Hadith


Beramal dan Menyampaikan


Random Hadith Widget

Bismillah

Bismillah

Tuesday, February 16, 2010

tak patut... tak patut...

Ustazah putar alam
Oleh Amir Abd Hamid dan Mohd Firdaus Ibrahim
am@hmetro.com.my
2010/02/16
E-mel Artikel Cetak Artikel Tanda Artikel Besarkan Saiz Teks Kecilkan Saiz Teks Komen Artikel

KAJANG: Gelaran ustazah putar alam layak buat seorang wanita berusia awal 30-an apabila dikatakan licik memerangkap ibu bapa terutama mereka berkerjaya menghantar anak ke pusat asuhan kanak-kanak miliknya sebelum bertindak menghilangkan diri sebaik bayaran pendahuluan diterimanya, sejak lebih setahun lalu.
Bagi meyakinkan mangsa, ustazah berkenaan mendakwa menggunakan pendekatan Islam dalam pengajaran di pusat asuhannya, selain memakai purdah.


Namun, selepas dia menerima wang pendahuluan, ustazah itu menghubungi ibu bapa sebelum mendakwa pusat asuhannya itu tidak mendapat kebenaran Jabatan Bomba dan Penyelamat dan terpaksa ditutup.


Berikutan itu, dia juga memaklumkan waris untuk menjelaskan bayaran yang sudah dibuat dengan memasukkan wang berkenaan dalam akaun masing-masing sebelum bertindak menghilangkan diri.


Difahamkan, ustazah terbabit bukan saja melakukan kegiatannya di sekitar Lembah Klang, sebaliknya dikatakan sering berpindah- randah di setiap negeri di seluruh negara bertujuan mengelakkan kegiatannya itu dihidu orang ramai terutamanya pihak berkuasa.


Terbaru, seorang ibu, Norizan Mohd Khairi, 28, mendakwa menjadi mangsa ustazah terbabit apabila menghantar anaknya di pusat asuhan kanak-kanak milik ustazah itu di Taman Putra Kajang, Disember tahun lalu. “Pada mulanya, saya diminta menyerahkan pendahuluan RM300 kepada ustazah terbabit sebelum anak sulung saya diarah memulakan pembelajaran pada 4 Januari lalu.

“Seperti dijanjikan, saya menghantar anak ke taska berkenaan sebelum menyerahkan wang tambahan RM500.


“Ustazah itu mendakwa wang berkenaan digunakan membiayai peralatan pembelajaran dan setiap waris dikenakan caj sama,” katanya.


Menurut Norizan, dia yang curiga mula bertanyakan pelbagai soalan, namun ustazah terbabit berjaya meyakinkannya.


“Mana saya tidak curiga, ketika menghantar anak tiada seorang guru pun di taska berkenaan.


“Naik pening saya dibuatnya, namun ketenangan ustazah itu menjawab soalan diajukan berjaya meyakinkan saya,” katanya.


Namun, pada 10 Januari lalu, ustazah berkenaan menghubungi saya sebelum mendakwa pusat asuhannya itu terpaksa ditutup.


“Dia mendakwa pusat asuhannya itu tidak memiliki ciri keselamatan Jabatan Bomba dan Penyelamat.


“Namun, dia berjanji menjelaskan semula bayaran sudah dijelaskan itu,” katanya.


Norizan berkata, selepas beberapa hari menunggu, dia menghubungi semula ustazah terbabit menyebabkan berlaku pertengkaran antara mereka.


“Mana tidaknya, dia menggunakan kata kesat sebaik saya bertanyakan mengenai pembayaran semula deposit dan yuran persekolahan dijelaskan itu.

“Malah, perangai biadab ustazah itu juga jauh berbeza dalam pertemuan pertama mereka ketika menghantar anak ke pusat asuhan terbabit,” katanya.


Berang dengan tindakan itu, mangsa ke pusat asuhan berkenaan dan mendapati premis terbabit dikosongkan.


Tersentak dengan itu, mangsa ke Pejabat Jabatan Agama Islam Selangor (Jais) membuat aduan.


Katanya, seorang pegawai bertugas mendakwa menerima lebih 10 aduan mengenai pusat asuhan berkenaan selain mengatakan ustazah terbabit tidak pernah berdaftar dengan pihaknya.


Sehubungan itu, mangsa membuat laporan polis berhubung insiden berkenaan di Balai Polis Kajang untuk siasatan dan tindakan lanjut.


Difahamkan, ustazah itu cuba membuka pusat asuhan baru di Melaka dan menjalankan agenda terkutuknya itu.


Sementara itu, Ketua Polis Kajang, Asisten Komisioner Mohd Sakaruddin Che Mood mengesahkan menerima laporan berhubung kejadian berkenaan.

;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;

Mujur belum ada kanak-kanak yang ditempatkan di nurseri... kalau dapat mendekati orang sebegini, mengenali isihatinya, mengapa dia berbuat seperti ini, apa agaknya yang dapat diketahui?...

Pelik - dengan kehendak Allah Taala

Muntah bau nasi
Oleh Azlan Hafeedz
am@hmetro.com.my
2010/02/16
E-mel Artikel Cetak Artikel Tanda Artikel Besarkan Saiz Teks Kecilkan Saiz Teks Komen Artikel

PASIR PUTEH: Seorang remaja dianggap pelik kerana tidak menjamah nasi walaupun pelbagai lauk lazat dihidangkan sebaliknya dia termuntah jika tercium bau makanan itu.
Itulah yang berlaku terhadap Fariezuwan Muslim, 14, atau dikenali sebagai ‘budak segera’ sejak 14 tahun lalu kerana dia juga tidak boleh menjamah mi atau bihun kecuali mi segera, memaksa keluarganya berbelanja antara RM20 hingga RM50 sehari untuknya kerana terpaksa mencari alternatif makanan lain untuknya.


“Tekak saya loya sebaik terhidu bau atau melihat nasi,” katanya.


Berikutan itu, pelajar tingkatan dua Sekolah Menengah Sri Aman itu kini bergantung hidup dengan makanan restoran segera seperti ayam goreng, burger, mi segera, roti dan juga piza selain kuih.


Dia yang juga anak ketiga daripada empat beradik akan muntah jika termakan atau terbau nasi, mi, bihun atau kuetiau.


Walaupun tidak pernah makan nasi sepanjang 14 tahun dalam hidupnya, Fariezuwan tidak pernah mengalami penyakit kronik kecuali demam biasa dan selesema.

Fariezuwan berkata, pernah dia makan ayam goreng dalam pinggan yang digunakan ayahnya, Muslim Mohamed, 45, namun kepalanya terus pening sebaik mengetahui bekas itu sudah diisi nasi.


Katanya, ketika waktu rehat di sekolah, dia hanya memakan kuih dan sirap sebelum mengasingkan diri daripada rakannya yang lain kerana malu berikutan masalah dihadapi.


“Ketika makan di rumah, saya duduk berasingan dengan keluarga kerana langsung tidak boleh menghidu bau nasi manakala di bulan puasa pula, saya hanya memakan roti bakar buat pengalas perut.


“Malah, saya juga tidak pernah mengikuti keluarga ke majis kenduri kecuali keluarga terdekat kerana tidak mahu dilabel sombong oleh mereka yang tidak tahu mengenai masalah saya itu,” katanya ketika ditemui di rumahnya di Sri Aman, dekat sini, semalam.


Menurutnya, pernah sekali dia mencuba memakan nasi ketika berusia empat tahun, namun makanan itu terus terkeluar dari mulut tanpa sempat menelannya.


“Itulah sebabnya sehingga kini, saya tidak boleh makan nasi. Namun saya tidak anggap diri ini pelik kerana kehidupan saya normal seperti rakan lain, selain aktif sukan,” katanya.


Ibunya, Azizah Abd Hamid, 47, pula berkata, dia menyedari Fariezuwan tidak boleh makan nasi ketika anaknya itu berusia setahun.


Katanya, ketika itu, dia cuba menyuapkan bubur nasi kepada Fariezuwan, tetapi anaknya itu terus menangis dan menutup mulutnya.


“Perkara itu berlarutan hinggalah dia meningkat dewasa dan kami pernah membawa Fariezuwan berjumpa doktor pakar sebelum dia disahkan sihat serta tidak mengalami penyakit serius,” katanya.

;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;

tidak ada yang peliknya, semua dengan kehendak Allah jua.

Kenapa gini?

Jiran simbah air panas
Oleh Jaafar Mulup
am@hmetro.com.my
2010/02/16
E-mel Artikel Cetak Artikel Tanda Artikel Besarkan Saiz Teks Kecilkan Saiz Teks Komen Artikel

GEMAS: Sungguh kejam apabila seorang lelaki tergamak menyimbah air panas terhadap seorang kanak-kanak berusia tiga tahun yang bermain dengan anak kucing peliharaannya, di Taman Pasir Besar, dekat sini, Sabtu lalu.
Dalam kejadian kira-kira jam 5.30 itu, mangsa, Mohd Saifudin Azahar, yang melecur pada bahu kiri dan paha kanannya dikejarkan ke Hospital Tampin untuk mendapatkan rawatan.


Ketika kejadian, kanak-kanak malang itu dikatakan bermain seorang diri dengan seekor anak kucing peliharaan jirannya itu di belakang rumah lelaki terbabit.


Tiba-tiba seorang lelaki berusia 39 tahun itu membuka pintu belakang rumahnya lalu memarahi kanak-kanak itu sebelum dia masuk semula ke dalam rumahnya.


Sejurus kemudian, lelaki itu sekali lagi muncul lalu menyimbah mangsa menggunakan air panas menyebabkan kanak-kanak itu meraung kesakitan.


Jeritan kanak-kanak itu didengari kakaknya yang berusia sembilan tahun lalu bergegas mendapatkan adiknya yang dalam kesakitan.

Terkejut dengan kejadian menimpa adiknya itu, kakak mangsa memanggil ibunya yang bekerja di sebuah kedai perabot tidak jauh dari rumahnya.


Ibu mangsa, Normawati Mokhtar, 38, berkata dia bergegas balik ke rumah selepas dimaklumkan kejadian yang menimpa anaknya itu.


“Saya terus membawa Mohd Saifudin ke sebuah klinik swasta untuk mendapatkan rawatan sebelum dirujuk ke Hospital Tampin untuk rawatan susulan.


“Sebelum ini, lelaki terbabit pernah menyiram anak saya dengan air sejuk dan saya tidak sangka disebabkan seekor anak kucing, dia sanggup melakukan perbuatan ini,” katanya, semalam.


Menurutnya, sebelum ini beliau menyangkakan jirannya itu hanya bergurau apabila menyiram anaknya itu dengan air sejuk.


Katanya, disebabkan perbuatan melampau itu dia membuat laporan di Balai Polis Gemas. Timbalan Ketua Polis Daerah Tampin, Deputi Superintendan Mohd Isa Ujang ketika dihubungi mengesahkan polis menerima laporan mengenai kejadian itu.


Menurutnya, lelaki terbabit sudah ditahan di rumahnya malam kelmarin dan direman selama tiga hari bagi membantu siasatan.


Sementara itu Penolong Pegawai Kebajikan Masyarakat (JKM), Daerah Tampin, Nasrudin Ismail ketika dihubungi berkata, pihaknya sudah mengarahkan seorang pegawai bahagian kanak-kanak untuk menjalankan siasatan.

;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;

Mengapa tergamak memperlakukan kanak-kanak begini? Sungguh menyedihkan. Sudahlah kisah buang bayi hari-hari keluar dalam paper, itu yang diketahui manakala yang terlepas dari pengetahuan entah berapa banyak. Bermain dengan anak kucingnya... pun
boleh menjadi penyebab.

Sebuah Kehidupan

Pagi ini Selasa 16 Feb, aku berkobar-kobar nak download gambar kolam ikan yang dah bersih tu... dah boleh tengok ikan-ikan kuning oren berenang-renang berkawan ke sana ke mari. Maka dengan penuh ceria akupun buka sliding door arah ke kolam dan macam biasa anak-anak Tompok pun berlari-larian datang minta makanan diikuti oleh Tompok dan uncle Putih.  
Mataku melirik ke kolam dan terkuncilah pandangan melongo sekejap... ohh mengapa ini terjadi?  
Kelihatan ikan-ikan sudah terbalik terapung-apung di permukaan air yang bersih dan jernih itu. Cuma ada dua ekor saja yang nampaknya bertahan masih berenang-renang kesunyian.  
Serta-merta hatiku berkata, "Manusia hanya boleh merancang dan berusaha, Tuhan yang menentukan.  Semalam bukan main bangga aku dan Nabilah sependapat bahawa kalau orang lelaki boleh buat kita orang perempuan pun boleh buat... walaupun lambat dengan kudrat yang ada.
Yang peliknya selalu abang yang buat, okey je tak ada apa-apa.  La ni aku buat, boleh mati ikan sampai 4 ekor pulak tu.  Apa yang silapnya?  Mungkinkah ikan-ikan tu lebih suka duduk dalam air kolam yang hijau gelap macam air lombong tinggal tu?  Yang lagi satu pelik, masa air warna hijau tak ada kesusutan air pun tapi bila tukar air bersih mula la menyusut air tu perlahan-lahan.  Ikan ni kan jenis lasak, tak yah pakai anti klorin pun selama ni. 
Kenyataannya ialah setiap yang hidup pasti akan mati.  Tidak ada yang kekal selamanya, apabila sampai waktu ketentuan Illahi, pasti akan diambil nyawanya.  Cuma ada kes-kes istimewa Tuhan memberi penangguhan bersesuaian dengan rencanaNya jua seperti Nabi Isa a.s., Nabi Allah Khaidir a.s., Dajjal dan Iblis sebagai rahmat dan ujian buat manusia. 
Kembali kepada kes ikan-ikan ni, sudah sampai waktunya mati apabila kami yang menukar airnya.  Tidaklah mustahil kalau abang yang bersihkan kolam ni, pun mati juga.  
Maka rasa terkejut pun mula beransur reda.  Kita sewajarnya bersikap redha dan sentiasa cuba berfikiran seimbang waras rasional dalam kehidupan kerana setiap saat selalu ada kejutan.  Kita hanya menelusuri jadual kehidupan yang sudah dirangka oleh Tuhan.  Maka doa dan membina harapan yang baik adalah satu cara mendapatkan yang terbaik.  Sentiasa berbaik sangka dan tidak mudah putus asa, itulah antara kunci-kuncinya... insyaAllah.  
Semoga rakan bloggers semua ceria dan sentiasa dalam limpahan rahmat Illahi dalam meniti hari demi hari.  Selamat maju jaya. 

Bandaraya Tangkak

 
otw ke Tangkak untuk menggunakan highway balik demi mengejar masa (sebab Nabilah nak masuk kerja jam 10.30am, juga Indah Water nak datang buat penyenggaraan, serta nak hantar Naqib balik madrasah).  Sempat ambil gambar Gunung Ledang dari kejauhan.  Ada sudut cantik tapi terlepas sebab sibuk tunjuk gunung kat Nabilah.. macam pemandu pelancong pulak.


singgah di Warung Kekabu.  Dah lama meninggalkan Tangkak. Banyak perubahan.  Bangunan cantik naik di celah-celah kedai lama.  Wah, makin maju warung ni. Dulu simple je.  Makin kukuh nampaknya.  Cekap dan cepat, juga enak dan murah.  Jadi tumpuan semua tak kira bangsa.  



Masing-masing dengan hidangan pilihan.  Saya pilih lontong.  Sedap.  Lepas tu tukar-tukar dengan hubby dan anak-anak...

short story through pictures

 
anak-anak Tompok dah makin besar, dah makin pandai kunyah friskies.  nak masuk kaki tangan dalam bekas pun dah tak muat.  Belum ada nama, budak2 pun tak kisah nak bagi nama apa tak macam selalu... anak2 kucing ni cepat belajar dari ibunya supaya cepat2 datang ke pintu kalau dengar bunyi pintu dibuka dan cuba2 masuk dalam rumah untuk cari makanan.  Tapi juga belajar tak buat bising miaw2 sebab ibu dan uncle Putih bukan jenis bising (buat bising lagi tak kena layan...)


gambar kolam yang nak 'dikerjakan', gelap kehijauan airnya macam air di lombong tinggal...


hidangan tengahariku ; hirisan tomato segar, dihias dengan mayonis dan taburan serunding udang enak.  Memang enak!  sekali ngap dah selesai, alhamdulillah...
Putih dan Tompok bersidai santai sambil tengok anak-anak makan friskies (kekenyangan melantak sardin dua ekor ni..)

Berhati-hati Modus Operandi terkini curi kereta (email)

Ni cerita penuh kejadian yg menimpa staff PPMSB semalam.


MELAKA: “Saya terperanjat apabila lelaki itu tiba-tiba menerpa ke dalam kereta sebelum terus memandu kerana enjin tidak dimatikan ketika ayah turun melihat kerosakan akibat dilanggar dari belakang.

“Badan saya menggigil dan dalam keadaan kelam-kabut itu terpaksa menjerit sekuat hati serta menumbuk bahu lelaki terbabit berkali-kali sebelum menyuruhnya berhenti,” kata pelajar wanita Kolej Universiti Islam Melaka (Kuim), Norfadzilah Nazirah Ghazali, 18, ketika menceritakan detik cemas terselamat selepas beberapa minit dilarikan seorang daripada tiga penjenayah yang menyamun Toyota Wish dipandu bapanya, kira-kira jam 6.40 pagi semalam di depan Ozana Resort di sini.

Menurutnya, lelaki berusia 30-an itu dipercayai tidak menyedari dia duduk di bahagian belakang sebelum terkejut mendengar jeritannya lalu cuba merampas telefon bimbitnya.

Namun, katanya, dia dapat merampas semula telefon itu selepas bergelut dan memukul bahu lelaki terbabit yang turut menjerit dan mengarahkannya supaya terjun dari kereta.
“Tergamam dengan tindakan lelaki itu, saya nekad terjun keluar apabila lelaki itu memperlahankan kereta dan menyuruh saya terjun,” katanya ketika ditemui di rumahnya di Taman Seri Duyung, dekat sini, semalam.

Menurutnya, kejadian itu menyebabkan dia trauma kerana berlaku pada hari ulang tahun kelahirannya dan sedang menduduki peperiksaan akhir semesta pertama di Kuim, Kuala Sungai Baru.


Sementara itu, bapanya, Ghazali Md Tion,44, kakitangan Petronas berkata, dia menyedari sebuah kereta mengekori rapat kenderaannya ketika memandu di Jalan Bukit Katil berhampiran simpang Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ), namun tidak mengesyaki apa-apa.

“Kali pertama saya rasa seperti kereta dilanggar tetapi tidak berhenti kerana was-was. Saya meneruskan perjalanan dan sebaik tiba di depan Ozana Resort Bukit Katil, sekali lagi terasa kereta dilanggar tetapi lebih kuat.

“Saya berhenti untuk memeriksa kereta dan berbincang dengan pemandu Proton Wira dengan nombor pendaftaran MAU 3632 sebelum lelaki terbabit meminta saya membuat laporan polis atau menyelesaikan masalah itu di tempat kejadian sebelum dia terus meluru masuk dalam kereta dan memandu serta melarikan anak perempuan saya.

“Saya terkejut dan cuba mengejar sebelum tersungkur dan luka di tangan dan muka,” katanya.

Menurutnya, dalam keadaan kesakitan, dia cuba mengejar dan menjerit memanggil nama anaknya manakala Proton Wira yang dinaiki dua lelaki itu turut mengikut rakan mereka yang melarikan keretanya yang baru dibeli kira-kira 10 bulan lalu.

“Saya bersyukur kerana anak saya terselamat dan tidak cedera. Hanya Allah tahu betapa bimbang saya apabila melihat anak perempuan saya dilarikan.

“Macam-macam perkara buruk terlintas dalam fikiran ketika itu dan saya tidak kisah hilang kereta kerana lebih penting nyawa anak saya selamat,” katanya ketika ditemui di Hospital Melaka.

Dia membuat laporan di Balai Polis Ayer Keroh berhubung kejadian itu.

..............................................

Taktik Rompakan Di Lebuhraya Guna Telur Ayam!


Ni aku ada dengar satu cerita. Nak kata baru tu tak jugak lah. Cuma
sekadar peringatan buat kita semua, supaya sentiasa berhati-hati walau
di mana kita berada.

Kisah ni terjadi sewaktu member kepada member aku ni, Mat Hassan (bukan
nama sebenar) sedang memandu di Lebuhraya Kesas dekat Plaza Tol Puchong
menuju ke Kajang 23 Disember 2007 lalu lebih kurang jam 11 malam.

Dia bersama isterinya Tipah (juga bukan nama sebenar), pulang dari makan
malam di rumah adiknya di Bandar Sunway.

Kemudian, sebuah motosikal memotongnya. Si pembonceng tiba-tiba melempar
dua biji telur ayam ke arah cermin hadapan (windscreen) kereta Mat
Hassan. Habis kotor cermin tu, sampai susah nak tengok depan.

Mat Hassan yang terus ter-refleks, tariklah spray wiper. Apalagi terus
hilang pandangan hadapan! Langsung tak nampak apa-apa. Mana taknya,
telur tu bila diratakan dengan bilah wiper, makin memutih la kat atas
cermin tu dengan sebati dan sekata lagi....

Terus Mat Hassan berhenti mengejut di lorong kecemasan. Dia pun keluar
dari kereta, lap kesan telur tadi. Tipah pulak cemas je dalam kereta.

Tiba-tiba sebuah Proton Satria berhenti belakang kereta Mat Hassan. 3
orang lelaki sasa keluar dari kereta terus meluru ke arah Mat Hassan
dengan pedang Samurai sebilah seorang sambil menempik menyuruh diorang
serah diri - bagi kunci kereta, wallet, dan handset.

Nasib baik laa, nak dijadikan cerita, Mat Hassan ni polis. Polis apa,
aku pun tak tau (member aku tak citer pun). Terus dia keluarkan revolver
dia dan melepaskan 2 das tembakan kecemasan amaran ke udara.

3 lelaki tadi terus lari lintang pukang, melompat masuk macam orang
gila, ke dalam kereta dan terus blah, dengan lajunya, dengan tak bagi
isyaratnya.. .

Mat Hassan pun terus call bantuan, dan mereka akhirnya selamat. Kesan
telur pecah jer tak sempat nak lap lagi.

Modus operandi sebegini sebenarnya dah banyak digunapakai di lebuhraya.
Mangsa yang dituju biasanya golongan perempuan - lebih lagi yang bawak
anak kecil kat belakang.

Jadi, tolonglah kita sama-sama kena ingat. Bila perkara sebegini berlaku
kepada anda, pastikan:

1. Jangan sesekali tarik spray wiper;
2. Teruskan memandu dengan apa jua keadaan pun, ke mana-mana stesen
minyak, balai polis, 7-Eleven, atau mana sahaja tempat tumpuan
orang ramai.

Tolong pesan sekali kepada semua ahli keluarga, sedara mara dan rakan-rakan
Pandulah dengan selamat, wallahu a'lam.

P/s: Kadang-kadang bila kita dengar banyak cerita macam ni, kita akan
jadi lebih berhati-hati. . Bila perkara yang seumpama ini berlaku pada
kita, kita akan jadi lebih alert dan tindakan kita akan jadi lebih
proaktif dan berkesan.

Monday, February 15, 2010

Nak dua!!!

"Mama, nak dua! Huaaaa...." 
     "Nak dua, maaaa...huaaaa!!"
Aduh, Hanessa menangis-nangis minta dua.
Apa kisahnya ni?..
Bilik lum habis berkemas, tu baru kemas laci-laci almari solek je.  Buang apa yang patut, lap-lap dan susun balik. Nampak sangat la lama tak berkemas.  Berhabuk dengan bedak, Hanessa main bedak la tu..
Sambil mengemas, teringat pula satu buku perpustakaan yang 'hilang' entah ke mana.  Tinggal satu buku ni je yang belum dipulangkan.  Dulu dah sekali 'hilang', cari tak jumpa akhirnya bayar pada Puan Rina mujurlah tak mahal sangat kurang Rm10 (buku kanak-kanak kulit nipis je).  Selepas sebulan, baru terjumpa buku ini di dalam kabinet buku.  Siapalah yang letak di situ... entah.
Tapi yang ini RM15, boleh dapat sebuah novel PTS yang berkualiti.  Tajuknya Dengar dan Lihat apakah yang ada pada TV?
Ringan je mulut menjanjikan RM1 untuk sesiapa yang jumpa buku ini, ditujukan pada Hidayat dan Hanessa la.  Mereka melepak di dalam bilik ini bersamaku sejak tadi.  Wah, serta merta mereka bingkas bangun mencari di tempat-tempat yang sepatutnya.  
"Mama, ini ke?" tanya Hanessa menunjukkan sebuah buku esei BI peringkat SPM.  Aku geleng-geleng kepala sambil tersenyum lucu.
Kemudia dia menunjukkan pula kamus tebal Oxford BI-BM, nampak bersemangat sungguh dia mencari.  Hidayat senyap tak tahu apa yang dibuatnya di luar bilik.  
Tiba-tiba terdengar sorak Hidayat sambil mendapatkanku dengan senyum lebar menampakkan dua gigi arnabnya, "Mama, ni bukunya!" ceria sungguh dia.
"Kat mana jumpa?"
"Kat almari buku besar tu."
"Siapa yang letak situ?" musykil.
"Mama la" eh eh aku pulak yang kena.
Walhal aku tidak ingat pun gambar depan buku ini.  Ah, adalah tu ntah sapa-sapa... tak kisahlah, dah jumpa pun.  Alhamdulillah.
Hidayat berdiri menunggu ganjaran yang dijanjikan.  Akupun buka tabung duit dan ambil sekeping not RM1 serahkan ke tangan Hidayat.  So far budak ni tak berkira warna dan nilai duit, janji wang kertas... Seronok dia terus tersengih lebar. Hanessa berdiri memerhati sambil menjeling dan memasamkan mukanya.  
"Adik tak dapat sebab abang Dayat yang jumpa buku tu," kataku menyakat.
Dia sertamerta menangis.  Ingatkan nak gurau je, rupanya jadi sensitif la pulak gadis kecik ni.  Bukan setakat menangis, bahkan meraung.  Aku pun bagi la RM1 sekeping lagi, tapi tidak diendahkannya.  Sebaliknya dia mahu dua keping pulak.. kemudian dia juga mahukan duit collection dari uwan, atuk atuk abahnya serta mak-mak sedaranya waktu balik kampung sekejap hari tu.  Masih kuingat dia dengan senang hati meminta abahnya tolong simpankan duitnya selepas asyik keseronokan mengira keping-keping not itu.  
Hidayat turut memberi wangnya kepada Hanessa tapi dicampakkan semula.  Hmm kadang-kadang Hidayat mengalah juga walaupun selalunya dia lebih nak menang.  Agaknya tak larat mendengar raungan adiknya dan tak sampai hati melihat airmata yang membasahi pipi.
Hanessa terus duduk membeku.  Not RM1 ada dua keping di tangannya digenggam erat tetapi wajahnya masih ada riak kurang puas hati.  Aku faham, dia belum dapat duit yang dikumpulkan di kampung tu.  Tiba-tiba teringat sampul duit yang kujumpa dalam laci waktu mengemas tadi, penuh dengan not RM1 baki duit raya tahun lepas untuk tetamu.  Akhirnya Hidayat dan Hanessa leka mengira wang masing-masin, wang baki duit raya tahun lepas tu.  Waktu aku menulis ini, kedengaran Hidayat dan Hanessa leka mengira dengan cara masing-masing.  Wajah Hanessa kembali ceria... matahari di luar juga terik panas.  Cuma aku belum sudah mengemas lagi.. ohh...


3 jam di JJ (gambar je)

Aksi spontan di depan 'hadiah besar' yang telah menakjubkan budak berdua ni.  Hiasan sempena valentine's day la tu... punya la besau hadiahnya.


Tak pernah-pernah berada di mana-mana pasaraya begitu lama tanpa tujuan khusus, hari ini aku berada di JJ Bukit Tinggi hampir 3 jam.   Puas aku memerhatikan gelagat dan paras setiap manusia yang lalu lalang sejak jam 12.40 tengahari.
 Gambar amoi comel ni kurakamkan tanpa pengetahuan keluarganya.  Kucuit pipinya yang montok tapi malangnya bayi ni tak friendly melonjak2 takut, kalau tidak teringin juga nak mendukungnya dan ambil gambar bersama.  Sudahnya dia didukung oleh bapanya apabila terus terlonjak-lonjak mengada-ngada la pulak menangis.  Mujur parents muda tu sengih je dan neneknya pun gelak tengok kelaku cucunya ini.  Aku sekadar mohon maaf hihihi...

Hanessa teruja melihat hadiah besar bagak ni... kalau boleh nak dikoyakkan pembalut untuk melihat isinya...




 

Tarian Singa oleh dua penari dan kumpulan pemuziknya.  Bergema satu JJ dengan dung dung chee ni.  



 
Hidayat yang bertuah.  Posing minum air.  Pakai jubah sebab tadi ziarah Naqib di madrasah.  Dia memang akan sendiri pakai jubah setiap kali ke sana.  Dia nak masuk madrasah tapi belum memenuhi syarat umur.
 
Letak gambar la dulu.  Tak larat nak menulis.  Walhal sepanjang duduk melangut kat JJ begitu punya banyak story nak dikongsikan di sini.  Kepala tengah setting nak operasi satu rumah luar dalam esok termasuk nak timba air kolam yang dah bertukar warna tu.  Lum dapat lagi nak pasang filter.  Ikan 6 ekor tu pun dah lama tak nampak, tabur makanan tak muncul langsung.  Apa khabar la agaknya di bawah air tu... kelmarin baru 40 cedok guna timba kecik tu dah rasa krem lengan.  Sebab tu nak ajak budak2 ni timba sama2 esok.  Moga2 jadual operasi berjalan lancar.  InsyaAllah.  Itulah namanya kita hanya boleh merancang, tapi Allah yang menentukan segalanya. Plan kolam ni begitu cantik, tapi mungkin nanti perlu dikeringkan dan ditutup supaya tidak dimasuki air nanti jadi sarang nyamuk pulak, jika semua plan asal untuk tahun hadapan berjalan seperti yang direncanakan.  Plan apa pulak?  Hmm adalah... Nanti story kendian.

(Guna bahasa harian je nih..)


Saturday, February 13, 2010

Kisah Teladan (dari email)

Kisah Anak Derhaka

Hairan saya melihat beberapa orang kampung berkumpul di kedai pada tengah hari itu. I September 1994. Serius mereka berbual hingga dahi berkerut-kerut. Lepas seorang bercerita yang lain menggeleng -gelengkan kepala. Pasti ada sesuatu yang 'besar' sedang mereka bincangkan, kata saya di dalam hati . Setelah injin motosikal di matikan, saya berjalan ke arah mereka. " Bincang apa tu ? Serius aku tengok," saya menyapa. " Haaa... Din, kau tak pergi tengok budak perempuan tak boleh keluar dari kubur emak dia ?" kata Jaimi, kawan saya. " Budak perempuan ? Tak boleh keluar dari kubur ? Aku tak fahamlah," jawab saya. Memang saya tak faham kerana lain benar apa yang mereka katakan itu. " Macam ni," kata Jaimi, lalu menyambung, " di kubur kat kampung Batu 10 tu, ada seorang budak perempuan tolong kebumikan emak dia, tapi lepas itu dia pula yang tak boleh keluar dari kubur tu. Sekarang ni orang tengah nak keluarkan dia... tapi belum boleh lagi ". " Kenapa jadi macam tu ? " saya bertanya supaya Jaimi bercerita lebih mendalam. Patutlah serius sangat mereka berbual.. Jaimi memulakan ceritanya. Kata beliau, memandangkan semalam adalah hari kelepasan semperna Hari Kebangsaan, budak perempaun berumur belasan tahun itu meminta wang daripada ibunya untuk keluar bersama kawan-kawan ke Bandar Sandakan. Bagaimana pun, ibunya yang sudah berusia dan sakit pula enggan memberikannya wang. " Bukannya banyak, RM 20 aja mak !" gadis itu membentak. " Mana emak ada duit. Mintak dengan bapa kamu," jawab ibunya, perlahan. Sambil itu dia mengurut kakinya yang sengal. Sudah bertahun-tahun dia mengidap darah tinggi, lemah jantung dan kencing manis. " Maaak... kawan-kawan semuanya keluar. Saya pun nak jalan jugak," kata gadis itu. " Yalah, mak tau... tapi mak tak ada duit," balas ibunya. " RM 20 aja !" si gadis berkata. " Tak ada ," jawab ibunya. " Emak memang kedekut !" si gadis mula mengeluarkan kata-kata keras. " Bukan macam tu ta..." belum pun habis ibunya menerangkan, gadis tersebut menyanggah, katanya, " Ahhh... sudahlah emak ! Saya tak mau dengar ! " " Kalau emak ada du... " ibunya menyambung , tapi belum pun habis kata-katanya, si gadis memintas lagi, katanya ; " kalau abang, boleh, tapi kalau saya minta duit, mesti tak ada !" Serentak dengan itu, gadis tersebut menyepak ibunya dan menolaknya ke pintu. Si ibu jatuh ke lantai . " Saida.. Sai.. dddaaa.." katanya perlahan sambil mengurut dada. Wajahnya berkerut menahan sakit. Gadis tersebut tidak menghiraukan ibunya yang terkulai di lantai. Dia sebaliknya masuk ke bilik dan berkurung tanda protes. Di dalam bilik, di balingnya bantal dan selimut ke dinding. Dan Sementara diluar, suasana sunyi sepi. Hampir sejam kemudian, barulah gadis tersebut keluar. Alangkah terkejutnya dia kerana ibunya tidak bergerak lagi. Bila di pegang ke pergelangan tangan dan bawah leher , tidak ada lagi nadi berdenyut. Si gadis panik. Dia meraung dan menangis memanggil ibunya, tapi tidak bersahut. Meraung si gadis melihat mayat ibunya itu. Melalui jiran-jiran, kematian wanita itu di beritahu kepada bapa gadis yang bekerja di luar. Jaimi menyambung ceritanya ; " Mak cik tu di bawa ke kubur pukul 12.30 tadi. Pada mulanya tak ada apa-apa yang pelik, tapi bila mayatnya nak di masukkan ke dalam kubur, ia jadi berat sampai dekat 10 orang pun tak terdaya nak masukkannya ke dalam kubur. Suaminya sendiri pun tak dapat bantu. " Tapi bila budak perempuan tu tolong, mayat ibunya serta-merta jadi ringan. Dia seorang pun boleh angkat dan letak mayat ibunya di tepi kubur." Kemudian gadis berkenaan masuk ke dalam kubur untuk menyambut jenazah ibunya. Sekali lagi beramai-ramai penduduk kampung mengangkat mayat tersebut dan menyerahkannya kepada gadis berkenaan. Tanpa bersusah payah, gadis itu memasukkan mayat ibunya ke dalam lahad. Namun apabila dia hendak memanjat keluar dari kubur tersebut, tiba-tiba kakinya tidak boleh di angkat . Ia seperti di paku ke tanah. Si gadis mula cemas. " Kenapa ni ayah ?" kata si gadis. Wajahnya serta-merta pucat lesi. " Apa pasal," Si ayah bertanya. " Kaki Saida ni.. tak boleh angkat !" balas si gadis yang kian cemas. Orang ramai yang berada di sekeliling kubur mula riuh. Seorang demi seorang menjenguk untuk melihat apa yang sedang berlaku. " Ayah, tarik tangan saya ni. Kaki saya terlekat... tak boleh nak naik," gadis tersebut menghulurkan tangan ke arah bapanya. Si bapa menarik tangan anaknya itu, tetapi gagal. Kaki gadis tersebut melekat kuat ke tanah. Beberapa orang lagi di panggil untuk menariknya keluar, juga tidak berhasil. " Ayah... kenapa ni ?? !! Tolonglah Saida , ayah.." si gadis memandang ayah dan adik-beradiknya yang bertinggung di pinggir kubur. Semakin ramai orang berpusu ke pinggir kubur. Mereka cuba menariknya beramai- ramai namun sudah ketentuan Allah, kaki si gadis tetap terpasak di tanah. Tangisannya bertambah kuat. " Tolong saya ayah, tolong saya... kenapa jadi macam ni ayah?" kata si gadis sambil meratap. " Itulah, kamu yang buat emak sampai dia meninggal . Sekarang ayah pun tak tau nak buat macam mana," jawab si ayah selepas gagal mengeluarkan anaknya itu. Dia menarik lagi tangan gadis yang berada di dalam kubur tapi tidak berganjak walau seinci pun. Kakinya tetap terpahat ke tanah. " Emak... ampunkan Saida emak, ampunkan Saida..." gadis itu menangis . Sambil itu di peluk dan di cium jenazah ibunya. Air matanya sudah tidak boleh di empang lagi. " Maafkan Saida emak, maafkan , Saida bersalah, Saida menyesal... Saida menyesal.. Ampunkan Saida emak," dia menangis lagi sambil memeluk jenazah ibunya yang telah kaku. Kemudian gadis itu menghulurkan lagi tangannya supaya boleh ditarik keluar. Beramai- ramai orang cuba mengeluarkan nya namun kecewa. Apabila terlalu lama mencuba tetapi gagal, imam membuat keputusan bahawa kubur tersebut perlu dikambus. " Kita kambus sedikit saja, sampai mayat ibunya tak dapat di lihat lagi. Kita tak boleh biarkan mayatnya macam tu aja... kalau hujan macam mana ? " kata imam kepada bapa gadis berkenaan. " Habis anak saya ?" tanya si bapa. " Kita akan terus cuba tarik dia keluar. Kita buat dua-dua sekali, mayat isteri awak di sempurnakan, anak awak kita selamatkan," balas imam. Lelaki berkenaan bersetuju. Lalu seperti yang di putuskan, upacara pengebumian terpaksa di teruskan sehingga selesai, termasuk talkinnya. Bagaimana pun kubur di kambus separas lutut gadis saja, cukup untuk menimbus keseluruhan jenazah ibunya. Yang menyedihkan , ketika itu si gadis masih di dalam kubur. Bila talking di baca, dia menangis dan meraung kesedihan. Sambil itu dia meminta ampun kepada ibunya dengan linangan air mata. Selesai upacara itu, orang ramai berusaha lagi menariknya keluar. Tapi tidak berhasil. " Bila dah lama sangat, aku balik kejap untuk makan. Dah lapar sangat. Lepas itulah aku singgah ke kedai ni. Lepas ni aku nak ke kubur lagi. Nak tengok apa yang terjadi," kata Jaimi. " Aku pun nak pergilah," kata saya. Lalu kami semua menunggang motosikal masing-masing menuju ke kubur. Kami lihat orang ramai sudah berpusu-pusu di sana. Beberapa buah kereta polis juga kelihatan di situ. Saya terus berjalan pantas menuju kubur yang di maksudkan dan berusaha menyusup ke celah-celah orang ramai yang sedang bersesak- sesak. Setelah penat berusaha, akhirnya saya berjaya sampai ke barisan paling hadapan. Malangnya saya tidak dapat melihat gadis tersebut kerana di depan kami telah di buat kepungan tali. Kubur itu pula beberapa puluh meter daripada kami dan terlindung oleh kubur serta pokok-pokok rimbun. Di dalam kepungan itu, anggota-anggota polis berkawal dengan senjata masing-masing. Nasib saya memang baik hari itu. Dua tiga orang daripada polis berkenaan adalah kenalan saya. " Pssstt... Raie... Raie.. Psstt," saya memanggil , Raie yang perasan saya memanggilnya mengangkat tangan. " Boleh aku tengok budak tu ?" saya bertanya sebaik saja dia datang ke arah saya. " Mana boleh . Keluarga dia aja yang boleh," jawabnya perlahan-lahan seperti berbisik. Sambil itu dia menjeling ke kiri dan kanan khuatir ada orang yang tahu. " Sekejap aja. Bolehlah..."saya memujuk. Alhamdulillah, setelah puas di pujuk dia mengalah. Tanpa berlengah, saya mengusup perlahan-lahan dan berjalan beriringan dengan Raie seolah-olah tidak melakukan apa-apa kesalahan. Namun demikian dada saya berdebar kencang. Pertama, risau, takut di halau keluar. Kedua ; tidak sabar hendak melihat apa yang sedang berlaku kepada gadis berkenaan. Selepas meredah kubur-kubur yang bertebaran, akhirnya saya sampai ke pusara yang di maksudkan. Di pinggir kubur itu berdiri dua tiga orang polis memerhatikan kedatangan saya. Raie mendekati mereka dan berbisik-bisik. Mungkin dia merayu supaya saya tidak di halau. Alhamdulillah, saya lihat seorang polis yang berpangkat mengangguk-angguk. Raie terus memanggil saya lalu memuncungkan bibirnya ke arah sebuah kubur. Bila di jenguk kedalam , dada saya serta-merta terasa sebak. Saya lihat gadis berkenaan sedang duduk di atas tanah kubur sambil menangis teresak-esak. Sebentar kemudian dia memegang tanah berhampiran lahad dan merintih ; "Emak... ampunkanlah Saida, Saida sedar, saida derhaka pada emak, Saida menyesal, Saida menyesal.." Selepas mengesat air jernih yang terus berjejeran daripada mata yang bengkak, gadis tersebut menangis lagi memohon keampunan daripada arwah ibunya. " Emak... lepaskanlah kaki saya ni. Ampunkan saya, lepaskan saya," Di tarik-tariknya kaki yang melekat di tanah namun tidak berhasil juga. Saya lihat bapa dan adik-beradiknya menangis, di pinggir kubur. Nyata mereka sendiri tidak tahu apa lagi yang hendak di buat untuk menyelamatkan gadis berkenaan. " Sudahlah tu Saida... makanlah sikit nak ," rayu bapanya sambil menghulurkan sepinggan nasi juga segelas air. Si gadis tersebut langsung tidak mengendahkan. Malah memandang ke atas pun tidak. Dia sebaliknya terus meratap meminta ampun daripada arwah ibunya. Hampir menitis air mata saya melihat Saida . Tidak saya sangka, cerita datuk dan nenek tentang anak derhaka kini berlaku di depan mata. Begitu besar kekuasaan Allah. Memang betullah kata para alim ulama, dosa menderhakai ibu bapa akan dibalas 'tunai'. Malangnya saya tidak dapat lama di sana. Cuma 10 - 15 minit saja kerana Raie memberitahu, pegawainya mahu saya berbuat demikian. Mahu tidak mahu , terpaksalah saya meninggalkan kubur tersebut. Sambil berjalan kedengaran lagi Saida menangis dan meratap " Ampunkan saya emak, ampunkan saya, Ya Allah, lepaskanlah kaki ku ini, aku bertaubat, aku insaf..." Lantas saya menoleh buat kali terakhir. Saya lihat bapa Saida dan adik beradiknya sedang menarik tangan gadis itu untuk di bawa keluar, tapi seperti tadi, tidak berhasil. Seorang polis saya lihat mengesatkan air matanya. Semakin lama semakin ramai orang berhimpun mengelilingi perkuburan itu. Beberapa kereta polis datang dan anggotanya berkawal di dalam kepungan lengkap dengan senjata masing-masing. Wartawan dan jurugambar berkerumun datang untuk membuat liputan tetapi tidak di benarkan . Mereka merayu bermacam-macam cara, namun demi kebaikan keluarga gadis , permintaan itu terpaksa di tolak. Matahari kian terbenam, akhirnya tenggelam dan malam merangkak tiba. Saida masih begitu. Kaki terlekat di dalam kubur ibunya sementara dia tidak henti-henti meratap meminta keampunan. Saya pulang ke rumah dan malam itu tidak dapat melelapkan mata. Suara tangisannya yang saya terngiang-ngiang di telinga. Saya di beritahu ,sejak siang, tidak ada secebis makanan mahupun minuman masuk ke tekaknya. Seleranya sudah mati. Bapa dan adik beradiknya masih tetap di sisi kubur membaca al-Quran, Yassin dan berdoa. Namun telah di sebutkan Allah, menderhaka terhadap ibu bapa adalah dosa yang sangat besar. Saida tetap tidak dapat di keluarkan. Embun mula menitis. Saida kesejukan pula. Dengan selimut yang di beri oleh bapanya dia berkelubung. Namun dia tidak dapat tidur. Saida menangis dan merayu kepada Allah supaya mengampunkan dosanya. Begitulah yang berlaku keesokannya. Orang ramai pula tidak susut mengerumuni perkuburan itu. Walaupun tidak dapat melihat gadis berkenaan tapi mereka puas jika dapat bersesak-sesak dan mendengar orang-orang bercerita. Setelah empat atau lima hari terperangkap, akhirnya Saida meninggal dunia. Mungkin kerana terlalu lemah dan tidak tahan di bakar kepanasan matahari pada waktu siang dan kesejukan di malam hari. Mungkin juga kerana tidak makan dan minum. Atau mungkin juga kerana terlalu sedih sangat dengan apa yang di lakukannya. Allah Maha Agung... sebaik Saida menghembuskan nafas terakhir, barulah tubuhnya dapat di keluarkan. Mayat gadis itu kemudian di sempurnakan seperti mayat-mayat lain. Kuburnya kini di penuhi lalang. Di bawah redup daun kelapa yang melambai-lambai, tiada siapa tahu di situ bersemadi seorang gadis yang derhaka.

Thursday, February 11, 2010

Salam buat Zehann ur Rakhie

Salam buat penulis dari peminat karya anda.  Penuh emosi, ilusi, imaginasi, kreativiti dan memang hebat.  Watak utama yang unggul dan cukup mengesankan, walaupun mungkin satu dalam sejuta dalam realiti.  Menepati selera pembacaan saya.  Baru belajar membaca semula setelah sekian lama, dan buku anda menuntut tempat pertama dalam ranking pilihan saya.  Buku-buku lain juga menarik, dengan jalan cerita yang canggih dan hebat, tapi kurang uhhmmm.. umum sahaja jangan ada yang marah pulak. Hanya ada satu watak lagi yang menerobos minda saya sehingga ke tahap ini iaitu riwayat PBT (perjalanan hidupnya, keperibadiannya dan kisah peperangannya memang meremangkan bulu roma) tak kurang hebatnya.  Riwayat Baginda saw penghulu kita sudah pastilah tidak dinafikan lagi... tiada tandingannya.  Nampaknya pilihan bacaan saya agak terhad, tolak buku-buku cinta.  
Kisah cinta yang canggih dan pelik (andaian zaman kanak-kanak dulu) ialah dalam Hikayat 1001 Malam. Teringat zaman kanak-kanak tenggelam dalam pengkesahan Hikayat 1001 Malam hingga memberi kesan kepada cara memandang dunia.  Di perpustakaan sini, saya jumpa buku ini di rak kanak-kanak, hikayat ini telah ditulis semula dengan pendekatan untuk kanak-kanak, perlu cari yang asal untuk nikmat pembacaan yang sukar diterjemahkan.  Tak pastilah di Perpustakaan Shah Alam ada ke tidak buku ini. Setakat ini buku-buku di sana tu teruk,  tak tahulah kalau saya tak pandai cari, tapi dah berapa kali pergi memang teruk.  Nak pergi ke perpustakaan negara... sukar sikit.  (merungut la pulak. ish..)
argh hari ini mood kurang bagus pulak.  
"Mama, Hidayat menangkan rumah sukan Hidayat tadi.  Semua perempuan, Dayat je lelaki.  Bila cikgu tiup wisel, Dayat lari kuat-kuat.  Rumah sukan Dayat menang!" kata Hidayat, bangga sangat.
"Kenapa Dayat lawan lari dengan budak perempuan?" pelik juga.  Kan ke lelaki lawan lari dengan lelaki.
"Ntah, cikgu yang suruh." Hidayat angkat bahu.
Aku sedang membuka kasut untuk masuk ke dalam rumah, yang lain sudah menghilangkan diri untuk urusan masing-masing.  Hidayat masih terhegeh-hegeh berjalan sambil bercakap kepadaku.  
"Ohh, ye ke?  baguslah."  kataku.  "Cepatlah masuk!!" aku menggesa dia, kurang sabar melihat kelecehannya.

Masuk ke dalam rumah, aku segera ke ruang belakang rumah untuk mengangkat pakaian dari jemuran.  Hidayat muncul lagi di pintu dapur. 
"Mama, Dayat nak sekolah kat Brunei esok!"  Laa pulak...  Belum sempat aku bertanya, dia terus mengalirkan airmata dengan memek muka yang pilu, tapi tak sempat nak berkejar ambil hp atau kamera untuk snap gambar dia di samping khuatir dia akan marah diambil gambarnya (tapi memang cantik penuh emosi wajah dia).
"Izuddin ambil gambar kereta Dayat.  Dayat nak ambil balik dia pukul Dayat.  Dia ada abang darjah 3, kuat.  Dia dengan abang dia dua-dua lelaki.  Huaaaa..!!" Hidayat terus bercakap umpama bertih goreng bersama siraman airmata yang meleleh di pipi.
"Ain, esok pergi tengok Izzuddin."  Saya pandang Ain yang sedang mencuci tangan untuk makan petang.
"Tapi abang dia kuat, darjah 3."
"Kakak lagi kuat, dia darjah 6."
"Dayat nak sekolah kat abah jugak."
"Nantilah mama check dulu kat pejabat.  Sekarang ni mungkin sekolah sana dah penuh.  Kena urus dulu."  aku nak menyedapkan hati Hidayat.  Aku bercakap seperti bercakap dengan rakan sebaya pulak.

"Heh, Dayat.  Jangan fikir pindah sekolah tak kena buli," sampuk Nabilah sambil mengunyah.  Dia sedang mengadap makan malamnya sebelum kembali masuk kerja jam 7 nanti.
"Kakak dulu dah puas kena buli tau," Nabilah menekankan kata-katanya sambil tersenyum kepadaku.

"Haah, jangan lari dari masalah," kataku lagi seperti berbicara kepada rakan sebaya masih.  Kutekan punat tv dan berlalu ke laptop.  Tak mahu menonton pun, sekadar nak bagi budak-budak mencuci mata sambil makan-makan.  Kalau tidak, senyap sahaja.  Beku suasana.

Malam menjelang.  Hidayat lupa pasal sekolah dan rakan pembuli.  Mungkin dia menerima kata-kata Nabilah.  Kalau setakat dari mulutku, masih banyak sanggahnya.  Biasalah, kanak-kanak pelik sikit, mereka lebih mudah menerima kata-kata orang dari kata-kata ibu sendiri.  Kalau cikgu kata, semua betul.  Kalau Nabilah kata, pun nampaknya betul pada dia.

...............................................................

Kisah pagi ini, Khamis 10 Feb 2010.

Segak Hidayat dalam seragam sekolah berkemeja putih bersih dan seluar biru.  Dia ceria, bahkan sudah terbalik sebab pagi ini dia yang menggesa Hanessa bangun cepat.  Selalunya dia yang payah sikit.  Selesai menyiapkan dia, Hanessa pula perlu disiapkan.  Sambil itu, Hidayat mengajakku berborak.
"Mama, nanti jumpa Izzudin masa sekolah petang, dengan abang dia sekali."
Kalau ada pembuli, memang aku jadi mangsa disuruh 'melihat' muka pembuli tersebut.
"Haah, iyalah." jawabku sambil lewa.
Tiba-tiba bertukar pulak, "Mama, karang mama ikut Dayat ke kelas, jumpa Izzudin."
Laa pulak, "Pagi pun sekelas ke?"
Hidayat angguk-angguk kepala.
"Hmm.. tak payahlah.  Sikit-sikit mama nak jumpa.  Tak apa, bulan 3 nanti Along cuti boleh jumpa dia." Uh, Naqib pulak dijadikan kambing hitam.  Naqib pun bukan rajin sangat nak pergi tayang muka kat sekolah lamanya tu, tapi Hidayat ni perlu diberi sedikit harapan supaya dia senang hati.
Akhirnya, "Hidayat cubalah lawan sikit budak tu."
"Tapi dia kuat.. abang dia lagi kuat."
Ish, tak ada keyakinan diri.
"Dayat lawan balik je.. boleh tu." Risau jugak bercakap macam ni.  Jangan jadi pembuli pulak, udah.  Setakat mahu dia mempertahankan diri saja, dan jangan heavy sangat.
Sebelum turun dari kereta, dia bersalaman denganku dan seperti biasa ubun-ubunnya ditundukkan untukku tiupkan selawat dan doa.  Semoga anak ini sentiasa dalam pimpinan Allah Taala, semoga dia dihiasi dengan akhlak yang indah dan terang hatinya menangkap ilmu yang diajarkan oleh guru.  Semoga dia lebih laju menulis dan tidak tertinggal nota di papan hijau.  Semoga dia tidak berangan dan tidak hilang tumpuan semasa belajar, merenung papan hijau 'sehingga tembus ke kelas sebelah'..
Aku seperti itu.  Naqib mengikuti sikapku, guru-gurunya dulu dari darjah 1 hingga darjah 6 menceritakan hal yang sama. Awal tahun kelmarin, guru Hidayat di Tahun 1 pun bercakap hal yang sama.  Teringat anak saudaraku, Aizat dan Harris, ibunya kata pun demikian juga komen guru mereka.  Eh eh, kenapa ya?  Keturunan ke... Macam orang berangan, macam khayal, macam hilang terawang-awang.  Melainkan time menulis, kalau time mendengar jadi begitu.
Sebab itu penting untuk mencatat semasa mendengar.  Kalau tidak, memang boleh lost.  Cuma, Naqib pernah memberi sedikit kejutan apabila prestasinya begitu baik sehingga cikgunya berkata mungkin dah stail dia berangan tapi masih mendengar.  Bila kusampaikan kepada Naqib perihal komen gurunya, dia cuma kata dia ingat juga apa yang disampaikan oleh gurunya walaupun 'hilang dalam tumpuan'.  Gitulah pulak, tapi budak begini memang kena pantau lebih, dek kerana itu dapatlah dia result cukup-cukup makan macam yang dia perolehi dalam UPSR lepas.  Kesibukanku waktu itu membuatkan tumpuan yang sepatutnya ditingkatkan bukan setakat kurang diberikan bahkan diabaikan.  Kasihan...
Tapi so far, tiada komen sedemikian dari guru Ain.  Setakat ini, kalau diperhatikan cerita Ain, dia bukan seorang yang kuat berangan.  Sebaliknya dia peka dengan suasana sekitar.  Peka dengan usikan dan renungan secret admirenya, dan peka dengan pengajaran guru.  Dia juga lone ranger, sama seperti Naqib. (rasa-rasanya semua anak-anakku memiliki peribadi lone ranger, macam aku dulu; ..anak emak), ada kawan tapi tidak terlalu bergantung pada kawan.  Boleh juga berkawan dengan sesiapa sahaja yang sesuai dan selesa.
Menjadi seorang lone ranger, ada baik dan ada kekurangannya.  Tiada group yang boleh jadi back-up kalau dibuli, tapi boleh bergerak ke mana sahaja dengan hati yang yakin dan berani. Ada kawan tetapi yang terpilih sahaja untuk menjadi karib. 
Hanessa okay je, seronok pergi sekolah mewarna dan baca Kalam, sarapan dan makan tengahari sedap belaka.  Tiap-tiap pagi Asyraf akan tunggu dia di pintu dan panggil nama dia ulang-ulang kali sambil senyum lebar-lebar walaupun tak dapat respon baik dari Hanessa.  Hehe budak-budak.. aku pula yang membalas senyuman Asyraf.
Sedikit catatan, pagi ini Ain mengadu sakit perut dan mengalami muntah serta loya.  Jadi dia dicutikan.  Dahi yang dijamah dan jari yang disentuh rasa okay je.  Tidak mengapalah, sesekali takkan tak boleh sakit, anugerah Illahi supaya sentiasa menyedari diri bahawa diri kita ini amat lemah dan hanya kepadaNya mengharapkan kesihatan serta kesejahteraan hidup, hati, dunia dan akhirat.  Cuma jangan dia sibuk nak bluetooth lagu ke hp sudah, sebab abahnya baru bagi hp (yang sepatutnya untuk aku tapi belum terbuka ruang untuk explore penggunaannya), memang nak kena sound.  Sakit buat cara sakit.. Nabilah pun cemburu melihat Ain menukar setting menu menggunakan gambar-gambar yang ceria sesuai dengan seleranya yang masih keanak-anakkan.  Semoga Ain cepat sembuh dan boleh pergi sekolah ugama petang ini macam biasa, insyaAllah.

(Sesekali menggunakan pendekatan 'aku' berbanding  'saya', lain sikit feelnya.  Nawal kurang suka penggunaan 'aku' ni, faham la tu.  Cepat je dia komen.  'Saya' tu lebih formal dan sepatutnya gitu. Tapi sesekali (dah banyak kali jugak ni) menggunakan 'aku' seronok jugak.  Pasar sikit, dan rasa lebih akrab.  Eh, gitu la pulak, entahlah... ikut mood je.  Saja nak tukar cara.  Cuma bahan bacaan memang kurasa mempengaruhi cara pemikiran dan tindakan.  So, pesanan buat diri, pilihlah bacaan yang bagus-bagus untuk menghasilkan yang bagus-bagus juga, serta rajin-rajinlah membaca.)

(Nanti nak cari buku nukilan Zehann ur Rakhie lagi di perpustakaan, sungguh menepati selera.  5 stars (lebih pun tak pa) untuk penulis ini dan buku yang dihasilkan.  Nabilah pun nak baca, cuma Naqib yang kata bahasanya tinggi tak tercapai akalnya dan tak memenuhi seleranya.. memang pun lebih baik dia tak payah baca melainkan lagi beberapa tahun akan datang.)  Siapa tahu tajuk lain buku penulis ni, boleh habaq kat saya?...

Wednesday, February 10, 2010

"Berwaspadalah terhadap syaitan demi keselamatan agama kamu. Dia telah berputus asa untuk menyesatkan kamu dalam perkara-perkara besar, maka berjaga-jagalah supaya kamu tidak mengikutnya dalam perkara-perkara kecil."

Antara ' barangan mereka ' yang telah dijadikan ikutan oleh kebanyakan dari kita.

1. Kita diajar dalam buku biologi, buku pemakanan (kajian dan terbitan para kafir ni) bahawa kalau nak dapat vitamin B dan kalau nak tambah darah kita kena makan hati haiwan dan hati ayam. tetapi sebenarnya Nabi kita tidak menggalakkan pemakanan organ dalaman. Nak ikut kafir ke nak ikut nabi kita? Sebenarnya makan hati ayam dapat melembabkan otak kita sbb hati merupakan organ dimana semua toksin akan dikumpulkan dan dineutralkan. so kepekatan toksin adalah tinggi di hati ayam. makanlah kita toksin tersebut serta bengaplah otak kita umat Islam sebab percaya buku sains keluaran kafir ini.



2. Kita diajar dalam sains bahawa kopi tidak bagus untuk kesihatan. Namun sebenarnya kopi adalah antara minuman kegemaran Nabi kita selain susu dan madu. Cuba tengok Yahudi, mereka minum kopi, Starbuck. Profesor di UK yang Yahudi semua ada segelas kopi dit tangan mereka.



3. Kita diajar memakan kambing tinggi kolesterol, namun kambing juga adalah makanan Nabi kita. Seolah-olah buku sains ni nak merendahkan pemakanan Nabi kita. Sebenarnya daging kambing adalah daging paling kurang kolesterol.



4. Kita diajar bahawa makan McDonalds adalah bagus, namun sebenarnya McDonalds adalah makanan yang sangat tinggi MSG dan kolesterolnya dan paling banyak lemak tepu trans.



5. Para kafir ni juga menggalakkan kita minum dan makan makanan yang langsung tak berkhasiat, contohnya coke dan maggi. Coke tu sangatlah beracun, pastu sangat tidak bagus untuk kesihatan (gula tinggi, berasid, pH dalam lingkungan 3.5, ada racun tersembunyi). Dan para Melayu kita juga yang ketagih minum.



6. Untuk pengetahuan, para kafir agen dajjal ni gak mengwar-warkan kebaikan minum soya (sebab USA merupakan pengeluar soya terbesar), namun sebenarnya soya dapat melemahkan kejantanan lelaki dan mengurangkan kesuburan lelaki dan perempuan. selain itu juga soya dapat meningkatkan risiko kanser payudara, kanser ovari, kanser prostat, serta melemahkan otak dan tulang sbb dalam soya ada hormon estrogen yang sama dgn estrogen kat wanita. pastu soya ada phytic acd yang membuatkan penyerapan kalsium, magnesium dan zinc yang penting untuk badan kita terjejas.





Ini adalah sebahagian artikel dlm blog tersebut...sila bace dgn lebih lanjut di http://holywar-efairy.blogspot.com/2009/12/pope-roman-peter-ii-cantus-benedictine.html





Dari segi pemakaian..pangkat..kerja..semua telah dirancang… Fikir2kan…

Monday, February 8, 2010

Stop following

Pagi ini saya membaca komen yang sangat ringkas (dengan maksud tersirat la tu) bunyinya, "nasibla" atas cerita ceriti pasal top up celcom kelmarin.  Saya pun ziarah la ke blog saudara kita tu, rupa2nya blog ini telah terfollow dua kali, maka dua wajah saya berada di sana.  Apa la... dan saya terbaca saranannya  supaya pergi ke setting untuk try n error bagi membuang muka dari follower di sana.  
Hanya untuk peringatan sendiri supaya lain kali tak terlupa, kita boleh g ke dashboard dan klik di 'manage' seterusnya klik blog yang anda tak mahu follow lagi tu.  Saya klik dan muka saya sudah hilang satu, tinggal satu di blog saudara kita tu.  Kena selalu try n error, semua menu ada di situ.  Dah tulih kat sini senang lain kali terus buat tak payah fikir panjang. 

Saturday, February 6, 2010

Celcom, jangan buat trick

Pertamanya, sila maklumkan sekiranya saya memang dah salah faham isu ini.  
Keduanya, saya minta maaf kalau memang saya dah salah faham.  
Ketiganya, saya tidak alert sangat perihal iklan Maya Karin itu, cuma saya tahu ada offer dari Celcom untuk tambah nilai RM50 bagi 2 tahun expiry date top up.

Maka, tadi hubby bermurah hati gara-gara promotion saya untuk tambah nilai telefon bimbit Naqib dan Ain dengan nilai RM50 setiap seorang semata-mata untuk mendapatkan tempoh 2 tahun expiry date tu.  Kalau RM3, hanya 3 hari sahaja kemudian masing-masing mula merengek minta top up lagi.  Iyalah, tak terlayan la kalau selang 3 hari minta top up walaupunRM3.  Tidak penting pun menggunakan telefon bimbit tu, sekadar terikut-ikut dengan peredaran semasa. Kekadang minta RM5, kekadang minta RM10 (kurang dilayan pun..)

Semasa menjemput Nabilah untuk break 1 hour petang tadi, saya pun menghulurkan RM100 untuk top up Rm50 dua, dan Nabilah memulangkan semula RM2 sebagai bonus hadiah, katanya.  Tetapi nampaknya nilai itu tidak dapat tempoh 2 tahun yang dijangkakan.  Nabilah pun tidak mendapatkannya setelah dia membuat tambah nilai yang sama.  Hanya untuk sebulan sahaja.  Bertanya kepada pembantu bos di kedai tempat dia bekerja itu pun tidak dapat jawapan yang memuaskan; serupa tak payah tanya... macam tak tau macam tak faham.  Tricky jugak offer iklan ni...

Sedang saya bersantai mendengar nasyid Doa Perpisahan sambil mata meniti baris demi baris novel Vamphra yang semakin mendebarkan (kerana Massurya Syah telah hilang tidak dapat dikesan di dalam dewan yang mempunyai lambang yang dicarinya itu, suspennnn...), Ain mengadap ke bawah duli mengabarkan Nabilah mahu bercakap sesuatu.  Alahai, malam ini sudah dua kali Nabilah menganggu ketekunan saya, tapi tidak mengapalah, auntie maafkan awak... mesti ada yang mustahak tak boleh tunggu esok ni.

Nabilah pun berkata, bahawa dia telah dua kali menalipon centre Celcom untuk bertanya tentang offer yang diwar-warkan melalui si cantik manis Maya Karin itu.  Dari maklumat oleh pihak yang menjawab panggilan, rupa-rupanya RM50 itu akan ditelan oleh Celcom sebagai kos untuk penyediaan tempoh tamat dua tahun tanpa dapat digunakan walau sesen pun oleh pengguna Celcom, dan untuk mengaktifkan pengguna perlu menambah tambah nilai sebanyak RM30 di dalam tempoh 6 bulan dari tarikh pengaktifan.  Bermakna pengguna hanya boleh menggunakan RM30 yang tamat selama dua tahun, dengan kos sebanyak RM80 (RM50 + RM30) tadi.

Adakah kefahaman saya silap?  Saya sekadar hendak berkongsi kisah dengan bloggers.  Tidak berniat hendak memanjangkan hal ini pun.  Bikin susah naik mahkamah nanti.  Al maklum zaman teknologi ni tak boleh sebarang cakap, saman menyaman main juta-juta nilainya.

Mungkin saya kena tengok tv selalu dan buka mata besar-besar pasang telinga betul-betul apa yang dicakap oleh Maya Karin bukan main dengar je tangkap muat faham sikit-sikit akan iklan ini.  Agar dengan demikian saya betul-betul faham dan tak terasa dipermainkan.

Okey, Nabilah, lepas ni kalau terdengar iklan ni lagi kita cuba pasang telinga betul-betul.  Hmm.. nanti cuba awak cari kat google ke... auntie tak faham sangat tang tu.

aku sekadar blogger di pinggiran


Friday, February 5, 2010

Vamphra (bab 35)

... dan hatinya terus berbisik.

'Matamu hitam besar dan bersinar bagaikan bintang di kolam malam.  Wahai tuan Melayu... apakah yang kau simpan di dalam hatimu?  Kau kelihatan begitu jauh dan sepi, entah mengapa kau begini.  Dirimu adalah bayangan bulan di air tenang.  Dapat kulihat namun tak dapat kupegang.  Kudengar kembaramu jauh sekali, apakah yang kau cari?  Malang sekali kau bukan dari daerah ini, jika tidak tentu aku...'  tiba-tiba Leela tergeli hati sendirian.  Ketawa kecilnya membuatkan Massurya Syah berkerut memandangnya.  Leela pun tersipu-sipu.

Vamphra (bab 34)

"Titik Qalbu itu adalah pusat segala-galanya.  Ia terterap dari ruang fikiran.  Fikiran pula akan membuka ruang ilmu, ilmu akan mencetuskan hal dan hal akan menggerakkan tindakan-tindakan anggota. Di sana berdirilah kekuatan Ilahiyah.  Maka segala yang berlawanan darinya adalah sesuatu yang menyimpang.  Ingatlah sifat haiwani itu akur kepada nafsu amarah dan aku tahu benar mengenainya.  Darah yang mengalir dalam tubuhku tercalit darinya.  Kerana itulah aku mencari mereka demi menghapuskan 'darah' itu.  Manakala kamu wahai Ibrahim, mempunyai kelebihan di atas perkara ini."

Vamphra (bab 34)

...

Massurya Syah terangguk-angguk.  Sejurus dia bangun berdiri tegak dan memandang kosong ke arah tasik.  Kedua tangannya dipaut ke belakang.  Kemudian Massurya Syah pun bersuara.

"Lihatlah tasik itu.  Airnya tergenang indah, tenang dan damai baik dalam samar malam mahupun terang siang.  Namun dapatkah kita menyatakan secara pasti bahawa tasik itu sememangnya suatu tempat ketenangan?  Ataukah ianya hanya suatu kenyataan yang samar?"

Massurya Syah pun berpaling memandang Ibrahim.

"Bagiku, kesamaran yang paling nyata adalah pandangan di permukaan semata.  Kita tidak akan mengetahuinya secara pasti sehingga kita terjun ke dalamnya dan menyelam hingga ke dasar lubuk, bukankah begitu?" kata Massurya Syah.

.....

Jawapan yang diterima adalah sangat memeranjatkan dan menggemparkan hati pemuda itu.  Sambil memandang tepat ke wajah Ibrahim, Massurya Syah menjawab - "Aku... adalah salah seorang dari mereka!  Leluhurku adalah dari penguasa Alam Hitam yang tersembunyi dari mata dunia."...

Vamphra

Perjalanan yang jauh serta memakan masa itu membuatkan Massurya Syah, Ibrahim dan Rappu semakin mengenali diri sesama mereka.
Sejak awal pertemuan lagi Ibrahim mendapati perawakan lelaki bernama Massurya Syah itu begitu instrinsik, sekali gus mengkagumkan.  Walaupun mereka bersama, tetapi pahlawan itu dirasakan jauh dan terasing.  Ada sesuatu yang membuatkan dirinya tak seperti insan biasa.  Percakapannya sedikit dan perlu sahaja namun setiap patah perkataannya berisi dan bermakna.  Jarang benar dia melihat pahlawan dari Tanah Melayu itu tersenyum atau ketawa.
Perkara itu diam-diam dipersetujui oleh Rappu yang menceritakan kepadanya tentang bagaimana 'tuan'nya itu bertarung nyawa untuk menyelamatkannya dari pedagang hamba yang membuat dia menjadi pengikut setia kepada Massurya Syah.  
Selain dari ciri kepahlawanannya dan sikapnya yang tersendiri, perkara yang paling menakjubkan bagi Ibrahim mengenai Tuan Syah itu ialah apabila dia mendapati lelaki itu seolah-olah ghaib dari pandangan orang ramai.  Hanya apabila dia menghampiri dan bercakap dengan seseorang itu barulah kehadirannya disedari.  Dia bertanyakan sebabnya tetapi hanya menerima jawapan yang hambar dari Massurya Syah.
"Aku tidak pernah mempersoalkannya jua tidak cuba untuk mengkajinya."  Begitulah jawapan yang diterima.  Bila ditanya tentang asal-usulnya, Massurya Syah akan berkata - "cukuplah aku mengetahui apa yang perlu bagiku dan orang-orang yang akan mengerti bila tiba waktu."
Ayat itu seolah-olah memberi isyarat kepada Ibrahim bahawa mungkin belum masanya untuk Ibrahim mengetahui tentang kisah hidupnya.  Malah kepada pemuda itu telah dipesannya dari awal perjalanan agar jangan terlalu taksub kepada perkara-perkara yang mungkin akan mereka tempuhi.  Kisah Vyandra telah memberi satu contoh kepada Ibrahim mengenai pesanan itu.  Ibrahim cuba untuk mengupas kejadian itu namun Massurya Syah agak keberatan untuk menjelaskannya.  Katanya belum waktu untuk Ibrahim mengetahui secara mendalam tentang perkara itu kecuali jika dia mendapat petunjuknya.

(sedutan Vamphra Bab 30)

Thursday, February 4, 2010

Apabila berita sensasi muncul di tv

Aku bukan seorang yang berfikiran terbuka, apabila pemberita tv jam 8 malam tadi membacakan perihal kejadian kes liwat yang sedang mashyur seantero dunia sekarang ini.  Hidayat dan Hanessa sedang menikmati hidangan malam, sambil suara pemberita mula membaca ayat demi ayat dengan detail.  Tidak sempat hendak memperlahankan atau menutup tv langsung (jarak agak jauh untuk menuju ke tv sedangkan pemberita terus bercakap), aku menyanyi-nyanyi kecil sambil menghalang pemandangan mereka.  Remote sudah sewel, bukan sekali tekan terus berfungsi.  Mengapa perlu mereka memperincikan kisah sebegitu sedemikian rupa.  Setelah keluar istilah-istilah yang menyebabkan aku (dan ibu-ibu lain umumnya, kurasa) payah hendak menerangkan kepada anak-anak yang sedang di usia rancak mahu tahu segala-galanya, mahu bertanya semua perkara, barulah keluar kenyataan agar perkara itu dibincangkan secara tertutup di mahkamah. 
Akukah yang bersalah kerana tidak tutup sahaja tv itu?   Atau aku bersalah kerana bodoh, jumud, tidak open minded tentang hal semasa.  Alah... itukan perkara biasa.  Sudah lama tak settle2 lagi.  Berapa banyak lagi kisah dalam kain yang sudah tersebar, entah-entah awak sahaja yang tak peka dengan anak-anak.  Begitukah?
Aku memikirkannya, dan aku bersyukur setakat malam tadi Hidayat tidak perasan langsung dengan berita sensasi di tv itu.  Kalau tidak, jenuhlah aku hendak menjawab soalan-soalannya, yang Nabilah kata pelik-pelik dan tak dijangka dia boleh mengeluarkan soalan sedemikian.  Anak yang seorang ini, kadangkala membuatkan aku tak tahu nak menjawab bagaimana, kerana bagaimanapun jawapan tepat ke, sipi ke, tipu ke, akan mengundang rantaian soalan seterusnya.  Cuma dia belum pernah lagi mengeluarkan soalan cepumas tentang bagaimana seorang bayi boleh wujud di dunia ini.  Hanessa lebih pandai meneka, bahawa bayi lahir dari pusat ibunya.  Andai muncul soalan itu, walaupun aku sudah didedahkan sedikit cara-cara hendak menjawabnya, tentu aku masih cuba mengarang jawapan yang tersirat, dan tentu dia akan terus menyusun soalan demi soalan yang menyeksakan.

Makhluk paling riang

Waduhh, pagi ini aku sudah berlari-lari di dalam kawasan sekolah kerana hendak mengejar Ain yang sedang menuju ke kelasnya.  Kalut sedikit pagi ini, agak terlewat menghantar mereka ke sekolah.  Sehingga sampai di pagar sekolah yang baru dicat warna kuning itu, bersalaman dan mencium pipi masing-masing, mereka berlalu pergi tanpa wang saku.  
Kasihan memikirkan di waktu rehat nanti mereka bakal terpinga-pinga mencari wang di dalam saku, aku gagahkan diri memanjat tangga ke kelas Ain. Dia agak terperanjat (langsung tak ingat pasal wang saku la tu..) kemudian tersenyum, dan aku pesankan agar dia pergi ke kelas Hidayat juga (segan nak merayap di kawasan sekolah dari hujung ke hujung) untuk memberikan wang kepada adiknya itu.  Kelas Hidayat di bangunan berasingan dan paling jauh dari bangunan kelas Ain.  Ain enggan tetapi kemudian harus akur dengan amanah yang kuberikan.
Menuruni tangga, kulihat dua pengawas sedang memujuk Hanessa yang terduduk di mata tangga sambil menangis.  Di tangannya ada sehelai wang kertas RM1 dan beg tersadai di belakangnya. "Ini anak acik ke?" tanya pengawas perempuan yang lebih besar sambil memandangku.  Aku mengangguk sambil menghadiahkan senyuman.  Lalu kubangunkan Hanessa membawanya menuruni tangga.  Hampir dia terjatuh kerana kurang imbangan badan.  "Duit ni..." katanya mengunjukkan wang di tangannya.  Sejak aku memberinya wang tadi, dia kepoh sedikit kerana tidak dapat menyimpan wang di poket belakang seluarnya.  Semalam guru telah memberi semua pelajar sepasang pakaian untuk dipakai setiap Selasa dan Khamis, iaitu baju-t berwarna kuning dan seluar track berwarna merah menyala dengan tulisan prasekolah Sekolah Kebangsaan Sijangkang.  Sejak malam tadi Hanessa sudah menyiapkan pakaian itu untuk dipakai hari ini.  Bersemangat sungguh dia. Cuma poket seluar baru itu di bahagian belakang, sukar untuk dia meletakkan wang ke dalamnya.  

Kami terus berjalan ke kelas prasekolah Anakku Gemilang.  Tidak ada pelajar yang bersidai seperti selalu.  Cuma ada seorang kanak-kanak lelaki yang agak lucu menghampiri pintu lalu menyapa Hanessa, menyebut namanya berkali-kali.  Aku teringat pelajar inilah yang juga mengulang-ulang nama Hanessa semalamnya.  Dia ketawa riang sekali.  Hmm.. kanak-kanak memang putih bersih hatinya, tidak memikirkan sebarang permasalahan dunia.  Keriangan dan tawa mereka begitu tulus dan jujur.  Andai hati rawan dan bimbang, lihatlah kerenah anak-anak yang periang ini, pasti kita akan terhibur.  Banyakkan bersedekah kepada kanak-kanak kerana mereka makhluk yang paling ikhlas menerima pemberian anda; keikhlasan dan kegembiraan mereka menjadi penyebab doa anda diterima Allah Taala, insyaAllah.
Tatkala Hanessa melangkah masuk ke kelasnya, sempat kujenguk ke ruangan belajar.  Kebanyakan kanak-kanak sedang duduk di tempat masing-masing asyik bermain sesuatu di tangan sambil menanti waktu untuk minum pagi.  Pagi ini tiada aroma yang menyelerakan yang kadang-kadang menyapa pancaindera bau kami, jadi mungkin hidangan pagi ini ialah biskut dan air teh sahaja. Di satu meja, seorang kanak-kanak lelaki sedang duduk menghadap arah pintu.  Dia tersengih lebar memandang Hanessa sebagai alu-aluan.  Hanessa yang masih bersisa bekas tangisan di pipi, tiada langsung secebis senyuman.  Namun, urusanku tetap beres apabila dia tidak berpaling lagi meninggalkan pesanan demi pesanan seperti selalu.  Aku tahu hatinya kembang riang kerana berpakaian baru seperti kawan-kawannya yang lain.  Tentu hatinya bertambah kembang berbunga-bunga apabila bakal menerima sepasang uniform ungu pula.

Wednesday, February 3, 2010


"Di madrasah ini, kami bukan saja mengajarkan bab agama dan kerohanian malah jua pengetahuan lain yang kami kira amat penting dalam usaha menyebar luas agama kita.  Mengira, menulis dan memahami bahasa-bahasa adalah antara aset penting di madrasah ini mengikut peringkat-peringkat.  Kanak-kanak yang anda lihat ini pada suatu hari nanti akan keluar menjengah dunia dengan ilmu-ilmu yang mereka perolehi agar Islam itu berkembang bukan saja pada rangkup dakwah kerohanian dan kehambaan pada yang Maha Esa malah jua pada jurus ketamadunan insan dan kemasyarakatan."

"Perkataan Tuan Syeikh adalah benar," ucap Massurya Syah perlahan.

"Angin perubahan zaman menuntut kesemua itu.  Kegemilangan Islam sepatutnya berada di kedudukannya.  Namun hari ini kita telah melihat bagaimana orang-orang Eropah mula menerokai dunia yang disertai dengan para mubaligh mereka berdasarkan pencapaian keilmuan.  Malah dari satu sudut aku kira zaman ini adalah zaman mereka.  Justeru itu jatuh bangun Islam yang kita warisi dari Baginda s.a.w yang tercinta terletak anak-anak kita.  Tanpa ilmu yang mantap, mereka tak mungkin dapat menyaingi kemaraan pengaruh para musuh yang datang dalam berbagai rupa dan bentuk mahupun dari topeng-topeng zahiriah dan batiniah.  Kita telah menghadapi serangan mereka secara nyata mahupun ghaib," kata Syeikh Ali Sharmani lagi.

Sedutan dari Vamphra Rahsia Agenda Alam Hitam II (Zehann ur Rakhie)


Gadis Kecilku

Hari ini hari ketiga bulan pertama gadis kecilku tidak membuat ragam di pagi hari.  Dua hari semalam ada tercetus rengekan kecil tetapi cepat padam dek amaranku.  Dia tidak lagi berdukung ke kereta, tidak juga ke kelasnya.  Cuma aku masih perlu menghantar dia sambil berpegangan tangan dengannya, hingga ke hadapan pintu kelas.  Hari ini hari pertama juga dia membuka kasutnya sendiri dan meletakkan di rak kasut.  Kemunculannya disambut oleh senyuman rakan-rakannya, yang bersidai di hadapan pintu kelas.  Ada yang memanggil-manggil namanya berulang kali, hingga "Apa? Kau ingat aku pekak ke?..." jawab gadis kecilku dengan nada suara yang ceria diiringi senyuman mesra.
Aku mengucup kedua pipinya dan menghembuskan doa selawat ke ubun-ubunnya, dan dia mencium tanganku.  Aku melangkah dengan tenang tanpa ada lagi pesanan seperti 'mama, tunggu di pondok itu.' atau 'mama, tunggu dalam kereta sahaja.' yang tidak pernah aku lakukan sebenarnya.
Alhamdulillah, dia semakin pandai menyesuaikan diri dengan suasana pembelajaran di sekolahnya.  Setiap kali pulang, kami menuju ke kedai pilihannya dan di sana ada juga kawan-kawannya yang sedang membeli jajan sebagai hadiah setelah setengah hari berseronok dan makan-makan di kelas.  Jadi setiap hari dia akan memastikan duit poketnya juga ada seperti yang diperuntukkan buat kakak dan abangnya.  "Mama, Baby nak duit kertas." katanya memperingatkan setiap pagi. Dia akan bersiap hendak membayar di kaunter dengan wang kertas RM1 itu dan aku perlu menyediakan wang lagi untuk mencukupkan bayaran.
Kelmarin dia bercerita bahawa kawan-kawannya begitu seronok bermain magnet.  "Jadi, kamu bawa magnet ke sekolah?" aku membayangkan magnet-magnet bujur berwarna hitam yang  kubeli semasa belajar dulu, untuk permainan dan pembelajaran kanak-kanak di nurseri.  Gadis kecilku mengangguk sambil tersenyum lebar-lebar.  
"Mana magnet itu sekarang?" 
"Kawan-kawan Baby nak.." katanya tanpa secubit pun perasaan bersalah.
Aku mengalahkan perasaan sendiri, bahawa itu adalah hadiah gadis kecilku kepada rakan-rakannya.  Nampaknya kebaikan hatinya itu telah menambat mereka terhadapnya seperti yang kulihat akhir-akhir ini daripada sambutan selamat datang yang diberikan.
Awal minggu, dia bercerita tentang kawan-kawan termasuk gurunya yang kegelian melihat lipas getah yang dibawanya dari rumah.  Dia sungguh riang ketika menceritakan kisah itu.  Tentu lebih gamat andai dia membawa cicak getah yang lembik dan sejuk itu.  "Cikgu suruh Baby simpan lipas tu balik," katanya bersahaja.

Semangatnya semakin melonjak dan membuak.  Dia pelajar paling menikmati pembelajaran di sekolah dibandingkan dengan dua lagi pelajar di rumah ini.  Sebaik sahaja kembali ke rumah dari sekolah, dia akan mengeluarkan buku Kalam (mengenal huruf) dan mula membaca di bawah pemantauanku.  Dia akan membaca dari muka surat pertama walaupun sudah kenal benar dengan huruf  a  dan b itu.  Dia akan susah hati apabila lambat mewarnakan gambar-gambar yang ada.  Kadang-kadang guru membekalkan beberapa buah buku untuk disiapkan dan dia tanpa bertangguh akan menyelesaikannya.  Apabila abangnya lambat membuat homework, dia dengan bangga mengatakan homeworknya sudah selesai.  
Secebis kisah tentang gadis kecilku, satu-satunya orang terakhir yang membuat perubahan baik di prasekolah SKS ini. Semoga dia terus cemerlang dalam usaha mencari ilmu buat pedoman di hari-hari yang dilalui.  Ameen.

Tuesday, February 2, 2010

JANGAN...

24 PERKARA JANGAN DILAKUKAN

Sesungguhnya di dalam hidup kita dikelilingi oleh perkara-perkara yg. menyeronokkan. Tetapi itulah sesungguhnya yg. mendatangkan keburukan kepada kita. Di bawah ini terdapat 24 perkara -perkara yg. jangan dilakukan yg. seharusnya kita ambil iktibar supaya kita dapat memuhasabah diri sendiri. :



1. Jangan sengaja lewatkan solat. Perbuatan in tidak disukai oleh  ALLAH s.w.t.


 2. Jangan masuk ke bilik air tanpa memakai alas kaki (selipar). Dikhuatiri terbawa keluar najis dan mengotori seluruh rumah kita.


3. Jangan makan dan minum dalam bekas yg. pecah @ sumbing. Makruh kerana ianya merbahayakan.


 4. Jangan biarkan pinggan magkuk yg. telah digunakan tidak berbasuh. Makruh dan mewarisi kepapaan.


 5. Jangan tidur selepas solat Subuh, nanti rezeki mahal (kerana berpagi-pagi itu membuka pintu berkat)


 6. Jangan makan tanpa membaca BISMILLAHHIRRAHMANNIRAHIM dan doa makan. Nanti makanan yg. dimakan adalah dari muntah syaitan.


 7. Jangan keluar rumah tanpa niat membuat kebajikan @ kebaikan. Takut-takut mati dalam perjalanan.


 8. Jangan pakai kasut atau selipar yg. berlainan pasangan. Makruh dan mewarisi kepapaan.


 9. Jangan biar mata liar di perjalanan. Nanti hati kita gelap diselaputi dosa.


 10. Jangan bergaul bebas ditempat kerja. Banyak buruk dari baiknya.


 11. Jangan menangguhkan taubat bila berbuat dosa kerana mati boleh datang bila-bila masa.


12. Jangan ego untuk meminta maaf kepada kedua ibubapa dan sesama manusia kalau memang kita bersalah.


 13. Jangan mengumpat sesama rakan taulan. Nanti rosak siratulrahim.



14. Jangan lupa bergantung harap hanya kepada ALLAH s.w.t dalam setiap kerja kita. Nanti sombong bila berjaya dan kecewa pula bila gagal.


 15. Jangan bakhil untuk bersedekah. Sedekah itu memanjangkan umur dan memurahkan rezeki kita.


16. Jangan banyak ketawa nanti mati jiwa.


 17. Jangan biasakan berbohong kerana ia adalah ciri-ciri munafik dan menghilangkan kasih sayang org. kepada kita.



18. Jangan suka menganiaya manusia atau haiwan kerana doa makhluk yg. teraniaya cepat dimakbulkan ALLAH s.w.t.



19. Jangan terlalu susah hati dengan urusan dunia. Akhirat itu lebih utama dan kekal selamanya. Carilah kehidupan dunia untuk akhirat.



 20. Jangan duduk dalam bilik air terlalu lama kerana disitulah tempat tinggal jin kafir dan syaitan.


 21. Jangan merokok dan memasang kemenyan kerana asap itu adalah makanan jin.


 22. Jangan lupa membaca BISMILLAHIRRAHMANNIRAHAIM dan salam ketika masuk kerumah dikhuatiri jin dan syaitan masuk bersama.


 23. Jangan memakai tangkal kerana ALLAH s.w.t tidak sempurnakan agama seseorang itu jika memakai tangkal ini adalah kerana dikhuatiri kita bergantung kepada tangkal bukan kepadaNYA.


 24. Jangan mempertikaikan kenapa ISLAM itu berkata jangan sebab semuanya untuk kebaikan dan sesungguhnya ALLAH s.w.t itu lebih mengetahui. Yang baik itu adalah dari ALLAH s.w.t dan yg. buruk itu dari hambanya juga.

Wallahuallam.

Monday, February 1, 2010

Sayang Along!

pabila hendak berpisah, terasa sayang
pabila sudah berjumpa bergaul mesra, kadang2 bergaduh jua
gelagat Hidayat dengan Naqib

Naqhuhines masak nasi lemak

"Esok mama nak masak nasi lemak. Okey tak?" tanya saya kepada Naqib. Mengenangkan dia peminat nasi lemak, saya ingin memasak hidangan ini yang bukan sahaja ringkas, mudah disediakan dan juga enak untuknya sebelum dia pulang ke madrasah.  Telah 3 minggu Naqib berehat (kuarantin) di rumah oleh doktor tempohari, termasuk 1 minggu tambahan menggunakan cara tradisional.  Saya siapkan sepucuk surat yang dikepilkan dengan dua keping sijil cuti sakit buat makluman pentadbir madrasah.  
Ahad semalam, ialah hari Naqib akan pulang ke sana.  Mood saya pula bertukar apabila resah melihat timbunan pakaian kering yang belum dilipat, perlu dikemaskan untuk mencari pakaian Naqib juga.  Akhirnya saya tenggelam dalam keasyikan melipat kain baju manakala Naqib mula tertanya2 mengenai janji saya semalamnya.
"Kamu pergi beli kelapa parut sebiji, serai cari yang segar (dipesan juga kerana dia pernah membelikan saya serai kecut) dan kacang tanah," saya mengarahkan sambil terus melipat pakaian.  Naqib keluar menghantar Nabilah ke kedainya, dan terus singgah di kedai Aceh membeli pesanan saya itu.
"Alamak, terlupa nak beli kacang tanah.." kata Naqib sambil bergolek-golek santai di atas katil di hadapan saya.  Naqib keluar lagi ke kedai membeli kacang tanah pula.
Saya masih melipat kain baju sambil mengasingkan pakaian mengikut pemiliknya.  Terasa lenguh di bahu dan tengkuk.  "Mama, semua dah ada.  Bila mama nak masak?"
Saya perhatikan jam sudah menghampiri 12 tengahari.  Pakaian beransur kurang tetapi mood menjahit lencana kain ke baju Hidayat pula muncul.  Ustazah baru memberikan lencana itu minggu lepas, dan Hidayat mula merengek apabila baju sekolahnya kosong dari lencana.
"Along masak nasi lemak tu, boleh?  Senang je."  Saya renung mata Naqib.  Dia suka memasak dan berani mencuba.  Dia tidak takut percikan minyak seperti telatah Ain.  Semasa hujung tahun Tahun 6 selepas UPSR, dia memasuki pertandingan memasak nasi goreng di sekolah dan menang nombor satu.

Seperti Naqib akur, dan saya terangkan apa yang perlu dilakukannya.  Dia mencuci beras, dan menyukat santan. Namun santan tidak cukup dan dia keluar lagi membeli sebiji lagi kelapa parut.  Cumanya apabila nasi sudah kering, barulah saya tahu dia lupa hendak menaburkan sedikit garam.  Hmm, tidak mengapa... masih enak dan lengkap dengan bilis gorengnya, kacang goreng, timun, telur dadar dan sambal petai (hanya sambal ini saya masak, semalam, sambal petai permintaan Naqib juga). 

Jam sudah menghampiri 2 petang.  Kami duduk menikmati hidangan nasi lemak hasil tangan Naqib.  Sambal yang 'enak gila' tafsiran anak-anak (kerana sesuai dengan selera mereka, tidak pedas dan sedikit manis) mengatasi rasa nasi yang hambar tidak bergaram.  Jam tiga, kami bergegas keluar mengambil Nabilah di kedai (hari Ahad dia bekerja setengah hari hingga jam 3) dan terus menuju ke Bukut Changgang.  Kami singgah di Banting membeli tilam dan bantal baru.  Penumpang di seat belakang tenggelam tersorok di sebalik tilam yang masih berbalut plastik, menahan wap panas terhalang dari pendingin udara.  Mujur dua yang kecil terlelap tidak menyedari hal yang kurang menyenangkan ini.  Di pertengahan jalan, saya terpaksa singgah di Petronas untuk membeli air buat pembasah tekak dan menghilangkan mengantuk.  Saya memang agak alah dengan nasi lemak, mata cepat mengantuk.  Memikirkan amat berbahaya memandu dalam keadaan demikian, mujur selepas itu mata kembali cerah dan segar.
Demikianlah sedikit catatan mengenang kesungguhan Naqib yang mula mengasah bakat memasak.  Nabilah teruja hendak menjamah nasi lemak itu apabila dikhabarkan kisah Naqib, lagipula dia memang kelaparan belum menjamah makan tengahari.  
Akhirnya kami tiba di madrasah dengan selamat.  Beberapa kereta mewah turut sampai dengan urusan yang sama.  Kami menunggu sehingga Naqib (dan Hidayat) menunaikan solat Asar.  Kemudian seperti biasa, Naqib akan mencium pipi saya berkali-kali tanpa rasa silu terhadap Nabilah yang memerhatikan, sehingga wajah saya dibasahi air peluh yang meleleh di dahinya.  ALhamdulillah, tiada airmatanya menitis, setakat peluh sahaja.  Manakan tidak, Sabtu ini kami akan bertemu lagi.  Abah Naqib sudah berjanji akan menjemputnya pulang ke rumah untuk berkumpul sekejap sekeluarga.  InsyaALlah.

Search This Blog

Blog Archive

Rakan Blog

cinta hingga Firdaus

Lilypie Angel and Memorial tickers
Lilypie Kids Birthday tickers Lilypie Kids Birthday tickers Lilypie Kids Birthday tickers Lilypie Kids Birthday tickers

Terima kasih :)

utamakan Bahasa Melayu

utamakan Bahasa Melayu

Pantai Lumut

Pantai Lumut

Pantai Mersing

Pantai Mersing