Tak tahu mengapa. Tak tahulah ... mengapa.
Mungkin sememangnya jiwa saya tidak cenderung sebegitu.
Dan tiba-tiba saya merasa serabut melihat telatah ma
Apabila hati bersuara, ia adalah bisikan paling halus dari sudut hati yang paling tersembunyi. Tiada sesiapa mengetahui melainkan Allah Taala yang Maha Seni. Lalu hanya kepada Allah aku berserah diri. Ya Allah, kurniakan daku takdir yang baik di dunia ini dan takdir yang baik juga di akhirat nanti. اللهحم امين
Bismillah
Wednesday, February 8, 2017
Staf emegresen terbaik
Alhamdulillah. Selesai sudah urusan saya di emegresen Seremban.
Menunggu giliran yang semakin hampir, mata saya melilau ke kaunter urusan. Aduss, kalau nak ambil gambarnya memang open gitu dong.
Saya hanya mampu memerhati. Sementara masih ada masa, saya ambil kesempatan berdoa dalam hati. Semoga Allah permudahkan urusan saya di kaunter.
"Ya Allah, aku tak nak orang nampak muka aku." Bisik saya jelas-jelas dalam hati.
Kemudian saya turuti dengan lafaz Bismillah serta Selawat Tafrijiyah beberapa kali.
Akhirnya nama saya dipanggil.
Sesi bergambar pun tiba.
"Ambil gambar di sini yer?" Saya berbasa-basi. Sebelum itu saya sudah gamit Naqib datang.
"Tolong la hadang-hadang sikit masa mama nk amik gambar," bisik saya kepadanya.
Naqib pun berdiri di sisi saya, dah standby untuk membuat hadangan, namun yang pasti sebesar-besar dia masih tak dapat menyembunyikan saya dari deretan pengunjung yang memamg duduk menghadap ke kaunter. Tempat bergambar ada di hadapan setiap kaunter. So memang jelas pandangan mereka ke situ.
"Puan ada bawak apa-apa kain?" Tiba-tiba staf manis tu bertanya.
Saya sudah bersyukur kerana berurusan dengan pegawai perempuan. Sebelah-menyebelahnya pun perempuan. Cuma di meja belakang ada staf lelaki yang sudah berumur dan kelihatan kusyuk dengan kerjanya.
"Err tak ada la.." memang tak terfikir nak bawa apa-apa selain paspot lama dan duit nak buat bayaran.
Staf tersebut menghilangkan diri. Naqib berbisik mengatakan mungkin staf tersebut sedang meminta izin untuk saya ambil gambar di bilik privacy. Saya harap begitulah. Tidak lama kemudian staf berkenaan muncul semula. Sambil bercakap dengan rakan setugas, dia mengoyak plastik bungkusan di tangan. Isi bungkusan diserahkan kepada Naqib.
"Nah buat hadang." Ia adalah sehelai kain putih yang tebal.
Alhamdulillah. Saya yang sudah siap duduk di kerusi menghadap kamera berasa senang hati. Saya ukir senyuman dan 'KLIK!' foto saya dirakamkan.
Terima kasih, jazakillah khoyr katheera kepada puan yang bersikap prihatin kepada wanita-wanita berniqob. Pasti ramai masturat yang keluar khuruj. Staf kelihatan dah biasa dengaan kehadiran 'woman in black' seperti saya. Dan memang ada bertembung dengan kelibat-kelibat 'woman in black' ni semasa di situ.
Masya Allah.
Semoga Allah mengurniakan hidayat buat puan.
Wassalam.

Renew pasport
Assalamualaikum wbt bloggers.
Dah sarapan ke? Semoga Allah mudahkan urusan kita semua hari ni, dari waktu mentari terbit di ufuk timur hinggalah ia tenggelam di ufuk barat, sehingga tirai malam pun menutupi alam. Aameen.
Saya di Wisma *******
Sementara menunggu giliran, kita minum dulu. Naqib dah ambil hidangannya. Saya nak upload gambar punya lembap nak complete sambil tarik kredit sambil tarik bateri, lebih afdal kensel je. Hmm dia ambil mee goreng 2 jenis dan ayam goreng. Ohh tempe goreng pun ado. Air limau ais. No more kunyah Calcium Carbonate semenjak beli Calcium Magnesium yang Dr Suri rekemen. Seronok la dia mengunyah makanan gitu je. Pil Calcium Magnesium diambil waktu malam 1-4 biji. Saya bagi dos 2 biji untuk dia ambil. Mudah-mudahan ia memberi kesan yang lebih baik, aameen.
Ok nak jamah mee Naqib yer.

Tuesday, February 7, 2017
Membakar Bakhoor
Dah beli Mabkhara maka setiap malam membakar Bakhoor.
Masuk je bilik, bau Bakhoor.
Masuk je waktu Maghrib, bakar Bakhoor.
Saya ada dua jenis kemenyan; serbuk halus dan kepingan kecil. Salah satunya adalah Bakhoor yang sama dengan bau kelambu Kaabah.
Dua-dua harum baunya. Semasa beli dulu, suami minta tuan kedai rekemen kemenyan yang paling hot dan dia mengunjukkan yang dua ini.
Alhamdulillah.

Kau Antara Bintang
Semalam semasa nak melangkah ke Shah Alam menemani boipren meeting, saya mencari bacaan yang nak diangkut bersama. Entah bagaimana mata terpandangkan novel ini.
Tanpa sebarang catatan. Tarikh atau tandatangan. Maka memang tak ingat bila ia berada di dalam simpanan saya. Cuma yang pasti sekitar tahun lepas, 2016. Buku ini termasuk koleksi yang baru saya miliki. Memang belum sentuh lagi.
Akhirnya saya berpeluang menikmatinya.
Baru sampai muka surat 46.
Persembahan not bad. Aksi heroin yang keras kepala dan berwatak singa betina. Ada hubungan kacau dengan bapa.
Saya tak cuba lagi merentas cerita. Rileks je.
Semoga ada sesuatu yang lebih hebat untuk saya nikmati. Now nak sambung baca sambil menunggu anakanda pulang dari main futsal. Ok ini hebat! Dah lama benar dia tak beraktiviti sebegini. Saya happy. Semoga anakanda saya akan memperolehi sihat semula bahkan kebih sihat. Semoga Allah memilihnya keluar ke hujung2 dunia menyampaikan kalimahNya. Semoga Allah memilihnya terus.
Saya doakan dia mencapai usia Nabi SAW. 64 tahun. Aameen.
Semoga Allah merahmati keluarga saya, dan anda semua juga.
I love my family.
Do not disturb us.
Do not spoil our happiness

Tinggalkan yang serabut
Dan bertenang-tenang di sini.
*gambar hanya hiasan
Saya bukan jenis oramg yang sesuai untuk menyertai keserabutan di sana walaupun mungkin saya mampu meraikan bersama. Bahkan menambah ceria.
Saya lebih suka bertenang-tenang di sini.
Silakan langkah anda.
Saya dengan jalan saya.
Anda dengan pilihan anda.
Saya dengan keserasian saya.
Anda dengan kegemaran anda.

Suka2 tukar no ic
Saya sedang menyelongkar koleksi keetas-kertas dalam laci. Nak mencari koleksi panduan menulis cerpen dan novel bagi refresh balik. Macam-macam ada termasuk lukisan si bongsu yang tidak bertarikh, berkemungkinan 2-3 tahun lepas ketika dia berusia 8-9 tahun. Bulan depan dia dah masuk 12 tahun. Alhamdulillah.
Tiba-tiba mata saya ternampak resit rasmi pembayaran semula pinjaman Naqib untuk pemasangan festula di PPUKM. Tengok sepintas lalu saja dan mata menangkap sesuatu yang besar. Kesilapan besar!
Haihh saya pun tak faham dengan staf berkenaan. Suka-suki je menukar nombor kad pengenalan Naqib. Nak kata bodoh karang kecik hati pulak.
Biasa la orang yang lahir kat luar negara lain la dua nombor tengah tu. Tak pernah jumpa no ic yang lain sikit agaknya .. hmm kena baik sangka. Apa salahnya bertanya pada kami dulu. Naqib lahir kat Brunei, jadi angka tengah tu 60. Staf cerdik tapi sombong ni pandai2 tukar kepada 10.
Ok la perkara dah lepas nk ungkit balik memang tak baik. Namun memang ada masalah terjadi dek kerana silap nombor ic tu. Dan ia didiamkan saja. Biasa la tu .. Ringkas cerita, kalau sikap memang take it easy, gitu la selamanya selagi tak ubah perangai. Menyusahkan diri sendiri tak mengapa. Duduk dalam gua alone is ok. Ni engkau membabitkan orang lain jugak.
Lepas tu berlagak.
Eh apsal saya marah2 je ni ..
Air Herba Pecah Beling
Sebenarnya dah hampir 3 bulan kami stop ambil air herba. Puncanya kerana Naqib diserang sakit kepala yang sangat teruk apabila minum air herba.
Kasihan melihat deritanya dia, saya beransur-ansur melupakan air herba.
Kami beralih kepada rawatan homeopathi semula. Doktor mengatakan punca sakit adalah stress terpendam. Boleh dirawat tetapi peluang untuk sembuh tipis. Sekiranya dirawat awal mungkin ok.
Tak mengapa. Itu cakap doktor. Allah kata setiap penyakit ada ubatnya melainkan tua dan maut. Hari ini orang tua pun maintain muda dengan izin Allah. Hanya manusia belum pernah mampu berbincang dengan Allah minta tangguh ajal. Itu adalah tidak mungkin dan mustahil sampai bila-bila. Hanya manusia diberi peluang mengetahui saat ajal akan sampai, itupun tak semua. Hanya untuk hamba-hambaNya yang terpilih. Tau je, bukan tangguh.
Hati saya tiba-tiba terbuka semula untuk kembali kepada air herba Pecah Beling atau Pecah Kaca ini. Entah mengapa. Entah bagaimana. Mungkin ini jawapan Allah kepada untaian doa-doa saya buat si anak. Alhamdulillah, aameen.
Cuma Naqib kena benar-benar tabah dan sabar melalui tempoh healing process. Ya, ada proses kesembuhan yang berlaku. Maka saya berikan hanya secawan kecil air herba kepada Naqib. Proses sembuh akan berjalan lebih perlahan namun berterusan. Kesannya mungkin mengambil masa yang lebih panjang namun semoga tetap ada perubahan demi perubahan.
Selain itu apakah yang lebih penting? Bahkan teramat penting?
Tabahlah wahai anakanda.
Wassalam.
imCheTan
Air Herba
Air herba Pecah Beling atau Pecah Kaca ini boleh dicampurkan ke dalam masakan berkuah. Juga boleh dibuat air teh atau kopi. Teh atau kopi yang bukan 3 in 1. Manfaatnya in syaa Allah tetap sama. Zat yang terkandung di dalam air herba masih kekal dengan izin Allah.
Ujian yang dijalankan adalah mudah, simple. Menggunakan alatan untuk menguji aliran elektrik. Eksperimen mudah macam dalam sabjek Sains di sekolah.
Saya tidak ada maklumat saintifik yang sempurna tentang air herba ini. Hanya saya merupakan salah seorang yang berminat mendapatkan kebaikannya. Maklumat ringkas hanyalah air herba ini sudah banyak memberi manfaat kepada masyarakat termasuk pimpinan negara kita. Dikhabarkan beliau menghidap penyakit luekimia. Maklumat ini berkemungkinan adalah rahsia besar. Dan malam tadi saya dimaklumkan tokoh berkenaan masih mengambil air herba ini. Hmm kalau anda datang ke rumah Pak Awang, anda tau la siapa tokoh tersebut. Siap ada gambar Pak Awang bersama beliau.
Selebihnya wallahua'lam.
Saya tak ada pertikaian tentang hal itu. Saya lebih berminat kepada deretan testimoni hidup yang lebih mengujakan.

Salam pagi Selasa
Assalamualaikum wbt.
Saya test menulis dari tab Samsung.
Hmm agak kurang saya sukai kerana sebelum2 ni apabila publish, tiada perenggan walaupun semasa menulis saya jarak2kan antara perenggan.
Kalau menulis panjang2 tanpa perenggan, berpinar mata hehe ..
Sekiranya keadaan yang sama masih berulang, mungkin lebih afdal saya tulis dulu di Word dan cnp ke sini.
In syaa Allah saya azam istiqamah di blog saja.
Sekian dulu. Wassalam.
#imCheTan

Sunday, February 5, 2017
Tumit kanan sakit
Sebulan lepas saya berurut dengan Ina Sabah. Perghh memang mantap jari-jemarinya. Alhamdulillah. Memang tepat mana-mana urat yang dicapainya. Sejam jadi sejam setengah, akhirnya dua jam. Tambah lagi dalam 10 minit gitu hingga akhirnya dia sendiri stop sebab takut bos marah. Haha ..
Hilang sakit tumit kanan saya. Belikat memang sedap kena urut. Urat kembang dan tersekat. Sambil diurut, sambil saya belajar.
Kelmarin semasa menemani anakanda ke HTAR, saya ingin berurut lagi. Mahu 3 jam. Tetapi tak ada rezeki sebab ada saudaranya yang meninggal dunia pada hari tersebut. In syaa Allah lain kali semoga bertemu lagi. Saya tak putus asa. Ina Sabah bukan buat-buat pandai. Alhamdulillah Allah memberinya kelebihan memahami urat-urat dalam tubuh.
Hari ini saya agak lama di dapur. Saya fikir mahu buat stok lauk yang sudah dimasak untuk anakanda. Risau melihat dia makan hidangan di kedai yang pastinya diletakkan bahan perasa dan tinggi garam. Jadinya tadi saya beli tiga ekor ayam dan masak tiga jenis masakan menggunakan periuk Noxxa. Ayam kari, ayam kurma dan ayam masak merah berkuah. Setelah sejuk, saya packing dua ketul dalam plastik dan sealed. Kalau nak lebih, boleh ambil lebihlah. Seekor ayam bajer 6 plastik bermakna boleh stok untuk 6 hari.
Selepas ni saya bercadang mempelbagaikan lagi masakan termasuklah ayam masak lemak cili api, ayam beriani, ayam kerutup, ayam semur, hmm ... apa lagi ya?
Sekiranya ada stok ikan yang sesuai dan tidak terlalu mahal, saya akan siapkan stok pelbagai lauk ikan pula in syaa Allah.
Sebenarnya dah lama saya bercadang nak buat stok lauk untuk anakanda. Ada saja halangannya sama ada halangan masa atau suami tidak bersetuju. Tadi pun mak saya kata nanti hilang zat dan sebagainya. Pada fikiran saya tidak ada isu hilang zat selagi ia tersimpan di tempat sejuk beku dengan baik. Bahkan ini menjimatkan masa dan memudahkan hidangan untuk Naqib. Bayangkan kalau saya terpaksa keluar awal pagi untuk memenuhi temujanji dengan doktor di Hospital Klang. Pukul berapa pulak saya nak bangun masak? Dan mampukah saya memandu tanpa rasa mengantuk nanti? Haihh dah berumur ni tenaga bukan makin kuat kan ..
Saya tanda setiap plastik lauk dengan sticker dan tulis jenis lauk. Di pintu peti ais juga saya lekatkan sticker bertulis hari bulan hari ini dan jenis lauk yang disejukbekukan. Alhamdulillah syukur. Tak sabar rasanya nak beli ayam lagi dan masak jenis lauk yang lain pula. Untuk tiga jenis lauk tadi, saya menggunakan tiga periuk Noxxa untuk setiap satu masakan. Hanya 10 minit memasak pada tekanan tinggi, saya tidak risau ayam akan mentah di bahagian dalam. Masa juga dapat dijimatkan dengan lebih baik.
Rahsianya, ada kemudahan eloklah digunakan. Betul tak? Sebenarnya nak cerita, dah berdiri lama di dapur tu mulalah terasa tumit kanan sakit balik dan lutut kanan pun rasa sakit. Aduhai ...
Makanya teringatlah saya akan urutan Ina Sabah beberapa minggu lepas. Sedapnya badan diurut-urut dengan jari-jari yang tepat pada tempat yang perlu dibelai. Hmm ...
Dan saya mula urut sendiri kaki kanan di bahagian betis, sambil duduk dalam kereta kerana menghantar bidadari manis pulang ke Senawang. Sambil urut tu terasa ada urat yang bengkak. Teringatlah kata-kata Ina Sabah, yang urat saya sangat kronik. Kembang sana sini dan bersimpang-siur bahkan tersumbat. "Memang efek pada hormon," katanya sambil mengurut.
Saya urut di bahagian bawah buah betis. Urut di situ terasa macam karen ke lutut kanan yang sakit tu. Saya teruskan urut perlahan-lahan. Dah sampai rumah pun saya urut lagi, kali ni dengan sapuan minyak cap kapak. Minyak tu je yang saya nampak malam ni, guna je la.
Alhamdulillah, terasa makin lega dan berkurangan sakit di tumit kanan dan lutut kanan walaupun tidak sepenuhnya. Saya akan urut lagi bahagian bawah buah betis hingga hilang sakit sepenuhnya.
Pinggang kiri pun sakit ni. Entah di bahagian mana nak dicapai untuk diurut ya? Tak pe, kita cuba dan kaji sendiri tubuh kita. Tak semesti di pinggang sakit maka urut di situ. Sedangkan urat-urat dalam tubuh berselirat merata. Mungkin bahagian perut yang perlu dibelai-belai. Ina Sabah kata perut sangat penting dijaga. Kalau pandai urut perut boleh bantu menguruskan berat badan. Boleh datang kenyang tanpa makan. Boleh awet muda. Lebih mengujakan, boleh mengandung lagi kerana urat-urat menjadi lancar dan segala yang menyumbat kembali keluar secara normal. Sangat menarik kan?
Ramai orang beritahu takut nak urut perut sama ada urut sendiri ataupun serah kat tukang urut. Hmm biasala tu prejudis je lebih. Takut sendiri lantak awak la. Kekadang efek kepada orang lain yang lemah semangat pun sama jadi takut nak serah perut. Akibatnya sama-sama tanggung walhal kalau fikir baik-baik ok je urut perut. Berhati-hatilah kalau dari mula urutan kat badan ok je, takkan kat perut tak ok. Biasanya perut adalah bahagian terakhir akan diurut. Kita boleh rasa sendiri kesedapan urutan tu tahap mana. Kalau tahap menyakitkan segeralah beritahu tukang urut supaya kurangkan sikit tekanan dalam urutan.
Saya pernah berurut dengan seorang wanita Kemboja yang sudah lama menetap di negara kita. Urutannya keras dan sebenarnya bulu roma saya jadi meremang apabila diurut. Meremang bulu roma ... bukan sebab takut tapi sebab sakit gila-gila punya sakit tapi dek kerana saya kuat menahan hingga selesai, hanya bulu roma berdiri saja yang memberitahu betapa sakitnya dia mengurut. Serik ...
Sengkak perut pun kita boleh buat sendiri. Buat saja pelan-pelan dan lemah-lembut. Biasanya yang sengkak menyakitkan tu ialah sengkak selepas bersalin. Kalau sengkak biasa tak perlulah buat kuat-kuat. Biasa je tapi dengan teknik yang betul. Sebab kita perempuan ni mudah je jatuh peranakan terutama kalau angkat barang berat sikit. Mengangkat anak kecik yang semangat pun boleh menyebabkan peranakan jatuh. So pandai-pandailah rawat diri untuk kebaikan kita juga.
Ok dah melalut macam-macam ni. Che Tan pun dah mengantuk sebenarnya. Hmm siapa yang baca blog Che Tan yer? Boleh tak bagi tanda kat komen .. hehe. Salam perkenalan untuk rakan blogger yang baru. Salam ukhwah berpanjangan untuk rakan blogger yang dah lama.
Nanti coret lagi ya. In syaa Allah. Che Tan akan meluangkan lebih banyak masa di blog, dengan harapan aura penulisan akan kembali hangat. Suasana dingin di kampung ni sebenarnya turut menyejukkan mood nak menulis hihihi ...
Wassalam.
Laiela Saiedah.
😁😁😁
Hey blog pun dah ada emoji rupanya! Baru kutau...

Menyusahkan saja imCheTan.
ALhamdulillah, saya kembali ke sini. Uninstall semua; FB, IG dan in syaa Allah Whats App. Offline dan terjaga dari keserabutan. Semoga demikian, aameen.
Saya berdoa; Ya Allah berikanlah daku petunjukMu.
Dan saya dicegah dari itu semua. Tanpa ragu-ragu saya melepaskannya.
Bermakna saya akan kembali ke sini. Mungkin di ruang ini lebih afdal untuk saya. Walau saya bukan penulis yang up-to-date dan baik.
Saya mesti banyak membaca. Dengan kata lain membaca buku-buku di dalam perpustakaan mini yang kadang-kadang hanya sempat selak-selak saja.
Semoga ini semua permulaan yang terbaik untuk tahun 2017.
Semoga datang ilham-ilham yang terindah dan cerita-cerita yang wajib disampaikan. Dan saya tahu manusia sukakan kegembiraan. Saya akan cuba memberikan aura gembira di sini tanpa mereka-reka cerita bohong yang membuang masa.
Yes, imCheTan is here now. Kembali menulis dan menceriakan warna dunia blogger. Ewahh .. haha.
Tak kisah kalau ada orang kata saya syok sendiri.
Dah ada orang cakap 'Kau Perasa Bagus!'
Well, memang nak jadi bagus. Cuma perkataan 'perasan' tu, nanti saya fikirkan.
Cau. Nak siang ayam dan masak simpan dalam freeze untuk anakanda. 3 ekor tu. Apa den nak masak ni? Kurma? Gulai kuning? Kari? Goreng garam kunyit?

Monday, January 30, 2017
Assalamualaikum wbt.
Sudah lama tak menjenguk blog. Kabare rakan blogku?
Hari ni ada panas ada hujan. Ada angin dan ada awan. Ada rintik dan ada taufan.
Hari ini ada lamunan ada harapan. Ada tangisan ada kebencian. Ada renungan ada penyesalan.
Hari ini sempurna dengan segala perhiasan emosi dan jiwa yang dibekalkan Tuhan.
Ketika aku di puncak keriangan. Tiba-tiba datang ribut melanda lalu semua tawa bertempiaran.
Titik.

Wednesday, November 30, 2016
MOHON KASIH - S. M. SALIM
Terima 'Mohon Kasih' dari suami tersayang. Ingatkan salah send. Betul rupanya. Hmm ... Jazakallah khoyr katheera. I love u forever in syaa Allah.
Dekat dengan-Mu
Andai dengan kepahitan
Andai dengan kesengsaraan
Andai dengan tangisan
Andai dengan kepedihan
Jalan dekat dengan-Mu terbentang luas
Maka aku reda
Hari-hari akan berlalu pergi
Tidak sama hari ini dan semalam yang ditinggalkan
Ia terus berlalu yang ada hanya kenangan
Menjadi filem di minda yang akan diulang tayang
Bersama seribu satu rasa berbungkus sesal
Masihkah ada ruang untuk membaiki kerosakan?
Ketika mereka menemukan aku
Aku khabarkan begini dan begitu
Hari ini baru kutahu
Tanpa iman yang teguh, pasti benteng akan runtuh
Dan inilah DUNIA yang akan ditinggalkan
Menjadi puing-puing berantakan ke serata alam
Wahai Tuhan
Jangan biarkan aku bersendirian.
2.41AM
30November 2016, Rabu

Tuesday, November 29, 2016
Kaca Yang Pecah
Suatu hari aku teringat mangkuk kaca lama. Telah pecah ia. Bercantum-cantum hanya oleh calitan gam yang rapuh. Entah bagaimana, tiba-tiba dengan takdir Allah, ia terlepas dari tangan. Ia jatuh lagi dan retak seribu. Kali ini entah bagaimana akan mencantum-cantumkannya semula.
Lalu, aku mengutipnya satu persatu. Tanpa sengaja melukai jariku. Mengalir darah merah menitis ke tanah.
Kaca yang berderai aku hancurkan semuanya. Aku adun semula. Dengan bahan-bahan baru untuk meneguhkan ia.
Proses demi proses. Ia menuntut ketabahan dan kesabaran yang bukan alang kepalang. Baru kutahu bagaimana ia berlaku. Juga sakitnya luka di jari manisku.
Sementara itu masa terus berlalu. Jariku sembuh semula. Kini aku sedang melakar corak baru di mangkuk kaca itu dengan warna-warna pelangi.
Retaknya yang seribu sudah bersih, tiada kesan. Ia adalah mangkuk kaca pecah yang baru.
Akan pecahkah lagi mangkuk kaca itu?

Monday, November 28, 2016
Apabila Manusia Merancang Dalam Minda
Tatkala kau mengabarkan
Aku hanya memikirkan
Apabila manusia telah lama merancang
Dalam minda yang lengang
Maka suatu hari
Kau akan dapati
Tuhan mengabulkan rencana hati
Sekian.
Aku hanya memikirkan
Apabila manusia telah lama merancang
Dalam minda yang lengang
Maka suatu hari
Kau akan dapati
Tuhan mengabulkan rencana hati
Sekian.
Kita akan saling berbeda
Kosong.
Hujan.
Dingin.
Aku mengiggil kesejukan.
Andai aku lelaki, akan beginikah?
Kita akan saling berbeda.
Bedanya kita untuk dua kemungkinan.
Kita akan beriringan ataukah kita akan berpapasan.

Thursday, November 24, 2016
Abah
Abah dah berumur. Sekitar 86 tahun. Namun cucu Siamang Gagap ni masih gagah dan segak. Setiap hari beriadah dengan menolak mesin rumput keliling rumah dan membakar kayu-kayu sampah sarap yang dikumpulkan. Tak seronok kalau tak berpeluh, begitu katanya.
Abah bernikah dengan mak pada tarikh pernikahan Siti Nurhaliza dengan Datuk K. Suamiku selalu menyakat mak abah. Gara-gara mak abah bernikahlah, Siti belum lagi dikurniakan zuriat. Aku selalu menegur suami apabila dia mengusik begitu.
Tak baik, kataku. Tak ada kena-mengena pernikahan keduanya. Suamiku ketawa nakal.
Memang orang kuat menyakat tak makan saman. Sabar sajalah.
Selama ini aku menganggap kehadiran abah biasa-biasa saja. Iyalah, dah jodoh dengan mak. Khabarnya rumah abah pernah dikunjungi mak dan arwah abah selepas mereka bernikah. Tak siapa menduga rencana Allah. Rupa-rupanya abah menikahi tetamunya sendiri; pengantin baru yang di dalam tempoh menyalang waktu itu.
Aku perhatikan abah rajin merekod perbelanjaan harian di dalam diary, hatta bernilai 5sen, kata mak. Kelmarin aku ternampak diari abah terbuka di atas meja. Dia entah ke mana. Aku tinjau diari abah sekelimbas lalu. Pastinya tiada rahsia gelap hehehe ... diari tu menjadi tebal sebab abah tampal segala jenis resit di situ. Dan catatannya detail.
Lantas aku teringatkan arwah abah. Ada persamaan kedua-dua abah ni. Sama-sama rajin mencatat urusan harian dengan tulisan yang cantik.
Entah bagaimana, tiba-tiba perasaan amat menghargai kehadiran abah muncul mendadak. Ya, aku merasa amat terkesan dengan kehadirannya sejak ini. Allahuakhbar.
Aku tidak akrab sangat. Tetapi aku suka kehadiranku disedari abah. Sebab selama ni abah selalu mengadu sunyi dan cepat kesunyian. Ketika kami masih tinggal berasingan, mak selalu bercerita betapa sunyinya mereka apabila kami pulang ke rumah selepas bermalam semalam dua di kampung. Betapa sunyinya juga apabila mak abah balik ke kampung selepas menziarahi kami. Sunyi belaka.
Hanya ditemani suara kucing dan ayam. Gelagat kera-kera yang suka merosakkan barang dapur mak jadi bahan cerita.
Kini kami sudah kembali ke kampung. Semoga hilang sunyi mak abah.
"Rindu kat adik."
Kata abah, masih sunyi. Sunyi dari keletah anak bongsuku yang cepat merajuk. Sudah masuk dua bulan adik masuk madrasah semula. Madrasah pelajar perempuan yang ramai sebaya dengannya, 11 tahun. Pelajar paling tua berumur 16 tahun.
Esok adik pulang ke rumah untuk dua malam. Mudah-mudahan hilang sunyi dan rindu mak abah kepad cucu paling kecik yang kuat merajuk tapi suka dipujuk he he he ... stok untuk sebulan hingga hujung bulan depan. In syaa Allah.
Abah, terima kasih di atas kehadiranmu. Alhamdulillah segala puji kepada Allah yang mengizinkan kehadiran abah di rumah ini, dan kita saling memahami. Alhamdulillah.
Sunday, November 20, 2016
Dengan Pertolongan Allah
Saya percaya dengan meminta pertolongan Allah, urusan saya akan
dimudahkanNya. Alhamdulillah, cerpen kedua saya yang saya sanggupi untuk
mengisi keperluan back up projek sudah siap awal pagi ini. Cuma dah
melebihi tempoh yang ditetapkan. Namun saya usahakan juga. Tidak dapat
melarikan diri daripada keperluan semasa khususnya menguruskan anak saya
yang tidak stabil kesihatannya.
Segala puji untukMu Ya Allah. Alhamdulillah syukur.
Jazakumullah khoyr kepada orang-orang kesayangan saya; suami dan anak-anak, mak abah yang dekat, mak abah yang jauh yang saya tahu sentiasa menitipkan nama saya di dalam doa mereka. Juga kawan-kawan yang selalu memberi semangat ~ antaranya kak long Maria dan Nur. Lebiuu mmuuaahhhh!

Jom rehat di sejadah sambil baca Al Quran. In syaa Allah.
Subscribe to:
Posts (Atom)
Search This Blog
Blog Archive
Terima kasih :)
utamakan Bahasa Melayu
Pantai Lumut
Pantai Mersing