Siaran Nur Islam Radio Brunei 93.9 atau 94.9 adalah siaran kegemaran saya. Kini saya adalah pendengar setia Nur Islam terutamanya Kuliah Mufti jam 7.30 pagi dan siaran ulangannya pada 4.30 petang. Anak-anak perlu tunggu slot Kuliah Mufti bermula hingga selesai jika ada apa-apa hal berkaitan dengan saya, hehh ... Abah Naqhuhines pun rasa-rasanya sudah menukar channel radio keretanya kepada Nur Islam juga (bravo to you!). Dia penggemar siaran Rangkaian Harmoni lagu-lagu lama tu yang membuatkan dia kembali teringat masa menapak ke sekolah dulu di celah-celah rumah jiran dan terdengar lagu-lagu tu dari corong radio jirannya. (Bukan dia je, saya pun boleh reverse ke zaman kecik-kecik dulu hehe ). Sebenarnya semua slot yang ada di Nur Islam sangat menarik dan sentiasa memandaikan pendengar dengan inforrmasi yang tak pernah basi. Jadi eloklah kita tukar channel radio kepada Nur Islam. InsyaAllah dan alhamdulillah. Semoga mendapat kebaikannya.
Saat ini DJ baru sahaja memberi jawapan sebenar kepada kuiz sempena Maal Hijrah, yang soalannya lebih kurang 'Bilakah doa awal tahun akan dibaca? A. selepas azan Maghrib. B. selepas solat Maghrib. C. selepas solat Isyak.'
Apa jawapan anda?
Ohh, nampaknya (arghh bangun lagi buat kali entah ke berapa. Sebab? Sat tadi abahnya panggil suruh tengok orang nak bakar bangkai ular buat santapan. Lepas tu Hidayat pulak panggil suruh tengok orang menghepong ular yang dah masak tu. Mereka semua sedang menonton tv dan saya sorang-sorang mengadap laptop hehehe ... ) 'pengikut' blog ini bertambah sedikit demi sedikit. Ribuan terima kasih saya ucapkan kepada anda semua. Juga ribuan kemaafan saya mohonkan kerana sangat jarang mengunjungi blog anda. Kesempatan yang ada sangat terhad. Peluang membuka Jurnal Naqhuhines sudah cukup baik buat saya. Untuk menjenguk blog rakan dan sahabat, selalu dicemburui waktu. Namun insyaAllah pasti akan saya kunjungi juga untuk menjalinkan silaturrahim dan berziarah. Ye la makcik, takkan orang je datang jenguk ekau, ekau pun sudi-sudikanlah ziarah mereka juga.
Terima kasih kepada Pujangga Seni. Kehadiran anda menceriakan jurnal ini.
Dan Syafiq ... blog anda sudah dikunjungi. Sebuah blog anak muda yang berani dan lantang menyatakan pendapat. Saya pernah menulis surat kepada mak dan abah yang saya jumpa setiap hari, tetapi tidaklah sehebat Syafiq hehe ... Dan ramai pengunjung yang kembali 'follow' anda. Sama-samalah kita belajar dari kehidupan. Di sini melalui peluang menghamburkan kata-kata tak bersuara tetapi kadangkala amat besar kesannya. Anugerah Tuhan buat sementara, sebenarnya. Terima kasih banyak-banyak kerana follow Jurnal Naqhuhines yang naif.
Kami sudah siap berkemas untuk bergerak pagi esok menuju Miri dan naik ke Gua Niah, kira-kira 90km dari Miri. Namun sebenarnya saya dan abah Hanessa tidak berapa fit untuk 'mengembara' seperti ini, hanya cuba menguatkan semangat sambil berharap semoga kesihatan kembali pulih seperti sediakala. Tekak kami terasa kering dan perlu dibasahi air dengan kerap, maka keraplah pula masuk ke bilik air. Hidung tersumbat dan batuk. Dada terasa sempit. Tengkuk saya rasa tidak selesa. Ahh ... janji perlu ditepati. Lagipun sekiranya ada ura-ura penangguhan, situasi akan berubah serta-merta. Hurilain, Hidayat dan Hanessa semakin ceria. Cuma Hanessa turut batuk sedikit tetapi kelincahannya tetap sama.
Di tepi meja ini ada Habbatus Sauda di dalam botol Nescafe kecil dan sebotol Kismis Minda Doa. Mutakhir ini terlalu banyak pemakanan dan kaedah ajaib untuk meningkatkan mutu kesihatan. Seperti anda, saya tak terkecuali disogok secara langsung dan tak langsung. Tergoda sungguh membaca segala kebaikan patch yang boleh membuatkan kita hilang berat badan selepas beberapa hari. Ajaib kan? Abah Naqhuhines baru sahaja menjadi ahli sebuah perniagaan langsung kad ajaib yang boleh membaiki kondisi kesihatan hanya dengan mempelbagaikan penggunaan kad hijau ini di samping dapat menambah duit poket juga. Sangat ajaib dan membuatkan saya terlopong. Tiba-tiba saya menerima panggilan telefon dari nenek Yus yang memberitahu betapa baiknya air Ionsawa dari jenis perubatan dan sangat berkesan kepada kesihatannya dan Yus juga, langsung mengajak saya sama membeli. Maha Hebat Allah SWT yang telah memberi akal yang luar biasa kepada manusia.
Walau apapun, saya rasa biarlah saya mengunyah sedikit habbatus sauda yang disulami kismis kering ini sahaja. Semoga lebih diberkati dan jauh lebih besar manfaatnya kepada kesihatan saya. Sabda Rasulullah SAW, "Habbatus Sauda mempunyai penawar bagi semua penyakit kecuali maut." ( Hadis Riwayat Bukhari dan Muslim). Saya yakin tanpa kompromi, insya Allah dan semoga Allah SWT memelihara keyakinan saya ini serta menguatkannya lagi.
Sedikit petikan dari buku Dr. Danial Zainal Abidin, Perubatan Islam dan Bukti Sains Moden edisi kemas kini cetakan kelima 2007 mengenai habbatus sauda - 'Dr. Peter Schleicher iaitu pakar bidang imunologi di Munich dan merupakan ahli sains termuda yang dilantik menganggotai Akademi Ahli-Ahli Sains Sedunia pada tahun 1986 mendapati bahan lemak tak tepu dalam habbatus sauda yang mampu mengeluarkan prostaglandin E1 yang merupakan bahan penting dalam sistem pertahanan badan. Beliau kemudian menjalankan ujian ke atas 600 orang pesakit menggunakan habbatus sauda dan mengesahkan 70 peratus pesakit sembuh daripada penyakit alahan. Beliau mendapati minyak habbatus sauda juga boleh digunakan bagi merawat penyakit demam selesema dan influenza.'
Nur Islam terus mengwar-warkan tentang Doa Akhir Tahun dan Doa Awal Tahun untuk dibaca menjelang tahun baru Hijrah 1432 pada 7 Disember 2010 ini. Doa akhir tahun dibaca beberapa minit sebelum masuk waktu Maghrib iaitu akhir waktu Asar penghujung tahun hijrah 1431. Tercatat bahawa barangsiapa yang membaca doa ini pada waktu tersebut maka berkatalah syaitan, kesusahanlah bagiku dan sia-sialah pekerjaanku menggoda anak Adam ini pada setahun ini. Maka dibinasakan dengan satu saat jua dengan sebab membaca doa ini maka diampuni Allah segala dosanya setahun ini.
Doa Awal Tahun pula dibaca selepas menyempurnakan fardu Maghrib. Barangsiapa membaca doa ini maka syaitan akan berkata, telah amanlah anak Adam ini daripada aku barang yang tinggal pada umurnya pada tahun ini, kerana Allah SWT telah mewakilkan dua malaikat memeliharanya daripada fitnah syaitan. (terjemahan).
Hujan turun tiba-tiba, sangat lebat. Abah Naqhunines beredar dari ruang tamu kerana siaran Astro sudah lenyap, bererti isyarat untuk saya juga. Makcik, esok pagi-pagi nak ke Miri dah ... hehe ...
Tiba-tiba rasa sangat seronok kerana abah Naqhuhines menyuruh saya membawa radio bersama. Err bang, kalau bawa laptop ni sekali boleh tak???
Selamat bercuti hujung tahun kepada semua.
Apabila hati bersuara, ia adalah bisikan paling halus dari sudut hati yang paling tersembunyi. Tiada sesiapa mengetahui melainkan Allah Taala yang Maha Seni. Lalu hanya kepada Allah aku berserah diri. Ya Allah, kurniakan daku takdir yang baik di dunia ini dan takdir yang baik juga di akhirat nanti. اللهحم امين
Bismillah
Saturday, December 4, 2010
Thursday, December 2, 2010
Hidayat Lagi
Semenjak pulang dari hospital semalam, dia menunjuk perangai manis bergula walaupun kami buat tak layan je. Senyumnya manis menawan. Duduk menyelit dekat-dekat. Nak membeli jiwa.
"Mama, kalau Dayat sunat bulan depan, boleh dapat hadiah tak?"
"Ishh bulan depan dah sekolah!" Geram.
Dia tanya lagi, "Malam ni boleh sunat?" Sudah masuk Isyak, jam 7.30 malam. Grrr!!!
Si abah, buat-buat garang tapi "Lepas gi Gua Niah ni, abah hantar hari Khamis nanti. Mama tak yah ikut." Khamis minggu depan la tu, 9 Disember 2010. Nampaknya rencana akan berjalan macam yang sudah dirangka. Iyelah, kami yang lain ni tetap nak berehlah. Tetapi si kakak seperti tak puas hati. Dia mahu Hidayat dikhatankan dahulu baru mengunjungi Gua Niah. Pulang semalam, si kakak slow talk berdua dengan Hidayat, entah apa yang dibicarakan. Tetapi tentu si kakak memujuk adik yang selalu berseteru ini supaya mahu berkhatan. Rasanya masuk telinga kanan keluar telinga kiri je tu.
Apatah lagi cuti sudah dirancang, sulit mahu ditukar. Rezeki Hidayat la dapat hadiah dan berjalan makan angin sebelum berkhatan. Cumanya, helikopter idaman memang wan tahan sehingga dia benar-benar dikhatankan. Apatah lagi wan jauh di kampung dan memang permainan itu adalah idamannya sejak lama. Hidayat kena akur dengan wannya.
"Esok boleh, bah?" tanya Hidayat kepada abah yang sedang bersandar menonton tv.
"Esok abah ada meeting. Tak boleh." Tak mencapai kompromi.
"Kalau mama je hantar, boleh?" mata abah pun mencerlung. Budak ni auta betul la.
Mungkin dia sudah ternampak jelas helikopter remote dan basikal berkepak-kepak terbang buat pusingan U lalu mendekatinya dan mendarat di hujung kaki. Nun sayup-sayup note RM200 tertinggal di celah awan sebab kepaknya halus je. Hidayat tersenyum-senyum.
Tadi petang, saya yang semakin berhemah melayan kerenah anak-anak, memukul bulu tangkis ke arah Hurilain. Semakin sedar, andai saya sabar, anak-anak pun ikut rentak saya (dan sebaliknya). Hanya waktu-waktu 'khas' sahaja saya terlepas kawal dan mereka pun ikut sama. Aduhai, putaran hukum alam yang ditetapkan Allah SWT tak pernah mungkir.
Rohith, kawan baik Hidayat dari India pun ada sama bermain basikal barunya. Dia bergilir-gilir mengayuh dengan Hidayat. "You two times. I three times haa!" Tuan punya basikal mestilah lebih satu giliran. Berapa berapa pun tak apa, tapi dia pun mahu membeli jiwa Hidayat, the only friend yang dia ada di penginapan ini.
"Rohith! You join Hidayat go to cut ok." Saya maksudkan potong anunya tu. Kelmarin semasa saya katakan demikian, serta-merta dia mengepit kedua-dua kakinya dan berkata dengan cemas sambil menggeleng kepala berkali-kali, "No! No! No!" Selepas itu dia memeluk tiang elektrik di tepi jalan tar tempat kami bermain badminton kuat-kuat. Takut benar pulak budak ni. Gelagatnya jadi bahan ketawa.
Tetapi tadi, dia berubah sama sekali. "Ok, I cut!"
"Really? Don't lie to me haa!" Rohith beria-ia mengangguk, "I cut! I cut!" Dia terjerit-jerit kecil sambil tersengih-sengih. Wajahnya berpeluh-peluh dek bahang petang dan penat bermain basikal.
"I ask your mother haa!" Betul ke budak ni? Saya masih cuak.
"My mother said i cut." Saya terus memukul bulu tangkis sambil terfikir-fikir. "Ok, you go to hospital with Hidayat then." Dia angguk-angguk lagi, dan geleng-geleng sikit - lenggok kepala gaya semulajadi orang India.
Tidak lama kemudian mak Rohith yang bernama Suja muncul mengajak dia masuk ke rumah. Sudah rembang petang. Kami pun mahu masuk apatah lagi satu-satunya bulu tangkis yang kami ada sudah tersangkut di puncak pokok pinang hiasan. Puas digoyang-goyangkan batang pokok tetapi bulu tangkis terus kaku di sana. Mahu dicapai dengan ranting kayu pun tak cukup panjang. Huhh, sebenarnya sudah tiba masa untuk berhenti bermain 'tapi kamu tak faham-faham lagi ke?' Takkan nak tunggu azan berkumandang kot.
Saya bertanya kepada Suja untuk meminta kepastian. Ternyata benar, dia bercadang-cadang untuk mengkhatankan Rohith juga. Memang besar dan benar kebaikan berkhatan, khususnya untuk menjaga kebersihan dan mengelakkan jangkitan. Dan dia tersengih lebar gelihati apabila mendapat tahu hal Hidayat. Jadi saya ajukan pelawaan agar Rohith menyertai Hidayat nanti pada hari Khamis ini. Suja angguk dan geleng lenggok sejatinya, "I discuss with his father." Tetapi sepertinya sudah 80 peratus bersetuju.
"Hah, jangan esok Rohith sunat, kau tak sunat jugak!" kata abah Hidayat. Menggertak. Hidayat senyum nakal.
Saya tak mahu membayangkan apa-apa melainkan terus cuba berfikiran positif. Abah Hidayat akan membeli Nasi Katok untuk disedekahkan kepada para pegawai yang terlibat di bahagian kaunter dan pegawai kesihatan yang bertugas. Kalau boleh kami mahukan pegawai yang sama seperti semalam iaitu Haji Anuar dan Haji Isa. Dua keping sampul surat kecil juga akan disediakan untuk berian (saguhati).. Semalam hanya sekeping sampul surat yang terpaksa dikoyakkan dua dan akhirnya tak sempat dihulurkan bersama keengganan Hidayat. Kami tidak menyangka ada dua pegawai yang mengendalikan kanak-kanak berkhatan.
Kata abah Hidayat, mungkin itulah rahsia penangguhan ini. Allah SWT Maha Mengetahui. Apabila sesuatu niat sudah dipasang di hati, Dia yang sebaik-baik Perencana akan menyusun sehingga niat dapat ditunaikan dengan sempurna. Dan rencana awal ialah menghantar Nasi Katok ke masjid berhampiran untuk jemaah. Kiranya lebih afdal diserahkan kepada pegawai bertugas. Seandainya ada rezeki lebih, insyaAllah akan dipanjangkan sedekah ke masjid juga. Semoga Allah SWT menerima dan meredhai kami. Ameen.
Tidak ada khemah dan jemputan seperti majlis berkhatan Alongnya. Setiap anak memang berbeda rezeki masing-masing. Situasi yang berbeza dan perjalanan hidup yang tidak serupa. Maha Kaya Allah SWT yang Maha Pencipta Maha Bijaksana. Semoga Hidayat redha akan takdirnya berkhatan di bumi ini sampai bila-bila.
"Kalau kamu nak bersunat umur 12 tahun ke, 30 tahun ke, tetap bersunat juga." kata abahnya. Teringat kata-kata bapa budak lelaki dua beradik semalam, "Lebih baik kamu sunat hari ini. Kalau sudah besar lagi sakit. Lagi payah tu karang!" Ah, Hidayat ... dia mahu berkhatan umur 12 tahun atau 19 tahun nanti. Lagi 3 setengah tahun, masih boleh diterima. Tetapi kalau sudah usia 19 tahun, tak dapat dibayangkan!
Semoga doa Mak Ngah Ani dan Pak Ngah Zeknya yang masih berada di Tanah Suci dikabulkan Allah. Saya sempat mengirim sms kepada mereka yang akan pulang lusa, 4 Disember. Bertanya khabar dan tarikh akan kembali ke tanah air. 'Tolong doakan Dayat nak sunat. Terpaksa postpone coz badan dia jadi keras atas katil.' Sejauh merentas lautan ke sisi Kaabah doa dipanjatkan. Semoga diberkati Allah dan dikabulkanNya. Ameen ya Rabbal Alameen.
Hidayat, tolong jangan buat kerenah lagi ya!

Wednesday, December 1, 2010
Alahai Hidayat
Haah, postpone la.
“Mak, Dayat tak nak sunat.”
Kih kih kih mak mula tergelak di hujung telefon.
“Kitorang bo-layan ngan dia nih. Tu ha tengah terlelap dalam kereta, penat menangis. Sume batal. Kensel.” Saya melihat Hidayat terlentok di kerusi belakang. Pagi tadi semasa kami mahu bersiap untuk ke hospital, dia meminta izin untuk duduk di depan sebelah abah. “Kan ni hal Dayat, jadi Dayat duduk depan la ye mama.” Hari ini giliran Hanessa duduk di kerusi depan sekiranya saya yang memandu. Saya terbayang balik karang Hidayat duduk depan memakai kain pelikat kotak-kotak hijau milik abahnya.
“Okay, no problem.”
“Tapi Dayat kena buang sampah la,” sambungnya lagi. Itu tugasan sesiapa yang giliran duduk di depan untuk keluar dan ambil beg sampah di bonet kereta dan campakkan ke dalam tong besar di Jastre, tempat pembuangan sampah awam.
“Jangan ekau buek cam tu kek dio. Tunggu la wan datang, nanti wan pujuk dio.” Huh, bunyinya macam la esok mak nak datang. Macam kami ni kat Sijangkang je gayanya.
“Bila mak nak datang?”
Mak ketawa. “Ghamai nak datang ni. Tapi nanti la dulu.”
“Kalau cam tu, memang tak sunat la tahun ni nampaknya.” Pegawai di tempat berkhatan tadi mengabarkan operasi berkhatan ini akan berjalan sehingga minggu kedua bulan Disember. Proses berkhatan adalah percuma, hanya atas budi bicara keluarga untuk menghulurkan berian kepada tok mudimnya. Kelihatan dua orang yang bertugas mengendalikan seorang kanak-kanak.
“Tak baik ekau marah-marah dio. Pujuklah dio. Anak jantan ekau tu la sorang (yang lum sunat la ...)”
“Mak tau (?), setengah jam pujuk dia atas katil tu. Intan pun masuk sekali peluk leher dia dan tiup ubun-ubun dia (nak ambik gambar je mulanya). Abah dia pegang tangan dia. Tang kaki tu yang susah nak lurus, keras macam pokok kayu. Tak boleh nak inject takut salah urat. Ni memang kepit habis. Jenuh pegawai kesihatan berdua tu melayan. Lepas kitorang keluar, masuk pulak staf lain dua orang lagi nak pujuk dia. Keluar geleng kepala dan masuk lagi sorang, pun sama gak. Sume tak jalan.”
Mak ketawa lagi. “Omak baghu nak poie bank ni. Dah jumpo cek kau tu dek abah. Ingat nak masukkan duit Dayat sekali. Kensel la ni.” Hmmm ... tak do joki la nampak eh. Melopeh la ekau, Dayat.
“Mak tau, dia dah dapat hadiah dah. Hari tu abah dia main pistol dia sampai rosak. Pas tu abah dia bagi la dia $20 beli mainan lain. Haa ni ingat lepas sunat nak beli biskal, kensel la ni.” Terbayang sebuah basikal berkepak-kepak terbang jauh di balik awan. Huhuu... sian dia.
Mak ketawa, “Tak apolah. Tu la dio takut tu tengok oghang bersunat.”
Apa taknya, kami bertiga masuk berlegar setengah jam di hadapan bilik operasi. Entah mengapa kami dipanggil masuk lebih awal. Walhal ‘calon-calon’ lain masuk terus menghilang di dalam bilik operasi. Ada tiga bilik semuanya. Menariknya semua budak lelaki yang keluar dengan kain pelikat terikat di leher atau digenggam erat di dada mempamerkan wajah riang dan senyuman. Bahkan ada yang berjalan seperti biasa dan hampir berlari anak. Hebat tu! Tidak ada langsung wajah yang basah dek airmata.
Hidayat ceria bermain kerusi roda yang tersadai di situ. Sekejap dia naik ditolak oleh abahnya. Sekejap dia pula menolak abah yang berlakon jadi budak baru lepas bersunat. Tenang dan ceria sungguh dia!
Sempat berbual dengan seorang ibu yang anaknya sedang ‘dipotong anunya’ tua sedikit dari Hidayat, 9 tahun umurnya. Tambah kenalan lagi. Peramah sungguh ibu ini. Balik karang boleh add dia kat FB. Yang bestnya, kami boleh nampak dari luar anaknya tu sedang terbaring, melepasi dua lapis pintu kaca yang bersih tembus pandang. Hanya terhalang dek tubuh tok mudim sahaja. Benar-benar memberi peluang Hidayat ‘menikmati’ pemandangan yang bakal dilaluinya. Kata ibu ini, anaknya yang mahu sendiri untuk dikhatankan. Dia dijemput masuk sama tetapi kerana kengerian, dia hanya mengambil gambar dari luar sahaja.
Selepas wanita ini berlalu dengan suami dan anaknya itu, tuk mudim berdua berehat pula sebentar menikmati sarapan pagi barangkali. Huhh, tunggu lagi sekitar 15 minit.
Teringat tatkala Naqib berkhatan dua tahun lepas. Hidayat ikut mengiringi Alongnya bersama abah dan atuknya masuk sama-sama ke dalam bilik doktor. Dia melihat Along menahan perasaan dan menangis sedikit. Dia juga sibuk menemuduga Dr, Yunus (sekarang YB) tentang apa yang dibuat oleh beliau kepada Alongnya tu. “Risau saya nih, karang dibuatnya pulak sendiri kat orang lain.” Kata Dr. Yunus tergelak sambil meneruskan tugasnya.
Cuma satu perkara je, kata Hidayat, “Along dulu nangis sikit je. Dayat nak nangis kuat-kuat biar sampai satu planet dengar.” Wahhh!!! Dan itulah kesudahannya. Tak jadi potong kali ni. Huhh ...
Kami turun ke ruang legar hospital. Di sana terserempak dengan sepasang suami isteri yang turut menghantar dua anak lelaki berkhatan tadi, berusia 9 dan 10 tahun. Hanya si abang yang cemik sedikit dan banyak duduk. Manakala si adik lincah bergerak ke sana sini. Masing-masing memakai kain pelikat. Ibunya telah memujuk Hidayat hampir 15 minit. Lemah-lembut dan terus memujuk. Saya dan abahnya hanya memerhati sambil sesekali menyampuk. Nampaknya ibu ini sungguh-sungguh memujuk Hidayat bahkan dia sudi menemani Hidayat ke atas semula. Baik sungguh. Hidayat sesekali terangguk-angguk dan tekun mendengar pujukannya. Akhirnya dia pun mengucapkan selamat tinggal selepas memeluk dan mencium pipi Hidayat. Hingga dia dan keluarganya beredar, Hidayat masih tegak berdiri dengan mata yang merah bekas menangis. Terpesona saya melihat wanita ini. Peribadi yang indah dimilikinya. Penuh keibuan. Walhal semasa sama-sama menunggu giliran tadi, kami tidak saling menyapa pun kerana duduk berjauhan. Teringat kepada jiran sebelah rumah yang berhijrah ke Batu Pahat, Kak Ina. Iras sungguh wajah dan perwatakan wanita ini dengan Kak Ina.
Semasa saya di dapur, anak lelaki saya muncul bertanya, “Mama, tadi wan belikan hadiah Dayat ke?” Dia tahu saya menelefon wannya di kampung.
“Tak”
“Napa?”
“Dayat rasa napa?” Budak lelaki ni senyum-senyum mempamerkan gigi arnabnya.
“Kalau sunat je baru dapat.” sambung saya. Hidayat diam. Tak ada tanda positif. Selamba. Huhh ...
Tiba-tiba telefon tangan berdering. “Mana Dayat, mak nak cakap ngan dia.” Hampir 18 minit telefon terlekap di cuping telinga kiri Hidayat sambil dia menonton tv. Entah apa la yang dicakap oleh wannya.
“Apa yang wan cakap tadi?”
“Wan kata nanti atuk nak beli helikopter remote dan pos laju ke sini. Duit RM200.”
Lagi apa wan cakap?
“Entah, Dayat tak dengar. Wan cakap laju sangat.” Laa pulak ...
Melihat fadhilat di sebaliknya. Semoga ada kebaikan penangguhan ini. Bukan bermakna peribadi yang lemah. Tetapi mungkin rezeki Hidayat dapat hadiah dan rehlah ke Gua Niah sebelum berkhatan, serta helikopter remote yang diimpi-impikan. Dan mencukupkan sedekah berian yang lebih sempurna, insyaAllah. Semoga Allah SWT memudahkan segala urusan. Rabbi yassir wala tu’assir. Ameen.

Tuesday, November 30, 2010
Hidayat berkhatan
Ceria. Tak ada gaduh-gaduh. Makin malam beransur dingin, makin galak dia bercempera. Ishh budak ni... Esok, semoga tiada aral dan dimudahkan urusan oleh Pemilik Waktu, Hidayat akan berkhatan di Hospital Tutong.
Anak yang paling murah kos bersalinkan dia, RM390 sahaja tanpa bermalam pun. Abahnya bukan kakitangan kerajaan, dan pada kami di antara empat anak-anak, kos Hidayat adalah paling murah. Waktu itu, kami menetap di TTDI Jaya U2, Shah Alam. Berbicara dengan rakan-rakan, saya tertarik untuk mencuba bersalin di Hospital Putrajaya. Setelah congak-congak jarak dan masa dari rumah, abah Hidayat menjangkakan laluan tidak sibuk untuk kami bergegas ke sana apabila sampai masa nanti. Sekitar 30 minit dan boleh sampai lebih awal kalau tekan minyak dan nyalakan lampu isyarat kecemasan sekiranya perlu.
Jadi, kami pun pergi ke hospital yang masih baru itu untuk membuka fail. Staf menyuruh kami kembali ke hospital hanya apabila saya sudah sampai masa. Mudah je. Siang hari 9 Julai saya memulakan aktiviti menolak almari dan memindah katil. Tiba-tiba datang mood nak mengubahsuai kedudukan perabut dalam bilik. Buat kerja sorang-sorang dan senyap-senyap supaya tak ketahuan. Mudah-mudahan taktik ini menjadi sebab tarikh jangkaan bersalin sudah tiba. Hanya saya tidak mendapat apa-apa tanda, jadi apa kata saya cuba mendatangkan tanda.
Menjelang tengah malam saya mula rasa sengal-sengal di pinggang. Semakin lama semakin kerap. Jam 2 pagi, kami bergerak ke hospital Putrajaya setelah memaklumkan kepada mak. Perjalanan selesa dan tenang, tidak terburu-buru. Alhamdulillah, akhirnya 10 Julai 2002, Rabu bersamaan dengan 29 Rabiul Akhir 1423Hijrah, Hidayat lahir seiring dengan suara azan Subuh dari masjid berdekatan.
Ketika itu, belum banyak kes bersalin di hospital ini kerana ia baru dibuka. Kami yang beralamat Shah Alam pun diterima tanpa soal jawab. Setelah selamat bersalin dan dibersihkan, saya dihantar ke sebuah bilik yang nun jauh berbelok-belok, memang terasa jauhnya. Timbul rasa pelik menerima pandangan kehairanan dari pekerja pembersihan dan jururawat bertugas yang datang menjenguk. "Dik, kalau boleh balik hari ni, baliklah ye. Tak payah la tido sini." kata jururawat pangkat kakak kepada saya dengan ramah sambil tersenyum. Hari masih siang terang benderang, dan saya menangkap sesuatu di sebalik kata-katanya. Sempat saya berehat bersama bayi kecil di sisi. Tidak lama kemudian abah Hidayat muncul bersama mak, Naqib dan Hurilain. Setelah diperiksa oleh doktor bertugas sambil mendengar soksek soksek jururawat dengan doktor, saya dilepaskan pulang kerana tidak ada sebarang komplikasi yang membimbangkan.
Sebelum pulang, saya bertemu jiran bilik sebelah, menjenguk dan mengucapkan selamat tinggal. Sudah tak ingat dengan jelas setelah lapan tahun berlalu, namun rupa-rupanya saya bukan ditempatkan di bilik untuk wanita bersalin. Bilik itu sudah lama tidak berpenghuni, kata jiran bilik sebelah. Syukurlah, kalau sudah jururawat sendiri menasihati saya supaya tidak tidur di situ, saya pun memang tak sabar nak balik ke rumah. Dan saya tak mahu fikir atau bayangkan apa-apa pasal bilik itu.
Petang hari kembali dari hospital, abah Hidayat menerima sebahagian tunggakan payment yang sudah lama ditunggu-tunggu. Alhamdulillah. Kelahiran yang membawa rezeki kerana waktu itu kami berada di dalam kesempitan sebenarnya. Biasalah, perniagaan yang ada turun naik dan surut pasangnya.
Usia Hidayat tiga minggu, majlis akikah untuknya dijalankan di Masjid TTDI Jaya. Dua ekor kambing hitam dikorbankan, yang setinggi berdiri apabila digantung selepas disembelih. Ramai tetamu yang datang - jiran dan kenalan serta sanak-saudara. Tiga orang ustaz memulakan tahnik dengan menyuapkan cebisan kurma dan sedikit madu ke mulut Hidayat iaitu Ustaz Ramli, Ustaz Zaki dan Ustaz Sujak bagi mengambil berkat mereka, semoga Hidayat menjadi anak yang soleh dan bertakwa insyaAllah.
Serasa masih baru berlalu majlis berkhatan Naqib, dua tahun lepas. Sebuah majlis yang meriah. Kali ini giliran Hidayat pula. Dia agak kecewa kerana tidak ada majlis yang pasang khemah seperti majlis Along. Tak ada sesiapa yang datang menjenguk dia. Iyalah, kalau di Sijangkang insyaAllah majlis sebegitu boleh diaturkan untuk meraikan dia. Tak apalah, Hidayat. Wan dah janji masukkan RM100 ke dalam akaun TH Hidayat, atuk pun. Kalau bagitau Tuk Leha dan Tuk Arbak, tentu ada bahagian untuk kamu tu. Atuk tengah kayo tu, duit getah naik melambung-lambung hehehe ...
Apa yang penting ialah kamu tak lagi membawa najis bersama. Boleh solat dengan abah di masjid. Kamu patut bangga sebab empat tahun lebih awal berkhatan berbanding dengan Along. Memang kamu perlu dikhatankan sekarang sebab selalu ikut abah ke masjid. Lagipun perkara yang baik eloklah kita segerakan. Okay Dayat! Tadi Uncle Yahya dah info abah suruh bawa kamu awal pagi esok ke hospital. Mama, kakak dan adik akan ikut untuk bagi sokongan. Mama mesti ambil gambar kamu, sebab nanti wan tak caya kamu dah sunat hehehe ...
Akhir sekali semoga kamu cepat sembuh. Kalau dah okay, Ahad nanti kita ke Miri dan naik ke atas sejauh 90 km lagi untuk ke Gua Niah. Rehlah melihat kejadian alam ciptaan Tuhan iaitu gua terbesar di Malaysia dan antara gua batu kapur yang terbesar di dunia. Ia dianggarkan seluas 12 hektar atau seluas tiga kali padang bola sepak. Kamu tentu tak sabar nak tidur di chalet, penginapan yang memang kamu suka sangat. InsyaAllah. Janji kena jaga pemakanan dan ... segera sembuh.

Monday, November 29, 2010
Akak
“Tak adil untuk dia kerana dia tak bermula dari darjah empat macam pelajar lain. Tetapi keputusan ini di luar bidang kuasa sekolah.” Pengetua membelek borang permohonan memperbaharui pas pelajar di tangan beliau, silih berganti dengan memandang wajah saya. “Biasanya sekolah akan mengadakan peperiksaan khas untuk pelajar seperti ini. Pernah ada pelajar yang tinggal di luar negara seperti Morocco, mengikut keluarga bertahun-tahun, perfect dalam Mathematics, Science tapi Bahasa Melayu guna bahasa Brunei. Jadi kami bagi peperiksaan khas.” Pengetua yang berpenampilan ramah dan mudah didekati mengulum senyum.
Pengetua malah memberi pendapat peribadinya. Kata beliau, seandainya dia, dia akan membiarkan pelajar ini melalui UPSR terlebih dahulu barulah bertukar sekolah ke Brunei. Saya menghargai pandangan beliau. Saya hanya bertanya sekiranya benar ada peperiksaan khas bagi pelajar yang gagal Matematik seperti yang diwarwarkan oleh nenek Yus. Ada lagi beberapa ibu yang bersungguh-sungguh memberitahu saya tentang PEPERIKSAAN KHAS itu, sepertinya saya baru keluar dari bawah tempurung. Kata mereka peperiksaan akan diadakan pada 4 Disember ini. Abah Hurilain turut terpengaruh dan menyuruh saya membuat pertanyaan tentang hal ini. Namun staf di kaunter AAC hanya meminta pelajar datang untuk sesi persekolahan baru pada 4 Januari 2011. Pengetua pula angkat bahu sambil senyum lebar dan mengatakan sekiranya saya bersungguh-sungguh, dia boleh membincangkan hal ini dengan pihak sekolah.
(Dari mana timbul idea tentang peperiksaan khas ini? Ada pula yang mengatakan sebuah peperiksaan khas untuk SEMUA pelajar untuk subjek Mathematics akan diadakan sekali lagi. Lohh ... tapi macamana kalau tiba-tiba betul-betul ada ... saya akan jatuh naïf lebih baik betul-betul duduk bawah tempurung pasang piring satelit untuk siaran India. Bukan kerana arrgh ada peksa lagi tapi kerana arrgh aku dah tanya pengetua sendiri tak de apa-apa.) Apa makcik mengarut ni?
Jadi, sebenarnya tidak ada peperiksaan khas untuk pelajar gagal. Mulai tahun ini semua pelajar akan masuk darjah 7 dan keputusan peperiksaan PSR akan menjadi tanda aras penempatan subjek pilihan selain subjek utama.
Ramai yang ralat dengan keputusan PSR Hurilain. Alhamdulillah, 1A BM, 1B BI, 1C Science, 1D GP (Geografi dan Sejarah Brunei) dan 1U Mathematics, bagi saya adalah keputusan yang cantik dan sempurna (pengisytiharan berani mati .. Ain, jangan rendah diri. Kamu hebat sebenarnya. Geng yang menyombong tu pun dapat 2A je hehh.) Tak ada pelajar yang dapat keputusan sama dengannya di sekolah ini. Sikap saya sempat membuatkan kawan-kawan anak saya tercengang. Mathematics gagal la!!! Apa kena makcik ni? Sepatutnya saya mengamuk gila atau melempang dia barangkali. Hehh... Oh Tuhan, alangkah kasihannya kepada anak ini. Tidak patut saya tambahkan dukanya dengan cercaan dan kemarahan.
Saya kembali kepada sebab-musabab. Atas sebab-musabab bermula dengan ketetapan hati untuk kembali ke Brunei di pertengahan sesi persekolahan dan keyakinan pada apa juga kesan akibatnya, amat tidak wajar disusuli dengan penyesalan sebagai kesudahan. Redha dan usaha lagi. Semuga Hurilain dan adik-adiknya, juga Along akan terus merintis kejayaan di dalam usaha mencari ilmu dan menggunakannya di sepanjang hari-hari yang dilalui. Insya Allah.
Dan semoga abah Naqhuhines cepat sembuh. Dah lama sihat, sesekali sakit tandanya agar dapat merintih kepadaNya dan bersyukur buat sekian kalinya. Jom kita kunyah habbatus sauda - ia ubat segala penyakit kecuali maut, baginda Rasul SAW yang memberitahu ini. Takkan cuak kot. Surah al-Fatihah tu rupanya ubat untuk 70 penyakit, apatah lagi kalau seluruh al-Quran. Hebatnya makalah dari Tuhan Rabbul Jalil. Sempurna untuk kita. Mari kita amalkan. Tuhan tidak pernah mungkir janji. Ya Allah, sembuhkanlah kami dan jadikan kami orang yang sabar lagi redha. Ameen.
Tadi siang sedang layan mengantuk di ruang majalah Perpustakaan Pandan sambil baca Al Islam, tiba-tiba masuk panggilan dari jauh. Ohh orang Muar telefon. Aemy tanya macamana nak buat ambuyat. Err aku pernah buat ambuyat ke? Aiseh, makan pernah la. "Jerang atas api kecik sampai jernih." Aemy kata adunan masih berwarna keruh. Dan saya terkenang kuih biji sagu pula. Teringat pada Alai lalu memanjangkan soalan Aemy padanya. 'Tak pernah pulak orang buat ambuyat jerang atas api. Tapi tambah je air panas sampai jernih. Lepas tu kacau supaya rata jernihnya.' jawab Alai melalui sms. Huh, saya pun kirim sms semula kepada Aemy cara yang betul untuk buat ambuyat. Patutla tak menjadi, tapi dah menyuap dah, kata Aemy membalas semula. Hehe maafla Aemy bagi ajaran salah pulak.
Aemy baru berusia 20 tahun, pelajar dari Labuan yang sedang rehlah di Brunei bersama kawannya Aida. Kami bersua di Masjid Seria ketika solat Zohor Khamis kelmarin. Ehem saya terus teringat kisah Juha dan usianya yang kekal apabila gadis-gadis ini memanggil saya 'akak'. Apa pun, saya tak le tue bebeno ... hanya beransur semakit singkat umur sama macam semua orang dan semakin dekat dengan kampung abadi.
Jom nyanyi 'Insya-Allah', Maher Zain. Sesekali lepaskan suara yang serak-serak basah untuk memanggil hujan. Ops dah turun kot, biar makin lebat hehhh.

Sunday, November 28, 2010
Majlis Penutup Sesi Persekolahan 2010
Pagi ini saya bersiap sama dengan anak-anak untuk ke sekolah. Hanya Hanessa yang masih belum berketik dari tempat tidurnya. Abahnya yang sudah selesai bersarapan roti cicah kambing masak semur bikinan saya semalam, sambil bersiap sambil memanggil dia bangun.
"Bangun Adik, mama dah pergi sekolah dah ..." Suara dia menangis tersedu-sedu mula kedengaran. Segera tersedar bila mendengar ayat-ayat ini dari mulut abahnya. Saya masih menyuap bersama Hurilain dan Hidayat di dapur. Untuk menambah effect, saya beri isyarat kepada abahnya untuk menutup lampu dapur juga. Kami kini menyuap makanan dalam samar pagi. Ceh, gertakan yang ganas. Apa komen Dr Fadzillah Kamsah agaknya kalau tau hal begini?
"Jangan ketawa kat dia. Serius." bisik saya sambil mencari mata Hurilain dan Hidayat.
"Kesian dia, mama." sahut kakaknya perlahan. Cepat belas cepat pula membalas, karektor kakak ini.
"Shhh jangan cakap kuat-kuat ... nak mengajar dia tak mengapa."
Tidak lama kemudian Hanessa muncul dengan unifom lengkap di sebelah saya. Air matanya makin lebat. Mungkin geram. Seperti yang sudah dipinta, tidak ada seorang pun yang ketawa. Masing-masing selamba. Jam 7.30 pagi kami sudah bersedia menuju sekolah.
Di dewan Sekolah Rendah Muhammad Alam, acara berlangsung dengan lancar. Kami dipersembahkan dua tarian dari lagu Korea; "Nobody But You" dan satu lagi tak tau apa tajuknya (nak tanya Hurilain, dia sudah lena saat ini). Ada instructor di bawah pentas sama menari, memandu anak-anak perempuan pelbagai usia yang sedang menari di pentas. Akhir sekali ialah Dikir Barat Ulik Mayang Diulik dengan tukang karutnya adalah seorang guru lelaki. Mengapa bukan pelajar yang 'mengarut' ... Saya suka dikir barat tetapi yang ini berentak slow. Tapi, menarik dan tahniah kepada pelajar yang membuat persembahan.
Ada seorang wanita sudi duduk di sebelah saya. Sejenak berbual, akhirnya kami bertukar nama dan nombor telefon. Wajahnya 'sebijk' iras Puan Saripah, ibu Hakim yang pernah saya jaga di nurseri dulu. Peramah dan boleh serasi. Dia isteri pegawai polis bahagian jenayah Seria.
Tengahari kami berkejar pulang ke rumah. Batal rencana ke Perpustakaan Pandan untuk memulangkan buku. Perlu mengejar masa makan dan solat, dan kembali ke sekolah semula untuk acara seterusnya - sukaneka. kami memakai pakaian sesuai untuk acara yang banyak pergerakan.
Saya mendapat nombor 91 untuk cabutan nombor bertuah. Tetapi nombor yang disebut hanya berdekatan dengan nombor saya ; 89, 92, dan 16 yang serupa tapi tak sama. Tak mengapa, yang penting adalah penyertaan dan semangat kehadiran yang besar kesannya kepada anak-anak. Kalau tidak kerana telah berjanji dengan Yus kawan Hurilain yang meminta saya datang, dan kerana Hurilain sudah berjanji dengan Mary, serta janji saya sendiri dengan Puan Jamilah kawan baru tadi, nenek Yus sendiri dan ibu Mary untuk hadir tengahari yang garing ini, rasanya dah lama saya lena qailullah. Fuh, sabarrr dan rupanya sempat juga saya tersengguk di kerusi tatkala acara padang begitu hambar buat seketika. "Mama ngantuk ke?" tanya Hurilain sambil melakonkan gerak luar kawal saya. Huh, budak ni memerhatikan saya rupanya dari jauh.
Kad kecil berwarna kuning dengan nombor 91 di tangan saya belek-belek. Sesekali saya bercakap dengan Puan Jamilah di sebelah. Sebentar lagi acara untuk ibu akan tiba, iaitu memasukkan bulu tangkis ke dalam kotak. Geng saya sudah setuju akan menyahut cabaran ini. Tiba-tiba anak telinga menangkap nombor 91 diumumkan. Alhamdulillah, dengan senyum teramat lebar saya melangkah merentasi padang untuk mengambil hadiah di khemah urusetia. Cikgu Dianawati, guru kelas Hurilain menyerahkan Jug Kettle Cornell ke tangan saya. Terima kasih cikgu.
Angin bertiup kuat. Tentu susah nak masukkan bola tangkis ke dalam kotak kalau begini. Memang pun. Hanya berjaya memasukkan satu bola tangkis yang terbang melayah mengikut angin petang. Nampaknya rezeki Puan Jamilah pula untuk membawa pulang hadiah tempat kedua. Bola tangkis saya malu mahu masuk ke dalam kotak ketika saringan kedua.
Jam 5 pm, selesailah acara Majlis Penutup Sekolah tahun 2010M/1431H dengan jayanya. Semoga tahun hadapan bertemu lagi. Saya sudah menambah beberapa kenalan baru lagi. Makin mesra dan serasi dengan suasana.
Masih agak letih. Sekadar sedikit catatan. Tadi saya sudah lelap dan terjaga ketika mendengar telefon bimbit berbunyi. Sungguh mamai, saya keliru sama ada ia adalah bunyi alarm atau panggilan masuk. Saya jadi terpinga dan mengambil masa untuk sedar sepenuhnya. Ishh macamlah apa, walhal hanya masuk acara sukaneka je ... Akibatnya panggilan mak terputus beberapa kali hingga abah Hanessa terpaksa membantu saya. Akhirnya dapat juga berbicara dengan mak, "Kenapa telefon ekau, asyik putus jo?" mukaddimah mak. Hehehe ... Bertukar-tukar berita dan pastinya bertanya tentang cucu-cucunya di sini dan macam-macam lagi.
Tiada feel yang biasa ada ketika mahu menulis. Uhh ... terasa hambar dan ... baik tidur, dah jam 12.14 pagi rupanya.
Jangan tukar jadual harian anda termasuk waktu tidur - kesilapan biasa ramai orang lakukan di hujung minggu - kerana ia menyebabkan jam biologi anda keliru dan bercelaru lalu menjadikan anda semakin letih sebenarnya. Makcik faham?
Makcik noted : surat-surat sudah diposkan siang tadi - kepada Naqib bersama lukisan dan keychain pistol celupan emas tiruan dari Hidayat sebagai hadiah hari lahir Along, dan dua lagi kepada pihak madrasah. Minggu depan sampailah tu, insya Allah. Udah le tu, moh tido!

Friday, November 26, 2010
Bahasa Tubuh
As salam.
Jam 11.37 PM baru mampu membuka blog ini dengan agak lancar. Kedengaran di luar seperti suara hujan. Alhamdulillah, hujan rahmat di malam Jumaat setelah siang tadi panas berdenting!
Hidayat sudah dapat permainan lagi dengan wang $20 pemberian khas dari abahnya, sempena mahu berkhatan pada Rabu depan. Nampaknya si abah menurut sahaja permintaan anak jantannya ini. Dan budak ini pula memang pandai membeli hati abahnya dengan gurau senda dan gelak ketawa yang ceria. Mujur dia menerima saranan abah supaya membeli permainan cantum pasang lagi, maknanya tak la mahal sangat. Dia sudah rancang membeli jet perang untuk melengkapi koleksi. Tiba masanya, jet impian sudah tidak ada di rak kedai. Agak kecewa tentunya tetapi mana boleh lepaskan peluang, Hidayat membeli mainan cantum pasang istana yang lengkap dengan tentera berkuda bermisai lentik berharga $23.90. Perlu tambahan duit dan saya tolong korek tabung duit yang ada dibawanya di atas kaunter bayaran, dan tolong tambah sedikit lagi dari dompet saya. Teruk eh? Hehe ...
Kalau ikutkan prinsip saya, dia mesti beli mainan yang tidak melebihi $20 itu kerana hanya wang itu yang dia ada. Tetapi sesekali (yang kesekian kalinya) rasa kasihan menerpa andai harapan dia dihampakan. Tambahan bukan semua permintaan dia yang tertunai sebenarnya. Sudah bertahun dia berangan-angan memiliki PS2, PS3, PSP, komputer, basikal bla bla bla ... hanya basikal yang dia pernah miliki dan sekarang tinggal di Sijangkang, mungkin sudah beransur reput. Juga desktop untuk dia bermain games setelah lama meminta. Rekomen saya juga. Saya cukup tak suka melihat dia tekun berjam-jam mengadap skirn komputer untuk bermain games, walaupun buat seketika kakaknya merasa tenang.
Semua tinggal di sana. Di sini belum dapat dibelikan lagi. Mana boleh dia seorang sahaja. Kakak dan adik dia tentu menuntut sama, saya pun nak juga cuma isyarat semata! Ishh... Tapi firasat saya mengatakan Hidayat akan dapat basikal baru tak lama lagi. Anak abah ...
Seperti yang sudah-sudah, si kakak yang bertahi lalat di jari telunjuk kiri itu yang beria-ia memasang binaan istana hingga siap. Sepanjang masa itu, Hidayat sangat baik terhadap kakaknya. Ternyata kakak dapat mengambil alih peranan Along yang jauh di sana. Perhubungan yang saya katakan selalu di tahap kritikal umpama Israel dan Palestin ini sudah berubah menjadi kerjasama yang baik antara Jepun dan Malaysia untuk mengeluarkan kenderaan nasional kita. Satu pemandangan yang sangat menyenangkan hati saya. Gelak tawa dan gurau-senda. Ada tolak-ansur dan pemahaman.
Tetapi sebenarnya ia hanya sementara sahaja. Si kakak dan adik lelakinya kadang-kadang seperti kutub utara-utara atau selatan-selatan yang bertentangan pada dua magnet yang dipertemukan sedemikian. Pasti ada penolakan.
Kepada Hurilain yang lebih matang dan tua 4 tahun dari adiknya, saya sarankan supaya dia menghadiahkan al-Fatihah kepada adiknya yang agak keras setiap kali selepas solat, paling kurang tiga kali. Selalunya saya cuba kendurkan ketegangan dengan mengusap-usap belakang Hidayat dengan lembut, dan alihkan kakaknya jauh-jauh. Apakah keadaan itu seperti seekor cerpelai dengan tedung selar? Atau ahli sumo yang saling bertolakan? Apa lagi? Dahsyat tu... Sebenarnya tidak seteruk mana sekiranya ada yang mahu mengalah dan menahan dari membuat bahasa badan yang meningkatkan rasa geram.
Bahasa badan sangat penting untuk menjadi isyarat kepada orang lain yang memandang kita. Renungan dan jelingan mata, kumat-kamit mulut tanpa suara - adalah dua bahasa yang sangat diperhatikan oleh Hidayat terhadap kakaknya. Malangnya sehingga saat ini si kakak masih merasakan itulah satu-satu cara dia meluahkan perasaan yang membara. Ohh ...
Untuk menghasilkan anak yang cemerlang menurut Dr Fadzilah Kamsah ialah dengan mendoakan mereka tanpa jemu, terus mendidik mereka dengan hikmah dan visual yang jelas terhadap mereka bahawa mereka memang cemerlang. Ubah persepsi ibu bapa terhadap si anak dari negatif kepada positif. Persepsi yang baik juga merupakan doa ibu bapa terhadap si anak.
Semoga Naqhuhines ; Muhammad Naqib, Amirah Hurilain, Muhammad Hidayatullah dan Amirah Nurhanessa benar-benar menjadi anak yang cemerlang dan pandai bersyukur di atas segala nikmat yang dikurniakan oleh Allah SWT.
Tadi siang, saya menunaikan janji untuk membawa Hanessa ke klinik gigi. Dia semakin rimas dengan sebatang gigi kacip bawahyang sudah setengah bulan goyang, yang menyukarkan dia mengunyah makanan. Anak ini sangat toleransi ketika saya terlupa membawa surat beranaknya semalam. Tadi, dia dengan tenang dan penuh keyakinan mengikut saya masuk ke bilik bedah gigi untuk operasi mencabut gigi. Rezekinya baik kerana mendapat layanan mesra dari jururawat bertugas yang sangat ramah yang pernah mengunjungi sekolahnya. Ternyarta beliau sangat berpengalaman dalam bidang tugasnya dan pandai mencuri hati Hanessa. Hanessa naik sendiri ke atas kerusi pesakit tanpa riak takut sedikit pun. Dan tidak ada setitis air mata untuk gigi kacip yang dicabut. Sebelum pulang, jururawat peramah memberi beberapa keping stiker kartun untuk ditampal di dinding bilik air. Perkhidmatan adalah percuma tetapi pihak berkenaan sedang dalam perancangan untuk mengenakan bayaran yang bersesuaian kepada pemegang kad pengenalan hijau seperti kami. "Jaga gigi baik-baik ah, kalau sudah kena bayar nanti mahal atu harganya." kata jururawat kepada Hanessa. Saya tumpang seronok dan bersyukur kepada Allah yang memudahkan urusan ini. Ini adalah kali kedua Hanessa mencabut gigi. Kali pertama ketika dia berumur sekitar dua tahun apabila gigi hadapannya patah tebu gara-gara terhentak ke siku saya tatkala dia melakukan mainan rebah-rebah di atas katil. Waktu itu dia cukup takut dan menangis, bahkan meronta.
Anak mama semakin cerdik dan matang. Alhamdulillah. Semoga Hurilain dan Hidayat juga belajar saling kasihan mengasihani, hormat-menghormati dan sayang-menyayangi antara satu sama lain. Hidayat jangan tendang dan tumbuk kakak lagi ya, sakit dia. Dia kakak kamu sampai bila-bila. Kamu mesti jaga kakak dan adik baik-baik. Jangan sakiti kakak, kasihan dia. Ain, tolonglah kawal bahasa tubuh kamu tu. Tunjukkan bahasa tubuh yang menyenangkan. Kamu sangat sweet kalau bermuka manis. Pergi tengok cermin kalau buat muka masam, cantik ke? Mama tak rasa macam tu. Pesan mama, jangan kerut dahi ya.
Salam sayang buat Naqhuhines.

Thursday, November 25, 2010
Catatan
"Sepupu saya yang berumur 12 tahun berangkat ke Yaman esok. Misinya menjadi hafiz dan mahir berbahasa Arab. Apakah hadiah paling sesuai diberikan? Mohon cadangan." Ini adalah entri saudara Irfan Jani di Facebook. Saya berminat merakamkannya di sini untuk tatapan bersama. Tentu ada yang baik untuk difikirkan.
Sebelum itu saya menerima kiriman emel dari seorang sahabat di Malaysia, berkaitan dengan Kaedah Jibril untuk hafazan al-Quran oleh Ustaz Asyraff, hanya berharga RM45 untuk set lengkap. Saya mahu memilikinya. Insyaallah.
Saya sudah selesai draf surat permohonan untuk kemasukan 2011 ke pusat tahfiz, juga surat memohon sokongan dari pengetua madrasah Naqib, serta sepucuk surat untuk Naqib sendiri. InsyaAllah akan diposkan secepat mungkin dan fax juga barangkali. Semoga permohonan ini diluluskan oleh pihak madrasah.
Hari lahir Naqib ke 14 tahun akan menjelma tiga minggu lagi. Tetapi tiba-tiba saya mahu bertukar kepada tarikh Hijrah untuk membesarkan bulan Islam. Sudah lama bercadang tetapi selalu lupa. Ah, manusia memang selalu lupa. Kini saya sudah tampal tarikh lahir kami sekeluarga di atas meja dan boleh rujuk dengan segera. Maka tarikh lahirnya jatuh pada 3 Syaaban 1431H, hmm dah berlalu pun. Maknanya dia sudah pun berumur 14 tahun pada Julai lepas. Selamat hari lahir, anakku sayang! Semoga menjadi anak yang berguna dan memberi manfaat kepada semua.
Hanya abah Naqib sahaja yang tetap mempertahankan tarikh lahirnya pada 1 Safar walaupun jika menggunakan aplikasi internet, dia lahir pada 30 Muharram. Tak ada masalah, dia dah lahir pun dengan selamatnya walaupun punggung yang keluar dulu ... Berkebolehan mengurut - lelaki sahaja.
Siang tadi saya sudah menghantar borang pendaftaran untuk kemasukan ke Tahun 7 (Tingkatan 1) Hurilain di Maktab Anthony Abell Seria (AAC) dan mendapatkan borang untuk perbaharui pas pelajar mereka bertiga untuk tahun 2011. Sekiranya pusat tahfiz menolak (ohh tidak!) maka Hurilain akan belajar di AAC setahun dua lagi atau sehingga abahnya benar-benar berkeyakinan untuk 'menghantar' dia balik ke Malaysia. Ada beberapa perkara berkaitan kesihatan Hurilain yang perlukan perhatian. Semoga cita-citamu mengikut jejak Along dibantu Allah SWT.
Selepas solat Isyak tadi, saya menunaikan janji yang tertangguh untuk bikin biskut cornflakes. Cairkan coklat, campur butter dan gula aising. Curah cornflakes dan gaul. Letak sesudu demi sesudu dalam cupcakes dan Hanessa hias dengan kismis doa. Sedap tapi macam tak cukup cornflakes maka jadi macam terlebih coklat. Sedap sangatttt! kata anak-anak. Hmm lain kali kamu boleh buat sendiri. Sekejap sahaja dah siap dan boleh suap dalam mulut terus ganti jajan yang masin-masin tu.
Jam 1.15 pagi. Salam Awal Muharram - lagi 12 hari.. Jumpa lagi.
Wednesday, November 24, 2010
Memikir
As salam.
Apabila menulis cerpen, kita perlu memikir. Fikir luar kotak... Fikir secara kreatif ... fikir tema yang boleh membantu masyarakat bagi penulis mapan ... sesuatu yang bisa membantu masyarakat (yang membaca) berfikir pula bagaimanakah caranya yang patut lagi sepatutnya untuk membaiki gejala, permasalahan, kepeningan, persoalan dari isu titik bengik hinggalah perkara sejagat seantero dunia.
Saya bukan penulis cerpen dan novel sejati, hari ini saya rasa begitu. Anda tak tahu, sambil menggosok pakaian bapa Naqhuhines, saya terfikir bagaimana saya perlu tulis untuk panjangkan penulisan novel saya. Selepas satu bab ke satu bab. Sebenarnya ia mudah sahaja jika saya bersikap semberono dan ambil mudah. Tulis sahajalah ... nanti Sifu akan beri sentuhan Midasnya. Kau perbaiki dan hantar lagi hingga Sifu kata 'sangat sangat sangat sangat sangat baik'. Lalu masuk bab baru. Tapi bukankah ia memang mudah, kerana tema ini saya ambil dari pengalaman saya sendiri. Kisah seorang kakak yang melalui saat getir rawatan dan kesakitan barah tulang hingga beliau dijemput Illahi. Kakak saya sendiri.
Cuma padan muka saya, kerana sudah kacau bilau. Saya perlu memikir bagaimana mencipta jalan cerita sendiri kerana sudah tersilap di awalnya, gara-gara tema bertulis di dalam kepala sahaja. Noktah.
Saya sekadar mahu merakamkan sebuah kehidupan nyata. Khususnya tentang anak-anak yang saya lahirkan dan belai semenjak sebesar dua jari. Ia menambah nikmat jiwa apabila saya menulis. Saya belajar melihat anak-anak dengan lebih teliti, belajar menyelami nurani mereka, cuba mengerti perasaan mereka apabila ada tindakan-tindakan yang membuatkan saya tertanya-tanya 'mengapa?'. Mereka adalah permata yang berharga. Juga membantu saya lebih peka kepada perasaan manusia di sekeliling khasnya ahli keluarga. Saya terus mencuba.
Bahawa saya selalu mengingatkan diri, satu ketika akan ada pemutusan. Dan ini semua menjadi tatapan dalam kenangan.
Wassalam. Terima kasih dan ketemu lagi.

Tuesday, November 23, 2010
Kiswah
Alhamdulillah. Dapat juga log masuk ke blog.
Saya sudah tergolek tidur-tidur ayam bersama buku Perubatan Islam dan Bukti Sains Moden oleh pendakwah Dr. Danial Zainal Abidin, edisi kemas kini cetakan kelima 2007. Tiba-tiba, "Mama, abah suruh buat teh tarik nak cecah biskut.", Hidayat bersuara di telinga membuatkan saya terjaga semula. Saya berbisik kepadanya, "Cakap dengan abah, mama dah tidur!" dan saya terus 'tidur dengan lenanya'. Hidayat kembali kepada abahnya yang sedang mengadap channel Discovery, "Abah, mama dah tidur!" Saya seperti nampak dia sedang tersengih dan angkat-angkat kening dengan abahnya. Sudah hampir jam 11 malam laa ... "Mama, sebenarnya Dayat yang nak la sebab Dayat rasa lapar." sekali lagi Hidayat mendekat pada saya. Uhh, tu la tadi makan nasi sikit sangat. Dan saya pun menuju dapur untuk memenuhi permintaan anak cum bapaknya juga tu. Mereka sedang makan biskut Hup Seng cecah teh tarik sekarang.
Kiswah adalah novel terakhir yang saya habisi petang tadi, mungkin, kerana saya berkeputusan menghentikan pinjaman sebarang novel selepas ini. Tercatat di helaian bahagian hadapan; sebuah novel dewasa "KISWAH" karya Isa Kamari, terbitan Pustaka Nasional Pte, Ltd., Singapura. Cetakan pertama 2002. Sebuah sayembara novel watan.
Saya tak pandai mengulas tetapi sedikit pandangan, ayat-ayatnya tinggi dengan makna yang cukup tersirat. Sebuah perjalanan bulan madu sepasang pengantin ke negara eksotik dan mistik India lalu disudahi dengan umrah di Tanah Suci Mekah yang mulia. Seorang isteri muda yang diterpa kejutan di ambang gerbang perkahwinan oleh perlakuan si suami yang sangat mencintai dan dicintainya. Wanita yang bermata hijau zamrud indah yang akhirnya hilang di pinggir Kota Mekah akibat kecuaian sang suami. Dan setelah dilambung pelbagai ombak kehidupan selepas lima tahun berlalu dari saat pengantinnya lesap tanpa kesan (dilarikan teksi pengangkut penumpang), Iryadi kembali ke sisi Kaabah sekali gus membatalkan janji pada diri untuk tidak menjejakkan kaki lagi ke sana. Keterpaksaan kerana kekasih hatinya Nazirah hanya mahu dinikahi di dalam Masjidil Haram. Setelah puas koreksi diri dan berusaha menghapuskan ketakutan beriring dosa yang melingkungi diri, akhirnya Iryadi mengecap nikmat kepuasan dan ketenangan yang abadi di sudut jiwa.
Kisah berakhir dengan sebuah tragedi; "Tariq! Tariq! Rooh! Rooh!" Suara 'keretapi kayu' menganggu lamunannya. Dia menoleh ke kiri. Sekilas pandangan sesuatu yang keras menghentak kepalanya. Kepalanya terasa amat sakit. Rambutnya menjadi basah. Sebahagiannya tercampak di lantai bersama tempurung kepala yang terkupas. Pandangannya kabur. Kemudian menjadi hitam pekat. Sepekat lembaga berkerudung hitam yang menyambutnya. Lantai marmar putih ditetesi cecair merah yang menyerap ke alam antara. Hangat merekah dalam kedinginan. Sedingin zamrud yang bersemadi di dalam bumi.
Masih menerima sokongan buat Hurilain. Teringat Ustazah Aisyah lagi. Kemasukan ke pusat tahfiz itu sangat terhad, hanya sekitar 20 orang sahaja dan jumlah pelajar keseluruhan sehingga A Level hanya 98 orang. Kuota pelajar luar pula hanya tiga kekosongan, manakala jumlah permohonan keseluruhan ialah lebih 300 permohonan.
Siang tadi semua anak-anak ke sekolah untuk mengetahui penempatan kelas tahun hadapan. Saya muncul di perkarangan sekolah Muhammad Alam jam 10 pagi. Bertembung dengan Timbalan Guru Besar, kemudian terserempak pula dengan Puan Guru Besar sendiri yang peramah. Masing-masing ralat dengan kegagalan Hurilain di dalam mata pelajaran Mathematics, yang turut 'membantu' kejatuhan peratusan keseluruhan. Hmm keputusan Sekolah Kebangsaan Sijangkang pun merosot dengarnya, walaupun keseluruhan paling baik semenjak 2007. Keputusan PSR Hurilain 'cantik dan sempurna', hanya dia satu-satunya calon yang beroleh keputusan sedemikian rupa. Tak tega saya berkongsi di sini, tentu dia tak rela. Namun dia akan naik pentas pada Sabtu 27hb ini untuk menerima hadian peningkatan kerana beroleh 'A' di dalam subjek Bahasa Melayu sebagaimana yang dijangka.
Borang permohonan ke sekolah menengah sudah diterima berserta sijil peperiksaan dan sijil tamat sekolah. Guru Besar memberi pandangan supaya kami bertemu dengan Timbalan Pengetua @ Pengetua sekolah menengah bagi menerangkan kedudukan Hurilain yang hanya sempat belajar tak sampai lima bulan, untuk membantu penempatan kelas nanti. Cadangan yang dihargai dan boleh diambil perhatian.
Hidayat akan ke Darjah 3A, manakala Hanessa masuk Darjah 1B; masing-masing naik darjah mengikut kelas sekarang.
Semalam Ahad, 21hb, Naqib sudah pulang ke madrasah. Walau menjelang petang, mak saya sambil gelak-gelak mohon Naqib 'dicutikan sekejap' sehingga esok (hari ini) kerana Ummi Faridah bersama Amirul mahu berkunjung dari Shah Alam dan makan sate pada sebelah malam nanti . "Tak diluluskan!" terdengar suara mak dari corong telefon, mungkin dia mengabarkan kepada abah dan wan, apabila saya dan abahnya sepakat dia mesti dihantar pulang semalam juga. "Kan Along sendiri kata, siap nasihat kat Ain - mesti patuh pada peraturan dan arahan ustaz supaya belajar diberkati." kata saya dan abahnya. Anak ini, tentu mati akal dengan wannya sebentar tadi. Apa la nak heran dengan sate, hanya mungkin tak dapat jumpa Amirul. Dan dia pulang ke madrasah bersama barangan asas yang dibelikan wannya, serta bekalan rendang ayam dan sambal udang. Uhh rezeki kamu la Naqib sementara wan masih gagah memasak rendang untuk kamu.
Hidayat sudah conform akan dikhatankan pada 1 Disember ini. Dia gerun dan berkali-kali meminta ditangguhkan sehingga darjah 6 nanti. Tetapi ketika bersembang dengan Alongnya di corong telefon semalam, dengan bangga dia mengabarkan akan berkhatan pada hari pertama cuti. Kemudian dia berdiskus tentang hadiah yang mahu dituntut dari abah nanti, sambil meminta 'nasihat' Along yang lebih pandai darinya. PS2, PSP, basikal, komputer bla bla bla... Saya pasang telinga saja. Akhir sekali, dia meminta abah usah menggunakan perkataan 'sunat' tetapi digantikan dengan 'permainan' untuk menghilangkan gemuruhnya. "Haa nanti abah bawak Dayat gi 'permainan' kat hospital hari Rabu tu. Dayat akan di'permainan'kan heeee!!" kata abahnya. Ntah apa-apa la budak ni ... Dan insya Allah Ahad iaitu hari kelima selepas itu kami akan ke Gua Niah pula. Semoga waktu itu Hidayat sudah sembuh sepenuhnya.
Naqib bertanya rancangan kami dan adik-adiknya pada cuti ini. Teringat pesan mak supaya jangan bercerita tentang perjalanan yang telah dirancang, tetapi tidak sanggup menyembunyikannya. Saya berterus-terang dengan Naqib disusuli dengan kata-kata perangsang buatnya. "Along jangan fikir sangat tentang kami kat sini. Usah merasa ralat tidak bersama. Kalau ada rezeki kita ke sana nanti. Menghafaz sungguh-sungguh. Semoga Along akan berehlah serata pelusuk dunia nanti sebagai da'e untuk amar ma'ruf nahi mungkar." Saya ceritakan tentang sekali sekala saya menjenguk blog pelajar-pelajar luar negeri dalam pengajian ugama dan perubatan. Saya khabarkan tentang rakannya Mukhlis yang kini berada di Afrika, jauh dari keluarga demi menimba ilmu. Semoga Naqib mendapat suntikan semangat dari kisah-kisah sedemikian.
Menjelang Muharram yang bakal menjelma. Ya Allah, masukkanlah kami dalam golongan orang-orang yang sentiasa bertaubat padaMu dan mengharap rahmatMu; jadikanlah kami orang-orang yang berbahagia di dunia dan di akhirat. Ya Allah, sambunglah silaturrahim yang terputus angkara keegoan dan bicara lidah yang tidak bertulang di kalangan kami. Semoga biduk berlalu kiambang bertaut. Untuk apa harta dunia dan usia yang panjang, sekiranya doa tertahan kerana ada dendam. Ya Allah, jemputlah mak abah untuk menunaikan ibadah umrah pula. Semoga hasrat mereka membawa Naqib bersama diterima Allah. Semoga wan juga dapat mengunjungi Tanah Suci sekali lagi. Sekiranya Allah SWT berkehendak, tidak ada yang dapat menghalang. Semoga doa kekanda Noraini di hadapan Kaabah, Raudah dan semua tempat-tempat yang makbul di waktu yang makbul diterima di sisi Allah SWT. Ameen ya Rabbal Alameen.
Err panjang ke?

Saturday, November 20, 2010
Mama, nak tanya boleh?
As salam.
Syahdu?
Sekadar cerita keluarga ... bila dah keluar macam ni, rasa hmm ... 'kenapa tulis itu di sini ya? Sekarang dah habis dibaca. Awak tak segan ke makcik?'
Itu adalah air mata yang saya tak fikir ada untuk kegagalan anak saya ke pusat tahfiz itu, tak sangka rupa-rupanya air mata itu sudah siap menunggu masa sahaja untuk terbit dari hati saya. InsyaAllah hati kami semakin sembuh. InsyaAllah ada tempat lain yang sedang kami intai. Satu tempat yang pernah abah Hurilain nyatakan untuk menghantar dia ke sana kepada tenaga pentadbiran satu ketika dahulu. Surat sudah saya draf untuk dimajukan ke pihak berkenaan. Kali ini saya sudah bersedia untuk menghantar surat-surat rayuan sekiranya permohonan kami mendapat jawapan yang mengecewakan. Saya akan lakukannya! Ini hanya tindakan zahir. Selebihnya didahului dengan doa dan harapan ke hadrat Allah. Semoga Allah menerima doa kami. Semoga tempat ini lebih baik dan terbaik buat Hurilain. InsyaAllah.
Saya sedang download 'Seekor sapi menyebut Allah, sesaat sebelum disembelih' di FB sahabat. Saya deactivate akaun Naqib tapi sebelum tu buka dulu dan terjumpa video ini. Jenuh menanti, 'habih la duit hp ni ...' sebab downloading memang memakan duit. Tak praktikal memasang telefon rumah di sini. Kami tidak berniat mahu bermastautin di daerah ini. Esok lusa mungkin berangkat ke daerah lain. Tunggu la Kak Leha pasang telefon rumah, boleh tumpang semangkuk nanti guna line dia. Kak Leha sedang dalam semangat berkobar-kobar mahu memasarkan produk airnya nanti di internet. Syabas Kak Leha! Kali ini Hidayat mendesak mahu melihat lembu yang boleh bercakap menyeru nama Allah yang Maha Pencipta. Masih boleh dilayan. Dia sangat teruja nampaknya.
Tapi tadi Hidayat telah bertanya soalan yang saya tidak mahu mendengar dan menjawabnya. Kerana saya tidak yakin jawapan yang boleh memuaskan hati budak lelaki 8 tahun ini. "Mama, rogol tu apa?" Maaf, saya tulis saja ni. Tanpa niat buruk. Ia menjadi catatan saya sendiri tentang anak saya, satu-satunya anak saya yang telah bertanya kepada saya tentang ini. Oh ya, Hurilain pun rasanya pernah bertanya. Dulu. Mata saya bulat, buntang melihat Hidayat dengan dahi berkerut (walhal saya tak suka kerut dahi, tapi kali ini saya mesti kerut kening!). Ada rasa seperti ... sedikit ngeri.
"Itu perbuatan tak baik oleh lelaki kepada perempuan." Hidayat sengih. Tentu dia memikir lagi.
"Buat tu berdosa, masuk neraka." Ada respon dan soalan susulan lagi.
Saya tak jelaskan apakah perbuatan itu, bagaimanakah ia dan sangat berharap Hidayat puas hati setakat itu. Tapi, mungkinkah dia dapat mengesan di sebalik jawapan saya? Maksud saya, dia sebenarnya mungkin sudah faham tapi mahu lebih faham dengan yakin dari saya? Nasib baik dia tak tanya 'buat tu' tu buat apa? Saya akan tanya dia balik! Huh ...
Saat ini dia sedang bermain bantal dengan Hanessa. Baik, saya tanya dia sekejap.
Hmm ... dia mengaku tidak pernah berbicara 'tajuk' ini dengan kawan-kawannya. Saya pun tak mengharap budak 8 tahun berbincang hal ini sesama mereka. Walau saya masih ingat, mungkin anda juga, kes murid Tahun 1 buat praktikal video yang ditonton di rumah dengan rakan-rakan di bawah meja sekolah. Ya Allah, selamatkan anakku dan kawan-kawannya dari fitnah akhir zaman.
Saya rasa saya tahu bagaimana nak menghadapi pertanyaan sebegini, apabila bertembung dengan artikel atau soal jawab dari para ibu yang menghadapi dilema dari soalan anak-anak. Dan tadi, saya kaget pula. Apa yang penting adalah menyatakan prinsip perbuatan baik dan perbuatan buruk, dosa pahala dan natijah perbuatan yang dilakukan. Dengan Hidayat, saya perlu menjawab dengan tegas. Tidak boleh 'lari' dari soalannya. Dia akan tanya macam-macam selagi dia tak puas hati. Jadi, kena tegas juga. "Nanti dah semakin besar Hidayat akan tahu hal ini." Sebenarnya saya mahu cakap, "dah stop. Jangan tanya lagi. Mama nak tulis blog ni." tapi tak sampai hati pulak. Tak patut begitu.
Tadi siang dia adik-beradik menonton cerekarama Aidiladha 'Quran Buruk' dan dia mendengar perkataan 'sula'. Hidayat dan kakaknya mempamerkan raut ngeri apabila mendengar maksud sula daripada saya.
Saya pun suka bertanya pada mak dan abah dulu. Tetapi mak selalu beri amaran, saya rasa. Mak akan cuit saya kalau saya 'menyampuk cakap orang tua.' Akhirnya saya berhati-hati daripada menyampuk dan lebih suka diam memerhati. Saya tidak melakukan yang sama kepada anak-anak, hanya mengingatkan mereka supaya dengar dan jangan sama-sama bercakap waktu orang bercakap, "Sapa nak dengar sapa ni?" Lagi satu, kalau mama abah sedang bercakap, tunggu berhenti dulu baru mencelah. Heee ... mungkin mereka ada idea yang mahu dikongsikan selari dengan tajuk kami, tapi oppss tunggu, jangan menyampuk! Ada faham?
Nampaknya Hidayat macam puas hati. Perkataan yang ditanyanya itu sudah ketara dan mudah ditemui di muka depan media, di rak buku kedai tempat dia membelek majalah Asuh dan Ujang. Cukuplah dulu, Hidayat. Kita hafal sifir dan doa Qunut cuti ni betul-betul, ok!
Anak-anak sekarang... Saya dulu pun jadi anak-anak juga. Tapi pernahkah saya bertanya itu pada mak agaknya? Pada arwah abah, tidak mungkin. Sebab saya sangat segan pada abah. Secara naluri, saya rasa kita boleh teka sesuatu itu perlu/sesuai ditanya atau tidak kepada orang yang sesuai. Hurilain pun pernah bertanya sesuatu yang, saya tak pernah tanya mak. "Mama, perhubungan suami-isteri tu bila boleh dilakukan? Apakah sebaik sahaja selepas akad nikah?" Sebenarnya dia sudah menjawab soalannya sendiri. Saya tolong jelaskan sambil membantu dia menjawab sendiri dengan betul.
Ada lagi soalan-soalan lain yang sesekali muncul dengan pendahuluan, "Mama ... nak tanya sikit boleh?" Bila keluar ayat intro sebegini, saya rasa cukup cuak dan ... saspen. Abah Hurilain tersengih sahaja apabila saya kisahkan hal ini. Anak tak pernah atau belum lagi bertanya isu sensitif pada dia sebenarnya. Dia senang je nak berhentikan soalan si anak. "Dah, abah nak tengok tv ni." atau "Jangan banyak tanya la!" Atau kadang-kadang abah akan tanya balik si anak sehingga dia terdiam pula. Boleh ke? Boleh kot, tapi kadang-kadang mereka pun loyar buruk juga pandai mengenakan si abah semula.
Sudah 9 malam Hurilain memakai bengkung selepas dioles kapur berperah air limau. Cadangan saya, yang risau melihat tumbesarannya yang begitu laju. Anda faham? Dia masih rendah daripada saya semasa kami bercuti di Melaka tahun lepas. Hari ini dia sajak memakai baju kurung saya. Sama tinggi dan dia lebih berat dari saya. Dia sudah tidak cemburu pada Along yang selalu mengukur tinggi dengan saya. "Bila mama nak pakai bengkung pulak?" tanya Hurilain. Mama akan pakai selepas kamu pakai 40 hari nanti. Hee ...
Esok Naqib akan pulang ke madrasah. Esok pagi saya akan bersembang panjang dengannya menggunakan kadphone di telefon awam. Cukup murah dan boleh bersembang lama-lama. Ya Allah, bantulah anakanda Naqib selalu. Lancarkan lidahnya dan terangkan hatinya, lapangkan dadanya dan kuatkan imannya. Berilah dia kejayaan dan kebahagiaan dunia dan akhirat. Sembuhkan penyakitnya baik yang rohani mahupun yang jasmani. Pimpinlah dia jangan biarkan dia ya Allah. Ameen.
Hanessa pula telah melukakan pergelangan tangannya sepanjang 6 inci melintasi urat hijau di situ. Mujur luka tidak dalam tetapi tetap mengeluarkan darah sedikit. Dia bermain dengan cutter saya dan memotong-motong kotak air tebu yang sudah kosong. Tiba-tiba dia mengembalikan pisau itu dan masuk ke dalam bilik lantas menutup pintu. Jarang amat dia begitu. Tidak lama kemudian dia menghampiri saya, "Mama, kalau Baby cakap jangan marah tau!" katanya dengan muka sedih bergenang air mata. Lantas dia mengunjukkan pergelangan tangan yang berdarah. Ooo patutlah berani masuk bilik siap tutup pintu lagi. Anak bongsu ini lebih kuat semangat dan berani. Kalau Hidayat, saya rasa sudah menangis dan tak mahu mandi seminggu kerana takut rasa pedih. Hanessa diam tatkala saya menyapu krim, dan dia berpesan "Mama jangan bagitahu abah ya." Dia rasa bersalah kerana tadi enggan menurut tegahan saya. Dan dia tak mahu 'dipadanmukakan' oleh abahnya. Abahnya tentu akan ketawakan dia.
Cuti akan menjelma. Isnin ini masing-masing akan ke sekolah seperti biasa dan akan dimaklumkan kelas baru pada tahun hadapan. Hurilain akan mendaftar di sekolah menengah berhampiran. Jadual masa cuti perlu dibaiki. Kemas tempat tidur, cuci pinggan sendiri, lipat baju sendiri dan kita pergi Gua Niah! InsyaAllah. Oh ya, fax dan pos surat permohonan Hurilain ke Malaysia. Tunggu jawapan dalam debaran sekali lagi, dan harapan yang tinggi. Anak gadis ini suka nak balik ke sana tetapi bila ditanya "sanggup ke nak berpisah ni?", dia terdiam dan geleng kepala. Saya tak akan tanya lagi sampai bila-bila.
Wassalam dan jumpa lagi.

Wednesday, November 17, 2010
Mencari Keyakinan
Jam 4.30 pagi. Semua lampu dinyalakan dan penghawa dingin di'off'kan. Alhamdulillah sempat solat tahajjud dan tidak lama kemudian azan Subuh pun berkumandang. Semua dijera bangun, mandi sunat aidil adha dan bersiap untuk memulakan perjalanan. Kami sempat menjamah kari ayam bersama ketupat, dan selebihnya sudah diasingkan untuk dibawa ke tempat tujuan - Kedutaan Malaysia di Bandar Seri Begawan.
Alhamdulillah selamat sampai dan dapat parking di dalam kawasan tempat letak kereta pelawat. Belum ramai yang datang nampaknya. Oh belum pukul 7 pun.
Saya dan anak-anak perempuan menuju ke tempat solat muslimah bersebelahan dengan ruang solat lelaki di dewan Kedutaan. Wajah pertama yang terpampang ialah wajah manis Ustazah Aisyah, kenalan baru di aidil fitri yang lalu. Saya sudah menetapkan tidak akan menyentuh langsung tentang hal temuduga Institut Tahfiz tempohari. Beliau adalah salah seorang tenaga pengajar di sana dan turut terlibat di dalam mesyuarat pemilihan pelajar (baru diketahui).
Kami solat bersama. Wajah Hanessa berubah riak. Dia asyik merenung telekung cantik anak ustazah yang sebaya dengannya. Gadis kecil itu memakai telekung putih yang dipenuhi bunga merah jambu, warna kegemaran Hanessa. Sedang telekung yang disarungnya hanya ada renda pink di sepanjang tepinya - telekung murah $10 yang tak boleh tidak dimahunya ketika kami ke Giant bersama Naqib dulu. "Mahu telekung macam tu?" tanya saya. Hanessa mengangguk perlahan, matanya masih tertumpu pada anak ustazah yang duduk bersama kakaknya. "Insyaallah, nanti mama belikan, ya." Hanessa mengorak senyum. Dia sudah ada telekung renda biru bikinan saya sendiri tetapi "suka pink jugak!" Apasal budak perempuan ni terpesona sangat dengan warna tu eh?
Telekung saya pun telekung yang sangat simple. Kain kapas yang tidak jarang dengan renda putih di sekeliling bahagian muka dan tepi telekung. Sudah bertahun saya menggunakannya, dipadankan dengan kain samarenda biru corak kotak-kotak. Sangat selesa memakainya. Saya ada beberapa telekung lain, dua helai diberikan kepada Hurilain dan yang lain adalah pemberian suami yang dibeli di tanah seberang. Namun telekung renda putih ini juga yang menjadi kegemaran. Saya dah tak ingat tetapi kemungkinan saya membelinya 8 tahun lepas di Rawang.
Air mata tanpa sedar terbit sendiri tatkala mendengar kisah Nabi Ibrahim yang diperintahkan Allah agar mengorbankan anak kesayangannya, Nabi Ismail. Macam biasa, ada sahaja yang terperasan hal ini, "Mama, kenapa menangis?" Huh, malas nak jawab. Syyyhhhh! Dengar kisah nabi tu.
Usai solat, kami menuju ke tempat jamuan. Sudut hadapan kanan Kedutaan dan bilangan kerusi yang terhad. Sangat sederhana. Kami makan berdiri setelah menjeling-jeling orang lain yang berbuat demikian juga. Ada yang berlabuh di atas tong gas, ada juga di atas tungku dapur yang belum digunakan. Hmm ... tak semeriah sambutan aidil fitri. Duta baru pun belum datang lagi.
Ah, terserempak lagi dengan Ustazah Aisyah. Dia berkata, "Kak, abang kata akak frust!". Hah, frust?? Mana ada, biasa je. Yang cakap frust orang lain, orang lain pulak yang kena. Pak Meon saja nak mengenakan saya nih ... Kan saya dah kata tadi, saya tak akan buka cerita tu dengan ustazah ni. Nampaknya dia yang buka cerita dulu. Saya pun kata, "Tak apa, dah tak de rezeki. Cuma Hurilain yang nampak frust, menangis dia." Saya tenang, monotonous, dan merenung jauh ke dalam anak mata ustazah di sebalik kaca matanya. Saya ... lupa nak pakai kaca mata hari ini. Bayi comel dalam pelukannya mula resah. Melintas bayangan anak gadis saya menangis tempohari. Di luar sedar sambil terus merenung mata ustazah, mata saya kabur sendiri. Dan saya terus sungguh-sungguh melihat anak mata ustazah yang jernih hitam dengan sebuah ketenangan yang mula tergugah. Sekali ... dua kali ... tiga dan "Kak, janganlah sedih. Insyaallah ada yang terbaik untuk dia. Bla bla bla ..." ujar ustazah dengan lemah-lembut sambil membetulkan gendongan si comel yang mula merengek kepanasan. Hahhhh?? Saya sedih? Mana ada! Tapi eh, awat macam ... Menangis ke ni? Laaaaaaa .... dan dengan selamba saya tarik sehelai tisu (mujur ada tisu spare) dari tas tangan dan bersahaja mengelap air mata yang bergenang. Ishhh ... buat malu betul. (Apasal air mata keluar ni ha? Entah, tak tau!) Ok, cool!
Tak sengaja. Kan saya dah kata, no more story about that, no more and never ever! Kami bersama melangkah dan melabuhkan punggung di kaki lima. Nun di hujung padang belakang Kedutaan, seekor kerbau dan dua ekor lembu yang terikat di pokok sedang tegak kehairanan melihat manusia yang mula berpusu menghampiri. Beberapa ketika, kerbau dan lembu dua ekor masih termenung entah memikirkan apa. Terdengar, "Pisau nak sembelih tak de." Uhm ... no komenlah.
Saya sambung sedikit lagi bicara dengan ustazah. Tenang dan dalam kawalan. Kemudian kami menuju tempat penyembelihan untuk melihat dengan lebih dekat lagi secara berasingan. Pak Meon memberi isyarat supaya saya snap shot sudut menarik. Uh, tak de mood dah. Akhirnya Hurilain dengan wajah kelat, klik klik sana sini dalam terik matahari pagi yang kian garang. Dan saya, apa yang dah terjadi pun terjadi sendiri. Tapi saya rasa orang ramai di situ lebih memberi tumpuan pada kerbau dan dua ekor lembu yang satu persatu mengeluh, mengeruh dan mendengus melepaskan nyawa terakhir di atas lubang berdarah daripada wanita serba hitam bertas merah yang juga bermata merah yang asyik mengelap matanya hingga hilang celak mata.
Harapan, impian, dan tertanya-tanya. Puas mencari keyakinan tentang hikmah dan rahsia takdir Allah. Mesti ada hikmah yang tersembunyi. Pasti, tidak ada yang tidak pasti melainkan kepastian yang jitu dan benar belaka. Tentu Allah SWT yang Maha Pengasih mahu memberi yang terbaik. Belum terlewat dan tidak terlambat lagi. Namun mengapa ustazah kata ada panggilan kedua dan dia tanya mengapa saya tak hubungi dia. Saya dah buat tapi panggilan tak diangkat. Mahu menghubungi sekadar ingin memaklumkan dan membuat sedikit pertanyaan, itu sahaja. Tak lebih.
Sambil terus mengelap air mata yang susah benar nak kering dan berkeadaan macam saya seorang diri sahaja di situ, bayangan Hurilain terus menjelma silih berganti dengan wajah ustazah yang sudah kembali duduk di kaki lima nun di sana. Ah, dah segan nak ke sana kembali dengan mata yang merah begini. Pak Meon langsung tak perasan hal saya. Tiba-tiba, "Meon! Meon! Meon!", suara Kapten memanggil-manggil dia. Sejenak kemudian saya nampak tiga lelaki saling membantu menyalakan rokok. Arghh!! (Menyampahnya aku bab merokok ni!)
Satu hal yang susah nak kawal ialah mata anak-anak yang sangat peka dengan perubahan saya. Hidayat terutamanya bertanya berkali-kali mengapa saya menangis. Hurilain juga. Menangis pasal lembu kena sembelih ke? Ingat kampung ke? Ingat Along ke? Elok orang tak tau jadi tau. Aparaaa ... dan akhirnya Pak Meon pun tau. Intan sedih ingat kampung ... katanya pada Abang Azmin yang tersenyum-senyum memandang.
Sekadar catatan. Sudah tiba masa kami memikirkan tentang masa depan anak-anak dengan lebih serius. Lebih serius berdoa dan memanjatkan pengharapan kepada Allah SWT. Lebih fokus dan tidak mementingkan diri sendiri lagi hingga mengabaikan kepentingan anak-anak. Bukan tidak serius sebelum ini tetapi perlu ada perubahan yang lebih baik. Bina impian positif dan cemerlang untuk mereka. Semoga menjadi insan yang dapat memberi manfaat kepada insan lain dan menjadi hamba Allah yang pandai bersyukur atas segala nikmatNya.
Semoga Naqhuhines menjadi anak-anak yang soleh; menjadi 'mentari yang menyinar di ufuk ilmu' dan kehidupan. InsyaAllah. Kita merancang, Allah pun merancang dan Dia adalah sebaik-baik Perencana. Hanya kepada Allah tempat berserah diri.

Tuesday, November 16, 2010
Dapatkan Kunci Ilmu
As salam.
Esok 9 Zulhijjah 1431H. Umat Islam yang mengerjakan haji di Tanah Suci sedang berwukuf di Arafah. Selamat berpuasa sunat esok, semoga segala dosa setahun lepas dan setahun akan datang diampunkan Allah, hapus dari buku catatan dan beroleh pahala yang dijanjikan. Semoga dapat berpuasa dengan sempurna, insyaAllah. Pemandangan di Padang Arafah yang ditonton di kaca tv sangat mengagumkan dan menyentuh perasaan. 3 juta umat Islam dan dua orang daripadanya adalah kekanda saya dan suaminya. Juga Tuk Uda, Kak Yeen dan Mak Mbong Siah. Semoga mereka semua beroleh haji yang mabrur dan dibantu Allah hingga selesai beribadah, seterusnya kembali ke pangkuan keluarga dengan selamat dalam keadaan suci bersih umpama bayi yang baru dilahirkan. InsyaAllah.
Naqib membuat kejutan dalam diam. Dia menunggang motosikal ke Sri Menanti berseorangan. Macamana boleh terlepas, wallahua'lam. Belum mencapai 14 tahun pun usianya. Guna motosikal kawan atuknya, tanpa lesen dan agak bagus sebab memakai topi keledar. Saiz badannya seperti sudah 16 tahun walaupun wajahnya masih agak keanak-anakan (Hurilain selalu disangka kakak dan dia adik).
Tembelang pecah apabila dia 'ditemui' di Facebook oleh abahnya. Jarak dari rumah ke Sri Menanti dalam 5-6 km. Memang berani melulu budak ni. Si abah pun tak terkata apa, cuma menasihati dari kejauhan begini. Apatah lagi si abah muncul di akaun saya, dan menjadi saya sehingga selesai dia berchatting dengan anaknya itu. Ayat-ayat yang disusun tentulah menyerupai ayat-ayat saya sehingga Naqib langsung tak menyedari bahawa mamanya itu adalah abah. Citt ... 'Mama' menasihati anaknya supaya belajar sungguh-sungguh dan kesian kat abah yang kerja keras keluar pagi balik malam ... Namun apa yang penting ialah nasihat disampaikan dan diterima pula dengan hati yang bersih dan ikhlas. Rahsia 'mama' yang masih di pejabat hampir bocor apabila Naqib mahu berchatting dengan Hurilain, tapi 'laa ... Ain dah terlelap kat kerusi tu ha...!' kata 'mama' beri alasan. Huh!
Hurilain pula masih bersedih walaupun semakin berkurangan, kerana gagal ke Institut Tahfiz al-Quran Sultan Haji Hassanal Bolkiah seperti yang diharapkan. Selepas mendapat tahu melalui telefon, surat pun tiba dari pihak berkenaan tetapi tidak saya unjukkan kepada dia. Dia terjumpa sendiri surat itu dan sekali lagi menangis hingga membuatkan kami tercengang. Kuat sungguh kemahuan dan harapannya tetapi Allah Maha Mengetahui apa yang terbaik buat dia. Emosinya diluahkan melalui tangisan dan kata-kata yang menggambarkan perasaannya di facebook. Dan dia mendapat komen-komen positif yang insyaAllah dapat membantu membina semangatnya semula. Dalam pemerhatian sebagai orang tua, dia mungkin belum sesuai untuk hidup berasingan dari keluarga. InsyaAllah doa sentiasa mengiringi dia.
Mak Sunya (adik saya) baru dimaklumkan sebentar tadi melalui Skype. Katanya, "ilmu Allah ada di mana-mana dan macam-macam jalan untuk mendapatkannya. Yang paling penting, ialah kunci ilmu ~ iaitu apa sahaja yang dipelajari atau diperolehi dikatikan dengan Pemiliknya; Allah SWT. Dengan kunci ilmu ini, walau di mana sahaja belajar menuntut ilmu seseorang pelajar itu akan tahu tanggungjawabnya yang berada di pundak. Apakah tanpa sebarang pengorbanan, kita terasa hampir dengan syurga? Itu adalah penipuan diri sendiri." Ringkas sahaja tetapi mendalam. Berbicara di Skype, dengan tulisan yang diringkas-ringkaskan. Hanya yang penting sahaja. Adinda saya di Kuching tetapi sehingga hari ini belum ada rezeki bersua muka walaupun berada di tanah yang sama Kepulauan Borneo
Yang berdua lagi; Hidayat dan Hanessa terus membesar dengan ceria bersama aktiviti harian masing-masing. Bergurau, menonton TVIQ dan bergaduh, baik balik dan ketawa lagi. Semoga setiap saat memberi pengajaran dan natijah yang baik dalam diri mereka. Namun tetap perlu ada pemantauan dan paling penting adalah doa khusus buat setiap anak.
Kata Dr. Hj Fadzillah Kamsah, jangan berdoa pukul borong sahaja untuk semua anak. Berdoalah dengan menyebut nama setiap seorang anak secara khusus. Setiap anak memiliki keperibadian tersendiri dan permasalahan tersendiri juga. Kelebihan dan kelemahan yang berbeza. Dan itulah peranan ibu bapa. Kalau tak kita, siapa lagi nak doakan anak kita ni ... Doa senjata Mukmin. Allah menyuruh kita berdoa dan meminta kepadaNya. Maka marilah kita berdoa dan nyatakan sepuas-puasnya hingga terasa ia dikabulkan Allah, insya Allah.
Kerana itu saya cukup suka meminta doa dari mak-mak saya. Dan masing-masing Bonda Ramlah, Bonda Juriah dan Bonda Zaleha (terasa beruntung memiliki tiga bonda, alhamdulillah) akan kata mereka sentiasa mendoakan kami setiap masa. Cukup menyenangkan hati. ALhamdulillah, terima kasih buat bonda semua.
Sekian dahulu sehingga ketemu lagi insyaAllah. Selamat berpuasa sunat esok. Semoga diterima Allah amal ibadah yang sekelumit ini. Ameen.
Oh Naqib, jangan buat kejutan lagi!!

Sunday, November 14, 2010
Naqib dah cuti
Salam.
Akhirnya dapat juga buka 'posting' blog ni, selepas hilang mood segala ... Yang ada hanya nak terus cuba log in sampai dapat.
Terima pesanan ringkas dari kakak memberitahu dia dan suami sudah menuju ke Arafah. Semoga dia dan Abang Zek serta seluruh umat Islam yang mengerjakan haji tahun ini mendapat haji mabrur dan pahala yang berganda untuk ibadah yang dikerjakan ini. Semoga kami pun akan menyusul beberapa tahun lagi, insyaAllah.
Naqib dah cuti raya aidil adha satu minggu. Wan dia jemput dari madrasah terus bawak balik kampung. Simcard 014 yang valid sampai 2013 tu dah hilang. Semalam atuk dia belikan simcard baru, malangnya kat rumah kampung tak ada coverage pulak. Kena la naik loteng atau keluar dari kawasan rumah. Patut la call tadi tak dapat. Ish! Pot pet pot pet mak saya mengadu perihal cucu kesayangannya tu. Bingkai kaca mata patah lagi, dan dia beli jam tangan lagi. Oh anak ... tapi wan dia kata insyaAllah setakat bawah RM500 boleh la spend money untuk dia seorang; huh! Saya kata jangan la mak layan sangat kehendak dia. Kali ni dia nak trade in telefon bimbit yang ada dan nak beli yang baru anggaran Rm400 punya. Amboiii! Memang takkan diluluskan walaupun wan sudi nak sponsor.
Tadi call dia lagi. Agak lama lebih 10 minit. Naqib memberitahu pelajar madrasah tidak dibenarkan membuka facebook. Selepas cuti aidil adha, pelajar yang dikesan memiliki akaun facebook akan menanggung risiko. Bagus la macam tu, kata saya. InsyaAllah kami sentiasa menyokong peraturan yang ditetapkan oleh pihak madrasah.
Setelah berjanji akan menelefon lagi esok lusa, saya titipkan pesanan demi pesanan untuk anak ini. Jangan tonton tv (tapi ni susah nak kawal sebenarnya), solat mesti awal waktu dan jangan lupa niat istinjak. Juga teruskan hafalan tiga muka surat lagi juz 25 yang masih berbaki, dan masuk juz 24. Bapa Mukhlis jangka dia akan khatam insyaAllah lagi tiga tahun; sekiranya hafal satu juz satu bulan dan setahun lagi untuk syahadah.
Sempat dia bertanya plan kami balik ke sana cuti Disember ini. Uhu yang ni kesian sikit sebab plan batal. Hidayat nak dikhatankan di minggu pertama nanti insyaAllah. Lepas tu rencana akan ke Gua Niah berkereta melalui Miri untuk tiga hari dua malam. Peta sudah dibeli. Tapi mak pesan kalau jalan-jalan ke mana-mana tak perlu diwarwarkan pada Naqib agar hatinya tak terusik. Huh mak cukup jaga hati cucu sulungnya ni ... Terima kasih mak abah.
Tak apa la Along. Mudah-mudahan rezeki kamu lebih baik lagi, berjalan di bumi Allah ke mana sahaja apabila sampai masanya kelak. Semoga tercapai cita-cita kita yang sudah direncanakan. InsyaAllah.
Adik-adiknya di sini sudah mula bercuti sendiri. Perkarangan sekolah lengang kerana ada kelas yang kedatangan zero. Pelajar 'digalakkan berehat' di rumah. Hanya pelajar yang terlibat dengan persembahan yang datang untuk membuat latihan. Kini hanya menunggu keputusan peperiksaan PSR tempohari. UPSR sudah diumumkan dan keputusan kawan-kawan Hurilain sudah diketahui. Mereka pun mahu tahu sangat keputusannya tapi tu la lum keluar lagi ...
Semoga lepas ni terus mudahlah nak posting entry insyaAllah. Buat Naqib, kami semua memang rindu pada Along. Ingat pesan ustaz masa nak balik cuti kelmarin. Jaga diri, jaga hati dan jaga iman. Doa mama abah sentiasa mengiringi Along. InsyaAllah semoga berjaya dan menjadi hafiz yang bertakwa dan hebat. Salam sayang buat Along dan jumpa lagi.
1. Pss kurangkan sikit berat badan tu ya! 2. Tak payah ajak atok gi KFC. Minta je wan beli ayam kat Tanjung Ipoh n goreng sendiri lagi sedap. 3. Ingat jangan leka dengan tv. Stop watching! (better) 4. Pi la borak-borak ngan Onyang. Dah la sesekali je jumpa. Sian Onyang tu. 5. Bawak motor kat luar tu hati-hati, bukan tak de polis kat sana tu. Tak pasal kena saman kang. 6. nanti mama sambung lain kali ... doakan Hurilain dan Hidayat insyaAllah lagi 4 tahun akan menyusul Along. Doakan mereka berdua ni ya!
Terima kasih kepada semua yang terus mendoakan Naqib dengan doa dan harapan yang terbaik. Semoga dimakbulkan Allah insyaAllah. Ameen.
Salam sayang buat Along dan jumpa lagi (huh bila nak berhenti ni makcik oi)...

Thursday, November 11, 2010
Harap maaf, tetapi kami tidak dapat melengkapkan permintaan anda
Salam penuh ceria.
Dengan ceria saya beronline di sini setelah lima hari terbeku gara-gara masalah yang telah beberapa kali berulang sebulan sekali kepada telefon bimbit B-mobile. Setelah resetting semula dengan pesanan "abang jangan lupa tanya apa masalahnya? Kenapa sebulan sekali jadi macam ni? Apasal jadi macam ni? Abang tanya sampai dia bagi tahu macamana nak buat sendiri, ok bang!" alhamdulillah semua dah ok. Terima kasih banyakkkkk kepada suami saya yang juga telah siap-siap top-upkan $30, dan sekarang membiarkan saya berblog sepuas-puas hati walaupun dia sudah mempelawa untuk menonton Ulik Mayang di tv. (pss... sekejap lagi ya!).
Petang tadi hati saya tersenyum lebar walaupun wajah tidak beriak. Mana boleh tunjuk-tunjuk sangat, nanti buat hal balik tentu "padan muka ekau hehehe...".
Oh ada lagi unmoderated comment dari pembaca tapi 'Harap maaf, tetapi kami tidak dapat melengkapkan permintaan anda' sama ada komen mahu diterbitkan atau dihapuskan - ada sesiapa yang boleh bantu saya atasi keadaan ini? Terima kasih didahulukan. Ribuan terima kasih.
Terima kasih sekali lagi kepada pembaca yang sudi meluangkan beberapa saat menulis sesuatu baik di shoutmix atau di ruangan komen. Ia adalah penghargaan yang amat saya nilaikan. Ada sepotong ayat ringkas berbunyi 'rajin akak baca novel'. Sudah saya tuliskan sesuatu tentang hal ini tetapi belum sempat dipaparkan di sini (macam ada rasa hati dan nah ternyata ada).
Saya baru sahaja berstatus peminat novel jika benar begitu. Tetapi saya bukan pembaca novel cinta. Maaf, saya tak berselera walaupun pernah memaksa diri. Saya tak mampu menghabisinya. Bukan hanya kini, sejak saya pandai membaca barangkali. Saya masih ingat kata-kata arwah Cikgu Mat Amin bin Salamon semasa dia mengajar kelas tambahan Matematik Tingkatan tiga ~ "Orang yang suka baca majalah hiburan mentalitinya rendah!". Saya tambah sendiri, termasuk novel cinta dan rancangan hiburan di tv. Bukan mengaku mentaliti tinggi. Tapi semasa cuba-cuba baca novel begitu, saya selak tengah dan tinjau belakang, tak mengapalah kalau saya tak baca. Dan saya selalu ketinggalan tentang artis. Suami saya lebih kemaskini tentang Siti Nurhaliza atau mana-mana artis yang baru bercerai. (pengakuan berisiko nih... ).
Belum jumpa tapi mungkin ada. Atau saya silap kerana pukul rata semua. Maaf. Saya sudah tonton CD Ketika Cinta Bertasbih dan saya sukakannya. Tetapi nampaknya Hurilain yang sedang menghabisi novel kedua yang saya beli dulu. Saya tak berminat nak membacanya walaupun bersemangat ketika membelinya. Saya anggap ini satu kelemahan yang perlu dibaiki. Semoga ada kisah cinta yang tidak membuatkan saya terawang-awang dan hilang tak ketahuan. Aha, saya baru meminjam Kekasih Sam Po Bo oleh Faisal Tehrani semalam. Saya terjumpa di rak buku puisi dan kompilasi cerpen. Nampaknya berterabur susun aturnya, tak setempat. Apa yang menarik agaknya? Antara beberapa yang dipinjam dan sekarang sedang menyudahkan '99 Peristiwa Ajaib yang Mengubah Dunia' oleh Hj Hasan Muhd al-Khairun bin Gozali, penerbitan Jahabersa cetakan ketiga 2005 iaitu himpunan pelbagai mutiara hadis Rasulullah SAW berkaitan peristiwa akhir zaman, bersama beberapa buku nipis lain yang mesti dipulangkan Sabtu ini.
Saya kembali 'serius' membaca semenjak saya terpaksa meningkatkan pembacaan -sekiranya mahu menjadi penulis novel - iaitu semenjak kakak mendorong saya menulis novel - juga semenjak Sifu yang menggurui saya terus mengatakan bahawa cerpen saya sudah siap dan boleh dinovelkan - mereka semua kata saya MESTI banyak membaca untuk memperkayakan tulisan saya kelak.
Ambil masa menanam azam. Satu gaya hidup yang sudah lama saya tinggalkan semenjak menjadi ibu. Tetapi cinta membaca membuatkan saya terus membeli buku terutamanya buku motivasi dan pengetahuan Islam sehingga pernah terbeli dua buku Sirah Nabi SAW yang sama (hanya disedari bila mencari untuk menyiapkan kerja, apasal ada dua?), dan tiga buah Tafsiran Al-Quran, serta dua buah buku yang sama tajuk. Sebab? Saya beli tapi tak baca sangat. Hanya hati saya berkata, satu hari aku akan baca semua ni. (Dan saya memang kedekut dan berhati-hati mahu meminjamkan buku saya. Ada dua buku hilang tanpa kesan - IMAM dan RABIATUL ADAWIYAH kisah sufi wanita. Tidak ada sesiapa yang mohon pinjam. Bila mencari tiba-tiba sudah tak jumpa walau berkelintau cari segala corok yang ada. Saya anggap ia satu amaran kerana saya beli tapi tak baca dengan sepenuh hati. Oh janganlah ada yang hilang lagi. Ya Allah yang Maha Pemelihara tolonglah.) Satu sikap yang amat merugikan. Tapi hari ini di sini saya rasa seperti mahu terbang balik ke rumah saya semula dan mengadap rak buku yang ditempah aoleh suami saya itu semata-mata untuk mengisi semua buku yang ada dan betapa risaunya kerana mak yang datang menjenguk sebulan sekali kata ada berbagai haiwan yang dah berumahtangga di sana - tupai, tikus, lipas dan sebagainya.
Kini setelah beberapa ketika membaca, saya rasa sudah agak pandai memilih berdasarkan tajuk. Yang ada terselit perkataan 'cinta' belum saya berkeinginan nak menyentuhnya. Sakit juga leher menelek buku yang tegak berdiri. Saya belum dapat mengesan citarasa sebenar tetapi bukan ada bau-bau cinta, setakat ini. Nampaknya mungkin novel serius menjadi pilihan tapi tak semua, ada yang terlalu sayup tak kesampaian saya ke mana apabila membacanya. Disamping buku-buku yang boleh menjana kemantapan rohani.
Di sini, saya ingin berkongsi sedikit petikan dari novel SN Abdullah Hussain yang suka saya membacanya di muka surat 343;
“Tulisan atau buku akan terus tinggal sampai dunia kiamat sehingga Allah menarik naik semua tulisan ke hadirat-Nya. Kalau sudah begitu orang yang berjumpa tulisan kita akan membaca, kalau yang baik pahalanya sampai kepada kita kalau yang tak baik dosanya juga sampai kepada kita. Masa hidup ini bolehlah kita meminta ampun kepada Allah taala dan Allah seperti yang sudah dijanjikan akan mengampunkan dan menerima taubat kita, tetapi apabila kita sudah mati dan tulisan kita masih dibaca orang, bagaimana? Nauzubillah.”
Dia teringat salah sebuah ayat dalam surat Yasin yang selalu dibaca: Sesungguhnya Kami (Allah) menghidupkan orang-orang yang mati, dan Kami tuliskan segala apa yang mereka kerjakan serta segala kesan perkataan dan perbuatan yang ditinggalkan oleh mereka; dan tiap-tiap sesuatu Kami catatkan akan dia satu persatu di dalam ibu surat yang jelas nyata. Itu yang amat menakutkan.
Maaf zahir batin, jumpa lagi.

Subscribe to:
Posts (Atom)
Search This Blog
Blog Archive
Terima kasih :)
utamakan Bahasa Melayu
Pantai Lumut
Pantai Mersing