hendak meninjau mereka. Dengan apron coklat, aku melencong ke pintu dapur madrasah sambil merungutkan sebuah tin minuman kemik dalam longkang.
"Sapa khidmat longkang n keliling ni?"
Tiba-tiba ...
Apasal ramai-ramai kat depan bathroom pulak ni? Aku mendekat. Ada suara orang menggugu-ngugu di balik pintu berkunci.
"Ma, saya tolak ye?" kata PKP (penolong ketua pelajar) sambil tersenyum.
Eh apasal pulak. Jangan bagi rosak. Aku baru teringat pintu-pintu bilik mandi baru diganti semasa cuti seminggu yang lalu.
"Saya dah biasa buat macam ni." jawabnya selamba.
Hehh, karang awak bukak dia tak pakai apa-apa kat dalam tu, macamana? PKP tak jadi meneruskan hasratnya.
Mereka kata ada sengketa kecil baru berlaku. Serta-merta aku maklum, dua-dua heroin tak rasmi yang memang terkenal jenis bad-tampered dan selalu tergesa-gesa telah tercalar hati. Seorang di dalam menangis-nangis, seorang di luar cekak pinggang dengan muka masam.
Aku segera menyuraikan. Yang tak berkenaan masuk buat solat dhuha, termasuk KP yang tersengih-sengih, blank agaknya. Yang bercekak pinggang merusuh dengan suara serak-seraknya pun aku usap-usap belakangnya dan suruh masuk. Nampaknya dia akur, alhamdulillah. Dalam hatinya hanya Allah saja yang tahu.
Kakak si heroin yang menangis-nangis dan membentak-bentak di dalam bilik mandi datang. Hmm camana boleh lupa dia ada kakak ...
Hahh settlekan adik awak ni, kata aku. Lega sedikit. Tentu si kakak lebih arif mengendalikan adiknya yang terkenal panas baran. Si adik membuka pintu bilik mandi dan terus dipeluk oleh si kakak. Bajunya basah. Dah macam drama sitcom, adegan basah-basah dan peluk-peluk. Alahai ... Aku segera beredar sambil membebel dengan bebelan yang berguna. Ehe ...
Baru je nak masuk dapur, telinga menangkap suara si kecil molek yang bercekak pinggang tadi. Haihh adegan baru ke? Aku melencong semula ke pintu depan madrasah merah muda. Bukan mudah nak mengendalikan amarah yang sedang menggelodak dalam jiwa. Bak kata Naqib, dari ustaznya, kalau pelajar luar tu seekor je setan yang mengganggu, pelajar madrasah mau lebih 10 ekor setan yang datang. Allah saja yang maha tahu. Aku masuk dengan rasa terganggu. Tak sudah lagi rupanya.
Dah solat dhuha ke? Masing-masing geleng, seorang dua angguk. So apa tunggu lagi??? Kamu dah solat dhuha, tanya aku pada kecik molek yang bad-tampered tengah menyerang si putih kuning yang terduduk atas lantai masih menangis. Geleng kepala. So tunggu apa lagi???
Aku letak balik rotan yang dicapai dari meja rendah milik ustazah. Dah tu, bawak adik masuk bilik. Selesaikan dalam bilik. Kat sini tempat mengaji. Hormat ustazah. Jangan sampai ustazah datang tengok kamu dua beradik kat sini macam ni.
Aku keluar. Ada tugas menunggu, perlu ke Lil Banin untuk hantar claim perbelanjaan minggu lepas. Sebenarnya aku tak tau macamana nak menguruskan pelajar bermasalah kalau ramai-ramai dan ribut-ribut begitu. Lebih tenang kalau face to face, personal talk. Ada point untuk dicakapkan. Dan rasanya lebih mudah diserap oleh pelajar yang bermasalah. Kalau ramai-ramai, aku bercakap mereka pun bercakap. Aku suruh diam, ada je yang menyampuk. Atau aku pun sama terdiam ... :P
Ada dua kes nampaknya. Aku tanya pendapat suami, yang endah tak endah, dengar tak dengar, sibuk jarinya bermain-main di skrin hp baru Lenovo yang gedabak. Kemudian aku bagi pendapat semula. Dia kata personal talk. Ok nanti panggil lepas seorang, seorang datang. Bila? Tak tau bila. Biar cool dulu. Bila dah tenang baru waras untuk memberi dan menerima buah fikiran. InsyaAllah.
Cuma seperkara. Dulu aku pun gunakan rotan dan cubitan. Tetapi sedikit demi sedikit datang keinsafan dan kesedaran. Rotan dan cubitan bukanlah denda atau hukuman yang boleh digunakan sepanjang masa. Bahkan kesannya kadang-kadang lebih menyakitkan dan mengharukan untuk jangka panjang, kepada jiwa si anak. Mereka insaf dan sedar mengapa perlu dihukum sedemikian, tetapi reaksi luar sedar kadang-kadang menjadi luar kawal. Mereka perlukan rotan di sepanjang masa. Kalau tak rotan, tak datang kesedaran. Sebab dah biasa dirotan. Kasihan kan.
Walaupun mak pernah kejar aku keliling rumah dengan talipinggang hijau askar masa kecik dulu (sapa bagi aku tak tau ... ada dua ahli keluarga yang pernah berkhidmat dalam tentera). Hingga akhirnya pernah mak dan mak mertua aku bagi hint untuk gunakan ketegasan rotan dan cubitan, macam la aku tak pernah jadi garang. Kecuali mak R yang memang ibu terbaik, tak pernah marah dan tak pernah ajar aku macamana 'ajar' anak (tapi aku belajar banyak perkara dari mak R dalam diam-diam).
Maka aku tarik nafas memikirkan kisah si putih kuning yang terkenal panas baran ini. Sambil menolong aku di dapur, dia dan kakaknya bercerita setiap hari rotan panjang adalah habuan biasa untuk mereka. Walaupun kesalahan yang memang perlu dibaiki, seperti terlewat solat, menyorok dalam almari sebab tak nak pergi sekolah, atau apa saja. Hukumannya sama, rotan sampai bergaris-garis di betis. Aku tak tau, rotan dalam senyap atau rotan sambil marah-marah. Kalau mak aku dulu, rotan sambil membebel. Nanti malam dia datang time aku tidur (tapi tersedar dan buat-buat tidur terus), mak sapu ubat sambil bercakap (macam la aku sebenarnya tak tidur, mak tau kot) kenapa mak rotan bla bla bla ... (Sebenarnya aku tak la nakal, entah apa yang mak marah sangat ye ...)
Aku teringat Us M yang datang merawat pelajar tempohari. Si dia ni salah seorang dari beberapa orang pelajar yang ada 'sesuatu' bersarang dalam dirinya, menurut ilmu Us M. Wallahu'alam.
Walau apapun, aku cuba juga buat kesimpulan. Mendengar rintihan dua beradik ni, yang menangis terus menangis. Si kakak mula give up. Aku katakan, sesuatu yang teruk atau hebat tak selalu berlaku. Namun sesekali itulah yang paling menguji. Apa juga kesnya. Yang harian berlaku, biasa saja.
Di situlah ujian kesabaran dan ujian iman. Nak give up ke feel down ke atau apa? Tolong jangan putus asa. Allah bersama orang yang sabar. Ujiannya adalah ujian sabar. Tak kira usia apapun anda. Mudakah, tuakah. Memang dunia ni Allah jadikan sebagai tempat ujian.
Teringat pada Abil dalam blog Warkah Untuk Isteri tu, dia happy dan sharing pengalamannya dengan ramai orang. Bayangkan sekiranya dia menjadi sebaliknya. Tentu saja duka berganda-ganda. Apa yang dia dapat? Tentu kesengsaraan semata. Sebaliknya, walaupun asbab duka sudah berlalu, dia masih saja happy dan ramai pula yang terkesan dengan kisahnya. Ada positve effect.
Sekelimbas muncul wajah-wajah suci murni yang pernah aku temui. Lembut dan selalu pasrah. Tidak ada istilah ganas dan garang. Bak angin sepoi yang menyapa wajah di petang yang redup tenang. Mendidik anak itu bukan pada hari ia melakukan kesalahan atau kesilapan. Bahkan sebelum ia terbentuk di dalam rahim si ibu sebenarnya. Berpuluh tahun ke belakang. Bermula dari dirimu sendiri. Sekarang!
* Satu hari nak minta maaf to my eldest son, sebab pernah kurung dia dalam bilik air untuk toilet trained. Pernah cubit dia sampai lebam (dia memang cepat nampak lebam sebab kulit cerah). So sad. Semoga Allah Yang Maha Pengasih sentiasa merahmatinya dengan rahmat sakinah mawaddah penuh berkah dan memasukkan dia (dan semua anak-anakku, keturunanku ...) ke dalam golongan terpilih asbab hidayat dan daie daieyahNya hingga hari Kiamat. Allahumma aameeen insyaAllah.
Apabila hati bersuara, ia adalah bisikan paling halus dari sudut hati yang paling tersembunyi. Tiada sesiapa mengetahui melainkan Allah Taala yang Maha Seni. Lalu hanya kepada Allah aku berserah diri. Ya Allah, kurniakan daku takdir yang baik di dunia ini dan takdir yang baik juga di akhirat nanti. اللهحم امين
Bismillah
Monday, April 14, 2014
Sunday, April 13, 2014
I Luv U
my fren. Aku teruja menulis begitu petang tadi.
Dia memberikan kata-kata; I nak cakap. I suka kawan dengan u. I suka ada kawan macam u. Buleh tak I cakap macam tu?
Wahh ... salah satu sudut menarik di alam maya. Kita tak pernah bersua. Kita juga tak pernah calling-calling. Kita tak pernah dengar suara. Kita chatting pun kadang-kadang je. Tetapi kadang-kadang yang lama juga bila dapat peluang berchatting. Walaupun tak ada sangat yang kita bualkan. Penting-penting je. Atau remeh temeh saja. Kekadang tanya khabar mak. Tanya masak apa hari ni? Tanya dah sidai baju ke belum.
Dah la typo selalu. Boring je bila nak membetulkan ejaan. Atau tambah je di bawahnya; *typo.
Tetapi dalam pada tak pernah bersua muka. Kalau berjumpa macamana agaknya ... Profile pic pun letak gambar lain, bukan gambar muka kita. So tak tau macamana wajah dia.
Tak pernah calling-calling, jimat kredit. Tak pernah dengar suara. Kalau dengar suara camana agaknya ... Makin cair hati kot ...
Kita jatuh hati juga. Memang alam maya ni ajaib sifatnya. Tetapi tentulah jauh lebih hebat dan ajaib lagi alam akhirat yang ada syurga dan bidadari tu. Tak boleh nak dibandingkan sama sekali. Memang Allah rahsiakan betul-betul. Hmm ... dengan izinNyalah juga alam maya yang aneh ini dapat kita layari begini.
Tetapi, bila dah ada rasa kasih sayang dalam hati. Timbul pula rasa ragu sedikit. Syaitan berbisik. Itu belum berjumpa. Kalau dah berjumpa, ntah-ntah dia terkejut dan terus jadi tak suka.
Lalu hati membantah. Eh mana boleh. Kita mesti berbaik sangka sentiasa.
Lalu dari situ, eloklah kita ucapkan Syukur Alhamdulillah kepada Allah yang telah meletakkan rasa kasih di dalam dua hati yang tak pernah bertemu muka ini. Aku dan si dia. Walau apa pun asbabnya, semoga jalinan kasih yang muncul ini akan berpanjangan hingga ke akhirat.
Hidup memerlukan kasih sayang. Hati yang kosong tanpa kasih dan sayang adalah hati yang separuh mati. Usah putuskannya.
Aku berdoa ... yang baik-baik saja.
Allahumma aameeen. InsyaAllah. Alhamdulillah.
* one more time to say, i luv u ZA. Hehe ...

Dari Jabir r.a meriwayatkan bahawa Rasulullah SAW bersabda:
Seorang mukmin mencintai dan dicintai. Tidak ada kebaikan dalam diri
seseorang yang tidak mencintai atau tidak berkasih sayang. Orang yang
terbaik di antara manusia adalah orang yang paling banyak memberi
manfaat kepada orang lain. (HR Dar Qutni dan Targhib)
Saturday, April 12, 2014
Hari ini menghadiri jemputan majlis perkahwinan anak saudara suami di Pulapol. Ramai ahli keluarga yang hadir, termasuk dari Singapura dan Pulau Pinang. Aku beredar dari meja ke meja untuk bersalam dan cium pipi dengan mak-mak saudara, anak-anak saudara dan ipar duai. Tetapi tuan rumah dan isterinya (abang ipar) tak aku temui sebab ternampak mereka tersangatlah sibuk melayani tetamu yang tak putus.
Dewan terbuka dan selesa. Tidak terkurung. Makanan pun enak, nasi beriani kambing. Ada lagu-lagu berkumandang, hmm ... Aku cuba mengingatkan diri dalam alpa dan terleka.
Mak saudara dari Singapura menarik aku ke kereta. Dia menyerahkan satu beg berisi sesuatu, katanya tudung-tudung labuh seperti yang sedang dipakainya. Alhamdulillah, orang beri aku terima.
Nenek pengantin menyapa aku. Suaminya baru kembali ke rahmatullah dua minggu lepas. "Intan tau ke pak aji dah tak de?" tanyanya sedih. Aku angguk. Tumpang sedih juga. Sudah lama tak bertemu mak aji ni. Rasa aku, sebelum aku berniqob lagi. Ya, sudah bertahun-tahun lamanya. Dia akan tinggal bersama anaknya. Sudah tidak boleh tinggal berseorangan lagi di Jasin. Aku terharu. Teringat Mak Ramlah dan Mak Juriah di kampung. Aku hanya dapat ucapkan kata-kata untuk menyabarkan mak aji dan menyedapkan hati saja.
Oh ya, kami membeli kitab Fadhilat Amal sebagai hadiah untuk pengantin. Suami yang mencadangkan. Dalam perjalanan tadi, kami singgah di Sri Petaling untuk membeli kitab ini. Suami mencari selipar untuk dirinya. Aku sarankan selipar model milik Nabi SAW. Mahal tetapi semoga berkat. Semoga menjadi asbab kesihatan kakinya yang sakit akibat tendonitis (radang otot, terhentak koyak bermain badminton). Hidayat minta tafsir al-Quran. Aku senyap-senyap meletak dua buku Rangkaian Kisah-kisah Bidadari berdekatan tafsir al-Quran Hidayat di kaunter dan beredar jauh. Suami tidak perasan sebab dia sibuk mencari saiz selipar.
Sudah acapkali nampak buku tentang Bidadari ini tetapi tidak kuendahkan sangat. Biasa saja kisahnya, macam yang dalam al-Quran, fikirku. Tetapi tadi aku selak dan baca sekelimbas lalu isi kandungannya, macam menarik saja. Lain dari selalu. Inilah salah satu yang boleh menjadi penawar dalam tulisan, kata hatiku tiba-tiba. Kisah bidadari yang jelita dan kenikmatan syurga tentu sahaja menjadi penawar untuk hati-hati yang resah dan keluh-kesah.
Tak sabar rasanya nak membaca kisah para bidadari ini. Aku yang perempuan pun tak bersabar, orang lelaki apatah lagi ye ...
Kemudian kami ke Hospital Pantai, Bangsar. Kakak admitted malam tadi, katanya ada sedikit jangkitan kuman dan liver bengkak sedikit. Dia bersendirian, aman nampaknya setelah dari hari Isnin keresahan serba tak kena. Bahu kirinya sakit dan jammed, mahu MRI. Ada pula kisah lucu di sebalik sakit yang mengujinya. Aku hanya boleh katakan dan mengingatkan diri sendiri, kita perlu berhati-hati dengan perawat. Jangan sampai kita syirik kepada Allah tanpa sedar. Sampai harus sedekah ayat suci kepada makhluk halus pula supaya ia beredar dari dalam badan. Lebih baik sedekah ayat suci kepada diri sendiri je. Kelakar apabila ada pengesahan 'kiriman' sudah diterima, walhal tiada pengiriman dilakukan. Apa tu??? Siapa yang terkena sebenarnya? Pesakit atau perawat yang dikenakan dek makhluk tersebut?
Ok la, mau baca kisah bidadari. Dalam kepala versi lain, tapi bila ditulis jadi versi lain pulak.
aku berdoa.
Semalam petang, tiba-tiba
datang fikiran aneh. Aku rasa macam nak berhenti menulis di blog ni.
Seorang perempuan, adalah aurat seluruhnya. Menutup wajah dan tubuhnya. Tetapi memberitahu macam-macam pulak kat blog. Apa ni???
Tiada gambar. Tiada wajah. Tiada suara.
Tapi ada kisah. Ada cerita.
Ada gambaran tanpa gambar. Ada bayangan tanpa bayang.
Ada sesuatu yang muncul di kepala pembaca.
Apa-apa saja.
Terdedah semuanya walaupun tak segala-galanya.
Aku rasa aneh. Aku rasa betul.
Tetapi aku suka menulis. Macamana ni???
Tengah malam tadi hujan turun tersangat lebat. Ada guruh ada petir. Ada kilat memancar-mancar, menyala-nyala menerangi sekali-sekala.
Maka aku berdoa.
Ya Allah, aku suka menulis. Aku ingin menulis. Semoga tulisanku jadi penawar (buat masa ni belum lagi dapat jadi penawar). Semoga tulisanku jadi asbab hidayat (masa ni pun belum). Semoga tulisanku jadi peringatan bukan jadi bahan melalaikan. Semoga tulisanku jadi asbab kebahagiaan di akhirat, macam peringatan yang diberi oleh Habib Umar. Juga jadi asbab rezeki yang diberkati (last sekali). Aameeen.
Ya Allah, ajarkanlah aku menulis. Supaya tulisanku tak menjadi sia-sia. Supaya orang tak membazir masa membacanya dan menjadi lalai tak tentu hala. Supaya masa yang aku gunakan untuk menulis tidak juga sia-sia.
Ya Allah, aku menulis bukan mau popular. Bahkan rasanya aku tak akan promote buku macam orang lain promote buku mereka (kecuali dah buat page buku di FB). Kenapa? Aku tak mahu jadi popular. Mahu diam-diam saja. Biar buku itu sendiri berjalan dari tangan ke tangan, meniti dari mulut ke mulut. Semuanya dengan izinMu. Engkau Maha Kuasa Ya Allah, makhluk tiada kuasa. Apakah buku itu akan diketahui dan dibeli oleh ramai orang nanti? Tiada iklan, tiada promosi, tiada makluman. Tau ke manusia kat bumi ni pasal buku tu ... perlu risau ke? Rasanya dah cukup la promosi sebelum ni. Orang akan membaca isinya, bukan mencari kerana populariti.
Tak kisah la kalau dikatakan perasan bagus. Itu rahsia, diam-diam je. Orang juga yang akan nilai bagus ke tak bagus. Dan tak perlu risau apa yang orang kata. Tak mesti betul. Tak pasti salah. Sebab fikiran manusia tak semua sama.
Allah maha kuasa. Aku mahu berserah padaMu semata ya Allah. Mahu berdiri teguh di atas jalan yang lurus. Walau bumi bergoncang selalu. Janganlah biarkanku walau sesaat ya Allah.
Blank. Aku berdoa ... macam selalu. Aameeen. Allahummma aameeen. Alhamdulillah.

Friday, April 11, 2014
Baru sehari
tak berjumpa. Macam rindu je masing-masing. Cehh ... yela tu.
Pagi tadi, Zakiah kata aku belum balik. So bila aku picit loceng suruh datang ambik air minuman, Hani terjerit kat tingkap. "Yeyeh mama dah balik! Yeyeh mama dah balik! Apasal kata mama lom balik. Tipu ea ... mama, nak coklat."
Semasa tengah goreng karipan tuna yang dibeli di Giant Seremban malam tadi, aku cerita sikit kat Ruqoiyah. "Ada kisah sedih pilu hiba tragis menyayat hati dukacita sengsara derita merana ..."
"Mama, saya pun ada kisah sedih gak ni. Nanti nak jumpa mama ea ..." kata Ruqoiyah dengan muka sebik. Aik, baru sehari tak jumpa dah ada kisah sedih ... sama je kita.
Hani masuk dengan jubah pink berkilat. "Lamanya seminggu tak jumpa ... " Perli. Sebab aku kata balik kampung seminggu. Caya pulak dia hihi ... buat-buat caya. Kepoh je sebenarnya.
Aku mula rimas. Mula nak 'menghalau' masing-masing keluar. Lepas sorang, sorang masuk. Termasuk Alya comel. Nak menyelit jugak dia di dapur ni. Mujur comel.
Ketika masing-masing keluar (selepas kena halau) Hani yang terkemudian sekali berbisik, "Mama, kita nak jumpa mama nanti tau. Ada kisah sedih la." Kisah sedih lagi. Tadi kakaknya, ni adiknya pulak. Hani pun buat muka hiba. Alahai ... berlakon nombor satu.
"Cer citer sket. Hint."
Dia pun bla bla bla bagi hint. Hmm ... camana tu? Kena siasat. Dan kena pertimbangkan dengan waras, adil dan saksama. Walau aku pun ada terbabas, insyaAllah selalu kembali waras. Selebihnya dimesyuaratkan, dan keputusan dari pihak pentadbiran. Buat pemantauan dalam diam. Ada kes ulangan dan bukti yang menguatkan, kita akan ambil tindakan yang sepatutnya. Selainnya, abaikan. Budak-budak perempuan ni memang kepoh je lebih.
Tertanya-tanya pulak ... apa yang menyedihkan Ruqoiyah? Apa pula yang menyedihkan Hani?

Aku tergamam
tapi kucing itu semakin jauh. Ada sesuatu di mulutnya. Patut la semasa aku menggoreng daging burger tadi, aku perasan dua anak kucing mak meremang bulu di bawah kerusi kayu dan memandang ke satu arah. Tentu musuh, fikirku. Bila diperhatikan, ada kucing jantan dengan muka ganas sedang memerhatikan.
Dan tiba-tiba anak Miza yang kecik sikit datang berdekatan. Sekelip mata kucing jantan muka ganas berbulu gelap menyambar (macam sambar tikus or anak ayam) dan membawanya lari ke arah hutan belakang. Aku terkapa-kapa dan terus cari Miza. Aku angkat Miza nak suruh dia pergi belasah kucing tu dan harap-harap dapat lagi selamatkan anaknya yang sedang digonggong. Tapi ... malam makin kelam (maghrib) dan Miza tak faham apa yang yang aku suruh (walaupun aku beria-ia cakap kat dia) dan kucing jantan ganas tu semakin jauh menghala ke hujung pagar nak masuk ke hutan belakang.
Hanessa menangis. "Tu kucing Baby. Kenapa sume kucing Baby mati??" Sedihnya mendengar.
Aku peluk dia. "Tak pe ... tak pe ... conform sume dah kat syurga. Don wori." Teringat Mizi kesayangannya yang kena langgar kereta. Comel yang hilang kat sini juga. Dan baru je anak kucing dia (aku pun tak perasan bila dia anggap anak kucing tu dia punya ... tak alert betul) jadi mangsa kucing jantan jahanam.
Mak mula flashback. Patut la Comel menghilangkan diri (or kena baham jugak?). Patut la mak nampak Cantik bawak anak-anak keluar dari pagar rumah pada satu pagi yang hening (huhu) dan terus menghilangkan diri entah ke mana. Patut la Kempang (sebab dah tempang) ada kesan gigitan dua gigi kat kaki dia pada satu pagi dulu, mak syak kucing yang sama yang cuba membaham anak kucing tu. Sampailah mak keluar duit bawa anak kucing yang nazak tu ke klinik haiwan dan dengan izin Allah sudah sembuh cuma tempang.
Kucing siapa, entah. Dulu tak de pulak. Dulu dia kecik lagi, jawab mak. Patut la tengah malam jam 2 pagi 3 pagi dengar kucing bergaduh. Patut la makanan kucing abih licin dia punya kerja la. Dah makan nasi, anak kucing pun ditibainya. Mak mencurah perasaan dan amarah.
Mak, slow-slow mak. Kang urat mata tegang. Mak baru operate buang katarak. Masih basah berair mata kanan mak. Asyik pakai rayban lawa je. Mendung je, kata mak. Memang la mendung, pakai rayban memanjang.
Aku pasrah. Macam Miza yang pasrah. Dia yang macam dah mula faham apa yang terjadi, datang ke kawasan kucing jantan hantu tu dan menangkap bau di udara.
"Anak kau dah tinggal sekor je Miza... kesian." Dari empat jadi sekor.
Aku bawak Comel dan Cantik anak-beranak ke kampung supaya mereka happy. Mak happy. Aku tak sampai hati nak hantar ke pasar-pasar atau kaki lima kedai atau tempat pasar malam yang seminggu sekali je dan selebihnya kawasan kosong bersampah.
Tak sampai hati membayangkan kucing itu yang biasa diberi makan, tiba-tiba ketakutan dengan bau baru, suasana baru dan jerkahan dari orang yang tak dikenali. Walaupun aku tau, kucing ... pasrah je.
Maka kampung mak jadi tempat yang sangat sesuai. Tapi tak sangka dan di luar dugaan ada pulak pemangsa yang luar biasa di sana. Tak sangka! Selama ni aku mendengar kisah kucing makan anak. Itu anak kucing yang baru lahir. Ini ... dah besar. Dah 4 bulan kot umurnya. Cuma anak Miza ni saiz kecik sebab anaknya lima ekor semuanya.
Mak mula azam nak meracun kucing tu. Kata mak bila aku yang keliru bertanya, memang itu balasan dia. Dah nampak dengan mata kepala. Dan tentu yang hilang sebelum ni pun dia punya kerja. Sebab dicari tak jumpa bangkainya. Tentu dia juga yang membaham. Aku tambah tergamam.
Pujangga Seni baru je naikkan status kesal pasal meracun kucing tempohari di FB. Aku kata, kesiannya ... Tiba-tiba mak pulak nak meracun kucing. Dan kucing tu dah membuktikan kesalahannya depan mata aku sendiri. Aku ... serba-salah.
Macam ni ke jalannya?
Akhirnya mak tukar plan. Mak kata kucing tak akan makan makanan yang diracun. Tapi mak akan pasang perangkap kera dengan umpan sedap-sedap. Dah dapat tangkap nanti mak akan hantar jauh-jauh. Hantar ke Bukit Putus je mak, biar dia kawan dengan monyet beruk kat sana, kata aku dengan rasa sakit hati.
Tak dapat aku bayangkan ... bagaimana sakitnya anak kucing tu kena baham. Dalam keadaan nyawa-nyawa ikan, kucing jahanam tu mula mengoyak-ngoyakkan daging perutnya dan mengunyah. Dia mahu lari tapi tak mampu berdiri. Kepalanya ditekan dan dagingnya terus digigit dengan ganas dan rakus. Akhirnya semuanya kelam dan gelap, seperti malam yang hitam. Darah memenuhi muka dan bulu kucing jahanam. Memang jahanam!!!
Semoga plan mak berjaya. Andai sebaliknya, aku nak suruh abah tembak je kalau dia datang lagi. Boleh?
Boleh je. Jawab sendiri.
Apa pun, tulisan aku masih cool. Mau goreng karipap. Sudah 6 minit berlalu melepasi jam 8. Tapi tak boleh tunggu waktu senggang untuk mencatat di sini. Aku suka menulis.
Jumpa lagi.

Wednesday, April 9, 2014
baca blog popular
yang baru ditemui, Warkah Buat Isteri , membuatkan aku kagum dan termenung sejenak.
Tak mampu membaca semua catatan di sana (yang sentiasa dapat rantaian komen berjela), tetapi beberapa entry yang ada menyebabkan aku angkat kening dan tarik nafas panjang-panjang. Penulis itu memang luar biasa peribadinya. Dia sangat kasihkan isterinya (arwah) dan sentiasa berusaha menyegarkan rasa cinta yang sedia ada.
Sangat bertuah si isteri, yang dibelai bukan sahaja ketika dia sihat, bahkan juga ketika dia sakit strok. Sangat beruntung dia ketika ini, setelah dia aman di alam barzah sana, tetap diingat-ingat dan disebut-sebut namanya dengan ingatan penuh kasih sayang dan rindu cinta yang tetap dalam.
Rupa-rupanya kisah mereka ni (Abil & Gee) dah masuk paper dan segala macam media siaran, aku je yang ketinggalan zaman. Akhirnya tau juga la ... walaupun tak mengikuti siri semasa.Sesiapa yang tak tau lagi tentang blog hot ni, boleh klik ke sana dan baca catatan DIM yang kini sudah terbit bukunya tu.
Satu soalan yang aku jumpa dalam catatan di blog itu, ialah apabila penulis ajukan pertanyaan kepada tetamu yang berziarah arwah isterinya, "kalau kita sakit, siapa akan jaga kita nanti agaknya?" Aku pun mula fikirkan jawapannya. Suamiku kah? Sepatutnya, siapa lagi? Kalau dia sakit, siapa pulak yang jaga dia? Akukah? Siapa pulak lagi? Hukum akalnya begitulah.
Terfikir pula, sedang sihat walafiat begini tiba-tiba jatuh sakit. Tiba-tiba strok. Tiba-tiba koma. Tiba-tiba ... kalau terus meninggal dunia habis cerita. Tapi kalau hidup segan mati tak mahu, atau harus menderita terlebih dahulu, siapa akan jaga aku? Ya Allah.
Ok, Stop. Usah fikir benda yang belum jadi. Ini stail fikir orang-orang tua la ni. Jauh jangkauan fikirnya. Sampai entah berpuluh tahun akan datang. Ini juga yang menyebabkan rasa sakit di jiwa dan sakit di fikiran dan menderita sebelum benar-benar tersiksa.
Mari kita baiki amalan. Jom zikir ingat Allah. Jom selawat kepada Rasulullah SAW. Jom solat dan baca al-Quran. Jom tahajjud. Jom keluar ke jalan Allah. Jom taklim kat tempat yang sama di waktu yang sama tiap-tiap hari. Dah habiskan tasbehat hari ni? Pagi tadi dah settle ke? -----> soalan untuk diri sendiri, peringatan untuk diri sendiri juga.
Azam untuk baiki diri. InsyaAllah Allahumma aameeen. Semoga Allah bantu dan tolong baiki kita. Semoga berkat amalan, Allah kasihan dan beri yang baik-baik kepada kita. Sampaikan hajat yang baik dan selamatkan dari hajat yang buruk. Selebihnya Allah simpan lambat sikit, dan simpan juga untuk diberikan di akhirat nanti. InsyaAllah. Apa yang Allah bagi, syukuri dan Allah kata akan ditambah lagi. Syukur dan tambah lagi. Dan Allah tidak sekali-kali mungkir janji.
Bila tak berFB, leka pula di blog. Dan ada masa untuk ziarah ke blog-blog yang sudah lama tak dikunjungi. Sampai naik kelabu mata. Ada je pulak sesuatu yang dikongsi.
Tadi petang, aku merombak semula susunan ahli dalam kumpulan taam dan khidmat. Kumpulan 1 dan 3 menerima banyak aduan, bahawa mereka tidak sehaluan menjalankan tugas. Boleh kata hari-hari ada je sampai aduan dan komplen dari ahli kumpulan secara senyap-senyap dan berbisik-bisik kepada aku. Tadah saja telinga. Maka aku cadangkan kepada mudirah untuk membuat rombakan sebulan sekali supaya semua pelajar saling mengenal lebih rapat, bukan dengan satu kumpulan semata. Mudirah bersetuju sahaja dan secara halus dia menyerahkan tugas itu semula kepada pencadangnya, aku. Walaupun di hujung ayat, mudirah kata selama dia di madrasah dan mana-mana madrasah pun tidak ada rombakan dibuat dan ahli kumpulan itu kekal sampai bila-bila.
Hmm ... dulu aku selalu terlibat dalam program berkumpulan dan pertukaran ahli kumpulan ada juga baiknya. Kalau ahli kumpulan tak dapat bekerjasama, aduan akan dibuat dan tindakan susulan diberikan untuk membantu membaiki keadaan. Tetapi ada juga yang tersangkut hingga sudah, dan masih kuingat salah seorang yang pernah 'bersengketa' kecil denganku gara-gara dia tidak memberi kerjasama seperti yang diharapkan.
"Mamaaa ... oh mamaaa ..." aduii kalau ikut adat memang dah kurus kering aku ni, sebab baru je duduk dah bangun balik ke dapur dipanggil mereka ni.
"Apa lagi?" keras je soalan.
"Mama, kami ada hajat." Muncul tiga wajah manis tersenyum-senyum di pintu.
"Amende?" stone je.
"Mama. kita bertiga nak satu kumpulan tau. Tak nak berpisah. Kami ni selalu bergaduh so kami tak nak pecah-pecah."
Aku pandang tiga-tiga wajah comel ni dengan hairan. Selalu bergaduh tapi tak nak berpisah? Agaknya nak baiki keadaan kot.
"Eh no no no! Karang semua orang pun mintak macam tu juga. Mama pulak kena ikut cakap korang ea? Mana aci." Aku jawab dengan serius. Buat-buat serius. Sedangkan mereka sengih-sengih.
Dah la sebelum itu tadi, belakang aku krem dek tergelak besar. Aku cuba atur kumpulan baru dengan memberi nombor baru di setiap hujung nama secara rambang. Selesai, macam mudah je. Alya comel yang suka 'menyibuk' pun ambil kertas tu dan belek.
"Eh mama, kumpulan saya semua budak kecik, Kak Hani je sorang yang besar." Dia mula terkekeh-kekeh ketawa. Aku yang tersurprise belek balik kertas tu. Aduii.. memang sahih. Hani akan berkumpulan dengan empat orang kanak-kanak usia 9 -10 tahun. Dia, 14 tahun. Secara otomatik minda aku menayangkan kejadian-kejadian lucu yang tiba-tiba timbul dalam kumpulan kanak-kanak ini, dengan Hani sebagai ketuanya. Macam tayangan gambar kartun pun ada. Tiba-tiba je ... Hehehe ... aku pun tergelak. Makin dikawal makin terlepas gelak aku. Alya pun makin galak kekehnya. Aku yang dah tergelak, makin hilang kawal mendengar ketawa Alya. Tak boleh tahan!
"Astaghfirullah ... astaghfirullah ... mama tak boleh gelak kuat nanti krem. Alya tolong jangan gelak lagi." tapi dia terus terkekeh-kekeh, aduii ...
Akhirnya aku surrender. Terpaksa bangun dan membongkokkan badan. Bahagian belikat belakang dah kejang. Satu nikmat yang sudah mula ditarik sedikit demi sedikit oleh Pencipta kenikmatan. Aku tak boleh gelak kuat. Sekadar senyum je ok.
"Hani, tolong urut belakang mama." Hani yang sedang mengayuh basikal Hanessa mula memicit belakang aku yang membongkok. Kemudian ada lagi beberapa tangan lain memukul-mukul perlahan sambil pot pet pot pet ... aku tak kisah siapa asalkan krem ni hilang.
Terdengar suara Nurin bertanya, "Kenapa ni? Kenapa Cik Intan? Sakit perut ke?" Caring je anak Encik Hanafi ni ye ...
Pertama kali krem kerana gelak yang lost kontrol ialah semasa dalam kereta dalam perjalanan ke Senai. Aku, suami dan arwah Wan Libah. Entah apa lucunya aku dah tak ingat. Tapi Wan Libah memang sesuai benar dengan suamiku kalau buat kelakar. Yang jadi mangsa ialah ... aku, sebab krem akibat ketawa besar sangat.
Sebenarnya tak baik ketawa besar. Rasulullah SAW pun kalau lucu sangat hanya senyum lebar hingga nampak gusi sahaja. Inilah baiknya. Krem pun krem la. Aku tak mau tergelak besar lagi. Alya mesti diberi amaran, JANGAN KETAWA KEKEH-KEKEH LAGI MACAM TADI. Err boleh ke macam tu?
* esok drive balik Kuala Pilah ziarah Mak J yang baru operate buang katarak di mata kirinya semalam, di Hospital Kuala Pilah. Kesian mak, dah dua hari baru anakanda dapat ziarah. Tempohari Mak R operate mata, dah seminggu kot baru aku dapat ziarah. Ampun maaf bonda-bondaku. Anakanda terikat di sini. InsyaAllah lepas raya Aidiladha anakanda merdeka kot. Doakan ye.
Allahummma aameeen. InsyaAllah.

aku berdoa...
mau jadi penulis diam-diam je.
Gulai ikan
sudah menggelegak. Kobis dan lobak sudah siap untuk digoreng. Aku membantu suami mengangkat jam 'motherclock' yang mak belikan dulu ke dalam CRV. Di dalam kereta sudah separuh padat dengan dua karpet merah saiz besar seusia anak kedua kami dan kerusi malas rotan milik abah. Berpeluh-peluh walaupun cuaca redup tetapi hangat.
Selesai bersalam, cium pipi, ucap selamat dan lambaian selamat jalan kepada suami. aku kembali ke dapur. Memanaskan kuali dan mula menggoreng sayur. Ok, sekarang masa menunggu pelajar datang mengambil makanan pula. Aku duduk-duduk di kerusi. Anis muncul membawa tarmos Ustazah F meminta air panas. Kemudian beberapa lagi orang pelajar datang. Mereka sudah selesai solat Zohor.
"Ok, ambik lauk. Jangan lupa ustazah punya."
Pot pet pot pet ... suruh ambik bekas mihun pagi tadi untuk isi sayur. Pesan pula lauk ikan berapa ekor untuk setiap talam. Kira guna calculator. Kira budget tengahari dan petang. Ustazah F berapa. Ustazah A berapa. Pot pet pot pet ...
Lauk sudah selesai. Aku pun duduk kembali dengan rasa lega. Zakiah datang. "Mama, nasik?"
"Laa lom ambik nasi ke, ishh!" aku sedikit geram. Pelajar khidmat tu ambik lauk je rupanya??? Semua nak kena cakap!!!
"Ambik alas tangan. Haa ambik nasik."
Tiba-tiba, "MAMAA!!! NASIK TAK MASAK LAGI!!!!"
Terkejut dan terkujat! Aku terlompat dari kerusi. Zakiah mengangkat tutup periuk nasi, benar! Ia masih bergenang air, tidak ada tanda sedang menggelegak apatah lagi mengering airnya. Aduhhh...
Kalut. Aku angkat periuk dan letak di atas tungku dapur. Aduhhh... maaf maaf ... mama tak perasan. Macam dah on ... tapi tak on.
Kemudian Zakiah memeluk aku. Aku memeluk Zakiah. Macam nak menangis walau tak ada rasa nak menangis pun. Aku ingat, ini kali kedua aku terlupa nak on periuk nasi. Tetapi tak seorang pun dari mereka ni yang sebut hal tu. Betapa ... terasa sendiri kecuaian diri.
Anis datang lagi. Nasi sedang menggelegak di atas tungku. Melompat-lompat beberapa butir beras jatuh ke atas dapur. Aku bangun perlahankan api dan mengacau sambil berdoa, cepatlah masak wahai nasi. Masa berlalu dan jadual hari ni dah lari time gara-gara keterlupaanku.
Hanisah pula muncul. "Mama, saya rasa ustazah kecik hati dengan A..."
Anis mengiakan. Aku hanya pasang telinga dan memerhatikan mereka.
"A ... macam tak hormat ustazah. Dia bla bla bla ..." tokok Anis. Aku pula mengiakan. Memang kenampakan sikap A ... kebelakangan ini. Hmm ...
Aku tarik nafas. "Mama rasa Ustazah tak lama kat sini. Suaminya pun tunggu panggilan ke mana-mana."
Anis dan Hanisah merenung aku. "Mama," kata Hanisah. "Saya rasa mama pun tak lama kat sini, kan."
"Mama hanya membantu untuk permulaan ni je. Mama pun tak sangka akan berada kat sini. Tapi alhamdulillah la dapat berkhidmat untuk orang fisabilillah macam korang ni."
Hanisah mengerut dahi. "Fisabilillah?"
"Ye la, kita ni sedang fisabilillah. Kalau mati, kita mati syahid tau." sampuk Anis. "Tapi mama, janganlah pergi. Nanti kita nak mengadu kat sapa. Mummy kita kata kalau ada masalah cakap kat mama ... plis mama ... " Kemudian dia menutup mukanya dengan hujung tudung hitamnya. Aku buat tak tau saja.
"Hehe ... insyaAllah kalau datang pengganti nanti mesti jauh lebih baik dari mama. Don wori."
"Tapi mama, " Anis membuka wajahnya tiba-tiba. "Kalau dapat macam makcik Bukit Naga camana?"
Aku tergelak. Anis yang pernah belajar di madrasah Bukit Naga telah menerima khidmat makcik warden cum tukang masak di sana yang meronda bersama rotan di tangan. Aku nak kata apa, dengan pelajar lebih seratus orang kalau tak garang memang sendiri kena ngap dek student.
***
"Mama, kita nak beli biskut. Kita lapar. Dah 10 minit kita lapar." kata Hani. Selamba saja.
"Tak boleh." Kalau dah makan makanan sampingan, mesti tak nak makan nasi nanti.
"Ala plis mama. Kita lapar. Nanti kita kena gastrik camana?" Hani terus memujuk dan membodek.
"Ok la ok la. Pi la ambik."
Dengan cepat dia mengambil coklat Apollo kulit merah dan pulang ke madrasah. Sebentar kemudian dia datang lagi.
"Mama, dah masuk angin la mama ..." dia tunjuk wajah kecewa.
Aku ambil biskut di tangannya dan gigit. Sah dah masuk angin, campak ke tong sampah. "Gi ambik lain."
"OK," katanya dan kembali ke madrasah selepas mengambil satu biskut Apollo kulit merah.
Sebentar saja. "Mama, sume dah masuk angin la. Kita makan satu je." Di tangannya ada pembungkus merah yang sudah kosong.
Ishh ... pi la ambik sume.
"Kita tak nak la. Kita dah buang sume." Hmm bagus le.
Jangan tak makan nasik kejap lagi pulak ye!
***
"Mama, kita tak makan kari. Kita kalau makan kari mesti dengan kicap." kata Afifah, pelajar baru adik kepada Ustaz Z.
Aik, tak makan kari tapi kalau ada kicap baru makan ... camana ni.
"Takde kicap," jawab aku acuh tak acuh. "Kicap mi ada le tu."
Amira menyampuk, "Mama, ayah saya kata kalau suka makan kicap nanti muka bertanda hitam." Dia meletak jari telujuk ke pipi kirinya.
Semalam ketika Afifah datang, "Afifah, mama nak berguru dengan kamu." Dia terkejut. "Pendinding yang kamu buat tu la ..."
"Err mama tanya la dorang, dorang dah tau dah."
"Mama nak berguru dengan kamu. Cepat kamu bagitau je macamana caranya."
Afifah tersengih. Dia mengajarkannya kemudian. "Nanti lepas tu mintak la mama nak mimpi apa."
Eh, ni nak mintak mimpi ke nak pendinding diri? All in one ke?
"Tak de la, pendinding sebenarnya. Tapi nak mintak mimpi pun boleh juga."
Mana dia belajar ni?
"Saya belajar kat madrasah lama saya."
Hmm ... Kelmarin Nurul Ain datang menceritakan mimpinya yang istimewa. Dia membuat apa yang diajar Afifah dan malam itu dia bermimpi sesuatu. Macam biasa, aku sekadar memimjamkan telinga mendengar mimpi yang telah membuatkan Nurul Ain tersenyum-senyum untuk beberapa lama.
Macam-macam ...

LUAS SYURGA
adalah seluas tujuh petala langit dan bumi.
Dan syurga itu ada tujuh tingkat. Kesemua tingkat syurga itu disediakan sebagai ganjaran membalas amal perbuatan orang-orang mukmin ketika di dunia. Sama ada ia perbuatan amal ibadat kepada Allah Taala mahupun amal kebaikan sesama manusia.
Setelah selesai urusan hisab di sidang mahkamah agung Allah Taala dan ditimbang dengan seadil-adilnya, semua manusia akan diseberangkan ke alam lain; syurga atau neraka. Surat keputusan sudah diberkan ketika di Padang Mahsyar, ke syurgakah atau ke nerakakah ... Semuanya ditetapkan oleh Allah Taala bergantung kepada amal perbuatan mereka masing-masing di dunia dulu.
Syurga; adalah tempat kemenangan dan tempat kesenangan. Ia sebuah negeri yang amat besar yang berada di luar angkasa bumi. Hakikatnya hanya Allah Taala sahaja yang Maha Mengetahui. Di sana adalah tempat bersenang-lenang para mukmin, orang-orang soleh, para wali-wali, alim ulama dan para ambiya'.
Di sana, bebas dan aman. Tidak lagi perlu beribadat. Tiada puasa, solat dan kerisauan. Tidak perlu mengira keperluan hidup sehari-hari. Tiada bingung dan resah, tiada rengsa dan cemas. Tiada gelisah.
Semuanya serba indah, begitu indah, teramat indah dan mempersonakan. Ini sudah diulang-ulang di dalam Surah al- Waqiah, surah al-Rahman, surah al-Dahr dan lain-lain.
"Maka Allah selamatkan mereka itu dari bahaya kesukaran hari tiu, dan dikurniakan mereka kesegaran dan kegembiraan."
"Dan Allah membalas akan mereka itu, kerana kesabaran mereka, dengan kesenangan syurga dan pakaian sutera."
"Mereka duduk bersandar di syurga di atas pembaringan yang terhias indah, dan mereka tidak melihat panas matahari, dan tidak pula hawa yang menggigil."
bersambung, insyaAllah/..

aku berdoa ...
Monday, April 7, 2014
"Macam nak kenduri je ni,"
kata Maisarah. Dia baru sahaja sampai bersama kuncu-kuncunya, menjadikan dapur aku semakin sesak dengan pelajar sedia ada.
"Heh, kamu yang datang ramai-ramai ni pasal apa?"
Maisarah tersengih menunjukkan gigi sulah yang jarang sedikit. "Saya nak beli air la mama ..."
"Haa, nak beli, beli cepat. Pastu boleh balik. Pakcik Meon nak masuk dapur pulak."
Tetapi masing-masing tak berganjak mengelilingi meja termasuk mengelilingi aku yang duduk di situ. Mula riuh-rendah.
"Mama, kita nak buah ni. Buah apa ni mama?" kata Aisyah yang bersuara mirip suara Fasha Sandha.
Maisarah mengambil sebiji buah bujur berwarna kuning emas yang dibeli suami dari lori petang tadi. "Ni pisang kaki la."
Hmm ... buah tradisi yang hampir susah nak ditemui pohonnya, buah Kundang. Jauh benar beza dengan pisang kaki. Bila aku sebut buah kundang, Maisarah tergelak. Nampak benar tak pernah jumpa ... teringat pohon Kundang di pinggir kampung, hampir sama usia dengan rumah pusaka tua, seratus tahun lebih. Sudah lama ia tidak berbuah, sudah terlalu tua dan hilang sudah upaya untuk menghasilkan buah yang sering kami nikmati beberapa ketika yang lampau. Namun ia masih tegak berdiri di sana, gagah dan megah walau tiada lagi buah.
Masih riuh. Aku beri amaran. "Korang tau tak, suara korang ni dengar sampai rumah ustazah F tau tak. Slow sket ea ... Pakcik Meon ada kat dalam."
Ruqoiyah yang tiba-tiba meninggikan suara tadi terdiam dan tersengih. Yang lain pun sama saja sebenarnya. Ini kali kedua. Kali pertama aku mengelak memberi nama-nama pelajar yang bikin riuh apabila tiba-tiba menerima pertanyaan menerusi wassap dari Ustazah F. Terkejut dan kesian, karang tak pasal-pasal mereka terima habuah roti panjang. Aku pun segan, sebab sama terlibat. Dapur aku, kan. Riuh di sini. Maknanya aku terbabit sama walaupun aku tak seriuh mereka.
Aku terfikir. Salah akukah? Ini semua salah akukah?
Masalah demi masalah yang timbul di sana dan di sini. Tetapi mereka masih ceria. Tak terkesan dek suasana.
Bukan mudah rupanya. Memang bukan mudah nak menguruskan walaupun hanya membantu dengan khidmat yang sekadarnya untuk perjalanan madrasah pelajar perempuan bawah umur begini. Bukan calang orang yang sanggup melakukannya. Aku pun membantu dengan bantuan Allah sebenarnya. Tiada daya upaya melainkan dengan kekuatan dari Allah.
Hari ini seorang lagi pelajar muda berusia 10 tahun muncul mendaftar diri, dari Bangi Sek 2. Kata ibunya, si anak sendiri yang mahu duduk di asrama dan mahu menghafal al-Quran. Sudah puas mencari akhirnya bertemu madrasah ini. Alhamdulillah, ahlan wa sahlan wahai bakal hafizah.
Jadi dalam seminggu ini asatizah sudah menerima dua teman baru. Khabarnya akan datang seorang lagi pelajar dari Indonesia, yang sudah tertangguh kehadirannya semenjak madrasah dibuka. Mungkin tersangkut pada masalah visa.
Aku terus terfikir. Layakkah aku terus berada di sini?
Kisah seseorang yang seperti aku, memberi khidmat kepada madrasah, di suatu tempat yang lain. Kisah dari anakku sendiri. Ia wanita hebat yang sangat qanaah dan zuhud. Apabila menerima tanggungjawab untuk berkhidmat, dia masih qanaah dan zuhud. Itu dua perkataan yang sangat menggambarkan peribadinya dan seluruh keluarganya. Upah yang diterima digunakan semula untuk membantu pelajar yang tidak berkecukupan keperluan. Dia membeli berkotak-kotak sabun cucian yang diberikan percuma kepada pelajar yang memerlukan. Entah apa lagi ceritanya, hebat benar aku dengar. Terasa kerdil dan begitu kecil aku. Terasa malu dengan diri. Tak mampu menirunya. Ya Allah, lemahnya aku.
Di mana lagi ada wanita seperti ini? Gantikan tempatku di sini. Semoga menjadi asbab hidayat untuk para asatizah ini. Asbab hidayat untukku sendiri.
InsyaAllah. Aku menunggu.

Ya benar
Melampaui batas. Kurang waras. Kurang iman. Tak guna akal untuk berfikir. Tak rasa malu. Terlalu teruja sampai hilang pertimbangan. Membiarkan diri dipengaruhi. Cinta dunia. Membiarkan dunia menguasai diri. Tak jaga amal. Lemah peribadi. Lemah perasaan. Lemah iman. Sakit iman. Lemah pendirian. Tak layak dihormati. Tak layak dijadikan kawan. Mudah menyerah kalah. Lemah semangat. Suka menyalahkan orang. Tidak sedar diri. Memalukan. Banyak keburukan. Tidak bercita-cita tinggi. Tidak mahu memperbaiki diri. Lemah azam. Banyak komplen. Tak bersyukur dengan anugerah Allah. Tak pandai menghargai. Tak insaf. Tak bertaubat. Lupa diri. Degil. Membiarkan nafsu menguasai. Menuruti hasutan syaitan. Curang. Tidak jujur. Tiada keikhlasan. Penipu. Pembohong. Mementingkan diri sendiri. Hipokrit tegar. Zalim. Mudah kecewa. Berangan-angan tinggi. Tidak berpijak di bumi yang nyata. Panjang angan-angan. Tidak mencari ilmu. Tidak tahu keburukan diri dan tidak mengerti bagaimana mahu membaiki diri. Buruk sangka. Banyak prasangka. Tidak mengambil peringatan. Tidak mengambil pengajaran. Tidak menerima kenyataan. Mengadu domba. .........
Ada banyak sikap negatif yang boleh disenaraikan. Cuma menyenaraikan saja pun sudah terasa aura negatifnya. Rasa sakit, pedih, pilu, sedih, murung, kecewa, malang. Alangkah malang! Alangkah malang apabila seseorang memiliki sedikit dari senarai ini dan tidak menyedarinya. Lebih malang apabila tiada sesiapa mahu mengabarkannya. Tinggallah dia begitu selamanya. Atau setelah menginsafi diri dan menyedari kekurangan di mana-mana, tiada usaha untuk membaiki diri. Leka dan terus lena. Benar-benar insan malang selamanya.
Ya benar.
Aku, sebagai insan biasa. Melakukan kesilapan dan memiliki kelemahan.
Ya Allah, baikilah daku. Sembunyikanlah keaibanku dan gantikan keburukanku dengan kebaikan dari sisiMu. Ampuniku selalu, ya Allah.
Hari akan berganti. Esok akan tiba. Andai masih ada izin Allah untuk menghirup udara dan membuka mata di pagi esok. Masih ada kesempatan untuk membaiki apa yang rosak. Masih ada masa untuk memohon keampunanNya. Seseorang tidak akan diuji melainkan setakat kemampuannya, dan di titik yang paling lemah yang dimilikinya.
Dia tidak akan diuji pada kekuatannya. Kerna yang lemah itu yang perlu dibaiki. Akan diuji berkali-kali sehingga rebah dan jatuh dan menderita, sehingga Allah menguatkan dan memberi ilham. Segala kekuatan dari Allah. DIA paksi kekuatan. Allah Maha Kuat dan Maha Kuasa.
Kumohon kekuatan dariMU ya Allah.
Alhamdulillah. Allahumma aameeen.
Segala puji bagiMu Tuhan semesta alam. Allah yang maha mengetahui segala yang nyata dan segala yang tersembunyi. Allah yang maha mengetahui segala yang awal dan segala yang akhir. Allah yang kekal selamanya tiada awal dan tiada akhir. Allah yang maha pengasih lagi maha pengampun. Allah yang maha mengetahui segala isihati. Allah segalanya.

Saturday, April 5, 2014
Rasa agak lengang apabila sudah deaktive FB. Biarlah apa pun maklumat yang sedang beredar di sana. Apa aku perduli. Buat sementara aku enggan memperdulikan apa-apa.
Cuma ada sesuatu yang sedang diambil peduli. Ada pertanyaan perkenalan di Whats App, alamak. Siang tadi aku tukar pic profile dan memberi tanda bagus di bawah status petikan kata-kata hikmah di sebuah grup. Aku belum bercadang menjawabnya, dan rasanya tidak perlu dijawab. Bukan member yang aktif di kebanyakan grup, cuma pembaca senyap. Itu lebih afdal. Ada grup-grup terpilih yang aku gemar share maklumat. Ya, ada grup untuk supply dan ada grup untuk receive informasi. Ok la tu.
Termenung kadang-kadang. Aku terfikir. Cerita di blog ini sangat mendedahkan siapa aku. Barulah aku faham. Sesiapa yang mengikuti dari awal penulisan blog ini, akan mengenali tentang penulisnya, dengan izin Allah. Proses biasa, penulisan menggambarkan watak dan pemikiran yang menulis. Bagaimana anda menulis, begitulah anda yang dibaca.
Aku? Sangat tidak gemar membaca semula catatan sendiri yang lepas-lepas, tetapi untuk 'berada di dalam kasut orang ... eh ... untuk membaca pandangan orang' aku terpaksa membaca balik. Hmm ... not bad jugak. Ok la tu ... aku suka apa yang aku tulis hehe ... tentang anak-anak. Tentang kehidupan yang ringan. Tiada politik. Tiada prasangka buruk. Mungkin kadang-kadang lucu secara bersahaja. Lagi? Apa-apa je la ...
Hamka Kereta Mayat agak menyakitkan hati tatkala membaca komennya, bahawa orang yang bercerita tentang diri sendiri adalah bodoh. Rupanya bodoh tu kalau engkau bercerita dengan nada mendabik dada sombong dan riak ujub sebagainya.
Elok juga ambil peringatan ni, supaya tak jadi penulis bodoh. Huhh pedas.
***
Malam ni tiba-tiba aku tergerak hati nak buatkan pelajar air milo panas yang sedap. Aku hangatkan kuali dan bakar roti. Kemudian picit loceng tanda 'ada sesuatu' di sini ... sila datang segera. Macam dijangka, mereka menyerbu beramai-ramai. Adoii ...
Semoga Allah sampaikan hajat di hati, aameeen.
Setelah menyuruh mereka balik (ada yang potong kulit buah asam muda, sudah cakap tak baik untuk orang menghafal tapi ambil jua, terutamanya anak Tuan Mudir yang selalu buat muka selamba tu ... sabar je. Siap ambil kicap mi letak gula dan hiris cili, memandai buka freezer ea!!!) dengan muka serius, Hanessa bersalam dan aku mencium pipinya. Tiba-tiba Maisarah menghulurkan pipinya juga. Eh eh, Anis pun sama. Hehe ... saja nak buat anak aku cemburu giler la tu.
"Jangan mare eh!" kata Maisarah gelak-gelak. Selama ni Saudah sahaja yang berani mencium aku. (Sedih, dia dah berhenti ...)
Tiba-tiba Hanessa menyahut, "Tak pe, bakal kakak ipar."
Haih ... tak sudah-sudah, ramainya bakal kakak ipar dia. Dia kembali mendapatkan aku, dan aku cium lagi pipinya. Senang benar hatinya lalu balik melenggang ke madrasah. Syukur, janji jangan karang pergi cubit dua kakak tu sudah la ...
***
Ralit dengan blog sendiri. Agak rasa cool. Buku tulis yang dimintaAfifah yang baru masuk belajar kelmarin sudah aku belikan petang tadi. Selesai hutang janji dengannya. Teringat Intan yang mengadu gatal-gatal badan. Terfikir tentang peranan Ketua Pelajar yang berat untuk dipikul oleh Zakiah. Dia hampir menangis tatkala aku membebel melihat susunan baldi yang lintang-pukang dan sedikit sampah di dalam longkang. Alya yang manis cool je mengutip semuanya, memang tugas dia.
"Tengok Kak Alya, ok je kena marah dengan mama. Kalau orang lain mesti ..." kata Hanessa. Aku fikir kalau dia kena marah pun tak se'cool' Alya.
Alya memang selamba. Walhal baru sebentar dia menolong menyusun air tin dalam freezer. Tiba-tiba aku diberitahu yang belambak ini adalah tugas dia. Huhh!
"Mama, talam tiga tak makan sebab makanan kena makan dengan Mimi. Siap masuk kaki sekali." Zakiah sempat mengadu.
"Ambik yang kena makan tu buang, selebihnya boleh makan." Teringat kisah Aisyah rha yang mencedok bahagian bubur yang dijilat kucing dan dia makan selebihnya.
"Dorang dah tak de selera dah, mama. Lagipun habis dah kena makan dek kucing."
Aku rasa macam nak melenting. "Kucing tu ikut ustazah balik sini. Dorang pulak biar je talam tak berjaga. Ainul."
Ainul lagi. Ada unsur kecuaian. Pelajar ini, anak kepada Tuan Mudir ini, ok saja sebenarnya. Cuma aku fikir mungkin status dia yang istimewa memberi sedikit kesan kurang positif kepada sikap dan cara dia bertindak.
Selesai Maghrib tadi, Amira datang mengambil air minumannya. Aku bertanya, "Sampai bila Zakiah menjadi ketua?"
Dia kerut dahi, "mungkin sampai Sabtu ni."
"Mama nak rekomen kamu je jadi Ketua Pelajar. Zakiah tak boleh. Dia kata dia tak pandai. Tadi pun macam nak menangis je."
Amira tergelak. Dia pernah menjadi ketua tetapi ramai yang tidak berpuas hati, iaitu golongan yang 'harap-bukan-pewaris-sikap-ahli politik-yang-perasan-bagus'. Tetapi tentulah perlantikan tidak dibuat sebarangan. Amira, bukan sebab dia rapat dengan aku atau apa, tetapi aku melihat ada keyakinan dan ketegasan dalam dirinya ketika menjalankan tanggungjawab. Semoga Allah membantunya selalu insyaAllah.
* tak tau macamana story begini yang keluar malam ni ... rasanya nak tulis benda lain asalnya tadi. Hmm ...
Ya Allah, tetapkanlah iman kami dan masukkan kami dalam golongan orang yang bertaqwa, aameeen.
Wassalam.

Friday, April 4, 2014
Terinspirasi
oleh video remaja buta yang hafaz al-Quran. Tiba-tiba aku memikirkan. Telah banyak membuang masa dengan alam maya yang melekakan.
Lalu aku membuat keputusan drastik. Aku deactive akaun dengan cadangan akan menjenguknya pada sesekali masa seandainya ada keperluan. InsyaAllah.
Tak perlu rasa terikat dengan apa-apa. Buku yang bakal diterbitkan, grup-grup atau siapa-siapa.
Mati tak tau bila-bila.
Semua sudah ditakdirkan. Rezeki sudah ditentukan. Dunia akan ditinggalkan.
Aku mencintaimu dan aku mahu mengikutimu. Ya Rasulullah.
Allahumma aameeen. InsyaAllah.
4 April 2014, 10.41AM.

Aku duduk dan mula menjamah sarapan pagi ini. Kue teow goreng. Tiba-tiba, 'alamak!' hatiku berkata. Kupandang Zakiah yang sedang berdiri di pintu, dia memandang aku juga.
"Sori, mama lupa nak letak garam." kataku bersahaja.
Zakiah terjerit, terkejut. "Ala mama!!! Napa terlupa?!!!" Dia ketawa, matanya jadi kecil dan dia terlompat-lompat. Tiba-tiba dia menjerit lagi, "Ehh, pulangkan balik kue teow tu, mama nak repair."
Ehh memandai je ea. Sapa pulak cakap nak repair. Aku sudah merendam kuali dengan air. Zakiah terdiam tetapi ketawa semula. "Abih tu camana mama?"
Anis masih sibuk mencuci baju di sinki aku. Cuci baju pun di sinki. Apabila semua paip digunakan, dan air menjadi halus. Sinki aku menjadi mangsa. Alya yang comel termenung di pinggir meja, melihat aku. Dia malas nak sarapan, aku tau. Masing-masing mendekati aku.
"Meh kita rasa, mama." Masing-masing mula menyuap kue teow aku dalam pinggan.
Dah kata tak de garam, tak percaya. Aku bangun. Buka almari dapur dan mencapai sos cili. Aku tuang sos itu ke dalam pinggan dan duduk menyambung suapan yang terhenti.
"Ala mama ... mama ada sos. Kitorang tak de."
Lalu aku hulurkan sos kepada Zakiah. "Pedas ni, jangan letak banyak. Okeh, semua boleh balik."
Bagaimana ya ... Kelmarin aku menggoreng ikan, termasin pulak. Waktu itu Hani yang kepoh menolong aku di dapur. Sudah tiga hari pelajar khidmat taam 'menyebuk' nak menolong aku di dapur. Terdorong dek rasa 'ok juga dorang tolong ...' aku benarkan saja. Natijahnya ... itulah dia. Kelmarin terlebih garam. Hari ini langsung tiada garam!
Teringat tadi, ketika ada yang memuji mama masak mesti sedap, tetapi Hanani yang sibuk nak menolong kacau kuali cepat mencantas, "eh bukan mama la, kita yang masak tau." Iye la tu, ni semua gara-gara sibuk nak menolong la ni.
"Mama, mama ni awat? Mama ... mama ... napa mama? Kenapa???" tanya Hani waktu itu. Dia dan beberapa orang mencubit sedikit daging ikan dan buat muka kerut. Konon la.
Aku berikan senyuman. "Apa apanya? Ok la tu, nanti dimakan dengan nasi putih memang sedap."
Mereka tak berani nak berlebih-lebih.
Selepas ni aku rasa akan kembali kepada cara biasa. Nobody is allowed staying in my kitchen with any reason okeh! Cau cau cau go back n clear up your kitchen over there. Nanti mama datang buat spot check, tak clear siap! Tapi selalunya rutin lepas masak ialah ... di sini hehe. Terlupa mau spot check apa-apa. :P
Walau apa pun, walau rasa nak pergi, kadang-kadang rasa sayang. Maka selagi Allah belum mengizinkan, aku akan terus di sini buat beberapa ketika lagi. InsyaAllah.
Ya Allah, bantulah daku membaiki diri. Kuatkanlah imanku dan janganlah biarkanku walaupun sesaat.
Allahumma aameen. Alhamdulillah.

Wednesday, April 2, 2014
Dia Seorang Pelarian
Tidak ...
dia bukanlah seorang pelarian
yang melarikan diri dari permasalahan.
Aku agak mengenalinya. Semenjak lahir, katanya dia selalu beroleh cinta walaupun dia tidak mengerti apakah maknanya cinta. Namun dia sangat bahagia. Dikasihi dan disayangi dalam keluarga dan di mana saja berada. Kasih sayang membuatkan fikirannya tenang, dadanya lapang dan jiwanya senang. Begitulah ceritanya.
Lalu dia membesar umpama sekuntum bunga mawar terindah yang menjadi idaman banyak sang kumbang. Wajahnya halus dan perangainya tulus. Sehingga perkhabaran tentang dirinya cukuplah membuatkan hati menjadi rawan. Hingga dia beroleh perutusan dari kejauhan, tidak pernah bertemu tidak pernah kan berpisah, dengan hati yang hairan. Begitulah ceritanya.
Hatinya keras tidak mudah terusik. Andai tercalar, disimpan diam-diam. Andai terkena imbasan perasaan, tidak mendatangkan kesan. Hingga satu jeda di usia remaja. Matanya menangkap satu bayangan yang menerbitkan rasa luar biasa di jiwa. Entah mengapa ... Dan begitulah bermula ceritanya umpama Laila, sebuah kisah yang semakin panjang.
Aku pun hairan.
Dia tidak pernah menyenaraikan sebarang permintaan dan harapan. Baginya semua adalah tiba-tiba. Kini dia adalah selautan perasaan yang sungguh dalam dan mengasyikkan. Tidak mungkin termampu insan yang tercebur selamat hingga ke tepian. Pasti akan tenggelam ... tenggelam dalam kemabukan yang melalaikan.
Aku bertambah hairan.
Ketika dia menggapai impian, tiba-tiba dia mendapat kejutan. Bagai baru terjaga dari lena yang terlalu panjang. Dia mencari-cari tetapi tidak menemui. Masakan ada, kerana dia tidak pernah teringat mahu memikirkan. Dia tiada simpanan senarai yang panjang. Dan dia berkali-kali menyesali diri. Sayangnya masa sudah berlalu pergi tidak akan kembali. Yang pasti, adalah keterlaluan menganggap dirinya seperti Asiah yang dizalimi.
Kini aku mula mengerti.
Harus kukhabarkan pada dia. Bahawa itu semua ketentuan Illahi jua. Sebaik pena diletakkan dan dakwat pun kering. Takdir sudah siap untuk dijalani. Bersedialah dan bersabar selalu. Andai dia lautan, pasti ada gelombang. Semoga hatinya pun demikian. Serangkai doa yang tidak pernah diketahuinya, kini direzekikan Allah untuk diucapkan bersama harapan tinggi yang tidak berkesudahan. Bukankah Allah benar-benar Maha Kuasa dan Maha Mengabulkan doa?
Begitulah ceritanya tentang dia.
Kini dia masih di sana. Dia tidak ke mana-mana. Dia bukan seorang pelarian yang tiada arah tujuan. Cuma mungkin hatinya yang selalu mengembara dalam pencarian. Entah apa yang dicarinya ... mungkin permata cinta kepada Penciptanya. Kadangkala dia umpama seorang Zulaikha yang derita. Semoga dia akan memperolehinya, tidak lama lagi, di suatu hari yang kian dekat. Di sini, tiada sesiapa yang dapat menyelami rahsianya. InsyaAllah bahagian yang ditangguhkan pasti menantinya di sana. Di daerah yang lapang dan luas, tiada lagi persoalan dan kekusutan. Tiada lagi rahsia dan ketakutan.
Kudoakan semoga hajat dan hasratnya disampaikan oleh Allah Yang Maha Luas Pemberiannya. Dunia ini luas. Alam cakrawala ini luas dan semakin luas. Alam akhirat itu benar-benar luas. Langit pertama dibandingkan dengan langit kedua, umpama sebutir cincin di tengah padang pasir yang tandus. Demikian tamsilannya sehingga langit yang ketujuh. Tak terbayangkan dek akal dan perasaan yang dimiliki manusia melainkan dengan ilham dariNya jua.
Mengakhiri ini semua, bicara iman di sela masa yang ada untuk meningkatkan iman yang sifatnya di akhir zaman ini pagi dan petang tidak serupa, adalah lebih afdal dilakukan. Ia seperti busur panah yang terlepas dari dada anak Adam di akhir zaman, mafhum hadis nabi SAW. Bagaimana andai Izrael muncul menjemput tatkala iman sedang terlepas dari jiwa? Nauzubillahi minzalik.
Apa yang pasti, mati itu benar. Alam kubur itu benar. Alam akhirat itu benar. Padang Mahsyar itu benar. Syurga itu benar. Neraka itu benar. Allah itu Tuhan sekelian alam yang Maha Pengasih lagi Maha Mengetahui, Maha Penyayang lagi Maha Pemgampun. Dan Rasulullah SAW itu nabi dan rasul terakhir yang menjadi kekasih para kekasihNya.

Tuesday, April 1, 2014
"Mama, nak beli air."
Dia membuka purse merah jambu corak love dan membelek wangnya. Purse lama kakak yang diberikan kepadanya, setelah kakak membeli purse baru ketika ronda-ronda TS kelmarin. Dia tidak lagi memberikan wang kepadaku untuk disimpan. Bergaya, sudah ada wang sendiri! Kuasa wang seolah-olah memberi rasa hebat kepada pemiliknya.
Allah maha kuasa, yang lain tiada kuasa. Allah maha hebat yang selainNya tidak hebat. Jangan percaya kepada kuasa wang. Anakku sudah terpesona dengan kehebatan bayang-bayang wang kertas di dalam dompetnya. Ya Allah selamatkan kami semua dari fitnah dunia akhir zaman ini, aameen.
"Berapa, mama?"
"Satu ringgit dua puluh sen."
Dia termenung membelek lagi wang di dalam dompet. "Tak ada dua puluh sen."
"Tak mengapa, bagi mama dua ringgit, nanti mama pulangkan lapan puluh sen." aku memberitahu sambil tersenyum lebar. Biasanya tolak saja dari akaun. Bagus juga dia memegang duit sendiri, boleh selitkan ilmu pengiraan. Boleh juga dia memahami betapa kecilnya nilai wang Malaysia hari ini nanti, kalau hari-hari membayar kepadaku. Hehe ...
***
"Mama, hutang saya berapa?" tanya Anis. Dia masih belum membayar hutang semenjak awal cuti kelmarin.
"Awak ada duit ke tak?"
"Mama, umi saya bagi tu je. Nanti saya bayar lagi ye." Kasihan juga, tentu dia ada hajat mahu membeli.
Anis mengambil air tin hijau untuk kawannya, Intan. "Hmm rasa macam nak beli jugak la. Tapi ... tak pe la mama."
Aku tersentuh. Orang berhajat jangan dibiarkan. Sampaikan hajatnya semoga dia gembira. Mudah-mudahan Allah menyampaikan hajatku pula. "Hmm ... takpe ambiklah satu Anis. Mama tak kisah."
Tetapi dia enggan. Dia benar-benar enggan. Tak sampai hati, aku lalu bertanya, "Takkan umi kamu bagi itu sahaja?" Aku bukan nak jaga tepi kain orang, tetapi terdetik mahu mengetahui. Mungkin ibunya terlupa mahu meninggalkan wang saku.
Kemudian Anis memberitahu sesuatu. Ohh ... begitu rupanya. Setiap insan diuji dengan sesuatu yang bersesuaian dengan kemampuannya. Tidak lebih tidak kurang. Maka hanya kepada Allah jua tempat mengadu dan tempat merintih. Aku mula diserang simpati.
Anis berlalu pergi. Kini tinggal aku dan si bongsu yang baru siap mandi. Dia membeli air untuk dirinya dan membayar. Macam banyak wang gayanya.
"Mama, nak belikan Anis air?"
"Hmm belikanlah. Seringgit dua puluh sen." Dia selalu tidak teragak-agak membelanja kawan-kawan. Dia juga tidak teragak-agak meminta wang untuk diberikan kepada orang-orang yang kurang bernasib baik yang ditemui di kaki lima. Mewarisi sikapku ketika kanak-kanak dulu. Asuhan arwah abah yang pemurah dan penyayang.
Sebentar dia beredar. Terbayang dalam kepala, reaksi Anis yang mungkin terkejut, semoga gembira dia. InsyaAllah allahumma aameeen.
***
Anak bongsu yang ceria tetapi kadang-kadang sensitif kembali semula. Dia duduk di kerusi memandang aku dengan senyum.
"Mama, dalam buku Masturah diberitahu bau mulut atau tubuh anak-anak adalah sebahagian dari angin syurga." Aku memasang telinga sambil merenungnya.
Dia tersenyum lagi. "Mama, kalau ibubapa keluar rumah disuruh belikan buah tangan untuk anak-anak perempuan, nanti dapat rahmat Allah dan selamat dari siksa neraka. Ada dalam buku Masturah, nanti Baby tunjukkan ye. Buku tu ada kat madrasah."
Aku mula angkat kening. Aku pun ada buku tu, dah naik lunyai macam sudah dibaca 1000 kali walhal lunyainya kerana ditimpa titisan hujan yang jatuh dari siling bocor tanpa disedari. So sad. "Hmm nanti mama belikan buah tangan ye. Petang nanti. InsyaAllah."
Dia tersenyum semakin lebar. Manis sekali rupanya. "Baby nak biskut cheese tu."
Aku pula mengukir senyum. "Ooohhhh dah tau ea ...!"
Dia tergelak-gelak. "Dahhhh ..."
Sesekali menghiburkan anak dengan memenuhi hajatnya memang mendatangkan rasa seronok dan bahagia, walaupun tidak seberapa barangnya.
Gembira bahagia itu satu nikmat perasaan anugerah Allah. Alhamdulillah Allahumma Aameen, segala puji bagi Allah yang Maha Hebat memberi insan nikmat perasaan yang tak boleh dipegang dan dilihat, tetapi boleh dirasai dalam hati. Muncul kesannya pada jiwa. Nampak natijahnya pada paras rupa.

Monday, March 31, 2014
Dua beradik itu sudah kembali. Mereka muncul di hari akhir cuti madrasah, dua hari awal dari madrasah lain, mengembalikan bilangan pelajar yang susut sementara. Hanya Rosana yang masih belum sembuh mungkin sedang dalam rawatan di Kemboja. Hafizoh sudah jelas berhenti ketika dia datang mengambil tilam bantal dan segala barangnya pagi-pagi sebelum pelajar tiba. Kini pelajar genap 20 orang. InsyaAllah semoga mudah diuruskan dengan izin Allah.
Esoknya, setengah jam sebelum kenderaan datang untuk membawa asatizah ke program motivasi, aku terpaksa menggempur mereka yang masih rilek dan santai. Memakai apron coklat gelap, aku muncul bersama wajah tegang. Kugempur semuanya dengan lantang dan garang. Macam selalu, mereka bersahaja dan tenang saja.
"Mama ... cool ma ... cool mama ..."
Bagus, tidak sensitif sangat. Jadi aku tidak perlu berhati-hati benar untuk menunjukkan belang.
"Siapa yang dah ada talam terus makan. Hari ni pengecualian, tak payah tunggu geng biasa. Dah cukup terus makan. Sapa dah makan pergi tunggu van kat depan." Aku semakin belajar bercakap dengan jelas dan teratur. Tak perlu terburu-buru dan kelam-kabut. Yang penting arahan dapat disampaikan dan diterima dengan sempurna. Walaupun ... entahlah ya ... masih ada yang blur. Haihh ...
Hidup adalah proses belajar berterusan. Aku belajar berbicara. Belajar bertenang. Belajar berdiam diri. Belajar berbuat ikut keperluan. Belajar tidak kesah dan berlebih kurang. Belajar memudahkan. Belajar menerima keadaan. InsyaAllah. Masih tidak sempurna dan begitulah selamanya. Kesempurnaan hanya milik Yang Esa. Lalu aku belajar memaafkan orang dan memaafkan kesilapan diri, walaupun ada rasa kesal yang mendalam.
Malam ini adalah malam kedua pelajar bermalam di madrasah. Teringat pertanyaan ibu dua beradik tentang Hani. Aku hanya dapat berharap dan terus berharap. Apa yang telah pernah terjadi tidak akan berulang lagi, insyaAllah. Ustaz yang pernah merawatnya masih bersisa beberapa jam untuk pulang dari umrah. Tentu beliau akan bercuti sehari dua untuk mengembalikan tenaga setelah perjalanan yang jauh. Kepada Allah berserah.

Sunday, March 30, 2014
cuti berakhir
buat Naqib dan puteriku yang kedua. Tugas menanti untuk menghantar mereka pulang dengan arahan suami yang kurang sihat. Setelah bertungkus-lumus memasak untuk asatizah, aku bertungkus-lumus pula mengukus kek pisang beberapa talam untuk asatizah dan buah tangan anak buat kawan-kawan. Dua tandan pisang Kapas yang dimasukkan abah ke dalam kereta kelmarin sudah cantik masaknya, berwarna kuning emas. Andai dibiarkan atau ditinggalkan separuh untuk diselesaikan kemudian, aku agak akan terlalu masak dan kehitaman. Maka semua pisang itu dioperasi untuk campuran kek. Alhamdulillah, sedap rasanya.
Ikram anak-anak yang akan pulang, melainkan Hidayat yang sudah pulang Sabtu semalam (dengan rengekan mahu ulang-alik dan airmata serta wajah duka), kami makan bersama satu talam nasi bersama ayam panggang resepi sendiri. Berulam salad dan kuah ayam panggang, sungguh menyelerakan. Alhamdulillah. Terfikir, di lain kali apabila berkumpul lagi satu keluarga seperti ini, hidangan ayam panggang resepi sendiri seperti ini bakal menjadi juadah utama di tengah meja atau di dalam talam besar. Sedap dan sesuai dengan diet Atkins aku yang masih gagal nak dimulakan ... :P
Meneguk segelas kopi pekat selepas makan. Aku geleng kepala setiap kali ditanya, "Mama ngantuk?" Selalunya memang menguap-nguap ketika memandu. Apatah lagi perlu bersabar mengekori lori-lori di jalan double line sepanjang ke Dengkil. Memandu dengan berhemah selalu memberi cabaran sebenarnya. Namun petang tadi aku harus mengejar masa untuk 'mengembalikan' Naqib ke madrasah tepat pada masanya. Asbab minum kopi tanpa gula dan teruja untuk menjimat masa di jalanan, aku berusaha menyelinap ke depan selaju mungkin sesuai dengan jenis jalan raya yang dilalui. Ia bukanlah lebuh raya. Dan tidak banyak lori untuk diekori. Alhamdulillah.
"Ma, kena sedas ni karang." ujar Naqib di tingkap, ketika kami akan beredar. Aku sekadar senyum di balik niqob. Rotan kerana lewat sampai ke madrasah, selepas semua sudah selesai solat Asar.
"Ok, pergi la serah diri jangan tak pergi. Termasuk hutang rotan hari tu, kena tuntut jugak."
Naqib tersengih mengangguk. "Yela mamaaaa ..."
Ketika semua pelajar menerima rotan di punggung kerana kesalahan memakai t-shirt bergambar, Naqib dikecualikan oleh ustaz. Selamatlah dia buat sementara asbab bisul di punggung haha ... Tetapi apabila sudah sembuh, dia wajib menyerah diri kepada ustaz untuk dilangsaikan hukuman yang tertangguh.
Ketika sedang bercakap, Taufik muncul tiba-tiba. Dia mengangguk, tersenyum manis. Baru aku perasan betapa cair warna matanya yang kecoklatan.
"Haa mana buku Diet Atkins tu?" aku bertanya tetapi seperti kurang didengari. Aku taklah gemuk, err ... cuma aku mahu membaiki struktur diri menjadi lebih baik dan sihat ... oyea! Nak buat apa tipu.
Membaca program ini di grup, macam sulit nak difahamkan. Jangan makan nasi, roti, mi dan segala karbohidrat. Jangan makan buah. Jangan ... jangan ... jangan ... tapi makan sayur hijau. Itu induksi. Apa lagi? Ok, nanti kita baca buku Diet Atkins tu. Kena tunggu Sabtu minggu depan macam kata Taufik. Mungkin parents dia nak datang lagi menghantar apa yang tertinggal.
Tertinggal???
Yep ... Naqib juga tertinggal barang. Satu beg yang semua jubah putih untuk dipakai waktu kelas telah tertinggal di rumah.
"Abih macamana ni mama? Jubah putih elek. Semua kat dalam beg tu. Tadi bla bla bla ... bla bla bla ..." Naqib menceritakan bagaimana dia boleh meninggalkan beg itu dengan selesa di tepi pintu rumah.
"Hmm ... pinjam la jubah Taufik. Jabbar ke ... Amir Hamzah ke ... jubah ustaz Azman ke ... hihihi ..."
Naqib terfikir-fikir. "Ok mama, buku tu hari Sabtu ni. Mama datang hantar beg bila?" Dia tidak pernah memaksa tetapi pertanyaannya selalu memaksa aku berfikir mencari jawapan.
Aku menarik nafas. Pasti ada yang berleter sedikit padaku sekejap lagi ni ... salah akukah? Hmm ...
Beredar meninggalkan madrasah, aku memecut dari arah datang menghala ke Bukit Naga. Puteri mesti masuk pagar sebelum 6.30 petang. Tetapi memang sudah lewat pun tatkala sampai. Aku membeli sedikit barang di MyMaidin dan beratur di belakang empat lelaki Bangladesh yang membeli beras dan bahan dapur. Alahai ...
Mujur pintu belum dikunci asbab ada pelajar baru sampai sedang menurunkan barang di pintu madrasah yang comel.
"Mama ..." serunya manja mengada-ngada, macam selalu bila nak berpisah.
"Iye ... hadiah al-Fatihah banyak-banyak. Tapi ..." aku tak perlu bertanya banyak. InsyaAllah sangat faham apa yang bergelodak. "Mama tak boleh ingat la apa dah jadi. Aduhai ..."
Dia tersenyum manis. Aku menahan tawa. Entahlah ... aku akur, ia adalah satu kecuaian. Tetapi kembali kepada hukum alam. Tiada yang dinamakan 'kebetulan'. Ia sudah siap dijadualkan dan jadual Allah terjadi semalam. Semoga sama-sama dapat mengambil pengajaran. InsyaAllah.
Apabila sudah berkenan, hanya menunggu masa untuk memulakan langkah mencapai hasrat. Kami, kita, kamu, sama-sama akan menunggu waktu andai diizinkan Allah. Andai hati tidak berubah. Andai janji yang tidak bersaksi akan termateri. Hmm ... InsyaAllah Allahumma Aameen.
Alhamdulillah, urusan seminggu bersama anak-anak dan keluarga bertangguh lagi sehingga Syawal nanti, insyaAllah. Dan aku mencari masa untuk bermain aksara di sini. Apakah permainan ini benar-benar jujur dan sebenarnya? Hanya Allah yang Maha Mengetahui segala isi hati.
Aku terfikir untuk block orang pulak. Setelah lima tahun, aku teringat untuk mejenguk menu blocking di FB. Owh, ada beberapa nama yang sudah aku lupa. Dan aku mula unblock mereka bersama keyakinan, akaun mereka sudah tidak wujud lagi. Ternyata benar!
Teringat pula satu nama yang setelah setahun baru aku sedari bahawa dia sudah mem'block' akaunku di FB. Aku tak perduli pun. Atas asbab yang sama, aku yakin lebih ramai yang blocking dia, hanya aku yang tak kisah untuk melakukan hal yang serupa kepadanya.
Dan aku membatalkan niat untuk block friends. Kata-kata mak semasa aku di sekolah rendah dulu terngiang-ngiang kembali. Mak kata, "Biar orang buat kita, jangan kita buat orang." Tak mengapa orang block aku, aku tak akan block orang. Kecuali kes lima tahun lepas, aku rasa tak ada keperluan untuk sengaja block sesiapa selepas itu.
Cuma, kedegilan dalam diri itu kadang-kadang adalah umpama perisai untuk pertahanan dari tersungkur diterpa gelombang kehidupan. Aku pernah terbaca sesuatu yang positif tentang orang degil. Kalau salah, mohon diperbetulkan.
"Orang degil selalu yakin apa yang dilakukannya. Andai dia benar, dia akan meneruskan dan tidak akan dapat ditentang. Andai tersilap catur, pasti tidak segan mengakui kesalahan." (tak perlu percaya).
Hanya Allah yang Maha Mengetahui dan Maha Benar.
Apa pun, manusia tetap bergelar insan. Makhluk yang lemah dan daif, perlu sentiasa kembali kepada Allah Taala. Apa pun yang melanda, kemaafan dan persefahaman adalah tunggak keharmonian. Iman dan amal menjadi sendi dan mencorak nadi kehidupan.
* andai apa yang dibaca tidak bermakna, usahlah dinista.
* bermain kata-kata dan bahasa, semoga ada jua terpancar sedikit cahaya di antara aksara.
* usah percaya kata-kata manusia, melainkan yang terpimpin olehNya.
mohon maaf selamanya, dari semua.
Allahumma aameen. InsyaAllah. Ketemu lagi.

Saturday, March 29, 2014
Doktor, saya nak inject dengan diorang
"Eh, diorang bukan nurse. Diorang kena belajar baru boleh buat injection." Doktor menarik picagari. Air jernih dalam botol kecil masuk ke dalam jarum yang halus.
"Doktor ajarlah diorang." Macam dah kenal je, tapi baru ni pertama kali datang ke klinik ini.
"Boleh, saya boleh ajar kalau awak mau."
Aku diam dan terfikir. Aku jeling Naqib yang sedang berdiri di belakangku. "Lebih baik doktor ajar anak saya je. Biar dia yang buat."
Doktor mengangkat kepala. Dia memandang anakku yang tersengih kecil. "Boleh kalau dia berani."
Serta-merta aku berdiri dengan senyuman sambil memandang Naqib penuh harap. "Ok, boleh tak Along?"
Dia tersengih, seperti tidak pasti. "Hmm insyaAllah boleh," sahutnya beberapa ketika kemudian.
Doktor menghulurkan picagari kecil kepada Naqib lalu mengarahkan kami ke bilik sebelah yang berdekatan dengan ruang kaunter. "Kamu cucuk tegak ye, macam ni (doktor menunjukkan cara mencucuk). Tekan pelan-pelan je supaya mak kamu tak sakit. Boleh ye? Senang je tu ..." Doktor gelak kecil.
Kami beredar ke bilik yang ditunjukkan. Aku terkial-kial menyingsing lengan blouse ungu bunga hitam yang agak ketat. Pembantu doktor (perempuan) muncul menghulurkan kapas yang sudah basah. Tentu untuk disapu di kulit sebelum jarum dicucuk. Naqib menguja-uja mahu membenamkan jarum halus di lenganku hehe ...
Hanessa dan Hidayat yang keluar masuk bilik sesuka hati leka menimbang badan dan memerhati sekitar bilik. "Eee mama, jangan pandang! Mama pandang tempat lain." Hanessa memberi nasihat tiba-tiba. Memang anak yang prihatin haha ...
Aku tidaklah nervous. Teringat satu ketika dulu teramat kerap jarum yang lebih besar dibenamkan di lenganku untuk mengambil beberapa tiub darah untuk dibawa ke makmal. Cuma memikirkan keberanian yang dimiliki anakku untuk melakukan sesuatu yang tidak pernah dibuat olehnya. Namun aku berkeyakinan dia boleh. InsyaAllah.
"Ok, baca bismillah. Selawat ... selawat ..." aku mengingatkan dia tatkala dia mula mengangkat jarum dan dihalakan ke lengan kananku. Naqib mengangguk-angguk sambil tersenyum. Secepat kilat aku mengalihkan pandangan ke arah lain.
Sekali lagi Hanessa menjerit kecil, "Mama, jangan pandang! Mama, sakit ke mama?"
Hmm ... sungguh halus tusukan jarum sehingga bagai tidak terasa sakitnya. Lama juga menunggu Naqib menyelesaikan tugasnya ... "Cepat sikit la Along." gesa aku tak sabar.
"Eh kak, tak boleh nanti akak sakit nanti." sahut pembantu doktor yang memerhatikan kami. Hmm ... memang tak terasa sakitnya. Tetapi terasa lama menunggu selesainya. Tak mengapalah ... Syukur alhamdulillah, auratku terjaga. Tanpa bimbang sedikitpun andai Naqib tersilap melakukannya.
Kini giliran Naqib pula untuk mengambil suntikan dengan doktor. Dia berdiri saja. Doktor melakukannya dengan pantas sekali. Setelah selesai, doktor kembali duduk dan mencatat sesuatu pada dua keping kad kecil berwarna coklat. Sambil mencatat dia mengajak aku bersembang. Ramah juga doktor ni ... Katanya dah dua kali dia diberi rezeki oleh Allah untuk mengerjakan haji ketika masih bekerja dengan hospital kerajaan. Isu pakej yang tertunda kerana masalah teknikal pada pihak kerajaan Arab Saudi juga diceritakannya.
"Pakej-pakej tu diberikan bantuan dalam bentuk pinjaman jangka panjang oleh kerajaan. Ramai yang pergi tahun ini adalah yang tersangkut pada tahun lepas."
"Jadi yang dah dibayar tu burn la ye doktor?" tanyaku mahukan kepastian.
"Ya, burn la ... Selagi masih under renovation ... macam-macam syarat dikenakan."
Selesai urusan bersama doktor, kami keluar menanti untuk membuat pembayaran di kaunter. Naqib duduk di sebelahku. "Sakit la mama." adunya sambil tersengih-sengih.
Aku ketawa mendengarkan. Ya, laju betul doktor memberi suntikan padanya tadi. Seolah-olah sekelip mata saja. Sedangkan dia sendiri menyuntik aku terasa lama pula. Dan rupa-rupanya benar, dia terasa sakit dan sengal.
Mudah-mudahan ini satu permulaan yang baik. Semoga Allah memberi kami kemudahan demi kemudahan semua urusan mulai hari ini sehingga kami pulang semula ke tanahair nanti. InsyaAllah. Teringat ketika aku bertanya status halal ubat yang digunakan kepada doktor tadi.
"JAKIM kata halal, halal la ...Tapi mana ada dari Malaysia. Semuanya dari oversea. Kebanyakannya dari Switzerland." katanya gelak kecil. Aku dah minta suami berhati-hati tentang ubat yang digunakan untuk suntikan.
Ada pakej yang menawarkan surat pengesahan tanpa perlu suntikan. "Mana ada ubat yang halal, tak banyak sikit mesti ada yang haram tu." Begitulah kata yang disampaikan.
Teringat pula ketika bertanya kepada suami, selepas dia memberitahuku doktor ini mengabarkan ada ubat yang halal untuk diambil. "Sungguh ke halal ubat tu?"
"Ya doktor kata ada ubat yang halal, tapi mahal, kena order." Tak kisah kalau mahal, janji halal.
Aku menulis tanpa membuat selidikan. Maka yang ada ialah harapan. Semoga yang halal benar-benar halal untuk mengalir bersama darah di sekujur tubuhku.
Kepada Allah berserah. Allahumma aameeen.

Monday, March 24, 2014
Sunyi pula. Pelajar sudah pulang semuanya. Di tempat mereka selalu bermain, ada baldi sebiji, besen merah yang terlentang menadah langit. Ada berus toilet (arghh). Ada selipar entah siapa. Dan tangki hitam yang ternganga menjadi tempat mereka mandi-manda pada hujung minggu sebelum air mula dicatu.
Setakat dua hari, belum ada sesiapa yang menghantar berita bertanya khabar melalui Whatsapp. Sibuk barangkali. Aku pun sibuk pula. Meladeni dua puteri hingga ke Alam Sentral, Shah Alam. Dan serik mahu ke sana sendirian begini lagi. Setengah jam masa terbuang gara-gara masing-masing tiada yang teringat mahu merekod nombor kawasan tempat parkir. Tambah nazak apabila lupa pula jalan mana diambil untuk ke tempat parkir. Hasilnya kami pilih lift yang salah, dan keluar di kawasan yang salah. Aduii ...
"Ok ok ... jangan panik. Istighfar! Istighfar! Ya Allah, tolonglah kami jumpa balik kereta kami ni ..." Semoga ketenanganku menjadi ikutan yang baik di saat mereka kecemasan.
Muncul di tingkat berbeza yang memang tak sama dengan tempat parkir kereta tadi. Aku hairan betul.
"Takkan kereta kita dah bertukar jadi BMW pulak eh ..."melihat kereta mewah di 'tempat' sepatutnya Kancil berada.
Saja melawak yang kurang lawak, melihat Hanessa yang kepenatan diheret turun naik tangga.
"Kaki krem la ...." masing-masing mengeluh tatkala muncul di kawasan parkir yang lengang.
"Masuk balik, bahaya macam ni. Ya Allah ... kenapa la tak ada sesapa teringat nak ingat nombor tempat parking tadi ..." Nak merungut lebih memang tidak afdal. Usah merungut langsung sepatutnya.
Aku terus beri semangat kepada anak-anak yang semakin penat. "Lain kali nak datang lagi ke?" sekadar menduga.
Geleng kepala nak tak nak je.
"Inilah kali terakhir, melainkan semua ada. Mama dah tak larat macam ni. Buang masa sungguh." aku jawab semula. "Doa la ... kita nak solat lagi ni. Kita pergi masjid semula ya."
Angguk lemah.
Turun di setiap tingkat parkir, kali ini menggunakan lif. Orang pun dah tak padat. Tak ada kereta kami di mana-mana. Puashati, kami turun semula ke groundfloor. Masing-masing cuba mengecam semula lebih teliti. Doa dan terus berdoa. Harap dan terus berharap.
Akhirnya terpandang papan tanda lif yang lain, iaitu lif yang sepatutnya kami gunakan. Alhamdulillah syukur, akhirnya bertemu juga dengan kereta Kancil merah. Belum bertukar jadi kereta lain rupanya. Masih Kancil juga.
Menghenyak punggung di tempat duduk, rasa hilang segala beban. Kini mesti menuju masjid biru untuk solat Asar. Berehat sebentar dan pulang ke rumah. Singgah beli nasi kerabu untuk yang sudah keroncong perutnya.
Hari ini, wang kertas mengalir seperti air ... kata anakku.
Alhamdulillah, rezeki dari Allah. 'Pulang' nanti tak bawa duit masuk keranda. Mati bila-bila masa tak tau bila. Sudah bersiap ke??? Wallahu'alam.
* kurang ampuh mood nak menulis ...

Wednesday, March 19, 2014
Sungguh aneh
dan menakjubkan pekerjaan Allah Taala. Tak dapat akal mencapai dengan sewenang-wenang. Perlu duduk tafakkur dan merenung dalam-dalam, jauh-jauh dan merayau sekitar cakrawala. Andai Allah izin, pasti ketemu sedikit dari hikmah yang disediakanNya.
Andai Allah tidak izin, bisa jadi nanar gila. Hilang kuasa perasaan, sesat dalam fikiran. Na'uzubillahiminzalik.
Meliputi segalanya, adalah kasih-sayang Allah kepada makhlukNya. Selagi matahari masih terbit di timur, keampunanNya seluas langit dan bumi tiada had batasan.
Mengembara bersamaNya, dalam pimpinanNya. Itulah asbab keselamatan dan keberkatan.
TakdirNya usah dipertikaikan. Ketika bara fitnah semakin jauh percikan, mula menyambar wajah dan perasaan. Dan kesedihan datang bertimpa-timpa. Ya Allah, benar-benar Kau jadikan dunia ini tempat ujian. Tempat airmata dan kehancuran jiwa. Lalu Kau hidupkan dengan harapan dan impian yang dirahsiakan.
Ya Allah, perjalanan hidup anak Adam adalah suatu pengembaraan yang benar-benar luar biasa Kau ciptakan.
Telah Kau suratkan pada diri, namun natijahnya adalah Kau sendiri.
Yang Maha Kuasa, tidak memerlukan apa-apa. Hatta asbab hanyalah ujian juga.
Maka, kutitipkan padaMu akan ia. Aku tak kuat daya menjaganya. Pasti ia akan selamat dalam pemeliharaan Maha Pencipta. Astagfirullah Allahumma aameen. InsyaAllah.
* Allah sebaik-baik Penjaga dan Pemelihara. Allah sebaik-baik Pelindung dan Pemerhati. Allah sebaik-baik Pencinta dan benar-benar Mengerti. Allah segala-gala yang Maha Terpuji.
* Syeikh Maulana Zubair al-khandahlawi rah b Maulana In'amul hasan rah al-khandahlawi meninggal dunia 11 pagi tadi...Innalillahi wa inna ilaihi rajiun.Allahumma ajurni fi musibati wa akhlifli hoiron minha.

Monday, March 17, 2014
Laila itu amat perahsia
Sanah helwah buat anakanda Amirah berdua. Semoga hidup kalian sentiasa dalam bahagia berpanjangan, menjadi pilihan Tuhan sebagai asbab hidayat seluruh alam iaitu daieyahNya yang terpelihara. Semoga DIA menyembunyikan keaibanmu dan menggantikan keburukan dengan kebaikan, mengangkat darjatmu di sisiNYA dan menjadikanmu benar-benar Ratu di Syurga. Segala doa dan harapan yang tertinggi, terbaik dan terindah buat kalian sehingga akhir hayat, hingga ke akhirat. Allahumma aameeen, insyaAllah, alhamdulillah. Semoga dimakbulkan Allah yang Maha Pengasih dan Maha Pengasihani.
Laila sangat kuat menyimpan rahsia hati. Biar dia menderita makan hati daripada mencurahkan rahsia yang tersembunyi. Aku terfikir-fikir, berapa lama agaknya kisah Laila Majnun ini sebenarnya?
Majnun; dari hari pertemuan pertama memandang Laila sehingga hari matinya di atas pusara Laila. Tidak ada dinyatakan tempohnya. Semuanya berkisar perjalanan hidup Majnun yang nanar perasaan membawa diri ke tengah padang pasir tandus dan gua-gua bertemankan haiwan-haiwan liar.
Seribu tahun lampau, andaikata demikian, tempoh waktu masih panjang untuk sehari semalam. Yang pasti tentu bukan setahun atau dua tahun. Mungkin lima tahun? (siapa tau angkat tangan!).
Jadi ia adalah satu kisah yang panjang. Dipersembahkan di dalam sebuah cerita dengan menumpukan kepada Majnun dan perasaannya. Watak Laila hanya muncul sedikit sahaja untuk melengkapkan jalan cerita. Tidak banyak tetapi masih mengesankan.
Aku harus merakamkan catatan Epilog novel ini untuk ingatan. Bahawa sanya cinta itu adalah menuju Tuhan.
Nizami Ganjavi adalah seorang sufi yang berasal dari Persia. Menurut sufi penyair ini, cinta Majnun terhadap Laila adalah metafora cinta Majnun terhadap Tuhan. Artinya, dengan mencintai Laila, Majnun sebenarnya sedang mencintai Tuhan. Melalui cintanya terhadap Laila, Majnun benar-benar menghilangkan egonya hingga sampai ke tingkatan peniadaan diri sehingga ia tidak memandang dirinya dan diri kekasihnya sebagai kesatuan yang terpisah, tetapi sebagai satu kesatuan yang utuh. Dengan kata lain, kisah ini adalah sebuah alegori perjalanan sufi untuk sampai kepada Tuhan.
Sebagai akhir cerita, ada seorang sufi bermimpi melihat Majnun berada di samping Tuhan, dan Tuhan membelai-belai kepala Majnun dengan penuh kecintaan dan kasih sayang. Majnun disuruh duduk di samping Tuhan kemudian Tuhan berkata kepada Majnun, "Tidakkah engkau malu memanggil Aku dengan Laila setelah kau teguk anggur cintaKu?" Sufi itu terbangun dalam keadaan cemas. Ia sudah melihat posisi Majnun. Lalu di manakah posisi Laila? Tuhan kemudian mengilhamkan ke dalam hatinya, bahwa posisi Laila lebih tinggi lagi kerana Laila menyembunyikan kisah cintanya dalam hatinya. Kaum sufi menganggap Majnun dan Laila adalah kisah kecintaan seorang pencinta dengan Tuhannya, Kekasihnya. Majnun adalah pencinta, sementara laila adalah Tuhan yang kecintaaannya tersembunyi.
(Hujan turun, alhamdulillah.)
Bahagian cinta untuk alam dunia hanya 1 persen berbanding cinta di syurga. Yang satu persen inilah yang berada di dalam hati para ibu yang mencintai anaknya. Satu persen inilah cinta yang diangkat oleh Majnun dengan jiwanya hingga musnah dirinya.
Cinta tidak semestinya akan bersatu. Zaman mutakhir ini, cinta diperjuangkan habis-habisan sehingga anak-anak gadis sanggup menghilangkan diri dari keluarga untuk mencapai hasrat cinta yang membara. Sedangkan Laila, ketika ada peluang untuk bertemu, dia hanya berdiri memandang dari kejauhan.
Laila melihat Majnun berada tepat di depannya, namun ia berhenti sebelum langkah kakinya sampai pada pohon palem di mana kekasihnya itu sedang duduk. Seluruh tubuhnya gementar dan seolah-olah badannya telah tertanam di tempat itu. Tidak lebih dari dua puluh langkah memisahkan dirinya dari kekasihnya, tapi seakan-akan seorang penyihir telah menggambar sebuah lingkaran gaib di sekeliling tubuhnya hingga ia tidak bisa melangkah lebih jauh lagi.
Si orang tua, yang kini telah berhasil menyusulnya, menarik tangannya seakan-akan hendak menuntunnya ke depan. Laila berkata dengan sopan, "Tuan yang mulia, cukup sampai di sini, jangan lebih dekat lagi. Bahkan sekarang aku bagaikan lilin yang terbakar, selangkah lebih dekat kepada api maka aku akan terbakar hidup-hidup. Karena kedekatan dapat membawa malapetaka. Bagi para pencinta, keselamatan hanya ada dalam perpisahan.
"Memang benar kedekatan adalah berkah, namun itu adalah setetes madu yang menutupi racun. Mengapa aku harus meminta lebih? Bahkan Majnun, sang Pangeran Cinta, tidak meminta lebih. Pergilah kepadanya! Pergilah kepadanya dan minta padanya untuk melantunkan beberapa bait syairnya untukku. Biarkan dia menyenandungkan cinta, aku akan menjadi telinganya. Biar dia menjadi pembawa cawan, aku akan menjadi peminum anggurnya."
Jadi, cinta tidak semestinya kesampaian. Ia tidak semesti diluahkan dan dikongsikan. Ia adalah perasaan dalaman. Hanya dua hati yang bercinta dapat merasai getaran. Dan cinta yang terindah adalah cinta kerana Illahi; mencintai sang pencinta Illahi. Agar menyintai sang pencinta dapat membawa kepada menyintai Illahi.
Cinta yang paling luarbiasa adalah cinta Pencipta kepada makhlukNya. Hanya DIA yang dapat menceritakannya dan mengetahui tentangnya. Cinta selainnya hanyalah serpihan-serpihan dari cintaNYA.
Cinta kepada selainNYA; cinta bukan kepada pencintaNYA adalah hampa dan kecewa. Cinta manusia dan harta, semua akan lebur binasa. Cinta yang tidak beroleh redhaNYA, tidak memberi bahagia. Cinta dua saat cuma, antara azan dan iqamah. Terbatas hanya ketika masih bernyawa. Hilang nyawa lenyaplah cinta. Susut harta benda, susutlah jua cinta. Menginjak usia tua, cinta juga menjadi renta. Malangnya jiwa.

Subscribe to:
Posts (Atom)
Search This Blog
Blog Archive
Terima kasih :)
utamakan Bahasa Melayu
Pantai Lumut
Pantai Mersing