Puteri mengkhabarkan keseronokan dan cabarannya melayani kanak-kanak 4 tahun. Kisah syurga membuatkan mereka terlongo. Balik rumah mereka bercerita kepada ibu dan bapa. Cerita syurga menimbulkan rasa teruja bukan kepalang.
"Teacher, kat syurga pakai baju ni ke baju lain?" tanya si comel sambil mengunjukkan kemeja sekolah yang sudah comot.
"Teacher, bila kita nak pergi syurga?" tanya si comel yang lain pula.
Ternganga la teacher baru nak menjawabnya.
Saya pesan, cerita ringan-ringan saja sesuai dengan penerimaan mereka. Semua cerita akan diangkut bawa pulang ke rumah dan diulang cerita semula oleh mereka kepada mak dan ayah. Jangan cerita berlebih-lebihan dan jangan main cakap saja. Nanti kata-kata memakan diri. Naya.
Kanak-kanak fitrahnya suci dan bersih. Jaga fitrah itu sebaik mungkin dan corakkan dengan corak yang murni. Dengan kasih sayang dan ilmu yang benar. Teacher mesti sentiasa check niat. Semua akan dipersoalkan di sana kelak. Jaga niat selalu supaya tidak melakukan kesilapan dan mendatangkan kesedihan kepada diri sendiri. Niat kerana mengharapkan redha Allah semata-mata.
Semoga Allah memudahkan semua urusanmu dalam pekerjaanmu dan orang-orang di sekelilingmu. Aameen.
Apabila hati bersuara, ia adalah bisikan paling halus dari sudut hati yang paling tersembunyi. Tiada sesiapa mengetahui melainkan Allah Taala yang Maha Seni. Lalu hanya kepada Allah aku berserah diri. Ya Allah, kurniakan daku takdir yang baik di dunia ini dan takdir yang baik juga di akhirat nanti. اللهحم امين
Bismillah
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
Search This Blog
Blog Archive
-
▼
2016
(31)
-
▼
Nov 2016
(18)
- MOHON KASIH - S. M. SALIM
- Dekat dengan-Mu
- Kaca Yang Pecah
- Apabila Manusia Merancang Dalam Minda
- Kita akan saling berbeda
- Abah
- Dengan Pertolongan Allah
- Tersentuh Hati
- Feel dalam menulis
- Kisah Puteri Bidadariky
- Nak belajar di madrasah?
- Langkah pertamamu
- Tatkala Buntu
- Kerjarumah penulisan
- Teaser untuk novel Cinta Selamanya
- No telefon baru
- Clear Chat
- Sinopsis ringkas
-
▼
Nov 2016
(18)
Terima kasih :)
utamakan Bahasa Melayu
Pantai Lumut
Pantai Mersing


No comments:
Post a Comment