As salam.
Hari ini jam 8.30 AM, saya sudah sampai di rumah Kak Ti sekali lagi. Mahu menyertai Norlyn yang akan pulang terus ke Malaysia dan rakan-rakan baru lain belajar buat laksam dengan Kak Ti. Hurilain suka laksam. Saya pun suka. Tambahan kata abah Naqhuhines, pergi la dapatkan ilmu buat laksam. Dan laksam Kak Ti memang sedap, kuahnya tu!
Pagi sebaik sahaja kembali dari menghantar Hidayat dan Hanessa ke sekolah, saya buka tudung saji yang dikecek dari Kak Leha di rumah lama di Lumut tu, dan lihat sandwic roti berinti jem anggur masih banyak di dalam tray. Pagi ini saya merasmikan sandwic maker yang baru dibeli kelmarin malam, bersama penyedut habuk hampagas. Dah lama teringinkan sandwic maker, tapi bila nak beli je mula la rasa macam tak perlu dan tak penting. Malam kelmarin tu tunjuk-tunjuk je benda tu kat abah Naqhuhines, dia terus suruh ambil. Dan akhirnya sampai juga hajat nak buat sandwic guna peralatan tu pagi ni, cuma ... budak-budak tu cubit-cubit je sikit. Ishh ...
Sambung balik ... saya pun potong-potong sandwic tu letak dalam tray bersama reja-reja tepi roti. Godak susu Everyday dengan air suam (lupa nak beli susu cair atau susu segar, tapi ok je susu tepung ni). Godak dua biji telur ayam dengan gula. Godak pula tepung kastard dengan air. Campur semua ke dalam tray dan biarkan roti tu kembang dalam 15 minit. Oven saya panaskan. Terpaksa guna sudu untuk putar timer sebab knob dah pecah kepanasan. Agak-agak je la nampaknya. Tabur kismis dan sedikit gula pasir di atas roti dan masukkan ke dalam oven.
Dalam resepi tu kata 20 minit je dengan suhu 180 degre. Saya rasa dah terset 30 minit, ok lagi la kot. Dan saya pun masuk ke bilik bersiap diri dan berdandan seadanya. Tukar baju tu, pakai baju ni pulak. Ok dah siap. Mari kita tengok puding roti tu, tentu dah masak dan boleh bawak gi rumah Kak Ti. Jeng jeng jeng ... dari jauh dah nampak puding roti saya. Tapi awat warna hitam???
Ohhhh ... mesti dah terlebih 10 minit ni. Terpaksa la kensel bawak puding roti sebagai buah tangan. Tapi bahagian bawah kerak hangus tu masih enak dong! Selepas makan malam, puding roti tu selesai oleh anak-anak, alhamdulillah dan ada permintaan untuk esok pulak. :)
Kini kami sedang dalam proses menyesuaikan diri tinggal di penempatan baru ini. Ia seperti penginapan antarabangsa, dengan pemastautin dari India, Filipina dan kami sendiri dari Malaysia. Juga ada sekeluarga bangsa Iban dan Cina tempatan. Hidayat dan Hanessa mula belajar bertegur-sapa dengan mereka. Dan mata saya selalu dijegilkan kepada Hurilain yang kadang-kadang selamba terlupa memakai tudung ketika keluar. Bab aurat perlu lebih berhati-hati kerana dua bilik air di ruang terbuka di dapur yang besar.
Hari ini saya membeli 20 ketul ayam yang dimasukkan ke dalam pes beriani yang sudah dibikin oleh abah Naqhuhines hampir dua bulan lepas. Setiap pintu dihulurkan ketulan ayam beriani mengikut bilangan ahlinya, kecuali Mr.Tony yang tidak mahu menerima kerana sudah mahu keluar. Semoga ini dapat menjadi satu wadah untuk mengeratkan perhubungan kami dengan penghuni lain di sini.
Kembali menjadi perantau di negara orang, kami berperasaan seperti musafir. Berbeda dengan mendiami negara sendiri, di tempat tanah tumpah darah. Bersama leluhur dan kaum keluarga. Di sini setiap kali mahu membeli sesuatu, segera teringat pesanan mak agar usah membeli macam-macam. Kerana dia tahu sangat sikap perfectionist anak menantunya dalam melengkapkan keperluan. Sebenarnya target sudah bertukar. Di awal perkahwinan, semangat mahu melengkapkan rumahtangga berkobar-kobar. Tetapi kini, rumahtangga semakin matang dan ada perkara-perkara lain yang lebih afdal diutamakan.
* Sedang menyiapkan bab 4 novel Sakinah. Alhamdulillah tiga bab pertama sudah selesai. Semoga ada sesuatu yang boleh dikongsikan melalui novel ini bersama pembaca nanti, dan semoga ada kebaikannya untuk diri saya sendiri, kaum keluarga dan pembacanya juga. Insyaallah.
Apabila hati bersuara, ia adalah bisikan paling halus dari sudut hati yang paling tersembunyi. Tiada sesiapa mengetahui melainkan Allah Taala yang Maha Seni. Lalu hanya kepada Allah aku berserah diri. Ya Allah, kurniakan daku takdir yang baik di dunia ini dan takdir yang baik juga di akhirat nanti. اللهحم امين
Bismillah
Monday, March 7, 2011
Wednesday, March 2, 2011
Hadir yang pertama
As salam.
F13, rumah nombor 4.
“Mana ni? Salah nombor kot.” Saya berpusing-pusing beberapa kali, mana mungkin tuan rumah tersilap nombor rumahnya sendiri. Ishh!
Masuk lagi ke lorong yang sama dan alhamdulillah akhirnya tiba di perkarangan rumah Kak Ti. Inilah rumah yang dari kejauhan sudah terlihat tadi, tetapi tak menyangka pun ia rumah Kak Ti.
Hampir 10 buah kereta pelbagai jenis bersusun lebih kurang di jalan tar hitam menyusur ke pintu rumah Kak Ti. Saya menjenjeng beg plastik berisi tiga jenis kuih yang dibeli di klinik Seria sebentar tadi ~ tempat paling mudah nak beli kuih. Tanpa mematikan enjin, saya meluru ke dalam klinik memeluk beg sandang (tak sempat nak sandang), dan kabel headphone laptop (dengar Nur Islam dari hp) bergulung di tangan bersama telefon bimbit. Huh, looks complicated this woman! Tapi pasti ada wanita lain yang lebih complicated dari dia ni.
Sudah pun jam 9. Majlis ilmu tentu sudah bermula. Saya tiba di pintu masuk banglo setingkat yang sedikit renggang itu hampir jam 9.30 pagi. Telinga menangkap suara-suara wanita tanpa mengecam buah butirnya. Arghh ... saya terlupa memberi salam di luar pintu. Mata pula terpaku kepada meja bulat dengan pasu besar yang menyambut sebaik sahaja saya meloloskan diri di celah pintu putih itu. Lupa ... lupa ... masyaAllah.
Wanita-wanita dalam 10 orang mendongak memandang saya sekilas. Saya terus duduk di sisi wanita paling hampir. Mereka membuat bulatan bujur, dan seorang wanita muda berwajah kacukan sedang memberikan pengisian. Terkulat-kulat. Wanita di sisi menoleh lalu saya hulurkan tangan untuk bersalaman. Kemudian saya duduk senyap, memasang telinga. Kelihatan majlis ini tidak terganggu dengan kehadiran makcik yang lambat setengah jam. Alhamdulillah.
Beberapa ketika kemudian, seorang wanita berjubah dan bertudung labuh serba hijau pucuk pisang pula mengambil alih majlis. Ohh dia Kak Ti rupanya. Bertemu di waktu malam tempohari, membuatkan saya tidak cam wajahnya. Lantas Kak Ti memperkenalkan saya secara ringkas kepada tetamu yang lain.
Kak Ti meneruskan dengan tazkirahnya. Laptop yang tersedia ditekan, dan muncul slide demi slide dengan tajuk Fiqh Ad-Din, iaitu tajuk pengisian semenjak beberapa minggu ini untuk refreshing dan memberikan saya gambaran sepintas lalu apa yang telah mereka bincangkan. Antaranya adalah hadis 40 dari Imam Nawawi, dari Saidina Umar r.a. berkenaan kedatangan Jibril ke majlis Rasulullah SAW sehingga bertemu lutut dan bertanyakan tentang Islam, Iman dan Ihsan kepada baginda SAW. Hadis ini baru disebutkan oleh juruhebah Nur Islam ketika saya dalam perjalanan tadi.
Hati mula rasa terikat. Terpikat. Terpesona juga ada.
Seketika, majlis pun disudahi dengan Ummul Kitab dan surah Al-Asr. Wanita di sisi saya yang aktif bersuara di dalam perbincangan tazkirah tadi menoleh dan berbicara kepada saya. Saya amati seketika. Ohh patutlah macam pernah tengok tahi lalat besar di batang hidungnya itu. Dialah Kak Hawa, ibu kepada Hussein dan Ali yang memperkenalkan Muhammad Naqib kepada ayah mereka tempohari. Saya telah pun ke rumahnya, ada saya catatkan dalam entri sebelum ini. Tetapi kali ini hilang daya pengecaman saya terhadapnya. Kami terlalu hampir duduk bersebelahan, dan dia memakai pakaian serba hitam. Hari tu, saya melihatnya dari hadapan. Ada meja di tengah-tengah kami. Dan dia memakai tudung labuh berwarna ungu berbaju kurung. Berbeza benar penampilannya kali ini.
Alhamdulillah, Allah mengizinkan saya menghadirkan diri ke majlis ilmu ini. Kata Kak Ti yang teramat iras dengan Kak Ina ( jiran sebumbung di rumah Sijangkang tapi telah berpindah ke Batu Pahat), kelas ilmu akan diadakan setiap hari Rabu jam 9 pagi. Dia lalu menjemput saya agar mengikuti majlis ilmu ini, yang saya terima dengan lapang dada dan hati terbuka. InsyaAllah, inilah yang saya cari-cari selama ini.
Teringat pesanan My Akak tersayang semasa kami bakal berangkat ke sini setahun yang lepas ~ agar berusaha membaiki diri dan mendekatkan diri kepada Allah. Walau hampir setahun berada di sini, dengan kenalan lama semuanya berada jauh di Bandar Seri Begawan, tanpa disangka-sangka anak-anak ~ Muhammad Naqib, Hussein dan Ali ~ telah menjadi asbab pertemuan kami dengan muslimah dari tanahair. Betul kata abah Naqhuhines; ada ramai warga Malaysia di kawasan kami tinggal, hanya belum diizinkan oleh Allah. Akhirnya bertemu jua, alhamdulillah.
Kini, jadual hidup saya semakin terisi. Menunaikan kewajiban menguruskan waktu untuk diri, suami dan anak-anak. Sedikit untuk menulis novel Sakinah. Sedikit untuk majlis ilmu setiap Rabu dan Ahad (insyaAllah bersama Kak Hawa pula).
.
.
.
.
.
.
HAHHH??
Oh Tuhanku, dah 12.30!! Nak ambil Hidayat dan Hanessa di sekolahhhhh ...
Noktah.
Sambungan ~ Perpustakaan Seria yang teramat sejukkk ...
Kesempatan mengikuti usrah hanya semasa di ITM Melaka dulu. Bersama Kak Yan, Raihan, Zam dan Hisan. Serta usrah dalam Kelab ADASI. Di UKM, tak ada masa untuk berusrah. Pun hanya seketika di kolej. Selebihnya mendiami rumah sewa sebelum menangguhkan pengajian atas alasan kesihatan (Nephrotic Syndrome, dan keguguran tiga bulan kandungan).
Alhamdulillah. Semoga hijrah kali ini lebih besar manfaatnya untuk kami sekeluarga. Bukan sahaja manfaat duniawi, bahkan yang lebih utama adalah untuk ruh ukhrawi.
* Tanpa sebab tidak akan ada akibat.
* Terlebih baik menghidupkan jiwa dan menerangi hati dengan cahaya Illahi, jauh lebih baik daripada pesona duniawi yang hanya sementara ini.
* Perlu memandang hidup dengan konsep yang benar yang diajarkan oleh Allah dan RasulNya. Semua itu sudah disediakan di dalam kitab al-Quran dan diiringi dengan sunnah baginda Rasul.
Marilah keluar daripada kelompok orang-orang yang rugi dan leka. Berhijrah kepada golongan yang sentiasa mengingati Allah, sentiasa membaiki diri; takutkan balasan neraka dan mengharapkan ganjaran syurga.
Hidupkan hati dengan iman. Segarkan hati, jangan biarkan ia kosong dan sunyi dari ingatan dan rindu kepada Allah. Marilah ... sementara masih ada kesempatan dan masa untuk berbuat demikian. Dikhabarkan malaikat Israfil sudah duduk bersila dan meletakkan trompet sangkakala di bibirnya, sekadar menunggu perintah Allah untuk meniup sekuat-kuatnya di suatu Jumaat.
Apabila tiba ketika itu, sudah tidak berguna pernyataan iman ...
Wassalam.
Tuesday, March 1, 2011
Ain jadi MP
Allahuakhbar, mengantuknya mata! Lagi duduk di pekan Seria, lagi lembab coverage hingga sempat jadi tenggiling terlelap sambil duduk mengadap laptop tempohari.
As salam.
Saya baru mahu melangkah keluar pagar untuk menjemput Hidayat dan Hanessa, sudah jam 12.32 PM. Sampai di sekolah tentu anak-anak sekolah sudah bertebaran dan kereta ibu bapa sudah berderetan mengambil anak masing-masing. Tiba-tiba ekor mata menangkap susuk Hurilain dari celah-celah rimbunan pohon di sepanjang pagar rumah. Anak gadis saya yang hitam manis muncul dengan wajah berseri-seri. Terus dia memberi salam dan menghulurkan tangan bersalaman. Kemudian dihulur pula sepucuk surat berwarna coklat, "Ma, Ain jadi MP!!" katanya dengan senyuman lebar di bibir.
Surat itu saya belek. Ada tulisan Urusan Kerajaan Kebawah Duli Yang Maha Mulia di atasnya, tanda ini adalah surat rasmi. Surat itu bertajuk Lantikan Sebagai Majlis Pelajar Sesi 2011/2012.
'Yang Mulia,
Dayang Amirah Huril'Ain Binti Hasmeon
Tahun 7E
Maktab Anthony Abell
Dengan penuh hormat dan sukacita dimaklumkan bahawa Dayang telah dilantik sebagai Komiti Disiplin / Rondaan, Majlis Pelajar sesi 2011/2012. ...' antara bunyi pembukaan surat ini.
"Tahniahhh!" ujar saya pula. Nampaknya hasrat Hurilain mahu menjadi komiti Majlis Pelajar telah tercapai. Khabarnya hanya dua pelajar dari Darjah 7 yang terpilih, termasuk dia.
Hujung minggu lepas, dia memberitahu begini; "Mama, nama Ain tak ada dalam short list MP." Nadanya seperti orang kecewa. Saya hanya menyabarkan. Katanya lagi menyambung, "Harap-harap nama Ain ada la dalam senarai panjang MP ...", dengan nada sangat mengharap. Tak faham lagi makna senarai pendek-senarai panjang. "Tentulah nama Ain ada dalam senarai panjang ..." sahut saya, rasa gelihati. Mujur dia tak merajuk melihat saya tergelak.
Dia memilih komiti disiplin, mengikut saranan si abah yang dengan bangga mengulang nostalgianya di zaman persekolahan dulu menjadi AJK Disiplin di STS Segamat. "Cikgu pun minta abah selesaikan masalah pelajar. Pelajar Cina yang samseng pun gerun dengan abah." Tak baik, ujub tu tau. Kisah lamaaa ...
Saya memikirkan mengapa si hitam manis saya ini mahu menyertai MP? Mahu glamourkah dia? Mahu menonjolkan dirikah dia? Atau dia sudah mula memupuk jati diri dalam barisan kepimpinan? Atau dia memang bercita-cita tinggi? Atau apa?? Saya tertanya-tanya.
Dia ada bercerita kisahnya membawa aduan tentang pelajar nakal kepada guru disiplin tempohari. Dia juga menceritakan dialog-dialog bersama cikgu-cikgunya, baik di sekolah pagi mahupun di sekolah petang. Mmm ... nampaknya seperti dia lebih matang, lebih menonjol dan berani ke depan berbanding rakan-rakannya yang lain. Alhamdulillah, semoga Allah sentiasa menunjuki si hitam manis ini kepada kebaikan dan keredhaanNya.
Terdetik pula kebimbangan andai rencana saya bakal tergugat nanti. Mungkinkah hati si hitam manis akan tawar untuk ke madrasah tahun hadapan? Perlu istikharah terus.
Saya pun meneruskan perjalanan menuju ke sekolah.
Beberapa orang pelajar yang kelihatan sebaya dengan Hidayat menunjuk ke satu arah sambil menyebut namanya. Kelihatan Hidayat sedang terduduk di kaki lima sekolah. Nampak letih benar. Tentu dia terlalu banyak batuk di sekolah tadi. "Ma ... bawakkan beg. Tak larat la." Saya ambil beg birunya dan sandang ke bahu kanan. Hanessa sudah berada dekat pagar sekolah, mungkin tercari-cari saya pula. Dia terjerit kesukaan sebaik sahaja terpandangkan saya. Kami melintasi zebra crossing bersama-sama.
"Ma, beg Baby berat. Mama bawakkan boleh ..." kata Hanessa pula. Tanpa soal jawab, beg kuningnya saya ambil dan sandang ke bahu kiri pula. Mmm ... rugged jugak bawak dua beg sekolah biru dan kuning di kiri dan kanan bahu. Namun sekejap-sekejap mahu melorot sahaja. Saya tunduk berjalan. Anak-anak mengekor di belakang, kekadang berlari ke depan. Kami menyusuri batuan pejalan kaki berwarna merah hati menghala ke simpang kecil laluan ke rumah. Begitu banyak kereta mengensot menanti mahu masuk ke kawasan sekolah di sisi kami. Tak perlu diperdulikan. Tetapi rasanya semua memandang kami bertiga. Begitu juga di jalan kecil laluan ke rumah. Ekor mata perasan, orang dalam kereta, si emak memandang, si anak-anak di belakang memandang. Semua pandang. Pelik agaknya melihat orang berjalan kaki di sini ketika kereta berharga murah dan mudah dibeli, mudah ditukar silih berganti.
Saya pula suka hati dapat menapak ke sekolah. Hanya lima minit sekali jalan sudah sampai. Pergi balik sepuluh minit sahaja. Memang tak berbaloi nak menguruskan badan dalam sebulan. Mungkin makan setahun baru turun sedikit agaknya. "Mau ke mana Lai?" tanya seorang wanita yang agak berumur dari dalam pagar rumahnya, tatkala kami berpandangan dan saya lantas memberi salam. Alai atau Lai adalah gelaran manja untuk kanak-kanak atau orang muda di sini. Sudah beberapa kali pula saya ditegur sebegitu. Ah, membuatkan rasa muda gamaknya. "Kan mengambil anak." sahut saya. Seketika pulang, wanita yang sama menegur pula bertanya rumah kami. Dia memandu kereta, di sebelahnya ada kanak-kanak lelaki di dalam uniform coklat cair seperti Hidayat. Bertukar senyum lagi.
Cukuplah sampai di sini ... sebuah entri yang tak ada kesimpulan. Sekadar sedikit catatan. Mau tidur daa ... mata sudah kelat terpisat-pisat. Salam selamat malam. Jumpa lagi. Wassalam.

Mama jadi cikgu
As salam.
"Eiii Baby suka!!!" jeritnya sambil tertawa kecil. Dia melompat-lompat keriangan. Sebentar kemudian Hanessa duduk semula di bangku kayu bulat di sebelah saya, meminta lagi latihan seterusnya. Tengahari tadi sebaik sahaja sampai di rumah, dia mengunjukkan sekeping kertas bertaip. Rupa-rupanya kertas itu adalah surat dari sekolah menyatakan peperiksaan penilaian 1 bagi tahun 2011 akan bermula esok (hari ini baru nak bagi surat!!) beserta jadual peperiksaan. Terasa rajin, saya tiru soalan-soalan dari buku kerja Matematiknya, disalin semula dengan tangan ke atas buku kosong saiz A4. Nah, seronok sakan dia rupanya. Kami duduk di meja belajar; dia membuat latihannya dan saya membaiki bab tiga Sakinah berdasarkan pembaikan dari Sifu Az yang sudah dicopy-paste ke Words 2007.
Sekejap-sekejap dia bertanya. Tanya dan terus bertanya. Seperti tidak yakin dengan jawapannya.
"Okay, macam ni. Kita pura-pura macam kat sekolah. Mama jadi cikgu, Adik jadi murid." Saya mahu dia cuba menjawab sendiri sedaya-upayanya (sebenarnya kurang suka menggunakan perkataan 'pura-pura'). Semua latihan itu sudah dibuatnya dengan guru di sekolah. Saya hanya mahu melihat kefahamannya sahaja.
Hanessa angguk kepala. Dia mula berlagak seperti murid dan saya sebagai guru.
"Mama .. mama .. eh, cikgu! Ni macamana?"
"Syyyhhh ... kan kita pura-pura macam kat sekolah. Kalau dalam periksa mana boleh murid tanya cikgu macam ni."
Hanessa terdiam. Sudahlah tersasul, kena tegur pula dek 'cikgu' ni.
Sebenarnya saya agak terganggu kerana kosentrasi kepada bab tiga selalu diputuskan oleh gadis kecil ini. Ah, satu ketika dia akan membesar dan meninggalkan saya. Jadi apa salahnya ketika masa itu belum menjelma, saya layani sahaja kerenahnya dengan sebaik mungkin ... Lalu saya pun melayaninya lagi, "Adikkk ... " Tentu sahaja saya mahu memberikan teguran seterusnya.
"Ehh ... mana boleh panggil Adik! Mesti panggil nama!" kata gadis kecil saya. Dia sangat seronok melihat saya betul-betul berlagak seperti seorang guru tetapi sudah tersasul sama.
"Mmm ... Hanessa. Cikgu tak boleh beri jawapan. Hanessa mesti cuba jawab sendiri. Nanti, kalau salah cikgu ajar macamana nak jawab yang betul, yaaaa ..." Wahh ... saya sudah diserapi aura seorang guru yang sangat dedikasi, penyabar dan penyayang kepada anak muridnya. Pada masa yang sama ekor mata saya masih menjeling kepada skrin laptop.
Selepas satu siap, Hanessa menyuruh saya menanda jawapannya dan dicop dengan cop 'GREAT!' yang saya beli ketika Rohith belajar dengan saya dulu. Dia juga mahu saya tuliskan markah latihannya. Dia benar-benar menikmati sesi pembelajaran singkat bersama saya. Dan saya pula dapati ada banyak latihan yang kurang difahaminya. Kemudian dia mula mengerti selepas latihan yang sama di dalam buku kerja itu saya tulis semula untuk diselesaikannya.
Saya teringat petua-petua Kumang Gawai, seseorang di alam siber yang telah berkongsi pelbagai informasi berguna sekitar sepuluh tahun lepas. Ketika itu kami masih menetap di TTDI Jaya, Shah Alam. Belum ada FB dan blog.
Antara kaedah Kumang Gawai untuk menarik perhatian anak-anak agar gemarkan latihan dan pelajaran adalah dengan memberikan latihan on the spot yang ditulis sendiri. Anak-anak akan sangat menghargai penat jerih tangan anda menulis latihan untuk mereka. Anak-anak berasa dihargai dan diberikan perhatian oleh anda. Insyaallah tentu mereka akan cuba sedaya upaya menyelesaikannya, biarpun latihan itu sekadar latih tubi yang mudah. Telah pun terbukti kepada Hanessa. Cuma mungkin ada kekangan dari segi kesempatan dan masa untuk kita melakukannya selalu (biasa la tu ... alasan memang banyakkk.)
Ada banyak lagi kaedah yang dikongsikan oleh saudar Kumang Gawai, yang saya cetak dan simpan di dalam fail. Terima kasih kepada Kumang Gawai di atas informasi berguna tersebut. Semoga saudara dan keluarga sentiasa sihat dan diberkati Allah selalu.
Hidayat juga sempat saya berikan dua latihan. Tetapi dia seperti kurang sihat. Jadi dia diberi pelepasan untuk berehat awal selepas makan ubat batuk dan selesema. Semoga esok pagi Hidayat akan lebih segar dan ke sekolah seperti biasa untuk sama-sama menjalani peperiksaan bersama kawan-kawannya. InsyaAllah.
Cuma yang kurang menyeronokkan saya, ketika saya 'sibuk-sibuk' bersama Hidayat dan Hanessa, si kakak juga 'sibuk-sibuk' dengan matanya di atas tilam empuk, di dalam bilik yang dingin sambil lagu Maher Zain menjadi halwa telinganya. Amboiii ...!!! Ini sudah lebeyyyy ni! Mentang-mentang tak ada homework, study pun tidak. Mentang-mentang mama sibuk jadi cikgu sekejap, kakak sudah ambil kesempatan pula ya!
"Dah! Dah! Bangun sekarang, pergi ambil wuduk dan solat Isyak. Lepas tu kemas buku dan siapkan tempat tidur adik-adik." Satu nafas. Si kakak terkebil-kebil, terkejut separuh mamai mendengar saya menjerkahnya. Ish ish ish ... cikgu sudah jadi garang!
Saya berlalu ke meja belajar. "Tak bergerak lagi, siap!!!" kata saya memberi amaran. Sebentar kemudian ekor mata saya menangkap bayang kakak menghampiri. Dan sejenak saya mengizinkan telinga mendengar luahan hati anak gadis yang sedang menuju remaja ini tentang teman-temannya di sekolah, tentang teguran guru PE agar dia mengawal berat badannya, juga tentang seseorang yang seperti agak istimewa padanya.
Teruskan bercerita, usah sembunyikan apa-apa. Dan Hurilain terus bercerita. Hatinya menjadi lapang walaupun seketika sepasang matanya kemerahan. Tak mengapalah, teruskan bercerita. Itu semua rencah kehidupan. Kita manusia, sentiasa menjalani proses sosialisasi. Binalah jati diri sejati seorang gadis solehah yang bertakwa. Ingat Allah selalu, semoga Allah mengingatimu dan memeliharamu selalu, wahai anak.

Monday, February 28, 2011
Mak Long meninggal
Pagi ini, Isnin 28 Februari 2011 ~ sampai perkhabaran lewat talian telefon, bahawa mak long Ara telah kembali ke rahmatullah. Khabarnya sudah beberapa hari mak long kurang sihat, semenjak jamuan house warming di rumah Izun pada 12 Februari lepas.
Sudah beberapa tahun mak long menghidap barah payudara. Juga beberapa sakit lain; kencing manis, darah tinggi. Tetapi mak long masih segak. Suaranya semakin serak, tetapi dia masih terus menghisap rokok. Suatu ketika di masa mudanya, dialah satu-satunya guru mengaji dan mengajar berzanji di perkampungan tempatnya menetap. Ramai yang datang belajar dengannya.
Tidak banyak yang saya tahu mengenai ibu saudara abah Naqhuhines ini, kakak sulung kepada bonda Hajah Zaleha Sidin. Bersua juga tidak kerap. Namun di setiap kesempatan menziarahinya, mak long sangat mesra dan sentiasa mengalu-alukan kedatangan kami. Tentu dia akan bertating dulang air dan apa sahaja yang ada di dapur. Abah Naqhuhines paling gemarkan sambal tumis mak long. Sambal paling sedap dalam dunia, katanya. Sambal kacang mak long ... masak semur mak long ... apa sahaja.
Kini mak long sudah tiada. Semoga mak long tenang di alam sana. Semoga Allah Taala mencucuri rahmat ke atas roh beliau dan menempatkan beliau bersama golongan orang-orang soleh. Selepas ini tentu Kak Hanim sekeluarga akan terasa sangat kesunyian tanpa maknya. Begitu juga Abang Johar dan keluarganya. Kami pulang nanti pun tak berjumpa mak long lagi, dan tidak lagi mendengar suaranya yang serak. Abah Naqhuhines pun tak perlu singgah kedai membelikan mak long rokok ...
Tak mengapa, masa mak long sudah tiba. Tidak dapat dipinda-pinda walau sesaatpun. Kita yang tinggal, menunggu masa pula. Beringat-ingatlah selalu sementara masih diberi waktu olehNya. Bayang-bayangkan satu ketika, kita terjaga tiba-tiba, dan duduk tiba-tiba di dalam kegelapan. Sambil meneliti pakaian putih yang membungkus diri. Kita keseorangan. Maka sementara masih ada waktu diberiNya, ingatlah kepada Dia sentiasa supaya Dia ingat dan menemani kita di waktu tidak ada seorang pun yang boleh menemani kita di alam kubur nanti. InsyaAllah.
Ya Allah ya Tuhanku, tetapkanlah kaki kami semua di atas jalanMu, dan tetapkanlah kami di dalam ugamaMu. Amin.
Al-Fatihah buat Hajah Zaharah binti Sidin.

Saturday, February 26, 2011
"Cuba bau, hangit!" kata abah Naqhuhines sambil mengunjukkan lengan kirinya.
Saya hidu lengannya. Waaa ... hohoho ... memang hangit, bulu lengannya hangus disambar api tungku dapur. Hahahaha!!! Tungku itu terlalu besar untuk kuali kami yang comel. Jadi? Kena la beli kuali besar jugak!
Dapur ini sudah disamak dengan air tanah serta enam bilasan air bersih. Abah Naqhuhines melakukannya sendiri, mengambil tanah dari kebun Kak Leha. InsyaAllah selepas ini kami akan memasak dengan hati yang tenang dan lapang. Tetapi masih juga belum dapat memasak sebab kena menunggu dapur baru beli itu disambungkan kepada saluran gas bawah tanah. Buat sementara ni, nasi katok je. Atau masak nasi dan bakar telur dadar dalam oven, letak segala bawang besar, sayur-mayur dan tabur garam, lada hitam dan lada sulah.
Makan dalam dulang berlima beranak, waduhhh!!! Memang licin periuk nasi jawabnya. Hmm ... sudah sebulan sukatan beras dikurangkan dari 3 pot kepada 2 pot. Kata abah, cukup ke tak cukup ke masak je dua pot. Memang la, kalau makan dalam dulang ni empat pot pun boleh licin! Jadi, bila dah dua pot tu, ada la aksi rebut-rebut sikit nasi orang lain. Sebutir nasi pun tak tinggal, alhamdulillah. Nikmat sungguh, dan perut pun tak melampau kenyangnya.
Dan sambil-sambil tu, pesan pada anak-anak; berhenti semasa masih teringin nak makan. Susah tu, sebab macam belum kenyang lagi, tapi itulah rahsia kesihatan Rasulullah SAW. Jadi, selitkan lagi fakta sains, bahawa otak akan memberi isyarat kenyang selepas 15 minit selesai makan. Jadi, kalau semasa makan sudah mengah, selepas 15 minit kita akan dua kali mengah. Itu santak namanya, nasi sudah sampai ke dada. Mana nak letak air dan udara? Hehehe ... ambil senduk la jawabnya, senduk satu satu bagi kat orang-orang sedunia yang sedang kelaparan, petua orang tua-tua.
Alhamdulillah, hari ini rumah sudah usai sepenuhnya. Terutama ruang tamu yang lapang itu, dan kedua-dua bilik tidur. Yang paling seronok tentulah budak-budak bertiga. Saya minta abah masukkan tv ke dalam bilik mereka. Sudah ada rak tv nun jauh di atas kepala. Kalau mahu menonton, harus sambil berbaring. Astro belum dipasang lagi. Jadi mereka menonton cd sahaja. Tetapi kebanyakan masa menonton hanya selepas segala kerja sekolah selesai, atau bersama abah di waktu malam. Di ruang tamu ada radio comel yang sudah berbelas tahun umurnya tu, yang satu ketika dulu diberikan kepada arwah abah Hj.Manaf. Apabila malam, bacaan al-Quran akan berkumandang sehingga ke pagi. Di siang hari pula, Nur Islam akan menemani saya dengan pelbagai rancangan menarik seperti Kuliah Mufti, Santapan Minda, soal-jawab ugama, nasyid dan pelbagai selawat Nabi serta doa-doa.
Bahu kiri terasa sakit. Semalam petang saya mengajak anak-anak menapak ke pekan Seria. Hurilain dalam enggan (malu kononnya tu ...) mengikut juga kerana dia nak membeli stokin lagi, yang jenis ada jari-jari tu (tergelak melihat kakinya memakai stokin tu, hahaha ...). Dalam sepuluh minit sampai ke pondok telefon di Plaza Seria. Saya menelefon Muhammad Naqib seperti yang dipesannya minggu lepas semasa dia balik ke rumah sebentar dengan uwannya. Alhamdulillah, dia sihat dan ceria. Dia sedang khidmat harian waktu itu.
Pulang ke rumah, terserempak dengan gerai-gerai menjual makanan di tapak parking berbayar. Hanessa yang sudah tak tertahan kelaparan membeli kek Biskut Marie. Saya pula terliur melihat sate Hati Buyah yang disira dengan kicap hitam. Selepas menghabiskan kira-kira $11 di situ, kami menapak pulang, ketika Maghrib hampir menjelma.
Terasa ada sengal-sengal di betis kiri. 11 bulan lepas, lutut kiri saya crack. Pindah-randah macam ni, bahu kiri pula terasa sakit. Bila menapak betis kiri juga sengal. Kalau dapat urut badan, sedap ni... Tetapi telefon Mut isteri Piya (isteri salah seorang staf) tak berjawab pula, nak rasa dia mengurut macamana. Rupa-rupanya dia mengikut suaminya pulang ke Thailand. Nak urut terapi tu (yang hari tu), macam lembut sangat. Jadi? Urut sendiri je la nampaknya :).
Huhh! Sudah jam 11.51 pagi. Belum juga sempat nak membaiki bab tiga Sakinah. Tapi sebentar tadi sempat berborak dengan Nida di Yahoo! bertukar-tukar khabar. Sambil-sambil tu menulis blog pula. Mungkin petang ini akan ke perpustakaan ini lagi, bersama Hanessa. Tentu dia suka sebab dapat jumpa Adibah, dan buat bising-bising di sini hahaha ...
Jumpa lagi!

Thursday, February 24, 2011
Tidur la!
coverage lembab! sebab pakai hp barangkali. tapi nak jengah jugak. blog sastera ... blog naqhuhines ... hmm ada entri keretamayat nih! tapi ntah hapa-hapa ...
ada komen sifu. aduhh ... banyaknya kena buat pembetulan bab tiga nih. siap suruh perlbagaikan ayat lagi. adududuhhh ... macamana nak bagi puitis nih???
blog naqhuhines sunyi je. pun ntah hapa-hapa la entri semalam tu ...
.
.
.
.
.
tiba-tiba ada bunyi orang tergelak kat cuping telinga.
apa ke benda?
huhh abah budak-budak ni rupanya tengah tergelak sakan cuma tak guling-guling je ... sambil tonyoh hp dia kat mata
ada gambar bini dia sedang sujud kusyuk betul-betul atas keyboard laptop
pandangan kiri, kanan dan depan
ahhh ... mengapa bini dia boleh sujud atas keyboard laptop?????
dah la tido la kat katil ... kata dia.
takkk ... bukan apa, keretamayat ni lembab sangat. tak ada kena mengena langsung sebenarnya.
mata yang dah lembab.
.
.
.
.
.
dah la ... tidur la.

Monday, February 21, 2011
Akhirnya ke Seria juga
Hari yang sibuk. Pelbagai situasi. Pelbagai orang ditemui. Pelbagai rasa dialami.
Situasi awal pagi - bangun dan bersiap, macam hari-hari persekolahan juga walaupun hari ini hujung minggu. Goreng nasi semangkuk kecil yang dihiasi pelbagai sayuran. Kami semua menuju ke kawasan perumahan berhampiran Perpustakaan Pandan. Kalau dapat duduk di kawasan ini, setiap hari akan ke perpustakaan ini sahajalah, getus hati. Juga dekat dengan kawan-kawan baru, dan insyaallah akan lebih mudah mengikuti majlis taklim setiap dua minggu itu.
Kunjungan disambut baik. Kami diajak bersembang sambil minum air kotak. Tuan rumah tinggal bersendirian selepas suami meninggal dunia sekitar dua tahun. Anak-anak ramai semua tinggal berhampiran dan selalu menziarahinya. Rumah yang ingin disewakan juga baik cuma teramat pelik kerana ruang bilik air terlalu besar dan mesti dilalui setiap kali mahu ke ruang dapur. Ini gara-gara penambahan tanpa perancangan, atau tiada perancangan untuk keselesaan penyewa, atau juga kerana terbatas oleh reka bentuk rumah di bahagian atas. Kesimpulannya, ia kurang sesuai bagi kelamin seperti kami.
Menjelang tengahari, kami terima panggilan telefon yang masuk ke telefon bimbit yang khas digunakan semasa ke Miri sahaja. Wah, dua saat menjawab sudah ditolak $2. Patutlah mak selalu kata panggilan tak dijawab kerana abah tekan nombor 019. Hehehe ... Kemudian bersembang selama 1 jam di telefon awam dengan Muhammad Naqib yang dijemput mak dari madrasah bawa balik ke Sijangkang dengan makluman penuh pihak pengurusan di situ. Semalam petang dia menelefon mak meminta dijemput. Ada borang yang perlu diisi dan dipulangkan semula esok berkaitan zakat. Abah terus membatalkan semua urusan di kampung dan mereka bertolak ke Sijangkang jam 4 petang semalam bersama uwan juga.
Macam-macam ditanya dan diberitahu oleh Along. Dia sudah hampir menguasai sepenuhnya juz 23-30, dan akan mula menghafaz juz 22 pula. Alhamdulillah. Peperiksaan juga dilaluinya dengan baik, katanya. Juga kisah pelajar yang meninggal dunia itu, adalah kawannya. Menurut Along, jenazah telah disembahyangkan di Masjid Seri Petaling. Rezeki anak itu disembahyangkan oleh ramai jemaah yang hadir untuk solat Jumaat.
Kiriman saya minggu lepas juga telah diterima. Katanya, Chocolatos dua kotak sekejap sahaja sudah langsai dek teman-temannya dan masing-masing mahu berkirim minyak attar yang saya kirimkan untuknya itu. Lagi katanya, dia menunggu dengan penuh harapan untuk dijemput oleh Izun ke rumahnya di Kajang semasa jamuan house warming Sabtu dua minggu lepas. Dan dia juga sudah siap menunggu uwannya datang mengambilnya sebaik selesai peperiksaan tempohari.
Kasihan mendengarnya. Nak buat macamana, Along. Cik Izun silap faham dengan kata-kata kamu tentang denda tidak boleh keluar selama tiga bulan itu. Tambahan pula dia mahu menjemput kamu pada hari Jumaat, kerana pada Sabtunya itu dia sudah sangat sibuk menerima tetamu. Uwan pula, semakin sibuk menemani atuk dengan macam-macam urusan formalnya itu. Jadi, Along faham-faham sahajalah ya. Sabarrrr ... senyummmmm.
Setiap orang bercakap dengan Along. Sampai giliran Hurilain, dia turut berbual dengan onyangnya. "Onyang nangis ke?" tanyanya selepas dia memberitahu dia sayang onyang. Matanya serta-merta memerah. Lahh ... dua orang ini sudah menangis pula di talian. Mungkin onyangnya terharu mendengar bicara Hurilain. Minggu lepas katanya dia menangis tiba-tiba di sekolah ugama kerana teringatkan onyangnya. Lalu dia menjadi bahan usikan oleh ustaz dan kawan-kawan. Hmm ... saya pun rasa hiba jadinya :)
Situasi petang. Tengahari kami merasmikan oven yang dibeli tempohari. Bakar ayam seekor yang dirempahkan dengan rempah masala ~ oleh abah Naqhuhines. Selesai solat, ketika sedang berkira-kira mahu keluar, hujan turun membasahi bumi. Kami beredar juga kerana sudah ada janji untuk melihat sebuah lagi rumah di sekitar ini.
Dari kejauhan melihat rumah itu, pilu hatiku piluuuu ...! kata saya apabila ditanya oleh abah Naqhuhines. Saya jadi sangat rindu kepada rumah di Sijangkang. Dan saya teringatkan filem Ibu Mertuaku tatkala P.Ramlee dan Sarimah berpindah dari pelbagai penginapan sehingga akhirnya mereka tinggal di bawah rumah sahaja. Ketika pintu dibuka, ada bangkai tikus yang masih segar terdampar di hadapan pintu. Ada banyak barangan yang disimpan di situ, termasuk beberapa desktop tersadai berhabuk. Beberapa keping tingkap kaca sudah pecah lalu ditutup buat sementara dengan plywood. Kami menjengah hingga ke dapur. Bau berkuap hapak menerpa hidung. Saya benar-benar jadi sangat rindu kepada rumah di Sijangkang! Dari kejauhan sudah pilu, apabila berada di dalam rumah ini bertambah pilu hiba rasanya. Ditambah pula dengan cuaca begini yang kehujanan.
Hidayat asyik memberi makan dua ekor arnab berbulu tebal di dalam sangkar. Di sudut lain ada sepuluh ekor kura-kura di dalam sangkar berkunci yang berisi sedikit air.
Mungkin kawan yang mencadangkan rumah ini pun serba-salah agaknya. Tidak mengapa. Saya menetapkan hati. Keputusan mesti dibuat segera.
Usai solat Asar, saya dengan rasa kurang sabar memberitahu abah Naqhuhines. "Kita pindah jugak ke rumah tu. Kita semua sudah mind-setting semenjak datang. Budak-budak pun sudah siap-siap sekolah di Seria. Kenapa mesti kita cari rumah lain? Semua orang kata Seria kawasan paling sukar mencari rumah sewa. Bos pulak suruh kita cari sendiri lagi?"
Terbayang dua rumah yang dikunjungi tadi. Ohh ... saya amat rindu kepada rumah di Sijangkang. Di sini kami tidak memiliki dan tidak dimiliki. Kami adalah musafir.
Rupa-rupanya abah Naqhuhines juga berfikiran sama. Dan Hurilain tersenyum gembira. Dia sudah tidak sabar mahu menapak ke AAC dari rumah. Hidayat dan Hanessa juga begitu. Saya juga!
"Ok, jom kita tengok rumah bos"
"Jommm!!!" Awal pagi tadi, saya jual mahal ketika abah Naqhuhines mengajak melihat-lihat rumah itu. Fikir saya, kalau sudah tak jadi pindah ke situ maka tak ada keperluan untuk saya melihat-lihat. Bahkan saya terus mengambil kesempatan melelapkan mata hingga terlentok-lentok di dalam kereta sementara abah Naqhuhines, Hidayat dan Hanessa pergi menjenguk-jenguk.
Ternyata rumah ini jauh lebih baik daripada dua rumah tadi, juga rumah yang sedang kami diami sekarang. Jadi anak-anak akan ke sekolah berjalan kaki sahaja. Kami berada di tengah-tengah antara Sekolah Rendah Muhammad Alam dan Sekolah Ugama Pengiran Anak Puteri Saadatul Bolkiah. Dan amat hampir dengan Anthony Abell College. Ringkasnya, kami akan mendiami perumahan di tengah pekan Seria. Bermakna saya semakin hampir dengan kawan-kawan baru di Kuala Belait juga.
Dalam kepala terbayang sekiranya mak dan abah datang nanti, tentu abah akan menapak menyusuri kedai-kedai di tengah pekan Seria di pagi-pagi hari untuk mencari roti canai, macam yang selalu dibuatnya di Sijangkang.
Hanya enam tahun lagi. Seorang demi seorang akan kami usahakan menyambung pelajaran di tanahair juga. InsyaAllah. Sehingga enam tahun lagi, apabila Hanessa tamat darjah enam di sini ...
Kita semua adalah musafir di dunia ini, sebagai tempat persinggahan sementara sebelum meneruskan perjalanan ke alam yang kekal di sana. Di perantauan ini, perasaan bermusafir semakin berganda. Apa yang sangat menawan hati di sini bagi saya adalah ~ Kuliah Mufti di Nur Islam, antaranya. Juga teman-teman yang baru dikenali, terasa serasi dan sehati. InsyaAllah. Ketika hati semakin rindu kepada tanahair, perasaan kembali terubat. Kami akan pindah ke Seria, yeeeeeehhh!
Alhamdulillah, syukur kepadaMu ya Allah. Kami bermohon takdir yang baik selalu. Tetapkanlah kami di atas jalanMu dan tetapkanlah kami di dalam ugamaMu. Ameen.

Saturday, February 19, 2011
Hep! Hep!
"Hep! Hep! Jangan bising!" Kata staf perpustakaan kepada tiga anak gadis comel. Hanessa, Adibah dan seorang anak staf sendiri sedang berlari-lari di celah rak buku.
"Dibahhhh ...!" terdengar suara ayah Adibah pula, bernada amaran. Ayahnya juga merupakan staf di perpustakaan ini. Dia sedang asyik melayari internet dari laptop, bagai bersembunyi di balik desktop yang berderet itu yang masih belum diaktifkan.
Adibah memang cergas dan lincah. Suaranya tertawa tidak dikawalnya, seolah-olah dia di rumahnya sendiri. Hanessa pula, perlu diperingatkan selalu.
Di dalam kereta menuju ke perpustakaan, saya berpesan "Karang jangan bising-bising. Beritahu sama Adibah jangan jerit-jerit. Nanti auntie di situ marah. Beritahu sama Lokman juga, jangan panjat-panjat rak buku, nanti jatuh dia sakit. Kamu semua juga yang kena marah."
"Adibah tu suka jerit-jerit. Lokman tu nakal." Ada sahaja jawapannya.
Memang perlu peringatkan dia. Agar dengan itu dia akan dapat mengawal perlakuannya. Namun biasanya yang terjadi ~ lupaaaa! Dan mereka terus dengan lagak yang ceria. Terkadang perpustakaan di bahagian bawah ini seperti di nurseri yang perlu dipantau selalu.
Teringat kepada rencana akhbar yang pernah dibaca, mengenai perpustakaan mesra pengguna di negara matahari terbit ~ Jepun. Mereka mempunyai sudut khas untuk ibu bapa yang datang membawa anak-anak. Di ruang khas itu mereka boleh makan bekalan yang dibawa bersama keluarga. Mereka tidak menganggu dan tidak terganggu. Fungsi utama perpustakaan digunakan sepenuhnya untuk mendekatkan anak-anak kepada buku seterusnya mencintai ilmu.
Alangkah baiknya jika perpustakaan di Malaysia dan Brunei Darussalam ini sudi mengambil paten perpustakaan sebegitu untuk diaplikasikan. Tentu semakin meriah setiap sudut yang ada.
Sebuah harapan.

Saya mengunci semua pintu kereta. Aduhh ... kasut saya memijak rumput basah dan tanah hitam yang lembik rupanya. Terasa sedikit air meresap masuk ke kaki.
Hati menduga-duga, insyaAllah laptop saya akan selamat di bonet. Tak sesiapa tahu dan sangka, fikir saya. Tetapi hati yang sama menasihati sendiri. Usah terlalu pasrah. Eloklah saya kuncikan kenderaan ini dengan rapi dan sesudah itu bertawakkal kepada Allah. Bukankah itu lebih afdal?
Dari kejauhan mata menangkap kelibat anak-anak berpakaian t-shirt ungu hitam berlari-lari di kawasan rumah panjang (panggilan untuk tempat makan) dan kantin. Mata pun meliar memerhati puteri hati. Tiba-tiba si anak menerpa dengan senyuman lebar, selebar tangan yang mendepa luas lalu dia memeluk saya. Ada dua anak perempuan sebayanya berpegang-pegang tangan, tersenyum-senyum di belakangnya.
Saya kenal anak-anak perempuan itu. Mereka dua gadis kecil yang sama yang saya suapkan pada satu hari kelmarin. Waktu Hanessa memesan dengan sungguh-sungguh agar saya muncul di kantin bersama mee goreng segera.
"Nina dan Jenny dah kawan Adik!" katanya sungguh-sungguh ketika saya menjemputnya tengahari itu.
"Baguslah." kata saya, senang hati. Selalu dia mengadu orang itu dan orang ini tak mahu berkawan dengannya.
"Dorang kata mee mama sedap. Dorang suka. Kitorang dah macam adik-beradik, kan." mulutnya terus berbicara petah. Ceria sungguh dia.
Itu kali pertama. Nampaknya hari ini berulang lagi. Dulu mee goreng segera itu cukup banyak untuk Hanessa seorang. Dua bungkus saya siapkan untuk abangnya Hidayat juga, yang melenting-lenting entah ke mana. Jadi kerana banyak, saya fikir tak mengapa anak-anak comel ini menjamahnya sama.
Hari ini, mee goreng itu sedikit sahaja. Hanya sebungkus. Namun anak-anak ini sudah mencega saya bersama senyuman mereka yang sungguh manis itu. Demikian tulus dan jernihnya hati dan perasaan mereka terhadap saya.
Dan saya pun duduk sambil menyuapkan tiga mulut comel yang menganga, seperti anak-anak burung yang kelaparan. Ketika hampir habis, barulah Hidayat muncul di belakang saya dan berebut-rebut untuk sama disuapkan.
"Aku mahu beli air. Tetapi aku tidak ada duit." kata Nina, selesai makan. Bekas mee sudah licin tidak ada sehelai pun yang tinggal.
"Kenapa? Mamamu tidak beri wang?" tanya saya dengan loghat Brunei. Sama anak-anak hamtam aje la, cakap orang sini.
Nina mengangguk-angguk. Senyum lagi. Jenny saya renung. Dia sedang memegang sekotak air laici berwarna merah. Wajah Jenny amat mengingatkan saya kepada Wan Nawal Jamilah, anak saudara saya yang sebaya Hurilain. Ada tahi lalat di pinggir bibirnya sebelah kiri menghias wajahnya dan menambah manis senyumannya.
"Kau mahu wang?" tanya saya lagi. Orang sini tak mengira usia menggunakan 'aku-kau' berbanding 'saya-awak' untuk berinteraksi, termasuk di dalam kelas juga antara guru dan murid, macam kata Hurilain.
Nina angguk-angguk lagi. Senyuman terus terukir. Dia seperti malu-malu.
Saya buka dompet dan hulurkan wang siling 50sen ke tangannya. Dia dan Jenny segera berlari ke arah kantin. Hanessa terkinja-kinja mengekori mereka. Sebentar kemudian Nina dan Jenny muncul semula. Di tangannya ada peket plastik hirisan kentang goreng. Hanessa menonyohkan hirisan kentang goreng di tangannya kepada saya.
"Eh, kau kata mahu beli air!" kata saya. Hairan melihat anak-anak ini. Nina tertawa-tawa, separuh berjoget di hadapan saya.
Hmm anak-anak ... tetap anak-anak walau di mana berada. Namun anak-anak ini sentiasa manis dan ceria. Awal kehidupan yang selalu dihiasi pelangi indah.
Andai anda berhati gundah, hampirilah anak-anak. Tatapilah wajah mereka yang jernih tanpa dosa. Nikmatilah senyuman mereka yang penuh tulus. Mata yang bundar berkilau itu adalah hati mereka yang bersih. Tiada prasangka. Tiada duka. Tiada kecewa. Semoga anda dapat tersenyum lagi.
InsyaAllah.
Teringat kata Hanessa, "Kita dah macam anak-beranak, kan mama." Kami bertukar senyum, puas.

Thursday, February 17, 2011
Di Hening Malam
Syahdu memang syahdu. Mendayu dan menusuk kalbu. Antara beberapa lagu kegemaran saya yang sangat terhad. Kalau dengar berpuluh kali pun tak jemu rasanya.
Tak risau lagi kredit hp susut untuk melayari internet. Saya berada di Perpustakaan Seria. Jadi bolehlah upload satu dua video seperti ini. Cuma suhu di dalam ini teramat sejuk, sehingga jari-jemari menjadi kecut dan pucat. Sudahlah cuaca mendung sahaja. Sudah beberapa hari terlalu panas hingga terasa garing di dalam kereta. Tetapi masih hujan di sebelah malam bahkan semalam ia 'lebat giler'. Terkenang hujan yang menimpa atap zink rumah uwan di kampung satu ketika dulu. Kalau hujan 'lebat giler' macam tu, nak bercakap pun harus menguatkan suara melawan suara hujan. Sekarang sudah senyap sedikit kerana sudah ditukar atap ardec.
Sambil membuat pembaikan novel bab 1 Sakinah, sambil melayan lagu untuk halwa telinga. Hehehe ... memang membantu menghilangkan mengantuk dan kebosanan. Ilham pun mudah-mudahan lancar sahaja, insyaAllah dan alhamdulillah.
Ohhh ... sejuk giler!!!
Wednesday, February 16, 2011
Cerpen Alif Naik Pelamin
Alhamdulillah, setelah ia saya terlupakan, akhirnya ia diterbitkan juga.
Terima kasih buat editor Dewan Pelajar.
Ya, cerpen nukilan saya bertajuk 'Alif Naik Pelamin' kini boleh dibaca di majalah kanak-kanak Dewan Pelajar terbitan bulan Februari 2011. Cerpen ini adalah cerpen pertama saya yang dibengkelkan di blog bengkel online Sastera, di bawah tunjuk ajar dan bimbingan Sifu Az.
Ribuan terima kasih buat Sifu yang selalu memberi kata-kata perangsang, "gigih terus k!"
Sebuah cerita yang saya garap dari kehidupan seharian.
Kisah di dunia kanak-kanak yang penuh warna-warni indah yang ceria dan lucu. Mungkin ada di antara ahli keluarga anda yang pernah melalui pengalaman sedemikian rupa satu ketika kelmarin.
Selamat menjengah sebentar ke alam ceria :)
Saya dapati sangat sukar mendapatkan majalah ini di Seria bahkan Miri juga. Lebih memeranjatkan ketika teman mengatakan di sekitar Seremban juga tiada. Kakak di Puncak Alam pun demikian jua. Apa sudah jadi kepada bahagian pemasaran Dewan agaknya ... Saya pun belum baca lagi cerpen yang diterbitkan ini, dan tidak pasti sama ada ia melalui pembaikan edit lagi oleh pihak editor. Karya asli masih di dalam simpanan saya.
Sekiranya anda pun sama tak berjumpa, tunggulah saya terbitkan cerpen ini di blog pada Mac nanti, insyaAllah. :)
Sebuah kemujuran. Saya muncul di blog bimbingan itu selepas bertapa hampir tiga bulan dan memulakan semua apa yang sudah terhenti seketika. Dan tiba-tiba tanpa diduga, cerpen ini juga muncul bagai mengiringi saya hehehe ...
Syukur dipanjatkan ke hadrat Allah Subhanaha wa taala yang menyusun jadual hidup sebaiknya.

Subscribe to:
Posts (Atom)
Search This Blog
Blog Archive
Terima kasih :)
utamakan Bahasa Melayu
Pantai Lumut
Pantai Mersing