Hadith


Beramal dan Menyampaikan


Random Hadith Widget

Bismillah

Bismillah

Tuesday, October 18, 2011

Dayat yang risau, Nessa & ulat

Assalamualaikum dan salam pagi Selasa.

Rasanya masih belum cukup fit untuk berlagak seperti biasa.  Masih ada saki-baki bisa di bahagian abdomen.  Semoga beransur untuk sembuh, insyaAllah.

Pagi ini, Hidayat memulakan hari dengan airmata.  Saya peluk dia dan bertanya kenapa dia menangis.  "Dayat takut tak dapat jawab ..."

Ooo ... hari ini dia ada peperiksaan akhir tahun subjek Mathematics.

Alahai ...

Jiran-jiran saling berbicara tentang anak masing-masing di FB.  Saya pun menyampuk, 'redha dengan apa jua keputusannya.  Masuk kelas tak sampai tiga bulan.  Dapat buku teks hanya dua.  Buat sekadar termampu tapi cuba the very best.'

Malam tadi, sambil berbaring menahan bisa yang masih merengat di perut, saya pun 'slowtalk' dengan Hidayat.  Dengan suara yang slow, saya bercakap apa yang perlu.  Kalau result turun atau teruk sangat, dia akan turun kelas.  Masuk kelas corot, dapat kawan-kawan yang suka main dan cikgu-cikgu mungkin lain caranya untuk mengendalikan orang-orang yang suka main-main macam tu.  Jadi kita boleh jangkakan dua kemungkinan, sama ada cikgu akan lebih strict (cikgu tertekan, dan murid pun tertekan, tapi murid dapat kebaikan sebab perlu lebih fokus), atau cikgu lebih fleksibel (kurang tekanan, tapi kerugian kepada murid sebab tak ada tekanan maka fokus tidak meningkat di dalam kelas).  Ini sekadar jangkaan saya sebagai ibu, dan pengalaman sebagai murid.  Tidak langsung berniat nak menakut-nakutkan Hidayat. 

Namun nampaknya ia menimbulkan kesedaran kepada Hidayat.  Dia menjadi risau hingga menangis.  "Abah, macamana nak simpan amalan?"  tanyanya kepada abahnya selepas solat Isyak.  Wah, 'simpan amalan'?  Saya pun baru dengar istilah ni.  Kata suami, mungkin Hidayat mendengar perbualan abahnya dengan Pak Long Mansur semasa menjemput beliau ke Hospital Kuala Pilah bagi merawat mak tempohari.

Hidayat betul-betul susah hati.

Hati saya berkata, situasi seperti dah terbalik.  Biasanya para ibu yang susah hati dan kerisauan memikirkan anak nak periksa.  Saya tak mahu beri tekanan kepada Hidayat, tapi dia benar-benar terkesan dengan sedikit input dari saya.

Sebenarnya bagus juga, sebab dia terlalu asyik dengan games bergilir-gilir dengan adiknya.  Laptop saya memang tak dibenarkan diusik mereka.  Jadi laptop lama itu yang mereka gunakan sampai lenjan.

"Tahun depan insyaallah mama hantar Hidayat dan adik ambik tusyen.  Mudah-mudahan lebih faham nanti."  Hidayat angguk.  Hanessa dah tak sabar-sabar nak pergi tusyen.  Entah apa tusyen itu pada fikiran dia agaknya ... 'Boring la, nak gi tusyen sekarang boleh tak?'  tanya Hanessa.

Semalam dia mengutip seekor ulat sampah dan disimpan di dalam bekas jelly bersama seketul roti yang dilembapkan dengan air.  "Nanti ulat ni jadi rama-rama ke mama?"

Saya katakan supaya dia bela aje dengan makanan dan udara, dan lihat sendiri ulat itu jadi apa.  Mula-mula dia agak geli, tapi perasaan ingin tahu yang tinggi membuatkan dia berani mengusik ulat itu sesekali.  Uwannya pun melayan Hanessa dan si ulat yang lincah bergerak-gerak di dalam bekas.  Uwannya tak mahu Hanessa tidur petang, nanti malam meragam, katanya.

Ulat sebesar beras itu dibawa ke mana-mana, termasuk ketika menemani saya yang sedang sakit perut di dalam bilik.  Bekas berisi ulat diletak di sisi kepala saya.  "Ambikla ulat ni, karang dia merayap atas katil ni tak sanggup mama ..."  Tak terbayangkan kalau si ulat kuning yang kuat merayap berada di atas kepala saya!

Menjelang petang, ketika saya sudah agak kebah lalu keluar ke dapur, Hanessa bersuara dengan sedih, "Mama, ulat tu dah hilang!"

"Nakalnya dia,  pandai dia keluar dari bekas tu ya."  Tentu si ulat comel dah berjumpa lubang angin di bahagian penutup bekas plastik itu.

Mak saya pun sama bersimpati dengan kehilangan pet Hanessa.  Lalu mak cadangkan saya buat umpan untuk mendapatkan ulat yang lain pula ... Ohhhh.

Tapi sebenarnya ia sangat bagus sebagai eksperimen untuk Hanessa belajar tentang haiwan seterusnya kekuasaan Allah yang Maha Menjadikan.  Daya ingin tahu yang tinggi seperti ini harus diberi sokongan agar berkembang dengan sempurna.

Hanessa juga rajin menangkap lalat.  Dia cukup bangga sekiranya dapat menangkap lalat beberapa ekor, yang disimpannya di dalam bekas plastik juga.  Mulanya dia mengikut-ngikut si kakak yang bengang dengan ramainya lalat berterbangan di atas meja.  Dua minggu lepas, saya terjumpa bekas plastik dengan seekor lalat mati di dalamnya.  "Ni nak bela lalat, kena la buatkan lubang udaranya.  Tengok ni, dah mati dah!"  lalu saya campakkan lalat kejung ke dalam sinki.  Teringat si kakak yang rajin juga buat eksperimen lalat.  Kali pertama dia menangkap seekor lalat, dilepaskannya.  Kali kedua dia berjaya menangkap sepasang lalat.  Dengan gembiranya dia cuba meletak sedikit makanan, malangnya ketika itu sang lalat pun dapat melepaskan diri terbang lalu hilang.  Hehe ... sudahnya si kakak pun berhenti menangkap lalat, sementelah sudah menerima jawapan untuk ke madrasah.  Debaran nak melalui situasi baru lebih kuat mengatasi keseronokan membela lalat sebagai pet.

Sekian dulu sehingga ketemu lagi, insyaallah.

p/s - Hidayat menceritakan dia berusaha kuat untuk menjawab soalan Mathematics siang tadi, "tapi soalan nombor 7 tu susah tak dapat jawab ..."  Tak mengapalah, sekurang-kurangnya mama telah mendengar betapa Hidayat cuba mengingati apa yang telah diajarkan dan cuba membuat yang terbaik.

        Umpan baru sudah siap untuk dijadikan perumah sang ulat seterusnya ... sekeping kulit ayam yang sengaja didedahkan tapi macam tak menarik minat sang lalat (yang tiba-tiba macam tak muncul di ruang dapur) kerana mungkin terlalu bersih dicuci dek Hanessa di bawah air paip.  Tak sabar-sabar dia nak melihat ulat baru menjelma!


den

Sakit perut

Dengan nama Allah yang Maha Pengasih dan Maha Pemurah.

Assalamualaikum dan salam selamat malam.  (10.40PM).
bersarapan pagi

Petang semalam uwan sudah berada di transit kedua, rumah anaknya yang bongsu.  Si bongsu yang juga kurang sihat sebenarnya di Rasah Jaya.  Abang saya yang menghantar ke sana, atas budi bicaranya selepas mengangkut uwan merata-rata ~ ziarah Fuad, ke majlis kahwin di Kg Subang, selain singgah di Nilai untuk membeli persediaan anak sulungnya bernikah Disember ini nanti.  Mohon maaf dan terima kasih.  Bro macam ada power tersendiri hihi ...  Dan terima kasih banyak-banyak sebab tolong buat 'bypass' tiga kipas yang khabarnya terkena petir tu. 
3 H

Semoga uwan tenang-tenang sahaja di transit keduanya.  Saya bekalkan biskut 'nomorechips' sebekas penuh untuk uwan.  Tak apa, nanti memang nak buat lagi insyaallah.  Tinggal nak beli tepung gandum je dan coklat chips, supaya boleh dipanggil biskut 'chipsmore' pulak ...  Biskut 'nomorechips' tu ditaburi dengan colouredrice, citarasa Hanessa untuk ditabur di atas kek lembap coklat tempohari.  Uwan puji, "sodappp, tak manih amek macam yang jual tu."  Lepas tu uwan tersedak, lalu mengurut-ngurut gelambir di bawah dagunya.  Kesian uwan ... biskut tu berseredak masuk celah tekak.

"Haa wan, makan biskut tu ingatla kat Intan."  kata Pak Meon.

pergi membawa diri huhuuu cedihnya
Uwan iyakan aje.

Hari ini, pagi-pagi melintas bilik anak dara yang uwan diami semasa tinggal di sini, teringat uwan.  Apa khabar uwan?

Ada dua jiran yang datang berkunjung, menziarahi mak.  Tengahari semasa prepare makanan, muncul Haji Abdullah dari Kuala Pilah bersama isterinya.  Tapi tak lama, tak sempat nak ajak makan pun,  mereka mohon diri.  Isterinya bercadang nak transit di rumah ini petang nanti, menemankan mak sementara abah pulang ke kampung.
Kak Ani ~ penat fikir macam2

Abah nak balik jenguk rumah.  Tengoklah ayam-ayam tu, mesti berlari-lari mengejar abah mintak makan, kata mak teringatkan ayam-ayamnya di kampung.

Akhirnya abah selamat sampai ke rumah di Kubang Gajah petang tadi, pulang bersama Andah dan Kak Jasmah.  Alhamdulillah.

Kak Imah & Syikin ~ model minggu ini


Saya teringat pagi tadi, cuaca cerah membuatkan hati saya rasa tenang.  Bercadang nak memulakan ayat 'pagi yang ceria ...'.  Dan rasanya dah cukup masa untuk menjenguk bab 7 novel Sakinah.  Tapi seperti peribahasa 'kusangka panas hingga ke petang, rupanya hujan ditengahari.'  Saya sakit perut!

Chicken Chicker tu, kata suami yang berada di Kajang. 
'Kat ne?  Bila nak blik?  Sakit perut la.'  Begitu la saya hantar sms ke dia.  Tak de salam-salam atau mention nama panggilan pun.  Kata mak, muka saya dah pucat menahan sakit.  Akhirnya mak separuh memaksa saya ke klinik bersama abah.  Alhamdulillah, rezeki saya (yang malas nak pergi sebab malas nak menunggu giliran karang), hanya saya pesakit yang muncul waktu itu.
Abang Z ~ jeli kelapa yang sangat enak

"Saya beri awak ubat tahan muntah supaya awak tak muntah.  Ubat angin ni biar awak kentut.  Makan banyak-banyak biar kentut besar banyak."  kata doktor wanita yang berwajah jernih itu.  "Dah berumur macam ni, kena hati-hati sikit ambil makanan.  Ada enzim yang dah kurang dalam badan, bla bla bla (dah tak ingat)."

Balik rumah, saya cuba telan semua empat jenis pil.  Sekali telan dua biji bagi setiap jenis.  Tiba kat pil warna merah jambu yang besar bagak tu, tersangkut susah nak telan.  Lepas tu terus muntah kat toilet (alhamdulillah nasib baik sempat sampai ke lubang jamban tu.)  Nampak la pil-pil warna hitam, hijau, biru tergolek-golek masuk lubang bersama makanan yang tak hadam.  Cuma pil merah jambu yang tak ada, sebab tak sempat nak telan.  Alhamdulillah, lega sedikit rasanya walau perut masih sakit bisa.  'Napa doktor tak bagi muntah plak ek ..."
da only brother Abang Ariff & da only hubby Pak Meon hehe ...

Terkenang kalau uwan ada sama.  Seorang nenek uzur dan seorang ibu yang baru keluar IJN, ditambah dengan seorang wanita yang diserang sakit perut ...  Tapi saya rasa, mungkin uwan akan urut perut saya dengan minyaknya pula ...

Jadi hari ini saya hanya sempat masak gulai telur itik bersama bacang muda, di bawah seliaan mak.  Tak sempat nak masak sayur kailan macam yang dirancang, maka Pak Meon pun buat-buat tanya masa makan malam, "Aik, lauk ni je ke?"

Lepas maghrib baru saya dapat menggagahkan diri mencuci pinggan mangkuk yang tersadai di sinki sejak tengahari tadi.  Dan saya tidak berselera pun nak menjamah gulai telur itik yang nampak macam sedap tu.  Terima kasih kat Kak Imah, my only sis-in-law yang beli telur itik tu ... :))

Ada beberapa perkara yang berlaku hari ni selain serangan sakit perut tu.  Ibu, gelaran untuk isteri Haji Abdullah yang berhajat nak tidur di sini (saya baru sempat bersalam je, baru pertama kali berjumpa) terkandas kerana menjelang petang, mendapat khabar melalui abah, yang ibu kandung Haji Abdullah telah meninggal dunia di rumahnya di Parit.  Jadi, Ibu pun tidak muncul seperti yang dijanjikan dan segera dimaklumi keadaan terkini yang terjadi.

Tiba-tiba mak teringat surat-surat temujanji yang disediakan oleh IJN.  Ntah ke mana pulak tersusupnya ... harap-harap tak terbawa balik ke kampung dek abah.  Sebab esok mak sepatutnya ke mana-mana klinik untuk merawat luka di dada kirinya tu.  Insyaallah.

Suami saya pula sempat mencari HQ Magnetik Aura semasa di Kajang siang tadi.  Ada la guna sikit.  Masih melihat-lihat keberkesanannya kepada diri sendiri.  Hari tu dengar dalam radio je dan search dalam inernet untuk testimoni.  Huh, makin lama makin banyak cara yang luar biasa untuk sembuh dari sakit.  Cuma, jangan sampai salah iktikad bergantung kepada selain Allah.  Selain itu hanyalah alat semata.  Saya masih blur tentang bagaimana ia menjalankan fungsinya kepada tubuh.  Perkataan yang saya pegang ialah 'aura'.  Magnetik tu ... hmm mungkin ada kaitan dengan magnet.  Tak mengapalah, nanti ada masa dan kerajinan, boleh search lagi pasal benda-benda begini insyaallah.

Jam 10 tadi, suami saya berbasikal (mimpi hapa ntah, tiba-tiba nak kayuh basikal plak malam2 gini, sempat la pam tayar yang dah kempis) ke taman sebelah untuk ziarah jiran yang sudah beberapa tahun keuzuran.  Khabarnya orang-orang surau pun ada bersama.  Semoga saudara Yusaini sentiasa tabah dan bersabar di atas dugaan hidup yang menimpanya.  Saya respek dengan beliau ni, sebab dia sentiasa bersikap cool dan ceria kalau berjumpa di mana-mana.  Semoga ujian kesakitan ini akan meninggikan lagi darjat beliau di sisi Allah dan diberikan pahala yang tidak terhingga di atas kesabarannya.  InsyaAllah.

Jenguk laptop jap.  Ada message di FB.  Tegur sapa dari kenalan.  Antara katanya bertanya khabar, looks like the very enjoy life.  Alhamdulillah.  Nikmat hidup tetap ada, dan apa yang berlaku adalah antara nikmat-nikmatNYA yang wajib disyukuri, semoga dengan demikian akan ditambah lagi segala nikmat itu olehNYA.

QS lbrahim (14): 7:
 
     Jika kamu bersyukur pasti akan Kutambah (nikmat-Ku)
     untukmu, dan bila kamu kufur, maka sesungguhnya siksa-Ku
     amat pedih.


Segala sesuatu ada hikmah dan rahsia yang hanya DIA yang Maha Mengetahui.  Kita hanya diberikan sedikit ilmu untuk memahami sekadar ukuran yang diizinkanNYA.  Apa lagi yang lebih baik, selain tetap yakin dan redha, tetap sabar dan mengharap?  Semoa DIA akan mencampakkan rasa cinta yang termahal, cinta kepadaNYA ... yang dinanti-nanti akan bertemu, yang mengatasi segala nikmat yang dijanjikan.  PERTEMUAN DENGANNYA!

InsyaAllah.

Semoga ketemu lagi :)




Monday, October 17, 2011

'Why things in China can be cheap'

These pictures were taken by a French photographer, Alain Delorme in Shanghai throughout 2009 & 2010. He called the series, Totems.
These couriers - mostly migrant workers from other parts of China - not only need strong legs but also acrobatic skills to balance these massive loads on their tricycles & bicycles while on the move. A lot of you must be wondering where the centre of gravity is in each case.









Saturday, October 15, 2011

full stop?

Assalamualaikum dan salam sejahtera.

Pagi Sabtu yang damai.

Hari ini jadual saya seperti padat.  Sekejap lagi nak menyidai pakaian.  Lepas tu nak siapkan bahan untuk masakan tengahari.  Insyaallah akan ada tetamu yang datang untuk menziarahi mak.  Tak kisah la sesiapa pun.  Menu dah ada.  Cik abang suruh masak ikan asam pedas.  Asyik gulai lemak je, aku pun nak menu aku pulak.  Hihi, orang Johor le katakan ...

Mak tak kisah, boleh je asam pedas.  Abah, nanti akan digorengkan ayam.  Uwan, ayam goreng pun boleh.  Dia pun takkan le nak makan gulai lemak je hari-hari, kan. 

Mak dah balik rumah petang semalam.  Macam orang baru bersalin jugak.  Jalan perlahan-lahan je.  Ada bantal kecil untuk ampu bahagian dada.  Ada senarai 'boleh dan tak boleh' diberikan oleh doktor. 

Menjelang Maghrib semalam, Kak Lia, Intan dan tunangnya Iskandar datang menyinggah.  Mereka dari kawasan Meru nak pulang ke Seremban.  Fikir fikir punya fikir, akhirnya saya hidangkan nasi goreng dan semangkuk besar magge bersayur campur telur.  Alhamdulillah, simple but lazizah ... 

Dan mak beli insuran dari Kak Lia untuk Hidayat dan Hanessa, tanpa merujuk kami.  Tau tau Intan minta kad pengenalan saya dan surat beranak budak-budak.  Cik abang panggil saya masuk bilik, selepas Kak Lia balik.  Hmm ... macamana?  Mak akan cover untuk setahun pertama.  Selepas tu siapa yang mudah akan bayarkan.  Alasan mak, itu untuk simpanan.  Kalau tak, duit terus mengalir macam air, tak nampak ke mana. 

Kalau mak sihat, tentu panjang kami berhujah.  Memikirkan kesihatan mak, jantung pulak tu, saya akur aje.  Bukan tak pernah ambil insuran, tersangkut di tengah jalan.  Raya tahun ni masih lagi terima kad raya dari kenalan itu dengan cop syarikat insuran beliau, menyebabkan kami rasa terharu di atas ingatannya.  Bukan tak ada kenalan yang masih berusaha untuk menarik kami.  Pendek kata kalau nak ambil insuran, anytime.  Masa sekolah rendah dulu, mak dan arwah abah tak benarkan saya ambil insuran (wakil insuran datang sekolah buat promosi) dengan sebab-sebab mereka sendiri.  'Orang ambik insuran selalu eksiden!'  Taboo ... 

Kini kami mula menyimpan sikit-sikit di Tabung Haji.  Tiba-tiba ...



Wahh, apakah saya akan selalu bertemu 'full stop' selepas ni?

                                           
Mungkin saya harus belajar lebih cool, lebih tenang, lebih tak kisah.  Belajar dari keadaan, adalah lebih baik untuk bersikap redha dan sabar serta memudahkan.  Kisah uwan banyak memberi pengajaran.  Perlu diam, uwan diam.  Perlu menangis, uwan menangis.  Perlu senyum ketawa, uwan senyum ketawa.  Err perlu berpantun, keluarlah pantun-pantunnya hihi ...  'Bergaduh' dengan uwan boleh agaknya, uwan tak ada masalah jantung. 

Okaylah, saya terpaksa fullstop dulu.  Akan ke dapur semula.  Saya nak buat trifles custard.  Bahan-bahan dah ada.  Bolehlah dihidangkan kepada sesiapa yang muncul di ambang pintu hari ini nanti insyaAllah.  Sapa nak rasa?

Sehingga ketemu lagi.  Senyum selalu.  Jom kita  jadi fasilitator pulak!

Friday, October 14, 2011

errrkkkkk ... errrkkkk ... errrkkkk ...

Assalamualaikum dan salam petang Jumaat.

Kisah uwan lagi.

Sekadar untuk tatapan ahli keluarga yang jadi silent readers di sini. Juga untuk rujukan sekiranya satu ketika nanti ada anak cucu uwan yang tiba-tiba nak tau rutin uwan dan apa yang uwan buat dari pagi ke petang.  Bolehlah jenguk dan baca di blog ini.

Tadi, saya letak siap-siap tiga ketul kentang bersama pisau dapur berdekatan tempat uwan selalu duduk di meja makan.  Biar hari ini uwan cincang kentang itu untuk dibuat tambahan lauk tengaharinya. 

Patutlah uwan komen kentang yang saya goreng.  Uwan tak mahu terlalu lembik (saya letak air dan kecilkan api).  Cara potong kentang pun tak disukai (menggunakan sagat menyebabkan kentang terlalu  nipis).  Lain cara hiris lain rasanya, kata uwan. 

Selepas cincang, cuci air lalu dan tumis dalam kuali bersama perencah.  Jadi tak payah goreng, tanya saya.  "Ado banyak caro eh ... yang tu lain, yang nia lain.  Ni ekau campur jo ngan roncah eh tu karang."

Ooo jadi tak semesti kena goreng kentang.  "Ni macam yang Intan buat hari tu la!"  Wah, rasa tak puashati nih!

"Iyo la, tapi den tak suko kontang lombik macam tu." 

Iyo la, kentang sagat mana la boleh garing, digoreng jadi melekat-lekat pulak.  Jadi, lain kali cincang, cincang aje le.  Tak payah banyak soal.  Itulah cara yang uwan warisi dari emaknya dulu.  Atau hiris kecil-kecil, yang begitu pernah saya buat dan uwan tak komen apa-apa. 

Tadi pagi saya mengurut belikat dan bahu uwan.  Ada bunyi gedek gedek gedek ... urat masuk angin la tu.  Lengan uwan kiri dan kanan terasa ada bonggol.  Itulah yang sakit agaknya.  Saya belajar, kalau nak urut lengan mesti dari hujung jari bawa ke bahu.  Kalau sebaliknya itu songsang.  Uwan diurut begitu kalau dengan tukang urut di kampung, atau dengan Cik Itam di Batu Kikir.  Sesekali uwan mengaduh dan tejerit kecil.  Muka uwan berkerut.  Sakit la tu.  Saya syok je mengurut.  Kalau uwan sakit lagi, saya pindah urut bahagian lain pulak.

"Yang ekau urut dulu tu (lama dah, masa baru balik Julai lepas kot) lamo den raso logo.  Nia co kao urut lagi kek bahu den.  Nak mengereng payah amek.  Sakit. Takkan nak nolontang jo."

"Wan, ni kena cas lebih ni.  Pakai minyak kambing gurun.  Sebotol kocik pun dah RM100 ni ha." 

"Den baya ..."  Uwan melayan Pak Meon.  Minyak kambing gurun pemberian Haji Jefri, kawan baiknya di Shah Alam.

Saya disuruh urut, boleh la urut sikit-sikit.  Pak Meon yang ajar cari point untuk diurut.  "Ekau ni ado la ngikut macam nek moyang dulu.  (Nenek moyang dulu dengarnya bidan besar)."

Kemudian uwan suruh saya urut bahagian pinggangnya.  "Wiii, teraso sampai ko poho den.  Agak eh urat tu dah koreh (keras) la kan."

Patut pun kalau urat uwan keras.  Adat manusia macam tu la wan, kata saya.  Kocik-kocik lasak kemain.  Dah tuo apo laie yang boleh dibuek.

Kalau tak silap saya,  arwah Kak Ja pun pernah mengurut uwan. 

"Errkkk ... errkkkk ... errrkkk ..."  itu bunyi uwan sendawa.  Uwan urut-urut dan tarik-tarik kulit gelambir di bawah dagunya hingga ke tekak.  Uwan susah nak sendawa.  Kalau sendawa, dia berasa lega sungguh.  Bila ditarik-tarik bahagian tekak yang dah menggelambir tu, angin pun keluar dari mulut uwan.

"Tak kontut ko?"

"Kontut ... tu la kekadang duo tigo kali masuk balik bilik air amik air semayang.  Ayooo hai.  Sobab tu den lamo dalam bilik air.  Berghojam-ghojam (berjam-jam)."

Uwan ketuk-ketuk perutnya dengan hujung jari hantu.  Ada bunyi.  "Poghut den ni kombong jo."

Kesian uwan.  Memang sulit kalau dah berwuduk, terlepas angin. 

Sudah tiga pagi uwan rendam kaki dalam air suam.  Kali kedua dan ketiga saya letak garam kasar dalam air rendaman. Kata uwan,  bengkak kakinya dah susut selepas dua kali rendaman.  Kalau sebelum itu, kulit kaki uwan terik menandakan bahagian kaki bengkak.  Pagi ini uwan tak rendam kaki, cukup tiga kali sahaja.  Mungkin lagi dua minggu boleh buat lagi.  Saya pun teringin nak merendam kaki sama.  Terbayang kalau baru balik berjalan, dapat rendam kaki dalam air suam sambil pejamkan mata, dan dengar bunyi air jatuh, wahhh ... tentu sangat melegakan!

Uwan dah 86 tahun.  Seperti pokok tua.  Seperti enjin kereta Morris Minor tua.  Seperti jam tua antik Motherclock.  Pokok tua akan mereput jua.  Enjin kereta Morris Minor tua walau sentiasa diservis ikut jadual, tukar sparepart, tetap akan reput satu hari nanti.  Jam antik Motherclock pun macam tu juga.  Apa yang boleh dicontohi dari uwan, ialah rajin-rajinlah jaga kesihatan, minum Anelene dua kali pagi dan petang, peka dengan makanan yang tak serasi (dah tau tak serasi, jangan diambil lagi melainkan kalau nak juga sedikit sahaja), tak minum air batu (sesekali je boleh la), dan tidak meninggalkan solat.  Juga bersihkan hati lapangkan dada jernihkan fikiran.  Dah tak boleh nak melawan sebab kudrat dah makin kurang, redha aje apa yang berlaku.

"Banyak-banyak berdoa, wan.  Doa wan ni insyaallah tak direject.  Dah umur subsidi.  Uwan mulakan dengan selawat dan tutup dengan selawat, fuhh terus naik ke langit.  Wan dah buat solat hajat lum?"

Uwan tak malu bertanya soal-soal ugama.  "Yo den ni tak tau ..."  Sayu hati mendengar tapi rasa bangga dengan uwan.  "Kekadang tu den konfius lupo.  Tu den tanyo an tu."  Saya pun bawak laptop kat depan uwan.  Search nenek goggle la pulak.  Eden pun bukan tau sumo hehe ... so kono la tanyo uwan goggle.

"Wan, mak dah keluar."

"Iyo ko?  Ni dalam perjalanan la ni yo?"  wajah uwan cerah.  Mungkin uwan gembira. 

"Ha'ah, jap lagi sampai la tu."

Alhamdulillah, mak dah keluar dari IJN hari ini ~ 14 Oktober 2011 bersamaan dengan hari Jumaat.  Bersambung di entri lain untuk catatan seterusnya, insyaAllah.




Search This Blog

Blog Archive

Rakan Blog

cinta hingga Firdaus

Lilypie Angel and Memorial tickers
Lilypie Kids Birthday tickers Lilypie Kids Birthday tickers Lilypie Kids Birthday tickers Lilypie Kids Birthday tickers

Terima kasih :)

utamakan Bahasa Melayu

utamakan Bahasa Melayu

Pantai Lumut

Pantai Lumut

Pantai Mersing

Pantai Mersing