Hadith


Beramal dan Menyampaikan


Random Hadith Widget

Bismillah

Bismillah

Friday, April 29, 2011

Firman Allah, "Sesungguhnya ..."

Tetiba nak blogwalking petang ni.  Uhh dugaan betul...  Ada benda nak cari.  Terjumpa blog motivasi bersama ustazrock ni, boleh jenguk untuk ambil yang bermanfaat. 





"Sesungguhnya pada kejadian langit dan bumi serta pada pertukaran malam dan siang ada tanda-tanda (kekuasaan, kebijaksanaan dan keluasan rahmat Allah) bagi orang-orang yang berakal.  (Iaitu) orang-orang yang menyebut dan mengingati Allah Subhanahu wa Taala semasa mereka berdiri dan duduk dan (semasa) mereka berbaring mengiring dan mereka pula memikirkan kejadian langit dan bumi (sambil berkata), "Wahai Tuhan kami, tidaklah Engkau menjadikan benda-benda ini dengan sia-sia.  Maha Suci Engkau. Maka peliharalah kami dari azab neraka."  (Ali-'Imran : 190 & 191)  *Semua foto adalah rakaman sendiri di Pantai Lumut, daerah Belait, Negara Brunei Darussalam 2010 menggunakan kamera Panasonic DMC-TZ6.  Alhamdulillah.



Panorama Brunei 2010

satu petang di Pantai Lumut



redup dinaungi pohon menghijau


nak mandi! 

Pantai Jerudong

satu petang di kawasan Jerudong park playground

lembayung merah yang indah

Pelangi petang di Jerudong Park Playground

Di persisiran pantai Lumut
Kam
Umpama mutiara bercahaya di celah cengkerang 

Thursday, April 28, 2011

Lagi, panorama Brunei.

Pantai Jerudong
Ya Allah, ia larekan awan nan indah.  Mungkin berbeda pada mata yang melihat, berbeda pula kesan pada jiwa yang terpahat.  Tapi, aku tetap suka dan rasa hebat.  Maha Hebat Tuhanku.

Pelbagai warna silih berganti.  Terkadang umpama perak yang gemerlapan, emas yang bersinar terang menyilaukan, ia benar-benar mempesonakan.

Bertenggek di puncak alam.
Mandi-manda di lopak air





Rojak Special KK Koya

Khamis, 28 April 2011.

Menjelang tengahari, kami menikmati Rojak Special di Restoran KK Koya, Lumut.  Rojak yang dikatakan sebagai paling enak di seantero Brunei ini.  Di mana-mana juga cawangan KK Koya, cubalah rojak ini.  Ada ketulan ayam, sotong kangkung, telur rebus, kentang rebus, timun dan kuah yang best.  Harganya $5 sepinggan, untuk dua orang.

Ini antara kedai yang kami gemar singgah, kedai Nasa milik India Muslim (atau Bangladesh, wallahu'alam).  Macam-macam barang runcit yang ada, paling ketara ialah pelbagai jenis sayur-mayur yang segar.  Kat sebelah tu ialah kedai makan, menjual Nasi Katok, bakso dan pelbagai makanan yang sesuai dengan selera Indonesia.  Pekerjanya pun orang sana.  Kalau beli nasi katok, nasinya banyak dan ayamnya panas.  Sambal pun sedap.

Antara kedai lain yang kerap kami kunjungi untuk mendapatkan barang keperluan yang kecil-kecil ialah kedai Mahmoon. Kedai ni lebih besar dari kedai Nasa.  Juga dikendalikan oleh bangsa yang sama.  Iya, kebanyakan kedai-kedai runcit dimonopoli oleh mereka.  Saya tak kesah.  Kalau dua tiga posen tu, minta halal je dan mereka tak berkira sangat.  Ada juga yang perkenan kepada Hanessa hehe ...  Kedai-kedai ini menjadi tumpuan kami ketika masih tinggal di Lumut.  Dah pindah ke Seria pun kekadang masih ke kedai-kedai ini untuk beli garam kasar dan asam jawa yang tak ada dijual di pasaraya Soon Lee.  Juga sebab masih belum 'mesra' dengan kedai-kedai runcit di jejeran Seria tu.

Lihat langitnya, biru.  Ini didepan kedai Nasa tadi.  Ada pondok telefon tu, antara pondok telefon tempat saya selalu buat panggilan telefon kepada Muhammad Naqib menggunakan kad Budget Call bernilau $5 atau $10.  Murah berbanding menggunakan telefon bimbit.  So bolehlah menyembang hingga telinga naik panas hehe ...  jadi selalu juga Muhammad Naqib yang mohon diri dulu sebab "ramai kawan tunggu giliran ni, mama ..." katanya. 

Demikianlah adanya ...

Siang pun berlalu pergi

Ada antara gambar-gambar ini mungkin telah pernah saya insert di celah-celah cerita tertentu.  Namun kali ini saya mahu berkongsi gambar-gambar ini (ada antaranya yang masih 'suci' belum pernah diperlihatkan kepada sesiapa), khusus pemandangan di sekitar negara ini, terutamanya di Lumut dan Seria.


Saya amat-amat menghargai koleksi ini, dan berasa gembira dapat berkongsi dengan anda.  Lihatlah pancaran cahaya merah yang berjalur di atas air itu.  Teramat indah!


 Saya juga amat-amat mencintai pemandangan alam ini, biarpun sayangnya ia sentiasa datang dan pergi bersama timbul dan tenggelamnya sang mentari, namun sifat kesementaraan itulah yang menjadikan pemandangan ini 'hidup bernyawa' sebagai lukisan alam anugerah Allah Taala yang tiada tolok bandingnya.  Tak dapat berkata tatkala melihat sang matahari yang kian tenggelam, hanya mata berkedip tidak mahu dialihkan.


 Bayangkan ... bayangkan sifat syurga di negeri abadi yang telah dipersiapkan oleh Allah untuk hamba-hambaNya yang bertaqwa itu!  Syurga yang kekal abadi selama-lamanya.  Ini hanyalah sedikit manifestasi syurga dunia.

Ini!~ Subhanallah!!

Dan malam pun tiba.  Siang berlalu pergi.  Pergantian siang dan malam berlaku lagi.  Antara tanda kekuasan Maha Pencipta yang menciptakan siang dan malam sebagai aturan alam yang tersusun.  Tak nak balik, tapi kena balik ... Maghrib nih!!!

Rembang petang di pantai Jerudong

Pantai Jerudong
Pemandangan petang di Pantai Jerudong.  Satu selokan kecil di mana bot-bot private turun  naik untuk aktiviti menangkap ikan.  Jualan ikan di sini biasanya di waktu petang, ketika orang baru pulang dari menangkap ikan di tengah laut dan dijual dengan harga borong yang murah sebelum dihantar ke kedai-kedai menjual ikan sekitar.  Ikannya segar dan tidak bertemu ais.  Memang best!  Manis rasanya.

Pemandangan yang paling saya kagumi ~ ketika mentari mula tenggelam perlahan-lahan di hujung lantai alam, bak bebola api yang meresap ke dalam air lautan, menebarkan cahaya lembayung merah yang paling indah cukup membuatkan saya terpaku terus.  Masih belum ada rasa jemu dan bosan.  Biar setiap hari saya akan menatapnya ...

Awan rembang petang yang berlarik-larik.

Pelangi di langit Brunei

Kesukaanku menatap langit Brunei yang biru, dihiasi gerombolan awan putih melepak.  Musim panas tiba menjelang April.  Namun cuaca di sini tidak boleh diduga, sebab di tengahari yang panas terik boleh tiba-tiba turun hujan yang kita panggil hujan panas.  Betullah pepatah ini; "Kusangka panas sehingga ke petang, rupanya hujan di tengahari."  Haa ... memang kerap pepatah ni berlaku kat sini.  Dan ... dan tiba-tiba boleh panas terik balik.  Selalu saya, Mel dan Mut menjadi 'mangsa' cuaca.  Sebab dah senang hati dengan panas terik, jemur semula pakaian, lepas tu ... tanpa diduga hujan lagi!!!  Tapi lama kelamaan, dah agak pandai meneka.  Nak selamat, letak je ampaian tu di tempat beratap.

Di Brunei terutama di kawasan Seria, terbentang kawasan berumput lapang yang luas, mungkin kawasan rizab untuk carigali minyak lagi, atau dipersiapkan untuk menunggu pembangunan di masa akan datang.  Maka, memang mudah mata mencapai langit yang luas tanpa halangan bangunan tinggi atau hutan kecil.  Maka, semenjak itulah, mata saya selalu disapa pemandangan indah bikinan Allah Taala ini.  Semakin lama semakin terpesona. Namun awan-gemawan yang indah ini bertukar wajah menjadi gelap menakutkan apabila musim hujan di penghujung tahun.

Antara bentuk awan yang unik, macam ... apa?  Ia terbentuk daripada asap yang terhasil di tempat pembakaran gas.


Cantik!  Maha Agung Allah Yang Maha Pencipta, Maha Indah dan Maha Pengasih memberi kita pemandangan seperti ini.

Ini juga!  Di suatu petang di pinggir jalan raya.

Paling menarik, apabila sang pelangi melingkungi penuh langit Lumut (tapi bukaan kamera yang kecil tak dapat mengambil gambar penuh pelangi dari hujung ke hujung).  Syok betul dapat merakam pemandangan ini, tau ... hingga menarik perhatian orang rumah depan tu turut mengambil kamera dan merakam sama.


Ini juga shot yang pada saya paling menarik.  Kami dalam perjalanan pulang dari Bandar Seri Begawan ke Lumut.  Dan sang pelangi tetap mengekori kami, bahkan kami seolah-olah lalu di bawah lingkungannya dari hujung ke hujung.  Terasa aneh dan sangat teruja, lalu kami mencari kawasan lapang dan berhenti untuk merakamkan gambar ini.  Seolah-olah Hidayat sedang di lingkungan pelangi di satu alam yang lain!  Sebab tu saya katakan, langit Brunei memang indah dan menarik!!

Wednesday, April 27, 2011

Bisikan hati

Iya, mungkin ia anugerah Illahi buat saya.  Alhamdulillah, syukur dipanjatkan ke hadrat Allah Taala.  Kadangkala ia tepat benar.  Kadangkala sipi, dan kadangkala ... tidak pula bererti apa-apa.  Allah Maha Berkuasa atas segalanya.

Kelmarin, hati digaru-garu untuk mengambil gambar kediaman kami dari segala sudut.  Dalam hati berbicara sendiri.  Ini akan menjadi kenangan nanti.  Memang tak dapat dijangka apa-apa.  Walaupun boleh dikatakan ada signal tertentu, petunjuk dan tanda-tanda yang semakin ketara. 

Hidup memang selalu diluar jangka.  Maka kami selalu bersikap sedia, seboleh mungkin.  Agar suasana tetap tenang dan tidak ada keterujaan yang boleh mendatangkan akibat tidak menyenangkan.  Bukankah selepas susah ada senang?  Juga  bukankah selepas senang ada susah?  Ia pasti berlaku silih berganti. 

Namun kini dan selamanya, hendaklah meletakkan Allah Taala di tempat paling utama.  Dia mesti di tempat pertama mengatasi segala yang ada.  Bukan kerana diri, keluarga atau sebarang hasrat yang sebenarnya bersifat rendah dan sementara.

Jadi, kalau diimbas semula, jadual perjalanan ini sudah siap termaktub di Loh Mahfuz sejak azali,  sejak dulu-dulu lagi.  Sejak kita pun belum wujud.  Dan tersurat ia di takdir hidup ketika kita zahir di alam kedua, alam rahim kandungan ibu. 

Kini, hendaklah perbetulkan niat dan tujuan.  Hidup penuh pengajaran, untuk orang-orang yang mahu mengambil iktibar. 

Pertandingan Tausyeh

Kumpulan pertama membuat  persembahan dalam pertandingan Tausyeh di Dewan Raya, Radio Televisyen Brunei. 

Penonton yang datang melimpah hingga ke pintu.  Kami kali pertama datang ke RTB.

 Pakcik jenguk-jenguk jap.

Persembahan dari  pelajar-pelajar Sekolah Al-Falah yang mencuit hati.
Johan bagi kedua-dua kategori pertandingan Tausyeh kali ke-5 2011.

Lembayung senja di hujung langit, ketika dalam perjalanan ke Bandar Seri Begawan untuk menghadiri pertandingan Tausyeh.  Membuat hati jadi rawan.

Lebuhraya yang agak lengang, waktu Maghrib hampir menjelma.  Awan gemawan menghiasi dada langit dengan warna kelabu yang membuat hati berasa sayu.

Perlahan-lahan tirai malam berlabuh menutupi siang. 

Puding koko sedap

Saya dah mula keliru.  Saya buat  puding ke hapa ni?  Tapi pokoknya, memang sedap.  Bukan saya yang cakap, orang yang menjamah kata gitu.  Tapi malangnya, tang nak menjawab soklan, "Apa bahannya ni?", tak dapat saya berikan secara terperinci.  Al maklum, main terjah je.  Tak terkecuali ada yang terlupa nak sebut hehe ...

Cluenya, 'apa je yang ada dalam lemari dan sesuai nak diadukcampurkan' ...

Moh kita tengok jap.  Ni gambo dia.
Saya suka, sebab rupa macam jadi je ...  Alhamdulillah kira jadi la tuh.  Cuma, anak-anak dan abah tak sempat nak makan pagi tadi, sebab dalamnya masih cair.  Tu yang dapat bawak ke kelas tafsir Quran tu, rezeki kawan-kawan nak rasa.

Bahan-bahannya ~ reja roti, susu pekat, butter cup, sebiji telur, sedikit perasa vanila dan serbuk koko.  Semuanya dimasukkan dalam pengisar, dan kisar dengan air masak secukupnya.  Saya kisar sebab nak jimat masa, dah dekat 6.30 pagi time dorang gi sekolah.

Masa buat tu, saya tengok cair meleleh je, sah masuk oven memang tak menjadi.  Maka, saya campurkan sedikit tepung gandum.  Oh ya, saya juga ada meletak sedikit susu tepung.  Lepas tu bakarla dalam oven.

Ni le ghupenya oven saya, baru beli dalam dua bulan kot, iaitu baru-baru pindah ke Seria, abah offer sebab ada offer kat Giant.  Tapi timer knob dan knob tengah-tengah untuk ubah pembakaran tu dah tak boleh dipakai.  Jadi pakai sudu je untuk putarkan besi tu.  Takut hangus, saya gunakan pembakaran atas bawah dan kecilkan temperature antara 150-170 degre je.  Tak kira apa yang dibakar, ikan ke, kuih ke.  Janji masak.

So, cara saya ni tak boleh diikut sangat, tapi mungkin boleh memberi idea kepada sesapa yang suka mencuba resepi terjah untuk menerjah di dapur anda.   Hmm, rasanya tak ada bahan yang tertinggal, bolehlah publish hehe ...  Bismillah.

Tuesday, April 26, 2011

hati terpaut di sini, Brunei Darussalam

Saya benar-benar jatuh hati kepada negara ini.  Hmm ... mungkin ia sudah lama berputik, semenjak 15 tahun lepas tanpa disedari tatkala saya sempat mendiami Sengkurong A selama dua tahun sahaja.  Sekembali ke tanahair, saya masih teringau-ingau akan negara ini.  Tidak puas rasanya, bak punggung yang belum panas berlabuh di kerusi.

Waktu itu, kenang-kenangan bersama kawan-kawan sangat kuat bermain dalam ingatan.  Sehingga ia semakin lama semakin hebat, mewarnai bicara kami sekeluarga seterusnya menimbulkan harapan demi harapan yang tak kunjung padam.  Kami mahu kembali, menjenguk segala kenangan di sini. Mesti!

Allah yang Maha Mendengar, telah memperkenankan harapan ini.  Akhirnya harapan ini dikabulkanNya jua.  Dan kami kembali, namun nun jauh di hujung sempadan negara ini, berhampiran dengan Miri, Sarawak.  Ya, kami mendiami kawasan Seria di dalam daerah Belait.  Memang terasing benar dari kawan-kawan lama dulu.

Selama setahun tinggal menyewa di rumah sewa Kak Leha di Lumut, yang sangat hampir dengan Pantai Lumut yang indah.  Setiap malam telinga kami menangkap deburan ombak yang kadangkala amat menggerunkan ketika waktu angin kuat dan air pasang malam.  Di sini saya sangat tersentuh hati dan rawan jiwa dek pemandangan langit yang begitu melarutkan perasaan dalam keindahan ~ awan gemawan putih dilatari langit berwarna biru, sang pelangi yang selalu amat melintangi langit dengan megahnya, sang ombak yang bermain-main dengan kami di gigi air.  Perlahan-lahan saya menjadi pencinta alam.  Tiba-tiba seperti baru perasan saya dilingkungi alam yang amat indah, yang tidak pernah saya kecapi.

Uhh, teruk betul!  Apa kat Sijangkang tak nampak langit ke hapa?  Agaknya kot... Laut memang dah jauh la ...

Kemudian saya mula menilai pekan Seria yang pada saya seperti sebuah pekan koboi yang lengang.  Of course la without horses and cowboys hehh ...  Saya pun mula sukakan pekan ini, kerana memikirkan saya mudah menguasainya.  Dah tu pindah pulak ke rumah bos di perkampungan Cina, betul-betul di pertengahan laluan ke Sekolah Rendah Muhammad Alam, Sekolah Ugama Pengiran Anak Puteri Rashidah Saadatul Bolkiah, juga ke Anthony Abell College.  Jalan kaki ke mana-mana sekolah ini hanya dalam lima minit aje.  Kawasan perumahan yang juga tenang.  Ada dua kawan baik di sini iaitu Mel dan Mut.

Ada perpustakaan, klinik, kompleks beli-belah yang comel iaitu Plaza Seria, bank Baiduri, pejabat pos, pendek kata semua ada dan lengkap.  Kemudian setelah setahun berlalu, barulah mula berkenalan dengan orang-orang dari Malaysia melalui anak-anak di madrasah.  Tentunya dimulakan dengan Kak Hawa; diikuti Kak Tie, Onie, Hani, Kak Liza, Shamila, Nora, Zurin, Aiysah, Ina dan lain-lain yang sekali dua je berjumpa. 

Selain itu, saya juga sudah jatuh hati kepada siaran radio Nur Islam Radio Televisyen Brunei, yang mengumandangkan pelbagai doa, selawat nabi, sentuhan minda, kuliah mufti, pegangan ASWJ, soaljawab ugama, ceramah-ceramah dan macam-macam lagi.  Hingga rasa tak boleh lekang dengan siaran ini.  Kekadang agak jemu juga mendengar siaran ulangan tetapi hati memujuk, apa salahnya mendengar berulang kali, mudah-mudahan lebih ingat dan faham.  Bukan dengar sekali dua dah boleh ingat, kan.  Akhirnya radio ini hampir 24jam bersiaran di rumah saya.  Cuma apabila waktu tidur, channel akan dialihkan kepada siaran mengaji 24 jam, termasuk kalau kami meninggalkan rumah untuk ke mana-mana.  Saya tak pasti kat Malaysia ada channel begini ke tak?  Yang saya gemar  dengar dulu (kekadang je dengar radio), ialah sembang kak Engku tu ... bikin gelak sorang-sorang je.  Saya pasti, mesti saya akan rindu bangat dengan Nur Islam dan Kuliah Mufti.

Kuliah Mufti akan ke udara dua kali iaitu jam 7.30 pagi dan 4.30 petang.  Biasanya saya akan pastikan tidak miss kedua-dua masa ini.  Sambil buat kerja rumah pun akan dengar.  Kalau keluar rumah, akan sumbat earphone B-Mobile ke telinga.  Ada banyak kisah-kisah atau hikayat Rasulullah Sallalah hualaihi wassalam, para sahabat, orang-orang alim, doa-doa dan kisah-kisah yang memberi pengajaran untuk menjadi teladan hidup kita.  Sangat luas ilmu beliau dan penyampaian yang sangat menarik, tidak jemu didengar.  Teringin juga nak mengikuti kuliah beliau secara live, tapi belum berkesempatan.  Perlahan-lahan saya mula memetik doa-doa dari sana, seperti doa waktu pagi yang sudah dihafal.  Anak-anak juga sempat menghafal beberapa doa dan selawat yang mereka dengar setiap hari.

InsyaAllah setakat hari ini hati tak terbuka nak mengalih siaran ke channel lain, macam dulu tu, mungkin channel lagu-lagu lama yang membuatkan kita teringat masa sikat rambut yang basah ketika baru lepas mandi pakai baju kurung kat depan tv, seusia Hanessa hehe ...  Jadi memang anak telinga tak ada can nak dengar lagu-lagu, selain nasyid atau lagu Ketuhanan yang disiarkan secara terpilih di Nur Islam.  Kekadang ada juga lagu berentak rancak, yang pada saya entah hapa-hapa ... tapi since Nur Islam, dengar je la atau buat-buat tak dengar.  Melainkan Maher Zain, memang kelasss gitu hehe ...  Tobat Maksiat pun okeh la.  Tapi lagu selingan dari orkestra Arab tu, memang fuhhh ... menghayun jiwa.  Macamana nak carik lagu tu, nak masukkan dalam laptob ekss?

Radio kat sana, ada ke macam ni?  Saya sebenarnya bukan kaki dengar radio.  Memang tak dibiasakan dek mak mendengar radio.  Biasa tengok tv je.  Kalau dengar radio pun masa kecil dulu, bila tiba tang ceramah atau sembang-sembang ugama sikit, sure dialihkan ke lagu-lagu.  Tapi kat channel Nur Islam ni, saya belajar mendengar.  Dan saya memang terpikat. 

Hmm ... memandangkan waktu dah suntuk, Masa untuk tidur.  Saya berhenti dulu. Namun ... namun (teringau-ingau suara Tuan Mufti bila bercakap, stail dia ...) saya bercadang akan menulis lagi tentang Brunei Darussalam yang indah permai ini.  Sebagai informasi untuk kawan-kawan Hurilain yang mengikuti blog ini.  Juga untuk kenang-kenangan kami apabila sudah meninggalkan negara ini nanti.  Sebenarnya, apabila hati menjadi dekat kepada Allah Taala, itulah punca damai dalam jiwa.  Firman Allah mafhumnya; "Ingatilah hanya dengan mengingati Allah hati akan menjadi tenteram."

Juga; "Dan Dia memberi petunjuk ke jalan agamaNya kepada sesiapa yang rujuk kepadaNya.  Iaitu orang-orang yang beriman dan tenang tenteram hati mereka dengan zikrullah, ketahuilah, dengan zikrullah hati akan tenang tenteram."  (ar-Ra'd : 27 -28)

Nur Islam, sesuai dengan namanya, menyebarkan cahaya Islam kepada pendengar.  Membuatkan hati sentiasa teringat kepadaNya, bagai berzikir jua.  Secara tak langsung, mendatangkan ketenangan kepada hati.  (Apatah lagi andai berzikir dengan menyebut nama-namaNya Yang Maha Indah ... masyaallah).

bersambung ... insyaAllah.

Naqib, apahal?

As salam.
Dapat jugak masuk blog, alhamdulillah.

Pengikut blog bertambah!  Hmm ... terima kasih banyak-banyak  ya.  Award tak de, tapi bayangkanlah sekuntum bunga teratai merah muda paling mekar di tengah-tengah tasik paling biru, macam gitulah mekarnya hati saya ...  Tang award-award ni, lum try lagi,  sementelah tak pernah terima award dan lum cuba nak bagi award. 

Cer cari gambar teratai jap.  Erghh lembab la nak download.  Kensel.

1.  Hurilain - saya ke sekolahnya Sabtu kelmarin untuk bertemu guru sempena hari tandatangan report card.  "Mama jangan pakai sling bag tu tau!  Mama pakai jubah paling cantik okeh!!"  Huh, dia awal-awal sudah bagi arahan, amboiii ...  Untuk menjaga airmukanya, saya cari handbag merah kat dalam kotak, sumbat telefon bimbit dan purse.  Kemudian pakai jubah hitam yang abah beli di ekspo tempohari.  Sumbat earphone siap-siap kat telinga dan gantung B-mobile dalam jubah. Henpon lagi satu sumbat dalam poket bag, abah selalu buat panggilan ke henpon ni.  Murah sikit.

Ringkasnya, suasana di dewan sangat kelam-kabut dan bercampur-aduk antara ibu-ibu dan bapa-bapa pelajar.  Guru paling popular ialah guru subjek Science namun sangat sukar nak bertemu dia kerana dikerumuni oleh ibubapa dan pelajar yang gagal Science.  "Sepatutnya dia duduk di meja sendiri, tak perlu share meja dengan guru lain," komen saya dengan rasa agak bosan ~ ada dua guru lagi yang berkongsi meja dengan beliau, yang nampaknya tak 'sepopular' dia, yang menyebabkan kami telah menjadi penghalang pertemuan ibubapa dengan mereka pula. 

Saya dan Hurilain berpusing-pusing mencari ruang, merungut juga tu.  Okeyla, kita jumpa je mana-mana guru yang dah free.  Dan beberapa orang guru Hurilain ~  guru kelasnya (BM), guru Maths, guru ugama, guru Geografi ... antara yang sempat ditemui, dan rata-rata masing-masing memberi kredit kepada anak saya.  Kata Cikgu Dayangku, guru kelasnya, "Dia sudah semakin menunjukkan bakat kepimpinan dan sentiasa memberi kerjasama dalam kelas."  Hurilain tersengih-sengih.

Akhirnya dapat juga bertemu guru Science tepat jam 12 tengahari.  Dia tanya Hurilain jika saya boleh menulis (sebab ibu bapa kena beri komen di dalam borang disediakan) dan siapa saya ni?  Hoho betullah kata Hurilain, cikgu dia ni jenis kalut.  Memang kalut, kelam-kabut je sepanjang dia berurusan dengan ibubapa sejak tadi.  Untuk makluman, dengan tiada rasa bangga langsung, seisi kelas anak saya mendapat straight D untuk subjek ini, Gagal la tu!

Namun, keseluruhannya Hurilain ada peningkatan dari segi keyakinan diri dan pergaulannya dengan guru dan kawan-kawan.  Dia mewakili Majlis Pelajar (pengawas), dan terbaik dalam kelas (dapat nombor 1 dengan satu subjek gagal).  Hari ini dia membawa balik sijil penghargaan pelajar terbaik untuk peningkatan di dalam English, mungkin untuk kelasnya, tak pasti sangat.  Cop sekolah pun takdak ...  tang tu spoilt sikit.

Tapi, tahun depan masuk madrasah ya!  Insyaallah.  Ada potensi untuk meraih kecemerlangan dalam akademik, macam Naqib juga dulu, tapi kita mahukan kecemerlangan dunia serta akhirat beriringan.  Tanam padi, lalang juga tumbuh.  Tapi tanam lalang, padi takkan tumbuh.  Erk ... err ... fikir sendirilah.  (Jadi, kita tanamlah padi, jangan tanam lalang, sambil jaga lalang agar jangan tumbuh sama; ringkasnya.)   

2.  Hanessa semakin tinggi dan ada potensi untuk menjadi tembam, sebab lepas makan malam kami sekitar jam 6.20pm, dia akan minta makan nasi lagi lepas solat Isyak!  Yang menjadi mangsa menemankan dia makan tentulah kakaknya yang terpaksa patuh arahan saya untuk menggorengkan telur (kalau lauk dah licin).  Dan si kakak pun ada potensi menambahkan berat badannya ...  Saya terpaksa merisaukan si adik ni, sebab berdasarkan pengalaman kakak dulu pun rincing je macam dia, tapi masuk umur 9 tahun dia mula bagai dipam-pam badannya hinggalah sekarang.  Kalau dah bulat, susah sikit nak mengecilkan badan.  Hehe ...

3.  Hidayat?  Dia okey je.  Dapat nombor satu sekolah ugama.  Tapi sekolah pagi, tak ada info apa-apa.  Tulisan semakin baik.  Bersikap sangat cermat ~ simpan lauk tepi pinggan dan habiskan nasi dulu sehingga membuatkan adik dan kakaknya geram memandang lauknya especially kalau jenis-jenis yang menjadi kegemaran macam ayam goreng, udang bahkan telur sekalipun.  Juga sangat cermat menggunakan alatulis seperti pensel, sehingga terpaksa diarahkan menukar pensel-penselnya yang hanya tinggal 3-4 inci sahaja panjang di dalam tepak pensel.  Pemadam pun serupa, tinggal secoet je pun masih dipakai.  Betul-betul cermat caranya!  Beg sekolahnya pun dah koyak hingga saya bimbang barangnya yang kecil-kecil berciciran di jalan (nak jahit tak praktikal ...) tapi dek sayangnya dia pada beg Iron Man tu, dia tak kisah langsung sebarang risiko.  Akhirnya abah belikan beg Ben10, tapi dia masih menghalang untuk membuang beg lama, suruh simpan je.

Dan dia amat-amat suka melukis.  Sehingga dia menangis kena marah dengan abah tatkala mencari buku kosong untuk dijadikan buku conteng lagi.  Abah tak suka buku dibazirkan dengan melukis entah apa-apa; gambar robot, kapal perang, ultraman, cicakman, entah apa lagi ... Tapi saya sebaliknya.  Sebenarnya saya mahu pelan-pelan mengubah corak lukisannya kepada sesuatu yang lebih bermakna.  Mungkin sebuah pelan bangunan yang canggih, misalnya.  Tentu memerlukan masa untuk seorang budak lelaki 9 tahun yang tengah asyik dengan imaginasi perang-perang nak menukar corak itu.  Tak mengapa, kita beri dia masa.  Mendidik anak semasa kecilnya umpama mengukir atas batu.  Payah tetapi berkesan lama.

4.  Muhammad Naqib.  Huh, dia memang nak KENA, apa akal jauh dipisahkan dek lautan.  Abang sulung ini telah menelefon wannya minta datang mengambil dia dari madrasah, ingin outing balik ke rumah.  Macam biasa wan dan atuknya membawa dia ke JJ Bukit Tinggi, dan dia telah mengambil kesempatan MENONTON WAYANG entah cerita apa!  Kata mak, cerita omputeh.  Mak bagi pulak tu!  Anak ko dah remaja, tu je kata mak sambil gelak-gelak dalam telefon.  Hoho, masa dia sendiri berbual dengan saya dan abahnya, langsung tak timbil kisah tengok wayang.  Mak kata, esoknya (Ahad) dia minta izin lagi ke JJ dengan Hadi pulak, pun tengok wayang jugak.  Memang MELAMPAU budak ni, fikir saya geram kat sini.  Dan saya pun qoute membebel sikit melepas geram selepas mak pecahkan rahsia si Naqib ni. Bukan geram kat mak, tapi geram kat si anak.  Ohh, mak pulak macam jadi mangsa.  Ampun maaf, mak ...  Lain kali mak jangan bagi lagi, ya mak.  Saya terbayangkan entah apa cerita yang dia tengok tu.  Baru je baca blog Keretamayat yang ada juga kaitan tentang tengok wayang ni, tetiba anak kami pergi tengok WAYANG, HUHHH!!!

Koreksi diri.  Mesti koreksi diri.  Tentu ada yang tak kena di mana-mana.   Ketika hati meminta merayu kepadaNya agar Dia membantu si anak ini, si anak masih terliur dengan dunia yang terus menggoda.

Ya Allah, peliharalah Muhammad Naqib dari godaan dunia yang melekakan, juga kami semua.  Ia benar-benar membuatkan hati rasa tersentap.  Tak sangka seberani dan setega ini tindakan si anak.  Nanti, saya akan buat panggilan seperti yang sudah kami persetujui di petang Jumaat terakhir atau Jumaat pertama bulan depan.  Saya betul-betul nak tahu, apa yang mendorong dia pergi menonton wayang.  Naqib ... Naqib ... oh Naqib.

5.  Saya pula sudah buat lawak antarabangsa paling tak lawak dekad ini.  Sekali lagi, saya membuat pertanyaan tentang permohonan untuk anak perempuan ke madrasah pelajar lelaki, buat kali kedua.  Nasib baik guna nama abah, fuhh!  (selamat aku ...)  Madrasah yang sama, cuma rujukan kepada orang yang berbeza, by email.  Bila dapat jawapan, baru teringat dan perasan lawak yang paling mengong ni.  Aduss ... Namun, nak melegakan diri sendiri, sebenarnya ini menjadi bukti bahawa kami benar-benar tekad dengan plan untuk anak gadis kami.  Juga eloklah madrasah tu buka pengajian untuk pelajar perempuan, dan alhamdulillah saya mendengar khabar madrasah berkenaan sedang dalam pembinaan. 

6.  Abah ... dia okey je.  Dah plan dengan dia nak belajar buat tosai dengan Hamza.  Malam tadi saya tak sengaja ke mesin cuci dan menjenguk periuk Hamza.  Dia sedang memasak kari ayam, yang masyaallah tersangatlah harumnya.  Tak lama kemudian dia mengirim tosai beberapa keping bersama semangkuk kari ayam.  Tosai yang lembut dan kari yang sedap.  Memang best!  Juga dah merancang-rancang selain tosai, nak minta Hamza (originally from India) ajar buat itlilk (kegemaran saya sejak berjiran dengan India Muslim di U2 TTDI dulu).

Dan saya dah mula bimbangkan Sakinah.  Mula teringat-ingatkan Sifu dan kak Ummu, rindu.

                                               Naqib...  Sakinah...  Patchwork quilt...  Ohh ...

Sunday, April 24, 2011

Makaroni ala lasagna

Pagi Ahad yang tenang; Abah rebus keladi.  Hmm ... saya nak buat apa pulak ni?  Udang dan ayam dalam freezer masih keras beku.  Dah lama tak masak makaroni.  Apa kata kita terjah resepi lagi!  Cepat, mudah, murah dan apa yang ada dalam almari anda.

Makaroni - direbus. Sementara tu panaskan periuk lain dan masukkan sedikit butter atau minyak sapi.  Kalau tak ada, minyak seri murni pun boleh.  Untuk menumis je, iaitu sebiji bawang merah dan dua biji bawang putih yang sudah ditumbuk hancur.  Tumis hingga naik bau.  Masukkan air dan biarkan menggelegak.

Sementara tu pula, bolehlah hiris kobis dan lobak merah potong dadu.  Kalau tak ada kobis, sawi pun boleh. Brokoli pun sedap.  Kangkung atau taugeh entahlah, macam tak sesuai pulak.  Hiris juga lada besar hijau atau merah buat hiasan dan sedikit pemedas, walaupun lada besar ni bukan jenis pedas sebenarnya.

Air dalam periuk dah menggelegak tu.  Masukkan lada sulah dan lada hitam.  Nak pedas sikit, letaklah lebih.  Lada sulah taklah jadi pedas pijar macam lada padi.  Cuma lada hitam agak panas, tapi tak pe bagus untuk memanaskan badan orang perempuan hehehe ...  Masukkan serbuk cendawan sup dan godak-godak biar hancur.  Wahhh bau dah semerbak dah ni!

Masukkan pulak sayur mayur biar empuk sikit tapi jangan biar lama sangat nanti lembik tak sedap.  Toskan makaroni tu, dah empuk jugak rasanya dah tu masukkan dalam dalam periuk.  Masukkan garam dan sebarang bahan perasa penyedap kalau suka.  Tambahan - kalau ada daun kucai pun sedap. 

Ok akhir sekali, pecahkan telur dua biji serta susu segar secawan atau dua cawan.  Tabur bawang goreng sikit.  Dah siap!  Jemput makan ... gambar tak de sebab tak sempat nak ambik ... hehe.  Makan keladi rebus cicah gula, air teh dan makaroni ala lasagna.  Nyamannnn bahh!!!

damai itu dari Allah

1.  dapat pergi tengok Tausyeh, tapi sikit terkejut sebab penuh sampai ke pintu.  Setengah jam berdiri dapat offer duduk kat kerusi.  Habis hampir jam 10.  Janji nak tolong drive pergi balik; pergi abah masih steady, balik pun dia steady ~ saya yang sempat berdengkur (halus) kat seat.  Terjaga je anak telinga menangkap lagu-lagu pop 90an dulu, oh dia dah tukar channel rupanya.  Hmm okeh la.  Alhamdulillah selamat sampai rumah, sangkut kejap kat laptop. 

2.  Baca emel.  Ada promosi iklan blog rakan dari kumpulan tertutup.  Saya terus add tiga blog yang saya suka.  Tapi blog JN ni dah jadi macam caca marba, bercampur aduk.  Lum sempat nak update susun blog.  Kena ada satu group lain ni.  Menarikkkkk...

3.  Tadi dalam perjalanan, airmata meleleh-leleh tapi tak seorang pun perasan (hohoho).  Wanita memang pelik, macam saya.  Terharu sayu pilu tak pasal-pasal.  Abah yang saya fikir sedang berasap-asap kepala hotaknya kebelakangan ni rupanya lum habis bara asap, masih memikir.  Oh dah istikharah rupanya.  Alhamdulillah.  Naqib akan berhari raya di sini lagi, insyaAllah. Itu tandanya kami tak balik Syawal nanti, tapi balik hujung tahun sebaik sahaja cuti sekolah bermula. 

4.  Saya suka damai.  Saya rasa damai.  Saya mahu mengekalkan damai.  Kena buat sesuatu di rumah nanti.  Adjust ruang.  Mesti sediakan ruang solat untuk berjemaah sekeluarga.  Gambar besar tu perlu diturunkan.  Supaya malaikat tak terhalang dari memasuki rumah.  Ruang tamu tu pasang je karpet, napa nak simpan-simpan je, susun semua kerusi ke tepi dinding.  Biar luas dan lapang.  Harap abah setuju.

5.  Mesti mencari kawan.  Dan rasa-rasanya mahu menyekat keinginan ke pasar sabtu macam selalu.  Eh apahal pulak makcik jadi macam ni???  Entahlah, tapi fikiran akan terus berjalan.

6.  Hurilain.  Dia mesti diuruskan segera.  Pilihan pertama ialah dekat dan terbaik.  Kedua yang jauh dan terbaik. Ketiga, mana-mana je yang dapat. Insyaallah.  Ya Allah, pilihlah Hurilain untuk mempelajari kalamMu, semoga dengan itu dia dapat membesarkanMu dengan sebaik-baik cara, dan mencintaiMu.  Juga mencintai kekasihMu, baginda Rasulullah sallallah alaihi wassalam.  Kami adalah terasing.  Kami mencari.  Kami bersendiri.  Hanya Allah sebaik-baik teman dan pembantu.  Kepada Allah tempat berserah diri.

7.  Dunia hanya tempat persinggahan sementara.  Akhiratlah kampung kekal selamanya.  Brunei adalah negara yang aman.  Kerana Allah mencampakkan rasa aman ke dalam hati ini.  Negara yang dirahmati Allah dengan usaha ke bawah Duli Sultan Haji Hassanal Bolkiah, untuk menjadikan negara ini sebuah negara zikir.  Dengan al-Quran sebagai kepala zikir.  Semoga Brunei terus kekal aman damai dan dirahmati Allah sentiasa.  Namun pengembara perlu pulang.  Bagai ikan kembali ke lubuk.  Ada perkara lebih penting dan besar menanti.  Mungkin ia akan menjadi medan untuk bermujahadah dan berperang dengan hawa nafsu.  Medan untuk membaiki dan mengenali diri.  Umpama kembali dari satu medan perang ke medan perang yang lebih hebat.  Tak akan berkesudahan.  Ya Allah, berilah kami kekuatan untuk melakukan yang terbaik dan bantulah kami selalu. 

Pulang bersama sedikit bekalan pengalaman di rantau orang.  Membawa bersama perasaan damai dan tenang.  Rasa aman.  Biarpun langit di sana nanti selalu panas pijar. Biarpun langit di sini selalu kehujanan di tengahari.  Cuaca yang tak boleh diduga.  Yang memberi damai dan tenang hanya Allah.  Anugerah rahmat Allah di mana-mana.  Pasti ada.  Insyaallah.

5. 

Friday, April 22, 2011

Teman serasi

As salam :-)
1.  Nak pergi tengok pertandingan akhir Tausyeh esok malam di Dewan Raya, RTB di Bandar Seri Begawan.  Please please pleaseeeee ...  Ya Allah, mudahkanlah kami nak ke sana, berada di sana dan kembali ke rumah semula dengan selamat.  Mudah-mudahan abah lembut hati dan setuju nak bawa kami anak-beranak.  Tak pe, saya boleh tolong drive balik nanti.  Pergi pun boleh drive kalau abah ngantuk dan penat.  Lewat malam?  Masa ada majlis di Hicom, lambat jugak balik, kan?  Sesekali je, tolonglah setuju.  Jauh lebih baik dari menonton wayang.  Ini sebagai alternatif.  Dahlah kita ni unik sangat.  Perkataan tausyeh pun baru ni dengar. :-) :-) :-)

2.  Kekadang hati dicuit pilu.  Masa baca Yaasiin pun boleh berlagu-lagu nada suara.  Tiba-tiba teringat arwah adik Nurin Jazlin (antara contoh perkara yang timbul sendiri).  Tiba-tiba bermacam perasaan timbul.  Di sini rumah orang.  Damai macamana pun, tetap rumah orang.  Di sana rumah sendiri.  Hangat panas tetap rumah sendiri.  Sampai bila nak duduk rumah orang?  Sampai bila nak tinggalkan rumah sendiri?  Tapi risau masih ada.  Risau, bimbang, takut, khuatir, macam-macam.  Itulah sifat seorang manusia (bernama aku) yang telah dihantui perasaan tidak yakin dan resah tiba-tiba.  (*rumah = hanyalah manisfestasi suasana)

Saya cuba menyusuri pelbagai peristiwa.  Di sini, di sana, di mana-mana yang ada.  Dan saya terkenang seorang teman yang ditemui di sini.  Yang rasanya sangat serasi.  Tutur bicaranya sentiasa serasi.  Hati saya perkenan sungguh padanya.  Saya bagai jatuh hati dengannya.  Apabila bicara mengingatkan kita kepada Allah, kepada yang benar dan haq, ke mana lagi hati akan tersangkut?  Terima kasih ya Allah, mempertemukan saya dan dia di bumi ini.  Semoga silaturrahim akan berpanjangan walaupun akan berpisah nanti.  Insyaallah.

Search This Blog

Blog Archive

Rakan Blog

cinta hingga Firdaus

Lilypie Angel and Memorial tickers
Lilypie Kids Birthday tickers Lilypie Kids Birthday tickers Lilypie Kids Birthday tickers Lilypie Kids Birthday tickers

Terima kasih :)

utamakan Bahasa Melayu

utamakan Bahasa Melayu

Pantai Lumut

Pantai Lumut

Pantai Mersing

Pantai Mersing