Apabila hati bersuara, ia adalah bisikan paling halus dari sudut hati yang paling tersembunyi. Tiada sesiapa mengetahui melainkan Allah Taala yang Maha Seni. Lalu hanya kepada Allah aku berserah diri. Ya Allah, kurniakan daku takdir yang baik di dunia ini dan takdir yang baik juga di akhirat nanti. اللهحم امين
Bismillah
Friday, April 17, 2015
Allahu..
Merayu meminta dan menahan hati supaya terus bertenang. Ingin meniru sikap tawajjuh yang didengar. Mengimbas kisah-kisah nusrah luar biasa yang amat mengesankan. Bahawa DIA MAHA MENDENGAR, MAHA MELIHAT, MAHA MENGETAHUI, MAHA PENGASIH DAN MAHA MENGABULKAN DOA. Ketika si bongsu yang diumpan beli nasi lemak (seminggu sekali shj) nanti dalam perjalanan ke madrasah, dia memberitahu dengan senyuman penuh harapan, "Mama, malam tadi Baby mimpi jumpa uncang mama dalam beg. Tapi lepas tu tak de ..." Aku menyahut dengan ucapan 'InsyaAllah semoga nanti jumpa.' Mimpinya menyemarakkan harapan yang kian segar bertunas. Aku sudah merancang ke rumah Wak Yusuf, bekas murid Kiayi Shamsuddin itu. Fikirku, sekadar bertanya tiada salahnya. Tetapi aku tidak tahu bagaimana caranya. Aku perkenan orang tua itu. Wajahnya bersih tenang bercahaya dalam ketidakupayaannya. Usianya mungkin lebih 80 tahun. Si bongsu berganjak selepas aku mengucup pipi mulusnya dan memberi pelukan kasih sayang. Aku masih memegang mushaf untuk membaca Surah Yasiin lagi. Tiba-tiba, "MAMA! NI...!" Si bongsu muncul sekelip mata sambil mengunjukkan uncang yang baru kusedari hilang petang semalam. Aku terpegun tetapi masih tenang saja. Aku memang penuh ketenangan haha ... "Jumpa kat mana?" Pertanyaan pertama yang meluncur. Dia memberitahu uncang itu tersadai di tepi pintu penumpang kereta abahnya. Aku keluar mahu melihat tempat dia menemui uncang itu. Hmm ... Begitu mudah hanya buka pintu dan mata anakku terus nampak uncang di situ. Ketika sang suami yang turut bertenang sahaja mengatakan ia memang terjatuh dari handbagku dan terselit di tepi seat itu, aku sedang diselubungi perasaan TAKJUB. Petang semalam, sehingga saat aku menyedari uncang itu hilang, hampir 10 kali anak-anakku keluar masuk di seat itu. Aku sendiri 4 kali keluar masuk di seat itu. Tiada sesiapa perasan apa-apa. Dan sesudah gempar dengan kehilangan, anak-anak mencari di dalam kereta tetapi tidak menemuinya. Aku mengadu kepadaNya. Aku menyeru penghuluku baginda Rasul. Aku tidak mahu sangka buruk kepada pekerja yang datang memasang penghawa dingin. Sangat teruk jika aku yang tersilap catur. Lalu lenaku terganggu. Setelah sekian lama, akhirnya aku mampu sujud di sajadah pada jam 2 pagi. Sebenarnya tidak merisaukan apa-apa, uncang berisi perkara dunia. Kad-kad pengenalan diri, kad-kad yang berguna pada waktu-waktu tertentu saja, dua urat rantai halus yang rosak cangkuknya, kertas-kertas resit yang bakal dibuang dan sekeping dua wang siling. Itulah isi uncangku. Jika masih ada rezekiku, pasti dan pasti Allah akan mengembalikannya padaku dengan selamat. Aku benar-benar mahu meniru sikap tawajjuh itu lalu aku cuba terus melakukannya. Ketika mak dengan penuh yakinnya mengatakan pasti ia sudah tiada dan jangan berharap, aku hanya menjawab dengan nada serendah mungkin bahawa Tiada yang mustahil di sisi Allah, setiap yg kita ujar adalah doa dan berujarlah yang baik-baik. Aku benar-benar mahu meniru sikap masturat yang sentiasa menjana baik sangka kepada sesiapa. Apatah lagi menjaga sangka baik kepada Allah Taala. Jadi begitulah ceritanya. Ketika pagi menjelma, aku fikir tidak mengapa mengajukan permohonan didoakan semoga yang hilang ditemui semula. Ada yang bertanya uncang apakah ia? Mereka menunjukkan kesedihan dan mahu berkongsi duka. Namun hanya beberapa minit, aku harus mengabarkan pula mimpi si bongsu yang berkesudahan dengan penemuannya begitu. Dia anak bertuah! Dan semua anak-anakku memang bertuah, insyaAllah. Allah Taala mendengarku, mengetahui suara hatiku dan memudahkan urusan ini untukku. Ketika aku menahan hati dari menceritakan musibah kepada manusia, Allah Taala maha tahu keadaan di jiwa. Kini kuuntaikan untuk peringatan diri sendiri. Tidak terungkap semuanya, namun cukuplah hanya Dia yang Maha Mengetahui segala isi hati. Dan aku masih berasa takjub saat ini. Allahuakhbar!
Sunday, April 12, 2015
Mak ulang lagi kisah mimpi. Aku pun tanya, "bila terakhir mak mimpi tu?" Mak kata lepas balik dari umrah dua bulan lepas mak ada bermimpi lagi. "Mak mimpi apa?" Aku bertanya inginkan kepastian yang jitu. "Mak selalu mimpi kau pindah rumah dan kau jadi budak kecik." Aku kata, "mak, itu bererti Allah dah ampunkan dosa-dosa saya dan jadi bersih suci macam budak dalam mimpi mak tu ..." Mak senyum sumbing sambil mengiyakan saja. Mak sambung lagi tentang telinga pula. "Dulu kau kata arwah onyang belek telinga kau, kata kecik ye?" Aku ligat memikir lalu berkata, "Ohh telinga kecik tanda orang degil, mak. Kalau dia kata betul, betul sampai bila-bila. Tapi kalau dia salah, err ... dia mengaku salah." Apa sajalah. Zaman berlalu masa berubah. Tafsiran mimpi pun mungkin berubah jua. Allah Maha Kuasa makhluk tiada kuasa. Mimpi mungkin saja mainan tidur atau titipan peringatan.
Saturday, April 11, 2015
Kemuncak sinetron pagi sudah terakam hari ini. Watak utama si bongsu sangat mengesankan. Semoga Allah SWT memberi petunjuk kepadaku dalam mendidik anak ini dan tidak melampaui batas, allahumma aameen. Tidak perlulah aku mendetailkan setiap adegan yang mengujakan pagi tadi, biarlah ia menjadi rahsia dalam ingatan.
Hanya aku menjadi termenung seketika di stereng kereta waktu itu. Ini semua adalah salah silap aku belaka sebenarnya. Lantas ketika hati mengakui kekhilafan diri dan merendah mengadu kepada Allah yang Maha Mengetahui, aku dijengah ingatan kisah baginda Rasulullah Saw meladeni sikap para isteri baginda dalam suatu peristiwa yang menjadi pedoman berguna. Juga kisah tiga sahabat yang tidak menyertai peperangan tanpa keuzuran yang membolehkan.
Lalu aku mengadakan perbincangan dengan Naqib di ruang wassap. Aku yakin akan melakukan sesuatu insyaAllah. Itulah keputusanku untuk mengajar si bongsu yang mempermain-mainkan ibunya ini dengan karenah yang mencabar kesabaran.
Aku memaklumkan di grup keluargaku tentang apa yang bakal aku lakukan mulai esok. Mulanya aku minta setiap orang bersikap biasa melainkan diriku. Kemudian aku terfikir sikap biasa tak akan membantuku. Lalu aku merencana lagi, supaya setiap orang dapat memberikan kesan khas kepada si bongsu. Aku tidak mahu dia berada dalam zon selesa yang rapuh.
Ahh mengantuknya pulak!
Aku ringkaskan sahaja cerita ini ye. Akhirnya keputusan muktamadnya adalah bersikap biasa saja tetapi dengan ketegasan yang konsisten. "Mama, bersikaplah macam seorang mak tiri..." Kata Naqib sambil angkat-angkat kening. Lalu dengan bersahaja anak sulung yang suka melayan si bongsu menyebut peristiwa demi peristiwa yang pernah dilaluinya ketika sekitar usia yang sama. Membayangkan kenakalannya yang berpusar dua ini dan ketegasan si bapa yang ketika itu juga berdarah hangat di usia muda, aku terimbas kepedihan hati menyaksikan itu semua.
Kepada puteri bongsu, ingin kusampaikan bahawa 'mama tidak mahu kamu rosak dek kasih dan sayang yang menyirami diri. Kerna sudah mula terbit bibit-bibit percikan api kebinasaan yang panas berbara, mama tidak mahu ia merebak dalam diam. Ia mesti dibendung segera. Satu ketika entah bila, kamu akan mengenang ini semua dan mensyukuri nikmat yang Allah berikan. Semua yang pahit pada hari yang lama serta-merta menjadi nostalgia terindah dalam memorimu nanti. InsyaAllah.'
Thursday, April 9, 2015
Sebenarnya ada dua shj, tidur atau lawan rasa mengantuk tu. Aku memulai pagi dengan sepotong bebelan ringan. Aku tak pandai membebel seperti mak, yang mencairkan tahi telinga dan menyentap hati mengguris rasa. Itu dulu, semasa aku di usia remaja yang selalu leka. Aku tidak pula mewarisi kebolehan tersendiri mak. Aku lebih terpengaruh cara arwah abah yang banyak senyap dan rajin menasihati aku. Pagi ini aku tidak bawa rotan ke dalam kereta. Si bongsu masih sedikit liat dan matanya sedikit sembab. Masih penuh hati-hati pada sebarang kemungkinan, aku mula berbicara dengan hikmah. Memang masalah biasa, ramai orang mengantuk apabila mengaji, duduk dalam majlis ilmu, susah nak bangun tahajud. Biasa sebab memang Allah lengkapkan kita dengan nafsu dan dari luar pula ujiannya syaiton. Nak tidur je tu nafsu la. Malaikat pun Allah test sebagai manusia, pun beralah dengan ujian yang melanda. Syaiton pula, memang dah minta janji dengan Allah Taala nak menyesatkan manusia, nak ajak manusia masuk neraka dengan dia. Allah izinkan, tapi Allah janji akan jaga mukmin yang bertakwa. Allah pun kata Dia tak akan ubah nasib orang yang tak mahu membaiki dirinya. Patah-patah perkataan meluncur sambil dia mendengar separuh mengantuk. Kini kami di tepi dinding zink hijau yang membentengi madrasah. Dalam majalah apa tu, kan dia kata syaiton letak celak kat mata supaya ngantuk, letak gincu kqt bibir supaya banyak mengumpat. Majalah Asuh, dia menjawab pantas. Hmm ... Ok, turun. Kesian Abang Dayat pukul 5 dah pergi madrasah. Kamu ni beruntung benar. Tengok kawan-kawan yang kurang bernasib baik, yang yatim, yang susah, supaya kita dapat lebih faham nak bersyukur pada Allah. Ok, turun. Aku masih berlemah-lembut. Masih mampu bersabar. Tak mahu meninggi suara macam semalam. Kesian dia, kesian aku juga sebab guna tenaga banyak. Hari ini insyaAllah puasa. Dia pun bersiap-siap untuk turun. Mama, siapa ambil petang nanti? Berbincang pasal siapa nak jemput pulak, dan jam berapa. Seolah-olah aku baru tau perkara tu. Walhal itu perkara setiap hari dia bincangkan saat-saat nak turun kereta. Ah, memang taktik nak melengahkan sahaja. Dia akhirnya turun dan menutup pintu kereta, tetapi sempat berpesan supaya aku membuka pintuku pula. Aku menarik nafas dan melepaskannya dengan perlahan supaya tidak ketara. Aku buka pintu dan dia menghampiri. Kami bersalaman lagi buat entah kali ke berapa. Semoga berguguran dosa demi dosa dari celah jariku. Aku menarik dia dan memeluknya, mengucup kedua pipinya dan dahinya. Ok, masuk. Dia berdiri tidak bergerak sambil memandang aku. Mama ... Mama bawak la kereta pelan-pelan. Aku hairan. Terbayang hari-hari sebelum ini. Sebaik sahaja dia turun dari kereta dengan gertakan yang separuh kejam, aku tekan minyak dan memecut dari situ. Di cermin pandang belakang aku melihat dia melambai-lambai, iaitu bukan lambaian selamat jalan tetapi lambaian supaya aku undur ke belakang. Dia tidak aku pedulikan. Kenapa nak kena bawak pelan-pelan? Wajahnya yang bujur sirih aku renung penuh belas kasihan. Yelah, baby nak tengok mama. Hmm .. Ok, jawabku. Dah, masuk. Dia masih tegak di sisi pintu. Mama jalan la dulu, baby nak tengok mama. Alahai anak ... Aku risaukan keselamatan dia, tetapi dia mahu melihat aku hingga hilang dari pandangan. Sayangnya anak ini padaku. Manjanya dia. Tetapi aku tidak boleh melayan kemanjaan begini keterlaluan kelak akan merosakkan. Aku pun memeluknya sekali lagi dan mencium wajahnya, menutup pintu dan sambil menekan minyak perlahan memberi beberapa kali ucapan salam kepadanya. Kereta meluncur tanpa aku menekan minyak. Dari cermin pandang belakang, aku nampak dia berjalan mengikut keretaku sambil melambai-lambai. Aduhai anak! Aku musykil apa sahaja yang dimahunya tetapi masih terus maju hingga ke simpang. Buka cermin kiri dan melambai kepadanya semula. Hingga semakin samar dek kejauhan, aku masih memerhatikan cermin pandang belakang untuk melihat bayang anakku. Masihkah dia di situ? Wahai anakanda, bersegeralah menuju taman-taman syurga. Mereka semua menantimu di sana. *Penulisan spontan tanpa perenggan ini menggunakan tablet LENOVO. Ia agak mudah tetapi sebanyak mana pun aku menekan enter untuk mencipta jarak, ia tetap tidak wujud setelah diterbitkan. Faham-fahamkan sahaja sebegitu.
Tuesday, April 7, 2015
"Mama janganlah jerit..." Dia berkata perlahan sambil tangan kanannya mengusap-usap mata dengan hujung tudung ungu cair. Dia melakukannya berkali-kali sehingga hilang bersih kesan air mata. Hanya sepasang mata ayu yang kemerahan. Wajahnya redup, seredup pagi yang seperti mendung akan hujan. Aku memberi arahan sekali lagi, menyuruh dia masuk ke dalam kawasan madrasah di sebalik pagar zink berwarna hijau tua yang terbuka kecil. Dia masih mengatakan mahu balik ke rumah, tidak mahu belajar di madrasah hari ini. Aku tidaklah bercadang mahu menarik handbrake dan turun dari seat pemandu, hanya aku memberi amaran keras dengan terus duduk begitu. Sama ada kamu masuk atau kamu beritahu ustazah sekarang yang kamu mahu berhenti belajar. Dia terus menenangkan dirinya dan berhenti teresak-esak. Tak nak berhenti dari madrasah tapi hari ni nak balik, sahutnya perlahan. Begitulah dialog kami beberapa kali. Tapi mengapa? Aku bertanya dengan suara tinggi (yang aku fikir tiada sampai ke telinga selain dia, dan dia pula meminta aku jangan menjerit ...). Kamu mengaji di rumah tanpa guru maka gurunya syaiton. Orang yang belajar tiada guru syaiton menjadi gurunya. Kamu mahu bergurukan siapa? Syaiton ke ustazah?? Kita ni dah akhir zaman, kamu tau? Kiamat bila-bila saja. Itu satu perkara. Mati, is anytime (tagline aku huhu). Tak tau siapa dulu. Mama makin tua. Kamu makin besar. Dalam kubur takde kawan sorang je. Kamu kalau nak berteman dalam kubur bacalah Quran tu. Ada cahaya, ada teman, ada angin syurga. Atau kamu nak sebaliknya? Dia mengelap-ngelap mata lagi sambil berujar, "Mama janganlah cakap macam tu." Dia tersentuh dengan perkataan mati, kubur dan kiamat. Aduhh aku pun mula bergenang air mata. Aku sambung lagi, "Kamu tengok Along tu tak sekolah, kamu pun tak nak sekolah. Along tu sakit tau tak? (Memang dia tahu...) Tak tau apa jadi dalam badan dia (sebenarnya aku tidak suka mengakui anakku sedang sakit! Penekanan ini terpaksa aku nyatakan kepada si bongsu yang sangat mencabar aku pagi ini huhh). Ada banyak lagi bebelan aku tadi. Tak tahu sama ada fikirannya dapat mencernanya tetapi aku yakin semua sudah tersimpan dalam memori. Satu ketika dia akan mengenangnya semula. Hai anakanda tercinta, mama tidak berilmu maka mama menghantarmu ke sana. Ia hanyalah penjara suci yang menjadi asbab Allah meninggikan darjatmu dan memuliakanmu. Semoga anakanda yang terindah milik mama akan berada dalam golongan terpilih di sisiNya. Allahumma aameen.
Tuesday, March 31, 2015
Bonda selamat menjalani pembedahan kedua mata kiri beliau. Kini bonda dalam jagaan kakak. Semoga bonda bersabar mematuhi pantang buat sementara, khususnya menghindarkan gerakan yang lasak termasuk perjalanan jauh kembali ke kampung halaman. Semoga Allah SWT memudahkan urusan bonda dan kakak sekeluarga dan merahmati mereka semuanya dengan rahmat yang berkah aameen.
***
Bersabarlah wahai jiwa yang resah
Ketika kau diuji, hanyalah sedikit tanda kasih dari Allah
Agar kau kembali mengadu kepadaNya
Tidak kau memperihalkan perbuatan Dia kepada makhlukNya
Maka kau akan dijaga dipelihara
Dan Dia-lah jua yang akan menghilangkan duka
Hati yang resah
Tidak dapat berbuat lebih daripada berserah
Berdoalah dalam pasrah
Bahawa kekuatanmu hanyalah sedikit anugerah
Dari Allah yang Maha Pemurah.
***
Semoga Allah memberi kesembuhan kepada kita dan mengampuni dosa-dosa kita, dan tetap memimpin kita ke jalan yang diredhoiNya. Serta memberi kesudahan yang baik buat kita semua. Allahumma aameen.

Bersuluk adalah baiat dengan guru terhadap amalan, yang bersambung sehingga kepada Baginda Rasulullah SAW dan akhirnya sampai kepada hadrat Allah SWT. Bersuluk adalah peringkat akhir perjalanan sorang salik.
Begitulah kata ustazah, ketika aku nyatakan keinginan menyertai beliau ke tempat tersebut. Fardhu Ain mesti dimantapkan terlebih dahulu, katanya. Dan terbuka sedikit rahsia adanya insan yang sekadar ingin mencuba bagaimanakah rasanya bersuluk itu; kesudahan yang tragis di hujung pengabdian.
Sekadar sebuah pertanyaan daripada keinginan yang terpendam sekian lama.
***
Kesakitan yang datang. Sahabat yang rajin berkongsi maklumat kesihatan. MasyaAllah semuanya anugerah dari Allah SWT jua.
Berkumpul semula di penginapan sementara ini. Hanya Hidayat yang belum bersama. Dalam ujian kesakitan yang menimpa seorang demi seorang, masyaAllah ia benar-benar menjalin hati dengan ikatan sabar dan kasih sayang. Benarlah di sebalik sesuatu musibah ada khoyr yang amat halus tersembunyi. Hanya Allah SWT yang Maha Mengetahui.
Adalah amat hebat kehendak Allah SWT yang Maha Pengasih. Dengan segala kelemahan dan kekurangan diri, Allah aturkan kehidupan dengan siraman sakinah dan hidayah yang amat mahal. Semua tersusun rapi dan menakjubkan. MasyaAllah!
Allahu Akhbar. Segala puji buatMu ya Allah.

Saturday, March 28, 2015
Dia bercerita reaksi kawan-kawan. Bahawa dia harus berundur seketika dari arena perjuangan untuk kemaslahatan diri yang dikhuatiri. Terasa pilu hingga tidak dapat menahan air mata yang menerpa tubir. Ingatan melayang jauh. Inilah adat dunia. Pertemuan bersaudara dengan perpisahan. Sentiasa demikian.
Tuesday, March 24, 2015
Beli bekas-bekas kecil untuk letak ubat pil. Jangan mengharap doktor akan layan wssp sebab doktor tetap doktor yang sibuk. Berlaku sesuatu hanya sebagai asbab kepada sesuatu. Semua kehendak dan izin Allah Taala belaka. Mati itu hanya perpindahan dari fana ke barzah, sebagai transit ke akhirat. Ia perjalanan yang
Saturday, March 21, 2015
Aku rasa sangat istimewa. Maghrib semalam aku solat berjemaah di celah-celah para bidadari dunia yang muda belia. Aku saja yang tua. Mereka kelihatan kekok tetapi masih merai kemunculan aku yang tiba-tiba. Sebelum itu, aku berjalan melenggang sambil mengibar niqob buatan asli Mekah di tangan. Ustazah memandang dengan senyum. Dia tak perlu menyuruh aku mengangkat niqob seperti sebelum ini. Aku pun faham. Kemudian kami bergerak berbondong-bondong ke rumah kedai baru yang akan dijadikan madrasah lelaki. Ketika para ustazah tiba beberapa ketika kemudian, aku mengangguk kepada ustazah yang maju melintasi tempat kami duduk sebagai memberi tanda kehadiran. Tiba-tiba ustazah tunduk dan menyuruh aku membuka niqob. "Buka la muka tu," katanya senyum. "Nanti ada orang lelaki masuk," jawab aku kebudak-budakan. Ustazah menoleh ke pintu, "Dah tak ada dah, majlis nak bermula." Kemudian ustazah berlalu meneruskan persiapan majlis. Aku membuka kacamata dan menyingkap niqob asli buatan Mekah yang sangat aku sukai. Sambil menjeling si kakak di sebelah, "Awatnya mama je kena suruh bukak niqob..." Sebab mama cantik. Aku pun bagi back hand pada kakak. Tak payah terpengaruh dengan coretan aku. Cuma aku terasa sebab pelajar dan tetamu masih berniqob. Aku azam menjaga baik sangka semenjak Allah Taala redho memilih aku bertamu di rumahNya. Aku ada urusan penting dengan ustazah ini nanti. Sedang menunggu masa yang sesuai untuk mengajukannya kepada beliau. MasyaAllah semoga Allah memudahkan perjalanan ini. Sangat terasa sesuatu sedang berjalan sesuai kehendak dan jadualNya.
Thursday, March 19, 2015
Comel kelihatan. Jubah ungu pekat bertingkat-tingkat. Tudung labuh ungu cair. Pagi ini dia lebih tenang dari semalam. Berbeza dari pagi Selasa kelmarin. Sejarah pahit untuk dikenang. Aku membawa watak ibu tiri kejam dalam sinetron spontan. Namun sebenarnya sikap sebenar bonda yang penyayang. Pagi Rabu aku terfikir untuk memandikannya. Hanya mahu melihat tanda-tanda yang aku berikan. Di lengan kanannya ada dua kesan lebam yang mula merebak. Di lengan kirinya ada sedikit. Patutlah dia merayu tidak mengapa-apakan lagi kawasan itu semasa aku mencari sasaran. Kasihan sungguh! Lebih kasihan dia sampai terbaring jatuh di atas tanah. Lebih tragis sinetron pagi mendapat perhatian ustazah yang memerhatikan dari pejabat beliau. Sebenarnya, aku sangat-sangat kasihkan anak ini. Pagi ini yang lebih tenang, aku hanya berpesan lanjutan dari bebelan ringkas semalam; "Nanti di akhirat jangan lupa tarik mama dan abah ke syurga tau.." Semoga dia ingat sampai bila-bila. Ya Allah pilihlah dia membantu ugamaMu, menjadi daieyahMu, hafizahMu dan alimahMu sampai kiamat. Allahumma aameen.
Lebih kritikal dari pesakit sebenar. Sedang dalam proses membongkar sejarah beberapa tahun lepas. Semuanya dengan izin Allah Taala belaka. Teringat pernah membawanya ke doktor wanita. Tak tau apa masalahnya yang hendak diterangkan. Entah di mana sebenarnya yang mendatangkan kesakitan dan ketidakselesaan. Dari rambut ke hujung kaki. Dan puncanya pada jantung yang berdegup, yang menjadi tunjang nyawa. Semoga Allah Taala menganugerahkan kebaikan dan keredhoaan dunia dan akhirat. Allahumma aameen.
Kalut mengeluarkan pil putih bulat dari botol, kadang-kadang pil itu berterabur beberapa biji di atas lantai. Hidayat dan Hanessa mencari dan mengutip lalu memasukkan ke mulut. Manis
! Tentulah manis, berbeza dengan ubat hospital. Kalutnya ialah menetapkan masa yang tepat untuk pengambilan ubat kedua dan seterusnya. Si Kakak yang sekadar menumpang diognosis tapak tqngan diberikan 15 botol pil putih dan 5 botol ubat titis. Berbeza dengan si sulung yang sebenarnya tujuan utama untuk rawatan, hanya 8 botol pil dan 6 ubat titisan. Doktor kurus yang serius tetapi funny hanya geleng kepala perlahan sebagai jawapan, "kritikal ke dia ni?"
Saturday, March 14, 2015
Aku bengkak satu badan. Muka sembap. Kaki tak muat sarung selipar. Tetapi pusat kesihatan UKM selamba je suruh aku pergi sendiri ke Hospital Kajang waktu itu. Di hospital, mereka kata sepatutnya aku naik ambulan. Ia adalah nephrotic syndrome. Urin dan jumlah air diminum disukat. Rupa urin juga mesti dicatat, berbuih atau tidak. Tiada ubat yang tepat. Maka pil yang diberi tidak dimakan. Akhirnya bengkak susut sendiri. Cadangan doktor untuk melakukan biopsi ke atas buah pinggang aku tidak dipersetujui keluarga. Aku beredar dengan kehendak sendiri. Sejak itu hanya menjaga kesihatan begitu-begitu sahaja. Ia tidak pernah berulang lagi. Namun setiap kali hamil, aku menyenaraikan sindrom ini di dalam senarai alahan/sejarah kesihatan. Terkini aku mula faham tentang pemakanan sunnah dan keberkatannya. Maka bagaimana aku dapat membenarkan prosedur biopsi yang sama ke atas anakku, Muhammad Naqib? Penjelasan yang sama kalau ditanya kepada semua para doktor alopati. Pakar mengatakan mungkin ada kaitan dengan kes aku dulu, hmm. Biopsi untuk melihat sejauh mana masalah yang berlaku kepada buah pinggang itu. Risikonya tetap ada, kata wanita kurus berhidung mancung, tetapi sangat jarang terjadi pendarahan yang disebutnya. Demikian. Aku tidak bersetuju. Bak kata saudara tuaku, ini bukan macam potong kuku. Aku mencintai sunnah dan pemakanan sunnah. Semoga Allah Taala memudahkan urusan ini, aameen insyaAllah.
Wednesday, March 11, 2015
Rumah pink semakin jauh tetapi ia tetap dekat di hati. Aku masih kesulitan mengarang kisahnya. Plot seperti sudah ada, namun bagaimana mahu menjalin ayat demi ayat. Amirah akan berada di madrasah lain. Sesuai kemahuan dirinya dan persetujuan ayahandanya juga. Di situ, dia dipanggil Amirah. Nama yang cantik, kata ustazah yang manis.
Tuesday, March 10, 2015
'Apakah manusia itu mengira bahwa mereka dibiarkan (saja) mengatakan: "Kami telah beriman", sedang mereka tidak diuji lagi?" ~ surah Al Ankabuut; 2. Ia ujian dari Allah Taala jua. Dia yang memberi ujian, Dia-lah yang akan menyelesaikannya, pasti. InsyaAllah. Tekanan darah anakanda Muhammad Naqib masih tidak stabil. Ini menghairankan para doktor semenjak di Mekah. Ringkasnya, bukan senang nak menjadi Ahlullah, yang menyimpan 30 juzuk Al Quran di dalam dadanya. Aku terimbas kes Shaq yang juga hebat ujian getir untuk melepasi syahadah. Alhamdulillah Allah Taala memilih dia. Ye benar, bukan calang-calang mahu menjadi pilihan Yang Maha Agung
Monday, March 9, 2015
Sunday, March 8, 2015
Mengalir air mata tatkala menyelesaikan tawaf wida'. Kepada Allah berserah diri semoga ibadah diterimaNya. Syukur ke hadrat Illahi, aku dengan segala dosa dan kejahilan dan kedaifan, Kau pilih jua untuk bertamu di kotaMu Ya Allah. Aku datang dengan hiba, aku pulang dengan air mata. Izinkanku berkunjung lagi Ya Allah. Wahai Yang Mengetahui segala rahsia. Aameen.
Aku diizinkan Allah naik ke kawasan Jabal Khandamah, menjengah perkampungan masyarakat Kelantan yang padat suatu ketika dulu. Kini Masjid Kelantan di situ sudah lengang. Aku bersua wanita tua ahli zikir yang bersendirian, jauh dari kesibukan kota Mekah namun wajahnya bercahaya. Hati berkata, andai aku berada di tempatnya...sudah lama aku lari entah ke mana.
"Semua pakai purdah ke ustaz?" Menurut ustaz, masih ada yang tidak menutup wajah tetapi hanya segelintir. Dengan kata lain, perempuan-perempuan yang kurang baik latar belakang dan pekerjaannya. Maksudnya penduduk asli bumi Haramain. Wallahu'alam. Kanak-kanak perempuan seawal darjah 4 (10 tahun) sudah berhijab. Tetapi jika tubuh subur, lebih awal lagi pakai hijab. Dan kata ustaz, masalah sosial amat sedikit. Market khusus untuk perempuan yang menjual segala keperluan juga disediakan dan lelaki tidak boleh masuk ke situ. Sangat menarik kan?
Merekq nak lihat perempuan, jelas ustaz berterus-terang. "Tapi kan semua perempuan pakai purdah hanya nampak mata je ustaz?" tanya aku minta kepastian. Ustas senyum lagi. "Dari mata perempuan orang lelaki boleh tau semuanya, dari hujung rambut ke hujung kaki. Boleh tau warna kulit. Boleh tau semua. Yang lebih mahir boleh tau semua yang rahsia." Aku tertunduk-tunduk. Mudah tapi menggerunkan.
"Adik ustaz bawa kereta ke?" aku bertanya kepada mutawif kami. Ustaz geleng kepala. "Di sini perempuan tidak dibenarkan bawa kereta." Aku agak terkesima. Ustaz menyambung ayatnya. "Kat sini bas pun takut dengan perempuan." Aku makin tercengang. "Kalau depa nampak perempuan, depa berhenti bagi perempuan jalan dulu baru depa jalan." Ustaz senyum-senyum. Aku masih lambat menangkap maksud.
Thursday, February 19, 2015
Aku memandu dengan ceria. Tiga orang sudah berkumpul. Rumah tentu menjadi agak riuh dari biasa. Kawasan perumahan kami semakin hampir. Tiba-tiba di jalan yang lengang itu pandangan mataku melihat sesuatu berwarna kuning di atas jalan, berdekatan dengan jalur putih yang putus-putus. Semakin hampir, jelas ia adalah seekor ibu kucing berwarna kuning oren bersama dua ekor anaknya dengan warna yang sama. Risau dilanggar kenderaan, aku memberhentikan kereta dan mengangkat ibu dan anak-anak yang basah (hujan baru berhenti) ke tepi.
"Jangan duk tengah, duk kat tepi. Bahaya ye!"
Aku memang amat serba-salah. Esok kami akan berangkat ke Madinah seterusnya menunaikan umrah di Tanah Suci Mekah, menjadi tetamuNya alhamdulillah. Membawa haiwan ini pulang ke rumah tidak membantu keadaan. Aku beredar dengan hati tersayat. Ibu kucing itu kulihat seakan-akan mahu mengikut aku sambil mengeow sayu. Dia dan anak-anaknya yang gemuk-gemuk terus membersihkan badan yang basah. Ini memang luar biasa sebenarnya. Bagaimana kucing-kucing ini boleh berada dalam keadaan basah sedangkan begitu banyak rumah-rumah berdekatan. Buruk sangka menjelma. Apakah mereka dihantar ke situ oleh insan yang sudah tidak sudi mahu menyayangi mereka?
Dari kejauhan aku nampak kelibat sang suami berjubah hitam sudah tercegat di tepi simpang masuk ke perumahan. Cuak juga, mungkinkah aku terlewat pulang hmm...
"Abang watpe kat sini?" tanya aku dengan lunak manja dan baik sangka. Ohh dia saja memerhatikan persekitaran di rembang petang. Ok selamat.
Aku terus membelokkan kereta hingga depan rumah. Entah bagaimana teringat mahu memberi kucing-kucing tadi biskut baki Oyen dan Atam, standby bila dua gediks itu datang ke sini (sekarang Oyen dan Atam ditumpang di rumah cucu abah di Kuala Pilah, khabarnya happy dan bergonjeng berdua macam biasa). Aku dan Hanessa berjalan pimpin tangan melenggang ke simpang jalan semula. Nampaknya ibu kucing itu sudah kembali duduk di pinggir jalur putih di tengah jalan. Anak-anak kucing (ada tiga ekor, kat tepi jalan ada seekor lagi warna hitam capuk2) duduk berkumpul di atas rumput. Tiba-tiba ...
Tiba-tiba, sebuah Proton hitam aerobik lalu di hadapan kami dengan kelajuan sederhana mengikut had kelajuan kawasan kampung. Ia terus meluncur menghala ke arah ibu kucing yang sedang santai. Aku amat berharap kereta hitam itu akan mengelak ke kanan sedikit, malangnya ... Mataku melihat dengan jelas ibu kucing tersentak sebaik sahaja tubuhnya berada di bawah kereta dan mula berganjak keluar, namun tayar belakang telah menyentuh kepalanya. Kereta hitam itu terus berlalu seperti tiada apa yang berlaku.
Aku, suamiku yang masih tercegat di simpang jalan dan si bongsu tercengang melihat kejadian yang tidak disangka-sangka sampai ke anak mata seperti ini.
Allahuakhbar!
Allah!
Allah!
Innalillahiwainnailaihirojiun...
Suami mengomel sambil sama-sama melangkah laju ke arah ibu kucing yang kini sedang sakaratul maut. Di kepalanya mengalir darah merah. Tubuhnya kejang dan tersentak-sentak. Aku hanya dapat menyabarkan hati dengan perasaan yang kian terhiris. Amat terhiris!
Mujur hatiku kering. Tiada setitik air mata yang mengalir. Jauh dari kebiasaan, tatkala air mata bisa bergenang tiba-tiba tanpa disangka.
Monday, February 16, 2015
Dia beria-ia nak balik hari ini juga. Sambil tertawa dia kata dia akan masuk bilik kuarantin saja, kerana mata kirinya masih merah sedikit. Aku pujuk juga supaya balik esok pagi selepas Subuh tetapi seperti dia berhati kering. Kakak dan abangnya kalau boleh tidak mahu pulang walaupun esok pagi. Mahu bermalam lagi di rumah ini. Dia, sebaliknya pula. Kes terpencil lagi istimewa ini, desis hati sedikit kagum.
Ketika melayani sahabat dan rakan di wassap, tiba-tiba ustazah menegur dengan nada tersirat. Katanya, "Hanessa masih sakit mata kan kak.."
Setelah berbicara, aku diberitahu si bongsu ini menangis tadi. Namun keadaannya sudah terkawal.
"Hmm sangka memang berhati kering, rupa-rupanya penuh dengan taman bunga yang kembang subur.."
Ustazah membalas dengan icon ketawa.
Mak aku menyatakan khuatir dan risau andai berlangsung drama live di airport nanti. Suara hati aku juga bersetuju. Namun seperti ada ruang dan peluang untuk si manja yang garang tegas ini mengikut hantar ke sana nanti. Ustazah memberitahu kemungkinan untuk adik beliau dan Hanessa menyelit dalam van madrasah yang menghantar kami nanti. Hmm ...
Apa pun, esok aku begitu kepingin menjemput dia semula. Hanya dua hari lagi untuk bersama sebelum penerbangan ke Madinah. InsyaAllah.
Anakanda Puteri Bidadari enggan mengikut ke airport, "tapi mama mesti mesti mesti datang jenguk Rabu nanti!" katanya penuh harap.
Kini Hidayat yang belum ada kepastian. Aku tidak mahu dia menangis menahan kesal tidak dapat ikut bersama adiknya ke airport nanti. Aku tau, dia tentu geram andai ditinggalkan.
Semoga Allah memudahkan semua urusan menjadi tetamuNya, aameen.
* Al Fatihah untuk Allahyarham Datok Hj Nik Abdul Aziz Nik Mat yang hari ini sudah tiga hari kembali ke rahmatullah. Semoga Allah SWT mencucuri rahmat ke atas ruh beliau.
Mati itu PASTI. Semoga kita beroleh Husnul Khotimah, aameen.
Wednesday, February 11, 2015
Aku parking kereta di hadapan madah. Tiba-tiba muncul seorang gadis berpurdah hitam dari belakang pintu yang dibuka tanpa diduga. Akhirnya lima gadis berpakaian hitam muncul satu demi satu, terkinja-kinja menyerbu aku yang terkial-kial mahu keluar. Serta-merta keretaku sarat dengan lima gadis tersebut. Masing-masing bersalam cium pipi dengan ceria.
"Nak pi mana ni?"
"Kami nak pi kemas sampah kat depan nuu..."
"Haa pi la tunggu apa lagi?"
"Ala kami nak tumpang mama..."
Aku tidak mengendahkan mereka. Aku bergegas keluar. Beberapa pelajar sudah menanti.
"Anak mama mana?" tanya aku ragu-ragu. Batang hidungnya tiada kelihatan.
"Dia mandi mama."
"Meh bagi saya beg plastik ni." kata Alya mengambil beg berisi roti cheese dan roti pizza yang dibeli di econsave, macam yang dipesan beberapa hari lepas. Sambil tu aku melayan gelagat manja mereka yang mengadu itu dan ini. Setelah beberapa minit barulah muncul si bongsu. Beberapa tangan cuba menyingkap niqob yang aku pakai.
"Dah lama tak tengok muka mama laa..." Aku menepis-nepis tangan yang menyingkap-yingkap kain niqob. Sambil ketawa, aku tidak dapat marah mereka.
"Mama nak cepat ni, lain kali jumpa lagi."
Aisyah main-main mata dari belakang. "Mama, jangan lupa doakan saya!" Aku membaca gerak pada mulutnya sambil mangangguk-angguk.
"InsyaAllah!"
Mira yang baru perasan kehadiranku berjalan laju dari arah sisi madrasah. Dia bersalam. Sambil memelukku, dia membisikkan sesuatu. 'Mama, yang saya cakap pasal mimpi solat istikharoh tu mama jangan beritahu sesiapa ye. Kalau tidak mati saya nanti.'
"Ya insyaAllah, mama simpan. Lagipun mama nak beritahu siapa pula?.."
*Apabila bersendirian di rumah, gelagat mereka yang muncul tiba-tiba dalam ingatan membuatkan aku tersengih saja.. Haha.
Jemputan Allah SWT
Beberapa ketika kebelakangan ini, wassap sempat membuat aku rasa terganggu dan tidak selesa. Ia adalah wassap grup. Satu grup aku sudah left dengan cara baik. Dan aku masih admin dua grup lagi. Keadaan terkawal alhamdulillah tetapi proses menuju itu adalah umpama 'seketul air di atas jalan tar hitam semasa jam 12 tengahari'.
*Ini adalah tab tidak mesra pengguna. Kesalahan ejaan tolong betulkan sendiri ye. (Agak bengang ttp masih terkawal insyaAllah).
Kepada semua bloggers yang sudi menziarahi blog aku ni, di kesempatan ini aku dengan segala rasa rendah hati dan hina diri dek segala dosa yang terhimpun dalam diary kiri kanan bahuku, ingin memohon jutaan ampun maaf dari hujung rambut ke hujung kuku kakiku atas segala salah silap kepada kalian, yg mengguris hati dan mencalar jiwa raga, atas tulisan2 di sini atau kata bicara di mana2 media yg mungkin, mohon halalkan makan minum dan hutang kalau ada, yg sengaja atau tidak sengaja, tersedik di hati bersuara di jiwa zahir pada bicara atau reaksi di mata, mohon maafkan diriku.
InsyaAllah semoga Allah pilih jemaah kami untuk menjadi tetamuNya menyambut panggilanNya menunaikan ibadah umrah pada Khamis 19 Februari 2015 ini, aameen Ya Robbal Alameen.
Semoga Allah SWT Yang Maha Pengasih Maha Penyayang memudahkan urusan kami, mengurniakan kekuatan dan kesihatan yang baik untuk melaksanakan ibadah ini dengan sempurna dan menerima amalan ibadah kami. Segala puji-pujian untuk Allah SWT Yang Maha Agung Maha Tinggi Maha Suci. Kepada Allah SWT kami berserah diri.
Semoga bertemu lagi, insyaAllah.
Saturday, January 24, 2015
Sedang mengemas buku. Lagi ... ye benar. Semuanya bercampur-aduk disusun oleh pelajar yang menolong semasa pindah sebulan lepas. Malam ini mahu tidur lewat sedikit. Azam mahu mengemaskan semuanya hingga selesai. Buku-buku cerita kanak-kanak sudah diketepikan untuk diagihkan kepada anak saudara di Segamat. Mereka berusia 5 dan 6 tahun. Aku terbayang-bayangkan gelagat mereka tatkala menerima buku-buku cerita itu nanti. Kata ibu mereka, anak-anaknya suka main cikgu-cikgu. Eloklah tu, nanti ibunya boleh mengajar mereka membaca hingga lancar. Anak-anak saudara ini sebelah suami. Anak-anak saudara kecil yang lain lebih mewah, tentu tidak hairan dengan buku-buku terpakai seperti ini. Yang dua orang anak tunggal, belum ada adik walaupun sudah mula masuk tadika. Yang seorang lagi asyik menghadap tablet walaupun baru berusia 2 tahun.
Anak-anak saudara sebelahku pula, lain ceritanya. Yang beribukan penyunting buku itu, memang tidak perlukan buku-buku ini. Di rumah mereka pun menimbun buku yang perlu dibaca agaknya. Anak saudara yang lain sudah besar-besar. Ada tiga lagi, entahlah mungkin tidak hairan juga kerana aktiviti mereka lasak belaka. Nak berjumpa pun payah, hanya berhubung dengan ibu mereka melalui wassap.
Allah jua yang memberi ilham untuk mengagihkan buku kepada anak-anak saudara kecil ini. Semoga Allah meredhai. Takut andai ditanya hak buku-buku ini yang tidak dibaca bahkan disimpan semata. Tentu sukar mencari jawapannya. Entah esok entah lusa kematian bakal menjelma. Silap gaya buku-buku ini entah bagaimana diperlakukan oleh yang masih tinggal. Eloklah diagihkan secepatnya. Semoga selamat sampai ke penerimaan mereka nanti insyaAllah.
Tetapi ... ada lagi buku yang dibeli tidak pernah dibaca! Paling tidak hanya diselak-selak sahaja. Mahal pulak tu! Berkulit tebal belaka. Ia mesti diuruskan segera. Ia set buku tentang menguruskan sesebuah perniagaan, Bahasa Inggeris. Ada sesiapa berminat nak tahu lebih lanjut, emel kat saya. mnormazzuin@yahoo.com.my. Oh ya, ia milik suami saya. Dia sudah tidak kisahkan buku-buku itu pun. Kita akan permudahkan urusan semudah-mudahnya insyaAllah.
Selainnya adalah buku-buku yang aku kumpulkan sejak lama. Aku hairan, mengapa rumah ahli keluargaku tidak banyak buku ... Rak buku mereka kemas sahaja. Mana pergi buku-buku yang mereka pernah beli?
Aku suka memerhatikan rak buku kakak yang kemas dan tersusun. Dia rajin membaca. Kakak yang jadi penyunting tu, sudah lama tidak ke rumahnya. Dulu, rak bukunya pun kemas dan sedap di pandang mata. Rak buku aku ... tidak sebegitu.
Inilah, aku berusaha mengasingkan sedikit buku-buku yang ada. Yang aku fikirkan anak-anak sudah tidak mahu membacanya. Tetapi beberapa majalah kecil yang mereka beli aku simpan, kerana masih terlihat mereka membacanya ketika pulang ke rumah. Lukisan Bernyawa adalah koleksi cerpen yang aku beli semasa Darjah 6, tercatat di helaian dalamnya. Aku tertarik mahu membacanya semula kerana rupa-rupanya ada sedikit ulasan pendek di bahagian awal buku itu. Baru aku ketahui tadi, ketika menyelak-nyelaknya. Tak jadi mahu agihkan kepada anak saudara.
Ada buku yang lebih tua nukilan abang saudara arwah ayahanda Hj Manaf, yang pernah menjawat jawatan Datuk Bandar Kuala Lumpur satu ketika dulu. Ia peristiwa lama. Aku tidak pernah bertemu beliau pun. Ada buku lama yang kulitnya kusam benar. Aku selalu merungut sikap suami yang suka mengutip dan menyimpan barang-barang disukainya, entah apa. Aku harus mengakui, aku juga sama sahaja. Aku adalah pengutip buku-buku dari rumah tua di kampung. Aku terasa buku-buku sebegitu lebih selamat berada di tangan aku. Boleh ke gitu?
Benar juga. Hari ini tiada lagi buku-buku dan majalah-majalah lama yang dijaga rapi di atas loteng di rumah kampung. Ia selesai sudah, sama ada dimusnahkan atau dikutip oleh sesiapa. Mungkin peminat barang-barang antik yang datang berkunjung mencari barang lama. Ia adalah majalah pop tentang artis yang ditatap oleh arwah nenda dan bonda semasa mereka masih muda remaja.
Aku perlu menghadkan aktiviti membaca di wassap. Ia perlu ada had. Aku perlu menyediakan masa untuk membaca buku. Payah rasanya, tetapi mesti cuba. Aku buat grup wassap lagi! Grup Bonda-Bonda Banat dan tadi, atas permintaan dan memikirkan ada keperluan, grup keluarga pula. Tanpa di sangka grup mak-mak tu aktif juga walaupun kami berlima sahaja. Mujurlah grup keluarga masih belum aktif, kami berbual secara privasi sahaja.
Bolehkan wassap menjadi wadah menyambung kasih-sayang sesama insan? Semoga demikian. Kasih-sayang yang diredhai Allah. Aku bersayang-sayang dengan Nusra, yang masih dalam proses menyesuaikan diri dengan suasana di negara ini. Aku bersayang-sayang dengan .my dear friend ZA dan berbincang sesuatu isu yang serius. Aku mencari penyelesaian dengan mengajukan pertanyaan kepada otai yang berada di selatan tentang sesuatu masalah yang memeningkan. Alhamdulillah.
Selain itu, tiada.
Ok la, berhenti dulu. Mahu kembali mengemas buku-buku itu. Azam mahu membaca tetapi tidak sampai muntah dan hilang ingatan.
Ya Allah permudahkanlah. Ia hanya asbab. Mudahkanlah daku menunaikah hak buku-buku itu. Segala ilmu milikMu. Izinkanlah daku. Aameen.
* suka baca Ensiklopedia Para Wali. :D

Wednesday, January 21, 2015
Masih rindu pada mereka. Terbayang-bayang gelagat mereka. Tanpa cuba mengawal, airmata menitis tiba-tiba. Aku rindu pada mereka semua. Tetapi inilah pilihan aku sendiri. Dan ia pasti akan reda mengikut masa. Hanya waktu-waktu begini, ia sangat terasa. Percayalah, semua rasa ini pasti akan reda. InsyaAllah.
Berapa ramai lagi insan yang bersendirian, kesepian, tiada teman, berseorangan di mana-mana. Aku tidaklah begitu teruk keadaannya. Aku masih sibuk melayan rakan di wassap. Lupa-lupa juga pada mereka. Tetapi apabila memikirkan Rumah Pink di Lorong Abu, serta-merta aku merasa sangat rindu.
Rindu pada gelagat mereka. Rindu pada suasana di sana. Rindu pada anakanda si manja. Rindu pada semuanya. Sebenarnya ... rindu pada masa lalu.
Dan hakikatnya, masa lalu tidak akan berulang lagi. Ia sudah pergi dan tidak akan kembali. Hakikat yang pasti, maut pula sedang menunggu bila-bila masa sahaja.
Jadi, nak ingat masa lalu teruskah? Atau nak bersiap untuk masa hadapan yang tiada kesudahan ...?
Aku amat menghargai kenangan lalu, khasnya yang aku simpan sebagai amat istimewa. Kenangan di madrasah bersama mereka adalah satu kenangan yang unggul dan tidak pasti sama sekali apakah akan berulang lagi dengan keadaan yang sama. Aku yakin tidak. Perjalanan hidup sudah berubah dan akan terus berubah. Hijrah demi hijrah. Semoga berhijrah ke arah yang lebih baik dan lebih baik insyaAllah. Bersama bertambahnya usia dan berkurangnya kudrat.
Mak gembira aku sudah 'bebas' untuk bersama dia pada bila-bila masa. Sekurang-kurangnya itulah yang mak fikirkan, bahawa aku boleh balik kampung bila-bila diperlukan. Mak boleh bercakap denganku di telefon tanpa gangguan suara pelajar yang memanggil "mama! mama!". Tetapi tanpa disangka, mak mengaku terasa sunyi di rumah ini. Sunyi benar, tiada suara-suara mengaji macam selalu, atau suara-suara gelak ketawa di petang hari ketika mereka berehat, atau juga suara-suara memanggil-manggil aku.
Apabila perlu bersendirian, aku perlu juga kuat menguasai perasaan. Dan aku memikirkan mereka juga perlu kuat. Rutin pengajian sudah bermula. Cabaran kepada mereka yang sudah masuk kelas hafalan juga semakin tinggi. Trauma denda rotan dan ketuk-ketampi mungkin masih bersisa. Namun aku amat mengharapkan ustazah tersebut semakin matang dan pandai mengawal emosinya. Harapan aku sama tinggi dengan harapan ibubapa mereka dan pihak pengurusan madrasah untuk melihat semuanya cemerlang dan beredar membawa 30 juzuk Al Quran dalam dada. InsyaAllah.
Ya Allah, pilihlah mereka semua untuk menghafal ayat-ayatMu. Mudahkanlah mereka mengingat dan menghafalnya, seperti air yang mengalir laju tanpa putus. Mudahkanlah semua urusan mereka dan tenangkanlah hati mereka di sana. Teguhkanlah jiwa mereka. Kuatkanlah iman mereka. Tetapkanlah mereka sebagai pilihanMu, ya Allah ya Hayyum ya Qayyum. Satukanlah hati mereka semua supaya saling berkasih-sayang dan berkerjasama. Demikian juga dengan semua tenaga yang berkhidmat. Mudahkanlah dan berkatilah mereka semua. Peliharalah mereka dari segala musibah dan gangguan yang nampak dan tiada nampak. Jadikanlah mereka orang-orang yang berbahagia dunia dan akhirat. Kabulkanlah ya Allah Ya Zaljalaliwal iqram. Aameen.

Tuesday, January 20, 2015
Ahad, si manja sangat gembira pulang ke madrasah yang berwarna merah muda luar dan dalam. Terkinja-kinja dia bertemu kawan baik yang sudah sebulan berjauhan.
Semalam petang aku menjenguk atas kapasiti bekas pekerja dan mama yang dirindui mereka, ehem. Masing-masing datang mengalu-alukan dan bersalaman mesra macam biasa. Manja belaka. 10 pelajar baru cool sahaja. Ada juga yang manis mudah menghadiahkan senyuman. Aku membalut rehal si manja tetapi nampak macam kurang kemas je. Lebih mudah membalut kitab atau buku daripada membalut rehal. Mungkin kalau gunakan wall paper yang banyak dijual di Mr DIY ok kot. InsyaAllah nanti bagi cadangan kat dia lain kali. Gunakan dulu pembalut yang sudah siap tu sampai koyak.
Tadi pagi, sekitar jam 10 ketika mahu keluar atas urusan bersama suami. lalu sebuah lori yang penuh dengan muatan. Sekali pandang macam lori pekerja kontrak. Perlahan saja geraknya melintasi kereta kami. Kemudian lori tu lalu lagi dan ditahan oleh suami. Rupa-rupanya lori dari Tumpat, Kelantan, membawa set kerusi dan meja batu macam set yang pernah kami beli sekitar lima tahun dulu ketika duduk di Sijangkang. Kini set tu kami tinggalkan di madrasah.
Kali ni lebih cantik designnya. Ada corak bunga kat kaki kerusi dan stand meja batu. Suami beli satu set untuk dirinya. Dia nak melepak-lepak dengan jiran baru, katanya. Kemudian lori diarahkan mengikut kami ke madrasah. Empat set diinfak untuk pelajar. Alhamdulillah, semua dari Allah belaka. Kami cuma mengagihkan sahaja. Aku harap dapatlah jadi asbab si bongsu aku tu lebih happy belajar kat situ.
Aku khabarkan kat suami tentang cadangan nak belikan set badminton. "Nak main kat mana? Dah tak de space dah.." kata suami. Hmm betul jugak. Tempat mereka selalu main badminton sudah tersekat dek bumbung yang dipasang bersambung ke bangunan koperasi dan pejabat.
"Mama, boring la madrasah ni dah besar.." kata Qoiyah. Pulak! Saja je kan, mengada.
Ruang dapur dulu sudah dipecahkan table topnya. Toilet dipecahkan dan diturap semula dan dibina dinding batu menjadi bilik yang panjang dan disusun semua locker di situ. Jadilah ia bilik khas untuk locker sahaja.
Bilik B menjadi bilik warden aka tukang masak. Bilik A jadi tempat simpanan tilam bantal selimut bagai.
Semua tingkap ditukar kepada sliding dan ada dua pintu sliding juga. Ruang kini menjadi lebih luas dan selesa untuk belajar, makan dan solat. Tanah di tepi kanan dan depan madrasah (dalam pagar) sudah disimen, maka tiada lagi rumput-rumput yang akan tumbuh. Cuma sebahagian kecil sudut depan kanan dibiarkan begitu sahaja tidak disimen. Semoga pelajar dapat menggunakan ruang kecil itu sebaik mungkin. Di situ ada beberapa pasu bunga yang tidak terbela setelah sebulan ditinggalkan. Tidak bersiram melainkan oleh embun dan hujan. Sesudah renovation ini, paip di tepi pintu pun sudah tiada. Harus diajukan permintaan kepada kontraktor untuk memasang semula paip di situ supaya mudah pelajar mencuci kawasan dan menyiram tanaman nanti.
"Nampaknya tak de la denda cabut rumput lagi lepas ni kak, " kata Ustazah dengan senyum.
Alhamdulillah atas semuanya yang diberi Allah.
InsyaAllah target maksima dua tahun untuk bangunan asrama Lil Banat dan bangunan kediaman staf naik di tanah bersebelahan yang sudah dibayar oleh Tok Belagak dan isteri kepada pemilik asal. Alhamdulillah.
Semoga Allah memberi kesembuhan yang baik kepada isteri beliau yang dikhabarkan kurang sihat sekarang. Setiap penyakit ada ubatnya. Dan apabila sesudah kesusahan akan datang kesenangan. Sesudah kesakitan akan datang kesembuhan. Melainkan mati dan tua. Semoga TB dan keluarga akan terus bersabar dan sentiasa dalam pimpinan rahmat Allah, aameen.
* mood menulis masih slow. Rindu pada mereka di madrasah. Nampaknya pengganti aku tu seorang yang sedang sangat sibuk dengan urusan peribadi khususnya bab perasaan. Apa pun didoakan semoga kebahagiaan menantinya tak lama lagi insyaAllah. Semuanya dengan izin Allah belaka.

Sunday, January 18, 2015
Rindu pada blog ini. Tetapi lembap nak m****s, bajet 3 minit untuk online di blog sudah jadi lebih setengah jam dan suami aku sudah berdengkur pun, aduss ...
Esok si manja akan balik ke madrasah. Dan tadi aku menangis geram bercampur hiba. Sebulan melayan kerenahnya, selepas esok petang aku akan berdua sahaja dengan suami. Si bongsu sudah tidak sabar mahu pulang ke madrasahnya. Begitu juga dengan kawan-kawannya yang lain, yang rajin berchatting dengan aku di Whats App atau WeChat. Masing-masing sudah bosan menghabiskan waktu di rumah. Agaknya kena leter je kot hehe ... Tidak juga. Mungkin semakin teruja untuk melihat madrasah yang berwajah baru. Luar dalam berwarna pink.
Mira, hari ini memberiku berderet wajah sedih dan menangis. Aku buat tak faham, tetapi aku faham. Mira paling gemar meluah isi hati padaku, tentang bermacam perkara. Hani juga, tetapi gadis gedik ini baru sahaja melafazkan azam yang berkobar-kobar untuk khatam al Quran (hafalan) pada tahun hadapan. Alhamdulillah.
Esok mereka pulang tanpa aku. Umi Ain akan menanti mereka dan Umi Ain akan menjadi tempat mereka bermanja pula. Adakah sama? Mungkin jauh lebih mesra, namun biarlah setahun bersama aku adalah paling bermakna selamanya ...
Hmm ... si bongsu sudah memujuk aku dengan suaranya yang lemak manja. Aku pula rasa semakin parah menahan rasa.
Inilah pengorbanan. Cuti seminggu yang bertambah seminggu demi seminggu sehingga genap sebulan, yang mungkin tidak akan ada lagi cuti sebegini, pasti mudir akan berhati-hati dalam memberi cuti luar jangka seperti ini di lain kali, hanya bisa membuatkan aku terkenang-kenang keletah si bongsu nanti.
Dan aku risau dia akan tidur dengan air mata meleleh ke bantal kerana asakan rindu.
Sungguhpun ada juga kerenahnya yang membuatkan aku naik geram dan amarah yang aku lemparkan, tetapi setakat manalah itu semua. Manisnya wajah dan senyumannya, lembut manja lemak berkrim disukai ramai suaranya dan keletahnya aduhai ...
Ya Allah, pilihlah anak-anakku yang tercinta untuk menjadi daie daieyahMu, alim alimahMu, hafiz hafizahMu dan menjadi pembantu-pembantu agamaMu beserta keturunan mereka sehingga hari Kiamat, dan jadikanlah mereka kebanggaan Rasulullah SAW. Juga semua 'anak-anakku' di madrasah Lil Banat itu. Aaameen.
Laiela Saiedah. Wassalam.

Friday, January 9, 2015
Sebelum ini aku pasti minta izin jika mahu share post di fesbuk. Sekarang tidak lagi. Aku hanya like dan share jika aku perkenan untuk post itu berada di wall aku. Biasanya aku share sesuatu yang aku harapkan orang-orang yang aku sayang dan kawan-kawan, saudara-mara atau sesiapa sahaja kenalan dalam dunia maya membacanya seterusnya mendapat sesuatu yang bermanfaat darinya.
Aku rasa ok untuk tidak minta izin share. Biasanya apabila minta izin, tuan punya post dengan senang hati memberi izinnya. Jadi aku anggap tuan punya post tu tak kisah dan suka apabila aku share walaupun tak pernah minta izinnya. Kadang-kadang ada yang lebih bagus, dah siap-siap bagitahu sila kongsikan status ini dan tidak perlu minta izin. Jelas dan memudahkan. Dah tentu mereka menulis untuk diketahui umum. Ada juga catatan yang agak peribadi aku kongsikan juga. Bukan apa ... aku nak orang-orang yang aku sayang dan kawan-kawan, saudara-mara atau sesiapa sahaja kenalan dalam dunia maya membacanya seterusnya mendapat sesuatu yang bermanfaat darinya.
Aku harap kebanyakan tuan punya post tak perduli langsung dengan galaknya aku kongsikan status atau cerita mereka tu. Dengan kata lain dah siap-siap bagi izin dalam diam.
* semua novel yang diletak di kedai buku kat SP tak laku. Alhamdulilllah. Aku dah ambil balik semuanya, dengan memandu kereta Iriz hijau dalam hujan lebat banget ditemani si bongsu yang comel.
"Ok la tu ... tu kedai jual kitab bukan kedai jual novel." Respon suami bila aku khabarkan melalui telefon.
Aku mula cuak selepas menempah 30 buah buku kompilasi yang salah satu ceritanya adalah cerita aku. Rasa nak kensel atau tukar tempahan jadi 3 buah je, tapi dah bayar pulak.
"Tak pe la ... lepas ni tulis la kisah suamikukarkun kartun hehee ..."
Arghh!!!
Pelajar masih bercuti. Tentu mereka semua tak menjangka apabila cuti asyik bertambah sehingga genap sebulan. Mana-mana yang ada wassap, menegur aku dan mengomel tentang betapa bosannya di rumah dan tak sabar nak balik ke madrasah. Sudah dijangka oleh suami, pembaikpulihan bangunan madrasah biasanya sebulan walaupun macam ringkas sahaja. Dua minggu atau tiga minggu akan menyaksikan hasil kerja yang tidak memuaskan. Mudir mengambil keputusan menambah lagi seminggu untuk segala renovation menjadi sempurna insyaAllah.
Aku sudah beredar dari perkarangan madrasah. Kini berada di kediaman sementara yang suasana sekelilingnya amat sunyi. Kesunyian yang memungkinkan aku mendengar suara kokokan ayam jantan sayup-sayup entah dari belakang rumah siapa. Ada kicau burung yang halus tetapi tidak segalak kicauan di atas pokok mangga di depan rumah madrasah. Sesekali mendengar bunyi pintu gril jiran sebelah dibuka. Mak memberitahu jiran sebelah ada baby, tetapi jarang sungguh mendengar tangisannya.
Malam tadi menerima kiriman pemberitahuan 'sudah ada wassap.' Ringkas sahaja.
'Welcome'
'Akhirnya ...'
Aku balas begitu.
Tetapi aku sudah naik bosan dengan wassap. Melainkan dengan tasykil-tasykil yang disampaikan sesekali oleh sang otai dari Melaka itu. Atau sesuatu yang baru dan bermanfaat untuk dikongsikan. Selebihnya putaran dari pos-pos lama yang hampir basi atau memang basi. Kalau bermanfaat, ok je. Tetapi ... banyak pulak komplen aku ye!
Heh makcik, kalo banyak komplen kau tutup je wassap tu! Yang repeat post tu bukan directly nak bagi kau tapi dorang nak share kat grup. Ko diam-diam je boleh tak? Tak nak baca jangan baca ...
Ah, memang tak segar pun! Ulang-ulang je, ntah ye ntah tak pun satu hal.
Apa yang segar?
Mari segarkan iman dalam hati dengan membanyakkan menyebut kalimah Laailahaailallah, sebaik-baik kalimah yang berat di timbangan kelak.
* berita kurang happy ~ mak mertua jatuh lagi di biliknya pagi ini buat kali kedua dalam seminggu ini. Semoga mak mertua aku yang kecil molek sentiasa dalam kesihatan yang baik dan dapat beribadah dengan sempurna. Ya Allah, mudahkan urusan keluarga di sana semuanya aameen.
Aku rasa ok untuk tidak minta izin share. Biasanya apabila minta izin, tuan punya post dengan senang hati memberi izinnya. Jadi aku anggap tuan punya post tu tak kisah dan suka apabila aku share walaupun tak pernah minta izinnya. Kadang-kadang ada yang lebih bagus, dah siap-siap bagitahu sila kongsikan status ini dan tidak perlu minta izin. Jelas dan memudahkan. Dah tentu mereka menulis untuk diketahui umum. Ada juga catatan yang agak peribadi aku kongsikan juga. Bukan apa ... aku nak orang-orang yang aku sayang dan kawan-kawan, saudara-mara atau sesiapa sahaja kenalan dalam dunia maya membacanya seterusnya mendapat sesuatu yang bermanfaat darinya.
Aku harap kebanyakan tuan punya post tak perduli langsung dengan galaknya aku kongsikan status atau cerita mereka tu. Dengan kata lain dah siap-siap bagi izin dalam diam.
* semua novel yang diletak di kedai buku kat SP tak laku. Alhamdulilllah. Aku dah ambil balik semuanya, dengan memandu kereta Iriz hijau dalam hujan lebat banget ditemani si bongsu yang comel.
"Ok la tu ... tu kedai jual kitab bukan kedai jual novel." Respon suami bila aku khabarkan melalui telefon.
Aku mula cuak selepas menempah 30 buah buku kompilasi yang salah satu ceritanya adalah cerita aku. Rasa nak kensel atau tukar tempahan jadi 3 buah je, tapi dah bayar pulak.
"Tak pe la ... lepas ni tulis la kisah suamiku
Arghh!!!
Pelajar masih bercuti. Tentu mereka semua tak menjangka apabila cuti asyik bertambah sehingga genap sebulan. Mana-mana yang ada wassap, menegur aku dan mengomel tentang betapa bosannya di rumah dan tak sabar nak balik ke madrasah. Sudah dijangka oleh suami, pembaikpulihan bangunan madrasah biasanya sebulan walaupun macam ringkas sahaja. Dua minggu atau tiga minggu akan menyaksikan hasil kerja yang tidak memuaskan. Mudir mengambil keputusan menambah lagi seminggu untuk segala renovation menjadi sempurna insyaAllah.
Aku sudah beredar dari perkarangan madrasah. Kini berada di kediaman sementara yang suasana sekelilingnya amat sunyi. Kesunyian yang memungkinkan aku mendengar suara kokokan ayam jantan sayup-sayup entah dari belakang rumah siapa. Ada kicau burung yang halus tetapi tidak segalak kicauan di atas pokok mangga di depan rumah madrasah. Sesekali mendengar bunyi pintu gril jiran sebelah dibuka. Mak memberitahu jiran sebelah ada baby, tetapi jarang sungguh mendengar tangisannya.
Malam tadi menerima kiriman pemberitahuan 'sudah ada wassap.' Ringkas sahaja.
'Welcome'
'Akhirnya ...'
Aku balas begitu.
Tetapi aku sudah naik bosan dengan wassap. Melainkan dengan tasykil-tasykil yang disampaikan sesekali oleh sang otai dari Melaka itu. Atau sesuatu yang baru dan bermanfaat untuk dikongsikan. Selebihnya putaran dari pos-pos lama yang hampir basi atau memang basi. Kalau bermanfaat, ok je. Tetapi ... banyak pulak komplen aku ye!
Ah, memang tak segar pun! Ulang-ulang je, ntah ye ntah tak pun satu hal.
Apa yang segar?
Mari segarkan iman dalam hati dengan membanyakkan menyebut kalimah Laailahaailallah, sebaik-baik kalimah yang berat di timbangan kelak.
* berita kurang happy ~ mak mertua jatuh lagi di biliknya pagi ini buat kali kedua dalam seminggu ini. Semoga mak mertua aku yang kecil molek sentiasa dalam kesihatan yang baik dan dapat beribadah dengan sempurna. Ya Allah, mudahkan urusan keluarga di sana semuanya aameen.
Monday, January 5, 2015
Alhamdulillah.
Sesuatu, semuanya, sudah termaktub sejak azali olehNya. Hatta sebuah penampar.
Apa yang diterima, adalah layak diterima. Dan sebaliknya.
Lapangkan hati dan baik sangka selamanya lebih afdol kerana sebenarnya lapang hati dan baik sangka kepada Allah belaka.
Ada pertandingan menulis cerpen 3 muka surat. Ada sebuah kisah real tetapi bagaimana nak menjadikan ia kisah bermanfaat yang bisa menyentuh hati? Aku masih memikirkannya.
* kurang nikmat menulis dari sini. Not my style huhu...
Thursday, January 1, 2015
Ahlan wa sahlan 2015!
Mau dapatkan semula berat ideal yang sudah beberapa tahun asyik dikejar.
Mau lebih gigih pada hobi yang itu. Apa dia? Hmm...
Mau lebih serius merealisasikan azam yang amat mencabar. Apa dia? Rahsia dulu.
Mau lebih bersungguh-sungguh jaga amal ibadah. InsyaAllah. Segala kekuatan dari Allah.
Mau lebih prihatin pada penjagaan kesihatan luar dan dalam dengan pemakanan sunnah dan herba. InsyaAllah.
Macam-macam mau kan ... Tak salah pasang azam. Aku suka perkataan 'azam' itu sendiri.
Ia dilakar di minda.
InsyaAllah ia akan direalisasikan dengan sikap dan tindakan.
Lambat atau cepat sahaja bezanya.
Dan ... Buat ke tak buat!
* kematian adalah satu kepastian. Hanya proses dan asbabnya yang berlainan. Ia mungkin tanda bagaimana bermula hakikat sebuah perjalanan. Semoga Allah yang Maha Pengasih lagi Maha Pemurah mengurniakan kita Husnul Khotimah. Allahumma aameen, insyaAllah.
Wednesday, December 31, 2014
So sad to online using this lenovo. Dah tulis berjela-jela nanti lenyap begitu saja.
Ok, aku sedang online dengan wifi percuma dari restoran di bawah hotel bajet ni. Nak harap wifi hotel memang hampeh. Rezeki kami masuk hotel bajet, ditempah kawan suami. Tak mengapa la, dapat la tonton Qasidah habib kesayangan kat tv. Kalau kat rumah jangan harap. Tv ada tapi tak de ariel hapa.
Alhamdulillah. Dapat melayan wssp perindu-perindu di mana-mana. Memang melampau kan..tapi dah dorang kata rindu hehe...
Esok nak cari buku diari 2015. Aku rekod memacam kat lenovo ni, alih-alih lesap semua satu hapa tak ada. Return to old style la...tulis je.
Tamat sudah khidmat di madrasah Lil Banat. Ia tragis tetapi harus dilalui juga. Untuk seterusnya aku perlu mwmenuhi janji yang sudah diucap. Semoga Allah beri kekuatan untuk aku melakukannya.
Qasidah pun hampir tamat. Membosankan guna lenovo menulis di sini. Aku undur diri dulu.
* Merai azam demi azam, insyaAllah.
Friday, December 19, 2014
Macam-macam dan pelbagai. Aku tak kisah.
Ada yang kata memang menarik.
Ada yang kata asyik ulang-ulang cerita je, tak faham sangat.
Ada yang kata sedih huhuhu dan nangis.
Ada yang kata semua ada, suka duka bersama.
Dalam bicara harian, kita tak lari dari ulang-ulang kisah lama. Sejarah beb. So ...?
Dalam hidup harian, kita tak lari dari suka duka bersama. Biasa la. Well ...!
Hari ni menangis, esok mungkin tertawa.
Sebentar tadi kau ketawa, mungkin sesaat lagi kau mengalir air mata.
Aku tak kisah apa orang nak kata pasal novel Seharum Doa Bonda.
Tetapi mendengar komen-komen itu tetap menyukakan aku. Hmm dia baca novel aku juga! Hehe ...
***
Alhamdulillah, malam tadi naik status dari Puan Noraini Eslah senarai nama yang terpilih untuk Projek 50 - Grup Buku Tiga Lima dan Celik Huruf . Salah satunya yang ke 11, Naqhuhines. Mula-mula tak perasan nama itu di situ. Kali kedua baru terpandangkan ia. Alhamdulillah. Dengan izin Allah jua.
Apabila ditanya mengapa akan meninggalkan Lil Banat. Haruslah aku bercerita ringkas tentang hal-hal ini sebagai satu dari alasannya.
Dan Banat Manis kerap bertanya bila novel tentang mereka akan siap, aduhai! Aku sudah memikirkannya. Ia adalah kisah ceria tetapi penuh sisi positif untuk diambil faedahnya oleh pembaca. InsyaAllah, setiap satu watak ini akan muncul dengan kisah yang berbeza. Semoga menjadi asbab hidayat seluruh alam. Kakak aku kata, hanya sekelumit masyarakat yang memandang madrasah sebagai tempat pemulihan akhlak. Bahkan sebenarnya yang sekelumit itulah yang menghantar anak-anak mereka. Dan yang seorang dua itulah yang senang cakap, bagi pening kepala dan menguasai udara madrasah yang penuh sakinah. Dan benarkah hanya sekelumit anggota masyarakat?
Hampir semua Banat Manis adalah wakil tunggal dari keluarga masing-masing, yang menjadi pilihan Allah untuk berada di sini. Mereka adalah daieyah perintis yang melakukan korban di jalan Allah. MasyaAllah hebat belaka. Allah maha hebat.
Dan yang melalui penapisan terus berlaku. Yang dipilih Allah terus bertahan. Apabila sudah ketetapan, tiada yang dapat mempercepatkan atau memperlambatkan.
***
Ahlan wa Sahlan buat seorang wanita yang baru aku kenali, yang pernah memanjatkan doa ke hadrat Illahi untuk memilih dia mencurah khidmat di madrasah. Alhamdulillah jodohnya di sini. Hati kami sama bergelora. Aku mahu beredar segera, dia mahu datang segera. Alhamdulillah, Allah benar-benar memudahkan semuanya.
Semoga selepas ini perjalanan madrasah akan lebih lancar dan Banat Manis mendapat sebanyak-banyak manfaat dari perubahan-perubahan yang berlaku. Semua demi kebaikan dan kemaslahatan belaka.
Sabtu malam, aku harus memenuhi janji untuk menghabiskan masa bersama mereka. Apa yang harus aku bicarakan agaknya ...
* Banat Manis, akan aku abadikan kamu dalam untaian memori yang terindah dan berwarna-warni umpama pelangi pagi, ketika mentari sudah mula memancarkan sinar keemasannya yang gilang-gemilang menerobos tirai mutiara embun dinihari yang sejuk dingin, demikianlah kamu sekelian, insyaAllah.
Patah tumbuh hilang berganti. Namun kenangan bersama tetap akan tersimpan dalam memori. Semoga ikatan kasih sayang dan ukhwah antara kita akan berterusan hingga Jannah. Mama sayang kamu semua, Banat Manis.

Tuesday, December 16, 2014
'Macam orang tak ada perasaan', begitulah komen Zumindar. Aku mengadukan hal si manis yang dicop tidak fokus, mengelamun dan tidak baca kuat.
Si comel bertiga yang sudah ditarget untuk hafalan lancar kerana usia rendah berbanding rakan-rakan lain yang lebih tua. Salah seorangnya adalah si bongsu. Seorang lagi si manis bermata coklat hazel yang indah. Terakhir anak seorang pensyarah yang sebelum ini mengejutkan rakan-rakan kerana kelajuannya menghafal.
Apa sebenarnya? Takkan gementar dengan rotan sahaja?
Mungkin juga, kerana ustazah yang sebelum ini hanya cubit-cubit sayang, gertak-gertak manja. Berbeza dengan ustazah yang ini. Zap zap zap ... dibandingkan dengan usianya yang hampir sebaya dengan pelajar. Namun beliau bukan sebarangan ye! Sambil menatap telefon bimbit di tangan, telinganya menangkap bacaan pelajar yang hampir dengan dinding nun jauh di belakang sana. Sambil menghayun cangkul di luar tingkap (suami buat longkang kecil untuk alirkan air yang bertakung di kawasan kaki lima, pelajar mendalamkannya lagi, ustazah pun turun tangan sesekali) bacaan yang tersasar di dalam kelas juga dapat dibetulkannya. Aku amat kagum dengan kurniaan Allah kepadanya.
Khabarnya, di tempat asalnya di sana, dia sempat membantu ustazahnya mengajar. Serentak menghadapnya adalah pelajar hafizah, nazirah dan yang sedang syahadah. Ustazahnya sedang memasak di dapur, tiba-tiba membetulkan bacaan pelajar yang mungkin terlepas dari pendengarannya.
Sekelumit kisah-kisah ini membuatkan aku, Syirah, Zack dan beberapa orang lagi menggeleng-geleng kepala. Memang hebat!
"Macam kita membetulkan bacaan Al-Fatihah pada budak-budak kecil yang baru belajar membacanya, macam itulah agaknya ye ..." aku cuba membuat perbandingan mudah. "Dengan kata lain, 30 juzuk Al Quran itu sudah sebati mendarah-daging dalam dirinya. So ... kita azam! Allahuakhbar!"
Masing-masing macam blur, tidak menyambut pun takbir yang aku laungkan dengan penuh bersemangat. Cehh! Apara ... Aku menarik nafas.
Zack mencelah, "Kata ustazah, dia sentiasa baca al Quran di dalam hati. Melainkan semasa qada hajat sahaja dia tak baca." MasyaAllah. Zikirnya adalah al Quran.
Semoga menjadi asbab hidayat untuk kita.
Si manis bertiga ditahan di dalam kelas selepas taklim sehingga tiba waktu makan. Waktu senggang selepas makan dipendekkan, kelas disegerakan. Hari ini Selasa, Khamis ini peperiksaan tiba. Semoga mereka semua berjaya melaluinya dengan tenang dan sukses. InsyaAllah aameen.
* Alhamdulillah, urusan pindah-randah selesai 97%. Sabtu ini ada sesuatu untuk meraikan semua insyaAllah.

Thursday, December 11, 2014
"Mama, pukul 10.30 malam saya nak jumpa mama seorang saja," kata gadis kecil yang comel bermata coklat bening. Bibirnya yang luka semakin sembuh, hanya ada parut. Kata kawan-kawan, dia mengopek kulit bibirnya yang merah delima dengan sengaja. Entah mengapa ...
"Ok insyaAllah." aku rasa belas padanya. Ibu dan ayahnya sedang berada di Acheh, keluar seperti para sahabat r.hum yang bertebaran serata dunia. Aku sudah memberitahunya pelan-pelan agar usah rasa bersedih dan tertekan tentang ibu dan ayahnya. Ini bukan pertama kali mereka keluar, cuma mungkin tempoh paling lama untuknya. Cuti nanti dia akan tinggal bersama bapa saudaranya. Adiknya sudah berada di sana.
***
Jam 10.30 malam aku bangkit dari katil dengan rasa malas. Andai bukan dia yang meminta, aku lebih suka terus berbaring dan melelapkan mata. Ada rasa letih juga. Tetapi mengingatkan dia yang meminta, dia yang hanya sekali-sekala meminta untuk berjumpa, aku gagahi diri juga menapak ke dapur. Sebenarnya ada seorang lagi yang lebih awal mengikat janji untuk berdua dengan aku, tetapi bayangnya tidak kelihatan pula.
Buka tingkap dapur, aku nampak dia sedang menekur di salah satu tiang khemah merah yang baru roboh kain atapnya, yang mereka letak betul-betul di luar pintu dapurku. Gotong-royong mengerjakan buah nangka besar yang dibawa mak dari kampung Ahad kelmarin, mereka lakukan di bawah khemah merah itu, khemah yang kami gunakan semasa menjual nasi beriani dua tahun lalu.
"Sumaiyah! Jom ..." aku tunduk menarik lengan kurusnya dengan perlahan. Kami menapak ke kaki lima rumah pink dan duduk di situ. Beberapa pelajar mula menghampiri, seolah-olah beberapa ekor rama-rama yang menghampiri kuntuman bunga Ros yang amat harum, atau seperti beberapa ekor semut yang mula menghurungi seketul kek keju hangat yang dihiasi butiran gula berwarna-warni dengan aroma yang amat membuatkan air liur kecur terpercik.
"Sori, mama ada appointment dengan Sumaiyah seorang sahaja." aku bercakap kepada rama-rama dan semut-semut itu.
"Ok nak salam sahaja." Masing-masing menghulurkan tangan bersalaman dan beredar dengan agak kecewa.
"Ok macamana dengan hafalan?" aku memulakan perbualan privasi dengan Sumaiyah sambil memandangnya yang duduk di sisi kananku.
Sumaiyah mendongak memandangku dengan mata coklat yang bening berkilau. Rasa belas semakin menghujam terhadapnya. Kebelakangan ini aku mendengar khabar dia paling teruk dihukum ustazah muda yang baru masuk tiga bulan berhijrah dari negaranya itu. "Kadang-kadang ustazah baling rotan padanya," kata seseorang. Khabar yang sama aku terima dari yang lain, yang turut menyaksikan setiap peristiwa.
Kelmarin aku menziarahi dia yang terbaring di bilik, selepas menerima aduan Sumaiyah demam. Betis dan pehanya sakit. Ada tanda lama di lengannya yang sudah kecoklatan. Ada bekas baru di kedua tapak tangannya. Aku membuat pertanyaan seperti seorang penyiasat persendirian. Aku tidak mahu mendengar berita yang diada-adakan. Sebenarnya dia tidak demam, tetapi mungkin sakit urat kerana ketuk ketampi hampir 200 kali untuk dua hari. Tetapi Sumaiyah yang bertubuh halus ringan tidak dapat menyudahkan genap 100 setiap kali. Ada tukang kira. Itupun dia sudah seperti menderita. Hanya wajahnya tetap suci tidak beriak.
Aku berbicara. Apa yang sepatutnya. Sumaiyah menarik tudung hitamnya ke bawah hingga menutupi muka. Dia menangis senyap-senyap. Itulah stailnya dan mereka semua. Menangis senyap-senyap di sebalik tudung yang ditarik ke bawah hingga menyembunyikan wajah yang basah.
***
Ketua Pelajar, Zack, datang dengan hirisan oren di tangan. Dia duduk di sebelah Sumaiyah. Husna sudah lama bersandar di bahu kiriku, disuruh pergi dia enggan. Anak bongsu ini sedang menahan rasa kurang sihat. Aku biarkan sahaja. Zack membuka cerita.
"Ada seorang pelajar Malaysia ni dihantar bapanya belajar ke sana. Tetapi dia tak dapat hafal apa-apa pun hingga ustaznya jadi tidak senang hati. Di situ ada ramai tetamu yang datang setiap hari, selipar bersepah. Ustaz suruh pelajar ini menyusun semua selipar yang ada. Jadilah dia si penyusun selipar selama beberapa tahun. Pada saat ustaz sakit yang membawanya meninggalkan alam fana, ustaz berwasiat kepada pelajar yang paling pandai dalam kelas beliau supaya meletakkan pelajar yang kerjanya menyusun selipar selama beberapa tahun dan tidak pernah masuk kelas itu mengambil alih tempat ustaz untuk mengajar. Namun apabila sampai ketikanya pelajar terpandai itu sendiri yang duduk di tempat ustaz, dan secara tiba-tiba semua hafalannya hilang. Menyedari ada kesilapan yang dilakukan, pelajar terpandai pun menunaikan wasiat sang guru. Si penyusun selipar dipanggil dan ditempatkan di tempat yang diamanahkan. Sebaik sahaja si penyusun selipar duduk di tempat sang guru yang sudah tiada, dengan izin Allah tergambar di ruang matanya seluruh 30 juzuk al Quran dan mampu dia menyemak bacaan seramai 40 orang di sekitarnya, wallahu'alam."
Masya Allah. Terasa berdiri bulu roma di lengan.
Aku pula buka cerita.
/bersambung, insyaAllah.

Saturday, December 6, 2014
"Janganlah berhenti mama ..." Danisyah berdiri di sisi pintu dapur dengan wajah redup. Matanya yang selalu riang turut redup. Gadis yang sukar difahami rakan-rakan ini sepertinya begitu terkesan dengan keputusan aku.
"Mama masih ada kat sini sampai kamu bercuti."
"Janganlah berhenti mama ..."
"Mama ada kat sini. Sampai kamu semua bercuti."
Aku hanya dapat mengatakan begitu. Mereka akan bercuti dua minggu lagi, sehingga itu aku masih di sini. Cuma apabila mereka kembali ke madrasah setelah dua minggu kemudian, iaitu minggu pertama 2015, ada wanita lain yang menunggu mereka di tempat aku.
Sudah tiba masanya untuk aku beredar. Perancangan Allah begitu baik. Di saat aku perlu pergi, ada seseorang yang begitu berharap untuk berada di sini demi kemaslahatan dirinya. Alhamdulillah.
Malam ini aku akan 'lepaking' dengan mereka. Waktu ini mereka sedang minum malam.
Sekumpulan gadis dari grup tertentu duduk dalam bulatan kecil tidak jauh dari pintu dapur. Kami sekadar pandang-memandang begitu sahaja. Tadi mereka sudah mengadu itu ini.
"Ok, mama insyaAllah akan datang sana jam 11.30. Now mama nak rilek jap." Aku mewar-warkan sebelum ditanya lagi.
Ketika minum berdua di meja, aku bertanya suami, "Bang, apa nak pesan ye?"
"Pesan?? Pesan apa?"
Ah, sang suami yang seorang ini. Aku teringat pidato terakhir baginda Rasulullah SAW.
Begitu banyak dan di saat-saat akhir begini, semakin banyak pendedahan mengejutkan yang disampaikan kepada aku. Tidak perlu ramai, cukuplah dari dua orang yang berbicara. Aku berharap yang lain-lain masih berada dalam lingkungan terpelihara.
Betapa pentingnya ilmu. Betapa pentingnya usaha dakwah. Betapa pentingnya iman dan keyakinan kepada yang ghaib. Betapa pentingnya semua yang termaktub di dalam Al Quran Kalamullah dan yang disampaikan oleh Baginda Rasulullah SAW.
* sedang menunggu jam 11.30 malam.

Friday, December 5, 2014
Di laman sosial, aku membaca komen-komen yang menjentik rasa ingin tahuku terhadap jenis buku-buku terbitan tersebut. Aku rasa macam best je. Komen-komen itu menarik. Malah ada yang aku pinta untuk menjadi kawan.
Suatu ketika yang baru berlalu, Allah mengizinkan aku hadir di pesta buku besar tersebut. Bersama suami dan si bongsu, aku melangkah laju-laju mengitari dan membaca setiap tajuk buku yang sekian banyak terpamer.
Aku teringat semula kepada komen-komen yang telah menjentik rasa ingin tahu di laman sosial. Aku bercadang mahu mendapatkan sebuah dua buku dari penerbitan itu untuk diriku. Akhirnya aku tiba di rak yang dipenuhi buku-buku yang aku hajati.
Ia berdekatan dengan novel-novel cinta yang pernah aku sedikit kesal membeli dan membacanya. Buat masa ini, begitulah pendirian aku.
Di sebelahnya adalah novel-novel yang aku maksudkan telah mencuit keinginan untuk memilikinya.
Aku menebarkan pandangan sekilas di serata muka novel-novel itu. Aku mencari-cari dengan pantas. Aku menarik nafas dan menarik si bongsu beredar segera.
Oh ya, di sekitar itu agak ramai pemuda dan pemudi yang ceria. Juga ada jualan baju-T dan entah apa lagi, aku kurang ingat sekarang.
Aku hampa.
Aku tidak akan membeli novel-novel itu, yang telah menjentik keinginan untuk memilikinya melalui komen-komen menarik di laman sosial. Komen-komen yang berunsur positif dan agak memukau rasa.
Aku yakin tidak mendapat apa yang aku inginkan melalui media mereka.
Aku tidak mahu buang masa, yang selalu terbuang pun sebenarnya tanpa perlu aku menafikan.
Pendedahan yang sampai kepadaku, mengesahkan naluriku. Bukan aku tidak pernah cuba membaca ia, tetapi aku tidak mampu menyelesaikannya. Cukuplah dengan menjeling pada tajuk-tajuk yang tertera.
Maaflah ~.
* Ya Allah, semoga aku menemuiMu setelah 'ia' selesai penuh di dadaku, dan telah kutunaikan beberapa janji yang telah terucap, juga beberapa amanah yang dipikul. InsyaAllah.

Aku tidak mengerti bagaimana jiwa seni yang puitis sebenarnya. Hanya aku mahu menulis sesuatu dari hati dengan hati-hati namun santai sambil menahan diri dari cuba memporak-perandakan keadaan orang lain. InsyaAllah.
***
Dia menegurku dari tingkap dapur madrasah yang sudah pecah satu cerminnya. Aku menghadiahinya senyuman dari jauh.
"Kesian dia mama ... dia tak boleh bercakap dengan sesiapa melainkan dengan bertiga orang itu sahaja." kata Sara Syuhara.
"Sampai bila?"
"Tak tau la, selagi tak hafal agaknya."
"Baguslah tu. Pengajaran untuk dia."
"Dia kata dia nak berhenti dari madrasah ni." Ini agak lawak pada fikiran aku.
Dia yang seorang ini, tiba-tiba menjadi perbincangan petang tadi dengan aku, oleh Syirah dan Sofia. Termenung memikirkan, di mana silapnya, sehingga dia begitu payah mahu menghafal. Walhal dia anak kepada orang terpenting di madrasah ini.
Apakah mungkin dia terbeban oleh perasaan sendiri? Oleh tanggungjawab tidak ketara? Oleh kelekaan dan zon selesa yang menyelubungi diri? Oleh ... apa lagi?
"Kesian dia, saya pun pelik, dia menghafal macam kitorang juga, tapi bila hantar saba', tiba-tiba dia terhenti. Pelik betul." kata Shirah yang sudah hampir enam juzuk menghafal, pelajar kedua tertinggi hafalanannya selepas Amy yang sudah hampir mencecah 20 juzuk.
Amy sudah siap membawa 5 juzuk dari Kemboja dan dia pun tekun orangnya. Bercita-cita mahu menjadi ustazah di negaranya untuk pelajar-pelajar perempuan. Ustazah tidak ramai di sana, katanya. Seiring dengan niat sucinya, Allah amat memudahkan dia mengingat ayat-ayat hafalan.
Syirah juga istimewa. Gedik, sensitif, ikut kepala sendiri, kasar gurauan, namun atas itu semua dia ternyata kuat kemahuan. Baru-baru ini pecah rahsia dia sudah menyiapkan beg untuk melarikan diri di tengah malam. Ika dan Sofia standby tidur-tidur ayam dan terus memujuknya. Aku tidak terkejut mendengar perancangan teruk itu. Hati masih cuak maka anak kunci pagar aku khaskan kepada ketua pelajar sahaja boleh menyentuhnya, dan di waktu malam kunci itu aku simpan di dalam. Kiranya sesiapa yang berhasrat melarikan diri silalah panjat pagar zink setinggi 8 kaki itu dan bolehlah bersiap dengan hirisan tajam hujung zink di pehanya.
"Tapi dia tak jadi, mama. Akhir sekali dia kata macam ni ~ 30 juzuk al Quran mesti berada dalam dada saya ni."
"Lepas tu?"
"Lepas tu dia ambik beg tu bawak masuk dalam madrasah semula." Ika tertawa lucu mengenangkan perangai sahabat baiknya yang gila-gila.
Aku sekadar menarik nafas. "Orang macam tu akan buat sesuatu sampai seolah-olah akan benar-benar terjadi. Baru dia rasa puashati. InsyaAllah dia tak akan cuba lari lagi. Kalau nak lari dah lama dah dia lari."
Sesudah itu Syirah semakin laju menghafal. Sekali hantar dua muka surat. Apabila ustazah RN menyuruh dia menghantar setengah muka surat sahaja, menangis-nangis merayu supaya dibenarkan untuk dua muka. Orang macam ni pun ada, desis hati.
"Macamana awak menghafal?" aku bertanya ingin tahu.
"Saya ulang baca satu muka surat tu dari atas ke bawah berkali-kali sampai seratu kali mau."
"Hmm ..." aku pun rasa bersemangat sama nak menghafal. Benarlah mereka ni asbab hidayat.
Teringat cara Naqib. Dia menghafal ayat demi ayat. Hidayat pula, katanya maulana mengajar menghafal perkataan demi perkataan dan tidak mengalihkan pandangan langsung dari al Quran. Bermacam kaedah lain lagi.
Apa yang pasti, ulangan berkali-kali memang memudahkan hafalan.
"Tapi kenapa dia susah nak menghafal ye?" aku mengajak Syirah dan Sofia mencari sebab.
"Entahlah, pelik betul." jawab Syirah. Asyik pelik je.
"Mama fikir dia kena pindah madrasah lain la. Baru dia selamat dari perasaan yang menganggu dia tu." Sofia mengangguk-angguk. "Sefaham mama, kalau di madrasah lain, ustaz ada target berapa lama seseorang pelajar baru boleh menghafal. Kalau dia tak boleh capai target dalam tempoh tu, ustaz akan cadangkan dia masuk alim. Begitu juga pelajar alim, dicadangkan masuk hafiz. So masa tak terbuang begitu sahaja. Ustaz la nak kena cekap kenalpasti kebolehan pelajar tu kat mana."
"Saya suka menghafal al Quran, mama. Saya takut nak hafal hadis takut tersalah. Kalau al Quran boleh je rujuk anytime." Macam tu pulak.
"Hadis pun nak kena hafal la jugak. Apa la kamu ni."
"Kak Huril hafal hadis ke?"
Aku angguk. "Bahasa Arab jugak."
Peraturan khas untuk si dia agak luar biasa. Semoga jadi pengajaran untuknya lebih fokus dalam hafalan. Dia lebih tua tiga tahun dari si bongsu anakku, tetapi si bongsu anakku sudah melebihi dia satu juzuk. Walaupun tidak boleh menyandarkan kepada usia, tetapi melihat pada permulaan yang sama, aku pun memikirkan mengapa dia jadi demikian.
"Banyak bercakap. Banyak ketawa. Banyak dosa. Tapi tak de la kata dia banyak dosa. Banyak bercakap dan banyak ketawa itu memang dia."
Kringg!
"Okay, time kelas. Dah balik cepat." Aku menggesa Syira dan Sofia bangun. Amboi, mentang-mentang aku baik sikit seminggu dua ni, selamba je masuk ke dapur dan duduk di meja makan aku ye. Dan ada je topik yang disembangkan, pandai pulak membawa topik yang menarik perhatian.
"Nanti dating lagi mama!" kata Syirah sambil berjalan ke pintu.
Saat ini teringat cerita Sofia. "Oleh kerana kami semua tak boleh bercakap dengan dia melainkan Zack, Amy dan Nurul Iman, duduk sebelah dia pun tak boleh bercakap dengan dia. So kami pesan kat Zack, Amy atau Nurul Iman walaupun dorang duduk jauh supaya sampaikan pesanan kami kat dia. Walhal kami ni duduk sebelah dia je. Lepas tu ada jugak yang tanya takkan senyum kat dia pun tak boleh? Mesti la boleh jugak, bercakap je tak boleh kan. Bersalam tentu boleh. Kenyit mata pun boleh."
"Ah sudahlah korang ni, buat lawak je la."
"Betul mama, kitorang semua tak boleh bercakap dengan dia. Yang bertiga tu je boleh." Peraturan ini hanya menghadkan mesej menggunakan suara sedangkan begitu banyak bahasa badan yang sampai kepada dia. Namun sebagai seorang yang suka bercakap, tentu halangan berkata-kata sesuka hatinya sedang menyeksa jiwanya. Semoga benar-benar jadi pengajaran yang baik untuknya insyaAllah.

Wednesday, December 3, 2014
"Mama, sini jap." Siti Hajar seperti mahu berbisik di hadapan kawan-kawannya.
Aku merendahkan kepala, menyua telinga. Dalam hati berkata, entah apa nak dibisikkan, ada saja bendanya. Terasa bersalah melayan bisik-bisikan. Tak baik berbisik di hadapan orang.
Tiba-tiba sebuah kucupan singgah ke pipiku. Haihh! Ia agak mengejutkan. Siti Hajar tertawa-tawa berpusing terus berjalan menuju madrasah bercat merah muda. Malu agaknya.
"Hai, ingatkan nak bisik apa la ..." aku tersenyum di hadapan yang lain yang memerhatikan dan menunggu peluang untuk berkongsi rahsia.
Dan dia mengulanginya kali kedua, juga di luar sangka.
Satu tengahari, dia mengadu tentang mimpi di siang hari. Katanya mama akan pergi entah ke mana tak akan kembali lagi, kami semua, pelajar semua menangis-nangis.
Kataku, "Napa, macam mama dah meninggal dunia je."
"Ishh jangan la cakap macam tu mama."
"Yelah, dah awak kata pergi tak kan kembali lagi. Pergi meninggalkan dunia ini la maksudnya tu."
Siti Hajar tertawa comel. Giginya putih bersih berbaris indah. Matanya mengecil sama tertawa.
Hmm ... sampai termimpi-mimpi dibuatnya.
***
"Mama, bila boleh tolong mama berkemas ni mama?" tanya Ika.
"Eh jangan la tanya macam tu, macam nak halau mama je ..." sampuk yang lain.
"Bukan la ... nak tolong mama berkemas je lah!" Ika separuh mendengus. Geram agaknya.
"Nanti la, mama lom ada masa nak berkemas ni." Hanya ada lima kotak kosong, kotak kipas dinding yang baru dibeli. Ah, malasnya nak berkemas. Malasnya nak berpindah lagi. Sudah lebih 10 kali kami berpindah-randah semenjak bernikah, termasuklah pindah ke Brunei. Dan di sana pun kami berpindah-randah juga. Masih belum dapat mengambil iktibar supaya tidak mengumpul banyak barang. Masih ...
Tetapi kali ini, ia perlu dilakukan. Cermat dan berhati-hati memilih barang keperluan. Rupa-rupanya mengemas rumah juga perlukan ilmu. Apabila pandai mengemas, pandai juga memilih barang, lebih panjang akal dan banyak idea, aku fikir begitu. Semalam mengumpul beberapa blog tentang mengemas rumah.
Aku katakan pada suami, "Abang, kat rumah baru nanti tak mau banyak barang. Barang-barang kerja abang tu ... hmm hmm ..." Dalam hati berharap dia mendapat mesej walaupun ayat aku tergantung. "Ayang azam nak berkemas selalu, insyaAllah." Azam mesti mau ada. Macam biasa, suami hanya ada telinga tetapi pendengarannya kadang-kadang entah di mana. Namun dia memberi respon di masa yang lain. Respon yang sangat menyukakan hati aku. Cadangan aku untuk mendapatkan perabut yang jimat ruang mendapat sambutannya. Kami sedang mencari masa untuk melaksanakannya insyaAllah.
Tidak mahu serabut lagi. Tidak mahu penuh dinding dengan segala ayat al Quran yang dijadikan hiasan. Azam, al Quran di hati bukan di dinding. Tidak mahu kabinet tv besar. Aku memang tak tengok tv. Tapi abah kata nanti dia nak masukkan Astro pulak aduhai ... Tidak mahu set sofa sebab nak amalkan sunnah duduk atas lantai. Tapi kerusi sample untuk istana (projek terlepas) dulu tu suami kata tetap nak angkut jugak, ikut je la. Mahu kosong dan lapang. Semua perabut aku senaraikan sebagai serabut. Belajar dari pemerhatian. Cukuplah yang sudah-sudah. Kami jumpa kedai perabut terpakai di Kapar. Sebelum mak sampai, semua perabut yang patut ditolak akan cuba diuruskan segera ke sana. Sebelum mak sampai, kami akan cuba berpindah secepat mungkin. Jadi mak akan masuk ke rumah baru sahaja. (rumah baru = rumah sewa yang baru siap, kami penghuni pertama). Sebab kami tak nak serabut. Kami rasa mak tidak bersetuju sangat kami tolak perabut ke kedai barang terpakai, "pakai je la apa yang ada ni," kata mak.
Jadi, kalau boleh, sebelum mak muncul lagi kami mesti selesaikan urusan pindah-randah ini dengan sempurna. Tak mau mak risau dan bersusah-payah membantu. Mak abah datang rehat sahaja. Mak abah senyum sahaja. Azam, nak ajak mak Ramlah dan mak Leha serta abah Mat Arbak melapangkan masa berehat-rehat di sini juga, di masa hadapan. Semoga mereka sudi. InsyaAllah.
***
Semua ni salah aku, hati berbisik. Mengaku dengan perasaan luruh. Aku membuka tab dan membaca surah Yasiin, seperti yang selalu dilakukan, hanya kali ini menggunakan tab bukan al Quran . Wanita berumur di bangku sebelah sana tidak aku endahkan. Dia pun jauh jaraknya. Setiap orang yang lalu-lalang tidak aku perdulikan. Air mata bergenang-genang. Semuanya salah aku, mengaku sahaja.
Aku hilang sekejap sahaja. Seboleh-boleh, nafsu mengajak aku mencari juga lampu berdiri yang telah menawan hati. Setiap belokan aku camkan supaya dapat kembali ke tempat suami dengan mudah. Melangkah laju dan pantas. Akhirnya aku tetap tersesat di dalam showroom yang berbelok-belok dan banyak bahagian. Pertama kali datang, aku rasa sepuluh kali datang barulah aku benar-benar mahir berjalan di situ.
Telefon berdering, sebaik sahaja aku menghantar pesanan ringkas kod lampu tidur berdiri yang telah berjaya aku jumpai.
"Kat mana? Tak boleh duduk diam ke?"
Kebetulan aku bertemu escalator, "Kat escalator."
"Turun bawah."
Masa semakin suntuk. Aku perlu berada di madrasah untuk menyiapkan minuman malam. Maghrib sudah lama berlalu, waktu Isyak pula menjelma. Suami tiada masa untuk mencari aku. Dia pun mungkin sudah kelaparan. Hai, mengapa aku tidak menahan diri sahaja? Mengapa aku tidak memikirkan kemungkinan akan tersesat? Mengapa aku tidak memikirkan masa yang semakin suntuk untuk membiarkan diri hilang arah di pusat perabut yang besar ini? Semuanya salah aku.
Hati berdebar. Naluri mengatakan pasti semuanya sudah batal. Suami sudah angin kuskus padaku kerana menghilangkan diri, sedang dia menunggu giliran untuk membuat tempahan perabut yang kami sama-sama pilih sebentar tadi. Sebentar tadi yang suasana cuaca sangat ceria dan saling memahami. Tiba-tiba angin sepoi-sepoi seperti akan tsunami. Semua salah aku, bisik hati lagi. Sambil membaca Yasiin, air mata yang kering bergenang semula. Semua salah aku, desis hati berkali-kali. Tetapi andai aku sentiasa difahami, alangkah bagusnya, nafsu pula berbicara. Ah! menyampuk saja. Beri betis nak peha maknanya.
Kecilkan dunia besarkan akhirat, kecilkan dunia besarkan akhirat kecilkan dunia besarkan akhirat. Terasa lemahnya iman saat ini, Allahuakhbar. Istighfar istighfar istighfar.
"Tak payah la beli lampu tu." aku menghantar pesanan ringkas lagi. Nadanya seperti hampa. Haha ... padan muka aku. Nafsu pun terasa luka. Padan muka kau!
Suami muncul juga akhirnya. Aku buat-buat tak nampak, terus menatap tab walaupun sudah selesai membaca Yasiin.
"Yang, tak jadi. Banyak out of stock. Kereta kita tadi kat mana ea? Ingat tak?"

Tuesday, December 2, 2014
Monday, December 1, 2014
Semenjak noktah sudah menjadi satu kepastian, setiap hari hal yang sama diungkit. Dan aku terus melayan mereka seperti biasa.
"Lepas ni kitorang panggil mama kat sini, tak ada orang yang datang ..." katanya sedih.
"Nanti tak ada sapa nak layan kitorang borak-borak." kata yang lain sedih juga.
"Ahh sudahlah kamu semua ni. Panggil la ummi, nanti dia datangla layan kamu."
"Tak nakk ... nak mama jugakkk tak nak ummiiii..." sah mengada-ngada.
"Ini la namanya paku dulang paku serpih, mengata orang kamu semua yang lebih." aku mengutuk sikap mereka. "Ummi akan layan kamu semua lebih baik dari mama insyaAllah."
Pen sudah di tangan. Kertas sudah siap untuk aku menurunkan mata pena menyentuhnya, hanya untuk sebuah noktah yang menggetarkan jiwa.
* menanti detik demi detik.

"Bila mula dapat tempias nak berhijrah?" tanyanya.
Aku pun dengan bersemangat mahu mengulang cerita lama, kisah di Brunei negara aman sentosa, ketika Allah mengizinkan sebuah pertemuan, asbab anak-anak yang berada di madrasah di Malaysia. Tetapi, belum pun sempat aku menyudahkan baris ayat pertama, ketika baru mahu menarik nafas untuk menyambungnya, tiba-tiba, "Haa ... kami la yang berdoa masa tu." (ayat tergantung, sebab aku tak ingat apa lagi yang dicakapnya sebutir sebutir).
Aku tersentak lalu terdiam. Hilang semua nikmat mahu berkongsi cerita di pihak aku, bagaimana asal mulanya asbab aku berhijrah beberapa tahun lepas.
Dia bercerita kepada suami; jumpa sekali je masa rawatan refleksologi dulu tu ... dan malam ini pertemuan kali kedua kiranya.
Ya dia datang bersama pakar urutan refleksologi (dijemput dari komplek sukan Bukit Jalil) untuk merawat lutut kiri aku yang terkucil tiba-tiba tanpa sebab, tiga hari sebelum menaiki pesawat ke Brunei. Asbab urutan itu dengan izin Allah dapatlah aku berjalan dengan lebih selesa hinggalah mendaki tangga kapalterbang pada keesokan harinya. Tidak perlu menggunakan tongkat kepala naga milik suami lagi. MasyaAllah aku tidak pernah menduga ada orang yang sudi menitipkan doa buat kami, yang aku kira doa khusus, hanya dengan sekali pertemuan dan aku tidak pernah mengendahkannya dengan berlebihan.
Akhirnya aku menjadi pendengar bisu. Tetamu leka bercerita dengan mak. Rancak benar. Aku dah tersengguk sengguk bersandarkan dinding. Sesekali mataku nampak tetamu mengerling memandang tetapi nampaknya keadaan aku yang begitu tidak mengundang sebarang rasa padanya. Dari bersimpuh aku bersila. Akhirnya aku berlunjur kaki. Perlahan-lahan kesopanan yang aku pertahankan beransur pergi. Aku sudah mengantuk tetapi menahan diri dari memanjangkan leher meninjau jam dinding yang terhalang dek tv bisu. Namun aku amat pasti, embun dinihari mula berkumpul di hujung dedaun.
"Bang, urutkan tapak kaki ni," aku mengangkat tangan suami dan meletakkan di kakiku, sekadar mahu mengusir kebosanan sebagai tuan rumah yang menjadi pendengar setia semata-mata. Aku tidak dapat mencelah. Perbualan mereka ni berkisar di kampung dengan kisah watak-watak yang aku tak kenal. Tetamu lelaki itu seorang karkun. Isterinya memakai purdah tetapi dibuka dengan izin suaminya. Maka sang suami itu ada memberi tasykil kepada suamiku. Dia menyebut tentang jhor, mesyuarat, keluar masturat termasuk pengalaman keluar dari keretapi melalui tingkap semasa di India. Dia menyebut nama-nama syura Malaysia. Aku tiba-tiba menyampuk menyebut satu nama yang aku tahu, yang sepatutnya tak perlu aku menyampuk begitu, "bukan, dia bukan syura." Yelah aku tak tahu.
Sehingga saat ini aku masih terngiang-ngiang akan bicara sang suami itu. Dia mendoakan kami. Alhamdulillah. Aku lantas terkenangkan saat berlegar sebagai seorang perempuan yang agak bingung di ijtimak Sepang 2009. Bingung melihat perhimpunan yang begitu padat dengan khemah-khemah yang bersaiz jumbo, dan nama-nama negara di pintu setiap khemah. Ia amat luar biasa bagiku waktu itu. Mungkinkah di situ ada juga doa yang dititipkan ke hadrat Allah untuk perempuan ini? InsyaAllah.
Bagaimana pula dengan sepucuk surat tiada beralamat yang aku titipkan melalui bakal tetamu Allah di Tanah Suci Mekah beberapa belas tahun lampau. Manifestasi luahan hati yang sarat padat, "akak letak la kat mana-mana, kat celah-celah al-Quran ke" tanpa membenarkan dia membacanya (aku rasa-rasa). Siapakah yang membaca surat itu, dan mungkinkah ada doa siapapun yang membacanya untuk si pengirim yang turut menyertakan nama penuhnya itu? InsyaAllah.
Doa kesemua bonda-bondaku? Ayahanda-ayahandaku?
Doa guru-guruku?
Doa orang-orang soleh?
Doa suamiku? Doa anak-anakku?
Doa saudara-saudaraku? Sahabat-sahabatku?
Doa sesiapa yang mengasihi aku?
MasyaAllah, indahnya kehidupan andai disirami doa sepanjang masa. Doa yang baik-baik belaka. Doa hidayat. Doa husnul khotimah. Doa kebahagiaan hingga ke Jannah.
Terima kasih kerana mendoakanku. Doa adalah ibadat yang disukai Allah. Allah menyuruh kita sentiasa memanjatkan doa ke hadratNya. Dan setiap doa pasti akan dikabulkan. Berdoakalah dengan penuh keyakinan dan pengharapan. Bukan doa separuh hati dan tiada rasa ia akan dikabulkan. Doa sudah siap dalam perjalanan sebelum ia dilafazkan di bibirmu.
Berdoalah untuk saudaramu. Antara doa yang sangat makbul adalah doa untuk saudara kita tanpa pengetahuannya.
Yang pasti, doa Baginda Rasulullah SAW Habibullah bersama air mata suci baginda di setiap malam sehingga saat-saat akhirnya sentiasa mengiringi kita semua. Alhamdulillah. Allahuakhbar.

"Muktamad!!!" Hati menjerit langsing. Aku menunggu masa untuk melafazkan permintaan maut itu. Sudah aku khabarkan pada mak ketika hati sedang hangat berbaur benci dan marah dan bengang dan ... segala perasaan kesukaan syaiton musuh Allah.
Air mata menitis sambil tangan melayan rentak sudip di dalam kuali besar. Sarapan ini harus berasa sedap dan enak zahir batin, tetapi aku gagal menguasai perasaan yang membuak-buak. Mak menyabarkan. Aku berhenti mengacau kuali dan melangkah ke cd player. Aku kuatkan lagi volume qasidah Habib Syech kegemaran sehingga mak menegur betapa kuatnya volume itu. Aku tidak perduli langsung.
"Muktamad, mak!!! Perduli apa dengan itu semua. Rezeki dari Allah." jawabku mencantas kata-kata mak dengan berani. Entah bagaimana wajahku waktu itu. Mak terdiam.
***
"Mak cakap la ..." aku enggan bercakap dengannya. Tetapi keadaan kami yang tersadai di tepi hutan berdepan dengan perumahan yang baru siap dan belum berpenghuni ini mesti dikhabarkan segera. Entah mengapa, kereta ini tiba-tiba tidak mahu menurut perintah untuk bergerak selancar tadi. Walhal aku mahu segera mengejar masa untuk memenuhi keperluan.
Mak pun bercakap di telefon abah. Telefon aku tak ada kredit. Aku menjawab pertanyaan mak sebagai menjawab soalan dari hujung telefon di sebelah sana, sambil mendengus, masih panas hati dan marah dan berang dan semua perasaan yang disukai syaitan musuh Allah masih ada dalam jiwa.
Tidak lama kemudian, setelah terlelap di tempat duduk pemandu, mujurlah cuaca agak redup, aku melihat kehadirannya. Semakin masam wajahku tetapi tiada sesiapa dapat mengesan di sebalik tabir ini. Mulutku terkunci rapat. Ditanya sepatah dijawab sepatah.
Dia melakukan apa yang perlu. Sikapnya baik sahaja. Tidak selari langsung dengan panasnya hatiku, geramnya aku dan segala perasaan yang tidak diredhoi Allah itu. Mudah benar manusia melupakan. Melayu memang mudah lupa!
Sambil menanti, hatiku tiba-tiba bersuara sendiri. Mungkin ini asbab kebaikan belaka. Seperti biasa, sesuatu kerap terjadi tatkala aku diserang 1001 perasaan buruk itu. Sebagai asbab dari Allah. Tiba-tiba pula hati berkata lagi, BUKANKAH LEBIH AFDOL AKU BERDOA YANG BAIK-BAIK SAHAJA, berbanding melayan segala perasaan yang tidak diredhoi Allah seterusnya melupakan keputusan muktamad yang sudah aku azamkan untuk melakukannya itu?
Astaghfirullah. Serta-merta aku teringat untuk beristighfar meminta ampun ke hadrat Allah.
Serta-merta pula aku berbisik sendiri, "Ya Allah, aku batalkan semua hasrat dan hajat yang aku azamkan itu kerana aku tahu ia tidak baik diteruskan. Ya Allah, ini hanyalah asbab. Jadikanlah ia asbab hidayat untuk kami dan seluruh alam. Ya Allah, Engkau jadikanlah kami sehati dan sejiwa, penuh cinta kasih sayang rindu di dunia hingga ke syurga." Aameen.
Tiba-tiba aku teringat serangkap doa yang selalu kuungkapkan satu ketika dahulu. Aku pun mengungkapkannya lagi. MasyaAllah! Begini rupanya perancangan Allah.
Ketika akan beredar ke destinasi berbeza, dia menghadiahkanku sekuntum senyum sinis, "inilah namanya kualat, daulat sebab melawan suami." Aduhh pedasnya.
Aku menjawab pantas, "mintak ampun maaf ye." Entah didengar entah tidak, tetapi urusanku selesai dan hatiku puas lega.
Melawan Protes dalam diam lebih besar kesannya daripada melawan protes dengan kata-kata. Itu sangat pasti.
Tetapi yang paling pasti lagi sohih adalah, Allah tidak mahu aku berbeza jalan dengan dia. InsyaAllah. Allah yang mempertemukan, Allah sahaja yang akan memisahkan. Biarlah maut yang akan menjadi hantaran.
* atasi masalah dengan baiki amalan ~ Rasulullah SAW.

Aku sedang ditemani anak jin hitam. Dia, aku temui di atas pokok mangga di depan pintu dapur. Menjerit-jerit di atas dahan yang tinggi, di Rabu petang menjelang maghrib. Aku minta suami tolong ambilkan anak jin tetapi suami tidak mahu melayan kehendakku. Sehingga aku terperasan tiada lagi bunyi suara anak jin menjerit, aik kenapa senyap tiba-tiba. Aku pun tinjau dari celah pintu, mendongak memerhati di seluruh dahan pokok mangga di depan pintu dapur warna biru laut.
Tiba-tiba si bongsu muncul dari arah pintu dapur yang lain, dan tertawa melihat aku yang tertinjau-tinjau ke luar.
"Ni mama, baby dah ambik sendiri haha ..." di tangannya ada anak jin hitam. Rupa-rupanya si bongsu memanjat meja simen bulat untuk mengambil anak jin hitam dari atas dahan pokok.
Sambil menulis blog ini, anak jin hitam sedang santai di sebelah aku, di atas tilam tidurku. Tadi suami sudah berpesan kepadanya, "Jangan berak dalam rumah! Nanti tangkap tikus tau!" sebelum dia bergeak ke Mersing. Anak jin hitam macam faham je.
Semuanya hitam, termasuk anak matanya, tentulah! Yang agak putih hanyalah bulu telinganya dan sedikit bulu di bahagian perutnya, amat sedikit hampir tersembunyi di celah-celah warna hitam. Giginya amat halus meresip-resip kulitku. Sangat lincah bermain. Botol mineral kosong 500ml jadi mainannya.
.
Aku merasa tidak sabar mahu mencuba resepi homemade wet food untuk anak jin hitam. Aku rebus sedikit daging ayam bersama kentang dan karot. Mak yang baru datang dari kampung memerhatikan sahaja dari jauh. "Agar-agar ni nak buat kuih ke?"
"Tak mak ... nak buat lauk anak jin ni haa ..."
"Amboi spesel benar. Mak dah lama tak makan kuih lengkong merah." Aku tersengih.
Jadi, makanannya ialah homemade wet food aku buat sendiri dan minumannya air susu kambing yang baru aku beli untuk diri sendiri. Kita share la nampaknya. Jangan kau tak minum pula, mahal tu!
Selamat datang anak jin hitam! Ketika aku berangan-angan mahu membela seekor kucing buat peneman, anak jin hitam pula yang muncul tiba-tiba tidak disangka. Anak jin pun anak jin lah ... semoga ia anak jin Islam yang soleh lagi sangat takwa. Aameeen.

Subscribe to:
Posts (Atom)
Search This Blog
Blog Archive
Terima kasih :)
utamakan Bahasa Melayu
Pantai Lumut
Pantai Mersing