Hadith


Beramal dan Menyampaikan


Random Hadith Widget

Bismillah

Bismillah

Wednesday, April 9, 2014

LUAS SYURGA

adalah seluas tujuh petala langit dan bumi.

Dan syurga itu ada tujuh tingkat.  Kesemua tingkat syurga itu disediakan sebagai ganjaran membalas amal perbuatan orang-orang mukmin ketika di dunia.  Sama ada ia perbuatan amal ibadat kepada Allah Taala mahupun amal kebaikan sesama manusia. 

Setelah selesai urusan hisab di sidang mahkamah agung Allah Taala dan ditimbang dengan seadil-adilnya, semua manusia akan diseberangkan ke alam lain; syurga atau neraka.  Surat keputusan sudah diberkan ketika di Padang Mahsyar, ke syurgakah atau ke nerakakah ...  Semuanya ditetapkan oleh Allah Taala bergantung kepada amal perbuatan mereka masing-masing di dunia dulu.

Syurga; adalah tempat kemenangan dan tempat kesenangan.  Ia sebuah negeri yang amat besar yang berada di luar angkasa bumi.  Hakikatnya hanya Allah Taala sahaja yang Maha Mengetahui.  Di sana adalah tempat bersenang-lenang para mukmin, orang-orang soleh, para wali-wali, alim ulama dan para ambiya'.

Di sana, bebas dan aman.  Tidak lagi perlu beribadat.  Tiada puasa, solat dan kerisauan.  Tidak perlu mengira keperluan hidup sehari-hari.  Tiada bingung dan resah, tiada rengsa dan cemas.  Tiada gelisah.

Semuanya serba indah, begitu indah, teramat indah dan mempersonakan.  Ini sudah diulang-ulang di dalam Surah al- Waqiah, surah al-Rahman, surah al-Dahr dan lain-lain. 

"Maka Allah selamatkan mereka itu dari bahaya kesukaran hari tiu, dan dikurniakan mereka kesegaran dan kegembiraan."

"Dan Allah membalas akan mereka itu, kerana kesabaran mereka, dengan kesenangan syurga dan pakaian sutera."

"Mereka duduk bersandar di syurga di atas pembaringan yang terhias indah, dan mereka tidak melihat panas matahari, dan tidak pula hawa yang menggigil."

bersambung, insyaAllah/..




aku berdoa ...




No comments:

Search This Blog

Blog Archive

Rakan Blog

Pakaian Muslimah

cinta hingga Firdaus

Lilypie Angel and Memorial tickers

Terima kasih :)

Follow by Email

utamakan Bahasa Melayu

utamakan Bahasa Melayu

Pantai Lumut

Pantai Lumut

Pantai Mersing

Pantai Mersing