Hadith


Beramal dan Menyampaikan


Random Hadith Widget

Bismillah

Bismillah

Saturday, April 5, 2014

Rasa agak lengang apabila sudah deaktive FB.  Biarlah apa pun maklumat yang sedang beredar di sana.  Apa aku perduli.  Buat sementara aku enggan memperdulikan apa-apa.

Cuma ada sesuatu yang sedang diambil peduli.  Ada pertanyaan perkenalan di Whats App, alamak.  Siang tadi aku tukar pic profile dan memberi tanda bagus di bawah status petikan kata-kata hikmah di sebuah grup.  Aku belum bercadang menjawabnya, dan rasanya tidak perlu dijawab.  Bukan member yang aktif di kebanyakan grup, cuma pembaca senyap.  Itu lebih afdal.  Ada grup-grup terpilih yang aku gemar share maklumat.  Ya, ada grup untuk supply dan ada grup untuk receive informasi.  Ok la tu.

Termenung kadang-kadang.  Aku terfikir.  Cerita di blog ini sangat mendedahkan siapa aku.  Barulah aku faham.  Sesiapa yang mengikuti dari awal penulisan blog ini, akan mengenali tentang penulisnya, dengan izin Allah.  Proses biasa, penulisan menggambarkan watak dan pemikiran yang menulis.  Bagaimana anda menulis, begitulah anda yang dibaca.

Aku?  Sangat tidak gemar membaca semula catatan sendiri yang lepas-lepas, tetapi untuk 'berada di dalam kasut orang ... eh ... untuk membaca pandangan orang' aku terpaksa membaca balik.  Hmm ... not bad jugak.  Ok la tu ...  aku suka apa yang aku tulis hehe ... tentang anak-anak.  Tentang kehidupan yang ringan.  Tiada politik. Tiada prasangka buruk.  Mungkin kadang-kadang lucu secara bersahaja.  Lagi?  Apa-apa je la ...

Hamka Kereta Mayat agak menyakitkan hati tatkala membaca komennya, bahawa orang yang bercerita tentang diri sendiri adalah bodoh.  Rupanya bodoh tu kalau engkau bercerita dengan nada mendabik dada sombong dan riak ujub sebagainya. 

Elok juga ambil peringatan ni, supaya tak jadi penulis bodoh.  Huhh pedas.

***

Malam ni tiba-tiba aku tergerak hati nak buatkan pelajar air milo panas yang sedap.  Aku hangatkan kuali dan bakar roti.  Kemudian picit loceng tanda 'ada sesuatu' di sini ... sila datang segera.  Macam dijangka, mereka menyerbu beramai-ramai.  Adoii ...

Semoga Allah sampaikan hajat di hati, aameeen.

Setelah menyuruh mereka balik (ada yang potong kulit buah asam muda, sudah cakap tak baik untuk orang menghafal tapi ambil jua, terutamanya anak Tuan Mudir yang selalu buat muka selamba tu ... sabar je.  Siap ambil kicap mi letak gula dan hiris cili, memandai buka freezer ea!!!) dengan muka serius, Hanessa bersalam dan aku mencium pipinya.  Tiba-tiba Maisarah menghulurkan pipinya juga.  Eh eh, Anis pun sama.  Hehe ... saja nak buat anak aku cemburu giler la tu. 

"Jangan mare eh!"  kata Maisarah gelak-gelak.  Selama ni Saudah sahaja yang berani mencium aku.  (Sedih, dia dah berhenti ...)

Tiba-tiba Hanessa menyahut, "Tak pe, bakal kakak ipar." 

Haih ... tak sudah-sudah, ramainya bakal kakak ipar dia.  Dia kembali mendapatkan aku, dan aku cium lagi pipinya.  Senang benar hatinya lalu balik melenggang ke madrasah.  Syukur, janji jangan karang pergi cubit dua kakak tu sudah la ...

***

Ralit dengan blog sendiri.  Agak rasa cool.  Buku tulis yang dimintaAfifah yang baru masuk belajar kelmarin sudah aku belikan petang tadi.  Selesai hutang janji dengannya.  Teringat Intan yang mengadu gatal-gatal badan.  Terfikir tentang peranan Ketua Pelajar yang berat untuk dipikul oleh Zakiah.  Dia hampir menangis tatkala aku membebel melihat susunan baldi yang lintang-pukang dan sedikit sampah di dalam longkang.  Alya yang manis cool je mengutip semuanya, memang tugas dia.

"Tengok Kak Alya, ok je kena marah dengan mama.  Kalau orang lain mesti ..."  kata Hanessa.  Aku fikir kalau dia kena marah pun tak se'cool' Alya.

Alya memang selamba.  Walhal baru sebentar dia menolong menyusun air tin dalam freezer.  Tiba-tiba aku diberitahu yang belambak ini adalah tugas dia.  Huhh!

"Mama, talam tiga tak makan sebab makanan kena makan dengan Mimi.  Siap masuk kaki sekali."  Zakiah sempat mengadu. 

"Ambik yang kena makan tu buang, selebihnya boleh makan."  Teringat kisah Aisyah rha yang mencedok bahagian bubur yang dijilat kucing dan dia makan selebihnya.

"Dorang dah tak de selera dah, mama.  Lagipun habis dah kena makan dek kucing."

Aku rasa macam nak melenting.  "Kucing tu ikut ustazah balik sini.  Dorang pulak biar je talam tak berjaga.  Ainul."

Ainul lagi.  Ada unsur kecuaian.  Pelajar ini, anak kepada Tuan Mudir ini, ok saja sebenarnya.  Cuma aku fikir mungkin status dia yang istimewa memberi sedikit kesan kurang positif kepada sikap dan cara dia bertindak. 

Selesai Maghrib tadi, Amira datang mengambil air minumannya.  Aku bertanya, "Sampai bila Zakiah menjadi ketua?"

Dia kerut dahi, "mungkin sampai Sabtu ni."

"Mama nak rekomen kamu je jadi Ketua Pelajar.  Zakiah tak boleh.  Dia kata dia tak pandai.  Tadi pun macam nak menangis je."

Amira tergelak.  Dia pernah menjadi ketua tetapi ramai yang tidak berpuas hati, iaitu golongan yang 'harap-bukan-pewaris-sikap-ahli politik-yang-perasan-bagus'.  Tetapi tentulah perlantikan tidak dibuat sebarangan.  Amira, bukan sebab dia rapat dengan aku atau apa, tetapi aku melihat ada keyakinan dan ketegasan dalam dirinya ketika menjalankan tanggungjawab.  Semoga Allah membantunya selalu insyaAllah.

* tak tau macamana story begini yang keluar malam ni ... rasanya nak tulis benda lain asalnya tadi.  Hmm ...

Ya Allah, tetapkanlah iman kami dan masukkan kami dalam golongan orang yang bertaqwa, aameeen.
Wassalam.


No comments:

Search This Blog

Blog Archive

Rakan Blog

Pakaian Muslimah

cinta hingga Firdaus

Lilypie Angel and Memorial tickers

Terima kasih :)

Follow by Email

utamakan Bahasa Melayu

utamakan Bahasa Melayu

Pantai Lumut

Pantai Lumut

Pantai Mersing

Pantai Mersing