Hadith


Beramal dan Menyampaikan


Random Hadith Widget

Bismillah

Bismillah

Monday, September 29, 2014

Yang aku hajatkan dah jumpa, tapi aku masih berpusing-pusing lagi di dalam kedai jamu yang besar ni.  Banyak betul barangan produk bumiputera yang ada.  Naik juling biji mato den.  Anak bongsu k mengekori sahaja.

"Tak mo beli pape ea," aku pesan beberapa kali.  Biasa la pesanan penaja mesti ada.  Tapi akhirnya dia datang dan bagitahu dia dah ambik perapi syampo shayla.  "Ok," angguk saja. 

Si bongsu ni, kalau boleh di setiap persinggahan aku, dia pun nak juga membeli untuk dirinya.  Memang aku dah cam sangat.  Berbakul pesanan dalam perjalanan, ditambah semasa aku mencari barang, tetap dia sempat rembat sesuatu.  Ada je keperluan dia.  Melainkan sesuatu tu dia baru je beli, memang tak diizinkan beli lagi.  Nanti muka pun monyok macam tertelan ubat pahit.

Dalam berpusing-pusing seluruh pelusuk kedai tu, sambil remind diri jangan lama sangat karang masuk call haa menjawab!  Suami tak turun kereta, park kat tepi kedai je.  Aku kurang suka kalau ditunggu, sebab aku sentiasa rasa lama sangat bila dalam penantian.  Maka aku tak suka suami menunggu aku membeli barang.  Seeloknya bersama-sama cari barang.  Lepas tu tengok saja la dia pilih barang dia jugak, lagi banyak lagi mahal dari barang aku.  Tapi kali ni dia tak boleh tinggalkan kereta nanti kena saman. Si bongsu saja menemankan aku.

Akhirnya teringat sesuatu.
"Mama nak cari lipstik la dik."

Si bongsu segera menjawab.  "Heii mana boleh mama beli gincu.  Tak baik.  Tabarruj.  Berdosa."

Adohaii ...  "Eh bukan nak pakai bagi orang tengok.  Mama nak melawa kat abah je."

Lepas bayar, aku pun masuk kereta dan rasa aman.  Alhamdulilllah.  Tak ada call masuk sebab suami sibuk dengan fesbuk dia.  No worries dah, kalau tengah memandu pun jeling fesbuk tak de nak risau dia marah menunggu lama sangat, tapi aku pulak yang kena sound dia sebab membahayakan nyawa.  Mujur dia jarang-jarang buat macam tu.

Aku pun bukak kotak lipstik dan oles ke bibir.  "Bang, ayang beli lipstik."  Dia tak pandang pun.  Tak nampak apa sebab terselindung di balik niqob.  :D

"Mama, nak tengok lipstik."  Si bongsu bersuara dari seat belakang.  Dah agak dahhh ...

Aku pun bagi kat dia.  "Haa tutup bebaik. Sapu sikit je.  Jangan tekan."  Teringat satu ketika dulu zaman bersolek bergincu sakan, dia dan kakaknya menyelongkar isi beg aku, antaranya lipstik aku selesai penyek dikerjakan.

Aku toleh, dia senyum simpul.  Wahh ... cantik bibir hang! 

Supaya suami tak rasa terpinggir, aku pun berkata, "Abang, lipstik ni lelaki pempuan boleh pakai.  Bibir hitam hisap rokok nanti cerah balik."  Tak dilayan langsung.  :P  Tapi suami tunjuk gambar wanita cantik dari Thailand pulak.  Owh insan dua alam rupanya, huhu ...

Pagi ni di tingkap dapur.
"Ehhh mamaaaa ... mama pakai apa?"
"Well, pakai gincu la"

"Wahhh cantik bibir."
 "Siap kolagen lagi nih .."  sambil buat muncung itik.  Depa pakat gelakkan aku.  "Gincu ikut darah."

Warna natural is better.  Teringat zaman belum bernikah.  Sempat jadi dealer ustaz, menjual produk Ana.  Paling laris adalah lipstik ikut darah jenama Ana.  

*  berhenti di gerai tepi jalan Jalan TAR, membelek syawla panjang.
"Adik ni mak paksa pakai ke atau nak pakai sendiri?"  Seorang wanita yang sedang duduk di tepi kain-kain yang bergantungan bertanya kepada si bongsu.
Aku baru selesai membuat pembayaran di dalam gerai.  Wanita bertudung yang manis wajah ni bertanya lagi pada si bongsu.  Suami aku memerhatikan sahaja.

"Pakai sendiri."  jawab si bongsu dengan nada malu-malu kucing.

"Owh kalau macam tu ikhlas la pakai ye."  kata wanita ni lagi.

Aku yang baru selesai memasukkan uncang ke dalam handbag terus hulur tangan kepadanya dan beri salam, 'Assalamualaikum.'

Kami segera berlalu pergi.  Aku tak perduli apa.  Aku hanya selalu mengingatkan anak-anak perempuanku supaya azam istiqomah memakai purdah atau niqob.  Kami lebih selesa dengan niqob yang tutup dahi.  Hanya sesekali kami mengenakan purdah, terutama semasa bersama keramaian dengan keluarga, di mana ada ahli keluarga jauh yang jarang-jarang bertemu turut hadir.

Ya Allah, aku azam berniqob hingga akhir hayat.  InsyaAllah.  Demikian juga dengan anak-anak dan keturunanku.  Pilihlah kami menjadi pembantu agamaMu dan kebanggan Rasulullah SAW. Aameen.

***MATI IS ANYTIME. 

Sunday, September 28, 2014

Aku berdoa semoga buku-buku terbitan ITBM akan masuk semua kedai-kedai buku seluruh Malaysia.  Aameen insyaAllah.

Tadi aku dan suami ke Pustaka Mukmin Jalan TAR mencari sesuatu keperluan.  Aku rayau jeling-jeling kot-kot ada buku sorang tu.  Tak de.  Masa bayar novel SAYA TUNGGU AWAK yang akhirnya terjumpa di situ, aku tanya kat lelaki jaga kaunter.

"Buku terbitan ITBM ada ambik tak?"

Dia termenung sejenak.  "itbn?"

"Bukan.  ITBM."  Aku sebut 'mmm' panjang sikit.

Dia geleng kepala sambil tekan mesin duit, pulangkan baki duit bayar novel yang kubeli.  "Tak ada ambik."

Dalam kereta, aku terfikir.  Tak ada salahnya dan walau apa pun sebabnya, aku berdoa "Ya Allah semoga semua kedai-kedai buku seluruh Malaysia akan ambil buku-buku terbitan ITBM untuk dijual di rak-rak buku di kedai mereka." 

Suami dan si bongsu (yang mengikut pulak hari ni) diam je.  "Aameen kan le!"

"Aameeen ..."

Alhamdulillah.  InsyaAllah.  Tak tau bila tapi satu hari tak lama lagi buku-buku terbitan ITBM akan memecah masuk ke dalam rak  kedai-kedai buku seluruh Malaysia.  InsyaAllah.

Allah sudah siap untuk memakbulkan doa seseorang sebelum doa itu dipanjatkan ke hadratNya.  Aku yakin.  InsyaAllah.  Dan Allah malu untuk melihat hambaNya menadah tangan melainkan DIA akan memperkenankan doanya.  Alhamdulillah.  Maha Pengasih Maha Penyayang Maha Pemurah Allah SWT Pencipta seluruh alam. 

* sejak aku sibuk menghebohkan aku menulis novel beberapa tahun lepas, ada insan-insan yang telah sudi hendak berkongsi kisah mereka untuk dijadikan idea novel aku seterusnya.  Ada kisah pelajar hensem romeo yang kuciwa.  Ada kisah seorang insan yang mengukir bahagia dari derita kehidupan lampau. 

* Yang terbaru, kelmarin punya cerita, yang memang berdenyut juga kepala mendengarnya.
"Mama, bila nak buat novel kisah saya?"
... "Kisah kamu ni heavy la.  Kena stail novel dewasa baru thrill.  Mama kena menuntut lagi baru boleh buat novel kamu ni."  Berdenyut kepala semula.

Ya Allah, izinkanlah aku berkarya dan jadikanlah ia sebagai asbab kebaikan.  Aameen insyaAllah.


Saturday, September 27, 2014

Hari ni tak ada peluang nak tulis panjang-panjang.  Sibuk (perasan macam sibuk :P ) mengedit cerpen untuk pertandingan.  Bukan edit, tapi mengolah.  Bukan olah, tapi dah tukar plot dah adoiiii ...  Sebab plot asal tu tak ada ending, terjumpa masa godek laptop.  Bila feel masa tulis tu dah hilang, nak settlekan hari ni jadi macam tak real.

Oh ya sejam yang lalu aku share pic kucing aku posing serius macho kat fesbuk page Kelab Kucing Ku Sayan.  Setakat ni gambar tu dapat lebih 200 like.  Aku hanya nak cover perasaan dukacita para pecinta kucing yang pedih luka dukacita dek post lama di page tersebut, tak mau sebut apa post tu. Sedih sedih ...  Harap cuaca di page kembali happy macam selalu.  Cheer up guys.  Doa hidayat untuk semua seluruh alam, aameen.

So tangguh dulu.  C U tomoro.

Friday, September 26, 2014

"Napa tak makan ubat lagi?"  jerkah kat dia.  Tangan kanannya masih memegang kotak kecil ubat berwarna merah.  Tentu dia belum makan ubat tu lagi.

Dia tersengih-sengih.  Dia dah siap-siap baring dah tunggu aku letak madu kat biji mata dia.  Matanya paling merah.  Merah sebab asyik diusik dengan jari.  Bikin aku geram je.

"Sekarang bangun gi makan ubat ni.  Tadi sibuk nak ubat kan.  Ceri beri la hapa la ... satuuu!  duaaaa!  ti.."  dia bingkas bangun sambil sengih-sengih lebar.

Sementara menunggu dia makan ubat, aku ke bilik ustazah untuk titiskan madu ke mata ustazah.  Mudah benar berurusan dengan orang matang dan lebih dewasa.  Ustazah yang masih dalam mood honeymoon ni rileks je walaupun matanya terkejip-kejip kepedihan. Selesai alhamdulillah. 

Lepas tu dia baring balik.  Dah siap-siap peluk bantal kusam.  Haishh!

Aku berlutut di sisinya.  "Okay, awak cool je.  Rileks.  Ni madu tau.  Bukan cili.  Lembutkan badan awak.  Turunkan tangan awak ke tepi."

Aduii ... aku pujuk dia lemah-lembut.  Kalau tak  cair jugak tak tau la ... Dia sengih-sengih.  Kejang je badannya.  Pelik sungguh.

"Awak lebih suka ubat mata yang pahit kat tekak tu?"

"Pedih la mama.   Macam taruk cili."

"Ok awak nak letak cili ke letak madu??"

"Madu la mama huhu ..."

"Awak tau tak, madu ni sunnah.  Kat syurga ada sungai madu.  Kat sana awak main cedok-cedok je nak minum madu."  Aku cuba bagi bayangan, yang mana tentu jauh dari hakikat sebenar.  Apa yang ada di syurga tak pernah terlintas di hati dan fikiran manusia, tidak pernah menyentuh pancaindera ahli dunia.

"Haah kan mama.  Kat sana nak menyelam dalam sungai madu pun boleh." ketua pelajar yang sudah lama aku titiskan madu di matanya, tiba-tiba menyampuk.

Akhirnya dapat juga aku titiskan madu ke mata kanan dia.  Serta-merta dia mengejip-ngejipkan mata sekuat hati hingga madu mula terkeluar bersama airmatanya.  Arghhhh!!!

"Janganlah kejip mata kuat sangat.  Habih keluar tu ha!"  aku sergah dia.  "Sekarang mata sebelah pulak.  Turunkan tangan awak ni.  Rileks je.  Jangan kejip la susah nak titiskan madu ni la ... alahaiiiii"

Memang yang seorang ni fobia benar dengan ubat.  Madu ke susu ke hapa ke apatah lagi ubat doktor.  Ada lagi seorang.  Berdua la kiranya.  Sanggup menahan demam begitu sahaja.

Senang je aku nak cakap.  "Lain kali jangan ngadu sakit itu sakit ini.  OK?"

Selepas berjaya juga titiskan ke mata kirinya, sepantas kilat dia kejip mata lagi.  Grrrr!!!  Sukahati awak la.

Aku beredar menghampiri pelajar lain pula.  Anak aku sendiri rupanya.  Pun sama je lebih kurang perangai, sebab dia dah terasa agak pedih sedikit selepas kali pertama titisan madu masuk ke matanya.  Bikin geram jugak.  Lepas tu menangis pulak.  Sabar jeh ... Settle.

Aku pandang balik kat dia.  Haihh siap peluk bantal kat muka!!!

"Awak lap bantal tu kat mata awak ye???  Awak tau tak, awak dah lap nanti karang awak sentuhkan lagi bantal tu kat mata awak, dah elok boleh sakit balik mata awak.  Kat bantal tu dah ada kuman-kuman tau tak."

Secepat kilat dia menolak bantal kusam hingga tercampak ke hujung kakinya.  "Dah mama, saya dah jauhkan bantal ni."

Adoiii, bila sorang-sorang aku teringat balik perangai pelajar kat sini, sengih juga dibuatnya.  Ada macam-macam kerenah, perangai, keletah. peristiwa yang sentiasa mewarnai kehidupan di sini.  Apa yang pasti, semuanya mengajar aku juga.  Memberi nilai kepada kehidupan aku sendiri.  Nilai yang tidak aku jumpa di luar sana.

* petang semalam berlaku satu kes amuk.  Sayangnya aku tak pandai nak melempang macam suami aku.  Cakap je kang lempang kang, tapi tak pernah pun buat.  Aku hanya boleh tolong redakan amuk dengan cara yang aku tahu.  Dan aku tarik orang yang aku rasa boleh aku uruskan.  Ikut kemampuan diri la.  Last sekali aku suruh diam.  Kalau nak bercakap jugak aku pun tak menahan.  Tapi lepas tu kita akan boikot dia separuh gila. Amacam?  Lone Ranger ok lagi.  Kalau dah setakat budak-budak sekolah tadika je yang nak melayan awak, suka ke?  Budak bermasalah tu, semakin lama semakin tak ada yang nak melayannya.  Kasihan dia.  Kasihan kasihan ... kasihan kepada ibunya, kasihan kepada ayahnya.  Semoga Allah memberi hidayat kepada mereka dan kita semua, aameen.
 

Thursday, September 25, 2014

PROMOSI UNTUK KAUM HAWA

Aku sudah menggunakannya, maka barulah boleh buat promosi.  Promosi ini pula bukanlah untuk diri aku sendiri, macam promosi novel sulung aku SEHARUM DOA BONDA tu.  Promosi ini untuk memanjangkan kebaikan kepada kaum sejenis. 

Snowdrop.  Ia menjual CLOTH PAD yang bukan sahaja selesa digunakan, kemas buatannya dan cantik.  Kain yang digunakan lembut dan senang dihilangkan kekotoran padanya. 

Apa dia CLOTH PAD?  Senang cakap, pad kain. 

Kalau dulu-dulu, orang perempuan koyakkan kain batik lusuh yang dah tak nak dipakai tu, lipat lipat dan guna untuk menampung darah haid.  Lepas tu barulah ada dijual pad pakai buang.  Pad pakai buang ini dibuat dari bahan terbuang yang dikitar semula, seperti suratkhabar dan kotak-kotak.  Ia diproses dan warna dilunturkan sehingga jadi putih bersih.  Tetapi sebenarnya, ia tetap bahan terbuang yang tidak sihat untuk digunakan. 

Dua tahun lepas aku sempat jadi dealer pad mahal yang dibuat dari bahan bersih, bukan bahan terbuang.  Habis dijual dan habis menggunakannya, lepas tu tak sambung beli pakai.  Kenapa ye?  Mahal kot.  Lepas tu nak repeat order dengan orang lelaki yang menjualnya pulak.  Dah banyak kali jadi dealer bermacam jenis pemakanan sihat dan barangan, aku jadi lemah nak buat tempahan macam ni.  Dengan kata lain, aku sudah meninggalkan zaman beli barang kat dealer direct selling atau yang sekufu dengannya. 

Baru-baru ni tergerak hati nak cari cloth pad.  Beberapa ketika sebelum tu, aku baca isu pad pakai buang akan disabotaj oleh pihak tertentu dengan meletakkan virus AIDS dan sejenis dengannya yang apabila digunakan oleh wanita, akan menyebabkan jangkitan.  Target mereka khusus kepada wanita Islam.  Biasa la, mana ada yang setuju dengan Islam dan penganutnya.  Ada je yang nak dibuat nak bagi cantas ugama Allah ni.  Hampeh.

Kebetulan ada ustazah yang menjualnya di madrasah puteri aku, tapi kurang mendapat sambutan.  Aku pun deal untuk try jual di sini.  Alhamdulillah ada sambutan jugak.  Lepas tu aku search kat internet dan bertemu dengan brand Snowdrop ni. 

Try search, insyaAllah akan jumpa.  Boleh whats app, dan ada page kat fb. 

Jadi, demi kebaikan bersama kita orang perempuan ni, aku dengan serius mencadangkan penggunaan CLOTH PAD sebagai alternatif kepada pad pakai buang.  Ia mahal sedikit tetapi berbaloi untuk KESIHATAN ANDA. 

Nak tau lebih lanjut, silalah layari web berkenaan.  Ada beberapa jenis mengikut saiz dan aliran haid. 

Orang lelaki pun elok concern bab ni.  Sayangi isteri dan anak perempuan anda.  Hadiahkan mereka CLOTH PAD sebagai tanda kasih sayang.  Tak ada salahnya pun.  Jangan kedekut sangat ok!

* ada orang kata cerita SEHARUM DOA BONDA telah membuatkan airmatanya bergenang.  Ye, aku faham.  Semasa menguliti manuskrip ini dengan sifu, beliau sudah mengelap airmatanya sendiri.  Bukan tujuan aku sengaja nak orang cry, ia hanya sebuah kisah yang berlaku dan telah berlalu.  Aku tak nangis sebab aku kuat jiwa bab ni insyaAllah.  Tak percaya?  Doesn't matter mehhh ... haha.

Wednesday, September 24, 2014

Malu sungguh.
Aku azam tak akan pergi kedai itu lagi selepas ini.  Semoga budak tak berjanggut yang jaga cashier tu memaafkan aku.  Semoga Allah memberinya hidayat dan memudahkan semua urusannya dunia akhirat.  Semoga doa ini dapat gantikan rasa aibnya dibuat dek aku.

Sudah tiga empat kali aku menjeling kedai ini.  Terpikat melihat pisang-pisang ranum kuning emas yang banyak tergantung.  Aku berangan-angan nak buat pisang goreng, tetapi sayangnya yang dijual hanyalah pisang untuk dimakan.  Bukan pisang untuk digoreng.  Maknanya tak sesuai untuk digoreng.

Maknanya aku masih lemah dalam mengenal jenis pisang.  Mungkin itu pisang montel.  Cantik ranum.  Enak dimakan begitu sahaja.

Aku singgah lagi.  Ramai juga pelanggan yang datang.  Aku pun membuat pembayaran.  Sesudah selesai, aku pun berlalu. Tak jauh dari kedai, tiba-tiba terdetik di hati nak rekod nama barang kat resit (hanya ada harga dan nombor scan) dan ketika itulah aku lihat macam ada kesilapan harga.

Aku beli sabun baju dan bayar asing sebab ia bukan barang madrasah.  Belikan kiriman pelajar.  Yang lain tu barang madrasah le.  Untuk dibuat sarapan pagi.  Tapi aku tengok sudah scan harga sabun dan tadi aku bayar lain sabun tu.  Kenapa dia suruh aku bayar dua kali?  Ini tak boleh jadi ni.  Dah la ramai pelanggan datang kedai tu.  Kesilapan mesti dicantas dan dibetulkan.  Nanti banyak pulak ada penipuan harga.  Macam khabar yang terjadi pasaraya-pasaraya, entah kes terpencil entah memang ada tektik untuk melariskan barangan hampir tamat tempoh. Aku tak pasti.

Hari semakin mendung tanda akan hujan sebentar lagi. Aku pun turun dari kereta.  Wahh macam garang je nih!

Aku perhatikan je dia.  Budak tu cool je melayan pelanggan.  Ada seorang pekerja lain perhatikan aku pulak.  Hairan agaknya melihat aku pegang resit pembelian. 

Aku pun menyampuk memecah ketenangan apabila melihat dia macam tak perasan je aku berdiri tercegat kat tepi kaunter.  "Awak scan harga sabun lepas tu awak minta duit lagi tadi."  kata aku tegas dan jelas.

Tegas menegakkan kebenaranku.  Budak tu, yang aku konfius bangsanya, tapi ni kedai aceh rasanya, tapi macam iras-iras Bangladesh je, pun belek resit tu. Dia tekan-tekan kalkulator.  Lepas tu dia keluarkan duit yang secukupnya sesuai dengan harga sabun baju yang aku maksudkan.  Aku masih tak puashati.  Macam masih tak cukup je, kenapa aku berkira sangat pulak ni?

Aku tekan-tekan calculator kat hp samsung.  Tadi dah kira dah, masa kat dalam kereta.  Bila kat situ blur pulak.  Budak tu pun sebut satu satu barang yang aku beli.  Alamak!

Aku mula rasa ada yang dah tak kena dengan aku sendiri.  Macamana aku boleh lupa aku ada beli santan kotak?

Budak tu kata aku beli lima kotak.  Aku rasa dia pun dah blur.  Aku jawab, ye ada tapi tiga kotak je.

Huhu ... lepas tu kan ... aku pun masuk balik dalam kereta.  Hujan dah makin lebat.  Aku dah pulangkan balik duit yang dia bagi untuk 'claim' aku tu.  Dalam kereta, aku capai setiap barang dan belek harga. Kira lagi.  Sebenarnya dia dah silap harga.  Sekarang, aku yang sepatutnya bagi RM1 kat dia.

Betul buat aku termenung sejenak. Kalau suami aku ada, apa dia akan kata?  Teringat pula ini untuk makanan yang jadi darah daging aku dan khususnya pelajar yang sedang menghafaz.

"Harga dia RM2.70"  akhirnya aku turun dan siap bawak satu kaya roti tunjuk kat dia.

"Ya saya salah harga.  Saya kira RM2.50."  Dia senyum sumbing.  "Tak mengapalah." Geleng kepala.

"Maaf ye. " Aku letak duit RM1 di depannya dan cepat-cepat berlalu. 

** aku rasa sangat malu.  Aku tak akan singgah lagi kat kedai tu sampai hujung tahun.
** Semoga Allah makbulkan doa untuk dia.  Semoga Allah pilih dia keluar dakwah seluruh alam.  Aameeen. 
Aku sudah bertanyakan hal ni.  Hairan sungguh, kerana semua kutukan tidak dijawabnya. Seperti seorang abid yang sibuk beribadah. Manusia biasa seperti aku memang musykil dibuatnya.  Tinggi sungguh tahap kesabarannya.

Aku pun bertanya.  Baru terfikir nak bertanya.  Dan aku pun ajukan soalan bersama sedikit cerita pendek untuk menyokong pertanyaan.

Berjela jawapan yang diberikan. 

Membuatkan aku ternganga tidak percaya, tapi ... benarlah tidak ada angin masakan pokok akan bergoyang. 

Pagar tempat aku bertenggek mula berbunyi 'prakkk'...

* berselindung di sebalik telunjuk.

Tuesday, September 23, 2014

Betapa ...


Mengapa ...



Ya Allah ...

Pagi ini hati tersentap.

Menatap tubuh kecil yang mengerekot bahana kezaliman tentera zalim yang tidak berperikemanusiaan mengenakan seksaan arus elektrik kepada seorang kanak-kanak lelaki.


...

Aku mula buruk sangka.

Entah apa lagi kezaliman yang mungkin telah dilakukan oleh manusia.  Di mana-mana.

Mengapa ...

Mengapa???

Aku lihat kucing terbelah muka mungkin dilibas dengan senjata tajam.  Apa salah kucing tu?  Curi ikan?  Menyelongkar tong sampah?  Mengapa sampai diperlakukan sedemikian sekali?

Ya Allah, turunkanlah yang zolim dan naikkanlah yang adil.  Allah sebaik-baik Pemelihara dan Maha Pengasih lebih dari orang-orang yang mengasihani.  Tentu Allah tak akan membiarkan si penzalim berleluasa.  Hanya diberi sedikit masa sahaja.  Semoga Allah memberinya hidayat. Namun doa orang yang dizalimi sudah terangkat.  Maka tunggulah sahaja.   Nauzubillahiminzalik.

Monday, September 22, 2014

mengapa aku menulis?

Aku menulis cerpen kanak-kanak.  Dunia kanak-kanak sangat dekat denganku.  Anak-anak yang dari lahir berada di hadapan mata.  Mengendalikan kanak-kanak di tadika dan nurseri.  Menatap wajah jernih dan mata bening bayi yang comel dan suci bersih.  Mereka adalah sebahagian dari kita, walau di mana usia kita.  Maka aku mahu lakaran kisah mereka abadi dalam cerita. 

Aku berkarya novel remaja.  Asuhan dan gerakan menguja dari seorang sifu yang berpengalaman.  Asalnya tetap kisah kanak-kanak.  Akhirnya bertukar watak menjadi remaja.  Ada perjuangan dan cabaran.  Remaja tidak pernah berpisah dengan tandatanya yang terus berkembang.  Perasaan ingin tahu, teka meneka, agak mengagak, cuba mencuba, try and error, sambil memerhati dan mempelajari untuk menjadi dewasa.  Zaman remaja penuh keterujaan dan semangat membara.  Dada yang selalu berdebar-debar.  Angan-angan yang tidak bersempadan.  Azam dan keinginan yang diasuh menjadi cita-cita.  Ada sedih, sayu, pilu, risau, rengsa, duka, cemburu, irihati, dengki, benci, serba tak kena dan rindu cinta sayang kasih yang bergelodak berpadu bersatu di dalam jiwa.  Ada luka yang tidak sembuh menjadi nanah.  Ada juga guris berdarah yang tinggal parut sahaja.  Ada hati yang bersih, ada hati yang kebal, ada hati yang lembut, ada hati yang keras.  Baik hati maka baiklah diri, sebaliknya pula. 

Di sini, ada sesuatu yang bernilai.  Hati yang sentiasa ditempa alunan ayat-ayat Al Quran adalah umpama wadah yang selalu dibersihkan dan diisi dengan kesucian.  Bersih dan suci itu menyerak, menyerap, menyeluruhi dalam diam-diam. 

Semuanya hanya Allah yang Maha Mengetahui.

* aku nak tulis lain, jadi lain ... hmm ...

Sunday, September 21, 2014

"Mama macam bagus.  Tapi mama cuma nak pastikan semua berjalan lancar." 

"Mama, nape?" tanya puteri.

"Mama macam banyak cakap.  Tapi sebenarnya mama bukan jenis banyak cakap.  Mama suka sunyi, senyap, tak bising-bising.  Mama tak suka kepoh." 

Teringat aku bagi arahan itu, arahan ini kepada pelajar-pelajar.  Jegil mata.  Serius.  Kerut dahi.  Renung tajam-tajam.  Geleng kepala.  Terus-terang saja. 

Tapi, mereka ketawa.  Mereka tetap macam biasa.  Mereka sudah simpan aksi dan isi hati aku dalam poket mereka.  Mereka selamba saja. 

Hanya aku terasa.  Aku pulak  yang terasa.  Aku tak suka dengan kekecohan dan kekepohan diri sendiri.  Aku bukan jenis kepoh dan banyak cakap.  Aku suka diam-diam dan perhati.  Aku suka duduk belakang-belakang.  Aku suka duduk belakang tabir saja.  Tapi kadang-kadang ...

Untuk menutup kekepohan dan kekecohan diri, aku cipta jarak dengan pelajar.  Cipta jarak dengan sekeliling.  Tapi hanya sebentar.  Sebab aku bukan duduk dalam hutan banat sendirian.  Aku di Lil Banat dengan pelajar pilihan Allah yang sedang berjuang dalam susah dan resah.  Riang dan gundah silih berganti.

Allah jua yang memudahkan semua urusan.  Semoga Allah memaafkan dan mengampuni dosa-dosaku (dan kita semua) yang sengaja dan tidak sengaja, dan membaiki semua urusan kita.  Serta memimpin kita ke jalan keredhoaanNya. 

"Mama ..."  Zahra berdiri di sisi aku rapat-rapat.  Aku geleng kepala.  Tadi dia tanya.  Tadi tadi tadi lagi pun dia tanya.  Sehingga aku ambil tab dan bertanya khabar kepada uminya, tadi-tadinya tadi.  Tiada jawapan.  Tanda betul right masih satu.  Tanda belum dibaca. 

Dia tiba-tiba meletakkan wajahnya ke bahu.  Bahuku mula basah.  Aku yang dalam mood kepoh dan kecoh masih memberi arahan itu arahan ini kepada pelajar, sedang pelajar pula memerhati aku sambil tangan mereka bekerja, memerhatikan Zahra yang tersedu perlahan di bahuku.  Aku tepuk bahu Zahra, semoga dapat menenangkan dia sedikit.  Apa lagi yang dapat aku lakukan?

"Mama, Zahra nangis!"  kata seseorang. 

"Iyaaa ... teruskan kerja awak la." 

Tangisan adalah hakikat kesedihan yang muncul dalam bentuk airmata dan sedu-sedan.

"Sabar ... InsyaAllah nanti umi awak baca.  Doalah banyak-banyak."  Aku hanya dapat menyuruh sesiapa yang mengadu untuk terus berdoa.  Apa lagi yang kita boleh lakukan, dalam keadaan kita tak dapat berbuat apa-apa, jika tidak BERDOA DAN TERUS BERDOA TANPA PUTUS ASA?

Ia adalah satu keadaan terdesak, hampir putus asa, risau, sedih, hampa, dan tak dapat berbuat apa-apa.

Hai ibu!  Dimanakah gerangan ibu yang ditunggu ketika bonda tercinta telah datang menjenguk puteri masing-masing ...

Aku menulis novel Seharum Doa Bonda, tentang rintihan dan kerinduan seorang puteri kepada bondanya yang budiman.  Hari ini aku menyaksikan airmata seorang puteri yang juga kerinduan kepada bondanya yang tega hati tidak mengendahkan dia, entah apa sebabnya, datang pun menghulur barang berkirim dengan teman yang dibawa sama, sedang si bonda duduk membeku di dalam kereta. 

Sedemikian tega hatimu wahai bonda.  Apalah silap dan salah yang dilakukan oleh puterimu agaknya? 

Semoga Zahra terus tabah dan sabar menghadapi ujian ini.  Allah tidak menguji seseorang lebih dari kemampuannya.  Dan mintalah Allah bantu menyelesaikannya. 

Mari berharap sepenuh hati kepada Allah semata-mata.

Ya Allah.  Kami semua pasti akan kembali kepadaMu jua.

*hari jamuan tahunan telah selesai dengan sempurna, alhamdulillah.

Thursday, September 18, 2014

"Mama, menci Kak Zack tu!"

Aku pun menoleh memandang wajahnya, yang lengkap bertudung dan berjubah semua serba hitam. Ada putih-putih sedikit di tepi bahagian pipi pada tudung itu, entah apa.  Tudung warisan dari kakaknya.  Jenis dua lapis.  Dia sukakan tudung itu kerana kainnya ringan dan tidak panas.

"Kenapa?  Tetiba je?"  tanya aku dengan nada yang sangat cool.  Biasa la mesti ada yang tak kena di mana-mana. 

"Kak Zack tu, menci.  Kalau dia panggil baby time baby tengah semak, baby benti je.  Tapi bila dia tengah semak, baby panggil dia wat tak tau je.  Pastu baby kata la napa tak memenuhi hak orang muslim?  Pastu dia marah, dia kata tak nampak ke akak tengah semak.  Menci dia!"  Langsung dia menangis.

Aku perhatikan je.  Macam comel je.  Aku tengok bibirnya yang senget-menget herot-merot dek menangis.  Comel bila budak-budak menangis.  Suka aku tengok.  Dia punya ekspresi tu bukan dibuat-buat, memang real.  Sungguh-sungguh dia nak menunjukkan betapa sedih dan betapa kecewanya dia diperlekehkan dek Zack.

"Dia tengah semak, napa panggil dia?"

"Baby nak duk sebelah Aqira.  Kan ustazah S tak datang, jadi mudirah suh kombine kelas.  Tapi kak Zack tak bagi."

Hmm ... gitu.  "Abih, baby duk mana?"

Airmatanya mengalir tapi sedikit saja.  Aku rasa macam tak nak menangis sangat je.

"Abih tu baby kena duduk sebelah adik beradik dia la."  Erkk ... macam ramai je adik-beradik Zack haha ... sebenarnya Zack ada seorang adik lagi yang belajar di sini.

"Oooo jadi kak Zack kat sini, pastu baby pastu kakak Danisyah la ye?"  Maknanya dia di tengah-tengah antara dua beradik ni.  Dia angguk-angguk dengan mulut masih herot-merot ekspresi tangisan.

Aku menarik nafas sambil merenung jauh, yang tersekat dek dinding bilik.  Tak dapat jauh sangat renungnya huhu ...  Mencari ayat mahu menyusun kata buat si manja.

"Sebenarnya semua ni sebab kita tak jaga amal.  Masuk saf lambat, tak buat khidmat sempurna, main-main time taklim."  Dia diam.  "Kalau mama tanya kak Zack, tentu dia ada alasan dia.  Baby pun ada alasan baby.  Sebenarnya kita check diri kita sajalah.  Tentu ada tak kena di mana-mana."

Aku cuma mengambil pengajaran dari mereka.  Pengajaran dari orang kecil yang sangat besar kesannya.  Mereka pernah memberitahu, ustazah mengabarkan apa yang terjadi di kalangan mereka sendiri yang kalut dan banyak masalah timbul, adalah kerana tak jaga amalan harian.  Paling utama ialah bab solat dan adab-adab harian yang sunnah, yang nampak remeh-temeh, contohnya makan guna kain saprah, masuk rumah dengan kaki kanan dan beri salam, dan lain-lain.

Dia sudah tidak herot mulut lagi.  Airmatanya dilap kering dengan tudung.  Wajahnya sudah cool.  Dia menghulur tangan untuk bersalaman.  Aku cium pipinya.  Seminggu lepas kemain wangi lagi, suka aku mencium dia berkali-kali.  Tapi masuk minggu ni aku cium hangit je.  Dah komplen tapi masih hangit, walaupun katanya minyak wangi masih ada.  Tak tau mengapa membiarkan diri hangit.  Mungkin wangi itu sudah lali pada hidungnya hingga malas nak semprot.  Entah la ... Maka cium jugak la, walaupun hangit berpeluh.

Alhamdulillah.  Dia berlalu dengan wajah jernih, masuk ke kelas semula.

"Jangan cakap pape kat kak Zack, diam je.  Boleh?"  Aku berpesan, bimbang hatinya yang masih terguris termpias pada bicara atau jeling mata atau reaksi apa sahaja.  Bahasa badan sangat mengesankan.

* Ciuman, pelukan dan perkataan sayang adalah petua ajaib untuk menambat hati. 

*******

Itu cerita awal hari.

Petangnya, Zack yang khidmat di rumah Ustazah N balik dalam keadaan geram.  Moncong.  Rupa-rupanya sebelah selipar sudah kena sorok.  Aku yang sedang melayan beberapa orang, sambil menunjukkan cloth pad yang baru sampai dari Ipoh, menjeling si dia yang tiba-tiba menyelit di sebelah aku.

"Sorok selipar Kak Zack eh?"  serkap jarang saja.

Dia tunduk.  Lepas tu berlagak macam tak ada apa-apa.  Yang lain-lain, Syafa, Syawiena, Hasanah dan Syahidah tidak memperdulikan hal yang aku timbulkan.  Mereka masih teruja melihat cloth pad yang menarik pelbagai warna.

"Kalau betul, gi amik bagi dia balik."  Buat tak tau je.

Maghrib pun hampir tiba.  Firah yang disuruh ustazah N datang ke rumahnya pula, masih mengomel entah apa, aku suruh carikan selipar Zack.  Entah dengar entah tidak.  Kalau dengar pun entah ingat entah tidak.

********

Jam 1030 malam.

Aku picit loceng menandakan ada sesuatu.  Nampaknya Zack sudah maklum.  Tiba-tiba saja dia menyahut sambil berlari anak datang untuk mengambil anak kunci padlock pagar. 

"Ya mama, saya datang ni ..."  Lembut suaranya.  Memang sejak dia masuk ke sini, ustazah sudah perkenan untuk melantik dia sebagai ketua.  Boleh diharap, komen baik ustazah.  Aku pun bersetuju.  Tapi petang tadi,  selepas isu selipar Zack tu, masing-masing yang join grup cloth pad, mencurahkan rahsia betapa mereka bengang dengan ketua pelajar yang lemah lembut. 

Tragis. 

"Baca penuh tartil.  Saya tak sempat nak basuh baju mama!"  kata Syahirah.  "Eeeee bengang la!"
"Mama, dia baca camni ..."  Syafa berdiri sambil buat gaya angkat takbir dan mula membaca ayat dengan perlahan.  "Kami semua dah habis mama, dia lom habis lagi."
"Eh malam ni dia uzur kan.  Fuhh nasib.  Kalau tak lambat la habis solat tasbih.  Dia baca sepatah sepatah ..."

"Ya dia ada tanya mama.  Tak ok ke baca ikut tartil.  Mama kata ok je tapi jangan la lambat sangat.  Dia kata biasa je dia baca."  Aku teringat Zack pernah bertanya beberapa hari sudah.  Ooo ada isu dalaman rupanya. 

Itu semua komplen yang masuk mencecah gegendang telinga aku petang tadi.  Aku simpan masuk peti ingatan.

Tiba-tiba Syawiena datang.  Syahirah pun muncul.

"Selipar awak hilang?  Dah jumpa?"  tanya aku pada Zack yang masih berdiri di depanku.  Dia geleng kepala.  "Cuba cari arah sana tu, tadi petang ada yang cakap ada selipar kat situ."  Aku tunjuk arah longkang kecil dekat pagar depan.

"Tu selipar Humairah, mama."  kata Zack.

Syawiena tiba-tiba gelak sambil pandang aku.  "Hihihi mama ni wat wat tak tau plak."

Aku terpaksa sengih.  Apa la,  bukak rahsia pulak.  "Ooo mama serkap jarang je tanya dia petang tadi tu.  Serkap jarang, pastu dia ngaku pulak.  Dia angguk kan?" 

"Dia tunduk je, ngaku la tu hihihihi ..."

Hehe ...  tiba-tiba anak bongsu muncul.  "Haa esok ambik selipar kak Zack bagi dia."

"Dah la ..." jawab anak bongsu selamba.

"Mana ada!"  kata Zack pula dengan pasti. 

"Dah ada la kak. Tak caya meh tengok."  ajak anak bongsu, menarik tangan Zack menuju tempat banyak selipar bersusun. 

*******

Tak lama selepas tu, aku, Syawiena dan Syahirah melihat je perangai anak bongsu berdukung belakang Zack.  Haihh ... sabar saja la ...

"Kak nak dukung belakang."
"Nak manja la tuh!"  kata Zack. 

Wednesday, September 17, 2014

Seharum Doa

Tajuk buku aku yang diberi oleh jemaah editor dengan perkenan big bos di ITBM ialah Seharum Doa Bonda.  Aku sebaik dimaklumkan tentang tajuk ini yang menggantikan tajuk asal dari sifu, iaitu Dedikasi Buat Ibu, merasa teruja.  Dedikasi Buat Ibu sangat menepati cerita yang dibawa oleh novel ini.  Seharum Doa Bonda pula satu rangkai kata yang indah pada fikiran aku.  Semenjak itu aku dengan senang hati menggunakan tajuk ini untuk ganti nama diri di fesbuk.  Sementelah pula, aku difahamkan nama wanita juga adalah aurat yang mesti dirahsiakan, sekaligus sebagai promosi tidak langsung.

Namun kini nama aku telah tertera di atas kulit buku itu.  Seandainya insan-insan yang pernah berurusan denganku suatu waktu lampau terpandangkan nama ini, mungkin terlintas sedikit ingatan samar-samar yang membuatkan kening berkerut nipis.

* Aku pernah terima seguni surat salam kenal dari seluruh Malaysia, barangkali, di usia sekolah rendah, gara-gara menghantar nama untuk mencari rakan di majalah kanak-kanak.  Tak larat den dibuek eh!  Posto pun poning hari-hari hantar surat ke rumah den.  Omak laie poning mano nak disusupkan surat yang menimbun.  Aku hanya berjumpa dengan seorang kakak di Merlimau (kalau tak silap), datang bertandang, sempat berutus surat beberapa ketika kemudian putus begitu sahaja.  Seorang lagi kakak di Pulau Pinang, sering berutus surat dan menerima kiriman hadiah hari lahir kemudian hilang juga.  (Maaf, kena mintak maaf kot-kot ada yang dulu-dulu kecik ati aku tak balas kan, sebab jari halusku waktu itu tak mampu nak menulis banyak, lom ada komputer, kalu tak boleh den taip dan print jeh ... say tima kaseyyy n salam kenal jugok ...)

Ok, cuma kenangan silam.

Di grup sekolah menengah, ada yang menulis Seharum Doa Sahabat.  Mintak hint?  Takde pulok ...

Seharum Doa Ayahanda
Seharum Doa Suami
Seharum Doa Anakanda
Seharum Doa Nenda
Seharum Doa Kekanda/Adinda
Seharum Doa Pelajar
Seharum Doa Mudir/Mudirah

Suami aku tiba-tiba menyenaraikan begitu.  "Nanti ayang buatla kompilasi, koleksi atau travelog tajuknya seharum doa dot dot ..." Dia serius, atau macam serius.  Aku je yang tergelak.

Lawak la sangat!  Serius la sangat ye!

Ok.  Aku tambah satu, Seharum Doa Jemaah.
Lagi satu, Seharum Doa Rasulullah SAW.

Ada lagi, Seharum Doa Malaikat Maut.

Lagi ... Seharum Doa Bidadari.

Lagi?  Seharum Doa ... apa dia?


Tuesday, September 16, 2014

Menulis di FB hanya untuk promosi novel sulung dan menulis atau sharing sesuatu yang serius, ada makna tersirat di sebalik yang tersurat, untuk insan terpilih lagi tersayang.  Tak ramai, seorang sahaja.  Selebihnya untuk diri sendiri.  Sesiapa yang ingin berkongsi dan terasa sama, serta ingin insan terpilih dan tersayang miliknya turut berkongsi rasa, dia akan share. 

* Petikan mafhum ayat Al-Quran dan hadis Nabi SAW adalah sesuatu yang serius.  Demikian juga dengan kutipan kata-kata alim ulama. 

Menulis di Whats App hanya untuk menyebok bercanda-canda urusniaga online, ikram ibu-ibu pelajar yang mengambil berat hal anak-anak melalui warden aka tukang masak bidan terjun ini, menyampuk perbualan ipar-duai vogue, perbincangan tidak rasmi, tukar-tukar cerita dengan dear friend, post tarbiyah dan perkembangan sekitar masturat.

* Lain-lain contact adalah 'kes terpencil'.

LINE sudah semakin ditinggalkan.  Yang menarik adalah stickers yang membantu ayat yang diluahkan.  Tak ada ayat, tempel sticker pun dah ok.  Boleh je buat orang geram dengan stiker korek lombong atau ketawa jelir lidah.  Bila tak aktif di sana, rajin pulak dapat macam-macam promosi iklan termasuk mekdi.  Rasa nak uninstall je tapi rileks dulu.  Tiba-tiba ada yang menarik.  Dear friend yang amat jarang menulis panjang dah menyusun ayat satu paragraf.  Tunggu dulu!

We Chat, langsung tak aktif.  Bila tak aktif, aku rasa ntah apa-apa di situ. 

Blog ... yess ... di sini aku rasa masih ok.  Tapi hari  ni tak boleh menulis lebih.  Aku dah mula menukil novel baru untuk sayembara.  Aku dah sampaikan hajat pada semua wali khusus untuk mohon doa.  Mereka macam biasa bagitau telah dan sentiasa mendoakan aku.  Alhamdulillah.  Semoga Allah makbulkan.  Aameeen.

Menulis terus dari kepala.  Semoga Allah mudahkan dan baiki urusan kita semua. 

Aku tak buat catatan sangat. Congak dalam kepala je. Semoga dapat jimatkan masa, sebab kalau aku buat draf, aku akan leka dengan adjust draf sampai makan banyak masa.  Boleh jadi bertahun.

Semua kebaikan dari Allah. Yang buruk dan kelemahan dari diriku jua.  Mohon maaf kepada semua.  Jumpa lagi.

Monday, September 15, 2014

Menulis dalam nada insaf.

Rasa kurang sihat.  Kurangnya rasa sihat membuatkan aku lemah, letih, lesu, gementar, lembik dan hilang daya.  Hilang juga nafsu.  Perjalanan menjelang waktu Maghrib memang tidak baik.  Sudah disabdakan oleh baginda Rasulullah SAW.  Tetapi aku harus melakukannya.  Dan menjadi asbab, barangkali.

Selepas kembali ke rumah, sepanjang malam lenaku resah.  Entah apa yang tak kena.  Aku tak dapat mengenalpasti.  Hampir sejam sekali aku terjaga.  Kepala tidak berdenyut sangat.  Bukan demam.  Tidak pula batuk selsema.  Aneh.   Tetapi dalam keadaan baring santai, terasa benar lenguh satu badan.  Benar-benar meresahkan. 

Pagi semalam, ketika pelajar menghulur tangan bersalaman, rutin mereka setiap kali bertemu dan berpisah walau hanya di pintu dapur, masing-masing memberitahu tanganku panas.  Demam? 

Aku cari pencatat suhu yang baru dibeli suami.  Tak reti guna, manual tak jumpa, tekan-tekan saja.  Akhirnya suami bantu mengukur suhu badan di dahi, eh, normal je.  Suhu badan sihat.

Alhamdulillah. 

Tetapi aku masih rasa serba tak kena. Walau apa pun semoga ia menjadi kifarah dosaku.

Semuanya dengan izin Allah.  Sudah tertulis di Luh Mahfuz tentang ini.  Satu ketika di satu masa aku tiba-tiba rasa serba gelisah dan Allah sahaja yang Maha Tahu asbab serta hikmah semuanya.  Mungkin juga teguran dari Yang Maha Lemah Lembut terhadap diriku yang kurang prihatin.

Mungkin ada kaitan dengan HATI.  Seketul hati yang baik ia, baiklah seluruh anggota, dan sebaliknya pula.

Aku mesti belajar menjadi IKHLAS.  BAIK SANGKA. Dan berusaha membersihkan jiwa raga. 

Wajah seorang wanita yang semakin lama semakin aku terpesona.  Lembut dan bercahaya.  Senyumnya manis.  Aku sering teringatkan dia.  Perlahan-lahan aku menjadi kagum padanya.  Aku percaya dia juga seorang yang amat tabah.  Semoga kehidupannya sentiasa dalam limpahan rahmat dan hidayah Allah, aameeen.  Bersyukur kerana dapat mengenalinya, walaupun ketika ini hanya dari jauh sahaja. 

Teringat pula pada Lina (bukan nama sebenar).  Aku terlupa mahu membalas pesanan ringkasnya.  Dia mengadu masalah diri.  Kasihan wanita 30-an ini, yang bernikah dengan seorang warga tempatan yang sudah berumur dan kemudian tidak diperdulikan.  Mengapa jadi sedemikian?  Sudah 2-3 kali dia meluahkan isi hatinya, berkala pula.  Ya Allah, berilah dia petunjuk hidayahMu.  Izinkan daku memberi sesuatu makna dan Engkau berilah faham kepada Lina.  Kasihanilah dia, yang masih tercari-cari erti bahagia.  Senyumnya bukan bermakna gembira rupanya. 

Hai manusia, kau kejar dunia, dunia akan meninggalkanmu.  Kau kejar akhirat, dunia datang dalam keadaan hina kepadamu.

Ya Allah, mudahkanlah Al Quran dan As Sunnah untuk kami.  Jadikanlah kami berpegang kepada keduanya sampai hari kiamat, aameen.

*Hidayat seluruh alam, ya Allah ya Tuhanku. Aameen.




Saturday, September 13, 2014

Tak sempat nak temberang lebih-lebih hari ni.  Jadual macam padat je nih! Ish!

Jap lagi nak masak.  Mudirah dan pelajar ada mesyuarat pukul 11 tapi aku mohon tidak hadir huhu ... alasan masak le, apa lagi?  Lagi pula aku boleh sahaja bermesyuarat dengan mudirah melalui whats app.  Sudah pun selesai sebentar ini hehe ... Aku khabarkan menu yang bakal dihidangkan iaitu nasi arab ayam bersama kambing golek.  InsyaAllah itulah menu yang sudah ditetapkan setakat hari ini, semoga tidak berubah hingga hari jamuan Lil Banat pada Ahad minggu depan, 21 hb nanti.

Lepas tu nak bawak Hasanah pergi beli kasut.  Kasut sarung hitam miliknya hanya tinggal sebelah.  Dicari entah ke mana, tak jumpa juga.  Hasanah akan pulang ke Kemboja pada cuti Aidil'Adha awal bulan Oktober ini, hanya untuk seminggu.  Mungkin bawa dia ke EONBig Kota Kemuning.

Lepas Zuhor nak ke arah Kajang, ziarah dan bermesra dengan ipar-duai dan mertua.  Jamuan BBQ suka-suka oleh adik ipar.

Malam tadi aku dah jumpa informasi tentang SAYEMBARA Penulisan ITBM-Pena-BH yang dimaklumkan oleh Puan Noraini Eslah melalui fesbuk.  Sempatkah?  Tak sempatkah?  Ada beranikah?  Semua dengan izin Allah.  Allah izin, jadi.  InsyaAllah.  Apa yang nak aku pertandingkan?  Novelkah?  Sajakkah?  Hmm ...

Ketika suami bertanya, mengapa aku tak boleh berlama-lama di rumah adiknya petang ini, setelah aku khabarkan "ayang nak balik cepat, tak boleh lepak lama-lama ..."  huhu ... musykil sungguh suami aku ni ... maka aku khabarkan tentang sayembara ini.  Dia angguk-angguk.  Setuju maknanya tu kan?  Alhamdulillah.

"Hmm bang, cadang nak masuk sayembara penulisan ITBM, macam nak hantar novel je ... sajak tu pun macam nak hantar je ..."

"Sajak tu nak kena edit dulu tu ..."

"Napa lak nak edit?  Kan ke sajak sesuai dengan suasana masa ia ditulis?  Sebab tu sajak ada tarikh tulisnya."  aku semberono saja sebenarnya.  Suami diam.  Sajak dia tentulah sajak cinta untukku dulu tu hahaha ... kenapa pulak nak edit, kan?

Setiap kali aku menyalin sajak-sajak itu semula, aku letih menulis tarikhnya, kekadang tempatnya juga.  Di kantin, di bilik kaunseling, waktu tengah malam, waktu awal pagi ... tetapi apabila tarikh terutamanya, ditiadakan, sajak itu seperti hilang sesuatu.  Seperti wanita anggun yang tercicir subang sebelah di telinganya.  Err ... hentam la labu.

Azam.  Dah baca ni, doakan saya dapat menyelesaikan sesuatu dan menghantarnya ke alamat berkenaan, sampai ke tangan penerima dan lulus dipertandingkan.  Sebelum atau pada tarikh tutup pertandingan.  Dan MENANG!

Hehe ... aameeen aameeen aameeen ... Ada hati mahu menang eh?  Berangan sambil berharap memang best.

Apa ada pada kemenangan? Yang penting kebenaran dapat disampaikan, walaupun satu ayat.

Semua dengan izin Allah jua.  Semoga menjadi asbab hidayat seluruh alam, Allahumma aameen, insyaAllah.

SAYEMBARA PENULISAN ITBM-PENA-BH KEMBALI LAGI!

- SAYEMBARA PENULISAN ITBM-PENA-BH KEMBALI LAGI!
Sayembara Penulisan ITBM-PENA-BH tahun lalu telah melakar sejarah penting dalam menyemarakkan bidang kesusasteraan negara. Kali ini, ia kembali lagi dengan membuka peluang lebih besar kepada penulis dari seluruh tanah air!
Tiga kategori dipertandingkan iaitu NOVEL, KUMPULAN CERPEN, DAN KUMPULAN PUISI masih dikekalkan dan hadiah bernilai lebih RM130,000 ditawarkan kepada pemenang!
Syarat-syarat Penyertaan: 
  1. Terbuka kepada semua warganegara Malaysia tanpa mengira had umur.
  2. Karya perlu asli, hasil karya sendiri dan ditulis dalam bahasa Melayu.
  3. Peserta dibenarkan menghantar lebih daripada satu penyertaan untuk mana-mana kategori yang disertai. Bagaimanapun, peserta hanya layak memenangi satu hadiah sahaja bagi setiap kategori.
  4. Karya mestilah belum/tidak pernah disiarkan dalam mana-mana bentuk penerbitan.
  5. Peserta perlu memberikan maklumat dan butiran diri dengan mengisi borang penyertaan yang boleh dimuat turun dengan KLIK DI SINdan DI SINI (Versi Microsoft Words).

  6. Karya perlu ditaip kemas, langkau dua baris dengan jenis tulisan Times New Roman atau Arial bersaiz 12 poin dalam kertas bersaiz A4.
  7. Kepanjangan karya : 
    a. NOVEL
    : Minimum 200 halaman. Setiap penyertaan mestilah disertakan dengan sinopsis tidak lebih dua (2) halaman.  b. KUMPULAN CERPEN: minimum 12 buah cerpen.
    c. KUMPULAN PUISI: minimum 45 buah puisi 
  8. Manuskrip yang telah dihantar tidak akan dikembalikan.
  9. Karya tersebut juga tidak dibenarkan untuk diterbitkan di mana-mana penerbitan atau menyertai mana-mana pertandingan lain sehingga pengumuman pemenang diadakan.
  10. Penganjur mempunyai hak untuk menerbitkan dan menterjemahkan karya yang menyertai sayembara ini. Namun jika penulis tidak dihubungi penganjur dalam tempoh tiga (3) bulan selepas pengumuman pemenang, penulis dibenarkan untuk menerbitkan karya terbabit dengan mana-mana penerbit lain.
  11. Tarikh tutup penyertaan: 31 JANUARI 2015.
  12. Penyertaan yang tidak memenuhi atau melanggar syarat sayembara akan ditolak.
  13. Keputusan panel hakim adalah muktamad. Sebarang rayuan atau surat-menyurat tidak akan dilayan.

PENGHANTARAN:
Manuskrip lengkap berserta borang penyertaan boleh dikirimkan melalui e-mel kepada: sayembara2@itbm.com.my
ATAU
Dicetak dan dihantar melalui pos kepada:
URUS SETIA 
SAYEMBARA PENULISAN ITBM-PENA-BH II
WISMA ITBM, NO. 2 JALAN 2/27E, SEKSYEN 10,
WANGSA MAJU, 53300 KUALA LUMPUR.
(U.P.: MOHD ROZLAN MOHAMED NOOR)
atau
URUS SETIA 
SAYEMBARA PENULISAN ITBM-PENA-BH II
RUMAH PENA
961-7, JALAN DEWAN BAHASA DAN PUSTAKA,
50460 KUALA LUMPUR.
(U.P.: AZALAN HUSSAIN)

Friday, September 12, 2014

"Hasanah, mari ke sini."  Aku memanggil gadis yang duduk di sofa kayu berdekatan pintu masuk.  Sofa itu infaq dari seseorang.
Aku meniti kaki lima dan duduk di atas simen yang masih suam.  Hari ini panas terik.  Bahangnya tersimpan di lantai simen.  Belum pun Hasanah mampir, Syafa sudah bersila di depanku.
"Hasanah, mak ayah kamu kerja apa di kampung?"  aku bertanya, memandang Hasanah yang memeluk tafsir Al-Quran berwarna ungu.
"Err mak saya tanam bakau."  Aku terdiam.  Tanam pokok bakau? Ini luar biasa.  Tak pernah aku belajar dalam mata pelajaran Geografi dulu, ada tanaman pokok bakau.
Danisyah yang duduk di sebelah Syafa menyampuk, "Betul mama!  Kata ayah saya, kalau kat rumah kita ada pokok bakau nanti AADK datang tangkap, walaupun pendek je pokoknya, paras ni .."  bersungguh-sungguh dia menerangkan.  Mukanya serius.  Aku makin hairan.  Tercengang pun iya.  "Walaupun bukan kita tanam, dia tumbuh sendiri. Pun kena tangkap."
Syawiena datang, di tangannya ada dua bungkus burger yang dibeli dari ustazah.
"Syawiena, mak dia tanam pokok bakau?" tanya aku pada gadis yang berketurunan Kemboja tetapi lahir di Semenanjung Malaysia ini.  Datuknya masih di sana, membuka sekolah pondok.
Syawiena bercakap dengan Hasanah.  Aku tak faham kerana mereka bercakap dalam bahasa Kemboja.
"Alaaa mama, ni, nanti daun tu orang gentel-gentel gosok kat gigi.  Macam ni ..."  kata Syawiena menoleh memandang aku, dan buat aksi menonyoh sesuatu di sepanjang giginya.

Aku kerut dahi.  Apasal pulak tumbuh sendiri pun jadi kesalahan???  "AADK tu mende?" tanya aku menoleh kepada Danisyah, jujur aku tak tau.
"Tu Agensi Antidadah Kebangsaan." jawab Danisyah, bangga sebab dia lebih maklum apa itu AADK.

Aku serta-merta terfikir sesuatu.
"OHHH ITU TEMBAKAU!!! Bukan bakau!"
Semua ketawa.  Adohaii ... mana ada orang tanam pokok bakau yang tumbuh di sepanjang persisiran pantai tempat sang bedal menyorok tu. 

Tiba-tiba, "Mama, sampai hati mama ea ... tak ajak saya borak-borak, saya rinduuuuuu sangat kat mama tau!"  Siti Hajar meninjau dari tingkap dapur, tersengih-sengih ... Aku buat tak pandang je.  Pagi jumpa, tengahari jumpa, petang jumpa, hanya kerana dia entah di mana time aku ajak Hasanah berbual ... biasanya tak diajak semua mampir begitu sahaja.  Siti Hajar memang ...!

Thursday, September 11, 2014

Namanya Hasanah.

Gadis yang datang dari jauh semata-mata untuk belajar di madrasah ini.  Usianya mencecah 15 tahun, namum nampak matang.  Mungkin kehidupan keluarga yang susah di Kemboja membuatkan wajahnya selalu mendung.  Mungkin juga rindu kepada ibu tersayang.  Masakan tidak!  Bahkan kepada udara yang sering menyisir wajahnya.  Tentu ada beza.

Dia memang istimewa.

Semenjak Rosana kembali untuk berubat di Kemboja, Hasanah tinggal bersendirian.  Dengan susah-payah  dia cuba menyesuaikan diri dengan suasana serba baru di madrasah.   Pelbagai konflik yang dipendam hanya diadukan kepada Zack, tetapi banyak yang disimpan sahaja.  Disimpan untuk dikongsikan dengan Yang Maha Esa. 

Walau hatinya selalu retak disabarkan sahaja.  Sudahlah sejak awal dia payah hendak berkomunikasi dengan baik.

Alhamdulillah setelah beberapa  ketika barulah dia lebih selesa.  Wujud rasa saling memahami.

Matanya kembali berkilau indah dan senyumnya menawan.  Mereka menghormatinya dan kasihan padanya.  Yang muda bermanja dengannya.  Yang tua meladeninya dengan baik.   

InsyaAllah dialah gadis yang akan mewarnai novel seterusnya. 

Tajuk awal : RUMAH PINK DI LORONG ABU.





Wednesday, September 10, 2014

"Dah dah, mama bad mood."  kata aku.  Serius.  Aku tutup tingkap atas rapat. 

"Alaa mamaaaa ..."  tak makan saman ...

Tadi, semuanya ok.  Hati aku sempat berbisik, seronok hari ni.  Seronok dan sayang pada mereka.  Tadi, suami yang mahu berangkat tiba-tiba mengetuk pintu mengabarkan tukang ukur dah datang.  Mereka akan buat pengukuran di tanah lapang sebelah rumah pink.

"Diorang masuk dalam tak?"  tanya aku, terfikir sesuatu.  Ruang tengah antara rumah pink dan dapur pun termasuk dalam plan untuk pengubahsuaian.

"Hmm mungkin.  Kalau masuk kang abang pesan suruh ketuk pintu."

Okay.  Aku picit loceng sedikit.  Kring!

Zahra berlari-lari anak datang mendapatkan aku yang menunggu di tingkap.  Tiba-tiba Firah pun datang, eh Syahidah juga mahu mendengar.  Hmm si gebu itu pun mahu tumpang semangkuk, Ika berlari lemah-gemalai sambil tersengih riang.

"Mama, saya yang datang dulu mama..."  mata Zahra bulat memandang aku.  Mengharap ada rahsia baru antara aku dan dia sahaja.

"Okay," aku merenung anak matanya.  "Yang lain pasang telinga saja ea ...  Nanti ada orang datang nak ukur tanah ikut pelan tu ..." aku ulang balik apa yang dikhabarkan suami sebentar tadi.  "SO ... STANDBY!"  aku beri isyarat dengan jari telunjuk dari kanan ke kiri wajahku.  Maknanya bersedialah dengan niqob masing-masing sekiranya perlu.

"YESS STANDBY!!!"  sahut Zahra, Firah, Syahidah dan Ika serentak.  Mereka berpusing ke arah rumah pink sambil tergelak-gelak.   Riang sungguh la ... riang diserapi perasaan seronok membayangkan bangunan baru asrama pelajar yang bakal dibina barangkali.  Hai mujahidah!

Aku pun diserapi rasa seronok.  Rasa sayang.  Rasa ngam.  Rasa happy.  Tetapi ...

Tak lama kemudian, ketika aku semakin kelam-kabut dengan tumisan sambal tumis ikan sardin dan gorengan telur dadar di dua kuali bersebelahan, terdengar suara di luar.

"Mama ... nak ambik air."  Itu suara Siti Hajar.  Pelajar yang paling ngam dengan aku sejak awal lagi sehingga ada yang cemburu. Biasa la tu ...

Aku buka tingkap. Nah tu dia. Dua-dua tong air berada di depanku.  Tiba-tiba sirna semua rasa indah dan best tadi.  Rasa seronok dan happy.  Mungkin rasa sayang masih ada di sana, ia tak mudah datang dan tak mudah pergi.  Ok biarkan dulu rasa sayang di situ.

"Kenapa dua-dua kat sini?  Siapa khidmat air semalam? Kan mama dah pesan, satu letak atas satu letak bawah.  Tong ni tak transparent, semua main tekan je bila nak air.  Dah tu bila tekan tak de air bukan nak bagitahu pun.  Diam je.  Sebab itu bukan tugas dia.  Tugas orang khidmat air.  Sudahnya dua-dua dah kosong baru nak datang ambik air.  Mama pun kadang-kadang lupa.  Kita ni manusia mudah lupa.  Semalam mama pesan macamana?  Semalam mama keluar kan, sebab tu mama bagi dua-dua tong.  Tapi mama dah pesan kan.  Kamu Zack, ada kat tingkap semalam masa mama pesan."

Siti Hajar berlalu pergi.  Bukan tugas dia tetapi sejak awal lagi dia sangat rajin khidmat ambil air minuman.  Setelah jadual khidmat disediakan, dia juga ambil kesempatan apabila orang berkenaan alpa atau lupa.  Aku tidak memperdulikan dia sebab fokus membebel.  Serius.  Zack pun serius mendengar tetapi wajahnya masih lembut.  Adiknya datang, yang khidmat air minggu ini.  Danisyah seperti selalu mengaku tak tahu apa-apa. Aku menarik nafas.  Jadual sudah disediakan masih tak ambil tahu, dan mengaku tak tahu apa-apa.  Sikap klise orang yang nak menyelamatkan diri dari kesalahan.  Aku terpaksa melakukan sesuatu sebagai tanda ingatan dan kenang-kenangan sampai bila-bila. 

Aku mendekati Danisyah.  Aku pegang bahunya dan tangan kananku meraba pinggang Danisyah.  Aku kutil di situ.  Sekadar memberi rasa tersentak dan sakit namun insyaAllah tidak berbekas.  Hanya mungkin berbekas di hati.  Aku tak sampai hati nak cubit semut api yang memberi kesan lebam biru.  Masih cubit-cubit sayang haha ....  Danisyah diam sahaja.  Aku masuk dan tutup tingkap.  Baru je nak kembali bertugas, suara Syafa memanggil aku kedengaran. 

Aku keluar semula dan mendekati Syafa.  Tanpa berkata apa-apa, aku lakukan perkara yang sama terhadap Danisyah tadi ke pinggang Syafa.  "Semalam mama pesan apa?"

Syafa tercengang-cengang, agaknya cuba mengingati semula pesanan aku semalam.  Dialah yang mengambil tong air kedua tengahari semalam.  Akhirnya dia faham.  Begitulah ...

***

Syirah, penolong ketua pelajar,  berdiri di muka pintu.  "Mama, nak khidmat taam tolong tak?" 

"Tak perlu."  Walhal aku agak kelam-kabut tetapi masih ada keyakinan akan selesai dalam sekejap masa.  Masa untuk sarapan semakin hampir.  Ah, mengapa aku selalu cool dan kemudian kelam-kabut.  Tetapi ... tetapi ... ada nikmatnya.  Thrill!  It s enjoyable actually!  Fokus dan siap!  Haha ....

"Mama janganlah bad mood."  Syirah yang banyak berkongsi rahsia hati dengan aku bercakap selamba.  Ah, sebenarnya rahsia Syirah sudah menjadi rahsia umum sejak awal-awal lagi.  Kategori personaliti ekstorvert, cepat membongkar perasaannya dan selalu berinisiatif.  Anak bongsu yang perasa. 

Kemudian, di tingkap rumah pink, Zahra menjerit halus, "Mama, jangan la bad mood mama ... haha ..." Aku yang sedang mengambil dua tong air kosong di depan pintu buat muka serius.

"Kejam!  Kejam!"  tedengar pula suara Sofia dari tingkap dapur. 

Aku lantas berdiri tegak,  "Sapa yang kejam???"  Tetapi Sofia yang besar tinggi tetapi bersuar halus telah berlalu tanpa perasan aku bertanya begitu.  Firah yang berkumur-kumur di singki dapur berdekatan tingkap itu angkat bahu, "Tak tau!"

Akukah yang kejam sebab membiarkan tong air kosong itu tergeletak sepi semenjak dihantar Siti Hajar tadi???  Arghh perdulikan!  Aku faham, Sofia anak kawan baik suamiku itu memang pandai bergurau seperti ibu dan ayahnya juga. 

Kini, mereka seperti menyimpan rahsia aku di dalam poket.  Aku marah, mereka mengalah.  Sebentar lagi suasana hangat akan kembali normal dan rancak semula.  Hai mujahidah!  Menyimpan amarah dendam is not my style, apatah lagi kepada kamu semua. Musim merajuk naik ke pucuk kelapa dan membawa diri ke pulau tunggal yang sepi sudah berlalu.  Merapu melepaskan perasaan di LINE, hanya Z.A yang tahu agaknya haha ... Namun surat-surat pujukan dan meminta kemaafan masih aku simpan, special tu.

Rasa sayang selalu aku fikir-fikirkan.  Sayang hendak meninggalkan mereka.  Sayang kenangan bersama mereka.  Sayang setiap saat dengan kerenah dan keletah mereka.  Tetapi suatu hari tidak lama lagi, aku harus mengundur diri.  Semoga insan pilihan Allah yang datang mengalas tugas luar biasa istimewa ini adalah seseorang yang jauh lebih baik dan lebih prihatin.  Lebih pandai masak dan akan menyayangi mereka lebih dari aku. 

Namun, biarlah aku tetap menjadi kenangan paling indah dan manis buat mereka sampai bila-bila ... dengan segala kerenah aku terhadap mereka pula. 

Hai mujahidah!

Tuesday, September 9, 2014

Sarapan apa hari ni?

Nasi goreng ikan bilis tabur enak juga kan.  Alhamdulillah, Allah Maha Pengasih Maha Pemurah.  Masa ni sedang merebus daging, insyaAllah sup daging untuk hidangan tengahari.  Mudirah dan beberapa pelajar kurang sihat, sakit tekak, demam, maka aku bercadang buat sup saja dengan sedikit minyak untuk tumisan.

***
Di majlis perkahwinan gilang-gemilang anak saudaraku sebelah suami, sampai je kat depan lobi dewan, adik ipar sepakat dengan suaminya menggiat aku supaya buka meja untuk jualan buku.  Aku senyum sumbing saja.  Selesai makan dan santai bersama keluarga, suami menyuruh aku mengambil buku dari dalam kereta, ada yang berminat nak membeli katanya.  Santai lagi.

Ada karaoke ...

Hidayat bercakap-cakap dengan ibu saudaranya yang sentiasa menawan.  Aku perhatikan je.  Entah apa.  Si ibu saudara yang sentiasa menawan tu tergelak dan seperti menyuruh dia berbuat sesuatu, atau menyokong dia berbuat sesuatu. 

"Nape?"  aku bertanya dengan suara tenggelam timbul dek lagu karaoke.

"Hidayat nak promote buku kak Intan kat DJ tu haa ..."  jawabnya dengan senyum sentiasa menawan.

Hmm angkat kening aku.  Anak bujang hensem ni dari tadi menyusun buku aku ikut citarasa dia.  Fikirannya berjalan rupanya.  Now dia mahu promosi lebih lagi.  Tak lama kemudian kedengaran suara DJ membuat pengumuman novel Seharum Doa Bonda memenuhi seluruh dewan.  Bergema-gema suaranya.  Nama aku turut disebut juga.  Wahh ... andai tak pakai niqob tentu aku menghilangkan diri sebentar di mana-mana.  Tetapi aku rasa biasa saja, tiada apa-apa.  Niqob membuatkan aku rasa safe.  Usah kata aku je perasan lebih.  Memang aku terperasan.  Nama aku disebut wehh ... aku menghidap penyakit darah gemuruh sebenarnya.  Yang membantu rasa tenang ialah memikirkan aku berada di kalangan saudara-mara sendiri.  Jemputan pengantin dah tentu ramai yang aku tak kenal, dan mereka pun tak mengenali aku.  So apa ada hal.  Buat tak tau saja sudah la. 

***

Karaoke ...

Lepas seorang, seorang ipar duai aku menyumbangkan lagu.  Yang suara melentik ada.  Yang memang sumbang ada.  Lari tune ada.  Buat aku gelak je dengan kakak ipar garang aku tu.  Aku perhatikan suami tekun berfikir.  Serius je.  Aku bisik kat kakak ipar, ada orang tercabar ni.  Dia dah faham apa maksud aku tu.  Haihh jangan pak janggut pi karaoke sudah la hahaha ...

Mak saudara dari Singapura pun join sama.  Khabarnya dia pernah masuk talent time bersama allahyarhamah Syarifah Aini satu ketika dulu.

Tiba-tiba berkumandang lagi My Way.  Dah agak dah ....  ada orang tak boleh tahan kepanasan tengok abang adik sumbang suara.  Nah, pak janggut dah pegang mic dah, aku bisik kat kakak ipar.  Sabar saja la kann ...

Dalam hati teringin gak nak join sama tapi MALU lebih.  Kalau tak malu, dah standby belakang pak janggut nak sumbang suara.  Aku tak pernah berkaraoke, ok.

"Cuti next time kita gi karaoke nak?"
"Jom!"
"Kita ambik la bilik VIP, special utk kita je."
"Ok"
"Mama nak nyanyi lagu Rapuh."
"Wahh bestnya."
 "Macam yer yer jeh!"
HAHAHAHA ... berangan memang best.

Teringat masa kanak-kanak, bila datang mood nak menyanyi, aku akan menyanyi semua lagu yang aku ingat termasuk nasyid. Tapi kegemaran menyanyi tak pernah masuk senarai hobi aku ...  hari ni baru terfikir mengapa begitu ...

Bila pergi jemputan kahwin yang ada karaoke, hati rasa kurang selesa.  Tetapi bila ahli keluarga buat kenduri kahwen dan ada karaoke, aku ok je.  Aku masih memikirkan hal ni.  Mungkin aku tak dapat nak mengelak dari meninggalkan majlis tu secepat mungkin.  Majlis yang di situ berkumpul mak abah mertua dan ipar duai semua ada.  Hmm ... anggap ikram saja la ...  Aku rasa ok mungkin juga sebab lagu pilihan tak teruk dan gedik.  Tapi dua tiga lagu akhir entah siapa nyanyi tu aku kata lagu gedik, yang akhirnya aku diberitahu ia lagu sitinurhaliza ... lagu tak gedik tapi suara tu gedik. Lagi satu sebab DJ pun beli buku aku lepas promosi tu ... takde kena mengena ni.

Apa pun, aku azam tak akan buat kenduri kahwin anak-anak aku di dewan.  Tiada pakaian sedondon.  Tiada flower girls.  Tiada karaoke.  Tiada pelamin untuk bersanding.  Tiada tepung tawar berinai.  Cool je macam majlis kahwen ustaz tempohari yang mak aku kata macam majlis orang mati aduhaiiii ... sebab takde lagu-lagu. 

Cenderahati mungkin sebotol minyak wangi.  Simple tetapi menjadi majlis yang diberkati Allah.  InsyaAllah. 




Monday, September 8, 2014

Assalamualaikum.
Salam pagi.

Hari ni kurang sedikit rasa ceria.  Rosak reputasi den.  Terlambat buat breakfast.  Aduhhaii ...  Gara-gara terlelap, ahh ...  Tukar topik la.

Saya dengan ini memohon ribuan maaf kepada sesiapa yang mungkin telah terluka dan kurang gembira dengan sikap saya.  Sebagai insan biasa yang serba lemah.  Tak banyak, sikit, mungkin ada seketul dua hati-hati yang kurang enak dengan respon saya di mana-mana ruang yang wujud. 

Maafkanlah saya.  Sebelum tidur tu ... atau bila tiba-tiba teringatkan saya. 

Apabila tiada hati yang menyimpan rasa terbuku kecewa.  Ingatan menjadi bersih dan jernih.  Perasaan menjadi lapang dan tenang.  Muncullah gembira dan kesyukuran kepada Allah.  Semoga menjadi mudah insan mendaki laluan menuju nafsu yang tenang.

InsyaAllah.

#calonmenantipanggilanIllahi



Saturday, September 6, 2014

Haidh dan mencari Seharum Doa Bonda

Now is 1.37am.

Aku baru nak balik ni. Baru usai majlis baca aurad Ahmadiah. Guru bagi talk pakai mic tapi tak mampu kudengar. Suaranya tak dapat kutangkap buah butir dan sebenarnya aku sudah mengantuk keletihan. Pagi tadi maraton buat breakfast bihun goreng dan masak tengahari. Lepas tu terus pecut ke ITBM jemput novel aku yang diberikan oleh ITBM serta tempahan 30 buah untuk diri sendiri. Then menghadiri majlis pernikahan anak saudara perempuan sulung suamiku di Wangsa Melawati.

Ni ada sikit kisah menarik boleh dikongsikan tapi tunggu sat. Nak melapor dulu nanti miss pulok. Esok lagi sehari akan berada di sana juga, majlis makannya. Balik dari majlis pernikahan, ambik al quran wakaf kat ustaz berkenaan. Terus balik, sambil berwassap dengan Za lepas tu terlelap. Jaga, aikk..masih kat highway tersangkut dengan jem. Sabo je la .. Sampai rumah ngam-ngam azan Maghrib. Alhamdulillah.

Lepas tu pulun buat sandwich tempahan pelajar. Sempat buat dua jenis je, tuna dan sardin. Tolo tak sompek...sobab tk sompek rebus. Tangguh esok. Laku sandwich tu alhamdulillah. Sebagai alternatif burger, sosej dan nugget yang mereka kirim pada ustazah. Sandwich lebih sihat daripada makanan berproses tu.

Aku membebel kat bongsu, " Kalau elok dah lama mama beli simpan kat freezer. Ada kamu tengok mama beli? Ada? Takde kan! Maknanya tk baik untuk kesihatan." Terkulat-kulat je dia kena mare ngan aku.

Order dia sorang je dah RM10. Ntah hapa dibelinya? Megi goreng pun ditempah. Suka dia je. Memang aku hangin. So mendadak je idea sandwic ni. Terpaksa ketepikan rasa nak malas, nak bagi anak makanan sihat. InsyaAllah. Beli sardin dan tuna halal. Roti halal. Eh, tuna tu berproses jugak ke? Takkan nak pakai ikan tuna proses sendiri pulak adoii...jadi tak boleh lari dari 'proses' gak la yer? Hmm...tapi setidak-tidaknya, takde la lemak dan daging dicampur sekali macam frozen food yang aku maksudkan tadi. Jauh lebih baik kann...

Lepas selesai urusan sandwich dan bersekali pelajar teruja menempah novel aku, pecut ke Darul Saka. Mula terasa letih dan tersengguk-sengguk lelap. Aduhai ...

***

Aku minta kepastian dari Za. Udah tau jawapannya tapi rasa serba-salah menghilangkan keyakinanku. Ye, ini memang teruk! Jawapan Za sama. Maka aku kembali teguh pada kebenaran. Wanita uzur haram berada di tempat solat melainkan terpaksa melaluinya. Maka aku ajak suami duduk di meja makan yang dipasang dua baris panjang di luar surau.

Semua perempuan sudah berada di dalam. Tadi aku masuk sekejap hanya untuk meletakkan hantaran tas tangan yang aku bawakan dari rumah pengantin perempuan, anak saudara suamiku. Dekat jo surau eh, kami jalan kaki yo. Lepas letak hantaran, aku segera keluar dari surau. Di luar, aku santai je dengan suami. Leka dengan tab masing-masing. Beberapa orang biras iaitu suami kak ipar dan adik ipar sama melepak di situ. Barang hantaran selesai dibawa oleh yang lain.

Tiba-tiba aku dipelawa masuk untuk bergambar.
 "Tak pe la, uzur." sahut aku. La ni dah kurang minat bergambar-gambar ni.
 "Meh la duk dalam," pelawa lagi. "Kita pun uzur ni."
 "Err tak pe la."
 "Tak pe duk dalam, bukan menitik pun," kata akak ipar sulung aku yang masih cun tapi garang sikit tu.

Aku diam je. Membeku sambil main tab.  (Akhirnya ipar-ipar aku ni juga telah membeli novel aku dan mempromote sesama mereka, haha ... ipar-duai yang vogue gitu ... terima kasih atas sokongan anda.  I love u all.  Tapi hukum tetap hukum ...)

Sebenarnya hal wanita haid di tempat solat sudah acapkali dipermasalahkan. Sefaham aku, hukum tetap hukum. Menitik ke idak ke, tetap haram sebab ia berkait dengan hadas besar. Wanita tidak berkeadaan suci waktu haid. Bagaimana boleh ia berada di tempat solat yang suci? Walaupun kini ada pad bermacam saiz yang menghalang darah jatuh ke lantai surau masjid.

Masalahnya mudah. Manusia suka adjust hukum ikut suka, ikut logik akal je. Dulu aku pun fikir gitu jugak.  Tetapi akhirnya aku faham mengapa.

Ok la. Tak bermaksud jadi rujukan pula. Aku sentuh secara sipi sahaja. Silalah merujuk kepada yang lebih arif sekiranya ragu-ragu.

Tu la kisah menarik yang aku maksudkan.  Tentu lebih menarik kalau aku ceritakan jugak macamana aku buat bodo je duduk ngan biras-biras lelaki sambil main tab.  Suami dah masuk ke dalam nak tengok gak pengantin akad nikah, dia sanggup tinggalkan bini dia yang ramai peminat ni sendirian.  Dah tau aku tak boleh masuk ke dalam.  Dia yakin aku selamat la tu kann ... Aku ngan biras-biras berdua pasang telinga sambil ikut gelak kecil bila juru nikah buat lawak.

"Awok dulu berapa kali?" tanya aku selamba pada seorang biras, yang mulutnya selalu bertutup rapat macam ada emas kat dalam mulut tu.

"Ntah la tak ingat, sekali ke dua ntah ..."  jawabnya dengan gelak berbaki.  Hmm boleh tak ingat pulak yer ...

Pada masa yang sama, dua anak buah lelaki yang terkenal lasak mula keluar masuk dari pintu sliding surau.  Biras seorang lagi, suami akak ipar mula jerkah mereka.  Yang seorang nampaknya boleh faham, tapi yang kecik sikit, anak adik ipar bongsu aku, tak terkesan pun.  Aku pun menunjukkan prihatin sama, bagi amaran supaya jangan hampir ke pagar luar surau, bimbang keluar ke jalan raya.  Ada juga tugas aku duduk kat luar ni nampaknya.  Tak lama kemudian seorang wanita sampai, tergesa-gesa nak masuk tapi macam serba-salah.  Aku jadi penyambut tetamu pulak la, menyongsong dan menunjukkan pintu masuk ke dalam surau.

Sudah 2.35am. Nak tidoq la pulok. Esok lom tentu dapat update blog. Marathon lagi, untuk majlis jamuan meraikan pengantin pula insyaAllah.

***

Novel sulung sudah terbit! Alhamdulillah syukur ke hadrat Allah. Terlepas dua pesta buku, iaitu pesta buku Malaysia dan pesta buku Selangor. Aku tetap yakin ada hikmahnya. Macam juga penulis Seharum Doa Bonda, novel ini diharapkan akan evergreen selamanya. Tak mustahil, insyaAllah. Hehehe ...  Berangan dan berharap memang best.

Kepada peminat blog Seharum Doa Bonda ni, andai mahu mendapatkan novel Seharum Doa Bonda, boleh direct beli kat den.  Semalam buat pertanyaan kat kaunter ITBM berkenaan kedai buku yang ada menjual buku terbitan mereka.  Memang sukar sikit nak menjumpai buku-buku terbitan ITBM di kebanyakan kedai buku, sebab apa ... aku kurang maklum. Dan yang lebih penting agaknya, kat kulit buku novel tu ada sedikit biodata aku.  Tarikh lahir pun ada, walaupun ia bukan tarikh aku lahir ke dunia, hanya tarikh pendaftaran rasmi di balai polis ketika itu, hanya berbeza beberapa hari sahaja.  Nak tau tarikh lahir aku?  Dah tengok, ingat le sampai bila-bila ye ... hehe ...  Pesanan kepada yang sibuk nak tau saja ... haha

Kedai yang ada menjual ialah kebanyakan MPH, KONUKUNIYA DAN KEDAI BUKU 1 MALAYSIA, termasuk di KEDAI BUKU ITBM (alamat : Wisma ITBM, No 2, Jalan 2/27E, Seksyen 10, Wangsa Maju, 53300 Kuala Lumpur, Malaysia.  Tel : 603-41451800  Faks : 603-4145 0753.  E-mel : publishing@itbm.com.my      Laman web : www.itbm.com.my) sendiri.

Sekiranya nak beli kat penulisnya tu, siap ngan sign (sebut gak le, kot-kot ada nak sign dia kann), boleh pm kat fesbuk dia search Seharum Doa Bonda. Atau kat page Seharum Doa Bonda.  Harga direct ngan dia, ada diskaun, sebagai penghargaan atas sokongan yang diberikan.  InsyaAllah, didahului dengan ucapan jazakillahu khoyr katheera.  Aameeen.

Aku angankan novel ini sampai ke perpustakaan Seria, tempat aku selalu lepak dulu.  Semoga Allah permudahkan dan sampaikan hajat di hati ini.  Masih rindu untuk bermain air di Pantai Lumut.   Masih aku terasa ...

Jumpa lusa la kot, insyaAllah. Allahumma soiyiban nafi'aa.. Eh ni doa ujan daa..

Allahumma bismika ahya wa amutu...dengan nama Allah kami hidup dan kami mati. Aameeen. Jom tido.

Friday, September 5, 2014

Sambil mengacau air putih yang dicampur sesudu cuka epal, sesudu madu Tualang special (katanya) dan sesudu pati delima.  Telinga menangkap suara ketua pelajar memberi arahan kepada anak-anak buah supaya masuk saf segera.  Azan baru sahaja selesai berkumandang.  Aku ... uzur syar'ie. 

Semasa menghulurkan air kopi panas campur susu cair pagi ni, aku diberitahu Zack, malam tadi mereka tidur sebelum jam 10.  Wahhhhh!!!  Hampir sejam awal tu!  Luar biasa perubahan drastik dibuat dek isteri Maulana yang cun tu.  Hehehe ... 

Semuanya cepat siap malam tadi.  Menurut Zack, ustazah N suruh tidur awal supaya dapat bangun awal untuk solat Hifzi pagi ini.  Setiap malam Jumaat mereka melakukan solat untuk menguatkan ingatan hafalan ini, semenjak disarankan oleh Ustazah F dulu.  Bacaan surahnya ialah surah Yassin, Ad Dukhan,  As Sajdah dan Al Mulk.  Solat ini ambil masa dalam setengah jam sahaja, dimasukkan dalam agenda qiamullail. 

Hebat pelajar madrasah aku ni.  Semua bangun menunaikan solat Hifzi berjemaah.  Madrasah anak-anak yang lain, kata mereka tidak istiqomah pun, means sapa nak buat buatlah.  Tak nak buat tiada paksaan.  Maka aku pun memaksakan ke atas anak-anakku yang lain tu, yang berdua lagi yang menghafaz juga.  Hmm tak tau  la buat ke tak, dah lama terlupa nak bertanyakan hal ni.  InsyaAllah nanti aku tanyakan. 

Beberapa ketika semenjak kebelakangan ini, ada rasa sedikit kehilangan.  Salah sendiri juga sebenarnya.  Aku beralasan sibuk.  Sibuk dengan rutin harian.  Dan aku telah berazam mengurangkan semaksima mungkin aktiviti berWhatsApp dan yang sekutu dengannya.  Tetapi semenjak novel sulung siap dicetak dan akan masuk pasaran ni, aku tak dapat lari dari promosi di fesbuk.  Ia sekadar usaha zahir.  Selebihnya doa, semoga Allah izin habis terjual 1000 unit pertama ni dan diulangcetak berkali-kali.  Besar cita-cita den kan!  Tinggi melangit harapan di jiwa.  Tajuk dah best dah.  Aku suka benar tajuk yang diberi ni.  Cerita sederhana je tapi cuba baca nanti gaya bahasa den.  So cuba dapatkan kat kedai buku ye.  Nanti aku khabarkan perkembangan selanjutnya. 

Rasa agak kehilangan.  Merapu di LINE dapat aku tinggalkan, juga WeChat yang entah apa-apa.  Tetapi seorang kawan special di WhatsApp tu ... hmm ... sudah ada jarak antara kita.  Ke aku je yang perasan dan buruk sangka. 

Hampir setiap hari, setiap kali aku terpandangkan container tutup hijau yang pernah berisi rempeyek rangup sedap tu, hati bertanya, 'bila aku nak pulangkan bekas ni dengan isi yang lain pula?'.  Tidak sama keadaannya dengan biskut pelangi dan maruku sedap yang masih tidak berusik, entah bila dapat aku sampaikan kepada orang yang berhajatkan ia.  Rasa-rasanya aku jugak yang akan membedal biskut raya dan maruku tu sebelum ia expired, on behalf. 

Touching pulak pagi-pagi ni kan.  

***

Dunia ini sengaja dijadikan Allah begini.  Ia memang diciptakan begini.  Kehidupan yang dipersiapkan untuk menguji.  Apa yang diuji?  Teguhkah keyakinan pada janji Allah?  Pastikah ada kehidupan yang kekal di sana?  Benarkah percaya?

Selain rasa sakit dan kecewa, sedih duka, hampa derita, ada alat yang disediakanNya untuk menyalurkan racun yang berkumpul di dada.  Airmata.  Allah siapkan titisan air yang jernih berkilau, untuk menitis laju membawa bersamanya segala toksin yang tersimpan dalam jiwa.  Apabila ia mengalir menuruni pipi, jatuh ke riba, wajah menjadi muram, mata hilang cahaya, seri menjadi pudar, namun di hujung tangisan ada kelegaan. 

Maka, menangislah.  Rasakan aliran airmatamu mengalir di kulit wajah.  Biarkan ia jatuh dari dagu runcingmu, setitis demi setitis, bagai mutiara yang putus dari talinya.  Biarlah begitu.  Tidak ada kehinaan pada tangisan.  Dan serulah nama Tuhanmu yang Maha Melihat keadaan dirimu.  Dia Maha Mengetahui segala yang terdetik di seluruh jiwamu.  Tiada rahsia antara kau dan Penciptamu, yang Maha Halus.  Telah lama tersingkap segala parut halus dan luka parah berdarah yang terlakar di sanubarimu. 

Menangislah, kerana ia tanda jiwamu masih lembut dan tulus.

Tak mahu menangis?

Boleh juga.  Tapi redhoilah segala yang terjadi.  Engkau redho, Allah pun redho.  Engkau sabar, Allah jua yang memberi kekuatan untuk bersabar.  Tiada daya dan kekuatan melainkan kekuatan Allah semata.

Semuanya pelajaran dan pengajaran.  Takdir tidak pernah sama, seperti berbezanya urat halus di hujung jari.  Kekuatan juga berbeza.  Semua adalah pelajaran dan pengajaran dalam perjalanan madrasah kehidupan.  Natijahnya akan engkau sedar ketika di sana nanti.  Ketika Dia ajukan pertanyaan mengapa demikian dan demikian.  Apa yang telah engkau lakukan dan apa yang engkau persiapkan.  Dan sama-sama kita lihat ke mana tempat akhir untuk didiami.

Buat sementara, bersabarlah.  Kerana Dia sentiasa bersama, tidak pernah meninggalkan.  Hanya kita kerap terlupakanNya.  Itulah kesedihan sebenar.

Melupakan yang Maha Mencintai dan mencari cinta yang tidak pasti. 

Menangis dan bersabar.  Bersabar dan tidak menangis.  Mana-mana pun ok.  Tetap kena bersabar hehe ... 



Sudah jam 12.24AM.

Baru balik dari Wisma DarulSaka, hadir majlis Yassin Fadhilat. Mata sudah kier-kier ni, tapi ada pelawaan ke kedai makan pulok.  Tadi semasa bersiap-siap menyarung pakaian, baru je aku membisikkan azam NAK KURUSKAN BADAN pada diri sendiri. Namun ternyata aku ni jenis murah rezeki terutama bab makan.

Hari ni aku masak ayam gulai kuning. Dah lama tak masak gulai ayam.  Aku jangka mesti nasi licin.  Tak tau la apa citer diorang, sebab aku dan suami dah keluar awal jam 1030 tadi, bertepatan denga waktu mereka santai-santai sebelum tidur.

Petamg tadi aku menapak ke madrasah menjenguk mereka. Wahh rupa-rupanya sedang menerima order dari ustazah. Antaranya anak bongsu aku sendiri, dengan milo ais dan mee gorengnya.

Sesudah Asar aku yang terpisat-pisat dari lena menerima dua slice pizza.  Kata mereka ada seseorang menghantar beberapa kotak pizza ke madrasah.

Camana nak kurus ni ea ... Bukanlah gemuk sangat, kan dah kata kecik tak kecik tapi molek hehehe...

Now embun kejap lagi turun, suami ajak memanaskan usus pulak ni.  Suami parkir di depan kedai makan yang tak pernah kami singgahi.  Aku tak perasan di manakah ini....cuma masih di sekitar Jalan Kebun tentunya.

Meriah.  Ada cerita Hindi.  Tapi aku tidak melayan.  Mata pun sebenarnya sudah berat. Dah terkuap-kuap entah berapa kali. Wah kemain rancak muzik kat tv tu haa...sabo je la.

Ok, hidangan pesanan suami sudah tiba.  Perghh...macam hidangan tengahari jeh ni... Biasa, pesanan kegemaran dia. Nasi putih, sup tulang, ikan masin ngan cili bawang, telur dadar dan sambal belacan timun. Sebenarnya siang ke malam, lebih kurang ni la ordernya melainkan kalau ada anak-anak, ada la lauk tambahan untuk ikram mereka.  Setakat ngan aku yang asyik nak kawal makan ni macam ni je.

Mana pulak kuew teow kongfu aku yang dipesan dek suami tadi yer ...

Duduk je kat kerusi batu ni, tetiba ada makhluk bulus datang duduk kat kaki dalam jubah aku.

Cing..ni bukan kelambu yer...tau la sekarang musim demam denggi hehehe...


Stop dulu. Alhamdulillah, Kue teow kungfu dah sampai. Jemput makang ...

Thursday, September 4, 2014

Mamaaaaa ooo mamaaaa ... ada sampah tak mamaaaa?  Aku terdengar suara serak-serak basah di luar.  Dalam hati tertanya-tanya, dia tak nampak ke tong sampah aku kat luar tu?  Baru je aku pindahkan ke luar.

Yang kat luar tu apa?  tanya aku semula.  Lobak merah dan beberapa tangkai kacang panjang aku cucur di bawah pili air.  Pagi ni tiba-tiba terasa nak buat jemput-jemput bilis.  Boleh dicicah dengan kuah kari sayur labu air yang tak habis semalam.  Isi ikan cencaru yang berbaki dua ekor akan dicampur ke dalam kuah kari buat penambah perisa.

Ooo tak perasan la mama ... Aku tau Afiran bukan memandang pun ke arah dapur.   Mungkin sambil melangkah dia sibuk pakai purdah atau ... apa saja la.  Adik bongsu ustaz ni memang agak lawak orangnya.  Sensitif dan mengada-ngada pun iya.

Aku terus rancak menyiapkan adunan untuk digoreng.

Ihhh bangau ni!

Aku rasa pelik.  Mana pulak datang burung bangau? Hmm ... Afiran terus meracau kat luar dapur.  Aku mula dapat tangkap apa sebenarnya yang dimaksudkan Afiran.

Bukan bangau le, langau!! sahut aku dari dalam dapur.  Bangau dengan langau pun tak dapat membezakan ke ...  saja je kan Afiran ni.

Ohhh langauuuu!  Ihhh langau ni benci la!  Pegi la langau oiii!   Afiran terus membebel sendirian.

Beberapa langau hijau yang besar sudah menghurungi tong sampah aku pagi ni.  Apa tidaknya,  semalam mencuci ayam.  Kaki ayam dan bahagian dalaman seperti hati hempedal semuanya aku buang ke dalam tong sampah.  Pelajar yang nak menghafal tak sesuai diberikan makanan dari organ dalaman haiwan.  Jadi setiap kali mencuci ayam, aku harus buang bahagian itu.  Masa ada kucing dulu, aku rebus dan bagi kucing makan.  Kini era berkucing sudah tamat.  Yang ada hanya gambar kucing-kucing menjadi kenangan.  Sedih pulak.

***

Aku picit loceng.  Kelam-kabut sikit pagi ni.  Kalau goreng cekodok, memang lambat sikit siap.  Aku tak serik-serik akan hal ni.  Sepatutnya aku prepare lebih awal supaya siap on time, rungutku sendiri. Jadi untuk menjimatkan masa, besarkan sedikit api tungku dapur dan tak perlu tunggu cekodok kuning emas sangat.  Ia masak juga dan lembut tepungnya, sedap dicicah kari labu air campur daging ikan cencaru tu.

Zack, Syafa dan Siti Hajar memerhatikan aku menyiapkan sentuhan terakhir.  Segera aku hulurkan bekas air teh o panas dan bekas berisi jemput-jemput bilis.  Juga bekas kuah kari sayur labu ikan cencaru.

Eh, mama kata nak goreng nasi? tanya Syafa buat-buat terkejut melihat bekas jemput-jemput bilis yang aku hulurkan


Haah mama kata nak goreng nasi, ujar Siti Hajar mengiyakan.

Bila pulak mama cakap nak goreng nasi? Yang aku ingat ialah menerima bekas nasi malam tadi tapi tak bercakap pun pasal goreng nasi.

Malam tadi mama cakap macam tu, kata Zack, ketua pelajar yang lemah-lembut dan sangat penyabar orangnya.

Ye ke?  Mana saksi?

Saksinya Syafa, Syahidah.  Ermmm ...

Saksi tak cukup.  Tak boleh diterima.  Saksi mesti empat.  Aku teringat saksi orang bernikah.

Hehe ... ada la mama ... errmm lagi ... Nurul Iman, err ...

Hahaha dah la pi balik Jangan lupa bagi ustazah.

Tapi selepas aku selesai bersarapan bersama suami, selepas suami memuji kesedapan padanan jemput-jemput bilis dengan kuah kari, dan selepas bincang-bincang pasal nak plan lama nak buat sarapan pulut cicah sambal santan atau kuah kari ayam, aku menangkap jeritan halus dari Zack.  

Arghhh akak lupa la nak bagi Ustazah S sarapan ...  

Adohai ...

***

Masing-masing dah beri nama samaran untuk digunakan di dalam novel nanti.  Jadi semua nama yang aku tulis ni bukanlah nama sebenar.  InsyaAllah kita akan baca kisah-kisah mereka ni nanti.  Macam-macam ada.  Yang penting semoga jadi asbab hidayat seluruh alam. 

Kadang-kadang tercuit juga hati nak tulis cerita cinta.  Tetapi ... macam tak yakin je walaupun andai ia dapat dibukukan, ia mungkin ... lain dari yang lain.  Macam biasa la kan ... perasan idea canggih hehe ... Paling best ialah kisah cinta terhalang mahupun cinta terlarang.  Waaaaa ... amacam?  Cinta monyet, cinta remaja, cinta terpisah dek darjat, itu biasa saja.  Yang luar biasa, macamana yer???  Rasa bimbang juga, sebab cinta ni berkait dengan rasa.  Risau juga, sebab rasa yang menjentik jiwa menjadikan ia masuk ke alam khayalan semata.  Takut aku yang terbawa-bawa ... Tapi pasti ada caranya.  Supaya ia menjadi jauh lebih berguna.  Tengoklah macamana ... semua dengan keizinan Allah pastinya.  Tak tulis pun tak mengapa kalau sedikit sahaja kemaslahatannya, besar pula kejahatannya.

Cinta luar biasa ialah cinta terpendam.  Tak siapa tahu kecuali Pemberi cinta.  Tak berkongsi kecuali dengan Maha Rahsia.  Tiada asbab nyata melainkan hanya tahu ada rasa.  Bukan pula gila.  Ia datang sekali sekala.  Ia pergi begitu sahaja.  Tiba-tiba debaran menerpa.  Ingatan pun menyapa.  Rindu pun membara.

Apa-apa pun, bagi aku sudahkan RUMAH PINK DI LORONG ABU  ni dulu hehehe ...  InsyaAllah. 
ok, mama nak mintak tolong sikit boleh?

Apa dia mama?  Sentiasa teruja apabila aku buka mulut.

Mama nak ... ermmm ... setiap orang bagi biodata.  Boleh tak?

Nak wat pe mama?

Nak pakai masa tulis novel nanti la.

Mama bagi la contoh.

Mama nak nama, hobi, makanan dan minuman kegemaran ...

Tempat lahir nak jugak ke mama?  Alamat?  Nombor telefon?

Tak yah de ... nanti mama bagi kertas sorang satu denagn pen.

Ok mama.  

Tapi mama tak nak kamu ambik time kelas pulak!

Tak pe mama, kami ada banyak masa.  Lepas manzil free.

Time tu buat apa?

Time tu lepak ke makan ke borak ke ...

Ok.

***

Masa aku mengendap time solat Maghrib kat tingkap.  Beberapa orang menyerbu.  Yang lain sedang preparation nak masuk saf.  Ruang solat agak gelap sebab lampu ditutup.

Mama, salam.  Hulur tangan nak bersalam melalui tingkap.


Mama, kalau saya tulis apa saya suka apa saya benci boleh tak?  Dengar suara je, orang tak nampak.


Mama, saya suka tidur, melepak dengan baca quran, boleh tak saya tulis macam tu, segan pulak.

Mama ... 

Mama ...

Mama ...

Macam-macam depa ni kan ....
Aku semakin jelas.  Ada sesuatu yang aku rasa menjadi asbab dia dibuli dan diremehkan kawan-kawan.  Selepas menangis dan mengadu di pintu, selepas menerima panggilan telefon petang semalam, kini dia sudah ada 'rahsia' dengan aku.  Ada kesempatan, dia akan mencari peluang berdua-duaan denganku dan menyambung ceritanya.

"Siapa yang buli awak?  Mama sungguh-sungguh tak tau!"  tanya aku hairan.

"Itu lama dulu ma ... masa baru masuk sini."  Dia pun menceritakan satu dua kisah.  Tetapi masih mengelak menyebut nama-nama pemangsa, namun akhirnya terlepas jua setelah aku terus mendesak perlahan-lahan.

"Dia suruh saya basuh baju dia.  Time tu air kan takde.  Pastu bila air dah ada ustazah suruh basuh baju.  Dia suka-suka je suruh saya basuhkan baju dia.  Saya kata tak nak la, basuh la sendiri, dia jawab oooo takpe takpe macam ni ke ...basuh sikit je kan."

"Kenapa dia buat macam tu?" 

"Entahlah mama ..."  tetapi kemudian aku dapat menangkap mesej tersembunyi.  Inilah namanya akibat termakan budi.  Mak yang berbudi, anak rasa besar kepala.  Atau boleh juga begini; keluarga aku banyak tolong keluarga kau kan ... setakat basuhkan baju tu apa la sangat berbanding dengan ...

Itu bab dibuli.  Bab diremehkan ada juga.  Bila tanya sikit, si kawan tu marah-marah macam tak boleh ditanya pulak.  Dia pun pelik, tak boleh tanya ke?  Macam tak ada masa nak layan orang macam dia.  Lepas tu tengking-tengking.  Kenapa nak tengking-tengking macam tu? 

Sedih aku mendengar ceritanya.  Aku perhatikan wajahnya.  Matanya.  Bibirnya.  Anak rambutnya yang terjulur keluar dari anak tudung. Comel.  Adakah kerana kecomelannya yang menyebabkan dia diperlakukan begitu?  Aku terus memikirkan sambil mendengar ceritanya. 

***

Bukan wajah faktor utama.  Tetapi sikap dan pendidikan yang diterima dari rumah menjadi asbab utama.  Begitulah yang dapat aku simpulkan.  Aku selalu terimbas zaman kanak-kanakku suatu waktu dulu.  Wajah apapun parasnya mungkin sekadar sampingan. 

"Mama rasa kamu ni manja.  Kamu bongsu kan.  Jarak dengan abang dan kakak 6 orang di atas kamu jauh."  Abangnya yang kedua bongsu pun sudah 20an.  Patut la dia nampak sangat manja dan keanak-anakan.  Aku sendiri selalu keliru dengan usianya.

Sebenarnya ke mana pun dia akan pergi, selagi dia tiada jati diri, insyaAllah hal yang sama akan berulang.  Melainkan kelompok baru itu pun sama kategori dengannya; manja, keanak-anakan, muda dari usia dan kurang tegas.  Nikah sok, dapat suami beriman yang penyayang dan pandai membimbing isteri alhamdulillah.  Andaikata jatuh ke kaki bengkeng dan solat pun tenggelam timbul, naya. 

Ke situ pulak fikiran aku. 

"Mama rasa kamu kurang tegas.  Bila orang suruh, kamu buat je.  Dah kamu pun pelupa, khidmat kamu pun kamu sangkut.  So orang ada point nak kenakan kamu.  Cuba kamu konstant dengan khidmat kamu.  Tau apa kamu perlu buat.  Biar orang lain melepak ke borak ke, janji kamu teruskan tugas kamu.  Tu tanda kamu tegas.  Kamu tengok Siti Hajar.  Mama rasa tak ada orang berani buli dia.  Yang kecik pun sama.  Bandingkan Fiqah dan Armel.  Fiqah pernah dibuli basuh baju.  Tapi Armel pulak, orang asyik cerita kegarangan dia je hehehe ..."

Syawiena tunduk membelek jarinya.  Aku pula mendongak memerhatikan tangki air hitam yang baru dinaikkan ke atas tapak besi tinggi.  'Jangan ada yang main panjat-panjat tiang besi ni sudah,' fikirku terasa lucu.  Budak-budak perempuan ni boleh tahan juga lasaknya.  Entah apa-apa je dibuatnya nanti.

"Saya rasa pun macam tu la mama ..."

"So ..."  aku mahu menyudahkan bicara.  Baju basah anak bongsu yang dihulurkannya dari dalam bilik mandi masih menitik-nitik.   Aku mahu masuk memandangkan Maghrib kian menjelma.  Lagi lama berdiri di luar ni, risiko terhalang masuk makin besar.  "Tunjukkan sikap tegas.  Kalau tugas awak, awak buat.  Kalau bukan tugas awak, melainkan awak nak tolong tu lain cerita.  Ok."

Saat aku menulis ini tiba-tiba terbayang buah papaya benyek.  Terngiang-ngiang suara Syawiena yang lemak manja halus leweh berkata, "Ala yela yela nanti kita tolong awak la ... jangan la majuk ... yela yela kita buat la ni hek hek hek ..." 

Bukan senang nak belajar jadi tegas.  Tapi kalau tak nak dibuli keadaan, sama ada kita buli balik atau kita pertahankan hak kita sahaja.  Aku tak usik kau, kau jangan usik aku okeh. 

Perkataan TEGAS pernah masuk senarai sikap yang aku mahu berada pada diri aku sendiri.  Terimbas zaman remaja yang penuh gelora. 


Wednesday, September 3, 2014

Aduhhh duh duh duh ...

Rasa simpati menyerap perlahan-lahan di sanubari.  Syawiena (bukan nama sebenar) tersedu-sedu, airmata jernih menitis terus ke pipi mulus.  Beberapa ketika dia bercakap di telefon tadi, aku yang sedang mencuci bekas makanan di sinki mula mendengar dia menahan esak.

Aduhhhh .... saat ini aku pula diserang rasa bersalah.  Teringat sejak akhir-akhir ini hampir setiap hari aku akan mengingatkan dia supaya memberi Mimi makan.  Kadangkala aku pesankan pada pelajar khidmat taam yang datang mengambil makanan apabila terpandangkan kucing betina bulu panjang coklat hitam itu menguja mahu masuk ke dapur.

Hairan.  Pelajar baru datang bersama kucingnya, meminta izin tinggal bersama di madrasah dengan alasan tiada sesiapa nak jaga bagi makan kat rumah.  Aku cukup hairan.  Mujur Mimi perangainya baik, sopan dan pendiam.  Tetapi ada juga dia memanjat meja dan mencuri ikan di sinki.  Sudah dua kali dia beranak di sini.  Itu semua menjadi asbab untuk mengklasifikasikan Syawiena ke dalam kelompok gadis yang keanak-anakan dan manja.  Anak bongsu dan cantik pulak tu.  

"Syawiena , dah beri Mimi makan?"  dia geleng kepala sambil menyuap nasi ke mulut.  Dia menoleh memandang aku yang sedang tegak berdiri memerhatikannya dengan muka serius.  Matanya jernih sahaja dan wajahnya tenang seperti tidak terkesan apa-apa.  Aku nampak Jingga anak Mimi mengambil tulang ayam dari talam yang sudah kosong, ditinggalkan untuk dikutip dan dicuci pelajar khidmat mencuci.  "Lain kali bagi kucing makan dulu, barulah dia tak mengacau time kamu makan.  Tengok tu!"  ujar aku masih garang.

Syawiena mengangguk-angguk perlahan.  Dia memang acapkali terlupa.

"Mama, saya sedar kekurangan saya."  Dia teresak-esak semula.  Kata-katanya terputus-putus dek esak tangis.  Bulu matanya yang panjang lentik basah dek airmata yang turun laju ke pipi.  "Diorang buat saya macam saya ni 5 tahun dan diorang sudah 20 tahun."  Dia terhenti sejenak.  Airmata semakin lebat membasahi wajah yang mulus.  "Saya tak tau nak cerita kat sapa.  Keluarga saya semua buat tak kisah je.  Cuti raya hari tu saya cerita kat sepupu saya."  Dia kembali teresak-esak.

"Awak cerita apa?"  aku bertanya musykil

"Saya cerita la pasal ni semua.  Pasal kawan-kawan.  Pasal pelajaran.  Pasal ... macam-macam."  Ya, dia mencari seseorang untuk meluahkan perasaan yang terpendam.  "Lepas tu dia ajak saya belajar alimah kat sana.  Tapi saya tak nak mak saya fikir macam-macam, saya kata tak pe la tak nak.  Saya tak bagitau mak pun."

Aku diam mendengar.  Ya, aku dengar sungguh-sungguh.  Aku memikirkan halnya.  Simpati pun memuncak-muncak di seluruh jiwa.  Rasa bersalah juga menerpa, seperti tangan yang muncul menampar muka.  Syawiena , yang sentiasa tersenyum dan pandai menyembunyikan rasa.  Kelembutannya selalu disamaertikan dengan kelemahan.  Kejujurannya disamakan dengan mengadu domba dan khianat.

Aduhhhhhh ...

"Tak mengapa, menangislah saja.  Lepas ni cuci muka dan berwuduk.  Kalau rasa tak mampu bawa, bincang dengan ustazah.  Pasal pelawaan ke Terengganu tu, tak mesti di sana lebih baik dan kurang cabaran.  Nanti kamu ulang-alik, kamu akan berpapasan dengan orang lelaki. Itu boleh saja jadi satu ujian untuk kamu."  Aku cuba membayang-bayangkan kemungkinan baru kepadanya.  "Apa-apapun, nanti kalau rasa berat nak buat keputusan, istikharohlah.  Minta keputusan dari Allah."

Dia mengangguk perlahan.  "Mama jangan cerita kat sesiapa ye."  Pesannya dari awal.

Bahunya kupaut dan usap perlahan.  Aduhaiiii ... Sungguh tak kusangka sebegini terkesannya dia dengan suasana.  Sungguh aku tak menduga!!!  Benarlah kata pepatah, air yang tenang jangan disangka tiada buaya. Di sebalik raut wajah yang tenang indah ini, ada satu bebanan yang sangat berat tidak dapat ditanggungnya.  

Aku terpandang mata Siti Hajar (bukan nama sebenar) meninjau dari balik langsir ruang belajar.  Matanya memberi isyarat, 'Nape tu mama?'  Aku cepat-cepat fokus semula kepada gadis yang sedang menangis tersedu-sedu. 

* Wahai para ibu, khabarkanlah pada putera-puterimu, bahawa di mana pun berada, Allah sahajalah sahabat dan Pemelihara.  Ibu dan ayah, hadir hanya sementara.  Perpisahan pasti akan menjelma.  Berikanlah hati sepenuh jiwa kepada DIA semata.  Dia yang Maha Mencintai, sentiasa mendengar keluh kesah jiwa yang derita.  Kasihan pada anak-anak yang baru menjenguk dunia.  Mereka pusing dengan kerenah sekeliling.  Inilah perjuangan dan jihad kita.  Mendidik anak-anak mencintai Yang Esa.  Di mana pun berada, hanya Allah sebaik-baik Teman dan Pemelihara.  Selainnya sementara semata-mata.

Syawiena , maafkan mama.

***

Last time, pelajar bermasalah yang pernah beberapa kali kerasukan ini mengadu, "Mama, abah saya bukan sayang saya pun.  Dia sayang kat mama baru saya je."

Aikk ... tetiba je.

"Mana ada ... mana ada bapak tak sayang anak.  Awak je buruk sangka.  Tak baik tau!  Nanti sangkaan awak jadi kenyataan, camana?"  Aku harap dapat menakutkan dia sedikit dan menukar buruk sangkanya tu kepada sangkaan yang lebih baik.

"Iye la mama.  Abah saya tak sayang kat saya.  Bla bla bla ..."  Macam-macam la contoh dan bukti yang diajukannya, yang aku dengar sambil lewa je.

Aku sempat ziarah raya ke rumah mama barunya tempohari.  Kira kenal juga la seorang dua ahli keluarganya.  Ok je.

Di wassap, aku sampaikan kata-katanya kepada mama baru.  'Semua ok je.  Cuma dia kata abah tak sayang kat dia.  Saya pun ... bla bla ba ...'  menjawab pertanyaan khabar dari mama baru.  Dia mengadu kena kudis gatal-gatal.

Khabar kat dia, abah dia sibuk sangat.

Ok, don wory kak.  

Selang beberapa hari, aku menerima pesanan meminta dia bersiap, sebab abahnya nak datang bawa ke klinik. 

"Mama...awat la mama habaq kat mama baru saya pasal tu?"

"Pasal tu apa?"

"Pasal saya kata abah tak sayang saya tu la ..."

"Eh kena la habaq.  Kalo tak habaq camana depa nak tau awak rasa hat tu.  Betoi tak?  Haa tengok, cepat-cepat abah awak datang bawak gi klinik."

Demi untuk kebaikan semata-mata.  Beruntunglah pelajar yang memiliki ibubapa prihatin kepada perasaan anak-anak.

Semenjak itu dia tidak lagi mengadu abah tak sayang saya.  Kini timbul azam baru nak khatam segera pulak. Isu nak kawin cepat pun macam dah lupa je.  Hihihi ... hai macam-macam.

* INsan selalu rasa terpinggir di tengah keriuhan.  Hanya kesibukan yang membuatkan rasa leka.  Tetapi mudah benar manusia rasa kurang kasih dan sayang.  Kurang diperhatikan.  Kurang diendahkan.  Apakah hakikat kasih dan sayang?

Hanya Allah yang Maha Pengasih Maha Penyayang.  Dapatkan kasih sayang cinta Allah.  Yang mencintai akan dicintai.  Letakkan kasih sayang dan cinta pada yang berhak.  Kasih 1 persen di dunia sentiasa jadi rebutan dan dambaan.  Jiwa muda yang rapuh memang tercari-cari belaian kasih.

Indahnya dapat berkasih sayang.

Search This Blog

Blog Archive

Rakan Blog

Pakaian Muslimah

cinta hingga Firdaus

Lilypie Angel and Memorial tickers

Terima kasih :)

Follow by Email

utamakan Bahasa Melayu

utamakan Bahasa Melayu

Pantai Lumut

Pantai Lumut

Pantai Mersing

Pantai Mersing