Hadith


Beramal dan Menyampaikan


Random Hadith Widget

Bismillah

Bismillah

Tuesday, March 31, 2015

Bonda selamat menjalani pembedahan kedua mata kiri beliau.  Kini bonda dalam jagaan kakak.  Semoga bonda bersabar mematuhi pantang buat sementara, khususnya menghindarkan gerakan yang lasak termasuk perjalanan jauh kembali ke kampung halaman.  Semoga Allah SWT memudahkan urusan bonda dan kakak sekeluarga dan merahmati mereka semuanya dengan rahmat yang berkah aameen.

***

Bersabarlah wahai jiwa yang resah
Ketika kau diuji, hanyalah sedikit tanda kasih dari Allah
Agar kau kembali mengadu kepadaNya
Tidak kau memperihalkan perbuatan Dia kepada makhlukNya
Maka kau akan dijaga dipelihara
Dan Dia-lah jua yang akan menghilangkan duka

Hati yang resah
Tidak dapat berbuat lebih daripada berserah
Berdoalah dalam pasrah
Bahawa kekuatanmu hanyalah sedikit anugerah
Dari Allah yang Maha Pemurah.

***

Semoga Allah memberi kesembuhan kepada kita dan mengampuni dosa-dosa kita, dan tetap memimpin kita ke jalan yang diredhoiNya.  Serta memberi kesudahan yang baik buat kita semua.  Allahumma aameen.

Bersuluk adalah baiat dengan guru terhadap amalan, yang bersambung sehingga kepada Baginda Rasulullah SAW dan akhirnya sampai kepada hadrat Allah SWT.  Bersuluk adalah peringkat akhir perjalanan sorang salik. 

Begitulah kata ustazah, ketika aku nyatakan keinginan menyertai beliau ke tempat tersebut.  Fardhu Ain mesti dimantapkan terlebih dahulu, katanya.  Dan terbuka sedikit rahsia adanya insan yang sekadar ingin mencuba bagaimanakah rasanya bersuluk itu; kesudahan yang tragis di hujung pengabdian.

Sekadar sebuah pertanyaan daripada keinginan yang terpendam sekian lama. 

***

Kesakitan yang datang.  Sahabat yang rajin berkongsi maklumat kesihatan.  MasyaAllah semuanya anugerah dari Allah SWT jua.

Berkumpul semula di penginapan sementara ini.  Hanya Hidayat yang belum bersama.  Dalam ujian kesakitan yang menimpa seorang demi seorang, masyaAllah ia benar-benar menjalin hati dengan ikatan sabar dan kasih sayang.  Benarlah di sebalik sesuatu musibah ada khoyr yang amat halus tersembunyi.  Hanya Allah SWT yang Maha Mengetahui.

Adalah amat hebat kehendak Allah SWT yang Maha Pengasih.  Dengan segala kelemahan dan kekurangan diri, Allah aturkan kehidupan dengan siraman sakinah dan hidayah yang amat mahal.  Semua tersusun rapi dan menakjubkan.  MasyaAllah!

Allahu Akhbar.  Segala puji buatMu ya Allah.

***



Saturday, March 28, 2015

Dia bercerita reaksi kawan-kawan. Bahawa dia harus berundur seketika dari arena perjuangan untuk kemaslahatan diri yang dikhuatiri. Terasa pilu hingga tidak dapat menahan air mata yang menerpa tubir. Ingatan melayang jauh. Inilah adat dunia. Pertemuan bersaudara dengan perpisahan. Sentiasa demikian.
Membaca status status wssp anak-anak. Menyelami perasaan dan meneroka jiwa. Hanya membuat bibir mengukir senyum. Lelaki amat bersahaja seperti tiada apa-apa. Perempuan sangat menyuarakan suara dalam dada. Aku tahu sesuatu sedang berlaku dalam rahsia.

Tuesday, March 24, 2015

Beli bekas-bekas kecil untuk letak ubat pil. Jangan mengharap doktor akan layan wssp sebab doktor tetap doktor yang sibuk. Berlaku sesuatu hanya sebagai asbab kepada sesuatu. Semua kehendak dan izin Allah Taala belaka. Mati itu hanya perpindahan dari fana ke barzah, sebagai transit ke akhirat. Ia perjalanan yang

Saturday, March 21, 2015

Aku rasa sangat istimewa. Maghrib semalam aku solat berjemaah di celah-celah para bidadari dunia yang muda belia. Aku saja yang tua. Mereka kelihatan kekok tetapi masih merai kemunculan aku yang tiba-tiba. Sebelum itu, aku berjalan melenggang sambil mengibar niqob buatan asli Mekah di tangan. Ustazah memandang dengan senyum. Dia tak perlu menyuruh aku mengangkat niqob seperti sebelum ini. Aku pun faham. Kemudian kami bergerak berbondong-bondong ke rumah kedai baru yang akan dijadikan madrasah lelaki. Ketika para ustazah tiba beberapa ketika kemudian, aku mengangguk kepada ustazah yang maju melintasi tempat kami duduk sebagai memberi tanda kehadiran. Tiba-tiba ustazah tunduk dan menyuruh aku membuka niqob. "Buka la muka tu," katanya senyum. "Nanti ada orang lelaki masuk," jawab aku kebudak-budakan. Ustazah menoleh ke pintu, "Dah tak ada dah, majlis nak bermula." Kemudian ustazah berlalu meneruskan persiapan majlis. Aku membuka kacamata dan menyingkap niqob asli buatan Mekah yang sangat aku sukai. Sambil menjeling si kakak di sebelah, "Awatnya mama je kena suruh bukak niqob..." Sebab mama cantik. Aku pun bagi back hand pada kakak. Tak payah terpengaruh dengan coretan aku. Cuma aku terasa sebab pelajar dan tetamu masih berniqob. Aku azam menjaga baik sangka semenjak Allah Taala redho memilih aku bertamu di rumahNya. Aku ada urusan penting dengan ustazah ini nanti. Sedang menunggu masa yang sesuai untuk mengajukannya kepada beliau. MasyaAllah semoga Allah memudahkan perjalanan ini. Sangat terasa sesuatu sedang berjalan sesuai kehendak dan jadualNya.

Thursday, March 19, 2015

Comel kelihatan. Jubah ungu pekat bertingkat-tingkat. Tudung labuh ungu cair. Pagi ini dia lebih tenang dari semalam. Berbeza dari pagi Selasa kelmarin. Sejarah pahit untuk dikenang. Aku membawa watak ibu tiri kejam dalam sinetron spontan. Namun sebenarnya sikap sebenar bonda yang penyayang. Pagi Rabu aku terfikir untuk memandikannya. Hanya mahu melihat tanda-tanda yang aku berikan. Di lengan kanannya ada dua kesan lebam yang mula merebak. Di lengan kirinya ada sedikit. Patutlah dia merayu tidak mengapa-apakan lagi kawasan itu semasa aku mencari sasaran. Kasihan sungguh! Lebih kasihan dia sampai terbaring jatuh di atas tanah. Lebih tragis sinetron pagi mendapat perhatian ustazah yang memerhatikan dari pejabat beliau. Sebenarnya, aku sangat-sangat kasihkan anak ini. Pagi ini yang lebih tenang, aku hanya berpesan lanjutan dari bebelan ringkas semalam; "Nanti di akhirat jangan lupa tarik mama dan abah ke syurga tau.." Semoga dia ingat sampai bila-bila. Ya Allah pilihlah dia membantu ugamaMu, menjadi daieyahMu, hafizahMu dan alimahMu sampai kiamat. Allahumma aameen.
Lebih kritikal dari pesakit sebenar. Sedang dalam proses membongkar sejarah beberapa tahun lepas. Semuanya dengan izin Allah Taala belaka. Teringat pernah membawanya ke doktor wanita. Tak tau apa masalahnya yang hendak diterangkan. Entah di mana sebenarnya yang mendatangkan kesakitan dan ketidakselesaan. Dari rambut ke hujung kaki. Dan puncanya pada jantung yang berdegup, yang menjadi tunjang nyawa. Semoga Allah Taala menganugerahkan kebaikan dan keredhoaan dunia dan akhirat. Allahumma aameen.
Kalut mengeluarkan pil putih bulat dari botol, kadang-kadang pil itu berterabur beberapa biji di atas lantai. Hidayat dan Hanessa mencari dan mengutip lalu memasukkan ke mulut. Manis ! Tentulah manis, berbeza dengan ubat hospital. Kalutnya ialah menetapkan masa yang tepat untuk pengambilan ubat kedua dan seterusnya. Si Kakak yang sekadar menumpang diognosis tapak tqngan diberikan 15 botol pil putih dan 5 botol ubat titis. Berbeza dengan si sulung yang sebenarnya tujuan utama untuk rawatan, hanya 8 botol pil dan 6 ubat titisan. Doktor kurus yang serius tetapi funny hanya geleng kepala perlahan sebagai jawapan, "kritikal ke dia ni?"
Tiba-tiba kesunyian yang selalu, hilang sirna. Riuh dan kepoh muncul. Tiba-tiba anak-anak yang jauh di mata tetapi dekat di hati mewarnai ruang

Saturday, March 14, 2015

Aku bengkak satu badan. Muka sembap. Kaki tak muat sarung selipar. Tetapi pusat kesihatan UKM selamba je suruh aku pergi sendiri ke Hospital Kajang waktu itu. Di hospital, mereka kata sepatutnya aku naik ambulan. Ia adalah nephrotic syndrome. Urin dan jumlah air diminum disukat. Rupa urin juga mesti dicatat, berbuih atau tidak. Tiada ubat yang tepat. Maka pil yang diberi tidak dimakan. Akhirnya bengkak susut sendiri. Cadangan doktor untuk melakukan biopsi ke atas buah pinggang aku tidak dipersetujui keluarga. Aku beredar dengan kehendak sendiri. Sejak itu hanya menjaga kesihatan begitu-begitu sahaja. Ia tidak pernah berulang lagi. Namun setiap kali hamil, aku menyenaraikan sindrom ini di dalam senarai alahan/sejarah kesihatan. Terkini aku mula faham tentang pemakanan sunnah dan keberkatannya. Maka bagaimana aku dapat membenarkan prosedur biopsi yang sama ke atas anakku, Muhammad Naqib? Penjelasan yang sama kalau ditanya kepada semua para doktor alopati. Pakar mengatakan mungkin ada kaitan dengan kes aku dulu, hmm. Biopsi untuk melihat sejauh mana masalah yang berlaku kepada buah pinggang itu. Risikonya tetap ada, kata wanita kurus berhidung mancung, tetapi sangat jarang terjadi pendarahan yang disebutnya. Demikian. Aku tidak bersetuju. Bak kata saudara tuaku, ini bukan macam potong kuku. Aku mencintai sunnah dan pemakanan sunnah. Semoga Allah Taala memudahkan urusan ini, aameen insyaAllah.

Wednesday, March 11, 2015

Rumah pink semakin jauh tetapi ia tetap dekat di hati. Aku masih kesulitan mengarang kisahnya. Plot seperti sudah ada, namun bagaimana mahu menjalin ayat demi ayat. Amirah akan berada di madrasah lain. Sesuai kemahuan dirinya dan persetujuan ayahandanya juga. Di situ, dia dipanggil Amirah. Nama yang cantik, kata ustazah yang manis.

Tuesday, March 10, 2015

'Apakah manusia itu mengira bahwa mereka dibiarkan (saja) mengatakan: "Kami telah beriman", sedang mereka tidak diuji lagi?" ~ surah Al Ankabuut; 2. Ia ujian dari Allah Taala jua. Dia yang memberi ujian, Dia-lah yang akan menyelesaikannya, pasti. InsyaAllah. Tekanan darah anakanda Muhammad Naqib masih tidak stabil. Ini menghairankan para doktor semenjak di Mekah. Ringkasnya, bukan senang nak menjadi Ahlullah, yang menyimpan 30 juzuk Al Quran di dalam dadanya. Aku terimbas kes Shaq yang juga hebat ujian getir untuk melepasi syahadah. Alhamdulillah Allah Taala memilih dia. Ye benar, bukan calang-calang mahu menjadi pilihan Yang Maha Agung

Monday, March 9, 2015

Aku musykil dengan jumlah pengunjung ke sini. Aku fikir untuk menghilangkan kemusykilan ini, elok remove je widget tu.

Sunday, March 8, 2015

Mengalir air mata tatkala menyelesaikan tawaf wida'. Kepada Allah berserah diri semoga ibadah diterimaNya. Syukur ke hadrat Illahi, aku dengan segala dosa dan kejahilan dan kedaifan, Kau pilih jua untuk bertamu di kotaMu Ya Allah. Aku datang dengan hiba, aku pulang dengan air mata. Izinkanku berkunjung lagi Ya Allah. Wahai Yang Mengetahui segala rahsia. Aameen.
Aku juga Allah izinkan mengunjungi jutawan Bani Jawi di mahligainya. Terpesona dengan budaya Arab yang menyerapi kehidupan mereka. Wanita-wanita yang dipingit di balik dinding tinggi, namun ceria bahkan bergaya.
Aku diizinkan Allah naik ke kawasan Jabal Khandamah, menjengah perkampungan masyarakat Kelantan yang padat suatu ketika dulu. Kini Masjid Kelantan di situ sudah lengang. Aku bersua wanita tua ahli zikir yang bersendirian, jauh dari kesibukan kota Mekah namun wajahnya bercahaya. Hati berkata, andai aku berada di tempatnya...sudah lama aku lari entah ke mana.
"Semua pakai purdah ke ustaz?" Menurut ustaz, masih ada yang tidak menutup wajah tetapi hanya segelintir. Dengan kata lain, perempuan-perempuan yang kurang baik latar belakang dan pekerjaannya. Maksudnya penduduk asli bumi Haramain. Wallahu'alam. Kanak-kanak perempuan seawal darjah 4 (10 tahun) sudah berhijab. Tetapi jika tubuh subur, lebih awal lagi pakai hijab. Dan kata ustaz, masalah sosial amat sedikit. Market khusus untuk perempuan yang menjual segala keperluan juga disediakan dan lelaki tidak boleh masuk ke situ. Sangat menarik kan?
Merekq nak lihat perempuan, jelas ustaz berterus-terang. "Tapi kan semua perempuan pakai purdah hanya nampak mata je ustaz?" tanya aku minta kepastian. Ustas senyum lagi. "Dari mata perempuan orang lelaki boleh tau semuanya, dari hujung rambut ke hujung kaki. Boleh tau warna kulit. Boleh tau semua. Yang lebih mahir boleh tau semua yang rahsia." Aku tertunduk-tunduk. Mudah tapi menggerunkan.
"Adik ustaz bawa kereta ke?" aku bertanya kepada mutawif kami. Ustaz geleng kepala. "Di sini perempuan tidak dibenarkan bawa kereta." Aku agak terkesima. Ustaz menyambung ayatnya. "Kat sini bas pun takut dengan perempuan." Aku makin tercengang. "Kalau depa nampak perempuan, depa berhenti bagi perempuan jalan dulu baru depa jalan." Ustaz senyum-senyum. Aku masih lambat menangkap maksud.

Search This Blog

Blog Archive

Rakan Blog

Pakaian Muslimah

cinta hingga Firdaus

Lilypie Angel and Memorial tickers

Terima kasih :)

Follow by Email

utamakan Bahasa Melayu

utamakan Bahasa Melayu

Pantai Lumut

Pantai Lumut

Pantai Mersing

Pantai Mersing