| mana along? |
Beberapa panggilan menyusul kemudian sehingga kami yakin Naqib selamat menaiki kapalterbang yang betul. Solat subuh dulu dan terus masuk ke dalam, kata abah Naqib. Panggilan terakhirnya mengajukan soalan, cuba mama teka along pakai baju apa, katanya. Saya cuba meneka, tapi dipintasnya, tak apa karang mama tengok.
Pakai minyak attar? tanya saya.
Puasa la mama, makruh.
Oh saya terlupa. Memang kebiasaan mengingatkan dia supaya berwangi-wangi bila mahu berjumpa saya. Sebab anak ini selalu hangit. Biasa, cepat berpeluh.
Kemudian saya menelefon mak yang sudah dalam perjalanan pulang ke rumah. Mengucapkan ribuan terima kasih yang tak terhingga sehingga cucunya ini selamat sampai ke penerimaan kami bersama rendang ayam kampung yang lazat.
Mendengar pengumuman. Sebelum itu mata kami menangkap kelibat para pramugari berpakaian kebaya krim dan kain merah hati dan tudung sudah keluar, diikuti dua orang pilot berbaju putih berseluar biru gelap. Mereka ketawa riang dan ceria.
Kami mula meninjau-ninjau di pintu sliding yang pandai mengacah-acah orang itu. Agaknya penat juga sebab berjuta orang sudah melaluinya sekian lama.
| "Belajar kat mana? Ke sini jumpa siapa" begitulah tanya pegawai kastam |
Jam 09.25 pagi, kami melihat kelibat anak ini sedang beratur nun jauh di dalam. Dia sengih, memakai kurta putih bersih dan serban. Kembang hati saya. Dulu pernah mencadangkan dia begitu, tetapi dia seperti enggan. Mak pun kata, pakai baju Melayu sahaja. Rupa-rupanya ada kejutan.
Saya melambai-lambai. Makin besar sengihnya. Sampai di tempat pemeriksaan kastam, kelihatan dia berpatah balik mengambil beg pakaian. Lupa la tu.
Pegawai Kastam bertanya sesuatu. Dia memandang-mandang kami diikuti pegawai tersebut. Tentu dia memberitahu inilah keluarganya yang sedang menunggu dia.
| Add caption |
| kedai mercun. macam-macam jenis. beli satu percuma satu. (Giant) |
| adik manja along (mula mengada-ngada) |

No comments:
Post a Comment