Bahkan sangat suka menulis. Terkadang di fb. Terkadang di blog ini. Tapi belum ada yang dapat diterbitkan lagi ...
Maka aku telah memasang azam. Aku akan meninggalkan bidang tulis-menulis begini. Aku nak kurangkan menulis di fb. Aku nak kurangkan menulis di blog. InsyaAllah.
Ada orang tak selalu muncul di fb. Ada orang tak ada masa nak menulis di blog. Akhirnya sesuatu muncul sebagai buah tangannya untuk tatapan pembaca.
Ada orang yang macam-macam nak ditulis. Novel ... cerpen ... sajak ... hapah pun tak dak. Aku le tu :(. Balik-balik melepas rungut di blog bisu ni. Fb? Ooo aku dah semakin kurang di sana. Pening kepala dengan lambakan maklumat yang berbagai. Ya, buat sekian kalinya.
* Buku di atas tu merupakan buah tangan terbaru kakak aku. Hmm dia pun tak de mengabarkan apa-apa, tadi baru je bertelepon dengan dia. Walau apa pun, tahniah untuk kakak aku yang sangat gigih ni. Aku berharap dapat mencontohi kegigihan dan ketabahan serta kecekalan dia dalam bidang penulisan. Mohon doa yang baik-baik dari semua untuk aku. Aameen.

2 comments:
as salam...singgah sini kak...blog dah ok ye...
Wslm Laila. Alhamdulillah blog dah ok setakat hari ni :D ... hari-hari kena menyapu baru bersih hehehe ... harap Laila pun dah sihat. InsyaAllah ameen.
Post a Comment