Hadith


Beramal dan Menyampaikan


Random Hadith Widget

Bismillah

Bismillah

Tuesday, August 26, 2014

Baru je bagi pelajar air koko sedap dan saki-baki kuih raya yang ada antaranya belum dibukak atau dah bukak tapi aku belum sempat rasa.  Ketua Pelajar datang minta kunci pagar.  Kemudian datang lagi beberapa orang menempel kat pintu.  Seorang berbisik-bisik.  Hilang suara.  Alasannya akibat tinggi suara semasa nak suruh pelajar tidur (Jorna tidur).  Alasan lain, ustazah baru dari Bangladesh suruh naikkan suara semasa mengaji.  Kalau tune menurun je, ustazah akan bagi isyarat tangan suruh kuat lagi suara.  Hmm betoi ka alasan depa ni ... lagi satu, ada yang suka mendedahkan badan kat panas terik.  Panas dalam la tu ... Udah dibagi air rebusan beras barli tanpa gula tetapi kesannya masih slow.

Aku suruh Syuhada yang comel kecik cute yang dibawa ke klinik semalam sebab sakit tekak dan rasa nak demam supaya bagi ubat kemam kat yang sakit tekak.  Okey, kata dia sambil duduk atas basikal.  So sweet this girl.

Tak lama lagi tarikh aku lahir akan berulang.  31 Ogos.  Itu tarikh lahir formal tapi tipu je.  Sebenarnya lain.  Kalau lain, tentulah lebih awal dari tu.  So berapa hb sebenarnya? Nak bagi hadiah ke?  Hehehe ... Nak bagi hadiah anytime je boleh kan ..  Ada ke yang berhajat nak bagi kat aku?  Yang pasti, mak dah bagi awal-awal lagi.  Dia bagi blender buah siap bungkus dengan pembalut hadiah.  Sebabnya aku blender buah epal bila diminum rasa pedas.  Apa taknya, pakai blender cili.  Pengisar jus buah aku yang dibeli khas kat Limbang semasa aku mengandungkan Naqib dulu selamat jahanam bila suami angkut ke kedai, selepas blender buah yang pekerja pakai rosak.  Rezeki Allah bagi, dapat lagi tapi kena rajin beli buah dan rajin pakai blender tu. Kalau tak, buat perhiasan je jawabnya.

So, aku tau ada insan-insan yang teringin sangat nak tau umur sebenar aku.  Sebab aku ni bila menulis kat chat macam muda je.  Bila berjumpa kali pertama pun orang ingat aku muda hujung 20an.  Itu setahun yang lepas le .. Suami pulak kalau memperkenalkan aku, dia akan cakap, 'ni bini muda saya'. Bila orang buat muka blur, dia kata memang la bini muda sebab dia muda lagi.  Walhal beza aku dengan dia setahun 4 bulan je.  Mungkin orang besar tinggi ditambah jambang dan raut wajah serius nampak jauh lebih matang dari usia, berbanding dengan aku yang kecik tak kecik tapi molek ni.

**
Sebenarnya ada rahsia kenapa wanita Muslimah lagi solehah disuruh memakai pakaian berwarna suram dan lebih afdol berwarna hitam.  Selain tidak menarik perhatian lelaki di luar sana yang ajnabi, warna-warna suram dan gelap ni juga melindungi wanita dari kejahatan mistik yang tidak dapat dikesan dan dilihat dek mata.  Aura negatif yang boleh memudaratkan. 

Semalam ketika ke EONBig bersendirian sebab terpaksa menukar saiz pakaian yang dibeli kelmarinnya, aku mengekori seorang wanita yang juga berseorangan.  Mulanya aku tertarik melihat cara dia memegang tas tangan berwarna hitam tangkai keemasan.  Selamba rileks je dia pegang di hujung jari tangan kanannya.  Kalau kena rembat senang-senang je ni, fikir aku.  Semoga dia selamat, aameeen.  Kemudian dek kerana dia dah di depan aku, maka mudah je aku membelek dirinya dari atas ke bawah.  Tudung tak labuh sangat berwarna merah maroon.  Tak matching dengan maxi labuh berwarna biru abstrak yang membaluti tubuhnya yang agak gempal.  Yang indahnya, bila dia bergerak (berjalan) nampaklah alunan mengikut rentak kakinya dipandang dari belakang.  Wanita memang dijadikan indah oleh Allah.  Aku pun suka melihatnya.  Pakaiannya masih agak longgar tetapi warna biru berlorek-lorek agak abstrak itu tidak dapat menyembunyikan keindahan dirinya.  Aku yakin andai dia memakai pakaian lebih suram dan gelap, aku pun malas nak membelek sebab tak menarik, dan lenggoknya pun tak kenampakan ketara.  Maka selamatlah dia dari jamuan mata makhluk yang suka memandang sampai dia selamat masuk rumah.  Setakat memandang ok lagi kan.  Ada pulak yang menempel tanpa pengetahuan camana ...  Wallahua'lam.

TBC ~ to be continued ...






Monday, August 25, 2014

Hujan lagi.  Lebat juga.  Aku ternampak dari celah dua pintu dapur atas bawah yang renggang kelibat seseorang.  Mesti main hujan nih!  Aku pun bukak pintu atas dan sergah.  Anak aku rupanya sedang main basikal dalam hujan.  Haihh budak ni!

Bila aku jerit suruh masuk, dia jawab dia  nak mandi.  Aku cakap, pi la mandi dalam bilik air.  Yang main hujan sesorang buat apa?  Karang ada pulak yang join sama, sebab teringin.  Anak mama main hujan, kami pun nak main jugak.  Tapi masa ni semua ada kat dalam tengah mengadap sarapan, mungkin tak perasan seorang dah leka main basikal dalam hujan.

Aku jenguk rebusan kacang dal yang membuak-buak.  Kecilkan api dapur, kacau sikit dan biarkan senduk di dalam periuk.  Rebusan daging masih belum menggelegak.  Aku duduk balik depan laptop.  Hati menyuruh kopek kentang, tapi aku fikir tak mengapalah masih awal lagi.  Daging pun belum empuk.  Aku nak baca blog Darul jap.  Kemudian berpindah ke blog sendiri. 

Tiba-tiba terdengar jeritan suka si bongsu lagi.  Ini sudah lebih!  Kan ke aku suruh dia masuk tadi.  Aku  pun bangun dan menuju ke pintu sekali lagi.  Sambil tu jeling gelegar kayu yang semalamnya kemain bocor sampai becak lantai dapur, menitis ke dalam kuali yang sedang dijerang.  Sampai penuh kuali tu akhirnya dengan titisan air hujan.  Hmmm alhamdulillah, macam tak ada apa-apa pulak.  Jadi, ada benarnya teori suami ketika aku tekankan betapa dia kena segera buat sesuatu kat bumbung zink tu.

Semalam ketua pelajar dan beberapa orang lagi bergilir memanjat tangga biru aku, mengait kain baju tudung seluar bagai yang dicampakkan dek Huril ke atas bumbung semasa cuti hari raya tempohari.  Teori mak aku la tu!  Dia menghabiskan hampir seharian mengemas dapur maka di hari yang panas terik terasalah bahang duduk di dapur yang beratap rendah dan berdinding semuanya zink.  Dah tujuannya untuk sementara sahaja kan di samping nak jimat kos yang akhirnya tetapi sekali ganda dari kos yang ditetapkan oleh mudir.  Memang tak boleh ikut bugdet beliau, memang lebih dari budget sebagaimana target suami aku.  

Maka mak usul lagi cadangan menyejukkan dapur dengan kaedah mudah penyejukan dari atas.  "Pi baling kain baju tak pakai ni kat atas bumbung.  Nak bagi orang pun orang tak nak ni.  Nanti sembur dengan air paip.  Sejuklah nanti dapur ni."  Walhal kain baju tu elok-elok belaka tetapi ada yang tak muat, ada yang sentimental macam sepasang baju Naqib umur setahun yang aku tempah di Brunei, tudung yang sekarang aku dah tak pakai sebab tu jenis lipat dan pin.  Maka Huril pun melempar satu persatu sampai habis dua kotak.  Banyaknya baju ni baru aku perasan selepas pelajar mencampakkan balik ke atas lantai simen.  Bersepah sepanjang tepi longkang kecil, penat aku mengutip dan masuk mesin basuh.  Nanti buat kain lap pakai buang.  

Maka betullah teori suami.  Puncanya aku juga yang bertanya hairan.  Apasal atap zink  ni menurut ke bawah tapi air boleh keluar dari celahan zink yang menurun tu?  Sepatutnya air tu terus turun jatuh ke longkang?  

Jawab suami, "Mak hang la tu!  Perasan bila air tiris ni jadi teruk?  Lepas mak suh baling kain atas atap kan?  Bila ada kain, air tersekat nak turun laju.  Kalau hujan lebat air yang dah tersekat tu melimpah balik masuk dalam rumah. Tu je citernya." 

Mak aku jugak yang punya salah ... haihh.  Mak mertua dia jugak la.

Aku bukak pintu.   Aikk!!! Ada tiga budak kecik (yang paling muda dipanggil budak kecik) berada di luar rumah pink.  Seorang tentulah anak aku di atas basikal dengan belon kuning di mulut.  Seorang lagi tengah tercangak-cangak dalam hujan pun dengan belon hijau di mulutnya.  Seorang di kaki lima tengah termenung peluk belon buncit berisi air, merenung air longkang yang laju mengalir.  Agaknya tengah menimbang-nimbang, nak main hujan ke apa ni ...   Tiba-tiba muncul Nurul Ain tersengih-sengih main sepak bola putih anak ustazah. 

"AINNN!!!"

"Ye mama hehe hehe ..."  Senyum terkulum sambil menyepak-nyepak bola putih. 

"Sekarang ni time apa?"

"Time makan mama.."

"Abih tu napa tak pegi makan?  Kamu tak puasa kan?"

"Dah abih makan mama ..."

Ada je jawabnya.  "Ok mama bagi lima minit lepas tu masuk."

Lima minit kat mulut aku je.  Bukan aku kira pun seminit dua minit tiga minit.  Aku pun sambung balik tulisan di blog.  Sat gi aku bangun la jenguk kat pintu.  Kalau ada lagi siap la.  Hujan makin lebat tetapi tiada guruh kilat.  Kalau mandi hujan memang best.  Tapi aku tak suka main hujan.  Sejuk!  Anak aku suka main hujan.  Suami aku suka ambik kesempatan cuci longkang time hujan.  Mak aku pun sama.  Aku je tidak.  Lebih baik ngorok hehehe ...

Ok ruang luar sudah sepi.  Masing-masing mungkin sedang mandi.  Hujan kian lebat.  Aku pecahkan dua biji telur yang direndam air panas tadi, curah bijian hitam sedikit dan kicap manis sedikit.  Nak letak madu lebah tapi madu tu dah macam nak habis.  Lagipun pagi tadi sebaik bangun tidur dah minum air madu.  Alhamdulillah hangat sedikit rasa perut menelan kuning telur yang bulat cantik.  Arwah abah ajar makan telur separuh masak tak perlu dikacau macam separuh orang buat.  Diaduk putih dan kuningnya baru ditelan.  Arwah abah suruh je aku telan bulat-bulat sekali dengan putihnya.  Ok je.  Tiada rasa dan bau hanyir.

Aku perhatikan titisan hujan yang menitis laju di pintu lagi satu hala ke belakang rumah.  Di situ memang sangat tiris, cuma tidak dikesahkan kerana tidak efek apa-apa.  Cuma kalau hujan, kena selamatkan tong sampah yang biasa diletakkan di situ supaya tak penuh dengan air hujan.  Suami baru mengabarkan pagi semalam semasa bersarapan, rombakan dan baik pulih sepenuhnya akan dijalankan secepat mungkin sebaik sahaja plan disiapkan dan dipersetujui semua pihak terlibat.  Kami akan berpindah ke tempat lain yang sesuai mungkin mencecah masa setahun.  Bangunan baru akan dibina dan rumah pink akan dipecahkan bilik-biliknya supaya menjadi lapang khusus untuk kelas pengajian. 

Pantas je aku mengabarkan kehendak aku pada suami.  Dia angkat-angkat kening saja.  Biasanya apabila aku mahu, aku akan dapat.  Kalau aku tak nak, memang itulah maksud aku.  Aku rasa suami sudah faham cuma sebagai manusia biasa, kadang-kadang kita masih perlu memikirkan dan menimbangkan keadaan mahupun perasaan insan lain di sekeliling.  Apa yang penting, kehendak sudah disampaikan.  Sudah terakam dek diri dan alam.  Hanya perlu melangkah macam biasa.

Allah izin pasti terjadi dan sebaliknya.  Semua dengan kehendak Allah jua.

*  Berilah nasihat berkadar dengan apa yang kamu perbuat.  Itu lebih afdal.  Walaupun tak perlu jadi sempurna baik, tetapi tidaklah jadi ketam yang mengajar anaknya berjalan betul.  Contohnya nasihat menjaga aib sendiri, sedangkan yang beri nasihat dengan sesuatu maksud mahu pula membukakan aib orang.  Aku tak faham sangat sikap macam ni.  Ada pula unsur-unsur ugutan.  Nak buat tu biarlah kena pada tempatnya, biar mendalam kesannya.  Tapi kena ingat, penyudah segala nikmat penamat segala bejat apa dia?  Sakaratul maut. 

Ya Allah Ya Hayyu Ya Qayyum, selamatkan daku dari fitnah akhir zaman yang menyusup halus lebih seni dari atom.  Tiada daya dan kekuatan melainkan dengan kekuatanMu semata.  Tolonglah kami semua.  Hidayat seluruh alam, ya Allah.  Aammeen.

Saturday, August 23, 2014

Mengantuk kekenyangan. Usai berdoa solat Isyak, tersengguk. Aku merebahkan badan bagai hilang daya benar langsung belayar ke alam mimpi.  Tiba-tiba dikejutkan si bongsu yang mengunjukkan dua ketul peha ayam kfc. Dalam agak mamai aku pun mengunyah peha ayam perisa spicy. Seketul lagi dibawanya kepada abahnya yang melepak di depan tv.  Lepas makan kena bangun la pulak untuk cuci tangan di sinki.  Kemudian aku yang masih bertelekung ambik tafsir quran milik Hidayat, baca surah Yassiin.


Sambil pejam-pejam mata, sampai habis dan berdoa, mata mengantuk balik. Alahai mata...cuaca sejukkah asbabnya? Atau penangan kenyang makan open house tok belagak siang tadi masih belum hadam prosesnya... Orang Virgo macam aku khabarnya memang slow kadar metabolismanya. Kenyang lama dan awet muda. Wallahua'lam.


Aku rebahkan badan semula. Belayar lagi di alam rahsia.  Tiba-tiba terdengar sayup-sayup suara memberi salam. Terpisat-pisat, aku jeling ke arah jam loceng di bendul dinding.  Ohh, hampir jam 11 pm. Tentu ketua pelajar tu, minta anak kunci nak kunci pagar.


Aku bangun menuju dapur sambil memeluk tafsir quran di dada. Unjuk anak kunci dan tunggu gadis tinggi lampai tu berlari ke pagar.  Kemudian dia berlari semula ke tempat aku tercegat menanti.  Tiba-tiba dia bersuara, "Mama, adik saya dah melampau la mama.."

"Napa, dia merempan lagi ke?"

Dia diam. Fahamlah aku apa yang terjadi.  "Sabarlah, dia dah memang macam tu nak wat camna. Mama rasa dia tak dapat kawal diri tu."

"Masalahnya dia tak hormat saya sebagai kakak. Nasihat saya langsung dia tak terima."  Airmata bergenang di tubir.  Setitis dua mengalir di pipi.  Dalam samar aku nampak kilauan yang jatuh.

Entah bagaimana terlintas sesuatu di fikiran.  "Hmm doakan mama dapat belajar lagi, nanti mama ubatkan adik kamu yer..." Aku berkata sambil tersenyum-senyum sendiri.  Melihat dia masih sugul, aku berikan pujukan.  "Sabarlah, apapun dia buat dia tetap darah daging kamu. Hadiahkan Al Fatihah banyak-banyak kat dia yer.."  Biasanya memang itulah saranan yang suka aku berikan kepada sesiapa yang datang mengadu.  Dia angguk-angguk perlahan.


Semoga Allah campakkan ketenangan ke dalam hatinya, aameeen. Hilang sebentar rasa mengantuk.  Aku sambung bacaan surah Al Waqiah dan Al Mulk.  Di hujung-hujung surah Al Waqiah, mata aku berat balik. Doa pendek sesudah surah kaya ni gagal aku habiskan dengan sempurna.  Aku menggelongsor baring dengan tafsir di dada, masih bertelekung.  Aduhai, lemahnya diri.


Baru sekelap, tiba-tiba ada ucapan salam lagi.  Adoiiii....apa lagi la dorang nih???  Ketua pelajar minta kunci pagar, adik ustazah aka anak bongsu mudir nak masuk pulak.  Agaknya dia pergi rumah ustazah kot.  Jam tepat pukul 11pm.


Haihhh ya Allah! Memang kena sabar betul nak khidmat madrasah ni.  Aku kunci mulut.  Kesian kat ketua pelajar.  Tentu dia pun nak tidur juga, dan dia pun tak nak ganggu aku tetapi terpaksa sebab nak bukak pagar untuk anak mudir masuk.  Maka aku pun bersabar sajalah.  Timbul fikiran yang menguatkan lagi alasan aku untuk mencari ilmu dambaan.  Diri perlu berisi ilmu bukan berisi lemak daging semata, bukan harapkan berani melulu macam stail aku selama ni, bukan tawakkal membabi buta semata.  Bukan senang rupanya nak membantu mencurahkan khidmat di sini.  Memang mereka ni dalam kategori jihad fisabilillah dan tentulah pilihan Allah yang meletakkan aku di samping mereka.


Hati nak kena seikhlas mungkin kerana Allah semata-mata. Penat, geram, bengang, malas, semua tolak tepi.  Biarlah Allah yang beri ganjarannya.  Ya Allah, berilah daku faham dan kekuatan untuk terus berada di sini.  Tak faham pun tak pe la, tapi berilah daku sabar dan ikhlas hati.  Aku mengharapkan redhoMu.  Andai ini asbab aku beroleh radhoMu, maka aku pun redho jua.  Hikmahnya hanya Engkau maha tahu.  Ini semua adalah satu simpang kecil dalam perjalananku menujuMu. Izinkan daku mendekatiMu dan mengenalMu. Selamatkan daku dari sikap bangang dan orang yang bangang.  Selamatkan daku dari terjerumus ke dalam golongan bangang dan sealiran dengannya.  Masukkanlah daku ke dalam golongan cerdik pandai yang beroleh pandangan rahmatMu di sini hingga akhirat.


*aku belajar istiqamah membaiki sangkaan tetapi kadang-kadang firasat hati menghalang aku meneruskannya.
Aku memerhatikan air dari alang kayu yang menitis ke dalam kuali.  Bunyi titisan hujan yang teramat lebat menguasai pendengaran.  Qasidah Habib Syech terlalu sayup walaupun speaker hanya di belakangku.  Tiris air sudah merebak hingga ke kabinet yang dipenuhi balang kopi uncang, kettle elektrik, blender dan garam bagai.  Ah, rupa-rupanya para dua tingkat juga ditimpa hujan tiris.  Tirai jingga yang baru aku pasang semasa mak ada di sini minggu lepas sudah mula lencun menitik ke bawah.  Di bawahnya ada dua beg beras cap Jasmine Super dengan aksi macho Jalaluddin Hasan.  Oh, kotak di para teratas uga sudah ditimpa titisan hujan.

Reda sedikit rasa menyampah dan bengang.  Haihh asyik bengang je kan.  Menyampah bengang benci kepada sikap manusia bangang yang ada akal tapi akalnya senteng.  Ada ilmu tetapi ilmunya menjadikan ia angkuh dan ego.  Dia je yang betul, orang lain salah.  Tetapi nak menyalahkan orang pun tak guna.  Maka aku menyalahkan diri sendiri sahaja.  Memang salah aku sebab memberi ruang dan melayan orang sebegini.  Ada nasihat aku ketepikan.  Bahananya pun datang.  Ragam orang seperti aku.  Sudah terkena baru serik.  Selagi tak terkena, aku redah sahaja.  Macam la masa kecik dulu seronok sangat tengok api ubat nyamuk lingkar, selagi tak dapat mengamuk nak main.  Bila dah terjerit merasa panas baranya, baru faham kenapa mak tak bagi pegang ...

Kasihan kepada diri.  Entah apa hikmahnya titisan hujan yang sedang laju jatuh dari alang kayu.  Sudah aku khabarkan kepada sang suami.  Tetapi belum lagi tindakan diambil.  Sibuk memanjang.  Dari tempat aku duduk, nampak kuali besar bekas menggoreng bihun tadi sudah penuh dengan air hujan, hampir melimpah.  

Keadaan ini masih sangat baik buatku, dibandingkan dengan para gelandangan yang tiada atap untuk melindungi mereka dari hujan dan panas.  Tiada dinding untuk menghalang angin yang bertiup.  Tiada hamparan untuk merebahkan badan.  Semoga ada hidayat Allah untuk mereka, membawa menyusuri jalan yang diredhaiNya. 

Stop.  Tot tot tot bunyi alarm CRV.  Suami balik dari open house.  TBC.


Friday, August 22, 2014

Semalam bagitahu suami 'ada benda nak cakap' menerusi Whats App.  Dan dan dia terus call aku.  Macam saspen je dia.  Bila aku khabarkan hajat di hati, dia cuma tanya, 'Itu je nak cakap? hmmmmmmm...'.  Sempoi je jawapan dia.  Mungkin dalam kepala dia mengagak begitu punya penting 'benda' yang nak aku sampaikan.  Memang penting pada aku, tapi pada dia ... entah.  Sedangkan aku punyalah mengharap, tetapi tak mengapa.  Paling penting sudah aku sampaikan bunga-bunganya.

Tadi, semasa menemani dia bersarapan, aku sebut lagi hajat besar aku tu.  Sudah faham perangainya, aku tak sebut lebih dari sekali.  Aku bercakap dan buat tak tahu sahaja.  Tetapi dalam pada tu aku membelek respon dia.  Belum ada rezeki lagi.  Dia bukak cerita lain pulak.  Tak lama lepas tu dia minta diri nak keluar menyelesaikan urusan hari ni.

Tak mengapalah.  Belum lagi tu ...  Apa pun aku minta semua pada Allah jua.  Suami ni asbab untuk Allah sampaikan hajat.

Besar benar ke hajat aku kali ni?

Ya, pada aku begitulah.  Ia impian aku sekian lama.  Allah yang mengizinkan dan Dia jua yang memudahkan.  Apabila sampai masa dan taqdir berlaku, ia pasti berlaku.  Jika tidak, pasti ada hikmahnya.  Aku akan mulakan sendiri.  Kerana Allah maha kuasa makhluk tiada kuasa.  Jika tidak, semoga Allah pilih anak cucu keturunanku untuk hal yang menjadi dambaan ini.  InsyaAllah aameeen.

Biasanya orang lelaki yang berminat.  Dan orang perempuan lebih kepada emosi dan nak cepat je mencapai hajat.  Tetapi aku risaukan masa yang berlalu. Suami aku rileks je.  Makin membuatkan ketidaksabaran memuncak tinggi hingga ke langit ke tujuh rasanya.  Tetapi ... tetapi ... mesti mau sabar juga.  Bukan ke hendakkan sesuatu tangkalnya ialah kesabaran dan sahsiah?

Semoga Allah mudahkan urusan kita semua dan mengabulkan doa kita, aameeen.

Thursday, August 21, 2014

"Mama..mama..Ustazah panggil.  Ustazah baru tu dah datang.  Nak mintak tolong translate."  Tiba-tiba anak bongsu menggoyang-goyangkan bahuku.  Aku yang sedang terbaring di dalam telekung mengetik tasbih semula.  Kelopak mata yang masih berat tertutup perlahan.  "Tapi ustazah kata kalau mama tidur, tak pe la..."  sambung si bongsu lalu beredar.  Aku berhijrah semula ke alam mimpi.

Itu kisah selepas Zuhor semalam.

Aku tau ustazah baru dari Bangladesh sudah berada di madrasah.  Suaminya yang mengabarkan ketika aku membuat tuntutan pembayaran barangan di pejabat madrasah semalam.  Tetapi aku terlupa itu semua ketika si bongsu tiba-tiba mengejutkan aku dari tidur.

Ketika pelajar khidmat taam datang mengambil makanan sahur pagi tadi, tak semena-mena pintu diketuk beberapa kali dari luar.  Aku dan Nurul Ain berpandangan.  Kes sesuatu tanpa jasad mengetuk pintu pernah berlaku.  Hanya bunyi ketukan tetapi orangnya tiada.

'Takkan pagi-pagi buta pun nak ketuk jugak... salah time nih.' desis hatiku. 'Dah nak subuh kejap lagi.'

Tiba-tiba ketukan berbunyi lagi, lebih kuat dari tadi.  Serta-merta aku nampak bayangan tak jelas di celah dinding yang renggang seperti memerhatikan kami yang masih tercegat, tenang-tenang saja.  Seorang pelajar keluar dari dalam madrasah meninjau di celah dinding yang renggang selebar sejengkal.

"Sapa pulak tuh?" soal aku.  "Nah ambik kunci ni bukak mangga pintu tapi jangan bukak pintu dulu."  Nurul Ain berlari ke pintu pagar dan membuka mangga kunci.

"Mama, ustazah baru dah datang!" jerit pelajar yang meninjau di celah dinding yang renggang.

Ohh ... ahlia Maulana yang baru bernikah tu rupanya.  Pasangan pengantin ni baru tiba kelmarin dari Bangladesh.  Maulana Qayyum sudah beberapa tahun mengajar dan telah pun bernikah pada 3 Syawal lepas.  Ahlia beliau juga hafizah dan akan mengajar di Lil Banat.  Inilah ustazah yang sepatutnya aku temui petang semalam, atas arahan mudirah.

Selepas selesai semua urusan sarapan pagi, aku pun pergi ke pejabat untuk berkenalan dengan ustazah baru ni.  Dari jauh dalam samar cahaya lampu pagi tadi, nampak tinggi lampai orangnya.  Semakin aku menapak mendekati pintu pejabat yang terbuka, semakin jelas aku melihat perempuan berpakaian serba hitam sedang bercakap di telefon.  Akhirnya aku berdiri di ambang pintu.  Dia serta-merta menoleh dan menyudahkan percakapannya.  Dia bangun dan kami bersalam cium pipi.  Alahai, kecil molek benar orangnya.  Seorang gadis muda yang baru sahaja bergelar isteri.  Aku agak beza usianya dengan maulana sekitar 10 tahun.  Membandingkan dirinya dengan puteriku si bidadari, seperti jari kelengkeng dengan jari hantu.  Andai si bongsu pula yang berdiri di samping gadis ini, tinggi mereka lebih kurang sahaja rasanya.

Berkenalan lebih kurang, aku mohon diri.  Dia tidak mahu bersarapan.  Pagi ini ada ibu pelajar yang muncul tiba-tiba membawa mee sup dan sedikit kuih-muih.  Memang jauh benar dengan selera orang Bangladesh yang sukakan masakan kari yang hangat pedas.  Aku sudah bercadang nak masak kari ayam esok.  Mungkin dia sudi menjamah.

Sebelum berlalu pergi, dia memandang aku dan tangannya memegang pipiku.  Entah apa dia nak cakap, aku tak tau.  Sebab dia kurang mahir Bahasa Inggeris.  Kata maulana, dia sudah mengajar sedikit-sedikit Bahasa Melayu kepada isterinya, dan selebihnya "akak tolong la yer..."  Itulah katanya semalam.  Aku pun pegang pipinya pula dan ucapkan ,"Beautiful!"  Ustazah baru yang comel ini tersenyum mendengarnya.

* ya Allah, mudahkanlah urusan kami.  Baikilah urusan kami dan kasihanilah kami, ampunilah kami dan terimalah kami.  Ya Allah, hanya kepadaMu tempat kami mengadu dan berserah diri.  Aameeen.


Wednesday, August 20, 2014

Mak dah balik.  Semoga mak abah sentiasa dalam pemeliharaan dan hidayat Allah, aameeen.

Lelaki tengah berkemeja warna coklat mencampakkan segumpal not biru ke hadapan suami.  "Nah, infaq untuk madrasah."  Lelaki itu tersenyum-senyum manakala suami seperti tersentak.  Aku memandang senario dengan mata separuh.  Mak abah seperti terkejut.

"Lima," sambung lelaki tegap dan agak rendang itu.  Lelaki lebih muda di sisi kanannya dan seorang lagi yang berdahi luas tetapi pendiam tersenyum sama.  Mereka ini semuanya mengendong gumpalan not di dalam beg sandang seperti membawa barang tidak bernilai.  Selain itu ada lagi harta yang selamanya bernilai tinggi diangkut sama.  Haihh .... inilah pertama kali aku melihat wang bergumpal-gumpal dan dicampak-campak sahaja begini.

Suami tertunduk, dia terharu.  "Subhanallah!!"  ucapnya berkali-kali.  "Ini saksikan, saya akan beli penapis air panas sejuk tu untuk madrasah."  Sambil itu suami memandang aku, seolah-olah memberitahu aku 'ok abang akan carikan penapis yang Ayang nak tu ... duit ni akan abang belikan kehendakmu.'

Sejurus sebelum itu, lelaki lebih muda itu turut menghulur secekak not ungu kepada suami.  "Ini ada seseorang yang infaq, bang.  Gunakanlah untuk keperluan madrasah."  Jumlahnya RM2k.  Aku sudah lama menyatakan keperluan dua kipas dinding untuk membantu mengurangkan hangat di ruang belajar pelajar. Nampaknya sudah sampai masa Allah memudahkan urusan ini.  Dalam kepala terus ligat berfikir keperluan lainnya, tetapi gelap sahaja yang ada. 

Tadi, semasa membeli barang di pasaraya, aku teringat seorang wanita yang sudah pernah menghantar makanan kering sebagai infaq beliau sekeluarga.  Alhamdulillah, cuma aku yang tidak ada kesempatan lagi untuk menyenaraikan barang yang diperlukan. 

Benar, jangan tak percaya, aku sibuk ikram mak sepanjang mak kat sini.  Semenjak Jumaat kelmarin, malamnya bawa mak abah ke Dataran Merdeka untuk menyertai selawat Cinta Rasul.  Kami duduk nun jauh dari skrin sehingga aku rasa hambar dan tidak feel.  Mengikut selawat dan qasidah sorang-sorang, dan dengar suara sendiri.  Mak lebih selesa bersila dan berlunjur, jauh dari kelompok yang dekat dengan pentas.  Abah pula mencari selesa sendiri dengan kerusi lipatnya. 

Malam tadi masih ikram mak bawa ziarah ke rumah bapa saudara di Shah Alam.  Alhamdulillah, setahun sekali bersua dapat jua merapatkan silaturrahim. 

Dah kembali bersendirian, aku memiliki masa sendiri.  Kembali melayan kerenah pelajar yang bermacam ragam. 

*  Beli aiskrim untuk tiga pelajar (termasuk ketua pelajar) yang kena marah semalam petang.  "Mama minta maaf sebab marah sangat.  Mama tau la tom yam daging yang mama masak tu sedap banget, tetapi agak-agak la kot ye pun korang nak kasi perabih.  Kawan yang puasa nak makan apa?"   Itulah ceritanya.  Rasa kesal dan kasihan timbul, selepas aku pulak kena tegur dengan mak.  Haihhh ...  So mak tak boleh la kata aku asyik melayan dan memanjakan pelajar.  Ada kalanya aku marah juga.  Tetapi mereka yang mendapat tarbiyah Kalamullah memang selalu luar biasa. I love them.

Tuesday, August 19, 2014


Aku nak menulis, tetapi kegiatan mak menghalang.  Mak asyik berkemas dan berkemas.  Ada saja yang nak dikemaskan mak.  Aku jadi segan duduk menghadap laptop.  Nak pegang lenovo pun segan, tetapi dek kerana lenovo ni kecik sedikit dan tak hanging maka cepat dapat menyelesaikan rujukan aku.  Rujukan?  Haah la ... merujuk wassap dan fesbuk.  :P

Untuk mengawal pusingan maklumat basi, aku harus quit dari group tetapi ia agak sukar kerana ada kepentingan tertentu pula. 

Demikian juga di fesbuk. Di sini lebih mudah tetapi leceh kerana untuk unfollowing people, kena buat satu persatu.  Tetapi aku boleh pilih tanpa ada rasa kepentingan tergugat. 

Jumpa lagi.

Friday, August 15, 2014

Semalam hingga aku terlelap, asyik memikirkan dan menduga-duga.  Apa akan jadi andai aku uninstall semua laman sosial yang aku sertai?

Macam ok.  Tapi, macam tak ok juga.

Maka aku teringat seorang kakakku yang enggan berWhats App.  Lantas teringat pula kepada Sifu Az yang jarang sangat muncul di laman sosial.  Sekarang aku teringat pula seorang penulis novel seram yang aktif tetapi dia juga memberi masa kepada dirinya untuk 'berehat' dari laman sosial, dengan alasan mahu menyudahkan karya.

Aku pula masih menimbang-nimbang.

Aku pun delete and exit group.  Mula-mula sekali grup ibubapa/penjaga madrasah.  Di situ aku hanya pembaca senyap sahaja.  Amat jarang berkongsi apa-apa.  Kemudian grup keluarga ipar pula.  Di sana, hanya aku yang ganjil sebab semuanya adalah adik-beradik suami.  Biras yang lain tak ada.  Cuma sebentar isteri adik ipar yang menjadi admin menyampuk, itupun dia guna hp suaminya.  Apa yang aku buat di sana?  Ada gambar menarik yang mereka muatnaik, aku edit letak dialog lawak.  Dan selalunya aku share maklumat yang pada aku mesti disebarkan cepat kepada mereka.  Yang bermanfaat mesti dikongsikan untuk kebaikan bersama.  Ketiadaan aku dalam grup ni tak efek apa-apa rasanya, cuma aku akan ketinggalan berita keluarga.  Tak efek juga, aku akan tahu dari suami pula.

Seterusnya grup-grup lain, seperti grup masturat, wasturoh, lil banat (aku adminnya), sweet sablings (sbg admin jugak) dan bubar broadcasting list (dah bubar, buat balik iskk).

Bertenang sahaja di fesbuk.  Laman sosial lain tak perlu jenguk.  Maka aku pun merenung yoga Lenovo ini.  Ia jenis 8 inci dan aku jarang typo menggunakan ia.  Mata pun agak selesa sebab tulisan jelas.  Mengenangkan lawaknya apabila aku melekapkan ia di telinga untuk bercakap di talian.  (Aku ada Samsung biasa khas untuk panggilan telefon).  Nak menulis blog di sini, aku perlu masa untuk rasa enjoy.  Juga masa yang memadai, contohnya ketika menunggu giliran membayar bil atau tunggu nombor naik untuk bertemu dresser di klinik kerajaan.  Tetapi itu sudah lama aku tidak lakukan.

Tambahan pula, aku rasa silu malu tup tap tup tap menulis dengan gaya tersendiri di meja restoran sementara menunggu hidangan tiba.  Besarnya dan penuh gaya!  Walhal itu hanya perasan semata.

Tiada daya dan kekuatan melainkan daya kekuatan Allah Taala.
Ya Allah, berilah daku kekuatan untuk melepaskan diri daripada ikatan tanpa tali ini.  Ia membebankan dan mengikat hatiku yang lemah iman.  Ia mendukacitakan dan tak ikut sunnah baginda SAW.  Maulana dah lama suruh berhenti dari ini semua.  Tetapi ada sahaja alasan yang aku bina, atau alasan dari mereka yang aku suka terima.  Mereka lebih bijak dan mereka lebih kuat.  Tidak aku.

Aku masih menimbang-nimbang.  Belum lagi delete and exit group.

*  something had happened and i like take it for granted as the right point to turn over ...

InsyaAllah.

Thursday, August 14, 2014

Bengang dibuatnya!  Gara-gara berkongsi maklumat di Whats App semalam.  Seseorang mengirim sesuatu yang membuatkan aku teruja dan tak teragak-agak (tak fikir dua kali) untuk berkongsi dengan 'broadcasting list' terpilih.  Pada aku, perkara ini mesti disebarkan kepada seramai mungkin.  Semoga senarai pilihan akan menyebarkannya pula.  Tiba-tiba, suami yang turut menerima perkongsian dari aku di grup keluarga memberitahu, 'itu tiga tahun lepas punya cerita laaa ...'

Iskk ... dah tiga tahun??? Apasal aku baru tau?

Sama la dengan kes aku sendiri menerima kiriman video atau maklumat yang 'sudah basi' dari orang lain.  Aku hanya 'haihhh ... cerita lama daa ...'

Tiga tahun tak ada apa-apa pun, jika maklumat sentiasa bermanfaat.  Rangkaian doa-doa, petikan Al Quran, hadis-hadis, kisah-kisah para sahabat r.hum, kisah teladan, tak ada masalah apa pun.  Elok sangat dikongsikan kerana ia menyegarkan jiwa yang selalu tandus dan menjadi peringatan.  Tetapi kalau cerita lama yang dah tak valid, dan tak diketahui pula 'expiry date' nya, memang kita akan sebarkan juga. 

Lagi satu teguran aku terima sebaik aku tekan butang 'post' kat yoga Lenovo.  'Intan, bahaya ni.  Kena hati-hati, bimbang ada berbau perkauman.'

Ok, ia memang berbau perkauman.  Maka, sebagai seorang yang mudah menerima teguran dan mengakui kesilapan (insyaAllah :D ), aku pun menulis menyatakan ralat dan sebabnya, dan klik lagi 'post' kepada senarai penerima terpilih yang menjadi kegemaran untuk berkongsi apa-apa.

Tiba-tiba aku terperanjat sendiri.  Aku kirim ia kepada orang pertama yang mengirimkan post itu kepada aku.  Dia menyatakan, 'Tak mengapa, jadi peringatan kepada kita yang mudah lupa.'  Fuhh, semoga aku tidak mengguris hatinya.

* hasrat mahu aktif menulis di blog.
* hasrat mahu merakamkan peristiwa manis kehidupan, hatta yang pahit atau pedas etc.
* hasrat mahu 'slow down' di laman sosial lain.  Membaca status orang lain, walaupun cuba menapis yang terpilih, masih kurang cukup manfaat.  Terlalu banyak pengajaran dan teladan hingga kadang-kadang aku jadi tepu dengannya --- tetapi adakah aku dapat mengambil cukup untuk dipraktikkan dalam kehidupan realiti?  Dan pada masa yang sama buku-buku yang aku beli jadi 'pekasam' di hujung katil, di meja kopi, diusung ke meja makan dan terbiar juga.  Kerana asyik melayan dan membaca status-status segar tapi kurang manfaat.  Yang menakutkan adalah, masa terbuang untuk perkara dan ilmu yang lebih penting tanpa sedar.

Maka, aku juga harus berhati-hati berblogging.

Lahaulawala quwwatailla billahil aliyila'zim.

* Peraturan baru yang aku buat telah merenggangkan aku dengan pelajar.  Kenyataan benar yang agak pahit dan kurang menyeronokkan. 


Wednesday, August 13, 2014

Mesti ucap terima kasih kat mak.  Tiga hari mak mengirai dapur aku, dan aku sungguh rasa didera dan diseksa begitu.  Mak bagi masa sepuluh minit saja untuk solat.  Hakikatnya mak seorang diri menghabiskan lebih banyak masa di dapur aku, berbanding aku sendiri.  Sungguh sedih memikirkan hal ni ...

Terima kasih banyak, mak.  Sekarang dapur aku berubah wajah.  Ia dapur sebenar, bukan stor barang yang menyakitkan mata.  Pelajar meninjau dari pintu. 

"Wahh cantiknya dapur mama.  Saya tengok macam opis."  kata Ruqoiyah yang sangat teruja bertemu dengan aku semula.

Yang lain seperti takjub dan terkejut suka.  Mereka sangka aku sudah renovation dapur, hehe ...

Maka, peraturan baru digubal lagi.  Pelajar tidak dibenarkan melepak di dapur, dan tidak dibenarkan meminjam/membaca buku aku.  Mana ada madrasah yang membenarkan pelajar hafiz membaca apa sahaja bahan bacaan melainkan Al Quran!  Melainkan pelajar alim/alimah.  Mereka perlu membuat rujukan, dan terhad kepada kitab-kitab berkenaan.

Selipar juga tidak dibenarkan dipakai di dalam dapur, melainkan selipar kami yang khas digunakan berlegar di dalam dapur.  Kalau boleh tak perlu berselipar, tetapi mozek kasar ini amat kurang sesuai untuk kaki bogel tanpa beralas. 

Hasil yang tidak disangka-sangka ialah, pelajar jarang memanggil aku melainkan pada waktu tertentu sahaja.  Kasihan juga, tetapi ada pula rasa lega.  Sebaliknya, aku pula lebih banyak menghabiskan masa di dapur.  Aku buka radio IKIM.  Dan angkut laptop ke dapur.  Benar, deraan mak menyuruh aku mengemas (mak lebih banyak mengemas sebenarnya) telah memberi perubahan besar bukan sahaja kepada wajah dapur, juga kepada sikap aku terhadap dapur ini.  Hehe ... 

Rajin pulak menumbuk bawang cili bilis untuk goreng nasi dan goreng sayur.  Tung tung tung bunyinya.  Masakan lebih enak rasanya dengan ramuan ditumbuk berbanding dikisar.  Dan aku terus berada di dapur usai membuat sarapan pagi, untuk menyediakan masakan tengahari pula.  Aku pun hairan dengan perubahan diri sendiri ni hahaha ...

Sebenarnya memang perlu melakukan perubahan terutama berkaitan dengan ketepatan masa.  Sebelum ni, aku mula ke dapur dengan lesu dan letih jam 8 pagi, dan menyiapkan semuanya dalam setengah jam sahaja atau lebih sedikit.  Pelajar pula ambil masa lagi untuk menghidang dan menyediakan tapau untuk ustazah.  Natijahnya masa ditarik dan mereka menjadi kalut.

Aku  harap perubahan yang sedikit ini memberi  kesan yang baik dan mengesankan kepada keseluruhan cuaca madrasah.  InsyaAllah.  Tiada daya upaya melainkan dengan kekuatan Allah jua.

Ya Allah, bantulah kami untuk mengikhlaskan hati dan istiqamah mencari redhoMu, aameeen.

* satu je yang masih memberi cabaran pada aku, apabila zink-zink yang menjadi atap dapur ini bocor apabila hujan lebat.  Semoga Allah memberi aku kesabaran menghadapi keadaan ini.  Taklah teruk sangat bocornya, tadah saja la ... Dan semoga tahun depan kami sekeluarga moving ke rumah milik sendiri dengan status milik sementara, sebelum berpindah ke alam baqa.  InsyaAllah, aameeen.

* mahu blogging semula.  Tetapi perlu hadkan masa ke laman lain. 

*  semoga Allah memudahkan urusan anda semua, aameeen.


Sunday, August 3, 2014

Semenjak azam untuk istiqamah berniqob, aku fikir aku terpaksa melupakan hasrat mandi-manda di laut atau kolam renang. Percutian ke PD yang aku suarakan pada suami hanya untuk menyaksikan keriangan anak-anak bermain pasir, berendam di laut yang masin dan berjalan di dalam kolam renang.  Aku boleh berenang sambil menyelam, sebab aku pasti tenggelam di dalam air. Cuma aku tiba-tiba mampu moving ke depan, believe me! And i really enjoy that moment. Tarik nafas sebanyak yang boleh dan mula berenang di bawah permukaan air. Hehehe ...

Naqib pernah masuk kelas renang semasa kanak-kanak. Tetapi selepas beberapa sesi, dia serik dan enggan belajar lagi. Apabila disusur perlahan-lahan, rupa-rupanya dia takut apabila coach tiba-tiba menolak dia ke dalam kolam. Chubby dan nafas pendek, aku dapat bayangkan dia mengelupur di dalam air. Now, dia berjalan di dalam air sambil mendukung Hanessa di bahu hahaha...

Berpindah-randah, kelas belajar berenang semkin jauh dan akhirnya luput dari senarai.  Adik-adik Naqib langsung tiada peluang ke siti, hanya aku sesekali menyebut anjuran Baginda Rasulullah SAW tentang belajar berenang, memanah dan menunggang kuda.

Kali terakhir mengunjungi pantai adalah sekitar tiga tahun lepas. Hingga saat ini aku masih rindukan pantai Lumut yang privacy. Alunan ombak sempat singgah ke telinga di malam yang sunyi. Hampir setiap hari, pagi atau petang, aku membawa anak-anak ke pantai. Dan aku ada koleksi panorama mentari tenggelam detik demi detik, yang sangat indah. Aku tidak pernah menyaksikan keindahan alam ciptaan Allah seperti itu melainkan di pantai Lumut. Subhanallah!  Pantai Lumut agak terpinggir dan tidak ramai pengunjung. Indah dan sunyi. Pasirnya halus berkilau-kilau di panah cahaya matahari.

Okay, kalau nak baca kisah di pantai Lumut boleh klik story 2010-2011.

1213 pm.  Time to check out.

Wassalam.

Friday, August 1, 2014

Alhamdulillah.
Allah masih memberi izin untuk aku menjenguk blog ini.  Sudah lebih sebulan berlalu semenjak entri terakhir. Begitu banyak kisah yang boleh dikongsikan tetapi aku masih rasa kekangannya.  Di mana nak bermula dan yang mana satu?

Ketika isu terkini menghiasi alam maya, menjadi viral di merata- rata, aku biarlah bercerita kisah biasa sahaja. Cerita-cerita yang telah menjadi sensasi itu, yang mengundang pelbagai adunan rasa; duka, tangis airmata, hatta marah berang geram dengan sedemikian komen biso bonar, dengan mudah dicapai di mana-mana.  Pilihlah yang terbaik dan afdal. Nak baca adalah okay. Nak komen juga okay. Tetapi itu semua pasti masuk perbendaharaan amal kita. Pasti diselidik semula satu ketika nanti. Mengapa demikian jadinya? So, sudah siap untuk menjawab?

Aku fikir, tak perlu terikut-ikut dengan rentak semasa. Kita buat apa yang sepatutnya, dan tak perlu rasa ketinggalan dari arus perdana.

Arus kebenaran yang dilihat songsang dan janggal, pelik dan aneh, sentiasa begitu dijadikan Allah. Rilek la... Ketika manusia mahu semua perkara dibuktikan untuk mata kepala, alam itu sentiasa menjadi rahsia. Seperti tagline 'hitam itu menawan', maka 'yang rahsia itu idaman jiwa'.  Tanpa had, hanya insan-insan dengan brand 'limited edition' akan menyahut panggilan dan seruanNya. Itulah arus perdana yang sebenarnya!

* aku mohon maaf kerana tidak nampak sangat keberkesanan pertemuan rakan-rakan zaman persekolahan. Mungkin aku slow nak faham. Satu ketika dulu aku asyik memikirkan betapa aku nak menjejak sejarah semenjak kelahiran, tetapi pada satu ketika sesudah itu aku fikir ini semua hanyalah sebuah kesementaraan yang tidak bermakna melainkan aku mengikut aturanNya.

Okay, masa sudah tamat. Sehingga bersua lagi. InsyaAllah.



Saturday, June 28, 2014

Saya dengar lagi suara tu panggil nama Sarah, kata Nurin.  Beria-ia dia menceritakan pengalaman seram itu.

Pelik, asyik dia je yang mendengar ...

'Masa tu saya sorang-sorang je kat situ,' terangnya lagi.

Hmmm...

Aku dah lama segan nak share status gangguan begini dengan Ustaz M. Dia sudah memberitahu bagaimana nak buat pendinding sekeliling madrasah. Sudah lebih dua bulan aku 'senyap' dari membuat sebarang laporan kepada ustaz muda yang 'ganteng' itu. Sekiranya ada gangguan, perkara pertama yang muncul dalam kepala ialah 'bila kali terakhir kamu buat pendinding?'

Semalam, soalan ini mendapat jawapan begini.. 'Sudah lama dorang tak buat pendinding, mama.'

'Kenapa dah lama tak buat??'

'Sebab orang yang biasa buat uzur.' Jawab KP sambil tunduk.

'Apasal tak cari pengganti???' Aku mula rasa panas sedikit demi sedikit.

Tiada jawapan.  Kemudian KP bersuara perlahan, 'dorang tak nak mama.'

Haah, rasa selamat dan selesa macam tu la jadinya. Nanti bila dah ternampak atau terdengar apa-apa baru heboh sure. Arghh geram.

Anis menyampaikan cerita ada bunyi ketukan di pagar tetapi tiada sesiapa di situ.

Aku teringat pula cerita ibu seorang pelajar yang bercuti untuk rawatan. Khabarnya ada ifrit yang berkeliaran di sekitar ini.  Manakala pemagar yang dibuat oleh ustaz M dengan garam dan ayat-ayat suci Al Quran sudah lama pecah.

Maka usaha untuk membuat pemagar diberi penekanan semula. Asbab pemeliharaan dari Allah insyaAllah.

Selesai satu perkara. Ada lagi satu yang membuatkan aku rasa agak terbeban. Masih berkaitan ustaz M juga. Hmm ...

Salam yang dikirim setiap hari untuk beliau, adakah wajib aku menyampaikannya?

Itu satu.  Kedua .. Bagaimana aku mahu memulakan bicara ini? Aku tidak berkemahiran untuk hal seperti ini.  Apatah lagi,  ia dibatasi rasa segan wal malu wal hormat kepada beliau.  Aduhhh ... Aku masih memikirkan, bagaimana??? Apakah ayat yang perlu dirangkai untai untuk disampaikan???

Paling aku risau adalah respon yang bakal aku terima!

Beratnya menjadi orang tengah untuk urusan jodoh kerana aku bukan orangnya yang layak dan sesuai melakukannya.  Wahai...

Semoga Allah permudahkan insyaAllah.  Aameeen.

***

Kak long oii...aku dengar pencarian warga sekolah kita bermula lagi ye? Terima kasih banyak atas kerjasamamu selama ini. Atok lagi baik ceritanya.  'Aku wat bodo je,' katanya. Hehehe ...

***

Saya perkenalkan diri di sini. Saya ialah SDB. SEHARUM DOA BONDA.  Buku den khabarnya on the way. Tapi den dah rasa tertahan nak menulis dah. Semua dengan izin Allah.

Nak termenung pun tak ada masa, sebab masa senggang asyik diisi dengan berWhatsApp. Ya, aku dah lama tak termenung! Sedangkan proses ilham dan idea itu antaranya melalui jalan termenung dan merenung.  Lagi parah ialah aku payah mencari masa untuk membaca.  Ini memang parah!!! Melainkan ketetapan diri untuk Kalamullah, selainnya aku rasa payah.  Ini adalah simptom penyakit berat yang sedang melanda dunia akhir zaman, melainkan orang-orang yang dipelihara Nya.

Ya Allah!

Namun syukur alhamdulillah. Sebenarnya memadailah dengan Kalamullah abadi ini. Ia jauh lebih berharga dari dunia dan isinya. Hanya mungkin belum tiba masa untuk menggapai ilham dari selautan rahsiaNya. Semua milik Allah. InsyaAllah.

Ramadhon Kareem.

Selamat mengerjakan ibadah puasa pada Ahad ini.

Thursday, June 26, 2014

Alhamdulillah tadarus dengan partner secara online selesai untuk hari ini.

Tiba-tiba rasa hilang privacy, apabila mula menyimpan nombor telefon rakan-rakan grup. Rupa-rupanya ramai yang install LINE. Ingatkan itu tidak popular sangat. Cumanya ramai yang memiliki zero post.

Sebenarnya kalau nak privacy sangat, usah update sebarang kisah di mana-mana termasuk di blog, makcik..

Hanya perasaan atau perasan privacy itu ialah apabila menganggap tiada sesiapa yang membaca.

Abih buat apa pi update cerita kalau benar mementingkan kerahsiaan ... Haihh!

Tulis dalam diari pun nanti ada orang curi baca.

Apa yang rahsia sangat?

Hmm...hanya perasaan sangat malu muncul tiba-tiba.

Malu bersama iman sentiasa beriringan.




Alhamdulillah.
InsyaAllah.
Aku join ODOJ group masturat secara online. Setiap orang akan membaca satu juz satu hari (one day one juz) mulai hari ini, Khamis 26 Jun 2014.

Bacaan doa khatam Al Quran akan dibacakan oleh moderator setiap jam 10pm.

Semoga Allah membantuku melakukan ini.  Semoga Ramadhon ini Ramadhon yang terbaik aku melaluinya.  Juga doa yang sama buat semua.

Kawan-kawan sekolah mencari, demikian khabarnya.  Mereka mungkin mahu mengadakan reunion. Aku lebih suka pasif sahaja.  Begitulah aku fikir sebaiknya.

Selamat menyambut kedatangan Ramadhon. Selamat mengerjakan ibadah berpuasa. Maaf zahir batin atas kekasaran tutur kata bicara sebagainya andai ada yang mencalarkan hati anda. Maaf selalu.

Semoga bersua lagi insyaAllah.

Saturday, June 21, 2014

'Astaghfirullahalazim..'

Aku terkesima. Sambil memasukkan resit ke celah duit kertas dalam dompet, aku memandangnya bertanya, "what did unsaid just now?"

Wanita gelap bertindik di pelepah hidung itu tersengih, "saya sudah biasa cakap macam tu.."

Aku tertarik hati. "Bang, dia sebut ... Semoga awak dapat ucap kalimah syahadah nanti insyaAllah."

"InsyaAllah semoga awak dapat hidayah" kata suami pula. Huril mengameenkan.

Sebelum itu dia begitu ramah bertanya tentang tarikh Ramadhan yang bakal menjelang. "Sekejap saja sudah puasa ya,"

"Ye la pejam celik pejam celik terus pejam," kata suami melawak.  "Nanti Deepavali pun makin dekat."

Aku menyampuk, "Bulan puasa makin lama makin cepat nanti sampai bulan satu u tau tak.." Dia seperti terkejut.

Selesai pembayaran kami pun beredar dari kaunter itu. Aku mengekori suami ke kaunter lain pula untuk mendapatkan kad ahli Eon Big secara percuma seumur hidup. Pertama kali datang ke pasaraya besar ini.
 ***


Cukuplah foto menceritakan.

Jumpa lagi insyaAllah.

Thursday, June 19, 2014

Aku tak sepatutnya mencatat apa-apa sekarang. Fikiran aku sedang berperang dengan suara dari kalbu. Tetapi, mungkin ia boleh dikawal dan ... aku akan mencatat sesuatu sekarang.

Pertama, aku tahu permohonan maaf adalah yang bagus sekali dilakukan. So, i am so sorry.

Kedua, ada rasa kesal. Ia timbul kerana apabila sesuatu perkara dibicarakan, aku menjadi kurang sabar. Kesal atas ketidaksabaran itu. Yang baru sebentar hati aku mengabarkan, sikap aku adalah satu latahan spontan. Whattt??? Aku melatah??? Arghhh!!! Noooooooo!!!!!

Terima je la makcik... Haihh.

Ketiga, aku selalu cool dan cepat cool.  Sila percaya. Baru sahaja terbukti. Cuma aku kurang suka perkataan 'melatah' itu. Aku selalu kejar dengan niat nak mencubit pelajar tertentu yang suka melatah ntah apa-apa sebab aku tak suka pada latahan mereka. Ntah apa perkataan yang terpacul dari mulut.  Kadang-kadang dapat kucubit mana sempat. Selalunya tak sempat sebab mereka segera tersedar dan segera pula menjauhkan diri sambil tersengih-sengih merai keselamatan.

Keempat, aku mahu terus berdoa kepada Allah.
'Ya Allah, tolonglah mudahkan semua urusan, wahai Yang Memudahkan, mudahkanlah jangan susahkan.  Ya Allah, tolonglah supaya aku tidak melatah lagi. Latahan ini agak memalukan dan menguji kesabaran.  Aameeen.'

Semoga Allah makbulkan insyaAllah cepat atau ditangguhkan.

Kelima, hari ini sarapan masak bubur nasi untuk pertama kalinya dan mereka semua kata sangat sedap. Esok mereka minta sarapan bubur lagi dan aku sudah siapkan resepi mudah yang sangat mengujakan insyaAllah. Baru sebentar ustazah mampir dan memuji kesedapan bubur (segala pujian untuk Allah jua) dan bertanya macamana aku buat...kesimpulan mudah usah lokek bahan. Bubur nasi berlauk ayam, jangan kedekut isi ayam ok. Dan garam serta rempah secukup perisa. Memang tak cukup sebab dapat sesenduk besar je seorang. Esok pakai periuk lebih besar dan sukatan beras pun lebih. Aku masih berharap bubur esok lebih sedap dari hari ini insyaAllah.

Keenam, sehingga jumpa lagi. Aku tidak mahu melatah lagi, azam.

Siapa makan bubur, dia rasa sedap.
Siapa makan cili, dia rasa pedas.
Siapa makan gula, dia rasa manis.
Siapa terasa hati, i am so sorry sorry sorry ...


Wednesday, June 18, 2014

My Dearest Friends( start with letter I _ _ _ _)

As we sit here day after day sharing
our lives our dreams our fears our failures
It is still amazing to me how
YOU once a total stranger
have become some of my dearest, closest,
cherished Friends.
YOU are as important to me as
any of my personal friends,
my family or my neighbors,
YOU make me smile
when you share your joys,
YOU make me laugh
when you tell me stories!
YOU make me lonely
when you are gone.
YOU are in my thoughts each day
and I wouldn't have it any other way.
To you ... dear friend's here on the web!
I love  & adore you please stay close.
Hari ini, pertama kali aku menghidangkan sayur bayam merah untuk pelajar.  Pertama kali menumbuk bawang cili bilis di lesung batu.  Pertama kali (rasanya kot) menu paling simple, hanya nasi putih dan sayur bayam merah goreng air. 

Tetapi hati rasa kurang sedap.  Simple sangat!  Selesai di dapur, masih sempat melelapkan mata yang tiba-tiba rasa berat.  Zzzzzzz....

Azan zohor berkumandang.  Terjaga dan teringat semula sayur bayam merah goreng air.  Hmm ... Terus ke dapur dan panaskan kuali.  Aku goreng ikan masin sepat dan sejenis lagi aku tak kenal, campur bawang hiris dan cili potong.  Tarik nafas dekat kuali, ahhhh sedapnya bau!!!

Kenapa terlalu simple? Walaupun anak daraku kata masih sangat ok dibandingkan dengan menu penuh mujahadah di madrasahnya, aku rasa ragu-ragu. 

Tetapi memikirkan pesanan mudirah, bahawa untuk makan malam akan ada hidangan lebih enak akan sampai dari keluarga pelajar; nasi tomato, aku menyabarkan diri.

"Sebenarnya petang  nanti ada keluarga Khadijah nak hantar nasi tomato.  Sebab tu mama masak simple je.  Tapi, tak yah bagitau dorang la ye.  Secret je."  Pesan aku kepada KP (ketua pelajar).

Hehe ... tentu mereka surprised.  Lauk paling cincai.  Aku pesan supaya sayur bayam merah dihabiskan tetapi masih ada semangkuk dipulangkan bersama periuk.  Hmm ... Ikan masin memang aku pesan supaya pulangkan dan berdikit-dikit mengagihkannya ke setiap talam.

Membuat kejutan memang menyeronokkan.  Nanti orang yang terkejut akan terjerit-jerit menunjukkan perasaan terkejut yang dirasai.

Contohnya; berdiri diam-diam di depan pintu bilik air dan senyum apabila orang membuka pintu untuk keluar dari bilik air.  Berdiri diam-diam di pintu bilik tidur dan senyum apabila orang yang sedang leka dengan henpon berpusing mahu keluar ke pintu.  Berdiri diam-diam, jawab salam dan senyum di belakang pintu rumah dan tunggu orang yang beri salam buka pintu dan masuk ke dalam.  Berdiri diam-diam dan senyum sambil pegang rotan kat belakang dan mengendap pelajar dari celah langsir tingkap hehe ...

Ok, azan Asar.  Jom solat.  Petang ni makan nasi tomato tapi aku diet insyaAllah.  Aku mesti diet insyaAllah.  Jom mujahadah nafsu huhu ... insyaAllah.

Saturday, June 14, 2014

Cari balik tawaran umum projek 100 tajuk buku kanak-kanak di fb. Aku yakin esok, cuma mahu memastikan waktu yang tepat.
Aku sudah memaklumkan kepada mudirah esok aku ada hal di Shah Alam. Pelajar-pelajar juga diberitahu. Mak yang sudah balik kampung semalam awal-awal aku khabarkan di dalam telefon sebelum mak sampai ke sini.

Anak dara di Bukit Naga terkinja-kinja di hujung talian mahu mengikut aku sebagai peneman.  Aku tegaskan supaya dia stand by jam 8 pagi esok. Riang benar nadanya kudengar dan berbakul-bakul 'I LOVE U MAMA' diucapkan.  Hmm sebenarnya kadang-kadang timbul sedikit keraguan, benarkah ucapan itu ditujukan kepada aku? Ish...tak wajar melayan keraguan sebegini. Tentu dia memang sayang sangat pada aku, ibunya.

Aku cari semula penerbitan yang sudah aku janjikan kehadiran, janji akuan di laman sosial paling top lagi hot di alam maya. Cari cari dan cari hingga akhirnya aku temui.

Aduhhhh... Apa?????

Ia sudah selesai dua hari lepas!!!!

Hari di mana aku bersama suami menemani mak membuat tuntutan pencen yang terlupa dikemaskini, di Putrajaya.

Hati merasa sangat lapang, bersama keyakinan pertemuan untuk projek tersebut adalah pada Ahad nanti (esok).

Maka aku bersenang-senang menghabiskan separuh hari bersama mak abah, suami dan anakanda Naqib di Souq, menjamu selera nasi briyani mamak.

Pasti ada hikmahnya.  Pasti pasti pasti ada kebaikan yang tak dapat aku tinjau saat ini.  InsyaAllah.

Aku masih mengulit buku panduan Faisal Tehrani. Buku yang padat dengan panduan dan bimbingan hampir sempurna. Aku sangat berkenan dengan buku ini. Masih dalam proses menelaahnya.

Masa ini pinjaman. Kebolehan adalah pinjaman. Diri juga pinjaman. Yang ada ialah ruh yang hakikatnya menjadi rahsia keTuhanan.

Hati masih terasa lapang setelah sedikit terusik oleh kejutan dari kelalaian sendiri.  Esok, masih ada masa santai bersama Naqib sebelum menghantar dia pulang.  Sehingga cuti Aidilfitri, anakanda sulung kembali berjuang di ruang hafazan, ruang khas para ahlullah. Semoga Allah memudahkan insyaAllah aameeen.

Selamat malam.  Jumpa lagi insyaAllah.  Maaf zahir batin.

Friday, June 13, 2014

Hati Rasa Sayu

Hati rasa sayu.

Mak balik kampung. Alhamdulillah mak abah bersama Itam dan Tempang selamat sampai setelah extra sejam setengah di highway.  Jam 6 baru sampai.

Hati rasa sayu.
Mendapat khabar bonda kurang sihat di kampung. Malam tadi bonda sakit perut dan muntah-muntah. Katanya tak ada pula makanan yang luar biasa dijamahnya ketika kakak pulang kelmarin.  Bonda memberitahu sudah lama tidak berjemaah di masjid. Kini badannya rasa semakin lemah.

Hati kian sayu.
Bersendirian. Ingat Allah. Hidup ini bersifat sementara. Semuanya dipinjamkan oleh Pencipta. Termasuk nyawa dan masa.  Segalanya.

Riuh pelajar yang ingin menumpang manja tidak dapat mencairkan kebekuan hati.   Bosannya! Dan sayu makin mendalam.

Zikrullah.
Zikrulmaut
Rindu kampung akhirat.
Namun bagaimana keadaan sakaratku...

Angan-angankan syurgawi
Kehidupan abadi

Apalah dunia ini
Yang bercampur segalanya
Di sini
Ada suka ada duka
Ada iman ada taqwa
Ada syaitan musuh durjana
Ada nafsu menggila
Menggoda dari dalam dada

Masa yg dipinjamkan
Semakin singkat
Semakin dekat kepada pemutus segala nikmat
Semakin tiba saat
Tanah akan dibentang luas
Dan neraca disiapkan

Bersiaplah untuk melangkah
Menyusuri rambut yang direntang
Antara dua benua
Benua berdarah dan benua kasturi
Di bawah nun lidah api menjilat diri
Semoga berjaya mencapai kebahagiaan hakiki


InsyaAllah Allahumma aameen.

Ahlan wa sahlan ya Ramadhon.

Monday, June 9, 2014

Karya Nan Indah

Aku duduk usai solat Maghrib, berdoa sambik memerhatikan buku-buku di rak. Selalu singgah di rumah kakakku ini, selalu pula memerhatikan buku-buku itu. Ada yang sudah aku miliki. Ada pula dia yang menghadiahiku buku yang sama dimilikinya.

Aku terus memerhati deretan buku dari atas sejadah. Membaca tajuk buku juga satu hobi rupanya.

Di antara deretan buku, ada sebuah buku yang selalu memancing perhatianku sejak mula. Mungkin kerana warna merah yang menghiasinya. Hmm...tajuknya pun seperti menarik hati juga; Karya Nan Indah.

Karya yang indah tentu mempersembahkan sesuatu yang indah!

Aku menelan liur. Tangan kuhulur untuk mencapainya. Agak tebal dan agak besar. Wah, yang paling menarik adalah nama penulisnya.  Siapa?

Hati bersuara. Pasti aku akan menghabisi buku ini dalam beberapa hari, seperti aku menekuni buku nipis Bidadari Bumi yang luar biasa itu. Terbayang buku panduan penulisan lainnya, yang masih belum dapat aku selesaikan.

Aku meminati karya penulis ini. Kakakku Zulina juga mengakui bakat besar yang dimilikinya. Aku sudah baca beberapa buah novel beliau. Namun ada juga yang aku tidak mampu menghayati kerana lemah untuk memahami mesej yang sarat dibawanya.

Baiklah. Di sela-sela rutin, aku mencuri masa menyelak helai demi helai dari muka pertama Karya Nan Indah. Panduan dan intisarinya berbeza. Ada baris yang aku tahu untuk memahaminya perlu mencari guru. Bukan guru penulisan tetapi guru mursyid, mungkin.

Panduan ini tidak setakat memandu untuk menulis karya. Ringkasnya, ia memberitahu bagaimana sepatutnya anda sebagai insan berTuhan.

Maaflah jika aku keterlaluan. Aku baru berada di muka 22 sebenarnya. Tidak sabar mahu meneruskan pembacaan di sela-sela rutin harian.

Kurangkan interaksi alam maya. Azam. InsyaAllah.

Jumpa lagi ~~

kembali daa ...

Assalamualaikum.
Hehe ...
Aku perlu kembali.
Sebulan seminggu aku bertahan. Segan mau cakap, tapi yang aku dengar dengan telinga sendiri ada juga yang rindukan blog ini. Terharu dan malu. Sebenarnya, rindu itu fitrah insan. Rindu yang mahal adalah rindu kepada Yang Kekal, juga rindu kepada perinduNya. Juga rindu kepada yang membawa kepadaNya. Rindu kepada pesuruhNya; baginda Junjungan SAW. Rindu kepada ahli-ahliNya. Rindu kepada akhirat yang kekal. Rindu kepada perkampungan indah yang dijanjikan sebagai ganjaran. Rindu tersangat rindu.

Oh ya, aku mencatat dari tab. Aku tukar setting juga dari tab.  Semenjak saudara Khairy memberitahu di wall beliau bahawa dia lebih banyak menulis di tab berbanding di pc, maka aku cuba memberitahu diri yang aku juga mungkin boleh menirunya. Selepas itu aku terbaca pula status seseorang lain yang sepertinya penulis juga bahawa sambil dia menunggu giliran membayar bil dan sebagainya, maka diamengambil kesempatan menyambung penulisan di tab.

Di sini huruf lebih kecil dan kerap berlaku kesilapan ejaan, dan selalu muncul huruf 'n' di antara dua perkataan arghhh!!!

Kekerapan dan latihan dan kesabaran akan membantu, dengan izin Tuhan.  InsyaAllah.

Aku cekap menaip dan ada sijil menaip dari kursus menaip instant yang aku ambil di Ipoh.  Hari ini aku mengerti asbab aku tercebur ke dalam kursus singkat itu.

Ok. Maka hari ini aku berkongsi semula blog ini di alam maya. Sebulan seminggu tidak mencatat. Saat ini, aku rasa macam ... sesuatu yang entah apa aku tak pasti telah muncul dan lengkap semula walaupun tidak sempurna.

Aku ada rasa malu segan dan agak rendah diri. Ada tajuk tertentu yang menjemput somebody out there to this blog, sayangnya hanya tajuk itu sahaja yang bermanfaat. Dia tidak menemui tajuk lain yang lebih atau sama manfaatnya, melainkan omelan aku yang ...

Maaf kepada pengunjung yang mungkin hampa.  Aku tidak terlalu mendalam dan terbuka. Ini semua akan dipertanggungjawabkan di sana nanti. Ada banyak yang mesti dibaiki dalam diri, dari masa ke masa.

Asbab hidayat itu terlalu banyak tidak terukur dek jangkauan akal.  Maka semoga tulisan aku yang begini satu cebisan asbabnya.

Sementara maut semakin mendekat. Semoga aku selepas ini dapat mencatat perkara yang lebih bermanfaat, selain melepaskan suara dari sudut hati yang paling tersembunyi.

Semoga bertemu lagi insyaAllah.


Tuesday, April 29, 2014

Aku tertanya-tanya, apakah ramai yang masih segar ingatannya terhadap peristiwa silam?  Mungkin ada satu dua peristiwa yang memberi kesan khas masih diingat, kan.  Ok, takpe.  Simpan dulu.

Sudah lama teringat guru ugama di sekolah rendah, satu-satunya guru perempuan yang kami ada.  Cikgu Z namanya.  Orangnya kecil molek, manis senyuman, sangat menyenangkan dan tegas.  Apabila cikgu melintasi meja, akan terbau harum bersih diri cikgu.   Cikgu sentiasa memakai baju kurung putih dipadankan dengan kain berwarna.  Tudung cikgu juga putih.  Kemas dan sangat bersih.  Setiap kali akan mengajar, cikgu  mulakan dengan dua doa penerang hati hingga secara tidak langsung kami juga menghafalnya tanpa diajar.

Ada banyak peristiwa indah bersama cikgu Z.  Dalam banyak-banyak tu, ada satu yang kadang-kadang menimbulkan pertanyaan hingga kini.

Aku masih ingat. Kaklong, kau ingat ke jugak?  Satu hari tu, cikgu suruh kita semua bukak tapak tangan.  Cikgu round dari seorang ke seorang.  Cikgu roung dan round satu kelas hingga sampai kat meja aku.  Dia pun pandang sekelimbas lalu.  Cikgu diam je, walaupun aku nak sangat tau apa yang cikgu fikirkan.  Cikgu berlalu ke kawan sebelah, kalau tak silap namanya Raf... .  Di situ cikgu bercakap, "Raf ... sangat suka menulis." (lebih kurang la macam tu, mana nak ingat sepatah-sepatah...)

Dah berpuluh tahun, mungkin aku pun dah salah ingatan apa yang dituturkan cikgu.  Apakah benar cikgu mention nama Raf ... aku samar-samar.  Beberapa tahun lepas, aku dapat tahu Raf ... jadi jururawat.  Apakah dia memang suka menulis?  Atau dia selalu tulis lapuran kerjanya?  Ada seorang penulis yang berkerjaya jururawat, mengambil teladan dari kisah-kisah di kalangan pesakit, tetapi setahu aku namanya bukan Raf ...

Aku pun belek tapak tangan sendiri walaupun aku tak tahu apa makna garisan-garisan yang ada ni.  Aku ada buku nipis berkulit warna coklat bertulisan jawi dengan penuh gambarajah tapak tangan, tetapi disebabkan aku telah semakin jauh dari tulisan jawi maka aku tidak dapat menelaahnya dengan laju dan sempurna.  Tambahan lagi atas kelemahan diri sukar pula nak memahami gambarajah yang disediakan.  Dan lagi, aku akhirnya berkeputusan, lebih afdal aku mengelakkan daripada mempelajari tanpa berguru begini karang lain pula yang menggurui aku, nauzubillah.

Kini setiap kali aku teringin belek tapak tangan sendiri, aku katakan pada diri, ini semua adalah tanda kebesaran Illahi.  Hanya Allah yang maha tahu semua rahsia.  Tidak mustahil ada yang diberikan Allah ilmu tentang hal ghaib dan rahsia tersembunyi.  Aku tidak berani nak mengatakan itu atau ini, bimbang aku melanggar had yang ditetapkan Allah.  Walau semasa remaja dulu, dengan sikap suka meneroka, sesama kawan saling bertukar informasi.  Macam mahir sangat, masing-masing cuba menelaah rahsia masa depan.

Melainkan apa yang cikgu aku kata tu.  Sebab tu sampai hari ni aku masih ingat peristiwa cikgu melihat tapak tangan.  Dan sampai saat ini aku tertanya-tanya sendiri.  Siapakah yang sebenarnya cikgu maksudkan?

Dah berpuluh tahun juga tidak bertemu cikgu, semenjak meninggalkan bangku sekolah ugama.  Tentu cikgu dah pencen.  Apa khabar cikgu agaknya?  Semoga cikgu sekeluarga sihat dan sentiasa dalam rahmat Allah.

Cikgu, saya pernah hantar kad raya kat cikgu tapi alamatnya saya agak-agak je.  Harap sampai ke tangan cikgu, sebab saya andaikan posmen kenal cikgu hehe ...

Cikgu, doakan saya.  Saya nak jadi penulis.  So saya harap saya la yang cikgu maksudkan 'yang sangat suka menulis' tu ... insyaAllah.  Aameen.

*moodmenulisperasanjadibudaksekolahbalik* maafjikaagakboring*

kaklong, masih ke kau ingat hari cikgu tengok tapak tangan kita tu? 

Monday, April 28, 2014

Aku kusyuk.  Berada di taman-taman syurga, adalah satu nikmat.  Kini aku berada berhadapan dengan meja taklim. 

Aku tunduk.  Mengantuk rupanya.  Kelopak mata begitu berat.  Apabila tengkuk terasa sakit akibat terlalu 'kusyuk', aku tersedar sendiri.  Hani di kiri tersenyum-senyum. 

Bertukar kitab kedua.  Bertukar juga orang yang membacanya.  Aku terus kusyuk dan tawaduk.  Petua nak hilangkan mengantuk ~ ambil telefon dan belek kiriman wassap.  Tetapi memang tak sopan.  Apatah lagi kalau aku keluarkan Lenovo Yoga yang seperti saiz buku nota ni.  Tiada adab, tiada hikmah.

Ya Allah, mengantuknya.  "Mama bangun pukul 4."  Aku berbisik kepada anak dara di kanan.  Meminta kefahaman kononnya, asbab aku tak dapat bertahan mata.  Dia angguk-angguk senyum.  Tangannya memicit tengkuk aku.  Sakit, dan mengantuk terbang sekejap. 

Terus kusyuk mendengar dalam sayup-sayup. 

Orang ketiga bangun mengambil tempat di meja kecil taklim.  Dia mula buka bicara.  Enam sifat sahabat dihuraikan. Ketika mata sesekali dapat dibuka, aku dan dia saling berpandangan.  Ya, dia seolah-olah berbicara kepadaku seorang.  Dia memandangku tepat-tepat.  Tetapi kemudian aku kembali kepada keadaan kurang sedar.  Di luar sadar dan di luar kawalan diri.  Aku hanyut entah ke mana.  Macam sehelai daun kering yang ditiup angin.  Umpama sehelai rambut yang terapung-apung di permukaan laut yang luas.  Tiada tepian entah mana tujuan. 

Sesekali mataku dapat dibuka lagi.  Aku kerling jam di dinding, nampaknya majlis ini semakin berakhir.  Alhamdulillah, kerana aku sudah tidak dapat bertahan lebih lama.

Kita azam untuk keluar.  Keluar tiga hari, sepuluh hari.  40 hari.  Setahun.  Sekiranya ada halangan untuk keluar, berdoalah banyak-banyak.  Macam ada kisah ni.  Dia nak keluar dua bulan tetapi tiada kecukupan.  Makanya dia berdoa dan terus berdoa.  Dia bersedekah setiap hari.  Tak perlu sedekah banyak ya.  Sedikit pun cukuplah.  Allah pandang hatinya.  Allah kabulkan hajatnya.  Dia setiap hari sedekah beberapa butir gula kepada semut-semut di rumahnya.  Butiran gula yang halus saja ya.  Alhamdulillah, ada orang lain yang sudah siap belanja untuk keluar dua bulan tetapi tergendala kerana sakit.  Maka belanjanya diserahkan kepada orang yang tidak kecukupan  ni ya.  Jadi tingkatkan azam ya puan-puan.  Azam untuk keluar khuruj. 

Kisah ini sahajalah yang benar-benar masuk ke hati aku dari seluruh permulaan hingga kesudahan majlis.  Subhanallah.  Aku terpesona dan terpegun.  Tersentuh.  Mengantuk pun hilang ketika masa sudah tamat.

Ketika memandu balik, aku mengulas semula kisah tadi kepada mereka yang bersama-sama mengikut ke majlis taklim. 

"Mama, mama mengantuk masa taklim.  Saya pulak mengantuk bila dah habis taklim."  kata Hani dengan nada manjanya.  Perli aku ke?

Tadi kucing jiran yang pulang berpantang di Gemas masuk takut-takut menegadah memandang aku.  Sambil mengacau sambal untuk buat sambal tempe goreng, aku pandang kucing kelabu ni.  Dia pandang aku balik.  Aku rasa macam mata dia sebelah hijau sebelah kuning.  Aku renung matanya untuk kepastian, dan dia balas renunganku.  Lapar agaknya.  Aku ambil tiga ekor ikan bilis (kucing tak boleh makan bilis banyak nanti bulu gugur, tak cantik) dan hulurkan pada dia.  "Kau doakan aku jadi penulis terkenal ye." 
***

Aku sentiasa menyokong dan memberi galakan kepada muhrimku untuk keluar khuruj.  Turn aku pasti akan tiba coming soon insyaAllah.  Mohon doa dari anda.  Allahumma aameeen.  Alhamdulillah.
Alhamdulillah. 

Bermula Subuh 15 April, selesai 28 April selepas Isyak.  Dekat dua minggu juga. 

Dicelah-celah jadual rutin hidup yang belum padam.  Aku azam istiqamah.  Buat kesekian kali.  InsyaAllah. 

Ia satu nikmat. 

Syukur, segala puji kembali milik Allah.

* tak larat nak tulis apa-apa dah.  12.59AM.

Sunday, April 27, 2014

gelihati

Dah namanya madrasah Lil Banat, pelajar perempuan belaka.  Itu satu perkara.  Ini madrasah pelajar bawah umur yang belum matang. Paling besar yang sudah bertambah usianya dari tahun lepas ialah 15 tahun sahaja.  Belum matang sangat pun.  Hanya beberapa orang.  Selebihnya kecik-kecik dari seusia 9 tahun ke atas.  Maka memang selalu menguji kesabaran. Complicated pun ada juga.

Dalam dua minggu lepas aku pernah menceritakan kisah gadis baran yang menangis kuat-kuat dalam bathroom.  Memang kuat esakannya.  Tak dinafikan.  Sekuat dia tertawa sebenarnya.  Macamana dia ketawa, macam itulah dia menangis.

Beberapa hari berlalu dengan tenang.  Tiba-tiba Intan menangis sakan dalam bathroom juga.  Kuat juga tangisnya.  Aku hairan.  Intan yang selalu tenang ini rupa-rupanya sesekali keluar tangisan memang kuat lalaknya.  Hmm ...

Semalam, Aisyah pula menangis. Tersedu-sedu dia sambil duduk menangkup atas lantai.  Sakit perut, adu kawan-kawannya.  Haihh ... aku kembali sibuk selepas meninjau keadaannya.  Dijenguk lagi, Aisyah sudah di bathroom menangis di sana pula.  Aku yang sudah siap mengaduk gula dan garam dalam air suam membawa dia masuk ke dalam dan menyudukan tiga sudu air itu ke mulutnya.  Kelat wajah Aisyah tetapi terpaksa akur.  Aisyah pun kuat juga suara mengugunya. 

Dan, terbaru adalah tadi.  Aku yang sedang sibuk memasak terkejut mendengar betapa kuatnya raungan dari madrasah.  Memang tangisan yang benar-benar menyedihkan, aku rasa.  Teresak-esak, tersedu-sedu.  Lama pula tu.  Selagi tak hilang sedihnya, menangislah dia.  Oh, rupa-rupanya Khadijah yang menangis sebab tak mahu balik dijemput kakak.  Khadijah pelajar ulang-alik, dia sudah merancang mahu tidur di madrasah untuk meraikan sambutan hari lahir Ainul malam ini.  Setelah mendapat keizinan dari semua pihak termasuk keluarganya (Khadijah kurang sihat) tiba-tiba kakaknya akan datang membawa dia pulang.  Mungkin ada kerisauan pada kesihatannya.  Hah, apa lagi, meraunglah si kecil molek ni. 

Aku gelihati pulak.  Apahal semua pakat bergilir-gilir hari menangis ni?  Sebelum ni, kalau ada yang menangis menyorok-nyorok je. Malu konon.  Tau-tau mata je merah basah.  Tetapi semenjak gadis baran tu menangis kuat tak de had, diikuti Intan yang pemalu juga tiba-tiba kuat pula tangisnya.  Kemudian Aisyah, dan Khadijah.  Dah macam satu lumrah pulak ye ...  Senarai itu tak dimasukkan lagi nama tuan puteri aku yang tak kurang kuat menangisnya, yang tak mengira masa suka-suka dia.  Terutama kalau aku tengah kurang mood nak melayan kerenahnya.  Atau dia hanya mendengar bunyi enjin kereta pergi meninggalkan dia tanpa khabar berita, walau sekadar nak isi minyak atau hantar pakaian Hidayat. 

Inilah warna-warni hidup bersama pelajar-pelajar muda ni.  Dia nak menangis, menangis saja tak de rasa segan dah.  Aku tak dapat bayangkan andai pemilik suara-suara serak basah seperti Sabrina, Afifah atau Mira pula yang dengan selamba menangis.  Entahlah, suara mereka ni ... serak-serak basah la katakan.  Hehe ...

Gelihati pun ada rupanya melayan kerenah pelajar di sini.  Ada lagi kisah dan cerita, tetapi kita slow-slow udah la ya.  Follow saja.

Yang pasti mereka semua adalah fisabilillah yang sedang berjihad di jalan Allah.  Andai mereka kembali kepada Illahi saat ini, pintu syurga siap terbuka.  Semoga Allah pilih mereka semua hingga tercapai matlamat asal berada di sini.  Allah lah yang memilih mereka untuk berada di bawah naungan rahmatNya.  Semoga Allah mudahkan urusan kita dan memberi petunjuk ke jalan yang benar, jalan yang diredhaiNya.

Allahumma aameen, insyaAllah.

Saturday, April 26, 2014

Selesai  satu kisah pagi di madrasah.  Aku bukak yoga lenovo.  Ada beberapa post di WhatsApp.  Ada sesuatu yang panjang dari seseorang yang sulit untuk dibaca sekelimbas lalu.  Tetaapi aku go tru.  Satu ayat mudah yang menyentuh hati.

THERE'S ISLAM BUT THERE'S NO MUSLIM. 

Tengok sekeliling dan lihat diri sendiri.  Aku. 

Tak dapat menulis tentang ini.  Aku harus menghadamnya, seperti perut aku yang sedang menghadam beberapa suap nasi lemak sebentar tadi.

Terima kasih ZA.  Sesuatu yang kerap menyentuh rasa, kerap datang dari dia.  Speechless.

wonder chef

Pagi yang mengantuk.  Namun sudah rancang dalam kepala, menu sarapan adalah nasi lemak enak banget.  Nasi akan dimasak jam 7.30 AM nanti.

Santai sambil melayan mata.  Ziarah pula bradokapak membaca sesuatu yang menarik perhatian.  Hmm, sudah 7.33 AM rupanya.

So, mari kita jadi wonder chef pagi ni.  Nasi lemak enak banget insyaAllah siap jam 8.30 AM tepat.

Tentulah yang pertama basuh beras yang sudah disukat seperti biasa.  Untuk menjimatkan lagi masa memasak nasi, masak air panas satu kettle. Sementara tu, bukak santan kotak dan masukkan dalam beras yang sudah bersih bersama lima sudu kecil garam halus.  Kacau dan on periuk.  Apabila air kettle dah off, masukkan air panas dalam periuk nasi.  Baca doa hidayat, selawat dan asma Allah, tiup, tutup.  Tawakkal.  Allah yang bagi sedap dan bagi masak.  Tak sempat nak letak daun pandan.  Cuma letak tiga batang serai.  Pun sedap tu ... insyaAllah.

Mula-mula kira budget telur untuk direbus dan cuci hati-hati usah sampai terlebih picit nanti pecah.  Rebus dengan api sederhana.

Budget cili kering (sudah siap digunting beberapa hari lepas) dan masukkan dalam kuali, direbus supaya hilang bisa dan tak sakit perut orang yang memakannya.   Tapis cili dan bersihkan kuali.  Masukkan minyak secukupnya dan pasang api dapur.

Bersihkan sebatang serai dan gunting halus.  Potong bawang merah dua biji.  Ambil bawang putih beberapa biji (beli yang dah siap kopek).  Masukkan semua ini dalam blender bersama  cili yang sudah direbus dan dijirus air bersih.  Masukkan sedikit belacan. Kisar.

Tiba-tiba, "Mama, masak apa tu?"  Ada mata mengendap dan suara di pintu.

"Jangan kacau.  Mama tak nak sesapa kacau, tengah sibuk  nih!"  Senyap.

Masukkan bahan kisar ke dalam kuali panas.  Kacau sekejap.  Alamak terlupa nak masukkan ikan bilis.  Ambil ikan bilis sedikit, cuci dan campak masukkan  dalam kuali.   Kacau.

Tiba-tiba, "Mama, nak masuk."  Suara lain pula.

"Tak boleh.  Jangan kacau."

"Mama masak apa?"  Masih nak tahu.

"Rahsia."  Jawapan macam biasa untuk mereka.

Ambil timun dan potong serong.  Masuk bekas, siap untuk dibawa ke madrasah.  

"Mama, nak plastik sampah."  Suara lain lagi.

"Nak besar ke nak kecik?"

"Nak kecik, nak kutip daun."

Cepat-cepat ambil plastik econsave dan hulur kat tingkap, tutup cepat-cepat juga.

"Kak, nak ambik buah tu boleh tak?"  Akak?!!

"Jangan kacau tengah sibuk ni."  Akak?!!  Eh, alamak, mudirah ke, aduii ...

Bukak tingkap.  Hehe ... sori,  ingatkan pelajar tadi.

Mudirah sengih.  Dia berhajat nak ambil buah mangga muda nak dibikin kerabu.  Amboiii sedapnya ... Ada pape ke???  Mudirah senyum, takde pape tak de pape ... mahu keluar negara jauh dua bulan le ...

"Kak, akak ada masalah ke?"  Blur kejap.  Hmm ...

"Tak de, ok je."

"Tak, abah tepon tanya akak ada masalah ke ..."

Ok, sudah faham hehe ...

Semalam semasa ambil borang klinik pelajar sakit dan hantar claim, mudir kata aku wajib ambil kursus memasak, sebelum lawatan pihak berkenaan ke sini.  Mendengarkan itu, aku mendapat peluang keemasan untuk bertanya semula.  "Err ... ada tak yang boleh gantikan saya memasak."  Semua hening terdiam.  Tak menyangka barangkali, seperti aku sendiri.

Lega rasanya, walaupun macam memberi kejutan pulak.  Nak tunggu suami bagi hint, tak tau bila.    Hanya dijawab dengan icon-icon WhatsApp gelak lidah terjelir dengan mata juling bagai tu.  Aku sendiri cuba mencari alasan yang paling kukuh untuk mengajukannya. Biar aku sendiri yang bagitahu.  Jadi itulah asbab mudirah menyampaikan pertanyaan dari mudir tadi.

"Begini, bila akak harus ambil kursus bermakna akak harus menjadikan ini satu profesyen.  Tentu tak kurang setahun, mungkin bertahun-tahun akak akan di sini.  Sebenarnya akak berniat untuk membantu pada permulaan ini sahaja.  Tak berhajat nak menjadikan ia satu kerjaya."  Mudirah menghadiahkan senyum dan angguk-angguk.

"Ooo ea ... jadi tak ada masalah la sebenarnya ya."  Minta kepastian.

"InsyaAllah tak ada apa-apa masalah.  Awak tau la kan, akak nak menulis."  Sungguh!  "Tiga orang mak akak pun dah semakin uzur."  Tak tau macamana nak sambung.  Tersangkut pulak.  Pelajar akan bertambah sehingga jadi 50-60 orang.  Bangunan akan dibesarkan dan dinaikkan menjadi dua tingkat untuk asrama.  Tenaga yang berkhidmat tentulah perlu lebih profesional, sama ada tenaga pengajar, pengurusan, dapur dan warden. Sebenarnya akak nak jadi warden jeh hehe ... boleh tak? Ke nak kena bekas askar je jadi warden.  Dorang sangat setuju akak jadi tukang masak. Dorang pun kata okeh je bila akak jadi warden. 

Mira muncul di belakang mudirah, main-main mata.  Nak ambil sarapan le tu.  Aku terus berbual dengan mudirah.

"Mama, nak ambik sarapan."  Akhirnya Mira bersuara, kurang sabar agaknya menanti.

Setelah semua siap, aku pandang jam.  Oh sudah pukul 8.45AM rupanya.

* Aisyah merajuk tak nak makan.  Peminat tegar sambal dan cili ni dah sakit perut kepanasan (sejak Mac, baru pecah rahsia kat doktor) sampai menangis semalam, terpaksa diangkut ke klinik.  Pagi ni aku bagi warning makan sambal sikit saja.  Dia mencolek sambal baki dalam kuali.  Aku diberitahu dia hampir mencuri cili padi dalam bekas terdedah atas meja, andai tiada yang memerhatikan.  Akibat diberi amaran, terus merajuk tak nak makan.

*  Hanani pun merajuk juga walaupun lapar, katanya.  Merajuk perangai ahli kumpulan yang bermasalah menyelesaikan khidmat.  Main-main.  Merajuk la sangat.

* Mira beri isyarat.  Intan di sebelahnya tunduk saja di depan talam.  Apa masalah dia, aku tak faham.  Haihh macam-macam.  Kelmarin Intan menangis bagai nak rak dalam jamban.  Sabar saja la kan ... Nanti kena tanya Hani.  Gadis seorang ini pasti ada kaitan.

Jawapan aku senang saja.  Dah dipujuk, tapi masih mahu merajuk.  Aku sambil beredar, "Sapa tak nak makan rugi.  Sambal tersangat la sedap.  Nasi tersangat lah sedap.  Karang jangan datang dapur cari nasi lemak pulak.  Sapa mengadu lapar, lepas tu sakit perut, lepas tu nak pergi klinik, mama hantar kat doktor lelaki tu, biar dia check pegang raba perut kamu."

Tak tau apa jadi lepas tu ... aku pun duduk depan laptop untuk merapu.

Memasak adalah satu skill.  Biasa memasak, skill pun insyaAllah bertambah.  Masa sekolah dulu, cikgu Atifah ajar macamana nak set masa dari start prepare bahan hingga siap menghidang.  Merancang masa dan bahan adalah penting.  Dan aku pula seperti suka merancang masa yang singkat.  Harus sunyi dari gangguan termasuk suara bertanya.  Itulah salah satu ciri kecekapan.  Allah jua yang memudahkan.  Api tidak panas tanpa izinMu ya Allah.

Bersama mereka, menjadikan hidupku berwarna-warni dengan warna yang indah.  Ada juga resah, tangis, gundah namun tetap bersulam rasa syukur dan tabah.  Setiap pertemuan pasti ada perpisahan.  Yang tinggal adalah kenangan dan kerinduan.   Ke mana selepas di sini?  Semoga Allah mengumpulkan aku dengan orang-orang yang lebih baik lagi, yang dengan memandang mereka saja aku lantas mengingatiMU, merinduiMU dan mendapat cinta kepadaMU.

Aku hanya meminta.  Aku tidak memikirkan permintaanku yang kecil, tetapi mengharapkan kekuasaanNYA untuk memberi.



InsyaAllah, Allahumma aameeen.






Friday, April 25, 2014

Hei ... rilek la

Lepas satu, satu status pencinta buku naik di FB.  Eh, bukan aku dah deaktive ke ...

Ala, sempena pesta buku. Eh, yeke? 

Apa-apa je. Tapi aku dah semakin pasif di sana.  Eh, boleh caya ke?

Aku macam selalu.  Tarik nafas berkali-kali.  Masih bernafas macam biasa.  Masih bernyawa hari ini.  Alhamdulillah.  Napa sampai tiga post ni?  Lepas gian selepas selesai buat cookies agaknya.

Aku fikir semua ok saja.  Tak ada apa-apa.  Tetapi mereka tulis itu ini pasal pesta buku.  Mereka share itu ini di pesta buku.  Mereka cerita sesi itu ini kat sana.  Aku mula terasa.

Ala, ada empat buku lagi yang tertangguh.  Bukan buku aku je.  Editor dah minta maaf dah.  Aku pun dah kata it's ok je.  Semua jadual Allah belaka.  Pasti dan pasti ada hikmahnya.  Aku tak tau.  Editor tak tau.  Pihak penerbitan tak tau.  Big bos ITBM pun tak tau.  Hanya Allah je yang Maha Tahu.  So?

So, hei ... rilek la. 

Bukan mudah nak rilek sebenarnya.  Aku tak mau jenguk FB lagi.  Eh, yeke? 

Aku rasa nak menangis tapi ... sayang airmata.  Nanti la, kumpul 7 alasan yang afdal untuk menangis 7 hari 7 malam.  Biar benar!  Err ... 7 minit menangis dalam diam-diam sambil pakai niqob, tak ada orang tau.

Aku suka stail kakak.  Dia tak pernah heboh pasal bukunya.  Makluman dia pun santai je.  Dia low profile orangnya.  Sebagai adiknya, maka aku bercadang mengikut cara dia.  Apakah ini alasan setelah hati terkesan dengan rasa kecewa?

Ulangan.  Aku suka stail kakak.  Dia tak pernah heboh pasal bukunya.  Makluman dia pun santai je.  Dia low profile orangnya.  Sebagai adiknya, maka aku bercadang mengikut cara dia.  Dan aku rasa elok juga ikut cara dia mengenepikan FB dan blog dan mengutamakan apa yang sepatutnya.  Bila tu?

* Dalam hati ada jiwa.  Apabila hati berkata, jiwa bersuara.  Perasaan memendam.  Semua jadi berantakan.  Aku rasa mahu menangis tetapi bukan sekarang.  Bila nak menangis? 

Hei ... rilek la!  Sedihnya.

Aisyah jangan cemburu

Sudah beberapa kali.  Bukan satu kali.  Bukan dua kali. Tetapi sudah lebih tiga kali.  Cumanya tidak berturut-turut. 

Semalam Aisyah yang manis muncul dengan wajah mendung.  Mata hazelnya redup.  Senyumnya tersimpan.  Suaranya masih macam ala-ala suara Fasha Sandha.  Ada hal nak cakap dengan mama, katanya seribu nada.

"Mama, nak tanya ni.  Kenapa saya tak boleh masuk sini.  Kenapa Kak Mira je boleh???"

Aku tarik nafas.  Aisyah diserang cemburu!  Hanisah angkat kening.  Yang lain terdiam.  Mira tidak ada di situ.

Dia bukan pelajar perintis.  Dia muncul pada kemasukan kali entah ke berapa. Itu setelah Maisarah memberi cadangan kepada ibu Aisyah, khabarnya begitulah.

Jadi dia tidak melihat apa yang berlaku kepada pelajar dan aku pada awal pembukaan madrasah.  Dia  tidak menikmati pahit manisnya suasana janggal, kekok, pelik, keliru, 'macamana ni?', 'buat biasa je la', dan bermacam rasa lagi. 

Dia tidak pernah melihat dalam ramai-ramai pelajar perintis tu, hanya seorang yang sangat rajin menemuramah dan menemubual dan tidak putus asa mahu mendekati aku.  Yang lain tu malu-malu kucing.  Yang seorang itulah, walau aku tak benarkan sesiapa buang masa melepak di dapur aku, dia masih mahu duduk dan bercakap-cakap dengan aku.  Aku tak mahu sesiapa tolong buat kerja, dia masih menawarkan diri potong bawang ke, cuci pinggan ke, sapu lantai ke ... Aku tak nak bercakap banyak, dia masih ajak berborak.  Diceritakan kisah-kisah kawan-kawan barunya.  Kisah keluarganya.  Kisah adik-adik dan abang-abangnya.  Dan dia sering tersenyum, tertawa, santai benar gayanya.  Aku pun akhirnya terpikat pada dia. 

Maka Aisyah jadi cemburu pula.

Tetapi tak juga boleh salahkan cemburu Aisyah.  Aisyah memang cemburu orangnya.  Dia anak bongsu yang sangat comel.  Darah Kemboja yang mengalir dalam tubuhnya memang darah yang indah merahnya.  So, anak bongsu memang kuat cemburu ke? Hmm iya kot.  Berdasarkan testimoni sekian lama.  Kot ...

Aisyah tak faham.  Dia tak mahu pula faham bila diberi penerangan.  Aku sudah bilang.  Kawan-kawan sudah bilang.  Hanya Mira yang sudah maklum sangat faham.  Tetapi Aisyah enggan sama membilang.   Jadi?

Biarkan sajalah Aisyah dengan cemburunya.  Semoga satu ketika cemburunya akan kendur dan lupus.  Beralih kepada cemburu yang lebih afdal.  Cemburu kepada kawan-kawan yang mendahului menghafal al-Quran.  Cemburu kepada akhlak kawan-kawan yang lebih mulia.  Cemburu kepada yang lebih baik.  Bukan cemburu kepada Mira.  Tetapi boleh mungkin, cemburu untuk menandingi Mira dalam kematangan dan sikap ringan tulang. Mungkin ...

Mereka, semua ada kisah tersendiri.  Aisyah juga pernah meluahkan rahsia hati yang ada rencah sedih dan duka.  Aku hanya menyediakan kerusi dan duduk mendengar dengan bahasa wajah yang sesuai.  Memberi respon dengan bahasa yang sesuai.  Aku sekadar meminjamkan telinga untuk mendengar.  Tetapi itulah ... entah di mana mahu cemburunya Aisyah. 

Aisyah juga prihatin dengan kemelut kawan-kawan yang bergeser dalam hal jadual khidmat.  Itu juga dilakukan oleh Mira.  Bahkan oleh hampir setiap orang, melainkan beberapa empunya nama yang sangat comel seperti Alya, Syakilla, Syuhada dan Nurhanessa.  Empat orang ini digelar 'budak-budak kecik' yang peranan mereka selalu harus dibantu oleh kakak-kakak.

Aku masih mencari alasannya.  Mengapa Mira boleh,  mengapa Aisyah tak boleh?  Iye ke?

Hmm...

Aku fikir, sikap tenang dan tidak mudah melatah adalah satu point.  Juga tidak mudah berkecil hati dan terasa hati. Selain tidak mudah undur diri dan mengalah.  Inilah sifat yang perlu ada pada daie dan daieyah.  Selain sifat juang yang tinggi.  Sifat hati seperti lautan yang luas. 

Mira.  Dia selalu tidak dapat keizinan masuk tetapi dia merayu dengan senyum tawa.  Dia menawarkan khidmat yang tidaklah aku perlukan sangat, tetapi menyebabkan aku faham dia sangat teringin masuk berjumpa denganku.  Dia ada fikiran yang baik.  Mampu menilai kawan-kawan dan selalu memberi informasi yang sukar aku ketahui melainkan jika aku berada di madrasah. 

Pada 'zaman awal' madrasah, kerap berlaku gangguan yang menakutkan kepada pelajar.  Iyala, tempat terbiar sekian lama yang kemudian didiami untuk memartabatkan Kalam Allah.  Memang gempar penghuni-penghuni sedia ada yang berada di persekitaran dan hutan kecil di sebelah (alhamdulillah, hutan kecil sudah lenyap.  Bangunan asrama dua tingkat bakal didirikan.)  Maka, Mira sebagai salah seorang pelajar prihatin yang menjadi spy aku untuk mengabarkan jika ada salah tingkah.  Tengah malam buta dia berlari datang bersama teman mengabarkan apa yang sedang melanda.

Maka, kesimpulannya dalam kehidupan memang sudah sunnah Allah, dalam hati tidak boleh ada dua cinta.  Maksudku, dalam ramai-ramai tu yang semuanya dikasihi, hanya ada seorang yang terlebih sedikit.  Tetapi yang sudah mewakafkan diri untuk jalan Allah, hanya satu cinta yang hakiki.  Cinta kepada Illahi.  Kita ambillah yang paling benar.  Yang benar tidak akan lupus dan hilang.  Cinta itu datangnya dari DIA juga.  Maka DIA adalah Pemilik Cinta.  Maka mencintaiNYA dan mencintai yang mencintaiNYA, itulah antara suruhanNYA.

Aisyah, jangan cemburu lagi.  Kita jadi pencinta Illahi.  Berpaling dari dunia dan isinya, memandang akhirat yang bakal dikunjungi.  Dunia akan datang dalam keadaan hina.  Jangan cemburu lagi pada Kak Mira ... hehe ...

* ambil mana yang baik, tinggalkan mana yang salah.  Aku juga mujahadah dan kerap kalah.  Semoga Allah bantu kita semua membaiki diri dan tetap melangkah di atas jalan yang lurus, jalan keredhaanNya hingga kiamat.  InsyaAllah.  Allahumma aameeen.

* 'Mana buku?'  Buku tidak ada.  Saat ini ia masih berbentuk jutaan aksara yang menunggu untuk diterjemahkan menjadi cerita.  Semoga kelewatan ini yang terbaik.  Lewat tak bermakna sudah kalah. Rezeki di tangan Allah.  Usah risaukan rezeki diambil orang.  Risaukan iman yang tunggang-langgang.  Pesanan untuk diri sendiri jua.

* Be like a diamond precious & rare not like a stone found everywhere *
~ZA~




WhatsApp untuk Ustaz Hmmm

Assalamualaikum Ustaz.

Makin didiam makin menjadi nampaknya.  Akak yang tak tahan tu bila dia beberapa kali kata akak macam anak dara 20 tahun.  Ingatkan iya, kemudian terbongkar rahsia dia suka bodek je.  Tak patut la macam tu ustaz. 

Biar akak berterus-terang je.  Semuanya asbab ustaz juga ni.  Hari-hari nama ustaz jadi sebutan, pemanis bibirnya.  Akak juga yang jadi mangsa.  Mentang-mentang ada wassap.  Akak memang tak ikut kehendaknya.  Apa hal pulak akak nak sampaikan pada ustaz.  Tetapi itulah ... selagi tak sampai hajat, selagi itu dia meminta. 

Macam-macam yang ditanyanya.  Dilayan atau bolayan, sama padanya.  Sabar saja.  Tak ampai hati pun ada.  Kasihan ... ada ibu baru dituduhnya garang.  Maka dicopnya semua ibu tiri memang kejam.  Hmm ...

Jadi macamana ustaz?  Soalan mudah, bila nak masuk meminang?  Hehe ...

Nak jawab tentu susah.  Tak mengapa, sebab tu akak tulis kat sini je.  Tak akan dipos di wassap. 

Tak kisah la ustaz ada singgah di sini atau tidak.  Indirectly, hanya yang berkenaan saja yang faham.  So kalau ustaz faham, bagus sangat la tu. 

Sebagai seorang yang menyokong pernikahan pada usia muda, akak fikir teruskan sahaja.  Dia ni, insyaAllah bijak sebenarnya dan pick up laju.  Semoga belajar pun bertambah laju nanti.  Semoga Allah pilih dia jadi daieyahNya, asbab hidayat seluruh alam. 

Allahumma aameeen.  Semoga Allah mudahkan segala urusan kita semua. 


Monday, April 21, 2014

1.  Pening masuk kedai borong jual hp last 18th night.  Betul-betul macam kedai jual goreng pisang panas.  Hari ni masih ada sisa pening tu ...  sapa nak beli hp murah, lebih dari Law Yatt boleh ke sana. Karkun jugak yang info ... kat suami.  Mula-mula macam tak jumpa, pusing pelan-pelan akhirnya jumpa.  Apabila Allah sudah tetapkan rezeki, tak perlu risau kan.  InsyaAllah dapat jua apa yang diidam-idamkan; Lenovo Yoga.  Jom kita beryoga hehehe!  Jazakallahu khoir kathira to my hubby, yang sempena birthday dia ya ke dot dot, sebagai tanda syukur dipanjangkan umurnya dan disihatkan badannya dan dimudahkan urusannya; maka dia menghadiahi isterinya ini apa yang dihajatkan. Allahumma aameeen, sebagai penyebab hajat disampaikan oleh Allah jua.

2.  Dia, my loving new special friend still ... insist to ask ... (betul ke) ... yang ... aduii ... rasa bersalah benar pulak ni.  Ampun maaf to you dear.  Tunggu Ogos, andai panjang umur insyaAllah.

3.  Prepare nak buat cookies.  Mampu ke lagi ni?  Semoga Allah beri kekuatan untuk menyelesaikannya.  InsyaAllah aameen.

4.  Istikharah.  Ya Allah, seandainya di sini lebih afdal dan besar manfaatnya untuk akhiratku, mudahkanlah segala urusanku di sini dan tetapkanlan hatiku.  Andainya beredar dari sini lebih afdal untuk aku beroleh keredhaanMu, permudahkanlah untukku dan gantikanlah dengan yang lebih baik lagi.  Semoga pelajar-pelajar yang manja-manja tu masih dapat bermanja dan ditarbiyah dengan lebih berhikmah lagi nanti.  InsyaAllah.

5.  Semalam dan pagi ini aku harus mengaku telah berlagak dengan lagak mak joyah kaki leter yang budak-budak sekarang suka gantikan dengan perkataan 'poyo'.  Peduli apa ... siapapun dia.  Anak siapapun dia.  Adik siapapun dia.  Inilah yang menambah keinginan nak beransur dari sini.  Namun, sebenarnya masih ada rasa sayang.  Mereka tetap 'jiranku yang terbaik' sampai bila-bila.  InsyaAllah.  Tak semudah abc nak dapat 'jiran' seperti ini lagi di mana-mana.  Cuma kadang-kadang jiran ini yang aku harus ambil tahu tepi kain mereka semua, menjadikan aku rasa berasap-asap saja ... hmmm ... sabar saja kan.  InsyaAllah.

Cukuplah dulu.  Semoga Allah izinkanku menulis sesuatu yang lebih bermanfaat yang boleh benar-benar menjadi penawar dan asbab kebahagiaanku di akhirat sana.  Sedang menimbang-nimbang nak hantar cerpen remaja / dewasa pulak.  Moral dari cerita benar yang diubahsuai.  Aku buat keputusan berhenti menghantar ke majalah kanak-kanak Dewan Pelajar.  Perlukan wadah yang lebih sesuai untuk pengisian yang lebih murni.  InsyaAllah.  Maka aku berfikir semula; bahawa aku perlukan kehidupan yang aku boleh uruskan sendiri tanpa disentuh urusan luar.  Pagi membaca dan menulis.  Tengahari menulis.  Petang menulis.  Malam membaca dan menulis.  Tengahmalam menulis.  Awal dinihari menulis.  Begitulah penulis.  Kan.

Jadi aku memang bersetuju apabila kakak aku kata; hmm ... dah ada tugas kena la ikut jadual tugas.  Tak boleh nak rancang masa sendiri.

Jadi, aku makin faham sikap dan tindakan kakak aku yang seorang ini.  Berhenti berkerja makan gaji dan uruskan anak-anak di rumah.  Dia menulis, juga urus anak.  Buat roti untuk anak.  Tanam cili dan macam-macam yang dia suka.  Dia menulis juga.  Menyunting dan editing.  Dia tak aktif FB. Dia tak aktif blog.  Walaupun dia ada FB dan blog. Dan dia tak berwassap walaupun aku dah banyak kali memujuk dia supaya berwassap.  Kita kan ada wassap grup adik-beradik.  Macam-macam kita boleh share kat wassap.  Dan kita boleh update urusan dan hal ehwal keluarga dengan cepat kat wassap; macam yang famili my hubby buat.  Memacam yang diuruskan melalui wassap antara adik-beradiknya.  Tetapi wassap adik-beradik aku cuma tiga ketul orang saja.  So inilah cara dan sikap kakak aku yang seorang ni.  Aku terpaksa menyerah.  Jadi aku fikir aku mahu tiru cara dia jugak.  Amacam?  Oh ya dia juga sangat rajin membaca al-Quran bersekali dengan tafsirnya. Quran dia, fulamak ... penuh dengan tanda-tanda di merata-rata.  Entah apa yang ditandanya, hanya dia yang faham.  Dia salah seorang dari kakak aku.  Kakak yang memiliki kecenderungan dan minat yang sama ; menulis.   Aku dan dia mungkin ada beberapa persamaan.  Adik-beradik, begitulah.  Abang, kakak lagi seorang dan adik (the only adik) pun ada persamaan antara kami di mana-mana.  InsyaAllah yang penting adalah pertautan hati dan aliran darah di dalam tubuh adalah sama.

Err ok stop dulu.  Cookies ni bila nak buat ni?  Sapa nak tolong woii?  Tolong aku buat cookies ni ...




Search This Blog

Blog Archive

Rakan Blog

cinta hingga Firdaus

Lilypie Angel and Memorial tickers
Lilypie Kids Birthday tickers Lilypie Kids Birthday tickers Lilypie Kids Birthday tickers Lilypie Kids Birthday tickers

Terima kasih :)

utamakan Bahasa Melayu

utamakan Bahasa Melayu

Pantai Lumut

Pantai Lumut

Pantai Mersing

Pantai Mersing