

Sunday, September 21, 2014
"Mama macam bagus. Tapi mama cuma nak pastikan semua berjalan lancar."
"Mama, nape?" tanya puteri.
"Mama macam banyak cakap. Tapi sebenarnya mama bukan jenis banyak cakap. Mama suka sunyi, senyap, tak bising-bising. Mama tak suka kepoh."
Teringat aku bagi arahan itu, arahan ini kepada pelajar-pelajar. Jegil mata. Serius. Kerut dahi. Renung tajam-tajam. Geleng kepala. Terus-terang saja.
Tapi, mereka ketawa. Mereka tetap macam biasa. Mereka sudah simpan aksi dan isi hati aku dalam poket mereka. Mereka selamba saja.
Hanya aku terasa. Aku pulak yang terasa. Aku tak suka dengan kekecohan dan kekepohan diri sendiri. Aku bukan jenis kepoh dan banyak cakap. Aku suka diam-diam dan perhati. Aku suka duduk belakang-belakang. Aku suka duduk belakang tabir saja. Tapi kadang-kadang ...
Untuk menutup kekepohan dan kekecohan diri, aku cipta jarak dengan pelajar. Cipta jarak dengan sekeliling. Tapi hanya sebentar. Sebab aku bukan duduk dalam hutan banat sendirian. Aku di Lil Banat dengan pelajar pilihan Allah yang sedang berjuang dalam susah dan resah. Riang dan gundah silih berganti.
Allah jua yang memudahkan semua urusan. Semoga Allah memaafkan dan mengampuni dosa-dosaku (dan kita semua) yang sengaja dan tidak sengaja, dan membaiki semua urusan kita. Serta memimpin kita ke jalan keredhoaanNya.
"Mama ..." Zahra berdiri di sisi aku rapat-rapat. Aku geleng kepala. Tadi dia tanya. Tadi tadi tadi lagi pun dia tanya. Sehingga aku ambil tab dan bertanya khabar kepada uminya, tadi-tadinya tadi. Tiada jawapan. Tanda betul right masih satu. Tanda belum dibaca.
Dia tiba-tiba meletakkan wajahnya ke bahu. Bahuku mula basah. Aku yang dalam mood kepoh dan kecoh masih memberi arahan itu arahan ini kepada pelajar, sedang pelajar pula memerhati aku sambil tangan mereka bekerja, memerhatikan Zahra yang tersedu perlahan di bahuku. Aku tepuk bahu Zahra, semoga dapat menenangkan dia sedikit. Apa lagi yang dapat aku lakukan?
"Mama, Zahra nangis!" kata seseorang.
"Iyaaa ... teruskan kerja awak la."
Tangisan adalah hakikat kesedihan yang muncul dalam bentuk airmata dan sedu-sedan.
"Sabar ... InsyaAllah nanti umi awak baca. Doalah banyak-banyak." Aku hanya dapat menyuruh sesiapa yang mengadu untuk terus berdoa. Apa lagi yang kita boleh lakukan, dalam keadaan kita tak dapat berbuat apa-apa, jika tidak BERDOA DAN TERUS BERDOA TANPA PUTUS ASA?
Ia adalah satu keadaan terdesak, hampir putus asa, risau, sedih, hampa, dan tak dapat berbuat apa-apa.
Hai ibu! Dimanakah gerangan ibu yang ditunggu ketika bonda tercinta telah datang menjenguk puteri masing-masing ...
Aku menulis novel Seharum Doa Bonda, tentang rintihan dan kerinduan seorang puteri kepada bondanya yang budiman. Hari ini aku menyaksikan airmata seorang puteri yang juga kerinduan kepada bondanya yang tega hati tidak mengendahkan dia, entah apa sebabnya, datang pun menghulur barang berkirim dengan teman yang dibawa sama, sedang si bonda duduk membeku di dalam kereta.
Sedemikian tega hatimu wahai bonda. Apalah silap dan salah yang dilakukan oleh puterimu agaknya?
Semoga Zahra terus tabah dan sabar menghadapi ujian ini. Allah tidak menguji seseorang lebih dari kemampuannya. Dan mintalah Allah bantu menyelesaikannya.
Mari berharap sepenuh hati kepada Allah semata-mata.
Ya Allah. Kami semua pasti akan kembali kepadaMu jua.
*hari jamuan tahunan telah selesai dengan sempurna, alhamdulillah.

Thursday, September 18, 2014
"Mama, menci Kak Zack tu!"
Aku pun menoleh memandang wajahnya, yang lengkap bertudung dan berjubah semua serba hitam. Ada putih-putih sedikit di tepi bahagian pipi pada tudung itu, entah apa. Tudung warisan dari kakaknya. Jenis dua lapis. Dia sukakan tudung itu kerana kainnya ringan dan tidak panas.
"Kenapa? Tetiba je?" tanya aku dengan nada yang sangat cool. Biasa la mesti ada yang tak kena di mana-mana.
"Kak Zack tu, menci. Kalau dia panggil baby time baby tengah semak, baby benti je. Tapi bila dia tengah semak, baby panggil dia wat tak tau je. Pastu baby kata la napa tak memenuhi hak orang muslim? Pastu dia marah, dia kata tak nampak ke akak tengah semak. Menci dia!" Langsung dia menangis.
Aku perhatikan je. Macam comel je. Aku tengok bibirnya yang senget-menget herot-merot dek menangis. Comel bila budak-budak menangis. Suka aku tengok. Dia punya ekspresi tu bukan dibuat-buat, memang real. Sungguh-sungguh dia nak menunjukkan betapa sedih dan betapa kecewanya dia diperlekehkan dek Zack.
"Dia tengah semak, napa panggil dia?"
"Baby nak duk sebelah Aqira. Kan ustazah S tak datang, jadi mudirah suh kombine kelas. Tapi kak Zack tak bagi."
Hmm ... gitu. "Abih, baby duk mana?"
Airmatanya mengalir tapi sedikit saja. Aku rasa macam tak nak menangis sangat je.
"Abih tu baby kena duduk sebelah adik beradik dia la." Erkk ... macam ramai je adik-beradik Zack haha ... sebenarnya Zack ada seorang adik lagi yang belajar di sini.
"Oooo jadi kak Zack kat sini, pastu baby pastu kakak Danisyah la ye?" Maknanya dia di tengah-tengah antara dua beradik ni. Dia angguk-angguk dengan mulut masih herot-merot ekspresi tangisan.
Aku menarik nafas sambil merenung jauh, yang tersekat dek dinding bilik. Tak dapat jauh sangat renungnya huhu ... Mencari ayat mahu menyusun kata buat si manja.
"Sebenarnya semua ni sebab kita tak jaga amal. Masuk saf lambat, tak buat khidmat sempurna, main-main time taklim." Dia diam. "Kalau mama tanya kak Zack, tentu dia ada alasan dia. Baby pun ada alasan baby. Sebenarnya kita check diri kita sajalah. Tentu ada tak kena di mana-mana."
Aku cuma mengambil pengajaran dari mereka. Pengajaran dari orang kecil yang sangat besar kesannya. Mereka pernah memberitahu, ustazah mengabarkan apa yang terjadi di kalangan mereka sendiri yang kalut dan banyak masalah timbul, adalah kerana tak jaga amalan harian. Paling utama ialah bab solat dan adab-adab harian yang sunnah, yang nampak remeh-temeh, contohnya makan guna kain saprah, masuk rumah dengan kaki kanan dan beri salam, dan lain-lain.
Dia sudah tidak herot mulut lagi. Airmatanya dilap kering dengan tudung. Wajahnya sudah cool. Dia menghulur tangan untuk bersalaman. Aku cium pipinya. Seminggu lepas kemain wangi lagi, suka aku mencium dia berkali-kali. Tapi masuk minggu ni aku cium hangit je. Dah komplen tapi masih hangit, walaupun katanya minyak wangi masih ada. Tak tau mengapa membiarkan diri hangit. Mungkin wangi itu sudah lali pada hidungnya hingga malas nak semprot. Entah la ... Maka cium jugak la, walaupun hangit berpeluh.
Alhamdulillah. Dia berlalu dengan wajah jernih, masuk ke kelas semula.
"Jangan cakap pape kat kak Zack, diam je. Boleh?" Aku berpesan, bimbang hatinya yang masih terguris termpias pada bicara atau jeling mata atau reaksi apa sahaja. Bahasa badan sangat mengesankan.
* Ciuman, pelukan dan perkataan sayang adalah petua ajaib untuk menambat hati.
*******
Itu cerita awal hari.
Petangnya, Zack yang khidmat di rumah Ustazah N balik dalam keadaan geram. Moncong. Rupa-rupanya sebelah selipar sudah kena sorok. Aku yang sedang melayan beberapa orang, sambil menunjukkan cloth pad yang baru sampai dari Ipoh, menjeling si dia yang tiba-tiba menyelit di sebelah aku.
"Sorok selipar Kak Zack eh?" serkap jarang saja.
Dia tunduk. Lepas tu berlagak macam tak ada apa-apa. Yang lain-lain, Syafa, Syawiena, Hasanah dan Syahidah tidak memperdulikan hal yang aku timbulkan. Mereka masih teruja melihat cloth pad yang menarik pelbagai warna.
"Kalau betul, gi amik bagi dia balik." Buat tak tau je.
Maghrib pun hampir tiba. Firah yang disuruh ustazah N datang ke rumahnya pula, masih mengomel entah apa, aku suruh carikan selipar Zack. Entah dengar entah tidak. Kalau dengar pun entah ingat entah tidak.
********
Jam 1030 malam.
Aku picit loceng menandakan ada sesuatu. Nampaknya Zack sudah maklum. Tiba-tiba saja dia menyahut sambil berlari anak datang untuk mengambil anak kunci padlock pagar.
"Ya mama, saya datang ni ..." Lembut suaranya. Memang sejak dia masuk ke sini, ustazah sudah perkenan untuk melantik dia sebagai ketua. Boleh diharap, komen baik ustazah. Aku pun bersetuju. Tapi petang tadi, selepas isu selipar Zack tu, masing-masing yang join grup cloth pad, mencurahkan rahsia betapa mereka bengang dengan ketua pelajar yang lemah lembut.
Tragis.
"Baca penuh tartil. Saya tak sempat nak basuh baju mama!" kata Syahirah. "Eeeee bengang la!"
"Mama, dia baca camni ..." Syafa berdiri sambil buat gaya angkat takbir dan mula membaca ayat dengan perlahan. "Kami semua dah habis mama, dia lom habis lagi."
"Eh malam ni dia uzur kan. Fuhh nasib. Kalau tak lambat la habis solat tasbih. Dia baca sepatah sepatah ..."
"Ya dia ada tanya mama. Tak ok ke baca ikut tartil. Mama kata ok je tapi jangan la lambat sangat. Dia kata biasa je dia baca." Aku teringat Zack pernah bertanya beberapa hari sudah. Ooo ada isu dalaman rupanya.
Itu semua komplen yang masuk mencecah gegendang telinga aku petang tadi. Aku simpan masuk peti ingatan.
Tiba-tiba Syawiena datang. Syahirah pun muncul.
"Selipar awak hilang? Dah jumpa?" tanya aku pada Zack yang masih berdiri di depanku. Dia geleng kepala. "Cuba cari arah sana tu, tadi petang ada yang cakap ada selipar kat situ." Aku tunjuk arah longkang kecil dekat pagar depan.
"Tu selipar Humairah, mama." kata Zack.
Syawiena tiba-tiba gelak sambil pandang aku. "Hihihi mama ni wat wat tak tau plak."
Aku terpaksa sengih. Apa la, bukak rahsia pulak. "Ooo mama serkap jarang je tanya dia petang tadi tu. Serkap jarang, pastu dia ngaku pulak. Dia angguk kan?"
"Dia tunduk je, ngaku la tu hihihihi ..."
Hehe ... tiba-tiba anak bongsu muncul. "Haa esok ambik selipar kak Zack bagi dia."
"Dah la ..." jawab anak bongsu selamba.
"Mana ada!" kata Zack pula dengan pasti.
"Dah ada la kak. Tak caya meh tengok." ajak anak bongsu, menarik tangan Zack menuju tempat banyak selipar bersusun.
*******
Tak lama selepas tu, aku, Syawiena dan Syahirah melihat je perangai anak bongsu berdukung belakang Zack. Haihh ... sabar saja la ...
"Kak nak dukung belakang."
"Nak manja la tuh!" kata Zack.

Wednesday, September 17, 2014
Seharum Doa
Tajuk buku aku yang diberi oleh jemaah editor dengan perkenan big bos di ITBM ialah Seharum Doa Bonda. Aku sebaik dimaklumkan tentang tajuk ini yang menggantikan tajuk asal dari sifu, iaitu Dedikasi Buat Ibu, merasa teruja. Dedikasi Buat Ibu sangat menepati cerita yang dibawa oleh novel ini. Seharum Doa Bonda pula satu rangkai kata yang indah pada fikiran aku. Semenjak itu aku dengan senang hati menggunakan tajuk ini untuk ganti nama diri di fesbuk. Sementelah pula, aku difahamkan nama wanita juga adalah aurat yang mesti dirahsiakan, sekaligus sebagai promosi tidak langsung.
Namun kini nama aku telah tertera di atas kulit buku itu. Seandainya insan-insan yang pernah berurusan denganku suatu waktu lampau terpandangkan nama ini, mungkin terlintas sedikit ingatan samar-samar yang membuatkan kening berkerut nipis.
* Aku pernah terima seguni surat salam kenal dari seluruh Malaysia, barangkali, di usia sekolah rendah, gara-gara menghantar nama untuk mencari rakan di majalah kanak-kanak. Tak larat den dibuek eh! Posto pun poning hari-hari hantar surat ke rumah den. Omak laie poning mano nak disusupkan surat yang menimbun. Aku hanya berjumpa dengan seorang kakak di Merlimau (kalau tak silap), datang bertandang, sempat berutus surat beberapa ketika kemudian putus begitu sahaja. Seorang lagi kakak di Pulau Pinang, sering berutus surat dan menerima kiriman hadiah hari lahir kemudian hilang juga. (Maaf, kena mintak maaf kot-kot ada yang dulu-dulu kecik ati aku tak balas kan, sebab jari halusku waktu itu tak mampu nak menulis banyak, lom ada komputer, kalu tak boleh den taip dan print jeh ... say tima kaseyyy n salam kenal jugok ...)
Ok, cuma kenangan silam.
Di grup sekolah menengah, ada yang menulis Seharum Doa Sahabat. Mintak hint? Takde pulok ...
Seharum Doa Ayahanda
Seharum Doa Suami
Seharum Doa Anakanda
Seharum Doa Nenda
Seharum Doa Kekanda/Adinda
Seharum Doa Pelajar
Seharum Doa Mudir/Mudirah
Suami aku tiba-tiba menyenaraikan begitu. "Nanti ayang buatla kompilasi, koleksi atau travelog tajuknya seharum doa dot dot ..." Dia serius, atau macam serius. Aku je yang tergelak.
Lawak la sangat! Serius la sangat ye!
Ok. Aku tambah satu, Seharum Doa Jemaah.
Lagi satu, Seharum Doa Rasulullah SAW.
Ada lagi, Seharum Doa Malaikat Maut.
Lagi ... Seharum Doa Bidadari.
Lagi? Seharum Doa ... apa dia?

Tuesday, September 16, 2014
Menulis di FB hanya untuk promosi novel sulung dan menulis atau sharing sesuatu yang serius, ada makna tersirat di sebalik yang tersurat, untuk insan terpilih lagi tersayang. Tak ramai, seorang sahaja. Selebihnya untuk diri sendiri. Sesiapa yang ingin berkongsi dan terasa sama, serta ingin insan terpilih dan tersayang miliknya turut berkongsi rasa, dia akan share.
* Petikan mafhum ayat Al-Quran dan hadis Nabi SAW adalah sesuatu yang serius. Demikian juga dengan kutipan kata-kata alim ulama.
Menulis di Whats App hanya untukmenyebok bercanda-canda urusniaga online, ikram ibu-ibu pelajar yang mengambil berat hal anak-anak melalui warden aka tukang masak bidan terjun ini, menyampuk perbualan ipar-duai vogue, perbincangan tidak rasmi, tukar-tukar cerita dengan dear friend, post tarbiyah dan perkembangan sekitar masturat.
* Lain-lain contact adalah 'kes terpencil'.
LINE sudah semakin ditinggalkan. Yang menarik adalah stickers yang membantu ayat yang diluahkan. Tak ada ayat, tempel sticker pun dah ok. Boleh je buat orang geram dengan stiker korek lombong atau ketawa jelir lidah. Bila tak aktif di sana, rajin pulak dapat macam-macam promosi iklan termasuk mekdi. Rasa nak uninstall je tapi rileks dulu. Tiba-tiba ada yang menarik. Dear friend yang amat jarang menulis panjang dah menyusun ayat satu paragraf. Tunggu dulu!
We Chat, langsung tak aktif. Bila tak aktif, aku rasa ntah apa-apa di situ.
Blog ... yess ... di sini aku rasa masih ok. Tapi hari ni tak boleh menulis lebih. Aku dah mula menukil novel baru untuk sayembara. Aku dah sampaikan hajat pada semua wali khusus untuk mohon doa. Mereka macam biasa bagitau telah dan sentiasa mendoakan aku. Alhamdulillah. Semoga Allah makbulkan. Aameeen.
Menulis terus dari kepala. Semoga Allah mudahkan dan baiki urusan kita semua.
Aku tak buat catatan sangat. Congak dalam kepala je. Semoga dapat jimatkan masa, sebab kalau aku buat draf, aku akan leka dengan adjust draf sampai makan banyak masa. Boleh jadi bertahun.
Semua kebaikan dari Allah. Yang buruk dan kelemahan dari diriku jua. Mohon maaf kepada semua. Jumpa lagi.
* Petikan mafhum ayat Al-Quran dan hadis Nabi SAW adalah sesuatu yang serius. Demikian juga dengan kutipan kata-kata alim ulama.
Menulis di Whats App hanya untuk
* Lain-lain contact adalah 'kes terpencil'.
LINE sudah semakin ditinggalkan. Yang menarik adalah stickers yang membantu ayat yang diluahkan. Tak ada ayat, tempel sticker pun dah ok. Boleh je buat orang geram dengan stiker korek lombong atau ketawa jelir lidah. Bila tak aktif di sana, rajin pulak dapat macam-macam promosi iklan termasuk mekdi. Rasa nak uninstall je tapi rileks dulu. Tiba-tiba ada yang menarik. Dear friend yang amat jarang menulis panjang dah menyusun ayat satu paragraf. Tunggu dulu!
We Chat, langsung tak aktif. Bila tak aktif, aku rasa ntah apa-apa di situ.
Blog ... yess ... di sini aku rasa masih ok. Tapi hari ni tak boleh menulis lebih. Aku dah mula menukil novel baru untuk sayembara. Aku dah sampaikan hajat pada semua wali khusus untuk mohon doa. Mereka macam biasa bagitau telah dan sentiasa mendoakan aku. Alhamdulillah. Semoga Allah makbulkan. Aameeen.
Menulis terus dari kepala. Semoga Allah mudahkan dan baiki urusan kita semua.
Aku tak buat catatan sangat. Congak dalam kepala je. Semoga dapat jimatkan masa, sebab kalau aku buat draf, aku akan leka dengan adjust draf sampai makan banyak masa. Boleh jadi bertahun.
Semua kebaikan dari Allah. Yang buruk dan kelemahan dari diriku jua. Mohon maaf kepada semua. Jumpa lagi.
Monday, September 15, 2014
Menulis dalam nada insaf.
Rasa kurang sihat. Kurangnya rasa sihat membuatkan aku lemah, letih, lesu, gementar, lembik dan hilang daya. Hilang juga nafsu. Perjalanan menjelang waktu Maghrib memang tidak baik. Sudah disabdakan oleh baginda Rasulullah SAW. Tetapi aku harus melakukannya. Dan menjadi asbab, barangkali.
Selepas kembali ke rumah, sepanjang malam lenaku resah. Entah apa yang tak kena. Aku tak dapat mengenalpasti. Hampir sejam sekali aku terjaga. Kepala tidak berdenyut sangat. Bukan demam. Tidak pula batuk selsema. Aneh. Tetapi dalam keadaan baring santai, terasa benar lenguh satu badan. Benar-benar meresahkan.
Pagi semalam, ketika pelajar menghulur tangan bersalaman, rutin mereka setiap kali bertemu dan berpisah walau hanya di pintu dapur, masing-masing memberitahu tanganku panas. Demam?
Aku cari pencatat suhu yang baru dibeli suami. Tak reti guna, manual tak jumpa, tekan-tekan saja. Akhirnya suami bantu mengukur suhu badan di dahi, eh, normal je. Suhu badan sihat.
Alhamdulillah.
Tetapi aku masih rasa serba tak kena. Walau apa pun semoga ia menjadi kifarah dosaku.
Semuanya dengan izin Allah. Sudah tertulis di Luh Mahfuz tentang ini. Satu ketika di satu masa aku tiba-tiba rasa serba gelisah dan Allah sahaja yang Maha Tahu asbab serta hikmah semuanya. Mungkin juga teguran dari Yang Maha Lemah Lembut terhadap diriku yang kurang prihatin.
Mungkin ada kaitan dengan HATI. Seketul hati yang baik ia, baiklah seluruh anggota, dan sebaliknya pula.
Aku mesti belajar menjadi IKHLAS. BAIK SANGKA. Dan berusaha membersihkan jiwa raga.
Wajah seorang wanita yang semakin lama semakin aku terpesona. Lembut dan bercahaya. Senyumnya manis. Aku sering teringatkan dia. Perlahan-lahan aku menjadi kagum padanya. Aku percaya dia juga seorang yang amat tabah. Semoga kehidupannya sentiasa dalam limpahan rahmat dan hidayah Allah, aameeen. Bersyukur kerana dapat mengenalinya, walaupun ketika ini hanya dari jauh sahaja.
Teringat pula pada Lina (bukan nama sebenar). Aku terlupa mahu membalas pesanan ringkasnya. Dia mengadu masalah diri. Kasihan wanita 30-an ini, yang bernikah dengan seorang warga tempatan yang sudah berumur dan kemudian tidak diperdulikan. Mengapa jadi sedemikian? Sudah 2-3 kali dia meluahkan isi hatinya, berkala pula. Ya Allah, berilah dia petunjuk hidayahMu. Izinkan daku memberi sesuatu makna dan Engkau berilah faham kepada Lina. Kasihanilah dia, yang masih tercari-cari erti bahagia. Senyumnya bukan bermakna gembira rupanya.
Hai manusia, kau kejar dunia, dunia akan meninggalkanmu. Kau kejar akhirat, dunia datang dalam keadaan hina kepadamu.
Ya Allah, mudahkanlah Al Quran dan As Sunnah untuk kami. Jadikanlah kami berpegang kepada keduanya sampai hari kiamat, aameen.
*Hidayat seluruh alam, ya Allah ya Tuhanku. Aameen.

Saturday, September 13, 2014
Tak sempat nak temberang lebih-lebih hari ni. Jadual macam padat je nih! Ish!
Jap lagi nak masak. Mudirah dan pelajar ada mesyuarat pukul 11 tapi aku mohon tidak hadir huhu ... alasan masak le, apa lagi? Lagi pula aku boleh sahaja bermesyuarat dengan mudirah melalui whats app. Sudah pun selesai sebentar ini hehe ... Aku khabarkan menu yang bakal dihidangkan iaitu nasi arab ayam bersama kambing golek. InsyaAllah itulah menu yang sudah ditetapkan setakat hari ini, semoga tidak berubah hingga hari jamuan Lil Banat pada Ahad minggu depan, 21 hb nanti.
Lepas tu nak bawak Hasanah pergi beli kasut. Kasut sarung hitam miliknya hanya tinggal sebelah. Dicari entah ke mana, tak jumpa juga. Hasanah akan pulang ke Kemboja pada cuti Aidil'Adha awal bulan Oktober ini, hanya untuk seminggu. Mungkin bawa dia ke EONBig Kota Kemuning.
Lepas Zuhor nak ke arah Kajang, ziarah dan bermesra dengan ipar-duai dan mertua. Jamuan BBQ suka-suka oleh adik ipar.
Malam tadi aku dah jumpa informasi tentang SAYEMBARA Penulisan ITBM-Pena-BH yang dimaklumkan oleh Puan Noraini Eslah melalui fesbuk. Sempatkah? Tak sempatkah? Ada beranikah? Semua dengan izin Allah. Allah izin, jadi. InsyaAllah. Apa yang nak aku pertandingkan? Novelkah? Sajakkah? Hmm ...
Ketika suami bertanya, mengapa aku tak boleh berlama-lama di rumah adiknya petang ini, setelah aku khabarkan "ayang nak balik cepat, tak boleh lepak lama-lama ..." huhu ... musykil sungguh suami aku ni ... maka aku khabarkan tentang sayembara ini. Dia angguk-angguk. Setuju maknanya tu kan? Alhamdulillah.
"Hmm bang, cadang nak masuk sayembara penulisan ITBM, macam nak hantar novel je ... sajak tu pun macam nak hantar je ..."
"Sajak tu nak kena edit dulu tu ..."
"Napa lak nak edit? Kan ke sajak sesuai dengan suasana masa ia ditulis? Sebab tu sajak ada tarikh tulisnya." aku semberono saja sebenarnya. Suami diam. Sajak dia tentulah sajak cinta untukku dulu tu hahaha ... kenapa pulak nak edit, kan?
Setiap kali aku menyalin sajak-sajak itu semula, aku letih menulis tarikhnya, kekadang tempatnya juga. Di kantin, di bilik kaunseling, waktu tengah malam, waktu awal pagi ... tetapi apabila tarikh terutamanya, ditiadakan, sajak itu seperti hilang sesuatu. Seperti wanita anggun yang tercicir subang sebelah di telinganya. Err ... hentam la labu.
Azam. Dah baca ni, doakan saya dapat menyelesaikan sesuatu dan menghantarnya ke alamat berkenaan, sampai ke tangan penerima dan lulus dipertandingkan. Sebelum atau pada tarikh tutup pertandingan. Dan MENANG!
Hehe ... aameeen aameeen aameeen ... Ada hati mahu menang eh? Berangan sambil berharap memang best.
Apa ada pada kemenangan? Yang penting kebenaran dapat disampaikan, walaupun satu ayat.
Semua dengan izin Allah jua. Semoga menjadi asbab hidayat seluruh alam, Allahumma aameen, insyaAllah.

SAYEMBARA PENULISAN ITBM-PENA-BH KEMBALI LAGI!
-
Sayembara Penulisan ITBM-PENA-BH
tahun lalu telah melakar sejarah penting dalam menyemarakkan bidang
kesusasteraan negara. Kali ini, ia kembali lagi dengan membuka peluang
lebih besar kepada penulis dari seluruh tanah air!
Tiga kategori dipertandingkan iaitu NOVEL, KUMPULAN CERPEN, DAN KUMPULAN PUISI masih dikekalkan dan hadiah bernilai lebih RM130,000 ditawarkan kepada pemenang!
Syarat-syarat Penyertaan:
PENGHANTARAN:
Manuskrip lengkap berserta borang penyertaan boleh dikirimkan melalui e-mel kepada: sayembara2@itbm.com.my
ATAU
Dicetak dan dihantar melalui pos kepada:
URUS SETIA
SAYEMBARA PENULISAN ITBM-PENA-BH II
WISMA ITBM, NO. 2 JALAN 2/27E, SEKSYEN 10,
WANGSA MAJU, 53300 KUALA LUMPUR.
(U.P.: MOHD ROZLAN MOHAMED NOOR)
atau
URUS SETIA
SAYEMBARA PENULISAN ITBM-PENA-BH II
RUMAH PENA
961-7, JALAN DEWAN BAHASA DAN PUSTAKA,
50460 KUALA LUMPUR.
(U.P.: AZALAN HUSSAIN)

Terbuka kepada semua warganegara Malaysia tanpa mengira had umur.
-
Karya perlu asli, hasil karya sendiri dan ditulis dalam bahasa Melayu.
-
Peserta dibenarkan menghantar lebih daripada satu penyertaan untuk
mana-mana kategori yang disertai. Bagaimanapun, peserta hanya layak
memenangi satu hadiah sahaja bagi setiap kategori.
-
Karya mestilah belum/tidak pernah disiarkan dalam mana-mana bentuk penerbitan.
-
Peserta perlu memberikan maklumat dan butiran diri dengan mengisi borang penyertaan yang boleh dimuat turun dengan KLIK DI SINI dan DI SINI (Versi Microsoft Words).
-
Karya perlu ditaip kemas, langkau dua baris dengan jenis tulisan Times New Roman atau Arial bersaiz 12 poin dalam kertas bersaiz A4.
-
Kepanjangan karya :
a. NOVEL: Minimum 200 halaman. Setiap penyertaan mestilah disertakan dengan sinopsis tidak lebih dua (2) halaman. b. KUMPULAN CERPEN: minimum 12 buah cerpen.
c. KUMPULAN PUISI: minimum 45 buah puisi.
-
Manuskrip yang telah dihantar tidak akan dikembalikan.
-
Karya tersebut juga tidak dibenarkan untuk diterbitkan di mana-mana
penerbitan atau menyertai mana-mana pertandingan lain sehingga
pengumuman pemenang diadakan.
-
Penganjur mempunyai hak untuk menerbitkan dan menterjemahkan karya
yang menyertai sayembara ini. Namun jika penulis tidak dihubungi
penganjur dalam tempoh tiga (3) bulan selepas pengumuman pemenang,
penulis dibenarkan untuk menerbitkan karya terbabit dengan mana-mana
penerbit lain.
-
Tarikh tutup penyertaan: 31 JANUARI 2015.
-
Penyertaan yang tidak memenuhi atau melanggar syarat sayembara akan ditolak.
-
Keputusan panel hakim adalah muktamad. Sebarang rayuan atau surat-menyurat tidak akan dilayan.
PENGHANTARAN:
Manuskrip lengkap berserta borang penyertaan boleh dikirimkan melalui e-mel kepada: sayembara2@itbm.com.my
ATAU
Dicetak dan dihantar melalui pos kepada:
URUS SETIA
SAYEMBARA PENULISAN ITBM-PENA-BH II
WISMA ITBM, NO. 2 JALAN 2/27E, SEKSYEN 10,
WANGSA MAJU, 53300 KUALA LUMPUR.
(U.P.: MOHD ROZLAN MOHAMED NOOR)
atau
URUS SETIA
SAYEMBARA PENULISAN ITBM-PENA-BH II
RUMAH PENA
961-7, JALAN DEWAN BAHASA DAN PUSTAKA,
50460 KUALA LUMPUR.
(U.P.: AZALAN HUSSAIN)
Friday, September 12, 2014
"Hasanah, mari ke sini." Aku memanggil gadis yang duduk di sofa kayu berdekatan pintu masuk. Sofa itu infaq dari seseorang.
Aku meniti kaki lima dan duduk di atas simen yang masih suam. Hari ini panas terik. Bahangnya tersimpan di lantai simen. Belum pun Hasanah mampir, Syafa sudah bersila di depanku.
"Hasanah, mak ayah kamu kerja apa di kampung?" aku bertanya, memandang Hasanah yang memeluk tafsir Al-Quran berwarna ungu.
"Err mak saya tanam bakau." Aku terdiam. Tanam pokok bakau? Ini luar biasa. Tak pernah aku belajar dalam mata pelajaran Geografi dulu, ada tanaman pokok bakau.
Danisyah yang duduk di sebelah Syafa menyampuk, "Betul mama! Kata ayah saya, kalau kat rumah kita ada pokok bakau nanti AADK datang tangkap, walaupun pendek je pokoknya, paras ni .." bersungguh-sungguh dia menerangkan. Mukanya serius. Aku makin hairan. Tercengang pun iya. "Walaupun bukan kita tanam, dia tumbuh sendiri. Pun kena tangkap."
Syawiena datang, di tangannya ada dua bungkus burger yang dibeli dari ustazah.
"Syawiena, mak dia tanam pokok bakau?" tanya aku pada gadis yang berketurunan Kemboja tetapi lahir di Semenanjung Malaysia ini. Datuknya masih di sana, membuka sekolah pondok.
Syawiena bercakap dengan Hasanah. Aku tak faham kerana mereka bercakap dalam bahasa Kemboja.
"Alaaa mama, ni, nanti daun tu orang gentel-gentel gosok kat gigi. Macam ni ..." kata Syawiena menoleh memandang aku, dan buat aksi menonyoh sesuatu di sepanjang giginya.
Aku kerut dahi. Apasal pulak tumbuh sendiri pun jadi kesalahan??? "AADK tu mende?" tanya aku menoleh kepada Danisyah, jujur aku tak tau.
"Tu Agensi Antidadah Kebangsaan." jawab Danisyah, bangga sebab dia lebih maklum apa itu AADK.
Aku serta-merta terfikir sesuatu.
"OHHH ITU TEMBAKAU!!! Bukan bakau!"
Semua ketawa. Adohaii ... mana ada orang tanam pokok bakau yang tumbuh di sepanjang persisiran pantai tempat sang bedal menyorok tu.
Tiba-tiba, "Mama, sampai hati mama ea ... tak ajak saya borak-borak, saya rinduuuuuu sangat kat mama tau!" Siti Hajar meninjau dari tingkap dapur, tersengih-sengih ... Aku buat tak pandang je. Pagi jumpa, tengahari jumpa, petang jumpa, hanya kerana dia entah di mana time aku ajak Hasanah berbual ... biasanya tak diajak semua mampir begitu sahaja. Siti Hajar memang ...!

Thursday, September 11, 2014
Namanya Hasanah.
Gadis yang datang dari jauh semata-mata untuk belajar di madrasah ini. Usianya mencecah 15 tahun, namum nampak matang. Mungkin kehidupan keluarga yang susah di Kemboja membuatkan wajahnya selalu mendung. Mungkin juga rindu kepada ibu tersayang. Masakan tidak! Bahkan kepada udara yang sering menyisir wajahnya. Tentu ada beza.
Dia memang istimewa.
Semenjak Rosana kembali untuk berubat di Kemboja, Hasanah tinggal bersendirian. Dengan susah-payah dia cuba menyesuaikan diri dengan suasana serba baru di madrasah. Pelbagai konflik yang dipendam hanya diadukan kepada Zack, tetapi banyak yang disimpan sahaja. Disimpan untuk dikongsikan dengan Yang Maha Esa.
Walau hatinya selalu retak disabarkan sahaja. Sudahlah sejak awal dia payah hendak berkomunikasi dengan baik.
Alhamdulillah setelah beberapa ketika barulah dia lebih selesa. Wujud rasa saling memahami.
Matanya kembali berkilau indah dan senyumnya menawan. Mereka menghormatinya dan kasihan padanya. Yang muda bermanja dengannya. Yang tua meladeninya dengan baik.
InsyaAllah dialah gadis yang akan mewarnai novel seterusnya.
Tajuk awal : RUMAH PINK DI LORONG ABU.

Wednesday, September 10, 2014
"Dah dah, mama bad mood." kata aku. Serius. Aku tutup tingkap atas rapat.
"Alaa mamaaaa ..." tak makan saman ...
Tadi, semuanya ok. Hati aku sempat berbisik, seronok hari ni. Seronok dan sayang pada mereka. Tadi, suami yang mahu berangkat tiba-tiba mengetuk pintu mengabarkan tukang ukur dah datang. Mereka akan buat pengukuran di tanah lapang sebelah rumah pink.
"Diorang masuk dalam tak?" tanya aku, terfikir sesuatu. Ruang tengah antara rumah pink dan dapur pun termasuk dalam plan untuk pengubahsuaian.
"Hmm mungkin. Kalau masuk kang abang pesan suruh ketuk pintu."
Okay. Aku picit loceng sedikit. Kring!
Zahra berlari-lari anak datang mendapatkan aku yang menunggu di tingkap. Tiba-tiba Firah pun datang, eh Syahidah juga mahu mendengar. Hmm si gebu itu pun mahu tumpang semangkuk, Ika berlari lemah-gemalai sambil tersengih riang.
"Mama, saya yang datang dulu mama..." mata Zahra bulat memandang aku. Mengharap ada rahsia baru antara aku dan dia sahaja.
"Okay," aku merenung anak matanya. "Yang lain pasang telinga saja ea ... Nanti ada orang datang nak ukur tanah ikut pelan tu ..." aku ulang balik apa yang dikhabarkan suami sebentar tadi. "SO ... STANDBY!" aku beri isyarat dengan jari telunjuk dari kanan ke kiri wajahku. Maknanya bersedialah dengan niqob masing-masing sekiranya perlu.
"YESS STANDBY!!!" sahut Zahra, Firah, Syahidah dan Ika serentak. Mereka berpusing ke arah rumah pink sambil tergelak-gelak. Riang sungguh la ... riang diserapi perasaan seronok membayangkan bangunan baru asrama pelajar yang bakal dibina barangkali. Hai mujahidah!
Aku pun diserapi rasa seronok. Rasa sayang. Rasa ngam. Rasa happy. Tetapi ...
Tak lama kemudian, ketika aku semakin kelam-kabut dengan tumisan sambal tumis ikan sardin dan gorengan telur dadar di dua kuali bersebelahan, terdengar suara di luar.
"Mama ... nak ambik air." Itu suara Siti Hajar. Pelajar yang paling ngam dengan aku sejak awal lagi sehingga ada yang cemburu. Biasa la tu ...
Aku buka tingkap. Nah tu dia. Dua-dua tong air berada di depanku. Tiba-tiba sirna semua rasa indah dan best tadi. Rasa seronok dan happy. Mungkin rasa sayang masih ada di sana, ia tak mudah datang dan tak mudah pergi. Ok biarkan dulu rasa sayang di situ.
"Kenapa dua-dua kat sini? Siapa khidmat air semalam? Kan mama dah pesan, satu letak atas satu letak bawah. Tong ni tak transparent, semua main tekan je bila nak air. Dah tu bila tekan tak de air bukan nak bagitahu pun. Diam je. Sebab itu bukan tugas dia. Tugas orang khidmat air. Sudahnya dua-dua dah kosong baru nak datang ambik air. Mama pun kadang-kadang lupa. Kita ni manusia mudah lupa. Semalam mama pesan macamana? Semalam mama keluar kan, sebab tu mama bagi dua-dua tong. Tapi mama dah pesan kan. Kamu Zack, ada kat tingkap semalam masa mama pesan."
Siti Hajar berlalu pergi. Bukan tugas dia tetapi sejak awal lagi dia sangat rajin khidmat ambil air minuman. Setelah jadual khidmat disediakan, dia juga ambil kesempatan apabila orang berkenaan alpa atau lupa. Aku tidak memperdulikan dia sebab fokus membebel. Serius. Zack pun serius mendengar tetapi wajahnya masih lembut. Adiknya datang, yang khidmat air minggu ini. Danisyah seperti selalu mengaku tak tahu apa-apa. Aku menarik nafas. Jadual sudah disediakan masih tak ambil tahu, dan mengaku tak tahu apa-apa. Sikap klise orang yang nak menyelamatkan diri dari kesalahan. Aku terpaksa melakukan sesuatu sebagai tanda ingatan dan kenang-kenangan sampai bila-bila.
Aku mendekati Danisyah. Aku pegang bahunya dan tangan kananku meraba pinggang Danisyah. Aku kutil di situ. Sekadar memberi rasa tersentak dan sakit namun insyaAllah tidak berbekas. Hanya mungkin berbekas di hati. Aku tak sampai hati nak cubit semut api yang memberi kesan lebam biru. Masih cubit-cubit sayang haha .... Danisyah diam sahaja. Aku masuk dan tutup tingkap. Baru je nak kembali bertugas, suara Syafa memanggil aku kedengaran.
Aku keluar semula dan mendekati Syafa. Tanpa berkata apa-apa, aku lakukan perkara yang sama terhadap Danisyah tadi ke pinggang Syafa. "Semalam mama pesan apa?"
Syafa tercengang-cengang, agaknya cuba mengingati semula pesanan aku semalam. Dialah yang mengambil tong air kedua tengahari semalam. Akhirnya dia faham. Begitulah ...
***
Syirah, penolong ketua pelajar, berdiri di muka pintu. "Mama, nak khidmat taam tolong tak?"
"Tak perlu." Walhal aku agak kelam-kabut tetapi masih ada keyakinan akan selesai dalam sekejap masa. Masa untuk sarapan semakin hampir. Ah, mengapa aku selalu cool dan kemudian kelam-kabut. Tetapi ... tetapi ... ada nikmatnya. Thrill! It s enjoyable actually! Fokus dan siap! Haha ....
"Mama janganlah bad mood." Syirah yang banyak berkongsi rahsia hati dengan aku bercakap selamba. Ah, sebenarnya rahsia Syirah sudah menjadi rahsia umum sejak awal-awal lagi. Kategori personaliti ekstorvert, cepat membongkar perasaannya dan selalu berinisiatif. Anak bongsu yang perasa.
Kemudian, di tingkap rumah pink, Zahra menjerit halus, "Mama, jangan la bad mood mama ... haha ..." Aku yang sedang mengambil dua tong air kosong di depan pintu buat muka serius.
"Kejam! Kejam!" tedengar pula suara Sofia dari tingkap dapur.
Aku lantas berdiri tegak, "Sapa yang kejam???" Tetapi Sofia yang besar tinggi tetapi bersuar halus telah berlalu tanpa perasan aku bertanya begitu. Firah yang berkumur-kumur di singki dapur berdekatan tingkap itu angkat bahu, "Tak tau!"
Akukah yang kejam sebab membiarkan tong air kosong itu tergeletak sepi semenjak dihantar Siti Hajar tadi??? Arghh perdulikan! Aku faham, Sofia anak kawan baik suamiku itu memang pandai bergurau seperti ibu dan ayahnya juga.
Kini, mereka seperti menyimpan rahsia aku di dalam poket. Aku marah, mereka mengalah. Sebentar lagi suasana hangat akan kembali normal dan rancak semula. Hai mujahidah! Menyimpan amarah dendam is not my style, apatah lagi kepada kamu semua. Musim merajuk naik ke pucuk kelapa dan membawa diri ke pulau tunggal yang sepi sudah berlalu. Merapu melepaskan perasaan di LINE, hanya Z.A yang tahu agaknya haha ... Namun surat-surat pujukan dan meminta kemaafan masih aku simpan, special tu.
Rasa sayang selalu aku fikir-fikirkan. Sayang hendak meninggalkan mereka. Sayang kenangan bersama mereka. Sayang setiap saat dengan kerenah dan keletah mereka. Tetapi suatu hari tidak lama lagi, aku harus mengundur diri. Semoga insan pilihan Allah yang datang mengalas tugas luar biasa istimewa ini adalah seseorang yang jauh lebih baik dan lebih prihatin. Lebih pandai masak dan akan menyayangi mereka lebih dari aku.
Namun, biarlah aku tetap menjadi kenangan paling indah dan manis buat mereka sampai bila-bila ... dengan segala kerenah aku terhadap mereka pula.
Hai mujahidah!

Subscribe to:
Posts (Atom)
Search This Blog
Blog Archive
Terima kasih :)
utamakan Bahasa Melayu
Pantai Lumut
Pantai Mersing