Hadith


Beramal dan Menyampaikan


Random Hadith Widget

Bismillah

Bismillah

Thursday, November 24, 2016

Abah





Abah dah berumur. Sekitar 86 tahun. Namun cucu Siamang Gagap ni masih gagah dan segak. Setiap hari beriadah dengan menolak mesin rumput keliling rumah dan membakar kayu-kayu sampah sarap yang dikumpulkan. Tak seronok kalau tak berpeluh, begitu katanya.

Abah bernikah dengan mak pada tarikh pernikahan Siti Nurhaliza dengan Datuk K. Suamiku selalu menyakat mak abah. Gara-gara mak abah bernikahlah, Siti belum lagi dikurniakan zuriat. Aku selalu menegur suami apabila dia mengusik begitu.

Tak baik, kataku. Tak ada kena-mengena pernikahan keduanya. Suamiku ketawa nakal.

Memang orang kuat menyakat tak makan saman.  Sabar sajalah.

Selama ini aku menganggap kehadiran abah biasa-biasa saja. Iyalah, dah jodoh dengan mak. Khabarnya rumah abah pernah dikunjungi mak dan arwah abah selepas mereka bernikah. Tak siapa menduga rencana Allah. Rupa-rupanya abah menikahi tetamunya sendiri;  pengantin baru yang di dalam tempoh menyalang waktu itu.

Aku perhatikan abah rajin merekod perbelanjaan harian di dalam diary, hatta bernilai 5sen, kata mak.  Kelmarin aku ternampak diari abah terbuka di atas meja. Dia entah ke mana. Aku tinjau diari abah sekelimbas lalu. Pastinya tiada rahsia gelap hehehe ... diari tu menjadi tebal sebab abah tampal segala jenis resit di situ. Dan catatannya detail.

Lantas aku teringatkan arwah abah. Ada persamaan kedua-dua abah ni. Sama-sama rajin mencatat urusan harian dengan tulisan yang cantik.

Entah bagaimana, tiba-tiba perasaan amat menghargai kehadiran abah muncul mendadak. Ya, aku merasa amat terkesan dengan kehadirannya sejak ini.  Allahuakhbar.

Aku tidak akrab sangat. Tetapi aku suka kehadiranku disedari abah. Sebab selama ni abah selalu mengadu sunyi dan cepat kesunyian. Ketika kami masih tinggal berasingan, mak selalu bercerita betapa sunyinya mereka apabila kami pulang ke rumah selepas bermalam semalam dua di kampung. Betapa sunyinya juga apabila mak abah balik ke kampung selepas menziarahi kami. Sunyi belaka. 

Hanya ditemani suara kucing dan ayam. Gelagat kera-kera yang suka merosakkan barang dapur mak jadi bahan cerita.

Kini kami sudah kembali ke kampung. Semoga hilang sunyi mak abah.

"Rindu kat adik."

Kata abah, masih sunyi. Sunyi dari keletah anak bongsuku yang cepat merajuk. Sudah masuk dua bulan adik masuk madrasah semula. Madrasah pelajar perempuan yang ramai sebaya dengannya, 11 tahun. Pelajar paling tua berumur 16 tahun.

Esok adik pulang ke rumah untuk dua malam. Mudah-mudahan hilang sunyi dan rindu mak abah kepad cucu paling kecik yang kuat merajuk tapi suka dipujuk he he he ... stok untuk sebulan hingga hujung bulan depan. In syaa Allah.

Abah, terima kasih di atas kehadiranmu. Alhamdulillah segala puji kepada Allah yang mengizinkan kehadiran abah di rumah ini, dan kita saling memahami.  Alhamdulillah.


No comments:

Search This Blog

Blog Archive

Rakan Blog

Pakaian Muslimah

cinta hingga Firdaus

Lilypie Angel and Memorial tickers

Terima kasih :)

Follow by Email

utamakan Bahasa Melayu

utamakan Bahasa Melayu

Pantai Lumut

Pantai Lumut

Pantai Mersing

Pantai Mersing