Apabila hati bersuara, ia adalah bisikan paling halus dari sudut hati yang paling tersembunyi. Tiada sesiapa mengetahui melainkan Allah Taala yang Maha Seni. Lalu hanya kepada Allah aku berserah diri. Ya Allah, kurniakan daku takdir yang baik di dunia ini dan takdir yang baik juga di akhirat nanti. اللهحم امين
Bismillah
Wednesday, March 11, 2015
Rumah pink semakin jauh tetapi ia tetap dekat di hati. Aku masih kesulitan mengarang kisahnya. Plot seperti sudah ada, namun bagaimana mahu menjalin ayat demi ayat. Amirah akan berada di madrasah lain. Sesuai kemahuan dirinya dan persetujuan ayahandanya juga. Di situ, dia dipanggil Amirah. Nama yang cantik, kata ustazah yang manis.
Tuesday, March 10, 2015
'Apakah manusia itu mengira bahwa mereka dibiarkan (saja) mengatakan: "Kami telah beriman", sedang mereka tidak diuji lagi?" ~ surah Al Ankabuut; 2. Ia ujian dari Allah Taala jua. Dia yang memberi ujian, Dia-lah yang akan menyelesaikannya, pasti. InsyaAllah. Tekanan darah anakanda Muhammad Naqib masih tidak stabil. Ini menghairankan para doktor semenjak di Mekah. Ringkasnya, bukan senang nak menjadi Ahlullah, yang menyimpan 30 juzuk Al Quran di dalam dadanya. Aku terimbas kes Shaq yang juga hebat ujian getir untuk melepasi syahadah. Alhamdulillah Allah Taala memilih dia. Ye benar, bukan calang-calang mahu menjadi pilihan Yang Maha Agung
Monday, March 9, 2015
Sunday, March 8, 2015
Mengalir air mata tatkala menyelesaikan tawaf wida'. Kepada Allah berserah diri semoga ibadah diterimaNya. Syukur ke hadrat Illahi, aku dengan segala dosa dan kejahilan dan kedaifan, Kau pilih jua untuk bertamu di kotaMu Ya Allah. Aku datang dengan hiba, aku pulang dengan air mata. Izinkanku berkunjung lagi Ya Allah. Wahai Yang Mengetahui segala rahsia. Aameen.
Aku diizinkan Allah naik ke kawasan Jabal Khandamah, menjengah perkampungan masyarakat Kelantan yang padat suatu ketika dulu. Kini Masjid Kelantan di situ sudah lengang. Aku bersua wanita tua ahli zikir yang bersendirian, jauh dari kesibukan kota Mekah namun wajahnya bercahaya. Hati berkata, andai aku berada di tempatnya...sudah lama aku lari entah ke mana.
"Semua pakai purdah ke ustaz?" Menurut ustaz, masih ada yang tidak menutup wajah tetapi hanya segelintir. Dengan kata lain, perempuan-perempuan yang kurang baik latar belakang dan pekerjaannya. Maksudnya penduduk asli bumi Haramain. Wallahu'alam. Kanak-kanak perempuan seawal darjah 4 (10 tahun) sudah berhijab. Tetapi jika tubuh subur, lebih awal lagi pakai hijab. Dan kata ustaz, masalah sosial amat sedikit. Market khusus untuk perempuan yang menjual segala keperluan juga disediakan dan lelaki tidak boleh masuk ke situ. Sangat menarik kan?
Merekq nak lihat perempuan, jelas ustaz berterus-terang. "Tapi kan semua perempuan pakai purdah hanya nampak mata je ustaz?" tanya aku minta kepastian. Ustas senyum lagi. "Dari mata perempuan orang lelaki boleh tau semuanya, dari hujung rambut ke hujung kaki. Boleh tau warna kulit. Boleh tau semua. Yang lebih mahir boleh tau semua yang rahsia." Aku tertunduk-tunduk. Mudah tapi menggerunkan.
"Adik ustaz bawa kereta ke?" aku bertanya kepada mutawif kami. Ustaz geleng kepala. "Di sini perempuan tidak dibenarkan bawa kereta." Aku agak terkesima. Ustaz menyambung ayatnya. "Kat sini bas pun takut dengan perempuan." Aku makin tercengang. "Kalau depa nampak perempuan, depa berhenti bagi perempuan jalan dulu baru depa jalan." Ustaz senyum-senyum. Aku masih lambat menangkap maksud.
Thursday, February 19, 2015
Aku memandu dengan ceria. Tiga orang sudah berkumpul. Rumah tentu menjadi agak riuh dari biasa. Kawasan perumahan kami semakin hampir. Tiba-tiba di jalan yang lengang itu pandangan mataku melihat sesuatu berwarna kuning di atas jalan, berdekatan dengan jalur putih yang putus-putus. Semakin hampir, jelas ia adalah seekor ibu kucing berwarna kuning oren bersama dua ekor anaknya dengan warna yang sama. Risau dilanggar kenderaan, aku memberhentikan kereta dan mengangkat ibu dan anak-anak yang basah (hujan baru berhenti) ke tepi.
"Jangan duk tengah, duk kat tepi. Bahaya ye!"
Aku memang amat serba-salah. Esok kami akan berangkat ke Madinah seterusnya menunaikan umrah di Tanah Suci Mekah, menjadi tetamuNya alhamdulillah. Membawa haiwan ini pulang ke rumah tidak membantu keadaan. Aku beredar dengan hati tersayat. Ibu kucing itu kulihat seakan-akan mahu mengikut aku sambil mengeow sayu. Dia dan anak-anaknya yang gemuk-gemuk terus membersihkan badan yang basah. Ini memang luar biasa sebenarnya. Bagaimana kucing-kucing ini boleh berada dalam keadaan basah sedangkan begitu banyak rumah-rumah berdekatan. Buruk sangka menjelma. Apakah mereka dihantar ke situ oleh insan yang sudah tidak sudi mahu menyayangi mereka?
Dari kejauhan aku nampak kelibat sang suami berjubah hitam sudah tercegat di tepi simpang masuk ke perumahan. Cuak juga, mungkinkah aku terlewat pulang hmm...
"Abang watpe kat sini?" tanya aku dengan lunak manja dan baik sangka. Ohh dia saja memerhatikan persekitaran di rembang petang. Ok selamat.
Aku terus membelokkan kereta hingga depan rumah. Entah bagaimana teringat mahu memberi kucing-kucing tadi biskut baki Oyen dan Atam, standby bila dua gediks itu datang ke sini (sekarang Oyen dan Atam ditumpang di rumah cucu abah di Kuala Pilah, khabarnya happy dan bergonjeng berdua macam biasa). Aku dan Hanessa berjalan pimpin tangan melenggang ke simpang jalan semula. Nampaknya ibu kucing itu sudah kembali duduk di pinggir jalur putih di tengah jalan. Anak-anak kucing (ada tiga ekor, kat tepi jalan ada seekor lagi warna hitam capuk2) duduk berkumpul di atas rumput. Tiba-tiba ...
Tiba-tiba, sebuah Proton hitam aerobik lalu di hadapan kami dengan kelajuan sederhana mengikut had kelajuan kawasan kampung. Ia terus meluncur menghala ke arah ibu kucing yang sedang santai. Aku amat berharap kereta hitam itu akan mengelak ke kanan sedikit, malangnya ... Mataku melihat dengan jelas ibu kucing tersentak sebaik sahaja tubuhnya berada di bawah kereta dan mula berganjak keluar, namun tayar belakang telah menyentuh kepalanya. Kereta hitam itu terus berlalu seperti tiada apa yang berlaku.
Aku, suamiku yang masih tercegat di simpang jalan dan si bongsu tercengang melihat kejadian yang tidak disangka-sangka sampai ke anak mata seperti ini.
Allahuakhbar!
Allah!
Allah!
Innalillahiwainnailaihirojiun...
Suami mengomel sambil sama-sama melangkah laju ke arah ibu kucing yang kini sedang sakaratul maut. Di kepalanya mengalir darah merah. Tubuhnya kejang dan tersentak-sentak. Aku hanya dapat menyabarkan hati dengan perasaan yang kian terhiris. Amat terhiris!
Mujur hatiku kering. Tiada setitik air mata yang mengalir. Jauh dari kebiasaan, tatkala air mata bisa bergenang tiba-tiba tanpa disangka.
Monday, February 16, 2015
Dia beria-ia nak balik hari ini juga. Sambil tertawa dia kata dia akan masuk bilik kuarantin saja, kerana mata kirinya masih merah sedikit. Aku pujuk juga supaya balik esok pagi selepas Subuh tetapi seperti dia berhati kering. Kakak dan abangnya kalau boleh tidak mahu pulang walaupun esok pagi. Mahu bermalam lagi di rumah ini. Dia, sebaliknya pula. Kes terpencil lagi istimewa ini, desis hati sedikit kagum.
Ketika melayani sahabat dan rakan di wassap, tiba-tiba ustazah menegur dengan nada tersirat. Katanya, "Hanessa masih sakit mata kan kak.."
Setelah berbicara, aku diberitahu si bongsu ini menangis tadi. Namun keadaannya sudah terkawal.
"Hmm sangka memang berhati kering, rupa-rupanya penuh dengan taman bunga yang kembang subur.."
Ustazah membalas dengan icon ketawa.
Mak aku menyatakan khuatir dan risau andai berlangsung drama live di airport nanti. Suara hati aku juga bersetuju. Namun seperti ada ruang dan peluang untuk si manja yang garang tegas ini mengikut hantar ke sana nanti. Ustazah memberitahu kemungkinan untuk adik beliau dan Hanessa menyelit dalam van madrasah yang menghantar kami nanti. Hmm ...
Apa pun, esok aku begitu kepingin menjemput dia semula. Hanya dua hari lagi untuk bersama sebelum penerbangan ke Madinah. InsyaAllah.
Anakanda Puteri Bidadari enggan mengikut ke airport, "tapi mama mesti mesti mesti datang jenguk Rabu nanti!" katanya penuh harap.
Kini Hidayat yang belum ada kepastian. Aku tidak mahu dia menangis menahan kesal tidak dapat ikut bersama adiknya ke airport nanti. Aku tau, dia tentu geram andai ditinggalkan.
Semoga Allah memudahkan semua urusan menjadi tetamuNya, aameen.
* Al Fatihah untuk Allahyarham Datok Hj Nik Abdul Aziz Nik Mat yang hari ini sudah tiga hari kembali ke rahmatullah. Semoga Allah SWT mencucuri rahmat ke atas ruh beliau.
Mati itu PASTI. Semoga kita beroleh Husnul Khotimah, aameen.
Wednesday, February 11, 2015
Aku parking kereta di hadapan madah. Tiba-tiba muncul seorang gadis berpurdah hitam dari belakang pintu yang dibuka tanpa diduga. Akhirnya lima gadis berpakaian hitam muncul satu demi satu, terkinja-kinja menyerbu aku yang terkial-kial mahu keluar. Serta-merta keretaku sarat dengan lima gadis tersebut. Masing-masing bersalam cium pipi dengan ceria.
"Nak pi mana ni?"
"Kami nak pi kemas sampah kat depan nuu..."
"Haa pi la tunggu apa lagi?"
"Ala kami nak tumpang mama..."
Aku tidak mengendahkan mereka. Aku bergegas keluar. Beberapa pelajar sudah menanti.
"Anak mama mana?" tanya aku ragu-ragu. Batang hidungnya tiada kelihatan.
"Dia mandi mama."
"Meh bagi saya beg plastik ni." kata Alya mengambil beg berisi roti cheese dan roti pizza yang dibeli di econsave, macam yang dipesan beberapa hari lepas. Sambil tu aku melayan gelagat manja mereka yang mengadu itu dan ini. Setelah beberapa minit barulah muncul si bongsu. Beberapa tangan cuba menyingkap niqob yang aku pakai.
"Dah lama tak tengok muka mama laa..." Aku menepis-nepis tangan yang menyingkap-yingkap kain niqob. Sambil ketawa, aku tidak dapat marah mereka.
"Mama nak cepat ni, lain kali jumpa lagi."
Aisyah main-main mata dari belakang. "Mama, jangan lupa doakan saya!" Aku membaca gerak pada mulutnya sambil mangangguk-angguk.
"InsyaAllah!"
Mira yang baru perasan kehadiranku berjalan laju dari arah sisi madrasah. Dia bersalam. Sambil memelukku, dia membisikkan sesuatu. 'Mama, yang saya cakap pasal mimpi solat istikharoh tu mama jangan beritahu sesiapa ye. Kalau tidak mati saya nanti.'
"Ya insyaAllah, mama simpan. Lagipun mama nak beritahu siapa pula?.."
*Apabila bersendirian di rumah, gelagat mereka yang muncul tiba-tiba dalam ingatan membuatkan aku tersengih saja.. Haha.
Jemputan Allah SWT
Beberapa ketika kebelakangan ini, wassap sempat membuat aku rasa terganggu dan tidak selesa. Ia adalah wassap grup. Satu grup aku sudah left dengan cara baik. Dan aku masih admin dua grup lagi. Keadaan terkawal alhamdulillah tetapi proses menuju itu adalah umpama 'seketul air di atas jalan tar hitam semasa jam 12 tengahari'.
*Ini adalah tab tidak mesra pengguna. Kesalahan ejaan tolong betulkan sendiri ye. (Agak bengang ttp masih terkawal insyaAllah).
Kepada semua bloggers yang sudi menziarahi blog aku ni, di kesempatan ini aku dengan segala rasa rendah hati dan hina diri dek segala dosa yang terhimpun dalam diary kiri kanan bahuku, ingin memohon jutaan ampun maaf dari hujung rambut ke hujung kuku kakiku atas segala salah silap kepada kalian, yg mengguris hati dan mencalar jiwa raga, atas tulisan2 di sini atau kata bicara di mana2 media yg mungkin, mohon halalkan makan minum dan hutang kalau ada, yg sengaja atau tidak sengaja, tersedik di hati bersuara di jiwa zahir pada bicara atau reaksi di mata, mohon maafkan diriku.
InsyaAllah semoga Allah pilih jemaah kami untuk menjadi tetamuNya menyambut panggilanNya menunaikan ibadah umrah pada Khamis 19 Februari 2015 ini, aameen Ya Robbal Alameen.
Semoga Allah SWT Yang Maha Pengasih Maha Penyayang memudahkan urusan kami, mengurniakan kekuatan dan kesihatan yang baik untuk melaksanakan ibadah ini dengan sempurna dan menerima amalan ibadah kami. Segala puji-pujian untuk Allah SWT Yang Maha Agung Maha Tinggi Maha Suci. Kepada Allah SWT kami berserah diri.
Semoga bertemu lagi, insyaAllah.
Saturday, January 24, 2015
Sedang mengemas buku. Lagi ... ye benar. Semuanya bercampur-aduk disusun oleh pelajar yang menolong semasa pindah sebulan lepas. Malam ini mahu tidur lewat sedikit. Azam mahu mengemaskan semuanya hingga selesai. Buku-buku cerita kanak-kanak sudah diketepikan untuk diagihkan kepada anak saudara di Segamat. Mereka berusia 5 dan 6 tahun. Aku terbayang-bayangkan gelagat mereka tatkala menerima buku-buku cerita itu nanti. Kata ibu mereka, anak-anaknya suka main cikgu-cikgu. Eloklah tu, nanti ibunya boleh mengajar mereka membaca hingga lancar. Anak-anak saudara ini sebelah suami. Anak-anak saudara kecil yang lain lebih mewah, tentu tidak hairan dengan buku-buku terpakai seperti ini. Yang dua orang anak tunggal, belum ada adik walaupun sudah mula masuk tadika. Yang seorang lagi asyik menghadap tablet walaupun baru berusia 2 tahun.
Anak-anak saudara sebelahku pula, lain ceritanya. Yang beribukan penyunting buku itu, memang tidak perlukan buku-buku ini. Di rumah mereka pun menimbun buku yang perlu dibaca agaknya. Anak saudara yang lain sudah besar-besar. Ada tiga lagi, entahlah mungkin tidak hairan juga kerana aktiviti mereka lasak belaka. Nak berjumpa pun payah, hanya berhubung dengan ibu mereka melalui wassap.
Allah jua yang memberi ilham untuk mengagihkan buku kepada anak-anak saudara kecil ini. Semoga Allah meredhai. Takut andai ditanya hak buku-buku ini yang tidak dibaca bahkan disimpan semata. Tentu sukar mencari jawapannya. Entah esok entah lusa kematian bakal menjelma. Silap gaya buku-buku ini entah bagaimana diperlakukan oleh yang masih tinggal. Eloklah diagihkan secepatnya. Semoga selamat sampai ke penerimaan mereka nanti insyaAllah.
Tetapi ... ada lagi buku yang dibeli tidak pernah dibaca! Paling tidak hanya diselak-selak sahaja. Mahal pulak tu! Berkulit tebal belaka. Ia mesti diuruskan segera. Ia set buku tentang menguruskan sesebuah perniagaan, Bahasa Inggeris. Ada sesiapa berminat nak tahu lebih lanjut, emel kat saya. mnormazzuin@yahoo.com.my. Oh ya, ia milik suami saya. Dia sudah tidak kisahkan buku-buku itu pun. Kita akan permudahkan urusan semudah-mudahnya insyaAllah.
Selainnya adalah buku-buku yang aku kumpulkan sejak lama. Aku hairan, mengapa rumah ahli keluargaku tidak banyak buku ... Rak buku mereka kemas sahaja. Mana pergi buku-buku yang mereka pernah beli?
Aku suka memerhatikan rak buku kakak yang kemas dan tersusun. Dia rajin membaca. Kakak yang jadi penyunting tu, sudah lama tidak ke rumahnya. Dulu, rak bukunya pun kemas dan sedap di pandang mata. Rak buku aku ... tidak sebegitu.
Inilah, aku berusaha mengasingkan sedikit buku-buku yang ada. Yang aku fikirkan anak-anak sudah tidak mahu membacanya. Tetapi beberapa majalah kecil yang mereka beli aku simpan, kerana masih terlihat mereka membacanya ketika pulang ke rumah. Lukisan Bernyawa adalah koleksi cerpen yang aku beli semasa Darjah 6, tercatat di helaian dalamnya. Aku tertarik mahu membacanya semula kerana rupa-rupanya ada sedikit ulasan pendek di bahagian awal buku itu. Baru aku ketahui tadi, ketika menyelak-nyelaknya. Tak jadi mahu agihkan kepada anak saudara.
Ada buku yang lebih tua nukilan abang saudara arwah ayahanda Hj Manaf, yang pernah menjawat jawatan Datuk Bandar Kuala Lumpur satu ketika dulu. Ia peristiwa lama. Aku tidak pernah bertemu beliau pun. Ada buku lama yang kulitnya kusam benar. Aku selalu merungut sikap suami yang suka mengutip dan menyimpan barang-barang disukainya, entah apa. Aku harus mengakui, aku juga sama sahaja. Aku adalah pengutip buku-buku dari rumah tua di kampung. Aku terasa buku-buku sebegitu lebih selamat berada di tangan aku. Boleh ke gitu?
Benar juga. Hari ini tiada lagi buku-buku dan majalah-majalah lama yang dijaga rapi di atas loteng di rumah kampung. Ia selesai sudah, sama ada dimusnahkan atau dikutip oleh sesiapa. Mungkin peminat barang-barang antik yang datang berkunjung mencari barang lama. Ia adalah majalah pop tentang artis yang ditatap oleh arwah nenda dan bonda semasa mereka masih muda remaja.
Aku perlu menghadkan aktiviti membaca di wassap. Ia perlu ada had. Aku perlu menyediakan masa untuk membaca buku. Payah rasanya, tetapi mesti cuba. Aku buat grup wassap lagi! Grup Bonda-Bonda Banat dan tadi, atas permintaan dan memikirkan ada keperluan, grup keluarga pula. Tanpa di sangka grup mak-mak tu aktif juga walaupun kami berlima sahaja. Mujurlah grup keluarga masih belum aktif, kami berbual secara privasi sahaja.
Bolehkan wassap menjadi wadah menyambung kasih-sayang sesama insan? Semoga demikian. Kasih-sayang yang diredhai Allah. Aku bersayang-sayang dengan Nusra, yang masih dalam proses menyesuaikan diri dengan suasana di negara ini. Aku bersayang-sayang dengan .my dear friend ZA dan berbincang sesuatu isu yang serius. Aku mencari penyelesaian dengan mengajukan pertanyaan kepada otai yang berada di selatan tentang sesuatu masalah yang memeningkan. Alhamdulillah.
Selain itu, tiada.
Ok la, berhenti dulu. Mahu kembali mengemas buku-buku itu. Azam mahu membaca tetapi tidak sampai muntah dan hilang ingatan.
Ya Allah permudahkanlah. Ia hanya asbab. Mudahkanlah daku menunaikah hak buku-buku itu. Segala ilmu milikMu. Izinkanlah daku. Aameen.
* suka baca Ensiklopedia Para Wali. :D

Wednesday, January 21, 2015
Masih rindu pada mereka. Terbayang-bayang gelagat mereka. Tanpa cuba mengawal, airmata menitis tiba-tiba. Aku rindu pada mereka semua. Tetapi inilah pilihan aku sendiri. Dan ia pasti akan reda mengikut masa. Hanya waktu-waktu begini, ia sangat terasa. Percayalah, semua rasa ini pasti akan reda. InsyaAllah.
Berapa ramai lagi insan yang bersendirian, kesepian, tiada teman, berseorangan di mana-mana. Aku tidaklah begitu teruk keadaannya. Aku masih sibuk melayan rakan di wassap. Lupa-lupa juga pada mereka. Tetapi apabila memikirkan Rumah Pink di Lorong Abu, serta-merta aku merasa sangat rindu.
Rindu pada gelagat mereka. Rindu pada suasana di sana. Rindu pada anakanda si manja. Rindu pada semuanya. Sebenarnya ... rindu pada masa lalu.
Dan hakikatnya, masa lalu tidak akan berulang lagi. Ia sudah pergi dan tidak akan kembali. Hakikat yang pasti, maut pula sedang menunggu bila-bila masa sahaja.
Jadi, nak ingat masa lalu teruskah? Atau nak bersiap untuk masa hadapan yang tiada kesudahan ...?
Aku amat menghargai kenangan lalu, khasnya yang aku simpan sebagai amat istimewa. Kenangan di madrasah bersama mereka adalah satu kenangan yang unggul dan tidak pasti sama sekali apakah akan berulang lagi dengan keadaan yang sama. Aku yakin tidak. Perjalanan hidup sudah berubah dan akan terus berubah. Hijrah demi hijrah. Semoga berhijrah ke arah yang lebih baik dan lebih baik insyaAllah. Bersama bertambahnya usia dan berkurangnya kudrat.
Mak gembira aku sudah 'bebas' untuk bersama dia pada bila-bila masa. Sekurang-kurangnya itulah yang mak fikirkan, bahawa aku boleh balik kampung bila-bila diperlukan. Mak boleh bercakap denganku di telefon tanpa gangguan suara pelajar yang memanggil "mama! mama!". Tetapi tanpa disangka, mak mengaku terasa sunyi di rumah ini. Sunyi benar, tiada suara-suara mengaji macam selalu, atau suara-suara gelak ketawa di petang hari ketika mereka berehat, atau juga suara-suara memanggil-manggil aku.
Apabila perlu bersendirian, aku perlu juga kuat menguasai perasaan. Dan aku memikirkan mereka juga perlu kuat. Rutin pengajian sudah bermula. Cabaran kepada mereka yang sudah masuk kelas hafalan juga semakin tinggi. Trauma denda rotan dan ketuk-ketampi mungkin masih bersisa. Namun aku amat mengharapkan ustazah tersebut semakin matang dan pandai mengawal emosinya. Harapan aku sama tinggi dengan harapan ibubapa mereka dan pihak pengurusan madrasah untuk melihat semuanya cemerlang dan beredar membawa 30 juzuk Al Quran dalam dada. InsyaAllah.
Ya Allah, pilihlah mereka semua untuk menghafal ayat-ayatMu. Mudahkanlah mereka mengingat dan menghafalnya, seperti air yang mengalir laju tanpa putus. Mudahkanlah semua urusan mereka dan tenangkanlah hati mereka di sana. Teguhkanlah jiwa mereka. Kuatkanlah iman mereka. Tetapkanlah mereka sebagai pilihanMu, ya Allah ya Hayyum ya Qayyum. Satukanlah hati mereka semua supaya saling berkasih-sayang dan berkerjasama. Demikian juga dengan semua tenaga yang berkhidmat. Mudahkanlah dan berkatilah mereka semua. Peliharalah mereka dari segala musibah dan gangguan yang nampak dan tiada nampak. Jadikanlah mereka orang-orang yang berbahagia dunia dan akhirat. Kabulkanlah ya Allah Ya Zaljalaliwal iqram. Aameen.

Tuesday, January 20, 2015
Ahad, si manja sangat gembira pulang ke madrasah yang berwarna merah muda luar dan dalam. Terkinja-kinja dia bertemu kawan baik yang sudah sebulan berjauhan.
Semalam petang aku menjenguk atas kapasiti bekas pekerja dan mama yang dirindui mereka, ehem. Masing-masing datang mengalu-alukan dan bersalaman mesra macam biasa. Manja belaka. 10 pelajar baru cool sahaja. Ada juga yang manis mudah menghadiahkan senyuman. Aku membalut rehal si manja tetapi nampak macam kurang kemas je. Lebih mudah membalut kitab atau buku daripada membalut rehal. Mungkin kalau gunakan wall paper yang banyak dijual di Mr DIY ok kot. InsyaAllah nanti bagi cadangan kat dia lain kali. Gunakan dulu pembalut yang sudah siap tu sampai koyak.
Tadi pagi, sekitar jam 10 ketika mahu keluar atas urusan bersama suami. lalu sebuah lori yang penuh dengan muatan. Sekali pandang macam lori pekerja kontrak. Perlahan saja geraknya melintasi kereta kami. Kemudian lori tu lalu lagi dan ditahan oleh suami. Rupa-rupanya lori dari Tumpat, Kelantan, membawa set kerusi dan meja batu macam set yang pernah kami beli sekitar lima tahun dulu ketika duduk di Sijangkang. Kini set tu kami tinggalkan di madrasah.
Kali ni lebih cantik designnya. Ada corak bunga kat kaki kerusi dan stand meja batu. Suami beli satu set untuk dirinya. Dia nak melepak-lepak dengan jiran baru, katanya. Kemudian lori diarahkan mengikut kami ke madrasah. Empat set diinfak untuk pelajar. Alhamdulillah, semua dari Allah belaka. Kami cuma mengagihkan sahaja. Aku harap dapatlah jadi asbab si bongsu aku tu lebih happy belajar kat situ.
Aku khabarkan kat suami tentang cadangan nak belikan set badminton. "Nak main kat mana? Dah tak de space dah.." kata suami. Hmm betul jugak. Tempat mereka selalu main badminton sudah tersekat dek bumbung yang dipasang bersambung ke bangunan koperasi dan pejabat.
"Mama, boring la madrasah ni dah besar.." kata Qoiyah. Pulak! Saja je kan, mengada.
Ruang dapur dulu sudah dipecahkan table topnya. Toilet dipecahkan dan diturap semula dan dibina dinding batu menjadi bilik yang panjang dan disusun semua locker di situ. Jadilah ia bilik khas untuk locker sahaja.
Bilik B menjadi bilik warden aka tukang masak. Bilik A jadi tempat simpanan tilam bantal selimut bagai.
Semua tingkap ditukar kepada sliding dan ada dua pintu sliding juga. Ruang kini menjadi lebih luas dan selesa untuk belajar, makan dan solat. Tanah di tepi kanan dan depan madrasah (dalam pagar) sudah disimen, maka tiada lagi rumput-rumput yang akan tumbuh. Cuma sebahagian kecil sudut depan kanan dibiarkan begitu sahaja tidak disimen. Semoga pelajar dapat menggunakan ruang kecil itu sebaik mungkin. Di situ ada beberapa pasu bunga yang tidak terbela setelah sebulan ditinggalkan. Tidak bersiram melainkan oleh embun dan hujan. Sesudah renovation ini, paip di tepi pintu pun sudah tiada. Harus diajukan permintaan kepada kontraktor untuk memasang semula paip di situ supaya mudah pelajar mencuci kawasan dan menyiram tanaman nanti.
"Nampaknya tak de la denda cabut rumput lagi lepas ni kak, " kata Ustazah dengan senyum.
Alhamdulillah atas semuanya yang diberi Allah.
InsyaAllah target maksima dua tahun untuk bangunan asrama Lil Banat dan bangunan kediaman staf naik di tanah bersebelahan yang sudah dibayar oleh Tok Belagak dan isteri kepada pemilik asal. Alhamdulillah.
Semoga Allah memberi kesembuhan yang baik kepada isteri beliau yang dikhabarkan kurang sihat sekarang. Setiap penyakit ada ubatnya. Dan apabila sesudah kesusahan akan datang kesenangan. Sesudah kesakitan akan datang kesembuhan. Melainkan mati dan tua. Semoga TB dan keluarga akan terus bersabar dan sentiasa dalam pimpinan rahmat Allah, aameen.
* mood menulis masih slow. Rindu pada mereka di madrasah. Nampaknya pengganti aku tu seorang yang sedang sangat sibuk dengan urusan peribadi khususnya bab perasaan. Apa pun didoakan semoga kebahagiaan menantinya tak lama lagi insyaAllah. Semuanya dengan izin Allah belaka.

Sunday, January 18, 2015
Rindu pada blog ini. Tetapi lembap nak m****s, bajet 3 minit untuk online di blog sudah jadi lebih setengah jam dan suami aku sudah berdengkur pun, aduss ...
Esok si manja akan balik ke madrasah. Dan tadi aku menangis geram bercampur hiba. Sebulan melayan kerenahnya, selepas esok petang aku akan berdua sahaja dengan suami. Si bongsu sudah tidak sabar mahu pulang ke madrasahnya. Begitu juga dengan kawan-kawannya yang lain, yang rajin berchatting dengan aku di Whats App atau WeChat. Masing-masing sudah bosan menghabiskan waktu di rumah. Agaknya kena leter je kot hehe ... Tidak juga. Mungkin semakin teruja untuk melihat madrasah yang berwajah baru. Luar dalam berwarna pink.
Mira, hari ini memberiku berderet wajah sedih dan menangis. Aku buat tak faham, tetapi aku faham. Mira paling gemar meluah isi hati padaku, tentang bermacam perkara. Hani juga, tetapi gadis gedik ini baru sahaja melafazkan azam yang berkobar-kobar untuk khatam al Quran (hafalan) pada tahun hadapan. Alhamdulillah.
Esok mereka pulang tanpa aku. Umi Ain akan menanti mereka dan Umi Ain akan menjadi tempat mereka bermanja pula. Adakah sama? Mungkin jauh lebih mesra, namun biarlah setahun bersama aku adalah paling bermakna selamanya ...
Hmm ... si bongsu sudah memujuk aku dengan suaranya yang lemak manja. Aku pula rasa semakin parah menahan rasa.
Inilah pengorbanan. Cuti seminggu yang bertambah seminggu demi seminggu sehingga genap sebulan, yang mungkin tidak akan ada lagi cuti sebegini, pasti mudir akan berhati-hati dalam memberi cuti luar jangka seperti ini di lain kali, hanya bisa membuatkan aku terkenang-kenang keletah si bongsu nanti.
Dan aku risau dia akan tidur dengan air mata meleleh ke bantal kerana asakan rindu.
Sungguhpun ada juga kerenahnya yang membuatkan aku naik geram dan amarah yang aku lemparkan, tetapi setakat manalah itu semua. Manisnya wajah dan senyumannya, lembut manja lemak berkrim disukai ramai suaranya dan keletahnya aduhai ...
Ya Allah, pilihlah anak-anakku yang tercinta untuk menjadi daie daieyahMu, alim alimahMu, hafiz hafizahMu dan menjadi pembantu-pembantu agamaMu beserta keturunan mereka sehingga hari Kiamat, dan jadikanlah mereka kebanggaan Rasulullah SAW. Juga semua 'anak-anakku' di madrasah Lil Banat itu. Aaameen.
Laiela Saiedah. Wassalam.

Friday, January 9, 2015
Sebelum ini aku pasti minta izin jika mahu share post di fesbuk. Sekarang tidak lagi. Aku hanya like dan share jika aku perkenan untuk post itu berada di wall aku. Biasanya aku share sesuatu yang aku harapkan orang-orang yang aku sayang dan kawan-kawan, saudara-mara atau sesiapa sahaja kenalan dalam dunia maya membacanya seterusnya mendapat sesuatu yang bermanfaat darinya.
Aku rasa ok untuk tidak minta izin share. Biasanya apabila minta izin, tuan punya post dengan senang hati memberi izinnya. Jadi aku anggap tuan punya post tu tak kisah dan suka apabila aku share walaupun tak pernah minta izinnya. Kadang-kadang ada yang lebih bagus, dah siap-siap bagitahu sila kongsikan status ini dan tidak perlu minta izin. Jelas dan memudahkan. Dah tentu mereka menulis untuk diketahui umum. Ada juga catatan yang agak peribadi aku kongsikan juga. Bukan apa ... aku nak orang-orang yang aku sayang dan kawan-kawan, saudara-mara atau sesiapa sahaja kenalan dalam dunia maya membacanya seterusnya mendapat sesuatu yang bermanfaat darinya.
Aku harap kebanyakan tuan punya post tak perduli langsung dengan galaknya aku kongsikan status atau cerita mereka tu. Dengan kata lain dah siap-siap bagi izin dalam diam.
* semua novel yang diletak di kedai buku kat SP tak laku. Alhamdulilllah. Aku dah ambil balik semuanya, dengan memandu kereta Iriz hijau dalam hujan lebat banget ditemani si bongsu yang comel.
"Ok la tu ... tu kedai jual kitab bukan kedai jual novel." Respon suami bila aku khabarkan melalui telefon.
Aku mula cuak selepas menempah 30 buah buku kompilasi yang salah satu ceritanya adalah cerita aku. Rasa nak kensel atau tukar tempahan jadi 3 buah je, tapi dah bayar pulak.
"Tak pe la ... lepas ni tulis la kisah suamikukarkun kartun hehee ..."
Arghh!!!
Pelajar masih bercuti. Tentu mereka semua tak menjangka apabila cuti asyik bertambah sehingga genap sebulan. Mana-mana yang ada wassap, menegur aku dan mengomel tentang betapa bosannya di rumah dan tak sabar nak balik ke madrasah. Sudah dijangka oleh suami, pembaikpulihan bangunan madrasah biasanya sebulan walaupun macam ringkas sahaja. Dua minggu atau tiga minggu akan menyaksikan hasil kerja yang tidak memuaskan. Mudir mengambil keputusan menambah lagi seminggu untuk segala renovation menjadi sempurna insyaAllah.
Aku sudah beredar dari perkarangan madrasah. Kini berada di kediaman sementara yang suasana sekelilingnya amat sunyi. Kesunyian yang memungkinkan aku mendengar suara kokokan ayam jantan sayup-sayup entah dari belakang rumah siapa. Ada kicau burung yang halus tetapi tidak segalak kicauan di atas pokok mangga di depan rumah madrasah. Sesekali mendengar bunyi pintu gril jiran sebelah dibuka. Mak memberitahu jiran sebelah ada baby, tetapi jarang sungguh mendengar tangisannya.
Malam tadi menerima kiriman pemberitahuan 'sudah ada wassap.' Ringkas sahaja.
'Welcome'
'Akhirnya ...'
Aku balas begitu.
Tetapi aku sudah naik bosan dengan wassap. Melainkan dengan tasykil-tasykil yang disampaikan sesekali oleh sang otai dari Melaka itu. Atau sesuatu yang baru dan bermanfaat untuk dikongsikan. Selebihnya putaran dari pos-pos lama yang hampir basi atau memang basi. Kalau bermanfaat, ok je. Tetapi ... banyak pulak komplen aku ye!
Heh makcik, kalo banyak komplen kau tutup je wassap tu! Yang repeat post tu bukan directly nak bagi kau tapi dorang nak share kat grup. Ko diam-diam je boleh tak? Tak nak baca jangan baca ...
Ah, memang tak segar pun! Ulang-ulang je, ntah ye ntah tak pun satu hal.
Apa yang segar?
Mari segarkan iman dalam hati dengan membanyakkan menyebut kalimah Laailahaailallah, sebaik-baik kalimah yang berat di timbangan kelak.
* berita kurang happy ~ mak mertua jatuh lagi di biliknya pagi ini buat kali kedua dalam seminggu ini. Semoga mak mertua aku yang kecil molek sentiasa dalam kesihatan yang baik dan dapat beribadah dengan sempurna. Ya Allah, mudahkan urusan keluarga di sana semuanya aameen.
Aku rasa ok untuk tidak minta izin share. Biasanya apabila minta izin, tuan punya post dengan senang hati memberi izinnya. Jadi aku anggap tuan punya post tu tak kisah dan suka apabila aku share walaupun tak pernah minta izinnya. Kadang-kadang ada yang lebih bagus, dah siap-siap bagitahu sila kongsikan status ini dan tidak perlu minta izin. Jelas dan memudahkan. Dah tentu mereka menulis untuk diketahui umum. Ada juga catatan yang agak peribadi aku kongsikan juga. Bukan apa ... aku nak orang-orang yang aku sayang dan kawan-kawan, saudara-mara atau sesiapa sahaja kenalan dalam dunia maya membacanya seterusnya mendapat sesuatu yang bermanfaat darinya.
Aku harap kebanyakan tuan punya post tak perduli langsung dengan galaknya aku kongsikan status atau cerita mereka tu. Dengan kata lain dah siap-siap bagi izin dalam diam.
* semua novel yang diletak di kedai buku kat SP tak laku. Alhamdulilllah. Aku dah ambil balik semuanya, dengan memandu kereta Iriz hijau dalam hujan lebat banget ditemani si bongsu yang comel.
"Ok la tu ... tu kedai jual kitab bukan kedai jual novel." Respon suami bila aku khabarkan melalui telefon.
Aku mula cuak selepas menempah 30 buah buku kompilasi yang salah satu ceritanya adalah cerita aku. Rasa nak kensel atau tukar tempahan jadi 3 buah je, tapi dah bayar pulak.
"Tak pe la ... lepas ni tulis la kisah suamiku
Arghh!!!
Pelajar masih bercuti. Tentu mereka semua tak menjangka apabila cuti asyik bertambah sehingga genap sebulan. Mana-mana yang ada wassap, menegur aku dan mengomel tentang betapa bosannya di rumah dan tak sabar nak balik ke madrasah. Sudah dijangka oleh suami, pembaikpulihan bangunan madrasah biasanya sebulan walaupun macam ringkas sahaja. Dua minggu atau tiga minggu akan menyaksikan hasil kerja yang tidak memuaskan. Mudir mengambil keputusan menambah lagi seminggu untuk segala renovation menjadi sempurna insyaAllah.
Aku sudah beredar dari perkarangan madrasah. Kini berada di kediaman sementara yang suasana sekelilingnya amat sunyi. Kesunyian yang memungkinkan aku mendengar suara kokokan ayam jantan sayup-sayup entah dari belakang rumah siapa. Ada kicau burung yang halus tetapi tidak segalak kicauan di atas pokok mangga di depan rumah madrasah. Sesekali mendengar bunyi pintu gril jiran sebelah dibuka. Mak memberitahu jiran sebelah ada baby, tetapi jarang sungguh mendengar tangisannya.
Malam tadi menerima kiriman pemberitahuan 'sudah ada wassap.' Ringkas sahaja.
'Welcome'
'Akhirnya ...'
Aku balas begitu.
Tetapi aku sudah naik bosan dengan wassap. Melainkan dengan tasykil-tasykil yang disampaikan sesekali oleh sang otai dari Melaka itu. Atau sesuatu yang baru dan bermanfaat untuk dikongsikan. Selebihnya putaran dari pos-pos lama yang hampir basi atau memang basi. Kalau bermanfaat, ok je. Tetapi ... banyak pulak komplen aku ye!
Ah, memang tak segar pun! Ulang-ulang je, ntah ye ntah tak pun satu hal.
Apa yang segar?
Mari segarkan iman dalam hati dengan membanyakkan menyebut kalimah Laailahaailallah, sebaik-baik kalimah yang berat di timbangan kelak.
* berita kurang happy ~ mak mertua jatuh lagi di biliknya pagi ini buat kali kedua dalam seminggu ini. Semoga mak mertua aku yang kecil molek sentiasa dalam kesihatan yang baik dan dapat beribadah dengan sempurna. Ya Allah, mudahkan urusan keluarga di sana semuanya aameen.
Monday, January 5, 2015
Alhamdulillah.
Sesuatu, semuanya, sudah termaktub sejak azali olehNya. Hatta sebuah penampar.
Apa yang diterima, adalah layak diterima. Dan sebaliknya.
Lapangkan hati dan baik sangka selamanya lebih afdol kerana sebenarnya lapang hati dan baik sangka kepada Allah belaka.
Ada pertandingan menulis cerpen 3 muka surat. Ada sebuah kisah real tetapi bagaimana nak menjadikan ia kisah bermanfaat yang bisa menyentuh hati? Aku masih memikirkannya.
* kurang nikmat menulis dari sini. Not my style huhu...
Thursday, January 1, 2015
Ahlan wa sahlan 2015!
Mau dapatkan semula berat ideal yang sudah beberapa tahun asyik dikejar.
Mau lebih gigih pada hobi yang itu. Apa dia? Hmm...
Mau lebih serius merealisasikan azam yang amat mencabar. Apa dia? Rahsia dulu.
Mau lebih bersungguh-sungguh jaga amal ibadah. InsyaAllah. Segala kekuatan dari Allah.
Mau lebih prihatin pada penjagaan kesihatan luar dan dalam dengan pemakanan sunnah dan herba. InsyaAllah.
Macam-macam mau kan ... Tak salah pasang azam. Aku suka perkataan 'azam' itu sendiri.
Ia dilakar di minda.
InsyaAllah ia akan direalisasikan dengan sikap dan tindakan.
Lambat atau cepat sahaja bezanya.
Dan ... Buat ke tak buat!
* kematian adalah satu kepastian. Hanya proses dan asbabnya yang berlainan. Ia mungkin tanda bagaimana bermula hakikat sebuah perjalanan. Semoga Allah yang Maha Pengasih lagi Maha Pemurah mengurniakan kita Husnul Khotimah. Allahumma aameen, insyaAllah.
Subscribe to:
Posts (Atom)
Search This Blog
Blog Archive
Terima kasih :)
utamakan Bahasa Melayu
Pantai Lumut
Pantai Mersing