Resepi terjah seterusnya.
Bahan asas sama je; roti atau reja roti. Panaskan oven dulu ya.
Okay kita start. Dah sapu marjerin kat dulang pembakar? Lepas tu boleh la gunting reja-reja roti tu. Tak cukup reja, potong la sekeping dua roti putih dan lambakkan dalam dulang. Kemudian, ambil tumbler bertutup. Masukkan susu tepung (lum beli susu segar la ... terjah je), telur sebiji, setitik dua perasa vanilla, madu dan kocak tumbler tu beberapa ketika.
Oh ya, lupa pulak; masukkan sesudu dua tepung kastard juga ya. Tepung kastard ni berfungsi untuk 'memegang' reja-reja roti tu menjadi adunan yang ... apa ya, padat? padu? tak berkecai? Apa-apa la, anda faham tu kan.
Kocak lagi dan curahkan kat atas roti.
Ada Nutella kan? So tadi sebelum potong roti tu, sebenarnya sapu dulu Nutella tu kat atas roti bersama marjerin. Lepas tu baru potong-potong dadu kecil-kecil. Atau kalau dah reja-reja tepi roti, boleh la anda ratakan je Nutella tu kat atas reja-reja tu.
Tetiba, abah kata potong pisang nipis-nipis dan susun atas roti tu. Okay la, kita ambil idea abah ni. Sedap la tu, dia memang suka pisang. Akhir sekali, saya macam tak puas hati je tentang madu tadi, saya picit lagi madu atas roti yang sudah ditutupi pisang ni rata-rata. Wahh ... nyaman ni insyaAllah.
Dah boleh bakar. Selamat mencuba resepi terjah Puding Roti Nutella. Memang sedap. Ia mungkin kehitaman sedikit kerana adanya lapisan madu di bahagian atas, tetapi malam tadi anak-anak saya berebut-rebut nak makan bahagian yang kehitaman tu sebab sedap dan rangup katanya. Alhamdulillah.
Apabila hati bersuara, ia adalah bisikan paling halus dari sudut hati yang paling tersembunyi. Tiada sesiapa mengetahui melainkan Allah Taala yang Maha Seni. Lalu hanya kepada Allah aku berserah diri. Ya Allah, kurniakan daku takdir yang baik di dunia ini dan takdir yang baik juga di akhirat nanti. اللهحم امين
Bismillah
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
Search This Blog
Blog Archive
-
▼
2011
(270)
-
▼
Mar 2011
(21)
- Pulang?
- Puding Biskut Koko
- Puding Roti Mentega
- Puding Roti Nutella
- Puding Roti Kurma
- Merapu kerapu
- Lohh udah 40!
- Di suatu pagi yang berkah bersama deraian hujan
- Macam-macam la ...
- Makaroni Cheese
- As salam Muhammad Naqib
- Plot baru
- Tak mau cium!
- Pertama kali ke majlis taklim
- Jangan Makan Organ Dalaman
- Ya Rabbi Bil Mustaffa - Madrasah Aljunied
- Kau orang Indonkah?
- puding rotiku hangus
- Hadir yang pertama
- Ain jadi MP
- Mama jadi cikgu
-
▼
Mar 2011
(21)
Terima kasih :)
utamakan Bahasa Melayu
Pantai Lumut
Pantai Mersing

4 comments:
takde gambar ke kak? nak tgk heh
hmm ... lama tak post gambar kat blog ni. insyaAllah boleh diusahakan :-). Ibnu Mutallib dah try ke puding ni? :-)
tak try lg...tp dgrnya cam sedap..cam nak try juga
:-) mudah je. cuba la buat.
Post a Comment