Apabila hati bersuara, ia adalah bisikan paling halus dari sudut hati yang paling tersembunyi. Tiada sesiapa mengetahui melainkan Allah Taala yang Maha Seni. Lalu hanya kepada Allah aku berserah diri. Ya Allah, kurniakan daku takdir yang baik di dunia ini dan takdir yang baik juga di akhirat nanti. اللهحم امين
Bismillah
Sunday, October 20, 2013
Seolah-olah cuti seminggu sempena hari raya aidiladha 1434 kali ini sangat luar biasa.
Sebelum zuhor kami menghantar si sulung. Madrasah itu masih sunyi. Mungkin ada yang sudah sampai, sedang berehat di mana-mana. Nun di kawasan lapang sebelah bangunan taam ada dua lelaki sedang melipat kulit lembu dan dimuatkan ke dalam lori kecil. Ada tiga longgokan membukit kulit lembu yang memutih diliputi garam. Aku tidak terhidu apa-apa, kerana ditapis niqob harum di wajah.
selepas zuhor kami menghantar sang puteri dan si bujang manja ke madrasah masing-masing.
Hanya si bongsu yang tidak kembali ke madrasah. Aku dan suami sama-sama bersetuju, biarlah puteri yang ceria ini menemani aku nanti. Dan tempatnya di madrasah boleh diisi oleh pelajar yang lebih memerlukan.
Hati terasa agak sayu, kerana pertemuan pada cuti ini terasa begitu luar biasa. Kutatap wajah langit. Ya Allah, Kau sedang melihatku. Ya Allah, nun di sana ada rahsia untukku. Sebuah tempat kerinduan yang terlalu mahal harganya.
Tiba-tiba hatiku lapang selapang-lapangnya.
Subhanallah.
Alhamdulillah.
Allahuakhbar.
Terima kasih kepada yang mengikuti blog ini.
Aku tidak dapat menahan hati untuk menulis, walaupun tidak puas menulis dari adroid ini.
jumpa lagu insyaAllah.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
Search This Blog
Blog Archive
Terima kasih :)
utamakan Bahasa Melayu
Pantai Lumut
Pantai Mersing

No comments:
Post a Comment