Bismillah..
Mungkin salah saya. Mungkin bukan juga. Ia bergantung kepada mata yang memandang, mungkin juga. Mungkin berdasarkan penampilan. Mungkin ia satu cara pembawaan diri. Mungkin ia sudah rezeki diberi Tuhan. Syukran ya Allah.
Apa yang pasti, mereka tidak mengenali dan baru pertama kali bersua. Dek kerana itu mereka tersilap sangka. Tapi itulah, mereka tak boleh dipersalahkan. Mereka menyangka yang baik, walaupun sudah tersalah sangka. Walaupun ada juga yang pernah ketemu tapi lama dulu, masih tersalah sangka, “bini muda ke?”.. hmm orang lelaki memang suka benar hal-hal yang ‘muda’, macam tak suka pada tua.
Saya baru tertarik menggunakan beg sandang setelah mendapati jahitan zip tas tangan itu mula meregang. Saya sayangkan tas tangan yang tidak mahal ini, khuatir koyak kerana saya cerewet memilih. Lagipun saya mahu keadaan yang ringkas untuk bergerak. Setiap hari persekolahan menjemput anak-anak di sekolah pagi, salin pakaian di masjid dan makan di bawah pokok rendang di kawasan lapang depan Soon Lee, dan menghantar mereka ke sekolah ugama. Di sela-sela waktu terluang saya mahu membaca. Saya perlu beg untuk membawa novel, buku catatan dan kamera.
Saya cuba memikirkan alternatif sedia ada tanpa perlu membeli sebuah tas tangan yang lebih besar untuk berjimat. Akhirnya saya temui beg sandang Prada hitam yang baru dipakai sekali oleh suami. Beg itu tersadai di atas kabinet dengan passport antarabangsa kami di dalamnya. Sejak itu saya memakai beg sandang. Cuma agak ranggi kerana saya selimpangkan talinya di badan.
Beg sandang ini saya harap tidak menarik perhatian peragut dan pencopet. Ia hanya mengandungi beberapa helaian cerpen akhbar yang naik lunyai tapi belum juga sempat dibaca. Juga ada purse yang sesekali mewah sedikit isinya. Selain itu hanya kamera digital yang menjadi teman dan selalu kehabisan bateri serta beberapa barang remeh orang perempuan. Alhamdulillah, di sini tidak terdengar berita pencopet dan peragut, namun perlu berhati-hati.
Beg sandang ini bukanlah puncanya. Pertama sekali saya bersyukur ke hadrat Tuhan yang memberi saya kesihatan yang baik. Bukankah Dia sudah mengatakan, bersyukurlah maka Dia akan menambah lagi nikmat yang diberi..? Moga-moga saya benar-benar perfect sihat, bukan seperti buah kuini yang cantik berkilat kulitnya tapi berulat di dalamnya. Na’uzubillah..
Kedua, ucapan terima kasih buat ibu yang mengandungkan saya selama 9 bulan, mengendong saya di dalam rahim ke hulu ke hilir tidak pernah ditinggalkan. Terima kasih buat ayahanda yang bersebabkannya saya wujud di alam fana. Juga buat mak abah yang memelihara saya dari kecil hingga dewasa dan menjaga saya seperti menatang minyak yang penuh. Alhamdulillah.
Ketiga, terima kasih kepada suami juga tentunya. Kerana dia pandai menjaga isterinya ini. Cukup makan pakai walaupun kekadang mahu lebih lagi. Dia amat prihatin ketika saya di dalam pantang bersalin. Dia mencari lempoyang lalu ditumbuk dengan lada hitam dan bilis mentah, dan diperah dengan air asam jawa yang pekat. Sungguh menyelerakan baunya apabila digaul dengan nasi panas. Dan dia pun menyuap sama ke mulutnya. Suami juga mencari hati lembu untuk dimasak semur pekat seperti yang ibunya pernah masak. Ikan haruan masak pindang pekat. Wow! Sedap!! Membelikan saya ubat-ubatan untuk membaiki kesihatan diri selepas seribu urat saya putus. Hingga kini dia masih menjaga saya dengan baik. Seiring juga tentu ucapan terima kasih buat bonda dan ayahanda mertua yang melahirkan lelaki ini untuk saya. Buat mak Leha, terima kasih kerana menjaga saya selepas bersalin Hurin. Mak jaga saya macam mak jaga anak mak sendiri.
Juga terima kasih kepada mak angkat saya, primadona lagenda filem Melayu yang tetap anggun jelita. Beliau mengajar saya selepas bersalin Hurin, serba sedikit kaedah menjaga kesihatan wanita dan mengurut tubuh saya bersungguh-sungguh hingga menitik peluhnya. Anak perempuan beliau waktu itu sudah beranak dua, namun begitu remaja parasnya. Saya memang tak larat nak mengikut cara beliau menjaga kesihatan. Semoga auntie sihat dan ceria selalu.
Jadi beg sandang bukanlah puncanya. Ia hanya aksesori. Selebihnya ialah kurniaan Allah Taala kepada makhlukNya. Terima kasih ya Allah kerana mengurniakan kehidupan yang baik kepada saya. Alhamdulillah. Biar kita jadi pertengahan dan sederhana. Apa yang pasti, ada yang lebih hebat lagi dan tak kurang yang lebih menderita, andai kita rasa sudah amat menderita.
Dek kerana itu, mereka tidak salah. Saya pun tidak bersalah. Hanya kerana mereka tersilap tanya kepada suami, “Ini anak ke?”. Atau keliru antara saya dan Hurin. Atau apabila mereka bertanya kepada Naqib dan Hurin, “itu kakak ke?” Kekeliruan tidak boleh disalahkan tapi perlu dijelaskan.
Lalu saya teringat kisah jiran lama yang begitu ‘baby face’ dan amat lemah-lembut tutur kata dan tingkah lakunya. Lebih kurang sahaja ceritanya. Ada juga keadaan yang sebaliknya. Saya kerap disangka kakak sejak kecil, kerana saya lebih besar dari kakak yang dua tahun lebih tua dari saya. Dia slim sampai sekarang walau sudah beranak enam. Saya belum pernah berjaya jadi seramping dia.
Akhir sekali, kita memang perlu menyayangi apa yang kita ada sebelum ia ditarik dari kita. Nikmati hidup ini sebaiknya dan berpada-pada mengikut rezeki yang diberiNya. Memang setiap manusia berbeda-beda dan itu agar kita saling mengenali dan mensyukuri nikmat Tuhan. Bukan untuk dibangga-banggakan. Ia hanya sementara, yang kekal hanya Pencipta, Allah Taala yang Maha Esa dan Maha Kekal selamanya. Oleh itu, yang berwajah muda pun akan kerepot akhirnya. Apabila kulit yang tegang akan menggelambir, kedut pun bergaris di dahi dan pipi. Matapun tenggelam ke dalam rongganya. Warna mata yang berkilat hitam menjadi samar kekelabuan. Mula terpaksa memakai kacamata. Rambut yang hitam menjadi seperti perak yang bercahaya. Gigi yang putih menjadi kusam dan mula berlubang, goyang lalu tanggal satu persatu. Dada yang ranum mula kempis. Perut yang sebelum ini boleh disumbat apa sahaja, mula berkisar perlahan dan terhad jamuannya supaya tidak sakit ulu hati dan tidak berangin kembung. Segala sendi mula ketat dan hilang pelincirnya. Mula terpaksa memegang tongkat untuk menambah daya.
Ketika muncul pelbagai kaedah untuk mengekalkan kemudaan dan keremajaan. Sapu krim sepuluh minit sudah menjadi remaja. Segala kusam dan noda hitam hilang serta-merta. Ada pula cara menggunakan tali untuk menegangkan wajah yang sudah layu. Tiba-tiba nenek pun menjadi 10 tahun lebih muda dan bertambah anggun bila berkebaya nyonya. Semua mahu muda, tidak mahu tua dan tidak mahu mati.
Saat ini saya memikirkan, biarlah hidup berjalan seadanya. Tak mungkin kita menongkat dunia selamanya. Moga-moga saya tidak terbuka hati untuk menyuntik wajah atau mengikat tali bagi menegangkan kulit wajah yang sudah jatuh. Kerana kerepot dan kulit mengelambir itu ertinya kita semakin dekat dengan alam kekal. Kita akan meninggalkan alam sementara yang penuh pancaroba ini. Moga-moga kita tidak perlukan usia subsidi yang terlampau. Hingga kita umpama kembali ke alam bayi semula. Jadi biarlah hidup berjalan lancar di atas landasannya yang semulajadi.
Ya Allah, hidupkanlah daku dalam keimanan dan matikanlah daku dalam husnul khatimah. Rahmatilah hidupku dengan rahmat yang berkah dan ampunilah segala dosa-dosaku. Ameen. Maaf Zahir Batin.
Apabila hati bersuara, ia adalah bisikan paling halus dari sudut hati yang paling tersembunyi. Tiada sesiapa mengetahui melainkan Allah Taala yang Maha Seni. Lalu hanya kepada Allah aku berserah diri. Ya Allah, kurniakan daku takdir yang baik di dunia ini dan takdir yang baik juga di akhirat nanti. اللهحم امين
Bismillah
Thursday, July 15, 2010
Wednesday, July 14, 2010
Hidayat dah 8 tahun!
Selamat hari lahir untuk Muhammad Hidayatullah, 10 Julai. Dah 8 tahun! Acara ringkas tanpa perancangan untuk Hidayat. Walaupun Hidayat menuntut kek gambar Power Rangers dan hadiah macam-macam. Mungkin tahun ini semuanya ringkas, dimulai dengan ulang tahun Kakak dan Adik bulan Mac lepas. Sampai sekarang mereka masih menagih janji. Bulan depan hari lahir mama, diikuti hari lahir Along bulan Disember nanti. Hanya abah sahaja yang meriah sambutan hari lahirnya April lepas sebab bersekali dengan merai kenalan baru dan lama di sini. Itupun ada yang tak dijemput. Masih dalam perkiraan sederhana sekali. Dua dalam satu. Lepas ni kita sambut hari lahir mengikut bulan Hijrah pulak, ya!
Hari ini Hidayat ditarik ke hadapan untuk menjadi imam pelajar pra di sekolah agama. Di sini, macam di Johor, masuk sekolah ugama petang apabila berumur 8 tahun iaitu tahun dua di sekolah pagi. Dan mereka membaca beramai-ramai praktikal solat. Macam waktu kami belajar solat semasa sekolah ugama di Johor dulu.
Aura Warna Personaliti
Aura Warna Personaliti
Kadangkala rasa bosan sukar diatasi. Menonton KCB tidak membantu. Dengar muzik menambah rasa bosan. Membaca pun tidak ada mood. Nak makan, selera tidak terbuka, tambahan lagi sedang giat hendak mengurangkan berat badan. Tapi makan kinder boeno sedap juga. Mandi? Mungkin juga tapi tak cukup untuk menghilangkan rasa tak seronok. Nak ke pantai untuk menyeimbangkan ion-ion positif negatif, waktu ini tak sesuai. Petang-petang okla..
Bacalah al Fatihah banyak-banyak. Bacalah selawat nabi. Berzikirlah menyebut nama Allah di mulut dan di hati. Supaya hati yang malap kembali bercahaya.
Ada buku Mir Hazil Azran Ramli mengungkap rahsia personaliti melalui warna. Belum baca betul-betul. Ada ujian warna. Bolehlah dicuba. Pun tak ada mood nak menjawab soalan-soalan. Jawab juga tapi tidak serius memikirkan. Ohh..tak mengapalah. Memang disarankan menjawab sepintas lalu. Boleh cuba jawab lagi di lain masa. Mungkin jawapan lain kali berbeza pula. Kata penulis buku, kita umpama pelangi. Jadi hampir semua warna ada pada kita. Warna yang kerap melingkari kita itulah warna asas diri kita. Yang lain adalah melengkapkan sahaja.
Jawapan yang banyak ‘ya’ ialah di kategori warna biru. Warna indigo hanya kurang satu ‘ya’. Tapi personaliti warna biru macam tak tepat. Sipi sahaja. Tak macam mewakili diri. Ah, tak tepat ni. Baca pula personaliti indigo. Hmm.. hampir serasi dengan diri. Ini agaknya kot. Tak pe kita baca dulu.
Personaliti indigo banyak bermain dengan perasaan dan percaya kepada intuisi hati. Suka bersendiri dan suka melihat dari aspek kerohanian. Unik dan suka kebenaran hakiki. Tidak sosial dan tidak suka diarah, juga tidak suka peraturan. Jujur dan suka perhubungan hati. Pasangan perlu menyedari mereka amat sensitif dan peka.
Mempunyai gabungan jiwa lelaki dan wanita dalam satu diri. Tang ni rasa kurang faham tapi boleh cuba difikirkan kendian. Wang tidak terlalu penting walaupun la ni rasa wang semakin penting. Sesuai menjadi penulis dan guru. Juga ahli psikologi, cita-cita yang tak kesampaian secara formalnya, hehh.
Kelemahan ~ tak suka tapi kena tau juga. Apabila dah rasa tak boleh bantu masyarakat, indigo terus menarik diri. Stop talking stop advising stop everything. Buat tak peduli la. Indigo juga mudah lemah semangat bila tengok hal-hal yang serabut, macam dalam paper kita la ini. Boleh pening kepala. Hilang motivasi diri dan menganggu emosi. Walhal tak terlibat pun secara langsung. Memang cara fikir yang konservatif.
So kena la belajar kawal diri dan emosi. Belajar bersyukur dan bersabar. Pandai-pandai memotivasikan diri. Perlu meningkatkan keimanan dan keyakinan kepada Yang Maha Kuasa. Oh ya, kena juga bersenam. Berkawat depan cermin 5 minit pun ok. Dengar muzik? Masih boring. Tak pe, bukak channel al Quran 24 jam tu. Lagi bagus kann…
Dah cuba? Apa warna personaliti anda agaknya?..
Kadangkala rasa bosan sukar diatasi. Menonton KCB tidak membantu. Dengar muzik menambah rasa bosan. Membaca pun tidak ada mood. Nak makan, selera tidak terbuka, tambahan lagi sedang giat hendak mengurangkan berat badan. Tapi makan kinder boeno sedap juga. Mandi? Mungkin juga tapi tak cukup untuk menghilangkan rasa tak seronok. Nak ke pantai untuk menyeimbangkan ion-ion positif negatif, waktu ini tak sesuai. Petang-petang okla..
Bacalah al Fatihah banyak-banyak. Bacalah selawat nabi. Berzikirlah menyebut nama Allah di mulut dan di hati. Supaya hati yang malap kembali bercahaya.
Ada buku Mir Hazil Azran Ramli mengungkap rahsia personaliti melalui warna. Belum baca betul-betul. Ada ujian warna. Bolehlah dicuba. Pun tak ada mood nak menjawab soalan-soalan. Jawab juga tapi tidak serius memikirkan. Ohh..tak mengapalah. Memang disarankan menjawab sepintas lalu. Boleh cuba jawab lagi di lain masa. Mungkin jawapan lain kali berbeza pula. Kata penulis buku, kita umpama pelangi. Jadi hampir semua warna ada pada kita. Warna yang kerap melingkari kita itulah warna asas diri kita. Yang lain adalah melengkapkan sahaja.
Personaliti indigo banyak bermain dengan perasaan dan percaya kepada intuisi hati. Suka bersendiri dan suka melihat dari aspek kerohanian. Unik dan suka kebenaran hakiki. Tidak sosial dan tidak suka diarah, juga tidak suka peraturan. Jujur dan suka perhubungan hati. Pasangan perlu menyedari mereka amat sensitif dan peka.
Mempunyai gabungan jiwa lelaki dan wanita dalam satu diri. Tang ni rasa kurang faham tapi boleh cuba difikirkan kendian. Wang tidak terlalu penting walaupun la ni rasa wang semakin penting. Sesuai menjadi penulis dan guru. Juga ahli psikologi, cita-cita yang tak kesampaian secara formalnya, hehh.
Kelemahan ~ tak suka tapi kena tau juga. Apabila dah rasa tak boleh bantu masyarakat, indigo terus menarik diri. Stop talking stop advising stop everything. Buat tak peduli la. Indigo juga mudah lemah semangat bila tengok hal-hal yang serabut, macam dalam paper kita la ini. Boleh pening kepala. Hilang motivasi diri dan menganggu emosi. Walhal tak terlibat pun secara langsung. Memang cara fikir yang konservatif.
So kena la belajar kawal diri dan emosi. Belajar bersyukur dan bersabar. Pandai-pandai memotivasikan diri. Perlu meningkatkan keimanan dan keyakinan kepada Yang Maha Kuasa. Oh ya, kena juga bersenam. Berkawat depan cermin 5 minit pun ok. Dengar muzik? Masih boring. Tak pe, bukak channel al Quran 24 jam tu. Lagi bagus kann…
Dah cuba? Apa warna personaliti anda agaknya?..
Friday, July 9, 2010
As salam.
Hari ini.. mula-mula kereta terperosok di rumput berselut hingga tayar kiri terbenam rapat tidak bergerak langsung. Ke depan tidak ke belakang pun tidak. Secubit lumpur yang terbang melepasi tingkap terbuka terus masuk ke anak tekak Hidayat lalu ditelannya. "Hmm.. sedap macam kuih kepala manis!" Tertelan lumpur terbang cakapnya pun jadi tersasul. Hari ini giliran Hidayat duduk di seat depan.
Kami sedang mencari jalan pulang ke rumah. Jam 10 pagi Jumaat saya buru-buru mencapai kunci kereta untuk menjemput Ain dari kelas mengaji al Quran di Masjid Zainab. Baru dua kali dia mengikuti kelas ini. Sari, kawan barunya mahu menumpang balik ke rumah. Sari sudah berada di masjid seawal jam 6 pagi dan terpaksa menunggu bapanya menjemput pada jam 11 pagi. Walhal kelas mengaji bermula pada jam 8 dan tamat jam 10. Jadi saya bersetuju menghantar dia pulang. Saya suka kerana Ain mendapat seorang kawan lagi. Sari berwajah lembut dan tinggi lampai, lebih tinggi dari saya walaupun Sari hanya berumur 12 tahun.
Membawa kereta menuju ke rumah perpindahan yang didiami Sari. Saya terkagum dengan deretan banglo-banglo indah yang tersusun dan pelbagai bentuk mengikut citarasa pemiliknya. Alangkah bertuahnya menjadi rakyat Brunei yang kaya raya dan aman damai. Alhamdulillah, saya merasa tempias kedamaian negara ini. Tiba-tiba saya dikejutkan jeritan si kecil Hanessa mengatakan saya sudah tersalah jalan. Tadinya Sari yang menjadi penunjuk jalan. Kini saya menggagau mencari jalan pulang hingga memasuki jalan mati di kawasan banglo-banglo tidak berpenghuni. Hmm kalaulah saya dapat mendiami banglo yang kosong itu. Waduh!! Yang pastinya tidak mungkin kerana kerajaan tempatan tidak membenarkan rumah perpindahan disewakan.
Meter minyak saya kerling. Hati menjadi agak tenang kerana masih penuh. Tangki minyak baru saya isi $20 semalam di Seria. Kalau sesat barat dengan minyak penuh tidak mendatangkan kegundahan buat saya. Saya tidak membawa dompet bermakna tidak membawa kad pengenalan dan lesen memandu. Tadi saya memang terburu-buru keluar setelah menyarung tudung, mencapai telefon bimbit dan kunci kereta. Saya memikirkan saya tidak akan turun dari kereta kerana tidak ada tujuan lain selain mengambil Ain pulang ke rumah. Rupa-rupanya saya tersilap jangka. Mujur baju labuh yang saya selalu gunakan di dalam telekung ini ok. Tetapi saya terasa selekeh pula. Ah, surirumah. Apa nak malu. Saya memang santai sebenarnya.
Nah, saya sudah membuat pusingan U di rumput berselut. Setengah jam kami tersadai melihat seorang hamba Allah mengikat tali yang halus berpilin di bawah bonet belakang kereta saya yang terbenam, disambung ke pecangkuk di Pajero kawannya. Dua kali percubaan, kami menyaksikan tali itu putus. Saya membuat panggilan telefon kepada abah Hidayat. Meminta dia tidak terkejut dan meminta maaf kerana saya mahu dia datang ke tempat kami tersadai.
Kemudian muncul seorang lelaki botak dari celah-celah kawasan perumahan di situ. Dia membawa bersamanya seutas tali berwarna merah tetapi ukurannya masih sama seperti tali yang telah putus tadi. Lelaki ini mengikat tali untuk menarik kereta saya, dan dia duduk di kerusi pemandu. Alhamdulillah, kali ini Pajero itu berjaya menarik kereta saya keluar dari selut. Saya bersyukur dan gembira. Lelaki-lelaki itu juga kelihatan gembira dan turut bersyukur.
Saya mengucapkan ribuan terima kasih kepada mereka, khususnya kepada orang pertama yang berhenti ketika melihat kereta saya diam tidak bergerak di dalam rumput tadi. Namanya Hamidun, dan saya minta nombor telefonnya. Saya mahu berikan kepada suami nanti untuk mereka berkenalan. Apabila saya hubungi suami, rupa-rupanya dia sudah sekerat jalan dengan diekori lori syarikat, untuk menarik kereta saya setelah saya adukan kegagalan akibat tali putus tadi. "Tak payah, bang. Dah selamat pun. Nanti telefon la orang ni untuk ucapkan terima kasih," saya mengajarnya pula. Terima kasih kepada En. Hamidun dari perpindahan Lumut.
***
Saya keluar ke Seria dengan anak-anak jam 5 pm. Hujan turun barai-barai kata orang sini. Saya sudah mengarahkan Hidayat dan Hanessa membersihkan cermin depan kereta supaya tidak kelabu teruk ketika hujan turun. Penghawa dingin sudah lebih tiga minggu tidak berfungsi. Saya terseksa memandu ketika panas terik, dan ketika hujan turun. Penghawa dingin menjadi pemanas yang memanggang saya di dalam kereta. Tingkap pemandu pula sudah jem. Kalau hujan, cermin menjadi kelabu menganggu penglihatan saya yang semakin rabun jauh ini.
Nampaknya cermin itu sudah berkilat bersih. Tetapi Hanessa dan Hidayat pula berdebu dengan bedak. Saya yang menyuruh mereka mengelap cermin menggunakan helaian akhbar dan bedak. Saya terpaksa akur bahawa mereka memang budak-budak lagi, dan masih budak-budak namanya. Saya pungut akhbar yang berselerak di lantai porch sambil marah-marah juga menyuruh mereka yang bertenggek di atas kereta supaya turun segera. "Kita nak pergi Seria cepat!" Ain merungut tentang badan kereta yang kotor disaluti lumpur akibat terbenam pagi tadi. "Nanti hantar basuh kat carwash la.." Agak saya, dia segan kalau saya dengan selamba memasuki pagar sekolah untuk menjemput dia balik Isnin nanti. Nanti apa kata kawan-kawannya terutama Jan. Hush, mama pun tak nak biar kereta ni bermake-up lama-lama...
Kami melangkah ke ascalator untuk ke tingkat tiga Plaza Seria. Saya tercangak-cangak sebentar hendak mengingati kedai yang saya hantar tempahan percubaan tiga minggu lepas. Hah! Yang itu. "Sudah siap?" saya ajukan pertanyaan mesra setelah memberi salam kepada Maria, tukang jahit bangsa Indonesia itu. Maria cepat-cepat mengambil baju tempahan yang nyata sudah siap dan meminta saya mencuba. Saya sudah peringatkan sekiranya buatannya bagus, saya mahu menghantar kain lagi arahnya. Saya masuk ke sebuah bilik kecil dan mula mencuba pakaian itu.
Ah, pelik rasanya. Tidak ngam seperti pakaian yang ditempah di sebelah kedai Acheh. Lehernya tidak bertulang belut tetapi dilapik sahaja. Tali butang pun fesyen kurung moden. Pelik semakin hebat kerana lengan saya sempit di bahagian siku. Cangkuk di pinggang pun tidak seperti yang sudah saya khabarkan dulu. Sepatutnya di kiri, bukan di kanan. Alamak, teruknya orang ni buat baju aku!!
Saya keluar dengan baju kurung itu. Sayapun berkata-kata. Tetapi saya sudah agak pandai meniru lenggok bahasa Anna Althafunnisa yang lemah gemalai itu. Nampaknya Maria suka dengan reaksi saya. Dia memberitahu fesyen kurung di sini memang damit (sempit / kecil) di bahagian siku. Dia ralit dan keliru. Walhal saya sudah jelaskan saya orang Malaysia. Sejak kecil saya memakai kurung yang longgar tetapi sedap terletak. Angin boleh masuk dari bawah dan dari hujung lengan. Tadinya saya sangka Maria sudah tersilap sambung hujung lengan ke pangkal ketiak baju, macam saya pernah buat satu ketika dulu. Rupanya tidak...
Maria beria-ia pula hendak membetulkan potongan lengan baju saya itu. Walau saya katakan saya tidak kisah kalau memiliki sepasang baju kurung potongan tempatan. Nampaknya dia memang berhati-hati dengan pelanggannya. Saya hantar sepasang lagi kain untuk diri sendiri dan kain Ain dua pasang. Insyaallah saya rasa positif untuk melanggan perkhidmatan Maria lagi. Dia lemah lembut dan pandai melayan pelanggan.
***
Alhamdulillah. Saya sudah menyiapkan bab dua novel pertama saya. Yahoo!!
Seronok dan tenggelam dalam rasa syok sendiri. Tetapi masih perlu pembaikan. Mesti ada nilai murni, pengajaran dan sesuatu yang mengesankan. Supaya ia mampu memberi nilai yang murni kepada pembaca. Tetapi saya belum mahu menghantar ia ke bengkel untuk sentuhan sifu. Saya mahu pastikan ia sempurna pada penilaian sendiri sebelum dijamah oleh mata sifu. Saya lihat semula bab satu. Hmm.. patutlah sifu komplen saya tidak mengasingkan paragraf hingga akhirnya keluar satu tajuk khusus tentang 'tekan dua kali untuk asingkan paragraf tulisan peserta bengkel' di sana. Saya la tu... terasa pulak. Paragraf saya terlalu panjang dan memang boleh membuatkan mata sifu semakin sepet dan sakit. Mohon maaf banyak-banyak sifu ya... Bab dua ni lebih baik dari bab satu, insyaallah.
Saya baca akhbar Utusan hari ini, tentang Dr Danial, kisah Dr Farhan Hadi dan tentang HSKU. Kini saya semakin teruja hendak mula membaca dengan bersungguh-sungguh, ketika tahap rabun saya makin tinggi dan terpaksa memakai kaca mata untuk mendapatkan penglihatan yang seimbang di kedua-dua mata. Alhamdulillah, saya masih berpeluang membaca. Seperti mahu balik berdiri di hadapan rak buku di perpustakaan rumah, hendak membaca semua buku yang tidak saya baca dengan betul dulu. Saya tidak mahu membaca di depan terus ke belakang dan meninjau di tengah buku lagi. Saya mahu membaca dengan betul dan menjadi pembaca yang baik, seperti waktu membaca yang saya amat nikmati zaman kanak-kanak dahulu. Insyaallah.
Wassalam.
Thursday, July 8, 2010
***
Saya menyelongkar laci, mencari sesuatu. Akhirnya saya temui juga. Salinan kad pengenalan dan passport antarabangsa Naqib yang kami fotokopi semasa mahu ke sini tiga bulan lepas. Salinan itu saya serahkan ke tangan abah Naqib dengan senyum-senyum di wajah.
“Akhirnya dia beraya dengan kita juga, ya?!” Wajah suami yang bersahaja saya renung. “Tapi kenapa cakap macam tu hari tu?” Tidak puashati kerana tidak ada sambutan.
“Kenapa? Tak boleh?” selamba sahaja jawapan yang terluncur.
“Tentulah tak boleh! Menyakitkan hati sahaja.” Terus-terang sajalah…
Abah Naqib tersengih-sengih, tersenyum-senyum langsung tertawa-tawa. Ada nada menyakat, mendajal dan mengusik. Yang pasti saya sudah terusik kelmarin. Walaupun berandai-andai juga sendiri tidak mungkin abah Naqib benar-benar hendak membatalkan kedatangan anak sulung itu, tetapi wajah yang masam mencerlung, tegang dan menggerunkan seriusnya waktu itu membuatkan saya ‘terpaksa’ menelan cakapnya.
(Ahh.. alangkah bagusnya jika lelaki berwajah garang ini lebih berhemah lembut seperti Abdullah Khairul Azzam. Tetapi… tentu tidak selari jika wajah yang garang itu tiba-tiba mempunyai watak Abdullah Khairul Azzam. Mungkin lebih selari dengan watak Kiai Lutfi, bapa Anna Althafunnisa. Tetapi kiai itu pun tak garang, cuma karismanya memang menyerlah sebagai pemilik pesantren yang terkenal. Ternyata pemilihan para pelakon memang tepat.)
Insyaallah tiket penerbangan akan dibeli dalam sehari dua ini. Setelah dibuat perbandingan, abah Naqib memutuskan pemuda remaja ini akan turun di Airport Bandar Seri Begawan. Belanjanya lebih kurang sama dengan turun di Miri. Bezanya kami perlu melalui imigresen dan menetapkan budget masa sebaiknya supaya tidak terkandas dalam trafik jika ke Miri. Wajah adik-adik Naqib cerah bercahaya mendengar khabar tiket untuk Along akan dibeli. Mereka memang tidak makan saman langsung dengan usikan abah tempohari. Saya sahaja yang terusik benar. Iyalah, jika benar dia tidak dapat ke sini, tentu kehampaannya berganda-ganda. Kasihannya dia.. Itu yang tidak mampu saya bayangkan. Saya pun hampa juga. Adik-adiknya juga.
Apa yang berlaku tidak diketahui oleh Naqib, sehinggalah kelak dia membaca blog ini ataupun adik-adiknya bercerita waktu ketemu nanti. Tentu yang sedang bermain-main di fikirannya, angan-angannya, mimpinya mungkin, ialah dia akan terbang di udara dan mendarat ke dalam kasih bonda ayahanda dan adik-adiknya tidak lama lagi.
***
Insyaallah kita akan bertemu juga. Penuhi janji dan ikrar kamu tempohari, ketika kamu mengabarkan mahu menyelesaikan hafazan lima juzuk sebelum kamu bertemu kami nanti. Alhamdulillah, walau kamu pernah berterus-terang sejujurnya dengan ustaz bahawa kamu tidak mahu menghafaz al Quran di waktu awal kamu mendiami madrasah dulu; dan ustaz dengan tenang penuh bijaksana meminta kamu duduk sahaja mendengar teman-teman mengulang-ulang hafalan mereka dan menghantar sabaq; akhirnya kini ustaz sudah memberitahu kami bahawa bacaan kamu semakin baik, hafalan kamu semakin bagus, dan kamu juga berjaya mendapat tempat yang bagus di dalam peperiksaan. Alhamdulillah. Kami yakin kamu boleh, dan kamu mampu sebenarnya. Rintislah perjalanan yang istimewa ini dengan sabar dan tabah. Cuma mungkin kemampuan kamu berbeda dengan teman-teman. Bergantung kepada usaha dan kecekalan masing-masing. Setiap orang diberi kelebihan yang tidak sama. Namun, teruskan usaha. Seperti yang kamu sudah target dulu. Moga-moga satu hari tidak lama lagi kamu bakal menjejak kaki ke bumi anbia, melangkah di atas jejak-jejak tinggalan para nabi dan rasul. Menyusuri lipatan kenangan Mak Su kamu yang pernah berkampung di tanah berkah itu. Menterjemah angan-angan tidak kesampaian mama satu ketika dahulu menjadi kenyataan.
Semalam mama terpandang sebuah buku tebal yang berbalut plastik dan mahal harganya. Dinyatakan ringkasan isinya tentang beberapa peristiwa yang dimaksudkan sudah dikira mengikut perkiraan Arab kuno. Semuanya tentang peristiwa akhir zaman, tanda-tanda kecil dan tanda-tanda besar Hari Kesudahan bumi dan alam fana ini. Bergetar hati mama, walaupun mama tidak dapat meninjau isinya yang berbalut kemas itu. Mama ingin membeli buku itu. Tetapi hati kecil mama melarang. Cukuplah al Quran sebagai peringatan. Biarlah mereka yang mungkin Allah beri kelebihan ‘melihat’ masa hadapan memberitahu apa yang mereka telah tahu, moga-moga bukan dari bisikan syaitan. Tetapi ia boleh menakutkan ramai orang. Bayangkan tarikh-tarikh dan tahun-tahun yang diramalkan berlaku segala sesuatu yang dahsyat itu tidak jauh dari hari ini. Untuk menguatkan hujah kebenaran, diberikan bukti ramalan yang sudah terjadi. Mama sudah pernah kalut dengan tarikh-tarikh begini. Akhirnya biarlah kita hidup seperti biasa. Biarlah orang lain mengikut gelombang yang melanda. Biarlah kita menjadi kelompok yang terpinggir dan terpencil. Tetapi bukan bermakna kita lalai dan alpa. Sudah diberitahu kepada kita, walau apa yang terjadi, berpeganglah kepada al Quran dan Sunnah. Sehingga jangan kita solat kerana hanya takut kiamat yang sudah dekat. Boleh sahaja Tuhan menyegerakan atau menangguhkan. Semua sudah tersurat di Luh Mahfudz. Kiamat kecil pun bila-bila sahaja, apabila Izrail sudah merenung-renung kita dari sisi yang tidak kita sedari, atau apabila daun itu sudah menguning tanda akan gugur tidak lama lagi. Atau apabila masa terus mencuri muda kita. Hmm.. cuma kalau nak baca apa salahnya. Mungkin ada sesuatu yang boleh kita ambil iktibar dari sana.
Selalunya, bila mama sudah selesai menulis sesuatu yang ingin mama tulis untuk kamu semua, mama rasa mama sudah tersilap tulis. Tetapi kalau mama terus memikirkan hal itu, mama akan jadi seperti Lukmanul Hakim, anaknya dan kaldai nanti. Jadi, mama tulis juga, mengikut buah fikiran dan ilmu mama seadanya. Kamu tapis-tapis juga ya. Ambil yang baik dan tinggalkan yang sebaliknya. Cuma, mama puas bila usai menulis. Hanya mama terfikir-fikir impaknya kepada kamu. Hanya kepada Allah mama berserah. Sesungguhnya mama selalu khilaf, semoga Dia sentiasa menunjuki mama dan kita semua. Ameen.

Wednesday, July 7, 2010
Ketika sedang mencuci pinggan-mangkuk, tiba-tiba handset saya berbunyi rancak.
“Ambil cepat!” saya menggesa Hidayat yang sudah mencuci tangan. Suami dan yang lain masih belum selesai dengan hidangan malam yang ringkas.
“Jom la..” kata Hidayat. Huh, bila la kamu nak jadi hero berani ni!
Saya berlari-lari anak mendapatkan handset di atas katil lalu melabuhkan punggung di kerusi rotan di ruang tamu. Suara mak menjengah gegendang telinga. Hati saya merasa riang. Sebenarnya saya memang mahu menelefon mak petang tadi, menggunakan kad, di telefon awam. Ia jauh lebih murah dan boleh berbual-bual sepuas-puasnya. Menggunakan telefon bimbit B-mobile juga ok, cuma tentu tidak semurah belanja menggunakan telefon awam. Biasanya memang hanya menggunakan telefon bimbit. Hanya kali ini saya rasa mahu bercakap lebih lama dengan mak. Tetapi kelekaan di petang hari, tiba-tiba sudah kelewatan kerana Maghrib akan menjelma. Jadi saya tangguhkan ke pagi nanti. Rupanya gerak hati sudah siap berbicara lebih awal. Mak lebih dahulu menelefon saya.
“Mak kat Sijangkang ni,” suara mak jelas amat, dan ceria seperti selalu.
“Ooo, bila mak sampai?”
“Mak gi tengok Along tadi. Dia pesan kalau nak jumpa ustaz, uwan datanglah masa belajar. Mak dah bercakap panjang dengan ustaz. Dua orang.”
“Ooo, ustaz yang mana, mak?”
“Pengetua dan sorang lagi tu, mak tak ingat namanya.”
”Kalau pengetua tu, namanya Ustaz Yusuf, mak. Mungkin ustaz lagi satu tu ustaz kelas Along, namanya Ustaz Azman.”
“Entah la, mak tak ingat. Tapi mak dah bercakap panjang pasal masalah ni dengan ustaz. Ekau tau tak duit eh hilang tu?” tanya mak.
“Haah, dah telefon kelmarin. Lum sempat nak bagitau mak. Nak telefon tadi, dah lambat. Ingat pagi sok baru nak telefon mak. Banyak duit mak telefon sini, ni.”
Mak memberitahu, Naqib tidak mahu mak yang menyampaikan hal kehilangan duit itu kepada saya. Naqib mahu sendiri memberitahu. “Agaknya dia takut mak sampaikan lain nanti. Pandai cerdik bijak anak kau tu, Tan..”
Mak rupa-rupanya sudah mendahulukan wang yuran bulan Julai, sekali gus mengganti duit yang hilang untuk yuran bulan Jun. Bermakna mak membayarkan yuran untuk dua bulan. Terima kasih, mak. Terima kasih, abah.
Mak juga membawa Naqib membeli barang-barang. Kemestian setiap kali mak datang.
“Dia main ambik je, Tan.. mak ikut dan perhati je la. Diambiknya tong Milo yang paling besar, katanya nanti tak masuk semut. Mak ikutkan je la. Mak pun tak pernah beli tong Milo yang besar gitu. Hai, cucu.. cucu.. hahaha…” Mak seronok menceritakan hal Naqib, walaupun dompet mak tiris dek cucu sulungnya itu. “Abah kata, Naqib ni macam kamu, boros..” Tanpa diduga saya terseret sama. Hmm.. apa yang borosnya, ek? Mungkin mak tak suka saya beli banyak makanan kemudian mak kata tak sedap tu agaknya. Mak memang cerewet tentang makanan yang dibeli. Al maklum perniagaan makanan bukan semua yang memenuhi citarasa seperti makanan yang dimasak di dapur sendiri.
“Baldi dia pecah lapan, Tan.. gayung pun ntah ke mana. Tiap-tiap bulan beli baldi baru. Ni mak nak cari tong cat je bagi dia pakai. Kawan dia pun guna tong cat je.” Tiap-tiap bulan beli baldi, tiap-tiap bulan baldi pecah. Memang ganas namanya. “Mak nak cari baldi besi, tapi tak jumpa pulak.”
Suami mencelah, “Suruh mak mintak tong cat kat Fauzi. Mesti banyak tong cat kosong tu.” Fauzi kawan baik suami yang sedang mengerjakan rumah Haji Hamid, betul-betul di hadapan pagar rumah kami. Iyalah, nampaknya lepas ni Naqib pun guna tong cat untuk meletak pakaian kotornya. Moga-moga tak pecah lagi. Kalau pecah lapan puluh pun tak apa, ada banyak lagi tong cat boleh digantikan. Cuma jangan kulit kamu tercemar oleh saki baki bahan kimia pewarna dinding rumah itu, sudahlah.
Lama kami berbual di telefon, hingga terasa hangat telinga saya. Lebih setengah jam. Banyak duit telefon mak kali ini. Macam-macam kisah yang lain juga. Kisah Kak Yan cucu abah yang sudah sarat dan menunggu hari sahaja untuk melahirkan, tiba-tiba dia demam. Pergerakan bayi semakin perlahan. Rupa-rupanya Kak Yan tiba-tiba mendapat kencing manis di saat akhir. Bayinya tidak dapat diselamatkan. Akhirnya bayi lelaki itu menjadi simpanan buat Kak Yan suami isteri untuk bertemu lagi di pintu syurga kelak. Kak Yan pernah keguguran. Nampaknya masih belum rezeki Kak Yan suami isteri untuk menimang cahayamata. Insyaallah semoga Tuhan menggantikan dengan yang lebih baik di masa hadapan.
Kak Tam, anak saudara mak yang bercuti dari kerjaya sebagai pramugari itu juga dengarnya ada masalah dengan kandungannya. Urinya ke bawah sangat, jadi sentiasa berada di dalam pemantauan doktor. Kak Tam pun pernah keguguran kali pertama. Semoga kali ini Kak Tam selamat melahirkan.
Kemudian kami kembali ke kisah Naqib. Mak terkedu tatkala saya khabarkan Naqib mungkin-mungkin tidak beraya bersama kami. “Jangan lukakan hatinya. Dahlah dia jauh seorang diri kat sini. Mak cukup jaga hatinya tu. Mak kesian sangat bila tengok dia kalau buat muka monyok, muka sedih. Mak pun rasa nak menangis sama. Tak sampai hati mak.”
“Ustaz dia pun dah tahu dia nak ke sana tu. Panjang angan-angannya tu, Tan. Psikologi apa yang kamu guna ni, Tan?”
“Dah la tu, ni waktu dia yang kehilangan. Kita tak tau, mungkin waktu lain dia kedapatan. Bukan dia seorang sahaja yang mengalaminya. Ada juga yang lain. Budak-budak namanya, Tan. Mak bagitau ustaz tu, “budak-budak ni lidahnya je al Quran, ustaz. Hatinya belum al Quran lagi.” “Betul tu, makcik.” Jawab ustaznya. Bagus ustaznya, Tan. Cukup hormat. Mak dah cakap panjang lebar dengan ustaz. Mak dah pun ambik nombor akaun ustaz. Senang mak masukkan je yuran ke situ.” Ternyata apa yang mak cakap, sudah saya bicara di dalam hati. Dan mak seperti selalu, sentiasa panjang akal dan penuh inisiatif.
Dapat saya bayangkan cara mak bercakap dengan ustaz. Mak pandai bercakap. Cakap mak jelas dan penuh keyakinan. Saya terbayangkan ustaz angguk-angguk kepala. Dan tak terkata apa. Cakap mak tentu lebih banyak daripada cakap ustaz. Mujur mak tak jadi cikgu. Sebab tentu sekejap masa mak akan sandang jawatan guru besar. Sekejap masa mak sudah jadi nazir. Sekejap masa mak sudah jadi pegawai pendidikan. Hahaha… Hmm.. mak tak sempat belajar tinggi. Masih sunti sudah disunting arwah abah yang terpesona melihat gadis putih melepak berbibir merah merekah tanpa gincu, seperti gadis Cina itu. Gadis yang pernah menyanyi-nyanyi di batas sawah dengan riang, dan tiba-tiba tersembam ke dalam selut apabila tiba-tiba angin bertiup lalu menutup wajahnya dengan terendak lebar di kepala. Uwan masih tergelak lucu jika sekali-sekala ‘mengungkit’ kisah ini kepada kami. Dan mak moncong panjang mendengarnya, ketika kami tertawa-tawa gelihati cuba membayangkan.
Buat mak abah, terima kasih kerana bersusah payah menjenguk Naqib. Bukannya dekat dari kampung ke madrasah. Abah, hati-hatilah memandu. Terima kasih kepada abah, kerana melayani Naqib seperti cucu sendiri. Intan rasa lebih dari cucu sendiri, sebenarnya. Cuma, usahlah diikutkan sangat kehendaknya yang main ambil sahaja barang-barang di rak. Kalau bersama kami, masih ada disekat-sekat. Tak mahu dia bermewah-mewah. Walaupun mungkin pelajar-pelajar lain mewah, ada juga pelajar yang seadanya sahaja. Biarlah dia mencontohi orang yang sekadarnya itu. Itu lebih baik. Lagipun makanan segera yang suka dibelinya itu bukan bagus untuk pelajar seperti dia. Lebih baik dia beli kismis atau kacang pistachio. Nampaknya dia benar-benar menggunakan peluang yang ada, kerana tahu dia mendapat sepenuh perhatian dari mak dan abah. Memang cerdik cucu sulung mak ni. Dia siap provokasi Ain di dalam suratnya, bahawa dia mahu ke mana sahaja mesti uwan dan atuk bawak. Dan dia duduk di belakang, di tengah-tengah, seolah mahu mencuit hati Ain agar cemburu padanya.
Bersamalah kita mendoakan semoga Naqib selamat dalam perjalanannya ini, dan berjaya mencapai matlamatnya. Matlamat kita juga. (Juga semoga dia dapat bersama kami di sini, pada Syawal ini. Mudah-mudahan.. Mungkin psikologi seseorang yang pernah mengendalikan pusat asuhan kanak-kanak belum dapat selari dengan pemikiran seseorang yang mengendalikan peralatan hawa dingin. Tapi mungkin ada satu titik pertemuan nanti. Kerana kita semua ada hati nurani, perasaan, belas kasihan, pertimbangan dan kasih sayang. Kan, bang..?)

Tuesday, July 6, 2010
“Ada apa-apa lagi, Along?” saya ingin menamatkan perbualan. Terubat sedikit rasa rindu kepada anak sulung.
“Tak ada apa-apa.” Jawab Naqib cepat.
“Betul, semua ok?” saya masih inginkan kepastian.
“Err.. duit Along kena curi.”
Hah! Saya terkesima.
“Along letak duit bawah bantal, tak sesiapa pun tahu Along letak di situ.” Naqib meneruskan setelah saya desak supaya berterus-terang tentang hal sebenar.
“Berapa? Kenapa letak bawah bantal? Kalau tak ada yang tahu, bagaimana boleh hilang? Mengapa tak simpan dalam locker? Mengapa tak bagi terus pada ustaz? Apakah locker kena kopak kuncinya? Apakah ustaz tak ada di pejabat?
Aduh, saya mula resah. Duit itu duit yuran bulan Jun rupanya. Bermakna yuran pengajian bulan Jun yang sudah berakhir belum lunas. Dan Naqib tidak memberitahu kami. Mungkinkah dia takut dan mungkinkah dia sukar hendak mengabarkan? Bukankah dia pernah miss call semasa kami masih di Sijangkang. Kemudian kami menelefonnya semula. Mengapa dia tak miss call ke sini, saya berteka-teki.
Patutlah.. patutlah mak menyuruh saya menelefon Naqib, semasa saya bertanya mak sama ada surat kiriman saya sudah sampai ke tangannya atau belum. Mak tidak bercakap apa-apa, namun hati saya berdetak. Kalau tak ada apa-apa, mengapa mak berkata begitu. Sesudah itu tubir mata kanan saya berdenyut-denyut. Beberapa hari, membuatkan saya kurang selesa. Mak pernah berkata, itu petanda sesuatu, dan petanda itu bergantung pada diri sendiri. Ia berbeza-beza. Tetapi kebanyakannya sama sahaja, mahu menangis. Apabila saya perhatikan suasana hati, hati saya masih tenang. Tidak berdegap degup keresahan. Jadinya, ah, tenang sahaja. Sambil berdoa kepada Allah.
Rupa-rupanya akhirnya saya menangis. Airmata saya menitis sesudah saya khabarkan kehilangan duit yang dititipkan melalui mak kepada Naqib untuk yuran bulan Jun itu, kepada bapa Naqib. Bapa Naqib terkejut sama, tentu. Dan dia membuat keputusan untuk membatalkan kedatangan anak itu di hujung Ramadhan ini untuk menyambut Syawal bersama. Itu sebagai hukuman buat Naqib. Si bapa beranggapan Naqib tidak pandai menghargai wang, bermakna tidak mengerti setiap sen yang diberikan itu adalah sama seperti setiap titis keringat abahnya yang mencari rezeki. Naqib perlu diberi pengajaran yang secukupnya. Biar dia rasakan! Biar dia mengerti!! Biar dia lebih berhati-hati di masa hadapan!!! Untuk itu, biar dia rasakan kehampaan tidak dapat ke sini bertemu kami!!!!
Kerana itu airmata saya menitis. Semasa dia bercuti selama seminggu di awal Jun itu, saya beberapa kali bercakap dengannya di telefon. Beberapa kali itu dia bertanya-tanya, tentang bagaimana dia akan datang ke sini bertemu kami. Dia agak risau kerana dia akan bersendirian dari sana. Satu pengalaman yang baru buatnya, menaiki kenderaan udara. Walaupun dia pernah menaiki kapalterbang tetapi waktu itu dia teramat kecil untuk menikmati rasanya. Bahkan dia menasihati adik lelakinya, Hidayat yang kebosanan tidak ada kawan selepas habis waktu sekolah, agar beragak-agak meminta permainan dari abah. Supaya abah cukup duit untuk membeli tiket kapalterbangnya kelak. Kalau tidak, dia tidak akan dapat ke sini nanti, “dan Hidayat tak dapat jumpa Along!” katanya di dalam telefon kepada Hidayat. Adik-adiknya semuanya memang tidak sabar hendak bertemu Along mereka. Masing-masing menghitung hari, terutama Hidayat yang rapat dengan abangnya.
Dan lagi, sebelum kes kehilangan duit ini, kami sendiri selalu bertanya Naqib tentang tarikh mula cuti raya. Kami mahu kepastian supaya dapat membeli tiket pada masa yang sesuai. Kami telah berbincang dengan Naqib dan mak, bahawa dia akan bersama kami sekitar sepuluh hari. Kemudian dia akan pulang ke sana untuk menghabiskan tiga hari lagi bersama mak di kampung, atau kalau sempat menziarahi Tuk Leha dan Tuk Arbak sebagai mewakili kami yang jauh ini.
Tetapi kini, abahnya bertegas agar dia tidak datang ke sini. Dia tidak tahu lagi hal ini. Apa yang dipertikaikan ialah mengapa Naqib tidak memberitahu kami hal itu secepat mungkin.
“Mungkin dia ada beritahu mak,” kata saya menyedapkan hati suami.
“Dah sebulan baru dia bagitahu?” suami masih berang.
“Mungkin dia sukar nak menghubungi kita, tapi mak dah suruh saya telefon dia cepat. Mungkin sebab inilah. Cuma mak tak beritahu apa-apa, mungkin dia nak kita dengar sendiri dari Along,” kata saya ‘bermungkin-mungkin’.
“Lagi, apa dia kata?”
“Dia dah bagitahu ustaz. Dan ustaz memarahi dia juga.” Hanya saya sahaja yang berbicara dengan Naqib kelmarin. Hanya ini sahaja yang diberitahu Naqib.
“Huh, budak madrasah mencuri? Betul ke duitnya dicuri...?” satu rasa pelik menjalar.
Apakah Naqib menipu? Atau benarkah dia kecurian? Sekadar tertanya-tanya begini, tanpa penjelasan, tidak akan ada jawapan. Kami belum menghubungi Naqib lagi untuk penjelasan yang lebih detail. Kami menunggu satu ketika yang baik, dengan mood yang baik dan tenang, insyaallah.
Madrasah, tempat remaja terpilih untuk mendapatkan siraman cahaya al Quran. Tetapi remaja tetap di dalam sarung keremajaan. Satu usia yang penuh perasaan membuak-buak. Di dalam satu perjalanan yang sudah ditetapkan dan sentiasa di dalam pemantauan, kadangkala masih ada yang tergelincir sedikit. Kerana itu masih ada kisah pelajar madrasah yang dirotan gara-gara menyelinap sebentar untuk menonton perlawanan bola misalnya. Tambahan dengan adanya kawan-kawan sekepala, rasa takut dan khuatir tertangkap diketepikan. Malangnya mereka benar-benar ketahuan. Dan mereka mendapat padahnya.
Memang bukan mudah berada di dalam kelompok yang terpencil ini. Ketika sebahagian besar remaja berhuha dengan telefon bimbit, internet dan teman-teman persekolahan, mereka pula dititipkan kepada ustaz-ustaz di corok kampung yang dingin hawanya dan jauh dari keriuhan. Hanya suara-suara yang berselang-seli bertalun membaca ayat-ayat suci yang kedengaran. Kadangkala sampai juga udara luar yang ‘mencemar’ perasaan pelajar-pelajar terasing ini. Kerana itulah, ditekankan amat dalam pengisian taklimat awal-awal dahulu, keluarga amat perlu menyediakan platform yang sama seperti tapak di madrasah buat pelajar-pelajar ini. Kerana sejam dua di luar lingkungan madrasah, boleh mengubah mereka dengan sekelip mata.
Buat Naqib. Hal ini kami anggap pengajaran buat kami juga. Tentu pengajaran buat kamu, pastinya. Andai kita tidak bersama di Syawal ini, raikan ia di mana sahaja kamu berada sebagai tanda kemenangan kita melawan hawa nafsu. Kita masih bersama meraikannya, hanya tempat kita berbeza. Dipisahkan dek Laut China Selatan. Namun masih di bumi yang satu yang hijau kebiruan, di planet ketiga dalam jajaran Bima Sakti ini.
Mama cuba tidak menyalahkan kamu. Mama minta kamu lebih berhati-hati di masa hadapan. Mama juga tidak mahu menyalahkan sesiapa. Anggap itu bukan rezeki kita. Juga sebagai kifarah dosa kita. Sudah sampai masa untuk kamu kehilangan sesuatu. Di ketika lain, mungkin orang lain pula mengalaminya. Bukankah hidup ini seperti roda? Jadi, sentiasa redha dan bersyukur kepadaNya. Mungkin kali ini kamu kehilangan, mungkin di masa lain kamu kedapatan, siapa tahu. Seperti ketika kamu tiba-tiba dihulurkan wang RM100 oleh kawan abah kamu yang terserempak dengan kamu di surau di Shah Alam tahun lepas itu. Satu jumlah yang cukup besar buat pelajar seperti kamu yang baru berumur 12 tahun waktu itu. Cuma, tolong lebih berhati-hati dan usah berbohong. Kata pepatah orang tua-tua, bercakap bohong lama-lama mencuri. Tolong, jangan berbohong dan tolong jangan mencuri. Mama telah berbincang dengan abah kamu. Insyaallah selepas ini kami akan online sahaja yuran kepada akaun ustaz. Kemudian kami akan telefon ustaz untuk memaklumkan kemasukan wang itu. Cara ini insyaallah lebih selamat bahkan lebih mudah. Iyalah, ini memang menjadi pengajaran buat kami sebenarnya.
Mama, seperti ibu-ibu yang lain, sesekali tidak mahu bersangka buruk kepada anak yang pernah menghuni rahim ini. Anak yang pernah menelan tetes susu yang telah menjadi darah kamu. Tetapi mama insaf, kamu juga insan biasa yang tidak lari dari melakukan kesilapan. Kita semua manusia biasa yang selalu khilaf. Oleh itu, mama mahu kamu perbaiki diri dari saat ke saat. Sehingga kamu benar-benar dapat mencapai insan kamil di kesementaraan ini. Semoga cahaya al Quran akan menyinari hati kamu selamanya. Dan kamu membawa cahaya itu pula untuk menyinari kehidupan kita sekeluarga.
Maafkanlah teman-temanmu, dan mohonlah kemaafan. Semoga hidupmu dan teman-temanmu diredhaiNya dan ceria selalu.
(Mama sebenarnya sudah berangan-angan hendak menonton Ketika Cinta Bertasbih bersama kamu di sini.. ceritanya menarik dan mama mahu dengar komen kamu. Kamu kan pandai memberi komentar. Walaupun ini hanya lakonan, mungkin benar-benar ada di luar sana keperibadian soleh dan solehan sedemikian di zaman ini. Hanya kita yang tidak ketemu sehinggalah ia dipaparkan sebagai satu kisah di skrin. Itu hanya di filem. Mama mahu kamu sedemikian, menjadi satu watak hebat yang benar-benar hidup, bernafas dalam nada seorang hamba yang sentiasa mencari keredhaan Tuhannya, dalam setiap saat hidupnya, seperti watak Abdullah Khairul Azzam dan Anna Althafunnisa itu. Insyaallah.. Moga-moga kita dapat menontonnya bersama, ya.)

Saturday, July 3, 2010
Mood dan Ketika Cinta Bertasbih
Salam..
Saya masih tiada mood untuk menulis. Walhal sudah saya save di laptop sendiri sesuatu di bawah tajuk 'blog' yang boleh saya pindahkan ke sini bila-bila lapang. Rasa macam tidak siap.
Saya sebenarnya terasa muda. Usah prasangka. Baca dulu yang saya tulis seterusnya.
Entah apa yang menarik, saya beli DVD Ketika Cinta Bertasbih ketika dompet amat kering. Apa ya?
Mungkin kerana war war di kulit DVD cetak rompak itu yang menulis ia mega filem terhebat di lapan buah negara.
Saya tonton setelah tiga hari terperuk suku jalan di dalam alat pemain tanpa dikeluarkan. Terhenti kerana masih belum dapat menikmatinya.
Tiba-tiba di malam keempat, saya teragak hendak menonton. Terburu-buru. Disertai ahli keluarga dan ketua keluarga (tiada perlawanan bola Piala Dunia). Lama-kelamaan, ia semakin menarik apabila sudah memasuki siri 2. Sang suami juga memuji jalan cerita. Jarang memberi kredit kepada cerita Melayu atau Indonesia. Ternyata yang ini ada beza.
Saya rasa tak rugi. Saya tonton pula melalui laptop. Lebih dekat dengan mata. Saya ingin menghayati sedikit kerana ada dialog yang saya tidak dapat tangkap kali pertama. Maknanya pandai-pandai memahami sendiri. Kali ini saya merasa lebih faham dialog Indonesia.
Satu perkara, seperti daya tarik dalam cerita Solehah yang saya tonton di TV3 (siri ulangan; saya jenis ketinggalan zaman), ialah lenggok bahasa bangsa ini. Aduhh, saya memang tertawan dengan lenggok yang lanjut dan lembut. Pastinya tidak seperti saya bercakap. Dan gadis-gadisnya memang menawan. (Hero tak payah komen apa la... tentunya.)
Hmm.. mungkin kehebatannya sama atau lebih dari filem Bobby yang pernah meletup sewaktu saya sekitar enam tahun dulu? Saya tak tahulah... cumanya saya sudah dua kali menonton KCB dalam masa amat singkat dan tak jemu untuk menonton lagi. Ada pengajaran.
Saya tidak pernah menonton dua kali cerita cd di tv. Sekali sahaja mencukupi. Ada cerita yang saya biarkan ditonton boleh ahli keluarga dan saya meneruskan aktiviti lain. Saya bukan penonton tayangan gambar yang baik dan setia hingga cerita tamat.
Filem Bobby pun ada pengajaran nilai murni kasih-sayang yang tidak mengira darjat. Saya beberapa kali dibawa menonton oleh emak di panggung. Bila sudah tua begini, tiba-tiba kakak membuka rahsia kelakuan saya yang meraung di dalam panggung kerana terlalu hiba dengan jalan ceritanya. Saya masih kanak-kanak tadika waktu itu, ya.
Huh, buat malu sahaja.. macamana saya boleh menangis? Tinggi juga penghayatan. Mujur panggung gelap. Suara saja kedengaran. Hmm, tak kisahlah. Dah lama berlalu.
KCB pun ada bab sedih. Ibu e meninggal. Tapi saya sudah tidak terlalu pilu hingga menangis. Saya sudah dewasa sangat untuk menyedari itu hanya kisah di dalam filem. Hanya anak-anak tertinjau-tinjau ke wajah saya, tertanya-tanya andai saya mengalirkan airmata. Taklah... mama hanya konsentrasi.
Saya rasa kembali muda, sedikit sahaja. Dan saya rasa kepingin benar nak menjejakkan kaki ke bumi Mesir. Paling tidak ke Jawa Tengah, Indonesia.
Selamat buat semua yang terlibat dengan KCB. Saya mahu membeli buku KCB dan membacanya. Saya sebenarnya sudah mula seperti pandai menikmati novel. Tetapi dengan menanda perkataan atau ayat yang puitis. Baru terasa nikmatnya. Ada beberapa buku / novel hebat yang saya ingin miliki dan nikmati. Juga sedikit buku/novel yang ada di rak buku di rumah Sijangkang, yang saya beli tapi waktu itu saya belum pandai menikmati. Beli atas dasar nafsu ingin membeli kerana tahu ia bagus untuk dibaca.
Saya menunggu mega filem yang lain, berbentuk pembangunan jiwa. Cerita-cerita yang pernah saya sukai sudah turun nilainya gara-gara KCB. Tahniah kepada Habiburrahman El Shirazi.
Saturday, June 26, 2010
Boleh ke percaya? Mengapa tidak?
Salam buat semua. Sudah lama tidak mengunjungi blog-blog lain. Malam ini alhamdulillah berkesempatan menjenguk-jenguk sambil menunggu Sifu mengedit bab 1 novel pertama tanpa tajuk. ALhamdulillah. Dan tertarik pula pada entri dengan tajuk yang menimbulkan tandatanya ini. 'Boleh ke percaya cerita sebegini?'
Bagi saya, terpulang pada anda. Tak salah menerima cerita ini kerana tidak mustahil ia berlaku. Andai benar-benar wujud seorang Syamimi yang sengsara sedemikian rupa, tidak mustahil TUHAN memudahkan dengan caraNYA yang di luar jangkauan pemikiran kita. Mengapa rasa pelik? Mengapa perlu hairan? Tetapi baguslah begitu, itu tandanya kita prihatin dan peka, bahawa ada banyak perkara yang ajaib yang tidak kita ketahui lagi. Seperti kita pelik dan hairan menatap akhbar harian, dengan pelbagai kisah dan cerita. Bukankah dunia ini juga tempat yang pelik dan ajaib? Diri kita? Sudah mengerti seluruh pelusuk hingga urat yang halus dan molekul yang seni?..
Ewahh.. melalut lebih-lebih pulak. Hanya ingin berkongsi cerita 'lama' yang disegarkan semula oleh pengirimnya (terima kasih banyak2 atas perkongsian ini) yang membuatkan bulu roma meremang, saya paste bulat-bulat dari sana. Selamat membaca..
"""""""""""""""""""""""""""""""""""""""""""""""""""""""""""""""""""""""""""""""""""
Boleh ke percaya cerita sebegini???
« pada: 18 May, 2010, 11:45:09 AM »
Aku mati kata2 untuk membuat ulasan terhadap artikel yg dikirimkan oleh seorang insan bernama sahabat yang dugaanya hampir sama dengan ku..malah aku rasakan lebih berta apa yg ditanggunnya berbanding diriku...hanya deraian air mata keinsafan yg menyedari kekilafan diri...kehinaan diri yang mula bersikap putus asa dengan pertolongan Allah swt... malah keyakinan ku makin luntur untuk meyakini bahawa Allah swt sentiasa bersama-sama denga orang yang bersabar...aku semakin tewas dengan ujian sekecil cuma...padahal ada insan lain yang dugaannya lebih hebat tetapi masih teguh keimanannya...sungguh aku menagis kerana teramat malu...mengutuk kehinaan diri...
Allah swt menguji bukan untuk menzalimi...tetapi untuk mengangkat darjat hambanya jika ia bersabar...ataupun menggugurkan dosa2 sebelumnya jika ia redha...
Aku memilih untuk berkongsi bersama-sama teman...bacalah moga kalian memperoleh kebaikan darinya...
Mimpi Pelajar UIA Bertemu Rasulullah s.a.w.
Luangkan masa kalian untuk membaca.. ambil peringatan dari Baginda Nabi sempena keputeraannya tahun ini.. tunjukkan kecintaan pada Rasulullah s.a.w...
Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Mengasihani...
Ya Allah..lancar jari ini menaipkan sebuah pengalaman yg amat berharga dr seorang insan yg dipilih Allah utk berjumpa Nabi Muhammad s.a.w. melalui mimpi hari Khamis, 16 Rejab 1427H bersamaan 10 0gos 2006.
Nama yg dipilih oleh ayah beliau adalah Syamimi yg bermaksud 'kesayanganku', jua gelaran Nabi pada puteri kesayangan Baginda, Fatimah. Ketika khilaf memilih nama itu, ayah beliau mengharapkan mudah2an suatu hari nanti anaknya akan menjadi salah seorang mutiara kesayangan Rasulullah s.a.w. Alhamdulillah, doanya makbul selepas 23 tahun kelahiran anak sulungnya daripada 8 adik-beradik.
Al-Quran 30 juzuk terpelihara kemas dalam hatinya. Beliau menghabiskan masa 3 tahun utk menghafal 30 juzuk Kalamullah ketika berada di negeri kelahirannya. Beliau hafal sendiri utk memenuhi harapan ibu ayah yang mengharapkan ada dalam kalangan anak mereka menjadi seorang hafiz atau hafizah. Sebagai anak sulung, beliau mengambil tanggungjawab ini utk menjadi contoh kpd adik2 yg lain. Setiap hari beliau hafal 2 mukasurat Al-Quran dan tasmi' dgn ustaz di sebelah rumahnya. Sekarang beliau pelajar tahun 4 jurusan Undang-Undang Syariah di universiti ini.
Akak ni memang diuji dengan sakit yg tak tahu apa punca sejak lebih setahun yg lalu. Sakitnya rasa seperti ditikam-tikam dengan pisau di bahagian belakang tubuhnya, tambahan pula kaki yang sakit di bahagian lutut sejak 8 tahun lalu tidak pernah sembuh. Pernah satu ketika, selepas makan, beliau muntah bersama segumpal rambut dari kerongkongnya. Penderitaannya hanya Allah dan dia sendiri yang tahu. Sudah lama beliau tidak terdaya ke kelas kerana sakit itu membuatkan dia tidak dapat berdiri atau berjalan. Hilang selera makannya hingga badannya susut hampir 13 kg. Beliau hanya menggagahkan diri untuk pergi berwudhu' 2 hingga 3 kali sehari. Wudhu' itu dijaga sebaik mungkin untuk ibadah sepanjang hari.
Hari2 yang dilaluinya dipenuhi dgn membaca Al-Quran dan qiamullail sebagai pendinding daripada gangguan yg terus2an menyakiti diri. Diceritakan makhluk2 halus itu akan mengganggunya terutama pada waktu sebelum Subuh, Zuhur dan Maghrib. Beliau telah banyak berubat di merata tempat, berjumpa doktor2 pakar, malah ulama' yg faqih dalam ilmu perubatan islam serta akhir sekali bertemu sorang lecturer di sini. Tapi beliau hanya mampu bertahan. Pesan ustaznya, setiap kali beliau sakit, banyakkan baca Surah Al-Baqarah.
Pagi Khamis itu, beliau berniat utk hadir kuliyah sebab sudah terlalu lama tidak mampu ke kelas. Beliau bangun kira2 jam 4.30 pagi utk solat. Berbekalkan sedikit kekuatan yg digagahkan, beliau ke bilik air utk berwudhu' dgn memapah dinding dan segala apa yg mampu membantu beliau untuk berdiri. Habis berwudhu', beliau jatuh tersungkur, rasa seperti ada yg menolak keras dari belakang. Tika itu beliau sudah tidak mampu berdiri, justeru beliau merangkak ke bilik. Sampai saja di bilik, beliau ketuk pintu dan rebah di depan bilik tersebut. Disebabkan sakit yg mungkin dah tak tertanggung, dengan spontan beliau niatkan, "Ya Allah, kiranya mati itu baik untukku, aku redha, tapi kiranya Engkau ingin aku terus hidup, aku ingin dengar kata-kata semangat drpd Rasulullah s.a.w. sendiri.."
Kemudian beliau pengsan. Sahabat2 sebilik mengangkat beliau ke dalam biliknya dan di baringkan di sana . Waktu itu, sahabat2nya telah pun 'forward message' pd rakan2 yg lain agar dibacakan surah Yasin kerana beliau nampak sudah nazak. Malah mereka telah sedia dgn nombor2 ahli keluarganya utk dihubungi kiranya ada apa2 berlaku dengan izin Allah. Kira2 jam 11 pagi itulah, ketika tertidur dgn tenang dalam waktu qoilullah, beliau bermimpi. Beliau sedang terbaring dalam keadaan memakai telekung dgn tangannya diqiam seperti dalam solat di suatu tempat asing yang sangat cantik. Beliau terbaring di sebelah mimbar dan kelihatan banyak tiang di sekitarnya.
Tiba-tiba datang seorang Hamba Allah dgn wajah yang bercahaya dari arah depan dan berdiri hampir sekali, kira2 2 meter dari beliau. Wajahnya SubhanaLlah..indah sekali, tak dapat nak digambarkan. Beliau tertanya2, siapakah orang ini? cantik sekali kejadiannya dan hati beliau rasa sangat tenang dgn hanya melihat wajahnya. Dirasakan seluruh kesengsaraan yg ditanggung selama ini lenyap begitu sahaja. Kemudian, Hamba Allah itu mengatakan, "Assalamu'alaikum, ana Rasulullah.." Subhanallah..baginda Nabi rupanya! Nabi memakai jubah putih dan kain serban berwarna hijau di atas bahu baginda. Beliau nampak dgn jelas mata Baginda Nabi, janggut Baginda, rambut Baginda, kain serban di atas bahu Baginda dan tubuh Baginda. Kemudian Nabi katakan "Enti fil masjidi" (kamu sekarang berada di masjidku, Masjid Nabawi).. Allahuakbar!
Kemudian Baginda Nabi s.a.w. berkata: QalAllahuta' ala; "InnaAllahama' assobirin" (sesungguhnya Allah bersama orang2 yg sabar). Ketika mendengar suara Nabi mengalunkan Kalamullah, terasa bergema suara merdu Nabi di seluruh alam. Sememangnya Baginda sebaik-baik kejadian dan diciptakan dgn penuh kesempurnaan. Nabi katakan (dalam lughahl arab, tp diterjemahkan di sini) ; "Ya Syamimi, dengan berkat kesabaran enti, dgn sakit yg enti tanggung selama ini, dan dgn berkat Al-Quran yg enti pelihara di dlm hati, maka Allah bukakan hijab utk enti nampak ana.." Ketika Nabi menyebut Ya Syamimi, terlintas di hatinya "Ya Allah..Baginda kenal ummatnya!". Ya Rasulullah... Ketika itu, beliau dapat merasakan baiknya Allah, memberikan nikmat yg begitu besar buat dirinya.
Kemudian Nabi katakan lagi; "Sampaikan salamku buat sahabat2 seperjuangan Islam. InsyaAllah, kita semua akan berjumpa nanti.." Nabi s.a.w. kemudian melafazkan; "Ummati.. ummati..ummati..." dan beliau nampak jelas Nabi menangis saat itu. Beberapa titisan airmata Baginda yg suci mengalir utk ummat Baginda! Kemudian Baginda Nabi melangkah pergi. Beliau merintih, "Jangan pergi Ya Rasulullah.." tetapi Baginda tetap pergi. Subhanallah, walaupun kita tak pernah bersua dgn Nabi yg mulia, Baginda kenal dan sentiasa ingat akan ummatnya. Beliau sendiri tidak pasti, apakah Baginda menangis kerana rindu kepada ummatnya, atau mungkin saja baginda sedih dgn ummat akhir zaman ini? wallahua'lam...
Sedar daripada tidur yg amat indah pengisiannya itu, beliau masih dikelilingi oleh rakan2 yg turut terdengar rintihan beliau dalam tidurnya "Jangan pergi Ya Rasululah..." Beliau kemudian menceritakan kpd para sahabat tentang mimpinya sekaligus menyampaikan salam Rasulullah buat ummat Baginda. Semua yg mendengar menangis lantaran rindu pada Nabi. Rasa malu pada Nabi krn kita jarang2 ingat pada Baginda sedangkan kita amat terhutang budi padanya. Lebih2 lagi kita sedar bahawa hanya syafaat Bagindalah yg dikejar di akhirat kelak.
Ya Allah..ketika itu, tiada kata yg lebih tinggi drpd kalimah Alhamdulillah utk di rafa'kan pada Allah atas ni'mat yg begitu besar yg Allah berikan pada dirinya. Rasa tak layak dirinya menerima anugerah dgn ujian yg hanya sedikit berbanding insan2 yg lebih berat diuji oleh Allah. Kiranya ada kalimah pujian yg lebih tinggi dr Hamdalah, pasti akan beliau sebutkan buat Allah Yang Maha Kaya. Semuanya terangkum dalam Rahmat-Nya yg melimpah ruah. Rasa sakit masih menular di tubuhnya. Cuma kali ini dia bertekad tidak akan menangis lagi utk kesakitan ini.
Usai solat Zuhur, rasa sakit yg ditanggung makin hebat. Tak pernah beliau merasakan sakit yg sebegitu rupa. Terasa panas seluruh badan dan seluruh tubuhnya rasa ditikam pada setiap penjuru. Kalau dulu, beliau akan menangis dalam menghadapi kesakitan, namun pada waktu itu beliau pujuk diri utk tidak menangis. "Apa sangatlah sakit yg aku tanggung ini berbanding nikmat yg Allah telah bagi utk melihat Baginda Nabi s.a.w.."
Kemudian beliau tidur. Beliau terus rasakan berada di tempat tinggi, tempat yg biasa hadir sepanjang beliau menerima gangguan. Beliau katakan "Ya Allah, apa lagi yg hendak Engkau berikan buat hambamu yg hina ni, rasa malu sangat dengan-Mu Ya Allah..." Kemudian dgn izin Allah, datang empat orang yg berpakaian serba hijau. Salah seorang daripadanya mengatakan; "Assalamu'alaikum Ya Syamimi..Rasulullah s.a.w. sampaikan salam buatmu. Kami utusan Rasululah..Nahnu khulafa' ar-rasyidin. Ana Abu Bakr, ini Ummar Al-Khattab, Uthman bin 'affan dan Ali.." Subhanallah..Saidina Abu Bakr memperkenal dirinya dan ketiga2 sahabat yg mulia. Beliau nampak sendiri, Saidina Abu Bakr yg amat lembut perwatakannya, Saidina Ummar dgn wajah tegasnya, Saidina Uthman yg cantik sekali dan Saidina 'Ali yg agak kecil orangnya.
Para Sahabat mengatakan; "Kami diutuskan oleh baginda Nabi utk membantu enti.." Kemudian keempat2 mereka membacakan ayat 102 surah Al-Baqarah yg bermaksud:
"Dan mereka mengikuti apa yg dibaca oleh syaitan-syaitan pada masa kerajaan Sulaiman. Sulaiman itu tidak kafir tetapi syaitan-syaitan itulah yg kafir, mereka mengajarkan sihir pada manusia dan apa yg diturunkan pada 2 malaikat di negeri Babylon iaitu Harut dan Marut. Padahal keduanya tidak mengajarkan sesuatu kepada seseorang sebelum mengatakan 'sesungguhnya kami hanyalah cubaan (bagimu) sebab itu janganlah kafir.' Maka mereka mempelajari dari keduanya (malaikat itu) apa yang (dapat) memisahkan antara seorang (suami) denagn isterinya. Mereka tidak akan dapat mencelakakan seseorang dgn sihirnya kecuali dengan izin Allah. Mereka mempelajari sesuatu yang mencelakakan, dan tidak memberi manfaat kepada mereka. Dan sungguh, mereka sudah tahu, barang siapa membeli (menggunakan sihir) itu, nescaya tidak akan mendapat keuntungan di akhirat. Dan sungguh, sangatlah buruk perbuatan mereka yang menjual dirinya dgn sihir, sekiranya mereka tahu.."
Selesai membaca ayat itu, para sahabat Nabi menghembus pada makhluk2 yang sedang mengganggu beliau dan mereka semua hancur terbakar. Subhanallah..waktu itu terus terasa seolah2 tubuhnya yg sakit dahulu ditukarkan Allah s.w.t. dgn tubuh yg baru. Hilang segala kesakitan yg setahun lebih ditanggung beliau dgn sabar. Saidina Abu Bakr mengatakan; "Inilah ganjaran besar dari Allah buat orang-orang yang sabar.." Kemudian, para sahabat Nabi yg mulia pun pergi meninggalkannya.
Selesai mimpi indah yg kedua ini, beliau bangun dr tidur dan terus duduk. Rakan2 sebilik pelik, kenapa beliau dapat bangun dan duduk dgn mudah . Kemudian sahabat2nya itu menyuruh beliau bangun berdiri dan alhamduliLlah..dgn mudah beliau bangun berdiri dan berjalan d sekitar bilik. "Ya Allah, penyakit ana dah sembuh.." Semua sahabat yang ada di situ bergembira dan menangis. Kemudian beliau segera ke bilik air untuk berwudhu'. Dengan tubuh yang 'baru', beliau sujud syukur pada Allah s.w.t. "Ya Allah, kiranya di beri tempoh sujud 100 tahun pun belum dapat diriku menjadi hamba-Mu yg bersyukur atas nikmat yg telah Engkau berikan.."
Beliau berpesan pada kami; "Adik-adik, wajarlah para sahabat Nabi yang mulia sanggup mati demi mempertahankan Baginda. Akak yang diberi rezeki melihat Nabi tak sampai pun 5 minit dah rasa tak sanggup berpisah dengannya. Kalau boleh, nak duduk je di bilik untuk beribadah pada Allah dan mengenang wajah Nabi yg mulia. Tapi menyedari banyak lagi taklifan dan tanggungjawab kita atas muka bumi Allah ini, maka hidup mesti diteruskan. Sekarang ini hati akak tenang sangat..kalau boleh, nak je akak pinjamkan hati ni walau hanya sesaat agar adik2 dapat merasakan betapa beningnya hati ini. Tapi itu tak mungkin kan , mungkin ini bahagian akak, bahagian kalian? Hanya Pemiliknya Yang Maha Tahu. Akhir sekali akak ingin katakan, tak rugi kita bersabar..."
p/s: sunGguh...berderaian air mataku mengalir..daku rindu akan dirimu..Ya Rasulullah!
(kisah ini dinukilkan oleh sahabat Syamimi hasil pengalaman benar yang telah dilalui..pernah disebarkan melalui e-mel & blog sebelum ini..aku hanya memaparkannya kembali buat renungan bersama, sempena keputeraan baginda Rasul tahun ini..m0ga ada hikmah pGajaran yG dapat diambil)

Wednesday, June 23, 2010
Bertemu Kenalan Lama
“Bila sampai sini? Terus menetap di sini ke?” Wanita hitam manis itu merenungku dengan matanya yang bersinar-sinar sambil tersenyum mesra, membuatkan lesung pipit yang menghiasi kedua-dua pipinya bertambah lekuk ke dalam.
“InsyaAllah. Hmm..hujung bulan Mac lepas sampai dah..” balasku juga dengan huluran senyum kepada Kak Esah yang peramah.
Kemudian aku kembali memandang Kak Hudziah, yang kami panggil Kak Fuziah sahaja, Hudziah atau Fuziah lebih kurang sebutannya. Wanita peramah dan periang yang comel ini semakin rendang tubuhnya, sekarang membuat coklat enak pula untuk diniagakan. Kak Fuziah benar-benar terkejut apabila mengetahui kami sudah lebih dua bulan berada di bumi minyak ini. Bertalu-talu dia bertanya dengan separuh sesal, mengapa aku hanya mendiamkan diri dan tidak berkunjung ke rumahnya. “Tak nak kawan Onn.. tak nak kawan Onn..” katanya dengan senyuman riang nada bercanda kerana aku disembunyikan daripadanya. Mungkin baru puas hatinya berkata begitu biarpun suamiku entah di mana tidak mendengar pun apa yang diungkapkannya itu.
“Datanglah rumah akak. Betul-betul kat bandar. Macam-macam ada! Intan pakai apa..?” tanya Kak Fuziah lagi. Nampaknya aku mendapat perhatian sepenuhnya dari tetamu Kak Piah yang seorang ini.
“Pakai apa, kak?”
Kak Fuziah ketawa lepas melihat aku yang terpinga-pinga tidak dapat menangkap maksudnya. Lantas dia menyapu-nyapu tapak tangan kanannya di pipi.. Ohh.. bedak, make-up? Kak Fuziah mengangguk-angguk dan ketawa lagi mempamerkan barisan giginya yang berderet rapi.
“Saya pakai campur-campur, entah brand apa..”
Ketawa lagi. “Haa.. datang rumah akak, macam-macam ada tau!” Tak sudah Kak Fuziah terus memancing hatiku. “Malam minggu ni, tidur sekali ya.”
“Huh, patutlah Onn takut nak bawak saya, sebab macam-macam ada!” sela ku sambil ketawa geli hati. Kami terus ketawa bersama, riang dan penuh mesra, sama seperti dulu-dulu, tidak berubah.
Kali terakhir kami bertemu ketika aku sekeluarga membuat kunjungan ‘surprise’ ke rumah keluarga Kak Fuziah di Kajang setelah mendengar khabar beliau mahu mengahwinkan satu-satunya anak perempuannya; Intan. Namun yang terjadi adalah sebaliknya apabila kami pula yang terkejut kerana majlis telah usai semalamnya lagi. Kami tidak mendapat jemputan setelah terputus hubungan hampir 10 tahun lamanya. Dan malam tadi, kami bertemu lagi. Intan pun ada bersama sambil mengendong cahayamatanya yang sudah berusia 8 bulan, yang baru menyambut ulangtahun pada petangnya tadi.
Kami semua berada di rumah Kak Piah, memenuhi jemputan beliau yang mengadakan kenduri bacaan Yassin dan Tahlil, yang dibawakan oleh Ustaz Abdul Rahman, suami Kak Esah yang berlesung pipit itu, antara orang Malaysia yang paling lama telah menetap di bumi minyak ini sejak masih muda belia. Tadinya, sebelum majlis bermula, ketika baru tiba, Ustaz Abdul Rahman yang masih segak dan tegap itu sama seperti 12 tahun lepas rupa penampilannya, seperti mencari-cari seseorang, berdiri di hadapan kami yang duduk bersimpuh di sudut ruang tamu, dan aku hanya tersenyum (tapi tidak disambut pun)sambil beragak-agak hendak menegur, tetapi segan pula kerana wibawa Ustaz (dan huluran senyum yang tidak disambut tadi) lalu hanya tersenyum separuh.
“Mana tuu.. haa.. sapa??” katanya tiba-tiba sambil terus memerhatikan kami tetapi lebih kerap melihatku. “Intan!” suara Kak Esah yang duduk di sofa bersetentangan dengan Ustaz berdiri mencelah menyambut soalan suaminya, yang kurasa dari awal memerhatikan lagak suaminya itu.
“Tuu haa…” mata Ustaz terus singgah padaku saling bertembung pandang lagi. Saling berbalas senyum dengan rasa hormat dan mesra.
“Saya Ustaz,” Aku menjawab serentak dengan sahutan Kak Esah.
“Apa khabar Ustaz?” sambungku dengan rasa segan.
“Ni yang lahir di sini dulu kah?” tanya Ustaz sambil angguk-angguk kepala, menjawab pertanyaanku sekali gus menunjuk ke arah Ain. Aku pun angguk-angguk kepala. Ustaz senyum.
“Yang lagi sorang mana? Yang sulung tu?” Naqiblah maksudnya tu, yang selalu kami kendong ke mana-mana sahaja termasuklah ketika berkunjung ke rumah beliau.
“Yang tu kat sana..”
Kemudian, Ustaz beredar tatkala semakin ramai kaum wanita muncul di sekitar mencari ruang untuk melabuhkan punggung. Aku pula merasa puas, kerana masih dikenali di kalangan kenalan lama. Mereka masih ingat seperti aku juga ingat pada mereka.
Selain Kak Esah yang terkenal dengan keenakan masakannya yang sudah lima belas tahun bekerja di dapur Istana, yang aku rasa hanya Kuih Koci Kak Esah sahaja dalam dunia ini, yang benar-benar serupa dengan Kuih Koci buatan arwah Nenda Sariah binti Ibrahim yang aku rindui yang sangat teliti dalam pekerjaannya itu sehingga aku selalu mampu menghabiskan begitu banyak kuih itu kerana terlalu enak, lembut dan lemak dengan inti kelapa muda terpilih yang diparut perlahan tidak mencecah bahagian tempurung yang bakal mencemar kelapa parut yang putih suci, kemudian dimasak bersama gula anau atau gula kabung buatan paling sedap di kampung hingga kering dan aku selalu mencuri-curi menjamahnya, kemudian dibungkus lalu dikukus sesudah menyelimutinya dengan sesudu demi sesudu pati santan lemak masin yang paling pekat.
Aku juga bertemu dengan Cik Li dan isterinya Shima yang kini ditemani anak perempuan comel berumur 8 tahun. Mereka ini di antara rakan-rakan lama yang pernah berkawan mesra sebelum kami kembali ke tanahair pada 1998 yang lepas. Shima masih ramping dan semakin ‘loyar buruk’ sepadan dengan Cik Li yang lupa-lupa ingat umur anak keduanya yang berada di bumi Malaysia sekarang ini. Katanya, dirinya haram dimakan kerana sifat dirinya dua alam. Amfibia la tu, sahutku tapi tak didengarinya. Hisy, umur anak sendiri pun tak ingat, sebab asyik menyelam sahaja, rungutnya kepada diri sendiri sambil menggaru-garu kepalanya yang berambut lurus nipis, sedang misainya bergerak-gerak terbang ditiup angin suaranya dan angin kipas di siling ruang tamu itu. Kami tergelak-gelak melihat kelucuan Cik Li, berbeza benar dengan raut wajahnya yang bermisai melintang dengan mata tajam merenung garang tapi serabai sederhana hanya memakai baju ‘Pagoda’ putih dan seluar slack coklat kelabu, seperti seseorang yang ‘melarikan diri’ sebentar dari pekerjaan yang tidak pernah selesai untuk memenuhi jemputan kenduri. Aura seorang pensyarah yang pasti digeruni oleh para pelajar beliau, namun di sisi kawan rakan, adalah seorang teman yang menceriakan suasana.
Selesai membungkus Nasi Beriani Ayam masakan Abang Ayob si tuan rumah yang juga chef di Istana, kami saling bersalam-salaman hingga ke kereta. Tiba-tiba Ain menyampuk, “Abah, Ain lum solat!”
“Hah.. masuk balik pergi solat. Karang tak payah berhenti mana-mana lagi,” arah suamiku sambil memberi isyarat supaya aku menemani Ain masuk semula ke rumah Kak Piah. Jam hampir 11 malam, tentu Ain, Hidayat dan Hanessa akan melentok-lentok ke kiri dan ke kanan di dalam kereta sebentar lagi.
Tidak lama kemudian, suamiku muncul di ruang tamu bersama-sama tuan rumah, “Assalamualaikum, kami baru sampai nii..” ucap suamiku bersahaja. Beberapa tetamu yang masih bersantai tergelak.
“Duduklah Onn, kau nak air apa? Nanti Kak Piah buatkan air kopi,” isteri Abang Ayob yang peramah dan mesra dengan senyuman menuju ke dapur.
Tidak lama kemudian aroma segar air kopi panas merebak di ruang tamu. Sementara itu, Kak Piah memanggil-manggil aku untuk mengambil lagi Nasi Beriani Ayam yang sudah dibungkusnya di dalam plastik sederhana besar, setelah aku sendiri membungkus tadi bersama-sama Kak Lang Zai sambil tergelak-gelak dengan lagak lucu Kak Lang Zai yang amat bersahaja namun boleh membuatkan tubuhku krem kerana ketawa terlalu banyak.
Setelah bersalam-salaman lagi buat kali ke dua, kami bergerak disusuli oleh Cik Li sekeluarga dan suara Kak Piah melangsing berpesan supaya jangan bawak kereta laju-laju. Sambil menuju ke kereta, masih juga berbual-bual rancak. Kata Kak Piah, kalau nak berborak lagi masuk balik. Buat teh tarik pulak, celahku. Lepas tu tarik tilam terus tidur, sahut suamiku tiba-tiba. Ketawa lagi. Abang Ayob yang mengiringi berkata, "Masih macam dulu ya!". Agak tersipu tapi Kak Piah menyambut, "Sebab tu Onn tak senang hati duduk jauh-jauh.." Mereka menggiat lagi; kata Kak Piah, dia ingatkan Onn dah putih melepak berkurung dalam rumah sahaja, tapi nampaknya sama sahaja malah makin boroi!! Hahaha... Biasala tu Kak Piah. Abang Ayob bercerita pula tentang kemuculan singkat dan tiba-tiba rakan sekerjanya Badrol yang sudah kembali ke negaranya, tapi dia pun tak sempat berjumpa hanya mendengar cerita sahaja. Kami saling mengenali dan pernah duduk berdekatan semasa di Rauyah Apatelle, Sengkurong.
Kami kembali ke Seria, sebagai tetamu paling jauh, hampir 100 km, dan hampir satu jam perjalanan lancar di lebuhraya. Tamat sudah cuti persekolahan penggal kedua 2010 selama dua minggu dan esok sesi persekolahan bermula lagi seperti biasa. Alhamdulillah. Rutin sebagai pelajar buat anak-anak dan sebagai suri rumah sepenuh masa dengan hobi menulis di sela-sela jadual harian pun berulang lagi.

Sunday, June 20, 2010
Dia berbisik-bisik..
Dia berbisik-bisik, amat perlahan sambil menarik tangan kiriku hingga aku tertarik tersenget ke arahnya, "Mama duduk sebelah Dayat, ya!" Aku angguk acuh tak acuh.
"Cakap insyaallah!"
"Insyaallah." sahutku cepat supaya tidak lagi digesa-gesa dan dipaksa-paksa.
Baru puas hatinya. Baru tenang wajahnya. Baru ceria rupanya.
Dia berlalu ke ruang hadapan.
"Mama, duduk sebelah Ain tau!" Muncul gadis tembam hitam manis dengan deretan gigi yang putih menawan tersenyum padaku.
"Uhmm.." aku terus acuh tak acuh, angguk. "Cepat bentang tikar, susun pinggan, isi air dalam gelas, ambik lauk susun. Panggil abah. Cepat, cepat! Duduk dapur tak boleh lembap lembap.." Aku mengeluarkan arahan supaya segera diberikan bantuan, sambil aku sendiri terkocoh-kocoh mencuci periuk dan kuali serta senduk sudip dalam sinki. Tambahan untuk mengelakkan dari terus ditekan perasaan serba-salah oleh mereka.
Puteri kecil pula muncul tetapi dia menyenangkan hati kerana dia tidak pernah (jarang-jarang) mengeluarkan permintaan untuk duduk di sisi. Hanya Dayat dan Ain, selalu, sentiasa, kerap, memang begitu setiap kali mahu makan di mana sahaja, baik di tempat makan di dapur rumah, di kampung, di kedai juga berebut mahu duduk di belakangku di dalam kereta.
"Kamu ni, mentang-mentang mama masih muda, masih sihat, masih cantik (uhu, perasan la pulak!)" aku mencala-cala sendirian, mengomel sambil mencuci pinggan makan yang berlapis-lapis di dalam sinki.
"Ahah, duduklah sebelah abah pulak.." sahut Ain.
"Tapi tadi, Kakak tak bagi pun Dayat duduk sebelah mama. Kata je nak duduk sebelah abah!" Dayat mengecam perbuatan Ain yang tidak selari dengan bicara.
"Ehh.. mana ada. Kakak tak dapat duduk sebelah abah sebab Dayat dah duduk situ." Enggan mengalah si kakak yang semakin tembam ini.
Adik hanya diam memasang telinga dan mengambil penyapu serta penyodok sampah lalu menyapu-nyapu sekadar kudratnya yang bertubuh halus comel. Lalu tikar dibentangkan.
Sudah selalu aku tekankan supaya duduk sahaja di mana-mana, janji kita makan sama-sama. Lagipun mengapa perlu berebut duduk dengan mama, nanti apa pula kata abah? Abah tak tunjuk hatinya mengecut atau mengecil kerana dia seorang lelaki, seorang suami, seorang bapa, seorang yang memiliki apa yang dinamakan ego dan tinggi hati. Tetapi cuba letakkan diri kamu di dalam kasut abah (hah? kasut abah? besar kasut abah tu, saiz 9..). Hmm.. atau bayangkan kamu sebagai seorang bapa yang anak-anak kamu asyik dengan ibu anak-anak kamu sahaja sedangkan kamu membelai mereka sama rata sepanjang masa (hmm.. lama lagi tu, isyh isyh..).
Okaylah.
Dah baca doa makan?
Bismillah...
Allahumma bariklana...
Mata Dayat menjeling-jeling kepadaku. Aku terus acuh tak acuh. Aku terus menyelesaikan urusan di sinki dan menuju ke tungku dapur mengambil telur mata kerbau terakhir buat diri sendiri dari pan. Itulah helah terakhir yang selalu aku lakukan, sengaja buat sibuk dan mengambil tempat di mana-mana yang ada (biasanya sudah sedia dengan pinggan berisi nasi dan lauk-pauk) di sisi sesiapa. Kadang-kadang aku sengaja menyakat perasaan mereka, "Kali ini mama nak duduk sebelah abah, nak suap dengan abah." Dan mata-mata mereka bersinar-sinar melihat aku mengangakan mulut dengan mesra bersahaja tatkala abah mereka menghulurkan nasi ke mulutku.
Bukan tidak rasa bertuah, rasa dikasihi, disayangi, rasa diperlukan. Tetapi tidak jarang ia mencetuskan pertelingkahan dan sakit hati di antara mereka. Aku kembali pening kepala. Akhirnya aku catatkan di sini sebagai memori; apakah mereka akan dapat membacanya 10 tahun lagi? Lalu tersenyum-senyum atau mengalirkan airmata? Hanya Tuhan yang Maha Mengetahui.
Petikan Baca@LRT - Wardina Saffiyah dan 6 tip
Salam buat semua.
Ini adalah petikan dari inbox saya di facebook (hari ini teringin pula menge'chek' apa yang ada di inbox dan memadamkan apa yang tidak perlu :) )dari Baca@LRT oleh Zamri Mohamad pada 6 Jun pada 6:17pm.
Berikut merupakan nilai tambah yang para peserta Baca@LRT telah perolehi semasa program mereka bersama Puan Wardina Saffiyah di majlis buku Mama Saya Lapar dan Siapa Alien hasil tulisan beliau. Mari kita kongsikan bersama di sini. Menarik dan bagus untuk dikongsikan bersama para ibu bapa dan pengusaha nurseri yang selalu berhadapan dengan cabaran membesarkan anak-anak, sama ada anak sendiri atau anak orang.. Sebenarnya tidak mudah hendak menyelami makhluk kecil yang kian membesar dan sangat peka menyerap segala perubahan dan perkara di sekeliling mereka; bukan mudah hendak menyelami hati dan perasaan mereka tetapi kita ada cara-caranya yang sedikit demi sedikit boleh membantu sedikit sebanyak untuk mengerti, agar si manja, si comel, si lasak dan si pemalu yang lincah dalam diam dan dalam ceria bertambah sihat perkembangan fikiran dan tumbesarannya. Pokoknya mereka sangat pemerhati dan peniru, yang itulah perlu kita perhatikan dan awasi supaya tidak memberi kesan tidak baik kepada masa hadapan yang masih jauh dan panjang.
Wardina Saffiyah memang mengkagumkan di sela-sela selebriti yang pernah mewarnai dunia hiburan tanahair. Sempurna dengan kejelitaannya, keperibadiannya yang anggun dan terpelajar.
Terima kasih kepada Encik Zamri yang meletakkan nota memberi izin menyebarkan entri ini di blog.
(Saya petik. Terima kasih! :) ).
***********************************************************************************
(Petikan)
Enam perkara kami di Baca@LRT belajar daripada Puan Wardina Safiyyah.
Pertama
Selepas rakan-rakan penyokong Baca@LRT mendengar bicara buku Puan WarDina Safiyyah Fullxadd di MPH Mid Valley, barulah kami faham seni membaca buku cerita kepada kanak-kanak di rumah dan amalan pemakanan kanak-kanak serta kesan kartun televisyen yang merencatkan imaginasi juga punca kanak-kanak sukar membaca.
Kedua
Sebelum program sempat bertanya, "Mengapa hasilkan dua buah buku dengan dua penerbit yang berbeza dan dilancarkan pada masa sama." Alaf dan Telaga Biru menerbitkan buku beliau dalam genre berbeza.
Keadaan sesak sepanjang sesi bersama Puan Wardina Safiyyah melibatkan pengunjung MPH. Waktu ini Puan Wardina menyampaikan mesej memandaikan bangsa, "Mengapa saya menulis buku dalam bahasa Melayu."
Kurangnya buku dalam bahasa Melayu yang bermoral dan mempunyai nilai pendidikan tinggi menjadikan beliau berkarya.
Ketiga
Buku Mama Saya Lapar diterbitkan oleh Alaf merupakan buku panduan kepada ibu bapa bagaimana memilih pemakanan yang sihat kepada kanak-kanak.
Puan Wardina memberi pandangan, amalan memberikan pil vitamin dan suplemen tambahan kepada kanak-kanak selain daripada yang bersifat organik memberi kesan kepada pertumbuhan. Ini berdasarkan kajian klinikal yang dilakukan.
Keempat
Puan Wardina berkata, rancangan animasi dan kartun di televisyen terbukti merencatkan imaginasi kanak-kanak. Kajian di Amerika mendapati babak animasi berubah cepat dalam tempoh dua saat. Ini menekan kanak-kanak dari aspek imaginasi yang baru berkembang.
Kedua, beliau menasihati agar ibu bapa menjaga kanak-kanak di bawah dua tahun dan di'haram'kan menonton TV kerana ia mengurangkan daya tumpuan yang menjadikan mereka pembaca yang lambat.
Ini berikutan komunikasi satu hala yang tidak ada interaktif membunuh perkembangan kanak-kanak.
Kelima
Puan Wardina berkongsi tip, "Rancangan kartun di televisyen adalah selektif. Pilih animasi kanak-kanak yang perlahan sifatnya sesuai dengan kanak-kanak. Misalnya Dora the Explorer. Di mana setiap babak diulang dialog-dialognya dalam kadar perlahan. Ada babak bertanya kepada penonton sendiri. Selain itu, saya gantikan aktiviti mereka dengan aktiviti melukis, berlari dan membaca."
Keenam
Apa yang dilakukan Puan Wardina menyebabkan saya kagum. Teknik beliau sama seperti seorang trainer.
Beliau menerangkan dan menunjukkan kaedah bercerita dengan kanak-kanak, kemudian kepada ibu bapa diberitahu sains teknik itu. Kemudian dibuat satu lagi, dan diberitahu sebabnya.
Penerbit buku kanak-kanak mesti belajar daripada beliau kaedah ini.
Ini membuktikan beliau membuat sesuatu dengan sebab yang jelas. Tidak sekadar mahu budak-budak seronok dan ketawa sahaja.
Contohnya, apabila Puan Wardina bertanya kepada kanak-kanak cerita yang disampaikan dari buku, "Mengapa rumah itu tidak ada pintu, bagaimana dia mahu masuk?" kemudian kanak-kanak menjawab spontan, "Ikut tingkap."
Puan Wardina memandang ibu bapa, dan memberitahu, "Puan dan Tuan, dalam teknik menyampaikan cerita kepada kanak-kanak. Kaedah interaktif dapat dibuat dengan bertanya soalan yang menyebabkan dia berfikir misalnya...."
Kemudian dibuat satu lagi dan diberitahu, "Puan dan Tuan. Membacakan buku cerita kanak-kanak dibuat di dalam bilik. Sebab-sebabnya, mengurangkan gangguan tumpuan, menjadikan kanak-kanak lebih terbuka bertanya dan..... "
Mudah-mudahan enam tip pengalaman sesi bersama Puan Wardina Saffiyah memberi nilai tambah kepada kita semua.
Album program buku bersama Puan Wardina Safiyyah dapat dilihat di sini http://bit.ly/albumlrt

Monday, June 14, 2010
Cerpen saya di bengkel Sastera
Salam buat semua.
Syukur alhamdulillah. Cerpen terbaru saya sudah siap dengan bimbingan Sifu Azmah Nordin di bengkel online beliau, Sastera. Saya fikir ia satu cerpen berjela yang akan banyak ditanda dengan 'pen dakwat merah' oleh beliau. Ya, memang ada tokok tambah dan pembetulan di sana-sini untuk menghidupkan lagi gambaran yang ada di cerpen itu. Dan akhirnya, dengan sedikit lagi tambahan di bahagian penutup, saya berjaya menamatkan cerpen itu dengan sempurna sebagai seorang penulis yang baru hendak berjinak-jinak dengan dunia penulisan. Terima kasih tidak terhingga buat Sifu. Seterusnya saya berada di dalam situasi duk dak duk dak kerana Sifu dengan 'tegas tanpa tolak ansur' mempelawa alias mencabar saya ke thread novel pula. Sejak awal-awal lagi beliau sudah mengajak saya terus berbengkel novel, cuma saya langsung tidak ada kekuatan untuk itu. Insyaallah, setelah saya mendapat jentikan semangat dan dorongan dari Sifu dan Ummu (ketua kelas yang peramah dan penuh dedikasi itu, saya mula merasakan 'apa salahnya saya mencuba?..'
Cerpen ini bertajuk KAK LONG, yang saya garap dari kisah Kekanda Norliza Hassan yang dikasihi yang telah kembali ke rahmatullah 2 tahun lepas. Mohon maaf sepuluh jari saya hulurkan kepada kekanda-kekanda saya (dan juga satu-satunya adinda - seandainya membaca catatan ini) sekiranya dengan nukilan cerpen ini; kenangan yang menyedihkan itu menyebabkan airmata mengalir hangat semula di pipi. Entah mengapa, kenangan di ruang terakhir sebelum perpisahan buat selamanya itu selalu muncul di ingatan. Cuma, dia telah mendahului kita. Di masa lain, airmata dari tubir mata orang lain pula mungkin mengalir untuk kita. Akhir sekali, cerpen ini didedikasikan buat Bonda yang terus merindui kekanda Norliza, semoga Bonda tabah dan sabar selalu. Kita semua rindu padanya.
sedikit sedutan ...
Kak Long tersentak dalam keheningan dinihari. Kelopak matanya yang masih berat terasa ketat hendak dibuka. Suasana hening dan sepi. Sesepi hatinya tanpa belai kasih seorang insan bergelar ibu. Cahaya bulan sedang penuh menyimbah menerangi biliknya. Sesekali bunyi daun diterpa angin memecah kesunyian malam, mengingatkan dia kepada bunyi kertas pada buku bank yang diselak-selaknya semalam. Masih terbayang angka-angka yang tertera di muka buku itu. Satu persatu angka yang tersusun memanjang ke bawah itu dibelek-belek hingga ke tarikh yang terkini. Wajahnya berubah redup dan perasaannya sayu.

Thursday, June 10, 2010
Apa khabar, Along?
9 Jun 2010, Wednesday.
Assalamualaikum.
Along yang dikasihi. Apa khabar? Bagaimana dengan kudis gatal di celah-celah jemari Along tu? Kasihannya anak mama ni. Lama sudah Along diuji dengan penyakit kulit itu. Sabarlah banyak-banyak. Mungkin itu ujian untuk Along. Insyaallah lambat laun nanti akan sembuh juga. Bila kita bertemu, mama akan belikan Along multivitamin dan krim vitamin E. Tapi Along kena maintain la makan multivitamin tu, juga sapu krim tu ke tempat yang dijangkiti.
Mama, abah dan adik-adik sihat semuanya, alhamdulillah. Beberapa peristiwa semasa mama rakamkan ke blog Naqhuhines. Hingga kadang-kadang mama tertanya-tanya blog apakah itu sebenarnya? Apakah ia blog anak-anak, atau blog mama atau blog apa? Macam-macam ada di situ. Yang pasti, mama mahu ia dikongsikan bersama kita sekeluarga khususnya.
Usahlah Along rasa terpinggir pula bila lihat gambar-gambar kami di sini. Jangan sedih, ya. Walau ceria macamanapun, kami tetap ingatkan Along. Hinggakan pandang budak kecil yang putih melepak pun teringatkan Along masa kecil dulu. Terserempak dengan budak lelaki berbadan gempal memakai jubah putih langsung terkenangkan Along juga. Bukan mama seorang, tapi Hurin, Hidayat dan Hanessa juga!!
Hmm.. kalau Hidayat bergaduh dengan Hurin, dia akan sebut nama Along mengenangkan saat bergumpal dengan Along di atas katil mama. Bila Adik merajuk dengan kakak, dia pun mula menangis nakkan Along, teringat pulak waktu naik motor dengan Along ronda-ronda keliling taman. Terpaksalah kami pujuk dia baik-baik supaya rindunya tak berterusan. Karang semua akan susah, Along pun akan terkena tempiasnya.. Bila dah macam tu, Hidayat pun kata, dah la jangan sebut nama Along selalu nanti Along kat sana tak senang hati teringatkan kita pulak. Pandai dia, sebab mama yang selalu tegah dia menyebut nama Along, kemudian dia pulak menegah Adik. Menegah tu bukan tak mahu ingat Along, tentulah ingat cuma tak mahu Along jadi resah bila nama diseru-seru dari jauh.
Hari ni Along balik ke rumah ya.. Wah, mesti banyak bawak gendong baju kotor tu. Kesian Uwan kena mencuci pakaian Along. Nanti jangan lupa ucap terima kasih kat uwan dan atok. Susah payah mereka berulang alik ke rumah kita untuk jenguk Along. Mudah-mudahan perjalanan mereka sentiasa selamat, ameen. Baik-baiklah bawa diri tu. Cuti seminggu ni janganlah mengadap tv je ya. Dan jangan lewat bangun solat Subuh. Mama harap kebiasaan bangun sebelum masuk waktu Subuh di madrasah tu dah semakin sebati dengan diri Along. Tentu ustaz ada menyediakan helaian peringatan untuk pelajar di sepanjang cuti ini. Ingat segala pesanan ustaz tu. Usah leka dengan kehidupan di luar yang tentulah berbeza dengan kehidupan di madrasah yang sentiasa di bawah pemantauan mualim.
Sekian dulu catatan buat Along. Mama tak pasti sama ada catatan ini sempat Along baca sebelum kembali ke madarasah semula. Tak mengapalah, lain kali boleh baca, kan. Sedikit berita buat Along; kemungkinan besar tahun hadapan Hurin akan menyertai Along di madrasah. InsyaAllah, doakanlah ya. Keputusan di tangan abah, dan Allah Taala yang menentukan segalanya. Setakat hari ini, nampaknya hati Hurin semakin mantap untuk ke jalan yang sama. Semoga Allah yang memegang hati menetapkan hati kita semua dengan pilihan yang terbaik ini.
Selamat menghafaz. Tingkatkan usaha dan ketekunan. Sekadar makluman, mama hampir berjaya menghafal surah Al Waqiah. Cumanya pertengahan surah agak mengelirukan menyebabkan selalu mama tersasul. Bukan mudah tapi hati mama puas. Tak dapat hafal satu Al Quran hanya surah-surah terpilih pun tak mengapalah. Nanti Along dengar mama baca dan betulkan tajwidnya ya. Insyaallah selesai surah ini, mama nak sambung dengan surah lain pula. Tok Leha pun dah hafal beberapa surah terpilih, jadi mama nak menyertai dia. Kalau balik Segamat, mama nak dia dengar juga supaya dapat dibetulkannya mana yang salah. Dalam diam-diam Tok Leha jadi idola mama rupanya. Uwan Juriah dan Uwan Ramlah pun idola mama juga, dengan kelebihan masing-masing. Uwan Juriah dengan keceriaannya yang selalu menghidupkan suasana. Uwan Ramlah pula memberi contoh terbaik dengan kezuhudannya. Bertuah mama memiliki tiga orang ibu yang sangat istimewa.
Bila nak berhenti ni? Oklah, Along, mama beri noktah di sini, sehingga bertemu awal September nanti untuk menyambut Syawal bersama, salam sayang buat Along dari mama, abah, Hurin, Hidayat dan Hanessa. Salam penuh kasih dan rindu. Jaga diri dan senyum selalu. Wasalam.

Tuesday, June 8, 2010
(untukmu Naqhuhines) Tiba-tiba...
Tiba-tiba mama terjaga..
api lilin sudah tiada
semua gelap gulita tanpa seurat cahaya
mama rasa hairan dan tertanya-tanya
mengapa..?
mengapa bakar lilin?
sebab lampu tidur tak menyala
mengapa lilin habis membakar?
sebab gunakan bekas mudah terbakar
mama petik suis di dinding
lalu semuanya terang benderang
menyilaukan mata
oh baru satu jam mama bermimpi
tetapi mengapa suasana berkabus
seperti mama masih terus di alam mimpi
hanya kabusnya tidak dingin
seperti waktu kita di puncak Cameron Highland
bahkan semua berbau hangit
Ohh...
mama bangunkan abah
dengkurannya pun lenyap
abah turut termangu
mengapa oh mengapa
semuanya berkabut putih
hanya mama yang masih termangu
tatkala abah menjengilkan mata
katanya, lilin dah habis terbakar
mujur kita tak rentung sama!
alhamdulillah
Tuhan mengembalikan roh kami tepat pada waktunya
andai kami masih 'berurusan' di alam sana
mungkin kami terus di sana sampai bila-bila
kerana asap yang kami sedut bukannya oksigen
Syukur padaMu Tuhan
andai kami terus lena
anak-anak kami akan mendapat gelaran pilu
anak-anak yatim yang dirundung duka
namun belum sampai ketikanya
semoga hayat yang masih berbaki
Kau redhai
sesudah itu
batuk kami pun berbaur hitam
lubang hidung pun hitam juga
namun ada juga lucunya
tatkala mama memandang abah
dan ada wajah seseorang
yang mengerbang rambutnya hitam legam wajahnya
mama terpandang di cermin muka
memang di sebalik sesuatu peristiwa
ada suka dan ada duka
jam baru 11.30 malam
tapi kami buka pintu macam waktu siang
perlahan kabut pun berarak keluar
tapi masih berbau arang
terpaksalah mengemas segala yang berjelaga
kipas, lantai, lap meja dan barang segala
mop lantai pun entah berapa kali tak terkira
tapi tapak kaki masih hitam juga
cuma jangan hati kami hitam sedemikian.
Hidup masih ada
masih diteruskan
dan jangan lagi melakukan perkara sia-sia
sayangi nyawa yang dipinjamkan
hargai saat yang masih berbaki
sekadar catatan lilin terbakar hingga membaham meja kayu pada Rabu 2 Jun 2010 di dalam bilik tidur tertutup, jam 11.30 malam.

Subscribe to:
Posts (Atom)
Search This Blog
Blog Archive
Terima kasih :)
utamakan Bahasa Melayu
Pantai Lumut
Pantai Mersing