Hadith


Beramal dan Menyampaikan


Random Hadith Widget

Bismillah

Bismillah

Thursday, September 29, 2011

Gambar - gempar seketika

bersama adik-adik ipar dan biras di ruang menunggu bahagian kecemasan ~ yang memang mencemaskan kerana menunggu terlalu lama, lebih dua jam ... dan menjelang tengah malam / awal dinihari bilangan kehadiran untuk rawatan segera masih kekal belum surut.  Kes mak ~ rupanya dah lima bulan mak kehabisan ubat (tapi cakap kat doktor, sebulan je ish ish ish).  Orang tua memang pandai jaga rahsia diri hehe ... harap mak tak buat lagi ... anak-anak pulak memang kena alert kesihatan mak, kena rajin-rajin tanya pasal stok ubat mak.  Semoga ini menjadi pengajaran bersama dan tak berulang lagi.  Mak ... mak ... hehehe ...  rasa-rasanya kalau tak gigil macam tu, mak tetap nak cover lagi tu ...

gelagat anak-anak buah bersama Hanessa, semasa nak balik Kuala Pilah ~ transit di Kg. Abu Bakar Baginda, Kajang separuh malam.  Semuanya datang sehelai sepinggang.  Jadi ada yang terpaksa pinjam baju mak saudara, kirai dalam laci baju.  Afif ~ disarungkan baju mommy dek ibunya.  Kalau Adam yang pakai, terus hilang dalam baju agaknya hehe ... 

tag di hujung kepala katil mak ~ selepas upload gambar ni, baru disedari tarikh dah tersilap ditulis oleh nurse.  Tarikh sebenar ialah 27/9/11, Selasa.

jadi pelawat prihatin

mak masih pening-pening tak larat nak bangun.  Seribu satu kemungkinan yang bermain di kepala.  Mak penat sangatkah?  Hari tu pergi Kota Bharu beberapa hari.  Lepas tu sambut tetamu yang datang serentak berseorangan (bersama abah yang dah agak uzur).  Makan macam-macam ... kolesterol tinggi sangatkah?  Ada saluran tersumbatkah?  Masih belum tau status sebenar ...

Tuk Mat mengadu tangannya kebas-kebas ~ tok moh tolong urut-urutkan ... semoga sembuh.  Isnin minggu lepas abah masuk wad.  Baru dua tiga hari keluar wad, mak pulak dikejarkan ke hospital.  Ujian kesabaran!  Ya Allah, jadikanlah kami orang-orang yang sabar dan sembuhkanlah mak abah.

antara tetamu yang hadir ~ Datuk Adnan dan isteri

perjalanan ke Batu Kikir ~ cuaca cantik.  Hati agak tenang, alhamdulillah.  Allah yang memberi ketenangan di hati.

Uwan sedang santai di tangga depan.  Mak Ramlah petik sireh (tak pasti nak buat apa).  Katanya baru lepas makan tengahari.  Uwan baru balik satu malam ke rumah tua, dah terpaksa dihantar semula ke Batu Kikir.  Bahaya uwan tinggal bersendirian di rumah.  Abah berulang ke hospital menemankan mak.  Diajak ke Sijangkang, uwan enggan.  Cuma dapat membawa uwan ke klinik Dr.Nasir untuk mendapatkan ubat ~ kena jangkitan kuman di peha, mata gatal dan kepala pening.  Menunggu giliran lebih dua jam.  Uwan happy dapat pergi klinik.  Rupanya dah dua bulan uwan alami gatal.  Alhamdulillah, tak ada kencing manis dan darah tinggi.  Cuma keuzuran biasa, sesuailah dengan usia uwan yang dah 86 tahun. 

Si Cici, peneman mak Ramlah buat masa ini.  Tetapi suka menghilangkan diri ke dalam semak-samun.  Terpaksa dicari dan diangkut balik ke rumah.  Selepas balik dari klinik Dr.Nasir, mak Ramlah kata Cici menghilangkan diri lagi!  Laa ... eloklah kalau pasang loceng kat lehernya tu.  Boleh didengar bila dia melompat-lompat, dapat dikesan cepat.  Apa yang dicarinya ya?  Cari pasangan barangkali ...

Si Cici sempat melukakan belakang tangan kanan mak Ramlah.  Dia melonjak dari dukungan mak, kerana terperanjat mendengar bunyi pintu peti ais ~ mak ambik lobak dari dalam peti ais.  Kuku kakinya mengoyakkan kulit tangan mak.  Ada bekas v v di situ.

Laparnya dia!  Tekun makan lobak merah hingga hampir habis.  Okeh gak kalau bela arnab, kan... Kata mak Ramlah, dia tak minum dan tak berak merata-rata.  Belum jumpa lagi najis dan kencingnya.  Mulut pun tak bising.  Hmm ... tapi perlukan kawasan sesuai berpagar supaya tak terlepas.  Ada dua jiran di sini yang membela arnab, dan arnab-arnab itu sudah pun hilang!


Wednesday, September 28, 2011

Gempar seketika

Assalamualaikum dan salam sejahtera :)

Saya ingin mengabarkan kisah sang puteri yang sudah masuk madrasah kepada mak.  SMS dikirimkan tidak mendapat respon.  Biasanya apabila panggilan tidak dijawab, saya akan menghantar SMS dan mak akan menelefon semula.  Ini ... tidak.

Sedang berkira-kira nak menelefon, tiba-tiba masuk panggilan dari abah menjelang tengahari semalam.  Dengan teratur dan hati-hati, abah mengabarkan mak sedang berada di wad.  Mak ditahan wad pagi semalam.  Tekanan darah naik hingga tak dapat dibaca manakala denyutan nadi mak terlalu lemah.  Hmm ... ia sesuatu yang sangat memeranjatkan!  Mak tak ada darah tinggi!!

Apabila saya susuli kisah mak, rupa-rupanya Sabtu lepas mak kepenatan menyiapkan sedikit majlis kecil untuk tetamu sekitar 30 orang yang datang berkunjung.  Mak tak beritahu pun ...  Mak dah pun baca SMS saya, tetapi mak dah mula pening-pening, pitam dan gelap mata waktu itu.  Patut la ...

Mak dipapah menaiki kereta dan dihantar ke hospital.  Isnin lepas, abah ditahan wad kerana masalah urat sarafnya.  Tangan dan kaki abah selalu krem.  Baru beberapa hari keluar wad, mak pula mengambil giliran ... Kasihan uwan.  Baru sehari dijemput dari Batu Kikir, dah terpaksa ditumpangkan semula di sana. 

Jadi, dah dapat berita gempar ini, kami pun bersiap-siap la nak balik kampung.  Mak mesti dijenguk, itulah kata cik suami.  Alhamdulillah, setakat ini cik suami cukup mengambil berat perihal keluarga sebelah saya.  Sama sahaja, adil untuk kedua belah pihak. 

Tiba-tiba, masuk panggilan dari adik ipar bongsu ke telefon bimbit cik suami.  Kami gempar kali kedua.  Rupa-rupanya mak mertua saya pula keuzuran dan sudah dibawa ke bahagian kecemasan Hospital Serdang.  Ujian kesabaran sedang berlaku!  Ya Allah, masukkanlah kami ke dalam golongan orang-orang yang sentiasa bersabar dan berserah diri kepadaMU.  Ameen.

Keputusan perlu dibuat segera!  Akhirnya cik suami memutuskan kami akan menjenguk ibunya terlebih dahulu, kemudian akan bergerak ke Kuala Pilah malam tadi juga.  Kedua-duanya ibu, sama penting buat kami.

Dipendekkan cerita, mak mertua selamat pulang ke rumah adik ipar (Izun & Zul) di Kajang sekitar jam 1 pagi.  Kami bersama dua keluarga ipar turut transit di rumah Izun.  Dah tengah malam benar, wajarlah merehatkan diri dulu.  Dan pagi tadi baru kami bergerak ke Kuala Pilah bertemu mak.

Mak terkejut ... memang kami tak beritahu nak balik. Tapi nampak riak muka mak gembira ceria.  Ada alat dipasang di dada mak untuk mengesan kadar denyutan jantung.  Tangan mak dipasang tiub untuk masukkan air ubat.  Kata mak, kepalanya masih pening-pening lagi. 

Ya Allah, sembuhkanlah mak dan abah.  Juga mak mertua, abah mertua.  Termasuklah mak Ramlah dan uwan Halibah.  Ya Allah, berilah kami kesihatan yang baik, tinggikanlah iman kami dan kurniakanlah kami kesabaran dalam menghadapi ujian hidup ini.  Segala permohonan ditujukan hanya kepadaMU semata.  Kabulkanlah doa kami ini. Ameen.

bersambung ... insyaAllah.


Tuesday, September 27, 2011

Selamat belajar, puteri tersayang!

Assalamualaikum.

Matanya merah.  Mata kami juga.  Si abah mengucup pipi dan dahinya.  Sebelum berlalu, si abah memeluknya, tanda kasih seorang ayah yang sedang terharu. 

"Sorang lagi anak abah tak ada ..."  maksudnya tu ~ seorang lagi anak abah dah hidup berenggang, duduk di asrama.

Dia cemik sedikit.  Matanya semakin digosok-gosok.  "Merah ke?"  tanyanya.

"Jangan digosok, nanti lagi merah!"  ujar saya.  Dia usap kedua-dua matanya dengan tapak tangan.  Memang merah!

"Janganlah peluk lagi.  Feeling la ..."  katanya.  Tau tu ... bimbang diperhatikan teman-teman baru nanti.  Saya tetap memeluknya lebih erat, mencium kedua belah pipinya dan mengucup dahinya.  Saya tatap matanya dengan senyum.  Kontrol cun hmm ... saya tak mahu menangis!  Mesti tunjuk kuat!  Err sebenarnya dah menangis dah dalam perjalanan semasa nak mencari cadar biru hehehe ...

Saya tak berpeluang membantu mengemas barangnya di bilik.  Peraturan tidak membenarkan.  Ada beberapa orang pelajar telah membantu membawakan beg dan pelbagai barangan peribadinya ke bilik.  Saya tak tahu di tingkat berapa.  Namun, hati saya rasa lega dan lapang.  Wajah-wajah yang menyapa mata adalah wajah-wajah yang manis ayu dan jernih.  Masing-masing menghulur tangan untuk bersalaman.  Ada beberapa pelajar yang comel-comel, berjubah dan bertudung hitam.  Umur mereka belumpun melepasi 12 tahun.  Mereka mengambil pengajian hafizah.


Kini saya mengenali Ustazah Habibah, Ustazah Siti Hawa, Ustazah Siti Hajar dan Ustazah Hidayah.

Ingin saya berkongsi sedikit perbualan semalam bersama Ustazah Siti Hawa, yang bertahi lalat manis di sudut dagu kirinya.  Manis orangnya, dan petah berkata-kata.  Patutlah dia dipanggil untuk mengajar di situ, setelah habis pengajian tahun lepas.  Dan kini dia mengajar sambil belajar.  Ustazah yang kecil molek ini akan mengambil peperiksaan SPM pada tahun hadapan, untuk mendapatkan sijil kelayakan melanjutkan pelajaran ke Universiti Ummu Qura' di Makatul al-Mukarramah.

"InsyaAllah, saya akan ambil pengajian Al-Quran."  ceritanya dengan senyum.

Dia mengabarkan, saudara lelakinya pula sedang belajar di Jordan.

Entah mengapa, hati saya tertarik benar nak bertanya macam-macam dengan ustazah manis ini.  Mungkin kebetulan berasa agak lapang dan tidak tergesa-gesa waktu itu.  Alhamdulillah, kini saya lebih clear akan misi perjalanan pelajar madrasah seperti mereka.

Masyarakat masih ada rasa bimbang akan hari hadapan pelajar aliran ugama.  Saya yakin sebaliknya.     Beberapa ketika, saya hanya mendengar bicara kaum ibu tentang anak-anak mereka.  Kini dengan 'testimoni' di hadapan saya, hati rasa teramat lega. Alhamdulillah.  Pasti ada jalannya ... pasti ada jalannya ... insyaAllah.

Saya tatapi jadual harian pelajar alimah.  Saya renung senarai silibus mereka.  Saya hanya faham sedikit sahaja.  Hati saya rasa berbunga-bunga.  Inilah yang saya mahu sebenarnya.  Bukan untuk anak saya, tetapi untuk diri saya.  Dulu ... dulu ... dulu yang sudah lepas tak akan kembali lagi.  Biarlah yang berlalu, terus berlalu.  'Usah dikenang yang telah lepas' ... (kata adik ipar saya mengingatkan saya, ketika upload begitu banyak gambar kenangan di Brunei).  He he ...

Ia tak terlupakan.  Kini alhamdulillah, semoga empat permata hati kami akan merintis jalan yang pernah ingin digapai oleh ibu mereka.  Mungkin oleh si ayah juga ... Apa yang pasti, tetap meyakini hikmah di sebalik semua takdir hidup.  Inilah yang terbaik buat kami, insyaAllah.  Semoga Allah menambah lagi nikmatNya di atas kesyukuran ini.  Ya Allah, jadikanlah kami orang-orang yang terus bersyukur kepadaMu di atas segala nikmat yang Engkau berikan.  Ameen.

Allah ...

Saya gembar-gemburkan cerita ustazah Siti Hawa kepada anak-anak dan si ayah.  Mereka mesti tahu kisah ini.  Semoga semangat, jiwa dan raga menjadi seperti api yang membara hingga bernyala-nyala.  InsyaAllah tidak ada keraguan lagi.

Ya Allah, selamatkanlah kami dari berasa ragu-ragu dan was-was.  Tetapkanlah hati kami untuk perkara yang terbaik, untuk natijah yang terbaik, untuk takdir yang terbaik.  Hanya kepadaMu tempat bermohon dan berserah diri.  Ameen.   


Menjelang maghrib, tiba-tiba cik suami berkata "tukang bakar ubat nyamuk tak de ..."  Ya ... orang yang selalu arlegik pantang nampak nyamuk dah pergi madrasah.  Sang lalat pun boleh rasa lega sebab orang yang suka tangkap lalat untuk dijadikan pet (bela dalam bekas yang siap dengan makanan) dah tak ada untuk menganggu mereka berterbangan dengan bebas hahaha ...


Malam ini ~ hujan di luar dah berhenti tapi hujan di dalam rumah baru bermula.  Aduhh ... si adik menangis nakkan kakak ...

Selamat belajar buat puteri tersayang.  Semoga puteri tabah dan cekal hati melalui hari-hari di sana.  Kami semua sayangkan kamu, sayang amat-amat.  Doa kami sentiasa mengiringimu, insyaAllah.


~ kenangan menghantar Amirah Huril'Ain ke madrasah, pada 26 September 2011, Isnin.
~ terima kasih buat cik abang yang sudi melayani saya yang selalu ada alasan.  Hehe ... i love u.
~ terima kasih buat Kak Hawa yang sudi memberi beberapa helai purdah hitam untuk Hurilain.

Ketemu lagi :) 






Monday, September 26, 2011

Hurilain diterima belajar

Kisah hari Jumaat lagi.

Ketika melakukan rutin harian, tiba-tiba telefon berdering.  Kedengaran suara halus di hujung talian.

Intipatinya ~ "Anak puan diterima belajar di sini."  Lebih kurang begitulah kata-kata ustazah itu.  Terbayang wajah ustazah-ustazah muda belia di Madrasah Lil Banat Bukit Naga yang saya temui tempohari.  Mungkin baru sahaja selesai menghabiskan pengajian di situ dan berkhidmat mengajar sementara menyambung pengajian di tempat lain.

Saya segera mengucapkan kesyukuran ke hadrat Illahi.  Impian awal kami untuk Hurilain sudah dikabulkan oleh Allah Subhanahu wa taala.  Alhamdulillah.  Hurilain diizinkan Allah untuk mempelajari ilmu dari kitab-kitab mahsyur Hadith Shahih Bukhari, Muslim dan lain-lain.  InsyaAllah.

Lantas terbayang pula kelibat gadis yang besar tinggi berabaya hitam.  Wajahnya ditutupi cadur hitam juga.  Hanya sepasang mata hitam yang dihiasi barisan bulu mata yang agak lentik yang kelihatan terkelip-kelip memandang.  Terkadang mata itu seperti sedang tersenyum.  Itukah anak gadis kami yang bernama Amirah Hurilain?

Insya Allah, begitulah pakaiannya selepas ini.  Dia akan bergerak serba hitam ke mana sahaja.  Hitam ~ warna sunnah pakaian Ummul Mukminin yang anggun dan tidak menarik perhatian mata memandang.  Itulah tujuannya.  Semoga gadis ini sentiasa selamat di dalam pemeliharaan Allah Subhanahu wa taala, di mana dan bila masa sahaja.  Insya Allah, insya Allah.

Dek kerana baru semalam pemakluman diberikan oleh pihak berkenaan, kami belum berkesempatan menyediakan barang keperluan Hurilain untuk tinggal di madrasah.  Abaya kosong belum dibeli, demikian juga purdah seperti yang disyaratkan di dalam senarai keperluan.  Barang-barang mandian dan sebagainya, belum ada.  Semasa temuduga Isnin kelmarin, ustazah berkenaan memberitahu kemasukan baru ialah sekitar dua minggu selepas temuduga.  Jadi kami tidak rasa terburu-buru untuk menjenguk kedai atau pasaraya.

Tambahan pula, hari ini cik suami telah sibuk di surau Haji Hassan untuk jamuan hari raya, semenjak jam tiga pagi tadi lagi.  Boleh dikatakan sehari suntuk dia berada di surau tersebut.  Kali ini cik suami mengendalikan bahagian barbique; perap daging dengan rempah ratusnya serta menyediakan sos barbique.  Err sedap ... memang sedap hehe ... tahun depan boleh buat lagi insyaAllah.  Encik Hanafi yang mengendalikan agihan kepada tetamu, betul-betul cermat dan berhati-hati menjalankan tugas.  Bravo!  Setiap tetamu menerima beberapa hirisan daging yang disirami sos barbique, seketul kecil kentang bakar bersama brokoli.  Alhamdulillah, tak membazir.

Petang tadi, saya bersama anak-anak memecut ke madrasah Bukit Changgang pula, menjemput Naqib pulang ke rumah.  Rezeki dia ada untuk bersama-sama di jamuan hari raya Surau Haji Hassan tahun ini.  Tak disangka, tengahari tadi Naqib menelefon (minta retun call, as usual).  Mujur mudir memberi perkenan untuk membawa dia pulang, dengan syarat maklumkan dulu kepada ustaz bertugas.

Jadi, esok kami semua akan ke madrasah Lil Banat Bukit Naga untuk mengesahkan pendaftaran (err ...   Sebenarnya, nak jenguk je kot.  Mungkin minggu hadapan baru Hurilain masuk asrama, insya Allah).

Sebaik  menerima berita gembira ini daripada ustazah, saya telah menelefon pula semua mak-mak kami untuk berkongsi rasa bersyukur dan mengucapkan terima kasih di atas doa-doa mereka.  Doa para ibu yang diberkati.  Ameen.

Saturday, September 24, 2011

FB ... huhh!

Saya masih mengigau.

Hehe ... ingat tak saya pernah tulis, sekiranya saya masih lagi muncul di FB bermakna saya telah mengigau.  Masalahnya saya terus mengigau hingga ke saat ini.  Salah satu cara untuk menghentikan igauan siang hari (dan berpanjangan hingga ke malam ...) ialah dengan klik X di penjuru kanan atas kotak menu FB itu.  Hah!  baru tak nampak apa-apa.  Kalau tak, keluar je nombor kat situ, asyik nak klik je.

Cuma, selalu pulak keluar kotak notis dari Yahoo Messager, mengabarkan ada message yang masuk dalam kotak pesanan.  Huh rajin betul.  Macamana nak buat ni?  Kekadang keluar jugak posting dari entah sapa-sapa ... yang rajin menulis di ruang chat Yahoo.  Pulak ...  Tak ada kena-mengena langsung.


Entahlah ... saya cuma memikirkan betapa addictnya kebanyakan kita saya terhadap FB huhhh!~  Cuba fikir, apa faedahnya ya?  Ada yang ngadu, nak study pun susah sebab tak dapat lekang dari FB.  Yang nak bacaYassiin pun asyik bertangguh, sebab nak main Mafia War kat FB.  Yang nak mengemas bilik pun belum juga kemas-kemasnya, sebab apa?  FB la tu! 

Saya?  Saya nak menyiapkan novel Sakinah ni, memang kena tutup FB tu.  Kalau tak, nampak je ada orang post or reply kat status saya, memang nak buka je baca.  Lepas baca, jawab balik.  Lepas baca jawab ... jawab baca ... baca jawab.  Jadinya novel saya tertangguh lagi. Huu ...

Teruk?  Memang terukkkk!!!

Jadi, tak payah bukak FB.




Posting Sakinah ke 5

Salam Jumaat yang damai, serta salam sejahtera :)

Hari ni raya lagi.  Semalam selesai sudah dengan izin Allah, puasa sunat Syawal yang beberapa kali tertangguh kerana sedikit masalah kesihatan.  Sikit aje masalahnya, batuk-batuk, tapi saya rasa kurang selesa.  Kepala pun agak berdenyut.

Alhamdulillah, Allah mengizinkan saya berpuasa berturut-turut dari Isnin hingga Khamis semalam.  Hari ni raya la ...

Petang semalam jam 4.01PM, saya posting bab 5 novel Sakinah.  Alhamdulillah.  Nampaknya setakat pagi ini Sifu belum berkesempatan lagi menyemaknya di thread saya.  Mungkin Sifu juga sedang pulun sakan menyelesaikan novel beliau yang selalu mengangkat tema berat-berat belaka.  Anda pernah baca novel beliau?  Ada beberapa novel yang telah memenangi pelbagai anugerah termasuk anugerah SEA Write Awards 2009.  Kebanyakan novel beliau diterbitkan oleh DBP.  Agak sukar menemui karya-karya beliau di perpustakaan desa.  Mungkin di perpustakaan besar macam perpustakaan Shah Alam ada.  Err ... perpustakaan Seria dan perpustakaan Pandan di Brunei pun payah nak jumpa buku beliau.  Kenapa ya?  Saya belum berapa faham lagi hal begini, walaupun ada juga sedikit jawapan dari orang-orang yang agak berpengalaman.

Tak mengapalah.  Mudah-mudahan anda dapat menemui karya-karya beliau dan telah membacanya.  Hebat kan?







Friday, September 16, 2011

Kesian Zana (2)

Ini bukan siri kedua kisah Zana.  Bahkan ia adalah paragraf penutup kisah pilu Zana yang amat dikasihani.

Jam 12.30 cik abang saya pulang dari urusannya bersama dua anak kami yang tidur lena di bangku kereta.  Saya mengajak Hurilain menemani membuka pintu pagar sambil menjenguk Zana.

Zana kelihatan diam di dalam kotaknya.  Seperti sedang lena tidur.  Kami panggil-panggil dan seru-seru namanya; kami gerak-gerakkan kotaknya, tetapi seperti tiada tindakbalas.

Apabila suami sudah sampai, saya pinta dia buat kepastian tentang Zana.  Kami bawa kotak itu ke bawah cahaya lampu terang.  Saya nampak seekor bari-bari halus.  Juga seekor semut halus yang merayap di luar kotak.

"Confirm!" Kata suami saya.

Tiba-tiba teringat sesuatu.

"Tadi kan ... kitorang dengar bunyi kat luar ni."  kata saya dengan nada saspen.  Saja la nak buat saspen hehe ...

"Haah, bah ... lampu sportlight tu pun menyala ..."  Hurilain tak menyudahkan ayatnya.

"Tapi kalau kucing lalu pun nyala gak kan?"  tanya saya pula meminta kepastian.  Yang ada dalam kepala ialah bayangan seorang nenek tua yang bertongkat hihihi ...

"Oo tu malaikat maut datang bertongkat.  Sunnah tu."  sahut suami saya, main-main.  Ishhhhhh!

Kotak berisi Zana diletakkan di atas bonet kereta, masih terlindung dari hujan dan embun.  Seandainya dia masih ada esok, semoga panjang umur dan kembali sihat.  Seandainya dia sudah tiada, juga alhamdulillah, semoga itu terlebih baik untuknya daripada menahan sakit sebegitu.  Dan saya juga redha.  Sekurang-kurangnya dia sempat dibersihkan dan sempat meneguk beberapa titis susu ke dalam perutnya yang pipih itu. 

Kehidupan ...
Penuh kesementaraan
Setiap yang bernyawa
pasti akan mati

baik insan
baik haiwan
baik tumbuhan

tiada yang kekal

melainkan Yang Maha Kekal
Allah Rabbul Jalil
Allah Yang tiada permulaan
Allah yang tiada kesudahan
Allah yang Maha Esa
Maha Agung Maha Pengasih

Semoga kehidupan
yang penuh kesementaraan
akan sentiasa di dalam limpahan rahmatNya
keampunanNya
keredhaanNya
pimpinanNya
petunjukNya
maghfirahNya
kasih sayangNya

Ya Allah
ampunilah dosa-dosa kami yang banyak berdosa ini
redhailah kami yang selalu alpa ini
kasihanilah kami yang selalu lalai

ke mana lagi hendak kami tuju
ke mana lagi hendak kami bermohon
ke mana lagi hendak kami kembali

jika tidak kepadaMu semata
hanya kepadaMu ya Allah

Wahai yang Maha Lemah Lembut
kasihanilah kami
janganlah biarkan kami
ampunilah kami
ampunilah kami
ampunilah kami ya Allah.
.
.
.
.
.
.
.
.
Selamat jalan orang-orang yang terdahulu
kami akan menyusul pula
semoga tempat kembali lebih baik dari dunia yang sementara
tempat yang tiada duka dan airmata
tiada sengsara
tiada dendam dan amarah tidak berguna

hanya keredhaanNya
keampunanNya
kasih sayangNya
keamanan selamanya
kedamaian
segala yang telah dipersiapkan oleh Allah untuk orang-orang yang mahu mengikut jalanNya

selamat jalan Zana ... maafkan kami ya.
Hurilain, jangan menangis tapi err ... sikit-sikit aje la.  Orang nak nangis, takkan tak bagi pulak.

P/s:  semasa jenguk Zana dalam kotak, terpandang anak Zana bertenggek atas pagar.  Mungkin dia datang ziarah ibunya ... entahlah.  Tapi haiwan juga mengerti sunnatullah ini.  InsyaAllah. 

Hingga ketemu lagi ... minggu depan?


Kesian Zana

Assalamualaikum dan salam sejahtera.

Apa khabar anda? Semoga sihat ceria selalu :)

Err ... belum sampai lagi ke posting terakhir la ... nak tulis sikit je ni.

Zara Zana melepek kat pintu rumah kami.  Betul-betul depan pintu.  Ada kesan-kesan nanah kemerah-merahan di atas lantai.  Saya arahkan Hurilain letak tuala terpakai di situ, tetapi Zana tidak sudi rupanya berehat di atas kain itu.  Dia berpindah ke depan tingkap pula, tetapi kiranya masih juga di depan pintu rumah.


Suami pun dah tak kisah.  Saya yang kisah.

"Bang, kita bawak Zana gi klinik?"  Sambil bertanya sambil mohon dia sudi membawa Zana.  Err ... kucing ni bukan kami bela pun.  Tapi ada nama pulak, kan ... Alah, bagi nama cantik la sikit.  Dulu masa sebelum ke Brunei, dia sudah bergelanggang di persekitaran rumah kami.  Sempat juga beranak beberapa ekor.  Hanya seekor sahaja yang hidup sampai sekarang, dan si anak tu pun dah beranak jugak.  Tapi nampaknya dia muncul sesekali sahaja, kerana tak mahu bersaing dengan ibunya barangkali.

Saya kurang minat kepada Zana ni.  Nak tau kenapa?  Sungguhpun saya memang peminat kucing (tapi bukan peminat tegar) dan mudah jatuh sayang kepada haiwan manja ini, tapi Zana selalu membuatkan kemarahan saya naik meninggi.  Dia ni macam kucing jantan.  Boleh tanda area dia dengan memancutkan air kencing, macam kucing jantan lagaknya.  Area pilihan dia tu kat dalam rumah pulak tu ... adaka?? Cuba anda fikir ... patut ke tak patut saya jadi marah kepada Zana ni?

Patut!!!

Mula-mula suami saya tak percaya.  Tapi sempat saya ajak dia melihat sama perlakuan si Zana ni, haa ... barulah percaya.  Iyalah, jarang amat kucing betina menanda kawasan macam tu.  Dia tak payah nak angkat kaki pun.  Cukup dengan angkat ekor kontotnya tu aje.  Masalahnya, rumah saya ni ada dua pintu sliding yang sentiasa dibuka untuk mendapatkan udara dan pencahayaan.  Kalau bertutup aje, lemas makcik rasanya ... berkuap dan terkurung ...

Jadi, bila dah tau peel Zana macam tu, kena la tutup gak pintu tu.  Tapi dia pun cerdik juga.  Masih sempat masuk dan bagi tanda baru kat dinding dalam rumah.  Grrrr ... gerammmm je.

Itu sahaja kesalahan Zana pun.  Lain-lain ok.  Mulut tak bising.  Dia bersuara sekali dua aje kalau nak minta makan.  Garang pun garang jugak.  Kucing jantan lain naik seram dengan dia ni.  Kalau ada yang menceroboh, dah tu tak menarik minat dia, memang kena kejar. 

Untuk makluman, memang tak ada kucing yang dibenarkan bermalam di dalam rumah kami.  Siang hari pun sebenarnya sentiasa menjadi istana larangan buat kucing-kucing.  Tapi ada juga yang tunjuk aksi manja meliuk lentok nak masuk dalam rumah.  Biasanya Zana, anaknya dan seekor lagi yang bernama Putih dapat peluang keemasan berada di dalam rumah ketika mak dan abah saya datang dari kampung.  Kalau tak sentiasa berada di dalam rumahpun, paling tidak mereka ni tetap berkesempatan beberapa ketika golek-golek senang hati sekejap.

Ketika kami ke Brunei, kucing-kucing mendatang yang sudah dicop sebagai kucing kami oleh jiran-jiran (cop tak iktiraf hehe ...) dibela oleh jiran sebelah, Cikgu Eja.  Tapi tak berapa lama kemudian, kami dapat perkhabaran kucing-kucing itu telah dihantar oleh Cikgu Eja ke kantin sekolah tempat dia mengajar.  Kiranya sekolah Hidayat jugak la tu.  Hmm ... rasa kesian juga.  Tapi mungkin itulah langkah yang terbaik, kerana kucing yang tak bertuan (walaupun kami ni bukanlah sungguh-sungguh menjadi tuan mereka ni).  Berak merata-rata, tentu orang tak suka.  Tapi saya tau, Cikgu Eja sangat penyayang kepada kucing.  Saya beberapa kali senyap-senyap melihat Cikgu Eja mencium-cium cucu Zana yang diperanakkan di tempat kasutnya.  Huh, lagi dasat rasa sayang cikgu ni kat kucing.  Masa tu dia sedang mengandung tu ...  (Alhamdulillah, kini anak sulung Cikgu Eja sudah pun berumur hampir dua tahun, sihat, cerdik dan cergas.  Insyirah namanya.) 

Sambung cerita balik.

Tup tup bila balik sini dua bulan lepas, tengok-tengok Zana muncul di dapur kami.  Anaknya pun ada sama.  Laa ... rupanya Putih aje yang dah sampai ke sekolah.  Mungkin Zana dan anaknya tu tak dapat ditangkap dek Cikgu Eja.

Saya yang masih teringat perangai lama Zana dulu, masih ada lagi saki-baki geram tu.  Tapi nampaknya Zana tak mencuba langsung untuk masuk ke dalam rumah melalui mana-mana pintu sliding. Anaknya pun begitu.  Ok, perkembangan yang menggembirakan saya.

Cuma, kami balik dah dekat nak puasa.  Masa bulan puasa, time makan Zana sama la dengan time kami berbuka puasa.  Tapi dia tak pulak bersahur sama.  Jenguk kat belakang dapur, dia tak ada pun.  Mungkin tidur di mana-mana.  Hurilain yang paling rajin memberi Zana makan.  Bagusla tu, cuma kekadang lebih-lebih la pulak, nak bagi Zana makan sebelum orang makan ...

Lepas tu kami balik kampung hampir dua minggu.  Waktu ini, hampir 90 peratus penghuni taman kami juga pulang ke kampung masing-masing.  Tapi macam dulu-dulu, kami tak risau langsung tentang Zana.  Pandailah dia cari makan tu ... Oh ya, dia penangkap burung yang hebat juga, tau!


Dan kisah sedih Zana bermula sekembalinya kami dari kampung.  Dia kelihatan monyok dan tak meminta makanan.  Tempat dia menyorok adalah di bawah kerusi di belakang rumah.  Kekadang saya nampak dia masuk ke bawah meja di luar pintu sliding.  Lama-kelamaan Hurilain mula risau dan cemas.  Katanya Zana tak nak makan walaupun dia letakkan nasi yang dah digaul dengan ikan di hadapan mukanya.

Semenjak itulah ... hingga saat ini.  Zana semakin uzur.  Tubuhnya berbau.  Dia menghabiskan masa berbaring betul-betul di hadapan pintu kami keluar-masuk.  Ada kesan-kesan lelehan dari tubuhnya di lantai.  Saya tak pasti bahagian mana yang sakit.  Tetapi nampaknya seperti ada jangkitan di mulut atau di mata. Keadaannya semakin tak terurus.  Kurus dan tidak lagi menyikat bulunya.  Bulu hitam putih itu menjadi kusut dan berdebu.  Rasa simpati mula membuak-buak.

Tadi siang, hari panas.  Saya mengambil keputusan memandikan Zana dengan air suam bersama sabun dettol.  Saya, Hurilain dan Hanessa masing-masing menyarung tangan kiri dan kanan dengan sarung tangan plastik.  Saya tidak benarkan mereka menyentuh Zana.  Semuanya saya lakukan sendiri.  Zana hanya diam menyerah.  Dia sangat kurus dan lemah.

Saya lap kedua-dua matanya yang diselaputi tahi mata tebal berwarna hitam dengan tisu basah.  Kedua belah tangannya yang comot juga saya bersihkan.  Melihat dia tidak meronta, terus saya sabun badannya dan jirus dengan air paip.  Sepanjang masa bibir saya tak putus membaca Bismillah dan berselawat ke atas Rasulullah SAW.  Saya tak berniat nak menganiaya Zana.  Saya hanya ingin membersihkan dia, dan membantu dia sihat semula.  Selebihnya saya berserah kepada Allah jua.

Sebelum itu saya sudah siapkan sedikit air susu di dalam bekas, siap dengan syringe yang saya minta kepada Encik Hanafi melalui suami.  (En.Hanafi kawan baik suami, juga pengerusi Taman Sijangkang Permai 1).  Paginya saya sudah ke kedai menjual ikan dan pelbagai peralatan memancing di Sijangkang Jaya, tetapi tokeh kedai itu sudah tidak menjual susu kucing lagi. 

"Tak laku, tak ada orang beli."  katanya.


Saya yakin, stok susu kucing yang dia ada tiga tahun lepas itu sayalah yang membelinya, agaknya.  Tokeh peramah itu menyarankan saya membawa kucing sakit ke klinik haiwan kerajaan di Jenjarum.  Tapi dia memberitahu, saya mungkin perlu menunggu lama sehingga mencecah dua jam untuk mendapatkan rawatan untuk kucing.

"Ramai olang bawak kucing anjing sakit ooo ... sebab sana mulah.  Kalau pergi klinik swasta, ratus-ratus kena bayar."  katanya lagi, ramah.

Saya ucapkan terima kasih.  Dalam hati saya mencongak-congak.  Sekiranya saya pergi sekarang, memang tak wajar.  Urusan rumahtangga saya akan terbengkalai.  Hidayat akan pulang dari sekolah dalam dua jam lagi.  Tambahan pula saya mungkin akan menunggu dua jam pula di klinik itu.  Dan Jenjarum agak jauh juga dari kediaman saya.

Esok Jumaat, hari 1 Malaysia bersekali dengan sambutan kemerdekaan.  Bermakna saya dan Zana perlu menunggu sekurang-kurangnya tiga hari untuk ke klinik itu.

Ya Allah, semoga Zana masih mampu bertahan.  Mungkin hari Isnin saya boleh membawa Zana pagi-pagi lagi ke klinik itu.

Sambung balik cerita mandi tadi.

Lepas bersihkan badan Zana dari sabun, saya balut dia dengan kain terpakai dan gunakan pengering rambut untuk mengeringkan bulunya.  Cuaca yang panas terik sama membantu mengeringkan tubuh Zana.  Saya tak mahu dia menggigil kesejukan nanti.  Semasa membersihkan mukanya, saya lihat gusinya bernanah.  Beberapa batang gigi seperti sudah tiada, yang jelas adalah gusi gigi taringnya yang sudah dijangkiti kuman.  Mungkin itulah yang menjadi penyebab Zana enggan makan.  Dia sakit gusi!

Kasihan amat kepada Zana.  Saya titiskan air susu ke dalam mulutnya yang sedia ternganga sedikit demi sedikit.  Kelihatan dia menelan dengan perlahan.  Sesekali dia bersuara, entah memberitahu apa.

Kemudian dia saya masukkan ke dalam kotak, beralaskan kain terpakai.  Jam tiga setengah petang tadi, saya berikan lagi sedikit air susu.  Petang tadi, saya jenguk lagi untuk memberi air masak pula.  Keadaan Zana kelihatan amat teruk.  Hanya perutnya yang turun naik menandakan dia masih bernyawa.  Posisi kepalanya pun sungguh menyentuh hati, seperti dia sudah tidak sedarkan diri gayanya.  Saya tak sampai hati untuk menyentuh tubuhnya mahupun mengalihkan kedudukan kepalanya.  Saya bimbang semakin menyakiti dia.

Serta-merta saya terhimbau kenangan pandangan terakhir arwah kakak saya ... Aduhai!  Di saat-saat terakhirnya, kakak sudah tidak membuka mata lagi.  Hanya sekali dia menjawab panggilan ibu, yang memanggil namanya.  Hingga akhirnya arwah kakak pergi meninggalkan alam fana ini menjelang waktu Subuh tiga tahun lepas, setelah ibu menyedari tiada lagi degupan nadi di pergelangan tangannya.  Al Fatihah buat sekian kali, untuk arwah kekanda Norliza Hassan.  Semoga rohnya sentiasa dicucuri rahmat Allah dan ditempatkan bersama orang-orang yang beriman.  Ameen.

Saat ini saya tinggal berdua bersama Hurilain.  Budak perempuan ni agak penakut orangnya.  Tadi semasa kami solat Isyak berjemaah, ada bunyi aneh di luar.  Seperti bunyi tongkat orang tua sedang berjalan, atau sebarang bunyi yang tak biasa muncul.  Selepas memberi salam, matanya meliar memandang arah ke pintu.

"Mama! Bunyi apa tu?" tanyanya cemas.

Saya ... err ... tiba-tiba rasa semacam. Ah gara-gara pertanyaan yang semacam tu.  Saya naik cuak pula.  Walhal saya dah bercadang nak menjenguk Zana di dalam kotak usai solat.  Bimbang ada semut, dan melihat keadaannya.

Saya memarahi Hurilain.  Saya menyuruhnya diam, dan terus berdoa.  Saya isyaratkan dia turut menadah tangan mengaminkan doa yang saya baca.  Dia akur, tetapi matanya masih liar memandang-mandang arah luar.  Dinding rumah kami ada deretan kaca yang boleh nampak bayang-bayang objek di luar.  Huh, karang nampak apa-apa padan muka! 

Akhirnya hingga waktu ini, sudah hampir jam 12, saya belum lagi menjenguk Zana.  Suami saya bersama Hidayat dan Hanessa juga belum pulang dari Shah Alam.  Kasihan Zana.  InsyaAllah sebentar lagi ketika mereka sudah sampai, kau akan kujenguk sebentar.

Semoga Zana masih kuat bertahan dan dapat diberikan rawatan pada Isnin nanti.  Seandainya tidak, pergilah kau Zana.  Semoga itu lebih baik untuk seekor kucing yang terlantar sakit macam kau ni.  Rasanya nak makan pun lepas ni dah susah, sebab gigi dah rosak.  Aku hanya dapat berbuat sekadarnya untuk membantu kau.  Perlakuan kau yang lepas-lepas tu dulu aku dah maafkan.  Bau dan warna pun dah tak ada dah, dah bersih.  Lagipun tak baik simpan dendam.  Mula-mula kau muncul lepas aku balik sini tu, cuak juga.  Tapi kau macam dah bertaubat je.  Dah tak de tanda-tanda area lagi dah.  Agaknya semua kucing-kucing kat sini dah maklum yang kawasan rumah aku ni kau yang punya.  Iyalah ...

Cuma aku pelik sikit la Zana.  Biasanya kucing kalau dah tiba masanya, akan pergi jauh dari rumah.  Tapi kau ni lain pulak.  Lagi kau standby kat depan pintu rumah aku.  Semalam ketika kau masih agak gagah, kau dengan terhoyong-hayang dah mula melangkah nak masuk ke dalam rumah pulak.  Napa ek?  Aku kurang faham sikit.  Sebab selama ni rasanya kucing aku tak de yang mati depan mata, melainkan hari tu aku tergelek anak kucing.  Arghhh .... apasal dia duduk kat tayar kereta tu?  Aku terus undur terus pergi ambik Hidayat kat sekolah.  Suami yang perasan ada bunyi meletup terus bagi signal supaya aku jangan tengok apa-apa.

"Anak kucing kena gelek."  Tu je dia cakap dengan coolnya.

Huaaaa ... makcik tak pernah gelek kucing tau!  Apa-apapun, anak kucing tu baru sampai ntah dari mana ntah.  Dah tu degil pulak.  Dah dialih dari bertenggek atas tayar tu, rupanya duduk jugak kat situ tanpa pengetahuan.  Hmm ... itulah takdir namanya barangkali.  Hanya Allah yang Maha Mengetahui.  Balik dari ambil Hidayat, anak kucing yang langsung tak dapat diselamatkan lagi tu dah selamat dikebumikan oleh suami yang cool di ... err ... di mana ntah ... Pokoknya dah selamat.  Hanya hati ini yang tak keruan beberapa ketika.  Terbayang-bayang dia menggeletek kesakitan.  Aduhaiiii ... tak sengaja tak sengaja tak sengaja!!!!!!!  Selama ni dengar orang tergelek anak kucing kesayangan la, kali tu sampai masa diri sendiri yang terbuat sama.  Namun mujurlah bukan tergelek anak sendiri. Itu lagi haru.  Ya Allah, selamatkanlah anak-anakku dari musibah dan fitnah akhir zaman.  Ameen.

Okaylah, berhenti dulu.  Dah pun 12.10am.  Jap lagi diorang balik, nak tengok Zana jap.  Kesiannnnn ...

P/s:  Nama asal dia ialah Zara ... tapi atas nasihat ustaz Aizat yang mengajar budak-budak ni mengaji, maka ditukar kepada Zana.  :)

Wassalam.




Tuesday, September 13, 2011

kek lembap yang enak

Dalam pada nak 'menyepi' dari dunia blog, tiba-tiba saya teringat kepada permintaan beberapa teman di FB.  (FB lagi! ...)

Alah, masa saya begitu sibuk dengan dunia FB raya hari tu, kan ke saya ada posting tentang keenakan kek lembap coklat yang saya bikin di kampung, seterusnya di rumah menggunakan alat penyukat yang betul. 

Semasa buat makan-makan sikit kat rumah Rabu lepas, juga saya hidangkan dua buku kek lembap yang bertopping cantik dengan taburan coklat rice.  Nak kata sekelip mata, nipu la pulak.  Namun yang pasti, kedua-dua kek itu yang tidak diletakkan di meja hidangan utama, tetap habis licin.  Tak perlulah saya ceritakan gelagat kanak-kanak yang mengambil berulang kali, suami memberitahu ada teman yang mengambil penuh sepiring dan menyuap dengan berselera.  Alhamdulillah, memang dibikin untuk menjamu tetamu.  Saya hanya menjamah secubit potongan terakhir yang paling kecil, ketika tetamu telah beredar.  Alah, yang baki-baki tu la ...

Tadi siang sudah saya hantar resepi kek itu ke rumah seorang jiran yang rajin ke dapur.  Dia dah meminta beberapa kali, tetapi saya tak berkesempatan lagi hendak menyalinnya.  Sampailah makcik tu macam merajuk pulak, barulah saya tergesa-gesa mencari masa menulis resepi itu dan terus menghantar ke pintu rumahnya.   Semoga beliau gembira dan "ha, nanti buatla ya..." kata saya tadi.  Nanti hantar le sikit kat taman sebelah, sambung saya dalam hati.  Tersengih aje dia. 

Tak mau la rakan FB merajuk sama, kan.  Jadi mesti disegerakan menulisnya.  Dalam hati, ingin saya sertakan sama resepi Kek Lembap Filipina yang pernah saya buat 14 tahun lepas semasa tinggal di Brunei.  Sama  juga, laku keras, macam kata orang kedai buku.  Masa tu saya tabut macam-macam kat atas kek, berwarna-warni, sebab dibikin untuk Naqib yang masih kecil.  Masalahnya, itulah ... bila nak pakai tak jumpa pulak resepi tu.  Ntah kat mana terselitnya.  Hihhh, geram la pulak.  Rasa-rasanya macam ada je kat tempat yang mudah-mudah, sebab saya memang jaga resepi tu.  Iyalah, saya memang peminat moist choc cake.

Jadi, bila cari-cari-cari tak jumpa, tak ada rezeki la nak berkongsi dengan anda.  Tanpa melengahkan masa, saya catatkan resepi terbaru yang lebih mudah ini. 

KEK LEMBAP COKLAT

Bahan-bahan: 2 biji telur, 1 cawan minyak masak, 1 cawan gula pasir/kastor, 1 cawan gula perang.

Bahan A: 1 sudu kecil perasa vanila, 11/2 cawan susu segar perisa coklat, 1/2 cawan air, 2 sudu kecil nescaffe.

Bahan B:  2 sudu kecil sodium bikarbonat, 1 sudu kecil baking powder, 1/2 cawan serbuk koko, 2 cawan tepung gandum ~ diayak.

Topping:  1/2 cawan koko Van Houten, 1/2 cawan susu pekat, 1 sudu besar minyak masak.  ~ semua bahan ini dimasak di dalam periuk dengan api kecil sehingga sebati.

Cara:  Telur dipukul sehingga kembang, kemudian masukkan gula dan pukul lagi.  Kemudian masukkan minyak masak diikuti dengan bahan B berselang seli dengan bahan A.  Setelah adunan sebati, bakar dengan suhu 170 degree selama 1 jam.  Letak topping apabila kek sudah sejuk.

Terima kasih kepada pemilik blog anakku soleh.

Kalau rajin, boleh search sendiri untuk melihat berbagai gaya resepi kek lembap.  Tapi saya rasa resepi di atas adalah yang paling mudah.  Tak payah nak timbang-timbang, pada saya agak leceh.  Haa ... kek lembap Filipina tu (entah ngapa ada nama Filipina, tak tau la.  Agaknya auntie atau chef dari sana yang mula-mula bikin kot, dan saya pun dah lupa kat mana saya jumpa resepi ni, dah lama dah mak long oii ...) guna putih telur aje.  Lepas tu bahannya kena timbang-timbang.  Kek di atas tu, guna je dua biji telur, tak payah nak asing-asing.  Ia menggunakan minyak jagung, dan tidak menggunakan gula perang.  Sedap juga ... :))  Nanti kalau saya terjumpa balik resepi kek Filipina tu, insyaAllah saya posting kat sini.  Bolehlah anda cuba jugak, kan. 

Tapi saya rasa-rasa, daya penarik nombor wahid tang kek tu, ialah taburan coklat rice yang mewah di atasnya dengan lelehan topping coklat yang slruppp ... sungguh mengiurkan.  Keduanya tentulah rasa kek itu sendiri, yang tidak terlalu manis dan ada rasa pahit koko bercampur dengan rasa nescaffe.  Err ... cubalah buat ye, dan bagi la testimoni sendiri.  Hmm ... saya dah cadang-cadang nak buat dua buku kek Jumaat ini.  Sebiji untuk jamuan hari raya taman kediaman, dan sebuku lagi nak dibawa ke rumah adik ipar yang buat majlis yang sama di rumahnya pada Sabtu esoknya.  InsyaAllah.  Yang syoknya, suami saya pulak suruh buat 3-4 biji kek.  Wah,  dia memang tak memuji.  Tapi berkias la tu, tanda memang memang memang sedap hehe ...  Cikgu kelas Hanessa sudah mengirimkan nota kecil mengabarkan majlis jamuan raya pada Isnin ini.  Nak kena buat kek jugak tu ... tentu kembang hati si kecil ini nanti hehe ... 


Okay, panjang sikit mencecer.  Jumpa lagi minggu depan, insyaAllah.  Psst ... Fauzita and gengs, cuba jangan tak cuba ... :))

semoga anda sihat ...

Assalamualaikum dan salam sejahtera.

Semoga anda semua sihat walafiat, gembira dan sentiasa di dalam ketenangan, dengan iman yang semakin mantap dan ketaqwaan yang semakin meningkat.  InsyaAllah. 

Semoga kita semua beroleh pimpinan Allah untuk mengikut jalanNya yang satu, jalan menuju kejayaan dunia dan akhirat.

Semoga kita masuk golongan orang-orang yang dikurniakan takdir terbaik, menerima taufik dan hidayah Allah untuk mengamalkan sunnah nabi Shallallahu alaihi wassalam.



Semoga kita tidak mencari helah dan alasan untuk berbuat seperti yang diperintahkan Allah, dan semoga kita sentiasa memohon keampunan di atas ketidakupayaan kita.


Semoga silaturrahim yang diredhai Allah terjalin dengan hati yang suci dan keikhlasan, selamat dari kemurkaanNya, sehingga boleh menjadi sebab kita dipimpin ke pintu syurga kerana bertemu dan berpisahnya dua jiwa yang semata-mata kerana mencintai Allah.

Mungkin ini entri terakhir saya, wallahu'alam.  Saya ada sesuatu untuk dikongsikan, tetapi hati saya tidak ghairah untuk merakamkannya di sini. 

Hmm ... sekadarnya saja.

Saya memikirkan bolak-balik, sebab-musabab saya berkesempatan menerima status sebagai blogger.  Maka, buat sementara, saya meletakkan entri ini sebagai entri terakhir buat masa ini.  (Mana la tau, tiba-tiba esok lusa tulat langkat, beberapa entri muncul berderet-deret ... ah sudah!  cakap tak serupa bikin jadinya).  Maafkan saya sekiranya itu terjadi.  Kata orang, biarlah cakap berlapik.  Sayang juga kepada blog ini. 

Ingin berehat sebentar.  Rehat dari kelajuan alam maya yang bagai tak terkejar.  Mungkin fasa diri sudah berubah lagi. 

Oh ya, saya baru menemui channel Radio Islam Nusantara, dan saya sukakannya.  Nur Islam (RTB) masih dibuka untuk mendengar Kuliah Mufti setiap jam 7.30 pagi.  Sekiranya anda tercari-cari siaran untuk telinga sekaligus untuk hati dan minda, bolehlah anda search Radio Islam Nusantara ini. Selamat mendengar dengan telinga dan hati.

Hmm ... facebook juga membosankan.  Log in, kekadang klik 'home' dan macam-macam ada, yang berguna dan yang sebaliknya.  Betul-betul tempat manusia meluahkan segala.  Sebulan dua lepas, wah, saya aktif betul di FB.  Buat biskut biru pun post kat fb ... nak balik kg pun post gak.  Ish ish ish ... satu hal yang saya rasa ingin memberi penghargaan kepada Fb ialah apabila saya bertemu tiga kawan sekolah semasa hari raya.  Seronok la jumpa kawan-kawan, terkenang balik masa sekolah dulu.  Ada beberapa orang yang beri jawapan akan hadir tak muncul pulak, dan ada pula yang rupa-rupanya menunggu panggilan telefon (sebab tru fb je, senior, tak pernah jumpa muka), adoii ... lupa betul nak return call.  Tu dia, terjeritlah kakak tu kat fb bila dah balik dari kampung, kempunan nak jumpa katanya ... hehehe.

Juga group masturat, wanita-wanita yang peramah, periang dan selalu ingat-mengingatkan.  Tapi itupun saya tukang baca senyap aje ... kekadang aje menyampuk ...

Uhh ... banyak pulak ...  hmm ... insyaAllah saya benar-benar menyimpan azam untuk menjauhkan diri dari berFB dan berblog.  Semoga masa yang ada ini dapat saya gunakan untuk membaiki diri dan meningkatkan amal.  Makanya, kalau ada post kat FB tu, mungkin saya mengigau sekejap.  Dan kalau ada entri di blog ini, err ... tiba-tiba saya fikir mungkin satu minggu satu entri pun ok la kot.  Apa yang menarik untuk dikongsikan?  Anda boleh ziarah ke isuhangat, atau layarminda2 ... macam-macam lagi ... janji rajin blogwalking.  Pesanan saya, pilihlah blog-blog yang bermanfaat, semoga dapat mengaut ilmu yang memberi kebaikan.  Agar masa yang digunakan untuk ziarah itu tidak sia-sia, dan bacaan anda pun tidak sia-sia pula.  Ada imbalan jangka panjang.  Bukan untuk suka-suka dan seronok-seronok (escapism) yang sementara aje, sampai jadi ketagih pulak. 

Saya pula ada banyak alasan untuk tidak blogwalking ... uhhh.  Maafkan saya, tapi blog layarminda yang baru saya temui secara tak sengaja ni, memang menarik. 

Sekianlah dahulu, semoga bertemu lagi minggu hadapan ... err ...
Semoga esok masih ada untuk kita, insyaAllah.  Semoga kita semua beroleh taufik dan hidayahNya.  Ameen ameen ameen ... banyakkan doa doa doa.  Semoga doa yang baik diameenkan oleh para malaikat dan dikabulkan Allah cepat atau lambat, di sini atau di sana.  Ameennnnnnn ya Rabbal alameen.

Tuesday, September 6, 2011

dapat duit raya

Salam Aidilfitri buat anda semua.  Saya mohon maaf zahir batin di atas salah silap terlanjur kata terkasar bahasa dan sebagainya.  Sesama la kita ya ...

Masih tak ada mood nak menulis sebenarnya.  Tapi cuba juga la tulis sikit, bagi update blog ni.

Jadual raya kami sekeluarga berjalan lancar, alhamdulillah.  Gembira dan ceria.  Dapat buat kek lembap coklat yang diambil resepinya dari internet, terima kasih kat ... oh dukacita terlupa pulak nama blognya ... nanti kendian check.  Resepi ni mudah, dibandingkan dengan resepi pertama saya 15 tahun dulu, tapi tetap lembap dan sedap.  Saya memang peminat kek lembap.  Letak dalam peti ais berjam-jam pun tak keras atau kering.  Anda pun suka?  Nanti boleh cuba, memang best!  Nak resepi, boleh request kat saya, ewah hehe ...   Kek yang mewah dengan topping coklat dan taburan coklat rice tu nampaknya disukai ramai, ada permintaan untuk dibikin lagi ... Nanti kena try bakar dalam mikrowave pulak nih!  Insyaallah mudah-mudahan menjadi :))

Juga happy sebab lemang abang buat menjadi dan enak bangat dong!  Ada yang kata, makan lemang tu je pun dah sedap tak payah cicah rendang.  Daun pisangnya muda, dan tak ada kerak langsung, sebab abang berdiang sama kat api tu lebih 3 jam.  Alhamdulillah, semoga dia sihat dan gagah lagi nak membuat lemang di beberapa tahun akan datang, ameen ...  Err apa dia?  Nak menempah?  Silakan, tapi info awal-awal sikit je, boleh kami budget buluh lemang, pulut, santan dan daun pisangnya :)) 

Kali ni dapat beli hati lembu dan paru secukupnya.  Maka rendang kami di kampung mewah dengan ketulan hati lembu dan paru, sampai tercari-cari pulak ketulan daging di celah-celahnya.  Kalau selalunya, kami tercari-cari hati dan paru ... sesekali terbalik pulak.  Tak mengapalah, yang pasti raya kedua semua rendang licin, baik yang ditinggalkan di kampung mahupun yang dibawa ke Batu Anam.  Alhamdulillah.  Oh ya, rendang dan lemang tu, kelapanya diimport dari Batu Anam juga.  Terima kasih kepada mak abah mertuaku.  Mujur masakan orang Johor kurang menggunakan santan, kalau tak segan juga nak mengangkut 20 biji kelapa balik negeri sebab kelapa semakin kurang di kampung.

Tiga Syawal, Khamis, ada makan-makan sikit sambil jemput kawan-kawan kami berdua.  Seronok jumpa kawan lama yang dah terpisah sebaik je habis sekolah.  Sha dah slim, dulu dia bulat sikit (hehe jangan marah Sha!), Maria pulak maintain je, sebab dulu pun dia kurus tinggi.  Dah petang, tetamu terakhir muncul, Kak Eton (kawan sekelas abang) dan Ayu pulak tiba.  Kalau tengok jawapan kat fb hari tu, ada lagi yang nak datang tapi mungkinlah di minit-minit terakhir ada keperluan lain pulak.  Tak mengapalah, sekurang-kurangnya tiga orang kawan sekolah rendah saya sudi datang memenuhi jemputan.  TERIMA KASIH AYA, SHA DAN AYU.   InsyaAllah tahun depan kita bertemu lagi, mudah-mudahan lebih ramai akan menyertai. 

Biskut biru tu?  Ha ha ha ... memang biru mulut orang yang makannya.  Ye lahhh, tahun depan saya tukar warna lain pulak la.  Cadang-cadangnya warna pink, bentuk love dan letak manik sebiji.  Mesti Hanessa suka sangat.  Warna mulut jadi pink?  Tak kisah la tu. 

Tapi kakak ipar saya yang kuat komen tu kata (yang bagi saya duit raya tu la ...), "Napa ko letak warna biru?  Orang tak pakai dah kaler-kaler ni.  Orang warna plain je.  Pot pet pot pet ..." 

Sabar je la dengan makngah sorang ni.  Saya masih tertanya-tanya pasal duit raya tu.  Rasa-rasanya dulu pun macam pernah dapat, tapi tak pasti sangat pulak.  Apa-apa pun, alhamdulillah, sebab itu tandanya orang sayang kat saya hehehe ... Laa ... bila skrol ke atas, rupanya kisah saya dapat duit raya tu dah kena padam ... patutlah macam tak kena je.  Haah, saya dapat duit raya dari kakak ipar saya yang seorang tu.  Anak-anak sedara panggil dia mak ngah Ana.  Orangnya direct je kalau menegur, dia pun mengaku macam tu.  Tapi saya ok je dengan dia.  Saya pinjam oven dia, mula-mula buat biskut chipsmore.  Lepas tu balik kampung pakai oven mak yang Butterfly tu buat kek lembap.  Balik Batu Anam semula pada raya kedua, pinjam lagi oven Kak Ana buat kek tu jugak. 

Dia kata, "Nak wat apa ko buat kek, kang tak de orang nak makan. Kat dalam peti ais tu menimbun kek sapa nak makan tu?" 

Biasa la makngah-makngah macam tu la ... mak saya pun makngah jugak ... sama stail lebih kurang sikit je.  Hmm ... saya agak-agak makngah Ana tak sempat nak rasa kek saya tu.  Alhamdulillah, kalau tak menjawab la sebab rajin sangat pulak nak bikin kek raya kali ni hehehe ...

Masa nak balik Sijangkang, tengah kemas-kemas kain baju dan beg-beg, tiba-tiba Kak Ana hulur RM50, "Nah, duit raya ko." 

Wah, saya pun terkejut sakan bercampur baur dengan seronok dan haru.  Ish ish ish tak sangka ada yang sudi bagi duit raya kat aku lagi ! He he he ... alhamdulillah.  Tapi memang betullah, agaknya inilah salah satu rezeki yang tak disangka-sangka yang dijanjikan oleh Allah, syukur alhamdulillah sekali lagi.  Dan tak disangka-sangka juga, saya jumpa buku tentang permasalahan haidh yang memang dah lama berhajat nak membelinya sejak di Brunei lagi, di rumah Syakirin kawan Naqib di Segamat.  Dapatlah saya gunakan duit raya tu dengan sedikit tambahan untuk membayar dua buah buku yang dijual oleh bapa Syakirin.  Alhamdulillah.


12.32am.  Waktu untuk tidur.  Bersambung lagi, insyaAllah. 






Wednesday, August 24, 2011

Selamat Hari Lahir ke 8, Hidayat!

napa nangis?

Uwaaa ...!!!!!

Mama: "Napa?  Napa?  Napa???"

Uwaaa ...!!!!

Hidayat: "Ko napa ha budak???

Uwaaa ...!!!!!!!

Kakak: "Dah! Dah! Jangan nangis kuat-kuat.  Karang kena amuk sume ni" (kerling ke luar)

Uwaaa ...!!!!!  Nak megi goreng!

Mama: "Oooo ... adik tengok kawan-kawan makan megi ya?"

Angguk-angguk.  Cemik.  Perasaan tersangat sayu.

Mama: "Bang, kedai bukak lagi tak?"  Jam dinding sudah hampir 10 malam.

...

Mama: "Haa, cam ni.  Esok mama datang masa rehat bawak megi goreng ya."

Geleng.  Enggan.  Cemik.

Mama: "Tak pe la.  Kalau buat pagi esok, pun makan masa rehat gak.  Nanti pagi sok, mama beli megi kat kedai, masak masak masak lepas tu bawak gi sekolah."

Angguk-angguk.

Tiba-tiba, Uwaaa ...!!!!!!!

Kakak: "Eh, napa?  Nangis lagi?"

Hidayat: "Diamlah budak!"

Mama: "Eh sabarlah!  Kita tanya napa dia nangis lagi."

Mama kawan-kawan Adik datang hari-hari kat sekolah masa rehat ...

Ohhhh alamak.  Aduhhssss!


Sambung buat biskut biru

acuan asal biskut susu.  warna tetap biru. macam keras je kan.  tapi ia rangup dan cair dalam mulut gitu.  nak kena adjust marjerin lagi ni agaknya, biar lembap dan lembut sikit, bukan lembik.
 Sejarahnya macam ni ~ mula-mula teringin nak ajak anak-anak dara saya buat biskut.  Dah bertahun-tahun tak buat biskut.  Seingat saya, pertama dan terakhir kali buat biskut sejak dah kahwin ialah semasa Naqib berumur setahun lebih.  Saya buat biskut tepung kastard bersama-sama Saidah (maid) masa tinggal di Sengkurong dulu.  Bayangkan dah berapa lama, Naqib pun dah nak masuk 15 tahun sekarang.  Tempat putar kek dan segala peralatan bikin biskut dan kek masih tersimpan rapi, angkut setiap kali pindah.

Yang paling mengesankan, bila buat biskut walaupun mudah je resepinya, budak-budak yang datang suka makan.  Siap puji-puji lagi, sedapppp ...  Biskut kastard dulu tu saya jumpa resepinya kat kotak tepung tu jugak, dan ternyata memang sedap dan mudah.  Masih ingat Aiman dan Wani puji biskut saya hehe ...

Kali ni mood yang sama datang kembali.  Tentu mereka seronok buat biskut, fikir saya.  Kemahiran menggentel tepung dah ada, sebab selalu main playdoh yang macam-macam warna tu.  Apa kata kita gunakan kemahiran tu kat biskut pulak ya.  Biskut boleh makan, playdoh tak boleh makan ...

Buah tangan dari sekolah sempena hari raya ni, kot.  Terima kasih.  Dulu tak pernah dapat macam ni.  Entah dapat lain kot, dah tak ingat ...
  Err tersesat pulak gambar-gambar yang tak berkaitan langsung.  Dah terselit celah gambar biskut, masukkan ajelah.  Ini gambar Hanessa bersama hamper dari sekolahnya.


aik, gambar bapak Hanessa pulak!  Kaki posing gak gamaknya ...

Nak hantar Hidayat ke sekolah ugama.

 Hanessa sedang dalam proses nak menerap biskut.  Kalau ikut resepi, biskut ni gentel bulat-bulat aje.  Nak bagi seronok lebih, saya cari acuan dalam almari.  Wah, memang makin teruja dia.  Kakaknya pun sama.  Still blue!
 Mula-mula testing aje sepeket.  Lepas tu rasa macam sedap, bolehlah tambah lagi.  Lepas tu tengok pewarna biru ada banyak, kena la buat lagi.  Kalau tak entah bila nak sambung, lama-lama pewarna tu expired pulak.  Jadi, memang kena beli tepung lebih sikit dan buat lebih-lebih, boleh la bawak balik kampung.  Kampung ada tiga ya, jangan lupa. 

Abang tarik kangkung darat kat depan sana nun, segar.

yang bulat-bulat tu 1 batch.  yang kiri tu guna acuan kuih tart.

baru keluar dari mikrowave, tapi dah tinggal empat je ... sapa punya angkara nih?

Ada lagi satu acuan, kecik sikit.  Tukang terap dua orang, tapi acuan tak cukup.  Jadi kena la pakai apa yang ada.  Bila keluar dari mikrowave, yang kecik sikit tu macam kuning hangus.  Laa ... baru teringat pesanan manual, supaya pastikan saiz biskut mesti sama, jarak antara satu sama lain pun sama supaya masak rata.  Ni tak, satu tray acuan biskut besar satu lagi acuan kecik.  Gasaklah ...

Ada empat peket tepung lagi!  Budak dua orang ni macam dah boring je pulak.  Macamana ni?  Apakah makcik akan bertapa sorang-sorang di dapur selepas ini??

Esok Naqib balik dari madrasah.  Cadangnya nak buat surprise, nak buat kek lembap coklat, nak pakai resepi baru dapat dari blog Ummu Solehah tu.  Ia macam resepi kek lembap Filipina tu jugak, tapi agak mudah.  Sebab tak ada kena putar putih telur, masuk je telur semua.  Insyaallah, kejutan yang tak mengejutkan, sebab budak perempuan dua orang ni dah maklum dah.

Ya Allah, bantulah daku mengusaikan semua ini.  Sembuhkanlah sakit kat bahu kiriku ini.  Mudah-mudahan dapat le bawak balik biskut susu biru ni ke kampung.  Yeehaa, tak pernah-pernah bawak balik biskut buatan sendiri ... apakah biskut susu biru ni akan mendapat sambutan nanti?  Wallahualam.

Monday, August 22, 2011

Secebis kisah

(Semalam)
Achoo!
Achoooo!!
Achoooommmmm!!!
Alhamdulillah.
Waduh ... tak berhenti saya terbersin sejak pagi tadi.  Siap dengan air hidung yang jernih meleleh sepanjang masa.  Perlahan-lahan ada denyutan di pelipis.  Tapi, tak ada pulak rasa nak demam.  Mungkin askar-askar antibodi saya sedang berjuang melawan serangan di dalam badan.  Yeah, teruskan perjuangan, saya mesti sembuh segera.  Kalut rasanya srooot srooot srootttt semasa solat.  Mengaji pun terhenti-henti dek bersin berselang seli dengan mengelap hidung.


Ya Allah, sembuhkanlah daku dan kembalikanlah kesihatanku yang baik.  Ampunilah dosa-dosaku dan jadikanlah aku orang yang sabar.  Berikanlah daku hidayah untuk mengikut jalan yang Engkau redhai.  Amiin.

Dalam pada melayan hidung dan bersin, saya juga melayan FB.  Di Masturat, saya temui seorang Muslimah blogger yang memiliki blog menarik sekali dan penuh dengan pengisian bermanfaat.  Seorang surirumah yang berpendidikan tinggi.  Baru memiliki dua cahayamata, tentu dia seorang yang masih muda.  Dan saya melekat di blog itu, sambil melayan hidung dan bersin. 

Achoooommm!!!

***
(Hari ini)
Acho!
Bersin dah slow.  Hingus air hidung pun dah hampir kering.  Alhamdulillah.  Tapi mata masih berair, macam orang menangis.  Anak-anak pun musykil je, bila pandang mata mamanya yang basah, nak nak masa bersalam selepas solat.  Masing-masing pakat tanya dengan wajah risau dan siap ambilkan tuala, "Mama nangis ke?"  Tu soalan yang jarang-jarang ditanya tapi kekadang boleh pecah rahsia mama.  Oooo tu time hati rusuh, termenangis la hehe ... 

Bila terasa agak kurang fit macam ni, saya kurang mood nak mengadap laptop.  Ambil buku yang terhenti dua hari lepas, dan mula membaca dengan santai.  Wah, susah juga nak membaca dengan airmata yang meleleh gini.  Cik abang pulak spend time membaca e-novel dari blog Tuan Kadi Kluang yang baru dijumpainya entah bagaimana.  Bukan main tekun lagi, tak sangka pulak begitu hebat tarikan novel Tuan Kadi tu.  Saya tumpang baca sesikit aje.  Katanya kisah benar.  Kisah percintaan penjual burger dan gadis pujaannya yang dihalang oleh keluarga.  Lum habis lagi tu, kata suami saya.  Dia pun masuk group bloggers yang ternanti-nantikan ending cerita benar tu hehe ...

Kawan - Hijjaz. Sambil tulis sambil dengar halwa telinga.  Tiba-tiba ...

"Ma, nak nasi lagi!"

Dah dua kali saya cedokkan nasi untuk Hanessa, ni nak lagi?  Aikk!!  Nasi kosong curah kuah asam rebus ikan kembung.  Kuah aje tu! 

Jangan naik badan macam kakak dan abang kamu, sudahlah!  Naqib dan Hurilain mula datang selera makan seusia 9 tahun gitu.  Nampak gaya, nak kena kontrol sikit Hidayat dan Hanessa ni.  Bulan puasa ni, boleh tahan juga selera masing-masing.  Kalau era Naqib dan Hurilain dulu, atok Segamat memang suka benar melihat cucu-cucu yang balik sesekali ke kampung, makan bertambah-tambah.  Atok masak asam pedas ikan mayong memang kelasss gitu.  Dan diorang pun makan siap hirup-hirup kuah lagi.  Kalau sampai tengah malam ke sana pun disuruh mentong, cari apa yang ada kat dapur. 

Itu zaman atok Leha masih gagah.  Sekarang ni, dengarnya abah beli aje lauk kat kedai.  Makannya berdua.  Kalau masak pun tak berbaloi.  Kakak ipar yang kerja Giant tu, dah tentu makan kat luar.  Balik tengah malam dah penat.  Mungkin mungkin kalau dia offday, barulah berasap dapur agaknya. 

Raya balik kampung mana, tanya Sal kat shoutmix.
Sebenarnya saya bersyukur sangat sebab cik abang awal-awal dah dapat memahami keadaan bini dia ni.  Anak tunggal.  Mesti la balik kampung saya dulu.  Tapi ada juga kes terpencil yang nangis-nangis dulu masa bincang nak balik kampung.  Bukan nak pilih balik kampung mana dulu, tapi nak tetapkan berapa malam kat kampung saya dan berapa malam pulak kat kampung dia.  Tak kira hari berbuka puasa dan bersahur di Segamat dulu, baru balik kampung saya pulak.  Yang susah sikit saya nak tolerate ialah apabila dia beria-ia nak balik sana pada hari raya pertama tu juga.  Walaupun balik awal, sempatlah berbuka puasa dan bersahur dengan mak, tapi saya tak sampai hati nak tinggalkan mak sorang-sorang dengan uwan pada petang raya pertama tu.  Bayangkan, lepas hiruk-pikuk dengan cucu-cucu dia, lepas tu senyap satu rumah.  Meleleh air mata beb!

Alhamdulillah, lepas mak kawin dengan abah yang sama tarikh dengan Siti Nurhaliza & Datuk K tu, anak-anak mak pun dah bertambah (pakej all in one ~ suami & anak menanti cucu).   Beban perasaan saya semasa hari raya pun jadi berkurangan, sebab mak tetap sibuk dikunjungi oleh keluarga anak-anak tirinya selepas kami pulang ke Segamat.  Sibuk mak berlarutan melayan tetamu selepas abah dilantik menjawat Datuk Semaharaja Suku Mungkal, datuk-datuk dan cik puan-cik puan pula berkunjung ke rumah.   Saya makin lega, tapi kasihan pula pada mak sebab terpaksa melayan tetamu sorang-sorang.  Pokoknya mak tak sedih sangat bila cucu-cucunya hilang dari pandangan. 

Lagi best, semenjak adik-adik ipar saya bernikah, masing-masing sama-sama plan balik Segamat biasanya pada raya kedua atau ketiga.  Makanya, kalau kami balik petang raya, lum ada sesiapa kat rumah tu melainkan mak abah dan kakak ipar aje.  Ikut adat, datang awal kena balik awal, sebab ikut jadual seterusnya kat Sijangkang pulak.  Jadi, kalau nak beramai-ramai riuh-rendah kat rumah tu, lebih baik balik raya kedua aje.  Itupun tujuan suami saya, nak bergaul-gaul dengan adik-beradiknya dan tengok perangai anak-anak sedara yang kecoh-kecoh.

Sudah jam 11 malam.  Sehingga ketemu lagi.  Secebis kisah Jurnal Naqhuhines.  Ach achh achoMM!




Hantar kad raya ke SRMA Seria

Akhirnya kad raya yang dikirimkan sampai ke penerimaan Cikgu Dayang Lily Rabizah, guru besar Sekolah Rendah Muhammad Alam, Seria.  Beliau memaklumkannya semalam di wall saya di FB.

Lily Rabizah Hj Ibrahim Salam, Puan Mazuin... I just received ur SHR card from ur kids... so terharu di atas ingatan the kids... We miss them too... Thank u 4 the lovely card ... Sampaikan salam peluk cium we all to the kids...13 hours ago · · 1 person 

Saya pun rasa terharu uhhuuu ... tarik nafas panjang ... sekolah yang cool di pekan yang cool dengan langit yang biru, dan kenalan yang baik-baik belaka.  :( cedih pulak rasanya.

Catatan pada hari mengepos kad tersebut;

Hari ni hari mengepos kad raya.  Semalam, saya  membantu anak-anak membuat kad raya untuk dihantar kepada cikgu dan kawan-kawan di Seria.  Sebenarnya, idea dari saya, dan saya juga yang lebih-lebih membuatnya, ohh ...  Bukan apa, tiba-tiba baru tersedar dah 11 hari kita berpuasa.  Minggu hadapan sekolah kat sana dah cuti (kot).  Pagi semalam, saya menerima sms daripada Mil, wanita Kadazan yang tinggal sama sebumbung tu.  Dia bertanya khabar dan memberitahu anaknya Steward sudah menyambung persekolahan semula di sekolah lamanya di Limbang.  Kemudian saya tumpang guna hp suami (rate 011 rendah) untuk menaliponnya.  Okey la, hampir 10 minit bercakap baru RM3 sahaja. Dari dialah saya mengetahui sekolah di sana akan bercuti minggu hadapan.

Inilah rupanya kad raya yang dibikin sendiri tu.

nak cepat punya pasal, main gunting aje huruf dari akhbar dan majalah.  Hanessa tanya, corak apa ni?  Abstrak ... sebenarnya hantam keromo aje le, tapi macam menarik gak hehe ...

saya dan Hurilain mereka empat buat pantun untuk ditampal di kad ini.  Hias sikit dengan tampalan love dari beg kertas Hanessa yang dikorbankan sebelum dia balik dari sekolah.  Kalau dia dah balik karang tak dapat nak ambik love tu.  Beg kertas tu pemberian cikgu dia yang diisi dengan teddy bear putih, yang diberikan semasa kami nak ke Brunei tahun lepas.  Kalau simpan je karang buat umpan anai-anai lagi, ohh makcik tak sanggup!!!

semuanya main tampal-tampal aje.  Saya cadangkan Hidayat dan Hanessa salin serangkap pantun dan Hurilain tulis yang selebihnya, hmm ... akhirnya makcik jugak yang tolong sudahkan.  Dah siap!  Akhir sekali kertas A4 yang sudah siap lubang untuk binding ni saya satukan menggunakan tali.  

Haa, inile pantun yang direka tu.  Err amacam, okey ke?

Ke rumah panjang berehat dan makan,
Jangan lupa baca Bismillah;
    Selamat Hari Raya kami ucapkan,
    Maafkan segala silap dan salah.

(* rumah panjang = dewan terbuka untuk pelajar makan semasa waktu rehat)

Namanya Sekolah Rendah Muhammad Alam,
Cikgu Dayang Rabizah guru besarnya;
    Dua purnama sudah meninggalkan Negara Brunei Darussalam,
    Masih ingat cikgu dan kawan semua.

Ke Pantai Lumut memasang pukat,
Ikan dicari tanpa jemu;
    Doa cikgu doa yang berkat,
    Titipkan nama kami dalam doamu.

Pagi Jumaat ke pasar tamu,
Membeli sekilo buah delima;
    Wahai cikgu, terima kasih atas tunjuk ajarmu,
    Akan diingat selama-lama.

(* pasar tamu di Seria setiap hari Jumaat, macam-macam ada)

Laa lupa pulak nak ambik gambar sampul suratnya.  Sampul biasa yang ditampal kertas A4 berwarna merah dan dihias dengan tampalan bunga bersama lebah berwarna kuning.  Ketika akan dipos pagi tadi, sampul itu sudah penuh dengan tampalan bentuk hati besar dan kecil, Hurilain dan Hanessa punya kerja.  Hidayat?  Hurmm ... dia menulis di kad untuk Cikgu Ikhwan dan kawan-kawan di kelas 1 Ba Sekolah Ugama Anak Puteri Rashidah Saadatul Bolkiah.  Tapi apabila diminta menulis rangkap pantun, aduhai ... dia menulisnya seperti menulis karangan, tak ada rangkap.  Taulah saya, hatinya melekat ke pc, main games la tu!  Iya tak ya jugak, dia tengah main games saya minta berhenti dan menulis kad raya hehe ...  Penyudahnya, makcik jugak yang sudahkan ...

Dan pagi tadi sebelum jam 10, beberapa kad sudah diposkan di Mini Post Sijangkang.  Mak oii ...  rupa-rupanya setem untuk pos dalam negeri dah naik sekali ganda menjadi 60 sen, tahun lepas dah naik harga.  Ke luar negara pula RM1, yang ni saya tak pasti tapi rasanya naik gak la tu.  Dan kad raya bikinan sendiri tu kena timbang dan dikenakan setem RM3.70.  Setahun sekali, okey la tu.  Alamat kawan-kawan dalam simpanan pun tak banyak.  Yang ada hanya nombor telefon.  Jadi hantar kepada dua tiga orang kawan-kawan yang ada alamat lengkap, termasuklah kepada KDYM Sultan Haji Hassanal Bolkiah.  Tahun ni kali pertama saya menulis kad raya untuk Baginda Sultan menggunakan nama sendiri.  Tahun-tahun sudah, suami sahaja yang rajin menghantar.  Dan Baginda Sultan pun tak pernah miss membalasnya.  Terima kasih ke bawah Duli Tuanku di atas kesudian membalas :).



Search This Blog

Blog Archive

Rakan Blog

cinta hingga Firdaus

Lilypie Angel and Memorial tickers
Lilypie Kids Birthday tickers Lilypie Kids Birthday tickers Lilypie Kids Birthday tickers Lilypie Kids Birthday tickers

Terima kasih :)

utamakan Bahasa Melayu

utamakan Bahasa Melayu

Pantai Lumut

Pantai Lumut

Pantai Mersing

Pantai Mersing