Hadith


Beramal dan Menyampaikan


Random Hadith Widget

Bismillah

Bismillah

Wednesday, November 30, 2016

MOHON KASIH - S. M. SALIM



Terima 'Mohon Kasih' dari suami tersayang. Ingatkan salah send. Betul rupanya. Hmm ... Jazakallah khoyr katheera. I love u forever in syaa Allah.

Dekat dengan-Mu

Andai dengan kepahitan
Andai dengan kesengsaraan
Andai dengan tangisan
Andai dengan kepedihan

Jalan dekat dengan-Mu terbentang luas
Maka aku reda

Hari-hari akan berlalu pergi
Tidak sama hari ini dan semalam yang ditinggalkan
Ia terus berlalu yang ada hanya kenangan
Menjadi filem di minda yang akan diulang tayang
Bersama seribu satu rasa berbungkus sesal
Masihkah ada ruang untuk membaiki kerosakan?

Ketika mereka menemukan aku
Aku khabarkan begini dan begitu
Hari ini baru kutahu
Tanpa iman yang teguh, pasti benteng akan runtuh
Dan inilah DUNIA yang akan ditinggalkan
Menjadi puing-puing berantakan ke serata alam

Wahai Tuhan
Jangan biarkan aku bersendirian.

2.41AM
30November 2016, Rabu


Tuesday, November 29, 2016

Kaca Yang Pecah

Suatu hari aku teringat mangkuk kaca lama. Telah pecah ia. Bercantum-cantum hanya oleh calitan gam yang rapuh.  Entah bagaimana, tiba-tiba dengan takdir Allah, ia terlepas dari tangan. Ia jatuh lagi dan retak seribu. Kali ini entah bagaimana akan mencantum-cantumkannya semula.

Lalu, aku mengutipnya satu persatu. Tanpa sengaja melukai jariku. Mengalir darah merah menitis ke tanah.

Kaca yang berderai aku hancurkan semuanya. Aku adun semula. Dengan bahan-bahan baru untuk meneguhkan ia.

Proses demi proses. Ia menuntut ketabahan dan kesabaran yang bukan alang kepalang.  Baru kutahu bagaimana ia berlaku.  Juga sakitnya luka di jari manisku.

Sementara itu masa terus berlalu. Jariku sembuh semula. Kini aku sedang melakar corak baru di mangkuk kaca itu dengan warna-warna pelangi.

Retaknya yang seribu sudah bersih, tiada kesan. Ia adalah mangkuk kaca pecah yang baru.

Akan pecahkah lagi mangkuk kaca itu?


Monday, November 28, 2016

Apabila Manusia Merancang Dalam Minda

Tatkala kau mengabarkan

Aku hanya memikirkan

Apabila manusia telah lama merancang

Dalam minda yang lengang

Maka suatu hari

Kau akan dapati

Tuhan mengabulkan rencana hati

Sekian.

Kita akan saling berbeda

Kosong.

Hujan.

Dingin.

Aku mengiggil kesejukan.

Andai aku lelaki, akan beginikah?

Kita akan saling berbeda.

Bedanya kita untuk dua kemungkinan.

Kita akan beriringan ataukah kita akan berpapasan.

Sekian.

Thursday, November 24, 2016

Abah





Abah dah berumur. Sekitar 86 tahun. Namun cucu Siamang Gagap ni masih gagah dan segak. Setiap hari beriadah dengan menolak mesin rumput keliling rumah dan membakar kayu-kayu sampah sarap yang dikumpulkan. Tak seronok kalau tak berpeluh, begitu katanya.

Abah bernikah dengan mak pada tarikh pernikahan Siti Nurhaliza dengan Datuk K. Suamiku selalu menyakat mak abah. Gara-gara mak abah bernikahlah, Siti belum lagi dikurniakan zuriat. Aku selalu menegur suami apabila dia mengusik begitu.

Tak baik, kataku. Tak ada kena-mengena pernikahan keduanya. Suamiku ketawa nakal.

Memang orang kuat menyakat tak makan saman.  Sabar sajalah.

Selama ini aku menganggap kehadiran abah biasa-biasa saja. Iyalah, dah jodoh dengan mak. Khabarnya rumah abah pernah dikunjungi mak dan arwah abah selepas mereka bernikah. Tak siapa menduga rencana Allah. Rupa-rupanya abah menikahi tetamunya sendiri;  pengantin baru yang di dalam tempoh menyalang waktu itu.

Aku perhatikan abah rajin merekod perbelanjaan harian di dalam diary, hatta bernilai 5sen, kata mak.  Kelmarin aku ternampak diari abah terbuka di atas meja. Dia entah ke mana. Aku tinjau diari abah sekelimbas lalu. Pastinya tiada rahsia gelap hehehe ... diari tu menjadi tebal sebab abah tampal segala jenis resit di situ. Dan catatannya detail.

Lantas aku teringatkan arwah abah. Ada persamaan kedua-dua abah ni. Sama-sama rajin mencatat urusan harian dengan tulisan yang cantik.

Entah bagaimana, tiba-tiba perasaan amat menghargai kehadiran abah muncul mendadak. Ya, aku merasa amat terkesan dengan kehadirannya sejak ini.  Allahuakhbar.

Aku tidak akrab sangat. Tetapi aku suka kehadiranku disedari abah. Sebab selama ni abah selalu mengadu sunyi dan cepat kesunyian. Ketika kami masih tinggal berasingan, mak selalu bercerita betapa sunyinya mereka apabila kami pulang ke rumah selepas bermalam semalam dua di kampung. Betapa sunyinya juga apabila mak abah balik ke kampung selepas menziarahi kami. Sunyi belaka. 

Hanya ditemani suara kucing dan ayam. Gelagat kera-kera yang suka merosakkan barang dapur mak jadi bahan cerita.

Kini kami sudah kembali ke kampung. Semoga hilang sunyi mak abah.

"Rindu kat adik."

Kata abah, masih sunyi. Sunyi dari keletah anak bongsuku yang cepat merajuk. Sudah masuk dua bulan adik masuk madrasah semula. Madrasah pelajar perempuan yang ramai sebaya dengannya, 11 tahun. Pelajar paling tua berumur 16 tahun.

Esok adik pulang ke rumah untuk dua malam. Mudah-mudahan hilang sunyi dan rindu mak abah kepad cucu paling kecik yang kuat merajuk tapi suka dipujuk he he he ... stok untuk sebulan hingga hujung bulan depan. In syaa Allah.

Abah, terima kasih di atas kehadiranmu. Alhamdulillah segala puji kepada Allah yang mengizinkan kehadiran abah di rumah ini, dan kita saling memahami.  Alhamdulillah.


Sunday, November 20, 2016

Dengan Pertolongan Allah

Saya percaya dengan meminta pertolongan Allah, urusan saya akan dimudahkanNya. Alhamdulillah, cerpen kedua saya yang saya sanggupi untuk mengisi keperluan back up projek sudah siap awal pagi ini. Cuma dah melebihi tempoh yang ditetapkan. Namun saya usahakan juga. Tidak dapat melarikan diri daripada keperluan semasa khususnya menguruskan anak saya yang tidak stabil kesihatannya.

Segala puji untukMu Ya Allah. Alhamdulillah syukur.

Jazakumullah khoyr kepada orang-orang kesayangan saya; suami dan anak-anak, mak abah yang dekat, mak abah yang jauh yang saya tahu sentiasa menitipkan nama saya di dalam doa mereka. Juga kawan-kawan yang selalu memberi semangat ~ antaranya kak long Maria dan Nur. Lebiuu mmuuaahhhh!

Jom rehat di sejadah sambil baca Al Quran. In syaa Allah.

Tersentuh Hati

Tersentuh hati melihat profile picture Whatss App Naqib. Gambar dia sedang melangkah bersendirian paling hadapan diikuti jemaah lain di belakang. Saya paling hadapan sekali dan mengambil gambar ini dari jauh.

Serta-merta hati menjadi rindu. Lalu saya scroll semula google photos dan melihat semua gambar-gambar kenangan di Haramain. Air mata menitis sendiri. Rindu muncul menyentak jiwa.

Saya tukar profile picture saya sendiri. Gambar selfie saya, suami dan Naqib ketika kami santai-santai minum petang di kawasan lapang hadapan jam besar. Dan saya muat naik gambar Kaabah di fb dengan satu ayat sahaja, Rindu ..

Awal dinihari ini saya bukak fb dan lihat ramai kawan-kawan like gambar Kaabah yang saya share. Air mata menitis lagi tiba-tiba. Rindu .. Rindu .. Rindu ..

Semoga Allah jemput saya lagi untuk menjadi tetamuNya, bersama seisi keluarga saya. Kali pertama pergi bertiga. Kali seterusnya mahu bersama semua anak-anak juga. Mak abah. Dan sebenarnya harapan ini untuk semua ahli keluarga saya, semuanya .. yang jauh dan dekat.  Allahumma aameen.

Semoga diperkenankan Allah Yang Maha Pengasih dan Maha Memperkenankan Doa.

Saturday, November 19, 2016

Feel dalam menulis

Rasa payah nak menulis kali ini. Sinopsis bukan main bagus. Sifu komen dan ajukan persoalan-persoalan, saya berikan alasan-alasannya sehingga sifu pun suka dan puas hati.

Cerpennya mana???

Larut dalam kehidupan. Urusan Naqib yang on off; sekejap ok segak cergas. Selepas dua hari dia akan terbaring menahan sakit kepala yang bukan kepalang. Risau dan cemas datang dan pergi berselang hari.

Sinopsis dibaca lagi. Ada tiga sinopsis. Pemurnian diulang baiki, ada tiga pemurnian dan semuanya belum dipos ke blog berkenaan sebagaimana patut.

Akhirnya, sambil menarik nafas panjang, wujud pemurnian cerpen ke4 final. In syaa Allah.

Payah apabila tiada feel. Ya, feel ini bukan boleh dibuat-buat atau diada-adakan. Ia benar-benar satu kurniaan yang istimewa.

Masih saya ingat satu sinopsis yang saya buat di dalam kereta dalam perjalanan ke Kuala Lumpur. Saya minta izin kepada suami untuk menulis di tab. Kena la minta izin, nanti dia fed-up pulak saya mengadap tab dan dia mengadap jalan hahaha ...

Dulu saya tak pandai minta izin. Saya tenggelam dalam keasyikan sendirian. Cehh lepas tu kena sound kaw-kaw ngko! Meleleh air mata air hidung sekali, pakej. Tak tengok jalan nanti tak reti nak bawak kereta, sesat entah ke mana. Asyik je dengan tab. Begitulah antara omelan si suami sambil memandu dengan boringnya. Yelah, dan saya diam je kan hehehe ...

Lepas tu, saya dah faham bagaimana sepatutnya. Saya jenguk sekejap-sekejap je. Jangan setting mind nak menulis ke hapa. Melainkan saya kena duduk kat seat belakang, dia tak nampak apa saya buat. Ini kes kalau Naqib ada ikut sama, memang dia duduk depan la sekarang jadi co-pilot abahnya. Saiz dah tak sesuai jadi penumpang kat belakang. Tapi kan, masalah juga. Nak bukak tab kena pakai password. Nak bukak password kena selindung-selindung memang leceh. Mata anak-anak yang duduk sebelah pandai je melompat ikut jari kita. Hahaha ... lawak kan. Sudahnya duduk diam-diam dan ikram suami layan dia borak adalah lebih afdal. Tab simpan je dalam handbag. Manjang dengan tab tidaklah baik sangat sebenarnya.

Ok sebenarnya nak cerita pasal feel menulis tadi. Sinopsis yang saya tulis dalam kereta tu memang touching. Saya menulis pun dengan ilham yang satu macam. Laju je jari menaip. Lepas tu saya serahkan kat Hoor untuk dia baca. Kadangkala datang baiknya saya, dan rasa sesuai nak share, saya akan izinkan dia baca.

Dia pun membaca sinopsis tu dengan tekunnya. Lepas tu dia pun komen.

Perghh ... (kena tulis perghh ni nak tunjuk betapa perghhh nya) .. dia menangis! Hahaha, budak sorang ni memang cepat feeling. Dapat pulak saya menulis dengan penuh perasaan. Tapi dia menangis tu sikit je la, lepas tu kena ketawakan dia sipu-sipu je. Nak menunjukkan betapa tersentuhnya perasaan dia dengan cerita saya.

Nah, cerita datang tiba-tiba. Penuh perasaan.

Sekarang ni, saya tak ada perasaan ke? Hmm entah ya. Tenang je. Bila tenang, perasaan tu stabil dan tak ada feel. Gitu kot.

Feel ke tak feel ke, tulis tetap kena tulis. Itulah cabarannya.

Semasa nak berwuduk tadi, mak tanya, "Cerita kau tu dah siap ke?" Saya minta izin nak memerap dalam bilik dengan alasan nak siapkan cerpen yang dah tersangkut.

"In syaa Allah sikit lagi mak. Biasanya buat yang sesempurna mungkin, so komen yang diberi nanti pun tak banyak sangat. Baiki sikit-sikit je. Nak sempurna kena buat betul-betul la .."

Cheewahh gitu jawapan untuk mak. Mak pun angguk-angguk. Yelah mak, doakan ese dapat siapkan cerpen ni yo. Sebolehnya malam ni nak send dan lepas tu rehat. Esok nak drive, kalau tak cukup tidur memang melelong-lelong bawak kereta nanti, bahaya tu.

-tamat-

Kisah Puteri Bidadariky

Puteri mengkhabarkan keseronokan dan cabarannya melayani kanak-kanak 4 tahun. Kisah syurga membuatkan mereka terlongo. Balik rumah mereka bercerita kepada ibu dan bapa. Cerita syurga menimbulkan rasa teruja bukan kepalang.

"Teacher, kat syurga pakai baju ni ke baju lain?" tanya si comel sambil mengunjukkan kemeja sekolah yang sudah comot.

"Teacher, bila kita nak pergi syurga?" tanya si comel yang lain pula.

Ternganga la teacher baru nak menjawabnya.

Saya pesan, cerita ringan-ringan saja sesuai dengan penerimaan mereka. Semua cerita akan diangkut bawa pulang ke rumah dan diulang cerita semula oleh mereka kepada mak dan ayah. Jangan cerita berlebih-lebihan dan jangan main cakap saja. Nanti kata-kata memakan diri. Naya.

Kanak-kanak fitrahnya suci dan bersih. Jaga fitrah itu sebaik mungkin dan corakkan dengan corak yang murni. Dengan kasih sayang dan ilmu yang benar. Teacher mesti sentiasa check niat. Semua akan dipersoalkan di sana kelak. Jaga niat selalu supaya tidak melakukan kesilapan dan mendatangkan kesedihan kepada diri sendiri.  Niat kerana mengharapkan redha Allah semata-mata.

Semoga Allah memudahkan semua urusanmu dalam pekerjaanmu dan orang-orang di sekelilingmu.  Aameen.

Nak belajar di madrasah?

Alhamdulillah. Saya masih menerima pertanyaan tentang pengajian di madrasah. Yang sebenarnya bukanlah selayaknya pertanyaan diajukan kepada saya. Cuma asbab saya bercerita tentang Naqib dan adik-adiknya, maka naiklah tajuk tentang madrasah dari blog merapu ni di google. Cari cari dan jumpa.

Alhamdulillah. Semoga menjadi asbab hidayat seluruh alam. Sefaham saya, madrasah tempat Naqib belajar di Bukit Changgang itu kini bukan lagi di bawah pengurusan induk Sri Petaling. Sebaliknya dengan kata lain sudah boleh berdiri di atas kaki sendiri. Mudirnya juga sudah bertukar orang.

Sekali lagi saya ingin menjelaskan tentang pengajian di madrasah. Ia tidak ada akademik bahkan sepenuhnya hafalan Al Quran dengan mengikut kaedah yang sudah ditentukan oleh tenaga pengajar. Setiap hari akan ada hafalan baru diikuti ulangan hafalan dengan nama-nama tertentu seperti sabak dan muhtar.  Kemudian ada khatam mohtar. Selesai satu juz dan khatam ulangan juz tersebut dengan cemerlang, pelajar akan berpindah ke juz baru.

Hafalan Al Quran sangat bergantung kepada hubungan dengan Allah Taala. Baik hubungan itu dan kukuh erat, in syaa Allah semuanya dimudahkan dan dibantu Allah. Biasanya kes tersangkut hafalan apabila pelajar melakukan sesuatu kesalahan, sama ada sendiri simpan atau ketahuan. Kalau rahsia pun lama-lama pasti terbongkar. Dan, ohh ... patut la tersangkut sekejap. Ada buat silap.

Begitulah kebiasaannya. Setelah selesai dengan pengakuan maaf, dimaafkan dan azam tidak mengulangi lagi, atau lebih sadis pelajar diberhentikan dari madrasah. Maka langkah anda seterusnya akan bermula semula.

Ada yang cepat, ada juga yang lambat. Sudah pasti ada yang sederhana di pertengahan. Semua kelebihan dan kekurangan bergantung kepada anugerah Allah dan didokong juga oleh kemahuan empunya diri. Nak cepat, rajin-rajinlah menghafal. Orang main bola, awak kumat-kamit menghafal mushaf di surau. Rugi ke? Tidak semestinya.

Untung ke cepat khatam? In syaa Allah. Dari segi masa, memang ada untungnya. Namun, berhati-hatilah selalu. Langkah masih panjang dan perjalanan masih jauh. Selepas khatam, seeloknya buat syahadah. Kemudian dilanjutkan kepada belajar alim. Masturat-masturat suka kepada jejaka-jejaka alim hafiz dibuat menantu. Tetapi alim saja atau hafiz saja, tetap tidak mengurangkan nilai di sisi Allah. Itu yang paling utama, kan.

Serba ringkas saja. Mungkin masih tidak menjawab banyak persoalan. Bolehlah saya khabarkan serba sedikit di wssp. In syaa Allah. 0176285287 Whats App sahaja.

Oklah, nak sambung jenguk cerpen saya. Deadline dah lepas seminggu. Kena tulis juga dan macam biasa mahu sesempurna mungkin. Pasti ada pembaikan oleh sifu di mana-mana, biasalah tu. Kita menulis, sifu menambahbaik agar cerita benar-benar cantik dan sempurna.

* menulis dengan haiwan-haiwan halus berterbangan di lampu kalimantang. Akan turunkah lagi hujan malam  ini? Alhamdulillah ..

Wednesday, November 16, 2016

Langkah pertamamu

Pagi ini menghantar tuan puteri ke destinasi pertamanya dalam kerjaya. Alhamdulillah, dia diterima menjadi tenaga pengajar di Little Caliphs kawasan Sendayan. Jam 7.30AM mendaftar diri.

Alhamdulillah. Dia penyayang kepada kanak-kanak. Semoga ciri utama ini sangat membantu dia di situ.

Kanak-kanak semuda 4 tahun. Jernih wajah, comel, manja dan penuh semangat ingin tahu. Khabar dari dia memberitahu anak-anak kecil itu semuanya turut teruja dengan kehadiran dia.

"Teacher baru!"

Saya pernah terlibat dalam ini semua satu ketika dulu, sekitar 11 tahun lepas. Yang akhirnya saya berhenti kerana bersalinkan puteri bongsu yang kini berusia 11 tahun. Kenang-kenangan bersama anak-anak comel masih saya nikmati hingga sekarang. Sangat mengesankan.

Selepas itu saya berazam mahu membuka tadika sendiri. Saya ambil kursus untuk nurseri dan dilanjutkan ke Diploma Early Childhood Education di UM. Semuanya menyeronokkan walaupun terpaksa menahan hati meninggalkan si kecil yang menyusu badan di rumah ketika kelas.

Saya berjaya buka pusat penjagaan anak-anak. Sayangnya langkah untuk meneruskan kepada tadika tidak kesampaian. Ada beberapa alasan yang diberikan oleh pihak Kebajikan Masyarakat berkaitan dengan penginapan yang saya tentukan. Langkah saya mula tersekat. Masalah mencari pekerja juga agak membebankan.

Namun yang lebih utama, saya dapati masa berkualiti saya bersama keluarga semakin susut. Saya pulang ke rumah dengan keadaan penat. Anak-anak di hadapan mata tetapi saya tidak dapat memperuntukkan cukup masa bersama mereka. Seperti memandang patung di dalam cermin. Eh, mengapa jadi macam ni?

Saya sibuk mengendalikan pengurusan nurseri bersama program-program yang saya mahu aplikasikan kepada anak-anak. Saya mengambil alih menjaga anak-anak apabila ada yang pulang lambat dan pekerja sudah balik. Saya ambil alih menjaga nurseri apabila pekerja cuti tiba-tiba.

Akhirnya saya menyedari saya tidak cukup sesuai untuk pekerjaan seperti ini, walaupun ia menyeronokkan. Saya famili woman. Saya lebih bahagia duduk di rumah dan membelai anak yang masih kecil. Alhamdulillah, saya boleh memilih. Pusat jagaan itu saya jual kepada pekerja dan saya kembali menjadi suri rumah sepenuh masa. Ia sangat saya hargai.

Sebuah kebebasan. Dan tidak melibatkan banyak masa dengan manusia. Kerana manusia ini ada seribu satu macam perihalnya. Cukuplah dengan sebuah keluarga yang kecil dan membuat yang terbaik untuk kemaslahatan dunia dan akhirat.

Ke lain pulak cerita saya.

Okla, semoga anakanda tersayang sentiasa dipelihara Allah dari segala musibah zahir dan batin, dunia dan akhirat. Semoga Allah memudahkan segala urusanmu dan memberimu ketabahan, kekuatan dan kesabaran dalam bertugas. Bersihkan hati dan jaga niat dalam berkhidmat. Semoga dicintai Allah dan dikasihi makhluk.

Semoga berjaya dunia dan akhirat. Aameen.

I LOVE U

-MAMA-

Sunday, November 13, 2016

Tatkala Buntu

Bismillah ..

Deadline hari ini. Aku menulis dan terus menulis. Bersama kuaci yang sudah sepeket menjadi kulit-kulit tanpa isi. Bersama tab yang sekejap-sekejap aku belek bersama perasaan. Lalu hanya ada kebuntuan.

Mahu menulis - bacalah penulisan.
Mahu menghasilkan bacaan - bacalah pembacaan.
Mahu menghasilkan buku - bacalah buku.

Lalu bersama sebuah perasaan terganggu. Aku membina azam baru.

Selamat tinggal semua kumpulan. Mampukah aku melakukan?

Dan melepaskan segala perasaan yang terpendam sejak masa silam. Dengan segala kemampuan membina ayat-ayat paling sopan. Menuntut kefahaman dan membina kesedaran. Demi kemaslahatan dunia sementara dan akhirat selamanya. Allahuakhbar.

Semoga Allah memudahkan segala urusan dan mengurniakan keampunanNya. Allahumma aameen.

Thursday, November 10, 2016

Kerjarumah penulisan

Ada homework. Kena selesaikan cepat. Date line sudah diberi.

1. Selesaikan ending cerpen Syeikhulhaq. Tukar klise kepada sesuatu yang lebih mengujakan. Sebenarnya ending awal memang lain. Tetapi saat akhir tukar lebih simple nak bagi lawak sikit kononnya. Sudahnya editor terhormat memang tak setuju dan suruh tukar. Kita tukar kepada ending awal semula dan baiki lagi supaya beliau suka dan puashati.  Pembaca suka dan puashati. In syaa Allah.

2. Selesaikan koleksi sajak-sajak untuk dihantar kepada penerbit. Dah bertangguh lebih setahun. Bertembung dengan bermacam perkara dalam perjalanan. Hari ini baru rasa lega. Tetapi nak siapkan ambil masa juga. In syaa Allah. Tak kisah bila nak terbit. Cuma jangan terlalu lama sangat. Dan paling penting, diterima untuk diterbitkan.

3. Memurnikan sinopsis kedua untuk backup projek antologi cerpen bersama rakan-rakan penulis Negeri Sembilan.  Alhamdulillah sifu dah bersetuju. Date line Sabtu ni. Fuhh .. mengejar masa lagi nampaknya. In syaa Allah.

4. Saja-saja pos satu perkongsian kepada ramai kenalan termasuk editor terhormat. Jawapan yang diterima amat mengejutkan. Katanya cerita tu boleh dimasukkan untuk antologi cerpen keTuhanan. Masya Allah.  Dah macam tu, afdol saya buat satu cerita berdasarkan kisah berkenaan. Yang pasti, ia kisah benar. Allahuakhbar.  Semoga jadi asbab hidayat. Aameen.

5. Sifu mention nama saya berkenaan novel kanak-kanak. Date line Januari 2017. Aduhh ... idea sifu perlu diraikan dengan sebuah kisah yang menarik. Mampukah saya? Kepada Allah memohon dan berserah diri.

6. Ini projek sendiri. Koleksi cerpen kanak-kanak, remaja dan dewasa. Sebuah projek mega pada saya. Target sudah ditetapkan semenjak 7 tahun lepas. Mak oii! Ya, betul. Semasa duduk di meja mengadap laptop di rumah sewa di Lumut, Brunei, 7 tahun lepas. Saya menulis target 100 cerpen dan tampal di dinding di hadapan saya.

Semoga Allah mudahkan semua urusan dunia kita, juga urusan akhirat kita, bersama keredhaanNya. Selawat dan salam kepada Junjungan Rasulullah SAW.

--

Teaser untuk novel Cinta Selamanya

Ada hati nak cuba menulis kisah cinta. Cinta sesama manusia. Cinta antara adam dan hawa. Tetapi nak buat yang sangat berbeza, bukan senang. Nak evergreen forever, bukan setakat gunakan BMT (Bahasa Melayu Tinggi).  Bukan setakat masukkan isu semasa. Tapi apa dia? Tengah fikir. Semoga Allah izin.

--Teaser --

Harap jangan kacau saya dengan kerinduan awak. Menyusahkan saya sebenarnya.

Saya cakap perkara yang ikhlas dan jujur .. memang susah nak tahan.  Adakala ikhlas dalam diam boleh buat kita tenggelam dengan perasaan. Lagi bahaya.

Adakala ikhlas dalam diam boleh buat kita tenggelam dengan perasaan. Lagi bahaya. Apa maksud awak?

Pendam perasaan ..

So sebab tu awak meluahkannya?

Yup ..

Itu namanya mementingkan diri awak je.  Luahan awak menyusahkan saya.

Kalau menyusahkan bermakna saya tak bertepuk sebelah tangan ..

Tak kisah la sebelah ke dua belah .. memang menyusahkan.  Saya sangat-sangat terganggu.

Agak-agak ok ke? Macam biasa, poyo je. Tiada gedik. Lurus dan bendul. Tak mengapa, kita cuba. Tak salah kan? Cuma jangan buang banyak masa untuk sesuatu yang tiada kepastian. Tulis tetap tulis.

In syaa Allah.

Thursday, November 3, 2016

No telefon baru

Assalamualaikum wbt.
Kepada sesiapa yang mahu menghubungi saya, sila gunakan nombor baru 0105030107. Whats app masih maintain macam biasa tetapi bukan untuk terima panggilan.

Sekian makluman. Wassalam.

Clear Chat

Risau apabila tablet semakin rajin hanging. Belum setahun umurnya wehh ... hadiah besday dari suami sempena hari lahir dia. Maka saya semakin kerap clear chat whats app. Banyak grup yang saya join.  Grup berkaitan penulisan je dah hampir 10 grup. Grup keluarga ada dua, belah saya dan belah mertua. Grup saya anak-beranak dengan nama Naqhuhines kena ada, senang nak slow talk pada bab-bab yang tak boleh berdepan haha .. Grup sekolah ada 5, satu dah left tinggal 4. Grup terbaru ada 3, yang harus diladeni. Grup jiran lama yang tak bagi saya left masih join, sayang jiran-jiran saya walaupun hanya beberapa kali berkumpul mesra. Dan dua grup rakan-rakan masturat yang paling superb dan in syaa Allah saya tak mahu left sampai bila-bila, termasuk satu grup terbaru yang hanya ada 6 rakan. Paling terkini ialah grup Self Healing yang bersifat sementara, mungkin hanya 30 hari selepas itu bubar.

Hmm masih belum banyak sangat sebenarnya. Dan pasti tak mampu ikram semuanya. Sebelum ni, saya cari masa untuk scroll mana-mana grup yang rajin update maklumat bermanfaat. Juga download gambar-gambar terutama jika individu yang suka berkongsi maklumat terbaik. Kebanyakannya memulakan pagi hari dengan ucapan salam penuh ceria di grup, oleh individu tertentu yang memang rajin.

Yang kurang sedapnya, ada pula yang begitu rajin update kisah-kisah ngeri kemalangan lengkap dengan gambar-gambar. Tak terkecuali gambar yang menampakkan aurat. Sudah ditegur supaya tak perlu kongsi hal-hal begitu. Ringkas cakap, tak menambah iman pun huhu ... menyemakkan ada. Nampaknya tidak diendahkan. Yang lain-lain pun dah malas nak menegur. Grup sebegini sekali scroll je jawabnya, atau tak perlu scroll pun tak mengapa. Clear chat sudah memadai.

Ada juga individu yang menerima teguran supaya tidak mencuri masa orang lain. Baca apa yang dikongsikan, hujungnya tiada kesudahan. Memang mencuri masa!

Mudahnya clear chat semua. Tapi kena buat satu persatu. Ada grup dan individu yang ada kesinambungan cerita yang perlu disimpan buat sementara. Apa yang pasti, ini semua hanya sementara. Clear Chat harus dilakukan selalu dan kurangkan menghadap telefon, lebihkan membaca dan merenung diri. Alam maya yang begitu luas dan mudah capaiannya, hanya di hujung jari menyibukkan manusia dengan hal duniawi dan menjarakkan mereka dengan diri sendiri, sebenarnya. Wallahu'alam.

*sudah lama tidak menulis. Idea belum mekar. Hari pun redup.

Tuesday, November 1, 2016

Sinopsis ringkas

Alhamdulillah. Tiga kali saya tukar POV kerana kurang pasti. Akhirnya saya tetapkan hati dan pos ke ruang tersedia untuk sinopsis cerpen kedua bagi semakan dan tunjuk ajar sifu.

Sifu sudah awal berehat malam ini. Semoga esok beliau akan lebih segar. In syaa Allah.

Sinopsis segera macam magge mee ni saya tulis on the spot. Dalam kepala ada satu watak utama untuk kisah lain. Menjelang zuhor tadi, muncul idea untuk watak utama yang lain. Namun ketika sudah duduk menghadap skrin laptop, kisah terbaru yang diunjuk oleh Huril siang tadi menjelma dalam fikiran. Kisah viral yang menakjubkan.

Mulanya saya mahu direct saja, watak utama lelaki. Sifu kata ok. Tetapi selepas rombakan semua dan tulis semula, saya fikir tidak jadi masalah untuk watak utama tetap wanita.

Begitu lebih afdal in syaa Allah. Saya menulis sebagai wanita dan menggambarkan segala perasaan seorang wanita. Ia lebih jitu dan original, mudah-mudahan.

*senyum syukur*

Search This Blog

Blog Archive

Rakan Blog

Pakaian Muslimah

cinta hingga Firdaus

Lilypie Angel and Memorial tickers

Terima kasih :)

Follow by Email

utamakan Bahasa Melayu

utamakan Bahasa Melayu

Pantai Lumut

Pantai Lumut

Pantai Mersing

Pantai Mersing