Hadith


Beramal dan Menyampaikan


Random Hadith Widget

Bismillah

Bismillah

Monday, April 7, 2014

"Macam nak kenduri je ni,"

kata Maisarah.  Dia baru sahaja sampai bersama kuncu-kuncunya, menjadikan dapur aku semakin sesak dengan pelajar sedia ada. 

"Heh, kamu yang datang ramai-ramai ni pasal apa?"

Maisarah tersengih menunjukkan gigi sulah yang jarang sedikit.  "Saya nak beli air la mama ..."

"Haa, nak beli, beli cepat.  Pastu boleh balik.  Pakcik Meon nak masuk dapur pulak."

Tetapi masing-masing tak berganjak mengelilingi meja termasuk mengelilingi aku yang duduk di situ.  Mula riuh-rendah. 

"Mama, kita nak buah ni.  Buah apa ni mama?"  kata Aisyah yang bersuara mirip suara Fasha Sandha. 

Maisarah mengambil sebiji buah bujur berwarna kuning emas yang dibeli suami dari lori petang tadi.  "Ni pisang kaki la."

Hmm ... buah tradisi yang hampir susah nak ditemui pohonnya, buah Kundang.  Jauh benar beza dengan pisang kaki.  Bila aku sebut buah kundang, Maisarah tergelak.  Nampak benar tak pernah jumpa ...  teringat pohon Kundang di pinggir kampung, hampir sama usia dengan rumah pusaka tua, seratus tahun lebih.  Sudah lama ia tidak berbuah, sudah terlalu tua dan hilang sudah upaya untuk menghasilkan buah yang sering kami nikmati beberapa ketika yang lampau.  Namun ia masih tegak berdiri di sana, gagah dan megah walau tiada lagi buah. 

Masih riuh.  Aku beri amaran.  "Korang tau tak, suara korang ni dengar sampai rumah ustazah F tau tak.  Slow sket ea ... Pakcik Meon ada kat dalam." 

Ruqoiyah yang tiba-tiba meninggikan suara tadi terdiam dan tersengih.  Yang lain pun sama saja sebenarnya.  Ini kali kedua.  Kali pertama aku mengelak memberi nama-nama pelajar yang bikin riuh apabila tiba-tiba menerima pertanyaan menerusi wassap dari Ustazah F.  Terkejut dan kesian, karang tak pasal-pasal mereka terima habuah roti panjang.  Aku pun segan, sebab sama terlibat.  Dapur aku, kan.  Riuh di sini.  Maknanya aku terbabit sama walaupun aku tak seriuh mereka.

Aku terfikir.  Salah akukah?  Ini semua salah akukah?

Masalah demi masalah yang timbul di sana dan di sini.  Tetapi mereka masih ceria.  Tak terkesan dek suasana. 

Bukan mudah rupanya.  Memang bukan mudah nak menguruskan walaupun hanya membantu dengan khidmat yang sekadarnya untuk perjalanan madrasah pelajar perempuan bawah umur begini.  Bukan calang orang yang sanggup melakukannya.  Aku pun membantu dengan bantuan Allah sebenarnya. Tiada daya upaya melainkan dengan kekuatan dari Allah. 

Hari ini seorang lagi pelajar muda berusia 10 tahun muncul mendaftar diri, dari Bangi Sek 2.  Kata ibunya, si anak sendiri yang mahu duduk di asrama dan mahu menghafal al-Quran.  Sudah puas mencari akhirnya bertemu madrasah ini.  Alhamdulillah, ahlan wa sahlan wahai bakal hafizah.

Jadi dalam seminggu ini asatizah sudah menerima dua teman baru. Khabarnya akan datang seorang lagi pelajar dari Indonesia, yang sudah tertangguh kehadirannya semenjak madrasah dibuka.  Mungkin tersangkut pada masalah visa. 

Aku terus terfikir.  Layakkah aku terus berada di sini?

Kisah seseorang yang seperti aku, memberi khidmat kepada madrasah, di suatu tempat yang lain.  Kisah dari anakku sendiri.  Ia wanita hebat yang sangat qanaah dan zuhud.  Apabila menerima tanggungjawab untuk berkhidmat, dia masih qanaah dan zuhud.  Itu dua perkataan yang sangat menggambarkan peribadinya dan seluruh keluarganya.  Upah yang diterima digunakan semula untuk membantu pelajar yang tidak berkecukupan keperluan.  Dia membeli berkotak-kotak sabun cucian yang diberikan percuma kepada pelajar yang memerlukan.  Entah apa lagi ceritanya, hebat benar aku dengar.  Terasa kerdil dan begitu kecil aku.  Terasa malu dengan diri.  Tak mampu menirunya.  Ya Allah, lemahnya aku.

Di mana lagi ada wanita seperti ini?  Gantikan tempatku di sini.  Semoga menjadi asbab hidayat untuk para asatizah ini.  Asbab hidayat untukku sendiri.

InsyaAllah.  Aku menunggu.






aku berdoa.

No comments:

Search This Blog

Blog Archive

Rakan Blog

Pakaian Muslimah

cinta hingga Firdaus

Lilypie Angel and Memorial tickers

Terima kasih :)

Follow by Email

utamakan Bahasa Melayu

utamakan Bahasa Melayu

Pantai Lumut

Pantai Lumut

Pantai Mersing

Pantai Mersing