Hadith


Beramal dan Menyampaikan


Random Hadith Widget

Bismillah

Bismillah

Monday, June 9, 2014

Karya Nan Indah

Aku duduk usai solat Maghrib, berdoa sambik memerhatikan buku-buku di rak. Selalu singgah di rumah kakakku ini, selalu pula memerhatikan buku-buku itu. Ada yang sudah aku miliki. Ada pula dia yang menghadiahiku buku yang sama dimilikinya.

Aku terus memerhati deretan buku dari atas sejadah. Membaca tajuk buku juga satu hobi rupanya.

Di antara deretan buku, ada sebuah buku yang selalu memancing perhatianku sejak mula. Mungkin kerana warna merah yang menghiasinya. Hmm...tajuknya pun seperti menarik hati juga; Karya Nan Indah.

Karya yang indah tentu mempersembahkan sesuatu yang indah!

Aku menelan liur. Tangan kuhulur untuk mencapainya. Agak tebal dan agak besar. Wah, yang paling menarik adalah nama penulisnya.  Siapa?

Hati bersuara. Pasti aku akan menghabisi buku ini dalam beberapa hari, seperti aku menekuni buku nipis Bidadari Bumi yang luar biasa itu. Terbayang buku panduan penulisan lainnya, yang masih belum dapat aku selesaikan.

Aku meminati karya penulis ini. Kakakku Zulina juga mengakui bakat besar yang dimilikinya. Aku sudah baca beberapa buah novel beliau. Namun ada juga yang aku tidak mampu menghayati kerana lemah untuk memahami mesej yang sarat dibawanya.

Baiklah. Di sela-sela rutin, aku mencuri masa menyelak helai demi helai dari muka pertama Karya Nan Indah. Panduan dan intisarinya berbeza. Ada baris yang aku tahu untuk memahaminya perlu mencari guru. Bukan guru penulisan tetapi guru mursyid, mungkin.

Panduan ini tidak setakat memandu untuk menulis karya. Ringkasnya, ia memberitahu bagaimana sepatutnya anda sebagai insan berTuhan.

Maaflah jika aku keterlaluan. Aku baru berada di muka 22 sebenarnya. Tidak sabar mahu meneruskan pembacaan di sela-sela rutin harian.

Kurangkan interaksi alam maya. Azam. InsyaAllah.

Jumpa lagi ~~

3 comments:

Seharum Doa Bonda said...

Jazakillahu khoyr katheera kpd my sister Hajah Noraini Hassan. Aku mahu meminjam shj ttp beliau memberinya kpdku. Sangat sukahati dan sangat happy. Senyum sampai telinga.

Noraini Hassan said...

Gembira krn dpt menggembirakan adikku. Semuga buku tsb memberi menafaat...

Seharum Doa Bonda said...

Sudah selesai. Sangat informatif tetapi belum mencukupi khususnya bgm untuk membentuk cerita novel dan menjalin bab demi bab. Siapa tau buku lain dari Faisal Tehrani kesinambungan buku ini?

Search This Blog

Blog Archive

Rakan Blog

Pakaian Muslimah

cinta hingga Firdaus

Lilypie Angel and Memorial tickers

Terima kasih :)

Follow by Email

utamakan Bahasa Melayu

utamakan Bahasa Melayu

Pantai Lumut

Pantai Lumut

Pantai Mersing

Pantai Mersing