Hadith


Beramal dan Menyampaikan


Random Hadith Widget

Bismillah

Bismillah

Wednesday, November 16, 2011

Monday, November 14, 2011

mereka pulang ke madrasah

Assalamualaikum dan salam sejahtera.

Sedikit cerita awal pagi; saya hantar Hidayat dan Hanessa ke sekolah, disambut oleh dua pengawal wanita dan beberapa orang kakitangan am sekolah.  Tiada satu bayang murid dan guru, tiada satu kenderaan menghantar murid dan kereta guru, melainkan kereta saya, dan sebuah van, diikuti sebuah motor yang membawa anak berpakaian seragam putih biru.

"Kan cikgu dah bagitau dalam perhimpunan Khamis lepas, hari ni tak sekolah.  Awak tak bagitahu mak awak eh?"

Hidayat tersengih-sengih (macam kerang busuk? ohh ...)

Okeh, itu je hehe ... Dan kedua orang budak ini jadi sangat seronok, terus mengadap laptop grrrrr!

****

Semalam, Naqib Que dihantar abahnya ke madrasah selepas solat Zuhor.  Ada bekalan lauk gulai kaki lembu pekat macam yang dimintanya (abah masak gulai kaki lembu 6 batang kaki), lebih 50 biji cupcakes macam-macam design topping perisa coklat dalam kotak kek yang besau dan lima peket cookies untuk kawan-kawan.

Jam empat petang, abah sampai semula di rumah.  "Sebik je muka dia ..."

Tapi Naqib Que lebih cool dari Hurilain.

***

Macam tak caya je nak balik asrama ...

Lagi dua jam je!  Oh tidak!

Mama ... mama ... lagi sejam nak balik ...

Mama, sungguh tak percaya!  Kena balik ke ni?

Mama ... balik malam boleh?

Mama ... balik esok la.  Ada gak kawan yang balik esok.

MAMAAAA, tak nak balik (sambil menangis teresak-esak)

Dan dia juga menyatakan perasaannya di fesbuk. Ish ish ish ...

Lepas solat Asar, perjalanan kami bermula.  Saya akan menghantar anak perempuan ini.  Abah sambung rewang di rumah Anita-Zaly.  Dah sampai depan madrasah, dia nak beli chipsmore pulak.  Walhal dia juga ada kudapan chips yang saya bikin, dan satu kotak besar cupcakes macam Que.

Demi dia, saya hidupkan enjin dan pergi ke My Maidin.  Tapi tak beli chipsmore pun.  Nak melegakan hatinya, saya ajak dia jalan-jalan dalam My Maidin.  Akhirnya dia beli roti dan coklat.  Bersua dua tiga pelajar madrasah yang menepuk dan menyapa dia.  Dia senyum (sebik).

"Jangan buat muka macam tu!"  saya beri amaran dengan muka garang (tapi dalam hati, kesiannnn).

Kembali ke madrasah, saya beri kata-kata nasihat dan penguat semangat.  Dia seperti hilang semangat, hilang yakin diri dan blur.  Tentu sahaja ini berlaku kerana baru sebulan masuk asrama, dia sudah cuti panjang dua minggu lebih untuk aidil adha.  Dan tentu sahaja ini berlaku kerana dia fobia dengan jelingan sinis dan sok sek sok sek pelajar sedorm terutama orang katil sebelah.  Dia ada dengkuran yang kuat.

Bagi saya itu bukan dengkuran.  Tetapi seolah-olah dia sedang gatal tekak dan menggaru tekaknya tanpa sedar bunyi yang terbit adalah sangat aneh.  Kasihan dia!  Pil resdung sudah lama dibeli tetapi tidak istiqamah mengambilnya.  Jadi semalam saya bacakan air satu tumbler dengan sedikit ayat-ayat suci yang biasa bersama selawat nabi dan doa, semoga dapat membantunya dan memberi satu keyakinan diri kepadanya.  Pil resdung juga dibekalkan, dan ubat farmasi yang disenaraikan oleh Wak Sani tempohari.

Aduhai, anak yang seorang ini memang mencabar.  Sama dengan cabaran yang dilalui semasa Que mula-mula masuk madrasah di Seksyen 13 itu.

***

Mereka yang tidak pernah tinggal di nurseri, dibelai tangan ibu semenjak bayi, terpaksa belajar menyesuaikan diri dengan persekitaran asrama dan berasingan dari keluarga.  Mereka rupa-rupanya memiliki rasa hati yang sama seperti saya seusia itu dulu, perasaan risau, bimbang, yang tidak-tidak dan memikirkan hari esok secara pesimis.

"Along tak sedap hati la wan."  Inilah ayat Que yang selalu diulang-ulang dalam cerita mak, semasa budak ini menangis teresak-esak di belakangnya ketika mak solat Isyak lewat malam di kampung (baru balik dari luar).  Mak yang sedang solat terkejut dan musykil, ada 'benda' kat belakang.  Usai solat mak pun menoleh ke belakang, rupa-rupanya cucunya yang menangis.  Malam itu Que minta izin tidur dengan wan dan atuk hehe ... (kami baru pindah ke Brunei waktu itu).

Kini saya mula faham.

Tatkala saya ceritakan kepada Que perihal adiknya dan minta dia bantu, serta sampaikan pesanan si adik, "Mama, nanti cakap dengan Along suruh bagi nasihat kat Ain."  (Nak nasihat dan mahu dinasihati, tapi melalui middle man plak.)

Rupa-rupanya anak-anak ini risaukan kami yang di rumah ni.  Bimbang yang tidak-tidak, fikir yang bukan-bukan.  Khuatir kami sakit, kemalangan bahkan hingga tahap kalau meninggal dunia!

"Kalau mama tak ada, along berhenti.  Ustaz takkan nak marah.  Tapi lepas tu along fikir tentu mama abah dalam kubur gembira along terus belajar kat sini."

Ia sungguh menyentuh hati saya.  Budak lelaki ini (yang sekarang sudah remaja) yang cool semacam, seperti tak kisah apa-apa pun tentang kami, rupa-rupanya 'tak sedap hati' tentang pelbagai kemungkinan terhadap kami di rumah.

***

Mama, tolonglah jangan bawak kereta laju-laju.  (Macam la saya bawak kereta laju. Sekarang ni  semangat nak berlumba dah slow down, se slow kadar metabolismeku ohh ...).

Mama, kalau ada apa-apa, jangan rahsia-rahsia dari Ain.  Mesti bagitau Ain!!!

Mama,  mama okey ke tinggal kat rumah Ain tak de ni?  Mesti mama penat kan sidai baju, masak, kemas rumah.  (Huhh, walhal kalau dia ada kat rumah, err ... kena ulang banyak kali juga kalau nak mintak tolong buat itu ini.  Tapi bila nak balik asrama, dia boleh fikir macam ini.  Pelik tapi saya tetap menghargai keprihatinan seperti ini.  Terima kasih hehe ...)

Mama, kalau gi mana-mana jangan tinggalkan Ain.  Mama mesti datang ambik Ain sekali.  (uikks!)

***

Sebenarnya anak-anakku sayang, mama sentiasa sibuk di rumah.  Urus rumahtangga dan urus adik-adik sekolah.  Mama selalu tak cukup masa nak tulis novel tu.  Sekarang ni mama tengah sibuk nak belajar buat cupcakes yang paling sedap.  Mama juga tengah sibuk kumpul resepi mudah tapi lazat untuk buat cheese cake yang paling enak untuk kamu semua.  Mama dah berangan-angan nak buat sebiji untuk kamu masing-masing makan sesama kekawan di madrasah.

Kamu berdua tetap selalu ada di hati dan fikiran mama.  Ni, mama ralat sebab along tertinggal t-shirt biru dan jubah kawannya tu.  Kurma yang along nak tu pun tertinggal rupanya.  Mama teringat pulak along nak bawa bekas untuk isi susu pekat manis. Bekas tak bawak, susu pun tak beli.  Tapi mama tau along tetap cool macam selalu.

Mama juga ingat dan fikir ketika nak tidur malam tadi, apakah Ain akan buat bunyi lagi malam ni?  Bangun pagi tadi, pun mama tertanya-tanya sendiri tentang Ain.  Mama tak mau Ain sedih dan menangis sorang-sorang (walaupun susah nak elakkan tu.)  Kasihan, so jangan lupa makan ubat yang dibekalkan sampai habis.  Mama harap Ain akan buat macam yang mama sarankan iaitu masukkan air dalam hidung setiap kali ambil wuduk dan sentiasa dalam wuduk.  Jangan lupa minum air doa tu beserta niat dan doa Ain dengan bersungguh-sungguh dan sepenuh keyakinan.  Mama dah cakap panjang semalam dalam kereta tu.  Semoga Ain faham dan ingat.

***

Sakinah adalah sepotong nama yang indah sebutannya.  Maknanya juga indah.  Mama risaukan Ain.  Dalam memikirkan semua tentang Ain, muncul ingatan dan kenangan semenjak Ain masih bayi.  Semenjak Ain membesar dalam kandungan mama.  Sehingga ke saat ini.  Mama memikirkan sesuatu.

Mama fikir, fikir dan fikir.  Timbang timbang dan timbang.  Renung renung dan renung.  Memohon panduan Illahi.  Memohon pimpinanNya.

Untuk pengetahuan Ain, mama sedang mencari sepotong nama yang baik maksudnya untuk Ain. (Amirah Hurilain tu memang dah indah maksudnya.) Sementelah nama Ain hatta Amirah ramai pemakainya di tempat Ain tinggal sekarang.  Mama mahu setiap kawan-kawan dan ustazah akan memanggil nama ini kepada Ain nanti.  Semoga dengan itu, maknanya akan meresapi dan menyerap ke dalam diri Ain.  Semoga seterusnya peribadi Ain juga akan seiring dengan makna yang indah itu.

Dan, mama menemui SAKINAH dalam pencarian ini.  Ini adalah nama watak utama novel mama.  Nanti akan mama senaraikan segala maksud SAKINAH untuk Ain fahami.  InsyaAllah.

***

Rasanya cukuplah dulu setakat ni, sehingga bersua lagi, salam mesra dan senyum selalu.  Wassalam.

Saturday, November 12, 2011

The Longest Video On Youtube القرآن المجود كامل بمقطع واحد

ketika dinihari

As salam.  Salam dinihari.  Hampir 2.30 am. 


*Baru sudah bersihkan dapur.  Adunan biskut chipsmore dapat 100 biji.  Adunan kek coklat lembap yang ditukar menjadi cupcakes dapat 60 biji.

Mula-mula nak buat biskut je.  Sedap! macam tu lah kata cik abang.  Dia capai lagi kepingan ketiga.  Yang lain sudah dimasukkan ke dalam plastik kecil berisi 10 biji.  Harga dikira.  Sudah ditetapkan 10 biji biskut rangup untuk RM2.00.  Pasaran pun sudah dicadangkan. 

Bila nak buat cupcakes?  tanya cik abang.

Sebenarnya sudah lewat malam.  Cadangnya nak masuk tidur je.  Tapi apabila ditanya begitu, hati terdetik pula apa salahnya buat cupcakes pulak. 

"Along, temankan mama boleh?"

Que (dia minta guna nama ni pulak ... )pun angkat laptop dan bersalai depan tv yang hitam gelap.  Tak ada sesiapa berminat nak tengok tv semenjak ada streamix kat rumah.

Alhamdulillah, dipendekkan cerita, sekarang ni dapatlah saya mengadap laptop pulak sekejap.  Sempat pula menjenguk blog pakar kek yang juga penulis berbakat ini.  Cantik-cantik kek yang dibikinnya.

Terfikir pula diri ini.

Nak menulis, setelah begitu ramai orang-orang yang lebih  hebat di bidang penulisan. 

Sekarang timbul pula minat teramat sangat terhadap kek dan cupcakes.  Minat pula nak mendeko cupcakes walaupun tangan dah keras. 

Wahai dunia dan ahli-ahlinya.

Untuk menghiburkan hati ~~ wahai diri, semua itu hanya sementara.  Perjalanan hidup sudah termaktub sejak azali.  Setiap orang dengan perjalanan dan jadual masing-masing.  Usah kecewa dan menyesali diri.  Jangan memandang orang yang lebih, kerana akan timbul penyesalan dan persoalan.  Lihatlah orang yang kurang, supaya dapat mengucapkan kesyukuran dan berterima kasih kepada Allah yang telah menetapkan setiap sesuatu dengan sifatNYA yang Maha Bijaksana, Maha Pengasih dan Maha Pemurah. 

Alhamdulillah.  Ya Allah, bantulah kami untuk memikul tanggungjawab yang telah diletakkan di pundak ini dengan sempurna.  Bantulah kami membaiki diri.  Bantulah kami mendekatkan diri kepadaMU.  Bantulah kami di dalam segala hal titik bengik dan besar-besar.  Teguhkanlah iman kami.  Tingkatkanlah sabar kami.  Hiasilah kami dengan akhlak mulia dan peribadi yang tinggi.  Tolonglah kami mengikut sunnah RasulMU agar hidup yang sekejap ini sentiasa diselimuti redha dan berkahMU.  Janganlah biarkan kami mencemburui orang-orang yang ahli di dalam bidang mereka.  Tetapi semoga kami cemburu kepada orang-orang  yang sentiasa berusaha membaiki diri, berusaha mendekatkan diri kepadaMU, bermujahadah dan bertaubat sentiasa.  Semoga dengan cemburu yang diizinkan ini, kami mendapat bahagian yang lebih baik dari dunia dan isinya, yang harganya tak lebih dari sebelah kepak lalat di sisiMU.

Ya Allah, ampunilah dosa-dosa kami semua.  Tiada tempat lain lain untuk kami menghadapkan muka dan menadah tangan memohon meminta, hanyalah kepadaMU yang Esa.  Terimalah dan kasihanilah kami, ya Allah.

Ameen.


Friday, November 11, 2011

makan dalam dulang

As salam.

8.02 pm ~ anak telinga menangkap berita kemalangan bas persiaran dengan trailer.  Sungguh tragis!  Semoga mangsa dapat diselamatkan.

Makan dalam dulang bukan ganjil atau baru buat kami.  Selalunya saya yang akan tentukan makan dalam dulang, kerana saya yang uruskan hal di meja makan.

Malam ini meja makan penuh dengan dulang pembakar, marjerin, mangkuk-mangkuk dan sebagainya.  Hmm saya sedang bakar chipsmore lagi!  Nyum nyum ... rasanya memang sebijik!  Resepi ini ada sedikit campuran tepung jagung.  Rangup.  Tambahan pula ia dihiasi chips coklat, bukan lagi chips perasa strawberi atau vanilla macam hari tu punya.

Tak kuasa nak mengemas meja.  Ia mahu digunakan lagi sebab belum siap membakar adunan biskut.  Masih ada baki untuk empat tray lagi, mungkin.  Jadi?  Apa kata kita makan dalam dulang je!

Semasa masing-masing sibuk masuk ke bilik air untuk membersihkan diri dan mengangkat wuduk, saya ambil dulang gambar bunga-bunga tanah putih dan letak di hadapan tv.  Di situ ada ruang kecil untuk famili lepak-lepak, walaupun jarang digunakan melainkan mak dan abah yang suka tonton tv di situ.  Sebelum itu Hurilain bentang saprah.

Saya letak periuk nasi di pinggir dulang.  Lauk sardin campur petai yang digoreng petang tadi dalam pinggan di atas dulang.  Ambil seleri besar, patah-patahkan.  Kobis, kopek-kopek.  Cili padi beberapa tangkai untuk cik abang yang suka pedas.  Semuanya dimasukkan dalam pinggan dan letak dalam dulang.  Tudung saji untuk tutup makanan.  Lepas solat Maghrib kita makan.

Sardin?

Ya, tin yang terakhir.  Wak Sani kata jangan makan MSG kepada Naqib.  Dia ada alahan.  Saya dah lama pesan cik abang tak yah beli sardin dan magge.  Hmm bila Wak Sani cakap, nampaknya baru diberi perhatian.  Bini cakap, atau baca informasi kat internet, kurang memberi kesan hehhhh ...

Wak Sani?

Wak yang kami kunjungi di Kuala Selangor malam kelmarin.  Seorang pengamal perubatan yang sangat hygiene, guna sarung tangan dan mask di muka.  Juga sangat detail memberi prescription ubat-ubat yang perlu dicari di farmasi.  Speaking lagi.  Ia menakjubkan kami.  Kaedahnya hanya mencari poin-poin di jari kaki.

"Jangan jerit kata sakit.  Diam je.  Kalau tak tahan, nangis.  Biar airmata meleleh.  Tapi jangan sekali-kali kata sakit."  Itu pesanan sepasang pengunjung dari Klang.  Mereka sudah tiga kali datang mendapatkan rawatan.  Si isteri mengidap barah payudara.  Wak Sani akan membedahnya.

Hati saya berdebar sedikit.  Terbayang cik abang memicit jari kaki saya.  Memang sakit.  Apakah sesakit itu Wak Sani akan lakukan?

"Okeh, baca selawat nabi sekarang.  Ila hadrati, al Fatihah.  Ayat Kursi banyak-banyak."  Terus saya berpesan kepada Hurilain yang mula menunjukkan wajah saspen.  Budak ni!

Ehh banyak pulak kisah Wak Sani.

Lepas bagi salam dan doa, masing-masing angkat punggung untuk ke dulang di hall kecil.  Nampaknya kebiasaan selepas solat Maghrib dibawa selepas solat Isyak.  Makanan dah terhidang ...

Makan dalam dulang!  Memang sedap.  Laju menyuap.  Cepat licin.  Enam orang makan dalam satu dulang memang tak muat.  Kena la masing-masing makan duduk cara sunnah.  Tapi orang badan besar memang ambil lebih ruang.  Saya kena ke belakang dan hulur tangan je.

Alhamdulillah.

Tak cukup!  Mama, nak nasik lagi!

Nasik dah habis!

Ambik roti pulak!

Sesekali Naqhuhines berkumpul, seronok makan dalam dulang.  Biasanya macam tu la.  Bila semua anggota keluarga lengkap, kami akan makan dalam dulang sekali atau dua kali.

"Kat SP, satu dulang untuk orang luar hmm ... RM10 kot."  kata Naqib.  Dia sempat ke SP dan bermalam di sana awal cuti minggu lepas.  "Jemaah yang masak tukar-tukar dari macam-macam negeri."

Lusa, Naqib dan Hurilain akan pulang ke madrasah.  Mungkin Aidilfitri berkumpul lagi, dan makan dalam dulang lagi, insyaAllah.

perasan sibukkkk

As salam dan salam Jumaat.

Saya sibuk.  Perlu mengejar masa.  Nak jahit dua helai jubah suami untuk dipakai Naqib.  Dah hantar kat Ita isteri Hanafi, sesuai dengan tinggi suami supaya pendek paras keting.  Tapi untuk Naqib, kena kelim lagi supaya pendek paras keting dia pulak.  Yang ni saya nak buat pulak.  Dua helai je, dan nak jahit tanda untuk baju Hurilain.  Tu satu perkara.  Mesin jahit yang dah lama bertapa kat sebelah tv pun dah ditarik dek budak-budak berdua tu ke dinding bilik tengah yang ada plug di situ.

Oh ya, pagi tadi saya dah ambik keputusan pemeriksaan darah dua minggu lepas.  Alhamdulillah, semua ok.  Buah pinggang ok (dulu pernah kena nephrotic syndrome masa belajar kat UKM, masuk hospital Kajang, satu badang bengkak.  Doktor suruh follow-up kat HKL untuk ambil sampel buah pinggang, tapi atas nasihat mak ia tidak diteruskan.  Ubat pun tak makan sangat.  Penyakit yang tidak dapat dikesan puncanya, dan tiada ubat khusus.  Saya amalkan minum air beras barli je masa tu).

Tiada kencing manis.  Paras gula 5.5.  Normal.

Kolesterol ok.  3.7 je.

Keseluruhan alhamdulillah tiada penyakit yang membimbangkan.  Tahun depan buat check-up lagi.  Kata dresser tu, kalau dua tiga bulan sekali nak check kencing manis, cuma cucuk jarum kat hujung jari je.  Tak payah ambil darah.

"Saya tak boleh ketawa sangat, nanti badan krem."

"Ohh itu biasa, kena bersenam.  Umur macam ni biasa la tu."  jawab dresser yang peramah.  Muda, loghat Kelantan sikit-sikit.  Kurus je orangnya dan ceria.

Itu yang kedua.

Hari ni dah cakap dah malam tadi tak akan buka laptop.  Tapi 'terduduk' jugak kat sini.

"Malam tadi mama kata tak mo main laptop?!"  kata Naqib dan Hurilain.

"Ehh buat keja masing-masing.  Mama check jap je nih."

Waktu ni mereka berdua pergi kedai Yamah beli sawi dan minyak mesin jahit.

"Sawi tu macamana?"  Arghh geram dengar soalan ini tadi tau!

"Search google sekarang tengok image!"

Oooooo ok dah kenal dah!  Hurilain sengih-sengih.

Anak dara ni memang nak kena, mujur ada auntie google tolong tunjuk gambar sayur sawi.

Itu yang ketiga.

Hari ni nak buat biskut chipsmore untuk kudapan anak-anak yang balik ke madrasah, juga untuk orang rumah.  Cupcakes pun nak buat jugak, mungkin esok.  Nak cari bekas yang sesuai untuk bawak cupcakes ke rumah Anita-Zaly yang buat kenduri akikah dan potong jambul Ahad ni.  Juga bekas sesuai untuk anak-anak bawak cupcakes ke madrasah.  Paling tak sabar nak buat buttercream dan nak hias kek tu ahhhhh!

Ini yang keempat.

Sebenarnyan ...

Mulai sehari dua ni, kepala saya dan cik suami agak panas dan kembang-kuncup.  Ada perkara penting yang difikirkan, dibincangkan, direnung-renungkan bersama dan bersendirian.  Masing-masing mencari ilham.

Kompas hidup mesti dibetulkan dari masa ke semasa, dalam apa juga yang dibuat, diputuskan dan mahu dilakukan.  Pergantungan mesti KUAT kepada ALLAH dalam apa jua urusan dan situasi.  SOLAT jangan diabai-abaikan.  Tambah lagi dengan SOLAT SUNAT, mesti diberi perhatian.  HATI mesti lekat dengan ALLAH.  ALLAH mesti NOMBOR WAHID.  Besarkan ALLAH.  Agungkan ALLAH.  Mengharap REDHA ALLAH.

Visi dan misi dunia hanya jangka pendek.  Visi dan misi AKHIRAT adalah jangka panjang.  Sebab hidup akhirat tak berkesudahan kekal selama-lamanya.

Ini ada link menarik untuk direnung bersama.  http://keretamayat.blogspot.com/2011/11/apa-itu-perangkap-hidup.html

Tak kuasa nak elaborate balik.  Baca je la bulat-bulat semuanya kat blog kereta mayat tu.

Ni  yang ke lima la kot.

Ok berinut jumpa lagi, insyaallah.

Huhh memang perasan sibukkkkkk!

Wednesday, November 9, 2011

Ayo yo!




















Nak share gambar-gambar menarik ni.  Komen le sendiri hehe ...!

naqhuhines-lazat

Assalamualaikum dan salam mesra di pagi Rabu.

Cuaca cerah dan matahari bersinar indah.  Kalau jemur baju, insyaallah sekejap je kering ni.  Dah sidai ke?

Ada banyak cerita nak kongsi ni, tapi ... macam tak sempat je.  Mood nak menulis pun jauh sangat, sayup je rasanya.  Hanya berputar dalam kepala.  Bukan apa ...

Aowww!  Saya buat blog baru lagi!!!  http://naqhuhines-lazat.blogspot.com/

Jom le singgah kat sana.

Pak Meon suh bawak balik Segamat
Semuanya tiba-tiba je.  Saya asyik fikir macamana nak potong kek lembab coklat yang sedap tu.  Sebab dek kerana terlalu moist (tapi sedap tau!), potongan kek jadi tak cantik.  Melekat-lekat dan ... nasib baik sedap.  Pujian macam tu tak direct kat saya, tapi disampaikan oleh yang tukang dengar ... anak-anak saudara, adik ipar, biras, dan kekawan.  Alhamdulillah dan terima kasih kepada empunya blog yang sudi berkongsi resepi enak ini.  Ia tak manis dan tak muak.

Itulah puncanya, saya terfikir nak buat cupcakes.  Resepi dan adunan yang sama, cuma tukar jadi cupcakes dan hias dengan icing.  Tentu lebih cantik dan mudah dimakan.  Tak ada lagi masalah comot dan berburas.  Berburas?? Apa-apa je lah ... 

Ohhh!!! Tak sabar nak buat!

Jadi, saya search dalam google segala cara nak hias cupcakes, sebab itulah daya penarik cupcakes selain rasanya yang sedap enak.  Geram sungguh melihat bermacam-macam hiasan cupcakes dalam you tube. 

kek birthday Wani
Lepas tu saya cari pula cara buat buttercream yang sedap dan boleh dijadikan topping yang cantik.  Kek saya cuma dicurahkan topping koko yang cair, lepas tu tabur dengan manik urai je.  Bulan depan (Disember) bolehlah saya cuba buat buttercream untuk kek saya, sempena birthday Naqib (14hb) dan Mak J (31hb) nanti, insyaAllah.

Dek kerana 'sibuk' kat blog baru yang masih panas sambil nak kumpul bermacam tips dan video di sana tu, tak sempat la nak menjenguk ke sini dan share kisah hari raya aidiladha yang baru berlalu.  Hmm ... Cuma yang tak tertinggal insyaallah ialah memikirkan macamana nak mencantikkan plot bab 9 Sakinah.  Dah tulis sikit, dan dah ada sesuatu yang boleh ditambah.  Tapi nampaknya macam tak sempat nak baiki di situ. 

Tengahari ini kami akan ke Kuala Selangor, jadi saya perlu memasak untuk bekalan serta mengerahkan anak-anak membantu apa yang boleh dibantu.  Hari ini, Hidayat seorang je yang ke sekolah.  Hanessa pulak menangis dengan mata tertutup di atas katil, "Homeworkkkk!" tak siap (sebab leka dengan games dan seronok Along balik, nak bergurau je keja), dan bibir atasnya berdarah.  Ok, cuti la hari ni~~ mama bagi cuti.

Err ... ok la saya kena bangkit dari kerusi ni sekarang.  Nak ke dapur, masak ikan kerutub dan goreng ayam.  Masak kering-kering je, mesti sedap makan kat tepi pantai sambil menunggu malam menjelma.  Urusan kami akan bermula malam nanti selepas 8PM.  Semoga Allah permudahkan, insyaAllah.

"Naqib!"
"Ain!"
"Cepat sidai baju.  Cepat sidai cepat kering!!"

Entah apa yang dibuat budak berdua tu kat dapur ... nak menghendap jap.  Jumpa lagi.








Saturday, November 5, 2011

Balik Batu Anam

Assalamualaikum dan salam Sabtu.

Selamat Hari Raya Aidil Adha buat semua.  Balik kampung tak?

Kami dah siap, tengah nak masukkan barang-barang dalam bonet kereta.  Balik Batu Anam, Segamat dulu.  InsyaAllah pagi esok tiga ekor lembu akan tumbang di sana.  Pak Meon dah siap bawa beberapa bilah parang dan pisau daging untuk melapah.  Juga ramuan untuk beefsteak, wow!  Sapa nak rasa, jom datang rumah Pak Arbak :)

Esok Ahad, selepas selesai acara korban, acara masak-memasak dan makan-makan, serta rehat-rehat (mesti Pak Meon nak meluruskan pinggang ~ alasan sejak zaman tok kaduk) barulah kami bergerak balik ke Kubang Gajah, Kuala Pilah pula.  Mak dan abah tentu tertunggu-tunggu!  InsyaAllah esok kita jumpa, mak!

Tadi pagi saya suruh Hurilain telefon Onyang kat Rasah Jaya.  Tapi tak berjaya bercakap dengan Onyang, sebab "dio jauh kek bilik belakang, payah nak bercakap kat telpon ni,"  begitulah sahut Mak Lang Bidah.  Jadi cuma minta sampaikan salam je buat Onyangnya.  Lepas tu baru terfikir, boleh juga kalau janji dengan Mak Lang untuk buat panggilan semula dalam 15 minit lagi supaya Uwan ada masa untuk bertongkat mendekati telefon.  (Telefon bimbit pada AyahChik suami Mak Lang, dia di kedai mungkin beli sarapan).  Tapi terfikir macam tu dah dekat nak balik sangat dah ni!  Nampak sangat banyak alasan untuk itu, kan?   Urghh!!!

Apa-apa pun, semoga Uwan tenang dan ceria seperti selalu.  Dan tentu Mak Lang sudah menyampaikan salam Hurilain kepadanya.

Kami dah nak balik ni.  Semoga jumpa lagi minggu depan.  Oh ya, hati-hati memandu.  Ingatlah semua yang tersayang.  Semoga perjalanan lancar hingga ke Segamat.  Wassalam.

Uhh kelam-kabut menulis, kena jera ni, Pak Meon dah nak tutup suis tenet! Sabarrrr wak!




Monday, October 31, 2011

minum susu kuda

Assalamualaikum, juga salam dingin di malam Selasa.

Apa khabar?  Semoga anda sihat-sihat jua.  Sekiranya demam, segera cari penawarnya.  Khabarnya, kalau ke klinik kerajaan, darah anda akan disiasat.  Sekarang nimacam-macam penyakit yang merbahaya dan mudah pula berjangkit di seluruh dunia.  Tengahari tadi ketika menelefon mak di kampung, saya dapat berita Andah, anak lelaki abah yang tinggal di Taman Intan Kuala Pilah tu dalam ICU kerana demam denggi yang serius.  Rupa-rupanya dia dah demam sejak lima hari lepas; demam dan kebah, lepas tu demam balik hinggalah dengarnya tadi dia jatuh pengsan dan terus di bawa ke hospital Kuala Pilah.  Bahaya kan?  Jadi, berhati-hatilah terutama dari segi pemakanan kita. 

Tadi pagi, saya ke klinik Telok Panglima Garang membawa Amirah Hurilain untuk buat pemeriksaan kesihatan.  Alasan saya, Hurilain ada tonsil dan saya suruh dia tanda semua penyakit yang ada dalam sejarah keluarga, sama dengan yang saya tandakan di borang pemeriksaan kesihatan sendiri dulu.  Dan, saya beritahu pegawai kesihatan yang sangat pekat loghat Kelantannya itu, tentang jangkitan kutu yang sedang menyerang kepala Hurilain.  "Wajib ada kutu!", kata kawan-kawannya ... Hmm!

Jadi, cuti dua minggu sempena Aidiladha ini, abahnya sudah pun membelikan sikat kutu untuk Hurilain.  "Comelnya!"  katanya hairan melihat anak kutu yang sangat kecil terselit di celah sikat kutu. 

Di masa yang lain, "Mana kutu ni?  Boring la pulak dah tak ada kutu," dia merungut kecil sebab keasyikan menyikat rambutnya sudah tak ada hasil.  Kutu dah habis ditindas di atas kertas putih.  Cehh!   Takkan nak menternak kutu kot??? 

'Heh, mama pun pernah duduk asrama tau.  Tak ada kutu pun! Masa sekolah rendah ada la ... itu pun tak lama sebab beberapa hari je dikerjakan dek uwan, selesai ... tak sempat nak bercucu kutu-kutu tu.'

Untuk memastikan cucu-cicit si kutu juga dapat dihapuskan, saya minta syampo kutu sekali.  Ada sedikit risau, kerana rambut Hurilain agak tebal.  Kot ada yang terlepas pandang tak tercapai dek sikat kutu, akan dapat dihapuskan dengan syampo.  Malam ini projek membenteras kutu akan dijalankan menjelang waktu tidur.  Semoga berjaya, dan tak berjangkit kepada ahli keluarga yang lain.  Ohh ... tak dapat dibayangkan kalau kepala saya dihuni oleh sang kutu juga!

Kepala masih agak pening, saki-baki kepeningan sejak malam Sabtu kelmarin.  Tengah tidur, kepala dirasakan berdenyut-denyut!  Lepas tu, badan mula rasa tak selesa dan perut sebu.  Sungguh kuat kesan perubahan hormon akibat sebiji pil putih itu!  Huh, memang tak larat badan nak menanggungnya.  Perlu fikir alternatif lain, yang tidak ada kesan sampingan.  Insyaallah.

"Yang! Jom minum susu."

Aduh!  Cik abang dah menuju dapur.  Ajak saya minum susu ... bukan sebarangan susu, susu Kuda Sumbawa dari Indonesia.  Sebotol kecil 500ml dibeli dengan harga RM80 (kekawan ada diskaun).  Ia khabarnya sangat berkesan sebagai alternatif untuk semput dan sakit kuning yang berpunca dari gangguan anggota hati.  Rasanya ... masam seperti dadih namun masamnya agak tajam.  Andai tak difikirkan manfaatnya, saya tak akan meminumnya.  Semoga Allah memberkati dan memberi kesembuhan, ameen.

"Anak-anak!  Jom ke dapur!"

Kami berempat mengelilingi meja, dengan si abah sudah memegang botol mineral berisi susu Kuda Sumbawa dari Indonesia yang dibeli kelmarin bersama sudu bongkok plastik berwarna biru yang memang disediakan di dalam peket plastik bersama air susu kuda.

Abah menyudu susu ke dalam mulutnya.  Wajahnya selamba.

"Mama!" 

Uh, saya telan air susu itu dan menekan perasaan yang bercelaru rapat-rapat.  Saya reguk air masak beberapa teguk.  Rasa susu lenyap.

"Kakak!" 

Hurilain menganga dan susu kuda lenyap di dalam tenggorokan.  Dia segera mencapai mug dari tangan saya, guk guk guk, air masak di dalam mug habis.

"Hidayat!"

Dia belum pernah merasa air susu ini.  Hanya saya dan Hurilain serta si abah yang baru sekali meneguknya.  Kami memerhatikan wajah budak lelaki ini dengan penuh minat.  Ha ha ha ... mukanya serta-merta berubah kelat satu macam.  Tangannya segera mencapai tumbler biru yang ada suku air masak di dalamnya dan meneguk, kemudian dia berhenti, dahinya berkerut dan seperti berfikir dengan rupa pelik. 

"Adik!" 

Hanessa pula.  Saya bimbang dia termuntah.  Air susu hilang ditelannya.  Kami memandang Hanessa dengan musykil.  Perlahan-lahan dia tersengih.  "Nak air?"  Dia menggeleng-geleng.  Wah, budak perempuan ini lebih handal dari abangnya!  Memang selalu begitu, dia memang selalu lebih dari si abang ... lebih berani, lebih kuat, lebih tegas, dan lebih pandai mengalah.  Juga lebih mengada-ngada, kadang-kadang.  Anak bongsu ...

Teringat Naqib, budak yang tak sukakan susu semenjak berumur 6 bulan, dan memuntahkan semua susu yang masuk ke perut sehingga habis satu badan dari kepala hingga kaki disirami susu.  Apa akan jadi kalau kami berpakat dan umpan dia minum barang sesudu agaknya???

"Mudah-mudahan penyakit-penyakit kita sembuh, disembuhkan Allah, dengan berkat air susu Kuda Sumbawa ni."  Si abah pun menyambung dengan testimoni Haji Mat, tokeh restoran di TTDI Jaya yang sangat positif. 

"Tapi, cukuplah sebotol ni kot."  Si abah sengih kecil.  Cukuplah sebotol, tak larat nak menelan lagi untuk botol kedua.  Rasanya ... urgh! 

Ada sesiapa nak mencuba susu Kuda Sumbawa?  Silakan ...




Friday, October 28, 2011

Mak Ramlah patah tangan

Assalamualaikum dan salam Jumaat yang penuh berkah.

Cerita pendek je.

Kring kring ...

"Intan!  Ada Amin tepon tak?"
"Tak ado!"  Mimpi la kalau budak Amin nak telefon saya.  Tapi ...

"Aaa nak bagitau ni,"  kata kakak nombor dua saya, Noraini namanya, tapi saya panggil dia Mak Ngah Ani.  Napa?  Kendian citer.  Panjang susah nak dipendekkan.  "Mak patah tangan ...!"

Lho!  Astaghfirullah!

"Mak gi masjid pagi tadi.  Lopeh tu dio gi pasarayo.  Jatuh kek dopan pasarayo tu.  Orang kodai tu hantar di Juasseh.  Lopeh tu gi Kolo Pilah.  Dah simen dah.  Tak tau la kono tahan ko tak.  Esok ado team building kek Taiping lak.  Tak tau la nih ..."  (err ... sebenarnya kakak saya tak de la sepekat ini loghat Negeri Sembilannya ... )

Teringat mak.  Mak Ramlah.  Ibu kandung saya.  Wanita yang melahirkan saya sebagai anak ke-5.  Dengan kakak, kami mention Mak R, sebab saya terlebih mak.  Sekadar sebut mak, boleh keliru. Orangnya kurus kecil, sudah lebih 70, mungkin 72 tahun.  Alhamdulillah tiada sakit berangkai, sekadar gatal-gatal kulit yang tak berkesudahan (tapi tidak berjangkit, hanya alahan) yang membuatkan mak tak makan ayam.  Ikan pun jenis tertentu sahaja.   Kasihannya pada mak ... Terbayang pula mak duduk di kerusi dengan tangan bersimen putih bersih.  Tak akan ada sesiapa yang berani menyain kat situ, mak tentu tak suka begitu.

Syukurlah, pergelangan tangan kanan mak je yang patah.  Semoga patahnya pun tak serius.  Tapi tentu kena simen juga, supaya tulang bersambung semula dengan cantik.  Mujurlah badan mak pun ringan.  Mungkin tangan mak patah ketika nak menampung badan yang melayang.  Harap-harap anggota badan yang lain khususnya bahagian kepala tidak cedera.  Saya masih tak tahu status kecederaan mak dengan tepat.  Telefon rumah, tak berangkat.  Nombor Amin cucu mak yang tinggal bersamanya tak ada dalam simpanan.  Huh, teruk la.  Lepas ni kena tukar-tukar nombor dengan Amin.  Sekarang ni setakat add FB je.  Macam tak berguna sangat je, lebih baik pakai telefon je.

Oh ya, terima kasih setinggi-tinggi terima kasih kepada pemilik pasaraya yang sangat prihatin lagi bertanggungjawab itu.  "Makcik ni customer saya, memang jadi tanggungjawab saya ni,"  begitulah lebih kurang katanya, macam yang diceritakan oleh mak Ramlah dalam telefon sebentar tadi.  Empunya pasaraya membawa mak ke klinik Dr.Nasir, kemudian ke Klinik Juasseh seterusnya ke Hospital Kuala Pilah dan akhirnya dia terus tersangkut di Kuala Pilah dan menunaikan solat Jumaat di pekan itu juga.  Kemudian dia menelefon Amin, anak saudara saya, yang kemudian datang bersama ayahnya menjemput mak Ramlah pulang ke rumah.  Semoga Allah memberkati kehidupan tuan pemilik pasaraya sekeluarga, insyaAllah.

Nanti telefon lagi, insyaAllah.

***
Mak Juriah, yang dengan kakak, kami mention Mak J, sudah pulang ke rumahnya semalam jam 11.30am bersama abah.  Pulang juga!  Sampai di sana, mak menelefon memberitahu dia sudah selamat sampai selepas singgah di klinik Seri Menanti, mengambil bacaan tekanan darah.  130/90, berat 60kg, kata mak.  Abah 140/70, berat 45kg. Lebih sikit dari berat Hidayat, kata saya.


Triffle untuk mak.
bancuhan kastard terpekat sikit

baki masuk bekas jeli kelapa

air botol, kanta pembesar untuk baca paper, telefon bimbit dan duit tol disediakan siap-siap.  Lepas ni pakai touch n go je.

happy nak balik kampung!  semoga mak abah selamat sampai.

ma-as-salamah

Lepas tu mak beritahu, sebenarnya kepala mak masih pening-pening tapi mak sengaja tak nak beritahu saya atau sesiapa.  Dia makan juga sup gear box yang Pak Meon bikin tu, dan masih pening.  Saya masih tak tau.  Mak dah mula lincah hingga saya mula peringatkan mak supaya jangan terlalu banyak bergerak.  Mungkin mak nak testing diri sendiri.  Hmm ... rupanya mak melawan peningnya!

Kenapa pening-pening?  Kata mak, pagi tadi mak bangkit dari katil pun pening-pening. 


"Mak kena kurangkan bercakap telefon!" 

Saya rasa mak terlalu kerap menggunakan alat itu untuk bercakap dengan kawan dan kenalannya. 

Saya bimbang.  Mak kadang-kadang tak boleh dijangka.  Macam tak dijangka mak akan 'lari' dari wad tempohari.  Syukurlah tak ada apa-apa yang buruk berlaku, dan mak muncul semula di pintu wad dengan senyum selamba.  Sedangkan doktor muda yang 'menjamin dengan terpaksa secara rahsia' saya fikir tak senang hati dibuatnya sehingga wajah mak ada semula di katilnya. 

Lari sekejap balik ke rumah, mak sempat mencuci baju abah dan mengambil sehelai dua pakaian.  Mak memang tak bersedia ditahan di wad semasa datang membuat pemeriksaan.   Datang sehelai sepinggang.  Rumah ditinggalkan begitu sahaja. 

"Tu dah menyapu dehh ..." rungut abah semalam petang dalam telefon. 

"Buat sikit-sikit tak pe la bah, tapi jangan aktif sangat."

"Intan nasihatkanlah omak tu.  Cakap abah tak dihapek eh." 

Gulp! 

Hmm ...

***
sinar mentari pagi yang cemerlang

Malam tadi malam Jumaat.  Hidayat dan Hanessa tidak mengaji dengan Ustaz Aizat. 

"Ambik Yasiin tu, duduk sini cepat."  Saya panggil mereka berdua yang mula nak mendekati laptop.  Minggu lepas sudah bermula.  Ini Khamis kedua, insyaAllah.

"Mari kita berdoa untuk semua; untuk diri kita, untuk keluarga kita.  Supaya silaturrahim yang terputus akan bersambung semula.  Semoga semua dosa-dosa kita diampuni Allah.  Lepas tu untuk negara kita juga.  Semoga kita mendapat pemimpin yang adil dan bertaqwa.  Semoga harga barang-barang keperluan rendah semula.  Semoga barang-barang yang syak dan haram dapat dikenalpasti dan tidak termakan oleh kita.  Supaya semua orang mendapat keimanan yang kuat dan teguh.  Jangan lagi ada orang yang membuang-buang bayi dan menganiaya haiwan.  Untuk semua umat Islam bla bla bla ..."  Itulah antara yang saya sebut di hadapan anak-anak. 

Airmata mengalir, teringatkan mak.  Hanessa membelek wajah saya sambil menepuk-nepuk bahu saya, "sabar ya mama."

"Doa supaya Hidayat jadi berani ..." sahut Hidayatullah.

"Haah, biar abang Dayat tak takut nak bersunat!"  sampuk si adik cepat-cepat.

Si abang tak perduli.  "Biar Dayat jadi pandai belajar, dapat hafal sifir.  Dapat khatam quran.  Dapat masuk madrasah."  Matanya seperti merah macam mengantuk.

"Biar uwan sihat.  Atok pun.  Supaya abah berhenti merokok.  Supaya kudis adik ngan along baik.  Supaya adik dapat baca iqra sampai quran."  kata si adik.  Sudah sebulan badannya gatal-gatal seperti cacar, tapi bukan cacar, tidak banyak tapi merisaukan juga.

Kemudian kami mula membaca 'bersama-sama'.  Saya baca dengan lambat supaya Hidayat dapat mengikut perlahan-lahan, biarpun hingga ke akhir saya terpaksa menahan ngantuk pula.  Tak mengapalah, yang penting setiap Khamis malam Jumaat sesi ritual ini akan sentiasa berjalan tanpa kecundang.  Saya insyaAllah jika tiada keuzuran akan tetap membaca surah ini sesudah Maghrib, kini saya mahu Hidayat dan Hanessa bersama-sama menjadikannya sebagai amalan berterusan.  InsyaAllah.

"Dia salah muka surat," bisik Hanessa kepada saya.  Berkali-kali dia memberi isyarat kepada si abang tetapi tidak diperdulikan.  Memang la tak sama muka surat, sebab si abang menggunakan kitab berbeza dengannya.  "Adik tak pandai baca ni, adik baca bawahnya je ye."  Dia menunjukkan terjemahan surah dalam Bahasa Melayu di bawah ayat-ayat surah Yasiin itu.  Saya angguk.  Nak menjinakkan anak kepada hal-hal seperti ini, hendaklah banyak bersabar dalam melayani kerenah mereka.  Semoga saya akan terus bersabar, dan anak-anak saya terus berminat dan suka untuk bersama-sama memeriahkan majlis yang kecil ini seterusnya.  InsyaAllah.  Semoga majlis kami diberkati, dan semoga doa-doa kami diterima Allah dan dimakbulkan insyaAllah.

Alhamdulillah.  Dengan berdoa hati menjadi lega.  Dengan membaca al-Quran hati menjadi tenang.  Marilah membaca Al-Quran yang mulia.  Tak pandai membaca, boleh dipelajari.  Carilah orang yang mahir dan boleh mengajar untuk belajar.  Usah menjadi orang angkuh.  Setakat mendengar surah, memang ada pahalanya.  Tapi tentu tak sebanding dengan membacanya.  Marilah menjadi ahli al-Quran.  Semoga di akhirat nanti, Allah memanggil nama kita dari kelompok ahli dan pecinta al-Quran, insyaAllah.  Saya menyeru kepada diri saya sendiri juga.  Wahai diri!  Bersegeralah berwuduk dan mengerjakan solat!  Apa yang kau dapat mengadap facebook tu?  Cuba jawab!!!  Sekadar glamer di dunia maya je. Cuma kalau ada share link-link yang bermanfaat, okay la juga.  Itupun, baca lepas tu share, lepas tu like, lepas tu lupa, ye tak?  Lepas tu share yang lain pulak.  Share share dan share tak sudah-sudah, yang sebaliknya ialah facebook facebook facebook tak sudah-sudah.

(aku le tu yang rajin share, tapi share yang bermanfaat tentunya, bukan cerita merepek, insyaAllah.)

Sekian dulu, permisi dan maaf selalu. 

Nampaknya ini bukan cerita pendek, bahkan panjang berjela-jela pulak.




Tuesday, October 25, 2011

Jemputan ke Sastera Kayangan

Assalamualaikum dan salam pagi Selasa.

Bagai di awang-awangan!  Saya telah menerima jemputan dari pengurus blog Sastera, Kak Aini, untuk meneruskan sambungan novel Sakinah di Sastera Kayangan.

Blog tertutup Sastera Kayangan dikhaskan untuk anak-anak didik Sifu yang sudah menghampiri bab-bab terakhir dalam karya mereka.  Ia berbeza dengan blog Sastera, yang terbuka kepada sesiapa jua untuk menjenguk dan membaca hasil nukilan peserta-peserta bengkel.  Sefaham saya, Sastera Kayangan disediakan untuk menjaga ketulenan karya peserta sehingga ia diselesaikan ke noktah terakhir, dan menemui penerbit di luar sana. 

Saya sudahpun berada di bab 7 Sakinah.  Alhamdulillah kini saya turut diberi peluang menjenguk blog tersebut, yang selama ini hanya saya baca dalam 'jerit kat sini' di Sastera, oleh penovel-penovel yang sedang bertungkus-lumus menyiapkan karya di sana.

Semakin menghampiri klimaks, semakin banyak yang perlu diusaikan.  Semakin berat dan mendalam apa yang perlu difikirkan.  Ia semakin mendebarkan! 

Pertama kali menjenguk Sastera Kayangan, saya berperasaan benar-benar bagai berada di alam kayangan.  Dengan blog yang bersih dan cantik kemas, ia kelihatan begitu sunyi dan sejuk nyaman.  Sudah siap thread untuk saya, dan pesanan kerja yang perlu saya persiapkan.  Ada juga 'kesan-kesan peninggalan' penulis lama, termasuklah Mencari Amira oleh Zulina Hassan, kakak saya, tetapi ia sekadar tajuk sahaja.  Mungkin ditinggalkan sebagai rekod di sana.

***

belalang muda mainan Hanessa

belalang jinak

asyik dipegang-pegang, kasihan ...

Hanessa dan si Cici (ada nama ...)

"Sampai bila ..."  kata si Cici

Urut urat saraf yang selalu krem

Di sanakah alam kayangan?  Teringat Sastera Kayangan

Langit pagi di Sijangkang

telur lalat untuk eksperimen Hanessa, tapi tunggu punya tunggu tak menetas juga

buat biskut chipsmore

tada!  sedap nyum nyum!

Ummi Faridah datang berkunjung menziarahi mak

Kiki ~ ulat sampah yang dikutip dari tong sampah.  Ada tiga ekor.

Haiwan peliharaan Hanessa ada dua ~ seekor belalang kunyit dan tiga ekor ulat sampah. 

Nyawa Cici hanya tiga hari aje.  Semalam pagi dia sudah lemah, tak lagi memegang jari Hanessa.  Akhirnya petang semalam tubuhnya tidak lagi memberi respon dan keras.  Hanessa frust juga tapi, "Tak apalah, dia mati masuk syurga," katanya selamba.

Ulat sampah tiga ekor dah tinggal dua.  Satu tersepit di penutup bekasnya.  Ulat yang tinggal nampak kurus.  Mungkin tak cukup serpihan roti yang diletakkan oleh Hanessa.  Saya masukkan secubit daging ikan.  Pagi ini tak nampak pun sebarang pergerakan ulatnya. 
"Mungkin ulat tu duduk dalam daging ikan tu ..."  kata Hanessa.  Dia mula tak mengendahkan eksperimennya. 

Dia sebenarnya tak sabar nak melihat ulat bertukar menjadi lalat.  Dia mahu dua ekor lalat kecil muncul di dalam bekas.  Tak apa, kita tunggu aje le.  Saya pun nak lihat juga hasil eksperimen ini, yang dibawanya ke hulu ke hilir termasuk semasa menjenguk si kakak di madrasah kelmarin.  Bukan mudah nak membuat eksperimen walaupun semudah ini.  Tetap perlu ilmu bantu untuk sukses.  Hanessa tetap belajar dari kegagalan eksperimennya.  Insyaallah.

Semoga Allah memberi kejayaan dan kecemerlangan kepada semua anak-anak milik kita (yang sementara ini)  di dunia dan di akhirat.  Ameenn.\

Sehingga bersua lagi, senyum selalu.

Search This Blog

Blog Archive

Rakan Blog

cinta hingga Firdaus

Lilypie Angel and Memorial tickers
Lilypie Kids Birthday tickers Lilypie Kids Birthday tickers Lilypie Kids Birthday tickers Lilypie Kids Birthday tickers

Terima kasih :)

utamakan Bahasa Melayu

utamakan Bahasa Melayu

Pantai Lumut

Pantai Lumut

Pantai Mersing

Pantai Mersing