Hadith


Beramal dan Menyampaikan


Random Hadith Widget

Bismillah

Bismillah

Sunday, January 17, 2010

Doktor muda itu membelek-belek kaki dan tangan Naqib.  
"Dah teruk ni, ada jangkitan sebab sudah bernanah."
"Saya minta doktor buat surat untuk saya rujuk kepada doktor pakar di HTAR," pintaku bersungguh-sungguh.
Doktor itu termenung sejenak. 
"Ubatnya sama sahaja."
"Tetapi sebelum ini saya pernah refer ke sini, dia diberikan ubat cecair untuk mencuci berwarna biru dan krim."
"Ubat biru?"
"Purple la mama.." kata Naqib pula.
"Oh ya, warna ungu.  Sudah setengah tahun doktor.  Lama sangat.  Mula bulan Ogos lalu.  Semasa dia berehat di rumah, kurang sikit.  Bila balik ke asrama, mula gatal semula." kataku menyatakan kekesalan.
"Ok, biar saya check ubat yang telah diberikan."  Doktor menyingkap helaian rekod di hadapannya dan mengangguk-angguk.  "Salah ubat ni."
Aku mengerutkan kening.  'Salah ubat!!?' timbul tanda tanya.
"Ya, ubat yang diberikan bukan untuk kudis buta.  Kalau ke hospital, kena marah ni."
Siapa yang kena marah, akukah atau pihak klinik..? Aku tertanya-tanya sendiri.  Takkan aku pulak!
Aku berkata memberi penjelasan.  "Sebenarnya saya ada merujuk sakit dia kepada doktor swasta, tetapi waktu itu katanya bukan kudis buta."
"Kalau rujuk sana sini, susah sikit.  Sepatutnya di satu tempat sahaja supaya boleh buat pemantauan rapi." doktor berkata dengan hormat.
'Ehh gitu pulak.  Bukan suka-suka pun nak bawak g klinik bayar.' getus hati kecilku.
"Begini doktor, waktu itu dia sudah masuk asrama dan peraturan menetapkan dia hanya boleh diambil pada Ahad sahaja.  Jadi saya bawa dia ke klinik itu yang satu-satunya dibuka pada hari Ahad.  Saya ke sana selepas mendapatkan ubat di sini hingga habis digunakan tapi tiada perubahan baik.  Saya juga membelikan ubat gatal untuk sebulan dari farmasi." kataku.  "Tetapi apabila ubat habis, masih gini jugak malah makin teruk hingga bernanah."
Memang kami ada belikan Naqib ubat untuk tempoh sebulan dari farmasi yang selalu serasi dengan kami di Tangkak. 
"Tidak mengapa,  Saya berikan ubat yang betul.  Ubat ini kuat, pastikan tidak terkena bahagian muka dan genital.  Untuk bahagian itu, saya berikan krim lain yang lebih lembut."
"Bagaimana pula dengan senarai ubat oleh dresser ni tadi?" saya menghulurkan helaian yang diberikan oleh dresser.
Doktor mengambil helaian itu dan memotong beberapa nama ubat dengan pen merah di tangannya.  "Ini tidak perlu.  Saya sudah tulis di situ tadi." doktor menunjukkan ke arah senarai ubat yang berada di tangan saya.
"Doktor berikan dia cuti seminggu, boleh?"
"Ya, ini bukan mc tapi kuarantin."
"Bagaimana dengan pemakanan, doktor?" saya bertanya inginkan kepastian.
"Dari segi perubatan, dia boleh makan apa sahaja."
"Tetapi telur kan boleh menyebabkan nanah lagi, dan makanan laut menyebabkan kegatalan?"  saya bertanya macam orang yang naif langsung tentang pantang makanan untuk orang gatal-gatal. 
"Sebenarnya itu bergantung kepada individu.  Mungkin ada makanan yang dia alah tetapi ada makanan yang tidak alah."
Huh, senang cerita, pantang semua je.  Bisik hatiku. Yang penting, mesti baik cepat.  Ustaz sudah berpesan jangan cuti lama-lama sebab tidak lama lagi nak periksa dan nak naik juzuk baru hafalan Qurannya.
"Terima kasih doktor."
Kami berlalu ke bahagian farmasi untuk mendapatkan ubat seperti yang telah disenaraikan oleh doktor tadi.

Ubat itu memang kuat.  Semalam tiba-tiba Naqib meraung mengadu matanya pedih.  Rupa-rupanya tangan yang sudah disapu ubat terkena di bahagian mata.  Saya pun pernah merasai kepedihannya apabila jari terkena mata sendiri sesudah menyapu ubat di tubuh Naqib.  Jadi saya faham kepedihan yang sedang dirasai olehnya.  "Dah tau tangan berubat buat apa kenakan kat mata?" bebel saya.
"Mama, ambilkan ais nak letak kat mata."
Naqib meletakkan ketulan ais dibalut dengan kain di kelopak matanya.  Tadi mata Ain bengkak kerana arlegik bulu pink yang diuntai di telefon bimbitnya, lalu Nabilah menyuruh dia menuam mata dengan ais dan ternyata membantu matanya kembali pulih.  Naqib pun buat yang serupa walaupun penyakitnya berbeza.  Saya masuk ke bilik air untuk berwuduk.  Tidak lama pintu bilik air bergegar dan terdengar raungan di luar.  Saya fikirkan Hanessa atau Hidayat yang menangis kerana bergaduh, apabila ditanya lagi rupa-rupanya Naqib..  Tentu matanya masih pedih.  Saya keluar dan melihat Naqib memasak air panas di kettle di dapur.  "Haa, rendam muka tu," saran saya.  Kasihan dia.. Tidak lama kemudian dia merendam seluruh wajahnya ke dalam air suam beberapa kali.
"Ada kurang tak?"
Naqib sekadar memberi isyarat mengiyakan pertanyaan saya sambil terus menahan nafas di dalam air suam itu.

Hari ini, Ahad, 17 Januari 2010, ubat sapu dua botol hampir habis.  Saya perhatikan nanah-nanah sudah hilang tetapi muncul gelembung kecil yang baru di kedua tangan dan kaki.  "Kamu tak kuat berpantang!" jerkah saya.  Naqib sengih-sengih sahaja.  Geram rasa hati.  "Dah cakap jangan makan telur dan ayam dulu, biar betul-betul baik.  Lepas tu nak makan apa-apapun, makanlah." saya meneruskan bebelan.  "Makan ikan bilis sahaja."
"Ikan pari?"  mungkin dia teringin pari asam pedas.
"Lagi tak boleh.  Ikan cencaru atau bawal boleh."
"Napa?"
"Bisa la.."
Saya terbayang suasana berpantang bersalin dan menu yang disediakan untuk santapan saya dulu.  "Mama, masa along pantang bersunat dulu, mama buatkan along ayam panggang lada hitam," kata Naqib, masih berharap dapat menjamah lauk ayam lagi.
"Mana ada," bantah saya.
"Iya, ma.."kata Naqib bersungguh-sungguh. 
Saya diam sejenak. "Mungkin waktu itu kamu sudah hampir baik."

Pagi tadi Naqib membeli roti gulung di pasar Ahad.  Apabila berada di dalam kereta untuk pulang, kami dapati itu bukanlah roti gulung tetapi telur gulung.  "Kamu tidak boleh makan ini, telur!" kata saya sambil menyuapkan makanan itu ke mulut sendiri dan cepat-cepat mengikat plastiknya.
"Bolehlah, ma..." Naqib meminta belas dari saya.  Dia senyum.
Tidak sampai hati pula. "Huh, sikit je."
Senyum Naqib makin lebar tatkala tangannya membuka beg plastik yang membungkus roti gulung itu.

"Esok pagi ready gi klinik lagi.  Minta ubat kat dresser.  Kalau perlu pergi lagi Selasa untuk jumpa doktor pulak." saya berpesan kepada Naqib awal-awal.  Saya mahu membawa Ain juga walaupun belum pasti.  Kata Ain, sudah ada dua tiga bekas kudis di kakinya.  Hidayat pula mengadu semput dan sakit dada.  Dia jarang sakit tetapi sesekali terkena semput, ragamnya lebih.  Tengok keadaan dahulu, jika tidak perlu tidak payah ramai-ramai pergi.  Tadi sudahpun beli pepermint cure pink gambar kanak-kanak untuk Hidayat.  Ubat inilah yang dibelikan oleh arwah abah untuk saya sewaktu kanak-kanak dahulu, berwarna hitam bukan berwarna pink.  Pepermint cure pink ini baru lagi dihasilkan.  Dulu sekitar 70an tak ada pun.

Semasa berchatting dengan hubby di YM, dia berpesan supaya Naqib benar-benar sembuh baru dihantar ke asrama supaya penyakit tidak berulang-ulang.  Apa yang pasti, Naqib akan dibelikan tilam baru dan tilamnya di madrasah akan dibawa pulang untuk dijemur.  Tilam itupun masih baru, cuma untuk memastikan tahap kebersihan benar-benar terjamin, biarlah tukar dengan yang baru. 

Semoga Naqib benar-benar sembuh kali ini.  Cukuplah 6 bulan dia menghidapinya.  Geram benar hati saya melihat dia tergaru-garu seluruh tubuh sewaktu tidur malam.  Selepas ini saya merancang untuk membantu Naqib mendapatkan berat badan yang ideal sesuai dengan usianya.  Jus mate5 akan dicuba.  Naqib akan bercuti seminggu pada Mac nanti, semoga tempoh yang terhad itu dapat memberi sedikit perubahan kepada dia dan meneruskannya di madrasah nanti.  Semoga Naqib sihat selalu dan terus gigih berusaha untuk menghafaz Al Quran, semoga dibantu Allah SWT.  Ameen.

Nama ubat sapu itu ialah Emulsion Benzyl Benzoate 25%.

Kudis Buta

Info penting tentang KUDIS BUTA / SCABIES.

KUDIS BUTA

Ini merupakan sejenis penyakit kulit yang disebabkan oleh hama yang halus dan menjangkiti pada pori kulit manusia. Ia adalah penyakit yang berjangkit dan selalu berpunca dari jangkitan komuniti spt dari pelajar asrama. Scabies atau kudis buta perlu dirawat dengan sempurna untuk tidak menyebabkannya berulang lagi.

Tandanya ialah bengkak seperti gelembung halus pada kulit terutamanya di tapak tangan/kaki, celah jari, ketiak, pelipat dan bahagian kemaluan. Ia tersangat gatal dan akan menjadi bernanah apabila dijangkiti kuman. Untuk merawat kudis buta, perlu disapu dengan ubat racun hama spt EBB lotion atau Crotorax. Ia seelok-elok di lumur keseluruhan badan dari tengkok ke bawah sebelum tidur malam. Lebih efektif jika dimandikan tubuh dengan air suam untuk membuka pori-pori kulit terlebih dahulu. Pembersihan segala pakaian dan perabot seperti sofa dan karpet yang dijemur di bawah matahari panas akan membuatkan hama tersebut keluar dari tempat persembunyiannya.Ubat tahan gatal akan membantu dari keadaan tergaru-garu pada malam hari.

anti-oksidan - info (Halaqah - Ummi Munaliza)

INFO: ANTIOKSIDA
    * Amat penting bagi menentang radikal bebas yang menyebabkan masalah penuaan dan pelbagai penyakit lain seperti barah. Radikal bebas masuk ke tubuh apabila kita menyedut udara yang tercemar seperti asap rokok. Ini menyebabkan berlaku proses pengoksidaan yang merosakkan sel sihat dan menyebabkan anda tampak tua dan kurang sihat. Bagi mengatasinya, antioksida digunakan bagi mengawal proses pengoksidaan ini.

    * Antioksida adalah penawar semula jadi yang boleh mengawal dan menyingkir radikal bebas. Ia memperkukuhkan ketahanan sel badan dan merangsang pembaikan sel dengan pantas dan juga dapat membaiki DNA yang rosak akibat radikal bebas itu.

    * Lebih menarik, antioksida juga terbukti dapat memperlahankan proses penuaan kerana antioksida adalah pembersih dalaman badan dan pengawet muda dengan meneutralkan radikal bebas, selain memainkan peranan penting bagi membina dan mengekalkan kekebalan badan. Ini berlaku dengan menggalakkan gerak balas dalaman yang meningkatkan kebolehan badan untuk menangkis organisme pembawa penyakit yang menyerang badan seperti bakteria dan virus serta organisme lain yang menyumbang kepada proses penuaan.

    * Mengamalkan pemakanan seimbang dan pelbagai makanan yang kaya dengan antioksida dalam menu harian dapat membekalkan badan dengan bekalan antioksida secukupnya.

Saturday, January 16, 2010

Konspirasi Dunia - Dajjal (Halaqah)


The Great Architect, dajal telah dikurniakan ilmu yang tinggi oleh Allah. Tetapi dia telah mengambil keputusan untuk menentang penciptanya sendiri dan bersetongkol dengan Azazil. Sepanjang peradaban manusia, dia telah meninggalkan tanda-tanda kehadirannya dan salah satu tanda yang ditinggalkannya ialah binaan agung yang begitu tinggi kejuruteraannya. Taman tergantung Babylon, piramid, Tembok Besar China, Stonehedge semuanya adalah ilham si genius ini.

Sebelum ini saya sudah mengulas tentang binaan Piramid dan Obelisk. Sila rujuk artikel saya sebelumnya untuk mengetahui tentang asas-asas binaan dajal di seluruh dunia yang dibina untuk menyambut kedatangannya dengan kaedah pengumpulan dan pengaliran tenaga negatif terus ke langit. Piramid, Obelisk itu adalah antara cara pengumpulan tenaga, dan tenaga yang disalurkan ialah tenaga negatif. Konsep yang sama juga digunakan di Masjid iaitu kubah. Kubah juga adalah salah satu binaan yang cukup baik untuk mengalirkan tenaga, dan tenaga yang dialirkan itu adalah tenaga yang positif. Konsep yang mudah untuk difahami di sini kan?

Ketahuilah kita umat akhir zaman, dan ketibaan The False Messiah/ Antichrist/ Dajal ini semakin hampir. Jika anda perasan, binaan agung pada peradaban terhadulu telah dibina kembali untuk menyambut kedatangan si laknat ini. Dengan bantuan konco-konconya yang telah sekian lama berkhidmat untuk Azazil menentang Tuhan Yang Esa.

Salah satu binaan penting untuk menyambut Messiah Yahudi ini ialah Tower Of Babel!

Salah satu binaan moden yang berasaskan Tower Of Babel, Parlimen EU.

Sebelum saya membawa pemikiran anda lebih jauh, pasti pembaca tertanya-tanya, adakah Tower Of Babel ini benar-benar wujud? Atau hanyalah sekadar dongengan dan hanya fantasi rekaan sahaja. Sebenarnya Tower Of Babel ada disebutkan di dalam Al-Quran. Firaun telah mengarahkan pembinaan sebuah binaan yang tinggi untuk mencabar kekuasaan dan memperlekehkan Allah s.w.t:

Dan Firaun pula berkata: "Wahai orang-orangku, aku tidak mengetahui ada bagi kamu sebarang tuhan yang lain daripadaku; oleh itu, wahai Haman, bakarkanlah untukku batu-bata, serta binalah untukku bangunan yang tinggi, supaya aku naik melihat Tuhan Musa (yang dikatakannya itu); dan sesungguhnya aku percaya adalah Musa dari orang-orang yang berdusta".
Al-Qasas 38

Dan Firaun pula berkata: "Hai Haman! Binalah untukku sebuah bangunan yang tinggi, semoga aku sampai ke jalan-jalan (yang aku hendak menujunya)
"(Iaitu) ke pintu-pintu langit, supaya aku dapat melihat Tuhan Musa; dan sesungguhnya aku percaya Musa itu seorang pendusta!" Demikianlah diperhiaskan (oleh Syaitan) kepada Firaun akan perbuatannya yang buruk itu untuk dipandang baik, serta ia dihalangi dari jalan yang benar; dan tipu daya Firaun itu tidak membawanya melainkan ke dalam kerugian dan kebinasaan.
Ghaffir 36-37

Bangunan tinggi yang dimaksudkan Firaun itu dengan nama lainnya dikenali sebagai Tower Of Babel. Cerita tentang Tower of Babel ada juga disebutkan di dalam Bible dan dipercayai oleh penganut Kabbalah. Tidak perlu saya ceritakan apa yang ditulis di dalam Bible tentang Tower of Bible kerana hanya Al-Quran yang saya jadikan sebagai rujukan. Cukuplah kata kunci yang penting di sini ialah menara ini benar-benar wujud dan ia dibina untuk menentang kuasa Tuhan oleh penentangnya.

Adakah Tower Of Babel zaman moden telah dibina zaman sekarang? Jika dahulu Tower Of Babel adalah binaan yang tinggi kononnya mencapai pintu-pintu langit bak kata Firaun. Jadi pastilah Tower Of Babel zaman sekarang adalah binaan tertinggi!

Jika dilihat pada ranking dunia sekarang, bangunan tertinggi di dunia ialah Burj Dubai! Walaupun belum siap lagi dibina dan semakin hari semakin mencakar langit. Berikut adalah maklumat tentang Burj Dubai atau Menara Dubai ini yang dapat dilihat dari segenap penjuru Dubai ini.
Ketinggian sebenar Menara Dubai ini masih tidak dapat dipastikan kerana ia dijangka siap pada 2010 nanti dan dipercayai ketinggiannya akan mencapai 818M (2,684 kaki) jauh meninggalkan Menara berkembar Petronas di belakang yang hanya berketinggian 452M. Ia mula dibina pada 21 September 2004 dan masih dalam proses pembinaan. Kos pembinaan Menara ini dipercayai menelan USD 4.1 billion dan arkiteknya ialah seorang warganegara Amerika iaitu Adrian Smith.

Berikutan pembinaan menara ini, satu kejadian aneh iaitu kabus sering menyelubungi seluruh Dubai. Pakar kaji cuaca tidak dapat menjawab tentang masalah ini dan Dubai belum pernah mengalami kabus seperti ini sebelum ini. Kemungkinan besar kabus itu adalah disebabkan oleh pengumpulan tenaga negatif yang telah mengionkan udara disekeliling menara itu untuk disalurkan terus ke langit.

Bukan di Dubai sahaja yang mengalami keadaan ini. Di negara kita juga hal yang sama berlaku. Jika kita perasan, di KLCC selepas konsert, perayaan tahun baru atau merdeka yang penuh dengan aktiviti maksiat kita akan mendapati ada kabus yang menyeliputi KLCC ini. Secara tidak sedar kita telah menyumbangkan tenaga untuk kemunculan Dajal ini.

Dajal tidak akan muncul selagi tahap negatif tenaga tidak sampai kepada tahap tertentu. Apa yang saya maksudkan di sini ialah bila tenaga negatif melebihi tenaga positif (yang dihasilkan melalui ibadat dan aktiviti positif yang lain) the false messiah ini akan keluar dari tempat persembunyiannya. Inilah yang sedang diusahakan oleh konco-konco dajal si seluruh dunia. Bila manusia kurang beribadat kepada Allah dan ramai manusia melakukan maksiat, secara automatik tenaga negatif yang dihasilkan itu lebih banyak dari tenaga posifit dan elalui binaan-binaan seperti Obelisk, Piramid dan Menara inilah mereka menyalurkan tenaga negatif itu.




Bersediakah kita?

Thursday, January 14, 2010

Peringatan dari PDRM

Tips menghalang jenayah seperti yang diberi oleh Polis DiRaja Malaysia .

1. Jangan biarkan anak-anak tidur di ruang tamu seorang diri (Mereka mungkin menggunakan anak sebagai tebusan).

2. Kunci atau sorokkan semua pisau-pisau yang terdapat di dapur sebelum tidur (Kesemua kes kecurian di dapati pisau hilang dan menurut polis mereka akan mencari pisau dahulu sebelum mencuri bertujuan untuk melindungi diri mereka).

3. Sekiranya terdengar/terlihat paip air di luar rumah terbuka pada tengah malam (pukul 12 ke atas), jangan keluar rumah untuk menutup paip tersebut kerana ini adalah taktik terbaru mereka di mana mereka telah menunggu
diluar pintu rumah untuk masuk (Kes terbaru berlaku di Dungun dan PJ).

4. Beritahu anak-anak sekiranya hendak ke tandas (jika tandas jauh) di waktu tengah malam, kejutkan ibubapa untuk bersama mereka.

5. Jangan simpan barang-barang kemas di dalam almari baju (Cara lama...).

6. Bawa alarm kereta bersama semasa tidur, kalau terjaga tengah malam, cuba "on and off" kan balik untuk menakutkan pencuri (Menandakan kita sentiasa peka).

7.. Tekan butang merah alarm kereta anda jika anda mengesyaki pencuri sudah masuk ke dalam rumah.

8. Sekiranya terlihat orang asing yang mencurigakan di kawasan rumah anda, sila dapatkan plet no motor/kereta mereka (Selalunya mereka ini naik motor dan mereka ni biasanya berdua, setiap kali kita lalu depan
mereka, mereka akan menundukkan kepala).

9. Pesan dengan jiran, sekiranya ada sesiapa yang datang ke rumah anda dan mengaku saudara anda bertujuan untuk mengambil barang-barang, jangan benarkan, beri nombor telefon pejabat kepada jiran supaya mereka boleh memaklumkan pada anda.

10. Semasa tidur, pastikan handphone anda berada di sisi atau pastikan juga Cordless Phone anda berada di sisi anda ataupun sambungkan satu extension dalam kamar tidur anda. Ini memudahkan anda membuat
panggilan kecemasan sekiranya anda terasa kehadiran pencuri di dalam rumah anda.

11. Adakan senarai nombor telefon kecemasan 999 seperti polis, bomba , 991 atau sebagainya. Pastikan nombor-nombor ini disimpan dalam handphone anda. Kalau boleh, hafal nombor tersebut. Ini memudahkan
anda untuk membuat sebarang panggilan telefon.

12. Kalau berkemampuan, pasangkan alat pengesan kecurian di rumah atau automatik alarm.

13. Lampu porch & lampu belakang rumah sebaiknya jenis automatik ,ia akan menyala bila malam, baik semasa kita ada di rumah atau pergi makan angin.

14. Kalau perlu mengambil cuti panjang,sentiasa memberitahu jiran2 anda supaya mereka dapat membantu menyimpan surat dlm mail box. Peti surat yg penuh membantu pencuri menghidu ketiadaan tuan rumah.

15. Kalau kawasan anda kerap berlaku kecurian, buat permohonan rasmi dari Balai Polis berdekatan supaya ada anggota polis buat rondaan yang kerap di kawasan anda.

16. Kereta PROTON merupakan kenderaan yang paling mudah dicuri. Kalau kereta anda baru dibeli, sekurang-kurangnya anda perlu mengunci gear & stering sebelum tidur (Sebenarnya masih boleh dicuri, tetapi ia dapat membantu melambatkan pencuri).

17. Kalau ada anak-anak perempuan, sebaik-baiknya pintu biliknya dikunci dari dalam (Sebab ada pencuri yg mengambil kesempatan seksual) dan anda perlu ada kunci pendua sekiranya berlaku kebakaran.

18. Sekurang-kurangnya simpan kayu hoki atau baseball di bawah katil anda buat mempertahankan diri dari pencuri yang ganas.

19. Jangan letak kunci bawah pasu bunga/mail box/alang pintu/tepi tingkap bila keluar (Pencuri dah lama tau taktik ni...). Lebih selamat beri pada jiran yang kita kenal rapat.

20. Kalau menyewa di rumah baru, pastikan anda menukar padlock baru,kerana mungkin penyewa terdahulu
masih mempunyai kunci pendua.

21. Kurangkan pendedahan dan pergaulan anda dengan pekerja asing.


Sumber: Bukit Aman PDRM

Tuesday, January 12, 2010

Diet Rasulullah S.A.W.

Entri ini saya perolehi dari blog Sesepi Camar, sebuah blog yang baru saya temui ketika mencari info tentang kudis buta. Menarik dan boleh diaplikasikan ke dalam kehidupan. Nak kurus dan slim melim tanpa spare tyre, juga sihat tanpa pakej sakit zaman moden? Jom kita cuba diet Rasulullah S.A.W. ini. Moga-moga diet ini diberkati kerana mengikut sunnah Rasulullah S.A.W., mendapat pahala dan mendorong kita meningkatkan amal ibadah buat bekalan ke akhirat. Ameen.


Diet cara RASULULLAH S.A.W

Assalamualaikumwarahmatullah?

Tengahari tadi saya telah ke surau tkt 6 sebab menghadiri ceramah Ustaz Abdullah Mahmood. Ustaz ni memang tak kedekut ilmu. Ada aja tips2 yg berguna yg akan diberi kepada sesiapa yg hadir ceramahnya. Tak rugi kita mendengar ceramah kawan2!......Ada sedikit ilmu yg ingin saya kongsi bersama dengan kawan2 semua?

Rupa2nya tanpa kita sedo, dalam makanan yg kita makan sehari2, kita tak boleh main balun aje? Sebab itulah terjadinya penyakit kencing manis, lumpuh, sakit jantung, keracunan makanan dan lain2 penyakit apabila kita telah tua nanti. Apabila kawan2 telah mengetahui ilmu ini, tolonglah ajarkan kepada yg lain2nya. Ini pun adalah diet Rasullulah SAW kita juga.

Ustaz Abdullah Mahmood kata, Rasullulah tak pernah sakit perut sepanjang hayatnya kerana pandai jaga pemakanannya sehari2. Apa kata kita ikut diet ini kawan2. Tak payahlah susah2 makan pil untuk kurus? InsyaAllah kalau kawan2 ikut diet Rasullullah ini. Gerenti kawan2 takkan sakit perut ataupun keracunan makanan.


Jangan makan SUSU + DAGING
Jangan makan DAGING + IKAN
Jangan makan IKAN + SUSU
Jangan makan AYAM + SUSU
Jangan makan IKAN + TELUR
Jangan makan IKAN + DAUN SALAD
Jangan makan SUSU + CUKA
Jangan makan BUAH + SUSU CTH :- KOKTEL

# JANGAN MAKAN BUAH SELEPAS MAKAN NASI , SEBALIKNYA MAKAN BUAH TERLEBIH DAHULU, BARU MAKAN NASI.

# TIDUR 1 JAM SELEPAS MAKAN TENGAHARI.

# JANGAN SESEKALI TINGGAL MAKAN MALAM. SESIAPA YG TINGGAL MAKAN MALAM DIA AKAN DIMAKAN USIA DAN KOLESTEROL DALAM BADAN AKAN BERGANDA.

Nampak memanglah pelik... tapi, kalau tak percaya... kawan2 cubalaa..................... ianya takdelah dalam jangka masa terdekat nie.... Ianya berkesan bila kita sudah tua nanti.


Wassalam.

Monday, January 11, 2010

Jenazah di tengah jalan

Setelah berbincang secara online dengan suami di YM, aku bergerak ke madrasah untuk menjemput Naqib.  Semalam telah ke sana juga untuk membayar yuran bulanan (Januari) dan menghantar kirimannya.  Naqib memberitahu kegatalannya telah sampai ke tahap maksimum hingga ke bahagian leher.  Kujeling ke jari-jemarinya, kelihatan ada bahagian bernanah kecil.  Naqib perlu dibawa ke pakar kulit secepat mungkin.
Selepas menghantar Ain dan Hidayat terus sampai ke kaki lima sekolah kerana hari hujan lebat, aku bergegas pulang untuk solat dan bergerak laju ke Bukit Changgang.  Agak berlumba dengan kereta di belakang, seronok juga rasanya.  Sudah lama 'bertaubat' memecut di jalanraya... iyalah, sekadar Kancil  850EZi setakat manalah lompatnya.  Terhentak sedikit kami sudah melambung.  Semalam speeding juga, mengejar masa agar dapat pulang sebelum Maghrib menjelma.  Kata Ain mengadu pada Nabilah, "rasa nak muntah mama bawa kereta," Nabilah bercerita semula kepadaku.
Beberapa kali bawa hingga lebih 140m/h dari Shah Alam ke Tangkak tanpa perduli speed trap, satu setengah jam kurang sikit dah sampai, jarang pula sampai surat saman.  Masa itu drive Aerobick SE tahun 2000, kereta baru.  Hingga kerap sampai report ke suami dari rakan-rakannya yang melihat aku corner lintas langsung di selekoh arah ke TUDM Subang dengan laju sekali.  Sekali sahaja aku 'tersandung' punggung bapak lembu di selekoh itu, yang tiba-tiba bangun mengundur sebaik aku sampai berdekatannya dengan agak laju juga.  Kasihan lembu tu...tentu sakit bangat punggungnya. Bila dikenang-kenang semula, memang gila sikit rasanya waktu itu.  (Tapi, memang teruja!).
Pernah juga berkesempatan bawa BMW, dan berlumba 'tanpa sengaja' dengan anak saudara mak yang bawa kereta sport melayah dari Seremban ke Shah Alam, saling potong-memotong, dan "Ko memang bawak laju gila, jangan buat lagi macam tu..."  Mak Long Senah menasihatiku berulang-ulang kali  setelah mendengar cerita dari anaknya ketika aku menziarahi dia.  "Terpaksa, mak Long, nak ambil anak balik sekolah" alasan ringkas sahaja.  (Tapi, memang seronok dan mendebarkan!).
Aku pernah juga ditahan polis traffik di perjalanan ke Segamat melalui Pasir Besar, membawa mak dan mak mertua balik dari ziarah aidilfitri, laju dan memotong double line.  "Maaf cik, saya nak cepat.  Bawa mak mertua saya ni kurang sihat," kataku sengih-sengih.  Polis itu menjenguk ke dalam mercedes (antik warna hitam) yang kupandu memerhatikan kedua orang tuaku dan Ain yang masih kecil.  Aku dimaafkan dengan amaran sambil ia menyimpan semula buku samannya (polis tu pun nampak baik orangnya, sudah agak berumur).  "Ya, terima kasih cik, selamat hari raya, maaf zahir batin.." sempat aku memberikan ucapan hari raya  sambil memberikan senyuman lebar kelegaan.  Kereta ini besar, aku terpaksa menggunakan kusyen untuk rasa selesa dan 'tinggi' di kerusi pemandu.  Waktu menggunakan kereta ini, pelbagai barang kuangkut dari rumah mak termasuklah sebuah tempayan antik keluarga yang sederhana besar.  Bila dikenang-kenangkan... ish ish.  Rasa gila betul.  Tidak ada rasa ngeri atau gerun memandu laju.
Aku fikir sikap ini hanya terikut-ikut rentak suami yang juga suka memandu laju gila. Tetapi nampaknya beberapa ketika kebelakangan dia sudah agak slow, tetapi tak tahulah jika pemanduan seorang diri.
Kembali kepada perjalanan tadi, juga ada alasan memandu agak laju kerana hendak mengejar masa.  Perjalanan dapat disingkatkan dan boleh kembali ke Sijangkang sebelum jam 6 untuk mengambil Ain, Hidayat dan Nabilah nanti (Nabilah break 1 hour 6-7pm).
Memasuki laluan arah ke Nilai ini, kita terpaksa beralah dengan lori yang berderet-deret.  Baik lori besar mahupun yang kecil, bermuatan atau tidak, memang laju dan sukar dipotong.  Jalan bertentangan juga penuh dengan lori-lori, setakat Kancil memang amat amat berbahaya kalau nak memotong.  Jadi mengalah sahajalah, tetapi mata mula rasa ada gam.  Itulah nikmatnya speeding, kita lebih fokus dan mengantuk hilang.  Tiba-tiba aku terpandang sebuah lori trailer di bahu kiri jalan, berkeadaan terbabas dan jelas rumput tanah di situ terbongkah kesan tayar.  Lampu lori masih menyala tetapi pemandu tidak kelihatan.  Semua kenderaan masih bergerak lancar seperti biasa.
"Hmm, dik, ada lori terbabas la..." aku memberitahu Hanessa di sebelah.
"Mana mama? kenapa terbabas mama? mengapa... bla bla bla" terpaksa la pulak melayan soalan dia.
Kenderaan beransur perlahan.  Aku melihat ramai orang di bahu jalan kiri dan kanan di hadapan.  Banyak juga kereta yang berhenti.  Kereta peronda polis dan pegawai JPJ beruniform biru tua mengarahkan kenderaan terus bergerak seperti biasa.  Aku melihat sebuah lori ayam yang besar terbabas ke kiri jalan, umpama orang tersungkur ke dalam parit besar.  Aku menoleh pula ke kanan, tengah jalanraya, kelihatan sesuatu ditutupi plastik hitam, "mungkin mayat," getus hatiku.  Ketika kenderaanku kian hampir dengan plastik hitam itu, mataku singgah kepada sekujur tubuh tergeletak kaku bersebelahan dengan bungkusan hitam tadi.  Roman lelaki muda bangsa Melayu, masih memakai topi keledar, matanya terbuka sedikit, demikian juga kedua bibirnya.  Ada secalit darah di pipi kanannya.  Dia kelihatan kaku; mungkin koma atau sudah meninggal dunia... tidak pasti.  Sepanjang jalan seterusnya, wajah pemuda itu dengan keadaan mata dan mulutnya yang terbuka sedikit menghiasi pandanganku... Di bahagian kepalanya tersadai bangkai motor yang hancur, hanya bakul motor yang masih utuh bentuknya.  Aku pasti motor ini telah bertembung dengan lori tersebut.  Kalau bersama suami, biasanya kami akan berteori bagaimana kemalangan itu boleh terjadi; lori dari arah mana, motor dari mana.  Apabila bersendirian, diam sahajalah sambil beristighfar.
Al Fatihah untuknya.  Aku tidak gentar atau takut.  Ini pertama kali aku melihat sesuatu sedemikian dengan jelas di hadapan mata.  Harap-harap tidak melihat lagi di lain kali. Dua kemalangan di satu perjalanan.
Semasa berhenti di traffic light tidak jauh dari tempat kemalangan tadi, aku melihat seorang remaja lelaki membawa motor tanpa memakai topi keledar dan sebelah tangannya memegang rokok.  Kelihatan dia menghisap rokoknya dengan penuh nikmat.  Rakannya yang membonceng juga tiada topi keledar, juga menghisap rokok dan kemudian menghembuskan asapnya dengan 'macho' serta begitu berlagak... lagak anak muda nak menjadi dewasa.  Huh, entah-entah rakannya yang sedang tergeletak kaku di jalan tadi.
Selesai bertemu ustaz ("jangan lama sangat cuti, dah nak periksa ni!" kata ustaz Yusof)) dan mengambil Naqib, kami bergerak pulang semula.  Aku kehairanan apabila hanya menemui lori pertama yang mula-mula kutemui tadi.  Lori ayam di tempat kemalangan kedua tidak kelihatan langsung kesannya.  "Misteri tu, mama," kata Naqib apabila aku terheran-heran, aku hanya ingin menunjukkan kesan kemalangan kepada Naqib.
Masih agak speeding, antara dua pilihan sama ada aku mesti memotong lori atau terpaksa mengekori lori beberapa km.  "Baca doa!" seperti biasa sebaik sahaja perjalanan hendak dimulakan.  Kadang-kadang berkali-kali bertanya apabila kurasakan belum berbuat demikian. "Dah la mama, mama tak dengar ke tadi?" Hanessa menjawab pertanyaanku dengan pertanyaan juga.

Sunday, January 10, 2010

Apa yang kubuat pada usia 50 nanti?


Ibu cecah 50 sambung belajar ilmu


BANGI: “Walaupun usia sudah mencecah 50 tahun, saya percaya itu bukanlah penghalang untuk saya menuntut ilmu dalam bidang muzik. Ia adalah impian saya selama ini,” kata ibu kepada tiga anak, Rogayah Aziz, 50, dari Johor Bahru.

Rogayah ditemui ketika Majlis Pendaftaran Program Sijil Muzik Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), yang berlangsung di Panggung Seni, Dewan Canselor Tun Abdul Razak di sini, semalam. Menurutnya, minat melanjutkan pelajaran dalam bidang berkenaan bermula selepas mengikuti ketiga-tiga anaknya menyertai kelas muzik bersama Yamaha Music.


Selain berkongsi minat sama dengan anaknya, dia mahu meneruskan minat dalam bidang berkenaan sebagai pemain muzik sambilan dan guru muzik selepas habis belajar nanti .


“Suami (Mohd Najib Abd Aziz) banyak memberi galakan dan dorongan kepada saya. Saya meminati muzik sejak remaja lagi dan peluang mengikuti kursus muzik di universiti ini (UKM) bagai mimpi menjadi kenyataan.


“Saya tidak kisah sekalipun terpaksa berulang alik dari Johor Bahru ke Kuala Lumpur untuk mengikuti kelas. Saya ingin tunjukkan kepada anak dan keluarga, jika ada kemahuan (belajar) di situ ada jalan,” katanya yang mengambil kursus violin dalam program berkenaan. Selain Rogayah, 57 penuntut mendaftarkan diri dalam program berkenaan semalam.


Program yang julung kali diadakan itu dikendalikan Pusat Kembangan Pendidikan bersama Pusat Kebudayaan UKM.


Ia membabitkan kursus pembelajaran alat muzik dari komponen orkestra atau ‘brass band’, antaranya violin, trompet, alto, cello, trombome dan flute.


Guru tuisyen muzik, Sharah Abd Majid, 26, dari Muar Johor, berkata dia mengikuti program berkenaan bukan saja untuk meneruskan minat dalam bidang muzik, sebaliknya ingin menambah ilmu, khususnya aspek permainan alat muzik membabitkan orkestra.


Dia yang juga lulusan Diploma Mekanikal Elektronik Industri, Kolej Yayasan Melaka (KYM), yakin bidang berkenaan mampu memberi masa depan baik untuknya walaupun ada tanggapan mengatakan sukar memberi jaminan daripada segi kerjaya. “Saya tahu cabaran yang bakal saya lalui apabila terjun dalam bidang ini. Saya mengikuti kursus ini bukan sekadar untuk suka-suka saja, sebaliknya meneruskan minat mendalam saya dalam bidang ini.


“Saya tidak mengimpikan untuk menjadi pemuzik hebat dan profesional. Bagai saya sudah memadai sekiranya dapat menimba lebih ilmu dan meningkatkan kemahiran dalam bidang ini supaya bakat yang ada tidaklah sia-sia,” katanya yang mengikuti kursus violin.

(Artikel ini mengingatkan saya pada masa pendaftaran di UKM dulu, bersama-sama seorang kakek sekitar 70 tahun usianya. Terfikir sendiri di mana saya pada usia 50 atau 70 nanti... di alam fana lagikah atau di alam barzah... atau sedang mendaftar belajar di mana-mana... Ibu saya baru sahaja masuk sekolah pondok di Bahau, lebih kepada asrama tersusun bagi warga emas untuk mereka mengikuti aktiviti harian secara lebih sistematik dengan solat berjemaah dan pengajian fardu ain dan lain-lain. Nada suara ibu kedengaran ceria di telinga tatkala berhubungan dengan beliau melalui telefon. Semoga setiap detik yang berlalu sentiasa dapat dimanfaatkan oleh kita semua. Ya Allah, selamatkan kami dari kerugian. Ameen.)

Saturday, January 9, 2010

Info lagi.. sardin cap apa?

Uwan (panggilan untuk nenek di Negeri Sembilan) tidak pernah sudi menjamah lauk sardin yang saya masak, macamanalah sedap dan enaknya sekalipun..  Tambahan dengan usia uwan yang kian lanjut (kata uwan, dia seusia dengan mantan Tun Mahathir; bangga pulak tu) dia semakin banyak memantangkan dirinya ditambah lagi dengan pantang yang ditetapkan oleh doktor.  Uwan memang rajin jumpa doktor di pusat kesihatan kecil Seri Menanti.  Sentiasa ada stok ubat di bakul kecilnya yang turut mengandungi bekas-bekas kecil berisi teh cap Harimau warna hijau, susu Anelene, gula pasir dan tuala tangan untuk mengelap mulutnya (kata uwan, muncung den..).  Bakul kecil ini sentiasa dibawa ke mana-mana, mudah dia hendak menyediakan minumannya dengan sukatan yang diperlukan.  Teh sedikit sahaja, kalau pekat nanti perut uwan meragam.  Kalau cucu-cucu buatkan, hanya cucu-cucu tertentu sahaja yang pandai mengikut sukatan uwan.  Jadinya, untuk lebih mudah uwan buat tehnya sendiri, cuma sediakan setengah cawan air panas sahaja.
Kembali mengenai lauk sardinku yang lazat tu, akhirnya uwan membocorkan rahsia apabila saya terus mengasak keengganan uwan makan sardin.  Uwan hanya tidak mahu selera kami terbantut, tetapi saya tidak kesahpun.  Saya jenis tidak kesah, time menyuap kalau ada keluar cerita yang luarbiasa, saya masih macam biasa.  Tidak seperti separuh orang, yang terus bangun dan boleh muntah terbelahak hanya mendengar sepatah perkataan (tetapi kalau penerangannya memang jelas dan lengkap sehingga boleh terbayang jelas di minda, mana boleh tahan..).  Kata uwan, satu ketika dia menonton dokumentari di tv (tak pasti rancangan mana) dan paparannya tentang bahan mentah sardin.  Bukan katak ye!  Cuba teka...
 
Ia sejenis haiwan yang pernah berlumba dengan Sang Arnab dan berjaya pula mengalahkan Sang Arnab yang terlena sebentar... haaa, betul!  Siput... Siput Babi.  Siput itu dimasak di dalam periuk dan airnya itu dicampurkan dengan rencah sardin.  Okey, caya tak?  Tak caya, tak apalah...



Setelah keluar entri tentang hal ini, Ain, anak dara saya turut mengisahkan hal yang sama bersumberkan ustazahnya di sekolah agama rakyat.   Versinya lebih kurang sama seperti cerita uwan tadi walaupun tempoh mereka bercerita kepada saya jauh jaraknya. 


Tadi, saya terpandang dua tin sardin di dalam laci dapur.  Bolehlah menjadi juadah Si Tompok yang sedang beranak kecil tu nanti..  Dia asyik kelaparan sahaja sebab menyusukan anak-anaknya tiga ekor.  Kasihan, masih budak tapi sudah ada tiga anak.  Badannya pun semakin slim panjang sahaja.  Dah rezeki Si Tompok, tetapi pandai dia jaga anak-anaknya dan tidak garang seperti ibunya, Zara menjaga dia waktu dia kecil dulu.

Apa kata kita cuba sardin HPA tu pulak... jom.

Anti-oksidan awet muda - Halaqah (Ummi Munaliza)

Artikel berguna dari Halaqah.. beberapa artikel mengenai antioksida akan menyusul.  Insya Allah.  Selamat membaca.

Kebaikan antioksida bantu atasi masalah penuaan dan pertingkat ketahanan sel badan

KONSEP kembali ke alam semula jadi menjadi semakin popular bagi yang ingin memelihara kecantikan dan kesihatan diri. Penggunaan bahan semula jadi khsusunya yang mengandungi antioksida terutama tumbuh-tumbuhan dalam merawat kecantikan juga semakin banyak digunakan dalam produk kecantikan hari ini.

Menyedari kepentingan antioksida, kebanyakan pengeluar produk berkaitan kecantikan sama ada pemakanan mahupun penjagaan kulit mendakwa produk dihasilkan mengandungi bahan anti oksida khususnya yang menggunakan tumbuh-tumbuhan semula jadi.

Bagaimanapun sebagai pengguna, harus berhati-hati dengan dakwaan ini kerana antioksida sebenarnya bukanlah sejenis ‘bahan’, tetapi fungsi bahan tertentu yang bertindak secara khusus ke atas kulit. Antara cara paling berkesan bagi memperlahankan kerosakan akibat radikal bebas adalah dengan memakan makanan yang mengandungi antioksida.

Hasil kajian saintifik juga menunjukkan tumbuh-tumbuhan seperti buah-buahan mengandungi bahan antioksida yang mengekalkan kesihatan dan mencegah pelbagai jenis penyakit dialami manusia hari ini. Antaranya, buah quince yang terkenal dengan warna kuning keemasan ini, dikatakan kaya dengan antioksida yang bermanfaat untuk awet muda.



Rahsia penyakit melalui jari

Petikan dari Halaqah.
Sila check jari-jemari anda sekarang.  Ada kelainan, cukup bilangannya?  Compare dengan info seterusnya.  Semoga mendapat kebaikan.

Asas 5 jari

Jari telunjuk   : usus

Jari tengah   : Jantung

Jari Manis      : Imuniti

Jari kelingking    : Rahim/Tulang Belakang

Cuba anda lihat pada ruas jari2 anda...Kalau ruas jari kehitaman tu maknanya badan kita ni penuh dengan racun dan toksik…perkara tersebut boleh menyebabkan badan kita dijangkiti sembelit.

Seterusnya, kalau kita sebagai seorang wanita, cara untuk tengok sistem dalaman perempuan kita  pulak, adalah dengan melihat  pada jari kelingking kita…kalau jari kita  meruncing atau bengkok, maknanya haid tak teratur, keputihan, senggugut, dan berkemungkinan rahim kita jatuh.

Kalau tapak tangan berbintik maknanya masalah angin…cube cek tapak tgn masing2, kalo yang suka marah2 tu mungkin angin dalam badan banyak.sebab itulah selalu rasa nak marah dan naik angin aje.selain itu, pernah tak sahabat2 mengalami masalah tapak tangan berpeluh atau lembab ke???jika ya, itu tandanya badan kita mudah diserang sel2 kanser.

Jika perut ibu jari berwarna biru kehijauan maknanya seseorang itu mengalami masalah resdung, alergi, dan penyakit paru2. Sekiranya perut ibu jari ada urat hijau kebiruan maknanya anda seorang pengidap gastric.selain itu, urat biru /hijau pada pergelangan tangan, tapak tangan, sepanjang jari dan betis kaki  maknanya seseorang itu mengidapi stress atau tekanan dalam kehidupan sehariannya..
Seterusnya, ini saya kira yang paling menarik untuk kita tengok sekiranya kita sebagai seorang wanita.cuba sahabat2 tengok

Pada kuku setiap jari anda..jika terdapat bulan sabit berwarna putih di setiap jari anda bermakna anda mengalami hormon yang tidak seimbang..tapi berlainan pulak sekiranya anda mempunyai bulan sabit yang berwarna putih itu hanya pada ibu jari sahaja, itu menandakan anda seorang yang sihat..insya Allah...

ITULAH SAHAJA YANG SAYA PELAJARI  MENGENAI RAHSIA PENYAKIT DI SEBALIK TAPAK TANGAN....wallahu`alam....

(Sama2 kita renungkan ini:  Ramai manusia yang mengorbankan kesihatan pada satu ketika untuk mendapatkan wang ringgit, tetapi akhirnya terpaksa mengorbankan wang ringgit untuk mendapatkan kembali kesihatan yang hilang)
~MORAL: JAGALAH KESIHATAN KITA..  IA ANUGERAH YANG TIDAK TERNILAI DARI YANG MAHA ESA....:-)

Friday, January 8, 2010

Mimpi - sekadar catatan diari

Waktu itu aku sedang bersama anak-anak, aku minta alat mencuci telinga dari Ain. Lepas satu, satu dihulurkan oleh Ain tetapi semuanya tidak bersesuaian, ada yang besar, ada yang agak tajam menyakitkan.  Tiba-tiba aku terasa sesuatu dan, tiba-tiba gigi geraham atas kiri tercabut dari soketnya dan terkeluar dari mulutku.  "Teruk juga keadaan gigi ini, sampai boleh tercabut," aku membelek-belek gigi itu.  Yang kelakarnya aku cuba masukkan gigi tersebut ke dalam gusi semula tetapi ia tidak berjaya lalu aku keluarkan sahaja dan pegang di tangan.
Tiba-tiba aku tersedar.  Ohhh.. bermimpi rupanya.  Lidahku menari-nari di bahagian gigi yang kufikirkan tanggal tadi mencari kepastian di situ, masih ada giginya.  Di dalam gelap aku termenung sejenak.  Aku cuba mengingat-ingat tafsiran mimpi sedemikian.  Mimpi ini begitu jelas seolah-olah ia benar-benar berlaku.
Lantas aku bangun buka lampu.  Jam di dinding menunjukkan 4.30 pagi, masih gelap bumin dinihari Jumaat, 8 Januari 2010 ini.   Fikiranku melayang mengingati mak, abah, Bonda Ramlah, uwan dan suamiku yang jauh di mata, juga kedua mertuaku.
Ya Allah ya Tuhanku, panjangkanlah umur kami semua dan mudahkanlah kami beribadah kepada Mu, terimalah ibadah kami dan ampunilah dosa-dosa kami.  Hidupkan kami dalam iman dan seandainya Engkau panggil kami, matikanlah kami dalam Husnul Khatimah.
Ya Allah, berikanlah ganjaran yang terbaik di sisi Mu dunia dan akhirat kepada orang tua kami yang telah melahirkan dan memelihara kami dari kecil hingga dewasa, kasihanilah mereka sepertimana mereka mengasihani kami sewaktu kami kecil dahulu.  Hanya Engkau sebaik-baik pemberi ganjaran.
Ampunilah jua kedua ayahandaku, Hassan bin Karim dan Manaf bin Yatim.  Cucurilah rahmat Mu ke atas roh mereka dan tempatkanlah mereka di dalam golongan orang-orang mukmin yang berbahagia, serta jadikanlah kubur mereka satu pintu dari pintu-pintu Syurga. 
Ameen..

(Aku jarang memperhatikan mimpi.  Tidak seperti mak yang suka berbicara tentang mimpi.  Mimpi-mimpi mak selalu indah dan menarik, mimpi bermain air yang jernih dipenuhi ikan berbagai warna, mimpi kenduri-kendara di rumah, mimpi mendaki gunung, macam-macam mimpi lagi.  Aku hanya mengingati beberapa mimpi yang benar-benar kuandaikan ada sesuatu 'mesej' tetapi tidak jarang aku lupakan sahaja bersama masa yang berlalu.  Namun kali ini aku ingin merakamkan ia sekadar ingatan.. Setiap insan akan kembali kepada Pencipta; setiap yang bermula akan berakhir; setiap yang bernyawa akan terhenti nafasnya; itu adalah sunatullah, tidak akan dapat disangkal oleh setiap orang.)

Thursday, January 7, 2010

Petua Nenek

Haa, ni lagi satu emel yang saya terima dari cik abang saya sendiri. Dia pulak terima dari kawannya, dah bersambung-sambung panjang nama-nama yang dikirimkan emel ini. Sekadar hendak berkongsi informasi yang ada. 

Kita sebagai manusia yang memiliki roh, bukan sekadar roh untuk membuatkan diri kita menjadi hidup dan bernyawa, malah segala yang berkaitan dengan diri ada memiliki rohnya sendiri. Kajian pernah menunjukkan bahawa apa sahaja yang dilalui dalam kehidupan ini tidak akan pernah hilang begitu sahaja biarpun kita mungkin terlupa atas faktor masa. Jika ditinjau dari sudut pegangan ugama kita pun, mana ada yang akan terlupakan kerana setiap apa yang kita lakukan sentiasa dicatat di dalam rekod oleh malaikat pencatat di kiri dan kanan kita.
Makanya peranan roh yang menjadi rahsia besar di sisi Allah sangat penting dalam melalui kehidupan harian, mahupun dalam membina kebahagiaan berumahtangga. Dipersilakan membaca copy email berikut... selamat membaca.

(emel ni saya copy bulat-bulat tanpa membuat sebarang pembetulan.  Kiranya emel asli la tu... cuma tetiba je masuk bab basuh pakaian, mungkin emel ini sambungan kepada emel sebelumnya yang tidak saya ketahui.  Baca sajalah ye..)

Bagaimana petua org tua2 dpt membantu kita membina rumahtangga yg harmoni serta penuh kasih sayang...
InsyaAllah, dipermudahkan kita oleh NYA mendapat petunjuk dan jalan yg diredhai...

Begitu juga membasuh pakaian, kalau dapat, memang sekarang rasanya 95% dari kita semua ada mesin basuh, ok tak apa suruh maid basuh baju kita, tapi yg kecik'2 terutama kita punya dan suami tu, sebaik2nya kita basuh sendiri. Sedapat mungkin bila kain baju sudah dibasuh dan siap diangkat, masa melipat pun,
kita pilih yg patut kita lipat dan uruskan sendiri. (ada rahsia tu).

Juga bilik. Bilik tidur kita sepatutnya adalah kawasan larangan terutama kpd penbantu rumah. NO ENTRY !!!!. apa pun yg ada didlmnya adalah hanya dlm pengetahuan kita dan suami.Terutama tempat tidur (katil), minta sangatlah kita yg bergelar ISTERI ini yg mengemasnya. Usah sesekali dibiarkan pembantu yg menguruskannya. (ada rahsia tu),

APA RAHSIA NYA???

AIR TANGAN!!!!... itulah rahsianya, air tangan kita sebagai isteri dan sebagai ibu. Tak ada cara yg
saintifik yg mampu menjelaskan kehebatan serta 'powernya' air tangan seorg ibu dan isteri itu terhadap keluarganya, tapi dapat dijelaskan melalui kaedah rohaniah. Kalau kita masih keliru dan kurang
yakin, cuba kita fikir (bagi yg merantau selalunya terasa sangat), kita sering teringat masakan ibu,
kemana pun kita pergi dan bertemu dgn masakan yg serupa, namun rasanya masih tidak dapat menyamai dari
apa yg terhidang hasil 'air tangan ibu'. Walaupun sekadar mee maggie!!!.

Begitu juga memberi makan anak, suapan kemulut anak dgn tangan kita itu membawa banyak kesan yg akan hanya kita nikmati 10 - 15 thn akan datangnya. Bila anak2 sudah pandai bergaul sendiri, sudah tahu memilih
teman, kebanyakan mereka 'kurang mendengar' apa yg kita ibu bapa pesan dan ingatkan, namun baraqah dari
'air tangan' (usaha ibu bersusah payah mendidik dan menyediakan keperluan anak2) sedikit sebanyak, kalau
pun anak2 itu ingin mengikut 'kehendak sendiri' namun dia, Insya Allah pada akhirnya akan tetap mencari
'restu siibu' dlm hidupnya. Pecayalah...

Tak dapat lakukan sepanjang hari kerana kita bekerja, mungkin pada sebelah malamnya kita dapat lakukan,
sekurang2nya sekali sehari pun memadai, kalau dapat selalu lebih baik lagi. Sebab dgn suapan kita itu
sambil kita berdoa 'air tangan' yg masuk keperut anak, Insya Allah akan membentuk darah daging yg baik,
berkat doa dan tangan ibu.

Kebajikan Suami juga, kenapa harus biarkan pembantu yg beriya2 menggosok baju dan seluarnya, melipat pakaian dlmnya. Kita isteri, sentuhan kita pada brg2 suami sebenarnya ada 'roh' nya, jika 'roh' itu sentiasa di belai oleh org lain... apa akan jadi, sudah pasti daya tarikan itu beralih arah. Tu sebab kadangkala terjadi suami yg segak kacak dan tampan serta isteri yg jelita, bekerjaya hebat serta pandai pun, bermadu dan
madu nya pula hanya seorg pembantu rumah yg rupanya alahai... (ni bukan kes menghina fitrah rupa manusia yg dijadikan Allah swt, ini kes nak menunjukkan bahawa si isteri jelita pun, kalau kurang beri perhatian dan
belaian suami boleh berubah angin!!!).

Jadi berhati2lah dlm mengizinkan org lain menguruskan barangan / kebajikan suami. Begitu juga dlm hal makan minum, kan sudah dipesan org tua bahawa nak jaga suami jaga perutnya terlebih dahulu. Dan antara dua lututnya... (syahwatnya). Insya Allah, suami sentiasa sayang dan merindui kita. Bayangkan suami balik dari kerja, sudahlah lapan jam diluar, makan mungkin beli di kedai, dah tentu org masak. Balik kerumah pun kita minta 'sunarti' buatkan air???. So bila masa kita dapat 'belai roh' suami agar dekat dgn kita??? Jadi kalau setakat secawan / seteko air, tolonglah buat sendiri.

Penat usah cerita, semua kita penat, samada bekerjaya diluar atau sekadar surirumah. Namun itulah salah satu
cari beribu2 cara yg boleh diguna pakai. Yg kadangkala kita anggap remeh serta tak masuk akal.

Lagi satu bab pakaian kecik, kalau org moden2 sekarang mungkin dia rasa ... apalah mana ade logik, tapi cuba kita lihat org tua dulu2 kat mana agaknya dia sorok pakaian dlm dia ya? Tak kan tak pakai pula kan , tapi kalau mereka basuh pun mereka sidai dlm satu tempat khas jauh dari penglihatan org lain. Masa saya kecik2 dulu, nenek sidai pakaian dlm dia, dibelakang rumah, dlm satu ruang yg berpagarkan mata punai dan terbuka (berangin) so, semua yg kecil2 (pakaian dlm) nenek sidai disin, jauh dari penglihatan org ramai yg lalu
lalang. Sampai hari ini ibu juga sidai pakaian dlm berasingan dgn baju2 lainnya.

Berbanding kita sekarang, sidai pakaian dlm, bergayutan diampaian dan kalau duduk apartment lagi
seronok, sidai di ruang yg menghadap kejalan raya lagi... semua mata boleh memandang. Sorok2lah sikit...malu org tenguk...tak boleh bagi alasan tak ade ruang cuba adjust, ... kita buat diakan, bukan dia yg buat kita...

Pakaian dlm ini (maaf TM kena berterus terang sikit... tapi rasanya masih bahasa yg berlapik) bekas kita
'menyorokkan' aurat (bahagia sulit) kita suami isteri. Sekali lagi, sebaik2nya dijaga / diurus hanya
oleh siisteri. Usah sekali2 membiarkan maid / pembantu membasuh (walau guna mesih) dan menyidai lalu melipatkannya. Bukan payah sangat pun, saiznya pun kecik2 saja ye tak...kenapa musti bagi org lain 'menguruskannya'???

Dan ini yg paling penting, bisik nenek ketelinga, "bilik tidur kamu ibaratkan tubuh kamu sendiri, usah
dibiarkan orang lain menyentuhnya sewenang2, rahsia suami isteri ada didlmnya terutama di katil (ranjang).
Jadi usahankan sedapat mungkin tangan sendiri yg mengemasnya!!!. Betul juga tu, bukankah saban malam
kita bersama suami baring disitu, 'bersama' juga disitu, justeru 'roh' yg ada pada nya hanyalah antara
suami dan isteri, peliharalah 'keserasian dan hubungan mesra antara keduanya agar kekal sampai bila2.

(Sedikit sebanyak dah terbukti juga.  Anak-anak yang sering disuapkan walaupun dah besar panjang akan lebih rapat dengan ibu bapanya.  Anak-anak saya suka disuapkan, kalau kami sedang makan mulalah mereka mengendeng-ngendeng dapat sekali suapan pun cukuplah, walaupun masing-masing dah kenyang makan lebih awal.  So far anak-anak rapat sehingga kadang-kadang rasa melampau pulak, tetapi ikatan tu lebih akrab dan kuat.  Saya pun sesekali malas nak menyuap sendiri, tumpang semangkuk je la...nak diet kononnya.  Sudahnya ada la orang yang kena menambah nasi berkali-kali kat pinggan.  Hehehe...sekadar berkongsi pengalaman.  Cuba sahajalah....)

Tolonglah baca kalau belum tau....


 


Pagi-pagi buta saya dah check email dan pagi-pagi buta saya terus terkedu membaca email dari my sister nih. Alahai.....


Salam and Good Day,

Just nak sharing satu cerita dari seorang kawan. Petang semalam semasa menunggu shutter KL-IPOH saya and kawan
berbual-bual.
Kami berbual perkara halal dan haram. Nak di jadikan cerita, kawan saya pun beritahu yang abang ipar dia bekerja di
jabatan ----- ----- di unit serbuan..
Saya terkedu seketika mendengar cerita kawan saya. Ya Allah berapa banyakla benda haram dah jd darah daging saya
ni…Nauzubillah..Patutlah budak2 sekarang degil2, x dengar cakap…ermmm ..
Ceritanya macam nie:-

Jab. ----- ----- pernah buat serbuan di kilang memproses ikan sardine.Apa yg di jumpai amatlah memeranjatkan..
Kalau kenkawan bau kuah sardin tu hanyir n lagi satu sedap kan …nak tahu apa recipenyer…kalau x percaya terpulang
lah…..tau kenapa org cina suka mkn katak??? So agak2 kenkawan dapat x jawapannya….kilang tu telah mencampurkan
daging katak sebagai perasa untuk menyedapkan lagi rasa kuah sardin tue..huhuhu..itulah yg ---- jumpa tapi amat
sadis kenkawan bila pegawai yg bertugas hantar report…report tu telah di ‘zip’ oleh pihak tertentu atas sebab akan
merugikan pihak ‘besar’. ..kenkawan tau sardin jenama apa??? ..yg paling mahal n glamer…’
AYAM BRAND’…itulah hakikatnya…abg ipar kawan saya pun x mampu untuk buat2 apa kalau report telah di zip..apa yg
mampu diheboh mulut ke mulut untuk menjaga ummah semua…..

N lagi satu serbuan telah dibuat di syarikat membuat makanan yg ternama….kankawan tahu apa yg dijumpai…agak2 pernah
x rasa daging cacing?????...mesti kenkawan selalu minum milo kan .....yes..daging cacing telah di campur dengan
serbuk milo…..kalau ada bau hanyir itulah dia…kalau kenkawan nak lgi confirm try buat macam nie….milo + gula sahaja
lepas tu tengok ada x minyak/lemak kat milo tu…kalau ada confirm…ini apa yg diberitahu oleh abg ipar kwn saya jer…

Tp saya x tahu tahun bila mereka buat serbuan…???..dan adakah pihak yg bertanggung jawab telah mengambil tindakan yg
sewajarnya untuk mengikut garis panduan halal yg telah ditetapkan oleh jab. Agama Islam m’sia… wallahhualam…

n lagi satu kod no yg ada di emailkan tu jadikan lah panduan masa nak beli makanan kat pasaraya..kalau ada kod E110
ker n yg tersenarai jgn lah beli…that is confirm ada benda ‘alah’ tu…print lah kecik then laminated simpan dalam
purse…memg leceh tp kalau nak amalan diterima, makanan kita lah salah satu nya jaminan…kalau dah haram..hukum nya
tetap haram..x kisah walau disentetikkan pun..tetap haram……saya hanya menyampaikan perkara ni kepada kenkawan islam
saya sahaja..samaada nak percaya atau tidak terpulang lah…kalau kenkawan rasa cerita ni x sahih, proceed lah makan
cam biasa ek…kalau kenkawan memang penggemar ikan sardin..keluaran org melayu kita ada buat sardine ni ..dari
terengganu tp saya x perasan lagi kat Shopping complex..kawan saya kata rasanya memg kurang sedap tp yg penting
halal…kalau nak sedap ltaklah daging katak..huhuhu..

milo org melayu pun dah ada kat pasaran tapi x sesedap dan seenak milo yg sedia ada sekarang….

Untuk makluman kenkawan Islam semua, article ini bukanlah article rasmi ataupun cuba menghasut tp lebih lepada
peringatan..…terpulang kepada kenkawan untuk menerima atau tidak…
Saya hanya menyampaikan amanah sahaja…tepuk dada tanya iman….
wallahhualam…

Hanya menyampaikan n menyebarkannya..



Sekian, Terima Kasih

(Aku baru jer beli sepeket besar milo. Memang pun kalau buat milo letak gula jer, ada minyak kat permukaan air milo tuh.. Kalau nak basuh gelasnya pun, mesti dicuci pakai sabun pencuci pinggan. Kalau tak, melekatlah minyak milo tu kat gelas.
Ada apa-apa lagi yang belum terbongkar? Jom, kita bongkarkan di sini, dan pilihlah makanan yang bersih lagi halal. Puan Wati, bila nak send kat saya senarai kod tuh?

Wednesday, January 6, 2010

10 tabiat merosakkan otak

"Otak udang!"
"Ada otak tapi letak kat lutut!!!"
"Huh, kepala hotak ko!!"

Beberapa dialog tentang otak.  Kasihan kepada mangsa-mangsa dialog, tetapi mengapa terpacul dialog sebegitu?  Mungkinkah kerana 10 tabiat berikut yang menyumbang kepada terganggunya fungsi otak secara alami.. mari kita fikirkan sejenak.  Sebenarnya banyak lagi, kan.  Ini hanya sebahagian sahaja.

Petikan ini dari mana ya.. dah terlupa pulak (maaf kepada sumber yang gagal dikesan nih.)

1. Tidak mengambil sarapan pagi
Apabila seseorang tidak mengambil sarapan pagi,
paras gula dalam darah akan menjadi rendah. Ini akan
mengakibatkan kekurangan bekalan nutrisi pada otak dan
menjadikannya kurang aktif.

2. Terlebih makan
Ia akan membebankan pembuluh darah otak dan
mengurangkan kuasa mental otak.

3. Perokok
Asap rokok akan mengakibatkan sel-sel otak terjejas
atau terbakar dan boleh mengakibatkan penyakit
'Alzheimer'.

4. Penggunaan gula yang berlebihan
Pengambilan gula secara berlebihan akan mengganggu
penyerapan protein dan nutrisi. Selain daripada itu,
ia akan mengganggu perkembangan otak yang sihat.

5. Pencemaran udara
Otak adalah pengguna oksigen terbesar dalam badan
manusia.Pencemaran udara boleh menyebabkan pengurangan
bekalan oksigen ke otak dan keaktifan otak.

6. Terlebih tidur
Tidur adalah bagus untuk merehatkan otak tetapi masa
tidur yang panjang boleh mengakibatkan sel-sel otak
kita mati.

7. Menutup muka ketika tidur
Tidur sambil menutup muka akan mengakibatkan otak
menerima lebih banyak karbon dioksida berbanding
oksigen dan ini akan membawa kerosakan kepada otak.

8. Membiarkan otak bekerja semasa kita berada di dalam keadaan kurang sihat.
Bekerja semasa anda kurang sihat boleh mengurangkan
keberkesanan otak dan juga membawa kerosakan kepada
sel-sel otak.

9. Kurang berimiginasi
Berfikir adalah satu cara terbaik untuk melatih otak
kita. Kurangnya berimiginasi boleh menyebabkan tahap
kecerdasan/keaktifa n otak menurun.

10. Jarang berfikir
Jarang berfikir akan menyebabkan otak kita kurang
aktif. Oleh itu, perbincangan yang membina boleh
menambah keberkesanan kecerdasan otak kita.


Khasiat EPO (Evening Primrose Oil)

Sedikit informasi berguna tentang EPO.  Anda mengambil EPO?  


Petikan dari Halaqah

sumber dari : Pharmacist & Medical Doctor Online....
                  Ruangan Sembang2 Medical


EPO 1000mg

Minyak EPO berkualiti untuk kesihatan dan kecantikkan

* Membantu mengawalatur kitaran haid
* Melegakan Sindrom Sebelum Haid (PMS)-iritasi, sakit kepala, sakit payudara, kesenakkan dan kekejangan perut
* Mengurangkan simptom putus haid-panas badan, peluh sejuk kemurungan dan kekeringan faraj
* Menggalakkan kulit yang sihat, muda berseri -bermanafaat kepada kulit yang kering, tua atau berminyak. Melegakan ekzema dan alergi kulit
* Memperbaiki rambut yang kering dan rosak serta melegakan kilit kepala yang gatal
* Menguatkan kuku yang mengelupas atau mudah patah





TESTIMONI :-

" Saya mengalami masalah kesakitan ketika datang haid selama 10 tahun dan perlukan bergantung kepada ubat penahan sakit.Dengan EPO 1000,saya tidak lagi mengalami masalah kekejangan, kesembapan dan kemurungan pada waktu kedatangan haid - Vivian - 24 tahun- Cheras

Sejak saya mengalami menopous satu tahun yang lalu.Saya mula mengalami kepanasan melampau dan masalah tidur.Dengan EPO 1000,saya tidak mengalami masalah ini lagi.Kini, kulit saya juga lebih lembab dan licin - Madam Yong ,47 tahun,Kuala Lumpur



Evening Primrose Oil 1000 - HALAL.

Untuk kesan yg lagi bagus SANGAT SESUAI di makan bersama SUPA EPA>

Gandingan ubat Omega  3 dan Omega 6.

Tuesday, January 5, 2010

Untuk Wanita sahaja!!

Petikan dari Halaqah.  
Anda wanita anggun? Mahu anggun lagi?  Tidak perlu botox, susuk atau pembedahan plastik.  Ia umpama manual yang disediakan untuk kita hidup di dunia ini.  Sebagai panduan dan dijadikan amalan, bersandarkan keihklasan dan pengharapan kepada Tuhan yang menjadikan.  Berdoalah dengan penuh harapan dan keyakinan.  Tuhan yang membukakan hati untuk berdoa kepadaNya, akan mengabulkan doa-doa yang dipanjatkan.  Semoga semua beroleh kesihatan dan kebahagiaan.  Ameen.


Sekadar berkongsi ilmu yg baik utk diamalkan bersama. Pada kaum bapa panjangkan ilmu ini kepada kaum ibu yg dirumah.

Ustazah Fatima Az zahrah menurunkan petua untuk menjaga keperempuanan kita supaya sentiasa jadi macam 'abqaro' menurut ayat dalam Surah al-Waqiah.

("Abqaro" ini bermaksud perawan yang sentiasa menjadi perawan) Ayat ini elok untuk diamalkan setiap hari oleh perempuan untuk menjaga kesihatan luar dan dalam.


Caranya:
Lepas solat Isya', ambil air segelas, baca Al-Fatihah sekali, Ayatul Qursi sekali dan Surah Al-Waqiah ayat 35-38 sebanyak 7 kali.
Tiup dalam air dan minum. Niat dlm hati utk menjaga kecantikan diri kita & utk kebahagiaan rumahtangga kita.


Makna surah Al-Waqiah ayat 35-38:

(56.35) Sesungguhnya Kami telah menciptakan isteri-isteri mereka dengan ciptaan istimewa,

56.36) Serta Kami jadikan mereka sentiasa dara
(yang tidak pernah disentuh),

(56.37) Yang tetap mencintai jodohnya, serta yang sebaya umurnya,

(56.38) (Semuanya itu disediakan) bagi puak kanan.

semoga mendapat manfaat...   :)

Monday, January 4, 2010

Jenayah di madrasah

Ahad 3 Januari, jam 9 pagi, Naqib sudah siap menunggu di madrasah.  Malam tadinya dia menelefon (minta call back) memberitahu mahu outing esoknya.  Maknanya dia mahu keluar sebentar.  Apabila saya sampai, dia terus mendapatkan saya di kereta dengan senyuman lebar.  Wajahnya berseri-seri, tentu hatinya sedang keriangan dengan kedatangan saya sebagaimana yang telah dijanjikan dua minggu lepas.
"Mama, Along nak khidmat dulu sekejap," kata Naqib sebelum menghilangkan diri semula di dalam asramanya.  Saya menunggu di dalam kereta, menghidupkan enjin dan mendengar nasyid Anak Soleh.
Akhlak ialah bunga diri
Indah dilihat oleh mata
Senang di rasa oleh hati
Semua orang jatuh hati
       Akhlak nilai diri manusia
       Modal hidup di mana-mana
       Ke mana pergi orang suka
       Banyak kenalan murah rezeki
Ini nasyid kegemaran saya serta anak-anak.  Semasa memandu, kami akan bernasyid bersama-sama sepenuh perasaan sehingga terbatuk-batuk dan tersedak-sedak, dengan lagunya yang sudah agak rosak kerana sudah lama digunakan dan terlalu kerap.  Rasa release.. dan mengasyikkan.
Sambil menikmati nasyid, mata saya melilau memerhatikan suasana sekitar.  Saya sedang menghadap beberapa pekerja berwajah India Muslim yang sedang berkhidmat mendirikan bangunan masjid.  Seorang sedang memantau mesin memutar simen, manakala seorang lagi sedang menyodok pasir dan simen untuk dimasukkan ke dalam mesin yang sedang berputar perlahan.  Ada beberapa orang lagi yang kelihatan sedang mengerjakan bahagian pagar di tepi khemah gergasi yang menempatkan segala peralatan ijtimak tahun lepas.
Mata saya beralih pula ke bangunan asrama.  Seorang pelajar berjubah kelabu yang segak rupanya berjalan ke hujung ke pangkal, kemudian mula mengelap tingkap luar bilik ustaz.  Seorang pelajar lagi yang berpakaian baju Melayu cekak musang biru berseluar hitam turut menyertainya mengelap tingkap yang lain pula.  Kemudian muncul pula seorang pelajar berkain pelikat kotak-kotak dan berbaju melayu biru tua membawa gergaji menuju ke bahagian kiri asrama.  Entah apa yang hendak dipotong, tidak dapat dipastikan.  Dia dituruti oleh seorang lagi pelajar yang juga membawa gergaji.  Di sudut kiri asrama, 5 orang pelajar sedang mencuci kereta Iswara Aeroback berwarna coklat; dua orang mencangkung mencuci bahagian tayar manakala yang lain menyiram badan kereta dengan sebaldi air bergilir-gilir.
Ada juga yang bermain bola di kaki lima bangunan, mungkin tugas mereka telah selesai.  Beberapa kali bola ditendang bergilir-gilir, akhirnya bola itu menuju ke kereta saya lalu terselit di bawah pintu kereta.  Saya tersenyum melihat masing-masing menunjukkan aksi melopong.. kelakar budak-budak itu.  Saya buka pintu kereta dan menolak bola itu keluar dari bawah pintu kereta.  Tidak lama kemudian datang seorang dari mereka mengambil bola itu.
Saya terus memerhatikan pelajar-pelajar yang muncul silih berganti di kaki lima asrama.  Ada seorang pelajar yang tinggi, jauh lebih tinggi daripada mana-mana jua pelajar yang saya nampak.  'Mungkin inilah pelajar dari California tu..' getus hati kecil saya.  Kata Naqib, pelajar ini bahkan lebih tinggi daripada ustaz-ustaz di sana.
Tidak lama kemudian, Naqib muncul semula siap dengan jubah putih dan serban.  Dia menjinjing dua beg plastik di tangan, 'pasti baju kotor la tu..'
Selepas mendapatkan kebenaran dari Ustaz Hafiz, kami bergerak pulang ke Sijangkang.
Bermulalah dialog antara saya dan Naqib.

"Mama, Along rasa senang nak menghafaz bila Along tahu mama nak datang hari ini..."
"Ye ke?  Selama ni susah ke?"
"Iyalah, masa dengan abah tu, Along tak tahu bila mama nak datang.  Along fikir je selalu."
"Kenapa nak fikir-fikir pulak.  Mama datang la bila tiba masanya."
"Tetapi bila mama dah berjanji akan datang selepas dua minggu, Along rasa senang hati.  Along sudah  khatam juz 30,  sekarang tebuk juz pula.  Tak sabar nak masuk juz 29."

Saya diam.  Memang selepas abahnya berangkat ke luar negeri tempohari, saya menghantar Naqib pulang ke madrasah lalu saya terpaksa berjanji akan menziarahi dia dua minggu sekali, berlawanan dengan ketetapan asal abahnya iaitu ziarah dua bulan sekali.  Ternyata jejaka muda ini senang hati dengan persetujuan dan kesanggupan saya.  Namun saya tetap berhati-hati dengannya, bimbang terjebak dengan permintaan di luar undang-undang madrasah.

"Bila abah balik?"
"Awal bulan hadapan."
"Along nak cuti sehari."
"Eh, apahal pulak memandai-mandai cuti ni?"
Saya mula rasa semacam...
"Boleh la mama.. Along nak bagitahu ustaz, ustaz akan mesyuarat dulu."
Saya diam.
"Ada budak yang balik sehari.  Sabtu petang balik rumah, Ahad sebelum Asar balik madrasah.  Ustaz bagi."
Naqib menjelaskan bersungguh-sungguh.

Saya berfikir-fikir, menimbangkan permintaan Naqib.  Saya cuak, andai perlepasan pertama mengundang permintaan seterusnya.

"Baiklah, kita akan ke klinik pakar kulit sekali."  Akhirnya saya bersetuju.  Dapatlah kami sekeluarga berkumpul bersama, dan pada masa yang sama boleh membawa Naqib mendapatkan rawatan lebih lanjut di klinik pakar sekitar Klang nanti.  Sudah tiga bekas krim dan tiga peket ubat menahan gatal yang dibeli di farmasi Tangkak tempohari untuk sebulan digunakan, tetapi keadaan gatal yang dialami Naqib masih belum menampakkan kesan baik.  Hati saya amat belas melihat Naqib.  Kulitnya yang putih gebu semasa bayi telah bertukar dengan kesan parut hitam yang jelik.  Sungguh kasihan melihatnya!
Tengahari itu, kami bersama ke kenduri khatam quran dan berkhatan di taman sebelah.  Kemudian kami pulang, dan Naqib mengambil kesempatan berehat sebentar di dalam bilik saya.  Jam tiga, saya mengejutkan Naqib supaya bersiap untuk pulang ke madrasah.  Uwan dan atuknya pun turut serta.  Uwan nak merasakan Naqib naik kereta baru Persona sambil ingin melihat madrasah.  Ain dan Nabilah tinggal di rumah kerana tidak muat hendak ikut serta. Hujan turun agak kasar membuatkan saya memandu perlahan dan berhati-hati.  Kereta baru... mesti lebih cermat dipandu.  Mak menyandar di belakang melayan kerenah Nessa yang mulai mengantuk.  Sebelum itu, Naqib meminta saya singgah di kedai Aceh untuk membeli keropok kegemarannya dan kicap buatan Indonesia, "sedap gilerrr..." kata Naqib menceritakan keenakan keropok perasa udang dan kicap itu yang pernah dirasanya kepunyaan kawannya dari negara seberang itu.
"Bila kamu menggoreng keropok ini?" tanya saya.  Naqib pernah membawa sepeket keropok ini ke madrasah dua minggu lepas.
"Time ginilah, apabila ustaz tidur atau keluar, dan tukang masak pun tiada."
"Bahaya tu.. jika terjadi apa-apa semasa di dapur."
"Bukan Along yang goreng, budak-budak lain yang goreng."
"Jadi, sekali adap sajalah?"
"Haah.. ramai-ramai makan."

Itulah jenayah di madrasah.  Jenayah masak magee di waktu semua sudah masuk tidur dan mula berdengkur, mereka yang kelaparan dan panjang akal bangun memasak magee.  Menggoreng keropok di dapur asrama tanpa pengetahuan pihak pengurusan juga boleh dianggap jenayah, jenayah ringan yang merbahaya.  Ada juga yang membentuk kumpulan kecil dan berjaga sepanjang malam, berbual-bual kemudian membangunkan kawan-kawan seawal jam 4 pagi, "bangun! sudah jam 5, sekejap lagi Subuh!!" lalu membuka lampu-lampu menjadikan suasana bilik asrama terang-benderang.  Namun ini selalu berlaku pada hujung minggu sahaja.  Keadaan di hari biasa lebih terkawal kerana jadual pengajian yang lebih ketat dalam pemantauan ustaz-ustaz.

Sekitar setengah jam di madrasah, kami beredar selepas bersalam-salaman dengan Naqib. Uwan dan atuk menghulurkan RM10 masing-masing kepada Naqib.  Bertambahlah duit poketnya..  Kami bergerak pulang dalam hujan renyai yang kian kasar.  Naqib melambai-lambai dari jauh dengan wajah yang tenang.  Tiada riak yang menyusahkan minda saya.  Alhamdulillah. 
Petang itu, sekembali dari Giant dan Jaya Jusco, mak terpandang peket beg plastik berisi keropok kegemaran Naqib tertinggal di dashboard belakang.  "Kasihannya cucu aku, kalau dekat aku pergi hantar sekarang jugak!" kata mak.  "Itulah asyik buat budget je, last last keropok sedap gilerrr pun tertinggal," rungut mak lagi mengisahkan perlakuan Naqib yang asyik mencatatkan barang keperluan yang perlu dibelikan nanti.  Ahad ini saya akan ke sana lagi untuk membayar yuran bulanan dan membawa keropok sedap gilerr tu juga...

 
tiang-tiang masjid sudah mula tegak di hadapan asrama lelaki



Lagi gambar Nessa di prasekolah Anakku Gemilang

Nessa macam boring je.  Dapat kawan baru, Aina namanya tapi dua-dua malu-malu


Aina ambil lego, Nessa pun tumpang main sama-sama tapi tanpa suara


Cikgu susun cawan di kaunter untuk  minum pagi.  Kelas yang cantik.


Yang sengih tu namanya Amir, ibunya mengajar di kelas Anakku Cerdik.  Berumur 5 tahun tetapi sudah biasa dengan suasana di kelas.  Nampak tak dua orang bapa kat belakang tu?  Yang belakang sana tu sampai tunduk dagu bertemu dada apabila abahnya slow talk dengannya.  Dua kanak-kanak ini akhirnya buat free show apabila jam 8 cikgu dah nak memulakan sesi pembelajaran dan pengajaran.  Mulanya saya terkurung sama, kemudian keluar ikut pintu dapur sebab pintu kelas dah kena kunci.  Nessa mengejar dan memegang erat tanganku.  Akhirnya ada tiga budak yang sama-sama berpadu suara.. makkkk!! abahhhh!!





Sedang menunggu waktu minum pagi

Hari persekolahan 2010

hari pertama bangun pagi get ready to go to school, monyok jerrr...


Hidayat dan Hanessa







cayang cucu atok.. baju bertimbun kat belakang tu belum kering sebab hari hujan semalam


jam 7 cuaca masih agak gelap


Hidayat di kelas 2 Effisien


eh eh kucing pun nak sekolah.. (ke kelas Ain)

Search This Blog

Blog Archive

Rakan Blog

cinta hingga Firdaus

Lilypie Angel and Memorial tickers
Lilypie Kids Birthday tickers Lilypie Kids Birthday tickers Lilypie Kids Birthday tickers Lilypie Kids Birthday tickers

Terima kasih :)

utamakan Bahasa Melayu

utamakan Bahasa Melayu

Pantai Lumut

Pantai Lumut

Pantai Mersing

Pantai Mersing