Hadith


Beramal dan Menyampaikan


Random Hadith Widget

Bismillah

Bismillah

Wednesday, April 9, 2014

Gulai ikan

sudah menggelegak.  Kobis dan lobak sudah siap untuk digoreng.  Aku membantu suami mengangkat jam 'motherclock' yang mak belikan dulu ke dalam CRV.  Di dalam kereta sudah separuh padat dengan dua karpet merah saiz besar seusia anak kedua kami dan kerusi malas rotan milik abah. Berpeluh-peluh walaupun cuaca redup tetapi hangat. 

Selesai bersalam, cium pipi, ucap selamat dan lambaian selamat jalan kepada suami. aku kembali ke dapur.  Memanaskan kuali dan mula menggoreng sayur.  Ok, sekarang masa menunggu pelajar datang mengambil makanan pula.  Aku duduk-duduk di kerusi.  Anis muncul membawa tarmos Ustazah F meminta air panas.  Kemudian beberapa lagi orang pelajar datang.  Mereka sudah selesai solat Zohor.

"Ok, ambik lauk.  Jangan lupa ustazah punya."

Pot pet pot pet ... suruh ambik bekas mihun pagi tadi untuk isi sayur.  Pesan pula lauk ikan berapa ekor untuk setiap talam.  Kira guna calculator.  Kira budget tengahari dan petang.  Ustazah F berapa.  Ustazah A berapa.  Pot pet pot pet ...

Lauk sudah selesai.  Aku pun duduk kembali dengan rasa lega.  Zakiah datang.  "Mama, nasik?"

"Laa lom ambik nasi ke, ishh!"  aku sedikit geram.  Pelajar khidmat tu ambik lauk je rupanya???  Semua nak kena cakap!!!

"Ambik alas tangan.  Haa ambik nasik."

Tiba-tiba, "MAMAA!!! NASIK TAK MASAK LAGI!!!!"

Terkejut dan terkujat!  Aku terlompat dari kerusi.  Zakiah mengangkat tutup periuk nasi, benar! Ia masih bergenang air, tidak ada tanda sedang  menggelegak apatah lagi mengering airnya.  Aduhhh...

Kalut.  Aku angkat periuk dan letak di atas tungku dapur.  Aduhhh... maaf maaf ... mama tak perasan.  Macam dah on ... tapi tak on. 

Kemudian Zakiah memeluk aku.  Aku memeluk Zakiah.  Macam nak menangis walau tak ada rasa nak menangis pun.  Aku ingat, ini kali kedua aku terlupa nak on periuk nasi.  Tetapi tak seorang pun dari mereka ni yang sebut hal tu.  Betapa ... terasa sendiri kecuaian diri.

Anis datang lagi.  Nasi sedang menggelegak di atas  tungku.  Melompat-lompat beberapa butir beras jatuh ke atas dapur.  Aku bangun perlahankan api dan mengacau sambil berdoa, cepatlah masak wahai nasi.  Masa berlalu dan jadual hari ni dah lari time gara-gara keterlupaanku.

Hanisah pula muncul.  "Mama, saya rasa ustazah kecik hati dengan A..."

Anis mengiakan.  Aku hanya pasang telinga dan memerhatikan mereka. 

"A ... macam tak hormat ustazah.  Dia bla bla bla ..." tokok Anis.  Aku pula mengiakan.  Memang kenampakan sikap A ... kebelakangan ini.  Hmm ...

Aku tarik nafas.  "Mama rasa Ustazah tak lama kat sini.  Suaminya pun tunggu panggilan ke mana-mana."

Anis dan Hanisah merenung aku.  "Mama," kata Hanisah.  "Saya rasa mama pun tak lama kat sini, kan."

"Mama hanya membantu untuk permulaan ni je.  Mama pun tak sangka akan berada kat sini.  Tapi alhamdulillah la dapat berkhidmat untuk orang fisabilillah macam korang ni."

Hanisah mengerut dahi.  "Fisabilillah?"

"Ye la, kita ni sedang fisabilillah.  Kalau mati, kita mati syahid tau."  sampuk Anis.  "Tapi mama, janganlah pergi.  Nanti kita nak mengadu kat sapa.  Mummy kita kata kalau ada masalah cakap kat mama ... plis mama ...  "  Kemudian dia menutup mukanya dengan hujung tudung hitamnya.  Aku buat tak tau saja. 

"Hehe ... insyaAllah kalau datang pengganti nanti mesti jauh lebih baik dari mama.  Don wori."

"Tapi mama, "  Anis membuka wajahnya tiba-tiba.  "Kalau dapat macam makcik Bukit Naga camana?"

Aku tergelak.  Anis yang pernah belajar di madrasah Bukit Naga telah menerima khidmat makcik warden cum tukang masak di sana yang meronda bersama rotan di tangan.  Aku nak kata apa, dengan pelajar lebih seratus orang kalau tak garang memang sendiri kena ngap dek student.  

***

"Mama, kita nak beli biskut.  Kita lapar.  Dah 10 minit kita lapar."  kata Hani.  Selamba saja.

"Tak boleh."  Kalau dah makan makanan sampingan, mesti tak nak makan nasi nanti.

"Ala plis mama.  Kita lapar.  Nanti kita kena gastrik camana?"  Hani terus memujuk dan membodek.

"Ok la ok la.  Pi la ambik."

Dengan cepat dia mengambil coklat Apollo kulit merah dan pulang ke madrasah.  Sebentar kemudian dia datang lagi.

"Mama, dah masuk angin la mama ..."  dia tunjuk wajah kecewa.

Aku ambil biskut di tangannya dan gigit.  Sah dah masuk angin, campak ke tong sampah. "Gi ambik lain."

"OK," katanya dan kembali ke madrasah selepas mengambil satu biskut Apollo kulit merah.

Sebentar saja.  "Mama, sume dah masuk angin la.  Kita makan satu je."  Di tangannya ada pembungkus merah yang sudah kosong.

Ishh ... pi la ambik sume.

"Kita tak nak la.  Kita dah buang sume."  Hmm bagus le.

Jangan tak makan nasik kejap lagi pulak ye!

***

"Mama, kita tak makan kari.  Kita kalau makan kari mesti dengan kicap."  kata Afifah, pelajar baru adik kepada Ustaz Z.

Aik, tak makan kari tapi kalau ada kicap baru makan ... camana ni.

"Takde kicap,"  jawab aku acuh tak acuh.  "Kicap mi ada le tu." 

Amira menyampuk, "Mama, ayah saya kata kalau suka makan kicap nanti muka bertanda hitam."  Dia meletak jari telujuk ke pipi kirinya.

Semalam ketika Afifah datang, "Afifah, mama nak berguru dengan kamu."  Dia terkejut.  "Pendinding yang kamu buat tu la ..."

"Err mama tanya la dorang, dorang dah tau dah."

"Mama nak berguru dengan kamu.  Cepat kamu bagitau je macamana caranya."

Afifah tersengih.  Dia mengajarkannya kemudian.  "Nanti lepas tu mintak la mama nak mimpi apa."

Eh, ni nak mintak mimpi ke nak pendinding diri?  All in one ke?

"Tak de la, pendinding sebenarnya.  Tapi nak mintak mimpi pun boleh juga."

Mana dia belajar ni?

"Saya belajar kat madrasah lama saya."

Hmm ... Kelmarin Nurul Ain datang menceritakan mimpinya yang istimewa.  Dia membuat apa yang diajar Afifah dan malam itu dia bermimpi sesuatu.  Macam biasa, aku sekadar memimjamkan telinga mendengar mimpi yang telah membuatkan Nurul Ain tersenyum-senyum untuk beberapa lama. 

Macam-macam ...
















No comments:

Search This Blog

Blog Archive

Rakan Blog

Pakaian Muslimah

cinta hingga Firdaus

Lilypie Angel and Memorial tickers

Terima kasih :)

Follow by Email

utamakan Bahasa Melayu

utamakan Bahasa Melayu

Pantai Lumut

Pantai Lumut

Pantai Mersing

Pantai Mersing