Hadith


Beramal dan Menyampaikan


Random Hadith Widget

Bismillah

Bismillah

Tuesday, April 1, 2014

"Mama, nak beli air."

Dia membuka purse merah jambu corak love dan membelek wangnya.  Purse lama kakak yang diberikan kepadanya, setelah kakak membeli purse baru ketika ronda-ronda TS kelmarin.  Dia tidak lagi memberikan wang kepadaku untuk disimpan.  Bergaya, sudah ada wang sendiri!  Kuasa wang seolah-olah memberi rasa hebat kepada pemiliknya. 

Allah maha kuasa, yang lain tiada kuasa.  Allah maha hebat yang selainNya tidak hebat.  Jangan percaya kepada kuasa wang.  Anakku sudah terpesona dengan kehebatan bayang-bayang wang kertas di dalam dompetnya.  Ya Allah selamatkan kami semua dari fitnah dunia akhir zaman ini, aameen.

"Berapa, mama?"

"Satu ringgit dua puluh sen."

Dia termenung membelek lagi wang di dalam dompet.  "Tak ada dua puluh sen."

"Tak mengapa, bagi mama dua ringgit,  nanti mama pulangkan lapan puluh sen."  aku memberitahu sambil tersenyum lebar.  Biasanya tolak saja dari akaun.  Bagus juga dia memegang duit sendiri, boleh selitkan ilmu pengiraan.  Boleh juga dia memahami betapa kecilnya nilai wang Malaysia hari ini nanti, kalau hari-hari membayar kepadaku.  Hehe ...

***

"Mama, hutang saya berapa?"  tanya Anis.  Dia masih belum membayar hutang semenjak awal cuti kelmarin. 

"Awak ada duit ke tak?"

"Mama, umi saya bagi tu je.  Nanti saya bayar lagi ye."  Kasihan juga, tentu dia ada hajat mahu membeli.

Anis mengambil air tin hijau untuk kawannya, Intan.  "Hmm rasa macam nak beli jugak la.  Tapi ... tak pe la mama." 

Aku tersentuh.  Orang berhajat jangan dibiarkan.  Sampaikan hajatnya semoga dia gembira.  Mudah-mudahan Allah menyampaikan hajatku pula.  "Hmm ... takpe ambiklah satu Anis.  Mama tak kisah."

Tetapi dia enggan.  Dia benar-benar enggan.  Tak sampai hati, aku lalu bertanya, "Takkan umi kamu bagi itu sahaja?"  Aku bukan nak jaga tepi kain orang, tetapi terdetik mahu mengetahui.  Mungkin ibunya terlupa mahu meninggalkan wang saku.

Kemudian Anis memberitahu sesuatu.  Ohh ... begitu rupanya.  Setiap insan diuji dengan sesuatu yang bersesuaian dengan kemampuannya.  Tidak lebih tidak kurang.  Maka hanya kepada Allah jua tempat mengadu dan tempat merintih.  Aku mula diserang simpati.

Anis berlalu pergi.  Kini tinggal aku dan si bongsu yang baru siap mandi.  Dia membeli air untuk dirinya dan membayar.  Macam banyak wang gayanya. 

"Mama, nak belikan Anis air?"

"Hmm belikanlah.  Seringgit dua puluh sen."  Dia selalu tidak teragak-agak membelanja kawan-kawan.  Dia juga tidak teragak-agak meminta wang untuk diberikan kepada orang-orang yang kurang bernasib baik yang ditemui di kaki lima.  Mewarisi sikapku ketika kanak-kanak dulu.  Asuhan arwah abah yang pemurah dan penyayang. 

Sebentar dia beredar.  Terbayang dalam kepala, reaksi Anis yang mungkin terkejut, semoga gembira dia.  InsyaAllah allahumma aameeen.

***

Anak bongsu yang ceria tetapi kadang-kadang sensitif kembali semula.  Dia duduk di kerusi memandang aku dengan senyum.

"Mama, dalam buku Masturah diberitahu bau mulut atau tubuh anak-anak adalah sebahagian dari angin syurga."  Aku memasang telinga sambil merenungnya.

Dia tersenyum lagi.  "Mama, kalau ibubapa keluar rumah disuruh belikan buah tangan untuk anak-anak perempuan, nanti dapat rahmat Allah dan selamat dari siksa neraka.  Ada dalam buku Masturah, nanti Baby tunjukkan ye.  Buku tu ada kat madrasah."

Aku mula angkat kening.  Aku pun ada buku tu, dah naik lunyai macam sudah dibaca 1000 kali walhal lunyainya kerana ditimpa titisan hujan yang jatuh dari siling bocor tanpa disedari.  So sad.  "Hmm nanti mama belikan buah tangan ye. Petang nanti. InsyaAllah." 

Dia tersenyum semakin lebar.  Manis sekali rupanya.  "Baby nak biskut cheese tu."

Aku pula mengukir senyum.  "Ooohhhh dah tau ea ...!"

Dia tergelak-gelak.  "Dahhhh ..."

Sesekali menghiburkan anak dengan memenuhi hajatnya memang mendatangkan rasa seronok dan bahagia, walaupun tidak seberapa barangnya.

Gembira bahagia itu satu nikmat perasaan anugerah Allah.  Alhamdulillah Allahumma Aameen, segala puji bagi Allah yang Maha Hebat memberi insan nikmat perasaan yang tak boleh dipegang dan dilihat, tetapi boleh dirasai dalam hati.  Muncul kesannya pada jiwa.  Nampak natijahnya pada paras rupa. 




No comments:

Search This Blog

Blog Archive

Rakan Blog

Pakaian Muslimah

cinta hingga Firdaus

Lilypie Angel and Memorial tickers

Terima kasih :)

Follow by Email

utamakan Bahasa Melayu

utamakan Bahasa Melayu

Pantai Lumut

Pantai Lumut

Pantai Mersing

Pantai Mersing