Hadith


Beramal dan Menyampaikan


Random Hadith Widget

Bismillah

Bismillah

Friday, November 29, 2013

aku membaca catatan siang tadi. 

...

Boboy dah selamat di'kebumikan' di sebelah 'pusara' Cik Ti bin Kus, di kawasan tanah bahagian hadapan madrasah.  Owh, baru teringat belum update pada suami pasal ni hmm ...

aku pun berwasap dengan suami, yang sudah minta diri sejak tadi nak berehat. 

Boboy dah selamat dikebumikan petang tadi 
Adik n gangs tanam kat sebelah kubur Cik Ti bin Kus

   mmm
   elok bagi dia
   bateri nak kong
   byee

ok
adik dah lelap
saja nak bagitau baru teringat
nak update blog jap
bye
baca doa tido

   okkk

Dan aku kembali mencatat di sini.

Sudah dua kali Miza berjaya menangkap mangsanya, yang sama besar dengan anak-anak Comel.  Bersusah payah dia mengheret bersama erangan amaran kepada anak-anak saudaranya yang terkejut melihat tangkapan yang luar biasa besar.  Tetapi kedua-dua kali itu dia tidak memakannya.  Dan memang tidak baik untuk dia.  Terlalu besar.  Bukan tikus tanah yang kecil tu.  Kali pertama dapat dibunuh oleh suami di dalam bilik air dan dibuang ke dalam tong sampah.  Kali kedua Mizi membiarkannya di halaman madrasah.  Pelajar memasukkan bangkai tikus ke dalam tong sampah dan dikutip semula oleh Mizi tapi masih tidak melakukan apa-apa.  Kenapa, aku pun tak tau.  Akhirnya pelajar berpakat.  Mereka mencari batu nipis dan meminta marker pen dari aku (tapi takku beri pun).  Ada pula pelajar yang memiliki pen marker rupanya.  Satu petang aku ditunjukkan pusara kecil di penjuru kanan madrasah, bertulis Cik Ti bin Kus.  Ada dua batu nisan.  Haihh ...

Dan petang ini, Boboy pula ditanam di situ.  Siap dikafankan dengan kain perca aku.  Haihh ...

Hmm ... sebenarnya apa aku nak cerita ni.  Lupa pulak.

...

*  Yang memasukkan aku ke sini tentu ada tujuanNya.  Yang memasukkan aku ke sini pasti akan mengeluarkan aku dari sini, lambat laun.  Dan aku pasti rindukan suasana ini. 

* sama ada aku akan keluar ke rumah lain, atau daerah lain, atau negeri lain, atau alam lain.

Wallahualam.  Hanya Allah Yang Maha Mengetahui segala perkara yang nyata dan perkara yang tersembunyi. 

yang tidak berharga

aku memanggil anak kucing kurus itu berkali-kali.  Namanya Boboy.  Mak yang beri nama tu dulu.  Semasa Boboy masih dua beradik menumpang menyusu pada mak angkatnya Comel yang baru beranak beberapa hari.  Kisah ibu Boboy, Ayu yang sakit semasa kami berpindah ada aku catatkan di sini.

Anak angkat Comel ini sangat lincah.  Dia lahir seminggu awal, maka saiznya lebih besar dari anak-anak Comel.  Bila mak menelepon, tak lupa dia bertanyakan Boboy.  Mak sayang sangat pada ibunya Ayu yang katanya paling istimewa dalam dunia.  Hmm ... hampir semua kucing mak dipuji-puji begitu.  Semua ada keistimewaan masing-masing.  Dan semuanya tak kekal lama.  Kebanyakannya hilang tapi Ayu mati dalam pengetahuan mak.

Panjang juga umur Boboy.  Dia bertahan hampir dua minggu.  Perlahan-lahan tubuhnya semakin kurus.  Hingus menempel di hidung dan matanya bertahi hijau.  Beberapa hari ini aku mula mengelap Boboy setiap hari.  Aku menetapkan akan membersihkan mukanya beberapa kali kerana hingusnya banyak.  Comel pun tak berdaya nak membersihkan Boboy.  Kasihan.

Dia semakin lemah tidak ceria.  Kadang-kadang Boboy diajak bermain oleh adik-adik angkatnya yang lasak.  Boboy mengalah saja dikerjakan begitu.

"Tak lama ni,"  kata suamiku apabila aku adukan kisah Boboy.

Tengahari semalam hujan terlampau lebat.  Atap zink dapur berbunyi bising sekali.  Beberapa tempat mula bocor di dalam rumah.  Aku sedang dididik bermujahadah oleh Allah SWT.

Petangnya, hujan pun reda.  Tapi hingga melepasi Isyak bayang Boboy tak kelihatan.  Suami di Muar menyuruh aku terus mencari, bimbang Boboy sudah tiada.  Aku terus memanggil-manggil namanya.  Fahamkah anak kucing berumur 2 bulan lebih ini akan namanya?

Menjelang waktu tidur, aku ternampak susuk Boboy duduk di sebelah bekas biskutnya.  Tiba-tiba menjelma idea.  Aku mahu membantu Boboy bernafas lebih baik dan melegakan selsemanya, seperti yang aku baca di blog pencinta kucing.  Setengah bekas air panas aku titiskan minyak geliga dan aku masukkan bersama Boboy di dalam sangkar.  Sangkar itu aku tutup dengan kain.  Mata Boboy aku titiskan eyemore yang dibeli semalam untuk Hanessa.  Mudah-mudahan berjaya melegakan Boboy, begitulah doaku.

Demikianlah.  Pagi ini aku menjenguk anak kucing kurus coklat kelabu ini.  Dia duduk berdekatan dengan bekas air panas beraroma serai wangi itu yang sudah sejuk.  Aku buka sangkar dan tarik kain yang menutupinya.  Aku biarkan begitu sahaja.

Dan aku mula sibuk dengan rencana buat kuih Kasoi.  Leka, akhirnya tiba masa untuk bersarapan.  Waduhh!  Kenapa kuih aku keras???

Makanya pagi ini aku agak kelam-kabut sedikit.  Terpaksa keluar mencari pengganti sarapan pelajar. 

Boboy nazak.  Aku mengadu di Whatsapp kepada suami.
       Al-Fatihah.  
Kenapa kuih Kosui saya keras???
      Kurang air
      Kurang lama kukus
     Lebih kaporrr ...
     Kui kui kuiii

Arghh ...

Akhirnya pelajar bersarapan lewat 40 minit dari kebiasaan.   Dan aku makan bersama-sama, bersama rasa bersalah sebab lambat siapkan sarapan :(. Hmm ... Usazah pun sampai semasa suapan terakhir ke mulut hehe ...

Sesudah itu, aku mendekati anak kucing yang semakin nazak.  Benarlah, dunia ini memang tiada nilainya.  Boboy sudah berbau.  Matanya terbuka sedikit dan sudah tiada respon.  Mulutnya terbuka menampakkan gigi-gigi halus yang runcing.  Dia terbaring, terkulai di pintu sangkar.  Aku angkat dan letak di atas kain.  Aku perhatikan teliti bahagian abdomen yang masih berdenyut perlahan.  Sesekali Boboy mencungap mencari nafas.

Sungguh benar, dunia ini tidak bernilai di sisi Allah.

Aku tak mahu mati seperti ini.  Berbau dan nazak begini.

Ya Allah, permudahkanlah perjalanan anak kucing ini.

"Mama janganla menangis,"  Hanessa membelai aku.  Err ... mama tak nangis pun.  Sungguh, aku tak menangis.  Bahkan aku mahu Boboy segera pergi.  Biar hilang segala deritanya itu.  Tak sampai hati aku melihat dia tersentak-sentak mencari nyawa.

Ketika Hanessa akan ke madrasah, tiba-tiba dia menangis.  Oh, rupa-rupanya dialah yang sedang menahan hati.  Boboy anak kucing kesayangannya sejak lahir.  Sejak Ayu tiada.  Sejak Boboy menumpang ibu susu pada Comel.  Boboy sangat lincah dan menghiburkan.  Begini rupanya akhir seekor Boboy.

"Janganlah menangis.  Lap airmata tu."  aku peluk gadis kecil ini.  "Dia akan ke syurga.  Biarlah dia pergi cepat.  Kat sana dia jumpa ibunya Ayu, adik-beradiknya juga.  Mizi pun ada."  Cepat-cepat Hanessa mengesat airmata dengan tudung hitam labuhnya.  Dia mengerling.  Nampak matanya kemerahan. 

"Nanti kalau ada apa-apa mama bagitau ya."

Aku mengangguk.  Kasihan anak ini.  Semoga dia menjadi seorang solehah yang cukup tabah dan bertaqwa.  InsyaAllah ameen.

"Kita semua akan mati.  Macam Boboy.  Kat sana tak ada lagi kematian.  Belajar rajin-rajin.  Hafaz sungguh-sungguh.  Orang yang hafal al-Quran insyaAllah tempatnya di syurga.  Kat sana tak ada lagi sedih-sedih. Ya!"

Hanessa mengangguk-angguk.  Aku cium pipinya kiri dan kanan dan tiup dahinya perlahan.  Dia malu-malu, "Ustazah tengok."  Hehe...


Tuesday, November 26, 2013

lalu saja jangan kacau



pelajar itu terus menangis mengugu-ngugu sambil menekup muka.  Mungkin kesakitan yang amat di kepalanya.  Aku berdiri memerhati.  Ada rasa geram di hati.  Dia mengerekot sambil dikelilingi beberapa pelajar lain.

"Teruskan baca manzil!  Jangan berhenti selagi dia tak berhenti menangis."  Mataku liar memerhati.  Ada pelajar cilik yang termangu.  Beberapa pelajar yang sudah lancar al-Quran membaca Surah Al-Baqarah.

"Kamu?  Pandai baca Ayatul Kursi?"  Dua pelajar cilik mengangguk.  Salah seorangnya anakku sendiri.
"Hahh, baca.  Ulang banyak kali."

Dua pelajar lagi kelihatan lembik.  Aku masih menahan geram.  Mataku sengaja dibuntangkan memandang mereka yang diapit kawan-kawan.  Seorang daripadanya kumat-kamit membaca manzil kerana sudah hafal.  Yang seorang lagi melentok-lentok dengan muka sebik.  Jari-jemari kanannya menggentel tasbih.

Aku keluar.  Makanan malam perlu disediakan.  Dua pelajar akan berbuka nanti.  Dari jauh suara pelajar yang riuh membaca manzil mula bersimpang-siur.  Menambah geram di hati.  Mengapa susah sangat nak ikut arahan ... grrr ...

Tadi, aku berkeliling madrasah bersama pelajar yang terbuka hijabnya.  Dia memberitahu, ada sekian dan sekian di tempat ampaian. 
"Sekarang ada lagi ke?"  Sambil mata aku mengitari kawasan ampaian yang rumputnya semakin subur.  Bulu kuduk seperti berdiri sendiri.
"Err tak de."

"Di sini?" aku bertanya lagi setelah menapak lebih jauh ke hadapan.
"Dah tak de."

Aku buta dalam hal ini.  Cumanya mungkin aku agak berani melulu.  Dan memang benda-benda seperti ini aku tak sudi nak melihatnya.  Aku mengitari lagi sekeliling madrasah comel merah jambu.  Argh, persetan dengan bulu kuduk yang meremang.  Mengada-ngada punya perasaan! 

Dalam keadaan uzur syarie, aku tahu ada kelemahan.  Tetapi bukankah Allah Maha Kuasa makhluk tiada kuasa.  Aku lantas berdiri di hujung ampaian dan menadah tangan.  Merayu dan mengadu kelemahan diri yang serba jahil dan kekurangan, naif dan penuh dosa, daif dan bernoda, ke hadrat Illahi.  Sementara rembang senja semakin menyelubungi alam.  Tirai hitam semakin berkembang. 

Ya Allah, tolonglah kami.  Tolonglah anak-anak ini.  Ada yang sakit ya Allah.  Hanya Engkau yang Maha Mengetahui.  Selamatkanlah kami dari gangguan makhluk yang dia melihat kami tapi kami tidak nampak dia.  Hanya Engkau yang Maha Pemelihara dan Maha Penjaga, Maha Kuat Maha Gagah Perkasa.  Aku tak tahu apa-apa, ya Allah.  Aku tak pandai, aku jahil dan tak mengerti.  Tolonglah kami ya Allah.  Dengan berkat Baginda Rasulullah SAW, tolonglah kami.  Tolonglah kami.  Tolonglah kami.  Selamatkan kami dari gangguan dan kekacauan ini.  Ameen ameen ya Rabbal alameen.

Sebentar kemudian, suamiku pulang.  Segenggam garam kasar ditebar ke bumbung dan sekitarnya. 
"Tadi gerimis Asar kan.  Hmm memang laluan dia di sini."

Aku menyahut geram.  "Nak lalu, lalu je le.  Buat apa nak kacau orang."  Nak tunjuk-tunjuk muka.  Nak sengih-sengih sinis.  Nak tinjau-tinjau.  Ehhh kami tak sudi kat kamu.  Lepas ni lintas ikut jalan lain.  Di tepi ampaian tu bukan highway korang. 

Sudah beberapa malam aku menerima aduan pelajar tentang bunyi-bunyian aneh di tingkap dan pintu.  Semoga Allah sentiasa memelihara mereka dari segala musibah dan gangguan.  InsyaAllah ameen.  Tidak ada yang dapat memberi mudarat tanpa izin Allah. Semoga anak-anak ini semakin cekal hati dan mantap iman diberi Allah.  Ameen. 

Sunday, November 24, 2013

India dan Rahsianya - blog Mohd Hainur Hapis

* Masih lagi keliru.  Buntu dan ragu.  Mengapa India?  Mengapa tanah Hind yang sesak padat.  Miskin terlalu miskin.  Kaya terlampau kaya.  Mengapa tidak Tanah Suci Mekah yang menjadi tumpuan seluruh umat sedunia.  Mengapa mesti India?  Lagi-lagi India.  India ... India ... India ... Huhh!

 

*  Tak tau nak jawab.  Tak pandai nak jawab.  Tak reti nak jawab.  Moh le baca je dari yang tau, yang pandai, yang reti.  Semoga Allah bagi faham dan mengerti.  InsyaAllah ameen.

~ Copy Paste je~ 


 

Anda Perlu Tahu….

INDIA & RaHASIANYA dlm hadist.
ndia /Hindia Dalam Hadits dan al-
qur’an ☑
1. SAAT NABI ADAM AS. DI USIR DARI
SURGA, MAKA ALLAH SWT TELAH
TURUNKAN BELIAU DI BUMI INDIA :
Dari Qatadah ra, beliau berkata
bahwa Allah swt meletakkan
Baitullah (di bumi) bersama Nabi
Adam as. Allah swt telah
menurunkan Nabi Adam as di bumi
dan tempat di turunkannya adalah
di tanah INDIA. Dan dalam keadaan
kepalanya di langit dan kedua
kakinya di bumi, lalu para malaikat
sangat memuliakan Nabi Adam as,
kemudian Nabi Adam as pelan-
pelan berkuranglah tinggi beliau.
(H.R. Musonif Abdur Razaq).
Dari Ibnu Abbas r.huma. telah
berkata : “Sesungguhnya tempat
pertama dimana Allah swt
turunkan Nabi Adam as di bumi
adalah di INDIA”. (H.R.Hakim)
2.INDIA ADALAH NEGERI YANG
WANGI
Dari Ali ra. Telah berkata : “Bumi
yang paling wangi adalah tanah
INDIA, di sanalah Nabi Adam as.
Diturunkan dan pohonnya tercipta
dari wangi surga”. (Kanzul Ummal).
Dari Ibnu Abbas r.anhum. telah
meriwayatkan Ali Bin Abi Thalib ra.
Telah berkata : “Di bumi tanah
yang paling wangi adalah tanah
INDIA (karena) Nabi Adam as. telah
diturunkan di INDIA, maka pohon –
pohon dari INDIA telah melekat
wangi-wangian dari
surga.” (H.R.Hakim)
3.BANJIR BESAR YANG TERJADI DI
ZAMAN NABI NUH AS. BERASAL DARI
INDIA
Dari Ibnu Abbas r.hum telah
berkata bahwa Jarak antara Nabi
Nuh as dengan hancurnya
kaumnya adalah 300 tahun. Dari
tungku api (tannur) di INDIA telah
keluar air dan kapalnya Nabi Nuh
as. Berminggu-minggu
mengelilingi Ka’bah. (H.R.Hakim)
4.HUBUNGAN DIPLOMATIK RAJA-
RAJA INDIA DENGAN RASULULLAH
SAW SANGAT BAIK.
Dari Abu Sa’id Al Khudri ra.
mengatakan bhwa seorang raja
dari INDIA telah mengirimkan
kepada Nabi saw. sebuah tembikar
yang berisi jahe. Lalu Nabi saw.
memberi makan kepada sahabat –
sahabatnya sepotong demi
sepotong dan Nabi saw pun
memberikan saya sepotong
makanan dari dalam tembikat itu.
(H.R.Hakim)
5.FADHILAH KAYU INDIA YANG
DISEBUT LANGSUNG DARI LISAN
RASULULLAH SAW.
Dari Jabir ra. berkata bahwa suatu
ketika bersama Ummul Mukminin
‘Aisyah r.ha ada seorang bayi yang
dari hidungnya keluar darah
(mimisan). Maka tiba-tiba
Rasulullah saw. masuk lalu
bersabda : ”Apa yang terjadi pada
bayi ini?”. Aisyah ra. berkata bahwa
dia terkena penyakit udzroh (sakit
panas pada kerongkongan).
Rasulullah saw. lalubersabda :
“Wahai seluruh wanita jangan
bunuh anak – anak kalian!! Dan
siapa saja wanita yang terkena
sakit udzroh dan terkena sakit
kepala, maka gunakanlah kayu aud
dari INDIA untuk obat.
Jabir ra. berkata bahwa Rasulullah
saw lalu menyuruh Aisyah r.ha.
untuk melaksanakannya, maka
Aisyah r.ha pun melaksanakannya
(mengobati anak yang sakit itu
dengan kayu aud),maka bayi
itupun telah sembuh. (H.R.Hakim)
Keterangan : Qosth Hind adalah
nama sejenis kayu aud yang hanya
ada di INDIA.
6.PEPERANGAN DI INDIA YANG
TELAH DIJANJIKAN OLEH
RASULULLAH SAW.
Dari Abu Hurairah ra. berkata
bahwa Nabi saw. telah menjanjikan
kepada kami tentang perang yang
akan terjadi di INDIA. Jika saya
menemui peperangan itu maka
saya akan korbankan diri dan harta
saya. Apabila saya terbunuh, maka
saya akan menjadi salah satu
syuhada yang paling baik dan jika
saya kembali (dengan selamat)
maka saya (Abu HUrairah ra.)
adalah orang yang terbebas (dari
neraka). (H.R. An Nasai)
7.INDIA ADALAH LEMBAH TERBAIK DI
DUNIA.
Dari Ali Ra. berkata bahwa dua
lembah yang paling baik
dikalangan manusia adalah lembah
yanga da di MEKKAH dan lembah
yang ada di INDIA ,dimana Nabi
Adam as. diturunkan. Didalam
lembah itu ada satu bau yang
wangi, yang darinya bisa membuat
kamu jadi wangi.
Dan dua lembah yang paling buruk
dikalangan manusia adalah lembah
Ahqaf dan lembah yang ada di
Hadramaut bernama Barhut. Dan
sumur yang paling baik adalah
sumur Zam Zam dan sumur yang
paling buruk diantara manusia
adalah sumur Balhut. Dan Balhut
adalah (nama) seseorang ysng
tinggal di Barhut, sedang Barhut
adalah tempat akan
dikumpulkannya arwah orang-
orang kafir. (H.R. Musonif Abdu
Razaq)
8.TEMPAT TINGGAL NABI ADAM AS.
ADALAH DI INDIA
Dari Ibnu Abbas ra. meriyawatkan
dari Nabi saw telah bersabda
bahwa Sesungguhnya Nabi Adam
as. telah pergi haji dari INDIA ke
Baitullah sebanyak seribu kali
dengan berjalan kaki tanpa pernah
naik kendaraan walau sekalipun.
(H.R.Thabrani)
9.SAHABAT NABI SAW. PUN INGIN
KHURUJ KE INDIA, KENAPA KITA
TIDAK ?
Dari Ubay bin Ka’ab ra.
mengatakan: “Saya berkeinginan
untuk keluar di jalan Allah ke
INDIA”. Ubay bin Ka’ab ra. bertanya
kepada Hasan ra.: “Berilah saya
nasehat!”. Hasan ra. berkata :
“Muliakanlah perinta Allah
dimanapun kamu berada maka
Allah akan memuliakan kamu”.
(H.R. Baihaqi fii Syu’bul iman)
10.BATU HAJAR ASWAD
DITURUNKAN DARI SURGA KE INDIA.
127. Dan (ingatlah), ketika Ibrahim
meninggikan (membina) dasar-
dasar Baitullah bersama Ismail
(seraya berdoa): “Ya Tuhan kami
terimalah daripada kami (amalan
kami), Sesungguhnya Engkaulah
yang Maha mendengar lagi Maha
Mengetahui”.
128. Ya Tuhan kami, jadikanlah
kami berdua orang yang tunduk
patuh kepada Engkau dan
(jadikanlah) diantara anak cucu
kami umat yang tunduk patuh
kepada Engkau dan tunjukkanlah
kepada kami cara-cara dan tempat-
tempat ibadat haji kami, dan
terimalah Taubat kami.
Sesungguhnya Engkaulah yang
Maha Penerima Taubat lagi Maha
Penyayang.( S. Al Baqarah : 127 –
128)]
Ibnu Katsir mengatakan (dalam
menafsirkan S. Al Baqarah : 127 –
128) : Nabi Ibrahim as. telah
berkata :”saya harus meninggikan
dasar-dasar baitulah.” Nabi Ismail
as pun pergi untuk mencari batu
buat diletakkan di Baitullah. Lalu
Nabi Ismail as. segera datang
kepada Nabi Ibrahim as. dengan
membawa sebuah batu, tapi Nabi
Ibrahim as. tidak menyukai batu
tersebut dan menyuruhnya
mencari batu yang lebih baik. Maka
Nabi Ismail as pun kembali pergi
untuk mencari batu untuknya.
Dan datanglah Jibril as. membawa
batu Hajar Aswad dari INDIA yang
berwarna sangat putih sekali
terbuat dari Batu Yakut Putih persis
pohon staghomah (pohon yang
daun dan buahnya berwarna
putih). Dan Nabi Adam as itu
diturunkan bersama-sama dengan
Batu Hajar Aswad dari surga .
Kemudian (pelan-pelan) Batu Hajar
Aswad pun menjadi hitam
disebabkan oleh dosa-dosa
manusia.
Ketika Nabi Ismail as. datang
membawa sebuah batu kepada
Nabi Ibrahim as. tiba-tiba dia
melihat Batu Hajar Aswad sudah
ada di Rukun Yamani. (Dengan
heran) Nabi Ismail as. bertanya :
“Wahai Bapakku siapakah yang
membawanya?”. Nabi Ibrahim as.
menjawab : “Yang membawanya
adalah seseorang yang lebih
cekatan kerjanya dari kamu.”
Kemudian mereka berdua
membangun Kabbah sambil berdoa
dengan kalimat – kalimat yang
mana Allah swt. telah uji Nabi
Ibrahim as.(Tafsir Ibnu Katsir)
11.PERISTIWA QOBIL DAN HABIL
TERJADI DI INDIA.
Kemudian Allah menyuruh seekor
burung gagak menggali-gali di
bumi untuk memperlihatkan
kepadanya (Qabil) bagaimana
seharusnya menguburkan mayat
saudaranya. Berkata Qabil: “Aduhai
celaka aku, Mengapa Aku tidak
mampu berbuat seperti burung
gagak ini, lalu Aku dapat
menguburkan mayat saudaraku
ini?” Karena itu jadilah dia seorang
diantara orang-orang yang
menyesal.(S. Al Maidah : 31)
Dari Tafsir Baghwi ( dalam
menafsirkan surat Al Maidah : 31)
mengatakan:
Dari Muqatil bin Sulaiman ra. telah
meriyawatkan dari dhihak, dari
Ibnu Abbas r.hum. berkata bahwa
Ketika Qobil telah membunuh
Habil, Nabi Adam as. berada di
Mekkah. Maka tiba – tiba keluar
duri dari pohon-pohon serta
berubah rasanya, dan buah –
buahan menjadi masam, dan air
menjadi pahit rasanya. Nabi Adam
as. lalu berkata bahwa telah terjadi
sesuatu di bumi, kemudian beliau
as. datang ke INDIA, ternyata Qobil
telah membunuh Habil.
Nabi Adam as. pun mengucapkan
syair dan dialah orang yang
pertamakali bersyair. Bunyi
syairnya :
Telah berubah kota – kota dan apa
saja yang ada di atasnya
maka permukaan bumi menjadi
berdebu yang kotor
semua zat yang berwrna dan yang
mempunyai rasa telah berubah
(warna & rasanya)
dan keceriaan wajah yang indah
menjadi berkurang…
Keterangan : maka dapat diketahui
bahwa Qabil membunuh Habil di
tanah INDIA. Jadi kematian yang
pertama kali terjadi adalah di
INDIA….
13. BERJIHAD DI INDIA
Dari Sauban r.a dari Rasulullah saw
beliau bersabda: “Dua gulongan
dari ummatku yang diselamatkan
Allah dari Neraka. Iaitu gulongan
yang berperang di India dan
gulongan yang berkumpul bersama
Isa a.s.” (Riwayat Nasai dan Ahmad)
Hadis ini saya ambil dari buku
‘Nuzuulu Isa Ibn maryama Aakhiraz
Zaman’. Karangan Imam As-
Sauyuthi. Lengkap hadisnya
sebagaimana yang dikeluarkan
oleh Allamah Ali Al-Qari di dalam
kitab Al-Marqaah 5:658 di dalam
sebuah hadis yang panjang dari Ali
Zainul Abidin bin Husain r.a bahawa
Rasulullah saw dalam sabdanya
berkata: “bergembiralah !
bergembiralah ! Sesungguhnya
perumpamaan ummatku seperti
hujan, tiada diketahui yang mana
satu lebih baik, yang mulanya atau
yang penghabisannya, atau seperti
sebuah kebun yang luas , yang
dapat memberi makan kepada
segulongan manusia buat setahun.
Kemudiannya kepada gulongan
yang lain buat setahun . Moga-
moga gulongan yang terakhir
itulah yang akan memperolehi
bahagian yang paling banyak, yang
paling baik dan yang paling bagus
dari kebun itu.Bagaimana boleh
binasa sesuatu ummat sedangkan
aku yang menjadi pangkalnya , Al-
Mahdi pula menjadi
pertengahannya dan( Isa ) Al –
Masih menjadi penghujungnya.
Namun di dalam antara masa-masa
itu memang ada masa-masa yang
‘bengkok’. Mereka yang terlibat di
dalamnya tidak tergulong sebagai
ummatku. Dan aku pun tidak
tergulong dari mereka”
Sedikit Huraian
Bila kita lihat terjemahan hadis di
atas Syeikh Ahmad Semait , Mufti
Singapura menterjemahkan
perkataan ‘Jihad’ dengan ‘
berperang’. Namun ulama terkenal
Indonesia , H.Salim Bahreisy
mengekalkan terjemahannya
dengan ‘berjihad’ yang boleh
difahami dengan ‘perang’ dan juga
‘dakwah’. Jika dikekalkan ‘Jihad’
dengan perkataan ‘berperang’
sekali pun pasti dan pasti kaedah
berperang yang akan dilaksanakan
ketika itu adalah mengikut tertib
Nabi saw. Iaitu di dahului dengan
‘Dakwah’ (sebagaimana yang
pernah kita terangkan di sini ), jika
sekiranya ‘dakwah’ tidak diterima
maka ‘Jizyah’ perlu dijelaskan. Dan
jika ‘jizyah’ tidak diterima maka
barulah akan berlaku ‘
Perang’ (Qital ). Maka masih
‘dakwah’ mengambil tempat yang
utama.
Sebaliknya jika kita mengunapakai
terjemahan ‘berjihad’ dengan
diistilahkan sebagai ‘berdakwah’.
Maka lengkap hadis itu mungkin
begini bunyinya :
Dari Sauban r.a dari Rasulullah saw
beliau bersabda : “Dua gulongan
ummatku yang diselamatkan oleh
Allah dari Neraka, Iaitu gulongan
yang ber’Dakwah’ di India dan
gulongan yang bersama Isa
a.s” (Riwayat Nasai dan Ahmad)
Targhib
Jadi jika jemaah Tabligh membuat
‘tasykil’ (mengajak) berdakwah ke
India ,Pakistan dan Bangladesh,
maka jangan lansung kita
mengatakan tidak berkait dengan
hadis atau pun mengatakan taksub
dengan India kerana masih ianya
bersabit dari hadis Nabi saw. Perlu
diingatkan bahawa asal ketiga-tiga
negara itu ( India, Pakistan dan
Bangladesh ) adalah ‘Benua India’
atau ‘Hind’. Hanya selepas dijajah
oleh British barulah dipecahkan
menjadi tiga negara
SUBHANAKALLAHUMMA
WABIHAMDIKA ASYHADU ALLAA
ILAAHA ILLA ANTA ASTAGHFIRUKA
WA ATUWBU ILAIKA….

Saturday, November 23, 2013

hairan
makin ramai yang terawet
diawet
mengawet
dengan sengaja
tak ubahnya seperti mumia

apakah itu satu anugerahNya?

wajah anggun dijaja
ditaja
tersebar merata
indah berbanding usia
terkagum mata
melihat fana
ataukah ia hanya fatamorgana?

dunia oh dunia
sungguh telah tua
semakin renta
namun semakin dipuja
kian habis rahsia
dikongsi sesama di mana bila-bila
adalah realiti sepi
manusia yang sunyi

sedang sebuah zikrulmaut
ingat-ingat lupa
apakah aku sudah bersiap sedia
wahai jiwa yang sebenarnya tua
dikuliti muda yang sementara
jelita remaja
tiada tara beza
alangkah rugi rugi rugi
andai terlena tiada terjaga
sampai bila-bila
Walaupun selalu cuba mengawal diri,
             kerapkali masih terkalahkan.
 Ia sesuatu yang menyedihkan. 




mahu bangkit lagi
namun masih dilekakan
susah payah menyeret diri
di atas aspal berduri





nurani bersabarlah
tiada yang kekal selamanya
walau embun masih menitis dinihari
mentari dan bulan masih berkitaran
apabila tiba masa
pasti kan terjadi jua
walau siapa bila di mana bagaimana

kepada Allah berserah sentiasa
InsyaAllah ameen.
 


puteri itu ...



puteri itu
semakin riang
bagai rama-rama di taman syurga

hinggap kuntum ke kuntum
menghisap madunya.

puteri itu
ceria selalu
umpama burung terindah
yang melayang nun di angkasa tinggi
nun sayup tak tercapai hati
.
puteri itu
semakin ranum
bak sekuntum mawar yang sedang mekar
jiwa yang halus tulus
anugerah dari Pencipta

semoga kau akan terus riang
beriring syukur dalam sujud yang panjang
di malam yang hening
dan perasaan yang bening
insyaAllah.

 semoga anugerahNya ditambah lagi
dan lagi dan lagi
dan jadilah kau puteri sejati nan terindah
yang mengetuai para bidadari
insyaAllah.

Friday, November 22, 2013

Yang menghantarku ke sini

aku di sini.
tak pernah terfikir aku kan di sini.

selalu aku membaca
rezeki tiba-tiba
asbab solat zikir amal dan sebagainya
dari ALLAH yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang.

apakah ini rezeki tiba-tiba buatku?
sedangkan solatku masih jauh dari sempurna
zikir amal masih penuh alasan membuatnya

Dunia yang penuh asbab
Namun ALLAH melakukan tanpa bersebab
Kerana ALLAH MAHA KUASA
Makhluk tiada kuasa.

Alhamdulillah syukur kepadaMU YA ALLAH

Yang pasti
Walau bumbung tempatku berteduh bocor merata
Hatiku rasa sejahtera
Lapang dada inilah rezeki yang sangat berharga
Syukur YA ALLAH.

Hatiku KAU yang memegangnya.

Hati yang banyak noda hitam
KAU-lah yang akan menyucikannya
Hati yang selalu prasangka
KAU-lah yang mendidik untuk sangka baik
Hati yang selalu pedih memendam rasa
KAU-lah yang menghiburkan

Alam ini milikMU
Bumi dan langit
serta segala perhiasannya

Tiada yang menjadi milikku
hatta nafas dan sehelai roma

sekujurnya dalam genggamanMU

Wahai Yang Esa
KAU berbuat sekehendakMU
dan tiada daya upayaku
hanya berserah semata padaMU

Ini semua hanyalah permulaan
Mungkin sudah di pertengahan
Atau apakah sudah semakin hampir ke penghujung jalan?

Hanya ENGKAU YANG MAHA MENGETAHUI

antara kita ada rahsia
rahsia di dalam rahsia
Sesungguhnya KAU MAHA PERAHSIA

Yang menghantarku ke sini
Akan mengeluarkanku dari sini.

Negeri abadi semakin mendekati
Ku mohon redhoMU YA ILLAHI.







Sementara Masih Ada Masa ~

As salam.
InsyaAllah.  Catatan akan berubah rasa, warna dan rupa.  Seiring dengan usia dan masa.  Selari dengan pelbagai peristiwa.  Kisah lama dibiarkan saja. 
Ada alun. Ada ombak.  Ada badai.  Ada tsunami.  Ada bayu.  Ada hujan.  Ribut taufan.  Ada banjir.  Ada panas terbakar.  Ada panas pijar.  Ada embun menyejuk. 
Adat orang melangkah.  Berjalan mengatur jejak di bumi yang kian retak.  Sarat dosa noda.  Sendat padat dengan harapan dan du'a. 
Takut dan harap silih berganti.
Riang dan hiba.
Risau dan pasrah.
KEPADA-MU YA ALLAH.

***
Kemarin aku mengantuk.  Separuh malam berlalu mengadap skrin laptop, meniti baris ayat demi ayat seorang sahabat yang pernah aku ketahui kisah tragisnya.  Buat sekian kali aku terpana dengan kehidupan yang tak ketahuan.  Semuanya di dalam ILMU ALLAH jua.  Saratlah hibaku buat dia. 

Wahai, sabarlah insan! 
Kau diuji.  Mereka jua.  Aku pun sama.
Kau menangis.  Mereka jua.  Aku pun sama.
Kau derita.  Mereka jua.  Aku pun sama. 

Namun ada yang berbeda
Pada nilai sebutir kilauan airmata
Yang menitis ke pipi
Yang jatuh menimpa hati.

Dan mengertilah
Matahari kan menghilang saat tabir hitam menjelma
Namun ia pasti muncul lagi esok pagi
InsyaAllah.

Bulan begitu jua
Ketika tabir cahaya muncul di ufuk timur
Ia menjadi sirna namun masih ada di sana.

Tiada yang terlepas hilang
Hanya perpisahan di sebuah persimpangan.

Sehingga tiba satu ketika
Ketika malam yang panjang
Dan siang yang seolah tiada kesudahan
Sangkakala pun ditiup dengan nada yang panjang.

Wahai, ketahuilah insan!
Itulah saat penghabisan
Buat semua yang masih bernyawa
Dan sebentar lagi bermula
Perhitungan yang amat membebankan
Tiada lagi tangisan airmata
Hanya darah yang menitis ke dada

Berbongkah-bongkah kesal menusuk ke jiwa
Namun tiada harapan untuk memulai semula.

Sementara masih ada masa ...
Sementara masih ada masa ...
Saat ini ...
Detik ini ...
Hari ini ...

Mari kembali.

***
untuk aku, yang pastinya.



 


Thursday, November 14, 2013

Apabila anakmu di madrasah

usah fikir kerana dia cepat menghafal maka dia layak berada di sini
kerana yang memilih adalah Allah Taala.

usah fikir dia sentiasa bagus seperti yang kau lihat di hadapan matamu
kerana di sini ujiannya adalah penapisan Allah Taala.

usah fikir dia lemah dan sakit seperti selalu hingga kau begitu risaukannya
kerana di sini Allah Taala yang telah memilih dia adalah sebaik-baik Penjaga anakmu.

usah fikir wang kau banyak berjuta maka keperluan dia serba lengkap
kerana di sini tempat belajar mujahadah dan qanaah.

usah fikir anak kau cukup baik dan anak orang cukup tak baik
kerana di sini Allah Taala adalah Pendidik mereka.

usah fikir yang buruk-buruk
kerana setiap fikiran dan perkataan semuanya menjadi doa
yang para malaikat sentiasa mengameenkan
doa yang mana yang kau mahu dimakbulkan Tuhan?

usah bersenang hati selalu
kerana bila-bila masa sahaja sesuatu bisa berlaku
tak siapa pun tahu
kerana semuanya urusan Allah Taala yang Maha Tahu.

Ya Allah
terimalah anak-anak kami
untuk menerima didikan berlandaskan al-Quran
berteraskan sunnah Rasulullah SAW
dan menjadi orang-orang akhirat
yang masih menghirup udara dunia.

Ya Allah
berilah mereka faham
berilah kami semua faham
yang tiada sesiapa pun dapat memahamkan kami
walaupun sejuta tahun mengulangi
melainkan dengan izinMu jua
yang tidak tertakluk kepada ruang dan masa
kerana Engkaulah yang Maha Kuasa
sedangkan makhlukMu tiada kuasa walau sebesar zarah.

Ameen ameen ya Robbal alameen.



Monday, November 11, 2013

catatan untuk Putam

Putam,
hmm ... macamana nak tulis untuk kau ni Putam.  Yang sahih tak mungkin kau akan membacanya hehe ...

Putam,
mengapa kau melalak-lalak hampir setiap masa?  Tak jumpa bini lagi ke?  Sakit telinga aku mendengarnya.

Putam,
tapi lama-kelamaan aku jadi musykil.  Siapa yang kau cari sebenarnya ni, Putam?  Setiap kali aku bukak pintu kereta, kau akan meluru masuk.  Sangatlah menambahkan kemsykilan hati.  Kau nak kencingkan kusyen ya!

Atau, Putam ...
Sebenarnya kau cuba nak beritahu aku, bahawa kau mahu balik ke Sijangkang.  Cakap Putam!  Cakap!!!
Erkk ...

Putam,
aku naik kesian tengok kau.  Kau cari Cantek ye?  Meh sini aku bagitau kau.

Sebenarnya, wahai si bulu hitam.
aku ada berwassap dengan jiran kita, Cikgu Ija.  Katanya memberitahu, bini kesayangan kau dah selamat beranak tiga ekor.  Dia beranak di rumah Cik Eda.  Ala ... jiran kita yang lagi satu tu. Takkan kau tak ingat.  Cepatnya lupa kau ni.

Lepas tu kan Putam,
aku wassap dengan Cik Eda pulak.  Aku risau Cantek akan menyusahkan dia sekeluarga.  Syukurlah Allah yang Maha Pengasih daripada orang-orang yang mengasihani telah mengabulkan doa kita, Putam.  Cik Eda sudi bela Cantek.  Bahkan nama Cantek pun dah tukar jadi Munga.  Eh silap, Bunga.  Cantik nama tu kan Putam.  Hihi ...

Putam,
udah-udahlah kau melalak sekeliling kampung.  Doakan Cantek kita tu bahagia di sana.  Cik Eda tak bagi makan nasi, tapi belikan biskut untuk dia.  Aku terkenangkan Cantek yang pandai bukak sliding door, pandai bukak bekas biskut dia dan pandai tangkap tikus.  Tak macam kau tu, huhh! 

Kau memang mengada-ngada, Putam. 
Kau pandai cari bini cantik.  Pastu kau suruh dia bukak sliding door.  Kau tau menyelitkan badan je.  Poyo la kau! 

Putam,
aku sebenarnya dah bincang dengan tuan kau yang sorang tu.  Pak Meon.  Aku bagi hint supaya dia hantar kau balik sana.  Tapi entahlah, dia macam sayang kat kau.  Kau memang nak bertuankan dia, katanya.  Sebab tu kau lari menyorok dalam kereta di satu tengah malam, ketika dia nak balik Sijangkang selepas mesyuarat pesantren di TTDI Jaya, U2.  Dia bukak semua pintu kereta nak suruh kau turun, tapi kau buat bodoh je.  Dan pagi tu kau hadiahkan seketul benda lembik kat atas alas kaki pintu bilik aku, arghh!

Putam, aku tak marah pun.  Allah yang izin kau ikut balik.  Sedangkan aku dah lama nak bela spesies macam kau tapi aku tahankan hati sebab aku ada baby.  Pak Meon pun macam tak bagi je, sudahnya dia yang angkut kau balik.  Kan tu semua kerja Allah.  Sohih tu Putam.

Lepas tu la kau bawak Cantek balik rumah.  Aku memang perkenan sangat tengok dia.  Matanya yang bulat besar bagai bercelak hitam memandang dengan jernih.  Dan dia sangat pandai bela anak.  Aku pun sayangkan Cantek tapi apakan daya.  Aku dah cerita dah kat Cik Eda, pasal kau melalak.  Pasal Miza dapat tangkap tikus mondok saiz anak Comel malam tadi.  Aku kata nak bawak Cantek balik sini, tapi nampaknya buat masa ni Cik Eda betul-betul sudi nak jaga dia. 

Allah Taala benar-benar mengabulkan doaku bersama air mata tempohari, semoga jiran-jiran TSP 2 semuanya jadi Mesra Kucing.  Antaranya yang sedia mesra kucing ialah Cikgu Ija.  Cik Eda menyusul.  Jiran baru tu pun memang penyayang orangnya.  Alhamdulillah syukur ya Allah.

Dah panjang berjela aku menulis ni, Putam.
Suara kau pun dah sayup lalu menghilang.  Semoga Allah sentiasa menjaga kau di mana saja berada.  Sama-sama la kita berdoa pula, agar satu hari kita dapat sekumpul semula dengan Cantek dan anak-anaknya.  Juga Sheba, Cheeta dan Fairyna. 

Cuma satu je Putam!!!
kau pergi cari Muezza sekarang!  aku dah pesan jangan belasah dia.  Muezza tu lembut dan penyayang.  Bukan kau saingannya.  Dia kan anak kau juga.  Sekarang ni dah tiga minggu Muezza tak balik, sampai termimpi-mimpi aku mendukung Muezza.  Plis la Putam, aku tak suka perangai macam ni faham!

Erk aku kena stop dulu.  Pak Meon udah pulang. 

Pesanan terakhir, jangan melalak lagi ye Putam.

Jumpa lagi hehe ...






untuk Mak Long kat muau (Muar)

Hari ni aku sarapan donut.  Selepas tiga kali percubaan, donut semakin lembut dan gebu, alhamdulillah. 
"Allah bagi sedap."  kata aku setiap kali pelajar memuji masakan.

"Mama, tak cukup.  Nak tambah lagi."  selepas minggu pertama nasi dan lauk tak habis, aku sukat nasi mereka yang disenduk ke dalam talam.  Hasilnya, hampir setiap kali itu mereka datang minta tambahan nasi.

"Mama, boleh tambah nasi tak?"  dah tanya siap-siap semasa ambil talam. 
Aku jenguk nasi, jenguk lauk.  "Boleh, nasi dan kuah je." 

Sebentar kemudian, ada la wakil membawa dua talam untuk setiap kumpulan.  Nasi licin, tetapi lauk ada diketepikan untuk dimakan dengan nasi tambah.

"Hmm kenapa tak habis lauk ni?"  tanya aku musykil.

"Tak de ... kita memang ketepikan la mama."  Ingatkan tak sedap hehehe ... kalau tak sedap takkan bertambah ye tak.  Saja je aku tanya tu.

"Boleh tambah tapi mesti dihabiskan.  Minggu pertama dulu banyak tak habis.  Mama cukup tak suka, tau tak.  Sebab tu mama sukat macam ni.  Tapi korang ni bila disukat cukup-cukup, tak cukup la pulak."  Aku beri amaran separuh masak. 

Aku dipilih Allah untuk berkhidmat di sini.  Sampai saat ini aku masih terfikir-fikir.  Alangkah hebatnya plan Allah.  Aku memang tak menyangka langsung ura-ura ini akan berlaku juga.  Kami sekadar membantu mudir yang bercita-cita besar.  Ada insan lain yang meronta-ronta mahu turut berkhidmat, namun kami tanpa mengetahui telah mendahului beberapa langkah.  Semuanya dengan izin Allah jua.  Tak semesti kami yang terbaik.  Hanya Allah yang Maha Mengetahui segala isi hati dan suka duka kehidupan insan.  Dan perancangan Allah terus berjalan. 

Berhadapan dengan anak-anak awal belasan tahun yang keanak-anakan, sekitar usia anak-anakku sendiri juga.  Alhamdulillah Allah jua yang memudahkan.  Pasti ada ranjaunya, tetapi biarlah Allah bantu menyelesaikan.  Aku bukanlah manusia sempurna, masih terus belajar dan berazam menjadi tabah dan sabar.  Rata-rata anak-anak ini manja dan suka mencurahkan rahsia hati.  Biasa la adat berkawan.  Sedangkan lahir dari satu perut ibu pun macam-macam halnya.  Inikan pula dari lain-lain latar belakang.

Dalam tempoh 40 hari yang masih berbaki ini, peraturan ditekankan tetapi masih ada fleksibiliti.  Masih ada tolak ansurnya.  Aku dan mereka sama-sama belajar menyesuaikan diri secara malar.  InsyaAllah semoga Allah membantu madrasah ini terus berdiri dan beroperasi dengan lancar dan menghasilkan hafizah-hafizah muda yang cemerlang rohani dan jasmani.  Ameen.
 
*mengantuk.
Jumpa lagi.

maklong, nombor tepon aku dah tukar.  aku tukar pakej tunetalk sepatutnya boleh pakai nombor celcom tu balik.  ntah apa masalah dorang ni aku pun tak faham.  nak refer tak de masa.  patutnya ajen tu la punya keja.  ni nombor baru aku.  0111-1547-xxxx (inbox fb).  Hehe...


Friday, November 8, 2013

catatan lama 1 Sept 2013



Dengan nama Allah yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang.

Mengemas rumah juga adalah satu bentuk ujian keimanan. Maksud aku, menyiapkan barangan rumah untuk berpindah ke tempat lain.  Iman dan nafsu saling berlawanan menguasai diri.  Mana barang yang memang perlu dan mesti dibawa.  Mana barang yang sudah lama tetapi masih boleh digunakan dengan sedikit kreativiti.  Mana barang yang ada sentimental value, macam fiil bapak aku DSHAMY yang sangat banyak barang lamanya yang penuh kenangan mengusik jiwanya.  Mana barang yang memang tak perlu tapi aku sudah beli dulu-dulu time jiwa mahu semua serba complete.  Mana barang yang pernah diperlukan tetapi sekarang sudah tidak digunakan, namun ia masih berkeadaan baik walaupun teknologi semakin canggih, macam dua bijik printer yang suami aku beli.  Mana barang atau pakaian yang masih cantik dan evergreen coraknya tetapi aku dah jarang sangat pakai semenjak berjubah @ berabaya ni.  

Tersedar malam tadi jam 2+ am sebab diserang selesema yang menjadi asbab aku bangun sampai pagi, waktu ini 10.47 pm aku mula rasa mengantuk.  Penat .. penat melihat barang yang banyak sehingga perlukan dua trip lori 3 tan untuk memindahkan barang ini.  Kasihan melihat lima anak muda yang funny tetapi sopan menyumbat segalanya ke dalam lori.  Apabila aku merungut-rungut kecil, ada yang menyampuk rungutanku.   
“Kak, rumah sana kecik je tau.”   

Macam la aku tak tau ish.  Tetapi aku tak dapat berbuat lebih baik melainkan hmm … angkut je la.  Itupun ada banyak juga benda yang aku rasa sudah tak diperlukan lagi, barang milik suami, aku masukkan ke dalam plastik hitam.  Aku harap dia tak akan bertanya apa-apa di satu hari nanti.  sedikit sahaja.

Malam kelmarin aku beritahu dia, pen waterman hadiah bekas bos dia di Brunei sudah aku buang ke dalam tempat sampah.  Tak lama selepas itu aku mula memindahkan sampah (mujur kering semuanya) ke dalam plastik lain dan hingga selesai aku tak menemui pen biru itu.  Untuk menyedapkan hatinya, aku yakinkan dia pen itu sebenarnya sudah aku simpan di dalam kotak.  Untuk perasaanku sendiri, aku katakan kepada diri untuk menghadiahinya pen berjenama sama di hari ulang tahunnya nanti, walau berapa harganya.  Hmm …

Naqib dan Ain, aku rasa jenis tak berkira dalam hal membuang.  Aku temui duit-duit syiling di dalam celah-celah beg yang dibuang di plastik sampah bilik Ain.  Oh, walaupun plastik itu berwarna hitam kedap, tetapi aku masih melihat isinya dari muka tong sampah yang besar dan mula memeriksa satu-persatu sampah itu.  Pasti ada yang aku ketepikan kerana ia masih berguna.  

Hidayat seorang yang cermat dan sayangkan barang-barang miliknya.  Bapak borek anak rintik.     Aku terpaksa berhati-hati dengan barangnya walaupun sudah terlepas sebuah miniature senapang besi berwarna hitam kesayangannya yang dibeli di Miri.  Abahnya pula membawa dia pulang sekejap.  Jadi sempatlah dia berpesan supaya barang-barangnya disimpan, setelah miniature itu aku campak dengan pejam mata.  Lama juga aku berfikir dan menimbangkan sikap Hidayat ini.  Akhirnya Allah memberi ilham, aku mesti tegas kepada diri sendiri dan kepada anak dalam banyak hal.  Aku masih memikirkan sikap dan cara Hidayat.  Mudah-mudahan dia tidak pernah teringat lagi kepada miniature itu, dan janganlah miniature senapang berwarna emas yang selamat (sebab aku tanya time dia balik) menjadi sebab.  Insya Allah.

Barang-barang yang aku duga dapat dijadikan hadiah menarik untuk kanak-kanak, telah menggembirakan hati kawan-kawan sepermainan Hanessa.  Menjelang hari perpisahan ini, dia menjadi lebih akrab dengan Mira, Saffa, Shahrul dan Farish.  Hmm … dia sudah bercuti sakan selama dua bulan semenjak seminggu Ramadhan kerana keluar darah segar dari mulutnya tanpa diketahui sebabnya.  Peluang masa yang ada digunakan setiap petang bermain basikal bersama kawan tetapi dia tetap semakin montel dan gelap (komen Alongnya).  Farish, Shahrul dan Saffa adalah teman-teman yang lebih muda, sangat berminat bermain dengannya.  hampir setiap petang loceng pintu akan berbunyi, ditekan oleh Farish.  Mira pula setahun lebih tua.  Meja abc yang empat buah dan sudah selesai khidmatnya kepada aku tetapi masih cantik warnanya telah menjadi hadiah kenang-kenangan Hanessa untuk mereka berempat.

Dan malam ini, aku teringin mencatat peristiwa hari ini begini. 
Selamat tinggal Sijangkang.
Selamat tinggal TSP 2. 
Selamat tinggal rumah no 56. 
Selamat tinggal jiran-jiran. 

Ya Allah, izinkanlah aku membawa Putam dan generasinya bersama kami.  Allah izin, tiada apa dapat menghalang.  InsyaAllah.  Selagi ada hayat, aku mahu bersama mereka walaupun Putam sudah ada dua rekod menyambar ikan separuh beku di dalam sinki, (rekod yang dirahsiakan).  Muezza yang sangat penyayang.  Muzi yang kaki bising tetapi manja, dan adik-adiknya Cheetah, Ferina dan Sheba yang suka golek-golek atas simen.  Malam semalam Comel bising semacam dan akhirnya beranak tiga ekor dalam almari baju kosong.  Seminggu lepas balik kampung, Kak Ayu beranak tiga ekor juga di dalam kabinet radio mak.  Adik Cat dilarikan orang, hanya rantai locengnya yang ditinggalkan berhampiran pagar rumah mak.  Tapi mak tak sedih sangat sebab ada tiga ekor ‘keledek gebu’ yang sudah mula bukak mata.

Semoga Allah memberi kebaikan dan rahmatNya kepada kami di tempat baru ini.  Ya Allah, pilihlah kami menjadi pembantu agamaMu dan tolonglah kami menyelesaikan tanggungjawab ini.  Ameen ya Rabbal a’lameen.

Patah tumbuh hilang berganti.
Semoga yang datang lebih baik, dan yang pergi menjadi yang terbaik.

In Shaa Allah.

~ Jumpa lagi.

Search This Blog

Blog Archive

Rakan Blog

Pakaian Muslimah

cinta hingga Firdaus

Lilypie Angel and Memorial tickers

Terima kasih :)

Follow by Email

utamakan Bahasa Melayu

utamakan Bahasa Melayu

Pantai Lumut

Pantai Lumut

Pantai Mersing

Pantai Mersing