Hadith


Beramal dan Menyampaikan


Random Hadith Widget

Bismillah

Bismillah

Thursday, February 19, 2015

Aku memandu dengan ceria. Tiga orang sudah berkumpul. Rumah tentu menjadi agak riuh dari biasa. Kawasan perumahan kami semakin hampir. Tiba-tiba di jalan yang lengang itu pandangan mataku melihat sesuatu berwarna kuning di atas jalan, berdekatan dengan jalur putih yang putus-putus. Semakin hampir, jelas ia adalah seekor ibu kucing berwarna kuning oren bersama dua ekor anaknya dengan warna yang sama. Risau dilanggar kenderaan, aku memberhentikan kereta dan mengangkat ibu dan anak-anak yang basah (hujan baru berhenti) ke tepi. "Jangan duk tengah, duk kat tepi. Bahaya ye!" Aku memang amat serba-salah. Esok kami akan berangkat ke Madinah seterusnya menunaikan umrah di Tanah Suci Mekah, menjadi tetamuNya alhamdulillah. Membawa haiwan ini pulang ke rumah tidak membantu keadaan. Aku beredar dengan hati tersayat. Ibu kucing itu kulihat seakan-akan mahu mengikut aku sambil mengeow sayu. Dia dan anak-anaknya yang gemuk-gemuk terus membersihkan badan yang basah. Ini memang luar biasa sebenarnya. Bagaimana kucing-kucing ini boleh berada dalam keadaan basah sedangkan begitu banyak rumah-rumah berdekatan. Buruk sangka menjelma. Apakah mereka dihantar ke situ oleh insan yang sudah tidak sudi mahu menyayangi mereka? Dari kejauhan aku nampak kelibat sang suami berjubah hitam sudah tercegat di tepi simpang masuk ke perumahan. Cuak juga, mungkinkah aku terlewat pulang hmm... "Abang watpe kat sini?" tanya aku dengan lunak manja dan baik sangka. Ohh dia saja memerhatikan persekitaran di rembang petang. Ok selamat. Aku terus membelokkan kereta hingga depan rumah. Entah bagaimana teringat mahu memberi kucing-kucing tadi biskut baki Oyen dan Atam, standby bila dua gediks itu datang ke sini (sekarang Oyen dan Atam ditumpang di rumah cucu abah di Kuala Pilah, khabarnya happy dan bergonjeng berdua macam biasa). Aku dan Hanessa berjalan pimpin tangan melenggang ke simpang jalan semula. Nampaknya ibu kucing itu sudah kembali duduk di pinggir jalur putih di tengah jalan. Anak-anak kucing (ada tiga ekor, kat tepi jalan ada seekor lagi warna hitam capuk2) duduk berkumpul di atas rumput. Tiba-tiba ... Tiba-tiba, sebuah Proton hitam aerobik lalu di hadapan kami dengan kelajuan sederhana mengikut had kelajuan kawasan kampung. Ia terus meluncur menghala ke arah ibu kucing yang sedang santai. Aku amat berharap kereta hitam itu akan mengelak ke kanan sedikit, malangnya ... Mataku melihat dengan jelas ibu kucing tersentak sebaik sahaja tubuhnya berada di bawah kereta dan mula berganjak keluar, namun tayar belakang telah menyentuh kepalanya. Kereta hitam itu terus berlalu seperti tiada apa yang berlaku. Aku, suamiku yang masih tercegat di simpang jalan dan si bongsu tercengang melihat kejadian yang tidak disangka-sangka sampai ke anak mata seperti ini. Allahuakhbar! Allah! Allah! Innalillahiwainnailaihirojiun... Suami mengomel sambil sama-sama melangkah laju ke arah ibu kucing yang kini sedang sakaratul maut. Di kepalanya mengalir darah merah. Tubuhnya kejang dan tersentak-sentak. Aku hanya dapat menyabarkan hati dengan perasaan yang kian terhiris. Amat terhiris! Mujur hatiku kering. Tiada setitik air mata yang mengalir. Jauh dari kebiasaan, tatkala air mata bisa bergenang tiba-tiba tanpa disangka.

Monday, February 16, 2015

Dia beria-ia nak balik hari ini juga. Sambil tertawa dia kata dia akan masuk bilik kuarantin saja, kerana mata kirinya masih merah sedikit. Aku pujuk juga supaya balik esok pagi selepas Subuh tetapi seperti dia berhati kering. Kakak dan abangnya kalau boleh tidak mahu pulang walaupun esok pagi. Mahu bermalam lagi di rumah ini. Dia, sebaliknya pula. Kes terpencil lagi istimewa ini, desis hati sedikit kagum. Ketika melayani sahabat dan rakan di wassap, tiba-tiba ustazah menegur dengan nada tersirat. Katanya, "Hanessa masih sakit mata kan kak.." Setelah berbicara, aku diberitahu si bongsu ini menangis tadi. Namun keadaannya sudah terkawal. "Hmm sangka memang berhati kering, rupa-rupanya penuh dengan taman bunga yang kembang subur.." Ustazah membalas dengan icon ketawa. Mak aku menyatakan khuatir dan risau andai berlangsung drama live di airport nanti. Suara hati aku juga bersetuju. Namun seperti ada ruang dan peluang untuk si manja yang garang tegas ini mengikut hantar ke sana nanti. Ustazah memberitahu kemungkinan untuk adik beliau dan Hanessa menyelit dalam van madrasah yang menghantar kami nanti. Hmm ... Apa pun, esok aku begitu kepingin menjemput dia semula. Hanya dua hari lagi untuk bersama sebelum penerbangan ke Madinah. InsyaAllah. Anakanda Puteri Bidadari enggan mengikut ke airport, "tapi mama mesti mesti mesti datang jenguk Rabu nanti!" katanya penuh harap. Kini Hidayat yang belum ada kepastian. Aku tidak mahu dia menangis menahan kesal tidak dapat ikut bersama adiknya ke airport nanti. Aku tau, dia tentu geram andai ditinggalkan. Semoga Allah memudahkan semua urusan menjadi tetamuNya, aameen. * Al Fatihah untuk Allahyarham Datok Hj Nik Abdul Aziz Nik Mat yang hari ini sudah tiga hari kembali ke rahmatullah. Semoga Allah SWT mencucuri rahmat ke atas ruh beliau. Mati itu PASTI. Semoga kita beroleh Husnul Khotimah, aameen.

Wednesday, February 11, 2015

Aku parking kereta di hadapan madah. Tiba-tiba muncul seorang gadis berpurdah hitam dari belakang pintu yang dibuka tanpa diduga. Akhirnya lima gadis berpakaian hitam muncul satu demi satu, terkinja-kinja menyerbu aku yang terkial-kial mahu keluar. Serta-merta keretaku sarat dengan lima gadis tersebut. Masing-masing bersalam cium pipi dengan ceria. "Nak pi mana ni?" "Kami nak pi kemas sampah kat depan nuu..." "Haa pi la tunggu apa lagi?" "Ala kami nak tumpang mama..." Aku tidak mengendahkan mereka. Aku bergegas keluar. Beberapa pelajar sudah menanti. "Anak mama mana?" tanya aku ragu-ragu. Batang hidungnya tiada kelihatan. "Dia mandi mama." "Meh bagi saya beg plastik ni." kata Alya mengambil beg berisi roti cheese dan roti pizza yang dibeli di econsave, macam yang dipesan beberapa hari lepas. Sambil tu aku melayan gelagat manja mereka yang mengadu itu dan ini. Setelah beberapa minit barulah muncul si bongsu. Beberapa tangan cuba menyingkap niqob yang aku pakai. "Dah lama tak tengok muka mama laa..." Aku menepis-nepis tangan yang menyingkap-yingkap kain niqob. Sambil ketawa, aku tidak dapat marah mereka. "Mama nak cepat ni, lain kali jumpa lagi." Aisyah main-main mata dari belakang. "Mama, jangan lupa doakan saya!" Aku membaca gerak pada mulutnya sambil mangangguk-angguk. "InsyaAllah!" Mira yang baru perasan kehadiranku berjalan laju dari arah sisi madrasah. Dia bersalam. Sambil memelukku, dia membisikkan sesuatu. 'Mama, yang saya cakap pasal mimpi solat istikharoh tu mama jangan beritahu sesiapa ye. Kalau tidak mati saya nanti.' "Ya insyaAllah, mama simpan. Lagipun mama nak beritahu siapa pula?.." *Apabila bersendirian di rumah, gelagat mereka yang muncul tiba-tiba dalam ingatan membuatkan aku tersengih saja.. Haha.

Jemputan Allah SWT

Beberapa ketika kebelakangan ini, wassap sempat membuat aku rasa terganggu dan tidak selesa. Ia adalah wassap grup. Satu grup aku sudah left dengan cara baik. Dan aku masih admin dua grup lagi. Keadaan terkawal alhamdulillah tetapi proses menuju itu adalah umpama 'seketul air di atas jalan tar hitam semasa jam 12 tengahari'. *Ini adalah tab tidak mesra pengguna. Kesalahan ejaan tolong betulkan sendiri ye. (Agak bengang ttp masih terkawal insyaAllah). Kepada semua bloggers yang sudi menziarahi blog aku ni, di kesempatan ini aku dengan segala rasa rendah hati dan hina diri dek segala dosa yang terhimpun dalam diary kiri kanan bahuku, ingin memohon jutaan ampun maaf dari hujung rambut ke hujung kuku kakiku atas segala salah silap kepada kalian, yg mengguris hati dan mencalar jiwa raga, atas tulisan2 di sini atau kata bicara di mana2 media yg mungkin, mohon halalkan makan minum dan hutang kalau ada, yg sengaja atau tidak sengaja, tersedik di hati bersuara di jiwa zahir pada bicara atau reaksi di mata, mohon maafkan diriku. InsyaAllah semoga Allah pilih jemaah kami untuk menjadi tetamuNya menyambut panggilanNya menunaikan ibadah umrah pada Khamis 19 Februari 2015 ini, aameen Ya Robbal Alameen. Semoga Allah SWT Yang Maha Pengasih Maha Penyayang memudahkan urusan kami, mengurniakan kekuatan dan kesihatan yang baik untuk melaksanakan ibadah ini dengan sempurna dan menerima amalan ibadah kami. Segala puji-pujian untuk Allah SWT Yang Maha Agung Maha Tinggi Maha Suci. Kepada Allah SWT kami berserah diri. Semoga bertemu lagi, insyaAllah.

Search This Blog

Blog Archive

Rakan Blog

Pakaian Muslimah

cinta hingga Firdaus

Lilypie Angel and Memorial tickers

Terima kasih :)

Follow by Email

utamakan Bahasa Melayu

utamakan Bahasa Melayu

Pantai Lumut

Pantai Lumut

Pantai Mersing

Pantai Mersing