Salam.
Ambuyat merupakan sejenis makanan tradisional penduduk Negara Brunei Darussalam. Ia diperbuat daripada sejenis tepung sagu atau ambulong, diadun dengan air panas menggelegak (bukan di atas api) sehingga ia menjadi separa kental dan berwarna jernih. Ambuyat dimakan dengan pelbagai jenis lauk seperti lemiding goreng (pucuk paku kuning), sambal binjai, sambal belacan, ikan masak lempap, ikan tahai, daging serai dan boleh juga sambal tempoyak.
Sudah lama saya mengidam makan ambuyat. Kali pertama kami dihidangkan ambuyat ketika Naqib berumur sekitar empat bulan, di Perkampungan Air semasa bertamu di rumah Haji Daud. Ia satu pengalaman yang sangat mengujakan. Saya suka makan ambuyat kerana teksturnya yang lembut, mudah ditelan dan dipadankan dengan pelbagai lauk-pauk yang enak. Bagi saya, ambuyat tidak padat seperti kita makan nasi, jadi saya mampu menghabiskan semangkuk ambuyat dan melicinkan semua lauk-pauknya sehingga ke suapan yang terakhir.
Kedatangan kali kedua ke negara ini sembilan bulan lepas, saya sudah menjamu selera dengan ambuyat di sebuah restoran eksklusif di Tutong. Dan malam ini mencuba lagi kerana terus terkenang-kenangkan cara makan ambuyat yang lain dari yang lain. Untuk menikmati ambuyat, kita memutarnya sekeliling candas (seperti chopsticks) yang diperbuat daripada buluh dan mencicahnya ke dalam sambal atau kuah yang disediakan. Saya selalu gagal menyuap ambuyat dengan candas tetapi kali ini nampaknya semakin mahir, hehehe ...
Alhamdulillah, nyaman (enak) bah!
Mengah juga tetapi tidak semengah seperti makan nasi. Fuhh ... dah lama tak santak macam ni, semenjak beria-ia menyukat nasi ketika makan. Macam selalu selepas selesai makan, Hurilain mesti tanya saya, "Mama mengah tak?" Dia sentiasa ingin tahu apa jawapan saya. Tak macam selalu, kali ni agak penuh tetapi masih ada ruang untuk air dan udara. Saya biasa minum air paling cepat setengah jam selepas makan. Ikut petua orang tua-tua, actually doktor pun kata elok jarakkan masa minum dengan makan untuk membantu penghadaman makanan berjalan lebih lancar. Boleh juga minum sebelum makan, tetapi sekadar seteguk dua untuk melicinkan esofagus supaya mudah menelan.
Satu set ambuyat yang lengkap dengan segala lauknya adalah untuk dua orang (haaa! rupanya aku makan set ambuyat untuk dua orang la tadi???). Kadar harga berbeza mengikut lokasi restoran. Tadi, kami dikenakan harga $14 untuk satu set dan jumlah semua termasuk dua pinggan nasi putih (side order), tiga gelas air sirap bandung dan semangkuk sambal tempoyak (side order) ialah $33 sahaja. Alhamdulillah, persembahan memuaskan dan siap tapau sambal belacan dan sambal binjai yang banyak berlebihan.
Sudah tentu saya mencadangkan kepada anda yang berkunjung ke sini untuk menjamah ambuyat sebagai salah satu makanan asli tempatan. Rugi tak rasa tau!
Dan satu berita gembira yang membuatkan saya berasa girang adalah; saya sudah ketemu Sakinah. Bukan sahaja dia, bahkan semua ahli keluarganya dan rakan-rakan serta semua yang terlibat dengan dia. Alhamdulillah, Tuhan semakin memudahkan urusan saya. Kini saya sedang berbaik-baik dengannya dan cuba menyelami perasaannya terhadap apa yang pernah dia lalui itu. Dia memang cantik dan ayu! Beberapa ketika lagi saya akan perkenalkan dia kepada Sifu kerana walaupun sudah dua penceritaan, saya belum lagi mempertemukan mereka berdua. Sifu hanya dapat mengagak sahaja.
Sudah sampai masa untuk berhenti. 9.19 PM. Terima kasih kepada respon untuk nota di FB, yang belum ada respond pun. Mungkin saya tidak perlu bergantung kepada sebarang maklumbalas. Tetapi terima kasih tidak terhingga kepada My Akak dan My Adik juga. Hanya My Sister ZH yang sudah hilang dari FB, tidak ketemu lagi.
Just for my record ~ semalam petang call up Naqib tetapi tidak dapat bercakap (either line busy or offline already). Rindu pada dia, semoga dia terus cekal, tabah dan gagah melalui kehidupan di sana, sentiasa di dalam perhatian Allah SWT dan perlindunganNya bersama para guru dan kawan-kawannya. Ya Allah, permudahkanlah dia dan rahmatilah dia dengan rahmatMu yang berkah, juga guru-guru dan kawan-kawannya. Amin.
Wassalam.
Apabila hati bersuara, ia adalah bisikan paling halus dari sudut hati yang paling tersembunyi. Tiada sesiapa mengetahui melainkan Allah Taala yang Maha Seni. Lalu hanya kepada Allah aku berserah diri. Ya Allah, kurniakan daku takdir yang baik di dunia ini dan takdir yang baik juga di akhirat nanti. اللهحم امين
Bismillah
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
Search This Blog
Blog Archive
-
▼
2011
(270)
-
▼
Jan 2011
(19)
- Bah! Ke belakang tah dulu!!!
- Makan Ambuyat
- Ya, betul-betul pulun!
- Di Malam Terlewat Pertama
- Bukan entri sebenar
- Ntah apa-apa la ...
- Minggu ini
- Ya Allah, selamatkan kami dari fitnah.
- Angin Diet
- Nasi? Takkk ...
- Sudah ketemu Sakinah!
- Rezeki Ular Buta
- Qirdun akan pergi
- Atasi takut itu, Hidayat!
- Azam yang diperbaharui
- Kembali ke sekolah
- Sebenarnya dia sayang
- Kerabu Kaki Ayam Berceranggah
- Jemput-jemput Nyaman
-
▼
Jan 2011
(19)
Terima kasih :)
utamakan Bahasa Melayu
Pantai Lumut
Pantai Mersing

No comments:
Post a Comment