Ini Sarah pertama.
"Kita suka duduk sini."
Aku tanya dia, "Kenapa?"
"Sebab kat sini ada kawan."
"Kenapa, kat rumah tak de kawan ke?"
Suaranya juga halus dan dia kanak-kanak normal yang cantik. Cuma aku rasa dia ada sedikit tekanan ekoran perceraian ibubapanya. Tahun ini dia akan menghadapi UPSR.
Ini Sarah Kedua.
Sarah dan Sarah. Serta beberapa Sarah lain juga.
Sarah Pertama membuatkan aku berfikir. Tenangnya hidup walaupun sebahagian besar manusia sedang sibuk memikirkan hari depan nusa dan bangsa. Walaupun Sarah pernah pulang dari sekolah bersama airmata, tetapi dia membuat pilihan untuk menghindar. Kini Sarah hanya mahu belajar untuk PMR.
Sarah Kedua seorang yang periang, tetapi di rumahnya dia membeku seperti air batu. Itulah yang aku dikhabarkan. Dan aku faham. Kerana aku juga pernah seperti itu. Ia adalah fasa aku memerah otak, memikir dan menganalisa apa yang terjadi di sekeliling aku waktu itu.
sekadar catatan
tentang dua Sarah
yang muncul tiba-tiba
di pertengahan jalanku yang sibuk
tentang dua Sarah
Sarah yang pendiam
Sarah yang periang
mungkin ini rezeki
mungkin juga ujian
tak mustahil anugerah
atau satu cabaran
aku cuba mengikhlas hati
marilah kupimpin tanganmu
wahai Sarah
sepertimana aku memimpin
tangan anak-anakku
bahawa kita melihat
bukan sekadar yang di depan mata
semata
tetapi ada kehidupan
yang tak mampu kita jenguk dari jendela sini
sebelum kita melangkah melintasi
pintunya yang penuh rahsia
wahai Sarah
andai kau sudi
aku lagi sudi
biar pertemuan kita
atau perpisahan kita
hanya kerana DIA semata-mata
semoga kita bertemu lagi ... insyaAllah.

No comments:
Post a Comment