Hadith


Beramal dan Menyampaikan


Random Hadith Widget

Bismillah

Bismillah

Tuesday, April 29, 2014

Aku tertanya-tanya, apakah ramai yang masih segar ingatannya terhadap peristiwa silam?  Mungkin ada satu dua peristiwa yang memberi kesan khas masih diingat, kan.  Ok, takpe.  Simpan dulu.

Sudah lama teringat guru ugama di sekolah rendah, satu-satunya guru perempuan yang kami ada.  Cikgu Z namanya.  Orangnya kecil molek, manis senyuman, sangat menyenangkan dan tegas.  Apabila cikgu melintasi meja, akan terbau harum bersih diri cikgu.   Cikgu sentiasa memakai baju kurung putih dipadankan dengan kain berwarna.  Tudung cikgu juga putih.  Kemas dan sangat bersih.  Setiap kali akan mengajar, cikgu  mulakan dengan dua doa penerang hati hingga secara tidak langsung kami juga menghafalnya tanpa diajar.

Ada banyak peristiwa indah bersama cikgu Z.  Dalam banyak-banyak tu, ada satu yang kadang-kadang menimbulkan pertanyaan hingga kini.

Aku masih ingat. Kaklong, kau ingat ke jugak?  Satu hari tu, cikgu suruh kita semua bukak tapak tangan.  Cikgu round dari seorang ke seorang.  Cikgu roung dan round satu kelas hingga sampai kat meja aku.  Dia pun pandang sekelimbas lalu.  Cikgu diam je, walaupun aku nak sangat tau apa yang cikgu fikirkan.  Cikgu berlalu ke kawan sebelah, kalau tak silap namanya Raf... .  Di situ cikgu bercakap, "Raf ... sangat suka menulis." (lebih kurang la macam tu, mana nak ingat sepatah-sepatah...)

Dah berpuluh tahun, mungkin aku pun dah salah ingatan apa yang dituturkan cikgu.  Apakah benar cikgu mention nama Raf ... aku samar-samar.  Beberapa tahun lepas, aku dapat tahu Raf ... jadi jururawat.  Apakah dia memang suka menulis?  Atau dia selalu tulis lapuran kerjanya?  Ada seorang penulis yang berkerjaya jururawat, mengambil teladan dari kisah-kisah di kalangan pesakit, tetapi setahu aku namanya bukan Raf ...

Aku pun belek tapak tangan sendiri walaupun aku tak tahu apa makna garisan-garisan yang ada ni.  Aku ada buku nipis berkulit warna coklat bertulisan jawi dengan penuh gambarajah tapak tangan, tetapi disebabkan aku telah semakin jauh dari tulisan jawi maka aku tidak dapat menelaahnya dengan laju dan sempurna.  Tambahan lagi atas kelemahan diri sukar pula nak memahami gambarajah yang disediakan.  Dan lagi, aku akhirnya berkeputusan, lebih afdal aku mengelakkan daripada mempelajari tanpa berguru begini karang lain pula yang menggurui aku, nauzubillah.

Kini setiap kali aku teringin belek tapak tangan sendiri, aku katakan pada diri, ini semua adalah tanda kebesaran Illahi.  Hanya Allah yang maha tahu semua rahsia.  Tidak mustahil ada yang diberikan Allah ilmu tentang hal ghaib dan rahsia tersembunyi.  Aku tidak berani nak mengatakan itu atau ini, bimbang aku melanggar had yang ditetapkan Allah.  Walau semasa remaja dulu, dengan sikap suka meneroka, sesama kawan saling bertukar informasi.  Macam mahir sangat, masing-masing cuba menelaah rahsia masa depan.

Melainkan apa yang cikgu aku kata tu.  Sebab tu sampai hari ni aku masih ingat peristiwa cikgu melihat tapak tangan.  Dan sampai saat ini aku tertanya-tanya sendiri.  Siapakah yang sebenarnya cikgu maksudkan?

Dah berpuluh tahun juga tidak bertemu cikgu, semenjak meninggalkan bangku sekolah ugama.  Tentu cikgu dah pencen.  Apa khabar cikgu agaknya?  Semoga cikgu sekeluarga sihat dan sentiasa dalam rahmat Allah.

Cikgu, saya pernah hantar kad raya kat cikgu tapi alamatnya saya agak-agak je.  Harap sampai ke tangan cikgu, sebab saya andaikan posmen kenal cikgu hehe ...

Cikgu, doakan saya.  Saya nak jadi penulis.  So saya harap saya la yang cikgu maksudkan 'yang sangat suka menulis' tu ... insyaAllah.  Aameen.

*moodmenulisperasanjadibudaksekolahbalik* maafjikaagakboring*

kaklong, masih ke kau ingat hari cikgu tengok tapak tangan kita tu? 

Monday, April 28, 2014

Aku kusyuk.  Berada di taman-taman syurga, adalah satu nikmat.  Kini aku berada berhadapan dengan meja taklim. 

Aku tunduk.  Mengantuk rupanya.  Kelopak mata begitu berat.  Apabila tengkuk terasa sakit akibat terlalu 'kusyuk', aku tersedar sendiri.  Hani di kiri tersenyum-senyum. 

Bertukar kitab kedua.  Bertukar juga orang yang membacanya.  Aku terus kusyuk dan tawaduk.  Petua nak hilangkan mengantuk ~ ambil telefon dan belek kiriman wassap.  Tetapi memang tak sopan.  Apatah lagi kalau aku keluarkan Lenovo Yoga yang seperti saiz buku nota ni.  Tiada adab, tiada hikmah.

Ya Allah, mengantuknya.  "Mama bangun pukul 4."  Aku berbisik kepada anak dara di kanan.  Meminta kefahaman kononnya, asbab aku tak dapat bertahan mata.  Dia angguk-angguk senyum.  Tangannya memicit tengkuk aku.  Sakit, dan mengantuk terbang sekejap. 

Terus kusyuk mendengar dalam sayup-sayup. 

Orang ketiga bangun mengambil tempat di meja kecil taklim.  Dia mula buka bicara.  Enam sifat sahabat dihuraikan. Ketika mata sesekali dapat dibuka, aku dan dia saling berpandangan.  Ya, dia seolah-olah berbicara kepadaku seorang.  Dia memandangku tepat-tepat.  Tetapi kemudian aku kembali kepada keadaan kurang sedar.  Di luar sadar dan di luar kawalan diri.  Aku hanyut entah ke mana.  Macam sehelai daun kering yang ditiup angin.  Umpama sehelai rambut yang terapung-apung di permukaan laut yang luas.  Tiada tepian entah mana tujuan. 

Sesekali mataku dapat dibuka lagi.  Aku kerling jam di dinding, nampaknya majlis ini semakin berakhir.  Alhamdulillah, kerana aku sudah tidak dapat bertahan lebih lama.

Kita azam untuk keluar.  Keluar tiga hari, sepuluh hari.  40 hari.  Setahun.  Sekiranya ada halangan untuk keluar, berdoalah banyak-banyak.  Macam ada kisah ni.  Dia nak keluar dua bulan tetapi tiada kecukupan.  Makanya dia berdoa dan terus berdoa.  Dia bersedekah setiap hari.  Tak perlu sedekah banyak ya.  Sedikit pun cukuplah.  Allah pandang hatinya.  Allah kabulkan hajatnya.  Dia setiap hari sedekah beberapa butir gula kepada semut-semut di rumahnya.  Butiran gula yang halus saja ya.  Alhamdulillah, ada orang lain yang sudah siap belanja untuk keluar dua bulan tetapi tergendala kerana sakit.  Maka belanjanya diserahkan kepada orang yang tidak kecukupan  ni ya.  Jadi tingkatkan azam ya puan-puan.  Azam untuk keluar khuruj. 

Kisah ini sahajalah yang benar-benar masuk ke hati aku dari seluruh permulaan hingga kesudahan majlis.  Subhanallah.  Aku terpesona dan terpegun.  Tersentuh.  Mengantuk pun hilang ketika masa sudah tamat.

Ketika memandu balik, aku mengulas semula kisah tadi kepada mereka yang bersama-sama mengikut ke majlis taklim. 

"Mama, mama mengantuk masa taklim.  Saya pulak mengantuk bila dah habis taklim."  kata Hani dengan nada manjanya.  Perli aku ke?

Tadi kucing jiran yang pulang berpantang di Gemas masuk takut-takut menegadah memandang aku.  Sambil mengacau sambal untuk buat sambal tempe goreng, aku pandang kucing kelabu ni.  Dia pandang aku balik.  Aku rasa macam mata dia sebelah hijau sebelah kuning.  Aku renung matanya untuk kepastian, dan dia balas renunganku.  Lapar agaknya.  Aku ambil tiga ekor ikan bilis (kucing tak boleh makan bilis banyak nanti bulu gugur, tak cantik) dan hulurkan pada dia.  "Kau doakan aku jadi penulis terkenal ye." 
***

Aku sentiasa menyokong dan memberi galakan kepada muhrimku untuk keluar khuruj.  Turn aku pasti akan tiba coming soon insyaAllah.  Mohon doa dari anda.  Allahumma aameeen.  Alhamdulillah.
Alhamdulillah. 

Bermula Subuh 15 April, selesai 28 April selepas Isyak.  Dekat dua minggu juga. 

Dicelah-celah jadual rutin hidup yang belum padam.  Aku azam istiqamah.  Buat kesekian kali.  InsyaAllah. 

Ia satu nikmat. 

Syukur, segala puji kembali milik Allah.

* tak larat nak tulis apa-apa dah.  12.59AM.

Sunday, April 27, 2014

gelihati

Dah namanya madrasah Lil Banat, pelajar perempuan belaka.  Itu satu perkara.  Ini madrasah pelajar bawah umur yang belum matang. Paling besar yang sudah bertambah usianya dari tahun lepas ialah 15 tahun sahaja.  Belum matang sangat pun.  Hanya beberapa orang.  Selebihnya kecik-kecik dari seusia 9 tahun ke atas.  Maka memang selalu menguji kesabaran. Complicated pun ada juga.

Dalam dua minggu lepas aku pernah menceritakan kisah gadis baran yang menangis kuat-kuat dalam bathroom.  Memang kuat esakannya.  Tak dinafikan.  Sekuat dia tertawa sebenarnya.  Macamana dia ketawa, macam itulah dia menangis.

Beberapa hari berlalu dengan tenang.  Tiba-tiba Intan menangis sakan dalam bathroom juga.  Kuat juga tangisnya.  Aku hairan.  Intan yang selalu tenang ini rupa-rupanya sesekali keluar tangisan memang kuat lalaknya.  Hmm ...

Semalam, Aisyah pula menangis. Tersedu-sedu dia sambil duduk menangkup atas lantai.  Sakit perut, adu kawan-kawannya.  Haihh ... aku kembali sibuk selepas meninjau keadaannya.  Dijenguk lagi, Aisyah sudah di bathroom menangis di sana pula.  Aku yang sudah siap mengaduk gula dan garam dalam air suam membawa dia masuk ke dalam dan menyudukan tiga sudu air itu ke mulutnya.  Kelat wajah Aisyah tetapi terpaksa akur.  Aisyah pun kuat juga suara mengugunya. 

Dan, terbaru adalah tadi.  Aku yang sedang sibuk memasak terkejut mendengar betapa kuatnya raungan dari madrasah.  Memang tangisan yang benar-benar menyedihkan, aku rasa.  Teresak-esak, tersedu-sedu.  Lama pula tu.  Selagi tak hilang sedihnya, menangislah dia.  Oh, rupa-rupanya Khadijah yang menangis sebab tak mahu balik dijemput kakak.  Khadijah pelajar ulang-alik, dia sudah merancang mahu tidur di madrasah untuk meraikan sambutan hari lahir Ainul malam ini.  Setelah mendapat keizinan dari semua pihak termasuk keluarganya (Khadijah kurang sihat) tiba-tiba kakaknya akan datang membawa dia pulang.  Mungkin ada kerisauan pada kesihatannya.  Hah, apa lagi, meraunglah si kecil molek ni. 

Aku gelihati pulak.  Apahal semua pakat bergilir-gilir hari menangis ni?  Sebelum ni, kalau ada yang menangis menyorok-nyorok je. Malu konon.  Tau-tau mata je merah basah.  Tetapi semenjak gadis baran tu menangis kuat tak de had, diikuti Intan yang pemalu juga tiba-tiba kuat pula tangisnya.  Kemudian Aisyah, dan Khadijah.  Dah macam satu lumrah pulak ye ...  Senarai itu tak dimasukkan lagi nama tuan puteri aku yang tak kurang kuat menangisnya, yang tak mengira masa suka-suka dia.  Terutama kalau aku tengah kurang mood nak melayan kerenahnya.  Atau dia hanya mendengar bunyi enjin kereta pergi meninggalkan dia tanpa khabar berita, walau sekadar nak isi minyak atau hantar pakaian Hidayat. 

Inilah warna-warni hidup bersama pelajar-pelajar muda ni.  Dia nak menangis, menangis saja tak de rasa segan dah.  Aku tak dapat bayangkan andai pemilik suara-suara serak basah seperti Sabrina, Afifah atau Mira pula yang dengan selamba menangis.  Entahlah, suara mereka ni ... serak-serak basah la katakan.  Hehe ...

Gelihati pun ada rupanya melayan kerenah pelajar di sini.  Ada lagi kisah dan cerita, tetapi kita slow-slow udah la ya.  Follow saja.

Yang pasti mereka semua adalah fisabilillah yang sedang berjihad di jalan Allah.  Andai mereka kembali kepada Illahi saat ini, pintu syurga siap terbuka.  Semoga Allah pilih mereka semua hingga tercapai matlamat asal berada di sini.  Allah lah yang memilih mereka untuk berada di bawah naungan rahmatNya.  Semoga Allah mudahkan urusan kita dan memberi petunjuk ke jalan yang benar, jalan yang diredhaiNya.

Allahumma aameen, insyaAllah.

Saturday, April 26, 2014

Selesai  satu kisah pagi di madrasah.  Aku bukak yoga lenovo.  Ada beberapa post di WhatsApp.  Ada sesuatu yang panjang dari seseorang yang sulit untuk dibaca sekelimbas lalu.  Tetaapi aku go tru.  Satu ayat mudah yang menyentuh hati.

THERE'S ISLAM BUT THERE'S NO MUSLIM. 

Tengok sekeliling dan lihat diri sendiri.  Aku. 

Tak dapat menulis tentang ini.  Aku harus menghadamnya, seperti perut aku yang sedang menghadam beberapa suap nasi lemak sebentar tadi.

Terima kasih ZA.  Sesuatu yang kerap menyentuh rasa, kerap datang dari dia.  Speechless.

wonder chef

Pagi yang mengantuk.  Namun sudah rancang dalam kepala, menu sarapan adalah nasi lemak enak banget.  Nasi akan dimasak jam 7.30 AM nanti.

Santai sambil melayan mata.  Ziarah pula bradokapak membaca sesuatu yang menarik perhatian.  Hmm, sudah 7.33 AM rupanya.

So, mari kita jadi wonder chef pagi ni.  Nasi lemak enak banget insyaAllah siap jam 8.30 AM tepat.

Tentulah yang pertama basuh beras yang sudah disukat seperti biasa.  Untuk menjimatkan lagi masa memasak nasi, masak air panas satu kettle. Sementara tu, bukak santan kotak dan masukkan dalam beras yang sudah bersih bersama lima sudu kecil garam halus.  Kacau dan on periuk.  Apabila air kettle dah off, masukkan air panas dalam periuk nasi.  Baca doa hidayat, selawat dan asma Allah, tiup, tutup.  Tawakkal.  Allah yang bagi sedap dan bagi masak.  Tak sempat nak letak daun pandan.  Cuma letak tiga batang serai.  Pun sedap tu ... insyaAllah.

Mula-mula kira budget telur untuk direbus dan cuci hati-hati usah sampai terlebih picit nanti pecah.  Rebus dengan api sederhana.

Budget cili kering (sudah siap digunting beberapa hari lepas) dan masukkan dalam kuali, direbus supaya hilang bisa dan tak sakit perut orang yang memakannya.   Tapis cili dan bersihkan kuali.  Masukkan minyak secukupnya dan pasang api dapur.

Bersihkan sebatang serai dan gunting halus.  Potong bawang merah dua biji.  Ambil bawang putih beberapa biji (beli yang dah siap kopek).  Masukkan semua ini dalam blender bersama  cili yang sudah direbus dan dijirus air bersih.  Masukkan sedikit belacan. Kisar.

Tiba-tiba, "Mama, masak apa tu?"  Ada mata mengendap dan suara di pintu.

"Jangan kacau.  Mama tak nak sesapa kacau, tengah sibuk  nih!"  Senyap.

Masukkan bahan kisar ke dalam kuali panas.  Kacau sekejap.  Alamak terlupa nak masukkan ikan bilis.  Ambil ikan bilis sedikit, cuci dan campak masukkan  dalam kuali.   Kacau.

Tiba-tiba, "Mama, nak masuk."  Suara lain pula.

"Tak boleh.  Jangan kacau."

"Mama masak apa?"  Masih nak tahu.

"Rahsia."  Jawapan macam biasa untuk mereka.

Ambil timun dan potong serong.  Masuk bekas, siap untuk dibawa ke madrasah.  

"Mama, nak plastik sampah."  Suara lain lagi.

"Nak besar ke nak kecik?"

"Nak kecik, nak kutip daun."

Cepat-cepat ambil plastik econsave dan hulur kat tingkap, tutup cepat-cepat juga.

"Kak, nak ambik buah tu boleh tak?"  Akak?!!

"Jangan kacau tengah sibuk ni."  Akak?!!  Eh, alamak, mudirah ke, aduii ...

Bukak tingkap.  Hehe ... sori,  ingatkan pelajar tadi.

Mudirah sengih.  Dia berhajat nak ambil buah mangga muda nak dibikin kerabu.  Amboiii sedapnya ... Ada pape ke???  Mudirah senyum, takde pape tak de pape ... mahu keluar negara jauh dua bulan le ...

"Kak, akak ada masalah ke?"  Blur kejap.  Hmm ...

"Tak de, ok je."

"Tak, abah tepon tanya akak ada masalah ke ..."

Ok, sudah faham hehe ...

Semalam semasa ambil borang klinik pelajar sakit dan hantar claim, mudir kata aku wajib ambil kursus memasak, sebelum lawatan pihak berkenaan ke sini.  Mendengarkan itu, aku mendapat peluang keemasan untuk bertanya semula.  "Err ... ada tak yang boleh gantikan saya memasak."  Semua hening terdiam.  Tak menyangka barangkali, seperti aku sendiri.

Lega rasanya, walaupun macam memberi kejutan pulak.  Nak tunggu suami bagi hint, tak tau bila.    Hanya dijawab dengan icon-icon WhatsApp gelak lidah terjelir dengan mata juling bagai tu.  Aku sendiri cuba mencari alasan yang paling kukuh untuk mengajukannya. Biar aku sendiri yang bagitahu.  Jadi itulah asbab mudirah menyampaikan pertanyaan dari mudir tadi.

"Begini, bila akak harus ambil kursus bermakna akak harus menjadikan ini satu profesyen.  Tentu tak kurang setahun, mungkin bertahun-tahun akak akan di sini.  Sebenarnya akak berniat untuk membantu pada permulaan ini sahaja.  Tak berhajat nak menjadikan ia satu kerjaya."  Mudirah menghadiahkan senyum dan angguk-angguk.

"Ooo ea ... jadi tak ada masalah la sebenarnya ya."  Minta kepastian.

"InsyaAllah tak ada apa-apa masalah.  Awak tau la kan, akak nak menulis."  Sungguh!  "Tiga orang mak akak pun dah semakin uzur."  Tak tau macamana nak sambung.  Tersangkut pulak.  Pelajar akan bertambah sehingga jadi 50-60 orang.  Bangunan akan dibesarkan dan dinaikkan menjadi dua tingkat untuk asrama.  Tenaga yang berkhidmat tentulah perlu lebih profesional, sama ada tenaga pengajar, pengurusan, dapur dan warden. Sebenarnya akak nak jadi warden jeh hehe ... boleh tak? Ke nak kena bekas askar je jadi warden.  Dorang sangat setuju akak jadi tukang masak. Dorang pun kata okeh je bila akak jadi warden. 

Mira muncul di belakang mudirah, main-main mata.  Nak ambil sarapan le tu.  Aku terus berbual dengan mudirah.

"Mama, nak ambik sarapan."  Akhirnya Mira bersuara, kurang sabar agaknya menanti.

Setelah semua siap, aku pandang jam.  Oh sudah pukul 8.45AM rupanya.

* Aisyah merajuk tak nak makan.  Peminat tegar sambal dan cili ni dah sakit perut kepanasan (sejak Mac, baru pecah rahsia kat doktor) sampai menangis semalam, terpaksa diangkut ke klinik.  Pagi ni aku bagi warning makan sambal sikit saja.  Dia mencolek sambal baki dalam kuali.  Aku diberitahu dia hampir mencuri cili padi dalam bekas terdedah atas meja, andai tiada yang memerhatikan.  Akibat diberi amaran, terus merajuk tak nak makan.

*  Hanani pun merajuk juga walaupun lapar, katanya.  Merajuk perangai ahli kumpulan yang bermasalah menyelesaikan khidmat.  Main-main.  Merajuk la sangat.

* Mira beri isyarat.  Intan di sebelahnya tunduk saja di depan talam.  Apa masalah dia, aku tak faham.  Haihh macam-macam.  Kelmarin Intan menangis bagai nak rak dalam jamban.  Sabar saja la kan ... Nanti kena tanya Hani.  Gadis seorang ini pasti ada kaitan.

Jawapan aku senang saja.  Dah dipujuk, tapi masih mahu merajuk.  Aku sambil beredar, "Sapa tak nak makan rugi.  Sambal tersangat la sedap.  Nasi tersangat lah sedap.  Karang jangan datang dapur cari nasi lemak pulak.  Sapa mengadu lapar, lepas tu sakit perut, lepas tu nak pergi klinik, mama hantar kat doktor lelaki tu, biar dia check pegang raba perut kamu."

Tak tau apa jadi lepas tu ... aku pun duduk depan laptop untuk merapu.

Memasak adalah satu skill.  Biasa memasak, skill pun insyaAllah bertambah.  Masa sekolah dulu, cikgu Atifah ajar macamana nak set masa dari start prepare bahan hingga siap menghidang.  Merancang masa dan bahan adalah penting.  Dan aku pula seperti suka merancang masa yang singkat.  Harus sunyi dari gangguan termasuk suara bertanya.  Itulah salah satu ciri kecekapan.  Allah jua yang memudahkan.  Api tidak panas tanpa izinMu ya Allah.

Bersama mereka, menjadikan hidupku berwarna-warni dengan warna yang indah.  Ada juga resah, tangis, gundah namun tetap bersulam rasa syukur dan tabah.  Setiap pertemuan pasti ada perpisahan.  Yang tinggal adalah kenangan dan kerinduan.   Ke mana selepas di sini?  Semoga Allah mengumpulkan aku dengan orang-orang yang lebih baik lagi, yang dengan memandang mereka saja aku lantas mengingatiMU, merinduiMU dan mendapat cinta kepadaMU.

Aku hanya meminta.  Aku tidak memikirkan permintaanku yang kecil, tetapi mengharapkan kekuasaanNYA untuk memberi.



InsyaAllah, Allahumma aameeen.






Friday, April 25, 2014

Hei ... rilek la

Lepas satu, satu status pencinta buku naik di FB.  Eh, bukan aku dah deaktive ke ...

Ala, sempena pesta buku. Eh, yeke? 

Apa-apa je. Tapi aku dah semakin pasif di sana.  Eh, boleh caya ke?

Aku macam selalu.  Tarik nafas berkali-kali.  Masih bernafas macam biasa.  Masih bernyawa hari ini.  Alhamdulillah.  Napa sampai tiga post ni?  Lepas gian selepas selesai buat cookies agaknya.

Aku fikir semua ok saja.  Tak ada apa-apa.  Tetapi mereka tulis itu ini pasal pesta buku.  Mereka share itu ini di pesta buku.  Mereka cerita sesi itu ini kat sana.  Aku mula terasa.

Ala, ada empat buku lagi yang tertangguh.  Bukan buku aku je.  Editor dah minta maaf dah.  Aku pun dah kata it's ok je.  Semua jadual Allah belaka.  Pasti dan pasti ada hikmahnya.  Aku tak tau.  Editor tak tau.  Pihak penerbitan tak tau.  Big bos ITBM pun tak tau.  Hanya Allah je yang Maha Tahu.  So?

So, hei ... rilek la. 

Bukan mudah nak rilek sebenarnya.  Aku tak mau jenguk FB lagi.  Eh, yeke? 

Aku rasa nak menangis tapi ... sayang airmata.  Nanti la, kumpul 7 alasan yang afdal untuk menangis 7 hari 7 malam.  Biar benar!  Err ... 7 minit menangis dalam diam-diam sambil pakai niqob, tak ada orang tau.

Aku suka stail kakak.  Dia tak pernah heboh pasal bukunya.  Makluman dia pun santai je.  Dia low profile orangnya.  Sebagai adiknya, maka aku bercadang mengikut cara dia.  Apakah ini alasan setelah hati terkesan dengan rasa kecewa?

Ulangan.  Aku suka stail kakak.  Dia tak pernah heboh pasal bukunya.  Makluman dia pun santai je.  Dia low profile orangnya.  Sebagai adiknya, maka aku bercadang mengikut cara dia.  Dan aku rasa elok juga ikut cara dia mengenepikan FB dan blog dan mengutamakan apa yang sepatutnya.  Bila tu?

* Dalam hati ada jiwa.  Apabila hati berkata, jiwa bersuara.  Perasaan memendam.  Semua jadi berantakan.  Aku rasa mahu menangis tetapi bukan sekarang.  Bila nak menangis? 

Hei ... rilek la!  Sedihnya.

Aisyah jangan cemburu

Sudah beberapa kali.  Bukan satu kali.  Bukan dua kali. Tetapi sudah lebih tiga kali.  Cumanya tidak berturut-turut. 

Semalam Aisyah yang manis muncul dengan wajah mendung.  Mata hazelnya redup.  Senyumnya tersimpan.  Suaranya masih macam ala-ala suara Fasha Sandha.  Ada hal nak cakap dengan mama, katanya seribu nada.

"Mama, nak tanya ni.  Kenapa saya tak boleh masuk sini.  Kenapa Kak Mira je boleh???"

Aku tarik nafas.  Aisyah diserang cemburu!  Hanisah angkat kening.  Yang lain terdiam.  Mira tidak ada di situ.

Dia bukan pelajar perintis.  Dia muncul pada kemasukan kali entah ke berapa. Itu setelah Maisarah memberi cadangan kepada ibu Aisyah, khabarnya begitulah.

Jadi dia tidak melihat apa yang berlaku kepada pelajar dan aku pada awal pembukaan madrasah.  Dia  tidak menikmati pahit manisnya suasana janggal, kekok, pelik, keliru, 'macamana ni?', 'buat biasa je la', dan bermacam rasa lagi. 

Dia tidak pernah melihat dalam ramai-ramai pelajar perintis tu, hanya seorang yang sangat rajin menemuramah dan menemubual dan tidak putus asa mahu mendekati aku.  Yang lain tu malu-malu kucing.  Yang seorang itulah, walau aku tak benarkan sesiapa buang masa melepak di dapur aku, dia masih mahu duduk dan bercakap-cakap dengan aku.  Aku tak mahu sesiapa tolong buat kerja, dia masih menawarkan diri potong bawang ke, cuci pinggan ke, sapu lantai ke ... Aku tak nak bercakap banyak, dia masih ajak berborak.  Diceritakan kisah-kisah kawan-kawan barunya.  Kisah keluarganya.  Kisah adik-adik dan abang-abangnya.  Dan dia sering tersenyum, tertawa, santai benar gayanya.  Aku pun akhirnya terpikat pada dia. 

Maka Aisyah jadi cemburu pula.

Tetapi tak juga boleh salahkan cemburu Aisyah.  Aisyah memang cemburu orangnya.  Dia anak bongsu yang sangat comel.  Darah Kemboja yang mengalir dalam tubuhnya memang darah yang indah merahnya.  So, anak bongsu memang kuat cemburu ke? Hmm iya kot.  Berdasarkan testimoni sekian lama.  Kot ...

Aisyah tak faham.  Dia tak mahu pula faham bila diberi penerangan.  Aku sudah bilang.  Kawan-kawan sudah bilang.  Hanya Mira yang sudah maklum sangat faham.  Tetapi Aisyah enggan sama membilang.   Jadi?

Biarkan sajalah Aisyah dengan cemburunya.  Semoga satu ketika cemburunya akan kendur dan lupus.  Beralih kepada cemburu yang lebih afdal.  Cemburu kepada kawan-kawan yang mendahului menghafal al-Quran.  Cemburu kepada akhlak kawan-kawan yang lebih mulia.  Cemburu kepada yang lebih baik.  Bukan cemburu kepada Mira.  Tetapi boleh mungkin, cemburu untuk menandingi Mira dalam kematangan dan sikap ringan tulang. Mungkin ...

Mereka, semua ada kisah tersendiri.  Aisyah juga pernah meluahkan rahsia hati yang ada rencah sedih dan duka.  Aku hanya menyediakan kerusi dan duduk mendengar dengan bahasa wajah yang sesuai.  Memberi respon dengan bahasa yang sesuai.  Aku sekadar meminjamkan telinga untuk mendengar.  Tetapi itulah ... entah di mana mahu cemburunya Aisyah. 

Aisyah juga prihatin dengan kemelut kawan-kawan yang bergeser dalam hal jadual khidmat.  Itu juga dilakukan oleh Mira.  Bahkan oleh hampir setiap orang, melainkan beberapa empunya nama yang sangat comel seperti Alya, Syakilla, Syuhada dan Nurhanessa.  Empat orang ini digelar 'budak-budak kecik' yang peranan mereka selalu harus dibantu oleh kakak-kakak.

Aku masih mencari alasannya.  Mengapa Mira boleh,  mengapa Aisyah tak boleh?  Iye ke?

Hmm...

Aku fikir, sikap tenang dan tidak mudah melatah adalah satu point.  Juga tidak mudah berkecil hati dan terasa hati. Selain tidak mudah undur diri dan mengalah.  Inilah sifat yang perlu ada pada daie dan daieyah.  Selain sifat juang yang tinggi.  Sifat hati seperti lautan yang luas. 

Mira.  Dia selalu tidak dapat keizinan masuk tetapi dia merayu dengan senyum tawa.  Dia menawarkan khidmat yang tidaklah aku perlukan sangat, tetapi menyebabkan aku faham dia sangat teringin masuk berjumpa denganku.  Dia ada fikiran yang baik.  Mampu menilai kawan-kawan dan selalu memberi informasi yang sukar aku ketahui melainkan jika aku berada di madrasah. 

Pada 'zaman awal' madrasah, kerap berlaku gangguan yang menakutkan kepada pelajar.  Iyala, tempat terbiar sekian lama yang kemudian didiami untuk memartabatkan Kalam Allah.  Memang gempar penghuni-penghuni sedia ada yang berada di persekitaran dan hutan kecil di sebelah (alhamdulillah, hutan kecil sudah lenyap.  Bangunan asrama dua tingkat bakal didirikan.)  Maka, Mira sebagai salah seorang pelajar prihatin yang menjadi spy aku untuk mengabarkan jika ada salah tingkah.  Tengah malam buta dia berlari datang bersama teman mengabarkan apa yang sedang melanda.

Maka, kesimpulannya dalam kehidupan memang sudah sunnah Allah, dalam hati tidak boleh ada dua cinta.  Maksudku, dalam ramai-ramai tu yang semuanya dikasihi, hanya ada seorang yang terlebih sedikit.  Tetapi yang sudah mewakafkan diri untuk jalan Allah, hanya satu cinta yang hakiki.  Cinta kepada Illahi.  Kita ambillah yang paling benar.  Yang benar tidak akan lupus dan hilang.  Cinta itu datangnya dari DIA juga.  Maka DIA adalah Pemilik Cinta.  Maka mencintaiNYA dan mencintai yang mencintaiNYA, itulah antara suruhanNYA.

Aisyah, jangan cemburu lagi.  Kita jadi pencinta Illahi.  Berpaling dari dunia dan isinya, memandang akhirat yang bakal dikunjungi.  Dunia akan datang dalam keadaan hina.  Jangan cemburu lagi pada Kak Mira ... hehe ...

* ambil mana yang baik, tinggalkan mana yang salah.  Aku juga mujahadah dan kerap kalah.  Semoga Allah bantu kita semua membaiki diri dan tetap melangkah di atas jalan yang lurus, jalan keredhaanNya hingga kiamat.  InsyaAllah.  Allahumma aameeen.

* 'Mana buku?'  Buku tidak ada.  Saat ini ia masih berbentuk jutaan aksara yang menunggu untuk diterjemahkan menjadi cerita.  Semoga kelewatan ini yang terbaik.  Lewat tak bermakna sudah kalah. Rezeki di tangan Allah.  Usah risaukan rezeki diambil orang.  Risaukan iman yang tunggang-langgang.  Pesanan untuk diri sendiri jua.

* Be like a diamond precious & rare not like a stone found everywhere *
~ZA~




WhatsApp untuk Ustaz Hmmm

Assalamualaikum Ustaz.

Makin didiam makin menjadi nampaknya.  Akak yang tak tahan tu bila dia beberapa kali kata akak macam anak dara 20 tahun.  Ingatkan iya, kemudian terbongkar rahsia dia suka bodek je.  Tak patut la macam tu ustaz. 

Biar akak berterus-terang je.  Semuanya asbab ustaz juga ni.  Hari-hari nama ustaz jadi sebutan, pemanis bibirnya.  Akak juga yang jadi mangsa.  Mentang-mentang ada wassap.  Akak memang tak ikut kehendaknya.  Apa hal pulak akak nak sampaikan pada ustaz.  Tetapi itulah ... selagi tak sampai hajat, selagi itu dia meminta. 

Macam-macam yang ditanyanya.  Dilayan atau bolayan, sama padanya.  Sabar saja.  Tak ampai hati pun ada.  Kasihan ... ada ibu baru dituduhnya garang.  Maka dicopnya semua ibu tiri memang kejam.  Hmm ...

Jadi macamana ustaz?  Soalan mudah, bila nak masuk meminang?  Hehe ...

Nak jawab tentu susah.  Tak mengapa, sebab tu akak tulis kat sini je.  Tak akan dipos di wassap. 

Tak kisah la ustaz ada singgah di sini atau tidak.  Indirectly, hanya yang berkenaan saja yang faham.  So kalau ustaz faham, bagus sangat la tu. 

Sebagai seorang yang menyokong pernikahan pada usia muda, akak fikir teruskan sahaja.  Dia ni, insyaAllah bijak sebenarnya dan pick up laju.  Semoga belajar pun bertambah laju nanti.  Semoga Allah pilih dia jadi daieyahNya, asbab hidayat seluruh alam. 

Allahumma aameeen.  Semoga Allah mudahkan segala urusan kita semua. 


Monday, April 21, 2014

1.  Pening masuk kedai borong jual hp last 18th night.  Betul-betul macam kedai jual goreng pisang panas.  Hari ni masih ada sisa pening tu ...  sapa nak beli hp murah, lebih dari Law Yatt boleh ke sana. Karkun jugak yang info ... kat suami.  Mula-mula macam tak jumpa, pusing pelan-pelan akhirnya jumpa.  Apabila Allah sudah tetapkan rezeki, tak perlu risau kan.  InsyaAllah dapat jua apa yang diidam-idamkan; Lenovo Yoga.  Jom kita beryoga hehehe!  Jazakallahu khoir kathira to my hubby, yang sempena birthday dia ya ke dot dot, sebagai tanda syukur dipanjangkan umurnya dan disihatkan badannya dan dimudahkan urusannya; maka dia menghadiahi isterinya ini apa yang dihajatkan. Allahumma aameeen, sebagai penyebab hajat disampaikan oleh Allah jua.

2.  Dia, my loving new special friend still ... insist to ask ... (betul ke) ... yang ... aduii ... rasa bersalah benar pulak ni.  Ampun maaf to you dear.  Tunggu Ogos, andai panjang umur insyaAllah.

3.  Prepare nak buat cookies.  Mampu ke lagi ni?  Semoga Allah beri kekuatan untuk menyelesaikannya.  InsyaAllah aameen.

4.  Istikharah.  Ya Allah, seandainya di sini lebih afdal dan besar manfaatnya untuk akhiratku, mudahkanlah segala urusanku di sini dan tetapkanlan hatiku.  Andainya beredar dari sini lebih afdal untuk aku beroleh keredhaanMu, permudahkanlah untukku dan gantikanlah dengan yang lebih baik lagi.  Semoga pelajar-pelajar yang manja-manja tu masih dapat bermanja dan ditarbiyah dengan lebih berhikmah lagi nanti.  InsyaAllah.

5.  Semalam dan pagi ini aku harus mengaku telah berlagak dengan lagak mak joyah kaki leter yang budak-budak sekarang suka gantikan dengan perkataan 'poyo'.  Peduli apa ... siapapun dia.  Anak siapapun dia.  Adik siapapun dia.  Inilah yang menambah keinginan nak beransur dari sini.  Namun, sebenarnya masih ada rasa sayang.  Mereka tetap 'jiranku yang terbaik' sampai bila-bila.  InsyaAllah.  Tak semudah abc nak dapat 'jiran' seperti ini lagi di mana-mana.  Cuma kadang-kadang jiran ini yang aku harus ambil tahu tepi kain mereka semua, menjadikan aku rasa berasap-asap saja ... hmmm ... sabar saja kan.  InsyaAllah.

Cukuplah dulu.  Semoga Allah izinkanku menulis sesuatu yang lebih bermanfaat yang boleh benar-benar menjadi penawar dan asbab kebahagiaanku di akhirat sana.  Sedang menimbang-nimbang nak hantar cerpen remaja / dewasa pulak.  Moral dari cerita benar yang diubahsuai.  Aku buat keputusan berhenti menghantar ke majalah kanak-kanak Dewan Pelajar.  Perlukan wadah yang lebih sesuai untuk pengisian yang lebih murni.  InsyaAllah.  Maka aku berfikir semula; bahawa aku perlukan kehidupan yang aku boleh uruskan sendiri tanpa disentuh urusan luar.  Pagi membaca dan menulis.  Tengahari menulis.  Petang menulis.  Malam membaca dan menulis.  Tengahmalam menulis.  Awal dinihari menulis.  Begitulah penulis.  Kan.

Jadi aku memang bersetuju apabila kakak aku kata; hmm ... dah ada tugas kena la ikut jadual tugas.  Tak boleh nak rancang masa sendiri.

Jadi, aku makin faham sikap dan tindakan kakak aku yang seorang ini.  Berhenti berkerja makan gaji dan uruskan anak-anak di rumah.  Dia menulis, juga urus anak.  Buat roti untuk anak.  Tanam cili dan macam-macam yang dia suka.  Dia menulis juga.  Menyunting dan editing.  Dia tak aktif FB. Dia tak aktif blog.  Walaupun dia ada FB dan blog. Dan dia tak berwassap walaupun aku dah banyak kali memujuk dia supaya berwassap.  Kita kan ada wassap grup adik-beradik.  Macam-macam kita boleh share kat wassap.  Dan kita boleh update urusan dan hal ehwal keluarga dengan cepat kat wassap; macam yang famili my hubby buat.  Memacam yang diuruskan melalui wassap antara adik-beradiknya.  Tetapi wassap adik-beradik aku cuma tiga ketul orang saja.  So inilah cara dan sikap kakak aku yang seorang ni.  Aku terpaksa menyerah.  Jadi aku fikir aku mahu tiru cara dia jugak.  Amacam?  Oh ya dia juga sangat rajin membaca al-Quran bersekali dengan tafsirnya. Quran dia, fulamak ... penuh dengan tanda-tanda di merata-rata.  Entah apa yang ditandanya, hanya dia yang faham.  Dia salah seorang dari kakak aku.  Kakak yang memiliki kecenderungan dan minat yang sama ; menulis.   Aku dan dia mungkin ada beberapa persamaan.  Adik-beradik, begitulah.  Abang, kakak lagi seorang dan adik (the only adik) pun ada persamaan antara kami di mana-mana.  InsyaAllah yang penting adalah pertautan hati dan aliran darah di dalam tubuh adalah sama.

Err ok stop dulu.  Cookies ni bila nak buat ni?  Sapa nak tolong woii?  Tolong aku buat cookies ni ...




Friday, April 18, 2014

Semua memandangnya dengan wajah pelik

Dia serba-salah.  Masih berbau busuk lagikah, desis hatinya risau.  Tetapi disembunyikan rasa serba-salah itu dalam-dalam dan jauh-jauh tersembunyi di dalam hati.  Sambil dia berdoa kepada Allah yang Maha Pengasih, sambil dia bertawakkal sepenuhnya.  Biarlah, apa nak jadi aku berserah kepada Allah semata, bisik hatinya lagi pasrah dan redha.

Pensyarah muncul di ambang pintu.  Dengan tenang pensyarah itu menuju ke meja besar dan meletakkan buku-buku beliau.  Nampaknya sudah bersedia untuk memulakan kuliah hari itu.  Tiba-tiba pergerakannya terhenti.  Seolah-olah terpegun.  Kelihatannya pensyarah itu menarik nafas panjang-panjang dan dalam-dalam.  Sama seperti dia melakukannya apabila menyembunyikan segala perasaan resah dan gelojak risau sedalam-dalamnya, jauh lebih dalam dari Lautan Hindi yang sentiasa bergelora itu.

Mata pensyarah meneliti wajah-wajah yang sedang termangu melihat sikapnya yang berubah mendadak.  Nah, mata pensyarah yang tajam menikam jatuh ke wajahnya pula ... aduhai.  Kebetulan hanya dia dan seorang rakan yang paling terkehadapan dan paling hampir dengan meja pensyarah.  Entah mengapa, dia pula yang menjadi tumpuan mata yang berkilau itu.

"Kamu!  Kamu pakai apa ni?"

Dia tercengang.  Benar-benar aneh pertanyaan yang ditujukan itu.  Aku pakai apa pulak, desisnya gamam.  Tentu pakai baju.  Tapi .. baru dia teringat sesuatu.  Mungkin bau itu tidak dapat dihilangkan sepenuhnya, dan kini bau yang datang dari najis yang dilumur di seluruh tubuhnya tadi itu masih berkitaran di sekeliling dirinya.  Dan itulah asbab dia menjadi mangsa pertanyaan dari pensyarah bermata tajam berkilat itu.

"Iya, jawab saja.  Kamu pakai perfume apa ni? Tak pernah saya hidu bau seharum ini. Luar biasa harumnya!  Benar-benar luar biasa!"  kata pensyarah dengan wajah serius.

Seluruh dewan yang sederhana luas itu mula diserang dengung suara pelajar-pelajar yang bercakap sesama sendiri.  Masing-masing berbicara dengan nada rendah, tetapi apabila suara-suara itu bersatu ia menjadi satu dengung yang mula bingit.

Kini fahamlah dia asbab renungan semacam setiap pelajar perempuan yang ditemui di sepanjang perjalanannya ke kampus tadi.  Jika selama ini dia enggan memperdulikan semua renungan itu, tetapi hari ini dia terpaksa mengakui sambutan yang diberikan jauh lebih hangat dari hari-hari biasa.  Lelaki perempuan seolah-olah sepakat untuk membuatkan dia kekok melangkah.  Mereka terhenti dan cuba menghampirinya.  Walhal dia tidak melakukan apa-apa.  Mereka menyambut kehadirannya dengan pandangan hairan, seolah-olah takjub dan mesra alam.  Ada juga yang memberikan senyuman manis, terutama pelajar perempuan yang lawa-lawa dan agak daring.  Hari ini dia seolah-olah mendapat kejutan budaya sekali lagi. Mengertilah dia sepenuhnya sekarang. 

Namun mengatasi semua itu, hatinya berbisik hiba dan bahagia.  Berulang-ulang kali dia mengucapkan syukur setinggi-tingginya ke hadrat Allah.  Semuanya ... dengan kekuasaan Allah semata.

Ya Allah, semua ini hanyalah tidak lain tidak bukan adalah tanda kebesaranMu semata-mata.  Ya Allah, Engkau memuliakan sesiapa yang Engkau kehendaki, dan menghina sesiapa yang Engkau mahu.  Ya Allah, aku benar-benar bersyukur kepadaMu di atas segala kurniaanMu ini.  Hanya padaMu aku kembali dan berserah diri.

Maka terbongkarlah rahsia di sebalik wangian luar biasa dari syurga.  Umpama hadiah khusus untuknya dari sisi Illahi.  Rahsia dia diperangkap oleh perempuan yang memenuhi ajakan nafsu.  Lalu setelah memikirkan berbagai cara dan jalan keluar yang sudah buntu (tiada jalan keluar, semua sudah disekat dengan perancangan teliti si perempuan) dan demi memenuhi tanggungjawab untuk majlis ilmu yang semakin mendekati waktu, dia melakukan sesuatu yang di luar jangkaan.  Kerana terpaksa menyelamatkan iman, dia melumurkan najisnya ke seluruh tubuh.  Maka terselamatlah ia dengan asbab melakukan pekerjaan yang menjijikkan itu, jijiklah perempuan yang berhasrat ke atas dirinya untuk meneruskan hajat.  Lalu dia dihalau perempuan itu keluar dengan pandangan yang jiik sambil menutup hidungnya.  Yang utama imannya sudah selamat, apapun asbabnya.

Segera dia kembali ke untuk membersihkan diri.  Dicuci tubuhnya berkali-kali sambil merasa cemas dengan waktu kuliah yang semakin mendekati.  Lalu dia bertawakkal kepada Allah.  Semoga bau tubuhnya tidak menganggu pancaindera orang lain.  Maka dengan lafaz bismillah dia melangkah menuju dewan kuliah.

Demikianlah kisahnya, sehingga saat pensyarah muncul dan mencari-cari punca bau harum yang luar biasa itu.  Mudah sahaja bagi Allah untuk memberi ganjaran dan membuktikan kebenaran itu benar.  Setiap langkah untuk menuju keredhaanNya tidak akan disia-siakan.  Setiap sesuatu walau sekecil hama, pasti akan diberi balasan.  Yang penting ialah keredhaanNya.  Mengusahakan iman yakin bukanlah perkara main-main.  Ia benar dan sentiasa benar.  Ia sukar dan sulit.  Tetapi mendapatkannya sangat indah dan sentiasa indah. 

*  penceritaan semula secara flashback suatu kisah benar nusrah Allah kepada seorang pelajar.  Wallahua'lam.  Kisah disampaikan dari mulut ke mulut.  Mungkin kisah sebenar lebih detail adalah lebih mengesankan.  Kisah terjadi dalam beberapa tahun ini.  Bukan kisah dalam buku ye.  

 
Nabi Daud AS pernah bertanya kepada Allah : “ Ya Allah bagaimana caranya agar aku bisa mendapatkan cintaMu ?”

Allah SWT menjawab : “Ajaklah orang-orang untuk mencintaiku, maka aku akan cinta kepadamu.”








Thursday, April 17, 2014

Kisah bantuan Allah (copy write)

Ini sedikit karkuzari sebenarnya.

Pada tahun 2003 satu jemaah Malaysia telah keluar ke India dan telah berjumpa dengan jemaah Arab dari Israel.  Satu pertanyaan diajukan oleh jemaah tersebut, "Bagaimanakah usaha dakwah dan tabligh bisa beralngsung di negara Israel secara Madaniyyah (terbuka) dan terdapat 4 markaz tabligh di sana, sedangkan orang Arab di Palestina diancam dan disiksa dengan keras oleh orang Israel sementara di Palestina terdapat 5 markaz?"

Jawab mereka, " Orang Yahudi adalah pakar dalam soal kitab samawi termasuk Al-Quran dan Al-Hadits.  Mereka tahu yang mana benar dan yang mana salah, dan mereka tahu usaha agama yang mana mendapat bantuan Allah SWT dan yang mana tidak memperolehinya.  Maka mereka tidak berani menganggu orang-orang yang membuat usaha dakwah dan tabligh kerana dengan menganggu orang-orang ini bermakna menarik azab Allah SWT dan balaNya ke atas mereka sendiri.  Sebab itulah mereka dibiarkan bebas.  Sedangkan pergerakan lain yang radikal dibenteras dan disiksa habis-habisan kerana mereka tahu cara mereka salah dan tiada bantuan Allah SWT bersama mereka itu."

Suatu ketika, beberapa rakan seusaha sedang menjalani usaha jaulah/ghast/ziarah.   Mereka telah ditahan oleh tentera Yahudi untuk meneruskan perjalanan mereka, tetapi mereka berpendirian tetap dan tekad untuk terus pergi.  Akhirnya seperti biasa dengan sifat zalim Yahudi, tentera itu telah menodongkan senapang mesin mereka ke arah jemaah tetapi peluru tidak keluar setelah ditekan, tetapi apabila diarahkan ke atas, peluru bisa keluar tetapi apabila ditodongkan kembali ke arah jemaah peluru tidak keluar.  Bila diarahkan ke arah lain peluru keluar.  Peristiwa itu telah dibawa ke pihak atasan Israel dan mereka telah faham golongan ini adalah golongan haq.  Mereka mengeluarkan arahan supaya jemaah tabligh tidak dihalang lagi.

***

Karkuzari dari jemaah Palestina yang keluar 1 bulan di Malaysia.  Di antara karkuzari mereka, bahawa mereka tinggal dalam kawasan Hebron iaitu betul-betul dalam tembok.  Ada seorang dari ahli jemaah yang belakang rumahnya pintu dapur menghadap ke tembok.  Menurut mereka, di sana walaupun mereka berada dalam kepungan Yahudi laknatullan namun bagi umat Islam yang benar-benar amal agama dan beriman dengan penuh yakin dan ada buat usaha iman, Masturat-masturat yang usaha atas iman dan amal serta tutup aurat dengan sempurna bila akan diadakan pemeriksaan maka tentera yahudi lelaki jangankan memeriksa para masturat, pandang pun tidak mau.  Sebaliknya mereka suruh tentera perempuan mereka yang buat pemeriksaan.

Allah pelihara masturat-masturat yang tutup aurat dengan sempurna dan beriman amal ikut cara Nabi SAW, walaupun mereka berada dalam kepungan musuh sekalipun. 

Manakala lelaki yang buat usaha atas iman dan amal pula, Rabbai (pendeta-pendeta Yahudi) sendiri akan larang tentera Yahudi dari cuba berbuat sesuatu kepada karkun.  Kiranya memang tidak disentuh langsung.  Jadi semua penyelesaian kesusahan hanya ada dalam iman dan amal sahaja. 

Sampaikanlah berita gembira ini kepada masturat-masturat di tempat anda.  Bergembiralah kerana kita dipilih Allah untuk buat kerja dan bagi masturat sebagai tulang belakang suami buat kerja.

InsyaAllah.

***

Satu jemaah telah ditangkap oleh sepasukan tentera Israel di Palestina.  Amir jemaah telah dimasukkan ke dalam kantor pegawai yang bertugas dan ditanya kenapa mereka ke Palestina, adakah kerana mau melawan Israel...?

Dengan tenang amir jemaah menjawab, "Tidak, kami tiada bawa apa-apa.  Hanya bawa peralatan tidur dan memasak saja.  Kami ke sini untuk sampaikan kalimah Lailahaillah Muhammadarasulullah."

Lalu pegawai Israel itu pun memperlihatkan sesuatu dari komputernya lalu menunjukkan layar komputer tersebut kepada amir jemaah.  Pegawai itu bertanya lagi, "Adakah anda mengusahakan 6 point ini" 

(Iaitu 6 sifat para sahabat yang diusahakan oleh setiap ahli jemaah. Kalimah Thoyyibah, Solat kusyuk dan khudu', ilmu dan zikir, ikhlas niat, ikram muslimin dan dakwah).

Amir dengan penuh kehairanan berkata, "Ya, kami usahakan atas sifat-sifat ini tetapi bagaimana kamu tahu?"

Pegawai itu menjawab, "Kami telah lama menyelidiki tentang golongan kamu.  Jika semua umat Islam usahakan apa yang kamu usahakan, pasti kami akan binasa."

Ini hanyalah beberapa karkuzari atau laporan tentang usaha yang dibuat golongan ini adalah sesuatu yang hak.  Bukan sesat atau bidaah yang divonis oleh segelintir orang.  Jika tuan-tuan masih ragu, solat istikharohlah dan berdoa jika ini jalan yang batil maka musnahkanlah jalan usaha ini.  Jika benar berdoalah semoga tuan-tuan juga diberi hidayah oleh Allah untuk membuat usaha agama ini.

* serba-salah tetapi aku kopi dan tulis juga.  Semoga menjadi penawar dari selautan penawar untuk hati.

 ~ Rasulullah SAW tidak pernah buat dakwah dengan kata-kata yang kasar atau menyakitkan hati.  Yang keluar hanyalah kata-kata yang indah dan sedap didengar.  ~ *ZA*

SDB

Aku selalu ditanyai tentang novel itu.  Seharum Doa Bonda tajuknya.  Aku selalu optimis.  Tunggu saja, insyaAllah Pesta Buku nanti ia akan menemui sesiapa yang mahu menemuinya.

Tadi, aku tergerak hati berbasa-basi dengan tuan editor yang selalu telus. 

Dan aku dimaklumkan berita yang agak menyedihkan.  Daripada 7 buah novel yang ditangani beliau, hanya 2 buah sahaja yang akan ke PBKL.  Ia sudah siap dicetak pada Februari lepas. 

Lepas seorang, seorang lagi penulis akan menemui beliau.  Aku hanya berwassap saja.  Dan sambil bertanya, sambil pujuk diri sendiri.  Sambil memberi kata-kata yang baik. 

Jadi, tak payah la tunggu buku aku tu.  Katanya bulan 5 hujung, kalau tak jalan juga nanti akan digegarnya bahagian penerbitan.  Hmm gegar jangan tak gegar!  Nak dibantu ke? 

Dalam keadaan macam ni, kalau aku rujuk pada anak sedara suami yang kerja kat sana pun tak akan membantu.  Atau rujuk kepada editor lain, sama juga hasilnya.  Mereka semua makan gaji.  Perlu akur dan pasrah sahaja.

Aku pun belajar pasrah sekali lagi.  Sepasrah Mizi yang terkulat-kulat memandang hutan belakang rumah yang semakin gelap, ketika anaknya dilarikan kucing jahanam tempohari.  Hmm untuk makluman semua, kucing hantu tu dah berjaya diperangkap oleh abah aku menggunakan perangkap monyet.  Pagi-pagi lagi mak dah menelefon mengabarkan kejayaan tangkapan tu.  Dia menghantar kucing pemangsa tu ke pasar Kuala Pilah.  Kucing ni disahkan milik saudara aku kat tanah sebelah.  Andaikata laporan polis dibuat sampai ke Bukit Aman, aku terpaksa turun untuk menjadi saksi kejadian.  Huhh jangan tak percaya ... aku dikhabarkan pernah ada laporan sampai ke atas bukit sana tu, tapi harapnya tak la sampai macam tu sekali ye ...  Ah, ni semua penyedap ayat je hehe ...  aku harap blog ni bukanlah blog terkenal yang sampai dibaca oleh polis atau saudara polis di Bukit Aman, termasuk saudara aku yang bekerja di sana tu. 

Sudah 1.04AM. Merepek sikit.  Maaf la.  Agaknya bahana butir-butir pasrah yang harus ditelan sejak tadi. 

***

Aku terus ditanyai.  Penuh kelembutan.  Penuh pujukan.  Penuh senyuman.  Segalanya yang mungkin.  Hehe ... tapi makin ditanya makin aku susah nak menjawabnya. 

Akhirnya kita main teka-teki.  Dalam teka-teki tu ada hint menuju jawapan yang didambakan.  Alahai ... 

Yang aku sendiri, kenapa le tak berterus-terang je.  Dalam persahabatan mesti ada terus-terang dan ikhlas.  Ada kejujuran, ketulusan dan ketelusan.  Tapi ...

Sabar saja la.  Kerana dalam persahabatan juga perlu ada kesabaran dan kemaafan.  Kan kan kan.

Cuma seperkara.  Kadang-kadang terasa benar sahabat ini mengingatkan aku kepada sesuatu.  Sesuatu apa?  Biarlah rahsia. 

***

Ngantuknya.  Entah apa yang aku update malam ni.  Entah apa-apa. 
Pelajar semua balik gara-gara air tak ada selama dua hari.  Rupa-rupanya dalam kepoh-kepoh melayan mereka, air dah datang pun selepas Isyak tapi tak seorang pun tahu, melainkan keluarga Ustazah.  So pelajar kira dapat cuti ehsan la tu ... kemain lagi, Sabtu baru balik sini. 





Wednesday, April 16, 2014

Pada suatu hari

Masa sekolah ugama dulu, cikgu bagitahu apa yang kita buat walaupun sekecil-kecil perkara akan dihisab juga.  Kalau ia perkara baik, akan diberi pahala.  Sebaliknya, akan diberi dosa.  Kalau belum baligh, akan masuk akaun mak bapak kita.  Akaun kiri (dosa) ke akaun kanan (pahala),  tapi selalunya budak-budak tak fikir pun pasal tu.  Termasuklah aku huhu ...

Suatu hari, aku diberitahu sesuatu oleh kakak yang tua dua tahun dari aku.  Bahawa satu hari aku akan gunakan 'ini' selama beberapa hari sebulan sekali secara berkala.  Hmm ... faham ke?  Tak faham tak mengapa.  Dia ajar aku macamana cara-caranya hingga selesai masuk tong sampah.  Haa ... faham la rasanya tu.  

Maka, kisahnya jadi nyata.  Pada suatu hari, sampailah saat dan ketikanya aku harus gunakan 'ini' yang pernah kakak aku kursuskan padaku itu.  Dan menjelmalah dalam fikiranku,bahawa kini apa kesan yang aku buat sudah tidak dimasukkan ke dalam akaun mak bapak lagi.  Aku sudah ada akaun sendiri huhu ...

Jadi, apa saja perkaranya, baik kecil mahupun besar, akulah yang menanggungnya sendirian berhad.  

Pada suatu hari, aku masuk ke bilik air untuk menguruskan diri.  Seekor semut nampak berenang-renang di lantai yang berair hampir kelemasan.  Aku teringat, perbuatan kecil sekalipun akan dihitung Allah.  Biarpun ia begitu kecil, sekecil semut yang semakin nazak.  Maka aku hulurkan jari dan cuit sang semut lalu menjentiknya jauh entah ke mana.  Yang pastinya tidak lagi berada di dalam bilik air di atas lantai yang basah.  Dan itu selalu aku lakukan hingga kini.  Dalam hati selalu teringat, nanti Allah akan hitung perbuatan ini semoga jadi asbab kebaikan untukku.  InsyaAllah.

Sebetulnya aku terkesan dengan kisah doa sang semut di zaman Nabi Sulaiman as.  Pagi ini ada rakan mengirimkan kisah ini di grup wassap.  Jom kita baca.

Kerajaan Nabi Sulaiman AS di kala itu  sedang mengalami musim kering yang begitu panjang.  Lama sudah hujan tidak turun membasahi bumi.  Kekeringan melanda di mana-mana.  Baginda Sulaiman AS mulai didatangi oleh ummatnya untuk meminta pertolongan dan memintanya memohon kepada Allah SWT agar menurunkan hujan untuk membasahi kebun-kebun dan sungai-sungai mereka.  Baginda Sulaiman AS kemudian memerintahkan satu rombongan besar pengikutnya yang terdiri dari bangsa jin dan manusia berkumpul di lapangan untuk berdoa untuk memohon kepada Allah SWT agar musim kering segera berakhir dan hujan segera turun.  Sesampainya mereka di lapangan Baginda Sulaiman AS melihat seekor semut kecil berada di atas sebuah batu.  Semut itu berbaring kepanasan dan kehausan.  Baginda Sulaiman AS kemudian mendengar sang semut mulai berdoa memohon kepada Allah SWT penunai segala hajat seluruh makhlukNya.

"Ya Allah pemilik segala khazanah, aku berhajat sepenuhnya kepadaMu.  Aku berhajat akan air-Mu.  Tanpa air-Mu ya Allah aku akan kehausan dan kami semua kekeringan.  Ya Allah aku berhajat sepenuhnya padaMu akan air-Mu, kabulkanlah permohonanku."  Demikianlah doa sang semut kepada Allah SWT.

Mendengar doa si semut maka Baginda Sulaiman AS kemudian segera memerintahkan rombongannya untuk kembali pulang ke kerajaan sambil berkata pada mereka, "Kita segera pulang, sebentar lagi Allah SWT akan menurunkan hujan-Nya kepada kalian.  Allah SWT telah mengabulkan permohonan seekor semut."

* sangat indahnya kisah ini.  Sangat besar dan kudusnya doa dan harapan sang semut kepada Pencipta yang Maha Agung.  Sang semut yang sifatnya halus dan kecil, sedang haus dan kepanasan, tergeletak di atas batu di hari yang kering,  namun hatinya begitu besar mengharap kepada Allah.  Pasrah sentiasa kepada DIA.

*  Semua makhlukNya selalu pasrah dan redha, melainkan yang bergelar manusia.  Selalu saja manusia resah gelisah dan berkata macam-macam.  Komen itu komen ini.  Komplen saja.  (Termasuklah aku, so sad, azam baiki diri ... azam je le  )Tetapi tidaklah aku pukul rata semua.  Pasti ada segelintir yang terpilih, yang sangat istimewa dan tinggi darjatnya (maksud aku selain para ambiyak kekasih Allah).  Semoga kita dapat mencontohi mereka.  Yang redha selalu, bersyukur selalu dan tidak pernah mensyirikkan Allah.

Ya Allah, jadikanlah kami orang-orang yang sentiasa bersyukur kepadaMu.  Sentiasa meletakkan Engkau nombor satu dalam hati.  Sentiasa berbaik sangka padaMu.  Tidak pernah putus asa dengan rahmatMu.  Sentiasa memohon keampunanMu.  Ya Allah, kurniakanlah kami husnul khotimah selamatkanlah kami dari suul khotimah.  Ya Allah pada siapa lagi jika tidak kepadaMu tempat kami kembali dan berserah diri.  Ya Allah, hidup ini bukan untuk main-main dan suka-suka.  Hidup ini serius dan dan penuh kesementaraan.  Ya Allah tunjukilah kami agar kami tak tersesat jalan.  Allahumma aameeen.








no title

1.  Baby ustaza masih belum balik dari hospital.  Apa masalahnya orang tanpa dosa putih melepak yang baru datang dari syurga tu??? Semoga dia sihat dan dapat keluar hari ni insyaAllah.

2.  Ibnu Batoota tulis novel kanak-kanak???  Aku sangat cemburu!!!  Dah terbit pulak tu arghhh!!! 

3. Aku baca dan tiba-tiba ... eh rupanya dah terlajak dari juz 5.  Dah nak masuk juz 6 tapi tak sempat habiskan sebab nak masuk dapur.  Karang kena serbu, masing-masing sibuk nak menolong lupa lagi nak letak garam bagai.  Ishh ... sebelum diserbu lebih baik aku selesaikan dulu.  Biarkan dorang terkulat-kulat masuk angkat makanan je.  Aku lebih cool buat kerja sorang diri.

4.  Air tak ada sejak tengahari semalam.  Malam tadi pelajar ke masjid ambil air dari sana.  Rasa macam nak je aku cakap, "PADAN MUKA HANG SUME!"  tapi tak sampai hati.  Aku dah kata, simpan air tu.  Simpan air dalam tangki besar tu.  Ni ... simpan air pastu masuk mandi cebur cebur berendam sampai naik kecut.  Lepas tu tak de pun tadah air.  Bila aku cakap, dia kata 'eh, ingatkan dah tak de masalah air.'  Aduiii, sapa habaq kat hang  macam tu???? Ada sesapa cakap ke air dah ok?  Sabar ya Allah. 

5.  Aku tak ada mood bila tak ada air ni.  Ketiak busuk la mama, kata seseorang sambil hidu-hidu ketiak masamnya.  Seseorang lain ketawakan dia.  "Sori mama tak de mood nak gurau-gurau, nak gelak-gelak."  Kan dah toya.  Aku tengah bengang ni.  Korang gelak sendiri la.

6.  Tapi Amira masih mampu membuatkan aku cool.  Dia memang selamba.  Aku buat dek je tapi dia masih selamba mengusik dan gelak kecil.  Mama, jom kita ambik air kat masjid, katanya.  Aku pun serahkan satu bekas air kosong  yang besar 5L kat dia.  Nah, pi tadah untuk mama.  Ni denda untuk korang. 
Ok, dia memang membuatkan aku cool.  Dia sorang je.  Yang lain tu termsuklah anak bongsu aku ... huhh ...

7.  Terharu pulak bila si bongsu bagi aku sebotol kecil air bersih yang diambil dari masjid malam tadi.  "Ni hadiah untuk mama. Untuk mama istinjak." Hmm ... jazakillah sayang.  Panas tapi penyayang.  Macam mama.  Ok gud.

8.  Sebenarnya gigi sakit balik.  Aku pulun baca doa sakit gigi dan berus gigi beberapa kali sehari.  Lega sikit rasanya.  Ok, memang afdal sakit gigi ni.  Di saat-saat macam ni, aku redha saja.  Allah maha mengetahui segala hikmahnya.

9.  Falsafah hari ni; jangan biarkan hati sesiapa terluka.  Kerana hati terluka itu menyakitkan dan adalah derita.  Tak mengapa hati sendiri sengsara.  Kerana dalam sengsara itu ada nikmat dan hikmahnya. So kalau nak buat apa-apa, fikir 1001 kali bahkan lebih lagi.  Hidup ni sekejap je.  Tak tau mati bila.  Apalah sangat dunia ni.  Dunia diciptakan untuk ditinggalkan.  Jangan tak percaya.  So cool saja.  Allah bagi ujian bukan percuma.  Tidak sia-sia.  Jom la baca sirah Nabi SAW pulak.  Eh, mana buku pasal syurga dan bidadari tu? 

*** jangan berhenti berdoa. Doa senjata Mukmin. 

Tuesday, April 15, 2014

Bidan Terjun

Siapa ada pengalaman jadi bidan terjun?

Malam ni giliran aku rupanya ...  betul-betul menyambut bayi tanpa sedikit pun pengalaman melainkan pengalaman melahirkan anak sendiri.  Manakan sama!  Cuma aku pernah menemani anak saudara yang akan melahirkan.  Selain itu, tak pernah ada pengalaman begini.

Aku belum siap untuk tidur.  Sekadar tidur-tidur ayam.  Hajat mahu menghabisi zikir hari Isnin 1000 kali.  Baru memperbaharui azam.  Azam yang selalu sejuk panas sejuk panas suam-suam kuku.  Allahu...

Tiba-tiba ada ketukan di pintu.  Ustazah berpaut di pintu.  "Kak, dah nak bersalin ni.  Air ketuban dah banyak keluar."  Wajahnya menahan sakit.  Aku mula gabra.

"Eh ya Allah!!!"  Aku kerut dahi.  Macamana ni???

"Kak, nak telefon suami.  Dia kat Sri Petaling.  Aduhh kak, dah tak tahan ni.  Rasa macam nak bersalin dah ni!!!"  katanya lagi mula mengerang kesakitan.  Dia terus berpaut di pintu.  Sebaik sahaja dia dapat bercakap dengan suaminya, makin kuat dia merintih mengadu dan meminta suami balik segera.  Aku dah mula panik sikit-sikit.

Apa nak buat ni?  Agak kalut tapi masih cool.  Aku terfikir, karang suami dia balik takkan aku nak togel je.  So masuk bilik sarung jubah dan capai purdah biru.  Tak sempat nak ikat-ikat niqob dah, purdah biru ni kain lycra pakai tali, terus sarung kat muka je.  Ia semacam purdah basahan diguna time emergency.  Stokin tak sempat. Sarung tangan tak sempat.

Kami masuk ke bilik ustazah.  Dia semakin kesakitan.  Dia kata dah nak bersalin benar rasanya.  Aku bantu siapkan beg pakaiannya.  Cari kad hospital tapi tak jumpa pulak.  Kemudian aku ambil bantal dan letak di belakangnya.  Apa nak buat ni???

Ustazah mencari kedudukannya yang selesa.  Robbi yassir wala tu'assir.  Aku siapkan kain batik di tangan untuk menadah bayi, dan alhamdulillah syukur padaMu Ya Allah, segala puji untukMu ya Allah ... dua kali teran seorang bayi yang putih bersalut lendir tiba-tiba sudah berada di tanganku.  Jam 11.54 PM, Isnin.  Bibirnya merah delima.  Dia menangis sedikit dan matanya terkelip-kelip.  Ajaib benar rasanya. 

ALLAHUAKHBAR MAHA BESAR ENGKAU YA ALLAH!
SUBHANALLAH SEGALA PUJI UNTUKMU YA ALLAH!
ALHAMDULILLAH SYUKUR PADAMU YA ALLAH!

Aku telefon suami ustazah beritahu anaknya dah selamat lahir.  Aku telefon suami aku pulak.  Beritahu aku dah sambut bayi ustazah.  Kedengaran dia mengucap syukur berulang-ulang kali di hujung talian.  Tak lama kemudian suami ustazah sampai.  Kedengaran dia mengiqamatkan bayinya.  Waktu ini aku mula terbayangkan buluh tajam yang selalu bidan guna untuk kerat tali pusat.  Aku terpandang-pandang klip yang doktor guna untuk klip tali pusat.  Tali pusat bayi dan uri masih belum keluar lagi, macamana ni??? Teringat pulak kisah Amirul Mukminin Saidina Umar al Khattab membawa isteri menyambut kelahiran di khemah di padang pasir.  Si isteri masuk ke dalam  khemah dan Amirul Mukminin masak air di luar.  Aku pun ke dapur masak air dalam kettle tapi nak buat apa air panas ni??  Nak buat air milo untuk ustazah ke??  Ishh blank betul ...

Kerat ea? tanyaku pada ustazah.

Dia menyuruh aku ambil gunting tapi tak jumpa di mana gunting.  Kemudian dia tukar fikiran pulak, bahaya katanya.  Jadi bayi comel tu terus berada di atas badannya bersama tali pusat yang belum dipotong dan uri yang masih belum dikeluarkan.

Kemudian suaminya memapah ustazah yang masih lemah dan kesakitan, sementara aku mendahului berjalan undur ke belakang menuju pintu sambil membawa bayi di tangan.  Tali pusat masih belum dipotong, uri masih belum dikeluarkan.  Keadaan yang gawat pada fikiranku.  Waktu ini mereka tentu sudah sampai di hospital Ampuan Rahimah, insyaAllah.  Aku harap semua dah selesai dengan segera.  InsyaAllah.  Semasa mengemaskan rumah dan mop darah yang berjejeran ke pintu, mak ustazah telefon.  Cemas suaranya tapi masih terkawal.  Dia tanya pasal tali pusat dan uri. 

Aku benar-benar blank nak buat apa lagi sebenarnya tadi ... baru ini aku terfikir bukankah sepatutnya aku cuba urut rahim sehingga uri keluar sendiri?  Baru aku terfikir bahawa adalah merbahaya seandainya uri naik semula ke atas.  Tadi, memang tak ingat itu semua.

Teringat pulak pada Kak Rohaya yang sedang berkhidmat di HUKM setelah mengambil kursus perbidanan.  Haihh macam-macam yang muncul dalam kepala tiba-tiba.  Terkenang pulak pernah minta izin pada suami nak ikut macam-macam kursus berkaitan perubatan tapi tak dibenarkan.  Fokus je kat bekam tu, kata suami bena tak bena.  Aku buat muka sebik je.  Akur walaupun hati rasa nak pergi kursus itu kursus ini ...  Cuma tempohari aku dapat ikut kursus bekam, bahkan berjaya pula memancing minat suami untuk ikut sama.  Begitu bersungguh nak mengajak, aku sanggup bayarkan yuran kami berdua.  Kos lain semua dia tanggung le hehe ...

* Tak pernah menyangka akan jadi bidan ... bidan terjun.  Walaupun moyang aku yang tak pernah kujumpa (Onyang Saamah) adalah seorang bidan khabarnya.  Malam ini aku benar-benar bidan terjun, dengan izin Allah jua!  Allah sahaja yang Maha Tahu semuanya.  Semoga jadi asbab hidayat untuk diriku dan seisi alam. Allah yang memudahkan semuanya walaupun aku tak tau apa-apa.  Allah yang bagi pertolongan dan bantuan, aku hanya asbab saja untuk menyalurkan kepada ustazah.  Semuanya dengan kudrat dan iradat Allah jua. Segala puji untukMu ya Allah.

*  Tiba-tiba terasa macam ... andai aku yang punya bayi tu ... kan bagus sangat.  Hmm ...

*  Semuanya dengan izin Allah jua.  Tanpa izinNya tak ada apa yang akan berlaku.  Dengan izinNya tak ada yang mustahil akan berlaku.

Rasa nak tidur sudah terbantut, sambil standby Muhammad & Sofea kat rumah ustazah kat sebelah kot-kot terjaga mencari ibu.

Monday, April 14, 2014

hati tergerak

hendak meninjau mereka.  Dengan apron coklat, aku melencong ke pintu dapur madrasah sambil merungutkan sebuah tin minuman kemik dalam longkang.

"Sapa khidmat longkang n keliling ni?"

Tiba-tiba ...

Apasal ramai-ramai kat depan bathroom pulak ni?  Aku mendekat.  Ada suara orang menggugu-ngugu di balik pintu berkunci.

"Ma, saya tolak ye?"  kata PKP (penolong ketua pelajar) sambil tersenyum.

Eh apasal pulak. Jangan bagi rosak.  Aku baru teringat pintu-pintu bilik mandi baru diganti semasa cuti seminggu yang lalu.

"Saya dah biasa buat macam ni."  jawabnya selamba.

Hehh, karang awak bukak dia tak pakai apa-apa kat dalam tu, macamana?  PKP tak jadi meneruskan hasratnya.

Mereka kata ada sengketa kecil baru berlaku.  Serta-merta aku maklum, dua-dua heroin tak rasmi yang memang terkenal jenis bad-tampered dan selalu tergesa-gesa telah tercalar hati.  Seorang di dalam menangis-nangis, seorang di luar cekak pinggang dengan muka masam.

Aku segera menyuraikan.  Yang tak berkenaan masuk buat solat dhuha, termasuk KP yang tersengih-sengih, blank agaknya.  Yang bercekak pinggang merusuh dengan suara serak-seraknya pun aku usap-usap belakangnya dan suruh masuk.  Nampaknya dia akur, alhamdulillah.  Dalam hatinya hanya Allah saja yang tahu.

Kakak si heroin yang menangis-nangis dan membentak-bentak di dalam bilik mandi datang.  Hmm camana boleh lupa dia ada kakak ...

Hahh settlekan adik awak ni, kata aku.  Lega sedikit.  Tentu si kakak lebih arif mengendalikan adiknya yang terkenal panas baran.  Si adik membuka pintu bilik mandi dan terus dipeluk oleh si kakak.  Bajunya basah.  Dah macam drama sitcom, adegan basah-basah dan peluk-peluk.  Alahai ...  Aku segera beredar sambil membebel dengan bebelan yang berguna.  Ehe ...

Baru je nak masuk dapur, telinga menangkap suara si kecil molek yang bercekak pinggang tadi.  Haihh adegan baru ke?  Aku melencong semula ke pintu depan madrasah merah muda.  Bukan mudah nak mengendalikan amarah yang sedang menggelodak dalam jiwa.  Bak kata Naqib, dari ustaznya, kalau pelajar luar tu seekor je setan yang mengganggu, pelajar madrasah mau lebih 10 ekor setan yang datang.  Allah saja yang maha tahu.  Aku masuk dengan rasa terganggu.  Tak sudah lagi rupanya.

Dah solat dhuha ke?  Masing-masing geleng, seorang dua angguk.  So apa tunggu lagi???  Kamu dah solat dhuha, tanya aku pada kecik molek yang bad-tampered tengah menyerang si putih kuning yang terduduk atas lantai masih menangis.  Geleng kepala.  So tunggu apa lagi???

Aku letak balik rotan yang dicapai dari meja rendah milik ustazah.  Dah tu, bawak adik masuk bilik.  Selesaikan dalam bilik.  Kat sini tempat mengaji.  Hormat ustazah.  Jangan sampai ustazah datang tengok kamu dua beradik kat sini macam ni.

Aku keluar.  Ada tugas menunggu, perlu ke Lil Banin untuk hantar claim perbelanjaan minggu lepas.  Sebenarnya aku tak tau macamana nak menguruskan pelajar bermasalah kalau ramai-ramai dan ribut-ribut begitu.  Lebih tenang kalau face to face, personal talk.  Ada point untuk dicakapkan.  Dan rasanya lebih mudah diserap oleh pelajar yang bermasalah.  Kalau ramai-ramai, aku bercakap mereka pun bercakap. Aku suruh diam, ada je yang menyampuk.  Atau aku pun sama terdiam ... :P

Ada dua kes nampaknya.  Aku tanya pendapat suami, yang endah tak endah, dengar tak dengar, sibuk jarinya bermain-main di skrin hp baru Lenovo yang gedabak.  Kemudian aku bagi pendapat semula.  Dia kata personal talk.  Ok nanti panggil lepas seorang, seorang datang.  Bila?  Tak tau bila.  Biar cool dulu.  Bila dah tenang baru waras untuk memberi dan menerima buah fikiran.  InsyaAllah.

Cuma seperkara.  Dulu aku pun gunakan rotan dan cubitan.  Tetapi sedikit demi sedikit datang keinsafan dan kesedaran.  Rotan dan cubitan bukanlah denda atau hukuman yang boleh digunakan sepanjang masa.  Bahkan kesannya kadang-kadang lebih menyakitkan dan mengharukan untuk jangka panjang, kepada jiwa si anak.  Mereka insaf dan sedar mengapa perlu dihukum sedemikian, tetapi reaksi luar sedar kadang-kadang menjadi luar kawal.  Mereka perlukan rotan di sepanjang masa.  Kalau tak rotan, tak datang kesedaran.  Sebab dah biasa dirotan.  Kasihan kan. 

Walaupun mak pernah kejar aku keliling rumah dengan talipinggang hijau askar masa kecik dulu (sapa bagi aku tak tau ... ada dua ahli keluarga yang pernah berkhidmat dalam tentera).  Hingga akhirnya pernah mak dan mak mertua aku bagi hint untuk gunakan ketegasan rotan dan cubitan, macam la aku tak pernah jadi garang.  Kecuali mak R yang memang ibu terbaik, tak pernah marah dan tak pernah ajar aku macamana 'ajar' anak (tapi aku belajar banyak perkara dari mak R dalam diam-diam).

Maka aku tarik nafas memikirkan kisah si putih kuning yang terkenal panas baran ini.  Sambil menolong aku di dapur, dia dan kakaknya bercerita setiap hari rotan panjang adalah habuan biasa untuk mereka.  Walaupun kesalahan yang memang perlu dibaiki, seperti terlewat solat, menyorok dalam almari sebab tak nak pergi sekolah, atau apa saja.  Hukumannya sama, rotan sampai bergaris-garis di betis.  Aku tak tau, rotan dalam senyap atau rotan sambil marah-marah.  Kalau mak aku dulu, rotan sambil membebel.  Nanti malam dia datang time aku tidur (tapi tersedar dan buat-buat tidur terus), mak sapu ubat sambil bercakap (macam la aku sebenarnya tak tidur, mak tau kot) kenapa mak rotan bla bla bla ...  (Sebenarnya aku tak la nakal, entah apa yang mak marah sangat ye ...)

Aku teringat Us M yang datang merawat pelajar tempohari.  Si dia ni salah seorang dari beberapa orang pelajar yang ada 'sesuatu' bersarang dalam dirinya, menurut ilmu Us M.  Wallahu'alam. 

Walau apapun, aku cuba juga buat kesimpulan.  Mendengar rintihan dua beradik ni, yang menangis terus menangis.  Si kakak mula give up.  Aku katakan, sesuatu yang teruk atau hebat tak selalu berlaku. Namun sesekali itulah yang paling menguji.  Apa juga kesnya.  Yang harian berlaku, biasa saja. 

Di situlah ujian kesabaran dan ujian iman.  Nak give up ke feel down ke atau apa?  Tolong jangan putus asa.  Allah bersama orang yang sabar.  Ujiannya adalah ujian sabar.  Tak kira usia apapun anda.  Mudakah, tuakah.  Memang dunia ni Allah jadikan sebagai tempat ujian. 

Teringat pada Abil dalam blog Warkah Untuk Isteri tu, dia happy dan sharing pengalamannya dengan ramai orang.  Bayangkan sekiranya dia menjadi sebaliknya.  Tentu saja duka berganda-ganda.  Apa yang dia dapat?  Tentu kesengsaraan semata.  Sebaliknya, walaupun asbab duka sudah berlalu, dia masih saja happy dan ramai pula yang terkesan dengan kisahnya.  Ada positve effect.

Sekelimbas muncul wajah-wajah suci murni yang pernah aku temui.  Lembut dan selalu pasrah.  Tidak ada istilah ganas dan garang.  Bak angin sepoi yang menyapa wajah di petang yang redup tenang.  Mendidik anak itu bukan pada hari ia melakukan kesalahan atau kesilapan.  Bahkan sebelum ia terbentuk di dalam rahim si ibu sebenarnya.  Berpuluh tahun ke belakang.  Bermula dari dirimu sendiri.  Sekarang!

* Satu hari nak minta maaf to my eldest son, sebab pernah kurung dia dalam bilik air untuk toilet trained.  Pernah cubit dia sampai lebam (dia memang cepat nampak lebam sebab kulit cerah).  So sad.  Semoga Allah Yang Maha Pengasih sentiasa merahmatinya dengan rahmat sakinah mawaddah penuh berkah dan memasukkan dia (dan semua anak-anakku, keturunanku ...) ke dalam golongan terpilih asbab hidayat dan daie daieyahNya hingga hari Kiamat. Allahumma aameeen insyaAllah.

Sunday, April 13, 2014

I Luv U

my fren.  Aku teruja menulis begitu petang tadi.

Dia memberikan kata-kata; I nak cakap.  I suka kawan dengan u.  I suka ada kawan macam u.  Buleh tak I cakap macam tu?

Wahh ...  salah satu sudut menarik di alam maya.  Kita tak pernah bersua.  Kita juga tak pernah calling-calling.  Kita tak pernah dengar suara.  Kita chatting pun kadang-kadang je.  Tetapi kadang-kadang yang lama juga bila dapat peluang berchatting.  Walaupun tak ada sangat yang kita bualkan.  Penting-penting je.   Atau remeh temeh saja.   Kekadang tanya khabar mak.  Tanya masak apa hari ni?  Tanya dah sidai baju ke belum. 

Dah la typo selalu.  Boring je bila nak membetulkan ejaan.  Atau tambah je di bawahnya; *typo.

Tetapi dalam pada tak pernah bersua muka.  Kalau berjumpa macamana agaknya ...  Profile pic pun letak  gambar lain, bukan gambar muka kita.  So tak tau macamana wajah dia.

Tak pernah calling-calling, jimat kredit.  Tak pernah dengar suara.  Kalau dengar suara camana agaknya ...  Makin cair hati kot ...

Kita jatuh hati juga.  Memang alam maya ni ajaib sifatnya.  Tetapi tentulah jauh lebih hebat dan ajaib lagi alam akhirat yang ada syurga dan bidadari tu.  Tak boleh nak dibandingkan sama sekali.  Memang Allah rahsiakan betul-betul.  Hmm ... dengan izinNyalah juga alam maya yang aneh ini dapat kita layari begini.

Tetapi, bila dah ada rasa kasih sayang dalam hati.  Timbul pula rasa ragu sedikit.  Syaitan berbisik.  Itu belum berjumpa.  Kalau dah berjumpa, ntah-ntah dia terkejut dan terus jadi tak suka. 

Lalu hati membantah.  Eh mana boleh.  Kita mesti berbaik sangka sentiasa. 

Lalu dari situ, eloklah kita ucapkan Syukur Alhamdulillah kepada Allah yang telah meletakkan rasa kasih di dalam dua hati yang tak pernah bertemu muka ini.  Aku dan si dia.  Walau apa pun asbabnya, semoga jalinan kasih yang muncul ini akan berpanjangan hingga ke akhirat. 

Hidup memerlukan kasih sayang.  Hati yang kosong tanpa kasih dan sayang adalah hati yang separuh mati.  Usah putuskannya.  

Aku berdoa ... yang baik-baik saja. 

Allahumma aameeen.  InsyaAllah.  Alhamdulillah.

* one more time to say, i luv u ZA.  Hehe ... 

Dari Jabir r.a meriwayatkan bahawa Rasulullah SAW bersabda: Seorang mukmin mencintai dan dicintai. Tidak ada kebaikan dalam diri seseorang yang tidak mencintai atau tidak berkasih sayang. Orang yang terbaik di antara manusia adalah orang yang paling banyak memberi manfaat kepada orang lain. (HR Dar Qutni dan Targhib)



Saturday, April 12, 2014



Hari ini menghadiri jemputan majlis perkahwinan anak saudara suami di Pulapol.  Ramai ahli keluarga yang hadir, termasuk dari Singapura dan Pulau Pinang.  Aku beredar dari meja ke meja untuk bersalam dan cium pipi dengan mak-mak saudara, anak-anak saudara dan ipar duai.  Tetapi tuan rumah dan isterinya (abang ipar) tak aku temui sebab ternampak mereka tersangatlah sibuk melayani tetamu yang tak putus.
Dewan terbuka dan selesa.  Tidak terkurung.  Makanan pun enak, nasi beriani kambing.  Ada lagu-lagu berkumandang, hmm ... Aku cuba mengingatkan diri dalam alpa dan terleka.  

Mak saudara dari Singapura menarik aku ke kereta.  Dia menyerahkan satu beg berisi sesuatu, katanya tudung-tudung labuh seperti yang sedang dipakainya.  Alhamdulillah, orang beri aku terima. 

Nenek pengantin menyapa aku.  Suaminya baru kembali ke rahmatullah dua minggu lepas.  "Intan tau ke pak aji dah tak de?" tanyanya sedih.  Aku angguk.  Tumpang sedih juga.  Sudah lama tak bertemu mak aji ni.  Rasa aku, sebelum aku berniqob lagi.  Ya, sudah bertahun-tahun lamanya.  Dia akan tinggal bersama anaknya.  Sudah tidak boleh tinggal berseorangan lagi di Jasin.  Aku terharu.  Teringat Mak Ramlah dan Mak Juriah di kampung.  Aku hanya dapat ucapkan kata-kata untuk menyabarkan mak aji dan menyedapkan hati saja.  

Oh ya, kami membeli kitab Fadhilat Amal sebagai hadiah untuk pengantin.  Suami yang mencadangkan.  Dalam perjalanan tadi, kami singgah di Sri Petaling untuk membeli kitab ini.  Suami mencari selipar untuk dirinya.  Aku sarankan selipar model milik Nabi SAW.  Mahal tetapi semoga berkat.  Semoga menjadi asbab kesihatan kakinya yang sakit akibat tendonitis (radang otot, terhentak koyak bermain badminton).  Hidayat minta tafsir al-Quran.  Aku senyap-senyap meletak dua buku Rangkaian Kisah-kisah Bidadari berdekatan tafsir al-Quran Hidayat di kaunter dan beredar jauh.  Suami tidak perasan sebab dia sibuk mencari saiz selipar.

Sudah acapkali nampak buku tentang Bidadari ini tetapi tidak kuendahkan sangat.  Biasa saja kisahnya, macam yang dalam al-Quran, fikirku.  Tetapi tadi aku selak dan baca sekelimbas lalu isi kandungannya, macam menarik saja.  Lain dari selalu.  Inilah salah satu yang boleh menjadi penawar dalam tulisan, kata hatiku tiba-tiba.  Kisah bidadari yang jelita dan kenikmatan syurga tentu sahaja menjadi penawar untuk hati-hati yang resah dan keluh-kesah.  

Tak sabar rasanya nak membaca kisah para bidadari ini.  Aku yang perempuan pun tak bersabar, orang lelaki apatah lagi ye ...

Kemudian kami ke Hospital Pantai, Bangsar.  Kakak admitted malam tadi, katanya ada sedikit jangkitan kuman dan liver bengkak sedikit.  Dia bersendirian, aman nampaknya setelah dari hari Isnin keresahan serba tak kena.  Bahu kirinya sakit dan jammed, mahu MRI.  Ada pula kisah lucu di sebalik sakit yang mengujinya.  Aku hanya boleh katakan dan mengingatkan diri sendiri, kita perlu berhati-hati dengan perawat.  Jangan sampai kita syirik kepada Allah tanpa sedar.  Sampai harus sedekah ayat suci kepada makhluk halus pula supaya ia beredar dari dalam badan.  Lebih baik sedekah ayat suci kepada diri sendiri je.  Kelakar apabila ada pengesahan 'kiriman' sudah diterima, walhal tiada pengiriman dilakukan.  Apa tu???  Siapa yang terkena sebenarnya?  Pesakit atau perawat yang dikenakan dek makhluk tersebut? 

Ok la, mau baca kisah bidadari.  Dalam kepala versi lain, tapi bila ditulis jadi versi lain pulak.




aku berdoa.

Semalam petang, tiba-tiba

datang fikiran aneh.  Aku rasa macam nak berhenti menulis di blog ni.

Seorang perempuan, adalah aurat seluruhnya.  Menutup wajah dan tubuhnya.  Tetapi memberitahu macam-macam pulak kat blog.  Apa ni???

Tiada gambar.  Tiada wajah.  Tiada suara. 

Tapi ada kisah.  Ada cerita. 

Ada gambaran tanpa gambar.  Ada bayangan tanpa bayang. 

Ada sesuatu yang muncul di kepala pembaca.

Apa-apa saja.

Terdedah semuanya walaupun tak segala-galanya.

Aku rasa aneh.  Aku rasa betul.

Tetapi aku suka menulis.  Macamana ni???

Tengah malam tadi hujan turun tersangat lebat.  Ada guruh ada petir.  Ada kilat memancar-mancar, menyala-nyala menerangi sekali-sekala.

Maka aku berdoa.

Ya Allah, aku suka menulis.  Aku ingin menulis.  Semoga tulisanku jadi penawar (buat masa ni belum lagi dapat jadi penawar).  Semoga tulisanku jadi asbab hidayat (masa ni pun belum).  Semoga tulisanku jadi peringatan bukan jadi bahan melalaikan.  Semoga tulisanku jadi asbab kebahagiaan di akhirat, macam peringatan yang diberi oleh Habib Umar.  Juga jadi asbab rezeki yang diberkati (last sekali).  Aameeen.

Ya Allah, ajarkanlah aku menulis.  Supaya tulisanku tak menjadi sia-sia.  Supaya orang tak membazir masa membacanya dan menjadi lalai tak tentu hala.  Supaya masa yang aku gunakan untuk menulis tidak juga sia-sia. 

Ya Allah, aku menulis bukan mau popular.  Bahkan rasanya aku tak akan promote buku macam orang lain promote buku mereka (kecuali dah buat page buku di FB).  Kenapa?  Aku tak mahu jadi popular.  Mahu diam-diam saja. Biar buku itu sendiri berjalan dari tangan ke tangan, meniti dari mulut ke mulut.  Semuanya dengan izinMu.  Engkau Maha Kuasa Ya Allah, makhluk tiada kuasa.  Apakah buku itu akan diketahui dan dibeli oleh ramai orang nanti?  Tiada iklan, tiada promosi, tiada makluman.  Tau ke manusia kat bumi ni pasal buku tu ... perlu risau ke?  Rasanya dah cukup la promosi sebelum ni.  Orang akan membaca isinya, bukan mencari kerana populariti. 

Tak kisah la kalau dikatakan perasan bagus.  Itu rahsia, diam-diam je.  Orang juga yang akan nilai bagus ke tak bagus.  Dan tak perlu risau apa yang orang kata.  Tak mesti betul.  Tak pasti salah.  Sebab fikiran manusia tak semua sama.  

Allah maha kuasa.  Aku mahu berserah padaMu semata ya Allah.  Mahu berdiri teguh di atas jalan yang lurus.  Walau bumi bergoncang selalu.  Janganlah biarkanku walau sesaat ya Allah. 

Blank.  Aku berdoa ... macam selalu.  Aameeen.  Allahummma aameeen.  Alhamdulillah.


Friday, April 11, 2014

Baru sehari

tak berjumpa.  Macam rindu je masing-masing.  Cehh ... yela tu.

Pagi tadi, Zakiah kata aku belum balik.  So bila aku picit loceng suruh datang ambik air minuman, Hani terjerit kat tingkap.  "Yeyeh mama dah balik!  Yeyeh mama dah balik!  Apasal kata mama lom balik. Tipu ea ... mama, nak coklat." 

Semasa tengah goreng karipan tuna yang dibeli di Giant Seremban malam tadi, aku cerita sikit kat Ruqoiyah.  "Ada kisah sedih pilu hiba tragis menyayat hati dukacita sengsara derita merana ..."

"Mama, saya pun ada kisah sedih gak ni.  Nanti nak jumpa mama ea ..."  kata Ruqoiyah dengan muka sebik.  Aik, baru sehari tak jumpa dah ada kisah sedih ... sama je kita.

Hani masuk dengan jubah pink berkilat.  "Lamanya seminggu tak jumpa ... "  Perli.  Sebab aku kata balik kampung seminggu.  Caya pulak dia hihi ... buat-buat caya.  Kepoh je sebenarnya.

Aku mula rimas. Mula nak 'menghalau' masing-masing keluar.  Lepas sorang, sorang masuk.  Termasuk Alya comel.  Nak menyelit jugak dia di dapur ni.  Mujur comel.

Ketika masing-masing keluar (selepas kena halau) Hani yang terkemudian sekali berbisik, "Mama, kita nak jumpa mama nanti tau.  Ada kisah sedih la."  Kisah sedih lagi. Tadi kakaknya, ni adiknya pulak.  Hani pun buat muka hiba. Alahai ... berlakon nombor satu.

"Cer citer sket.  Hint."

Dia pun bla bla bla bagi hint.  Hmm ... camana tu?  Kena siasat.  Dan kena pertimbangkan dengan waras, adil dan saksama.  Walau aku pun ada terbabas, insyaAllah selalu kembali waras.  Selebihnya dimesyuaratkan, dan keputusan dari pihak  pentadbiran. Buat pemantauan dalam diam.  Ada kes ulangan dan bukti yang menguatkan, kita akan ambil tindakan yang sepatutnya.  Selainnya, abaikan.  Budak-budak perempuan ni memang kepoh je lebih.

Tertanya-tanya pulak ... apa yang menyedihkan Ruqoiyah?  Apa pula yang menyedihkan Hani? 

Aku tergamam

tapi  kucing itu semakin jauh.  Ada sesuatu di mulutnya.  Patut la semasa aku menggoreng daging burger tadi, aku perasan dua anak kucing mak meremang bulu di bawah kerusi kayu dan memandang ke satu arah.  Tentu musuh, fikirku.  Bila diperhatikan, ada kucing jantan dengan muka ganas sedang memerhatikan.

Dan tiba-tiba anak Miza yang kecik sikit datang berdekatan.  Sekelip mata kucing jantan muka ganas berbulu gelap menyambar (macam sambar tikus or anak ayam) dan membawanya lari ke arah hutan belakang.  Aku terkapa-kapa dan terus cari Miza.  Aku angkat Miza nak suruh dia pergi belasah kucing tu dan harap-harap dapat lagi selamatkan anaknya yang sedang digonggong.  Tapi ... malam makin kelam (maghrib) dan Miza tak faham apa yang yang aku suruh (walaupun aku beria-ia cakap kat dia) dan kucing jantan ganas tu semakin jauh menghala ke hujung pagar nak masuk ke hutan belakang.

Hanessa menangis.  "Tu kucing Baby.  Kenapa sume kucing Baby mati??"  Sedihnya mendengar.

Aku peluk dia.  "Tak pe ... tak pe ... conform sume dah kat syurga.  Don wori."  Teringat Mizi kesayangannya yang kena langgar kereta.  Comel yang hilang kat sini juga.  Dan baru je anak kucing dia (aku pun tak perasan bila dia anggap anak kucing tu dia punya ... tak alert betul) jadi mangsa kucing jantan jahanam.

Mak mula flashback.  Patut la Comel menghilangkan diri (or kena baham jugak?).  Patut la mak nampak Cantik bawak anak-anak keluar dari pagar rumah pada satu pagi yang hening (huhu) dan terus menghilangkan diri entah ke mana.  Patut la Kempang (sebab dah tempang) ada kesan gigitan dua gigi kat kaki dia pada satu pagi dulu, mak syak kucing yang sama yang cuba membaham anak kucing tu.  Sampailah mak keluar duit bawa anak kucing yang nazak tu ke klinik haiwan dan dengan izin Allah sudah sembuh cuma tempang.

Kucing siapa, entah.  Dulu tak de pulak.  Dulu dia kecik lagi, jawab mak. Patut la tengah malam jam 2 pagi 3 pagi dengar kucing bergaduh.  Patut la makanan kucing abih licin dia punya kerja la.  Dah makan nasi, anak kucing pun ditibainya.  Mak mencurah perasaan dan amarah.

Mak, slow-slow mak.  Kang urat mata tegang.  Mak baru operate buang katarak.  Masih basah berair mata kanan mak.  Asyik pakai rayban lawa je.  Mendung je, kata mak. Memang la mendung, pakai rayban memanjang.

Aku pasrah.  Macam Miza yang pasrah.  Dia yang macam dah mula faham apa yang terjadi, datang ke kawasan kucing jantan hantu tu dan menangkap bau di udara.

"Anak kau dah tinggal sekor je Miza... kesian."  Dari empat jadi sekor.

Aku bawak Comel dan Cantik anak-beranak ke kampung supaya mereka happy.  Mak happy.  Aku tak sampai hati nak hantar ke pasar-pasar atau kaki lima kedai atau tempat pasar malam yang seminggu sekali je dan selebihnya kawasan kosong bersampah.

Tak sampai hati membayangkan kucing itu yang biasa diberi makan, tiba-tiba ketakutan dengan bau baru, suasana baru dan jerkahan dari orang yang tak dikenali.  Walaupun aku tau, kucing ... pasrah je.

Maka kampung mak jadi tempat yang sangat sesuai.  Tapi tak sangka dan di luar dugaan ada pulak pemangsa yang luar biasa di sana.  Tak sangka! Selama ni  aku mendengar kisah kucing makan anak.  Itu anak kucing yang baru lahir. Ini ... dah besar.  Dah 4 bulan kot umurnya.  Cuma anak Miza ni saiz kecik sebab anaknya lima ekor semuanya.

Mak mula azam nak meracun kucing tu.  Kata mak bila aku yang keliru bertanya, memang itu balasan dia.  Dah nampak dengan mata kepala.  Dan tentu yang hilang sebelum ni pun dia punya kerja.  Sebab dicari tak jumpa bangkainya.  Tentu dia juga yang membaham.  Aku tambah tergamam.

Pujangga Seni baru je naikkan status kesal pasal meracun kucing tempohari di FB.  Aku kata, kesiannya ... Tiba-tiba mak pulak nak meracun kucing.  Dan kucing tu dah membuktikan kesalahannya depan mata aku sendiri.  Aku ... serba-salah.

Macam ni ke jalannya?

Akhirnya mak tukar plan.  Mak kata kucing tak akan makan makanan yang diracun.  Tapi mak akan pasang perangkap kera dengan umpan sedap-sedap.  Dah dapat tangkap nanti mak akan hantar jauh-jauh.  Hantar ke Bukit Putus je mak, biar dia kawan dengan monyet beruk kat sana, kata aku dengan rasa sakit hati.

Tak dapat aku bayangkan ... bagaimana sakitnya anak kucing tu kena baham.  Dalam keadaan nyawa-nyawa ikan, kucing jahanam tu mula mengoyak-ngoyakkan daging perutnya dan mengunyah.  Dia mahu lari tapi tak mampu berdiri.  Kepalanya ditekan dan dagingnya terus digigit dengan ganas dan rakus.  Akhirnya semuanya kelam dan gelap, seperti malam yang hitam.  Darah memenuhi muka dan bulu kucing jahanam.  Memang jahanam!!!

Semoga plan mak berjaya.  Andai sebaliknya, aku nak suruh abah tembak je kalau dia datang lagi.  Boleh?

Boleh je.  Jawab sendiri.

Apa pun, tulisan aku masih cool.  Mau goreng karipap.  Sudah 6 minit berlalu melepasi jam 8. Tapi tak boleh tunggu waktu senggang untuk mencatat di sini.  Aku suka menulis.

Jumpa lagi.  


Wednesday, April 9, 2014

baca blog popular

yang baru ditemui, Warkah Buat Isteri , membuatkan aku kagum dan termenung sejenak. 

Tak mampu membaca semua catatan di sana (yang sentiasa dapat rantaian komen berjela), tetapi beberapa entry yang ada menyebabkan aku angkat kening dan tarik nafas panjang-panjang.  Penulis itu memang luar biasa peribadinya.  Dia sangat kasihkan isterinya (arwah) dan sentiasa berusaha menyegarkan rasa cinta yang sedia ada.

Sangat bertuah si isteri, yang dibelai bukan sahaja ketika dia sihat, bahkan juga ketika dia sakit strok.  Sangat beruntung dia ketika ini, setelah dia aman di alam barzah sana, tetap diingat-ingat dan disebut-sebut namanya dengan ingatan penuh kasih sayang dan rindu cinta yang tetap dalam.

Rupa-rupanya kisah mereka ni (Abil & Gee) dah masuk paper dan segala macam media siaran, aku je yang ketinggalan zaman.  Akhirnya tau juga la ... walaupun tak mengikuti siri semasa.Sesiapa yang tak tau lagi tentang blog hot ni, boleh klik ke sana dan baca catatan DIM yang kini sudah terbit bukunya tu.

Satu soalan yang aku jumpa dalam catatan di blog itu, ialah apabila penulis ajukan pertanyaan kepada tetamu yang berziarah arwah isterinya, "kalau kita sakit, siapa akan jaga kita nanti agaknya?"  Aku pun mula fikirkan jawapannya.  Suamiku kah?  Sepatutnya, siapa lagi?  Kalau dia sakit, siapa pulak yang jaga dia?  Akukah?  Siapa pulak lagi?  Hukum akalnya begitulah. 

Terfikir pula, sedang sihat walafiat begini tiba-tiba jatuh sakit.  Tiba-tiba strok.  Tiba-tiba koma.  Tiba-tiba ... kalau terus meninggal dunia habis cerita.  Tapi kalau hidup segan mati tak mahu, atau harus menderita terlebih dahulu, siapa akan jaga aku?  Ya Allah.

Ok,  Stop.  Usah fikir benda yang belum jadi.  Ini stail fikir orang-orang tua la ni.  Jauh jangkauan fikirnya.  Sampai entah berpuluh tahun akan datang.  Ini juga yang menyebabkan rasa sakit di jiwa dan sakit di fikiran dan menderita sebelum benar-benar tersiksa.

Mari kita baiki amalan.  Jom zikir ingat Allah.  Jom selawat kepada Rasulullah SAW.  Jom solat dan baca al-Quran.  Jom tahajjud. Jom keluar ke jalan Allah.  Jom taklim kat tempat yang sama di waktu yang sama tiap-tiap hari.  Dah habiskan tasbehat hari ni?  Pagi tadi dah settle ke? -----> soalan untuk diri sendiri, peringatan untuk diri sendiri juga.

Azam untuk baiki diri.  InsyaAllah Allahumma aameeen.  Semoga Allah bantu dan tolong baiki kita.  Semoga berkat amalan, Allah kasihan dan beri yang baik-baik kepada kita.  Sampaikan hajat yang baik dan selamatkan dari hajat yang buruk.  Selebihnya Allah simpan lambat sikit, dan simpan juga untuk diberikan di akhirat nanti.  InsyaAllah.  Apa yang Allah bagi, syukuri dan Allah kata akan ditambah lagi.  Syukur dan tambah lagi.  Dan Allah tidak sekali-kali mungkir janji.

Bila tak berFB, leka pula di blog.  Dan  ada masa untuk ziarah ke blog-blog yang sudah lama tak dikunjungi.  Sampai naik kelabu mata.  Ada je pulak sesuatu yang dikongsi.

Tadi petang, aku merombak semula susunan ahli dalam kumpulan taam dan khidmat.  Kumpulan 1 dan 3 menerima banyak aduan, bahawa mereka tidak sehaluan menjalankan tugas.  Boleh kata hari-hari ada je sampai aduan dan komplen dari ahli kumpulan secara senyap-senyap dan berbisik-bisik kepada aku.  Tadah saja telinga.  Maka aku cadangkan kepada mudirah untuk membuat rombakan sebulan sekali supaya semua pelajar saling mengenal lebih rapat, bukan dengan satu kumpulan semata.  Mudirah bersetuju sahaja dan secara halus dia menyerahkan tugas itu semula kepada pencadangnya, aku.  Walaupun di hujung ayat, mudirah kata selama dia di madrasah dan mana-mana madrasah pun tidak ada rombakan dibuat dan ahli kumpulan itu kekal sampai bila-bila.

Hmm ... dulu aku selalu terlibat dalam program berkumpulan dan pertukaran ahli kumpulan ada juga baiknya.  Kalau ahli kumpulan tak dapat bekerjasama, aduan akan dibuat dan tindakan susulan diberikan untuk membantu membaiki keadaan.  Tetapi ada juga yang tersangkut hingga sudah, dan masih kuingat salah seorang yang pernah 'bersengketa' kecil denganku gara-gara dia tidak memberi kerjasama seperti yang diharapkan.

"Mamaaa ... oh mamaaa ..."  aduii kalau ikut adat memang dah kurus kering aku ni, sebab baru je duduk dah bangun balik ke dapur dipanggil mereka ni.

"Apa lagi?"  keras je soalan.

"Mama, kami ada hajat."  Muncul tiga wajah manis tersenyum-senyum di pintu.

"Amende?"  stone je.

"Mama. kita bertiga nak satu kumpulan tau.  Tak  nak berpisah.  Kami ni selalu bergaduh so kami tak nak pecah-pecah."

Aku pandang tiga-tiga wajah comel ni dengan hairan.  Selalu bergaduh tapi tak nak berpisah?  Agaknya nak baiki keadaan kot.

"Eh no no no!  Karang semua orang pun mintak macam tu juga.  Mama pulak kena ikut cakap korang ea?  Mana aci."  Aku jawab dengan serius.  Buat-buat serius.  Sedangkan mereka sengih-sengih.

Dah la sebelum itu tadi, belakang aku krem dek tergelak besar.  Aku cuba atur kumpulan baru dengan memberi nombor baru di setiap hujung nama secara rambang.  Selesai, macam mudah je.  Alya comel yang suka 'menyibuk' pun ambil kertas tu dan belek.

"Eh mama, kumpulan saya semua budak kecik,  Kak Hani je sorang yang besar."  Dia mula terkekeh-kekeh ketawa.  Aku yang tersurprise belek balik kertas tu.  Aduii.. memang sahih.  Hani akan berkumpulan dengan empat orang kanak-kanak usia 9 -10 tahun.  Dia, 14 tahun.  Secara otomatik minda aku menayangkan kejadian-kejadian lucu yang tiba-tiba timbul dalam kumpulan kanak-kanak ini, dengan Hani sebagai ketuanya.  Macam tayangan gambar kartun pun ada.  Tiba-tiba je ...  Hehehe ... aku pun tergelak.  Makin dikawal makin terlepas gelak aku.  Alya pun makin galak kekehnya.  Aku yang dah tergelak, makin hilang kawal mendengar ketawa Alya.  Tak boleh tahan!

"Astaghfirullah ... astaghfirullah ... mama tak boleh gelak kuat nanti krem.  Alya tolong jangan gelak lagi."  tapi dia terus terkekeh-kekeh, aduii ...

Akhirnya aku surrender.  Terpaksa bangun dan membongkokkan badan.  Bahagian belikat belakang dah kejang.  Satu nikmat yang sudah mula ditarik sedikit demi sedikit oleh Pencipta kenikmatan.  Aku tak boleh gelak kuat.  Sekadar senyum je ok.

"Hani, tolong urut belakang mama."  Hani yang sedang mengayuh basikal Hanessa mula memicit belakang aku yang membongkok.  Kemudian ada lagi beberapa tangan lain memukul-mukul perlahan sambil pot pet pot pet ... aku tak kisah siapa asalkan krem ni hilang.

Terdengar suara Nurin bertanya, "Kenapa ni?  Kenapa Cik Intan?  Sakit perut ke?"  Caring je anak Encik Hanafi ni ye ... 

Pertama kali krem kerana gelak yang lost kontrol ialah semasa dalam kereta dalam perjalanan ke Senai.  Aku, suami dan arwah Wan Libah.  Entah apa lucunya aku dah tak ingat.  Tapi Wan Libah memang sesuai benar dengan suamiku kalau buat kelakar.  Yang jadi mangsa ialah ... aku, sebab krem akibat ketawa besar sangat.

Sebenarnya tak baik ketawa besar.  Rasulullah SAW pun kalau lucu sangat hanya senyum lebar hingga nampak gusi sahaja.  Inilah baiknya.  Krem pun krem la.  Aku tak mau tergelak besar lagi.  Alya mesti diberi amaran, JANGAN KETAWA KEKEH-KEKEH LAGI MACAM TADI.  Err boleh ke macam tu?

* esok drive balik Kuala Pilah ziarah Mak J yang baru operate buang katarak di mata kirinya semalam, di Hospital Kuala Pilah.  Kesian mak, dah dua  hari baru anakanda dapat ziarah.  Tempohari Mak R operate mata, dah seminggu kot baru aku dapat ziarah.  Ampun maaf bonda-bondaku.  Anakanda terikat di sini.  InsyaAllah lepas raya Aidiladha anakanda merdeka kot.  Doakan ye.

Allahummma aameeen.  InsyaAllah.

aku berdoa...
mau jadi penulis diam-diam je.




Search This Blog

Blog Archive

Rakan Blog

Pakaian Muslimah

cinta hingga Firdaus

Lilypie Angel and Memorial tickers

Terima kasih :)

Follow by Email

utamakan Bahasa Melayu

utamakan Bahasa Melayu

Pantai Lumut

Pantai Lumut

Pantai Mersing

Pantai Mersing