Apabila hati bersuara, ia adalah bisikan paling halus dari sudut hati yang paling tersembunyi. Tiada sesiapa mengetahui melainkan Allah Taala yang Maha Seni. Lalu hanya kepada Allah aku berserah diri. Ya Allah, kurniakan daku takdir yang baik di dunia ini dan takdir yang baik juga di akhirat nanti. اللهحم امين
Bismillah
Wednesday, September 25, 2013
Thursday, August 22, 2013
Tajuk Novel
Syukur ke hadrat Allah yang Maha Pengasih Maha Penyayang.
Fallahu khairon hafizhau wahuwa arhamur rahimin.. Maka Allah-lah sebaik-baik Penjaga dan Dia-lah lebih Mengasihi daripada orang yang mengasihani.
Dunia adalah sangkar kehidupan yang dijadikan Allah beserta peralatan dan ujian. Allah beserta orang-orang yang sabar. Sabar itu pahit dan payah lagi sakit rasanya tetapi manis indah di hujungnya. Semua makhlukNya sudah ada kadar takdir dan rezeki. Pilihlah untuk berdekatan denganNya dan menyintaiNya, dicintaiNya dan beroleh redhaNya. Maka seluruh alam akan mencintaimu. Itulah yang terbaik dari seluruh dunia dan isinya. Kerna kita semua orang jauh, bukan di sini tempat kita. Di sini hanyalah sementara.
Syukur kepada Allah, alhamdulillah. Aku baru beberapa minit menerima panggilan dari editor, Tuan Johariz (ITBM) mengabarkan tajuk yang telah dipilih untuk manuskrip aku. SEHARUM DOA BONDA. Aku benar-benar sukakan tajuk ini.
Untuk makluman semua, manuskrip aku telah diterima oleh ITBM untuk diterbitkan di bawah seliaan Tuan Johariz. Aku sempat bertemu beliau semasa jamuan Aidilfitri Selasa kelmarin dan bercakap serba ringkas.
Semua ini adalah anugerah dari Allah. Aku kembalikan segala kesyukuran sepenuh hati kepada-Nya yang Maha Pemurah lagi Maha Pengasih. Semoga setiap aksara menjadi asbab hidayat seluruh alam. Begitulah harapan dan doaku seandainya Allah mengizinkan aku menulis lagi selepas ini. Aku tidak memiliki ilmu menulis novel. Hanyalah sedikit kepandaian yang sangat ciput menulis karangan. Dan aku sudah malas membaca novel. Pening! Aku beli novel karya penulis hebat, dah dua bulan tersimpan di dalam beg plastik itu. Ralat membelinya kerana aku tak terasa nak membacanya. Zaman gila membaca sudah selesai barangkali.
Aku masih membaca. Bacaan yang menyenangkan jiwa. Berita benar belaka. Bukan khayalan dan rekaan manusia. Walaupun aku merangkak-rangkak di sela-selanya.
* Nanti dah terbit aku maklumkan lagi. Masih di peringkat awal. Err ... kalau ada hati beli le ye ... semua orang ada hati maka semua kena beli hehehe ... lawak tak cerdik sangat.
*~*~*~*~*~* aku menulis bukan kerna nama!*~*~*~*~*~
Minal aidil wal faizin, selamat hari raya maaf zahir batin.
Terima kasih kepada seluruh ahli keluarga, mak-mak-mak, abah-abah-abah-abah, suami, anak-anak, kakak abang adik, ipar biras, semua saudara mara dan kenalan. Atas doa dan sokongan kalian. Semoga Allah meredhai. InsyaAllah ameen.
* aku harap tak la nampak kecoh sangat menulis macam ni.

Wednesday, June 26, 2013
Jaga Mata
Assalamualaikum.
Semakin lama semakin jarang online. Atas asbab yang terjadi, saya bersyukur dan merasa satu kelegaan yang besar. Berbanding sebelum ini, saya sangat suka membawa diri di hadapan laptop sehingga saya akan menulis apa sahaja yang saya suka. Tetapi sikap sebenarnya ialah 'tidak mahu memberitahu tetapi mahu memberitahu'. Entah apa-apa la kan. Macam la sikap seseparuh orang yang 'tak mahu dilihat tapi mahu dilihat'.
Saya jarang berhubung dengan kenalan di FB dan Whats App (sudah expired dan tak update). Hati masih teringat tetapi rasanya tak ada apa yang penting dan urgent. Hanya FB membuat sesuatu perkara itu seperti penting dan membuat kita sibuk tentangnya. Walhal kalau dibiarkan, tak jadi hal pun. Demikian juga jaringan yang lain. Ada perkara penting pada kebanyakan manusia, tetapi masih juga sampai ke pengetahuan. Memang dunia akhir zaman ini jarak menjadi pendek dan masa menjadi singkat. Satu kebaikan mengawal dan menjauhinya, ada perkara lebih penting yang boleh kita lakukan ~ menyiapkan diri untuk bekalan ke perkampungan abadi. Itupun kelam-kabut juga! Semoga Allah menetapkan saya dan kita semua di atas jalan keredhaanNya sampai akhir hayat ameen.
Alhamdulillah walaupun tak istiqamah, tetapi saya agak semakin kerap dapat menghadiri majlis ilmu bersama Tuan Guru Ustaz Fadhil Al-Yamani. Terakhir minggu lepas beliau telah menjelaskan tajuk kecil 'Menjaga Pandangan Mata' dari kitab Minhajul Abidin karangan Imam Ghazali. Penerangan beliau sangat mengesankan. Paling ketara, kini saya tak rasa rugi pun tak menyebarkan pandangan jauh-jauh (walaupun masih sukar mengawal mata - kelemahan diri). Celaka juga apabila masih bertembung pandang dengan mata-mata yang tak perlu dan tak sepatutnya. Ini semua kelemahan saya. Semoga Allah mengampuni dosa-dosa sepasang mata dan memimpin kita semua ke jalan yang diredhaiNya ameen.
Cuma satu kegemaran saya masih suka melihat awan dan langit. Di angkasa tempat saya juga banyak awan tetapi jarang bergerombolan seperti di Brunei yang saya kagumi. Pelangi ada tetapi sangat jarang. Kalau ada pelangi, anak-anak menjadi sibuk dan suka kerana jarangnya ia muncul. Di sini langit seperti sempit kerana dihalang oleh pokok dan selebihnya binaan tinggi. Kadang-kadang saya masih diperli-perli, "eh eh tengok tu awan tu sebijik macam awan Brunei kan. Awan tu kat Brunei je ada. Kat Malaysia mana ada." Sabar saja la, sebab gurau senda membawa bahagia hehe ...
Suatu hari saya khabarkan kepada anak-anak. - Apabila melihat awan, kini pandangan mama menjangkau lebih jauh melihat apa yang ada di sebalik awan. Apa yang ada di sebalik langit yang biru? Apa yang ada di luar lapisan ozon yang mengelilingi bumi? Apa yang ada nun jauh dan sangat jauh?
Di sebalik awan sana, ada satu alam yang tidak bising seperti di bumi. Tidak tercemar oleh dosa dan maksiat. Tidak tercemar oleh jerebu asap dan jerebu iman. Satu alam yang terpelihara dan sangat rahsia. Dan kita semua sentiasa dalam perhatian Allah yang Maha Pencipta. Dan ada alam lain, di sana berkumpul roh-roh yang telah kembali kepada Tuhannya. Ada alam lain, yang sentiasa bertambah ahlinya iaitu alam malaikat dengan tak terhingga-hingga dan hanya Allah yang Maha Mengetahui bilangannya. Wallahu'alam.
Set 7 buah buku Para Wali Allah (ensiklopedia) yang saya beli di Sri Petaling, alhamdulillah selesai dibaca semalam. Buku 1 sedang dipinjam oleh Syed (staf). Buku 4 dibawa anak ke madrasah untuk menyelesaikan projek scrab book dengan pesanan sungguh-sungguh, 'tolong jaga jangan hilang atau lunyai! Inilah reta mama ... huhu ...'
Kisah-kisah di dalam buku itu walaupun ringkas tetapi juga sangat mengesankan. Kehidupan para kekasih Allah yang dicintaiNya dan mencintaiNya sangat luar biasa hebat dan menggetarkan. Terkadang membuatkan bulu roma naik menggerinding bersama rasa kagum, dan melihat diri yang tersangat lemah jahil serta banyak berdosa. Astaghfirullah alazim! Betapa hebatnya mereka ini menguruskan kehidupan dengan sangat sederhana dan memperuntukkan setiap saat berzikir menyebut nama Allah. Tidak lupa walau sesaat. Sehingga mendengar sepotong kalimah dari al-Quran boleh sahaja membuatkan mereka pengsan ketakutan bahkan sampai melayang roh ke hadratNya. Dan Allah yang Maha Pengasih Maha Penyayang meninggikan darjat mereka, sehingga apa yang terlintas di hati muncul serta-merta di hadapan mata. Sehingga penderitaan dan kesakitan yang menimpa diri mereka tidak berbekas kerana cinta ini. Dan Allah tunjukkan hal-hal luar biasa pada diri mereka.
Seperkara lagi, saya cuba menekuni ayat-ayat al-Quran yang disarankan oleh Rasulullah SAW untuk dijadikan zikir harian. Ia untuk keselamatan diri dari pelbagai gangguan terutamanya jin dan syaitan, sihir dan kesulitan lain dengan izin Allah. Zikir adalah caranya untuk mengingati Allah dan mendekatkan diri kepada Allah. Itulah yang difahamkan oleh Ustaz Fadhil. Setakat yang termampu dan kebanyakan orang ada mengamalkannya. Itupun ada tertinggal oleh kesibukan yang datang tiba-tiba. Yang menarik adalah kesannya tak banyak sedikit sangat terasa. Kepada sesiapa yang istiqamah berzikrullah, tentu memahaminya. Pada emosi, pada fikiran, pada sikap dan keseluruhan. InsyaAllah.
Rasanya cukuplah saya mencatat setakat ini. Ingin saya berpesan supaya jangan berlama-lama di sini. Hargai masa yang ada, baca laju-laju dan buat la kerja lain yang lebih berfaedah. Harapan saya semoga catatan ini ada baiknya untuk diambil pengajaran. Mana yang tersalah mohon dimaafkan. Dan sama-sama kita menjaga pandangan mata supaya hati menjadi bersih dan mudah sampai ilmu ke dalam hati insyaAllah.
Wassalam.

Monday, May 27, 2013
Kesal
Aku kesal dan menyesal. Perasaan menyesal ini timbul setelah membawa Cantek (ibu Muezza adik beradik) dan Mizi injection untuk menghalang mereka bunting.
Cantek dibawa setelah melahirkan untuk kali kedua. Tak lama selepas injection, Cantek menjadi garang kepada anak-anaknya yang masih menyusu. Tapi tak lama lepas tu aku ternampak kesan luka di perut Cantek, jadi aku andaikan luka kecil itu juga turut menjadi sebab sampingan membuatkan dia enggan menyusukan anak-anaknya. Aku maklum keberkesanan kaedah tu hanya sekitar 70% sahaja. Kucing yang bunting selepas injection berkemungkinan janin menjadi cacat dan susah melahirkan. Kini Cantek bunting lagi dan sentiasa garang menderam pada anak-anaknya. Hasilnya anak-anak itu sudah pandai menderam dan tunjuk garang kepada sesama mereka, khasnya kepada anak-anak kecil Miza hmm ... cepat betul diorang belajar.
Kes Mizi pulak, lepas injection kali kedua dan Miza sudah bunting, aku lihat dia mengawan depan mata kepala aku dengan Panjang kucing Cikgu Eja. Terkulat-kulat aku memandang mereka ... pandai Panjang mengurat Mizi. Semenjak itu Mizi semakin membulat terutama bahagian perutnya sehingga suami aku pun perasan perubahan Mizi. Aku mula merancang tempat yang sesuai untuk Mizi dan anak-anaknya nanti. Tetapi pada masa yang sama aku risau perkembangan janin di dalam rahim Mizi. Selalu aku usap perutnya yang makin memboyot sambil berdoa semoga dia dan anak-anaknya selamat, sihat dan cantik.
Hinggalah akhirnya ... Mungkin itulah hikmah yang tak tercapai dek akal. Allah sahaja yang Maha Mengetahui sehingga takdir Mizi begitu. Dia satu-satunya kucing kesayangan yang mati depan rumah setelah berpuluh tahun aku tak membela kucing. Memang tersentak dan tragis, gitu.
Tetapi sejak awal aku agak kurang bersetuju dengan usaha pihak tertentu yang mempromosi kaedah operate kepada kucing untuk menghalang kehamilan. Jadi aku fikir injection tidak mempunyai kesan kekal, tetapi efeknya tetap ada. Kanser terutamanya.
Sukar mahu memberi pendapat berjela-jela. Aku yakin usaha kita yang sebenar ialah mengajak semua saling berkasih-sayang sama ada kepada manusia mahupun makhluk lainnya termasuklah kucing. Andai semua orang jadi pengasih dan penyayang, tak ada kes lupus kucing terbiar. Tak ada kes hentak kucing dengan tumit kasut. Apalah salahnya letak saki-baki makanan tak habis di belakang rumah. Yang paling utama ialah mencintai Allah Taala dan Rasulullah SAW.
Apabila mencintai akan dicintai. Islam itulah penyelesaiannya. Kalau fikiran bersih dan terpandu, tak ada kes kucing bonsai yang sangat menyedihkan tu.
Okaylah, tak mahu tulis berjela lagi. Aku dah berazam nak tulis pendek-pendek je tapi nampaknya masih tak pendek jugak. Err aku pun dah lapar, anak-anak aku pun dah lapar. Kami kat perpustakaan Raja Tun Uda ni. Nak pergi jenguk cafe jap.
Cuma, aku menyesal atas apa yang telah aku lakukan pada Cantek dan Mizi.
Cantek dibawa setelah melahirkan untuk kali kedua. Tak lama selepas injection, Cantek menjadi garang kepada anak-anaknya yang masih menyusu. Tapi tak lama lepas tu aku ternampak kesan luka di perut Cantek, jadi aku andaikan luka kecil itu juga turut menjadi sebab sampingan membuatkan dia enggan menyusukan anak-anaknya. Aku maklum keberkesanan kaedah tu hanya sekitar 70% sahaja. Kucing yang bunting selepas injection berkemungkinan janin menjadi cacat dan susah melahirkan. Kini Cantek bunting lagi dan sentiasa garang menderam pada anak-anaknya. Hasilnya anak-anak itu sudah pandai menderam dan tunjuk garang kepada sesama mereka, khasnya kepada anak-anak kecil Miza hmm ... cepat betul diorang belajar.
Kes Mizi pulak, lepas injection kali kedua dan Miza sudah bunting, aku lihat dia mengawan depan mata kepala aku dengan Panjang kucing Cikgu Eja. Terkulat-kulat aku memandang mereka ... pandai Panjang mengurat Mizi. Semenjak itu Mizi semakin membulat terutama bahagian perutnya sehingga suami aku pun perasan perubahan Mizi. Aku mula merancang tempat yang sesuai untuk Mizi dan anak-anaknya nanti. Tetapi pada masa yang sama aku risau perkembangan janin di dalam rahim Mizi. Selalu aku usap perutnya yang makin memboyot sambil berdoa semoga dia dan anak-anaknya selamat, sihat dan cantik.
Hinggalah akhirnya ... Mungkin itulah hikmah yang tak tercapai dek akal. Allah sahaja yang Maha Mengetahui sehingga takdir Mizi begitu. Dia satu-satunya kucing kesayangan yang mati depan rumah setelah berpuluh tahun aku tak membela kucing. Memang tersentak dan tragis, gitu.
![]() |
| asalnya Cantek ibu yang penyayang |
![]() |
| anak-anak kelahiran kedua disusukan sekali dengan Muezza ... |
![]() |
| sekarang Muezza pulak jadi 'ibu ganti' kepada adik-adiknya ... huhu |
![]() |
| tapi tak taulah kenapa dia memang suka aksi macam ni ... lepas tu memang adik-adik datang manja2 dan 'menyusu' kat perutnya yang menggelambir dan ada dua puting susu buta ... tapi dia tak kisah ... |
Sukar mahu memberi pendapat berjela-jela. Aku yakin usaha kita yang sebenar ialah mengajak semua saling berkasih-sayang sama ada kepada manusia mahupun makhluk lainnya termasuklah kucing. Andai semua orang jadi pengasih dan penyayang, tak ada kes lupus kucing terbiar. Tak ada kes hentak kucing dengan tumit kasut. Apalah salahnya letak saki-baki makanan tak habis di belakang rumah. Yang paling utama ialah mencintai Allah Taala dan Rasulullah SAW.
Apabila mencintai akan dicintai. Islam itulah penyelesaiannya. Kalau fikiran bersih dan terpandu, tak ada kes kucing bonsai yang sangat menyedihkan tu.
Okaylah, tak mahu tulis berjela lagi. Aku dah berazam nak tulis pendek-pendek je tapi nampaknya masih tak pendek jugak. Err aku pun dah lapar, anak-anak aku pun dah lapar. Kami kat perpustakaan Raja Tun Uda ni. Nak pergi jenguk cafe jap.
Cuma, aku menyesal atas apa yang telah aku lakukan pada Cantek dan Mizi.
Mizi dalam kenangan
Tadi dapat panggilan telefon dari kakak. Dia membaca entri tentang Mizi dan bertanya khabar Hanessa. Berita sedih itu sudah aku khabarkan kepada si bongsu dengan berkias-kias dahulu. Apabila aku nyatakan hal sebenar, dia menangis teresak-esak. Kasihannya, aku pun bergenang airmata sama. Pulang ke rumah, Hanessa meleleh airmata menatap slide show aksi Mizi yang aku simpan di laptop. Alahai!
Tiga ekor anak Miza semakin besar. Cepat besarnya. Lincah dan riang, tetapi belum ada nama. Aku sorang-sorang tak ada mood dan idea nak memberi nama. Warnanya lain-lain. Seekor kelabu hitam macam ibunya, seekor bercampur tiga warna oren, hitam dan kelabu. Seekor lagi kelabu. Tiga bapak agaknya hmm ... Nak ambil gambar pun tak ada mood.
Untuk mengurangkan kesedihan Hanessa, aku sarankan yang kelabu hitam tu diberi nama Mizi juga. Anak kucing yang seekor ni nampak lebih lincah dan cerdik, nakal dan berani. Lebih kurang sama dengan Mizi yang dah pergi tu masa kecik dulu. Dan nampaknya terubatlah hati si bongsu ni. Alhamdulillah :)

| foto untuk pertandingan aksi kucing comel di fb |
![]() |
| bergaya hehe |
![]() |
| empat beradik take a nap |
![]() |
| menemani aku menyidai baju |
![]() |
| paling comel! |
![]() |
| Mizi, Miza dan Ayu |
![]() |
| tangkapan si ibu (Cantek) |
![]() |
| peneman tidurnya ... |
![]() |
| hanya Mizi yang boleh diam duduk dalam stroller |
![]() |
| Muezza n Mizi |
![]() |
| take turn ... |
![]() |
| rela dibuat apa saja oleh Hanessa |
![]() |
![]() |
| agak pendengki dengan aku, suka lepak atas laptop time aku sibuk di situ |
![]() |
| dah makin sendat di stroller |
![]() |
| bersama ibu ... |
![]() |
| antara hobinya bersalai atas rel langsir |
![]() |
| nakal! |
![]() |
| main dalam beg |
![]() |
| tak lama lepas ni langsir aku roboh! kerja Hanessa ... |
![]() |
| lepas menanam Tompok yang kami jumpa di tepi tayar kereta parents depan sekolah |
![]() |
Subscribe to:
Posts (Atom)
Search This Blog
Blog Archive
Terima kasih :)
utamakan Bahasa Melayu
Pantai Lumut
Pantai Mersing