Hadith


Beramal dan Menyampaikan


Random Hadith Widget

Bismillah

Bismillah

Wednesday, February 11, 2015

Aku parking kereta di hadapan madah. Tiba-tiba muncul seorang gadis berpurdah hitam dari belakang pintu yang dibuka tanpa diduga. Akhirnya lima gadis berpakaian hitam muncul satu demi satu, terkinja-kinja menyerbu aku yang terkial-kial mahu keluar. Serta-merta keretaku sarat dengan lima gadis tersebut. Masing-masing bersalam cium pipi dengan ceria. "Nak pi mana ni?" "Kami nak pi kemas sampah kat depan nuu..." "Haa pi la tunggu apa lagi?" "Ala kami nak tumpang mama..." Aku tidak mengendahkan mereka. Aku bergegas keluar. Beberapa pelajar sudah menanti. "Anak mama mana?" tanya aku ragu-ragu. Batang hidungnya tiada kelihatan. "Dia mandi mama." "Meh bagi saya beg plastik ni." kata Alya mengambil beg berisi roti cheese dan roti pizza yang dibeli di econsave, macam yang dipesan beberapa hari lepas. Sambil tu aku melayan gelagat manja mereka yang mengadu itu dan ini. Setelah beberapa minit barulah muncul si bongsu. Beberapa tangan cuba menyingkap niqob yang aku pakai. "Dah lama tak tengok muka mama laa..." Aku menepis-nepis tangan yang menyingkap-yingkap kain niqob. Sambil ketawa, aku tidak dapat marah mereka. "Mama nak cepat ni, lain kali jumpa lagi." Aisyah main-main mata dari belakang. "Mama, jangan lupa doakan saya!" Aku membaca gerak pada mulutnya sambil mangangguk-angguk. "InsyaAllah!" Mira yang baru perasan kehadiranku berjalan laju dari arah sisi madrasah. Dia bersalam. Sambil memelukku, dia membisikkan sesuatu. 'Mama, yang saya cakap pasal mimpi solat istikharoh tu mama jangan beritahu sesiapa ye. Kalau tidak mati saya nanti.' "Ya insyaAllah, mama simpan. Lagipun mama nak beritahu siapa pula?.." *Apabila bersendirian di rumah, gelagat mereka yang muncul tiba-tiba dalam ingatan membuatkan aku tersengih saja.. Haha.

2 comments:

AMIIZAA said...

saya membaca coretan ini pon dapat merasa mereka tu semua manja dan penuh kasih sayang:)

Cerpen - Naqhuhines said...

Alhamdulillah Amiiza, gelagat mereka memang mesra alam belaka dan manja. Saling berkasih-sayang kerana Allah. Itulah yang Allah SWT suka. Kasih-sayang yg ikhlas kerana mengharapkan keredhaan Allah semoga berpanjangan hingga ke syurga. Siraman kasih-sayang umpama titisan hujan yg turun di bumi yg tandus kering. Ia menyegarkan jiwa seperti segarnya bunga yang sedang mekar. Kadang-kadang kita mencari kasih-sayang dirasakan entah dimana ia, walhal kita dikelilingi orang2 yg mengasihi kita tanpa sedar. Cuma ia tidak ditunjukkan dan tidak dibaja supaya segar. Mengasihi akan dikasihi ~ hadis Nabi SAW. Alhamdulillah kerana kita bertuah dikelilingi insan tersayang. Bertuah kerana menjadi umat akhir zaman dengan asbab Kekasih Allah SWT, Junjungan Besar Rasulullah SAW yang sangat risaukan keselamatan kita dan amat kasih kepada kita. Bertuah kerana Allah SWT memberi takdir yg baik kpd kita utk sentiasa mensyukuri nikmat dan rahmatNya. Apabila Allah SWT mengasihi, tiada yg dapat membenci.

Search This Blog

Blog Archive

Rakan Blog

Pakaian Muslimah

cinta hingga Firdaus

Lilypie Angel and Memorial tickers

Terima kasih :)

Follow by Email

utamakan Bahasa Melayu

utamakan Bahasa Melayu

Pantai Lumut

Pantai Lumut

Pantai Mersing

Pantai Mersing