Tapi saya memang suka benda-benda macam ni. Jadi saya naik asyik membacanya, banyak posting dan tak semua saya faham. Poning kepalo den! Tapi dah suka, baca je. Belum habis lagi. Macam-macam lagi yang keluar kat skrin ni ...
Ia membuatkan saya berdebar-debar! Lalu saya teringat ...
* kisah perjalanan Pemuda Bani Tamim yang saya pinjam tapi belum dipulangkan tu ... hingga empunyanya pun dah selamat kembali ke alam barzah.
* teringat pulak suami saya kadang-kadang memperkenalkan leluhurnya adalah salah seorang dari wali songo tu ...
* dan teringat cerita arwah abah Haji Manaf, kerana saya rajin menanya susur-galurnya, dia tak tahu lebih jauh, hanya setakat moyang punya moyang punya moyangnya dulu entah berapa peringkat ... bernama Haji Meon (hahaha ... laki aku pun Meon gak. Aihh glamer la nama Meon ni ... majalah Meon pun ada kekeke ...) datang dengan kapal dari laut lepas entah dari laut mana menuju Pahang. Abih kat situ je, sebab abah lahir di Kuala Pilah, Negeri Sembilan, cuma dibesarkan di Tangkak Johor.
Balik kat web tu tadi, ia memang mendebarkan sangat-sangat mendebarkan! Semuanya mendebarkan!!!
Dan setelah sekian malam, aku berharap tak akan mungkir janji kepada diri sendiri untuk posting bab 1 Sakinah ke JUDUL iaitu bab yang sudah perfect selepas dibaiki oleh Sifu. InsyaAllah malam ini mesti posting!!!

No comments:
Post a Comment