
meja ni meja opis suami saya
diangkut ke rumah sebab nak digunakan

memang pelbagai guna sebab bukan setakat atas meja diletakkan barang
bawah, tepi, semua jadi tempat sorokkan pelbagai benda
lagi satu mentang2 meja tu besar saiznya
semua suka menumpangkan barang masing2
bila lalu je kat tepi meja masa masuk rumah atau nak keluar rumah
ada je benda disinggahkan ke situ
yang selalunya suratkhabar
rokok dan lighter (saya memang geram betul bab ni)
tudung si kecik, tudung Ain dan tudung saya juga
buku catatan, pensel warna
kereta mainan Hidayat
kacamata sesapa yang berkacamata
handphone
buku2 cerita
kertas2 lukisan
gula-gula mahupun kulit gula-gula
walhal di tepi meja ada tong sampah sentiasa ternganga
kekadang baldi pun ada di situ, kejap je..
pokoknya apa saja yang nak diletak di situ
akhirnya saya fikir saya perlu buat sesuatu
transformasi dari ada kepada tiada
daripada bersepah kepada tersusun rapi
yang agak berat kepada saya sebenarnya
saya kurang yakin sebenarnya berapa lama kesannya akan bertahan
dek kerana itu saya menetapkan syarat yang mesti dipatuhi oleh warga tempatan di rumah ni
jangan letak barang melainkan akan ditongsampahkan
tak heavy kan...ye lah, selain buku yang sepatutnya di situ.

No comments:
Post a Comment