Hadith


Beramal dan Menyampaikan


Random Hadith Widget

Bismillah

Bismillah

Wednesday, November 16, 2016

Langkah pertamamu

Pagi ini menghantar tuan puteri ke destinasi pertamanya dalam kerjaya. Alhamdulillah, dia diterima menjadi tenaga pengajar di Little Caliphs kawasan Sendayan. Jam 7.30AM mendaftar diri.

Alhamdulillah. Dia penyayang kepada kanak-kanak. Semoga ciri utama ini sangat membantu dia di situ.

Kanak-kanak semuda 4 tahun. Jernih wajah, comel, manja dan penuh semangat ingin tahu. Khabar dari dia memberitahu anak-anak kecil itu semuanya turut teruja dengan kehadiran dia.

"Teacher baru!"

Saya pernah terlibat dalam ini semua satu ketika dulu, sekitar 11 tahun lepas. Yang akhirnya saya berhenti kerana bersalinkan puteri bongsu yang kini berusia 11 tahun. Kenang-kenangan bersama anak-anak comel masih saya nikmati hingga sekarang. Sangat mengesankan.

Selepas itu saya berazam mahu membuka tadika sendiri. Saya ambil kursus untuk nurseri dan dilanjutkan ke Diploma Early Childhood Education di UM. Semuanya menyeronokkan walaupun terpaksa menahan hati meninggalkan si kecil yang menyusu badan di rumah ketika kelas.

Saya berjaya buka pusat penjagaan anak-anak. Sayangnya langkah untuk meneruskan kepada tadika tidak kesampaian. Ada beberapa alasan yang diberikan oleh pihak Kebajikan Masyarakat berkaitan dengan penginapan yang saya tentukan. Langkah saya mula tersekat. Masalah mencari pekerja juga agak membebankan.

Namun yang lebih utama, saya dapati masa berkualiti saya bersama keluarga semakin susut. Saya pulang ke rumah dengan keadaan penat. Anak-anak di hadapan mata tetapi saya tidak dapat memperuntukkan cukup masa bersama mereka. Seperti memandang patung di dalam cermin. Eh, mengapa jadi macam ni?

Saya sibuk mengendalikan pengurusan nurseri bersama program-program yang saya mahu aplikasikan kepada anak-anak. Saya mengambil alih menjaga anak-anak apabila ada yang pulang lambat dan pekerja sudah balik. Saya ambil alih menjaga nurseri apabila pekerja cuti tiba-tiba.

Akhirnya saya menyedari saya tidak cukup sesuai untuk pekerjaan seperti ini, walaupun ia menyeronokkan. Saya famili woman. Saya lebih bahagia duduk di rumah dan membelai anak yang masih kecil. Alhamdulillah, saya boleh memilih. Pusat jagaan itu saya jual kepada pekerja dan saya kembali menjadi suri rumah sepenuh masa. Ia sangat saya hargai.

Sebuah kebebasan. Dan tidak melibatkan banyak masa dengan manusia. Kerana manusia ini ada seribu satu macam perihalnya. Cukuplah dengan sebuah keluarga yang kecil dan membuat yang terbaik untuk kemaslahatan dunia dan akhirat.

Ke lain pulak cerita saya.

Okla, semoga anakanda tersayang sentiasa dipelihara Allah dari segala musibah zahir dan batin, dunia dan akhirat. Semoga Allah memudahkan segala urusanmu dan memberimu ketabahan, kekuatan dan kesabaran dalam bertugas. Bersihkan hati dan jaga niat dalam berkhidmat. Semoga dicintai Allah dan dikasihi makhluk.

Semoga berjaya dunia dan akhirat. Aameen.

I LOVE U

-MAMA-

No comments:

Search This Blog

Blog Archive

Rakan Blog

Pakaian Muslimah

cinta hingga Firdaus

Lilypie Angel and Memorial tickers

Terima kasih :)

Follow by Email

utamakan Bahasa Melayu

utamakan Bahasa Melayu

Pantai Lumut

Pantai Lumut

Pantai Mersing

Pantai Mersing